1 00:01:36,180 --> 00:01:37,890 Saya benci bangun tidur dan marah. 2 00:01:41,890 --> 00:01:44,020 Jadi, awak tak perlu marah. 3 00:01:46,730 --> 00:01:49,840 Jika awak tak degil dan beri peluang pada tempat ini... 4 00:01:50,040 --> 00:01:51,360 Saya dah cuba, sayang. 5 00:01:52,610 --> 00:01:55,390 Awak tahu saya pernah hidup macam orang susah. 6 00:01:55,590 --> 00:01:59,220 Saya pernah dikurung. Maaflah jika saya tak rasa ia menarik. 7 00:01:59,420 --> 00:02:01,080 Kita diterima di sini. 8 00:02:02,410 --> 00:02:04,190 Kita boleh menetap di sini. 9 00:02:04,390 --> 00:02:06,120 Kenapa awak suka tempat ini? 10 00:02:06,660 --> 00:02:08,290 Kita tiada masa depan di sini. 11 00:02:09,330 --> 00:02:10,290 Tiada kehidupan. 12 00:02:11,630 --> 00:02:13,090 Ya, ini satu kehidupan. 13 00:02:14,130 --> 00:02:17,840 Melainkan awak terus melawannya, faham? 14 00:02:21,470 --> 00:02:22,460 Awak akan dibunuh. 15 00:02:22,650 --> 00:02:25,390 Sudah tentu, sebab mereka pembunuh. 16 00:02:26,520 --> 00:02:29,630 - Mereka bunuh sesiapa saja... - Tidak, mereka akan bunuh awak. 17 00:02:29,830 --> 00:02:32,150 Leonora kata mereka akan bunuh awak. 18 00:02:34,070 --> 00:02:35,480 Dia ancam nyawa saya? 19 00:02:35,860 --> 00:02:37,400 Dia rasa awak ancaman. 20 00:02:37,780 --> 00:02:39,180 Cara awak cakap dan fikir... 21 00:02:39,380 --> 00:02:42,730 Jika awak enggan tinggal di sini dan jika saya gagal pujuk awak, 22 00:02:42,930 --> 00:02:44,450 dia akan bunuh awak. 23 00:02:45,660 --> 00:02:48,150 Awak nak rahsiakannya daripada saya? 24 00:02:48,350 --> 00:02:50,480 - Saya nak melindungi awak. - Dengan menipu? 25 00:02:50,680 --> 00:02:53,440 Bukankah awak tipu saya tentang anak kapal awak? 26 00:02:53,640 --> 00:02:55,670 Adakah itu untuk melindungi saya? 27 00:03:00,430 --> 00:03:02,760 Tempat ini merosakkan hubungan kita. 28 00:03:04,600 --> 00:03:06,350 Tempat ini tak salah, Agreus. 29 00:03:12,100 --> 00:03:14,230 Kita boleh saling mempercayai. 30 00:03:16,440 --> 00:03:18,570 Saya nak cuba. Adakah awak akan cuba? 31 00:03:27,490 --> 00:03:29,870 Beritahu saya secara jujur, 32 00:03:31,710 --> 00:03:34,340 bolehkah awak cuba untuk gembira di sini? 33 00:03:41,550 --> 00:03:43,140 Awak gembira di sini? 34 00:03:46,600 --> 00:03:49,140 Perkataan gembira kurang tepat. 35 00:03:49,930 --> 00:03:52,850 Tempat ini berbeza daripada yang saya pernah alami. 36 00:03:54,860 --> 00:03:57,110 Namun, ada kejujuran di sini. 37 00:03:57,860 --> 00:04:00,490 Saya tak rasa seperti haiwan kesayangan terkurung. 38 00:04:02,660 --> 00:04:03,570 Selain itu... 39 00:04:06,410 --> 00:04:08,080 Seumur hidup saya, 40 00:04:09,410 --> 00:04:10,700 ada satu... 41 00:04:11,870 --> 00:04:13,120 Satu jeritan 42 00:04:14,290 --> 00:04:15,830 yang terpendam dalam diri. 43 00:04:16,880 --> 00:04:21,050 Di sini, jika saya mahu menjerit, saya boleh menjerit. 44 00:04:23,220 --> 00:04:25,220 Saya boleh menghendaki sesuatu di sini. 45 00:04:26,350 --> 00:04:29,430 Saya boleh pilih sendiri tanpa rasa malu. 46 00:04:32,690 --> 00:04:34,230 Apa pilihan awak? 47 00:04:36,560 --> 00:04:37,820 Awak. 48 00:04:39,020 --> 00:04:40,690 Semestinya, awak. 49 00:04:42,030 --> 00:04:45,450 Awak boleh pilih setiap hari di sini dan pilihan saya tetap awak. 50 00:04:47,030 --> 00:04:48,660 Faham? 51 00:04:55,500 --> 00:04:58,040 Awak benar-benar percaya tempat ini, bukan? 52 00:05:06,090 --> 00:05:09,500 Saya berjanji untuk mempercayai awak. 53 00:05:09,700 --> 00:05:12,930 Malangnya saya tak pernah memungkiri janji. Jadi... 54 00:05:14,350 --> 00:05:15,810 Ya. 55 00:05:18,560 --> 00:05:19,770 Ya? 56 00:05:20,980 --> 00:05:24,190 Ya, saya akan berhenti melawannya 57 00:05:24,860 --> 00:05:26,990 dan cuba untuk gembira di sini, 58 00:05:28,620 --> 00:05:29,580 demi awak. 59 00:05:31,580 --> 00:05:32,620 Sungguh? 60 00:06:17,580 --> 00:06:20,420 Kuat lagi. Barulah mereka dengar. 61 00:06:39,270 --> 00:06:41,610 - Nak teh, sayang? - Tak mengapa, sayang. 62 00:06:44,940 --> 00:06:46,280 Awak mahu teh, Kastor? 63 00:06:58,210 --> 00:07:02,110 Memang sudah agak terlewat untuk saya faham dan turut serta. 64 00:07:02,310 --> 00:07:05,000 Awak patut tahu saya menyesalinya. 65 00:07:07,590 --> 00:07:10,720 Tiba-tiba saja awak berubah hati, komrad. 66 00:07:11,640 --> 00:07:13,300 Apa penyebabnya? 67 00:07:16,220 --> 00:07:17,850 Imogen gembira di sini. 68 00:07:20,390 --> 00:07:24,310 Saya bukan makhluk degil hingga enggan mencuba untuk gembira, 69 00:07:25,940 --> 00:07:26,860 demi dia. 70 00:07:29,650 --> 00:07:31,160 Cuba fahami pandangannya. 71 00:07:34,410 --> 00:07:35,620 Baguslah begitu. 72 00:07:38,250 --> 00:07:39,660 Memang mengambil masa, 73 00:07:41,290 --> 00:07:44,000 walaupun untuk kami yang merebut tempat ini. 74 00:07:45,290 --> 00:07:48,210 Ada sesuatu yang luar biasa di sini. 75 00:07:50,340 --> 00:07:52,550 Saya tidak mahu melawannya lagi. 76 00:08:00,140 --> 00:08:01,190 Mari ikut saya. 77 00:08:02,980 --> 00:08:03,850 Ayuh. 78 00:08:09,740 --> 00:08:11,400 Hari ini hari yang istimewa. 79 00:08:11,780 --> 00:08:15,160 Ulang tahun revolusi. 80 00:08:16,950 --> 00:08:20,330 Kita akan minum dan menari. 81 00:08:23,000 --> 00:08:24,960 Mungkin hari ini juga 82 00:08:26,420 --> 00:08:28,300 sesuai untuk saya berikan ini. 83 00:08:29,840 --> 00:08:31,630 Saya lihat orang lain membacanya. 84 00:08:32,800 --> 00:08:35,790 Inilah revolusi kami. 85 00:08:35,990 --> 00:08:39,560 Ditulis oleh Komrad Leonora semasa dia di penjara. 86 00:08:40,520 --> 00:08:42,230 Dulu dia penjenayah? 87 00:08:43,140 --> 00:08:45,380 Jika kemiskinan dianggap jenayah. 88 00:08:45,580 --> 00:08:47,210 Sebagai hamba, dia makan sisa 89 00:08:47,410 --> 00:08:49,760 daripada meja tuannya tanpa izin. 90 00:08:49,960 --> 00:08:53,280 Atas kesalahan itu, hukumannya kerja berat tiga tahun. 91 00:08:54,320 --> 00:08:56,370 Hatinya hancur dalam penjara itu. 92 00:08:57,120 --> 00:08:59,940 Pada suatu hari, dia diminta menyeret batu. 93 00:09:00,140 --> 00:09:03,110 Dia ternampak kilauan hijau di celah-celah batu. 94 00:09:03,310 --> 00:09:04,410 Cuma rumpai. 95 00:09:04,920 --> 00:09:07,610 Namun, rumpai itu hidup dan bertumbuh. 96 00:09:07,810 --> 00:09:09,540 Dia dapat harapan. 97 00:09:11,670 --> 00:09:14,680 Tidak, komrad. Dia jadi berang. 98 00:09:15,510 --> 00:09:20,180 Betapa rendah maruahnya hingga benda hidup yang dia boleh sentuh hanyalah rumpai. 99 00:09:22,060 --> 00:09:26,670 Pada hari itu Komrad Leonora memutuskan dia takkan bekerja untuk orang berkuasa, 100 00:09:26,870 --> 00:09:29,020 tapi untuk orang miskin dan lemah. 101 00:09:29,400 --> 00:09:31,360 Kenapa ramai perlu menderita 102 00:09:31,690 --> 00:09:34,220 agar hidup sebahagian kecil bahagia? 103 00:09:34,420 --> 00:09:37,660 Sehingga semua boleh hidup saksama, tiada siapa patut bebas. 104 00:09:38,120 --> 00:09:40,120 Dia wanita luar biasa. 105 00:09:41,870 --> 00:09:45,250 - Ya, memberi inspirasi. - Ya. 106 00:09:46,040 --> 00:09:48,000 Apabila dia nampak kebenarannya, 107 00:09:48,790 --> 00:09:50,040 dia perlu kongsi. 108 00:09:51,460 --> 00:09:52,800 Sekarang, 109 00:09:53,960 --> 00:09:55,380 saya kongsi dengan awak. 110 00:09:56,880 --> 00:09:58,090 Terima kasih, komrad. 111 00:09:59,800 --> 00:10:03,100 Kami patut pergi. Tak nak lewat ke tempat kerja. 112 00:10:04,600 --> 00:10:08,100 Saya tak perlu iring awak lagi. Awak tahu jalannya. 113 00:10:18,780 --> 00:10:21,620 Selepas ini, kita raikannya, komrad. 114 00:10:25,160 --> 00:10:26,200 Ya. 115 00:10:34,880 --> 00:10:37,320 Kita berjaya menipu Kastor. 116 00:10:37,520 --> 00:10:40,910 Buat seketika saya terfikir dia berjaya meyakinkan awak. 117 00:10:41,110 --> 00:10:42,760 Kisah itu menarik. 118 00:10:44,470 --> 00:10:45,890 Cuma propaganda. 119 00:10:46,930 --> 00:10:50,710 Agak indah apabila memikirkan dunia boleh jadi berbeza. 120 00:10:50,910 --> 00:10:51,770 Indah, 121 00:10:53,020 --> 00:10:54,270 tetapi berbahaya. 122 00:10:59,700 --> 00:11:01,320 Kita takkan selamat di sini. 123 00:11:02,620 --> 00:11:03,530 Kita akan lari. 124 00:11:38,780 --> 00:11:41,110 Kami dah sedia nak pergi. Awak boleh buat? 125 00:11:43,620 --> 00:11:44,730 Jika boleh... 126 00:11:44,920 --> 00:11:46,870 Awak akan kaya-raya apabila pulang. 127 00:11:52,250 --> 00:11:53,730 Kita akan lama terkurung 128 00:11:53,930 --> 00:11:57,070 di bawah lantai dalam bilga. Kekasih awak mampu bertahan? 129 00:11:57,270 --> 00:11:59,530 - Ya. - Sebab jika dia tak mampu... 130 00:11:59,730 --> 00:12:00,970 Dia mampu bertahan. 131 00:12:04,680 --> 00:12:06,640 Larikan diri semasa parti. 132 00:12:08,270 --> 00:12:10,630 - Jumpa saya di dok. - Pada waktu siang? 133 00:12:10,830 --> 00:12:12,920 Ada kapal akan berlepas. 134 00:12:13,120 --> 00:12:16,190 Mungkin kena tunggu berminggu-minggu untuk kapal lain. 135 00:12:18,110 --> 00:12:19,610 Jadi, kita buat hari ini. 136 00:12:51,980 --> 00:12:53,850 Mari ikut kami, komrad. 137 00:13:03,320 --> 00:13:04,240 Sekarang juga. 138 00:14:36,200 --> 00:14:37,540 Pistol ini untuk awak. 139 00:15:03,650 --> 00:15:05,690 Ada kejutan untuk awak. 140 00:15:19,370 --> 00:15:20,620 Dia buat apa di sini? 141 00:15:20,830 --> 00:15:23,710 Dia asyik merepek dari tadi. 142 00:15:24,090 --> 00:15:27,210 Rasanya dia ada rancangan, jika ia boleh digelar rancangan. 143 00:15:27,920 --> 00:15:29,670 Dia nak culik adiknya. 144 00:15:31,050 --> 00:15:33,790 - Serta bunuh awak. - Tidak, itu tak benar. 145 00:15:33,990 --> 00:15:36,350 Saya bawa maklumat untuk awak. 146 00:15:37,680 --> 00:15:41,630 Dia tiba beberapa hari lalu dengan tanggapan mengarut. 147 00:15:41,830 --> 00:15:45,820 Membawa dendam dan pistol. Mujur kami dapat tangkap dia. 148 00:15:47,360 --> 00:15:50,320 Saya tiada masa atau kesabaran 149 00:15:50,530 --> 00:15:54,320 untuk mendidik setiap aristokrat tak sedar diri yang saya temui. 150 00:15:56,530 --> 00:15:58,620 Ada yang berbaloi diselamatkan. 151 00:16:02,580 --> 00:16:05,250 Namun, saya tak pasti tentang dia. 152 00:16:07,550 --> 00:16:08,760 Awak lebih tahu. 153 00:16:10,720 --> 00:16:13,390 Saya percaya dia banyak menyusahkan awak. 154 00:16:14,590 --> 00:16:16,890 Jadi, awak yang patut menghakiminya. 155 00:16:25,900 --> 00:16:26,920 Tidak. 156 00:16:27,120 --> 00:16:28,840 Adik saya takkan maafkan awak. 157 00:16:29,040 --> 00:16:31,530 Dia takkan tahu melainkan dia diberitahu. 158 00:16:35,240 --> 00:16:37,490 Tolonglah. Jangan. 159 00:16:38,700 --> 00:16:40,410 Tolonglah, Agreus. 160 00:16:40,950 --> 00:16:42,870 Tolonglah. 161 00:16:46,040 --> 00:16:47,670 Tunggu dulu. 162 00:16:48,420 --> 00:16:50,630 Tolonglah. Percayakan saya. 163 00:17:06,940 --> 00:17:08,730 Dia berbaloi diselamatkan, komrad. 164 00:17:11,860 --> 00:17:15,110 Sama seperti saya. 165 00:17:17,450 --> 00:17:18,620 Baiklah. 166 00:17:20,620 --> 00:17:23,580 Awak perlu pastikan dia berkelakuan baik. 167 00:17:24,330 --> 00:17:25,290 Apa? 168 00:17:26,290 --> 00:17:28,000 Awak selamatkan nyawa dia. 169 00:17:29,380 --> 00:17:31,420 Awak bertanggungjawab menjaganya. 170 00:17:32,710 --> 00:17:35,260 Semoga dia tak menghampakan awak. 171 00:17:38,930 --> 00:17:40,970 Tolonglah. Jangan. 172 00:17:41,510 --> 00:17:42,430 Culik saya? 173 00:17:43,060 --> 00:17:46,270 Itu rancangan abang? Abang memang dungu! 174 00:17:46,600 --> 00:17:48,650 Abang nak pujuk saya menyerah diri? 175 00:17:48,850 --> 00:17:50,130 - Abang... - Abang rasa 176 00:17:50,330 --> 00:17:52,880 Agreus akan berdiam diri dan biar abang culik saya? 177 00:17:53,080 --> 00:17:54,850 Atau abang nak tembak dia? 178 00:17:55,040 --> 00:17:57,990 - Abang tak pandai menembak. - Abang bersumpah untuk buat... 179 00:17:59,950 --> 00:18:01,330 apa yang perlu. 180 00:18:01,620 --> 00:18:03,940 Untuk menghancurkan kebahagiaan saya. 181 00:18:04,140 --> 00:18:07,120 Imogen, awak tak faham erti kebahagiaan. 182 00:18:11,040 --> 00:18:13,170 Saya bermimpi ngeri. 183 00:18:14,210 --> 00:18:15,510 Mimpi ngeri dahsyat, 184 00:18:16,340 --> 00:18:17,720 abang mencari saya. 185 00:18:20,430 --> 00:18:22,600 Sekarang abang dah tiba. 186 00:18:22,930 --> 00:18:24,560 Sangat memalukan. 187 00:18:25,270 --> 00:18:28,350 - Abang sayang awak... - Tapi saya bukan milik abang. 188 00:18:30,480 --> 00:18:32,070 Abang nak selamatkan awak. 189 00:18:32,480 --> 00:18:33,400 Daripada apa? 190 00:18:33,780 --> 00:18:34,690 Diri awak. 191 00:18:36,240 --> 00:18:37,450 Sebenarnya... 192 00:18:37,820 --> 00:18:41,700 Sebagai ketua rumah abang bertanggungjawab melindungi maruah awak. 193 00:18:42,530 --> 00:18:44,100 Sebagai abang awak. 194 00:18:44,300 --> 00:18:47,190 Jika bukan abang yang selamatkan awak, siapa lagi? 195 00:18:47,390 --> 00:18:49,780 Tindakan itu menjadikan abang hebat dan gagah? 196 00:18:49,970 --> 00:18:50,820 Tidak. 197 00:18:51,020 --> 00:18:53,950 Abang budak berlagak dan pendendam sejak dulu lagi. 198 00:18:54,150 --> 00:18:55,840 Awak pula... 199 00:19:00,550 --> 00:19:01,640 Seorang lelaki... 200 00:19:02,350 --> 00:19:05,720 Seorang lelaki perlu melindungi nama keluarganya walau apa terjadi. 201 00:19:07,430 --> 00:19:10,420 Awak dah lupa cara menjadi wanita beradab. 202 00:19:10,620 --> 00:19:13,150 Bergelumang dalam kotoran dengan haiwan ini. 203 00:19:14,570 --> 00:19:18,950 Abang bertuah sebab Agreus yang diberikan pistol itu, bukan saya. 204 00:19:23,280 --> 00:19:24,740 Imogen, abang... 205 00:19:28,250 --> 00:19:29,330 Imogen. 206 00:19:34,670 --> 00:19:36,460 Kita takkan bawa dia. 207 00:19:38,090 --> 00:19:39,260 Saya serius. 208 00:19:41,090 --> 00:19:44,300 Awak akan menyesal jika awak tinggalkan dia. 209 00:19:45,510 --> 00:19:46,970 Saya perlu ingatkan awak. 210 00:20:07,290 --> 00:20:08,370 Imogen di mana? 211 00:20:12,580 --> 00:20:13,670 Apa? 212 00:20:15,670 --> 00:20:17,670 Awak nak buat apa kepada saya? 213 00:20:19,170 --> 00:20:21,720 Kita akan lari dari tempat ini hari ini. 214 00:20:22,720 --> 00:20:23,590 Lari? 215 00:20:24,180 --> 00:20:27,100 - Macam mana? - Awak nak ikut kami? 216 00:20:29,060 --> 00:20:30,270 Sudah tentu. 217 00:20:31,810 --> 00:20:33,770 Jadi, jangan jauh daripada saya 218 00:20:34,520 --> 00:20:36,110 dan ikut arahan saya. 219 00:20:36,940 --> 00:20:38,320 Dengar sini! 220 00:20:42,150 --> 00:20:43,950 Saya tahu awak sayang adik awak. 221 00:20:46,370 --> 00:20:48,080 Jika awak rosakkan rancangan ini, 222 00:20:49,950 --> 00:20:51,290 saya akan bunuh dia. 223 00:20:56,710 --> 00:20:57,920 Baiklah. 224 00:21:16,150 --> 00:21:21,130 TUJUH TAHUN LALU 225 00:21:21,330 --> 00:21:24,530 KEJATUHAN TIRNANOC 226 00:21:39,540 --> 00:21:40,420 Askar Perikatan. 227 00:21:40,960 --> 00:21:41,880 Ada enam orang. 228 00:21:49,510 --> 00:21:51,510 Peluru saya dah habis. 229 00:21:53,430 --> 00:21:55,560 - Awak boleh lari? - Tak laju. 230 00:22:04,490 --> 00:22:05,900 Awak buat apa? 231 00:22:06,400 --> 00:22:08,110 - Saya lindungi awak. - Tidak. 232 00:22:08,990 --> 00:22:11,700 - Awak akan diserang. - Saya akan menyusul. 233 00:22:13,290 --> 00:22:14,250 Philo. 234 00:22:14,660 --> 00:22:15,790 Pergi! 235 00:23:09,970 --> 00:23:11,260 Tolong saya! 236 00:24:39,890 --> 00:24:40,980 Awak bukan manusia. 237 00:24:44,850 --> 00:24:46,230 Awak kacukan pix. 238 00:24:50,650 --> 00:24:52,570 Pergi. Sekarang juga. 239 00:25:07,040 --> 00:25:09,130 Ini gigi Spara. 240 00:25:10,670 --> 00:25:12,300 Tak mungkin. 241 00:25:13,380 --> 00:25:15,790 Raksasa ini dah pupus berkurun dulu. 242 00:25:15,990 --> 00:25:18,580 Ada khabar angin tentang hutan ini. 243 00:25:18,780 --> 00:25:21,040 Tentera Perikatan akan tiba di sini pagi esok. 244 00:25:21,240 --> 00:25:23,640 Mereka perlu melalui lembah itu dulu. 245 00:25:25,900 --> 00:25:26,810 Leftenan. 246 00:25:28,730 --> 00:25:32,150 - Kita patut bergabung dengan mereka. - Dengan Spara? 247 00:25:34,490 --> 00:25:36,360 Jika ada yang lain macam dia, 248 00:25:37,160 --> 00:25:39,140 mereka boleh tutup jejak kita. 249 00:25:39,340 --> 00:25:42,700 Awak rasa awak boleh berbincang dengan Spara, sarjan? 250 00:25:42,950 --> 00:25:44,580 Makhluk itu tak bunuh dia. 251 00:25:46,620 --> 00:25:49,840 Kenapa agaknya? Mereka benci manusia. 252 00:25:52,710 --> 00:25:54,660 Leftenan, kita kena fikir semula. 253 00:25:54,860 --> 00:25:58,180 - Kenapa pula? - Sepatutnya Spara dah pupus. 254 00:25:58,890 --> 00:26:01,890 Mungkin Spara yang tinggal hanya ada di lembah ini. 255 00:26:03,180 --> 00:26:05,100 Terima kasih, Galloway. 256 00:26:12,480 --> 00:26:14,140 Pergi ke lembah itu semula. 257 00:26:14,340 --> 00:26:19,240 Kita mesti tiba di High Bresail. Jadi, halang kemaraan Tentera Perikatan. 258 00:26:20,530 --> 00:26:23,450 Hentikan mereka sebelum mereka tiba di sini. 259 00:26:24,500 --> 00:26:25,750 Hentikan bagaimana? 260 00:26:26,540 --> 00:26:28,960 Guna bom pembakar dan senjata fosforus. 261 00:26:31,710 --> 00:26:36,420 Ambil semua bahan yang ada dan bakar lembah itu. 262 00:26:38,800 --> 00:26:40,550 Macam mana dengan Spara? 263 00:26:41,550 --> 00:26:43,180 Kita akan hancurkan mereka. 264 00:26:45,100 --> 00:26:47,850 Jika tidak, askar saya akan mati. 265 00:26:49,730 --> 00:26:51,060 Termasuklah awak. 266 00:26:52,060 --> 00:26:54,220 Tugas saya bukan melindungi raksasa. 267 00:26:54,420 --> 00:26:57,900 Sebab sekarang cuma kita yang ada untuk melindungi koloni kita 268 00:26:59,110 --> 00:27:01,160 daripada 10,000 askar musuh. 269 00:27:02,530 --> 00:27:04,450 Izinkan saya bercakap, tuan. 270 00:27:05,410 --> 00:27:06,290 Lekas. 271 00:27:06,830 --> 00:27:10,000 Saya mahu menyuarakan bantahan untuk arahan ini. 272 00:27:11,290 --> 00:27:12,540 Serta direkodkan. 273 00:27:15,420 --> 00:27:16,710 Baiklah. 274 00:27:18,550 --> 00:27:20,790 Pergi buat dan ikut arahan. 275 00:27:20,980 --> 00:27:23,430 Jika tak, rekod tunjukkan penurunan pangkat. 276 00:27:23,890 --> 00:27:25,140 Faham? 277 00:27:43,950 --> 00:27:44,870 Kita berperang. 278 00:27:48,000 --> 00:27:49,410 Mereka cuma makhluk lain. 279 00:27:55,920 --> 00:27:57,210 Berikan arahan itu. 280 00:28:15,650 --> 00:28:17,230 Meriam sudah sedia, tuan! 281 00:28:22,280 --> 00:28:24,160 - Tembak! - Tembak! 282 00:28:25,280 --> 00:28:26,660 Lancarkan meriam! 283 00:28:58,860 --> 00:29:00,360 Awak membazirkan masa. 284 00:29:04,070 --> 00:29:05,200 Benarkah? 285 00:29:08,450 --> 00:29:11,830 Ada raksasa membebaskan semua makhluk lain dari penjara saya. 286 00:29:12,660 --> 00:29:17,840 Serta membunuh 17 kakitangan saya dan juga canselor kita. 287 00:29:18,880 --> 00:29:21,460 Awak kata, awak tak terlibat. 288 00:29:22,380 --> 00:29:26,720 Awak cuma kebetulan berada di sini dengan uniform polis curi. 289 00:29:28,550 --> 00:29:29,970 Memang meragukan. 290 00:29:31,310 --> 00:29:33,060 Tapi saya tak terlibat. 291 00:29:51,200 --> 00:29:52,980 Sudahlah, Wrenbrick. 292 00:29:53,180 --> 00:29:57,020 - Penjara saya ikut peraturan saya. - Dia tak berguna jika tak boleh bercakap. 293 00:29:57,220 --> 00:29:58,750 Dia akan bercakap. 294 00:30:00,290 --> 00:30:03,960 - Raksasa itu lari ke mana? - Tanyalah orang yang tahu! 295 00:30:06,550 --> 00:30:08,510 Dia kata, dia tak tahu. 296 00:30:09,390 --> 00:30:12,250 Awak percaya cakap makhluk lain ini? 297 00:30:12,450 --> 00:30:15,920 Rakan polis awak tahu rekod peperangan awak, Philostrate? 298 00:30:16,120 --> 00:30:19,440 Awak meminati Spara semasa di Tirnanoc, bukan? 299 00:30:21,690 --> 00:30:22,780 Apa maksud awak? 300 00:30:24,570 --> 00:30:26,570 Ayuh, beritahu mereka. 301 00:30:28,160 --> 00:30:31,330 Awak cuba melawan pegawai pemerintah. 302 00:30:32,330 --> 00:30:36,830 Mahu membahayakan nyawa manusia untuk selamatkan raksasa makhluk lain itu. 303 00:30:40,130 --> 00:30:43,000 Perang itu tiada kaitan dengan hal ini. 304 00:30:43,960 --> 00:30:45,420 Awak tipu tentera juga. 305 00:30:45,970 --> 00:30:46,920 Bukan begitu? 306 00:30:47,590 --> 00:30:49,390 Awak kata, awak manusia. 307 00:30:50,180 --> 00:30:51,890 Awak tipu kami juga sekarang. 308 00:30:55,220 --> 00:30:56,180 Jangan ganggu dia! 309 00:30:59,270 --> 00:31:00,190 Buat malam ini. 310 00:31:00,850 --> 00:31:02,310 Biarkan dia bertenang. 311 00:31:06,740 --> 00:31:07,900 Buat lagi. 312 00:31:26,840 --> 00:31:28,380 Betul cakap mereka. 313 00:31:32,850 --> 00:31:35,220 Kita memang menipu 314 00:31:35,680 --> 00:31:38,180 dari awal lagi. 315 00:32:13,800 --> 00:32:15,010 Berhenti! Kami polis! 316 00:32:43,830 --> 00:32:46,000 Teruknya tempat ini. 317 00:33:00,520 --> 00:33:01,600 Dia tiada di sini. 318 00:33:05,350 --> 00:33:06,340 Binatang tak guna. 319 00:33:06,540 --> 00:33:08,940 Mungkin dia dah lari ke sarang Raven Hitam. 320 00:33:09,780 --> 00:33:10,900 Ayuh cari di sana. 321 00:33:28,130 --> 00:33:30,170 Tunjukkan belas kasihan! 322 00:34:10,840 --> 00:34:12,760 Awak masuk dalam fikiran saya. 323 00:34:13,550 --> 00:34:14,630 Bagaimana? 324 00:34:18,760 --> 00:34:22,100 Apabila melihat bilah itu di atas saya, saya terus tahu. 325 00:34:24,770 --> 00:34:25,850 Kali ini... 326 00:34:28,560 --> 00:34:30,150 Inilah pengakhirannya. 327 00:34:33,530 --> 00:34:34,400 Minum. 328 00:34:35,740 --> 00:34:36,700 Teruskan. 329 00:34:45,080 --> 00:34:47,500 Ada masanya kita tahu apa yang berlaku 330 00:34:48,750 --> 00:34:50,500 dan ada masanya kita dapat lihat. 331 00:34:53,130 --> 00:34:57,090 Namun kita tetap terfikir perkara paling penting, bukan? 332 00:34:58,720 --> 00:34:59,640 Apa pun... 333 00:35:00,890 --> 00:35:03,460 Awak akan selamat selagi awak bersembunyi. 334 00:35:03,660 --> 00:35:06,020 Selamat dalam kurungan. 335 00:35:07,180 --> 00:35:08,940 Seperti yang mereka mahu. 336 00:35:10,440 --> 00:35:13,940 Manusia ada senapang dan askar. Kita pula... 337 00:35:15,570 --> 00:35:17,190 Tiada apa-apa. 338 00:35:22,120 --> 00:35:23,480 Berikan kepada saya. 339 00:35:23,680 --> 00:35:24,540 Terima kasih. 340 00:35:36,420 --> 00:35:39,630 Saya nak cuba ingat kali terakhir saya rasa gembira. 341 00:35:41,090 --> 00:35:43,720 Benar-benar gembira. 342 00:35:48,430 --> 00:35:50,480 Saya berada di atas pokok oak. 343 00:35:51,270 --> 00:35:54,150 Masih ingat? Kita berdua? 344 00:35:55,320 --> 00:35:56,980 Sudah lama dulu. 345 00:35:58,070 --> 00:36:00,030 Rasa macam hidup orang lain. 346 00:36:03,910 --> 00:36:08,750 Semasa peperangan bermula, awak ajak saya lari. Saya patut ikut. 347 00:36:10,250 --> 00:36:12,820 Saya tak patut gelar awak pengecut. 348 00:36:13,020 --> 00:36:14,920 Awak orang paling berani. 349 00:36:18,050 --> 00:36:21,760 Jika masa boleh diulang, saya pun nak baiki beberapa keadaan. 350 00:36:23,840 --> 00:36:28,020 Saya tak patut memperkecil-kecil awak. Tak patut biar Philo memisahkan kita. 351 00:36:29,680 --> 00:36:32,520 Tiada kata-kata dapat menyatakan sesalan saya. 352 00:36:38,650 --> 00:36:40,780 Dia pun ada gunanya, bukan? 353 00:36:41,780 --> 00:36:44,160 Sebab dia, awak masih bernyawa. 354 00:36:46,240 --> 00:36:47,490 Apa maksud awak? 355 00:36:48,910 --> 00:36:51,910 Philo yang lepaskan awak, bukan? 356 00:36:55,170 --> 00:36:56,000 Bukan begitu? 357 00:37:03,340 --> 00:37:05,050 Lain kali, kita akan dibunuh. 358 00:37:10,680 --> 00:37:12,350 Lain kali, kita akan dibunuh. 359 00:37:19,780 --> 00:37:22,070 Mereka takut dan mereka patut takut. 360 00:37:22,950 --> 00:37:24,990 Ada Spara yang masih bebas. 361 00:37:30,240 --> 00:37:33,040 Kini kita mewajarkan tindakan mereka, bukan? 362 00:37:34,080 --> 00:37:36,530 Walaupun selepas teruk dibelasah. 363 00:37:36,730 --> 00:37:38,590 Saya nampak bersalah. 364 00:37:57,020 --> 00:38:00,050 Macam mana benda itu tahu canselor ada di situ? 365 00:38:00,250 --> 00:38:02,070 Pasti cuma tuah. 366 00:38:05,070 --> 00:38:08,070 Nampaknya awak masih nak menyiasat. 367 00:38:09,320 --> 00:38:11,280 Benda itu mahukan banduan fae. 368 00:38:13,790 --> 00:38:15,540 - Kenapa? - Kenapa? 369 00:38:16,290 --> 00:38:18,330 Kenapa? 370 00:38:19,250 --> 00:38:20,540 Kenapa? 371 00:38:21,460 --> 00:38:24,010 Kenapa kita kena peduli? 372 00:38:24,550 --> 00:38:26,050 Kenapa kita kena peduli? 373 00:38:26,340 --> 00:38:28,550 Kenapa kita kena peduli? Itulah soalannya. 374 00:38:29,970 --> 00:38:32,000 Sebab ada orang dibunuh. 375 00:38:32,200 --> 00:38:34,390 Spara yang dibunuh, bukan? 376 00:38:38,230 --> 00:38:42,360 Disembelih di depan mata kita. 377 00:38:43,860 --> 00:38:45,990 Kita boleh menghentikannya. 378 00:38:47,150 --> 00:38:51,740 Kita cuma perlu mengaku kita sebenarnya fae. 379 00:38:53,870 --> 00:38:57,310 Pengakuan itu takkan selamatkan Spara. Hidup saya akan hancur. 380 00:38:57,510 --> 00:39:02,150 Pengakuan itu takkan selamatkan Spara. Hidup saya yang akan hancur. 381 00:39:02,350 --> 00:39:04,700 Sudah tentu. 382 00:39:04,900 --> 00:39:07,490 Untuk kita dilihat sebagai manusia 383 00:39:07,690 --> 00:39:09,470 jauh lebih penting. 384 00:39:09,680 --> 00:39:10,720 Saya terpaksa. 385 00:39:11,850 --> 00:39:12,790 Mereka benci kita. 386 00:39:12,990 --> 00:39:14,460 Tidak! 387 00:39:14,660 --> 00:39:17,390 - Saya terpaksa. - Tidak! 388 00:39:18,390 --> 00:39:19,640 - Mereka benci kita. - Tak! 389 00:39:20,650 --> 00:39:22,060 Kita benci diri kita. 390 00:39:27,110 --> 00:39:30,350 Hubungan saya dan Philo dah berakhir. Dia punca saya dipenjarakan. 391 00:39:30,550 --> 00:39:33,680 - Saya mungkin dibunuh. - Dia tahu tapi dia tetap selamatkan awak 392 00:39:33,880 --> 00:39:36,060 walaupun dia tahu dia mungkin terbunuh. 393 00:39:36,260 --> 00:39:37,230 Dia memang begitu. 394 00:39:37,430 --> 00:39:40,440 Cuba buat dirinya rasa lebih baik dengan cuba menjadi wira. 395 00:39:40,640 --> 00:39:42,690 - Philo tak guna. - Dia masih hidup. 396 00:39:42,890 --> 00:39:45,300 Darkasher masih bergerak-gerak. 397 00:39:47,260 --> 00:39:50,280 Apa yang saya patut buat? Pergi dan selamatkan dia? 398 00:39:50,480 --> 00:39:53,260 Awak takkan dapat mendekati Bleakness. 399 00:39:53,930 --> 00:39:57,220 Tentera ada di setiap penjuru mencari banduan yang lari. 400 00:39:58,060 --> 00:39:59,960 - Kenapa dia di sini? - Ini rumah saya. 401 00:40:00,160 --> 00:40:01,960 Panjang ceritanya. Tunggu sekejap. 402 00:40:02,160 --> 00:40:05,300 Saya keliru. Jika bukan sebab Philo, macam mana awak terlepas? 403 00:40:05,500 --> 00:40:06,360 Awak belum tahu? 404 00:40:08,280 --> 00:40:09,740 Sudah heboh di seluruh Row. 405 00:40:10,610 --> 00:40:11,530 Apa? 406 00:40:13,070 --> 00:40:14,570 Spara yang lepaskan dia. 407 00:40:17,240 --> 00:40:18,160 Spara? 408 00:40:23,330 --> 00:40:26,340 - Saya rasa mual. - Kenapa? 409 00:40:30,130 --> 00:40:31,880 Pandangannya telus sekarang. 410 00:40:33,010 --> 00:40:34,550 Dia nampak melalui matanya. 411 00:40:36,760 --> 00:40:37,850 Bayangan awak. 412 00:40:39,100 --> 00:40:40,480 Benda itu nak bunuh saya. 413 00:40:44,560 --> 00:40:45,400 Pergilah. 414 00:40:46,270 --> 00:40:47,770 Awak tak kenal saya. 415 00:40:50,150 --> 00:40:55,620 Benarkah? Selepas semua ajaran paderi 416 00:40:56,990 --> 00:40:59,200 tentang kesucian manusia 417 00:41:01,450 --> 00:41:05,030 dan berdosa menjadi fae. 418 00:41:05,230 --> 00:41:07,250 Kita tak pernah percaya semua itu. 419 00:41:12,220 --> 00:41:14,930 Namun kita masih sertai tentera, bukan? 420 00:41:16,600 --> 00:41:19,350 Kita masih sertai polis. 421 00:41:20,180 --> 00:41:21,310 Untuk membantu... 422 00:41:22,770 --> 00:41:24,440 Membantu orang macam kita. 423 00:41:25,600 --> 00:41:27,310 Untuk membantu diri kita. 424 00:41:27,900 --> 00:41:32,890 Lebih mudah menyorok di celah-celah pembenci makhluk lain 425 00:41:33,090 --> 00:41:36,530 - dengan memakai uniform. - Saya tak menyorok lagi. 426 00:41:39,030 --> 00:41:41,150 Membantu polis menyakiti fae. 427 00:41:41,340 --> 00:41:43,120 Menyorok. 428 00:41:43,500 --> 00:41:48,130 Membantu polis menyakiti fae. 429 00:41:48,540 --> 00:41:49,880 Menyorok. 430 00:41:52,130 --> 00:41:53,670 Menyakiti fae. 431 00:41:53,920 --> 00:41:55,410 Menyorok. 432 00:41:55,610 --> 00:41:58,760 Membantu polis menyakiti fae. 433 00:42:00,760 --> 00:42:03,600 Membantu polis menyakiti fae. 434 00:42:08,860 --> 00:42:10,730 Kenapa benda itu nak cederakan awak? 435 00:42:11,190 --> 00:42:13,430 Entahlah. Saya cuma tahu saya diburu. 436 00:42:13,630 --> 00:42:15,860 Awak patut lari untuk selamatkan diri. 437 00:42:17,110 --> 00:42:18,950 - Pergi ke mana? - Ke mana-mana saja. 438 00:42:19,780 --> 00:42:21,240 Melainkan tempat ini. 439 00:42:22,040 --> 00:42:23,980 Pandangan telus tak berfungsi begitu. 440 00:42:24,180 --> 00:42:26,670 Perkara itu akan berlaku walau apa yang saya buat. 441 00:42:27,330 --> 00:42:29,710 Siapa cakap? Mima? 442 00:42:31,290 --> 00:42:34,510 Sejak bila awak percaya kata-kata Mima? 443 00:42:34,710 --> 00:42:37,300 Sejak bayangan saya mula jadi kenyataan, Vignette. 444 00:42:39,680 --> 00:42:40,890 Lupakan tentang mima. 445 00:42:41,470 --> 00:42:43,220 Saya akan bawa awak keluar 446 00:42:43,970 --> 00:42:46,290 melalui lubang dawai yang saya potong. 447 00:42:46,490 --> 00:42:49,060 Darius baru cakap, tentera mengawasi langit. 448 00:42:50,230 --> 00:42:52,150 Kita pergi malam dan terbang rendah. 449 00:42:53,230 --> 00:42:54,360 "Kita"? 450 00:42:55,650 --> 00:42:57,030 Kita berdua. 451 00:42:58,030 --> 00:42:59,360 Saya nak ikut awak. 452 00:43:03,370 --> 00:43:07,870 Awak nak lari dengan saya semasa Philo terkurung di Bleakness? 453 00:43:08,790 --> 00:43:10,300 Saya nak bantu awak. 454 00:43:10,500 --> 00:43:12,960 Awak perlu bantuan. Tolong benarkan saya bantu. 455 00:43:14,460 --> 00:43:16,210 Saya... 456 00:43:19,880 --> 00:43:20,800 Tidak. 457 00:43:23,430 --> 00:43:24,640 Tidak? 458 00:43:28,440 --> 00:43:30,310 - Tak. - Saya sayang awak. 459 00:43:31,650 --> 00:43:32,670 Awak pun tahu. 460 00:43:32,870 --> 00:43:36,280 Saya tahu apabila awak berjanji, awak percaya kata-kata itu benar. 461 00:43:36,480 --> 00:43:38,890 - Sudah tentu. - Saya tak boleh harapkan awak. 462 00:43:39,090 --> 00:43:41,160 Awak tak tahu apa yang saya hadapi 463 00:43:41,360 --> 00:43:45,490 sebab sentiasa ada sesuatu atau seseorang lebih penting daripada saya. 464 00:43:49,870 --> 00:43:51,650 Mengarut. 465 00:43:51,850 --> 00:43:53,080 Awak masih terkejut. 466 00:43:54,750 --> 00:43:55,900 Awak hampir maut tadi. 467 00:43:56,100 --> 00:44:00,080 Sekarang melarikan diri dengan saya kedengaran seperti idea yang baik. 468 00:44:00,270 --> 00:44:04,800 Namun, esok awak akan jumpa perjuangan lain dan begitulah seterusnya. 469 00:44:06,970 --> 00:44:11,390 Awak akan ubah fikiran, Vini. Saya tak sanggup hadapinya lagi. 470 00:44:15,440 --> 00:44:18,320 - Maaf, saya cuma... - Tidak, saya... 471 00:44:19,030 --> 00:44:20,700 Saya tahu awak berniat baik. 472 00:44:22,320 --> 00:44:26,530 Namun, sudah berkali-kali awak jelaskan perkara terpenting bagi awak. 473 00:44:28,910 --> 00:44:29,830 Bukan saya. 474 00:44:54,230 --> 00:44:57,070 Apabila mengetahui kakitangan awam akan dihukum, 475 00:44:57,860 --> 00:45:01,850 kakitangan awam yang selama ini memupuk rasa muhibah antara bangsa kita, 476 00:45:02,040 --> 00:45:03,640 saya tak boleh berdiam diri. 477 00:45:03,840 --> 00:45:06,350 Kerajaan awak kehilangan ramai orang bagus. 478 00:45:06,550 --> 00:45:11,080 Ya, tolonglah terima permohonan maaf saya, En. Millworthy. 479 00:45:11,620 --> 00:45:15,380 - Awak bebas daripada pertuduhan. - Jadi, saya boleh pergi? 480 00:45:16,210 --> 00:45:18,500 Tentang itu, kami berharap 481 00:45:19,090 --> 00:45:20,990 siasatan sewajarnya dilakukan 482 00:45:21,190 --> 00:45:23,160 atas pemerintahan kejam Jonah Gila. 483 00:45:23,360 --> 00:45:26,540 Sementara itu, kami perlukan awak. 484 00:45:26,740 --> 00:45:30,960 Kami mahu menjemput awak untuk menyertai autoriti pentadbiran sementara. 485 00:45:31,160 --> 00:45:33,920 Terima kasih atas tawaran itu. 486 00:45:34,120 --> 00:45:36,460 Namun, pentas hukuman itu mengajar saya 487 00:45:36,660 --> 00:45:38,990 agar tahu masa terbaik untuk pergi. 488 00:45:39,190 --> 00:45:43,110 Masa sangat penting. Semoga berjaya, semua. 489 00:45:56,920 --> 00:45:59,170 Maaf mengganggu. 490 00:46:00,630 --> 00:46:04,280 En. Millworthy, saya tahu perasaan terlepas daripada maut. 491 00:46:04,480 --> 00:46:08,500 Mejar, saya sangat letih. Kata-kata awak takkan mampu memujuk saya. 492 00:46:08,690 --> 00:46:12,920 Burgue sekutu utama kami tapi kerajaannya huru-hara. 493 00:46:13,120 --> 00:46:17,300 Semua pentadbirnya dungu. Bermusuh dan mahu saling memusnahkan. 494 00:46:17,500 --> 00:46:22,430 Awak lelaki berwibawa di dalam sarang tebuan. 495 00:46:22,630 --> 00:46:24,680 Awak lelaki yang berfikiran jelas. 496 00:46:24,880 --> 00:46:27,560 Ya, saya lebih suka untuk kekal begitu. 497 00:46:27,760 --> 00:46:29,810 Awak takkan disalahkan jika berundur. 498 00:46:30,010 --> 00:46:32,490 Terutamanya dengan ura-ura serangan balas. 499 00:46:34,160 --> 00:46:37,750 - Serangan balas? - Untuk pembunuhan canselor. 500 00:46:38,500 --> 00:46:40,860 Rakyat fae di Row menyimpan pengganas. 501 00:46:41,060 --> 00:46:43,030 Akibat buruk pasti berlaku. 502 00:46:43,230 --> 00:46:47,510 - Saya andaikan awak sudah dengar. - Sebenarnya, belum lagi. 503 00:46:48,380 --> 00:46:50,680 Sebahagian kecil rakyat awak yang sebelum ini 504 00:46:50,880 --> 00:46:53,600 mahu berperang melawan rakyat fae, 505 00:46:54,180 --> 00:46:56,630 kini sudah semakin ramai. 506 00:46:56,830 --> 00:46:59,250 - Saya... - Saya dengar 507 00:46:59,450 --> 00:47:03,570 Pergelutan di Row mungkin akan dihancurkan. 508 00:47:07,070 --> 00:47:08,530 Dimusnahkan. 509 00:47:11,320 --> 00:47:13,120 Pasti tidak begitu. 510 00:47:14,580 --> 00:47:17,330 Walaupun kerajaan saya tak kisah tentang hal itu, 511 00:47:18,120 --> 00:47:20,580 tapi kini kami dalam perang saudara. 512 00:47:21,130 --> 00:47:25,760 Kami tak mahu sekutu utama kami berkurung di dalam bilik kebal mereka. 513 00:47:29,470 --> 00:47:32,870 Awak pun faham apa akan berlaku, En. Millworthy, 514 00:47:33,070 --> 00:47:36,890 apabila orang baik berdiam diri dan tidak bertindak. 515 00:47:41,810 --> 00:47:42,810 Ya. 516 00:47:45,860 --> 00:47:46,860 Ya, saya faham. 517 00:47:56,540 --> 00:47:57,370 Nah. 518 00:48:04,500 --> 00:48:06,380 Lambatnya. 519 00:48:07,380 --> 00:48:09,220 Awak cuma nak selamatkan Vignette. 520 00:48:09,880 --> 00:48:12,080 Spara itu tiada kaitan dengan awak. 521 00:48:12,280 --> 00:48:13,970 Sarjan pun tahu. 522 00:48:14,720 --> 00:48:15,760 Mana awak tahu? 523 00:48:16,220 --> 00:48:18,850 Awak serang polis untuk curi uniform. 524 00:48:19,810 --> 00:48:21,480 Damak yang dicelup liksir. 525 00:48:22,850 --> 00:48:25,670 Awak tak nak lihat anggota polis lain cedera. 526 00:48:25,870 --> 00:48:29,030 Tak logik jika awak terlibat dalam pertumpahan darah. 527 00:48:30,490 --> 00:48:31,950 Cakap begitu kepada warden. 528 00:48:32,450 --> 00:48:34,780 Sarjan sedang memujuk warden. 529 00:48:35,280 --> 00:48:37,540 Bantu kami tangkap benda itu. 530 00:48:40,830 --> 00:48:42,040 Walaupun saya mahu, 531 00:48:42,670 --> 00:48:46,040 benda itu boleh berubah bentuk dan boleh jadi sesiapa saja. 532 00:48:46,790 --> 00:48:47,700 Pembunuhan itu... 533 00:48:47,900 --> 00:48:50,670 Semuanya tiada kaitan. Kita tak boleh teruskan. 534 00:48:51,300 --> 00:48:53,220 Inspektor, 535 00:48:54,140 --> 00:48:56,100 saya rasa awak salah. 536 00:48:56,510 --> 00:48:59,120 Cuba fikir. Mayat leftenan yang dibunuh 537 00:48:59,320 --> 00:49:02,290 diatur seperti mahu menyalahkan pix. 538 00:49:02,490 --> 00:49:04,920 Kemudian mayat dua Raven Hitam diatur 539 00:49:05,120 --> 00:49:07,760 seperti mahu menyalahkan Burgue juga. 540 00:49:07,960 --> 00:49:11,260 Malam tadi canselor pembenci fae kita dibunuh. 541 00:49:11,460 --> 00:49:14,240 Banduan fae yang berang pula bebas untuk buat kacau. 542 00:49:15,620 --> 00:49:19,390 Setiap pembunuhan seperti diatur untuk melagakan manusia dan fae. 543 00:49:19,590 --> 00:49:21,870 Saya lihat Spara dibakar hidup-hidup 544 00:49:23,080 --> 00:49:26,030 dalam peperangan dengan manusia 545 00:49:26,230 --> 00:49:31,050 membahagi-bahagikan tanah air mereka dan kaut untung daripada bahagian itu. 546 00:49:32,510 --> 00:49:34,370 Memang patut mereka nak bunuh kita. 547 00:49:34,570 --> 00:49:37,540 Perlahankan suara awak. Raksasa itu bunuh canselor. 548 00:49:37,740 --> 00:49:39,180 Dialah raksasa sebenar. 549 00:49:39,390 --> 00:49:41,560 Dia dan orang seperti dia 550 00:49:42,850 --> 00:49:44,190 yang menindas fae. 551 00:49:46,770 --> 00:49:47,940 Macam saya. 552 00:49:49,860 --> 00:49:51,650 Kenapa awak cakap begini? 553 00:49:56,910 --> 00:49:58,280 Tolonglah, Berwick. 554 00:49:59,330 --> 00:50:00,200 Pergi dari sini. 555 00:50:01,540 --> 00:50:02,540 Pengawal! 556 00:50:17,800 --> 00:50:18,680 Terima kasih. 557 00:50:26,940 --> 00:50:28,480 Awak nak cakap sesuatu? 558 00:50:30,860 --> 00:50:33,090 Apa yang orang nampak dalam diri awak? 559 00:50:33,290 --> 00:50:35,990 - Siapa? - Semua orang yang saya sayang. 560 00:50:37,070 --> 00:50:38,200 Maksud awak, Philo. 561 00:50:38,870 --> 00:50:41,310 Melainkan awak dan Tourmaline dah berkawan. 562 00:50:41,510 --> 00:50:44,830 Dia baik dengan saya. Tak ramai orang baik dengan saya. 563 00:50:45,030 --> 00:50:46,210 Kenapa agaknya? 564 00:50:46,830 --> 00:50:48,020 Hancurkan hidup Philo. 565 00:50:48,220 --> 00:50:50,040 Dia korbankan semuanya demi awak. 566 00:50:50,380 --> 00:50:52,040 Nak hancurkan Tourmaline juga? 567 00:50:52,340 --> 00:50:53,860 Entahlah. 568 00:50:54,060 --> 00:50:55,970 Ini urusan kami berdua. 569 00:50:57,430 --> 00:50:58,260 Ya. 570 00:50:59,550 --> 00:51:00,470 Betul cakap awak. 571 00:51:02,050 --> 00:51:03,260 Maaf. 572 00:51:08,640 --> 00:51:09,560 Stu itu sedap? 573 00:51:10,730 --> 00:51:13,480 Saya sentiasa menggemari masakan Tourmaline. 574 00:51:13,980 --> 00:51:15,900 Di samping perkara lain. 575 00:51:19,820 --> 00:51:21,370 Saya yang masak. 576 00:51:23,080 --> 00:51:24,950 Awak suka marrok? 577 00:51:27,790 --> 00:51:28,710 Tenang. 578 00:51:30,790 --> 00:51:32,080 Saya cuma bergurau. 579 00:51:33,670 --> 00:51:35,710 Dia kena pergi, Darius. 580 00:51:37,010 --> 00:51:39,930 Jika awak sayang dia, bantulah saya. 581 00:51:55,530 --> 00:51:56,650 Ada pelawat. 582 00:52:00,530 --> 00:52:02,820 Datang untuk dibelasah sekali lagi? 583 00:52:03,950 --> 00:52:05,870 Kami bukan mencari awak, marrok. 584 00:52:06,200 --> 00:52:07,290 Kaine. 585 00:52:10,620 --> 00:52:11,620 Vini. 586 00:52:21,180 --> 00:52:23,720 Syukurlah. Kami nak selamatkan awak. 587 00:52:24,720 --> 00:52:26,720 - Dungu. - Awak akan dilihat. 588 00:52:26,930 --> 00:52:28,060 Bagaimana awak keluar? 589 00:52:28,890 --> 00:52:32,090 Kami ditangkap, tapi selepas itu pengawal melawan banduan lain. 590 00:52:32,290 --> 00:52:34,060 Saya nampak peluang. 591 00:52:34,770 --> 00:52:36,510 - Tapi Philo... - Tak boleh terbang. 592 00:52:36,710 --> 00:52:39,010 - Awak tinggalkan dia? - Malang sekali. 593 00:52:39,210 --> 00:52:40,120 - Maaf. - Polis! 594 00:52:40,320 --> 00:52:41,530 Alamak! 595 00:52:45,030 --> 00:52:45,950 Tak guna! 596 00:52:52,960 --> 00:52:55,490 Vini, segala-galanya dah berubah. 597 00:52:55,680 --> 00:52:58,630 Banduan yang keluar tak berdiam diri. 598 00:52:59,170 --> 00:53:01,300 Ada rancangan besar, Vini. 599 00:53:03,090 --> 00:53:04,010 Bukan di sini. 600 00:53:04,720 --> 00:53:07,890 Marrok itu boleh dengar kita. Mungkin bukan dia saja. 601 00:53:08,600 --> 00:53:10,310 Ayuh ke tempat persembunyian. 602 00:53:12,270 --> 00:53:14,940 - Saya... - Kenapa? 603 00:53:16,150 --> 00:53:17,270 Saya tak mahu lagi. 604 00:53:18,190 --> 00:53:20,180 Apa maksud awak? 605 00:53:20,380 --> 00:53:23,530 Pergaduhan dan semua ini... Saya tak mahu lagi. 606 00:53:24,660 --> 00:53:26,070 - Dia dah gila. - Vini. 607 00:53:26,740 --> 00:53:28,950 Inilah detik yang kita nantikan. 608 00:53:29,200 --> 00:53:31,580 - Kita akan hancurkan dawai itu. - Baguslah. 609 00:53:31,790 --> 00:53:34,400 Saya harap awak berjaya. Saya cuma... 610 00:53:34,600 --> 00:53:37,110 - Awak perlu buat tanpa saya. - Kenapa? 611 00:53:37,310 --> 00:53:40,450 - Ada tugas yang lebih penting? - Saya berjanji dengan seseorang. 612 00:53:40,650 --> 00:53:43,720 Vini, awak yang paling hebat. 613 00:53:44,340 --> 00:53:47,260 Awak perlu terlibat dalam perkara yang akan berlaku. 614 00:53:48,470 --> 00:53:50,810 Saya takkan turut serta. Maaf. 615 00:53:54,190 --> 00:53:57,190 Ya, kami pun minta maaf juga. 616 00:54:08,450 --> 00:54:09,370 Benarkah? 617 00:54:10,030 --> 00:54:11,160 Awak halau mereka? 618 00:54:16,290 --> 00:54:19,000 Awak yang paling penting bagi saya. 619 00:54:27,510 --> 00:54:29,760 Boleh kita keluar dari sini? 620 00:54:30,390 --> 00:54:31,310 Tolonglah. 621 00:54:32,350 --> 00:54:33,830 - Boleh? - Boleh. 622 00:54:34,030 --> 00:54:35,430 - Okey. - Ya! 623 00:54:47,450 --> 00:54:48,360 Bangun. 624 00:54:52,490 --> 00:54:53,740 Nak pukul saya lagi? 625 00:54:55,120 --> 00:54:56,750 Rycroft Philostrate, 626 00:54:57,750 --> 00:55:01,420 awak akan direman dalam jagaan polis dengan satu syarat. 627 00:55:02,250 --> 00:55:04,710 Bantu kami tangkap raksasa makhluk lain itu. 628 00:55:05,970 --> 00:55:07,880 Atau tinggal di sini dan mati. 629 00:55:09,800 --> 00:55:11,300 Raksasa makhluk lain? 630 00:55:14,770 --> 00:55:16,600 Raksasa makhluk lain? 631 00:55:22,820 --> 00:55:23,900 Tipu mereka. 632 00:55:27,110 --> 00:55:29,320 Cakap apa yang mereka nak dengar. 633 00:55:33,740 --> 00:55:35,450 Kita kena keluar. 634 00:55:40,080 --> 00:55:41,960 Apa pilihan awak, Philostrate? 635 00:55:45,880 --> 00:55:47,010 Baiklah. 636 00:55:48,630 --> 00:55:49,550 Saya akan bantu. 637 00:57:44,460 --> 00:57:46,400 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin 638 00:57:46,600 --> 00:57:48,540 Penyelia Kreatif Vincent Lim