1 00:00:19,979 --> 00:00:22,148 Juri sudah membuat keputusan. 2 00:00:22,899 --> 00:00:24,901 Boleh defendan bangun? 3 00:00:26,944 --> 00:00:31,783 "Dalam kes Negeri California lawan John Thomas Sweeney, 4 00:00:31,783 --> 00:00:34,077 atas tuduhan pembunuhan tahap kedua, 5 00:00:34,077 --> 00:00:37,622 kami sebagai juri mendapati defendan tidak bersalah. 6 00:00:40,249 --> 00:00:43,628 Atas tuduhan pematian orang tanpa niat, 7 00:00:43,628 --> 00:00:47,507 juri mendapati defendan bersalah." 8 00:00:51,135 --> 00:00:53,096 Tuan-tuan dan puan-puan juri, 9 00:00:53,096 --> 00:00:57,433 bagi pihak saya, peguam dan dua keluarga di sini, 10 00:00:57,433 --> 00:00:59,393 terima kasih atas khidmat anda. 11 00:00:59,393 --> 00:01:02,230 Bukan untuk keluarga kami, Hakim Katz! 12 00:01:02,772 --> 00:01:06,109 Jangan ucap terima kasih bagi pihak keluarga kami! 13 00:01:06,109 --> 00:01:09,737 En. Dunne, anda boleh bercakap semasa penjatuhan hukuman. 14 00:01:09,737 --> 00:01:11,739 Waktu itu dah terlambat! 15 00:01:11,739 --> 00:01:14,492 Lelaki itu cekik anak kami sampai mati. 16 00:01:14,492 --> 00:01:18,037 Dia patut mereput di penjara sepanjang hayatnya. 17 00:01:18,037 --> 00:01:18,955 Encik Dunne. 18 00:01:18,955 --> 00:01:23,417 Tuan tak dedahkan bukti penting kepada juri 19 00:01:23,417 --> 00:01:27,380 tentang sejarah keganasan lelaki ini terhadap wanita. 20 00:01:28,840 --> 00:01:32,927 Berbulan-bulan dia pukul anak saya, kemudian dia bunuh. 21 00:01:34,095 --> 00:01:38,015 Dia tarik rambutnya bergumpal-gumpal. 22 00:01:38,015 --> 00:01:39,308 Encik Dunne! 23 00:01:39,308 --> 00:01:43,980 Dia cekik anak saya selama lima minit! 24 00:01:43,980 --> 00:01:47,483 Kau cekik anak aku. Kau bangsat! 25 00:01:47,483 --> 00:01:49,735 - En. Dunne. - Jahanamlah kau di neraka. 26 00:01:49,735 --> 00:01:51,404 - Bailif. - Kau pula. 27 00:01:51,404 --> 00:01:56,159 Macam mana kau tidur lena selepas membela syaitan ini? 28 00:02:16,304 --> 00:02:17,388 Hei, Crocodile. 29 00:02:17,388 --> 00:02:18,472 Hei. 30 00:02:19,432 --> 00:02:20,391 Apa khabar? 31 00:02:21,559 --> 00:02:23,060 Saya okey. 32 00:02:29,442 --> 00:02:32,111 Saya akan keluar dari sini. Saya janji. 33 00:02:34,447 --> 00:02:38,534 Persediaan perbicaraan dah bermula. Jill, peguam saya, dia... 34 00:02:38,534 --> 00:02:40,453 Ia sangat sukar. 35 00:02:41,829 --> 00:02:43,539 Contohnya, ibu bapa saya. 36 00:02:45,791 --> 00:02:48,044 Mereka tak percayakan awak, Lyle. 37 00:02:49,629 --> 00:02:51,380 Mereka nak kita berpisah. 38 00:02:51,380 --> 00:02:52,340 Jamie... 39 00:02:53,716 --> 00:02:56,260 Lupakan saja. Mereka tak faham cinta kita. 40 00:02:57,261 --> 00:03:00,139 Hei. Awak tahu saya cintakan awak. 41 00:03:01,057 --> 00:03:01,933 Betul tak? 42 00:03:02,433 --> 00:03:04,060 Saya mahu lupakan semua ini 43 00:03:04,060 --> 00:03:06,812 dan beri awak hidup yang selayaknya, ya? 44 00:03:08,522 --> 00:03:10,149 Saya juga... 45 00:03:10,733 --> 00:03:12,068 Saya perlukan bantuan. 46 00:03:12,860 --> 00:03:13,778 Okey? 47 00:03:15,154 --> 00:03:17,782 Saya nak awak tonton At Close Range. 48 00:03:18,532 --> 00:03:19,367 Apa? 49 00:03:20,326 --> 00:03:21,452 Itu filem? 50 00:03:21,452 --> 00:03:24,830 Ya, Sean Penn dan Christopher Walken berlakon. 51 00:03:24,830 --> 00:03:26,624 Filem itu hebat. 52 00:03:26,624 --> 00:03:28,584 Awak patut menontonnya. 53 00:03:31,337 --> 00:03:33,172 Okey. Kenapa? 54 00:03:36,634 --> 00:03:38,261 Awak kena buat sesuatu. 55 00:03:40,263 --> 00:03:41,264 Apa? 56 00:03:41,264 --> 00:03:43,808 Cakap yang ayah saya rogol awak. 57 00:03:44,850 --> 00:03:45,810 Apa? 58 00:03:46,435 --> 00:03:47,270 Tidak! 59 00:03:48,145 --> 00:03:49,689 - Kenapa? - Dia tak rogol. 60 00:03:50,940 --> 00:03:52,775 Ya, tapi mereka tak tahu. 61 00:03:52,775 --> 00:03:55,861 Itu tak penting. Saya tak boleh tipu macam itu. 62 00:03:55,861 --> 00:04:00,241 Boleh cakap dia mengurat awak? Tolonglah. Saya akan bayar awak. 63 00:04:00,241 --> 00:04:01,659 Nak aku cakap apa? 64 00:04:01,659 --> 00:04:04,745 Aku nak kau ingat waktu kau jumpa aku di dalam almari. 65 00:04:07,581 --> 00:04:08,708 Aku tak ingat. 66 00:04:08,708 --> 00:04:12,044 Ya, mak paksa aku lumur tahi anjing, kau jumpa aku 67 00:04:12,044 --> 00:04:14,839 dan dia beri bekas Tupperware untuk kencing. 68 00:04:14,839 --> 00:04:18,217 - Kau pasti itu aku? - Ya. Kenapa kau tak ingat? 69 00:04:18,217 --> 00:04:19,927 Aku beri kau pistol? 70 00:04:19,927 --> 00:04:22,722 Tak, aku minta daripada kau. 71 00:04:23,222 --> 00:04:25,141 Sebab kau takut kepada ayah kau? 72 00:04:25,141 --> 00:04:28,686 Ya, sebab dia ugut kami dan kami takut kehilangan nyawa, 73 00:04:28,686 --> 00:04:30,062 jadi kami tanya kau. 74 00:04:30,062 --> 00:04:32,189 - Tak. - Betul, kau jawab tak. 75 00:04:32,189 --> 00:04:34,400 Aku cakap "tak" sekarang. Aku tak nak. 76 00:04:34,400 --> 00:04:38,237 Kenapa? Ia berlaku. Ia sesuatu yang benar-benar berlaku. 77 00:04:38,237 --> 00:04:40,531 Kau cuma perlu ingat sebab ia benar. 78 00:04:40,531 --> 00:04:45,244 Atau beritahu orang lain yang kau ingat. Sebab kau ingat, Brian! 79 00:04:45,870 --> 00:04:48,331 Tolonglah, Brian! Apa ini? 80 00:04:48,331 --> 00:04:49,665 Brian, kau ingat! 81 00:04:49,665 --> 00:04:51,709 Brian, kau ingatlah! 82 00:04:51,709 --> 00:04:53,210 Kau ingat! 83 00:04:54,462 --> 00:04:55,338 Maaf. 84 00:05:05,181 --> 00:05:09,143 Biar saya cuba faham. Ayah kamu bunuh anjing kamu. 85 00:05:09,143 --> 00:05:12,355 Ya. Anjing itu bunuh feret kami, jadi dia potong kepalanya. 86 00:05:13,814 --> 00:05:16,275 Saya jumpa di dalam peti sejuk. 87 00:05:16,275 --> 00:05:20,279 Jika saya salah jawab soalan, dia akan hentak kepala saya ke meja. 88 00:05:20,863 --> 00:05:23,157 Dia menguek sebab saya jalan macam itik. 89 00:05:25,368 --> 00:05:26,577 Ejek saya sebab gagap. 90 00:05:26,577 --> 00:05:29,163 Apa cara terbaik untuk hubungi... 91 00:05:29,163 --> 00:05:30,206 Apa? 92 00:05:33,209 --> 00:05:35,252 Mak pun pukul kami. Ia menakutkan. 93 00:05:35,252 --> 00:05:36,921 Dia kejar dengan pisau. 94 00:05:36,921 --> 00:05:39,090 Kalaulah kamu berdua tak lahir! 95 00:05:43,094 --> 00:05:45,388 Beginilah. Cukup untuk hari ini. 96 00:05:47,848 --> 00:05:50,768 Bukannya saya tak percaya cerita itu benar. 97 00:05:50,768 --> 00:05:56,107 Cuma saya tak percaya ia terjadi seperti yang dia ceritakan. 98 00:05:56,107 --> 00:05:59,777 Semasa saya duduk dengannya untuk kali pertama, 99 00:05:59,777 --> 00:06:01,821 ia ambil masa, 100 00:06:01,821 --> 00:06:06,242 tapi dia macam budak kecil yang ketakutan dan buat saya rasa simpati. 101 00:06:06,242 --> 00:06:08,285 Tapi apabila dia jadi saksi, 102 00:06:08,285 --> 00:06:11,122 dia bercakap tentang orang lain. 103 00:06:11,122 --> 00:06:12,790 Dia nampak macam 104 00:06:13,833 --> 00:06:14,959 seorang psikopat. 105 00:06:16,293 --> 00:06:19,588 Saya nak cakap pelakon yang teruk, tapi itu pun boleh. 106 00:06:24,301 --> 00:06:25,302 Maksud saya... 107 00:06:26,220 --> 00:06:28,347 Awak rasa dia rancang semuanya? 108 00:06:29,348 --> 00:06:31,642 Lyle reka semua cerita 109 00:06:32,351 --> 00:06:34,728 dan pujuk Erik untuk ikut? 110 00:06:37,106 --> 00:06:39,108 Bagaimana jika sebaliknya? 111 00:06:42,236 --> 00:06:45,030 Saya tak kata saya akan guna sudut itu. 112 00:06:45,030 --> 00:06:46,991 Saya cuma terfikir. 113 00:07:01,255 --> 00:07:04,216 "Saya nampak awak dalam TV, jadi saya hantar surat. 114 00:07:04,216 --> 00:07:07,261 Saya tahu awak tak bersalah sebab saya psikik." 115 00:07:15,311 --> 00:07:17,813 "Biar saya kenalkan diri. Nama saya Candy. 116 00:07:17,813 --> 00:07:22,234 Saya ibu tunggal kepada dua anak yang hadapi masalah berat badan..." 117 00:07:25,112 --> 00:07:28,741 "Hai, Lyle. Saya cuma nak cakap, saya percayakan awak. 118 00:07:28,741 --> 00:07:31,202 Tak mungkin awak buat semua itu. 119 00:07:31,202 --> 00:07:34,538 Kalau awak buat pun, mesti awak ada sebab yang kukuh. 120 00:07:34,538 --> 00:07:38,542 Ia jelas di mata awak kali pertama saya nampak awak. 121 00:07:38,542 --> 00:07:41,504 Jika awak perlukan apa-apa saja 122 00:07:41,504 --> 00:07:45,549 atau perlukan teman untuk berbual, telefonlah saya. 123 00:07:45,549 --> 00:07:47,760 Sayang sepenuh hati, Norma." 124 00:07:53,974 --> 00:07:57,520 Ini panggilan dari Penjara Daerah Los Angeles daripada... 125 00:07:57,520 --> 00:07:58,812 Lyle Menendez. 126 00:08:00,314 --> 00:08:01,315 Helo? 127 00:08:02,316 --> 00:08:04,777 Hai. Norma? 128 00:08:05,277 --> 00:08:07,530 Oh, Tuhanku. Saya tak percaya. 129 00:08:08,030 --> 00:08:10,449 Saya dan Jamie tak sesuai sejak dulu. 130 00:08:11,283 --> 00:08:14,537 Dia reka cerita. Katanya saya suruh dia cakap sesuatu. 131 00:08:14,537 --> 00:08:17,206 Baru kita sedar, sesetengah orang... 132 00:08:17,206 --> 00:08:19,166 Sesetengah orang memang jahat? 133 00:08:20,209 --> 00:08:22,253 Ya. Tapi awak tak begitu. 134 00:08:24,380 --> 00:08:25,464 Awak mesti cantik. 135 00:08:38,310 --> 00:08:39,270 Saya rindu Tony. 136 00:08:41,313 --> 00:08:43,774 Tiada masa untuk murung semasa dia ada. 137 00:08:44,984 --> 00:08:46,819 Apa tentangnya yang kamu rindu? 138 00:08:47,987 --> 00:08:49,280 Seks atau... 139 00:08:51,156 --> 00:08:52,074 Apa? 140 00:08:53,909 --> 00:08:57,955 Saya pernah beritahu awak yang ayah saya dan lelaki ini, mereka... 141 00:09:01,917 --> 00:09:03,794 Dia kekasih ayah saya. 142 00:09:06,213 --> 00:09:10,384 Lelaki yang beritahu kamu bahawa ayah kamu nak bunuh kamu? 143 00:09:10,384 --> 00:09:11,427 Ya. 144 00:09:15,014 --> 00:09:17,224 Itu tak benar. Saya... 145 00:09:21,979 --> 00:09:22,980 Saya reka cerita. 146 00:09:26,066 --> 00:09:27,192 Saya reka saja. 147 00:09:31,530 --> 00:09:32,948 Boleh saya tanya kenapa? 148 00:09:35,242 --> 00:09:36,744 Kenapa reka cerita itu? 149 00:09:40,789 --> 00:09:41,624 Erik? 150 00:09:44,335 --> 00:09:46,962 Erik, Lyle suruh kamu reka cerita itu? 151 00:09:54,678 --> 00:09:57,681 Saya perlu fikir tentang masalah Oziel ini. 152 00:09:58,182 --> 00:09:59,975 Cerita saya sangat tak kena. 153 00:09:59,975 --> 00:10:02,853 Kenapa saya tak beritahu dia tentang ayah saya? 154 00:10:02,853 --> 00:10:04,271 Ya. Itu... 155 00:10:04,271 --> 00:10:05,230 Ya. 156 00:10:05,230 --> 00:10:07,149 Kalaulah saya boleh tulis buku. 157 00:10:08,067 --> 00:10:09,318 Tentang cerita saya. 158 00:10:09,318 --> 00:10:12,196 Jelaskan hidup saya sebagai Lyle Menendez. 159 00:10:12,196 --> 00:10:15,991 Tak mungkin orang akan kata saya patut dipenjarakan. 160 00:10:15,991 --> 00:10:20,412 Lyle, itu idea yang bagus. Saya boleh tolong awak tulis. 161 00:10:21,914 --> 00:10:25,376 Lyle, saya akan minta kamu ingat semula hari itu. 162 00:10:25,376 --> 00:10:26,585 Hari mana? 163 00:10:27,336 --> 00:10:30,756 Hari terakhir. Hari terakhir ibu bapa kamu hidup. 164 00:10:31,340 --> 00:10:32,257 Ya, okey. 165 00:10:34,176 --> 00:10:35,219 Saya main tenis. 166 00:10:38,597 --> 00:10:40,432 Tapi saya agak terganggu. 167 00:10:40,432 --> 00:10:43,102 Sebab kamu fikir mereka akan bunuh kamu. 168 00:10:43,102 --> 00:10:45,437 Tak, saya tahu mereka akan bunuh kami. 169 00:10:46,480 --> 00:10:47,773 Kami tunggu masanya. 170 00:10:47,773 --> 00:10:49,817 Sebab itu lawatan bot menakutkan. 171 00:10:49,817 --> 00:10:52,444 Ya, saya rasa jika kapten itu tak ada, 172 00:10:52,444 --> 00:10:54,655 mereka akan bunuh kami ketika itu. 173 00:10:54,655 --> 00:10:58,242 Mereka akan tembak, humban ke dalam air dan kata kami lemas. 174 00:10:58,242 --> 00:11:03,205 Tapi, Lyle, saya benar-benar mahu kamu bawa saya mengalami hari Ahad itu. 175 00:11:03,789 --> 00:11:04,873 Hari ia... 176 00:11:05,958 --> 00:11:07,292 Hari ia berlaku. 177 00:11:07,292 --> 00:11:08,460 Ya, okey. 178 00:11:08,460 --> 00:11:09,795 Kita perlu pergi. 179 00:11:09,795 --> 00:11:12,589 Mana mereka? Mana mak dan ayah? 180 00:11:12,589 --> 00:11:15,634 Aku tak tahu. Mungkin di bawah. TV terpasang. 181 00:11:15,634 --> 00:11:17,761 Mari kita pergi dari sini. 182 00:11:17,761 --> 00:11:20,931 Jumpa aku di kereta satu minit lagi. Bertenang. 183 00:12:07,853 --> 00:12:08,854 Kamu nak ke mana? 184 00:12:10,814 --> 00:12:13,275 - Kami nak pergi tengok wayang. - Tidak. 185 00:12:13,275 --> 00:12:14,943 Kamu tak boleh keluar. 186 00:12:14,943 --> 00:12:16,653 Kami cuma nak ke pawagam. 187 00:12:16,653 --> 00:12:19,114 Kamu tak boleh pergi. Kamu pula, Erik. 188 00:12:19,114 --> 00:12:21,033 Naik sekarang. 189 00:12:21,033 --> 00:12:23,327 Tidak. Jangan sentuh adik saya. 190 00:12:23,327 --> 00:12:25,496 Jangan sentuh adik saya lagi. 191 00:12:25,496 --> 00:12:30,000 Dia anak ayah dan ayah boleh buat apa-apa saja kepadanya. Tepi. 192 00:12:30,542 --> 00:12:33,337 Mak berdiri saja di situ dan biar dia buat! 193 00:12:33,337 --> 00:12:35,422 Kamu tak layak cakap dengan mak. 194 00:12:35,422 --> 00:12:38,884 Kamu tak layak cakap apa-apa! Kamu hancurkan keluarga ini. 195 00:12:44,681 --> 00:12:46,225 Kitty, mari pergi. 196 00:12:48,727 --> 00:12:49,728 Mari pergi. 197 00:13:00,155 --> 00:13:02,157 Kamu rasa mereka masuk untuk apa? 198 00:13:02,157 --> 00:13:03,742 Ambil senjata mereka. 199 00:13:03,742 --> 00:13:07,162 - Senjata mereka di atas? - Entah. Nak pergi periksa? 200 00:13:08,539 --> 00:13:09,373 Nah. 201 00:13:12,376 --> 00:13:15,629 Tak cukup masa. Ambil senapang patah. Jumpa di kereta. 202 00:13:58,463 --> 00:14:01,800 Tapi bukan itu yang berlaku. Betul tak? 203 00:14:01,800 --> 00:14:04,261 Tak, kami fikir itu yang akan berlaku. 204 00:14:04,261 --> 00:14:05,637 Saya tak percaya. 205 00:14:05,637 --> 00:14:06,722 Apa? 206 00:14:09,683 --> 00:14:12,644 Saya tak percaya satu patah perkataan pun 207 00:14:12,644 --> 00:14:13,979 kalau saya jadi juri. 208 00:14:13,979 --> 00:14:14,897 Okey. 209 00:14:14,897 --> 00:14:18,734 Kali pertama kamu ceritakan kepada saya, kamu rasa setiap emosi, 210 00:14:18,734 --> 00:14:20,694 jadi saya juga dapat rasa. 211 00:14:20,694 --> 00:14:22,696 Macam saya bersama kamu. 212 00:14:23,405 --> 00:14:28,118 Tapi apabila kamu duduk di kerusi itu, saya rasa macam kamu reka cerita. 213 00:14:28,118 --> 00:14:32,122 - Saya nak pastikan cerita itu betul. - Lupakannya. Itu tugas saya. 214 00:14:32,831 --> 00:14:35,918 Kamu tembak muka mak kamu dengan senapang, bukan? 215 00:14:35,918 --> 00:14:37,461 Kenapa buat begitu? 216 00:14:40,547 --> 00:14:45,218 Saya rasa, mungkin kami mahu tamatkan kesengsaraannya. 217 00:14:45,218 --> 00:14:47,596 Tak, kamu bukan penternak, Lyle. 218 00:14:47,596 --> 00:14:49,806 Dia bukan khinzir peliharaan kamu. 219 00:14:50,432 --> 00:14:52,893 Kenapa dia patut mati? 220 00:14:55,812 --> 00:14:58,523 - Sebab dia biar ayah rogol kami. - Ya! 221 00:14:59,191 --> 00:15:00,067 Terima kasih. 222 00:15:02,235 --> 00:15:09,076 Sebab dia biar ayah kamu rogol kamu. 223 00:15:09,785 --> 00:15:12,454 Saya perlu rasa kesakitan itu, Lyle. 224 00:15:12,454 --> 00:15:15,207 Juri perlu rasa. 225 00:15:15,207 --> 00:15:21,129 Wanita ini, mak kamu, dia biar ayah kamu rogol kamu. 226 00:15:22,589 --> 00:15:24,591 Kamu berdepan dengan hukuman mati. 227 00:15:24,591 --> 00:15:28,011 Tunjuk kepada saya perasaan itu. 228 00:15:31,848 --> 00:15:34,685 Jadi, tunjuk emosi? 229 00:15:36,645 --> 00:15:37,604 Ya. 230 00:15:39,106 --> 00:15:41,108 Jadi, awak nak saya menangis? 231 00:15:43,026 --> 00:15:44,361 Saya boleh menangis. 232 00:15:47,406 --> 00:15:48,365 Ya. 233 00:15:59,209 --> 00:16:00,752 Saya cuma nak tolong dia. 234 00:16:04,923 --> 00:16:06,466 Saya sayang mak saya. 235 00:16:08,760 --> 00:16:10,637 Saya rasa kasihan kepadanya. 236 00:16:14,766 --> 00:16:17,185 Saya yang jumpa surat bunuh dirinya. 237 00:16:20,480 --> 00:16:23,275 Jadi, saya seorang saja yang tahu apa yang dia 238 00:16:24,526 --> 00:16:26,236 rancang untuk buat. 239 00:16:29,990 --> 00:16:32,284 Saya suruh dia tinggalkan ayah. 240 00:16:34,536 --> 00:16:37,497 Kami akan menyebelahi dia dalam perceraian. Saya... 241 00:16:39,082 --> 00:16:42,377 Saya nak tolong. Jadi, jika dia perlu pindah ke Princeton 242 00:16:42,377 --> 00:16:44,546 dan tinggal dengan saya, dia boleh. 243 00:16:46,882 --> 00:16:51,887 Saya beritahu dia saya akan bantu dia berhenti makan pil. 244 00:16:53,346 --> 00:16:55,307 Saya beritahu dia semuanya okey. 245 00:16:55,307 --> 00:16:57,517 Saya mahu semuanya okey, tapi tidak. 246 00:16:57,517 --> 00:17:00,687 Saya penipu sebab semuanya tak okey. 247 00:17:00,687 --> 00:17:02,105 Tapi saya sayang dia. 248 00:17:02,606 --> 00:17:04,649 Saya sayang dia sehingga saat ini. 249 00:17:04,649 --> 00:17:06,151 Saya sayang mak saya. 250 00:17:07,569 --> 00:17:08,862 Saya sayang mak saya. 251 00:17:14,034 --> 00:17:15,368 Bagus, Lyle. 252 00:17:18,872 --> 00:17:19,998 Barulah betul. 253 00:17:31,593 --> 00:17:33,887 LAPORAN AUTOPSI 254 00:17:43,772 --> 00:17:45,899 JULAI 1993 255 00:17:56,535 --> 00:17:59,538 PENGANGKUTAN PENJARA DILARANG DEKAT 256 00:18:07,838 --> 00:18:09,464 MENENDEZ SELAMANYA 257 00:18:09,464 --> 00:18:11,091 KAMI SUKA ADIK-BERADIK MENENDEZ 258 00:18:38,702 --> 00:18:40,662 TERLALU KACAK UNTUK MEMBUNUH 259 00:18:40,662 --> 00:18:42,038 KAHWINI SAYA, LYLE! 260 00:19:21,077 --> 00:19:21,912 Okey. 261 00:19:23,830 --> 00:19:24,748 Cik Abramson. 262 00:19:29,836 --> 00:19:32,881 Jangan risau. Tulisan besar, mudah saya nak baca. 263 00:19:32,881 --> 00:19:35,217 Saya takkan lama macam pihak pendakwa. 264 00:19:40,347 --> 00:19:41,640 Perbicaraan ini... 265 00:19:43,225 --> 00:19:45,894 Perbicaraan ini bukan tentang orangnya. 266 00:19:46,561 --> 00:19:50,148 Ia bukan tentang perkaranya, masanya atau tempatnya. 267 00:19:51,191 --> 00:19:54,277 Perbicaraan ini tentang sebabnya. 268 00:19:55,278 --> 00:20:00,742 Apa sebabnya Erik dan Lyle Menendez membunuh ibu bapa mereka? 269 00:20:01,493 --> 00:20:02,953 Ini soalan mudah. 270 00:20:02,953 --> 00:20:05,413 Tapi jawapan yang anda akan dengar 271 00:20:05,413 --> 00:20:08,458 dalam beberapa minggu dan bulan akan datang 272 00:20:08,458 --> 00:20:11,294 daripada lebih 50 saksi dan pakar, 273 00:20:11,294 --> 00:20:14,714 jawapannya bukan mudah. 274 00:20:14,714 --> 00:20:20,095 Anda akan mendengar butiran terperinci yang menggerunkan 275 00:20:20,095 --> 00:20:26,351 tentang Jose Menendez, seorang pensadis sumbang laku seksual 276 00:20:26,351 --> 00:20:28,270 yang mencabul anak-anaknya. 277 00:20:28,812 --> 00:20:34,276 Tentang Kitty Menendez yang juga gemar mencabul anak-anaknya. 278 00:20:34,276 --> 00:20:40,407 Apa yang budak-budak ini buat sehingga mereka patut didera begitu? 279 00:20:40,407 --> 00:20:42,993 Apa yang mereka buat? 280 00:20:42,993 --> 00:20:46,162 Saya akan beritahu anda kesalahan Erik dan Lyle. 281 00:20:46,162 --> 00:20:48,623 Satu-satunya kesalahan mereka 282 00:20:48,623 --> 00:20:52,127 ialah mereka menyayangi ibu bapa yang menyeksa mereka. 283 00:20:53,003 --> 00:20:59,384 Jadi, apabila Erik dan Lyle melalui pengalaman pahit menembak ibu bapa mereka, 284 00:20:59,384 --> 00:21:03,805 ia bukan kerana niat jahat atau balas dendam. 285 00:21:05,015 --> 00:21:09,644 Ia bukan tentang kereta mewah atau pakaian baharu. 286 00:21:09,644 --> 00:21:11,563 Ia bukan tentang duit. 287 00:21:13,356 --> 00:21:17,527 Mereka menembak untuk mempertahankan diri. 288 00:21:19,696 --> 00:21:23,199 Mereka tembak ibu bapa yang mereka sayangi 289 00:21:23,199 --> 00:21:27,996 supaya Jose dan Kitty Menendez tidak membunuh mereka dulu. 290 00:21:35,337 --> 00:21:38,006 Sudut yang sangat menarik. 291 00:21:38,590 --> 00:21:43,428 Kebetulan pula, awak guna pembelaan yang sama 292 00:21:43,428 --> 00:21:46,139 dalam kes Arnel Salvatierra. 293 00:21:46,765 --> 00:21:49,642 Dia cuma disabitkan bersalah atas pematian orang. 294 00:21:50,727 --> 00:21:52,937 Mungkin sebab itu mereka upah awak. 295 00:21:55,440 --> 00:21:59,569 Tunggu sekejap. Itu bukan pembelaan mereka pada mulanya. 296 00:22:00,153 --> 00:22:02,155 Mereka mengaku tak bersalah. 297 00:22:03,073 --> 00:22:06,326 Awak tak reka cerita tentang penderaan seksual, bukan? 298 00:22:07,077 --> 00:22:09,079 Sebab ia berjaya sebelum ini. 299 00:22:14,751 --> 00:22:16,211 Awak tahu, Dominick? 300 00:22:17,003 --> 00:22:20,006 Saya sangat bersimpati tentang anak awak. 301 00:22:20,006 --> 00:22:21,800 Lelaki itu tak patut bebas. 302 00:22:21,800 --> 00:22:24,219 Dia takkan bebas kalau saya terlibat. 303 00:22:24,219 --> 00:22:27,347 Tapi awak patut sedar, dia beri awak sesuatu. 304 00:22:27,347 --> 00:22:31,309 Dia beri awak kerjaya dan sudut pandangan. 305 00:22:33,561 --> 00:22:36,314 Jadi, awak patut ucap terima kasih kepadanya. 306 00:22:37,440 --> 00:22:41,861 Tapi, bagaimana jika mereka fikir nyawa mereka dalam bahaya malam itu 307 00:22:41,861 --> 00:22:44,447 dan ibu bapa mereka nak bunuh mereka? 308 00:22:45,782 --> 00:22:49,744 Ya, awak percaya teori mempertahankan diri itu. 309 00:22:49,744 --> 00:22:52,372 Saya ada hartanah 310 00:22:52,372 --> 00:22:56,042 berdekatan San Andreas Fault yang saya nak jual kepada awak. 311 00:22:56,626 --> 00:22:58,002 Hebat ceritanya. 312 00:22:58,753 --> 00:23:00,255 Macam tragedi Greek. 313 00:23:00,255 --> 00:23:04,259 Adik-beradik yang diseksa dan didera bertahun-tahun 314 00:23:04,259 --> 00:23:07,720 khuatir akan nyawa mereka, lalu bunuh ibu bapa mereka 315 00:23:07,720 --> 00:23:11,307 kerana terdesak untuk mempertahankan diri. 316 00:23:11,307 --> 00:23:17,063 Ia juga sangat tak masuk akal dan penuh dengan kelompangan. 317 00:23:17,689 --> 00:23:21,776 Jika Jose dan Kitty mahu bunuh anak-anak mereka pada hari Ahad itu, 318 00:23:21,776 --> 00:23:26,197 kenapa Kitty jemput kawannya, Karen Wiere, datang ke rumah 319 00:23:26,197 --> 00:23:29,242 untuk bermain bridge pada malam itu? 320 00:23:29,742 --> 00:23:33,872 Kalau awak dan Peter pulang lewat dari Santa Barbara pun, telefon kami. 321 00:23:33,872 --> 00:23:35,748 Awak masih boleh datang. 322 00:23:35,748 --> 00:23:39,961 Betulkah Lyle dan Erik begitu takut 323 00:23:39,961 --> 00:23:43,756 ibu bapa mereka akan bunuh mereka semasa lawatan bot itu? 324 00:23:43,756 --> 00:23:45,967 Sedia nak tangkap jerung? 325 00:23:46,509 --> 00:23:49,929 Sedangkan ada tiga orang lain menaiki bot itu juga. 326 00:23:49,929 --> 00:23:52,348 Saya ingat ini lawatan persendirian. 327 00:23:53,850 --> 00:23:58,062 Selain itu, kamu tahu Kitty dan Jose akan terbang ke Princeton 328 00:23:58,062 --> 00:23:59,689 pada minggu mereka dibunuh 329 00:23:59,689 --> 00:24:05,278 untuk bantu cari perabot kondo Lyle yang mereka baru belikan, 330 00:24:05,278 --> 00:24:10,200 sekali gus menunjukkan mereka tak rancang untuk bunuh anak-anak mereka? 331 00:24:10,200 --> 00:24:14,996 Kitty Menendez mengisi borang pendaftaran kolej Erik 332 00:24:14,996 --> 00:24:16,831 pada malam mereka dibunuh. 333 00:24:16,831 --> 00:24:20,376 Sekarang, demi penghujahan, katakan Lyle dan Erik 334 00:24:20,376 --> 00:24:23,171 bunuh ibu bapa mereka untuk mempertahankan diri 335 00:24:23,171 --> 00:24:25,673 kerana mereka rasa nyawa mereka terancam. 336 00:24:26,549 --> 00:24:30,595 Bukankah mereka akan telefon polis dan beritahu perkara sebenar? 337 00:24:31,638 --> 00:24:36,601 Bukankah mereka akan mengaku dan mendedahkan rahsia keluarga 338 00:24:36,601 --> 00:24:38,895 yang bertahun-tahun mereka sorok? 339 00:24:40,104 --> 00:24:45,235 Bukankah mereka akan berkelakuan seperti mereka ada sekelumit rasa bersalah 340 00:24:45,235 --> 00:24:46,736 atas perbuatan mereka? 341 00:24:47,904 --> 00:24:48,780 Tapi, tidak. 342 00:24:49,280 --> 00:24:51,032 Bukan itu yang terjadi. 343 00:24:51,032 --> 00:24:52,617 Apa yang mereka buat? 344 00:24:54,369 --> 00:24:58,206 Mereka berbohong sejak awal lagi. 345 00:24:59,666 --> 00:25:01,417 Okey. Kau akan... 346 00:25:02,293 --> 00:25:06,172 - Kau boleh buat? Mereka akan tahu. - Mereka takkan tahu, Erik! 347 00:25:06,172 --> 00:25:07,966 Hei. 348 00:25:08,591 --> 00:25:12,178 - Kita boleh buat. - Kita akan buat. 349 00:25:12,178 --> 00:25:14,764 - Kita boleh. - Ya, kita akan buat! 350 00:25:14,764 --> 00:25:16,891 - Aku sayang kau. - Aku pun sayang kau. 351 00:25:16,891 --> 00:25:18,643 Aku sayang kau, E. Okey? 352 00:25:19,727 --> 00:25:21,312 Jangan buat silap, okey? 353 00:25:30,446 --> 00:25:33,658 - Talian kecemasan. - Ada orang bunuh ibu bapa kami. 354 00:25:33,658 --> 00:25:37,203 Mereka berbohong terus-menerus 355 00:25:37,203 --> 00:25:43,042 dan berbohong sekurang-kurangnya 50 kali mengikut kiraan saya. 356 00:25:43,042 --> 00:25:47,630 Mereka bohong kepada orang awam, kawan-kawan, saudara-mara dan media. 357 00:25:47,630 --> 00:25:52,343 Kemudian mereka bohong untuk pastikan mereka dapat wang pusaka mereka. 358 00:25:52,343 --> 00:25:54,262 Bagaimana dengan saudara-mara? 359 00:25:54,762 --> 00:25:56,973 Mereka kata Jose suka mendera 360 00:25:56,973 --> 00:25:59,642 dan hidup di rumah itu bagaikan mimpi ngeri. 361 00:25:59,642 --> 00:26:02,353 Adik saya agak suka mengawal. 362 00:26:03,896 --> 00:26:06,899 Lyle tak dibenarkan untuk menyatakan pendapatnya. 363 00:26:06,899 --> 00:26:07,984 Erik pula? 364 00:26:08,943 --> 00:26:11,487 Dia fikir Erik lemah, terlalu lembut. 365 00:26:12,196 --> 00:26:16,075 Dia kata Erik tak layak guna nama Menendez. 366 00:26:16,743 --> 00:26:20,538 Kadangkala, dia buat sesuatu untuk sakiti Erik sehingga menangis. 367 00:26:20,538 --> 00:26:23,041 Kemudian, dia ejek dan panggil Erik "pondan". 368 00:26:25,585 --> 00:26:27,253 Dia nak kuatkan Erik. 369 00:26:28,338 --> 00:26:31,758 Berapa musim panas kamu tinggal dengan sepupu kamu? 370 00:26:31,758 --> 00:26:33,051 Lapan musim panas. 371 00:26:33,051 --> 00:26:36,679 Apabila kamu tinggal dengan mereka sepanjang musim panas itu, 372 00:26:36,679 --> 00:26:39,932 kamu pernah nampak bukti penderaan seksual? 373 00:26:39,932 --> 00:26:42,352 Tidak, bukan nampak sendiri. 374 00:26:42,352 --> 00:26:47,523 Tapi saya tahu Lyle dan Erik mandi dengan ayah mereka 375 00:26:47,523 --> 00:26:48,858 selepas kelas tenis. 376 00:26:49,567 --> 00:26:53,071 Sebaik saja Jose bawa mereka memasuki bilik mereka, 377 00:26:53,071 --> 00:26:54,697 dia akan kunci pintu. 378 00:26:54,697 --> 00:26:58,951 Kitty beri amaran kepada saya, jangan lalu di koridor itu. Jangan. 379 00:26:59,827 --> 00:27:01,788 Begini, saya akui. 380 00:27:01,788 --> 00:27:05,583 Membesar dalam keluarga Menendez bukanlah mudah. 381 00:27:06,501 --> 00:27:12,215 Tapi siapa di meja ini yang tidak pernah mengalami penderaan semasa membesar? 382 00:27:12,215 --> 00:27:16,511 Mengikut standard hari ini, saya mangsa penderaan kanak-kanak. 383 00:27:16,511 --> 00:27:19,430 Ayah saya pukul saya tanpa belas kasihan 384 00:27:20,139 --> 00:27:22,975 dengan penyebat, penyangkut baju, tali pinggang. 385 00:27:23,559 --> 00:27:27,563 Saya separa pekak kerana teruk dipukul. 386 00:27:28,773 --> 00:27:30,983 Dia juga fikir saya macam pondan. 387 00:27:33,611 --> 00:27:35,279 Tapi saya tak bunuh dia. 388 00:27:35,279 --> 00:27:40,076 Saya lari dengan cara lama. Saya pindah dan mulakan hidup saya. 389 00:27:40,076 --> 00:27:43,246 Tapi, Nick, awak tak didera secara seksual. 390 00:27:44,580 --> 00:27:46,958 Begitu juga adik-beradik Menendez. 391 00:27:46,958 --> 00:27:49,961 Lyle atau Erik tak pernah sebut 392 00:27:49,961 --> 00:27:53,548 yang mereka didera secara seksual kepada Jerome Oziel. 393 00:27:53,548 --> 00:27:57,260 Maklumat yang agak penting untuk ditinggalkan. 394 00:27:57,260 --> 00:28:01,139 Kalau mereka dah mengaku membunuh ibu bapa mereka, 395 00:28:01,139 --> 00:28:03,766 kenapa tak berterus terang tentangnya? 396 00:28:03,766 --> 00:28:07,103 Jadi, awak rasa ia mengarut? Mereka reka cerita? 397 00:28:07,729 --> 00:28:11,190 Menurut saudara Menendez yang saya temu bual... 398 00:28:11,190 --> 00:28:12,817 Saudara mana? 399 00:28:12,817 --> 00:28:15,153 Maaf, saya perlu lindungi sumber saya. 400 00:28:16,654 --> 00:28:19,115 Tapi, menurut lelaki itu, 401 00:28:19,657 --> 00:28:23,369 adik-beradik itu dapat idea tentang penderaan seksual 402 00:28:23,369 --> 00:28:29,459 selepas membaca beberapa buku tentang parisid dan sumbang mahram. 403 00:28:29,459 --> 00:28:32,754 Buku-buku itu memberi mereka butiran yang diperlukan 404 00:28:32,754 --> 00:28:35,590 untuk meyakinkan juri yang mereka melaluinya. 405 00:28:35,590 --> 00:28:38,760 Dari perspektif Leslie juga, 406 00:28:39,677 --> 00:28:43,347 sudut penderaan seksual turut membantu 407 00:28:43,347 --> 00:28:45,767 untuk mengalihkan perhatian daripada... 408 00:28:47,810 --> 00:28:50,313 seksualiti Erik. 409 00:28:52,356 --> 00:28:56,778 Tunggu. Maksud awak, Erik... 410 00:28:57,361 --> 00:28:59,363 Saya berbual tempoh hari 411 00:28:59,363 --> 00:29:03,075 dengan teman makan tengah hari saya yang baharu, Pam Bozanich, 412 00:29:03,075 --> 00:29:04,202 dan dia kata... 413 00:29:04,202 --> 00:29:06,370 Semua orang tahu Erik gay. 414 00:29:06,370 --> 00:29:09,415 Ia rahsia umum yang orang tak mahu sebut. 415 00:29:09,415 --> 00:29:11,834 Pasukan saya tahu, pihak pembela tahu, 416 00:29:11,834 --> 00:29:14,504 tapi jika kami sentuh isu itu di mahkamah, 417 00:29:14,504 --> 00:29:17,715 Leslie akan naik angin. 418 00:29:17,715 --> 00:29:19,884 Kenapa awak fikir dia gay? 419 00:29:19,884 --> 00:29:23,638 Kami dengar dia terima seks oral daripada banduan lain. 420 00:29:26,265 --> 00:29:30,019 Itu tak bermaksud dia gay. Maksudnya, dia popular. 421 00:29:30,019 --> 00:29:35,900 Selain itu, dia buat penggambaran erotik dengan jurugambar gay. 422 00:29:37,443 --> 00:29:39,445 Okey, mungkin Erik gay, 423 00:29:39,445 --> 00:29:42,156 tapi merahsiakannya tak bererti dia pembunuh. 424 00:29:42,156 --> 00:29:44,242 Malah, ia tak bererti dia jahat. 425 00:29:46,369 --> 00:29:48,120 Tidak, memang tidak. 426 00:29:51,082 --> 00:29:52,583 Tapi mungkin 427 00:29:53,960 --> 00:29:58,256 adik-beradik itu menyembunyikan rahsia yang lebih dahsyat dan gelap. 428 00:30:00,550 --> 00:30:05,596 Rahsia yang tiada kaitan dengan Jose. 429 00:30:06,848 --> 00:30:10,601 Mungkin Kitty tahu rahsia itu. 430 00:30:13,104 --> 00:30:15,940 Erik! Berapa kali mak nak beritahu? 431 00:30:15,940 --> 00:30:19,026 Jangan tinggalkan seluar tenis kotor di atas lantai. 432 00:30:19,026 --> 00:30:21,362 Kamu akan buat satu rumah berbau! 433 00:30:36,002 --> 00:30:40,464 Nick, awak nak cakap yang Lyle dan Erik 434 00:30:41,507 --> 00:30:44,343 ada hubungan sesama mereka? 435 00:30:45,970 --> 00:30:48,097 Itulah idea pemindahan. 436 00:30:49,348 --> 00:30:52,476 Lebih mudah menuduh Jose melakukan penderaan seksual 437 00:30:52,476 --> 00:30:56,022 daripada mengakui hubungan sumbang mahram yang sebenar. 438 00:30:56,022 --> 00:30:57,899 Yang dipersetujui. 439 00:30:59,483 --> 00:31:02,945 Bayangkan rasa bersalah dan malu adik-beradik itu 440 00:31:02,945 --> 00:31:05,323 jika rahsia mereka terbongkar. 441 00:31:06,949 --> 00:31:12,079 Mungkin mereka bunuh ibu bapa mereka agar ia terus tersembunyi. 442 00:31:13,873 --> 00:31:19,170 Perkara yang saya nak katakan ialah walau apa pun yang berlaku kepada mereka, 443 00:31:19,170 --> 00:31:22,256 Lyle dan Erik tak berhak dimaafkan. 444 00:31:22,757 --> 00:31:26,844 Leslie fikir jika mereka boleh alih perhatian kita daripada fakta, 445 00:31:26,844 --> 00:31:30,097 sorok bukti tertentu dari bilik perbicaraan, 446 00:31:30,097 --> 00:31:34,310 mengelirukan kita dengan teori undang-undang yang pelik, 447 00:31:34,310 --> 00:31:36,812 mencari simpati dan menggambarkan mereka 448 00:31:36,812 --> 00:31:40,441 seperti budak-budak malang daripada novel Charles Dickens, 449 00:31:40,441 --> 00:31:41,859 kita akan terpedaya 450 00:31:41,859 --> 00:31:46,113 dan mereka dapat penutup Hollywood yang dia rasa layak untuk mereka. 451 00:31:46,614 --> 00:31:52,453 Tapi apabila nyawa seseorang dirampas dengan begitu kejam... 452 00:31:56,707 --> 00:32:01,212 zaman kanak-kanak yang teruk tidak penting lagi. 453 00:32:02,380 --> 00:32:06,008 Mereka patut dihukum dengan seberat-berat hukuman. 454 00:32:06,008 --> 00:32:10,221 Itulah penutup yang selayaknya untuk adik-beradik Menendez 455 00:32:10,221 --> 00:32:15,393 dan saya berdoa demi keadilan, 456 00:32:17,311 --> 00:32:19,355 itulah penutup yang mereka dapat. 457 00:32:27,321 --> 00:32:29,532 En. Dunne, kami nak pulang. 458 00:32:29,532 --> 00:32:30,992 Ada apa-apa lagi? 459 00:32:33,911 --> 00:32:35,079 Siapa nama kamu? 460 00:32:35,746 --> 00:32:37,373 Paul. Paul D'Emilio. 461 00:32:38,124 --> 00:32:43,671 Paul, ada sepotong kek tiramisu yang belum disentuh. 462 00:32:44,255 --> 00:32:45,881 Sayang kalau nak buang. 463 00:32:46,465 --> 00:32:49,176 Saya teringin, tapi saya ada penggambaran esok 464 00:32:49,176 --> 00:32:51,846 dan saya rasa saya akan diminta tak berbaju. 465 00:32:53,556 --> 00:32:57,226 Pengorbanan yang kita buat demi kerjaya kita. 466 00:33:02,773 --> 00:33:06,193 Encik Dunne, saya cuma nak cakap, 467 00:33:06,986 --> 00:33:10,281 saya bersimpati atas kejadian yang menimpa anak encik. 468 00:33:11,157 --> 00:33:13,075 Saya suka dia dalam Poltergeist. 469 00:33:14,410 --> 00:33:16,662 Ia filem kegemaran saya semasa kecil. 470 00:33:17,246 --> 00:33:18,789 Dah lama saya tak tonton. 471 00:33:21,292 --> 00:33:23,169 Saya tak sanggup nak tonton. 472 00:33:28,132 --> 00:33:28,966 Biarlah. 473 00:33:29,592 --> 00:33:31,552 Apalah sangat sesuap dua tiramisu? 474 00:33:32,219 --> 00:33:35,014 Saya bakar di gim sebelum penggambaran. 475 00:33:35,723 --> 00:33:36,724 Boleh saya duduk? 476 00:33:36,724 --> 00:33:38,184 Silakan. 477 00:33:42,563 --> 00:33:45,983 Saya andaikan kamu tak ada anak. 478 00:33:46,859 --> 00:33:49,028 Belum lagi. Mungkin satu hari nanti. 479 00:33:49,820 --> 00:33:54,366 Saya dan bekas isteri saya ada dua anak perempuan sebelum Dominique, 480 00:33:55,659 --> 00:33:58,079 tapi mereka meninggal dunia ketika bayi. 481 00:33:59,872 --> 00:34:04,794 Jadi, Dominique anak ajaib kami, 482 00:34:05,920 --> 00:34:07,088 bidadari kami, 483 00:34:08,964 --> 00:34:11,634 yang kami sangka akan mengebumikan kami. 484 00:34:13,260 --> 00:34:15,805 Itulah yang sepatutnya, bukan? 485 00:34:29,193 --> 00:34:32,530 Saya sangat yakin, 486 00:34:32,530 --> 00:34:35,825 itulah saat yang paling sukar bagi kami 487 00:34:36,408 --> 00:34:38,285 dalam seluruh dugaan ini. 488 00:34:40,371 --> 00:34:42,289 Dalam seluruh hidup kami. 489 00:34:43,541 --> 00:34:45,000 Tapi saya salah. 490 00:34:46,293 --> 00:34:51,215 Lebih sukar bagi kami untuk menyaksikan perbicaraan John Sweeney 491 00:34:51,215 --> 00:34:55,719 dan cara pihak pembela menggambarkannya sebagai mangsa. 492 00:34:55,719 --> 00:34:57,012 Berapa umur kamu? 493 00:34:58,347 --> 00:34:59,765 Lebih kurang lima tahun. 494 00:35:00,808 --> 00:35:04,562 Saya ingat ayah saya mengamuk ketika mabuk 495 00:35:04,562 --> 00:35:07,690 dan mencekik leher mak saya. 496 00:35:09,108 --> 00:35:11,360 Saya takut dia akan bunuh mak saya. 497 00:35:12,486 --> 00:35:14,989 Dia pernah bertindak ganas terhadap kamu? 498 00:35:15,489 --> 00:35:16,407 Ya. 499 00:35:17,533 --> 00:35:18,742 Banyak kali. 500 00:35:20,411 --> 00:35:22,121 Saya didera tanpa henti. 501 00:35:22,121 --> 00:35:24,999 Biar saya terangkan penderaan kepada kamu. 502 00:35:27,835 --> 00:35:34,258 Dia cekik Dominique selama lima minit. 503 00:35:36,927 --> 00:35:40,472 Anak saya melawan... 504 00:35:42,725 --> 00:35:45,436 selama lima minit. 505 00:35:46,103 --> 00:35:50,357 Si celaka itu juga mengaku ketika di laman. 506 00:35:50,357 --> 00:35:52,651 - Saya bunuh dia. - Angkat tangan! 507 00:35:52,651 --> 00:35:53,986 Saya cuba bunuh diri. 508 00:36:03,454 --> 00:36:06,123 Dia dipenjarakan selama tiga tahun setengah. 509 00:36:08,000 --> 00:36:10,628 Dapat kerja sebagai cef di Santa Monica. 510 00:36:12,213 --> 00:36:15,049 Itu bukan keadilan. 511 00:36:15,716 --> 00:36:16,926 Bukan. 512 00:36:18,719 --> 00:36:24,141 Sebab itu saya tak percaya apa-apa yang keluar dari mulut peguam bela. 513 00:36:25,392 --> 00:36:29,355 Mereka akan menipu, mencuri dan buat apa-apa saja untuk menang. 514 00:36:30,231 --> 00:36:35,653 Walaupun mereka perlu mencemarkan memori mangsa sebenar. 515 00:36:37,154 --> 00:36:42,201 Ia seperti membunuh mereka untuk kali kedua. 516 00:36:49,792 --> 00:36:51,585 Macam mana tiramisu itu? 517 00:36:52,211 --> 00:36:54,213 Jelas sekali, ia sangat sedap. 518 00:36:55,381 --> 00:36:56,465 Jelas sekali. 519 00:37:04,807 --> 00:37:07,685 Saya boleh tunggu lebih lama, jika encik mahu. 520 00:37:16,735 --> 00:37:18,237 Sudah lewat, Paul. 521 00:37:18,946 --> 00:37:24,576 Lagipun, Lyle Menendez beri keterangan di mahkamah esok. 522 00:37:27,329 --> 00:37:30,040 Tapi terima kasih kerana mendengar. 523 00:37:31,709 --> 00:37:33,836 Semoga penggambaran berjalan lancar. 524 00:38:03,907 --> 00:38:07,036 PENGANGKUTAN PENJARA DILARANG DEKAT 525 00:38:15,419 --> 00:38:18,213 Pihak pembela memanggil Joseph Lyle Menendez. 526 00:38:18,213 --> 00:38:19,798 Angkat tangan kanan kamu. 527 00:38:20,299 --> 00:38:24,636 Kamu bersumpah bahawa testimoni yang akan kamu berikan adalah benar, 528 00:38:24,636 --> 00:38:28,349 sebenar-benarnya dan tiada selain benar, atas nama Tuhan? 529 00:38:28,849 --> 00:38:30,476 - Saya bersumpah. - Sila duduk. 530 00:38:38,817 --> 00:38:42,154 Ibu bapa kamu Mary Louise Menendez dan Jose Menendez? 531 00:38:42,154 --> 00:38:43,113 Ya. 532 00:38:43,864 --> 00:38:45,407 Kamu sayang ibu bapa kamu? 533 00:38:46,867 --> 00:38:47,785 Ya. 534 00:38:48,369 --> 00:38:50,371 Pada 20 Ogos 1989, 535 00:38:50,371 --> 00:38:53,332 kamu dan adik kamu bunuh ibu bapa kamu? 536 00:38:55,584 --> 00:38:56,460 Ya. 537 00:38:56,960 --> 00:38:58,879 Kenapa kamu bunuh ibu bapa kamu? 538 00:38:59,838 --> 00:39:01,590 Sebab kami takut. 539 00:39:03,092 --> 00:39:06,929 Adakah kamu ingat menembak ayah kamu secara dekat? 540 00:39:07,638 --> 00:39:09,681 Saya rasa. Saya tak ingat. 541 00:39:09,681 --> 00:39:11,308 Saya ingat gambar itu. 542 00:39:11,892 --> 00:39:15,437 Gambar di sini? Kamu maksudkan kecederaan kepala ayah kamu? 543 00:39:18,482 --> 00:39:21,193 Senjata kamu kehabisan peluru ketika itu? 544 00:39:23,278 --> 00:39:24,113 Ya. 545 00:39:24,947 --> 00:39:27,991 Kamu tahu sesuatu tentang mak kamu ketika itu? 546 00:39:27,991 --> 00:39:30,786 Kamu nampak sesuatu atau dengar sesuatu? 547 00:39:31,412 --> 00:39:35,249 Saya nampak pergerakan di belakang ayah saya. 548 00:39:36,208 --> 00:39:37,626 Nampak macam pergerakan. 549 00:39:39,545 --> 00:39:40,712 Jadi... 550 00:39:42,172 --> 00:39:45,217 saya isi peluru semula. 551 00:39:46,301 --> 00:39:47,553 Kamu isi peluru? 552 00:39:49,555 --> 00:39:50,931 - Kamu jawab ya? - Ya. 553 00:39:52,307 --> 00:39:54,852 Apa kamu buat selepas isi peluru semula? 554 00:40:02,734 --> 00:40:09,032 Saya halakannya dan tembak dia secara dekat. 555 00:40:15,914 --> 00:40:19,626 Saya nak alih perhatian kamu ke waktu kamu berusia enam tahun. 556 00:40:19,626 --> 00:40:23,589 Ayah kamu pernah ambil gambar kamu dan adik kamu? 557 00:40:24,965 --> 00:40:26,508 - Ya. - Yang Arif. 558 00:40:28,010 --> 00:40:30,345 Boleh minta saksi kuatkan suara? 559 00:40:30,971 --> 00:40:34,683 Ya. Encik Menendez, kalau boleh, tolong dekat dengan mikrofon. 560 00:40:36,018 --> 00:40:37,352 Maaf, Yang Arif. 561 00:40:42,274 --> 00:40:46,612 Encik Menendez, sampul ini tertulis "Hari Jadi Keenam Erik". 562 00:40:50,908 --> 00:40:53,410 - Kamu cam gambar ini? - Itu saya. 563 00:40:53,911 --> 00:40:54,912 Ini pula? 564 00:40:57,080 --> 00:40:58,207 Itu adik saya. 565 00:40:58,707 --> 00:41:02,127 - Cam tanda pada adik kamu? - Tanda lahir. 566 00:41:02,127 --> 00:41:04,463 Tanda lahir warna coklat. 567 00:41:05,005 --> 00:41:08,300 Apabila ayah kamu ambil gambar begini... 568 00:41:10,469 --> 00:41:14,681 dia ambil gambar wajah kamu? 569 00:41:16,266 --> 00:41:21,355 Tak. Dia ambil gambar bahagian genital kami, 570 00:41:22,439 --> 00:41:24,983 bahagian bawah tubuh kami dan... 571 00:41:27,027 --> 00:41:28,737 gambar kami membongkok. 572 00:41:29,446 --> 00:41:34,493 Antara umur enam dan lapan tahun... 573 00:41:38,205 --> 00:41:41,917 ayah kamu pernah buat hubungan seksual dengan kamu? 574 00:41:46,755 --> 00:41:47,631 Ya. 575 00:41:47,631 --> 00:41:49,007 Bagaimana ia bermula? 576 00:41:54,388 --> 00:41:55,472 Ia... 577 00:42:02,354 --> 00:42:03,730 Ia bermula dengan... 578 00:42:05,857 --> 00:42:11,530 Selepas latihan sukan, dia urut saya. 579 00:42:16,994 --> 00:42:19,955 Dia tunjuk kepada saya, 580 00:42:21,039 --> 00:42:24,543 dia usap saya dan suruh saya buat kepadanya. 581 00:42:28,630 --> 00:42:31,383 Kemudian, dia baringkan saya. 582 00:42:33,427 --> 00:42:34,386 Dia akan 583 00:42:36,221 --> 00:42:37,889 bimbing pergerakan saya. 584 00:42:39,766 --> 00:42:41,351 Saya buat 585 00:42:43,645 --> 00:42:44,896 seks oral dengan dia. 586 00:42:47,316 --> 00:42:48,900 Kamu nak buat semua ini? 587 00:42:54,948 --> 00:42:58,035 Pada satu ketika, dia buat benda lain kepada kamu? 588 00:43:00,454 --> 00:43:01,330 Ya. 589 00:43:04,958 --> 00:43:05,959 Dia... 590 00:43:10,505 --> 00:43:12,716 Ya, dia menggunakan objek, 591 00:43:14,176 --> 00:43:15,677 berus gigi, 592 00:43:17,512 --> 00:43:22,100 dan juga peralatan mencukur. 593 00:43:24,019 --> 00:43:25,562 Apa dia buat dengannya? 594 00:43:28,607 --> 00:43:30,442 Kami adakan sesi objek. 595 00:43:32,235 --> 00:43:34,196 Dia baringkan saya di atas katil. 596 00:43:35,697 --> 00:43:40,827 Saya berbogel. Dia ada tiub Vaseline, dan dia akan... 597 00:43:42,537 --> 00:43:43,872 Dia bermain dengan saya. 598 00:43:48,335 --> 00:43:50,128 Pada satu ketika, 599 00:43:50,128 --> 00:43:54,424 ayah kamu memasukkan benda lain ke dalam dubur kamu? 600 00:43:58,804 --> 00:43:59,888 Ya. Dia... 601 00:44:01,682 --> 00:44:02,641 rogol saya. 602 00:44:04,601 --> 00:44:05,602 Kamu menangis? 603 00:44:08,814 --> 00:44:09,773 Ya. 604 00:44:10,941 --> 00:44:12,651 - Kamu berdarah? - Ya. 605 00:44:14,152 --> 00:44:15,278 Kamu takut? 606 00:44:15,278 --> 00:44:16,279 Sangat takut. 607 00:44:17,531 --> 00:44:19,366 Kamu suruh dia berhenti? 608 00:44:20,534 --> 00:44:21,410 Ya. 609 00:44:24,538 --> 00:44:25,455 Saya kata saya tak... 610 00:44:25,455 --> 00:44:26,498 Maafkan saya. 611 00:44:31,753 --> 00:44:35,048 Saya kata saya tak nak buat dan ia menyakitkan. 612 00:44:36,675 --> 00:44:39,386 Dia kata itu bukan niatnya dan dia sayang saya. 613 00:44:39,386 --> 00:44:41,471 - Kamu beritahu mak kamu? - Ya. 614 00:44:41,471 --> 00:44:42,764 Apa kamu cakap? 615 00:44:42,764 --> 00:44:46,226 Saya suruh dia beritahu ayah supaya jangan ganggu saya. 616 00:44:47,185 --> 00:44:50,063 - Saya cakap dia asyik sentuh saya. - Apa mak kamu kata? 617 00:44:50,063 --> 00:44:54,443 Dia kata, "Cukuplah. Kamu besar-besarkan cerita. 618 00:44:54,443 --> 00:44:57,904 Ayah kamu perlu hukum kamu kalau kamu buat salah." 619 00:44:59,364 --> 00:45:01,199 Dia kata ayah saya sayang saya. 620 00:45:05,495 --> 00:45:08,373 Kamu ada beritahu sesiapa lagi? 621 00:45:09,499 --> 00:45:10,417 Tak. 622 00:45:11,418 --> 00:45:13,253 Tak, sebab saya takut 623 00:45:14,463 --> 00:45:16,131 dan ayah saya larang. 624 00:45:16,131 --> 00:45:20,135 Dia kata perkara buruk akan berlaku jika saya beritahu orang lain 625 00:45:20,135 --> 00:45:22,929 dan dia akan bunuh saya. 626 00:45:23,513 --> 00:45:25,098 Kamu beritahu adik kamu? 627 00:45:31,229 --> 00:45:32,147 Tidak. 628 00:45:35,317 --> 00:45:37,527 Kamu buat sesuatu kepada adik kamu? 629 00:45:44,910 --> 00:45:45,911 Ya. 630 00:45:48,371 --> 00:45:50,040 Apa kamu buat kepadanya? 631 00:45:57,047 --> 00:45:59,549 Kadangkala, apabila saya rasa... 632 00:46:00,217 --> 00:46:01,343 Entahlah... 633 00:46:07,140 --> 00:46:08,683 Saya ambil berus gigi dan... 634 00:46:11,102 --> 00:46:13,313 bermain dengan Erik begitu juga. 635 00:46:18,401 --> 00:46:19,694 Aku minta maaf. 636 00:46:22,489 --> 00:46:23,406 Aku minta maaf. 637 00:46:24,366 --> 00:46:26,034 Aku betul-betul minta maaf. 638 00:46:47,597 --> 00:46:50,809 Saya tak tahu apa yang jadi tadi. Sukar dipercayai. 639 00:46:50,809 --> 00:46:53,520 Ia benar-benar sukar dipercayai. 640 00:46:53,520 --> 00:46:56,231 Tapi semua orang percaya. 641 00:46:56,231 --> 00:46:59,067 Mereka percaya. Mereka percaya semuanya. 642 00:47:00,652 --> 00:47:01,611 Saya... 643 00:47:05,740 --> 00:47:08,743 Maafkan saya, Pam. Saya perlu minta diri. 644 00:47:13,874 --> 00:47:18,336 Saya dah kata juri akan sedih. Sepuluh lawan dua. Itulah keputusannya. 645 00:47:18,336 --> 00:47:21,423 Itu testimoni terbaik dalam sejarah mahkamah. 646 00:47:21,423 --> 00:47:22,716 Saya macam wira. 647 00:47:22,716 --> 00:47:24,551 Ya. Saya setuju. 648 00:47:24,551 --> 00:47:26,428 Saya takkan tulis buku saja. 649 00:47:26,428 --> 00:47:30,307 Saya akan tulis semua ini menjadi skrip dan saya akan buat filem. 650 00:47:30,307 --> 00:47:32,809 Tahu siapa lakonkan saya? Richard Grieco. 651 00:47:32,809 --> 00:47:34,185 Ia tak terbatas. 652 00:47:34,185 --> 00:47:37,355 Saya tak terkejut jika juri hantar nota kepada hakim, 653 00:47:37,355 --> 00:47:41,401 "Kami tak perlu dengar lagi. Mari selesaikan saja." 654 00:47:41,401 --> 00:47:44,279 Saya ada beribu-ribu surat daripada orang 655 00:47:44,279 --> 00:47:47,449 yang sanggup benarkan saya tinggal di rumah mereka. 656 00:47:47,449 --> 00:47:50,160 Paderi pun kata saya boleh tinggal dengannya. 657 00:47:50,660 --> 00:47:52,412 Ya, paderi. 658 00:48:05,550 --> 00:48:07,802 Saya perlu minta maaf. 659 00:48:10,347 --> 00:48:14,684 Tak perlu minta maaf, Dominick. Berhenti menghendap saya. 660 00:48:14,684 --> 00:48:18,563 Maaf. Saya tak tahu. 661 00:48:20,857 --> 00:48:22,067 Saya percayakan dia. 662 00:48:23,234 --> 00:48:26,071 Jadi, ada dua kemungkinan. 663 00:48:26,613 --> 00:48:33,161 Sama ada dua budak itu melalui penderaan yang paling menjijikkan 664 00:48:33,161 --> 00:48:36,498 dan ibu bapa mereka patut terima nasib itu, 665 00:48:37,123 --> 00:48:43,713 atau awak melatih psikopat dan pembunuh untuk memberikan persembahan itu. 666 00:48:46,466 --> 00:48:51,930 Saya tak tahu, kemungkinan mana yang lebih menakutkan saya. 667 00:48:53,264 --> 00:48:57,018 Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan. 668 00:49:03,900 --> 00:49:04,859 Dominick. 669 00:49:13,743 --> 00:49:15,120 Saya sangat bersimpati. 670 00:49:16,204 --> 00:49:17,706 Dia gadis yang cantik. 671 00:49:18,790 --> 00:49:21,167 Dia patut nikmati hidupnya yang panjang. 672 00:49:29,968 --> 00:49:32,637 Awak tahu kata-kata terakhirnya kepada saya? 673 00:49:34,389 --> 00:49:35,849 "Saya sayang ayah." 674 00:49:40,520 --> 00:49:43,398 Sekurang-kurangnya, ia kekal seumur hidup saya. 675 00:51:54,529 --> 00:51:57,448 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman