1 00:00:06,299 --> 00:00:07,759 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:07,759 --> 00:00:08,801 Tidak! 3 00:00:10,261 --> 00:00:11,179 Alamak! 4 00:00:13,890 --> 00:00:16,768 Anak saya segalanya bagi saya 5 00:00:17,268 --> 00:00:21,189 dan saya akan jumpa dia satu hari nanti. 6 00:00:25,443 --> 00:00:28,696 Semua barang dibuang dan seluruh rumah dikosongkan. 7 00:00:29,405 --> 00:00:31,616 Mereka lenyap. Tiada apa yang tinggal. 8 00:00:32,617 --> 00:00:35,536 Ya Tuhan. 9 00:00:36,037 --> 00:00:37,413 Dia ambil anak-anak. 10 00:00:38,748 --> 00:00:43,377 Setiap hari kami berharap dia akan kembali, tapi tiada khabar. 11 00:00:43,377 --> 00:00:45,797 Dia hilang tanpa jejak. 12 00:00:47,423 --> 00:00:49,175 Semuanya lintang-pukang 13 00:00:49,175 --> 00:00:52,303 dan apa yang saya fikir benar semuanya tidak benar. 14 00:00:52,804 --> 00:00:54,514 Tiada panduan tentang penculikan. 15 00:01:36,556 --> 00:01:38,015 Marty, giliran awak! 16 00:01:40,601 --> 00:01:41,853 Awak tak boleh turun. 17 00:01:44,480 --> 00:01:46,357 Awak boleh buat apa saja! 18 00:01:51,445 --> 00:01:53,156 Apabila bermimpikan anak-anak saya, 19 00:01:54,532 --> 00:01:57,869 kadangkala mereka dalam bahaya dan perlu diselamatkan. 20 00:01:59,787 --> 00:02:06,669 Kadangkala kami cuma luangkan masa buat aktiviti yang kami suka bersama. 21 00:02:08,212 --> 00:02:09,714 Pada masa itu... 22 00:02:12,008 --> 00:02:13,259 mereka hidup 23 00:02:14,385 --> 00:02:16,554 dan bersama saya. 24 00:02:19,140 --> 00:02:23,603 Saya suka bermimpikan mereka sebab mereka ada di sana. 25 00:02:29,442 --> 00:02:31,485 SEMUA TENTANG SAYA! 26 00:02:36,199 --> 00:02:40,745 Saya bertemu Ahmed Kandil semasa saya 28 tahun dan dia 30 tahun. 27 00:02:42,330 --> 00:02:45,166 Saya merancang untuk masuk sekolah perubatan 28 00:02:45,166 --> 00:02:49,670 dan dia sedang mengambil MBA untuk mendalami bidang kewangan. 29 00:02:49,670 --> 00:02:54,342 Awalnya, semua janji temu kami ialah aktiviti sukan sama ada bola sepak, 30 00:02:54,342 --> 00:02:56,928 kumpulan bola tampar, racquetball. 31 00:02:56,928 --> 00:02:58,512 {\an8}Kami sering pergi menari. 32 00:02:58,512 --> 00:03:01,766 {\an8}Tarian swing pantai timur atau pantai barat setiap Jumaat. 33 00:03:01,766 --> 00:03:02,725 IBU AMINA DAN BELEL 34 00:03:02,725 --> 00:03:06,312 {\an8}Kami menari pelbagai gerak tari dan ia sangat menyeronokkan. 35 00:03:07,521 --> 00:03:12,360 Ahmed membesar di Cairo. Dia Muslim. Saya membesar di Berlin. 36 00:03:12,360 --> 00:03:16,072 Latar belakang saya ialah Kristian, 37 00:03:16,572 --> 00:03:18,658 tapi saya rasa persamaan kami 38 00:03:18,658 --> 00:03:21,327 ialah keluarga kami kelas pertengahan, 39 00:03:21,327 --> 00:03:24,747 jadi kami mempunyai banyak nilai yang sama 40 00:03:24,747 --> 00:03:27,875 walaupun berbeza latar belakang agama. 41 00:03:29,919 --> 00:03:33,464 Saya dan Ahmed kenal lama sebelum kami berkahwin. 42 00:03:34,131 --> 00:03:39,887 {\an8}Sembilan bulan kemudian, anak saya, Amina dilahirkan pada 1 September 2003. 43 00:03:40,388 --> 00:03:42,723 Tiga minggu sebelum sekolah perubatan bermula. 44 00:03:44,016 --> 00:03:46,602 Antara tahun kedua dan tahun ketiga, 45 00:03:46,602 --> 00:03:50,648 {\an8}anak saya, Belel dilahirkan pada 4 Januari 2006. 46 00:03:52,066 --> 00:03:55,027 Amina seorang yang penyayang. 47 00:03:55,027 --> 00:03:57,822 Dia lebih pemalu berbanding adiknya, 48 00:03:57,822 --> 00:04:01,659 tapi dia ada kekuatan dalaman yang kadangkala menyerlah. 49 00:04:03,119 --> 00:04:07,623 Belel lebih peramah dan periang dari pelbagai segi. 50 00:04:08,124 --> 00:04:10,543 Dia mesra dengan semua orang. 51 00:04:11,711 --> 00:04:15,339 Saya dan Rebecca bertemu pada hari pertama bertugas di Boston 52 00:04:15,339 --> 00:04:19,093 {\an8}dan kami berdua sama-sama berhijrah ke Virginia untuk bekerja. 53 00:04:19,093 --> 00:04:20,011 {\an8}KAWAN REBECCA 54 00:04:20,928 --> 00:04:24,557 Semasa Rebecca dan Ahmed mula-mula berpindah ke Virginia... 55 00:04:27,435 --> 00:04:29,145 Kami makan malam bersama setiap Rabu. 56 00:04:29,145 --> 00:04:30,062 Hei! 57 00:04:30,688 --> 00:04:33,858 Kami adakan hari bermalam untuk budak-budak, 58 00:04:35,234 --> 00:04:36,694 malam permainan 59 00:04:38,446 --> 00:04:42,241 dan Ahmed sangat mengalu-alukan kami. 60 00:04:42,241 --> 00:04:44,910 Dia jaga budak-budak dengan baik. 61 00:04:44,910 --> 00:04:46,495 Dia ayah yang baik. 62 00:04:47,872 --> 00:04:51,500 Namun, ketika itu, dia tidak bekerja. 63 00:04:51,500 --> 00:04:55,337 Dia pernah bekerja di Boston, 64 00:04:55,337 --> 00:04:58,257 tapi hilang pekerjaan semasa krisis kewangan. 65 00:04:58,257 --> 00:05:01,135 {\an8}Sektor kewangan kurang bagus selepas tahun 2008. 66 00:05:01,135 --> 00:05:02,053 {\an8}SAHAM MERUDUM 67 00:05:03,095 --> 00:05:04,597 Sejak itu, 68 00:05:05,097 --> 00:05:10,770 Ahmed tak menunjukkan minat untuk mencari kerja. 69 00:05:10,770 --> 00:05:15,524 Dia jarang tersenyum, kurang optimis 70 00:05:15,524 --> 00:05:20,363 dan tak mahu berbual atau berbincang. 71 00:05:20,363 --> 00:05:23,991 Dia hanya mahu saya fokus pada anak-anak 72 00:05:23,991 --> 00:05:26,160 dan peranan saya sebagai ibu, 73 00:05:26,160 --> 00:05:29,747 lebih daripada saya sebagai wanita dan profesional. 74 00:05:29,747 --> 00:05:34,001 Dia tak sama lagi dengan dia yang saya kenal dulu. 75 00:05:36,545 --> 00:05:40,925 Ahmed mahu kekalkan hidup kami ketika itu, 76 00:05:40,925 --> 00:05:43,594 tapi saya yang tak gembira. 77 00:05:43,594 --> 00:05:47,181 Jadi, saya dan Ahmed berpisah pada Jun 2013. 78 00:05:50,226 --> 00:05:51,852 Selepas kami berpisah, 79 00:05:51,852 --> 00:05:56,315 saya dapat anak-anak selama dua minggu dan Ahmed dua minggu berikutnya. 80 00:05:56,315 --> 00:05:58,692 Hujung minggu pula dibahagikan. 81 00:05:59,985 --> 00:06:06,117 Namun, Ahmed cuba menyukarkan Rebecca untuk menjenguk Amina dan Belel 82 00:06:06,117 --> 00:06:08,536 sebab Rebecca yang bekerja. 83 00:06:08,536 --> 00:06:14,250 Dia juga semakin lama semakin konservatif dari segi agama 84 00:06:14,917 --> 00:06:20,464 dan Amina serta Belel pergi ke sekolah di masjid pada hari Sabtu. 85 00:06:20,464 --> 00:06:22,716 Jadi, jelas sekali 86 00:06:22,716 --> 00:06:27,012 Ahmed ada haluan yang dia mahu untuk besarkan anak-anak 87 00:06:27,012 --> 00:06:31,058 dan saya ada haluan yang berbeza dengannya. 88 00:06:34,603 --> 00:06:35,479 {\an8}28 OGOS 2014 89 00:06:35,479 --> 00:06:40,151 {\an8}14 BULAN SELEPAS REBECCA DAN AHMED BERPISAH 90 00:06:40,151 --> 00:06:42,153 {\an8}Hari Khamis sebelum Hari Buruh. 91 00:06:44,488 --> 00:06:49,952 Anak-anak akan ikut Ahmed ke Toronto untuk melihat kolej 92 00:06:49,952 --> 00:06:51,704 buat sepupu mereka. 93 00:06:52,204 --> 00:06:57,084 Dia kata dia akan balik pada 1 September, hari Isnin itu, 94 00:06:57,084 --> 00:06:58,544 iaitu hari jadi Amina. 95 00:06:59,170 --> 00:07:00,838 Dia akan masuk 11 tahun. 96 00:07:01,338 --> 00:07:04,383 Dia jangka akan kembali pada hari itu. 97 00:07:05,467 --> 00:07:07,928 Semasa Ahmed datang menjemput mereka, 98 00:07:09,013 --> 00:07:12,474 kami sedang duduk di sofa dan menonton sesuatu pada iPad. 99 00:07:12,474 --> 00:07:15,978 Belel terus berlari ke pintu, 100 00:07:16,729 --> 00:07:22,026 tunjukkannya kepada ayahnya dan berlari masuk ke dalam kereta. 101 00:07:23,319 --> 00:07:26,530 Saya beritahu Amina dah sampai masa untuk pergi. 102 00:07:27,865 --> 00:07:31,660 Di depan pintu, dia peluk dan cium saya dua kali. 103 00:07:31,660 --> 00:07:35,623 Saya suruh dia berseronok di Toronto dengan sepupunya 104 00:07:35,623 --> 00:07:38,792 dan saya tak sabar untuk ucapkan hari jadi 105 00:07:38,792 --> 00:07:40,794 tak lama selepas itu. 106 00:07:46,383 --> 00:07:48,928 Saya lihat mereka berlalu pergi. 107 00:07:55,809 --> 00:07:58,604 Itu kali terakhir saya lihat anak-anak saya. 108 00:08:01,273 --> 00:08:05,819 {\an8}29 OGOS 2014 KEESOKAN HARINYA 109 00:08:05,819 --> 00:08:09,323 {\an8}Pada hari Jumaat, sehari selepas petang mereka dijemput, 110 00:08:09,323 --> 00:08:14,328 saya beritahu Ahmed saya mahu telefon Amina pada hari jadinya. 111 00:08:15,538 --> 00:08:17,831 Dia kata dia akan balik pada satu hari bulan. 112 00:08:18,958 --> 00:08:22,836 Saya tak hubungi mereka pada hari Sabtu dan Ahad, 113 00:08:22,836 --> 00:08:26,924 {\an8}tapi pada hari Isnin, saya cuba hubungi telefon dia beberapa kali... 114 00:08:26,924 --> 00:08:29,635 {\an8}1 SEPTEMBER 2014 EMPAT HARI SELEPAS AMINA DAN BELEL PERGI 115 00:08:29,635 --> 00:08:33,389 ...dan dia tak jawab. Dia sepatutnya dah balik pada 1 September. 116 00:08:34,848 --> 00:08:38,435 Saya rasa marah sebab tak dapat hubungi anak-anak saya. 117 00:08:38,435 --> 00:08:43,190 Saya telefon beberapa kali dari hospital dan tak dijawab. 118 00:08:44,358 --> 00:08:48,696 Ia agak kurang menyenangkan, tapi bukan perkara luar biasa bagi dia. 119 00:08:48,696 --> 00:08:50,197 Itu tindakan pasif-agresif 120 00:08:50,197 --> 00:08:53,534 untuk halang saya bercakap dengan anak saya pada hari jadinya. 121 00:08:54,326 --> 00:09:01,208 Malam itu, saya hantar mesej kepada Ahmed untuk ucapkan hari jadi kepada Amina. 122 00:09:04,378 --> 00:09:05,671 2 SEPTEMBER 2014 123 00:09:06,630 --> 00:09:08,799 {\an8}Pada Selasa, 2 September, 124 00:09:09,550 --> 00:09:12,177 {\an8}Amina akan masuk ke sekolah menengah buat pertama kali 125 00:09:12,177 --> 00:09:15,514 {\an8}dan Belel akan kembali ke sekolah rendah. 126 00:09:15,514 --> 00:09:17,057 SEKOLAH MATTHEW WHALEY 127 00:09:17,057 --> 00:09:23,022 Saya rasa jika anak-anak saya ada di sekolah, tak jadi masalah. 128 00:09:24,898 --> 00:09:27,568 Saya telefon kedua-dua sekolah pada pagi itu. 129 00:09:28,152 --> 00:09:31,071 Mereka kata anak-anak saya tak datang ke sekolah. 130 00:09:33,282 --> 00:09:36,327 Ketika itu, saya sangat risau 131 00:09:36,327 --> 00:09:38,912 panik, marah, 132 00:09:38,912 --> 00:09:43,667 kecewa dan sangat risaukan anak-anak. 133 00:09:46,754 --> 00:09:50,341 Masalahnya saya berada di klinik terpencil 134 00:09:50,341 --> 00:09:54,678 dan saya satu-satunya pakar bius yang ada untuk menjaga pesakit. 135 00:09:55,220 --> 00:09:57,222 Saya tak boleh pergi. 136 00:09:58,140 --> 00:09:59,183 POLIS 137 00:09:59,183 --> 00:10:03,479 Saya hubungi polis pada hari itu dan semua hospital di Toronto 138 00:10:03,479 --> 00:10:06,899 untuk bertanya sama ada mereka terlibat dalam kemalangan. 139 00:10:06,899 --> 00:10:07,816 {\an8}GIZA MESIR 140 00:10:07,816 --> 00:10:11,320 {\an8}Kemudian, saya telefon ayah Ahmed di Mesir 141 00:10:11,820 --> 00:10:15,866 dan tanya di mana Ahmed serta apa yang berlaku. 142 00:10:15,866 --> 00:10:17,993 Dia tak faham maksud saya. 143 00:10:17,993 --> 00:10:20,746 Dia tak risau dan itu merisaukan saya. 144 00:10:20,746 --> 00:10:26,627 Bagi saya, itu petanda yang dia pasti tahu sesuatu. 145 00:10:28,170 --> 00:10:32,966 Saya telefon Daphney dan minta dia periksa rumah Ahmed untuk saya. 146 00:10:38,305 --> 00:10:40,933 Semasa saya tiba di rumah itu, 147 00:10:41,558 --> 00:10:42,643 tiada kereta, 148 00:10:45,521 --> 00:10:48,023 tiada siapa di rumah 149 00:10:48,857 --> 00:10:51,860 dan tingkap ditutup. 150 00:10:51,860 --> 00:10:54,071 Jadi, saya pergi ke belakang rumah. 151 00:10:55,239 --> 00:10:58,909 Ada langsir yang ditarik ke tepi. 152 00:10:59,827 --> 00:11:01,829 Saya intai dari celah pintu kaca 153 00:11:02,663 --> 00:11:06,708 dan tahu ada sesuatu yang buruk telah berlaku. 154 00:11:07,292 --> 00:11:10,796 Saya telefon Rebecca dan beritahu dia 155 00:11:11,755 --> 00:11:15,759 rumah itu kosong dan tiada apa-apa. 156 00:11:16,260 --> 00:11:21,640 Dia kata semua barangan sudah tiada. Rumah itu kosong. 157 00:11:29,940 --> 00:11:31,567 Dunia terasa gelap 158 00:11:33,152 --> 00:11:37,740 dan saya rasa nak pitam. Tiada cara lain untuk gambarkannya. 159 00:11:37,740 --> 00:11:42,995 Semuanya dirampas dan jadi lintang-pukang. Saya tak tahu apa yang berlaku. 160 00:11:45,747 --> 00:11:49,543 Kemudian, mereka kata ada pesakit yang perlu dimasukkan tiub. 161 00:11:49,543 --> 00:11:52,004 Jadi, saya ingat saya kembali bekerja. 162 00:11:54,548 --> 00:11:56,800 Saya menangis dan tak boleh berhenti. 163 00:11:56,800 --> 00:12:00,762 Pakar bedah dan seluruh pasukan tanya, "Awak okey?" Saya kata, "Tidak. 164 00:12:01,972 --> 00:12:03,724 Saya tak tahu di mana anak-anak saya." 165 00:12:04,766 --> 00:12:08,812 Pada masa yang sama, rasa kecewa, panik 166 00:12:09,730 --> 00:12:12,024 dan terluka. 167 00:12:23,619 --> 00:12:26,747 {\an8}5 SEPTEMBER 2014 LAPAN HARI SELEPAS AMINA DAN BELEL PERGI 168 00:12:26,747 --> 00:12:27,873 {\an8}Pada Jumaat itu, 169 00:12:28,707 --> 00:12:32,753 Balai Polis Wilayah James City menjelaskan bahawa 170 00:12:32,753 --> 00:12:34,379 rekod penerbangan dijumpai 171 00:12:34,379 --> 00:12:39,510 dan didapati Ahmed dan anak-anak tidak terbang ke Kanada. 172 00:12:40,594 --> 00:12:45,724 Mereka terbang dari JFK melalui Kyiv 173 00:12:46,350 --> 00:12:50,395 dan dari Kyiv ke Istanbul di Turki. 174 00:12:51,522 --> 00:12:55,025 Itu sangat mengejutkan 175 00:12:55,025 --> 00:12:58,695 dan saya tak boleh gambarkan betapa takutnya saya. 176 00:12:58,695 --> 00:13:01,698 BANGUNAN FBI J. EDGAR HOOVER 177 00:13:02,699 --> 00:13:07,496 Pihak FBI terlibat dengan kes ini pada September 2014 178 00:13:07,496 --> 00:13:12,751 {\an8}dan sejurus selepas FBI dimaklumkan Amina dan Belel diambil oleh ayah mereka... 179 00:13:12,751 --> 00:13:13,669 EJEN KHAS, FBI 180 00:13:14,461 --> 00:13:17,673 {\an8}...waran tangkap persekutuan dikeluarkan untuk Ahmed 181 00:13:17,673 --> 00:13:19,508 {\an8}oleh Daerah Timur Virginia 182 00:13:19,508 --> 00:13:22,344 {\an8}untuk dua tuduhan penculikan ibu bapa antarabangsa. 183 00:13:22,344 --> 00:13:25,347 Satu untuk Belel dan satu untuk Amina. 184 00:13:27,307 --> 00:13:31,228 Antara langkah pertama dalam siasatan awal adalah 185 00:13:31,228 --> 00:13:34,273 menyemak kewangannya dengan teliti 186 00:13:34,273 --> 00:13:38,902 untuk mencari petunjuk di mana Ahmed dan budak-budak itu. 187 00:13:39,403 --> 00:13:44,950 Apabila saya melihat rekod bank dan kad kredit dari pihak FBI, 188 00:13:44,950 --> 00:13:46,243 saya terkejut. 189 00:13:47,286 --> 00:13:52,541 Ahmed pergi ke kem pemandiri di kawasan pergunungan. 190 00:13:53,041 --> 00:13:58,630 Dia pergi ke kelab menembak dan belajar menembak beberapa kali. 191 00:13:59,423 --> 00:14:01,383 Dia tak pernah minat senapang. 192 00:14:01,383 --> 00:14:06,263 Latihan pemandiri berguna untuk sesiapa yang merentas sempadan 193 00:14:06,263 --> 00:14:09,349 dengan berjalan kaki selama beberapa hari di luar. 194 00:14:10,559 --> 00:14:13,020 Dia juga beli beberapa jenis peralatan berkhemah 195 00:14:13,020 --> 00:14:15,772 seperti beg tidur, but untuk kanak-kanak 196 00:14:15,772 --> 00:14:18,233 dan menghantarnya ke luar negara. 197 00:14:18,233 --> 00:14:23,864 Itu antara butiran yang menunjukkan Ahmed tidak menculik secara tiba-tiba. 198 00:14:23,864 --> 00:14:26,617 Dia telah merancang sebelum ke luar negara. 199 00:14:26,617 --> 00:14:27,951 HILANG 200 00:14:27,951 --> 00:14:31,079 Namun, kini, saya perlu cari anak-anak saya. 201 00:14:31,914 --> 00:14:35,667 {\an8}DISEMBER 2014 TIGA BULAN SELEPAS AMINA DAN BELEL HILANG 202 00:14:36,418 --> 00:14:40,297 {\an8}Saya periksa akaun e-mel Amina banyak kali 203 00:14:40,297 --> 00:14:43,550 dan komputer tablet yang ada pada mereka 204 00:14:43,550 --> 00:14:48,472 digunakan untuk periksa e-mel Amina pada Disember 2014. 205 00:14:48,972 --> 00:14:53,393 Apabila saya lihat alamat IP lokasi komputer tablet itu, 206 00:14:53,393 --> 00:14:57,939 ia berada di wilayah Hatay, dekat dengan bandar Reyhanli 207 00:14:57,939 --> 00:15:02,444 yang berada di hujung selatan Turki, betul-betul di sempadan Syria. 208 00:15:02,986 --> 00:15:04,321 Itu berdekatan zon perang. 209 00:15:09,576 --> 00:15:10,994 Itu menakutkan saya. 210 00:15:10,994 --> 00:15:14,957 Itu benar-benar menakutkan saya. Saya fikir, "Apa maksudnya?" 