1 00:00:06,340 --> 00:00:08,092 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:08,176 --> 00:00:12,472 Dari Las Vegas, Nevada. Ini Rancangan Gusti Buffalo, Buffalo Jim. 3 00:00:14,974 --> 00:00:19,187 Dia Buffalo Jim, seorang yang ceria dan penuh bersemangat. 4 00:00:19,187 --> 00:00:21,439 Di mana-mana saja, "Buffalo Jim!" 5 00:00:21,439 --> 00:00:23,566 Las Vegas Review-Journal undi dia 6 00:00:23,566 --> 00:00:26,861 sebagai orang Las Vegas paling menarik pada tahun 2005. 7 00:00:26,861 --> 00:00:29,113 Dia kalahkan datuk bandar. 8 00:00:29,197 --> 00:00:30,907 - Salam sejahtera. - Baiklah. 9 00:00:30,907 --> 00:00:32,492 - Ikhlas. - Terima kasih. 10 00:00:32,492 --> 00:00:34,285 Ikhlas, kawanku. 11 00:00:35,078 --> 00:00:38,372 {\an8}Hujung minggu ini, musuh mafia yang lantang, Buffalo Jim Barrier, 12 00:00:38,456 --> 00:00:40,583 {\an8}ditemui mati di bilik motel tempatan. 13 00:00:40,583 --> 00:00:43,002 {\an8}Tiada tanda perbuatan khianat. 14 00:00:43,086 --> 00:00:47,090 {\an8}Malam ini, kawan-kawan dan keluarga Barrier menyuarakan kesangsian mereka. 15 00:00:47,090 --> 00:00:49,383 Kami sekeluarga percaya dia dibunuh. 16 00:00:49,467 --> 00:00:53,221 Walaupun dia tahu keselamatannya terus diancam, 17 00:00:53,221 --> 00:00:55,932 {\an8}Jim Barrier enggan mengalah. 18 00:00:55,932 --> 00:00:57,975 {\an8}Kami fikir dia dianiaya. 19 00:00:59,685 --> 00:01:01,687 Rasa ada sesuatu yang tak kena. 20 00:01:03,606 --> 00:01:07,610 Saya tahu ada orang di luar sana yang mahu kebenaran seperti saya. 21 00:01:08,111 --> 00:01:10,029 Kami mahu keadilan untuk ayah kami. 22 00:01:58,161 --> 00:02:01,372 Pada 6 April 2008, jam 11:30 pagi 23 00:02:01,372 --> 00:02:04,250 di Motel 6 yang terletak di Lebuh Raya Boulder, 24 00:02:05,543 --> 00:02:08,546 jurukemas mengetuk pintu bilik 105 25 00:02:09,046 --> 00:02:11,465 untuk periksa ia boleh dikemas atau tidak. 26 00:02:14,719 --> 00:02:16,387 {\an8}Apabila dia buka pintu... 27 00:02:16,387 --> 00:02:17,805 {\an8}LEFTENAN POLIS METRO LAS VEGAS 28 00:02:17,889 --> 00:02:21,142 ...dia perasan ada lelaki sedang tidur di atas katil. 29 00:02:23,477 --> 00:02:27,857 Dia kembali pada jam 12:30 tengah hari dan perasan dia masih tidur. 30 00:02:30,693 --> 00:02:33,237 Pada jam 1:10 tengah hari, jurukemas kembali 31 00:02:33,321 --> 00:02:35,865 dan dapati dia masih di posisi yang sama. 32 00:02:36,616 --> 00:02:40,369 Seorang lagi jurukemas goncangkan lelaki itu untuk mengejutnya, 33 00:02:40,453 --> 00:02:42,914 tapi mereka percaya dia dah mati. 34 00:02:45,124 --> 00:02:49,712 Detektif jenayah kekerasan pergi ke tempat kejadian pada awal tengah hari. 35 00:02:50,838 --> 00:02:55,468 Mayat ditemui terlentang ke atas, di atas katil dengan baju terbuka 36 00:02:56,427 --> 00:03:00,973 dengan bantal di belakang kepalanya dan seluarnya melorot ke buku lali. 37 00:03:01,599 --> 00:03:06,354 Ada bahan berupa serbuk putih dijumpai pada janggut dan bajunya. 38 00:03:07,229 --> 00:03:12,360 Keadaan mayatnya ketika ditemui agak mencurigakan 39 00:03:12,360 --> 00:03:15,988 kerana tiada tanda yang jelas kenapa dia meninggal dunia. 40 00:03:16,072 --> 00:03:17,865 GAMBAR BUKTI 41 00:03:17,949 --> 00:03:22,787 Akhirnya dia dikenal pasti sebagai James Barrier. 42 00:03:22,787 --> 00:03:24,956 Nama gelarannya Buffalo Jim. 43 00:03:24,956 --> 00:03:28,918 Saya Buffalo Jim dan malam Jumaat datang lagi, kawan, 44 00:03:28,918 --> 00:03:30,586 di Bandar Vegas! 45 00:03:30,670 --> 00:03:32,964 Barrier merupakan personaliti Las Vegas, 46 00:03:32,964 --> 00:03:36,133 ahli gusti profesional, mekanik kenderaan, calon politik... 47 00:03:36,217 --> 00:03:38,469 Ini dia, tuan. Buffalo Jim Barrier. 48 00:03:38,469 --> 00:03:40,888 {\an8}Barrier membina kerbau papier-mache yang besar, 49 00:03:40,972 --> 00:03:43,391 {\an8}boleh bergerak dan mengeluarkan asap. 50 00:03:43,391 --> 00:03:45,685 {\an8}Saya fikir orang Las Vegas akan sukakannya. 51 00:03:45,685 --> 00:03:49,897 Ayah saya, Buffalo Jim Barrier, suka Las Vegas. 52 00:03:50,648 --> 00:03:53,901 {\an8}Lampu yang terang, keseronokan, persembahan, restoran. 53 00:03:53,985 --> 00:03:54,944 {\an8}ANAK BUFFALO JIM 54 00:03:58,114 --> 00:04:01,867 Dia seorang yang sangat menarik perhatian. 55 00:04:02,868 --> 00:04:05,204 {\an8}Dia seorang yang menghidupkan suasana. 56 00:04:05,204 --> 00:04:06,247 {\an8}ANAK BUFFALO JIM 57 00:04:07,206 --> 00:04:08,791 Seorang yang unik. 58 00:04:10,835 --> 00:04:12,420 Ayahnya Cherokee Indian. 59 00:04:13,629 --> 00:04:16,924 {\an8}Dia ajar kami tentang latar belakang kami... 60 00:04:17,008 --> 00:04:17,967 {\an8}5 TAHUN 61 00:04:17,967 --> 00:04:21,178 {\an8}...dan dia selalu ingatkan kami 62 00:04:21,262 --> 00:04:25,224 untuk mengingati nenek moyang dan keturunan kami. 63 00:04:25,308 --> 00:04:26,684 Itu penting. 64 00:04:28,894 --> 00:04:31,522 Zaman kanak-kanaknya tidak senang. 65 00:04:33,024 --> 00:04:37,403 Dia mula bekerja di stesen minyak pada umur 15 tahun 66 00:04:37,403 --> 00:04:40,698 dengan abangnya. Kerja mereka tukar minyak. 67 00:04:41,449 --> 00:04:43,409 Dia tidur di lantai stesen minyak 68 00:04:43,409 --> 00:04:46,579 dan abangnya ajar cara buat kerja. 69 00:04:48,414 --> 00:04:51,625 Dia mula tawarkan perkhidmatan mekanik dari vannya. 70 00:04:56,589 --> 00:05:00,384 Akhirnya dia berjaya mencapai tahapnya dulu 71 00:05:00,468 --> 00:05:04,096 iaitu memiliki bengkel kereta sendiri yang dia mulakan pada lewat 70-an. 72 00:05:05,514 --> 00:05:07,516 Auto and Marine, boleh saya bantu? 73 00:05:08,017 --> 00:05:10,144 Dia baiki banyak kereta yang hebat. 74 00:05:10,144 --> 00:05:14,273 Saya tahu dia pernah baiki kereta Wayne Newton dan Robert Goulet. 75 00:05:14,273 --> 00:05:15,316 PAKAR ELEKTRIK KERETA 76 00:05:15,316 --> 00:05:19,737 Saya tahu selebriti negeri lain juga hantar kereta mereka ke bengkelnya. 77 00:05:22,990 --> 00:05:26,368 Dia seorang yang sangat penyayang dan rajin bekerja. 