1 00:00:12,971 --> 00:00:15,015 Perompak bank itu pakai topeng. 2 00:00:15,599 --> 00:00:17,434 Tiada sesiapa dalam bank nampak muka mereka. 3 00:00:18,227 --> 00:00:21,355 Pistol yang digunakan untuk tembak mangsa pula tak dijumpai. 4 00:00:21,438 --> 00:00:23,232 Tiada serbuk letupan pada awak dan pakaian awak. 5 00:00:24,024 --> 00:00:26,485 Walaupun mereka pukul awak, 6 00:00:26,568 --> 00:00:29,363 pegawai polis yang tahan awak tak boleh buktikan apa-apa 7 00:00:29,446 --> 00:00:33,116 selain awak beri bantuan pernafasan kepada mangsa pada waktu itu. 8 00:00:34,493 --> 00:00:35,994 Mereka tiada bukti awak dalam bank, 9 00:00:36,578 --> 00:00:38,413 awak pegang pistol 10 00:00:38,497 --> 00:00:40,666 atau awak ada wang rompakan. 11 00:00:40,749 --> 00:00:42,042 Siapa namanya? 12 00:00:44,586 --> 00:00:45,587 Polis itu. 13 00:00:47,631 --> 00:00:49,633 Constantine Floris. 14 00:00:53,011 --> 00:00:54,179 Seperti nama orang Yunani. 15 00:00:56,390 --> 00:00:58,684 Connie? Con. 16 00:00:59,560 --> 00:01:01,937 Atau Gus. Kadangkala mereka guna Gus. 17 00:01:05,022 --> 00:01:06,483 Saya patut tulis surat kepada isterinya. 18 00:01:06,567 --> 00:01:07,734 Awak tak waras, Dale? 19 00:01:07,818 --> 00:01:09,528 Mereka cakap awak dah tak ambil heroin. 20 00:01:09,611 --> 00:01:10,737 Saya dah tak ambil. 21 00:01:11,947 --> 00:01:14,825 Buat kali pertama selepas sekian lama saya boleh fikir dengan jelas. 22 00:01:14,908 --> 00:01:16,451 Jadi cuba fahaminya. 23 00:01:16,535 --> 00:01:20,080 Kenapa lelaki tak bersalah mahu hantar surat kepada isteri mangsa? 24 00:01:20,163 --> 00:01:21,623 Kita masih selamat 25 00:01:21,707 --> 00:01:23,625 sebab awak tak tulis apa-apa pengesahan. 26 00:01:24,626 --> 00:01:26,044 Seorang lelaki terbunuh. 27 00:01:29,339 --> 00:01:33,218 Bagaimana saya mahu pura-pura seperti ia tak berlaku? 28 00:01:34,595 --> 00:01:35,637 Dengar. 29 00:01:36,430 --> 00:01:38,515 Emosi awak tak begitu stabil. 30 00:01:38,599 --> 00:01:40,100 Awak ada buat kesilapan. 31 00:01:40,184 --> 00:01:42,769 Awak boleh rasa bersalah 32 00:01:42,853 --> 00:01:45,355 tentang semua kesilapan yang mungkin berlaku. 33 00:01:45,439 --> 00:01:47,065 Berapa ibu saya bayar awak? 34 00:01:47,149 --> 00:01:49,151 Mengikut nilai saya. 35 00:01:49,902 --> 00:01:53,238 Tolong saya untuk tolong awak tak musnahkan kehidupan awak. 36 00:01:53,947 --> 00:01:56,200 Itu yang ibu awak bayar saya. 37 00:02:02,247 --> 00:02:05,083 Dalam perbicaraan Negara lawan Conti, 38 00:02:05,167 --> 00:02:07,878 En. Conti, apa pengakuan awak? 39 00:02:40,661 --> 00:02:41,703 Bersalah. 40 00:02:44,039 --> 00:02:45,040 Saya bersalah. 41 00:04:07,456 --> 00:04:11,460 Lelaki boleh hidup dalam bandar dengan hati terluka dan maruah tercalar. 42 00:04:12,336 --> 00:04:16,423 Namun, untuk bertahan di kawasan sesak, dia perlu tunjukkan semuanya. 43 00:04:17,507 --> 00:04:21,261 Jika saya buat begitu di sini, mungkin saya dapat peluang kedua, 44 00:04:22,053 --> 00:04:23,931 pembalasan dengan takdir saya, 45 00:04:24,723 --> 00:04:26,058 tapi saya tak tahu sebelum itu. 46 00:04:26,683 --> 00:04:28,977 Saya anggapnya sebagai satu lagi hukuman perlu dijalani 47 00:04:29,645 --> 00:04:31,146 dan dalam kealpaan saya, 48 00:04:31,230 --> 00:04:34,942 saya anggap ia tugas saya untuk baiki sesuatu yang mereka tak rasa rosak. 49 00:04:48,956 --> 00:04:51,041 Assalamu alaikum, En. Lin. 50 00:04:52,709 --> 00:04:55,045 Kami buat awak sibuk. 51 00:04:55,128 --> 00:04:57,506 Saya cuba buat yang termampu. 52 00:04:57,589 --> 00:05:00,968 Ini dah cukup untuk kami. Kami bertuah awak ada dengan kami. 53 00:05:08,433 --> 00:05:09,643 Sonam. 54 00:05:45,470 --> 00:05:48,599 PEJABAT KEMENTERIAN PEMBANGUNAN TANAH 55 00:05:52,060 --> 00:05:55,147 RUJUL AADEKAR MENTERI PEMBANGUNAN TANAH 56 00:06:01,486 --> 00:06:03,864 - Apa awak buat di sini? - Menteri Pandey. 57 00:06:03,947 --> 00:06:05,032 Timbalan Menteri. 58 00:06:05,115 --> 00:06:07,868 Tak lama. Rujul dah mati. 59 00:06:10,537 --> 00:06:12,581 Walidbhai sampaikan salam. 60 00:06:12,664 --> 00:06:14,666 Lebih baik awak terima. 61 00:06:23,592 --> 00:06:24,676 Dengar. 62 00:06:26,303 --> 00:06:28,972 Saya tak boleh rawat jika tak tengok. 63 00:06:29,056 --> 00:06:30,933 Saya tak boleh beri awak tengok. 64 00:06:31,016 --> 00:06:33,268 Okey, awak pergi ke hospital? 65 00:06:34,520 --> 00:06:38,941 Kenapa awak tak faham? Saya dah kahwin dan tak boleh buat begini! 66 00:06:40,025 --> 00:06:41,318 Saya perlu tengok. 67 00:06:41,401 --> 00:06:43,654 Jangan sentuh saya! Lelaki kulit putih ini tak waras. 68 00:06:44,238 --> 00:06:46,323 Okey, Sonam, kenapa awak ke sini? 69 00:06:46,406 --> 00:06:48,033 Tolong saya! 70 00:06:48,116 --> 00:06:49,743 Lin perlukan awak cepat. 71 00:06:51,912 --> 00:06:55,249 - Kamu mahu ke mana? - Dia ada kerja! 72 00:07:01,004 --> 00:07:03,465 Parvati, mujurlah. Dia tak benarkan saya periksa dia. 73 00:07:03,549 --> 00:07:05,884 Parvati, tolong beritahu dia. 74 00:07:05,968 --> 00:07:08,720 Dia sentuh saya di semua tempat. Dia suruh saya buka sari! 75 00:07:08,804 --> 00:07:10,597 Lin, apa awak buat? Dia dah berkahwin. 76 00:07:10,681 --> 00:07:14,226 Awak tak boleh suruh dia buka pakaian, berdua-duaan dalam pondok ini. 77 00:07:14,309 --> 00:07:17,145 - Saya dah beritahu sebelum ini. - Jadi kenapa dia kembali? 