211 00:15:14,957 --> 00:15:20,253 Ahmed sertai sesuatu yang tak sepatutnya dan bawa anak-anak saya? 212 00:15:20,253 --> 00:15:23,715 Mungkin dia di tempat yang bahaya bersama anak-anak saya 213 00:15:23,715 --> 00:15:27,678 dan saya tak tahu lokasi mereka. Saya tak boleh pastikan mereka selamat. 214 00:15:28,303 --> 00:15:30,347 Kami tak tahu dia pergi ke mana 215 00:15:30,347 --> 00:15:33,934 dan sama ada Ahmed menukar namanya dan nama anak-anaknya 216 00:15:33,934 --> 00:15:37,187 dan mencipta identiti baru. Ini semua kemungkinan. 217 00:15:37,187 --> 00:15:40,232 Mungkin itu sebab mereka tak dapat dikesan. 218 00:15:41,316 --> 00:15:45,737 Saya terlibat dengan usaha mencari jalan menghubungi anak-anak saya. 219 00:15:45,737 --> 00:15:49,449 Saya upah tiga penyiasat peribadi 220 00:15:49,449 --> 00:15:54,371 {\an8}dan saya hubungi anggota Kongres dan senator. 221 00:15:54,371 --> 00:15:57,249 Saya buat laman web yang menyatakan, 222 00:15:57,249 --> 00:16:00,961 "Saya mencari anak-anak saya. Jika ada maklumat, sila hubungi saya." 223 00:16:01,461 --> 00:16:05,007 Namun, tiada maklumat yang berguna. 224 00:16:06,842 --> 00:16:13,640 {\an8}Sehingga September 2015, kira-kira setahun selepas Ahmed menculik mereka. 225 00:16:13,640 --> 00:16:18,353 {\an8}Saya terima e-mel yang bertajuk, "Anak-anak selamat." 226 00:16:19,187 --> 00:16:20,856 Ia daripada Ahmed. 227 00:16:21,815 --> 00:16:25,444 "Saya cuma nak awak tahu mereka sihat dan dalam keadaan baik. 228 00:16:25,444 --> 00:16:28,905 Kami tinggal di ladang kecil dan mereka sukakannya. 229 00:16:28,905 --> 00:16:32,284 Mereka ada banyak haiwan ternakan dan sibuk dengannya. 230 00:16:32,784 --> 00:16:37,205 Saya faham awak pasti marah dengan saya, tapi saya tiada pilihan. 231 00:16:38,248 --> 00:16:41,877 Saya dah lama tahu ia akan berlaku sebelum awak minta cerai 232 00:16:41,877 --> 00:16:44,629 dan saya tak mahu tunggu awak dapat kerja di suatu tempat 233 00:16:44,629 --> 00:16:46,715 dan ambil hak penjagaan penuh. 234 00:16:47,340 --> 00:16:50,385 Sebaik saja mereka dewasa dan boleh bezakan baik dan buruk, 235 00:16:50,385 --> 00:16:52,095 mereka akan hubungi awak. 236 00:16:52,846 --> 00:16:56,141 Pada usia yang tepat, mereka boleh putuskan nak tinggal di mana." 237 00:17:00,437 --> 00:17:02,314 E-mel itu menyakitkan hati. 238 00:17:02,814 --> 00:17:08,403 Namun, saya juga lega kerana dapat tahu yang anak-anak saya masih hidup. 239 00:17:09,821 --> 00:17:13,200 Saya juga sedar bahawa anak-anak saya dipengaruhi 240 00:17:13,200 --> 00:17:18,789 untuk menerima apa saja pendekatan hidup yang Ahmed rasa sesuai 241 00:17:19,456 --> 00:17:21,833 dan dia akan mempengaruhi mereka 242 00:17:21,833 --> 00:17:24,836 sehingga mereka mungkin tak mahu menghubungi saya. 243 00:17:26,004 --> 00:17:30,342 Apa yang didapati tentang e-mel itu ialah e-mel dapat kembali maklumatnya 244 00:17:30,342 --> 00:17:33,095 ialah alamat e-mel Ahmed yang diketahui. 245 00:17:33,095 --> 00:17:34,888 Memang benar ia daripadanya 246 00:17:34,888 --> 00:17:38,433 dan ia berasal dari kawasan sama di Turki 247 00:17:38,934 --> 00:17:41,895 iaitu lokasi alamat e-mel Amina dibuka dahulu. 248 00:17:42,395 --> 00:17:45,273 Lokasi kecil yang berdekatan dengan Syria. 249 00:17:47,651 --> 00:17:50,654 Saya dapat nombor seorang detektif Turki 250 00:17:51,154 --> 00:17:55,075 yang pergi ke Selatan Turki, berdekatan dengan sempadan Syria 251 00:17:55,075 --> 00:17:59,496 {\an8}untuk mencari anak-anak saya dan alamat IP e-mel ini. 252 00:17:59,496 --> 00:18:02,916 Dia jumpa kafe Internet yang mungkin tempat e-mel dihantar, 253 00:18:02,916 --> 00:18:06,419 tapi dia tak temui apa-apa maklumat 254 00:18:06,419 --> 00:18:11,007 yang berbeza daripada yang didapati oleh jabatan negeri, polis dan FBI. 255 00:18:13,176 --> 00:18:16,388 Jadi, lama juga tiada apa-apa perkembangan. 256 00:18:17,097 --> 00:18:19,391 Itu masa yang sangat sukar. 257 00:18:21,434 --> 00:18:26,106 Kemudian, saya dapat tahu Ahmed memohon kad pengenalan Mesir 258 00:18:26,106 --> 00:18:27,649 pada tahun 2016. 259 00:18:27,649 --> 00:18:33,363 Kad pengenalannya didaftarkan dengan alamat ibu bapanya di Giza. 260 00:18:33,864 --> 00:18:37,701 Jika itu benar dan berserta e-mel Ahmed pada tahun 2015 261 00:18:37,701 --> 00:18:40,287 yang mengatakan mereka di ladang dan dikelilingi haiwan, 262 00:18:40,287 --> 00:18:43,957 digabungkan dengan pemahaman Rebecca bahawa ayah Ahmed memiliki ladang 263 00:18:43,957 --> 00:18:46,751 yang terletak di antara Cairo dan Alexandria. 264 00:18:47,377 --> 00:18:51,131 Itu mungkin petunjuk terbaik bahawa mereka berada di Mesir. 265 00:18:52,299 --> 00:18:56,386 Jadi, saya upah penyiasat dan cuba bekerjasama dengan orang di Mesir 266 00:18:56,386 --> 00:18:59,055 untuk mencari jejak anak-anak saya 267 00:18:59,055 --> 00:19:02,350 atau sama ada mereka dilihat berdekatan ibu bapa Ahmed, 268 00:19:02,350 --> 00:19:03,977 tapi mereka tak jumpa apa-apa. 269 00:19:04,769 --> 00:19:06,813 Saya betul-betul nak ke Mesir, 270 00:19:06,813 --> 00:19:09,191 tapi saya dilarang berbuat demikian. 271 00:19:10,066 --> 00:19:13,111 Saya tak dilindungi di luar negara. 272 00:19:13,612 --> 00:19:16,448 Sesiapa saja boleh buat pertuduhan terhadap saya. 273 00:19:16,448 --> 00:19:19,951 Berdasarkan apa saya dengar, ia tindakan yang tidak bijak. 274 00:19:22,037 --> 00:19:24,956 Hakikat bahawa kami percaya Ahmed berada di luar negara 275 00:19:24,956 --> 00:19:28,960 menjadikan perkara ini lebih mencabar kerana di Mesir, secara spesifik, 276 00:19:28,960 --> 00:19:31,421 penculikan ibu bapa bukan jenayah. 277 00:19:31,421 --> 00:19:35,550 Dia bapa kandung mereka. Mereka anak-anaknya, sama seperti Rebecca. 278 00:19:37,260 --> 00:19:42,390 Si ayah boleh putuskan apa yang dia mahu untuk anak-anak. 279 00:19:43,308 --> 00:19:49,064 Saya, sebagai ibu, tiada kemungkinan untuk mendapatkan anak-anak itu kembali 280 00:19:49,064 --> 00:19:51,399 atau memaksa komunikasi dengan mereka. 281 00:19:53,151 --> 00:19:55,111 Memang tiada bantuan 282 00:19:56,404 --> 00:19:58,323 dan itu tidak adil. 283 00:20:00,241 --> 00:20:03,203 Saya tak tahu kenapa mereka belum hubungi Rebecca, 284 00:20:03,203 --> 00:20:06,581 tapi saya terfikir mungkin dia reka suatu kemalangan 285 00:20:06,581 --> 00:20:09,668 dan beritahu mereka Rebecca dah mati 286 00:20:09,668 --> 00:20:13,213 atau dia melarang mereka daripada menggunakan Internet 287 00:20:13,213 --> 00:20:16,633 kerana teramat mustahil 288 00:20:17,300 --> 00:20:21,054 Amina dan Belel tak menghubungi ibu mereka. 289 00:20:21,721 --> 00:20:25,183 Mereka sayang ibu mereka dan begitu juga sebaliknya. 290 00:20:34,818 --> 00:20:37,237 "4 Januari 2017. 291 00:20:38,029 --> 00:20:39,864 Belel, hari ini hari jadi kamu, 292 00:20:40,824 --> 00:20:43,076 walaupun ibu sedih kerana tak dapat bersama kamu, 293 00:20:43,576 --> 00:20:47,580 ibu harap kamu dipenuhi kebahagiaan, harapan, keseronokan dan kebaikan." 294 00:20:50,625 --> 00:20:54,587 Rasa kehilangan anak-anak saya sangat besar. 295 00:20:55,213 --> 00:21:00,051 Saya rasa tamparan emosi yang hebat setiap kali masuk ke dalam rumah. 296 00:21:01,219 --> 00:21:05,515 Jadi, saya menulis dalam jurnal untuk mereka setiap hari 297 00:21:06,099 --> 00:21:09,436 dan itulah masa saya benarkan diri melayan perasaan 298 00:21:09,436 --> 00:21:11,813 dan rasa rapat dengan mereka. 299 00:21:20,196 --> 00:21:22,449 Dia tulis untuk mereka setiap hari. 300 00:21:23,658 --> 00:21:25,952 Dia sangat terkesan. Ini anak-anaknya. 301 00:21:26,578 --> 00:21:29,289 Tak patut anak-anak dirampas daripadanya. 302 00:21:29,789 --> 00:21:32,459 Saya bersedih untuk Rebecca kerana sudah lama 303 00:21:32,459 --> 00:21:37,464 dan kami tak dapat beri dia jawapan yang dia dan anak-anaknya patut terima. 304 00:21:38,048 --> 00:21:39,466 Mereka tak bersalah 305 00:21:39,966 --> 00:21:42,844 dan mereka patut tahu ibu mereka sayangkan mereka. 306 00:21:49,142 --> 00:21:50,769 Ibu! 307 00:21:55,148 --> 00:21:59,402 Ibu sangat rindukan kamu berdua, Amina dan Belel 308 00:22:00,195 --> 00:22:01,029 dan... 309 00:22:03,365 --> 00:22:07,869 ibu harap ibu berpeluang melihat diri kamu yang telah membesar, 310 00:22:10,789 --> 00:22:12,624 {\an8}siapa kamu sekarang, 311 00:22:13,249 --> 00:22:16,920 {\an8}betapa baik diri kamu dan betapa ingin tahu tentang dunia. 312 00:22:22,133 --> 00:22:26,846 {\an8}Amina dan Belel ialah dua antara ribuan kanak-kanak yang diculik ibu bapa 313 00:22:26,846 --> 00:22:30,141 {\an8}di Amerika Syarikat setiap tahun. 314 00:22:32,560 --> 00:22:39,150 {\an8}Abdul Khan mencari anaknya, Aziz, yang hilang sejak 2017. 315 00:22:41,820 --> 00:22:44,781 Aziz dilahirkan pada 13 November 2010. 316 00:22:47,617 --> 00:22:49,953 Hari itu mengubah hidup saya. 317 00:22:51,037 --> 00:22:53,790 Kami semua hadir pada hari dia dilahirkan 318 00:22:53,790 --> 00:22:58,420 dan Aziz ialah anugerah terindah kepada keluarga kami. 319 00:22:58,920 --> 00:23:01,589 {\an8}Dia bawa keceriaan ke rumah kami... 320 00:23:01,589 --> 00:23:02,507 {\an8}ADIK ABDUL 321 00:23:02,507 --> 00:23:04,467 Hore! 322 00:23:05,051 --> 00:23:06,052 Hore! 323 00:23:06,052 --> 00:23:09,597 ...dan Abdul suka luangkan masa dengannya. 324 00:23:10,682 --> 00:23:11,516 Pergi! Kejar dia! 325 00:23:11,516 --> 00:23:13,434 Alamak! Kejar dia! 326 00:23:13,434 --> 00:23:14,561 Pergi ke kiri! 327 00:23:16,729 --> 00:23:19,899 Ibu Aziz, Rabia, dilahirkan di Columbus, Georgia. 328 00:23:19,899 --> 00:23:22,986 Keluarga dia berasal dari India dan Pakistan. 329 00:23:23,570 --> 00:23:28,283 {\an8}Kami berjumpa di Alabama semasa belajar dan ibu saya yang kenalkan kami. 330 00:23:28,283 --> 00:23:29,200 AYAH AZIZ 331 00:23:29,200 --> 00:23:31,911 Rabia ialah seorang mahasiswi. 332 00:23:32,453 --> 00:23:34,831 Dia mempunyai personaliti yang kuat. 333 00:23:34,831 --> 00:23:38,668 Dia seseorang yang pastikan dia tahu apa yang dia mahu 334 00:23:38,668 --> 00:23:40,587 dan menuntutnya. 335 00:23:40,587 --> 00:23:44,716 Saya juga mempunyai personaliti yang kuat, jadi kami saling tertarik. 336 00:23:46,342 --> 00:23:50,388 Setelah beberapa tahun berlalu, kami dapati kami mahu berkahwin. 337 00:23:51,139 --> 00:23:55,894 Semasa Aziz dilahirkan, kami tinggal dengan keluarga saya di New Orleans. 338 00:23:55,894 --> 00:23:56,936 Wah! 339 00:23:59,439 --> 00:24:00,565 Wah! 340 00:24:02,817 --> 00:24:05,403 Namun, Rabia sukar hidup bersama mereka. 341 00:24:05,403 --> 00:24:08,781 Jelas sekali kami tak boleh tinggal sebumbung. 342 00:24:09,282 --> 00:24:10,742 Jadi, kami berpindah. 343 00:24:15,163 --> 00:24:18,124 {\an8}Saya pakar pulmonari yang bekerja dalam unit rawatan rapi 344 00:24:18,625 --> 00:24:22,045 dan pada mulanya Rabia bekerja di hospital yang sama 345 00:24:22,045 --> 00:24:25,089 sekejap, kemudian dia berhenti. 346 00:24:25,089 --> 00:24:29,302 Kemudian, dia bekerja di pusat kanser tempatan. 347 00:24:29,302 --> 00:24:31,054 Yang itu pun dia berhenti. 348 00:24:32,138 --> 00:24:35,141 Dia sentiasa cari alasan untuk tukar kerja. 349 00:24:35,141 --> 00:24:38,186 Dia tak suka seseorang. Dia tak suka bos. 350 00:24:38,686 --> 00:24:43,525 Dia mempunyai personaliti yang sangat berhati-hati 351 00:24:44,025 --> 00:24:49,072 dan kita takkan rasa macam kita kenal diri dia yang sebenar. 352 00:24:50,823 --> 00:24:54,577 Apabila Aziz semakin membesar, kami mula hadapi banyak masalah. 353 00:24:55,078 --> 00:24:59,999 Pergaduhan tercetus hampir setiap hari. Kami bertengkar di hadapan Aziz. 354 00:25:00,500 --> 00:25:03,294 Jadi, pada April 2014, kami putuskan untuk berpisah. 355 00:25:05,171 --> 00:25:07,966 {\an8}Dia minta untuk pulang ke Atlanta 356 00:25:07,966 --> 00:25:10,134 {\an8}sebab sokongan keluarganya di situ. 357 00:25:10,134 --> 00:25:12,428 {\an8}Pada mulanya saya amat bersetuju 358 00:25:12,428 --> 00:25:16,641 kerana itu bagus jika dia perlukan bantuan untuk menjaga Aziz. 359 00:25:16,641 --> 00:25:18,268 Dia buat macam, 360 00:25:18,268 --> 00:25:21,271 "Kita sedang memperbaiki perkahwinan. Mari cuba yang terbaik." 361 00:25:23,439 --> 00:25:28,403 Ia sukar bagi saya, tapi kami bersetuju bergilir-gilir setiap hujung minggu. 362 00:25:28,403 --> 00:25:30,947 Saya fikir, "Ini hanya sementara." 363 00:25:31,864 --> 00:25:36,411 Selepas beberapa bulan, secara tiba-tiba, 364 00:25:36,411 --> 00:25:38,871 Abdul menerima dokumen perceraian. 365 00:25:39,956 --> 00:25:41,916 Ia mengejutkan. 366 00:25:44,085 --> 00:25:45,295 Semuanya berubah. 367 00:25:45,920 --> 00:25:48,548 Rabia akan menyukarkan keadaan 368 00:25:48,548 --> 00:25:51,342 dan cuba menghalang saya berjumpa Aziz. 369 00:25:51,342 --> 00:25:53,845 Dia aturkan bola sepak pada hujung minggu saya 370 00:25:54,721 --> 00:25:57,890 dan buat alasan yang Aziz sakit. 371 00:25:57,890 --> 00:26:00,602 Dia cuba halang Aziz berjumpa saya. 372 00:26:02,562 --> 00:26:06,524 Nampaknya sepanjang tempoh itu, dia berjumpa dengan peguam. 373 00:26:06,524 --> 00:26:08,484 Dia tanya tentang hak penjagaan. 374 00:26:08,484 --> 00:26:11,696 Dia sedang fikir apa yang dia perlu buat 375 00:26:11,696 --> 00:26:15,074 untuk memastikan Aziz kekal di Atlanta. 376 00:26:15,700 --> 00:26:18,077 Akhirnya, Rabia mahu Aziz 377 00:26:18,077 --> 00:26:21,914 tinggalkan kehidupannya di New Orleans. 378 00:26:22,707 --> 00:26:25,335 Setelah dia memfailkan perceraian, 379 00:26:25,335 --> 00:26:29,005 Rabia menghalang Abdul daripada berjumpa Aziz 380 00:26:29,005 --> 00:26:31,966 sehingga Aziz terpaksa ke mahkamah 381 00:26:31,966 --> 00:26:34,135 untuk membuat aduan terhadap Rabia... 382 00:26:34,135 --> 00:26:35,053 Rabia. 383 00:26:35,553 --> 00:26:39,515 ...supaya mereka beritahu dia Abdul berhak berjumpa anaknya. 384 00:26:45,396 --> 00:26:48,608 Perceraian disahkan pada tahun 2015. 385 00:26:48,608 --> 00:26:50,193 KELUARGA KHAN 386 00:26:50,902 --> 00:26:54,155 Namun, Rabia masih menjauhkan Aziz daripada ayahnya. 387 00:26:54,781 --> 00:26:58,451 Itu yang mendesak saya menggesa penilaian hak penjagaan. 388 00:26:58,451 --> 00:27:03,122 Saya mahu diberikan hak meluangkan sebanyak masa yang dibenarkan 389 00:27:03,122 --> 00:27:04,374 dengan anak saya. 390 00:27:05,166 --> 00:27:08,795 Kira-kira setahun kemudian, pihak penilai hak penjagaan mencadangkan 391 00:27:08,795 --> 00:27:13,299 saya sebagai penjaga utama Aziz kerana mereka rasa Rabia 392 00:27:13,299 --> 00:27:17,804 tak membenarkan saya meluangkan masa dan menjadi ayah yang baik untuk Aziz. 393 00:27:19,389 --> 00:27:20,765 Apabila Rabia dapat tahu 394 00:27:20,765 --> 00:27:25,019 Abdul akan diberi hak penjagaan utama terhadap Aziz, 395 00:27:25,019 --> 00:27:26,562 dia pergi ke mahkamah 396 00:27:26,562 --> 00:27:31,651 dan buat tuduhan mendera yang tak berasas terhadap Abdul. 397 00:27:33,361 --> 00:27:36,906 Dia pergi ke mahkamah jenayah 398 00:27:36,906 --> 00:27:40,368 dan membuat tuduhan bahawa saya dan keluarga saya mendera 399 00:27:40,368 --> 00:27:44,205 bagi menangguhkan pelaksanaan penilaian mahkamah. 400 00:27:44,205 --> 00:27:48,751 Ia menjadi konflik yang melibatkan ramai peguam 401 00:27:48,751 --> 00:27:52,672 dan memakan masa setahun setengah untuk siasatan. 402 00:27:52,672 --> 00:27:57,552 Apa yang sukar ialah saya tak dibenarkan berjumpa dengan Aziz. 403 00:27:58,094 --> 00:27:59,429 Itu sangat sukar. 404 00:27:59,929 --> 00:28:03,683 Semasa urusan mahkamah berlangsung, 405 00:28:03,683 --> 00:28:06,894 kami dapat tahu Rabia menjalinkan hubungan 406 00:28:06,894 --> 00:28:08,187 dengan orang lain. 407 00:28:10,148 --> 00:28:13,985 Elliot Bourgeois ialah kawan yang dia kenal di kolej. 408 00:28:13,985 --> 00:28:16,863 Pada penghujung kemelut perkahwinan kami, 409 00:28:16,863 --> 00:28:19,240 ada beberapa panggilan telefon antara mereka. 410 00:28:19,740 --> 00:28:22,452 Semasa rumah tangga kami berantakan, 411 00:28:22,452 --> 00:28:23,995 mereka berhubung semula. 412 00:28:23,995 --> 00:28:26,956 Elliot mula datang ke mahkamah bersama Rabia. 413 00:28:27,999 --> 00:28:32,670 Begitulah kami dapat tahu Elliot dan Rabia sudah berkahwin. 414 00:28:34,046 --> 00:28:37,759 Elliot bukan peguam, tapi Rabia pecat tiga atau empat peguamnya. 415 00:28:37,759 --> 00:28:40,052 Dia dan Elliot menjadi peguam sendiri 416 00:28:40,052 --> 00:28:42,638 dan mewakili diri mereka di mahkamah. 417 00:28:43,139 --> 00:28:46,142 Lama-lama, setiap hakim yang mereka temui 418 00:28:46,642 --> 00:28:49,228 mula melihat penipuan dan manipulasi mereka. 419 00:28:50,354 --> 00:28:54,442 Akhirnya, selepas 18 bulan siasatan terperinci, 420 00:28:54,442 --> 00:28:58,988 peguam bela di Atlanta menyedari bahawa semua pertuduhan adalah palsu 421 00:28:58,988 --> 00:29:01,783 dan saya akan dapat hak penjagaan penuh Aziz. 422 00:29:03,493 --> 00:29:06,162 Kami sepatutnya berjumpa pada 28 November 2017 423 00:29:06,162 --> 00:29:10,458 di mahkamah Atlanta dan ketika itulah semua sekatan akan dimansuhkan. 424 00:29:10,958 --> 00:29:13,252 Ia akan berlaku dan saya gembira. 425 00:29:17,548 --> 00:29:20,968 {\an8}Kami tiba di mahkamah Atlanta dan menunggu perbicaraan. 426 00:29:21,719 --> 00:29:26,766 {\an8}Hakim sudah tiba, tapi Rabia belum muncul. 427 00:29:29,143 --> 00:29:33,022 Keluarga kami panik buat seketika, 428 00:29:33,523 --> 00:29:36,817 tapi kami fikir, "Okey, ini memang perangai Rabia. 429 00:29:36,817 --> 00:29:41,489 Dia akan cuba cara lain untuk melengahkan perkara ini." 430 00:29:43,032 --> 00:29:47,370 Kami tunggu beberapa jam sambil berfikir atau berharap dia cuma lambat. 431 00:29:49,247 --> 00:29:50,748 Namun, Rabia tak datang. 432 00:30:00,508 --> 00:30:02,301 Saya tinggalkan mahkamah 433 00:30:03,052 --> 00:30:06,305 tanpa anak saya. 434 00:30:14,814 --> 00:30:17,567 Saya amat risau ketika itu. Saya telefon sekolahnya. 435 00:30:17,567 --> 00:30:20,695 Pihak sekolah kata sudah seminggu dia tak hadir. 436 00:30:20,695 --> 00:30:23,489 Dia tak hadir seminggu sebelum Hari Kesyukuran. 437 00:30:23,489 --> 00:30:26,576 Kali terakhir mereka jumpa dia ialah Jumaat sebelum. 438 00:30:26,576 --> 00:30:30,955 Saya telefon keluarga Rabia dan panggilan tidak dijawab. 439 00:30:31,998 --> 00:30:34,792 Akhirnya kami sedar dia menculik Aziz. 440 00:30:34,792 --> 00:30:36,544 Itu yang berlaku. 441 00:30:37,670 --> 00:30:39,547 Dia culik Aziz dan larikan diri. 442 00:30:44,302 --> 00:30:45,636 Menyedihkan. 443 00:30:46,929 --> 00:30:48,097 Sangat teruk. 444 00:30:48,097 --> 00:30:49,932 Ia mengelirukan. 445 00:30:49,932 --> 00:30:52,101 Sukar dipercayai. 446 00:30:54,395 --> 00:30:56,439 Abdul sangat takut. 447 00:30:57,857 --> 00:31:01,986 Seolah-olah jantungnya dikeluarkan. 448 00:31:02,820 --> 00:31:05,698 Dia selalu kata waktu malam yang paling sukar, 449 00:31:07,033 --> 00:31:08,159 ketika sunyi sepi. 450 00:31:08,159 --> 00:31:09,327 Ketika itulah dia 451 00:31:10,578 --> 00:31:13,539 ada masa untuk memikirkan 452 00:31:15,291 --> 00:31:17,418 hidupnya dengan Aziz. 453 00:31:21,589 --> 00:31:24,467 Saya ingat kali terakhir saya berjumpa Aziz. 454 00:31:25,217 --> 00:31:27,553 Pada Mac 2016. 455 00:31:29,347 --> 00:31:31,182 Ia hujung minggu biasa. 456 00:31:33,559 --> 00:31:36,228 Dia berseronok. Kami tangkap banyak gambar. 457 00:31:37,772 --> 00:31:40,858 Namun, saya kata, "Hei, Aziz, masa untuk kamu balik." 458 00:31:44,195 --> 00:31:46,113 Saya masukkan dia ke dalam kereta 459 00:31:47,281 --> 00:31:49,158 dan dia selalu... 460 00:31:50,868 --> 00:31:52,995 angkat tangan dan kata, 461 00:31:52,995 --> 00:31:56,207 "Ayah, berapa hari untuk kita berjumpa lagi?" 462 00:32:00,503 --> 00:32:02,380 Lagi lima hari. 463 00:32:07,593 --> 00:32:10,054 Mereka memandu pergi dan saya fikir, 464 00:32:10,054 --> 00:32:14,266 "Saya akan jumpa dia lima hari lagi. Ini hujung minggu saya. Saya bercuti." 465 00:32:14,767 --> 00:32:17,895 Itu empat tahun lebih yang lalu. 466 00:32:22,817 --> 00:32:25,778 Kami fikir Rabia gila. 467 00:32:25,778 --> 00:32:30,074 Kami fikir dia berdendam, 468 00:32:30,074 --> 00:32:34,662 tapi kami tak pernah terfikir dia sanggup buat begini. 469 00:32:34,662 --> 00:32:36,664 {\an8}ORANG HILANG 470 00:32:36,664 --> 00:32:41,502 Kami upah ramai penyiasat peribadi di Atlanta, New Orleans 471 00:32:42,002 --> 00:32:46,340 dan tempat lain di seluruh negara untuk mencari maklumat tentang Aziz. 472 00:32:47,049 --> 00:32:49,927 Perkara pertama yang semua orang kata 473 00:32:49,927 --> 00:32:52,930 ialah saya perlu libatkan penguatkuasa undang-undang negara 474 00:32:52,930 --> 00:32:55,433 untuk siasat penculikan Aziz, 475 00:32:55,433 --> 00:32:59,603 tapi perlu ada waran jenayah dikeluarkan terhadap Rabia. 476 00:32:59,603 --> 00:33:03,357 Pada mulanya, ada percanggahan antara balai polis 477 00:33:03,357 --> 00:33:06,152 sama ada bidang kuasa di Atlanta atau New Orleans. 478 00:33:08,028 --> 00:33:10,156 Akhirnya, selepas dua tahun, 479 00:33:10,156 --> 00:33:13,617 mahkamah mengeluarkan waran jenayah penculikan 480 00:33:13,617 --> 00:33:16,662 terhadap Rabia kerana menculik Aziz. 481 00:33:16,662 --> 00:33:18,456 DIKEHENDAKI MARSYAL AS 482 00:33:18,456 --> 00:33:21,417 Setelah ada waran jenayah penculikan terhadap Rabia, 483 00:33:21,417 --> 00:33:24,211 {\an8}baru Marsyal AS terlibat dalam kes. 484 00:33:25,796 --> 00:33:29,717 Marsyal AS terlibat pada awal tahun 2020 485 00:33:29,717 --> 00:33:34,472 {\an8}dan ketika itu sudah kira-kira tiga tahun selepas penculikan itu berlaku. 486 00:33:34,472 --> 00:33:35,681 TIMBALAN MARSYAL AS 487 00:33:36,682 --> 00:33:39,810 Permulaan kami sangat lewat. 488 00:33:40,478 --> 00:33:43,898 Kami buat banyak siasatan di beberapa negeri. 489 00:33:44,398 --> 00:33:48,068 Timbalan Marsyal AS dari Daerah Utara Georgia pergi ke Duluth 490 00:33:48,068 --> 00:33:51,072 dan cuba menyoal siasat ibu bapa Rabia. 491 00:33:52,198 --> 00:33:54,408 Mereka mengelak untuk menjawab 492 00:33:54,408 --> 00:33:59,205 dan mereka tak nampak risau tentang keberadaan anak, 493 00:33:59,205 --> 00:34:02,166 cucu mereka atau di mana Elliot berada. 494 00:34:02,166 --> 00:34:04,960 Mereka serahkan semuanya kepada peguam mereka. 495 00:34:07,546 --> 00:34:10,257 Selepas bercakap dengan Marsyal AS, 496 00:34:10,257 --> 00:34:15,596 saya dapat tahu ini sesuatu yang dirancang oleh Rabia dan Elliot. 497 00:34:15,596 --> 00:34:17,681 Ia sangat kejam dan licik. 498 00:34:18,599 --> 00:34:21,143 Rabia dan Elliot keluarkan Aziz dari sekolah 499 00:34:21,143 --> 00:34:23,938 sepuluh hari sebelum 28 November. 500 00:34:25,856 --> 00:34:29,151 Mereka jual kereta mereka kepada CarMax di Atlanta. 501 00:34:29,151 --> 00:34:31,070 Elliot berhenti kerja. 502 00:34:31,570 --> 00:34:35,324 Mereka berdua matikan telefon, tutup akaun bank, 503 00:34:35,324 --> 00:34:38,786 tutup akaun media sosial dan menghilangkan diri. 504 00:34:44,083 --> 00:34:47,920 Jika mereka cipta identiti baru, mereka boleh mohon kerja baru. 505 00:34:48,420 --> 00:34:51,715 Mungkin bina rekod kredit dan gaya hidup baru. 506 00:34:51,715 --> 00:34:53,717 Itu pernah berlaku. 507 00:34:53,717 --> 00:34:58,139 Mungkin seseorang beri peruntukan kepada mereka dalam bentuk wang tunai. 508 00:34:58,848 --> 00:35:02,643 Mungkin kawan. Mungkin keluarga. Entahlah. 509 00:35:07,731 --> 00:35:09,608 Ini hari dia dilahirkan. 510 00:35:09,608 --> 00:35:10,568 Ya Tuhan. 511 00:35:10,568 --> 00:35:13,237 Kami dah buat semua yang termampu 512 00:35:14,238 --> 00:35:17,867 untuk mencari jejak Aziz, Rabia, Elliot. 513 00:35:17,867 --> 00:35:21,328 - Ketawanya... - Buat orang ketawa. 514 00:35:21,328 --> 00:35:23,372 - Yang terbaik. Berjangkit. - Ya. 515 00:35:24,206 --> 00:35:29,587 Selain jualan kereta mereka pada tahun 2017, 516 00:35:30,546 --> 00:35:36,719 kami tak jumpa apa-apa lagi maklumat berguna tentang mereka. 517 00:35:37,344 --> 00:35:39,847 Itulah yang paling sukar. 518 00:35:40,347 --> 00:35:44,518 Empat tahun kemudian, kami masih tiada petunjuk. 519 00:35:46,020 --> 00:35:48,522 Namun, jika awak fikir kami akan mengalah... 520 00:35:49,190 --> 00:35:53,152 Jika awak fikir Abdul, saya 521 00:35:53,152 --> 00:35:57,281 atau keluarga saya akan berhenti mencari Aziz, 522 00:35:58,282 --> 00:36:00,534 awak silap besar 523 00:36:01,160 --> 00:36:05,497 kerana kami takkan berhenti 524 00:36:07,166 --> 00:36:08,626 sehingga dia kembali. 525 00:36:13,964 --> 00:36:16,133 Semasa Aziz hilang, 526 00:36:16,759 --> 00:36:18,802 masa juga terhenti. 527 00:36:21,096 --> 00:36:24,975 Bagi saya, dia baru pergi semalam. 528 00:36:26,393 --> 00:36:28,646 Saya fikir tentang dia setiap hari 529 00:36:28,646 --> 00:36:31,565 dan buat sesuatu untuk cari dia setiap hari. 530 00:36:32,107 --> 00:36:34,151 Saya akan terus mencari sampai jumpa. 531 00:36:35,986 --> 00:36:41,116 Satu hari nanti, dia akan melangkah masuk dan saya akan berdiri di sebelah sana. 532 00:36:44,119 --> 00:36:45,955 Masa untuk dia pulang. 533 00:36:52,628 --> 00:36:54,380 {\an8}ANDA CAM WAJAH-WAJAH INI? 534 00:36:54,380 --> 00:36:56,090 {\an8}HILANG - AZIZ KHAN LAHIR: 13/11/2010 535 00:36:56,090 --> 00:36:58,467 {\an8}DIKEHENDAKI - RABIA KHALID WARAN: 2/1/2020 536 00:36:58,467 --> 00:37:01,470 {\an8}HILANG - AMINA KANDIL - 1/9/2003 BELEL KANDIL - 4/1/2006 537 00:37:01,470 --> 00:37:04,139 {\an8}DIKEHENDAKI - AHMED KANDIL WARAN - 21/11/2014 538 00:37:04,139 --> 00:37:07,101 {\an8}HILANG - CJ VOSSELER - 9/12/1982 WILLIAM VOSSELER - 21/4/1984 539 00:37:07,101 --> 00:37:09,520 {\an8}DIKEHENDAKI - CHARLES VOSSELER WARAN - 3/4/1987 540 00:37:09,520 --> 00:37:11,814 {\an8}HILANG - LUIS ALDERETE-MARTINEZ 22/3/2012 541 00:37:11,814 --> 00:37:14,441 {\an8}DIKEHENDAKI - REGINA MARTINEZ WARAN - 18/2/2016 542 00:37:14,942 --> 00:37:18,112 {\an8}HILANG - HUAIYU CHIN - 10/11/2011 BINYU CHIN - 24/9/2014 543 00:37:18,112 --> 00:37:20,406 {\an8}DIKEHENDAKI - FOONG CHIN WARAN - 6/2/2019 544 00:37:20,406 --> 00:37:22,741 {\an8}HILANG - KAYLA UNBEHAUN - 5/1/2008 545 00:37:22,741 --> 00:37:25,411 {\an8}DIKEHENDAKI - HEATHER UNBEHAUN WARAN - 28/7/2017 546 00:37:26,036 --> 00:37:28,289 {\an8}HILANG - REUBEN BLACKWELL, JR - 29/12/1992 547 00:37:28,289 --> 00:37:31,125 {\an8}DIKEHENDAKI - REUBEN BLACKWELL, SR WARAN - 22/9/2000 548 00:37:31,125 --> 00:37:34,211 {\an8}HILANG - TAMMY FLORES - 30/3/2004 DIEGO FLORES - 28/7/2005 549 00:37:34,211 --> 00:37:36,630 {\an8}DIKEHENDAKI - FRANCISO FLORES WARAN - 18/1/2008 550 00:37:36,630 --> 00:37:39,717 {\an8}HILANG - CHRISTOPHER ZAHARIAS - 25/3/1984 LISA ZAHARIAS - 18/8/1986 551 00:37:39,717 --> 00:37:41,885 {\an8}DIKEHENDAKI - SUSAN ZAHARIAS WARAN - 17/2/1988 552 00:37:43,470 --> 00:37:47,433 Jika anda ada maklumat tentang mana-mana kanak-kanak yang hilang 553 00:37:47,433 --> 00:37:50,853 atau penculik mereka, hubungi 1-800-the-lost, 554 00:37:50,853 --> 00:37:53,147 hantar e-mel ke hotline@ncmec.org atau pergi ke 555 00:37:53,147 --> 00:37:57,693 unsolved.com 556 00:39:03,842 --> 00:39:08,305 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S