78 00:05:26,452 --> 00:05:28,662 Dia pastikan keperluan kami cukup. 79 00:05:29,622 --> 00:05:32,458 Kami empat beradik. 80 00:05:33,084 --> 00:05:35,753 Saya ada seorang kakak bernama Jessica. 81 00:05:36,253 --> 00:05:38,380 Seorang lagi kakak bernama Elise. 82 00:05:38,881 --> 00:05:41,092 Kemudian, adik bongsu kami, Jerica. 83 00:05:42,760 --> 00:05:46,263 Ibu saya cintakan ayah saya dulu. Dia masih mencintainya. 84 00:05:48,015 --> 00:05:52,353 Namun, pada tahun 2000, ibu saya meninggalkan ayah saya 85 00:05:52,353 --> 00:05:56,232 dan kami berpindah ke Seattle, Washington, sebab ibu saya ada adik di sana. 86 00:05:57,608 --> 00:06:00,277 {\an8}Akhirnya Jerica tinggal dengan ayah saya 87 00:06:00,361 --> 00:06:02,488 {\an8}dan dia layan Jerica seperti ratu. 88 00:06:02,988 --> 00:06:04,657 Mereka bersama ke mana saja. 89 00:06:04,657 --> 00:06:07,576 Mereka tak boleh dipisahkan. 90 00:06:08,744 --> 00:06:11,122 Setiap hari menyeronokkan. Sesuatu yang baru. 91 00:06:13,582 --> 00:06:17,503 Dia sangat menyeronokkan. Dia selalu buat orang teruja. 92 00:06:24,802 --> 00:06:27,430 Dia juga suka bergusti. 93 00:06:28,013 --> 00:06:29,473 Pikulan Bomba! 94 00:06:30,391 --> 00:06:31,809 Aduhai! 95 00:06:31,809 --> 00:06:35,396 Juara heavyweight baru dunia, 96 00:06:35,396 --> 00:06:38,482 Johnny "Psiko" Paine! 97 00:06:40,317 --> 00:06:43,988 Buffalo mahu uruskan sekolah dan syarikat gusti sendiri. 98 00:06:43,988 --> 00:06:49,034 Saya di Sekolah Gusti Profesional Buffalo Jim malam ini, kawan. 99 00:06:49,118 --> 00:06:52,538 {\an8}Dia memanggilnya Persekutuan Gusti Buffalo. 100 00:06:53,038 --> 00:06:53,914 Wah! 101 00:06:53,998 --> 00:06:55,624 {\an8}Si Tinggi dan Si Kembar dah keluar! 102 00:06:55,708 --> 00:06:56,667 {\an8}Oh, ke depan! 103 00:06:56,667 --> 00:06:59,295 {\an8}Gaya dia hebat! 104 00:07:01,255 --> 00:07:03,132 Cincin pada setiap jari. 105 00:07:03,132 --> 00:07:04,341 Ini malam Jumaat! 106 00:07:04,425 --> 00:07:08,345 Dia pakai jaket kalis peluru yang diperbuat daripada peluru. 107 00:07:08,429 --> 00:07:10,473 Itu Buffalo Jim! 108 00:07:10,473 --> 00:07:12,892 Semua orang nak berada di sisi Buffalo. 109 00:07:12,892 --> 00:07:15,144 Kita akan ke puncak, Buffalo! 110 00:07:15,144 --> 00:07:18,439 Seronok bersama Buffalo dan kami serasi. 111 00:07:18,439 --> 00:07:20,483 Kami terus jadi kawan rapat. 112 00:07:20,483 --> 00:07:23,402 Dia menangkapnya! Hempasan badan! 113 00:07:23,486 --> 00:07:26,864 Rancangannya disiarkan pada slot lewat malam TV kabel. 114 00:07:26,864 --> 00:07:29,992 {\an8}Ramai orang menontonnya. Ia sangat dramatik. 115 00:07:29,992 --> 00:07:33,204 Malam Jumaat datang lagi. Rancangan Gusti Buffalo Jim! 116 00:07:33,204 --> 00:07:34,788 Saya bersama Buffalo Kecil! 117 00:07:34,872 --> 00:07:39,793 Saya buat keputusan untuk sertai satu episod rancangan gustinya. 118 00:07:39,877 --> 00:07:41,045 Pukul dia, Buff! 119 00:07:42,838 --> 00:07:46,884 Saya digelar Little Buff kerana saya pembantunya. 120 00:07:46,884 --> 00:07:48,427 Saya suka! 121 00:07:48,427 --> 00:07:49,678 Seronok betul. 122 00:07:50,221 --> 00:07:52,014 Dia pandai berlakon. 123 00:07:52,014 --> 00:07:54,266 Siapa tahu apa akan terjadi. 124 00:07:58,771 --> 00:08:01,815 Kira-kira enam tahun. 125 00:08:01,899 --> 00:08:03,400 Cuma dia dan saya. 126 00:08:05,569 --> 00:08:08,822 Kita berdiri di hadapan rumah keluarga saya. 127 00:08:09,323 --> 00:08:13,869 Kami tinggal di rumah ini. Ini rumah impian ayah saya. 128 00:08:17,831 --> 00:08:19,500 Dia suka berada di sini. 129 00:08:19,500 --> 00:08:21,794 Dia melihat gunung 130 00:08:21,794 --> 00:08:26,549 dan bagi dia, dia nampak ketua Indian di gunung dan dia kata, 131 00:08:26,549 --> 00:08:28,676 "Ini akan jadi gunung saya." 132 00:08:31,136 --> 00:08:34,348 Kembali ke sini tak rasa sama seperti dulu. 133 00:08:34,348 --> 00:08:36,267 Tak sama tanpa dia. 134 00:08:43,857 --> 00:08:46,193 {\an8}7:20 MALAM 5 APRIL 2008 135 00:08:48,779 --> 00:08:51,240 Malam itu ayah saya kata 136 00:08:51,240 --> 00:08:53,951 dia akan berjumpa kawan untuk makan malam. 137 00:08:59,790 --> 00:09:02,459 Dia kata, "Ayah akan pulang dalam jam 12:00." 138 00:09:19,393 --> 00:09:22,688 Sekitar jam 9:30 malam, saya hantar mesej, 139 00:09:23,522 --> 00:09:24,982 tapi dia tak balas. 140 00:09:26,525 --> 00:09:29,069 Saya telefon lagi lewat malam itu 141 00:09:29,153 --> 00:09:30,446 dan dia tak jawab. 142 00:09:34,867 --> 00:09:39,163 Saya cuba telefon lagi pada waktu pagi dan dia masih tak jawab. 143 00:09:39,163 --> 00:09:42,583 Itu mencemaskan saya. 144 00:09:42,583 --> 00:09:46,420 Ayah tak jawab telefon. Apa yang berlaku? 145 00:09:49,048 --> 00:09:53,427 Sekitar jam 2:00 petang, saya bersama kakak saya, Elise, 146 00:09:53,427 --> 00:09:57,264 dan saya terima panggilan daripada pegawai polis 147 00:09:57,765 --> 00:10:00,309 yang kata dia telefon kerana ayah saya. 148 00:10:01,226 --> 00:10:03,562 Dia kata, "Saya perlu bercakap dengan orang dewasa." 149 00:10:04,730 --> 00:10:06,065 Saya baru 15 tahun. 150 00:10:06,065 --> 00:10:08,442 Elise berusia 20 tahun ketika itu. 151 00:10:10,194 --> 00:10:14,281 Jadi, saya bergegas mendapatkan Elise. 152 00:10:14,365 --> 00:10:18,577 Saya kuatkan bunyi telefon supaya saya boleh dengar perbualan mereka. 153 00:10:18,577 --> 00:10:21,830 Elise jawab panggilan. Saya dengar polis itu kata, 154 00:10:21,914 --> 00:10:23,499 "Ayah awak dah mati. 155 00:10:24,166 --> 00:10:27,878 Kami perlu awak datang ke Motel 6 di Lebuh Raya Boulder 156 00:10:28,379 --> 00:10:30,589 untuk kenal pasti mayat." 157 00:10:33,717 --> 00:10:36,428 Dalam perjalanan ke Motel 6... 158 00:10:38,472 --> 00:10:43,435 kami menangis teresak-esak dan Elise memandu 160 km per jam. 159 00:10:43,519 --> 00:10:46,313 Kami cuba sampai ke sana secepat mungkin. 160 00:10:48,232 --> 00:10:53,070 Apabila kami sampai di hadapan motel, 161 00:10:53,070 --> 00:10:58,617 kami berdua didekati seorang pegawai polis Metro 162 00:10:58,701 --> 00:11:02,121 dan dijemput masuk ke dalam bilik motel 163 00:11:02,121 --> 00:11:05,833 untuk mengenal pasti mayat ayah saya. 164 00:11:13,632 --> 00:11:18,137 Inilah bilik ayah saya ditemui mati. 165 00:11:19,805 --> 00:11:24,727 Dia berada di atas pengusung semasa kami masuk ke dalam bilik. 166 00:11:25,853 --> 00:11:30,899 Dia berada di dalam beg mayat dan zip beg itu terbuka. 167 00:11:33,736 --> 00:11:34,987 Saat itu... 168 00:11:36,697 --> 00:11:42,077 sangat menyakitkan untuk diingati dan difikirkan. 169 00:11:43,620 --> 00:11:46,123 Mereka jumpa dia terbaring di atas katil ini. 170 00:11:54,214 --> 00:11:57,134 Kami rasa tak percaya 171 00:11:57,134 --> 00:12:02,723 ayah kami terbujur kaku di hadapan kami di sebuah motel. 172 00:12:07,853 --> 00:12:11,940 Sangat sukar melihat bilik ini. 173 00:12:12,024 --> 00:12:16,028 Ini tempat terakhir saya lihat ayah saya sebelum pengebumian... 174 00:12:16,028 --> 00:12:17,112 GAMBAR BUKTI 175 00:12:17,196 --> 00:12:18,947 ...dan saya peluk dia. 176 00:12:19,031 --> 00:12:22,117 Kali terakhir saya pegang dia adalah di dalam bilik ini. 177 00:12:23,327 --> 00:12:24,620 Dia sangat sejuk. 178 00:12:25,120 --> 00:12:29,166 Saya juga ingat polis suruh saya lepaskan dia 179 00:12:29,166 --> 00:12:31,835 sebab mereka perlu bawa mayatnya pergi. 180 00:12:32,795 --> 00:12:34,713 Saya tak mahu lepaskan dia. 181 00:12:39,635 --> 00:12:43,805 Polis tak beri kami maklumat dan butiran tentang bagaimana dia dijumpai 182 00:12:43,889 --> 00:12:46,350 atau apa yang berlaku kepada ayah saya. 183 00:12:49,686 --> 00:12:52,981 Polis serahkan kepada saya dan Elise sebuah sampul yang mengandungi 184 00:12:53,065 --> 00:12:56,068 kunci keretanya, dompetnya, 185 00:12:56,068 --> 00:13:00,280 telefon bimbitnya dan resit motel itu. 186 00:13:00,364 --> 00:13:02,574 ANAK SULUNG BARRIER... ...DIBERI BARANG MILIK BARRIER 187 00:13:02,658 --> 00:13:04,743 Saya segera keluarkan telefon 188 00:13:04,827 --> 00:13:07,788 dan fikir saya patut semak log panggilannya 189 00:13:07,788 --> 00:13:12,125 untuk lihat siapa orang terakhir yang bercakap dengannya. 190 00:13:14,670 --> 00:13:16,171 Ada mesej. 191 00:13:16,797 --> 00:13:20,217 Saya teruskan mendengar mel suaranya 192 00:13:20,217 --> 00:13:23,178 untuk tahu siapa yang tinggalkan mesej. 193 00:13:24,471 --> 00:13:28,851 Orang ini mungkin orang terakhir yang bercakap dengannya. 194 00:13:29,977 --> 00:13:35,774 Dalam pesanannya, dia kata, "Hei, Buffalo, ini Lisa. Semuanya okey?" 195 00:13:35,774 --> 00:13:39,820 Dia cakap dengan nada risau. 196 00:13:41,029 --> 00:13:44,658 Jadi, saya telefon nombor itu dan wanita itu menjawabnya. 197 00:13:44,658 --> 00:13:47,035 Saya tanya, "Awak Lisa?" 198 00:13:47,870 --> 00:13:49,204 Dia tak jawab. 199 00:13:49,705 --> 00:13:51,915 Saya tanya, "Awak kenal Buffalo Jim?" 200 00:13:52,416 --> 00:13:56,044 Dia kata, "Saya tak kenal Buffalo Jim," dan dia letak telefon. 201 00:13:57,754 --> 00:14:02,092 Wanita yang tinggalkan pesanan ialah wanita sama yang jawab telefon. 202 00:14:03,260 --> 00:14:07,389 Kenapa dia tinggalkan mel suara dengan nada risau kepada ayah saya? 203 00:14:07,890 --> 00:14:11,476 Saya beritahu Elise, "Tidak, dia tahu sesuatu! 204 00:14:11,560 --> 00:14:15,147 Dia tahu sesuatu. Dia menipu. Takkan dia tak kenal ayah kita? 205 00:14:15,147 --> 00:14:18,025 Ada log panggilan. Dia tinggalkan mel suara." 206 00:14:26,199 --> 00:14:28,577 Saya sedang bercuti di Califonia 207 00:14:28,577 --> 00:14:32,080 semasa saya terima panggilan daripada Elise. 208 00:14:32,164 --> 00:14:36,919 Dia kata, "Jennifer, ayah ditemui mati. Saya baru kenal pasti mayatnya." 209 00:14:39,087 --> 00:14:41,381 Saya terkejut. Lidah saya kelu. 210 00:14:47,930 --> 00:14:52,434 Pelik sebab Buffalo tak telefon saya selama beberapa hari. 211 00:14:53,560 --> 00:14:55,354 Kemudian, telefon berdering. 212 00:14:55,354 --> 00:14:57,105 Nama Buffalo Jim tertera. 213 00:14:57,606 --> 00:14:59,024 Apabila saya jawab, 214 00:14:59,942 --> 00:15:01,401 anaknya yang telefon. 215 00:15:01,485 --> 00:15:02,486 Dia kata, 216 00:15:03,737 --> 00:15:06,949 "Johnny, ayah dah tiada." 217 00:15:10,243 --> 00:15:13,956 Daripada sentiasa ada orang seperti dia di sisi... 218 00:15:16,917 --> 00:15:20,629 Berbeza apabila semuanya berakhir. Berakhir sekelip mata. 219 00:15:23,048 --> 00:15:26,134 WILAYAH CLARK NEVADA PEJABAT KORONER 220 00:15:26,218 --> 00:15:32,891 {\an8}Pada pagi 7 April 2008, saya ditugaskan menjalankan autopsi En. Barrier. 221 00:15:32,891 --> 00:15:34,059 {\an8}BEKAS KORONER 222 00:15:34,059 --> 00:15:37,562 Bila-bila masa sesiapa dijumpai mati di dalam bilik hotel, 223 00:15:37,646 --> 00:15:39,856 ia di luar kawasan normal mereka. 224 00:15:39,940 --> 00:15:42,734 Jika berfikir secara konservatif seperti saya, 225 00:15:42,818 --> 00:15:46,029 ia dianggap homisid sehingga dibuktikan sebaliknya. 226 00:15:48,031 --> 00:15:52,244 Tiada sebarang trauma luaran yang jelas pada En. Barrier. 227 00:15:53,203 --> 00:15:57,582 Dia tak ditembak, tidak ditikam, tidak dipukul. Dia tidak dicekik. 228 00:15:58,333 --> 00:16:02,379 Cuma ada bahan berupa serbuk putih pada hidung dan janggutnya. 229 00:16:02,379 --> 00:16:05,757 Ada beberapa jenis dadah yang saya uji 230 00:16:05,841 --> 00:16:07,759 selain dadah biasa. 231 00:16:09,136 --> 00:16:11,930 Satu-satunya yang positif ialah kokaina. 232 00:16:12,472 --> 00:16:15,434 Tahap kokaina minimum yang membawa maut 233 00:16:15,434 --> 00:16:21,064 sekitar 100 ke 200 nanogram per mililiter. 234 00:16:21,565 --> 00:16:24,693 Tahapnya dalam darah En. Barrier sekitar 250. 235 00:16:25,736 --> 00:16:27,821 En. Barrier ada sakit jantung 236 00:16:27,821 --> 00:16:32,409 dan punca kematiannya ialah kombinasi sakit jantung dan kokaina. 237 00:16:34,619 --> 00:16:39,249 Saya letak waktu kematiannya antara jam 7:00 ke 9:00 malam pada 5 April 2008. 238 00:16:41,585 --> 00:16:47,299 Apabila kami terima keputusan laporan toksikologi, 239 00:16:48,425 --> 00:16:49,843 saya sangat terkejut. 240 00:16:49,843 --> 00:16:51,303 Kami tak percaya 241 00:16:51,887 --> 00:16:55,974 sebab saya tak pernah nampak dia ambil dadah, 242 00:16:56,975 --> 00:17:01,146 minum alkohol atau berparti. 243 00:17:04,232 --> 00:17:08,528 Buffalo suka keluar dan berseronok. 244 00:17:10,155 --> 00:17:13,241 Namun, dia tak pernah ambil dadah di hadapan saya. 245 00:17:13,742 --> 00:17:17,079 Saya masih ingat Buffalo kata, "Saya makan makanan sihat 246 00:17:17,079 --> 00:17:19,706 dan berada dalam kesihatan terbaik." 247 00:17:21,625 --> 00:17:24,044 Ayah saya beritahu saya pada tahun 80-an, 248 00:17:24,044 --> 00:17:26,755 kadangkala dia ambil kokaina. 249 00:17:27,798 --> 00:17:29,966 Dia tak bangga dengan perbuatan itu, 250 00:17:30,634 --> 00:17:34,346 tapi sepanjang 24 tahun saya kenal ayah saya, 251 00:17:34,346 --> 00:17:37,641 saya tak pernah nampak dia ambil apa-apa jenis dadah. 252 00:17:38,767 --> 00:17:44,189 {\an8}Saya terkejut jika benar dalam darahnya ada kokaina dan dia sendiri yang ambil. 253 00:17:44,189 --> 00:17:45,357 {\an8}PEGUAM BUFFALO JIM 254 00:17:46,733 --> 00:17:51,863 Itu bukan keperibadian Buffalo yang saya kenal 255 00:17:52,739 --> 00:17:56,535 kerana Buffalo ada ketagihan kokaina semasa dia muda 256 00:17:56,535 --> 00:17:58,495 dan bangga dapat mengatasinya. 257 00:17:58,495 --> 00:17:59,412 GAMBAR BUKTI 258 00:17:59,496 --> 00:18:01,748 Semasa kami mengenal pasti mayatnya, 259 00:18:02,457 --> 00:18:07,212 tiada langsung tanda kokaina di bilik motel itu. 260 00:18:08,880 --> 00:18:12,134 Kokaina ini dari mana? Kenapa tiada di tempat kejadian? 261 00:18:13,385 --> 00:18:16,930 Bahan serbuk putih yang dijumpai pada janggut dan misainya, 262 00:18:16,930 --> 00:18:19,724 kami tak tahu sama ada itu kokaina atau tidak. 263 00:18:21,518 --> 00:18:26,231 Mereka tak tahu sama ada itu kokaina tulen atau pengisi kokaina. 264 00:18:26,231 --> 00:18:28,775 Mereka hanya tahu itu serbuk putih. 265 00:18:28,859 --> 00:18:32,404 Ada sesiapa pernah periksa kokaina pada hidung, baju 266 00:18:32,404 --> 00:18:34,698 atau janggutnya untuk tahu tahapnya? 267 00:18:34,698 --> 00:18:36,032 Tidak. 268 00:18:36,116 --> 00:18:38,743 Kami duduk di meja makan 269 00:18:38,827 --> 00:18:42,205 dan adik-beradik saya pandang saya dan kata, "Jennifer, dia dianiaya. 270 00:18:42,289 --> 00:18:45,167 Apa kita nak buat? Ada tindakan akan dibuat?" 271 00:18:45,167 --> 00:18:46,585 Ada sesuatu yang tak kena. 272 00:18:47,919 --> 00:18:49,462 Ada perbuatan khianat. 273 00:18:52,340 --> 00:18:53,800 Pada malam ayah meninggal, 274 00:18:54,301 --> 00:18:58,138 kami tahu dia terima mel suara daripada wanita bernama Lisa. 275 00:18:59,598 --> 00:19:03,059 Saya beritahu polis, "Tolong siasat wanita ini." 276 00:19:07,063 --> 00:19:09,941 Detektif pernah mengesan 277 00:19:10,025 --> 00:19:14,779 seorang gadis yang bersama En. Barrier di bilik pada malam kematiannya. 278 00:19:17,199 --> 00:19:18,617 Dia beritahu mereka... 279 00:19:18,617 --> 00:19:19,868 {\an8}KENYATAAN SUKARELA 280 00:19:19,868 --> 00:19:22,746 ...dia sudah lama kenal En. Barrier. 281 00:19:22,746 --> 00:19:23,914 SAYA BERKAWAN DENGANNYA 282 00:19:23,914 --> 00:19:25,373 DIA TOLONG SAYA 283 00:19:25,457 --> 00:19:26,374 DIA KAWAN YANG BAIK 284 00:19:26,458 --> 00:19:31,254 Dia kata dia telefon En. Barrier dan beri telefon kepada kawan lelakinya 285 00:19:31,338 --> 00:19:34,257 yang nak berbincang tentang urus niaga motosikal. 286 00:19:34,341 --> 00:19:36,092 KAWAN SAYA NAK JUAL MOTOSIKAL 287 00:19:36,176 --> 00:19:38,178 Menurut kenyataannya, 288 00:19:38,178 --> 00:19:40,597 tujuan dia telefon ayah saya 289 00:19:41,097 --> 00:19:44,434 adalah kerana kawannya dari Arizona datang 290 00:19:44,434 --> 00:19:47,270 dan perlukan duit, jadi dia nak jual motosikalnya. 291 00:19:47,979 --> 00:19:51,441 Namun, orang itu tak pernah disebut lagi. 292 00:19:52,609 --> 00:19:56,947 Ayah saya keluar dari rumah dan putuskan untuk berjumpa dengannya. 293 00:19:57,822 --> 00:20:00,617 Lisa kata dia dan Buffalo Jim 294 00:20:00,617 --> 00:20:03,620 bersetuju untuk berjumpa di stesen minyak di Jalan Charleston, 295 00:20:05,038 --> 00:20:07,958 kemudian mereka pergi ke Motel 6 di Lebuh Raya Boulder. 296 00:20:12,212 --> 00:20:17,050 Gadis itu kata En. Barrier letak kereta Rolls-Royce di belakang Motel 6. 297 00:20:23,848 --> 00:20:28,478 Pada jam 8:22, Buffalo Jim dilihat di lobi Motel 6, 298 00:20:28,478 --> 00:20:30,814 mengambil kunci untuk bilik 105. 299 00:20:37,696 --> 00:20:39,114 Dalam 30 saat kemudian, 300 00:20:39,114 --> 00:20:43,618 Buffalo lalu semula di hadapan pejabat motel perlahan-lahan. 301 00:20:43,702 --> 00:20:48,248 Di belakangnya ada siluet wanita yang rendah. 302 00:20:49,916 --> 00:20:53,169 Dia mengikut tiga atau empat langkah di belakang. Itu Lisa. 303 00:20:57,382 --> 00:21:00,635 Lisa kata, sebaik saja masuk ke bilik 105... 304 00:21:04,139 --> 00:21:06,766 mereka bermain permainan fantasi seksual. 305 00:21:08,101 --> 00:21:11,896 Gadis itu kata En. Barrier ambil banyak kokaina 306 00:21:11,980 --> 00:21:13,606 dan bertindak paranoid. 307 00:21:14,441 --> 00:21:17,527 Dia cuba tenangkannya dengan menyuruhnya minum air. 308 00:21:17,527 --> 00:21:22,115 Dia kata En. Barrier baring di atas katil dan mula menggigil-gigil. 309 00:21:23,366 --> 00:21:25,994 Dia pegang dadanya dengan kedua belah tangan 310 00:21:26,494 --> 00:21:28,288 seperti serangan jantung. 311 00:21:32,167 --> 00:21:35,003 Dia tinggalkan Buffalo Jim di bilik motel. 312 00:21:41,801 --> 00:21:46,389 Lisa kata dia naik teksi ke stesen minyak, tempat dia letak keretanya. 313 00:21:50,518 --> 00:21:54,856 Pada jam 9:30, dia tinggalkan pesanan pada telefon Buffalo Jim 314 00:21:54,856 --> 00:21:58,276 dan bertanyakan khabarnya, tapi dia tak jawab balik. 315 00:22:00,278 --> 00:22:03,573 Dia kata dia dah lama kenal ayah saya. 316 00:22:03,573 --> 00:22:06,993 Kalau awak dah lama kenal seseorang, 317 00:22:07,077 --> 00:22:11,331 kenapa awak tak telefon polis jika mereka kena serangan jantung? 318 00:22:13,875 --> 00:22:16,836 Saya juga tertanya-tanya tentang kawannya 319 00:22:16,920 --> 00:22:19,005 yang mahu jual motosikal itu. 320 00:22:19,714 --> 00:22:20,840 Mana lelaki ini? 321 00:22:22,050 --> 00:22:23,760 Dia tak pernah disoal siasat. 322 00:22:24,511 --> 00:22:25,929 Mana motosikal itu? 323 00:22:28,515 --> 00:22:33,520 Satu lagi, ayah saya daftar masuk motel pada jam 8:22 malam. 324 00:22:33,520 --> 00:22:37,440 Namun, bilik itu dimasuki seseorang tujuh minit sebelum dia sampai 325 00:22:37,524 --> 00:22:38,775 dengan kunci tetamu. 326 00:22:38,775 --> 00:22:41,653 Ada leret kunci, bermakna bilik itu dimasuki 327 00:22:41,653 --> 00:22:44,197 beberapa minit sebelum Buffalo masuk. 328 00:22:45,990 --> 00:22:48,701 Dah lewat malam. Adakah itu jurukemas? 329 00:22:49,536 --> 00:22:51,079 Tak mungkin. 330 00:22:52,205 --> 00:22:54,499 Biasanya jurukemas bekerja pada waktu tengah hari. 331 00:22:55,750 --> 00:22:59,379 Selain itu, dalam laporan akses kunci, 332 00:22:59,379 --> 00:23:02,841 ia kenal pasti kunci mana yang digunakan. 333 00:23:02,841 --> 00:23:05,844 Contohnya, kunci pengurus atau kunci jurukemas. 334 00:23:05,844 --> 00:23:08,304 Menurut laporan, ia kunci tetamu. 335 00:23:08,805 --> 00:23:13,601 Itu bermakna seseorang menunggu dia masuk ke dalam bilik. 336 00:23:13,685 --> 00:23:18,898 {\an8}Kami terkejut perkara itu tidak disiasat atau diperiksa 337 00:23:18,982 --> 00:23:23,987 {\an8}sebagai kemungkinan perbuatan khianat dan itu membimbangkan kami. 338 00:23:28,783 --> 00:23:32,245 Semasa ayah saya ditemui mati di atas katil Motel 6, 339 00:23:32,745 --> 00:23:35,457 di dalam dompetnya ada duit satu dolar yang berlipat. 340 00:23:35,957 --> 00:23:38,293 Dia tak pernah lipat duit ke dalam dompet. 341 00:23:39,085 --> 00:23:41,462 Orang tahu ayah saya bawa banyak wang tunai. 342 00:23:41,963 --> 00:23:44,799 Kenapa tinggal sekeping duit satu dolar? 343 00:23:45,383 --> 00:23:49,345 Saya dengar itu tanda pembunuhan mafia yang nyata. 344 00:23:49,429 --> 00:23:54,267 Mesej yang disampaikan melalui satu dolar yang tertinggal ialah, 345 00:23:54,267 --> 00:23:58,271 "Hei, awak dah kena. Ini pembunuhan. Padan muka awak." 346 00:23:59,856 --> 00:24:04,569 Kawan lama Barrier, bekas ahli majlis Steve Miller, mengesyaki perbuatan khianat 347 00:24:04,569 --> 00:24:07,906 dan kata Barrier terima ugutan bunuh baru-baru ini. 348 00:24:10,408 --> 00:24:11,576 Sebelum dia mati, 349 00:24:12,702 --> 00:24:15,205 banyak ancaman bunuh yang ayah saya terima 350 00:24:15,205 --> 00:24:16,915 dalam pelbagai bentuk. 351 00:24:19,209 --> 00:24:23,129 Kali pertama saya perasan ayah saya menerima 352 00:24:23,213 --> 00:24:26,174 surat dan panggilan ugutan 353 00:24:26,174 --> 00:24:28,635 ialah dua tahun sebelum dia meninggal. 354 00:24:28,635 --> 00:24:30,637 Dia akan dapat panggilan... 355 00:24:32,764 --> 00:24:36,184 di pejabatnya daripada nombor yang tak diketahui, 356 00:24:36,684 --> 00:24:40,104 dengan lelaki menjerit melalui telefon, 357 00:24:40,188 --> 00:24:42,524 "Saya akan bunuh awak!" 358 00:24:46,194 --> 00:24:50,198 Saya pernah beritahu dia, "Ayah! Ayah dapat ugutan. Ayah tak risau?" 359 00:24:50,198 --> 00:24:55,662 Dia jawab, "Tidak. Ayah ketawa saja. Ayah cuma perlu berhati-hati. 360 00:24:56,162 --> 00:24:57,455 Jaga diri ayah." 361 00:24:58,373 --> 00:24:59,958 Dia kata, "Ayah takkan mengalah 362 00:24:59,958 --> 00:25:02,544 dan biar sesiapa rampas apa-apa daripada ayah." 363 00:25:03,670 --> 00:25:06,172 Ugutan bunuh yang ayah saya terima 364 00:25:06,256 --> 00:25:08,466 dipercayai daripada permusuhan lama 365 00:25:08,466 --> 00:25:14,138 antara perniagaan di kejiranan sama, Crazy Horse Too, dengan ayah saya. 366 00:25:14,222 --> 00:25:17,183 Crazy Horse Too ialah kelab malam. 367 00:25:19,477 --> 00:25:23,189 {\an8}Ia di sebelah garaj Buffalo. 368 00:25:25,441 --> 00:25:29,320 Ia merupakan kelab malam yang paling berjaya di bandar itu. 369 00:25:30,488 --> 00:25:33,616 Ia dimiliki oleh seorang lelaki bernama Rick Rizzolo. 370 00:25:36,536 --> 00:25:39,539 Rick Rizzolo mempunyai reputasi di Las Vegas 371 00:25:39,539 --> 00:25:44,586 {\an8}sebagai seorang yang kurang baik terhadap orang yang menentangnya. 372 00:25:45,420 --> 00:25:50,425 Ada khabar angin Crazy Horse terlibat dengan mafia. 373 00:25:50,425 --> 00:25:53,094 Ada yang disahkan? Ya. 374 00:25:54,596 --> 00:25:57,140 Pergaduhan itu bermula mungkin pada 1998 375 00:25:57,140 --> 00:26:01,436 apabila Buffalo enggan melepaskan kedainya 376 00:26:01,436 --> 00:26:03,980 untuk pengembangan Crazy Horse Too. 377 00:26:03,980 --> 00:26:05,440 Ia bertambah buruk. 378 00:26:05,440 --> 00:26:09,736 Mereka nak saya keluar. Saya perlu sara empat orang anak, jadi saya enggan. 379 00:26:11,029 --> 00:26:15,658 Nilai untuk pindahkan dia dari situ dengan betul mungkin sejuta setengah, 380 00:26:15,742 --> 00:26:17,535 tapi mereka tak nak bayar langsung. 381 00:26:18,036 --> 00:26:22,165 Buffalo kata, "Kenapa saya nak pindah? Saya takkan berganjak tanpa bayaran." 382 00:26:22,165 --> 00:26:25,710 Masalah timbul sejak kejadian itu. 383 00:26:29,589 --> 00:26:31,591 Dia ada bengkel kereta marin 384 00:26:31,591 --> 00:26:35,970 dan seperti bengkel lain, pelanggan tinggalkan kereta semalaman. 385 00:26:39,515 --> 00:26:42,435 Banyak insiden vandalisme berlaku di bengkel itu. 386 00:26:44,771 --> 00:26:49,025 Ayah saya balik pada malam hari. Keesokan hari apabila dia buka bengkel, 387 00:26:49,025 --> 00:26:50,943 kereta dirosakkan... 388 00:26:53,488 --> 00:26:55,114 tayar dipancitkan. 389 00:26:56,199 --> 00:26:57,659 Ayah saya akan rugi. 390 00:26:58,534 --> 00:27:00,161 Pergaduhan itu berterusan. 391 00:27:00,161 --> 00:27:04,999 Ayah saya guna duit sendiri untuk baiki kerosakan yang dibuat. 392 00:27:05,083 --> 00:27:06,959 Mekanik kereta Jim Barrier kata 393 00:27:07,043 --> 00:27:10,797 kelab tarian bogel itu hanya membuat masalah di kejiranan itu. 394 00:27:10,797 --> 00:27:13,341 Mereka letak lorong bomba palsu 395 00:27:13,341 --> 00:27:16,928 dan guna penguat kuasa bandar untuk saman pelanggan saya. 396 00:27:20,264 --> 00:27:25,895 Kelab itu mula dikenali dengan keganasan setelah sekian lama beroperasi. 397 00:27:27,814 --> 00:27:34,153 Ada banyak cerita tentang pengawal kelab yang memukul pelanggan. 398 00:27:34,237 --> 00:27:39,409 Salah seorang mangsa ialah lelaki ini, Kirk Henry, seorang pelancong dari Kansas 399 00:27:39,409 --> 00:27:41,411 yang kata lehernya dipatahkan 400 00:27:41,411 --> 00:27:45,665 selepas menikmati tarian riba dan minum arak di Crazy Horse. 401 00:27:46,165 --> 00:27:52,171 Ada banyak perkara yang didakwa, kebanyakannya direkodkan, berlaku. 402 00:27:52,255 --> 00:27:57,927 Ia mencapai tahap sehingga Buffalo mengalami kerugian yang besar. 403 00:27:57,927 --> 00:28:01,806 Nilainya mencecah ratusan ribu dolar. 404 00:28:02,807 --> 00:28:07,186 Dengan kehilangan pendapatan, gangguan terhadap perniagaan 405 00:28:07,270 --> 00:28:12,024 dan sengaja membuatkan emosi Buffalo tertekan, 406 00:28:13,109 --> 00:28:17,697 saya failkan saman bernilai sejuta dolar tentang isu ini bagi pihak Buffalo 407 00:28:17,697 --> 00:28:19,532 untuk mengurangkan bebannya. 408 00:28:20,324 --> 00:28:21,367 SIASATAN KELAB TARIAN BOGEL PENUH BINTANG 409 00:28:21,451 --> 00:28:23,703 Semasa saman ini sedang berlangsung, 410 00:28:24,287 --> 00:28:28,583 keluar berita bahawa pada tahun 1995, 411 00:28:28,583 --> 00:28:33,379 {\an8}FBI juga menyiasat Crazy Horse 412 00:28:33,880 --> 00:28:36,841 sebelum Buffalo berlawan dengan mereka. 413 00:28:47,727 --> 00:28:51,439 Saya ditugaskan dalam unit jenayah terancang 414 00:28:51,439 --> 00:28:53,191 dalam FBI. 415 00:28:56,652 --> 00:29:00,990 Pada tahun 80-an, 90-an dan awal dekad 2000, 416 00:29:00,990 --> 00:29:04,410 {\an8}mafia terlibat dalam menguruskan kelab tarian bogel di sekitar bandar. 417 00:29:04,494 --> 00:29:05,328 {\an8}EJEN FBI (PESARA) 418 00:29:06,662 --> 00:29:13,127 Untung per kaki persegi kelab tarian bogel lebih tinggi daripada kasino. 419 00:29:15,713 --> 00:29:19,717 Kebanyakannya wang tunai. Tiada siapa bayar cukai untuk duit ini. 420 00:29:21,302 --> 00:29:26,390 Salah satu tempat di Las Vegas yang awak boleh jumpa wakil 421 00:29:26,474 --> 00:29:31,187 setiap keluarga mafia di Amerika Syarikat 422 00:29:31,187 --> 00:29:33,314 adalah di Crazy Horse Too 423 00:29:33,815 --> 00:29:38,152 dan garaj kereta Buffalo Jim berada di sebelahnya. 424 00:29:42,323 --> 00:29:46,536 Jadi, siasatan sedang dijalankan di situ kerana orang di kelab itu 425 00:29:46,536 --> 00:29:50,790 terlibat dengan pengelakan cukai, pemerasan 426 00:29:50,790 --> 00:29:54,919 dan pelbagai jenis aktiviti haram. 427 00:29:54,919 --> 00:29:59,382 Ramai pekerja Crazy Horse disiasat oleh FBI dengan terperinci. 428 00:29:59,382 --> 00:30:01,509 {\an8}Pemilik kelab, Rick Rizzolo, 429 00:30:01,509 --> 00:30:05,137 {\an8}mengaku secara terbuka dia mengambil orang dengan rekod jenayah bekerja, 430 00:30:05,221 --> 00:30:10,268 {\an8}tapi dia menafikan terlibat dengan kesalahan jenayah di kelab itu. 431 00:30:13,813 --> 00:30:18,943 Dalam tempoh masa itu, Buffalo membekalkan maklumat kepada FBI 432 00:30:18,943 --> 00:30:21,445 tentang apa yang berlaku di Crazy Horse. 433 00:30:21,529 --> 00:30:25,116 Buffalo Jim hantar berkotak-kotak bukti kepada kami, 434 00:30:25,116 --> 00:30:28,452 biasanya setiap minggu, 435 00:30:28,536 --> 00:30:32,081 selama kira-kira dua tahun. 436 00:30:32,582 --> 00:30:36,335 Dia akan catat apa yang orang beritahu dan hantar kepada kami. 437 00:30:36,961 --> 00:30:38,504 Ia sangat membantu. 438 00:30:41,465 --> 00:30:44,594 Pada 20 Februari 2003, 439 00:30:45,469 --> 00:30:49,140 kami guna waran geledah untuk menggeledah Crazy Horse Too. 440 00:30:52,101 --> 00:30:54,312 {\an8}Ada dua pasukan SWAT 441 00:30:55,771 --> 00:30:59,066 dan kira-kira 80 hingga 100 ejen. 442 00:31:00,568 --> 00:31:02,028 Sudah lama dinantikan. 443 00:31:02,028 --> 00:31:06,198 Ada banyak masalah di sini sejak Crazy Horse Too dibuka. 444 00:31:07,617 --> 00:31:11,037 Setelah sekian lama, akhirnya mereka berjaya ditangkap. 445 00:31:13,623 --> 00:31:16,459 Suatu ketika pada tahun 2006, 446 00:31:16,459 --> 00:31:18,210 ada perjanjian rayuan dibuat 447 00:31:18,294 --> 00:31:22,840 iaitu Rick Rizzolo membuat rayuan atas pengelakan cukai pendapatan. 448 00:31:22,840 --> 00:31:26,260 Kemudian, pada awal tahun 2007, 449 00:31:26,344 --> 00:31:29,513 Rick Rizzolo dikenakan hukuman setahun satu hari. 450 00:31:30,514 --> 00:31:33,976 Ayah saya rasa lega Rizzolo dipenjarakan 451 00:31:34,060 --> 00:31:39,398 sebab Rizzolo banyak memberi masalah kepada dia dan keluarga saya. 452 00:31:40,066 --> 00:31:42,151 Dia selalu yakinkan saya semuanya akan okey, 453 00:31:42,151 --> 00:31:46,280 saya akan sentiasa dilindungi dan selamat, 454 00:31:47,281 --> 00:31:48,491 FBI BICARAKAN RIZZOLO LAGI 455 00:31:48,491 --> 00:31:52,870 Malangnya, Rick dibebaskan selepas sepuluh bulan kerana kelakuan baik. 456 00:31:52,870 --> 00:31:58,793 Dia dibebaskan pada bulan Mac 2008 457 00:31:59,502 --> 00:32:02,088 dan ditahan di rumah. 458 00:32:03,130 --> 00:32:06,550 Beberapa hari sebelum kematian misteri Buffalo Jim di bilik motel, 459 00:32:06,634 --> 00:32:10,221 musuh lamanya, pemilik kelab malam yang keji, Rick Rizzolo, 460 00:32:10,221 --> 00:32:12,014 dibebaskan dari penjara persekutuan. 461 00:32:12,098 --> 00:32:15,893 Rick Rizzolo hanya ditahan di rumah selama seminggu 462 00:32:15,977 --> 00:32:17,853 iaitu sehingga 4 April 2008. 463 00:32:18,771 --> 00:32:22,525 Buffalo mati pada 5 April. 464 00:32:24,318 --> 00:32:28,990 Rizzolo keluar penjara dan Buffalo mati keesokan harinya. 465 00:32:29,490 --> 00:32:31,951 Apa yang berlaku? Ada yang tak kena. 466 00:32:33,911 --> 00:32:36,497 Satu lagi kebetulan yang pelik. 467 00:32:37,540 --> 00:32:41,168 Saya diberitahu bahawa Lisa, gadis di dalam bilik motel itu, 468 00:32:41,252 --> 00:32:45,464 dia pernah jadi penari bogel dan dah lama bekerja di Crazy Horse Too. 469 00:32:46,298 --> 00:32:49,844 Jika dia bekerja di Crazy Horse, pasti dia kenal Rick Rizzolo. 470 00:32:52,304 --> 00:32:57,643 Buffalo mati pada malam itu bersama Lisa di motel. 471 00:32:59,103 --> 00:33:03,190 Ini buat saya percaya dia terlibat dalam penganiayaan ayah saya. 472 00:33:05,609 --> 00:33:09,071 Ada satu lagi perkara yang merisaukan saya 473 00:33:09,155 --> 00:33:12,700 dan buat saya rasa ada sesuatu yang tak kena. 474 00:33:14,910 --> 00:33:18,748 Selepas kami dapat panggilan polis bahawa ayah kami ditemui mati, 475 00:33:18,748 --> 00:33:21,709 saya dan kakak saya memandu di sekeliling bangunan ini 476 00:33:21,709 --> 00:33:23,794 mencari kenderaan ayah kami 477 00:33:23,878 --> 00:33:26,130 dan kami tak menjumpainya. 478 00:33:26,630 --> 00:33:31,260 Kereta Rolls-Royce itu ialah harta yang paling disayanginya. 479 00:33:32,845 --> 00:33:36,348 Jadi, kami tanya polis, "Mana kereta itu?" 480 00:33:38,225 --> 00:33:41,854 Polis kata, "Kami tak tahu kereta itu ada di mana." 481 00:33:44,690 --> 00:33:47,318 Awak boleh nampak tempat letak keretanya kecil. 482 00:33:48,360 --> 00:33:51,864 Mustahil tak perasan Rolls-Royce di tempat letak kereta ini. 483 00:33:51,864 --> 00:33:54,200 Tiada ruang tersembunyi di mana-mana. 484 00:33:55,701 --> 00:33:57,244 Di mana kereta itu? 485 00:33:59,205 --> 00:34:03,167 Pada 6 April 2008, hari mayat itu dijumpai, 486 00:34:03,167 --> 00:34:08,047 polis melepaskan semula bilik 105 kepada pihak pengurusan Motel 6. 487 00:34:08,964 --> 00:34:10,716 Kemudian, pada 5:30, 488 00:34:10,800 --> 00:34:15,346 kereta Rolls-Royce En. Barrier muncul di tempat letak kereta Motel 6 489 00:34:15,346 --> 00:34:18,682 selepas tidak dijumpai polis sebelum ini. 490 00:34:20,392 --> 00:34:24,814 Elise terima panggilan daripada sarjan Balai Polis Metropolitan Las Vegas. 491 00:34:24,814 --> 00:34:26,315 Mereka kata kereta ada di sana. 492 00:34:27,399 --> 00:34:30,402 "Apa maksud awak? Tadi tiada." Betul-betul ada di sana. 493 00:34:31,946 --> 00:34:34,782 Ada banyak kekeliruan mengenainya. 494 00:34:34,782 --> 00:34:37,785 Polis memulakan laporan kereta hilang, 495 00:34:38,744 --> 00:34:41,288 tiba-tiba kereta itu muncul beberapa jam kemudian. 496 00:34:42,915 --> 00:34:44,792 Saya tak tahu apa yang berlaku. 497 00:34:45,292 --> 00:34:49,880 Mungkin mereka tak nampak siang tadi. 498 00:34:50,506 --> 00:34:53,843 Mungkin seseorang ada akses kereta itu. 499 00:34:55,761 --> 00:34:58,848 Kereta Barrier diperiksa oleh polis. 500 00:34:58,848 --> 00:35:02,434 Tiada apa-apa yang mencurigakan dijumpai dalam pemeriksaan. 501 00:35:03,644 --> 00:35:06,730 Tiada cap jari. Tiada rambut. Tiada apa-apa. 502 00:35:07,231 --> 00:35:08,399 Sangat pelik. 503 00:35:09,316 --> 00:35:12,611 Ada beberapa perkara yang... 504 00:35:13,112 --> 00:35:17,074 Saya rasa perkara ini perlu disiasat dengan lebih teliti. 505 00:35:19,285 --> 00:35:22,371 Satu lagi perkara yang tidak konsisten dalam kes ini 506 00:35:22,371 --> 00:35:26,584 adalah ada dua telefon yang disenaraikan dalam laporan polis 507 00:35:26,584 --> 00:35:28,752 dan ia bukan telefon ayah saya. 508 00:35:28,836 --> 00:35:29,920 TELEFON BIMBIT MOTOROLA 509 00:35:30,004 --> 00:35:31,755 Ini telefon ayah saya. 510 00:35:32,256 --> 00:35:35,426 Telefon ini tidak disenaraikan dalam laporan polis. 511 00:35:36,177 --> 00:35:40,347 Ada telefon yang ditunjukkan. Ia berwarna perak. 512 00:35:40,431 --> 00:35:43,642 Mereka senaraikannya, tapi kami tak pernah menerimanya. 513 00:35:43,726 --> 00:35:46,604 Kami juga tak pernah tahu dia ada telefon itu. 514 00:35:46,604 --> 00:35:50,816 Jadi, itu telefon siapa? Kenapa ia ada di dalam biliknya? 515 00:35:52,359 --> 00:35:56,280 Ini pintu masuk kelab malam Crazy Horse Too yang terkenal itu. 516 00:35:56,280 --> 00:36:00,159 Kaum keluarga Jim Barrier yakin bekas pemilik kelab ini 517 00:36:00,159 --> 00:36:03,996 mungkin ada kaitan dengan bencana yang melanda Barrier. 518 00:36:05,331 --> 00:36:08,918 Saya berbual dengan ayah pada hari Khamis sebelum dia meninggal. 519 00:36:09,418 --> 00:36:12,046 Dia kata, "Rick Rizzolo baru keluar penjara." 520 00:36:13,339 --> 00:36:15,799 Ayah saya beritahu saya jika mereka nak perangkap dia, 521 00:36:15,883 --> 00:36:18,552 orang Crazy Horse Too secara spesifik, 522 00:36:19,511 --> 00:36:22,932 "Mereka akan buat seperti ayah mati terlebih dos dadah bersama wanita." 523 00:36:23,724 --> 00:36:26,268 Itu perbualan akhir saya bersamanya. 524 00:36:29,521 --> 00:36:32,608 Ayah saya juga terima surat pada hari dia mati. 525 00:36:34,026 --> 00:36:35,527 Ia tertulis, "En. Barrier, 526 00:36:35,611 --> 00:36:40,449 perjumpaan telah diadakan di merata tempat di sekitar bandar oleh Rick Rizzolo. 527 00:36:40,449 --> 00:36:42,910 Hati-hati. Dia ada rancangan keji. 528 00:36:42,910 --> 00:36:45,412 Dia guna orang untuk mendekati awak. 529 00:36:45,496 --> 00:36:49,416 Dia bincang menggunakan wanita untuk dapatkan maklumat perniagaan awak. 530 00:36:50,167 --> 00:36:53,128 {\an8}Pada hujung minggu lalu, mayat Barrier yang berusia 55 tahun 531 00:36:53,212 --> 00:36:56,215 {\an8}ditemui di dalam bilik motel di Lebuh Raya Boulder. 532 00:36:56,215 --> 00:36:59,426 {\an8}Polis kata tiada siasatan formal akan dijalankan. 533 00:37:00,135 --> 00:37:03,222 Selalunya mana-mana suspek pun patut disiasat. 534 00:37:05,641 --> 00:37:08,352 Jika benar dia terima ugutan tidak dikenali 535 00:37:08,352 --> 00:37:12,314 dan beberapa perkara negatif melanda perniagaannya, 536 00:37:12,398 --> 00:37:14,316 diikuti pula dengan kematiannya, 537 00:37:15,859 --> 00:37:17,653 ada cukup sebab untuk buka siasatan. 538 00:37:19,947 --> 00:37:21,699 Apabila Buffalo mati, 539 00:37:21,699 --> 00:37:25,077 saman terhadap Rick Rizzolo mati bersamanya. 540 00:37:26,161 --> 00:37:28,539 Tak boleh kehilangan saksi utama. 541 00:37:29,039 --> 00:37:31,083 Kes itu kuat ketika dia hidup. 542 00:37:31,083 --> 00:37:33,836 Tanpa dia, kes ini lemah. 543 00:37:35,421 --> 00:37:38,966 Ayah saya bermusuh dengan orang yang sangat berpengaruh 544 00:37:38,966 --> 00:37:41,677 dan saya percaya sebab itu dia dibunuh. 545 00:37:46,098 --> 00:37:52,187 Teori saya ialah mereka perangkap dia dalam keadaan yang lemah. 546 00:37:52,688 --> 00:37:55,065 Mungkin mereka paksa dia ambil kokaina. 547 00:37:56,191 --> 00:37:57,359 Dalam kes En. Barrier, 548 00:37:57,443 --> 00:38:01,280 tak mustahil ada bahan dalam badannya yang kita tak dapat kesan. 549 00:38:02,865 --> 00:38:07,786 Kemungkinannya adalah sama ada mereka memaksa dia 550 00:38:07,870 --> 00:38:12,249 mengambil kokaina pada tahap yang dia tak biasa, 551 00:38:12,333 --> 00:38:14,126 atau dia ditipu 552 00:38:14,626 --> 00:38:18,881 kerana kokaina boleh datang dalam kepekatan berbeza 553 00:38:18,881 --> 00:38:20,758 apabila dibeli di jalanan. 554 00:38:20,758 --> 00:38:23,260 Awak tak tahu betapa kuat kokaina itu. 555 00:38:23,886 --> 00:38:27,556 Saya rasa ayah saya diumpan keluar oleh wanita bernama Lisa itu. 556 00:38:28,515 --> 00:38:29,808 Kita tak tahu kisah sebenar. 557 00:38:29,892 --> 00:38:33,103 Kita tak tahu turutan peristiwa yang menyebabkan dia berada di motel. 558 00:38:34,438 --> 00:38:37,816 Ia tak disiasat dengan terperinci untuk kami tahu. 559 00:38:40,694 --> 00:38:44,698 Ramai orang beritahu saya, sebagai hadiah keluar penjara, 560 00:38:45,199 --> 00:38:47,701 ada orang putuskan untuk bunuh Buffalo. 561 00:38:47,785 --> 00:38:51,455 Itu perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk Rick Rizzolo. 562 00:38:52,289 --> 00:38:54,291 Siapa tahu jika itu berlaku. 563 00:38:54,792 --> 00:38:57,836 Semua yang berlaku nampak mencurigakan. 564 00:38:59,505 --> 00:39:03,467 Dia mati dalam keadaan yang sangat mencurigakan. 565 00:39:04,551 --> 00:39:06,929 Ia perlu dilihat sebagai pembunuhan. 566 00:39:09,139 --> 00:39:12,518 Saya rasa aturan masa juga mencurigakan. 567 00:39:13,477 --> 00:39:19,983 Saya tak tahu Buffalo Jim ambil kokaina itu secara rela atau tidak, 568 00:39:20,067 --> 00:39:25,656 tapi saya ada lebih banyak soalan daripada jawapan. 569 00:39:28,075 --> 00:39:32,746 Rick Rizzolo dan "Lisa" menolak permintaan untuk ditemu bual. 570 00:39:39,670 --> 00:39:43,507 Pada September 2006, Crazy Horse akhirnya ditutup 571 00:39:43,507 --> 00:39:46,176 selepas lesen araknya ditarik. 572 00:39:48,220 --> 00:39:50,431 Menjelang Ogos 2019, 573 00:39:50,431 --> 00:39:54,351 bangunan itu telah menjadi sangat kopak-kapik. 574 00:39:54,435 --> 00:39:57,604 Ia dipecah masuk oleh gelandangan dan diisytiharkan tidak selamat. 575 00:40:01,483 --> 00:40:03,235 Selepas kematian Buffalo, 576 00:40:03,235 --> 00:40:08,740 Jennifer Barrier buat keputusan untuk meneruskan bengkel Buffalo 577 00:40:09,241 --> 00:40:13,412 dan menyiapkan projek-projek kereta. 578 00:40:15,372 --> 00:40:18,917 Akhirnya bengkel kereta itu pun ditutup. 579 00:40:22,796 --> 00:40:26,383 Kita kehilangan orang yang paling menarik di Las Vegas. 580 00:40:27,551 --> 00:40:31,013 Dia orang yang disukai semua. 581 00:40:32,473 --> 00:40:33,891 Dia juga kelakar. 582 00:40:33,891 --> 00:40:37,394 Selepas dia mati, seperti ada lohong di bandar ini 583 00:40:37,478 --> 00:40:39,646 yang tak mungkin kami dapat isi. 584 00:40:43,567 --> 00:40:44,693 Hai! 585 00:40:44,693 --> 00:40:47,487 - Baby Buff! Gembira jumpa awak! - Gembira jumpa awak juga! 586 00:40:47,571 --> 00:40:49,907 Buffalo ada karisma tersendiri. 587 00:40:49,907 --> 00:40:53,660 Apabila dia ada, orang mengikutinya. 588 00:40:53,744 --> 00:40:58,248 Dia suka jadi Buffalo Jim dan itu buat dia gembira. 589 00:40:59,791 --> 00:41:01,502 Saya sangat rindukan dia. 590 00:41:02,961 --> 00:41:08,133 Saya harap anak-anaknya tahu mereka sangat penting baginya 591 00:41:08,217 --> 00:41:10,344 {\an8}dan dia sangat bangga dengan mereka. 592 00:41:10,344 --> 00:41:11,762 {\an8}JAMES "BUFFALO JIM" BARRIER DALAM INGATAN 22 MAC 1953 - 5 APRIL 2008 593 00:41:11,762 --> 00:41:13,847 Dia sangat sayangkan mereka. 594 00:41:19,269 --> 00:41:25,317 Tiga belas tahun kebelakangan ini sangat sukar. 595 00:41:26,151 --> 00:41:29,446 Saya kehilangan kawan baik dan ayah saya. 596 00:41:29,530 --> 00:41:34,284 Bertahun-tahun saya rasa sunyi selepas dia meninggal. 597 00:41:37,412 --> 00:41:40,832 Pada tahun 1999, saya dan ayah memandu menaiki Gunung Charleston. 598 00:41:40,916 --> 00:41:43,293 Kami ke sana selang beberapa bulan. 599 00:41:43,377 --> 00:41:46,630 Kami duduk di penginapan sambil minum air coklat panas bersama. 600 00:41:48,090 --> 00:41:49,925 Ayah saya tanya, 601 00:41:49,925 --> 00:41:52,469 "Jika apa-apa berlaku kepada ayah, awak akan bangkit?" 602 00:41:52,469 --> 00:41:55,222 Saya kata, "Ya, tapi apa maksudnya?" 603 00:41:56,807 --> 00:41:58,684 Sekarang baru saya faham. 604 00:42:00,894 --> 00:42:03,355 Ada orang yang tahu perkara sebenar. 605 00:42:03,355 --> 00:42:06,608 Saya harap mereka akan tampil dan berjumpa kami. 606 00:42:07,859 --> 00:42:10,946 Kami cuma nak tahu apa yang berlaku kepada ayah kami. 607 00:42:14,700 --> 00:42:19,830 {\an8}Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai kematian misteri 608 00:42:19,830 --> 00:42:22,541 {\an8}"Buffalo Jim" Barrier, pergi ke 609 00:42:22,541 --> 00:42:25,794 {\an8}unsolved.com 610 00:43:20,891 --> 00:43:24,978 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S