1 00:00:06,340 --> 00:00:09,594 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:11,220 --> 00:00:16,893 {\an8}LEBUH RAYA OHIO INTERSTATE 75 80 KM DARI SEMPADAN MICHIGAN 3 00:00:17,685 --> 00:00:19,187 911. Apa kecemasan anda? 4 00:00:19,187 --> 00:00:22,732 Hai, ini Deirdre daripada ODOT Wilayah Hancock. 5 00:00:22,732 --> 00:00:25,860 Orang kami sedang potong rumput di 75... 6 00:00:28,404 --> 00:00:31,824 dan terjumpa beg tidur yang pelik. 7 00:00:31,908 --> 00:00:34,118 Ada sesuatu diikat di dalamnya. 8 00:00:35,453 --> 00:00:36,662 {\an8}SUARA MATT CLAY 9 00:00:36,746 --> 00:00:40,666 {\an8}Lokasi mereka temui beg tidur itu 10 00:00:40,750 --> 00:00:44,212 ialah sebaris pokok pain di sepanjang Interstate 75. 11 00:00:45,963 --> 00:00:47,965 Saya pergi ke sana, angkat beg itu 12 00:00:48,049 --> 00:00:50,802 dan sedar ada sesuatu yang berat di dalamnya. 13 00:00:51,427 --> 00:00:52,845 Berdasarkan saiz beg, 14 00:00:52,929 --> 00:00:56,599 kami fikir ada orang masukkan anjing ke dalamnya. 15 00:00:57,475 --> 00:01:02,730 Satu lagi yang kami fikirkan adalah, "Bagaimana kalau ada budak di dalamnya?" 16 00:01:04,607 --> 00:01:07,693 Lebih baik panggil polis peronda. Kami tak mahu buka. 17 00:01:10,321 --> 00:01:12,573 Polis Negeri Ohio tiba. 18 00:01:13,074 --> 00:01:16,410 Kemudian dia buka beg dan lihat ke dalamnya. 19 00:01:16,994 --> 00:01:20,289 Dia tengok dua kali. Dia kata, "Saya kena tengok semula." 20 00:01:21,707 --> 00:01:24,043 Dia kata, "Di dalamnya ada kaki." 21 00:01:27,171 --> 00:01:31,884 Mayat itu terdiri daripada bahagian bawah badan. 22 00:01:32,385 --> 00:01:35,888 Saya terima kaki dan punggung yang bercantum, 23 00:01:36,556 --> 00:01:40,768 tapi semua dari pusat ke atas tiada. 24 00:01:42,019 --> 00:01:44,021 Ia telah dipotong. 25 00:01:45,273 --> 00:01:47,066 Orang yang lakukannya, 26 00:01:47,567 --> 00:01:52,655 apa yang mereka fikir semasa mereka memotong tubuh manusia? 27 00:01:53,406 --> 00:01:55,283 Apa yang mereka fikirkan? 28 00:01:56,242 --> 00:02:00,955 Manusia mampu melakukan perbuatan yang sangat dahsyat. 29 00:02:39,327 --> 00:02:44,624 {\an8}WILAYAH WAYNE MICHIGAN 30 00:02:44,624 --> 00:02:48,836 {\an8}SEKOLAH TINGGI RIVER ROUGE 31 00:03:00,723 --> 00:03:06,771 Di sinilah upacara pengebumian anak saya, David, diadakan. 32 00:03:08,940 --> 00:03:11,984 Auditorium ini penuh. 33 00:03:12,693 --> 00:03:14,320 {\an8}Ada ruang berdiri saja. 34 00:03:14,320 --> 00:03:15,238 {\an8}AYAH DAVID 35 00:03:15,238 --> 00:03:18,699 {\an8}Orang beratur di sepanjang dinding dan di lorong. 36 00:03:19,241 --> 00:03:24,538 Saya rasa terharu melihat begitu ramai orang datang, 37 00:03:24,622 --> 00:03:29,585 memikirkan David menyentuh hidup mereka. 38 00:03:35,049 --> 00:03:38,261 Apa khabar, semua? Ini Dave Carter daripada Lavish Habits Unlimited. 39 00:03:38,261 --> 00:03:42,348 Saya ada matlamat yang ingin dicapai hari ini, esok, lima tahun lagi, 40 00:03:42,348 --> 00:03:45,643 sepuluh tahun lagi dan saya yakin boleh lakukannya. 41 00:03:45,643 --> 00:03:48,896 Setelah tercapai, saya akan mulakan yang seterusnya. 42 00:03:56,487 --> 00:03:59,240 David berusia 39 tahun ketika dia dibunuh. 43 00:03:59,740 --> 00:04:00,992 Apa khabar? 44 00:04:02,535 --> 00:04:06,330 Dia seorang yang periang. Serius, tapi periang. 45 00:04:08,499 --> 00:04:11,961 Tinggi, kacak, atletik. 46 00:04:13,504 --> 00:04:15,965 {\an8}David kawan baik saya. 47 00:04:15,965 --> 00:04:17,049 {\an8}ADIK DAVID 48 00:04:17,133 --> 00:04:20,928 {\an8}David orang yang saya akan telefon untuk minta nasihat. 49 00:04:21,679 --> 00:04:24,724 Dia bangga dengan apa saja yang dia buat. 50 00:04:25,308 --> 00:04:27,476 David bekerja keras. 51 00:04:27,560 --> 00:04:31,105 Dia bekerja sepenuh masa di kilang pembuatan 52 00:04:31,105 --> 00:04:34,108 dan ada jenama pakaian sendiri secara sambilan 53 00:04:34,108 --> 00:04:36,527 dipanggil Lavish Habits Unlimited. 54 00:04:38,070 --> 00:04:42,199 {\an8}Kami bertemu pada usia sembilan tahun. David kawan baik saya. 55 00:04:42,283 --> 00:04:43,117 {\an8}RAKAN DAVID 56 00:04:43,993 --> 00:04:46,537 Dia seseorang yang saya boleh percaya, 57 00:04:46,537 --> 00:04:50,041 tapi kami sentiasa mengekalkan hubungan yang platonik. 58 00:04:50,041 --> 00:04:52,209 Itu batasan kami. 59 00:04:53,085 --> 00:04:58,007 David mahu membesar, bina keluarga dan berkahwin. 60 00:04:59,258 --> 00:05:01,802 Dia lelaki yang bertanggungjawab. 61 00:05:01,886 --> 00:05:05,890 Dia jadi lebih bertanggungjawab setelah menjadi bapa. 62 00:05:07,141 --> 00:05:10,436 Anaknya yang paling penting. 63 00:05:10,936 --> 00:05:13,397 Dia sangat rapat dengan DJ. 64 00:05:15,274 --> 00:05:19,403 {\an8}Saya dan ayah seperti kawan baik. Ada saja aktiviti kami bersama. 65 00:05:19,487 --> 00:05:20,321 {\an8}ANAK DAVID 66 00:05:22,198 --> 00:05:25,576 Ikatan kami sesuatu yang tak boleh diputuskan. 67 00:05:26,994 --> 00:05:29,830 {\an8}Saya tahu saya suka David pada pandangan pertama. 68 00:05:29,914 --> 00:05:30,748 {\an8}IBU DJ 69 00:05:30,748 --> 00:05:32,583 {\an8}Dia lucu dan buat saya ketawa. 70 00:05:32,583 --> 00:05:36,170 Kami mula keluar bersama dan berseronok. 71 00:05:36,170 --> 00:05:37,922 Saya berusia 19 tahun. 72 00:05:37,922 --> 00:05:40,633 Dia baru masuk 20 tahun. 73 00:05:42,385 --> 00:05:44,553 Semasa DJ dilahirkan, 74 00:05:45,262 --> 00:05:47,306 David teruja. 75 00:05:47,807 --> 00:05:49,892 Saya rasa dia lihat DJ sekejap saja 76 00:05:49,892 --> 00:05:52,853 sebelum berlari ke koridor dan jerit, "Saya dapat anak lelaki!" 77 00:05:54,355 --> 00:06:00,736 Hubungan saya dan David turun naik dari tahun 2000 ke 2014, 78 00:06:02,113 --> 00:06:06,283 tapi kami tetap rapat sebagai ibu bapa DJ. 79 00:06:08,035 --> 00:06:10,121 {\an8}AYUH! LAWAN! MENANG! DAVID CARTER JR 80 00:06:10,121 --> 00:06:14,542 {\an8}Selepas itu, David ada ramai kawan-kawan perempuan. 81 00:06:16,335 --> 00:06:19,880 Dia ada banyak hubungan cinta dan teman wanita. 82 00:06:21,340 --> 00:06:24,677 Pada pertengahan bulan Mac 2018, 83 00:06:24,677 --> 00:06:30,850 David datang dengan seorang wanita yang saya tak pernah lihat sebelum ini. 84 00:06:32,226 --> 00:06:34,854 Dia memperkenalkan wanita itu. 85 00:06:35,604 --> 00:06:36,897 "Ini kawan saya, Tammy." 86 00:06:38,023 --> 00:06:40,776 Tammy dan David belajar di sekolah tinggi yang sama. 87 00:06:41,277 --> 00:06:45,823 Mereka bertemu semula di parti hari jadi kawan yang sama 88 00:06:45,823 --> 00:06:49,034 dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta. 89 00:06:50,619 --> 00:06:54,039 Tammy bekerja di Pusat Rawatan Detroit. 90 00:06:54,123 --> 00:06:56,208 Dia juga seorang ejen pelancongan 91 00:06:57,042 --> 00:06:59,879 dan dia beritahu saya dia ada anak kembar. 92 00:06:59,879 --> 00:07:05,801 Dia ada anak lelaki dan anak perempuan yang berusia 18 tahun ketika itu. 93 00:07:06,510 --> 00:07:08,596 {\an8}Saya dan Tammy bertemu di sekolah tinggi. 94 00:07:08,596 --> 00:07:12,433 {\an8}Saya, David dan Tammy belajar dalam tingkatan yang sama. 95 00:07:12,433 --> 00:07:15,811 Dia seorang yang periang semasa bersekolah. 96 00:07:15,895 --> 00:07:18,981 Ketika itu, dia seorang kawan yang baik. 97 00:07:18,981 --> 00:07:20,566 Selepas tamat sekolah, 98 00:07:20,566 --> 00:07:23,861 kebanyakan daripada kami bawa haluan sendiri. 99 00:07:26,363 --> 00:07:29,700 Sekitar Mac 2018, 100 00:07:30,534 --> 00:07:33,621 saya dapat tahu David dan Tammy bercinta 101 00:07:33,621 --> 00:07:35,998 dan itu mengejutkan. 102 00:07:35,998 --> 00:07:41,170 Namun, sebagai kawan, kami mahu yang terbaik untuk satu sama lain. 103 00:07:41,170 --> 00:07:46,133 Jika David gembira, saya pun gembira. 104 00:07:46,217 --> 00:07:48,844 Mereka meluangkan banyak masa bersama. 105 00:07:48,928 --> 00:07:52,765 Boleh dikatakan setiap hari. Itu buat saya fikir, "Okey. 106 00:07:52,765 --> 00:07:58,646 Mungkin ayah saya akan bersama wanita ini dan mengahwininya." 107 00:08:00,356 --> 00:08:04,193 Saya rasa David nampak gembira. Saya rasa mereka berseronok. 108 00:08:04,193 --> 00:08:08,322 Saya rasa mereka bergembira selama enam bulan mereka bersama. 109 00:08:10,074 --> 00:08:13,869 Namun, dia sangat taasub dengan David. 110 00:08:14,745 --> 00:08:18,499 Saya cuba untuk tidak terlalu masuk campur 111 00:08:18,499 --> 00:08:21,335 dalam urusan cinta anak-anak saya. 112 00:08:21,335 --> 00:08:24,046 Namun, apabila kami berkumpul, 113 00:08:24,046 --> 00:08:28,300 dia akan memerhatikan David. 114 00:08:28,884 --> 00:08:33,597 Dia perhatikan David untuk lihat dengan siapa dia bercakap. 115 00:08:34,598 --> 00:08:37,977 Setiap hari kami jumpa David, Tammy ada bersamanya. 116 00:08:37,977 --> 00:08:39,770 Dia tak lekang daripadanya. 117 00:08:41,981 --> 00:08:45,484 Saya kurang suka Tammy sejak kali pertama kami bersua. 118 00:08:46,610 --> 00:08:48,946 Semua orang ingat, "Awak si adik yang gila. 119 00:08:48,946 --> 00:08:50,447 Awak tak suka semua orang." 120 00:08:50,531 --> 00:08:54,535 Saya kata, "Mungkin ya, tapi saya tahu saya tak suka dia." 121 00:08:58,414 --> 00:09:01,625 {\an8}30 SEPTEMBER 2018 6 BULAN SELEPAS DAVID DAN TAMMY BERCINTA 122 00:09:01,709 --> 00:09:05,838 {\an8}Tanggal 30 September itu ialah hari Ahad yang biasa. 123 00:09:07,464 --> 00:09:11,093 DJ bersiap untuk ke rumah ayahnya pada petang itu. 124 00:09:12,469 --> 00:09:17,016 Kemudian, saya dapat mesej daripada David dan dia kata, 125 00:09:17,016 --> 00:09:21,645 "Saya rasa tak sihat. Tak pasti apa masalahnya. 126 00:09:21,729 --> 00:09:25,858 Saya rasa DJ tak patut datang ke sini malam ini." 127 00:09:25,858 --> 00:09:26,817 DJ SAYA TELEFON AYAH 128 00:09:26,817 --> 00:09:28,652 Saya mesej dia sendiri. 129 00:09:28,736 --> 00:09:34,408 Saya terima balasan mesej daripada ayah dan dia kata dia sangat tak sihat 130 00:09:34,408 --> 00:09:36,827 dan tak mahu sesiapa datang. 131 00:09:37,328 --> 00:09:41,165 DJ kata, "Saya perlu ambil barang saya di apartmen ayah." 132 00:09:41,165 --> 00:09:42,082 Saya kata, "Okey." 133 00:09:44,126 --> 00:09:45,878 Apabila tiba di rumah ayah, 134 00:09:46,503 --> 00:09:49,256 saya nampak Tammy membuang sampah. 135 00:09:50,382 --> 00:09:54,386 Saya fikir, "Apa-apa sajalah. Dia dah nampak saya." 136 00:09:57,681 --> 00:10:02,269 Dia berlari ke pintu apartmen. Berlari laju. 137 00:10:10,569 --> 00:10:15,324 Apabila saya sampai ke rumah ayah, pintunya berkunci. 138 00:10:16,283 --> 00:10:19,453 Dia nampak saya, jadi sepatutnya dia tak kunci pintu. 139 00:10:20,079 --> 00:10:21,413 Namun, saya ada kunci. 140 00:10:22,790 --> 00:10:28,253 Saya masuk dan Tammy menyapa saya dulu, "Hei, DJ, kenapa awak datang?" 141 00:10:28,337 --> 00:10:31,965 Saya tanya dia, "Awak nampak tak pengecas telefon saya?" 142 00:10:32,049 --> 00:10:34,885 Dia jawab, "Saya tak nampak." 143 00:10:37,513 --> 00:10:42,559 Saya perasan pintu bilik ayah tertutup dan itu pelik. 144 00:10:43,143 --> 00:10:47,189 Kemudian, Tammy tutup pintu bilik air ayah juga. 145 00:10:49,024 --> 00:10:50,567 Saya rasa pelik. 146 00:10:53,862 --> 00:10:58,617 Saya kata, "Memandangkan saya di sini, saya nak jumpa ayah sekejap." 147 00:10:58,701 --> 00:11:03,664 Tammy kata, "Dia tiada di sini. Dia pergi keluar bersiar-siar." 148 00:11:05,249 --> 00:11:07,167 Saya fikir, "Peliknya. 149 00:11:07,251 --> 00:11:11,672 Dia sakit dan cuaca sejuk di luar. Siapa nak pergi bersiar-siar?" 150 00:11:12,214 --> 00:11:13,841 Itu tak masuk akal. 151 00:11:14,925 --> 00:11:17,177 Saya perlu pergi ke rumah nenek. 152 00:11:20,806 --> 00:11:21,807 Saya beredar. 153 00:11:30,649 --> 00:11:33,485 Saya kenal David selama 19 tahun. 154 00:11:33,986 --> 00:11:37,239 {\an8}Kami rakan sekerja di kilang, bekerja 12 jam sehari... 155 00:11:37,239 --> 00:11:38,157 {\an8}RAKAN DAVID 156 00:11:38,157 --> 00:11:39,533 ...dan menjadi rapat. 157 00:11:41,201 --> 00:11:44,955 Kali terakhir saya nampak David adalah pada hari Khamis. 158 00:11:44,955 --> 00:11:46,957 Kami kena kerja pada hari Ahad, 159 00:11:47,624 --> 00:11:50,127 tapi Dave tak muncul pada hari itu. 160 00:11:50,627 --> 00:11:53,922 Pelik juga Dave tak datang pada hari bayaran berganda. 161 00:11:54,882 --> 00:11:58,427 Masuk hari Selasa, sudah tiga hari Dave tak datang kerja. 162 00:11:59,511 --> 00:12:01,430 Saya kata, "Ada yang tak kena." 163 00:12:03,307 --> 00:12:05,350 Saya terima panggilan pada hari Selasa. 164 00:12:05,851 --> 00:12:08,270 Roger kata, "Sudah tiga hari dia tak datang kerja. 165 00:12:08,270 --> 00:12:13,275 Boleh awak pergi periksa keadaan dia di rumahnya?" 166 00:12:13,275 --> 00:12:15,486 Jadi, saya telefon David. 167 00:12:16,361 --> 00:12:17,696 Terus ke mel suara. 168 00:12:18,363 --> 00:12:21,325 Kemudian, saya telefon teman wanita David, Tammy. 169 00:12:22,034 --> 00:12:24,912 Saya tanya, "Hei, David sihat?" 170 00:12:24,912 --> 00:12:27,539 Dia jawab, "Kami tak berbual sejak hari Ahad lepas." 171 00:12:28,540 --> 00:12:32,920 Jadi, saya dan suami saya, Derek, pergi ke apartmen David. 172 00:12:33,629 --> 00:12:36,173 {\an8}Kami nampak kereta David di tempat letak kereta. 173 00:12:36,173 --> 00:12:37,090 {\an8}ADIK IPAR DAVID 174 00:12:37,174 --> 00:12:43,555 Kami sampai ke depan pintu dan mengetuknya. Tiada siapa jawab. 175 00:12:43,639 --> 00:12:46,975 Jadi, saya pusing tombol pintu 176 00:12:47,059 --> 00:12:49,311 dan pintu itu terbuka. 177 00:12:52,648 --> 00:12:55,484 Saya mula panik. "Kenapa pintu terbuka? 178 00:12:56,360 --> 00:12:58,320 Dia selalu kunci pintu apartmen." 179 00:12:58,821 --> 00:13:01,615 Ketika itu, saya tahu ada sesuatu yang tak kena. 180 00:13:02,991 --> 00:13:05,410 Saya telefon ayah saya 181 00:13:05,994 --> 00:13:09,665 dan Samia, ibu DJ. 182 00:13:10,207 --> 00:13:14,878 Tasia kata, "Ayah, saya terima panggilan daripada tempat kerja David. 183 00:13:14,962 --> 00:13:18,882 Rakan sekerjanya kata sudah tiga, empat hari dia tak datang kerja." 184 00:13:18,966 --> 00:13:19,925 "Apa?" 185 00:13:21,301 --> 00:13:24,054 Kami semua pergi ke apartmen itu. 186 00:13:26,223 --> 00:13:28,809 Saya periksa di sekeliling dan fikir, 187 00:13:29,309 --> 00:13:31,728 "David takkan tinggalkan apartmennya seperti ini. 188 00:13:31,812 --> 00:13:35,983 Dia takkan gumpal cadar dan sumbatkannya ke dalam almari." 189 00:13:37,442 --> 00:13:39,236 Kami pergi ke bilik David 190 00:13:40,028 --> 00:13:41,989 dan katilnya bersepah. 191 00:13:43,073 --> 00:13:47,786 Abang saya seorang yang rapi. David takkan keluar tanpa mengemas katil. 192 00:13:48,704 --> 00:13:50,706 Saya lihat di bawah katil. 193 00:13:53,292 --> 00:13:56,920 Ada kesan merah yang sangat besar 194 00:13:57,462 --> 00:13:59,882 dan boleh nampak katil itu dipindahkan 195 00:13:59,882 --> 00:14:02,259 untuk menutup kesan kerana itu karpet. 196 00:14:04,094 --> 00:14:07,347 Saya juga perasan kesan lekuk tempat asal katil, 197 00:14:07,431 --> 00:14:09,433 jadi boleh tahu ia dipindahkan. 198 00:14:10,309 --> 00:14:14,938 Saya selak gebar daripada katil 199 00:14:15,939 --> 00:14:19,860 dan ketika itulah saya nampak 200 00:14:21,528 --> 00:14:22,654 darah. 201 00:14:24,906 --> 00:14:28,577 Ada lubang di bahagian atas tilam. 202 00:14:30,829 --> 00:14:32,623 Saya berjalan di sekeliling. 203 00:14:32,623 --> 00:14:36,627 Ada lubang di sudut kiri bawah pintu almari. 204 00:14:38,420 --> 00:14:40,923 Sebagai askar, saya tahu itu lubang peluru. 205 00:14:40,923 --> 00:14:44,301 Saya sedar ada sesuatu yang benar-benar tak kena. 206 00:14:44,301 --> 00:14:46,845 Saya suruh semua orang keluar. 207 00:14:51,725 --> 00:14:55,812 Kami pergi ke Balai Polis Melvindale dan buat laporan orang hilang. 208 00:14:57,314 --> 00:15:01,401 Kami mencari dan menelefon hospital. Saya telefon rumah mayat. 209 00:15:01,902 --> 00:15:04,571 {\an8}Tengah hari ini, detektif jenayah Polis Michigan 210 00:15:04,655 --> 00:15:07,658 {\an8}mencari petunjuk berdekatan Outer Drive dan Jalan Allen. 211 00:15:07,658 --> 00:15:10,202 {\an8}Polis Melvindale mengasingkan apartmen itu. 212 00:15:10,202 --> 00:15:11,203 {\an8}KEMUNGKINAN KHIANAT 213 00:15:11,203 --> 00:15:13,205 {\an8}Kenderaan berat mereka di depan. 214 00:15:13,205 --> 00:15:17,501 {\an8}Mereka giat menyelongkar tong sampah, 215 00:15:17,501 --> 00:15:20,212 {\an8}memeriksa plastik sampah dan seumpamanya. 216 00:15:20,212 --> 00:15:21,171 {\an8}Sementara itu, 217 00:15:21,171 --> 00:15:26,885 kami hanya menunggu berita daripada sesiapa yang menjumpai dia. 218 00:15:26,885 --> 00:15:29,012 Saya tulis di Facebook, 219 00:15:29,096 --> 00:15:32,849 "Jika sesiapa nampak David, tolong beritahu saya." 220 00:15:32,933 --> 00:15:33,850 TOLONGLAH BERITAHU! 221 00:15:33,934 --> 00:15:38,063 {\an8}Apabila David Carter tidak datang kerja minggu ini, keluarganya membuat laporan. 222 00:15:38,063 --> 00:15:41,483 {\an8}Pihak polis dan keluarganya meminta bantuan 223 00:15:41,483 --> 00:15:43,694 {\an8}daripada sesiapa yang mengenalinya... 224 00:15:43,694 --> 00:15:45,278 {\an8}Pada malam Selasa, 225 00:15:45,362 --> 00:15:49,533 selepas kami nampak kesan dan lubang peluru, 226 00:15:50,367 --> 00:15:53,453 saya telefon Tammy dan kata, 227 00:15:53,537 --> 00:15:58,000 "Tammy, saya tanya awak sekali lagi. Di mana abang saya?" 228 00:15:58,000 --> 00:16:02,004 Dia kata, "Tasia, saya tak faham apa maksud awak. 229 00:16:02,004 --> 00:16:03,880 Kami tak jumpa sejak hari Ahad." 230 00:16:04,589 --> 00:16:09,803 Dia tak menunjukkan kerisauan walaupun saya beritahu dia David hilang. 231 00:16:09,803 --> 00:16:15,350 Saya kata, "Okey. Jika saya dapat tahu awak ada kaitan dengan kehilangan David, 232 00:16:15,434 --> 00:16:16,810 habislah awak." 233 00:16:16,810 --> 00:16:18,603 Tammy di tempat kerja. 234 00:16:18,687 --> 00:16:23,316 Dia teruskan rutin harian macam biasa. 235 00:16:23,400 --> 00:16:26,611 Dia masuk akaun media sosialnya beberapa kali. 236 00:16:27,320 --> 00:16:30,031 Dia hidup macam biasa. 237 00:16:30,115 --> 00:16:31,992 Sukar untuk saya percaya 238 00:16:31,992 --> 00:16:36,371 seseorang yang dah bersamanya setiap hari selama enam bulan 239 00:16:36,455 --> 00:16:41,084 tidak ambil cuti bekerja dan datang bantu kami mencari David. 240 00:16:41,835 --> 00:16:45,172 Dia tak muncul langsung. Awak teman wanitanya. 241 00:16:45,172 --> 00:16:49,176 Awak tak risau macam orang lain. 242 00:16:52,095 --> 00:16:56,099 {\an8}1 OKTOBER 2018 SEHARI SELEPAS DAVID DILAPORKAN HILANG 243 00:16:56,183 --> 00:17:00,062 {\an8}Seorang pekerja ODOT menjumpai beg tidur di tepi jalan I-75... 244 00:17:00,062 --> 00:17:04,399 {\an8}Koroner Wilayah Hancock mengatakan mayat yang dijumpai di I-75 ialah homisid. 245 00:17:04,483 --> 00:17:08,653 Mereka syak mangsa telah berada di tepi lebuh raya selama beberapa hari. 246 00:17:08,737 --> 00:17:11,531 Detektif sedang menyemak laporan orang hilang. 247 00:17:11,948 --> 00:17:15,160 Pemotong rumput daripada ODOT, 248 00:17:16,411 --> 00:17:18,663 Jabatan Pengangkutan Ohio, 249 00:17:18,747 --> 00:17:22,167 menemui beg tidur di dalam semak 250 00:17:22,167 --> 00:17:24,002 {\an8}di bahu jalan I-75. 251 00:17:24,002 --> 00:17:25,337 {\an8}KORONER WILAYAH LUCAS 252 00:17:30,967 --> 00:17:33,678 Di dalam beg tidur itu 253 00:17:33,762 --> 00:17:38,266 ada bahagian bawah badan yang telah dipotong. 254 00:17:39,101 --> 00:17:43,021 Saya cuma terima bahagian bawah torso dan kaki. 255 00:17:44,689 --> 00:17:48,401 Nampaknya lelaki ini 256 00:17:49,444 --> 00:17:52,447 mungkin orang kulit Hitam atau kacukan. 257 00:17:53,824 --> 00:17:56,701 Panjang bahagian dalam kakinya 91 cm. 258 00:17:57,369 --> 00:17:59,329 Orang yang agak tinggi. 259 00:18:01,832 --> 00:18:03,208 Semasa autopsi, 260 00:18:03,208 --> 00:18:09,798 kami jumpa tatu yang jelas di bahagian atas kiri kaki. 261 00:18:09,798 --> 00:18:14,719 Ia tatu seekor anjing Pit Bull bermata merah. 262 00:18:15,345 --> 00:18:16,680 Itu luar biasa. 263 00:18:16,680 --> 00:18:18,140 {\an8}MAYAT DITEMUI 1 OKTOBER 2018 264 00:18:18,140 --> 00:18:22,602 {\an8}Kami hantar gambar itu ke Melvindale, Michigan, 265 00:18:22,686 --> 00:18:25,730 {\an8}yang ada laporan orang hilang. 266 00:18:25,814 --> 00:18:31,027 {\an8}3 OKTOBER 2018 SEHARI SELEPAS DAVID DILAPORKAN HILANG 267 00:18:36,366 --> 00:18:41,288 Ketua polis Melvindale telefon saya dan panggil saya ke sana 268 00:18:41,997 --> 00:18:44,457 sebab dia nak tanya saya soalan. 269 00:18:46,084 --> 00:18:50,881 Dia nak tahu tentang satu tatu. 270 00:18:51,464 --> 00:18:55,677 Saya beritahu dia David ada tatu anjing Pit Bull pada kakinya. 271 00:18:56,845 --> 00:19:00,599 Saya tanya ketua polis itu, 272 00:19:00,599 --> 00:19:02,934 "Awak dah jumpa dia?" Dia jawab, "Ya." 273 00:19:04,895 --> 00:19:08,565 {\an8}ELTON DAN DAVID CARTER 274 00:19:08,565 --> 00:19:10,483 {\an8}Sebagai seorang askar, 275 00:19:11,776 --> 00:19:13,862 {\an8}kematian ialah lumrah hidup. 276 00:19:14,738 --> 00:19:16,156 Ia tak dapat dielakkan. 277 00:19:16,656 --> 00:19:21,995 Saya tak pernah terfikir kematian begini akan menimpa keluarga saya. 278 00:19:27,250 --> 00:19:28,627 Sukar. 279 00:19:30,462 --> 00:19:31,838 Sangat sukar. 280 00:19:37,844 --> 00:19:42,265 Saya iringi En. Carter ke balai polis. 281 00:19:42,849 --> 00:19:44,392 Saya takkan lupakannya. 282 00:19:45,060 --> 00:19:48,063 Emosi bercampur baur. 283 00:19:50,148 --> 00:19:53,902 Saya memandu pulang dari balai polis. 284 00:19:55,237 --> 00:19:57,489 Saya tak mahu lihat air muka Tasia. 285 00:20:00,408 --> 00:20:04,788 Suami saya berhenti di luar rumah dan saya dapat lihat pada wajahnya. 286 00:20:04,788 --> 00:20:07,999 Saya dapat lihat pada raut wajahnya. 287 00:20:08,083 --> 00:20:12,045 Dia keluar, peluk saya dan kata, "Sayang, dia dah tiada." 288 00:20:14,256 --> 00:20:19,928 Saya kelu. Perut saya rasa senak. 289 00:20:21,054 --> 00:20:25,767 Saya risaukan ibunya. 290 00:20:27,477 --> 00:20:32,148 Tiada apa yang saya pernah lalui dan lakukan yang lebih sukar daripada ini. 291 00:20:32,232 --> 00:20:38,405 Tiada apa yang lebih sukar daripada beritahu dia anak kami dah tiada. 292 00:20:40,907 --> 00:20:42,492 Dia menangis. 293 00:20:43,910 --> 00:20:46,997 Macam hilang semangat untuk hidup. 294 00:20:48,623 --> 00:20:50,041 Tiada apa saya boleh buat... 295 00:20:52,127 --> 00:20:53,253 selain peluk dia. 296 00:20:56,965 --> 00:20:58,550 Itu saja saya boleh buat. 297 00:21:04,180 --> 00:21:07,600 Saya tanya pak cik saya, "Apa yang berlaku?" 298 00:21:07,684 --> 00:21:09,936 Saya nak tahu. Dia tak nak beritahu. 299 00:21:10,020 --> 00:21:14,274 "Apa yang berlaku? Awak perlu beritahu saya. Itu ayah saya." 300 00:21:14,774 --> 00:21:15,734 Dia... 301 00:21:17,652 --> 00:21:24,242 Dia kata, "Dia jumpa ayah awak, tapi dalam keadaan dikerat-kerat. 302 00:21:24,326 --> 00:21:25,785 Bahagian badannya dikerat." 303 00:21:28,204 --> 00:21:32,459 Saya berlalu dan tak mahu lihat sesiapa pun. 304 00:21:33,418 --> 00:21:39,174 Saya di sebelah kereta dan terduduk di atas rumput, 305 00:21:39,174 --> 00:21:42,886 menangis dan penuh dengan perasaan marah dan sedih. 306 00:21:43,970 --> 00:21:49,601 Saya menyanjungi ayah saya sejak kecil. 307 00:21:57,442 --> 00:21:59,819 Saya tak pernah rasa sekaku itu. 308 00:22:02,530 --> 00:22:04,866 Sebagai seorang kawan dan adik... 309 00:22:06,534 --> 00:22:08,370 saya mahu tahu perkara sebenar. 310 00:22:12,749 --> 00:22:14,375 Siapa buat awak begini? 311 00:22:18,129 --> 00:22:20,590 Saya mengesyaki Tammy 312 00:22:21,091 --> 00:22:23,718 sebab dia orang terakhir yang bersamanya. 313 00:22:29,516 --> 00:22:31,768 Saya kata, "Okey. 314 00:22:32,644 --> 00:22:36,856 Tammy kuncinya. Dia tahu apa yang berlaku." 315 00:22:41,569 --> 00:22:47,200 Beberapa minggu sebelum David dibunuh, dia tanya sepupu perempuan saya, 316 00:22:47,200 --> 00:22:48,868 "Hei, awak nak tengok wayang?" 317 00:22:48,952 --> 00:22:51,996 Jadi, mereka pergi. Sepupu saya yang pandu kereta. 318 00:22:53,289 --> 00:22:58,628 Apabila mereka kembali ke apartmen David, keempat-empat tayar David telah ditoreh. 319 00:22:59,295 --> 00:23:01,923 David terkejut besar. 320 00:23:01,923 --> 00:23:06,719 Saya percaya dia tahu ketika itu bahawa Tammy yang lakukannya. 321 00:23:06,803 --> 00:23:08,513 Tammy yang toreh tayarnya 322 00:23:09,973 --> 00:23:13,518 sebab dia marah David menonton wayang dengan sepupu saya, 323 00:23:13,518 --> 00:23:16,062 bukan dengan dia. 324 00:23:16,813 --> 00:23:20,442 Siapa buat begitu? 325 00:23:21,151 --> 00:23:27,365 Wanita yang marah. Itu kesimpulan saya. "Dia marah. Dia jenis begitu." 326 00:23:27,449 --> 00:23:30,076 Apabila seseorang cemburu 327 00:23:30,577 --> 00:23:33,580 dan pentingkan diri sendiri, 328 00:23:34,998 --> 00:23:39,419 mereka sanggup buat apa saja. 329 00:23:41,880 --> 00:23:45,508 {\an8}28 SEPTEMBER 2018 TIGA HARI SEBELUM MAYAT DAVID DITEMUI 330 00:23:45,592 --> 00:23:50,680 {\an8}Pada malam Jumaat sebelum David hilang, seluruh keluarga menonton perlawanan DJ. 331 00:23:53,141 --> 00:23:55,602 Itu kali terakhir saya jumpa David 332 00:23:55,602 --> 00:23:58,396 dan kali terakhir adiknya jumpa dia. 333 00:23:58,897 --> 00:24:00,607 Kali terakhir anak saya jumpa dia. 334 00:24:03,401 --> 00:24:07,822 David dan Tammy sudah berada di sana semasa saya dan suami saya sampai. 335 00:24:07,906 --> 00:24:10,408 David sedang menonton perlawanan. 336 00:24:10,408 --> 00:24:13,036 Oh! Ya! Bagus! 337 00:24:13,036 --> 00:24:17,040 David ketawa, bergurau dengan kami 338 00:24:17,040 --> 00:24:19,918 dan memekik pada perlawanan pada masa yang sama. 339 00:24:19,918 --> 00:24:25,048 Kami baling bertih jagung dan berseronok pada perlawanan itu. 340 00:24:25,048 --> 00:24:28,259 David dan Tammy datang ke perlawanan itu bersama, 341 00:24:28,343 --> 00:24:29,886 tapi tak duduk bersama. 342 00:24:30,887 --> 00:24:33,973 Saya tanya abang saya, "Kamu okey? Kenapa dia tak duduk di sini?" 343 00:24:34,057 --> 00:24:35,808 Dia jawab, "Pandai-pandailah dia." 344 00:24:36,309 --> 00:24:39,562 Saya fikir mereka bergaduh. Mereka tak bercakap. 345 00:24:41,606 --> 00:24:44,984 Saya pandang ke arah tempat duduk seketika 346 00:24:45,485 --> 00:24:49,864 dan nampak Tammy bertentang mata dengan saya, 347 00:24:49,948 --> 00:24:52,534 betul-betul memandang tepat ke wajah saya. 348 00:24:52,534 --> 00:24:56,913 Saya rasa macam nampak syaitan. 349 00:24:56,913 --> 00:25:02,126 Saya ingat sehingga hari ini. Saya masih ingat air mukanya. 350 00:25:02,210 --> 00:25:07,131 Saya percaya abang saya, David, putuskan hubungan dengan Tammy. 351 00:25:07,632 --> 00:25:10,260 Saya percaya malam perlawanan bola itu, 352 00:25:10,260 --> 00:25:14,430 apa yang menyebabkan mereka bergaduh ialah pengakhirannya bagi dia. 353 00:25:14,514 --> 00:25:18,559 Dia tak tahan lagi dan Tammy tak boleh terima. 354 00:25:19,602 --> 00:25:23,398 Saya rasa dia cemburu akan hubungan David dengan semua orang. 355 00:25:23,898 --> 00:25:27,652 Dengan saya, anaknya, ibu bapa kami. 356 00:25:27,652 --> 00:25:32,073 Saya rasa dia cemburu dengan semua orang yang ada hubungan dengannya. 357 00:25:32,073 --> 00:25:37,495 Namun, tak pernah terjangkau di fikiran saya yang Tammy boleh membunuh. 358 00:25:37,996 --> 00:25:39,247 Tak pernah. 359 00:25:41,249 --> 00:25:44,544 Saya rasa dia sedang fikir cara nak putuskan hubungan. 360 00:25:45,795 --> 00:25:48,339 Dia ambil masa untuk mengakhirinya 361 00:25:48,423 --> 00:25:51,384 sebab Tammy begitu suka mengongkong. 362 00:25:53,678 --> 00:25:58,057 Dia tahu Dave nak putuskan hubungan dan itu mencetuskan kegilaannya. 363 00:25:58,141 --> 00:26:02,604 Dia fikir, "Jika aku tak boleh dapat dia, orang lain pun tak boleh." 364 00:26:06,733 --> 00:26:10,403 Saya suruh polis siasat Tammy, 365 00:26:10,403 --> 00:26:14,657 tapi polis tak beritahu kami apa yang mereka buat 366 00:26:14,741 --> 00:26:16,534 dan apa penemuan mereka. 367 00:26:19,078 --> 00:26:25,168 {\an8}5 OKTOBER 2018 EMPAT HARI SELEPAS MAYAT DAVID DITEMUI 368 00:26:28,338 --> 00:26:32,050 Beberapa hari selepas kami terima berita tentang David, 369 00:26:32,050 --> 00:26:34,761 perlawanan bola anak saudara saya berlangsung. 370 00:26:37,305 --> 00:26:40,892 Ketua jurulatih tanya saya, "Awak nak berehat daripada bermain?" 371 00:26:41,809 --> 00:26:46,397 Saya kata, "Tidak, sebab saya takkan larikan diri. 372 00:26:46,481 --> 00:26:49,859 Ayah saya pasti tak nak saya buat begitu." 373 00:26:51,861 --> 00:26:54,739 Perlawanan malam itu sangat hebat. 374 00:26:54,739 --> 00:26:57,367 Semua orang beri saya sokongan. 375 00:26:57,367 --> 00:27:01,287 Keluarga dan kawan-kawan saya duduk bersama di tempat duduk. 376 00:27:01,371 --> 00:27:04,290 Rasa seperti seluruh stadium bersaudara. 377 00:27:06,292 --> 00:27:10,338 Ada petikan yang ayah saya ajar saya, 378 00:27:10,838 --> 00:27:15,093 "Apa pun yang terjadi, teruskan hidup sebaik mungkin." 379 00:27:15,093 --> 00:27:19,639 Jadi, sebelum perlawanan, saya berbisik sendiri, "Saya akan main. 380 00:27:19,639 --> 00:27:21,140 Saya akan main untuk dia." 381 00:27:23,976 --> 00:27:27,063 Mungkin ini pelik, tapi bukan saya yang bermain. 382 00:27:28,731 --> 00:27:33,403 Saya rasa dia dalam diri saya yang melakukan gerakan 383 00:27:34,112 --> 00:27:36,406 yang saya tak tahu saya boleh buat. 384 00:27:40,201 --> 00:27:43,287 {\an8}SAYA SAYANG AYAH 39 385 00:27:43,871 --> 00:27:47,667 PASUKAN DJ MENANG 64 - 0 386 00:27:47,667 --> 00:27:51,546 Ayah saya telefon saya semasa perlawanan DJ berlangsung. 387 00:27:52,046 --> 00:27:55,425 Ayah saya kata, "Ayah perlu beritahu kamu sesuatu." 388 00:27:55,425 --> 00:27:59,053 Dia kata, "Mereka tangkap dia." Saya tanya, "Tangkap siapa?" 389 00:27:59,887 --> 00:28:02,640 Dia kata, "Mereka tangkap Tammy." 390 00:28:13,192 --> 00:28:16,738 Berita tentang penangkapan Tammy malam itu 391 00:28:16,738 --> 00:28:18,239 menceriakan semua orang. 392 00:28:18,239 --> 00:28:20,283 Berita itu menggembirakan. 393 00:28:21,659 --> 00:28:25,705 Kami rasa macam tak percaya. "Ya Tuhan! Dia dah ditangkap! 394 00:28:25,705 --> 00:28:27,415 Kita dapat keadilan." 395 00:28:27,415 --> 00:28:30,084 Semua orang menangis dan gembira. 396 00:28:34,130 --> 00:28:36,924 Beberapa hari kemudian, dia dilepaskan. 397 00:28:43,473 --> 00:28:47,643 Orang berkepentingan yang ditahan Jumaat lalu telah dilepaskan. 398 00:28:47,727 --> 00:28:51,647 Menurut Polis Melvindale mengesahkan maklumat itu malam tadi. 399 00:28:51,731 --> 00:28:54,358 Siasatan masih dijalankan. 400 00:28:54,859 --> 00:28:58,029 Tammy Williams dibawa ke balai untuk disoal siasat. 401 00:28:58,029 --> 00:29:00,031 Beberapa sesi soalan dijalankan. 402 00:29:00,865 --> 00:29:03,910 {\an8}Dia dibebaskan untuk siasatan lanjut. 403 00:29:03,910 --> 00:29:05,203 {\an8}PASUKAN PETUGAS MARSYAL AS 404 00:29:08,039 --> 00:29:10,291 Tak banyak yang saya boleh beritahu 405 00:29:10,792 --> 00:29:13,252 sebab saya tak mahu siasatan terganggu. 406 00:29:14,045 --> 00:29:16,380 Namun, apa saya boleh beritahu 407 00:29:16,464 --> 00:29:20,968 ialah mereka tak cukup bukti ketika itu untuk membuat pertuduhan jenayah. 408 00:29:23,930 --> 00:29:27,183 Bagi saya, terpaksa melepaskan dia, 409 00:29:28,017 --> 00:29:30,269 buat saya rasa sangat kecewa. 410 00:29:31,729 --> 00:29:37,443 Dia hanya boleh ditahan selama 72 jam. Mereka perlu cari mayat yang selebihnya 411 00:29:37,527 --> 00:29:38,819 untuk tahu punca kematian. 412 00:29:40,655 --> 00:29:44,659 {\an8}10 OKTOBER 2018 DUA HARI SELEPAS TAMMY DILEPASKAN 413 00:29:44,659 --> 00:29:47,870 {\an8}Malam ini, perkembangan baru mengenai pembunuhan bapa di Melvindale. 414 00:29:47,954 --> 00:29:51,874 {\an8}Mayat dia yang selebihnya ditemui di I-75 selatan Findlay. 415 00:29:52,375 --> 00:29:54,168 {\an8}JUMPA BAHAGIAN PERTAMA - 1 OKTOBER 2018 416 00:29:54,252 --> 00:29:58,047 {\an8}Mereka jumpa satu lagi bahagian badan di tepi jalan Interstate 75... 417 00:29:58,047 --> 00:29:59,882 {\an8}JUMPA BAHAGIAN KEDUA - 10 OKTOBER 2018 418 00:29:59,966 --> 00:30:01,801 {\an8}...lokasi bahagian pertama ditemui. 419 00:30:01,801 --> 00:30:03,636 KESIMPULAN KES PEMBUNUHAN DAVID CARTER 420 00:30:03,636 --> 00:30:08,140 Mereka terus hantar bahagian kedua kepada kami 421 00:30:08,224 --> 00:30:13,354 {\an8}dan ia berada di dalam beg kain bertali merah. 422 00:30:13,354 --> 00:30:18,234 {\an8}Di dalam beg itu ada kepala manusia. 423 00:30:20,111 --> 00:30:24,907 {\an8}Ia dibungkus di dalam beg plastik kecil yang ada pemegang. 424 00:30:27,493 --> 00:30:30,788 {\an8}Salah satu beg plastik diikat di bawah dagunya. 425 00:30:31,998 --> 00:30:36,252 {\an8}16 OKTOBER 2018 LAPAN HARI SELEPAS TAMMY DILEPASKAN 426 00:30:36,252 --> 00:30:40,882 {\an8}Kami terima panggilan ketiga bahawa mereka jumpa yang selebihnya... 427 00:30:40,882 --> 00:30:42,758 {\an8}JUMPA BAHAGIAN KETIGA - 16 OKTOBER 2018 428 00:30:42,842 --> 00:30:45,678 ...di dalam bagasi kecil berwarna-warni. 429 00:30:46,178 --> 00:30:47,805 Ada bunga besar dan terang. 430 00:30:48,306 --> 00:30:52,059 Di dalam bagasi itu ada gebar. 431 00:30:53,686 --> 00:30:58,065 {\an8}Di dalam gebar itu ada bahagian ketiga mayat itu. 432 00:30:58,566 --> 00:31:04,363 {\an8}Ada torso atas, dua lengan, dua tangan dan semua jari. 433 00:31:04,447 --> 00:31:06,616 Seluruh badan sudah lengkap. 434 00:31:07,116 --> 00:31:08,284 LUKA TEMBAKAN PADA KEPALA 435 00:31:08,284 --> 00:31:11,621 Dia ada luka tembakan di sini, 436 00:31:12,997 --> 00:31:16,709 {\an8}di bawah cuping telinga, ke arah belakang kepala. 437 00:31:17,501 --> 00:31:21,380 {\an8}Luka itu seperti ini. 438 00:31:22,590 --> 00:31:27,219 Peluru keluar di bahagian atas kepala. Dia ada satu saja luka tembakan. 439 00:31:27,303 --> 00:31:31,766 Jarak yang sangat dekat. Hampir bersentuh. 440 00:31:32,642 --> 00:31:34,560 Sekarang dah ada punca kematian. 441 00:31:34,644 --> 00:31:37,772 {\an8}PUNCA KEMATIAN: TEMBAKAN DI KEPALA BAGAIMANA: DITEMBAK OLEH PENYERANG 442 00:31:37,772 --> 00:31:40,483 Tiada kesan luka mempertahankan diri, 443 00:31:40,483 --> 00:31:42,401 tiada kesan pergelutan, 444 00:31:42,902 --> 00:31:46,572 tiada kesan kecederaan di mana-mana bahagian lain. 445 00:31:47,531 --> 00:31:52,578 Seorang lelaki yang tinggi, seberat 86 kilogram tidak melawan? 446 00:31:52,662 --> 00:31:56,248 Dia tak nampak pistol itu? Adakah dia sedang tidur? 447 00:31:56,749 --> 00:31:59,001 Adakah dia hilang keupayaan? 448 00:31:59,085 --> 00:32:00,795 Saya tak tahu. 449 00:32:02,380 --> 00:32:06,759 Apa yang menarik perhatian adalah ada antihistamin dalam darahnya. 450 00:32:06,759 --> 00:32:09,011 Itu buat kita mengantuk. 451 00:32:09,095 --> 00:32:12,056 Saya rasa dia mati dengan cepat. 452 00:32:18,396 --> 00:32:21,565 Saya rasa pada 29 September, 453 00:32:21,649 --> 00:32:23,818 abang saya tidur. 454 00:32:24,610 --> 00:32:27,863 Tammy ada kunci pendua apartmen abang saya 455 00:32:27,947 --> 00:32:31,409 dan saya rasa dia masuk semasa abang saya sedang tidur... 456 00:32:33,911 --> 00:32:35,496 dan menembak kepalanya. 457 00:32:36,831 --> 00:32:40,084 Ada mesej yang dihantar menggunakan telefonnya 458 00:32:40,084 --> 00:32:43,587 untuk buat orang fikir dia yang menghantarnya, 459 00:32:43,671 --> 00:32:45,256 tapi sebenarnya Tammy. 460 00:32:45,756 --> 00:32:47,425 Saya rasa mesej... 461 00:32:47,425 --> 00:32:50,428 Pada mulanya, saya fikir David yang hantar 462 00:32:50,428 --> 00:32:53,472 sebab tiada sebab untuk saya fikir sebaliknya. 463 00:32:54,473 --> 00:32:57,184 Namun, apabila saya baca semula mesej itu betul-betul... 464 00:32:57,268 --> 00:32:59,645 HEI SAYA FIKIR DAH BAIK TAPI SAKIT SANGAT NAK MUNTAH 465 00:32:59,729 --> 00:33:02,648 ...susunan ayatnya tidak seperti susunan ayat David. 466 00:33:02,732 --> 00:33:04,358 CIRI-BIRIT, PANAS TIADA SUARA 467 00:33:05,943 --> 00:33:08,863 Selepas dia mati, 468 00:33:09,363 --> 00:33:15,578 saya rasa orang yang menyebabkan kematiannya menghadapi masalah besar. 469 00:33:15,578 --> 00:33:20,833 "Bagaimana nak lupuskan lelaki yang besar dan tinggi? 470 00:33:21,584 --> 00:33:23,836 Saya tak boleh bawa turun tangga." 471 00:33:24,879 --> 00:33:29,884 Bahagian bawah mayat saja seberat 33 kg. 472 00:33:31,135 --> 00:33:37,641 Saya rasa anggota badannya dipotong untuk memudahkan pemindahan mayat. 473 00:33:39,018 --> 00:33:42,855 Dia dibahagikan mengikut potongan. 474 00:33:43,439 --> 00:33:45,357 Bukan menggunakan gergaji. 475 00:33:45,858 --> 00:33:49,028 Pada pendapat saya, pemotongan ini 476 00:33:49,820 --> 00:33:53,115 dilakukan menggunakan pisau dapur biasa. 477 00:33:55,493 --> 00:33:57,286 Ia ambil masa yang lama. 478 00:33:58,329 --> 00:34:03,292 Kita tak boleh potong badan menjadi tiga bahagian 479 00:34:04,210 --> 00:34:07,838 dalam tempoh yang singkat menggunakan alat seperti ini. 480 00:34:11,926 --> 00:34:16,639 Hakikat bahawa dia bukan saja boleh menembak kepala teman lelakinya, 481 00:34:18,099 --> 00:34:20,101 tapi dia memotong badannya, 482 00:34:21,268 --> 00:34:25,815 beli barangan yang menempatkan mayatnya ketika ditemui 483 00:34:26,732 --> 00:34:31,112 dan memandu untuk membuangnya di sepanjang I-75... 484 00:34:34,365 --> 00:34:36,951 kemudian pergi kerja sepanjang minggu itu? 485 00:34:36,951 --> 00:34:40,871 Itu menunjukkan dia seorang psikopat. 486 00:34:44,708 --> 00:34:47,294 Kami tunggu berita polis memberkas Tammy. 487 00:34:47,920 --> 00:34:52,716 Upacara peringatan diadakan pada 27 Oktober. 488 00:34:53,843 --> 00:34:56,804 Kemudian, Hari Kesyukuran dan Krismas tiba. 489 00:34:57,304 --> 00:35:02,643 Pada Januari 2019, 490 00:35:03,310 --> 00:35:08,607 kami dapat tahu Tammy meninggalkan Michigan pada Oktober 2018. 491 00:35:12,486 --> 00:35:14,989 Williams melarikan diri sejak Oktober. 492 00:35:14,989 --> 00:35:16,282 ...Tamera Renee Williams, 493 00:35:16,282 --> 00:35:20,411 dan polis kata dia bunuh dan potong badan teman lelakinya di Melvindale 494 00:35:20,411 --> 00:35:26,792 {\an8}Tamera, jika awak dengar, serahlah diri. Awak tak boleh lari selamanya. 495 00:35:27,543 --> 00:35:32,047 {\an8}Pemburuan berjalan dengan giat dan Marsyal AS telah dipanggil. 496 00:35:33,674 --> 00:35:36,635 {\an8}Marsyal AS terima kes 497 00:35:36,719 --> 00:35:40,431 {\an8}melibatkan orang yang melakukan jenayah dahsyat dan serius. 498 00:35:40,431 --> 00:35:42,975 Mereka biasanya sedang melarikan diri. 499 00:35:42,975 --> 00:35:45,477 Kami cari dan bawa mereka ke muka pengadilan. 500 00:35:45,561 --> 00:35:47,479 WARAN TANGKAP SUSPEK PEMBUNUHAN MELVINDALE 501 00:35:47,563 --> 00:35:50,608 Kes ini sangat kejam disebabkan keadaan mayat. 502 00:35:50,608 --> 00:35:54,153 Orang ini ditemui dalam beberapa bahagian 503 00:35:54,153 --> 00:35:57,406 dan orang tertentu saja boleh buat begitu kepada seseorang. 504 00:35:59,199 --> 00:36:01,702 Ini disengajakan dan dirancang. 505 00:36:01,702 --> 00:36:04,955 Ini difikirkan dengan teliti. 506 00:36:06,498 --> 00:36:09,001 Tammy dituduh dengan homisid 507 00:36:09,752 --> 00:36:13,964 mengerat anggota badan, merosakkan bukti dan senjata jenayah. 508 00:36:14,548 --> 00:36:16,383 Ini wanita yang berbahaya. 509 00:36:16,467 --> 00:36:17,509 JENAYAH YANG AMAT KEJAM 510 00:36:17,593 --> 00:36:22,139 Senjata yang digunakan belum dijumpai. Dia mungkin bahaya dan bersenjata. 511 00:36:24,350 --> 00:36:28,562 Saya tahu sedikit sebanyak tentang Tammy Williams semasa menyiasat. 512 00:36:29,521 --> 00:36:34,902 Pada 16 Oktober 2018, dia dilihat di Ann Arbor, Michigan. 513 00:36:34,902 --> 00:36:36,904 Menurut resit kad kredit, 514 00:36:36,904 --> 00:36:40,282 dia keluarkan wang tunai daripada mesin ATM. 515 00:36:40,783 --> 00:36:41,951 Dia makan malam. 516 00:36:41,951 --> 00:36:45,287 Dia dirakam oleh kamera di restoran itu. 517 00:36:45,788 --> 00:36:48,624 Selepas makan, dia duduk sekejap di situ 518 00:36:48,624 --> 00:36:50,793 dan minum minuman keras. 519 00:36:50,793 --> 00:36:55,130 Dia keluar, naik beca 520 00:36:55,839 --> 00:36:58,968 dan suruh beca hantar dia balik ke hotel. 521 00:36:59,468 --> 00:37:02,930 Dia bangun pagi pada 17 hari bulan 522 00:37:02,930 --> 00:37:05,557 dan pergi ke stesen kereta api di Ann Arbor. 523 00:37:07,101 --> 00:37:10,562 {\an8}Dia naik kereta api Amtrak dari Ann Arbor ke Chicago, 524 00:37:12,022 --> 00:37:15,150 {\an8}naik kereta api dari sana ke Penn Station, New York, 525 00:37:16,527 --> 00:37:19,780 dan daftar masuk ke hotel bernama Hotel Neptune. 526 00:37:20,823 --> 00:37:23,701 Tiada siapa mencari Tammy ketika ini. 527 00:37:24,827 --> 00:37:29,415 Dia daftar masuk ke hotel itu menggunakan nama dan lesen memandunya, 528 00:37:29,415 --> 00:37:30,874 bermalam di sana, 529 00:37:31,959 --> 00:37:35,587 dan bangun keesokan paginya pada 18 hari bulan. 530 00:37:35,671 --> 00:37:42,261 Dia dirakam meninggalkan hotel dan itu kali terakhir dia dilihat. 531 00:37:43,178 --> 00:37:44,096 DIKEHENDAKI: HOMISID 532 00:37:44,096 --> 00:37:49,727 Tammy Williams wanita kulit Hitam, 165 cm, kira-kira 80 ke 90 kg. 533 00:37:49,727 --> 00:37:51,437 Dia kini berusia 42 tahun. 534 00:37:51,937 --> 00:37:55,149 Di Facebook dan Instagram, 535 00:37:55,149 --> 00:37:58,569 Tammy seperti pakar penyamaran. 536 00:37:58,569 --> 00:38:01,447 Rambutnya sekejap panjang, sekejap pendek. 537 00:38:01,447 --> 00:38:05,117 Sekejap perang cerah, sekejap perang gelap. 538 00:38:05,117 --> 00:38:07,411 Dia boleh bertocang pendek. 539 00:38:07,411 --> 00:38:09,163 Dia boleh berambut palsu. 540 00:38:09,663 --> 00:38:12,041 Satu benda yang tidak berubah 541 00:38:12,041 --> 00:38:16,253 ialah dia ada tatu bunga ros yang besar di bahu kirinya, 542 00:38:16,337 --> 00:38:20,174 dari siku sehingga ke bahu. 543 00:38:20,174 --> 00:38:22,509 Jambak bunga ros itu menonjol. 544 00:38:22,593 --> 00:38:24,386 Ia sangat ketara, 545 00:38:24,470 --> 00:38:28,849 jadi sukar untuk terlepas pandang, disembunyikan atau dibuang. 546 00:38:30,351 --> 00:38:34,188 Selain itu, katakanlah secara hipotesis, dia menutup tatunya. 547 00:38:34,188 --> 00:38:36,899 Maknanya ada artis tatu di luar sana 548 00:38:37,399 --> 00:38:39,777 yang menutup jambak ros itu. 549 00:38:43,405 --> 00:38:46,825 Jika Tammy bekerja sekarang, mungkin dia ejen pelancongan. 550 00:38:46,909 --> 00:38:48,869 Mungkin dia tempah pelancongan awak. 551 00:38:49,536 --> 00:38:53,749 Mungkin dia kerja di hospital. Mungkin dia ambil darah awak semalam. 552 00:38:53,749 --> 00:38:56,377 Kita tahu dia tak takut dengan darah. 553 00:38:58,128 --> 00:39:02,966 Sudah lama saya tak bercakap dengan ahli keluarganya, 554 00:39:03,592 --> 00:39:07,471 tapi setiap kali saya tanya, mereka jawab, "Tak tahu. Dia tak hubungi kami. 555 00:39:07,471 --> 00:39:08,972 Kami tak hubungi dia." 556 00:39:09,056 --> 00:39:10,974 Saya tak percaya. 557 00:39:11,600 --> 00:39:15,229 Ada orang membantu dia dari segi kewangan 558 00:39:15,229 --> 00:39:19,942 dan juga memberikan dia tempat tinggal. 559 00:39:20,901 --> 00:39:22,653 Tak mungkin dia lenyap. 560 00:39:23,529 --> 00:39:28,033 Sepanjang soal siasat saya dengan ramai orang, mereka semua kata, 561 00:39:28,117 --> 00:39:31,995 dia wanita yang sentiasa perlukan lelaki dalam hidupnya. 562 00:39:32,913 --> 00:39:34,706 Saya takut. 563 00:39:35,249 --> 00:39:40,379 Wanita ini masih bebas selepas melakukan jenayah ini 564 00:39:40,379 --> 00:39:43,048 dan dia boleh cederakan orang lain. 565 00:39:45,509 --> 00:39:47,427 Banyak kali saya terfikir 566 00:39:47,511 --> 00:39:50,639 mengenai masuk ke bilik ayah saya pada malam Ahad itu. 567 00:39:52,141 --> 00:39:53,642 Mungkin saya patut masuk, 568 00:39:53,642 --> 00:39:56,687 tapi mungkin bagus juga saya tidak masuk ke dalam 569 00:39:57,688 --> 00:40:02,818 sebab naluri saya kata, "Jangan masuk ke dalam." 570 00:40:05,612 --> 00:40:09,741 Mungkin sesuatu boleh menimpa saya jika saya masuk ke dalam bilik ayah. 571 00:40:14,121 --> 00:40:17,124 {\an8}Pemburuan diteruskan dengan semua kakitangan Marsyal AS 572 00:40:17,124 --> 00:40:19,209 memburu pelarian ini di seluruh negara. 573 00:40:19,293 --> 00:40:22,629 Tammy mungkin mempunyai kekasih baru ketika ini. 574 00:40:22,713 --> 00:40:25,507 Mungkin dia bercinta dengan lelaki lain. Dia dalam bahaya. 575 00:40:25,591 --> 00:40:29,344 Ahli keluarga bapa muda itu masih berdoa Tamera akan ditemui 576 00:40:29,428 --> 00:40:31,096 untuk menghadapi pertuduhan. 577 00:40:36,059 --> 00:40:41,690 SEKOLAH TINGGI RIVER ROUGE 578 00:40:48,197 --> 00:40:50,532 Di upacara pengebumian anak saya, 579 00:40:51,033 --> 00:40:53,952 ramai orang bercakap tentangnya. 580 00:40:54,453 --> 00:40:56,788 Ia sangat menyentuh hati. 581 00:40:58,373 --> 00:41:01,960 Hidup ini penuh kebahagiaan dan kadangkala penuh pancaroba. 582 00:41:02,044 --> 00:41:03,837 Ya, betul. 583 00:41:04,421 --> 00:41:07,799 Semua orang cakap tentang bagaimana mereka bertemu David 584 00:41:07,883 --> 00:41:14,348 dan mengucapkan takziah kepada saya dan isteri saya, Marie, 585 00:41:14,348 --> 00:41:15,641 dan memeluk kami. 586 00:41:19,478 --> 00:41:22,356 Marie, dia... Aduhai. 587 00:41:23,023 --> 00:41:25,442 Marie menangis sepanjang upacara. 588 00:41:25,442 --> 00:41:27,236 Saya rasa tak berdaya 589 00:41:29,154 --> 00:41:30,781 untuk cuba memujuk dia. 590 00:41:32,574 --> 00:41:36,370 Tammy tidak bunuh abang saya saja, dia bunuh ibu saya juga 591 00:41:36,370 --> 00:41:40,040 kerana ibu kami didiagnosis dengan kanser 592 00:41:40,040 --> 00:41:43,126 enam hari sebelum Tammy membunuh David. 593 00:41:44,336 --> 00:41:48,006 Ibu kami sangat patah hati selepas dia dibunuh, 594 00:41:48,090 --> 00:41:51,885 jadi dia berhenti pergi rawatan kanser 595 00:41:51,969 --> 00:41:53,845 dan akhirnya meninggal dunia. 596 00:41:58,934 --> 00:42:00,477 Tiada satu hari pun 597 00:42:01,645 --> 00:42:04,273 yang berlalu tanpa David dalam fikiran saya. 598 00:42:05,983 --> 00:42:07,234 Saya memandang DJ. 599 00:42:08,569 --> 00:42:11,947 {\an8}Saya fikirkan semua pencapaiannya... 600 00:42:11,947 --> 00:42:13,448 {\an8}KEGEMILANGAN KAMI DAH RAMAL 2020 601 00:42:13,532 --> 00:42:15,701 {\an8}...semua perkara yang dia buat, dan saya kata, 602 00:42:16,243 --> 00:42:18,912 "Jika ayah dia masih ada, pasti dia rasa bangga." 603 00:42:19,788 --> 00:42:21,164 Sekarang, 604 00:42:21,248 --> 00:42:24,960 saya di Universiti Eastern Michigan, bermain bola sepak Amerika 605 00:42:24,960 --> 00:42:27,337 dan saya ambil jurusan pengurusan perniagaan. 606 00:42:28,005 --> 00:42:31,216 Saya ambil alih perniagaan pakaian ayah saya. 607 00:42:33,677 --> 00:42:35,178 Saya okey, 608 00:42:36,805 --> 00:42:40,809 tapi ada perkara yang bermain di fikiran 609 00:42:40,809 --> 00:42:43,603 yang kadangkala buat saya tak dapat mengawal perasaan. 610 00:42:43,687 --> 00:42:47,107 Contohnya, "Saya tiada ayah lagi." 611 00:42:51,570 --> 00:42:53,905 Jika saya ada sedikit masa dengan ayah sekarang, 612 00:42:54,865 --> 00:42:57,451 saya nak tanya adakah dia bangga dengan saya sekarang. 613 00:42:57,951 --> 00:43:01,913 Saya akan cakap yang saya sayang dan rindukan dia. 614 00:43:06,543 --> 00:43:08,920 Ketiadaan David umpama lubang gelap. 615 00:43:09,004 --> 00:43:12,507 Tiada apa atau sesiapa pun boleh mengisi kekosongan itu. 616 00:43:13,133 --> 00:43:17,471 Kita tak sedar betapa seseorang itu menyerikan suasana 617 00:43:17,471 --> 00:43:19,222 sehingga dia tiada lagi. 618 00:43:19,723 --> 00:43:21,183 Suasana suram. 619 00:43:21,183 --> 00:43:24,144 Berapa umur awak... 620 00:43:25,312 --> 00:43:29,316 Saya rindukan jenaka dan gelak tawa. 621 00:43:29,316 --> 00:43:33,028 Saya rindu perbualan dan pergaduhan kami. 622 00:43:34,071 --> 00:43:36,698 Saya rindu dia. Saya rindu segalanya tentang dia. 623 00:43:40,452 --> 00:43:44,915 Saya percaya, suatu hari nanti, seseorang akan nampak Tammy 624 00:43:44,915 --> 00:43:46,583 dan dia akan tertangkap. 625 00:43:48,126 --> 00:43:50,337 Itu takkan mengembalikan David, 626 00:43:50,921 --> 00:43:56,968 tapi sekurang-kurangnya itu membolehkan kami melepaskan dia dengan tenang. 627 00:43:58,470 --> 00:44:00,222 Ada ganjaran $10,000 untuk maklumat 628 00:44:00,222 --> 00:44:03,392 yang membawa kepada penangkapan Tamera "Tammy" Renee Williams. 629 00:44:03,392 --> 00:44:04,393 Jika anda ada tip, 630 00:44:04,393 --> 00:44:07,104 hubungi Servis Marsyal AS di 1-877-wanted-2 atau pergi ke 631 00:44:07,104 --> 00:44:08,271 unsolved.com 632 00:44:08,355 --> 00:44:11,274 SETERUSNYA DALAM UNSOLVED MYSTERIES 633 00:44:11,358 --> 00:44:12,818 Saya Buffalo Jim. 634 00:44:12,818 --> 00:44:14,820 Malam Jumaat tiba lagi, kawan. 635 00:44:14,820 --> 00:44:17,030 Ada orang nak hapuskan Buffalo. 636 00:44:17,114 --> 00:44:20,283 Ini bilik yang ayah saya ditemui mati. 637 00:44:20,367 --> 00:44:23,495 Mereka memerangkap dia. 638 00:44:24,287 --> 00:44:25,706 Kami fikir itu perangkap. 639 00:44:26,248 --> 00:44:28,750 Kita tak tahu apa akan terjadi. 640 00:44:30,127 --> 00:44:31,837 Awak percayakan Bigfoot? 641 00:44:31,837 --> 00:44:34,548 Awak percayakan UFO? 642 00:44:34,548 --> 00:44:37,342 Saya fikir, "Wah!" 643 00:44:38,343 --> 00:44:39,177 Hei, Josh. 644 00:44:39,261 --> 00:44:41,596 Mereka kata, "Josh bangun, 645 00:44:41,680 --> 00:44:44,141 pergi ke bilik air dan tak kembali." 646 00:44:44,141 --> 00:44:47,102 Itu tak masuk akal. Pasti ada lebih daripada itu. 647 00:44:47,602 --> 00:44:50,981 Saya rasa Josh ada rahsia, sama macam orang lain. 648 00:44:50,981 --> 00:44:54,443 Saya harap sesiapa yang tahu rahsia ini akan tampil ke depan. 649 00:45:53,793 --> 00:45:58,423 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S