78 00:07:17,229 --> 00:07:19,565 Jika itu peraturannya, kenapa dia tak ikut? 79 00:07:19,648 --> 00:07:22,401 - Atau bawa suaminya bersama? - Suaminya bekerja. 80 00:07:22,484 --> 00:07:25,153 Dia banyak luangkan masa di tapak pembinaan. 81 00:07:25,237 --> 00:07:27,239 Dia tak boleh tinggalkan kerja dan datang kepada awak. 82 00:07:27,322 --> 00:07:30,242 Kami dah sedia selepas kamu berhenti bergaduh. 83 00:07:32,286 --> 00:07:33,996 Dr. Lin, sekarang tanya. 84 00:07:36,081 --> 00:07:38,292 Tolong tengok lukanya sekali lagi. 85 00:07:40,502 --> 00:07:41,962 Tunjukkan saya, mak cik. 86 00:07:44,506 --> 00:07:47,509 Ia nampak lebih merah dan lebih teruk. Kesan merah itu dah merebak. 87 00:07:47,593 --> 00:07:50,721 Ia nampak lebih merah dan lebih teruk. 88 00:07:52,514 --> 00:07:54,474 Saya tak boleh makan atau tidur. 89 00:07:54,558 --> 00:07:59,229 Saya berpeluh sepanjang malam dan perut saya sakit. 90 00:07:59,771 --> 00:08:01,982 Banyak peluh dan sakit perut. 91 00:08:02,065 --> 00:08:04,026 Dia berpeluh dan sakit perut. 92 00:08:04,610 --> 00:08:05,861 Jangkitan itu dah tersebar. 93 00:08:05,944 --> 00:08:08,780 Dia cuma perlu ke hospital untuk dapatkan suntikan. 94 00:08:10,657 --> 00:08:12,492 Awak tak pergi hospital? 95 00:08:12,576 --> 00:08:16,747 Saya pergi ke hospital tiga kali, 96 00:08:16,830 --> 00:08:19,791 tapi awak tahulah keadaannya. Tiada orang periksa saya. 97 00:08:21,251 --> 00:08:23,587 Dia cuba pergi tiga kali, tapi mereka tak terimanya. 98 00:08:23,670 --> 00:08:26,173 Dia pergi tiga kali, tapi tak diterima. 99 00:08:27,007 --> 00:08:28,509 Apa maksud awak, "tak diterima"? 100 00:08:28,592 --> 00:08:31,136 Saya suruh ke sana sebab tak boleh beri rawatan mereka perlukan di sini. 101 00:08:31,220 --> 00:08:32,386 Awak suruh mereka ke sana 102 00:08:32,471 --> 00:08:34,515 dan mereka disuruh kembali kepada awak. 103 00:08:35,849 --> 00:08:37,433 Awak dengar apa saya cakap tadi? 104 00:08:37,518 --> 00:08:39,436 Jika dia tak dapat antibiotik, dia akan mati. 105 00:08:43,148 --> 00:08:44,608 Beginilah. Lupakan saja. 106 00:08:45,651 --> 00:08:48,320 Parvati, beritahu Sonam kita akan bawa dia ke hospital. 107 00:08:48,403 --> 00:08:51,448 - Awak dan Parvati kena ikut saya. - Encik Lin, saya ada kerja. 108 00:08:51,532 --> 00:08:54,201 - Okey, saya ikut. Saya pasti tolong. - Saya akan urus hal ini. 109 00:09:00,582 --> 00:09:03,877 Gembira jumpa awak. Saya Akash Pandey. 110 00:09:04,419 --> 00:09:06,797 Terima kasih sebab jumpa saya dalam masa yang singkat. 111 00:09:09,633 --> 00:09:12,678 Tahniah untuk jawatan baharu awak, Menteri Pandey. 112 00:09:12,761 --> 00:09:14,304 Ia belum ditentukan. 113 00:09:14,388 --> 00:09:16,306 Saya dengar itu satu formaliti. 114 00:09:16,390 --> 00:09:18,892 Saya harap urusan kita juga sama. 115 00:09:21,144 --> 00:09:24,648 Saya mewakili bida pembangunan untuk Sagar Wada 116 00:09:24,731 --> 00:09:27,025 yang telah diluluskan oleh Menteri Aadekar. 117 00:09:27,901 --> 00:09:31,154 Empat pencakar langit menghala ke teluk Cuffe Parade. 118 00:09:31,238 --> 00:09:34,783 Tiga puluh tingkat, empat pangsapuri setiap tingkat, lima crore setiap satu. 119 00:09:34,867 --> 00:09:36,577 Itu hampir 200 juta dolar 120 00:09:36,660 --> 00:09:40,289 dengan rancangan terbaik untuk komuniti dan ekonomi tempatan. 121 00:09:41,039 --> 00:09:44,209 Sudah pasti kami rancang untuk beri Rujul ganjaran yang banyak. 122 00:09:44,293 --> 00:09:47,921 Selepas dia tiada, awak yang akan dapat ganjaran itu. 123 00:09:49,631 --> 00:09:53,635 Kami ialah rakan yang sangat menghargai, Menteri Pandey. 124 00:09:54,261 --> 00:09:56,763 Saya pasti, tapi… 125 00:09:57,472 --> 00:10:01,059 Ada satu masalah kecil. 126 00:10:01,727 --> 00:10:02,728 Apa? 127 00:10:03,228 --> 00:10:05,022 Sagar Wada dah dimiliki orang lain. 128 00:10:05,522 --> 00:10:08,066 Dimiliki siapa? 129 00:10:08,150 --> 00:10:09,443 Namaste. 130 00:10:13,488 --> 00:10:14,615 Saya Walid Shah. 131 00:10:16,074 --> 00:10:17,451 Gembira jumpa awak, En. Shah. 132 00:10:18,202 --> 00:10:19,536 Saya dengar awak cantik. 133 00:10:19,620 --> 00:10:22,122 Namun, awak jauh lebih cantik berbanding khabar angin itu. 134 00:10:23,498 --> 00:10:27,169 Khaderbhai memang suka benda yang cantik dalam kehidupan. 135 00:10:27,669 --> 00:10:31,048 Saya pula seorang yang lebih kasar. 136 00:10:31,882 --> 00:10:34,968 Saya mahu hormati Khaderbhai. 137 00:10:36,136 --> 00:10:40,933 Namun, jika dia cederakan kawan saya, Menteri Pandey, maksudnya perang. 138 00:10:41,016 --> 00:10:43,185 Kecantikan takkan dapat bertahan dalam peperangan. 139 00:10:44,353 --> 00:10:46,980 En. Shah, saya mewakili konsortium… 140 00:10:47,064 --> 00:10:49,066 Jangan. Kita semua tahu diri sendiri. 141 00:10:49,149 --> 00:10:50,984 Kita semua tahu tugas kita. 142 00:10:51,068 --> 00:10:54,988 Tugas awak ialah beritahu Khaderbhai Sagar Wada milik saya. 143 00:10:57,950 --> 00:11:00,494 KLINIK PERUBATAN 144 00:11:04,831 --> 00:11:08,335 - Semuanya okey. - En. Ford. 145 00:11:18,679 --> 00:11:21,849 Sila masuk. Sila duduk. 146 00:11:22,432 --> 00:11:26,061 Saya sangat sibuk hari ini, tapi batalkan semua pesakit untuk awak. 147 00:11:26,144 --> 00:11:27,688 - Kami hargainya. - Sila duduk. 148 00:11:28,981 --> 00:11:31,233 Sonam ada luka yang dijangkiti teruk. 149 00:11:31,316 --> 00:11:33,068 Dia perlukan drip antibiotik. 150 00:11:33,151 --> 00:11:35,946 Dia sudah ke sini tiga kali, tapi sentiasa disuruh pulang. 151 00:11:37,406 --> 00:11:40,158 Saya sangat sibuk, tapi sekarang saya akan periksa dia. 152 00:11:40,242 --> 00:11:41,952 Saya akan periksa dia sebab awak. 153 00:11:48,417 --> 00:11:50,377 Awak mahu rasuah untuk rawat dia? 154 00:11:51,712 --> 00:11:54,006 Ini hospital kerajaan. Sepatutnya percuma. 155 00:11:54,506 --> 00:11:56,133 Awak ada surat rujukan doktor? 156 00:11:58,135 --> 00:12:00,637 - Bagaimana saya mahu dapatkannya? - Daripada doktor di tempat lain. 157 00:12:00,721 --> 00:12:02,181 Doktor itu akan suruh dia bayar. 158 00:12:02,264 --> 00:12:05,976 Saya perlukan rujukan atau duit, atau kamu boleh tunggu di luar. 159 00:12:06,059 --> 00:12:08,562 Ini sistemnya. Dia pun faham. 160 00:12:08,645 --> 00:12:10,439 Jadi awak akan biarkan dia mati? 161 00:12:11,023 --> 00:12:12,691 Awak doktor jenis apa? 162 00:12:12,774 --> 00:12:14,693 Kami merawat 600 pesakit setiap hari. 163 00:12:14,776 --> 00:12:16,987 Saya dan pekerja saya dah berbulan tak dibayar. 164 00:12:17,070 --> 00:12:19,072 Siapa awak untuk beritahu saya tentang jadi doktor? 165 00:12:19,156 --> 00:12:21,575 - Keluar, awak dan kawan tak guna awak. - Baiklah. 166 00:12:21,658 --> 00:12:23,327 - Saya akan panggil pengawal. - Dengar. 167 00:12:23,410 --> 00:12:24,411 Maaf, encik. 168 00:12:25,495 --> 00:12:26,872 Lin, kita patut pergi. 169 00:12:26,955 --> 00:12:29,791 Ada ramai polis di sini. Masalah besar. Cepat. 170 00:13:00,072 --> 00:13:02,282 Saya tak mahu buat awak terjaga. 171 00:13:04,076 --> 00:13:05,077 Terima kasih. 172 00:13:18,423 --> 00:13:19,758 Bagaimana keadaan awak? 173 00:13:19,842 --> 00:13:20,968 Lebih baik. 174 00:13:21,844 --> 00:13:22,845 Ia… 175 00:13:24,263 --> 00:13:26,765 makin berkurang setiap hari. 176 00:13:26,849 --> 00:13:28,892 Terima kasih, Sebastian, sebab dapatkan saya. 177 00:13:30,352 --> 00:13:31,937 Tiada orang lain saya boleh hubungi, jadi… 178 00:13:32,020 --> 00:13:33,689 Kenapa awak perlu hubungi orang lain? 179 00:13:34,273 --> 00:13:36,942 Saya akan jaga awak, Lisa. Awak tahu. 180 00:13:39,945 --> 00:13:42,030 Saya rasa dah sampai masa saya balik ke rumah. 181 00:13:43,574 --> 00:13:44,908 Apa-apa saja awak mahu. 182 00:13:48,036 --> 00:13:50,873 Awak tahu perasaan saya pada awak, Lisa. 183 00:13:54,209 --> 00:13:55,210 Saya tahu. 184 00:13:57,171 --> 00:14:01,800 Saya pun peduli tentang awak, tapi saya… 185 00:14:04,011 --> 00:14:07,514 Sudah lama saya tiada perasaan begitu kepada sesiapa. 186 00:14:07,598 --> 00:14:08,974 Termasuk diri sendiri. 187 00:14:18,400 --> 00:14:20,444 Awak akan ikut saya ke rumah saya? 188 00:14:20,527 --> 00:14:22,738 Saya tak mahu berada di sana sendirian. 189 00:14:25,616 --> 00:14:29,453 Saya akan bekerja sehingga dapat duit yang cukup untuk ubat Sonam. Okey? 190 00:14:29,536 --> 00:14:30,913 Okey, Encik Lin. 191 00:14:41,298 --> 00:14:43,509 MENTERI TANAH RUJUL AADEKAR DITEMUI MATI 192 00:14:43,592 --> 00:14:44,843 Lin! 193 00:15:00,150 --> 00:15:02,694 Beberapa minggu lalu, saya salah seorang daripada kamu. 194 00:15:02,778 --> 00:15:04,947 Saya buat semua kesilapan yang kamu akan buat. 195 00:15:05,030 --> 00:15:08,450 Jika kamu mahu elakkannya dan jimatkan duit, mari jumpa kami. 196 00:15:08,534 --> 00:15:11,370 Harganya lebih murah jika lebih ramai. 197 00:15:11,453 --> 00:15:16,166 Makanan, harga, hotel bagus, perniagaan yang sangat seksi, bos. 198 00:15:16,250 --> 00:15:17,292 - Mari. - Mari. 199 00:15:25,759 --> 00:15:27,135 Rujul perlu mati? 200 00:15:27,719 --> 00:15:30,973 Apabila kita tahu, kita boleh berdepan dengan dia dan tarik dia kembali. 201 00:15:31,056 --> 00:15:32,432 Sekarang kita kembali kepada asal. 202 00:15:32,516 --> 00:15:34,142 Saya menyokong Rujul selama 20 tahun. 203 00:15:34,226 --> 00:15:37,020 Apa orang akan fahami jika saya biarkan pengkhianatannya? 204 00:15:38,355 --> 00:15:40,274 Beritahu saya tentang menteri baharu itu, Pandey. 205 00:15:41,191 --> 00:15:43,652 Dia sangat dihormati dalam masyarakat dan kementerian. 206 00:15:44,319 --> 00:15:46,905 Hindu yang salih, sudah 12 tahun berkahwin, dua anak. 207 00:15:47,739 --> 00:15:50,492 Ia perkahwinan yang diaturkan. Isterinya berduit. Dia berkerjaya. 208 00:15:50,576 --> 00:15:54,162 Ayah isterinya beri dana kempen sehingga sekarang. Tiada yang pelik. 209 00:15:54,246 --> 00:15:56,707 Cari. Semua lelaki ada rahsia. 210 00:15:57,374 --> 00:15:58,834 Mari lihat jika rahsia dia berguna. 211 00:15:58,917 --> 00:16:01,086 Dia kunci untuk Sagar Wada. 212 00:16:06,300 --> 00:16:08,552 Bagaimana perasaan awak semasa Walid datang? 213 00:16:09,845 --> 00:16:10,888 Takut. 214 00:16:11,555 --> 00:16:13,432 Dia tahu dan nikmatinya. 215 00:16:14,641 --> 00:16:16,935 Saya rasa sangat kecil dan sendirian pada waktu itu. 216 00:16:19,980 --> 00:16:20,981 RUMAH TAMU MAHENDRA BILIK TERBAIK DAN MURAH 217 00:16:21,064 --> 00:16:22,858 - Jumpa esok pagi. - Terima kasih. Selamat tinggal. 218 00:16:25,110 --> 00:16:26,111 Ambil. 219 00:16:26,737 --> 00:16:29,072 Tak, saya perlukan semuanya. 220 00:16:31,825 --> 00:16:34,286 Saya perlu beli ubat. Itu sebab saya ke sini. 221 00:16:35,579 --> 00:16:38,916 Encik Lin. Awak yang jadi doktor. Bukan saya. 222 00:16:39,625 --> 00:16:42,961 Saya perlu simpan duit untuk kahwini Parvati. 223 00:16:44,171 --> 00:16:45,172 Awak bergurau. 224 00:16:47,132 --> 00:16:49,134 Rancangan awak takkan berjaya. 225 00:16:49,885 --> 00:16:53,305 Okey, jika saya beri awak duit ini, dari mana awak akan dapat ubat? 226 00:16:54,264 --> 00:16:58,060 Awak tiada preskripsi, kad catu, kad pengenalan, nota doktor. 227 00:16:59,144 --> 00:17:00,270 Perubatan haram. 228 00:17:01,188 --> 00:17:03,690 Tiada sesiapa kenal, percayakan awak atau akan jual kepada awak. 229 00:17:03,774 --> 00:17:08,237 - Prabhu, Sonam akan mati sia-sia. - Lin, orang takkan salahkan awak. 230 00:17:08,319 --> 00:17:09,613 Saya akan salahkan diri saya. 231 00:17:11,573 --> 00:17:12,574 Awak tak guna. 232 00:17:13,700 --> 00:17:16,078 Lin, awak mahu ke mana? 233 00:17:16,161 --> 00:17:17,287 Beli ubat. 234 00:17:22,251 --> 00:17:23,877 Jangan rasa malu sebab takut. 235 00:17:25,921 --> 00:17:29,091 Keberanian ialah rasa takut dan tetap bertindak. 236 00:17:38,016 --> 00:17:40,602 Awak takkan sendirian, Karla. 237 00:17:47,609 --> 00:17:51,488 Pemaju kita perlu dipuaskan lagi? 238 00:17:52,197 --> 00:17:55,075 Bagus. Mereka suka penyanyi ghazal itu? 239 00:17:55,158 --> 00:17:59,705 Saya tak sangka awak di sana dengan rakan yang pelik. 240 00:17:59,788 --> 00:18:02,624 Saya dah tahu sebab awak suka En. Ford. 241 00:18:03,458 --> 00:18:04,751 Apa awak mahu daripadanya? 242 00:18:06,545 --> 00:18:10,549 Mungkin saya cuma nampak seseorang yang perlukan bantuan mencari haluannya. 243 00:18:12,050 --> 00:18:13,719 Awak pura-pura tak kenal saya. 244 00:18:15,012 --> 00:18:17,139 Awak tahu mahu dia tahu kita kenal. 245 00:18:17,222 --> 00:18:20,309 Kita rahsiakan hubungan kita untuk keselamatan awak, bukan saya. 246 00:18:40,120 --> 00:18:41,622 Bau busuk dadah. 247 00:18:58,847 --> 00:19:00,641 Ambil yang perlu dan kita boleh pergi. 248 00:19:04,394 --> 00:19:05,646 Tinggal dengan saya. 249 00:19:07,022 --> 00:19:08,190 Tinggalkan semua ini. 250 00:19:08,273 --> 00:19:09,816 Tak, kita perlu bersihkan. 251 00:19:10,317 --> 00:19:12,778 - Lisa, tak perlu… - Saya perlu bersihkannya. 252 00:19:17,741 --> 00:19:18,825 Saya perlu bersihkan. 253 00:19:22,496 --> 00:19:23,747 Awak faham? 254 00:19:37,010 --> 00:19:40,013 Hei, Ramesh, bukan? Awak ingat saya? 255 00:19:40,097 --> 00:19:42,391 Saya pernah ke sini dengan Abdel Khader Khan. 256 00:19:42,474 --> 00:19:44,393 Saya mahu awak sampaikan mesej kepadanya 257 00:19:44,476 --> 00:19:46,812 yang Lin Ford perlu cakap dengan dia cepat. 258 00:19:46,895 --> 00:19:47,896 Awak boleh sampaikan? 259 00:19:47,980 --> 00:19:50,357 - Ya. Baiklah. - Bagus. Terima kasih. 260 00:19:50,858 --> 00:19:51,859 Maaf. 261 00:20:20,262 --> 00:20:21,597 Saya tak… 262 00:20:21,680 --> 00:20:22,848 Tak mengapa. 263 00:20:23,515 --> 00:20:26,351 Jika awak perlukannya, jika sedikit boleh membantu, jadi… 264 00:20:28,437 --> 00:20:29,646 Apa-apa saja awak perlukan. 265 00:20:31,190 --> 00:20:32,900 Saya mahu awak menolak. 266 00:20:33,901 --> 00:20:35,903 Saya mahu awak cakap tidak! 267 00:20:37,279 --> 00:20:40,741 Cakap saya salah! Halang saya! Awak kena halang saya! 268 00:20:40,824 --> 00:20:41,992 Kenapa awak tak… 269 00:20:49,708 --> 00:20:51,835 Jangan mengiakan saja saya, Modena. 270 00:20:53,253 --> 00:20:54,838 Awak mahu bantu saya, 271 00:20:55,464 --> 00:20:59,134 awak mahu kita ada hubungan, jadi jangan mengiakan saja. 272 00:21:00,219 --> 00:21:01,803 Jadi kuat untuk saya. 273 00:21:03,514 --> 00:21:07,726 Jangan sesekali benarkan saya sentuh dadah kembali. 274 00:21:08,644 --> 00:21:09,770 Saya janji. 275 00:21:11,313 --> 00:21:13,148 Mari keluar dari sini. 276 00:21:34,336 --> 00:21:35,337 En. Lin. 277 00:21:49,935 --> 00:21:52,145 Lin, gembira jumpa awak. 278 00:21:52,229 --> 00:21:55,899 - Ya, terima kasih sebab datang cepat. - Awak beritahu Ramesh ia kecemasan. 279 00:21:55,983 --> 00:21:58,235 Ya, maaf sebab bebankan awak, 280 00:21:58,318 --> 00:21:59,945 tapi saya perlukan bekalan perubatan. 281 00:22:00,571 --> 00:22:04,867 Saya hantar orang ke hospital, tapi tak dibantu. Kecuali mereka bayar. 282 00:22:04,950 --> 00:22:07,619 Saya bukan minta percuma. Saya akan bayar dengan cara saya. 283 00:22:07,703 --> 00:22:10,122 Apa yang awak minta? 284 00:22:10,622 --> 00:22:13,417 Saya tiada hubungan dengan pasaran gelap bekalan perubatan. 285 00:22:14,585 --> 00:22:16,170 Awak sangka saya ada. 286 00:22:16,253 --> 00:22:18,463 Sebab… Kenapa? 287 00:22:19,381 --> 00:22:20,924 Saya samseng? 288 00:22:26,388 --> 00:22:28,265 Bukan, cuma… 289 00:22:30,559 --> 00:22:32,686 Saya bergurau. 290 00:22:33,979 --> 00:22:36,899 Ramai yang tak tahu, tapi semasa pertama kali ke Bombay, 291 00:22:36,982 --> 00:22:39,610 saya tinggal di kawasan setinggan seperti Sagar Wada. 292 00:22:40,194 --> 00:22:42,362 Saya akan tolong awak. 293 00:22:43,405 --> 00:22:44,865 Terima kasih, Khaderbhai. 294 00:22:44,948 --> 00:22:48,118 Abdullah akan sediakannya dan dia akan hubungi awak. 295 00:22:50,120 --> 00:22:51,288 Awak tahu bila? 296 00:22:52,497 --> 00:22:54,625 Ada seorang wanita akan mati 297 00:22:54,708 --> 00:22:56,084 jika saya tak rawat dia cepat. 298 00:22:56,752 --> 00:23:00,214 Jadi kita perlu berharap, Inshallah, bersama-sama, kita boleh elaknya. 299 00:23:01,006 --> 00:23:02,341 Gembira jumpa awak, Lin. 300 00:23:05,719 --> 00:23:06,720 Terima kasih. 301 00:23:16,897 --> 00:23:18,482 Saya boleh bawa dia sekarang. Kenapa tunggu? 302 00:23:18,982 --> 00:23:22,736 Apabila Lin jadi lebih terdesak, dia akan lebih berterima kasih. 303 00:23:24,321 --> 00:23:25,447 Kuatkan. 304 00:23:41,964 --> 00:23:44,466 Pembekal saya mahu separuh bayaran pendahuluan, 305 00:23:44,550 --> 00:23:47,344 kemudian Modena beri awak barang itu dan awak bayar selebihnya. 306 00:23:49,471 --> 00:23:50,848 Bagaimana saya mahu percaya awak? 307 00:23:53,267 --> 00:23:56,061 Berapa lama perniagaan saya akan bertahan jika saya tipu? 308 00:23:56,144 --> 00:23:57,563 Betul. 309 00:23:57,646 --> 00:24:01,275 Susah untuk berniaga jika awak dah dipotong kecil, bukan? 310 00:24:04,111 --> 00:24:07,030 Ini bukan tempat awak untuk mengancam, Raheem. 311 00:24:07,948 --> 00:24:10,951 Saya ada banyak perniagaan lain jika awak beli atau tidak. 312 00:24:11,034 --> 00:24:13,036 Jika awak jumpa yang diperlukan di Lagos, 313 00:24:13,120 --> 00:24:14,830 awak takkan ada di Bombay. 314 00:24:22,504 --> 00:24:25,716 Awak suka mereka, Lisa? Saya patut percayakan mereka? 315 00:24:26,758 --> 00:24:27,759 Sudah tentu. 316 00:24:28,343 --> 00:24:30,262 Awak tahu apa kami bualkan? 317 00:24:30,345 --> 00:24:31,430 Tidak. 318 00:24:32,014 --> 00:24:34,641 Namun, saya percayakan mereka. Mereka kawan baik saya. 319 00:24:37,895 --> 00:24:39,271 Entahlah. 320 00:24:40,189 --> 00:24:42,357 Namun, saya akan percayakan awak. 321 00:24:43,317 --> 00:24:45,235 Awak terlalu cantik untuk menipu. 322 00:24:46,028 --> 00:24:47,779 Itu akan buat saya sedih. 323 00:24:47,863 --> 00:24:48,864 Baiklah. 324 00:24:50,032 --> 00:24:51,742 Saya akan beli sekilo untuk ujinya. 325 00:24:51,825 --> 00:24:53,619 Jika ia bagus, kami akan beli lagi. 326 00:24:54,912 --> 00:24:55,913 Bagus. 327 00:25:05,464 --> 00:25:06,465 Kopi. 328 00:25:08,884 --> 00:25:11,678 Lin ada sebut tentang lelaki ini. 329 00:25:11,762 --> 00:25:15,516 Ada kaitan dengan awak, Lisa dan The Palace. 330 00:25:16,225 --> 00:25:21,522 Sekarang nampaknya awak dan Lisa ada konflik. Lin pula hilang. 331 00:25:21,605 --> 00:25:22,606 Selepas sekian lama, 332 00:25:22,689 --> 00:25:25,400 awak akan mula tanya soalan tak berkaitan dengan awak? 333 00:25:25,484 --> 00:25:29,571 Tidak. Sebenarnya, ya. Satu soalan saja. 334 00:25:31,907 --> 00:25:33,659 Awak okey, sayang? 335 00:25:34,743 --> 00:25:35,786 Saya okey. 336 00:25:37,579 --> 00:25:39,998 Lin masih di sini. Dia tinggal di kawasan setinggan. 337 00:25:40,832 --> 00:25:41,834 Saya minta diri. 338 00:25:41,917 --> 00:25:45,671 Awak tak boleh tinggalkan saya begini. Tolong, Karla. Beritahu saya. 339 00:25:55,389 --> 00:25:56,849 Jangan membebel. 340 00:25:57,349 --> 00:25:59,351 Saya tak marah awak pergi. Saya… 341 00:25:59,852 --> 00:26:01,311 mahu tahu jika awak okey. 342 00:26:01,395 --> 00:26:02,563 Baiknya awak. 343 00:26:03,981 --> 00:26:05,983 Awak tahu awak kedengaran meninggi diri? 344 00:26:06,692 --> 00:26:08,151 Awak patut kembali. 345 00:26:08,235 --> 00:26:09,444 Saya tak perlukan awak. 346 00:26:09,528 --> 00:26:10,946 Awak perlukan mereka? 347 00:26:11,029 --> 00:26:13,448 - Saya sangka awak mahu berubah. - Sudahlah, Karla. 348 00:26:14,366 --> 00:26:16,410 Awak takkan pernah percayakan saya. 349 00:26:17,828 --> 00:26:20,414 Saya tak ambil dadah dan melacur. 350 00:26:20,998 --> 00:26:22,791 Saya kuat berusaha untuk terus begini. 351 00:26:24,293 --> 00:26:25,961 Modena membantu saya. 352 00:26:26,920 --> 00:26:28,881 Dia memang cintakan saya. 353 00:26:29,673 --> 00:26:31,466 Mereka akan beri awak masalah. 354 00:26:31,550 --> 00:26:32,759 Awak pula? 355 00:26:34,303 --> 00:26:35,804 Ada baca akhbar kebelakangan ini? 356 00:26:37,764 --> 00:26:39,600 Awak menyedihkan, Karla. 357 00:26:40,475 --> 00:26:42,269 Awak amat menyedihkan. 358 00:26:43,270 --> 00:26:45,939 Saya tak mahu jadi sedih, saya mahu berseronok. Awak ingat? 359 00:26:46,732 --> 00:26:51,111 Saya mahu ketawa, jenaka, senyum? Itu yang saya mahu. 360 00:27:08,670 --> 00:27:09,922 Prabhu, betul? 361 00:27:11,632 --> 00:27:13,050 Ya, awak Pn. Karla. 362 00:27:13,550 --> 00:27:15,719 Saya cari Lin. Boleh bawa saya jumpa dia? 363 00:27:15,802 --> 00:27:18,680 Saya sedang uruskan perniagaan panduan pelancong. Maaf. 364 00:27:18,764 --> 00:27:21,850 Boleh bawa saya kepada Lin? 365 00:27:34,488 --> 00:27:37,741 Lin beri banyak duit untuk binaan. 366 00:27:37,824 --> 00:27:39,952 - Kenapa? - Dia lelaki yang baik. 367 00:27:40,035 --> 00:27:41,578 Kawan baik Sagar Wada. 368 00:27:41,662 --> 00:27:44,957 Kawan baik saya, tapi semua orang terlalu sayangkan dia. 369 00:27:45,040 --> 00:27:47,793 Sekarang dia doktor terkenal, menyembuhkan semua orang sepanjang hari. 370 00:27:48,752 --> 00:27:50,254 Boleh beri chai nashta… 371 00:27:50,337 --> 00:27:52,631 untuk saya dan kawan baik saya, Pn. Karla. 372 00:27:53,131 --> 00:27:54,675 Berani awak datang ke sini! 373 00:27:54,758 --> 00:27:56,176 Awak bawa Parvati ke mana sepanjang hari? 374 00:27:56,260 --> 00:27:58,846 - Hanya ke hospital dengan Encik Lin. - Hanya ke hospital. Tolonglah! 375 00:27:58,929 --> 00:28:01,431 Saya yang mahu pergi. Jangan salahkan dia. 376 00:28:01,515 --> 00:28:03,559 Kamu berjalan-jalan di Colaba sepanjang hari. 377 00:28:03,642 --> 00:28:04,643 Kami tak buat salah. 378 00:28:04,726 --> 00:28:06,979 Kami tolong selamatkan nyawa, mak. 379 00:28:07,062 --> 00:28:09,231 Kami cari awak sejak pagi. 380 00:28:09,314 --> 00:28:11,108 Tanya saja sesiapa. Kami cari awak. 381 00:28:12,776 --> 00:28:14,736 Awak patut beritahu kami. 382 00:28:22,160 --> 00:28:23,829 Bagaimana awak boleh ke sini? 383 00:28:23,912 --> 00:28:25,956 Saya tak tahu saya tak boleh melawat. 384 00:28:26,957 --> 00:28:29,084 Saya bayar Prabhu untuk bawa saya. 385 00:28:31,753 --> 00:28:34,131 Prabhu cakap awak beri mereka duit untuk bina semula. 386 00:28:34,756 --> 00:28:36,466 Rasanya itu duit yang saya beri. 387 00:28:36,967 --> 00:28:39,011 - Ya. - Encik Lin. 388 00:28:41,346 --> 00:28:43,140 Patutlah awak sangat terkenal. 389 00:28:50,272 --> 00:28:52,232 Kenapa awak masih di sini, Lin? 390 00:28:52,316 --> 00:28:54,276 Beberapa hari sebelum ini, awak terdesak untuk keluar, 391 00:28:54,359 --> 00:28:55,694 sekarang awak cuba jadi doktor. 392 00:28:57,404 --> 00:28:59,656 Mereka bantu saya semasa tiada sesiapa tolong saya. 393 00:29:06,205 --> 00:29:08,081 Ada orang cari saya di sini. 394 00:29:08,165 --> 00:29:10,375 Saya rasa Zhou, mahu selesaikan saya. 395 00:29:11,710 --> 00:29:13,253 Sebab itulah kebakaran berlaku. 396 00:29:15,088 --> 00:29:16,548 Kenapa ia salah awak? 397 00:29:19,009 --> 00:29:21,220 Mak budak itu mati sebab saya. 398 00:29:25,766 --> 00:29:27,017 Saya berhutang dengan mereka. 399 00:29:27,100 --> 00:29:29,978 Ada sesuatu saya boleh beri kepada mereka walaupun saya tak berguna. 400 00:29:32,564 --> 00:29:34,274 Awak tak risau ada orang lain datang 401 00:29:34,358 --> 00:29:35,692 sebab pasport awak? 402 00:29:35,776 --> 00:29:36,985 Saya sangat takut. 403 00:29:37,069 --> 00:29:40,113 Lakshmi juga takut, jadi saya tak boleh guna alasan itu. 404 00:29:57,381 --> 00:29:58,465 Saya baca akhbar. 405 00:29:59,508 --> 00:30:00,926 Rujul sudah mati. 406 00:30:01,885 --> 00:30:03,846 Saya perlu rasa bersalah untuk itu juga? 407 00:30:03,929 --> 00:30:05,097 Tidak. 408 00:30:05,180 --> 00:30:08,308 "Tidak," sebab awak tak peduli atau sebab ia tiada kaitan dengan kita? 409 00:30:08,392 --> 00:30:09,726 Kedua-duanya. 410 00:30:09,810 --> 00:30:12,229 Rujul Aadekar pegawai yang makan suap. 411 00:30:12,896 --> 00:30:15,148 Dia beri masalah kepada klien saya. 412 00:30:15,941 --> 00:30:17,609 Saya mahu beri dia amaran. 413 00:30:17,693 --> 00:30:19,069 Itu saja. 414 00:30:20,571 --> 00:30:22,406 Akhbar cakap dia dirompak. 415 00:30:23,031 --> 00:30:26,076 Orang kaya di kawasan yang salah di Bombay. Itu boleh berlaku. 416 00:30:31,665 --> 00:30:33,250 Apa awak buat di sini, Karla? 417 00:30:33,959 --> 00:30:35,919 Saya terkejut apabila nampak awak malam itu. 418 00:30:37,004 --> 00:30:38,881 Saya syak awak datang ke Reynaldo's. 419 00:30:38,964 --> 00:30:42,176 - Apabila awak tak datang, saya… - Bertenang. Saya akan fikir awak peduli. 420 00:30:45,846 --> 00:30:47,598 Awak berhak cakap begitu. 421 00:30:48,098 --> 00:30:50,767 Namun, awak beri saya duit untuk pergi. 422 00:30:50,851 --> 00:30:52,394 Kemudian awak beri kepada orang. 423 00:30:53,312 --> 00:30:54,313 Ya. 424 00:30:55,564 --> 00:30:57,482 Apa awak buat dengan Khader Khan? 425 00:30:58,692 --> 00:31:01,111 Merokok, minum teh. 426 00:31:01,195 --> 00:31:04,364 Awak ada teman yang menarik walaupun tak mahu ada masalah. 427 00:31:04,448 --> 00:31:05,616 Itu termasuk awak? 428 00:31:06,200 --> 00:31:09,244 Saya harap begitu. Saya tak suka jadi tak menarik. 429 00:31:10,954 --> 00:31:12,623 Ya, awak sentiasa menarik. 430 00:31:13,832 --> 00:31:15,501 Terlalu misteri. 431 00:31:19,505 --> 00:31:21,006 Saya kena balik. 432 00:31:25,344 --> 00:31:27,429 Awak sesuai nampak miskin, Lin. 433 00:31:28,347 --> 00:31:31,517 Jika awak jadi terlalu miskin, awak boleh jadi sangat menarik. 434 00:31:35,312 --> 00:31:36,563 Hubungi saya. 435 00:32:02,714 --> 00:32:05,509 Awak akan sembuhkan dia, Dr. Lin? 436 00:32:06,593 --> 00:32:09,137 Kenapa dia tak buat apa-apa? 437 00:32:10,806 --> 00:32:12,891 Awak tak boleh beri dia ubat? 438 00:32:36,748 --> 00:32:39,710 Apa kita perlu buat? Masukkan dalam mangkuk? 439 00:32:40,294 --> 00:32:41,879 Awak boleh! 440 00:32:41,962 --> 00:32:44,673 - Ya! - Begitu hampir. 441 00:32:48,468 --> 00:32:50,137 Begitu hampir. 442 00:33:01,231 --> 00:33:03,066 Berusaha, Jitendra. 443 00:33:23,921 --> 00:33:25,672 Awak ada di rumah, Encik Lin? 444 00:33:28,425 --> 00:33:29,468 Encik Lin. 445 00:33:31,845 --> 00:33:33,013 Lin. 446 00:33:33,096 --> 00:33:34,973 Ya, Prabhu, saya ada. 447 00:33:42,648 --> 00:33:44,274 Awak dah makan, Lin? 448 00:33:44,358 --> 00:33:45,400 Tak, belum lagi. 449 00:33:45,484 --> 00:33:50,197 Bagus, sebab Ravi bawakan makanan istimewa. 450 00:34:00,207 --> 00:34:03,293 Ikan Bombil. 451 00:34:03,377 --> 00:34:05,921 Ikan paling terkenal. 452 00:34:06,713 --> 00:34:08,632 Makan, ya? 453 00:34:08,715 --> 00:34:11,385 Nampak sedap, Ravi. Terima kasih. Awak tak perlu… 454 00:34:11,467 --> 00:34:13,637 Maaf saya cuba cederakan awak. 455 00:35:04,605 --> 00:35:05,939 Mungkin Karla betul. 456 00:35:06,607 --> 00:35:08,275 Mungkin saya mencari bahaya. 457 00:35:08,358 --> 00:35:11,820 Sebab bahaya yang ada di sini sekarang antara beberapa perkara 458 00:35:11,904 --> 00:35:13,572 yang bantu saya lupakan masa lampau. 459 00:35:29,171 --> 00:35:31,131 Lihat, Johnny? Dia pergi buang air besar lagi. 460 00:35:33,258 --> 00:35:34,635 Bagaimana keadaan awak pagi ini, Lin? 461 00:35:35,260 --> 00:35:36,261 Sihat. 462 00:35:36,845 --> 00:35:40,224 Dia cakap begini, tapi maksudnya berbeza. Saya tahu. 463 00:35:40,307 --> 00:35:43,769 Perutnya dah meragam sejak pagi. Saya nampak dia. 464 00:35:43,852 --> 00:35:44,937 Jitendra betul. 465 00:35:45,521 --> 00:35:46,939 Apa yang kamu berdua cakap? 466 00:35:47,022 --> 00:35:49,233 Encik Lin, jiran awak, Jitendra, beritahu kami 467 00:35:49,316 --> 00:35:52,027 semalam, awak ke air tiga, empat kali. 468 00:35:52,110 --> 00:35:53,612 Awak buat dia berjaga sepanjang malam. 469 00:35:53,695 --> 00:35:54,821 Jitendra yang bising. 470 00:35:54,905 --> 00:35:57,115 Dia dan isterinya berasmara dengan kuat. 471 00:35:57,658 --> 00:36:01,620 Hubungan intim Jitendra dan Ratna sangat terkenal di Sagar Wada. 472 00:36:01,703 --> 00:36:03,497 Awak alami diarea? 473 00:36:03,997 --> 00:36:06,333 Ya. Saya alami diarea. 474 00:36:06,416 --> 00:36:07,501 Awak gembira sekarang? 475 00:36:08,418 --> 00:36:10,963 Saya rasa sebab ikan yang awak dan Ravi beri semalam. 476 00:36:11,046 --> 00:36:12,589 Tidak, Lin. 477 00:36:12,673 --> 00:36:15,843 Dia tangkap ikan itu sendiri sebagai tanda berbaik dengan awak. 478 00:36:15,926 --> 00:36:18,887 Sangat segar. Dia bawa kepada saya untuk tolong dia bawa kepada awak. 479 00:36:18,971 --> 00:36:20,514 Okey. Bukan sebab ikan itu. 480 00:36:21,014 --> 00:36:23,475 Saya cadangkan awak minum chandu chai. 481 00:36:23,559 --> 00:36:26,186 Ia akan pulihkan diarea awak. 482 00:36:28,397 --> 00:36:30,566 En. Lin, awak kena ikut saya. 483 00:36:32,025 --> 00:36:34,820 Dia lelaki yang sangat bahaya, Lin. Boleh membunuh. 484 00:36:34,903 --> 00:36:36,989 Jangan risau, Prabhu. Saya kenal dia. 485 00:36:37,072 --> 00:36:38,365 Bagaimana awak kenal dia? 486 00:36:38,949 --> 00:36:39,950 Jangan risau. 487 00:36:40,033 --> 00:36:42,619 Jika sesuatu berlaku antara kamu, saya tak boleh tolong. 488 00:36:44,621 --> 00:36:45,706 Apa masalahnya? 489 00:36:45,789 --> 00:36:46,832 Tiada masalah. 490 00:36:48,667 --> 00:36:50,752 Saya tertanya awak mahu bawa Lin ke mana. 491 00:36:52,337 --> 00:36:55,966 Dia rakan saya dan kami ada perniagaan di tepi jalan Regal. 492 00:36:57,551 --> 00:36:58,677 Siapa nama awak? 493 00:36:59,845 --> 00:37:00,846 Prabhu. 494 00:37:01,680 --> 00:37:03,515 Awak mesti hebat sebab tanya saya soalan. 495 00:37:03,599 --> 00:37:05,475 Mungkin saya patut panggil awak "Prabhubhai." 496 00:37:06,101 --> 00:37:08,645 Maalik Pasar Colaba. Sarkar Sagar Wada? 497 00:37:08,729 --> 00:37:13,775 - Pergi kembali ke perniagaan awak. - Bertenang. Abdullah, dia kawan saya. 498 00:37:18,488 --> 00:37:20,032 Awak mahu ubat atau tidak? 499 00:37:25,287 --> 00:37:26,330 Jangan risau. 500 00:38:41,738 --> 00:38:44,616 Beritahu Mak Cik Ruby yang Abdullah Taheri datang. 501 00:38:48,453 --> 00:38:51,206 Saya akan mulakannya. Selain itu, awak uruskan. 502 00:39:22,279 --> 00:39:23,614 Namaste, mak cik. 503 00:39:25,157 --> 00:39:28,035 Ini Ruby. Bos Kala Topis. 504 00:39:28,118 --> 00:39:30,037 Penyeludup dan pencuri terbaik di Bombay. 505 00:39:31,079 --> 00:39:34,374 Selamat berkenalan. Saya Lin. 506 00:39:38,003 --> 00:39:39,421 Tunjukkan dia senarai awak. 507 00:39:42,007 --> 00:39:43,592 Ia dalam bahasa Inggeris. 508 00:39:45,093 --> 00:39:49,932 Saya boleh alih bahasa jika perlu. 509 00:39:50,724 --> 00:39:53,018 Saya bukan dilahirkan begini. 510 00:39:53,936 --> 00:39:55,979 Dulu saya akauntan 511 00:39:56,688 --> 00:39:58,607 dengan pangsapuri sendiri di Mahalakshmi. 512 00:39:59,316 --> 00:40:00,734 Saya bukan menghina. 513 00:40:02,236 --> 00:40:03,737 Awak mahu minum teh dengan saya? 514 00:40:08,325 --> 00:40:09,326 Ya. 515 00:41:33,827 --> 00:41:35,495 Saya boleh beri semua ini. 516 00:41:36,788 --> 00:41:39,291 Satu lakh, 50,000 rupee. 517 00:41:39,374 --> 00:41:40,918 Saya tiada duit sebanyak itu. 518 00:41:42,252 --> 00:41:43,712 Saya harap awak boleh… 519 00:41:45,130 --> 00:41:46,965 kita boleh buat perjanjian. 520 00:41:48,717 --> 00:41:49,843 Diskaun? 521 00:41:50,511 --> 00:41:52,471 Mereka tiada tempat lain. 522 00:41:55,474 --> 00:41:57,434 Awak mahu saya tolong mereka 523 00:41:59,269 --> 00:42:01,355 yang tak pedulikan kami? 524 00:42:02,981 --> 00:42:04,983 Memaksa kami tinggal di sini seperti haiwan? 525 00:42:06,485 --> 00:42:11,740 Tak. Saya ahli perniagaan. Ini harganya. 526 00:42:23,919 --> 00:42:26,004 Sekurang-kurangnya beri antibiotik dan drip. 527 00:42:34,721 --> 00:42:37,140 Beri dia penisilin dan dua kit drip. 528 00:42:43,105 --> 00:42:44,106 Simpannya. 529 00:42:45,107 --> 00:42:47,359 Saya akan ambil yang lain selepas dapatkan duit. 530 00:43:06,670 --> 00:43:09,089 - Boleh awak berhenti? - Apa? 531 00:43:09,173 --> 00:43:10,299 Saya perlu ke tandas. 532 00:43:10,841 --> 00:43:12,092 - Tandas? - Ya. 533 00:43:14,428 --> 00:43:15,429 Sana. 534 00:43:16,138 --> 00:43:17,222 - Sini? - Ya. 535 00:43:18,640 --> 00:43:19,641 Tunggu. 536 00:43:24,229 --> 00:43:25,939 Ini tandas? 537 00:43:35,991 --> 00:43:37,284 TANDAS 538 00:44:00,516 --> 00:44:03,060 Habislah awak. 539 00:44:30,838 --> 00:44:32,756 Awak mati hari ini, Rafiq. 540 00:44:33,549 --> 00:44:36,176 Hei! 541 00:44:36,260 --> 00:44:38,011 Tiada sesiapa perlu mati hari ini. 542 00:44:43,851 --> 00:44:46,186 Kita perlu pergi tempat lain. Sekarang. 543 00:45:15,090 --> 00:45:17,259 Saya perlu bawa pulang bekalan ini. 544 00:45:17,342 --> 00:45:18,552 Saya akan hantarkan awak. 545 00:45:18,635 --> 00:45:21,305 Lebih cepat kalau berjalan, tapi saya mahu bercakap dengan awak dulu. 546 00:45:22,931 --> 00:45:24,933 Sitaphal. Kegemaran saya. 547 00:45:26,185 --> 00:45:28,854 Kemudian cuba ciku dengan limau manis. 548 00:45:30,856 --> 00:45:34,484 Begitu saja? Cuba bunuh lelaki dan kemudian makan aiskrim? 549 00:45:36,153 --> 00:45:39,072 Awak patut biarkan saya bunuh. Akan ada masalah nanti. 550 00:45:41,491 --> 00:45:42,701 Awak tak rasa bersalah? 551 00:45:45,913 --> 00:45:49,458 Semasa di Iran sebelum saya ke sini, saya hanya tahu membunuh. 552 00:45:50,584 --> 00:45:53,629 Saya tak tahu sebabnya. Saya pergi tempat yang disuruh. 553 00:45:57,132 --> 00:45:58,342 Saya ada dua abang, 554 00:45:59,301 --> 00:46:00,302 sudah mati. 555 00:46:01,553 --> 00:46:03,514 Teruk apabila jadi anak tunggal. 556 00:46:04,640 --> 00:46:07,142 Sekarang saya tahu sebab saya lawan. 557 00:46:08,977 --> 00:46:10,062 Khaderbhai. 558 00:46:11,313 --> 00:46:12,314 Ya. 559 00:46:14,441 --> 00:46:16,610 Khaderbhai lelaki yang mencipta masa depan. 560 00:46:16,693 --> 00:46:18,862 Kami menunggu masa depan itu. 561 00:46:19,488 --> 00:46:22,866 Dia impikan, rancangnya dan jadikan ia kenyataan. 562 00:46:25,869 --> 00:46:28,872 Apabila Khaderbhai hantar saya kepada awak, saya tak pasti. 563 00:46:29,748 --> 00:46:32,084 Siapa lelaki kulit putih yang mahu jadi doktor? 564 00:46:35,254 --> 00:46:36,880 Namun, awak selamatkan saya hari ini. 565 00:46:38,048 --> 00:46:39,174 Saya selamatkan awak. 566 00:46:40,467 --> 00:46:42,469 Khaderbhai nampak diri sebenar kita. 567 00:46:42,970 --> 00:46:45,347 Mungkin kita memang seperti saudara. 568 00:46:49,601 --> 00:46:52,604 Abdullah, saya tak boleh terbabit dengan urusan kamu. 569 00:46:54,773 --> 00:46:57,734 Saya mahu Khaderbhai faham yang saya tak boleh menonjol. 570 00:46:59,152 --> 00:47:01,780 Tiada masalah atau menarik perhatian. 571 00:47:02,781 --> 00:47:04,491 Kehendak awak tak penting. 572 00:47:05,576 --> 00:47:09,246 Takdir orang seperti kita dah ditentukan. 573 00:47:18,255 --> 00:47:20,549 Saya perlu hantar bekalan ini. 574 00:47:46,074 --> 00:47:47,784 Tandas itu? 575 00:47:48,493 --> 00:47:49,536 Ravi. 576 00:47:51,163 --> 00:47:53,081 Awak beri saya ikan direndam najis? 577 00:47:54,291 --> 00:47:55,334 Ini… 578 00:47:58,545 --> 00:47:59,546 juga untuk awak. 579 00:48:02,341 --> 00:48:03,425 Bagus. 580 00:48:05,427 --> 00:48:07,346 Awak akan beritahu Qasim Chacha? 581 00:48:09,473 --> 00:48:11,099 - Tak. - Kenapa? 582 00:48:13,310 --> 00:48:15,604 Sebab saya harap satu hari nanti awak takkan benci saya. 583 00:48:31,370 --> 00:48:32,579 Ya, bagus. 584 00:48:39,336 --> 00:48:41,255 Bagaimana mahu cakap, "Awak akan sembuh"? 585 00:48:47,845 --> 00:48:49,137 Sonam. 586 00:49:08,240 --> 00:49:09,658 Tidak. 587 00:49:22,171 --> 00:49:24,423 Awak fikir Walid hantar Rafiq untuk serang awak 588 00:49:24,506 --> 00:49:26,091 sebab Sagar Wada? 589 00:49:26,175 --> 00:49:27,176 Tidak. 590 00:49:27,259 --> 00:49:29,052 Hanya sebab semua bhai dan kumpulannya berbaik, 591 00:49:29,136 --> 00:49:30,637 tak bermaksud tenteranya lupa. 592 00:49:31,138 --> 00:49:32,222 Rafiq bencikan saya. 593 00:49:32,306 --> 00:49:34,808 Dia nampak saya sendirian dan cuba ambil peluang. 594 00:49:35,434 --> 00:49:37,227 Dia pasti berjaya, jika bukan sebab Lin. 595 00:49:37,311 --> 00:49:38,604 Dia selamatkan awak. 596 00:49:38,687 --> 00:49:40,898 Sanggup risiko nyawa sendiri tanpa teragak-agak. 597 00:49:41,690 --> 00:49:44,860 Namun, tak benarkan saya bunuh Rafiq. Dia lelaki pelik. 598 00:49:45,861 --> 00:49:47,112 Awak suka dia? 599 00:49:47,196 --> 00:49:49,198 Ya. Dia bermaruah. 600 00:49:50,199 --> 00:49:51,617 Dia dapat apa diperlukan dari Ruby? 601 00:49:51,700 --> 00:49:53,785 Sedikit saja. Dia tiada duit. 602 00:49:53,869 --> 00:49:54,870 Bukan untuk yang dia perlukan. 603 00:49:56,830 --> 00:49:59,666 Berapa harga bagi nyawa awak, Abdullah? 604 00:50:00,667 --> 00:50:03,420 Ini hadiah dia beri kepada kita hari ini, saudara baharu awak. 605 00:50:05,881 --> 00:50:06,882 Rafiq? 606 00:50:08,008 --> 00:50:09,009 Saya perlu selesaikannya? 607 00:50:10,052 --> 00:50:11,053 Tak. 608 00:50:14,431 --> 00:50:15,557 Bukan sekarang. 609 00:50:16,225 --> 00:50:20,437 Jika perlu berperang dengan Walid, tak boleh kita yang mulakan. 610 00:50:21,104 --> 00:50:22,314 Bagaimana jika dia cuba lagi? 611 00:50:22,981 --> 00:50:24,650 Pastikan mayatnya tak dijumpai. 612 00:50:50,259 --> 00:50:51,718 Awak susah nak dicari. 613 00:50:53,095 --> 00:50:55,347 Abdullah. Apa awak buat di sini? 614 00:50:56,890 --> 00:50:58,559 Khader suruh saya jumpa Ruby. 615 00:50:59,852 --> 00:51:01,144 Apa yang dia mahu? 616 00:51:02,187 --> 00:51:04,439 Mungkin Khaderbhai tahu harga diri awak akan menghalang 617 00:51:04,523 --> 00:51:05,983 semua kerja baik awak lakukan. 618 00:51:09,570 --> 00:51:11,280 Awak mahu atau tidak? 619 00:51:18,662 --> 00:51:22,207 Sekarang awak juga sebahagian rancangan ini, bukan? 620 00:51:23,208 --> 00:51:25,377 Saya tahu saya buat perjanjian dengan penjahat, 621 00:51:25,460 --> 00:51:28,797 tapi walau apa pun ia, saya mahu jadi sebahagiannya. 622 00:51:29,506 --> 00:51:31,675 Orang seperti saya sepatutnya takut. 623 00:51:32,176 --> 00:51:33,510 Namun, saya teruja. 624 00:51:40,601 --> 00:51:42,519 BERDASARKAN NOVEL SHANTARAM OLEH GREGORY DAVID ROBERTS 625 00:53:02,599 --> 00:53:04,601 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman