1 00:00:01,168 --> 00:00:02,920 Sebelum ini dalam Foundation… 2 00:00:03,003 --> 00:00:04,838 Apa yang awak nampak? 3 00:00:05,339 --> 00:00:07,132 Tiada apa-apa, Empayar. 4 00:00:07,216 --> 00:00:09,092 Wolvesbreath boleh redakan kesakitan. 5 00:00:09,176 --> 00:00:11,303 Proxima Opal dah meninggal dunia. 6 00:00:11,386 --> 00:00:14,181 Ada calon lain yang mendapat sokongan. 7 00:00:14,264 --> 00:00:16,892 Saya perlu lakukannya sendiri. 8 00:00:16,975 --> 00:00:18,477 Phara mahu matikan pagar. 9 00:00:19,269 --> 00:00:20,270 Berundur! 10 00:00:20,354 --> 00:00:22,606 Kita dah jarang menerima penghantaran dari Asas. 11 00:00:22,689 --> 00:00:26,151 Ingatkan Asas supaya tak berahsia dengan Empayar. 12 00:01:40,809 --> 00:01:42,853 BERDASARKAN NOVEL ISAAC ASIMOV 13 00:01:59,828 --> 00:02:02,998 Semasa kecil, saya dengar cerita tentang Trantor, 14 00:02:04,499 --> 00:02:07,753 bandar yang juga sebuah planet di pusat galaksi. 15 00:02:09,796 --> 00:02:14,092 Mereka kata penduduk di sana adalah pendosa yang mengikut peramal palsu… 16 00:02:16,261 --> 00:02:19,765 lelaki yang percaya dia lebih penting daripada ajaran Sleeper. 17 00:02:21,558 --> 00:02:23,143 Saya tak percayakan cerita itu 18 00:02:24,019 --> 00:02:25,145 sehinggalah saya bertemu dia. 19 00:02:35,447 --> 00:02:38,283 Tuan dah berjaya meloncat, Empayar. 20 00:02:39,284 --> 00:02:42,578 Kita akan tiba di Sistem Surah dalam beberapa jam. 21 00:02:58,303 --> 00:03:02,975 Saya diberitahu yang Maharaja boleh mencipta atau memusnahkan dunia, 22 00:03:03,058 --> 00:03:08,063 dia sendiri dah mengatasi kematian dan akan hidup selama-lamanya. 23 00:03:09,231 --> 00:03:10,983 Semasa saya pandang mata dia… 24 00:03:12,192 --> 00:03:17,197 saya nampak seorang lelaki yang tak pernah ragu-ragu sepanjang hidup dia… 25 00:03:20,117 --> 00:03:23,203 sehingga dia bertemu Hari Seldon. 26 00:03:46,310 --> 00:03:47,936 Saya dah sedia untuk melihat… 27 00:03:50,272 --> 00:03:53,608 Sebentar, Empayar. Saya tak tahu tuan akan datang begitu cepat. 28 00:03:58,447 --> 00:04:01,116 Semasa kecil tuan pernah lihat saya bersiap. 29 00:04:11,918 --> 00:04:14,087 Adakah Empayar okey? 30 00:04:14,796 --> 00:04:16,173 Ia cuma loncatan itu. 31 00:04:17,716 --> 00:04:21,928 Saya tahu Spacer direka untuknya tapi saya tak anggap mereka manusia. 32 00:04:23,722 --> 00:04:26,516 Saya tahu ia kurang menyenangkan. 33 00:04:27,726 --> 00:04:28,769 Bagaimana rasanya… 34 00:04:29,978 --> 00:04:31,647 sedar ketika perjalanan? 35 00:04:31,730 --> 00:04:33,231 Perjalanan antara bintang? 36 00:04:35,317 --> 00:04:38,612 Minda manusia tak boleh terima ketakselanjaran. 37 00:04:38,695 --> 00:04:39,696 Tapi… 38 00:04:41,698 --> 00:04:42,949 minda awak boleh terima. 39 00:04:43,033 --> 00:04:46,662 Jika saya boleh terangkannya, tuan tak perlu tidur semasa perjalanan. 40 00:04:53,877 --> 00:04:55,671 Kristal leviathan. 41 00:04:55,754 --> 00:04:59,508 Garam dari lombong leviathan di Maiden. 42 00:04:59,591 --> 00:05:01,301 Kepentingannya? 43 00:05:01,385 --> 00:05:04,012 Ia melambangkan perjalanan tiga dewi, 44 00:05:04,096 --> 00:05:06,098 Maiden, Ibu dan Crone. 45 00:05:06,181 --> 00:05:09,977 Pengikut berdoa dengan menyentuhnya secara ritual. 46 00:05:12,562 --> 00:05:14,398 Ia mewakili tema utama Luminism, 47 00:05:14,481 --> 00:05:18,318 kitaran, ouroboros, alam semula jadi yang sempurna. 48 00:05:19,444 --> 00:05:20,529 Asalnya? 49 00:05:20,612 --> 00:05:23,991 Luminis percaya dewi-dewi itu hanya satu entiti dahulu, 50 00:05:24,074 --> 00:05:27,327 tapi apabila Surah melanggar planet… 51 00:05:30,414 --> 00:05:31,748 Bermula dengan D. 52 00:05:32,749 --> 00:05:34,042 Dol. 53 00:05:34,710 --> 00:05:38,046 Ia memisahkan dewi-dewi itu menjadi tiga bulan. 54 00:05:38,630 --> 00:05:40,590 Bulan yang boleh didiami hanya Maiden. 55 00:05:41,800 --> 00:05:43,093 Usia kepercayaan ini? 56 00:05:43,176 --> 00:05:45,304 Lima belas ribu tahun. 57 00:05:47,514 --> 00:05:49,433 Wujud sebelum Empayar. 58 00:05:50,809 --> 00:05:52,394 Jumlah pengikut? 59 00:05:53,020 --> 00:05:54,354 Tiga trilion. 60 00:06:03,113 --> 00:06:04,531 Saya tak pernah tanya awak, 61 00:06:05,824 --> 00:06:08,327 bagaimana awak percaya? 62 00:06:09,953 --> 00:06:12,497 Bagaimana? Atau kenapa? 63 00:06:12,581 --> 00:06:13,665 Yang kedua. 64 00:06:15,959 --> 00:06:20,464 Sejak dilahirkan, kamu adik-beradik tahu matlamat kamu. 65 00:06:20,547 --> 00:06:23,091 Tapi kami semua perlu meneroka perkara ini sendiri. 66 00:06:23,175 --> 00:06:26,261 Tapi awak tahu matlamat awak. 67 00:06:27,679 --> 00:06:30,724 Iaitu berkhidmat kepada adik-beradik saya, saya dan Empayar. 68 00:06:30,807 --> 00:06:32,559 Ia tertulis dalam kod awak. 69 00:06:32,643 --> 00:06:35,354 Saya dah jalankan tanggungjawab itu. 70 00:06:36,396 --> 00:06:39,775 Tapi pencarian makna bukan selalunya tentang jawapan. 71 00:06:39,858 --> 00:06:42,444 Proses mencari itu juga menyedarkan. 72 00:06:43,779 --> 00:06:46,740 Dewi-dewi itu tak memilih untuk berpisah menjadi tiga. 73 00:06:47,366 --> 00:06:49,201 Mereka mahu bersatu semula. 74 00:06:50,077 --> 00:06:53,330 Mereka kata rupa bumi Maiden yang masin adalah air mata mereka. 75 00:06:53,413 --> 00:06:57,292 Tapi pengorbanan mereka yang menjadikan kita bersatu. 76 00:06:57,376 --> 00:07:01,546 Setiap masa dalam hidup kita, kita berkuasa untuk memilih jalan sendiri. 77 00:07:01,630 --> 00:07:06,593 Dewi-dewi itu memimpin kita kepada perkhidmatan dan kebenaran, 78 00:07:07,386 --> 00:07:09,888 seperti menuju ke pusat pusaran. 79 00:07:13,934 --> 00:07:18,230 Zephyr Halima yang cabar kita ini, bagaimana jalan yang dia pilih? 80 00:07:18,772 --> 00:07:22,401 Dia dari Mirrus Twelve, menerima kepercayaan sejak lahir. 81 00:07:22,484 --> 00:07:25,612 Selepas gempa bumi berlaku di sana, dia menjadi penyelamat, 82 00:07:25,696 --> 00:07:27,489 mengetuai usaha pemulihan. 83 00:07:27,572 --> 00:07:30,158 Tapi dia dinaikkan menjadi Zephyr kurang daripada setahun. 84 00:07:31,201 --> 00:07:34,037 Dia baru saja memegang jawatan tinggi. 85 00:07:34,997 --> 00:07:37,416 Maaf, Empayar, kita dah memasuki atmosfera Maiden 86 00:07:37,499 --> 00:07:39,793 dan akan tiba di Istana Garam sebentar lagi. 87 00:08:05,027 --> 00:08:07,070 Sedia untuk sambutan yang meriah? 88 00:08:08,113 --> 00:08:10,532 Saya mahu tinggal di kapal. 89 00:08:10,615 --> 00:08:11,783 Kenapa? 90 00:08:11,867 --> 00:08:14,828 Ramai orang di Maiden tahu saya menganut kepercayaan mereka. 91 00:08:15,329 --> 00:08:17,539 Ini akan menyusahkan tuan. 92 00:08:17,623 --> 00:08:19,124 Jangan mengarut. 93 00:08:20,584 --> 00:08:24,921 Awak saja boleh bantu saya dengan kepercayaan Luminist. 94 00:08:29,259 --> 00:08:30,260 Awak akan ikut saya. 95 00:08:58,497 --> 00:09:00,040 Zephyr Halima. 96 00:09:01,291 --> 00:09:03,418 Selamat datang ke Maiden, Empayar. 97 00:09:05,170 --> 00:09:09,090 Saya tahu persiapan upacara rasmi menggentarkan, 98 00:09:09,590 --> 00:09:11,551 sebab itu saya buat petisyen kepada Gelang Zephyr 99 00:09:11,634 --> 00:09:14,304 dan diberi penghormatan untuk menyambut tuan seorang diri. 100 00:09:15,013 --> 00:09:16,098 Seorang diri? 101 00:09:16,181 --> 00:09:20,477 Empayar tentu biasa disambut dengan meriah, 102 00:09:21,061 --> 00:09:24,564 tapi dengan keadaan suram setelah kematian Proxima, 103 00:09:25,357 --> 00:09:27,818 sambutan yang meriah seperti… 104 00:09:28,902 --> 00:09:30,237 kurang sopan. 105 00:09:30,320 --> 00:09:31,363 Tentulah. 106 00:09:32,447 --> 00:09:36,493 Sejujurnya, saya mahu berterima kasih kerana datang bertemu kami. 107 00:09:36,576 --> 00:09:41,123 Kehadiran tuan menunjukkan betapa pentingnya Luminism kepada Empayar. 108 00:09:41,707 --> 00:09:46,044 Sebagai tanda penghargaan, saya ingin menawarkan minuman. 109 00:09:55,637 --> 00:09:58,598 Air daripada Rahim Ibu sendiri. 110 00:09:59,182 --> 00:10:02,311 Garam daripada cawan ini dikatakan boleh mengeluarkan semua niat jahat 111 00:10:02,394 --> 00:10:04,313 daripada minda orang yang minumnya. 112 00:10:04,396 --> 00:10:08,066 Malangnya, Empayar tak boleh terima minuman yang tak diuji. 113 00:10:08,150 --> 00:10:13,363 Malangnya sebarang niat jahat yang saya mungkin ada akan kekal rahsia. 114 00:10:13,447 --> 00:10:16,283 Rasanya tuan lebih suka begitu. 115 00:10:18,619 --> 00:10:22,122 Bagaimanapun, saya tak sabar untuk saling mengenali dengan lebih baik. 116 00:10:23,498 --> 00:10:25,167 Semoga kamu dirahmati tiga kali. 117 00:10:35,135 --> 00:10:37,471 Apa perkataan yang saya cari? 118 00:10:38,055 --> 00:10:39,056 Wajar? 119 00:10:39,848 --> 00:10:40,974 Itu dah mencukupi. 120 00:10:42,517 --> 00:10:45,020 Saya rasa dia bukan cuba meracun tuan. 121 00:10:45,103 --> 00:10:46,938 Tak, bukan secara terus-terang. 122 00:10:47,022 --> 00:10:49,232 Tapi saya tak rasa orang berniat baik 123 00:10:49,316 --> 00:10:52,194 akan memujuk kumpulan yang menyambut saya. 124 00:11:11,171 --> 00:11:12,381 Jaga-jaga. 125 00:11:12,965 --> 00:11:14,675 Sasaran kita mungkin bersenjata. 126 00:11:16,009 --> 00:11:17,594 Atau dia mungkin dah mati. 127 00:11:18,679 --> 00:11:19,680 Dia masih hidup. 128 00:11:20,180 --> 00:11:23,016 Kapal Empayar melindungi nyawa penumpangnya dengan baik… 129 00:11:23,558 --> 00:11:25,102 sebaik mereka mengambil nyawa orang lain. 130 00:11:35,654 --> 00:11:38,448 Komander, awak masih hidup kerana awak berguna. 131 00:11:39,658 --> 00:11:41,201 Habislah awak. 132 00:11:43,829 --> 00:11:45,247 Awak cuma belum tahu. 133 00:11:45,330 --> 00:11:46,540 Tentulah kami tahu. 134 00:11:49,042 --> 00:11:50,877 Kami adalah askar hantu. 135 00:12:15,402 --> 00:12:17,612 Hei. Sini. 136 00:12:41,762 --> 00:12:42,804 Awak okey? 137 00:12:45,432 --> 00:12:46,808 Gia. 138 00:12:50,228 --> 00:12:51,355 Bagaimana awak terluka? 139 00:12:54,524 --> 00:12:55,859 Alamak! 140 00:12:55,942 --> 00:12:58,320 Tak mengapa. Awak okey. 141 00:12:59,404 --> 00:13:02,157 Ia cerita yang bagus nanti, jika kita dapat harungi ini. 142 00:13:06,495 --> 00:13:08,997 Mari pergi dari sini sebelum kita ditembak. 143 00:13:27,224 --> 00:13:28,767 Kita dah dapat senarai. 144 00:13:29,476 --> 00:13:31,144 Lihat nama-nama itu. 145 00:13:31,228 --> 00:13:36,233 Saya perlu jurutera alam sekitar, pendorongan dan astronautik. 146 00:13:36,817 --> 00:13:38,568 Hubungi Pasukan Alder. 147 00:13:39,403 --> 00:13:41,321 Saya mahu korvet bersedia untuk berlepas. 148 00:13:41,863 --> 00:13:43,740 Mereka masih di kaldera. 149 00:13:43,824 --> 00:13:46,201 Suruh mereka bekerja lebih pantas. 150 00:13:47,035 --> 00:13:48,870 Invictus takkan menunggu kita. 151 00:13:50,580 --> 00:13:51,581 Kenapa dia tak dibunuh? 152 00:13:54,334 --> 00:13:56,378 Bilik kebal itu. 153 00:13:56,795 --> 00:13:58,297 Objek misteri yang paling teruk. 154 00:13:59,172 --> 00:14:01,174 Nampaknya dia kunci untuk itu. 155 00:14:02,926 --> 00:14:04,678 Selepas kita uruskannya, 156 00:14:04,761 --> 00:14:06,388 kita akan bunuh dia. 157 00:14:07,306 --> 00:14:09,308 Awak pasti ini akan berjaya, pemburu? 158 00:14:09,766 --> 00:14:11,977 Invictus ialah penebusan kita 159 00:14:12,686 --> 00:14:15,814 dan kita dapatkannya dengan kesakitan kita. 160 00:14:31,788 --> 00:14:32,831 Sedia? 161 00:14:44,176 --> 00:14:45,969 Ini nama kru asal awak? 162 00:14:46,553 --> 00:14:49,181 Setiap orang yang bekerja di Deliverance. 163 00:14:49,931 --> 00:14:54,353 Ada orang yang mati kerana tua atau kemalangan semasa kami tiba di Terminus. 164 00:14:54,853 --> 00:14:56,730 Tunjukkan jurutera alam sekitar. 165 00:15:08,158 --> 00:15:10,827 ROV, JACENTA JURUTERA ALAM SEKITAR 166 00:15:10,911 --> 00:15:12,371 Astronautik? 167 00:15:14,122 --> 00:15:15,248 Siapa timbalan dia? 168 00:15:16,500 --> 00:15:19,211 Saya. Saya yang uruskan hal itu. 169 00:15:20,796 --> 00:15:22,130 Pendorongan? 170 00:15:24,091 --> 00:15:27,135 Belajar di Akademi Orbit Crito. 171 00:15:28,220 --> 00:15:34,393 Mempunyai lebih 5000 jam di kapal pengangkut empayar dan kapal pedagang, 172 00:15:34,476 --> 00:15:35,978 kurang dan lebih daripada kelajuan cahaya. 173 00:15:39,064 --> 00:15:41,024 Awak cari kru untuk kapal loncatan. 174 00:15:41,108 --> 00:15:43,318 Kenapa awak tembak kapal Komander Dorwin? 175 00:15:43,902 --> 00:15:47,823 Kerana saya perlukan dia, bukan kapal dia. 176 00:15:47,906 --> 00:15:50,284 Perbuatan awak ini ialah tindakan perang. 177 00:15:50,867 --> 00:15:52,119 Kita dah ada orang diperlukan. 178 00:15:52,202 --> 00:15:55,080 Pulihkan kuasa pagar dan kodnya semula. 179 00:15:55,163 --> 00:15:57,666 Saya tak mahu mereka menyelinap keluar sebelum kita selesai. 180 00:16:04,131 --> 00:16:06,216 - Hai. - Hai. 181 00:16:18,979 --> 00:16:20,897 Saya akan jelaskan sekali saja. 182 00:16:21,690 --> 00:16:24,526 Asas ada banyak pengetahuan yang kami tak tahu. 183 00:16:25,110 --> 00:16:27,738 Jadi kami perlukan beberapa orang kamu 184 00:16:28,530 --> 00:16:31,199 untuk bantu kami baiki kapal angkasa lepas. 185 00:16:31,283 --> 00:16:33,452 Jika ia dapat dibaiki seperti yang dirancang, 186 00:16:33,535 --> 00:16:37,497 kami akan tinggalkan Terminus dan kamu boleh teruskan kehidupan kamu. 187 00:16:37,581 --> 00:16:40,334 Jika kamu menolak, kita semua akan mati, 188 00:16:41,126 --> 00:16:43,003 Anacreon dan Terminus. 189 00:16:43,086 --> 00:16:45,547 Jacenta Rov, ke depan. 190 00:16:50,385 --> 00:16:53,138 Awak ketua jurutera alam sekitar di Deliverance? 191 00:16:53,221 --> 00:16:55,474 Ya tapi saya takkan bekerja untuk awak. 192 00:16:55,974 --> 00:16:58,060 Saya setia kepada Asas. 193 00:17:07,110 --> 00:17:09,071 Saya tembak sebelah kaki. 194 00:17:09,154 --> 00:17:10,781 Suami awak ada sebelah kaki lagi. 195 00:17:11,448 --> 00:17:13,158 Awak faham? 196 00:17:19,498 --> 00:17:20,666 Akiva Lee. 197 00:17:24,252 --> 00:17:27,506 Awak boleh selenggara enjin lipatan kuantum dalam kapal perang kelas Altair? 198 00:17:28,924 --> 00:17:29,925 Ya. 199 00:17:36,556 --> 00:17:37,933 Lewis Pirenne. 200 00:17:38,016 --> 00:17:40,602 Tolonglah, saya dah 30 tahun… 201 00:17:47,985 --> 00:17:50,612 Ini semua orang yang kita perlukan? 202 00:17:57,286 --> 00:17:59,413 Saya ingat awak cuba meracun saya. 203 00:18:01,039 --> 00:18:03,458 Daun Wolvesbreath itu membantu. 204 00:18:04,376 --> 00:18:06,044 Saya kurang sakit hari ini. 205 00:18:06,128 --> 00:18:07,421 Baguslah, Empayar. 206 00:18:08,255 --> 00:18:10,549 Ia satu penghormatan jika saya boleh bantu lagi. 207 00:18:10,632 --> 00:18:13,093 Awak boleh bantu lagi 208 00:18:13,677 --> 00:18:18,473 dengan menerima permohonan maaf saya kerana cara saya bercakap hari itu. 209 00:18:24,896 --> 00:18:26,440 Simetri yang baik di sini. 210 00:18:27,107 --> 00:18:28,859 Pokok renek dipotong setiap hari. 211 00:18:29,651 --> 00:18:32,404 Cubaan mengarut untuk kawal sesuatu yang tak boleh dikawal. 212 00:18:39,286 --> 00:18:41,955 Tumbuhan akan tumbuh mengikut arah cahaya… 213 00:18:43,624 --> 00:18:44,625 bukan? 214 00:18:45,709 --> 00:18:46,835 Ya, Empayar. 215 00:18:57,721 --> 00:18:59,973 Saya tahu saya arahkan awak untuk buang itu… 216 00:19:02,476 --> 00:19:03,477 tapi biarkannya. 217 00:19:04,686 --> 00:19:06,438 Semoga cahaya takkan padam. 218 00:19:07,856 --> 00:19:09,066 Ia takkan padam. 219 00:19:15,238 --> 00:19:19,576 Apabila saya panggil awak, saya mahu awak datang segera. 220 00:19:20,827 --> 00:19:23,747 Seperti yang awak lihat, saya ada kejutan untuk awak. 221 00:19:24,331 --> 00:19:27,000 Cabaran untuk pemburuan pertama awak. 222 00:19:27,084 --> 00:19:30,337 Ghillie Raptor. Ia menyamar mengikut persekitarannya begitu baik 223 00:19:30,420 --> 00:19:33,131 sehingga awak sukar menemuinya, apatah lagi menembaknya. 224 00:19:33,757 --> 00:19:37,135 Lihat pergerakan, bukan warna. 225 00:19:38,261 --> 00:19:41,974 Biasanya, Adik Day akan mengajar awak memburu. 226 00:19:42,057 --> 00:19:45,435 Tapi memandangkan dia menentang tradisi dan meninggalkan Trantor, 227 00:19:45,519 --> 00:19:47,771 ia menjadi tugas saya. 228 00:19:47,854 --> 00:19:49,815 - Awak ada dengar khabar dari dia? - Tak. 229 00:19:50,399 --> 00:19:51,733 Awak pun sama. 230 00:19:53,110 --> 00:19:55,696 Anggaplah ia peluang yang jarang didapati 231 00:19:55,779 --> 00:19:59,408 untuk awak berdikari. 232 00:20:08,166 --> 00:20:09,668 Mangsa pertama hari ini. 233 00:20:09,751 --> 00:20:12,754 Saya rasa awak tak nampak makhluk itu sebelum saya tembak… 234 00:20:19,886 --> 00:20:21,221 Tembakan bertuah. 235 00:20:21,305 --> 00:20:22,306 Ya. 236 00:20:22,973 --> 00:20:25,976 Beri saya sehari dan saya akan tukar tuah itu menjadi kemahiran. 237 00:20:26,560 --> 00:20:28,437 Saya lebih suka lakukannya sendiri. 238 00:20:29,563 --> 00:20:32,274 Jadi, selamat memburu. 239 00:20:33,442 --> 00:20:34,484 Awak juga sama. 240 00:20:39,448 --> 00:20:42,242 Aduhai, dia berat! 241 00:20:42,326 --> 00:20:43,785 - Poly? - Alamak! 242 00:20:45,037 --> 00:20:46,371 Tak guna, Poly. Sakitnya. 243 00:20:46,455 --> 00:20:47,706 Maaf. 244 00:20:49,082 --> 00:20:50,083 Kita di mana? 245 00:20:50,167 --> 00:20:51,585 Terowong geoterma. 246 00:20:51,668 --> 00:20:53,795 Kami nampak awak di penjara dan heret awak ke sini. 247 00:20:54,671 --> 00:20:56,465 Awak lebih berat daripada yang saya sangka. 248 00:20:59,801 --> 00:21:00,802 Terima kasih. 249 00:21:03,597 --> 00:21:04,598 Warden? 250 00:21:05,098 --> 00:21:06,350 Apa itu Invictus? 251 00:21:06,933 --> 00:21:08,185 Dari mana awak dengar itu? 252 00:21:09,019 --> 00:21:13,023 Phara kata semasa dia bersama awak. Itu saja perkataan yang saya faham. 253 00:21:13,523 --> 00:21:16,777 Ia kapal perang legenda. Tapi dah berabad ia hilang. 254 00:21:16,860 --> 00:21:18,236 Ia seperti kapal hantu. 255 00:21:18,320 --> 00:21:21,156 Saya rasa Phara dah menemuinya. 256 00:21:29,164 --> 00:21:31,667 - Melutut! - Tunduk. 257 00:21:32,292 --> 00:21:34,711 - Salvor. - Ayah. 258 00:21:34,795 --> 00:21:36,088 Hugo! 259 00:21:37,798 --> 00:21:40,133 - Awak juga! - Datuk Bandar Hardin. 260 00:21:41,426 --> 00:21:42,678 Terima kasih kepada Seldon. 261 00:21:42,761 --> 00:21:44,304 Apa kamu buat di sini? 262 00:21:44,388 --> 00:21:46,682 Anacreon dah kod semula pagar, kami tak dapat masuk. 263 00:21:46,765 --> 00:21:49,267 Kami fikir bangkai kapal tempat selamat untuk bersembunyi. 264 00:21:49,351 --> 00:21:51,478 Saya kata ia salah satu hentian awak semasa rondaan malam. 265 00:21:51,561 --> 00:21:53,522 Kamu boleh berbual nanti. 266 00:21:53,605 --> 00:21:55,440 Kita perlu rancangan untuk masuk. 267 00:21:55,524 --> 00:21:57,234 Kita takkan masuk. 268 00:21:57,317 --> 00:21:59,152 Apa maksud awak kita takkan masuk? 269 00:22:01,613 --> 00:22:04,157 Korvet Anacreon ada di medan geoterma. 270 00:22:04,241 --> 00:22:07,828 Lupakan korvet itu. Kita perlu melindungi Asas. 271 00:22:07,911 --> 00:22:10,414 Ini tentang melindungi Asas. 272 00:22:10,497 --> 00:22:14,334 Phara mencari sebuah kapal perang. Boleh memusnahkan planet. 273 00:22:14,418 --> 00:22:17,379 Jika dia dapat carinya, seluruh galaksi akan bermasalah. 274 00:22:17,462 --> 00:22:19,756 Inilah Krisis Seldon yang pertama. 275 00:22:20,340 --> 00:22:23,802 Bilik Kebal dah sedar, naluri yang gerakkan saya… 276 00:22:25,512 --> 00:22:29,558 Hari letak saya di sini untuk halang Anacreon dan bantu saya fikirkan caranya. 277 00:22:30,475 --> 00:22:33,478 Saya akan ikut naluri itu 278 00:22:33,562 --> 00:22:36,231 dan kita akan musnahkan korvet itu. Faham? 279 00:22:37,983 --> 00:22:39,401 - Ya, puan. - Ya, puan. 280 00:22:39,484 --> 00:22:41,403 Kamu berdua tunggu di sini. 281 00:22:41,486 --> 00:22:42,738 Tapi kami selamatkan awak. 282 00:22:43,780 --> 00:22:45,490 Saya terhutang budi. 283 00:22:45,574 --> 00:22:47,200 Tapi ini tugas berbahaya 284 00:22:47,284 --> 00:22:49,202 dan saya tak mahu kamu mati. 285 00:23:02,341 --> 00:23:03,884 Empayar yang dihormati. 286 00:23:03,967 --> 00:23:07,387 Saya ingat saya akan terima sambutan yang meriah 287 00:23:07,471 --> 00:23:10,182 tapi saya disambut oleh penyeleweng. 288 00:23:10,265 --> 00:23:12,476 Maaf, Empayar. 289 00:23:12,559 --> 00:23:15,312 Saya jamin sambutan yang lebih baik sedang menunggu. 290 00:23:17,189 --> 00:23:19,483 Saya perkenalkan Zephyr Gilat. 291 00:23:20,400 --> 00:23:22,361 Semoga tuan dirahmati tiga kali, Empayar. 292 00:23:23,362 --> 00:23:25,280 Sama-sama, Zephyr. 293 00:23:25,781 --> 00:23:29,785 Takziah atas kematian Proxima Opal. 294 00:23:29,868 --> 00:23:33,956 Terima kasih, Empayar. Suasana yang sedih tapi saya juga berharap. 295 00:23:34,039 --> 00:23:35,582 Terutamanya untuk awak. 296 00:23:35,666 --> 00:23:39,169 Saya akan terima keputusan Gelang Zephyr. 297 00:23:39,252 --> 00:23:41,421 Beritahu kami, bagaimana keadaan sekarang? 298 00:23:41,505 --> 00:23:44,841 Zephyr Gilat masih berkemungkinan besar untuk menjadi Proxima. 299 00:23:44,925 --> 00:23:49,721 Bagaimanapun, perkara kecil boleh mengubah keadaan menjadi buruk. 300 00:23:49,805 --> 00:23:50,806 Saya faham. 301 00:23:52,557 --> 00:23:55,268 Kami mahu bantu awak mengikut kemampuan kami. 302 00:23:55,352 --> 00:23:57,187 Itu sangat baik. 303 00:23:57,270 --> 00:24:01,525 Kita tak boleh menafikan yang Halima ada karisma semula jadi. 304 00:24:02,317 --> 00:24:05,862 Saya perlu tawarkan sesuatu yang lebih bernilai. 305 00:24:05,946 --> 00:24:10,867 Dengan segala hormatnya, Empayar, infrastruktur semakin teruk. 306 00:24:10,951 --> 00:24:14,246 Sudah lama air bersih menjadi mahal dan sukar ditemui. 307 00:24:14,329 --> 00:24:18,125 Ada sesuatu pada Halima yang buat mereka rasa dia berbeza. 308 00:24:18,208 --> 00:24:20,460 Rasanya kami ada penyelesaian untuk itu. 309 00:24:20,544 --> 00:24:24,631 Kita akan jadikan metafora Halima menjadi kenyataan. 310 00:24:29,261 --> 00:24:34,308 Zephyr Gilat, sebagai penghormatan sempena pelantikan awak menjadi Proxima, 311 00:24:34,391 --> 00:24:37,894 Empayar akan membina sistem penyahgaraman di seluruh bulan. 312 00:24:38,478 --> 00:24:42,524 Kamu semua akan mendapat air minuman yang bersih. 313 00:24:47,112 --> 00:24:50,032 Saya sangat gembira, Empayar. 314 00:24:51,325 --> 00:24:54,620 Semoga awak dirahmati tiga kali, Zephyr Gilat. 315 00:25:12,679 --> 00:25:13,680 Ayah okey? 316 00:25:14,389 --> 00:25:16,725 Ayah tak tahan dengan angin ini. 317 00:25:17,309 --> 00:25:20,145 Semasa kami baru tiba dahulu, ayah selalu menggenggam tangan. 318 00:25:20,646 --> 00:25:21,813 Satu hari ibu awak kata, 319 00:25:21,897 --> 00:25:24,274 "Buka tangan awak. Awak tak boleh tumbuk angin." 320 00:25:24,358 --> 00:25:26,610 Teruskan, Hugo. Kami akan menyusul. 321 00:25:30,238 --> 00:25:34,451 Membesar di Trantor, zaman kanak-kanak di dalam… 322 00:25:36,078 --> 00:25:37,329 membuat kita jadi lemah. 323 00:25:38,705 --> 00:25:41,083 Ayah jarang bercakap tentang Trantor. 324 00:25:42,292 --> 00:25:43,460 Apa gunanya? 325 00:25:44,336 --> 00:25:45,712 Kita takkan kembali ke sana. 326 00:25:46,213 --> 00:25:47,464 Ia teruk? 327 00:25:48,215 --> 00:25:51,051 Sebaliknya. Ia hebat. 328 00:25:51,134 --> 00:25:54,972 Datuk dan nenek awak bina Jambatan Bintang, jadi kami agak senang. 329 00:25:55,597 --> 00:25:57,015 Keajaiban di semua tempat. 330 00:25:58,016 --> 00:26:00,143 Air pancut terapung, 331 00:26:00,227 --> 00:26:03,146 persembahan air segerak dengan ikan paus 332 00:26:03,230 --> 00:26:06,108 dan sesuatu berenang di atas kepala kita tanpa graviti. 333 00:26:06,817 --> 00:26:08,652 Makanannya… Oh Tuhanku. 334 00:26:08,735 --> 00:26:10,946 Ia paling sedap. 335 00:26:11,571 --> 00:26:13,073 Awak ingat ayah gemuk sekarang? 336 00:26:15,492 --> 00:26:17,035 Ini kebenarannya, Sal. 337 00:26:19,037 --> 00:26:25,043 Kami tahu ia dibina berdasarkan penipuan dan pembohongan, 338 00:26:26,003 --> 00:26:28,588 trilion orang bekerja di sebalik tabir 339 00:26:28,672 --> 00:26:30,132 untuk jadikan semuanya cantik. 340 00:26:30,215 --> 00:26:33,218 Jika kita persoalkannya, ia tak dapat diteruskan. 341 00:26:34,469 --> 00:26:37,306 Kemudian Hari mula menimbulkan kekecohan tentang kejatuhan. 342 00:26:37,389 --> 00:26:40,934 Ayah tak faham perkara yang dia katakan. 343 00:26:41,018 --> 00:26:43,061 Tapi ayah percaya Rancangan itu. 344 00:26:43,145 --> 00:26:46,815 Ayah percayakan gadis bernama Mari Hardin 345 00:26:46,898 --> 00:26:49,526 yang ayah sangat ingin tiduri. 346 00:26:49,609 --> 00:26:50,986 Ayah. 347 00:26:52,946 --> 00:26:54,781 Dia percayakan Rancangan. 348 00:26:55,365 --> 00:26:57,284 Ayah sertai Asas kerana seorang gadis? 349 00:26:57,367 --> 00:26:58,827 Ya. 350 00:26:58,910 --> 00:27:01,455 Ayah menyesal kerana datang ke sini? 351 00:27:05,751 --> 00:27:07,753 Ayah dapat awak, bukan? 352 00:27:08,712 --> 00:27:09,713 Ayuh. 353 00:27:34,196 --> 00:27:35,697 Keadaan tak baik. 354 00:27:42,287 --> 00:27:44,790 Mereka letak bahan letupan di sel hidro. 355 00:27:44,873 --> 00:27:46,416 Ia akan musnahkan seluruh bandar. 356 00:27:47,209 --> 00:27:49,503 Kita perlu halangnya. 357 00:27:52,297 --> 00:27:55,509 Jika ayah pergi lebih dekat, ayah boleh tembak cakera letupan itu, 358 00:27:56,009 --> 00:27:58,095 mungkin musnahkan satu atau dua korvet. 359 00:28:00,263 --> 00:28:02,933 Penembak lebih baik boleh tembak dari jauh dan musnahkan semua kapal. 360 00:28:03,016 --> 00:28:04,101 Salvor. 361 00:28:04,184 --> 00:28:05,936 Jangan buat apa-apa, ayah. 362 00:28:06,019 --> 00:28:08,146 Ayah terlalu tua, terlalu gemuk dan rabun teruk. 363 00:28:08,230 --> 00:28:09,356 Ayah takkan berjaya. 364 00:28:10,357 --> 00:28:12,734 Awak sama dengan ibu awak. 365 00:28:26,623 --> 00:28:29,126 Fokus dan kemahiran tuan luar biasa, Empayar. 366 00:28:29,876 --> 00:28:31,295 Enam ekor. 367 00:28:31,378 --> 00:28:35,215 Abang Dusk tentu kagum. Awak dah pecahkan rekod dia. 368 00:28:35,299 --> 00:28:36,633 Berapa banyak yang dia bunuh? 369 00:28:36,717 --> 00:28:38,427 Tiga ekor semasa pemburuan terbaik dia. 370 00:28:38,510 --> 00:28:40,178 Selepas banyak berlatih. 371 00:28:41,596 --> 00:28:43,473 Makhluk yang licik. 372 00:28:44,725 --> 00:28:46,268 Itu buruan keempat. 373 00:28:46,852 --> 00:28:49,521 Buang ini ke dalam hutan sekarang. Saya bunuh tiga ekor. 374 00:28:50,397 --> 00:28:52,399 Saya bunuh tiga ekor. Awak faham? Pergi! 375 00:28:56,403 --> 00:28:59,114 Adik Dawn, bagaimana dengan pemburuan awak? 376 00:29:00,073 --> 00:29:01,074 Tiga. 377 00:29:01,158 --> 00:29:03,785 Awak menyamai rekod saya pada cubaan pertama. 378 00:29:03,869 --> 00:29:05,412 Romus banyak membantu. 379 00:29:06,288 --> 00:29:07,789 Syabas, Adik Dawn. 380 00:29:07,873 --> 00:29:09,583 Awak pemburu semula jadi. 381 00:29:10,083 --> 00:29:11,209 Minumlah untuk raikan. 382 00:29:18,967 --> 00:29:23,055 Awak memburu seperti lelaki dewasa. Awak rasa awak dah matang sekarang? 383 00:29:24,014 --> 00:29:26,266 Entahlah. Saya dah matang? 384 00:29:26,350 --> 00:29:29,811 Hanya lelaki matang boleh gantikan saya. 385 00:29:32,105 --> 00:29:35,317 Rasanya dah tiba masa untuk awak melawat Laman Gossamer. 386 00:29:37,152 --> 00:29:41,114 Empayar ada banyak urusan mencabar. 387 00:29:41,198 --> 00:29:43,492 Kita juga manusia. 388 00:29:43,575 --> 00:29:48,830 Kita perlu luahkan rasa takut, benci dan geram. 389 00:29:49,456 --> 00:29:52,292 Ingatan mereka dihapuskan sebelum mereka tinggalkan Trantor. 390 00:29:52,376 --> 00:29:55,295 Cleon Pertama yang bangunkan sistem ini. 391 00:29:55,379 --> 00:29:56,630 Ia sempurna. 392 00:29:57,631 --> 00:29:58,632 Jadi? 393 00:30:01,176 --> 00:30:02,678 Gadis mana yang awak suka? 394 00:30:07,307 --> 00:30:10,018 Nikmat mana yang tuan mahu, Empayar? 395 00:30:10,102 --> 00:30:11,895 Awak takkan ingat semua ini? 396 00:30:13,605 --> 00:30:15,857 Sehingga malam ini saja, Empayar. 397 00:30:16,942 --> 00:30:20,320 Saya boleh kata apa-apa saja kepada awak 398 00:30:21,071 --> 00:30:22,572 dan awak takkan ingat esok? 399 00:30:22,656 --> 00:30:23,824 Betul. 400 00:30:24,533 --> 00:30:26,201 Itu tak mengganggu awak? 401 00:30:27,202 --> 00:30:29,329 Ingatan hubungan ini bukan milik saya. 402 00:30:30,122 --> 00:30:31,665 Ia milik Empayar. 403 00:30:39,131 --> 00:30:43,176 Tuan suka nikmat perbualan? Saya mahir dalam banyak subjek. 404 00:30:58,275 --> 00:30:59,318 Pusing. 405 00:31:13,415 --> 00:31:15,083 Saya akan kata awak buat dengan baik. 406 00:31:17,127 --> 00:31:20,672 Awak juga akan ingat begitu. 407 00:31:22,466 --> 00:31:24,009 Dia tak sentuh saya. 408 00:31:25,010 --> 00:31:26,470 Apa yang dia buat? 409 00:31:28,430 --> 00:31:29,514 Dia berbual saja. 410 00:31:32,184 --> 00:31:34,019 Beritahu saya semua kata-kata dia. 411 00:31:44,446 --> 00:31:45,697 Awak okey, Sal? 412 00:31:46,281 --> 00:31:47,616 Saya dah hampir. 413 00:31:47,699 --> 00:31:49,952 Hanya perlu ambil bacaan angin dan saya boleh tembak. 414 00:32:09,846 --> 00:32:11,723 Salvor? Sal? 415 00:32:13,225 --> 00:32:14,643 - Ia berlaku lagi. - Apa? 416 00:32:14,726 --> 00:32:16,937 Ia seperti fikiran dia terganggu atau sawan. 417 00:32:17,771 --> 00:32:19,898 Jika kita tak tarik dia, mereka akan nampak dia. 418 00:32:19,982 --> 00:32:23,318 Awak pergi dapatkan Salvor. Saya uruskan korvet. 419 00:32:27,614 --> 00:32:31,076 Ada satu senario saja untuk awak tinggalkan kapal mengikut rancangan 420 00:32:31,159 --> 00:32:35,580 dan ia menjadikan awak tak boleh berada di atas kapal. 421 00:32:35,664 --> 00:32:37,749 Saya takkan bunuh diri. 422 00:32:40,085 --> 00:32:41,128 Awak bunuh saya. 423 00:32:42,129 --> 00:32:44,548 Awak Hari Seldon. Awak boleh betulkan ini. 424 00:32:44,631 --> 00:32:46,425 Saya tak boleh betulkan. 425 00:32:46,508 --> 00:32:47,843 Awak tak nampak? 426 00:32:47,926 --> 00:32:53,807 Semua ini gagal kerana awak bersama dia. 427 00:32:54,641 --> 00:32:58,770 Pengorbanan semua orang menjadi sia-sia. 428 00:32:59,479 --> 00:33:01,690 Awak tahu kata-kata saya benar. 429 00:33:02,983 --> 00:33:04,318 Awak percayakan pengiraan itu? 430 00:33:05,402 --> 00:33:06,570 Saya benci pengiraan itu. 431 00:33:07,362 --> 00:33:08,655 Awak percayakan saya? 432 00:33:09,156 --> 00:33:10,949 Saya harap saya tak bertemu awak, 433 00:33:11,450 --> 00:33:13,493 tak mencuri buku-buku awak. 434 00:33:14,578 --> 00:33:15,662 Tapi ia dah berlaku. 435 00:33:16,496 --> 00:33:18,624 Ini keadaan kita sekarang, 436 00:33:19,291 --> 00:33:24,087 seluruh galaksi berubah kerana tindakan seorang individu. Awak. 437 00:33:31,720 --> 00:33:35,223 Terus ke pod krio. Ia diprogramkan untuk awak. 438 00:33:35,307 --> 00:33:37,768 Jangan berjumpa dia untuk ucap selamat tinggal. 439 00:33:39,144 --> 00:33:40,937 Jangan libatkan dia dalam hal ini. 440 00:34:02,000 --> 00:34:03,543 Salvor? 441 00:34:05,545 --> 00:34:08,173 - Ia berlaku lagi. - Saya tahu. Awak boleh tembak? 442 00:34:08,256 --> 00:34:10,092 - Ya. - Pergilah. 443 00:34:35,993 --> 00:34:37,661 Mana ayah saya? 444 00:34:37,744 --> 00:34:40,205 Dia pergi ke korvet. Dia pergi selepas awak jatuh. 445 00:34:42,624 --> 00:34:44,001 Dia takkan berjaya. 446 00:34:50,173 --> 00:34:51,675 Terlalu ramai. 447 00:35:20,829 --> 00:35:23,165 Lindung ayah, Sal. Ayah akan musnahkan kapal itu. 448 00:35:23,247 --> 00:35:25,042 Jangan, ayah. 449 00:35:45,896 --> 00:35:47,397 Tolong! 450 00:35:48,732 --> 00:35:49,733 Ayah! 451 00:35:56,073 --> 00:35:58,408 Salvor Hardin, warden Terminus. 452 00:35:58,492 --> 00:36:01,495 - Ayah. - Awak perlu lindungi Rancangan. 453 00:36:01,578 --> 00:36:03,121 Tolonglah, ayah. 454 00:36:30,983 --> 00:36:32,776 Buka genggaman tangan awak, Salvor. 455 00:36:37,030 --> 00:36:38,448 Tidak, ayah! 456 00:36:38,532 --> 00:36:40,242 Jangan melawan angin. 457 00:36:46,164 --> 00:36:48,375 Ayah! 458 00:36:49,584 --> 00:36:50,585 Tidak. 459 00:36:52,004 --> 00:36:54,172 Tidak. 460 00:37:14,192 --> 00:37:16,320 Awak patut lihat pemandangan dari sini. 461 00:37:22,367 --> 00:37:24,745 Empayar, saya tak patut ada di sini. 462 00:37:27,331 --> 00:37:29,458 Mari. Tak mengapa. 463 00:37:41,470 --> 00:37:42,804 Saya tahu awak tentu suka. 464 00:37:59,112 --> 00:38:00,197 Partere. 465 00:38:02,324 --> 00:38:03,367 Laluan pejalan kaki. 466 00:38:05,077 --> 00:38:06,119 Laman utama. 467 00:38:08,538 --> 00:38:11,875 Lihatlah betapa kemas semuanya. 468 00:38:12,876 --> 00:38:14,461 Semuanya teratur. 469 00:38:17,255 --> 00:38:18,465 Saya sukakannya. 470 00:38:21,593 --> 00:38:23,220 Mari lihat dari sini. 471 00:38:30,936 --> 00:38:33,188 Saya tiada medan daya, Empayar. 472 00:38:35,607 --> 00:38:36,692 Awak dah ada sekarang. 473 00:38:52,165 --> 00:38:53,250 Ambil. 474 00:38:55,961 --> 00:38:57,087 Tidak jika tuan tak pakai. 475 00:39:06,013 --> 00:39:07,222 Cantik. 476 00:39:09,558 --> 00:39:11,560 Ya, jika awak dapat lihat kecantikan. 477 00:39:13,437 --> 00:39:14,730 Beritahu saya apa itu? 478 00:39:17,941 --> 00:39:19,109 Taman ros? 479 00:39:20,402 --> 00:39:23,155 Rosa arvensis, kemudian Rosa persica. 480 00:39:23,238 --> 00:39:25,615 - Rosa kordesii… - Warnanya. 481 00:39:26,658 --> 00:39:27,951 Putih dan kuning. 482 00:39:28,785 --> 00:39:31,079 Kuning terang dan tengahnya merah gelap 483 00:39:32,581 --> 00:39:34,708 dengan merah terang. 484 00:39:34,791 --> 00:39:37,294 Apa lagi yang berwarna merah seperti itu? 485 00:39:38,503 --> 00:39:39,755 Di alam semula jadi? 486 00:39:40,589 --> 00:39:42,215 Pokok mapel merah menyala. 487 00:39:43,258 --> 00:39:44,926 Burung tanager musim panas. 488 00:39:45,719 --> 00:39:47,429 Kulit ketam merah. 489 00:39:48,221 --> 00:39:49,556 Pokok cendana merah. 490 00:39:54,144 --> 00:39:56,355 Saya tak tahu Empayar buta warna. 491 00:39:58,106 --> 00:39:59,566 Empayar tak buta warna. 492 00:39:59,650 --> 00:40:01,693 Cleon adalah replika yang sama. 493 00:40:02,611 --> 00:40:04,655 Tiada orang yang buta warna… 494 00:40:07,616 --> 00:40:08,617 sebelum saya. 495 00:40:09,910 --> 00:40:11,370 Bukankah ia biasa di kalangan lelaki? 496 00:40:12,788 --> 00:40:14,456 Ada cara mudah untuk pulihkannya. 497 00:40:14,539 --> 00:40:15,874 Ia tak biasa bagi kami. 498 00:40:18,293 --> 00:40:19,711 Ia bukan mudah. 499 00:40:21,463 --> 00:40:22,673 Itu rahsia saya. 500 00:40:25,342 --> 00:40:26,593 Sekarang awak dah tahu. 501 00:40:29,513 --> 00:40:30,764 Sekarang apa saya patut buat? 502 00:40:43,110 --> 00:40:46,863 Jika saya mahu simpan rahsia, saya akan tolak diri saya. 503 00:40:46,947 --> 00:40:49,449 Itu cara terbaik untuk pastikan saya rahsiakannya. 504 00:40:58,292 --> 00:40:59,376 Awak boleh tolak saya. 505 00:42:11,865 --> 00:42:13,116 Sal. 506 00:42:15,535 --> 00:42:17,537 Dia sertai Asas kerana seorang gadis. 507 00:42:21,833 --> 00:42:23,001 Pelik, bukan? 508 00:42:25,128 --> 00:42:26,922 Akhirnya dia percaya, tapi… 509 00:42:29,049 --> 00:42:30,801 dia buat semuanya kerana ibu saya. 510 00:42:35,764 --> 00:42:37,057 Saya bersimpati. 511 00:42:45,899 --> 00:42:47,567 Saya buat kesilapan, Hugo. 512 00:42:49,194 --> 00:42:51,863 Jika saya tak pitam, ayah saya tentu masih hidup. 513 00:42:51,947 --> 00:42:53,407 Tak. 514 00:42:53,991 --> 00:42:57,911 Saya pasti memusnahkan kapal mereka adalah rancangan yang betul. 515 00:42:57,995 --> 00:42:59,204 Mungkin ia betul. 516 00:42:59,955 --> 00:43:01,581 Mungkin rancangan lain lebih teruk. 517 00:43:03,583 --> 00:43:06,753 Hari kata… Dia kata seluruh galaksi boleh berubah 518 00:43:06,837 --> 00:43:08,880 disebabkan tindakan seorang individu. 519 00:43:09,464 --> 00:43:11,591 Awak salah seorang individu itu, bukan? 520 00:43:12,217 --> 00:43:14,344 Hari memimpin awak supaya Rancangan berjaya. 521 00:43:15,971 --> 00:43:19,141 Kerana saya istimewa? 522 00:43:20,767 --> 00:43:23,603 Anacreon dapat menawan bandar disebabkan saya… 523 00:43:23,687 --> 00:43:27,190 Tak. Mereka dapat menawannya disebabkan Lewis dan si dungu di menara. 524 00:43:29,276 --> 00:43:31,445 Sekarang satu-satunya peluang Asas 525 00:43:31,528 --> 00:43:33,655 untuk mengharungi krisis ini adalah awak. 526 00:43:35,365 --> 00:43:36,992 Saya tak peduli tentang krisis. 527 00:43:37,909 --> 00:43:39,953 Saya hanya mahu Phara terima balasannya. 528 00:43:41,663 --> 00:43:42,998 Kita baru letupkan kapal dia. 529 00:43:43,081 --> 00:43:44,958 Kapal awak saja cara untuk keluar dari planet ini. 530 00:43:45,042 --> 00:43:48,045 Kita menaiki Beggar dahulu sebelum mereka, mereka akan terkandas. Ayuh. 531 00:43:58,013 --> 00:44:02,643 Ketika kita meratapi belas kasihan dan kekuatan Proxima Opal, 532 00:44:03,226 --> 00:44:05,687 marilah kita bersyukur dengan rahmat dia yang banyak. 533 00:44:06,688 --> 00:44:09,775 Demi menghormati perjalanan Opal untuk kelahiran semula 534 00:44:09,858 --> 00:44:13,570 dan sebagai tanda kepercayaan kepada Proxima seterusnya, 535 00:44:13,654 --> 00:44:20,327 Empayar yang dihormati akan memasang sistem penyahgaraman di seluruh bulan. 536 00:44:25,165 --> 00:44:27,751 Marilah memuji Empayar 537 00:44:27,834 --> 00:44:31,838 dan dengar kata-kata Octavo Baru. 538 00:44:34,633 --> 00:44:37,177 "Dengan hadiah daripada pelindung kita… 539 00:44:39,054 --> 00:44:40,222 hati kita… 540 00:44:44,685 --> 00:44:49,523 hati kita bertambah dan semangat kita menjadi berani. 541 00:44:49,606 --> 00:44:53,610 Dengan kerelaan jiwa mereka yang sejajar dengan jiwa kita… 542 00:44:56,905 --> 00:44:58,031 perjalanan kita"… 543 00:45:07,249 --> 00:45:09,876 Zephyr Gilat mengucapkan kata-kata suci 544 00:45:11,003 --> 00:45:12,671 dan kita berterima kasih kepada dia untuknya. 545 00:45:16,383 --> 00:45:18,927 Kita berterima kasih kepada Empayar. 546 00:45:19,636 --> 00:45:23,682 Sambil kita raikan perjalanan Proxima Opal ke kehidupan dia yang seterusnya, 547 00:45:24,641 --> 00:45:28,437 marilah kita bersyukur dengan hadiah Ibu, 548 00:45:29,479 --> 00:45:31,773 hadiah kelahiran semula. 549 00:45:34,276 --> 00:45:37,321 Ada satu ketika, berkurun-kurun dahulu, 550 00:45:38,447 --> 00:45:41,158 semasa jiwa kita seperti lilin. 551 00:45:41,241 --> 00:45:43,994 Ia dibakar sekali dan terus terpadam. 552 00:45:44,911 --> 00:45:48,373 Tapi Ibu melihatnya dan anggap ini tak mencukupi. 553 00:45:49,416 --> 00:45:52,586 Satu kehidupan dalam satu badan, 554 00:45:53,587 --> 00:45:55,797 dibesarkan dalam satu dunia, 555 00:45:57,049 --> 00:46:02,888 jiwa itu tiada sokongan untuk berubah daripada kejahilan 556 00:46:03,555 --> 00:46:05,682 kepada kesucian. 557 00:46:06,683 --> 00:46:10,812 Jadi Ibu ambil garis nyawa itu 558 00:46:10,896 --> 00:46:13,315 dan menjadikannya bulatan, 559 00:46:13,940 --> 00:46:17,110 memberi kita hadiah kelahiran semula. 560 00:46:18,528 --> 00:46:20,238 Apa maksud hadiah ini? 561 00:46:20,739 --> 00:46:23,408 Ada orang percaya tujuan penjelmaan semula 562 00:46:23,492 --> 00:46:27,162 adalah untuk mencapai tahap kesedaran tertinggi. 563 00:46:28,705 --> 00:46:30,499 Tapi kita lebih tahu, bukan? 564 00:46:30,582 --> 00:46:33,752 Perjalanan ini tiada penghujung. 565 00:46:34,544 --> 00:46:36,880 Keupayaan kita untuk berkembang 566 00:46:38,131 --> 00:46:39,800 tiada batasan. 567 00:46:41,218 --> 00:46:45,514 Jiwa yang suci 400 tahun lalu 568 00:46:46,723 --> 00:46:49,518 juga tak suci hari ini. 569 00:46:50,936 --> 00:46:53,438 Ini adalah pengajaran Ibu. 570 00:46:54,022 --> 00:46:56,608 Semasa galaksi berubah, kita juga patut berubah. 571 00:46:57,275 --> 00:47:01,488 Kita mesti terima nilai perubahan, 572 00:47:01,571 --> 00:47:03,198 evolusi, 573 00:47:04,241 --> 00:47:05,909 perbezaan. 574 00:47:05,993 --> 00:47:08,870 Kegagalan manusia paling besar, 575 00:47:08,954 --> 00:47:12,749 dosa paling besar terhadap Ibu adalah tak berkembang. 576 00:47:14,251 --> 00:47:16,086 Jadi kita gembira 577 00:47:16,878 --> 00:47:22,175 kerana jiwa Proxima Opal takkan kekal sama dan mereput. 578 00:47:23,010 --> 00:47:28,390 Kita gembira kerana jiwa dia tak terikat kepada satu badan yang tak berubah. 579 00:47:29,766 --> 00:47:33,895 Kita gembira kerana jiwa dia adalah jiwa yang selalu berubah dan berkembang. 580 00:47:40,235 --> 00:47:42,946 Nyawa kita dalam badan ini mungkin sementara… 581 00:47:44,740 --> 00:47:47,659 tapi jiwa kita akan kekal. 582 00:47:47,743 --> 00:47:53,040 Semasa jiwa kita mencari kesucian tanpa henti, 583 00:47:53,123 --> 00:47:54,249 ingatlah. 584 00:47:55,250 --> 00:48:01,048 Kehidupan awak bukan sentiasa begini tapi ini kehidupan awak sekarang. 585 00:48:01,757 --> 00:48:04,301 Pilihan awak sekarang. 586 00:48:05,344 --> 00:48:08,472 Perubahan awak sekarang. 587 00:48:09,431 --> 00:48:10,807 Jadikannya bermakna! 588 00:48:14,978 --> 00:48:16,188 Demi Ibu! 589 00:48:16,271 --> 00:48:17,689 Demi Ibu! 590 00:49:02,067 --> 00:49:03,068 Ayuh. 591 00:49:24,423 --> 00:49:25,716 Bunuh dia. 592 00:49:25,799 --> 00:49:27,509 Beggar, protokol seruan. 593 00:49:27,592 --> 00:49:29,928 Pemindahan kapal kepada Salvor Hardin. Kunci. 594 00:49:32,973 --> 00:49:34,725 Apa awak dah buat? 595 00:49:35,350 --> 00:49:37,185 Saya serah pemilikan kapal kepada Salvor. 596 00:49:37,269 --> 00:49:39,855 Mulai sekarang, ia takkan buat apa-apa tanpa kebenaran dia. 597 00:49:39,938 --> 00:49:43,317 Ubah semula. Suruh dia ubah semula! 598 00:49:43,900 --> 00:49:46,069 Saya dah kuncinya. Ia tak boleh diubah. 599 00:49:46,153 --> 00:49:49,489 Sekarang awak terkandas di sini sehingga askar Empayar tiba. 600 00:49:49,573 --> 00:49:51,783 Programkan semula sekarang. 601 00:49:51,867 --> 00:49:53,869 Ia takkan dengar kata saya. 602 00:49:53,952 --> 00:49:56,538 Kapal Thespin hanya mengiktiraf seorang kapten pada satu masa. 603 00:49:57,289 --> 00:49:59,041 Mulai sekarang, dia kapten. 604 00:49:59,124 --> 00:50:01,418 Rancangan awak yang mengarut itu, 605 00:50:02,377 --> 00:50:04,171 awak tak boleh lakukan tanpa dia. 606 00:50:05,422 --> 00:50:06,465 Jadi saya boleh bunuh awak. 607 00:50:06,548 --> 00:50:09,676 Jangan mengarut. Saya tak tahu cara memandu kapal. 608 00:50:10,510 --> 00:50:12,554 Saya perlu dia di sebelah saya. 609 00:50:12,638 --> 00:50:13,889 Awak perlukan dia. 610 00:50:24,858 --> 00:50:28,362 Nampaknya awak dapat lihat bintang, warden. 611 00:50:38,497 --> 00:50:40,958 Awak ada sut angkasa lepas? 612 00:50:41,041 --> 00:50:42,751 Semasa awak menaiki Deliverance? 613 00:50:42,834 --> 00:50:45,087 Ya, tapi ia dah berusia 30 tahun. 614 00:50:45,170 --> 00:50:46,380 Itu dah mencukupi. 615 00:50:49,466 --> 00:50:51,176 Faham kata-kata saya. 616 00:50:51,259 --> 00:50:54,763 Kami akan tinggalkan askar lain di sini sebagai langkah berjaga-jaga. 617 00:50:54,846 --> 00:50:59,851 Jika kamu tak ikut arahan kami, jika kamu melawan pemburu kami, 618 00:51:01,144 --> 00:51:05,399 fikirkan nasib orang tersayang kamu dan bertindak dengan sewajarnya. 619 00:51:08,110 --> 00:51:09,653 - Lewis. - Dara. 620 00:51:15,993 --> 00:51:18,829 Tak mengapa, sayang. Ikut arahan mereka. 621 00:51:19,413 --> 00:51:20,539 Tolonglah, jangan… 622 00:51:21,707 --> 00:51:22,874 Tolonglah. 623 00:51:23,959 --> 00:51:25,711 Lepaskan saya. 624 00:51:27,754 --> 00:51:29,214 Mak! 625 00:51:37,723 --> 00:51:38,932 Mana bapa awak? 626 00:51:42,394 --> 00:51:43,478 Mana Abbas? 627 00:51:45,772 --> 00:51:49,609 Saya minta maaf, mak. Saya dah cuba. 628 00:52:30,359 --> 00:52:31,568 Berlepas. 629 00:52:31,652 --> 00:52:34,279 Saya dah kata, ia kapal Salvor sekarang. 630 00:52:37,449 --> 00:52:39,368 Pegang alat kawalan dan percayakan diri awak. 631 00:52:40,285 --> 00:52:41,370 Saya faham. 632 00:52:44,456 --> 00:52:46,583 Sila masukkan destinasi anda. 633 00:52:47,376 --> 00:52:49,336 Kapal ini meminta koordinat. 634 00:52:49,419 --> 00:52:51,004 Awak boleh beritahu destinasi kita? 635 00:52:51,588 --> 00:52:52,839 Jalur Anthor. 636 00:52:54,925 --> 00:52:56,927 Bersedia. Kapal bergegar semasa berlepas. 637 00:52:57,010 --> 00:52:58,053 Saya okey di sini. 638 00:53:00,639 --> 00:53:02,724 Koordinat Jalur disimpan dalam pemanduan arah Beggar 639 00:53:02,808 --> 00:53:04,393 semasa saya bekerja di lombong. 640 00:53:05,060 --> 00:53:07,104 Keluarkan kita dari atmosfera dan kita akan okey. 641 00:53:23,578 --> 00:53:24,621 Kami dah sedia. 642 00:53:24,705 --> 00:53:25,789 Enjin juga. 643 00:53:38,760 --> 00:53:39,928 Perlahan-lahan. 644 00:53:49,604 --> 00:53:50,897 Kita okey? 645 00:53:52,441 --> 00:53:54,776 Biar alat kawalan beritahu awak pergerakan kapal. 646 00:53:54,860 --> 00:53:57,404 Jangan mengawalnya. Awak perlu kerjasama. 647 00:53:57,487 --> 00:54:00,449 Jika saya tak mengawalnya, ia tak patut dipanggil alat kawalan. 648 00:54:05,579 --> 00:54:08,123 Kuatkan tujahan 20 peratus untuk memampas ricihan angin timur. 649 00:54:10,334 --> 00:54:11,460 Penggalak dah dikuatkan. 650 00:54:17,132 --> 00:54:19,468 Syabas. Kita dah selamat. 651 00:54:21,720 --> 00:54:22,971 Mahkota. 652 00:55:59,568 --> 00:56:01,570 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof