1 00:00:01,000 --> 00:00:02,419 Sebelum ini dalam Foundation… 2 00:00:02,503 --> 00:00:03,836 Phara mencari sebuah kapal perang. 3 00:00:03,921 --> 00:00:05,297 Invictus? 4 00:00:05,380 --> 00:00:08,258 Sal, sut saya dah rosak. Penujah tak berfungsi. 5 00:00:08,342 --> 00:00:09,301 Hugo. 6 00:00:09,384 --> 00:00:11,261 Awak akan bantu kami tukar haluan kapal. 7 00:00:11,345 --> 00:00:14,223 Kemudian kami akan membawanya ke pusat Trantor. 8 00:00:14,306 --> 00:00:17,142 Awak cuma pantulan ego lelaki yang dah mati. 9 00:00:17,226 --> 00:00:19,686 Menurut Zephyr Halima, saya tiada jiwa. 10 00:00:19,770 --> 00:00:23,357 Saya perlu merayu kepada Tiga Dewi itu sendiri. 11 00:00:23,440 --> 00:00:25,526 Saya akan berjalan melalui Pusaran. 12 00:00:25,609 --> 00:00:26,985 Kita masih boleh selesaikan teka-teki… 13 00:00:28,320 --> 00:00:29,363 walaupun ada bahagian yang hilang. 14 00:00:29,446 --> 00:00:31,990 Raych memang patut ada di sini. Bukan awak. 15 00:00:32,073 --> 00:00:34,660 Saya dah bosan dengan semua ini. 16 00:00:36,954 --> 00:00:38,872 Rasanya saya boleh tahu masa hadapan. 17 00:01:47,357 --> 00:01:49,359 BERDASARKAN NOVEL ISAAC ASIMOV 18 00:03:06,394 --> 00:03:07,812 Ilex! 19 00:03:15,028 --> 00:03:17,405 Selepas mereka mati, tiada kanak-kanak lagi. 20 00:03:18,281 --> 00:03:19,783 Hanya pahlawan. 21 00:03:20,659 --> 00:03:25,372 Saya berusaha sehingga dinamakan sebagai Pemburu Utama Peperangan. 22 00:03:27,958 --> 00:03:31,670 Jangka hayat saya dipanjangkan sebanyak tiga kali ganda. 23 00:03:31,753 --> 00:03:36,007 Tuhan Weald takkan benarkan saya mati sehingga saya dapat balas dendam. 24 00:03:38,176 --> 00:03:39,469 Apabila saya dah bersedia… 25 00:03:41,304 --> 00:03:43,056 Tuhan beri saya hadiah kedua. 26 00:03:43,139 --> 00:03:44,558 Invictus? 27 00:03:44,641 --> 00:03:46,893 Ia muncul di orbit seperti satu doa. 28 00:03:47,978 --> 00:03:49,437 Saya tahu ketika itu, 29 00:03:49,521 --> 00:03:53,149 Tuhan bukan saja benarkan misi saya untuk musnahkan Empayar, 30 00:03:53,859 --> 00:03:54,901 Tuhan yang rancangnya. 31 00:03:54,985 --> 00:03:56,903 Awak nampak kejadian yang berlaku pada bangsa awak. 32 00:03:58,738 --> 00:04:03,910 Disebabkan dosa beberapa orang, Empayar hapuskan separuh dunia awak. 33 00:04:04,494 --> 00:04:08,498 Jika awak serang Trantor, seluruh Outer Reach akan terseksa. 34 00:04:08,582 --> 00:04:10,959 Awak tak faham konsep balas dendam, bukan? 35 00:04:12,502 --> 00:04:14,421 Saya tak peduli tentang manusia. 36 00:04:16,965 --> 00:04:20,218 Kapal ini akan tunaikan hajat saya. 37 00:04:21,261 --> 00:04:24,306 Awak akan bantu saya tentukan loncatan seterusnya. 38 00:04:26,975 --> 00:04:28,268 Jika tidak, 39 00:04:29,728 --> 00:04:31,730 pemburu-pemburu saya akan bunuh semua lelaki, 40 00:04:32,814 --> 00:04:37,569 wanita dan kanak-kanak yang ada di Terminus, 41 00:04:37,652 --> 00:04:39,154 bermula dengan ibu awak. 42 00:04:44,534 --> 00:04:46,286 Awak dah korbankan bapa awak. 43 00:04:47,704 --> 00:04:49,456 Awak takkan biar dia pula terkorban. 44 00:04:51,374 --> 00:04:53,543 Perjanjiannya mudah saja, warden. 45 00:04:56,755 --> 00:04:58,089 Musnahkan Trantor… 46 00:04:59,299 --> 00:05:03,345 dan mungkin 47 00:05:04,346 --> 00:05:07,807 Asas awak yang berharga itu akan terselamat selepas itu. 48 00:05:10,644 --> 00:05:13,647 Hebat bukan perkara yang seseorang sanggup buat demi sedikit masa? 49 00:05:42,133 --> 00:05:43,844 Sejak bila awak boleh buat begini? 50 00:05:45,428 --> 00:05:47,055 Selama yang saya boleh ingat. 51 00:05:49,599 --> 00:05:51,768 Kebanyakan masanya ia hanya perasaan. 52 00:05:52,853 --> 00:05:54,229 Seperti ini tapi… 53 00:05:56,356 --> 00:05:58,275 pada waktu lain ia muncul dalam mimpi. 54 00:06:00,569 --> 00:06:02,445 Saya pernah mimpi tentang ombak. 55 00:06:03,864 --> 00:06:05,115 Ombak yang sangat besar… 56 00:06:05,740 --> 00:06:10,954 saya hanya boleh tahan nafas dan biar ia menghanyutkan saya. 57 00:06:12,330 --> 00:06:14,791 Saya tahu ia akan musnahkan rumah saya, 58 00:06:14,875 --> 00:06:17,878 keluarga dan seluruh dunia saya. 59 00:06:19,963 --> 00:06:23,008 Saya tak boleh lupakan mimpi itu, Hari. 60 00:06:24,885 --> 00:06:26,219 Ia menghantui saya. 61 00:06:26,303 --> 00:06:29,306 Saya perlu tahu yang ia takkan terjadi dalam kehidupan sebenar, 62 00:06:29,389 --> 00:06:32,309 jadi saya belajar matematik. 63 00:06:32,392 --> 00:06:36,313 Saya kira semua kebarangkalian dan daya fizikal yang saya boleh fikirkan, 64 00:06:36,396 --> 00:06:38,064 terdesak mencari cara mengatasinya. 65 00:06:41,902 --> 00:06:43,403 Tapi saya tak berjaya. 66 00:06:45,030 --> 00:06:47,741 Mimpi itu membawa awak kepada matematik, 67 00:06:47,824 --> 00:06:51,036 menunjukkan ia bukan sekadar mimpi, tapi satu prarasa. 68 00:06:52,120 --> 00:06:53,413 Saya tak terkejut jika tahu 69 00:06:53,496 --> 00:06:56,374 awak ada kebolehan memproses mengikut gerak hati 70 00:06:56,458 --> 00:06:57,918 yang buat awak mahir dalam matematik. 71 00:06:58,668 --> 00:07:00,128 Sebab itu awak dapat selesaikan Abraxas. 72 00:07:01,755 --> 00:07:05,091 Saya dapat selesaikan Abraxas kerana saya berusaha kuat. 73 00:07:05,175 --> 00:07:07,969 Ya, saya kata awak hebat. 74 00:07:14,351 --> 00:07:15,810 Ia semakin panas. 75 00:07:15,894 --> 00:07:18,063 Geseran semasa kita memasuki medan serpihan. 76 00:07:18,146 --> 00:07:20,690 Radiator kapal ini akan hilangkan haba. 77 00:07:20,774 --> 00:07:24,653 Mulakan sistem pemindahan haba. Menstabilkan suhu. 78 00:07:25,153 --> 00:07:26,905 Kenapa awak mahu ke Helicon, Hari? 79 00:07:27,405 --> 00:07:28,907 Apa rancangan awak dan Raych? 80 00:07:29,407 --> 00:07:30,951 Saya dah beritahu awak. 81 00:07:31,034 --> 00:07:32,827 Tak, saya buat anggapan yang awak tak nafikan. 82 00:07:32,911 --> 00:07:33,954 Kerana awak betul. 83 00:07:34,746 --> 00:07:36,915 Awak akan terus berahsia dengan saya? 84 00:07:36,998 --> 00:07:39,501 Saya patut buat begitu sejak awal lagi. 85 00:07:39,584 --> 00:07:41,211 Apa maksud awak? 86 00:07:41,711 --> 00:07:42,838 Jika kita tak berhati-hati, 87 00:07:42,921 --> 00:07:47,551 sifat terus mata awak ini berpotensi untuk memesongkan psikosejarah. 88 00:07:47,634 --> 00:07:49,553 Lihat keadaan awak dan Raych. 89 00:07:49,636 --> 00:07:51,054 Awak ada di sini dan dia tiada. 90 00:07:53,306 --> 00:07:55,100 Itu tak betul. Saya tarik balik kata-kata saya. 91 00:07:55,183 --> 00:07:57,143 Apa saya cuba katakan 92 00:07:57,227 --> 00:08:01,439 ialah kemandirian manusia bergantung kepada ketibaan kita di Helicon. 93 00:08:01,523 --> 00:08:04,526 Saya ingat kemandirian kita bergantung kepada Asas. 94 00:08:04,609 --> 00:08:06,319 Ya, sehingga satu tahap. 95 00:08:09,948 --> 00:08:13,785 Tapi hanya jika organisasi kedua dapat ditubuhkan. 96 00:08:13,869 --> 00:08:15,912 Jadi ia Asas kedua. 97 00:08:15,996 --> 00:08:20,292 Di Star's End. Di Helicon. 98 00:08:41,229 --> 00:08:42,355 HAB SIARAN KOMUNIKASI 99 00:09:28,735 --> 00:09:29,653 Ini Hugo Crast… 100 00:09:31,988 --> 00:09:33,073 Ini Cian un Edan, 101 00:09:34,491 --> 00:09:36,618 bekas penduduk Thespis, 102 00:09:38,161 --> 00:09:41,706 menghantar SOS kepada Republik Thespin. 103 00:09:42,666 --> 00:09:46,878 Melaporkan aktiviti Anacreon di kota kara 59. 104 00:09:49,589 --> 00:09:51,091 Ada sesiapa dengar? 105 00:09:53,009 --> 00:09:54,511 Ada sesiapa dengar? 106 00:09:58,139 --> 00:09:59,266 Ada sesiapa dengar? 107 00:10:39,639 --> 00:10:43,643 Pusaran direka untuk menguji daya ketahanan badan. 108 00:10:43,727 --> 00:10:49,232 Laluan sepanjang 170 kilometer tanpa sebarang makanan, air dan rehat. 109 00:10:49,316 --> 00:10:51,026 Tanda vital optimum. 110 00:10:53,570 --> 00:10:57,157 Tuan perlu tanggalkan semua alat tak organik. 111 00:10:57,824 --> 00:10:59,034 Aura perlindungan tuan… 112 00:11:11,129 --> 00:11:12,589 dan nanobot empayar tuan. 113 00:11:16,843 --> 00:11:20,388 Buat pertama kali dalam hidup tuan, tuan boleh tercedera, 114 00:11:21,097 --> 00:11:23,058 - kepenatan… - Saya faham. 115 00:11:23,141 --> 00:11:24,935 Jika penziarah terhuyung-hayang, 116 00:11:25,018 --> 00:11:27,562 orang lain di sana boleh bantu dia. 117 00:11:27,646 --> 00:11:30,232 Jika dia dah berlutut pada sebelah kaki. 118 00:11:31,399 --> 00:11:34,819 Berlutut pada kedua-dua belah kaki adalah tanda penyerahan. 119 00:11:35,987 --> 00:11:39,449 Penziarah perlu cari kekuatan untuk merangkak keluar dari sana 120 00:11:39,533 --> 00:11:41,576 atau dia akan mati. 121 00:11:43,495 --> 00:11:47,249 Kurang daripada separuh penziarah akan tiba di pusat Pusaran. 122 00:11:47,332 --> 00:11:50,752 Mereka akan memasuki gua suci di sana iaitu Rahim Ibu. 123 00:11:51,628 --> 00:11:53,171 Ada air dalam gua itu. 124 00:11:53,755 --> 00:11:56,675 Garam di sekeliling kolam ada cas ionik tertentu 125 00:11:56,758 --> 00:12:00,470 yang memberi satu reaksi kepada sesiapa yang sentuhnya. 126 00:12:00,554 --> 00:12:06,142 Selepas tuan berendam dalam kolam, jika Ibu benarkan, 127 00:12:06,768 --> 00:12:08,436 tuan akan mendapat satu visi. 128 00:12:09,437 --> 00:12:11,273 Jika tuan berjaya dan kembali, 129 00:12:11,940 --> 00:12:14,860 satu panel Zephyr akan terjemahkan visi tuan. 130 00:12:14,943 --> 00:12:16,444 Apa yang penziarah lain nampak? 131 00:12:16,945 --> 00:12:19,698 Setiap visi adalah unik dan sangat peribadi. 132 00:12:20,282 --> 00:12:22,993 Satu kejutan jika mereka tak berhalusinasi tentang makanan. 133 00:12:24,369 --> 00:12:25,829 Nanobot dah dikeluarkan. 134 00:12:28,039 --> 00:12:31,334 Muslihat ini sangat berisiko untuk tuan. 135 00:12:31,918 --> 00:12:34,546 Selain bahaya fizikal yang tak pernah berlaku sebelum ini, 136 00:12:34,629 --> 00:12:36,006 jika… 137 00:12:36,089 --> 00:12:38,091 jika tuan tak sampai ke penghujungnya, 138 00:12:38,175 --> 00:12:40,343 pengkritik tuan akan jadi lebih berani. 139 00:12:40,886 --> 00:12:42,304 Saya akan sampai ke penghujungnya. 140 00:12:46,766 --> 00:12:48,268 Beri saya gelang garam awak. 141 00:13:06,786 --> 00:13:07,996 Saya akan ambil ini. 142 00:13:10,207 --> 00:13:12,292 Ia seperti awak ada bersama saya di sana. 143 00:13:13,376 --> 00:13:15,295 Seperti selalu. 144 00:14:13,937 --> 00:14:16,439 Percayalah. Perlahan-lahan. 145 00:14:18,316 --> 00:14:20,151 Lingkaran tengah ini agak mengelirukan. 146 00:14:21,027 --> 00:14:23,029 Membuat kita rasa dah berjalan jauh. 147 00:14:24,239 --> 00:14:26,449 Pastikan awak simpan sedikit tenaga. 148 00:14:26,992 --> 00:14:28,201 Awak pernah buat sebelum ini? 149 00:14:28,910 --> 00:14:32,455 Tak tapi saya dah bercakap dengan beberapa orang yang dah buat. 150 00:14:37,210 --> 00:14:39,004 Awak ada petunjuk yang berguna? 151 00:14:40,505 --> 00:14:42,174 Tiada cara yang mudah. 152 00:14:42,841 --> 00:14:44,217 Itulah tujuannya. 153 00:14:45,093 --> 00:14:46,511 Tetapkan langkah awak. 154 00:14:47,637 --> 00:14:49,222 Selangkah demi selangkah. 155 00:14:49,931 --> 00:14:51,725 Tiga Dewi akan beri awak petunjuk. 156 00:14:53,935 --> 00:14:56,855 Mereka ada cakap tentang visi mereka? 157 00:15:01,443 --> 00:15:04,112 Seorang penziarah beritahu saya 158 00:15:04,196 --> 00:15:09,534 garam di sekeliling kolam itu mula berpusar dan berubah di depan dia. 159 00:15:10,827 --> 00:15:12,287 Dia tak kata apa terjadi seterusnya, 160 00:15:12,370 --> 00:15:15,290 tapi dia kata ia benda paling cantik dia pernah lihat. 161 00:15:20,921 --> 00:15:24,090 - Awak dari mana? - Baltaros. Awak? 162 00:15:24,174 --> 00:15:27,511 - Nishaya. - Planet perkilangan. 163 00:15:28,678 --> 00:15:31,848 Kami buat semua benda yang terlalu toksik untuk dibuat di Trantor. 164 00:15:32,933 --> 00:15:34,434 Tekstil istimewa. 165 00:15:34,976 --> 00:15:38,355 Saduran seramik khusus yang Empayar suka. 166 00:15:39,981 --> 00:15:41,191 Nishaya tempat yang sempurna 167 00:15:41,274 --> 00:15:44,027 kerana atmosfera kami adalah kabus putih tebal 168 00:15:44,110 --> 00:15:48,198 dan ia memang dah tercemar. 169 00:15:49,866 --> 00:15:51,243 Kabus itu. 170 00:15:51,868 --> 00:15:52,869 Ibu saya pernah kata 171 00:15:52,953 --> 00:15:55,789 apabila dia dapat lihat wajah bapa saya… 172 00:15:56,456 --> 00:15:58,166 mereka dah ada tiga orang anak. 173 00:16:00,126 --> 00:16:02,629 Awak bekerja di salah satu kilang itu? 174 00:16:02,712 --> 00:16:04,798 Tak. Saya seorang pengangkut. 175 00:16:05,590 --> 00:16:07,217 Mengangkut kotak ke kapal loncatan. 176 00:16:09,970 --> 00:16:12,097 Mesin yang hebat, bukan? 177 00:16:12,180 --> 00:16:13,181 Ya. 178 00:16:13,807 --> 00:16:16,351 Saya tak pernah menaikinya sehingga saya datang ke sini. 179 00:16:17,102 --> 00:16:19,229 Saya guna semua simpanan untuk tempah laluan saya. 180 00:16:21,022 --> 00:16:24,192 Dari Baltaros? Awak juga tentu menaikinya. 181 00:16:24,276 --> 00:16:25,277 Ya. 182 00:16:27,571 --> 00:16:29,030 Ia juga kali pertama bagi saya. 183 00:16:31,074 --> 00:16:33,827 Dahulu saya cemburu dengan orang yang selalu mengembara, 184 00:16:33,910 --> 00:16:36,037 meloncat dari hujung galaksi ke hujung yang lain. 185 00:16:36,621 --> 00:16:41,459 Tapi ini saja perjalanan yang saya perlukan. 186 00:16:43,503 --> 00:16:44,838 Saya harap awak juga rasa begitu. 187 00:16:47,382 --> 00:16:48,633 Asas kedua? 188 00:16:48,717 --> 00:16:51,636 Terminus ditubuhkan dengan kapal Empayar 189 00:16:51,720 --> 00:16:54,764 dan direka sebagai umpan. 190 00:16:55,348 --> 00:16:59,352 Tapi lokasi Asas kedua perlu dirahsiakan, 191 00:17:00,896 --> 00:17:02,564 walaupun daripada Asas pertama. 192 00:17:03,315 --> 00:17:05,025 Kenapa? Apa tujuannya? 193 00:17:08,111 --> 00:17:11,323 Jika awak tak percayakan saya, saya tak mahu ke Helicon. 194 00:17:12,282 --> 00:17:13,700 Jangan mengarut, Gaal. 195 00:17:14,326 --> 00:17:16,995 Saya ada sumber di Helicon. Sekutu. 196 00:17:17,078 --> 00:17:19,956 Kita dah tahu kebolehan awak, jadi kita boleh mengkajinya. 197 00:17:20,040 --> 00:17:21,416 Guna sebagai kelebihan kita. 198 00:17:21,500 --> 00:17:24,127 Saya dah bosan dipergunakan. 199 00:17:24,878 --> 00:17:27,839 Saya mahu pergi. Sekarang. 200 00:17:27,923 --> 00:17:31,927 Sama ada awak beritahu saya atau saya pergi dengan cara saya datang. 201 00:17:37,057 --> 00:17:38,183 Awak mahu ke mana? 202 00:17:38,266 --> 00:17:40,352 Terminus akan ambil masa berdekad. 203 00:17:40,435 --> 00:17:42,687 Trantor? Awak akan diusir oleh Empayar. 204 00:17:42,771 --> 00:17:45,440 Ada dunia lain selain itu. Ibu saya ajar nama-namanya. 205 00:17:49,568 --> 00:17:51,947 Awak kata naluri saya penting. 206 00:17:52,489 --> 00:17:54,199 Ia beritahu saya. 207 00:17:54,282 --> 00:17:56,326 Buka pintu ini. 208 00:17:56,409 --> 00:18:00,372 - Awak tak fikir dengan jelas. - Jangan suruh saya berfikir. 209 00:18:00,455 --> 00:18:01,957 Buka pintu ini. 210 00:18:07,295 --> 00:18:08,296 Buka pintu ini! 211 00:18:09,631 --> 00:18:10,674 Buka! 212 00:18:13,468 --> 00:18:15,053 Buka pintu ini! 213 00:19:22,078 --> 00:19:25,165 Jangan berputus asa. Kita dah hampir. 214 00:19:36,134 --> 00:19:37,135 Ya. 215 00:19:45,936 --> 00:19:50,023 Tiga puluh… Tak, 29 minit sebelum loncatan seterusnya. 216 00:19:55,403 --> 00:19:56,655 Rancangan dia… 217 00:19:58,073 --> 00:19:59,533 Walaupun kamu berjaya, 218 00:20:01,409 --> 00:20:03,745 Empayar akan bunuh semua bangsa awak. 219 00:20:04,538 --> 00:20:06,498 Kali ini secara menyeluruh. 220 00:20:08,542 --> 00:20:09,709 Mereka akan bunuh semua orang. 221 00:20:11,336 --> 00:20:13,255 Kekecohan selepas itu… 222 00:20:15,423 --> 00:20:16,716 semuanya akan dilupakan. 223 00:20:18,885 --> 00:20:22,556 Saya tahu Phara anggap dirinya terselamat daripada pembunuhan itu… 224 00:20:24,891 --> 00:20:27,477 tapi anak-anak Anacreon masih dilahirkan hari ini. 225 00:20:32,399 --> 00:20:33,984 Awak ada anak, bukan? 226 00:20:36,152 --> 00:20:37,279 Seorang anak perempuan. 227 00:20:39,698 --> 00:20:41,950 - Rasa seperti anak perempuan. - Bagaimana awak tahu? 228 00:20:42,033 --> 00:20:44,452 Phara tak beritahu awak? Saya boleh baca fikiran orang. 229 00:20:46,663 --> 00:20:49,249 Saya hanya nampak kegelapan dalam diri dia. 230 00:20:49,332 --> 00:20:51,543 Tapi saya nampak awak rasa sangsi. 231 00:20:53,503 --> 00:20:55,672 Anacreon masih ada masa hadapan. 232 00:20:56,548 --> 00:20:58,466 Bukankah itu lebih baik untuk mangsa terkorban? 233 00:20:59,676 --> 00:21:02,053 - Berlindung! - Jacenta? 234 00:21:06,600 --> 00:21:07,601 Kapal tak guna. 235 00:21:08,727 --> 00:21:09,936 Rowan. 236 00:21:24,910 --> 00:21:25,911 Ini satu pemberontakan. 237 00:21:27,245 --> 00:21:30,081 Pegawai tentu mengatur senjata untuk mengawal anjungan. 238 00:21:37,631 --> 00:21:39,132 Awak. 239 00:21:39,216 --> 00:21:40,967 Awak akan jadi umpan dan saya akan matikannya. 240 00:21:41,051 --> 00:21:42,052 Jika awak tersasar? 241 00:21:42,677 --> 00:21:43,720 Awak akan mati. 242 00:22:04,741 --> 00:22:05,909 Masa dah suntuk, warden. 243 00:22:47,701 --> 00:22:51,329 - Tembakan bertuah. - Awak yang bertuah, saya berkemahiran. 244 00:22:52,038 --> 00:22:53,164 Satu lagi halangan. 245 00:22:55,584 --> 00:22:56,751 Awak tahu caranya. 246 00:23:23,820 --> 00:23:25,488 - Tunduk! - Lewis! 247 00:23:35,957 --> 00:23:37,417 Ayuh. 248 00:23:37,501 --> 00:23:39,419 Sebentar lagi mereka dapat buka pintu itu. 249 00:23:48,386 --> 00:23:49,638 Buka pintu itu. 250 00:23:55,894 --> 00:23:57,312 Kita dah kesuntukan masa! 251 00:24:27,300 --> 00:24:28,426 Kapten membunuh diri. 252 00:24:30,470 --> 00:24:31,680 "Exo." 253 00:24:32,806 --> 00:24:35,725 Pegawai eksekutif? 254 00:24:35,809 --> 00:24:38,520 Dia dikhianati oleh orang bawahan dia? 255 00:24:38,603 --> 00:24:41,022 Exo juga bermakna "dari luar." 256 00:24:41,898 --> 00:24:43,149 Luar galaksi? 257 00:24:45,277 --> 00:24:47,279 Awak rasa mereka menemui sesuatu di luar sana? 258 00:24:56,121 --> 00:24:57,581 Pod kerja individu. 259 00:25:00,167 --> 00:25:01,501 Salah satu pod kawal pemanduan arah. 260 00:25:03,128 --> 00:25:07,048 Jika kita boleh carinya, kita ada peluang untuk tetapkan loncatan seterusnya. 261 00:25:07,132 --> 00:25:08,133 Senjata? 262 00:25:08,967 --> 00:25:10,177 Bukan untuk senjata. 263 00:25:11,094 --> 00:25:12,387 Pendorongan. 264 00:25:13,180 --> 00:25:15,307 Mereka tentu meloncat terlalu jauh untuk dapat bekalan. 265 00:25:16,850 --> 00:25:19,769 Mula meloncat lebih jauh dan terus meloncat. 266 00:25:19,853 --> 00:25:23,315 Amaran. Merentas ruang dalam 20 minit. 267 00:25:24,524 --> 00:25:26,902 Mulakan protokol pengangkutan. 268 00:25:26,985 --> 00:25:27,986 Saya dah faham. 269 00:25:28,069 --> 00:25:29,988 Lampu itu untuk apa? Protokol pengangkutan? 270 00:25:30,071 --> 00:25:31,823 Kapal ini tiada Spacer. 271 00:25:31,907 --> 00:25:35,911 Tanpa Spacer, ahli kru perlu diberi sedatif sebelum loncatan. 272 00:25:36,411 --> 00:25:39,372 Lampu ini beritahu mereka tempoh masa untuk tiba tempat permulaan loncatan. 273 00:25:39,456 --> 00:25:40,457 Kita kesuntukan masa. 274 00:25:41,541 --> 00:25:42,542 Di sana. 275 00:25:50,967 --> 00:25:53,678 Ini dia. Pod pemanduan arah. 276 00:25:54,679 --> 00:25:56,097 Sebelum Empayar ada Spacer, 277 00:25:56,181 --> 00:25:59,184 kapal lama ini perlukan sesuatu yang ada kuasa memproses yang besar 278 00:25:59,267 --> 00:26:00,560 untuk mengawal loncatan. 279 00:26:00,644 --> 00:26:04,189 Mengembara laju daripada cahaya bergantung kepada gerak hati dan sains. 280 00:26:05,649 --> 00:26:07,067 Ia seperti meminta hajat. 281 00:26:07,150 --> 00:26:11,071 Lompatan kognitif yang hanya boleh dilakukan oleh otak yang hidup. 282 00:26:11,863 --> 00:26:13,114 Perbezaannya ialah 283 00:26:13,198 --> 00:26:15,784 genetik Spacer direka untuk menahan bebanan itu 284 00:26:15,867 --> 00:26:19,788 tapi manusia yang tak diperkuatkan tiada kelebihan itu. 285 00:26:22,207 --> 00:26:23,375 Untuk bertahan… 286 00:26:26,419 --> 00:26:31,258 mereka perlu disambung dengan wayar kepada kapal. 287 00:26:34,094 --> 00:26:36,721 Dia ditembak. Kapal ini mencari dia. 288 00:26:38,932 --> 00:26:40,475 Tak dapat memandu sendiri. 289 00:26:48,358 --> 00:26:50,402 Bolehkah seseorang disambungkan tanpa pembedahan? 290 00:26:53,530 --> 00:26:54,823 Jika AI intuitif, 291 00:26:56,366 --> 00:26:58,451 bukankah antara muka akan cari saraf yang betul? 292 00:26:58,535 --> 00:27:02,372 Ya. Mungkin begitu tapi dia takkan dapat bertahan lama. 293 00:27:04,624 --> 00:27:06,042 Cukup lama untuk kawal loncatan? 294 00:27:09,921 --> 00:27:11,590 Untuk pastikan Asas terus hidup? 295 00:27:11,673 --> 00:27:13,592 Satu loncatan ke tempat tak diketahui? 296 00:27:16,636 --> 00:27:18,972 Mungkin, tapi… 297 00:27:19,055 --> 00:27:20,557 ia seperti hukuman mati. 298 00:27:22,809 --> 00:27:24,895 Jika salah seorang daripada kita perlu berkorban, 299 00:27:24,978 --> 00:27:26,396 lebih baik orang luar yang lakukan. 300 00:27:26,938 --> 00:27:28,148 Bantu saya fikirkan caranya. 301 00:27:31,610 --> 00:27:33,111 Tapi bukan ke tempat tak diketahui. 302 00:27:35,864 --> 00:27:37,782 Saya mahu bawa kapal ini kembali ke Terminus. 303 00:28:20,367 --> 00:28:22,911 Dia mahu bercakap dengan tuan. 304 00:28:25,580 --> 00:28:28,291 - Leftenan Freestone, kita ada masalah. - Benda di luar itu? 305 00:28:28,375 --> 00:28:30,335 Kami panggilnya Bilik Kebal. Kami tak tahu itu apa, 306 00:28:30,418 --> 00:28:32,963 cuma ia dikelilingi oleh medan isyarat yang membuat orang sakit. 307 00:28:33,046 --> 00:28:35,173 Kita mula pening dan akhirnya pitam. 308 00:28:35,799 --> 00:28:39,010 Pemburu awak dah merasai kesannya. 309 00:28:39,094 --> 00:28:41,012 Itulah cara anak saya menangkap dia. 310 00:28:41,096 --> 00:28:42,430 Kami tak tahu kesan jangka panjang 311 00:28:42,514 --> 00:28:45,642 tapi medan di sekelilingnya semakin membesar. 312 00:28:45,725 --> 00:28:46,935 Kita harus pergi. 313 00:28:48,562 --> 00:28:49,771 Ini bukan satu muslihat. 314 00:28:51,022 --> 00:28:53,608 Medan sifar tak peduli awak datang dari planet mana. 315 00:28:53,692 --> 00:28:56,403 Jika kita tak bertindak, kita semua akan terjejas. 316 00:28:56,987 --> 00:28:58,738 Awak perlu matikan pagar. 317 00:29:29,519 --> 00:29:31,104 Ibu dah memanggil saya. 318 00:29:31,188 --> 00:29:34,649 - Tak. Awak masih kuat. - Tak. 319 00:29:47,871 --> 00:29:51,458 Biar saya bantu awak keluar laluan dan mereka boleh rawat awak. 320 00:30:01,968 --> 00:30:03,220 Awak tak boleh mati di sini. 321 00:30:04,137 --> 00:30:06,264 Bagaimana saya mahu mati di tempat lain? 322 00:30:07,682 --> 00:30:09,100 Peralihan yang aman. 323 00:30:10,310 --> 00:30:12,395 Itu hadiah terhebat daripada Ibu… 324 00:30:14,272 --> 00:30:15,565 kepada kehidupan lebih suci. 325 00:30:16,525 --> 00:30:18,568 Bagaimana kalau tiada kehidupan lain? 326 00:30:19,569 --> 00:30:23,448 Bagaimana kalau ini penghujungnya? 327 00:30:33,667 --> 00:30:35,168 Mungkin kita akan bertemu lagi. 328 00:30:37,295 --> 00:30:39,297 Awak boleh beritahu saya apa yang awak nampak. 329 00:33:57,829 --> 00:34:04,753 Awak berdiri di depan wakil Ibu, Maiden dan Crone. 330 00:34:05,921 --> 00:34:09,466 Semua yang berjalan melalui Pusaran disayangi oleh kami. 331 00:34:10,133 --> 00:34:14,971 Beritahu kami, apa pengalaman awak semasa di dalam Rahim? 332 00:34:16,765 --> 00:34:18,433 Semasa saya berdiri di sana… 333 00:34:21,144 --> 00:34:22,812 garam itu mula bergerak. 334 00:34:24,523 --> 00:34:26,816 Ia mula berpusar. 335 00:34:26,900 --> 00:34:30,862 Perlahan-lahan pada mulanya, kemudian semakin laju. 336 00:34:33,031 --> 00:34:35,242 Ia terapung dari lantai gua. 337 00:34:39,496 --> 00:34:42,165 Ia membentuk tangkai… 338 00:34:45,210 --> 00:34:47,128 dengan tiga kelopak bunga besar. 339 00:34:51,174 --> 00:34:53,467 Saya risau yang ia cuma bayangan saya. 340 00:34:55,177 --> 00:34:56,887 Tapi ia benar. 341 00:35:08,358 --> 00:35:11,027 Awak tahu tentang mitos bunga birthroot? 342 00:35:14,906 --> 00:35:16,241 Tak. 343 00:35:18,784 --> 00:35:22,706 Selepas Dol melanggar Surah dan mencipta tiga bulan, 344 00:35:22,789 --> 00:35:25,250 Maiden diliputi oleh birthroot. 345 00:35:25,333 --> 00:35:30,255 Ini tanda daripada Tiga Dewi yang dunia kita boleh menampung kehidupan. 346 00:35:30,338 --> 00:35:33,800 Selepas berkurun-kurun lamanya, bunga itu mula mati. 347 00:35:33,884 --> 00:35:37,804 Sudah beribu tahun kami tak nampak bunga itu di sini. 348 00:35:37,888 --> 00:35:39,389 Apa maknanya? 349 00:35:39,472 --> 00:35:44,311 Bunga tiga kelopak bercambah daripada anak benih monokotiledon. 350 00:35:44,394 --> 00:35:49,316 Maknanya, tiga elemen dicipta daripada satu elemen. 351 00:35:49,399 --> 00:35:51,318 Seperti adik-beradik saya. 352 00:35:51,818 --> 00:35:53,904 Tiga Dewi juga. 353 00:35:53,987 --> 00:35:56,740 Ini visi yang suci, Empayar. 354 00:35:57,991 --> 00:36:00,994 Kehadiran awak di sini juga suci, 355 00:36:01,536 --> 00:36:05,040 perjalanan yang tak berani dibuat oleh orang sebelum awak. 356 00:36:05,582 --> 00:36:10,003 Jiwa awak boleh berubah. 357 00:36:12,422 --> 00:36:17,135 Sesiapa yang kata sebaliknya akan dianggap berdosa 358 00:36:17,219 --> 00:36:23,517 kerana cuba menghalang jiwa yang mencari jalan benar. 359 00:36:23,600 --> 00:36:28,313 Mulai hari ini, tiada zephyr akan menghalang awak. 360 00:37:02,264 --> 00:37:03,765 Tindakan awak sia-sia. 361 00:37:05,392 --> 00:37:08,854 Awak patut rehat sehingga kita melepasi medan serpihan daripada kelesuan haba. 362 00:37:12,357 --> 00:37:13,942 Berapa suhu sekarang? 363 00:37:14,442 --> 00:37:17,404 Tiga puluh lapan darjah. Suhu puncak mungkin sekitar 41 darjah. 364 00:37:19,239 --> 00:37:20,657 Jika ia tak memuncak? 365 00:37:26,121 --> 00:37:27,205 Apa yang awak mahu buat? 366 00:37:28,665 --> 00:37:31,710 Diam. 367 00:37:32,669 --> 00:37:33,670 Gaal. 368 00:37:33,753 --> 00:37:35,505 Menghampiri suhu kritikal. 369 00:37:35,589 --> 00:37:38,008 Mulakan sistem pemindahan haba. 370 00:37:38,508 --> 00:37:40,719 - Gaal. - Menstabilkan suhu. 371 00:37:40,802 --> 00:37:42,512 Jangan berahsia lagi. 372 00:37:43,013 --> 00:37:45,974 Beritahu saya semuanya atau saya tamatkan perjalanan sekarang. 373 00:37:46,057 --> 00:37:47,225 Saya maksudkannya, Hari. 374 00:37:47,309 --> 00:37:49,853 Jika saya beritahu, saya mungkin akan musnahkan Asas Kedua 375 00:37:49,936 --> 00:37:51,354 sebelum ia dicipta. 376 00:37:51,438 --> 00:37:54,024 - Beritahu saya! - Awak tak tahu apa yang awak… 377 00:37:54,107 --> 00:37:57,944 - Berhenti! - Saya tak peduli lagi! 378 00:38:12,417 --> 00:38:13,627 Apa yang awak dah buat? 379 00:38:16,129 --> 00:38:17,631 Tanpa sistem pemindahan haba, 380 00:38:17,714 --> 00:38:21,176 saya akan mati kepanasan sebelum awak tiba Helicon. 381 00:38:22,010 --> 00:38:24,513 Mereka kata maklumat tak boleh dimusnahkan. 382 00:38:25,138 --> 00:38:26,264 Mungkin awak akan selamat. 383 00:38:28,266 --> 00:38:29,726 Tapi saya akan mati. 384 00:38:39,903 --> 00:38:41,571 Bagaimana, Hari? 385 00:38:42,989 --> 00:38:47,494 Lihat saya mati terbakar atau bebaskan saya. 386 00:38:55,252 --> 00:38:59,297 Awak tahu saya boleh programkan pod krio untuk pergi ke tempat yang saya mahu? 387 00:38:59,381 --> 00:39:02,926 Awak tak perlukan saya, Hari. Sejak awal lagi. 388 00:39:03,009 --> 00:39:04,010 Itu tak benar. 389 00:39:04,094 --> 00:39:05,262 Ya. 390 00:39:06,304 --> 00:39:09,891 Cerita saya patut berakhir di Terminus. Awak sendiri yang kata. 391 00:39:10,392 --> 00:39:14,062 Awak dan Raych memang berniat untuk tinggalkan saya jadi… 392 00:39:16,147 --> 00:39:17,274 Benarkan saya pergi. 393 00:39:19,401 --> 00:39:20,402 Tolonglah. 394 00:39:47,429 --> 00:39:48,680 Selamat tinggal, Hari. 395 00:39:49,931 --> 00:39:51,141 Selamat jalan, Gaal. 396 00:40:32,057 --> 00:40:33,725 Menunggu destinasi. 397 00:40:36,686 --> 00:40:39,314 Kira tempoh perjalanan ke Blue Drift. 398 00:40:39,397 --> 00:40:40,649 Ke Synnax. 399 00:40:42,067 --> 00:40:45,904 Tempoh, 138 tahun standard empayar. 400 00:40:52,619 --> 00:40:54,120 Tetapkan destinasi. 401 00:41:01,127 --> 00:41:05,257 86,982,041. 402 00:41:07,092 --> 00:41:11,721 86,982,043. 403 00:41:13,348 --> 00:41:18,186 86,982,061… 404 00:42:06,902 --> 00:42:08,069 Zephyr Halima. 405 00:42:11,823 --> 00:42:15,952 Terima kasih kerana beri saya inspirasi untuk lalui perjalanan yang mengubah diri. 406 00:42:18,371 --> 00:42:20,373 Jika bukan disebabkan eulogi awak, 407 00:42:21,625 --> 00:42:26,588 saya tentu tak berani untuk cuba lalui Pusaran. 408 00:42:37,933 --> 00:42:41,102 Semoga awak dirahmati tiga kali, Empayar. 409 00:42:43,522 --> 00:42:44,689 Awak juga sama. 410 00:43:19,349 --> 00:43:21,977 Sila masuk. 411 00:43:23,854 --> 00:43:25,146 Semua orang dialu-alukan. 412 00:43:27,399 --> 00:43:29,192 Saya mahu ucap takziah. 413 00:43:30,235 --> 00:43:32,529 Awak boleh jadi proxima yang baik. 414 00:43:32,612 --> 00:43:33,780 Ya. 415 00:43:35,240 --> 00:43:37,701 Rasanya itu yang Cleon takutkan. 416 00:43:39,661 --> 00:43:42,289 Bagaimanapun, dia dapat apa yang dia mahukan. 417 00:43:44,749 --> 00:43:51,298 Zephyr Gilat akan dilantik dan saya akan pulang ke planet asal saya. 418 00:43:57,137 --> 00:43:58,847 Awak tak gembira dengan keputusan ini? 419 00:44:00,432 --> 00:44:04,019 Saya anggap awak yang bantu pencapaian Empayar. 420 00:44:04,102 --> 00:44:06,688 Tak. 421 00:44:07,272 --> 00:44:11,651 Saya jamin kegembiraan saya tak penting. 422 00:44:12,485 --> 00:44:13,528 Saya tak setuju. 423 00:44:16,198 --> 00:44:23,038 Saya tahu orang gunakan penjelmaan semula sebagai alasan untuk abaikan naluri, 424 00:44:23,538 --> 00:44:26,500 untuk melupakan setiap peluang untuk rasa gembira. 425 00:44:26,583 --> 00:44:31,880 Tapi jika awak buat begitu, bagaimana awak mahu berkembang? 426 00:44:31,963 --> 00:44:33,423 Ini bukan tentang perkembangan saya. 427 00:44:33,507 --> 00:44:38,220 Jika awak tak menyokong dia lagi, awak boleh cari haluan lain. 428 00:44:38,303 --> 00:44:39,429 Itu tak mungkin. 429 00:44:39,513 --> 00:44:41,181 Tentulah boleh. Awak bukan banduan. 430 00:44:41,264 --> 00:44:42,974 Awak tak faham. Saya tiada pilihan. 431 00:44:43,058 --> 00:44:45,894 Semua orang ada pilihan. Walaupun mereka rasa sebaliknya. 432 00:44:45,977 --> 00:44:49,439 Ia mungkin begitu tapi saya bersumpah dengan Maiden. Saya tiada pilihan. 433 00:44:49,523 --> 00:44:50,690 Kenapa begitu? 434 00:44:58,073 --> 00:45:01,243 Awak kata awak pernah melalui Pusaran. 435 00:45:02,619 --> 00:45:03,620 Bila? 436 00:45:08,750 --> 00:45:10,502 Sebelas ribu tahun yang lalu. 437 00:45:17,050 --> 00:45:19,135 Jadi ia benar? 438 00:45:20,762 --> 00:45:26,059 Saya dengar khabar angin yang kata Cleon ada robot cerdas terakhir di galaksi. 439 00:45:28,061 --> 00:45:30,438 Perkara yang awak dah lihat… 440 00:45:30,522 --> 00:45:33,942 Sekarang awak perlu menyokong lelaki itu dan buat apa saja yang dia… 441 00:45:42,826 --> 00:45:44,202 Dia hantar awak ke sini. 442 00:45:50,167 --> 00:45:54,004 Saya akan mati, bukan? 443 00:45:55,839 --> 00:45:58,175 Itu saja sebab awak beritahu saya perkara sebenar. 444 00:46:06,183 --> 00:46:11,521 Seperti Empayar, saya tiada perasaan peribadi. 445 00:46:13,440 --> 00:46:16,359 Jadi saya juga tiada jiwa. 446 00:46:17,819 --> 00:46:22,032 Jika saya begitu, mungkin saya boleh mengingkari arahan dia. 447 00:46:26,286 --> 00:46:28,455 Awak pasti awak tiada jiwa? 448 00:46:30,207 --> 00:46:35,003 Jika saya benarkan awak lari sekarang, saya tak boleh halang diri saya. 449 00:46:36,046 --> 00:46:39,674 Saya masih akan buru awak dan bunuh awak. 450 00:46:48,850 --> 00:46:50,060 Saya minta maaf. 451 00:46:53,772 --> 00:46:58,568 Saya nampak sifat belas ikhsan sebenar dalam hati awak. 452 00:46:59,152 --> 00:47:04,282 Rasa sesal sebenar. Saya tak boleh jelaskannya 453 00:47:05,450 --> 00:47:08,495 tapi saya tahu awak ada jiwa. 454 00:47:10,038 --> 00:47:12,791 Tapi orang yang paksa awak buat begini, 455 00:47:13,625 --> 00:47:17,462 yang menguji kepercayaan dan kesetiaan awak dengan kejam, 456 00:47:18,672 --> 00:47:20,340 dia lelaki yang tak berjiwa. 457 00:47:25,095 --> 00:47:26,471 Saya maafkan awak, Demerzel. 458 00:47:28,723 --> 00:47:31,643 Hei, ingat doa awak. 459 00:47:34,479 --> 00:47:37,274 Ini bukan penghujung bagi saya. 460 00:47:38,316 --> 00:47:39,985 Saya akan dilahirkan semula. 461 00:47:40,569 --> 00:47:44,573 Ibu yang hantar awak kepada saya, bukan Cleon. 462 00:47:46,366 --> 00:47:47,826 Buatlah apa yang perlu. 463 00:47:50,537 --> 00:47:51,621 Seperti kehendak dia. 464 00:47:52,247 --> 00:47:53,582 Seperti kehendak dia. 465 00:48:02,549 --> 00:48:06,303 Bagaimana caranya? 466 00:48:06,386 --> 00:48:08,180 Ia dah dilakukan. 467 00:48:10,724 --> 00:48:13,643 Racun dikeluarkan semasa kulit kita bersentuhan. 468 00:48:14,352 --> 00:48:15,604 Awak takkan rasa sakit. 469 00:48:38,752 --> 00:48:42,297 Amaran. Merentas ruang dalam lima minit. 470 00:48:42,380 --> 00:48:43,673 Bersedia untuk peralihan. 471 00:48:43,757 --> 00:48:45,258 Kapal ini akan meloncat! 472 00:48:45,884 --> 00:48:48,887 Saya tak boleh buka kuncinya. 473 00:48:48,970 --> 00:48:50,555 Jadi cari jalan lain untuk masuk. 474 00:49:08,907 --> 00:49:10,200 Baiklah, sambungkan saya. 475 00:49:10,283 --> 00:49:12,410 Salvor, saya tak pasti ini boleh dilakukan. 476 00:49:12,494 --> 00:49:15,539 Meloncat ke orbit planet perlukan ketepatan yang jitu. 477 00:49:15,622 --> 00:49:16,790 Atau tuah. 478 00:49:17,833 --> 00:49:19,376 Ingat awak berdepan dengan siapa. 479 00:49:21,294 --> 00:49:24,589 Ia mungkin seperti membaling duit syiling berulang kali, bukan? 480 00:49:26,299 --> 00:49:28,468 Mungkin seperti membalingnya beribu kali. 481 00:49:33,515 --> 00:49:34,558 Mari mulakan. 482 00:49:34,641 --> 00:49:37,394 - Awak mahu saya bunuh awak. - Lewis, awak tak nampak? 483 00:49:38,687 --> 00:49:40,230 Inilah tujuan saya. 484 00:49:41,648 --> 00:49:44,860 Semua yang berlaku membawa saya ke sini. 485 00:49:47,320 --> 00:49:49,072 Ini saja peluang kita. 486 00:49:49,155 --> 00:49:51,074 Saya perlu cuba. 487 00:49:51,825 --> 00:49:53,660 Kita perlu cuba. 488 00:49:53,743 --> 00:49:55,996 Itu saja yang boleh dibuat dalam krisis. 489 00:49:57,622 --> 00:49:58,623 Mencuba. 490 00:50:16,141 --> 00:50:18,393 Jika saya mati, beri ini kepada ibu saya, okey? 491 00:50:23,231 --> 00:50:24,482 Awak luar biasa, Salvor. 492 00:50:26,443 --> 00:50:27,986 Saya harap saya nampaknya lebih awal. 493 00:50:28,778 --> 00:50:29,946 Lakukannya. 494 00:50:31,781 --> 00:50:32,824 Lakukannya. 495 00:50:36,786 --> 00:50:37,871 Lewis? 496 00:50:44,085 --> 00:50:45,003 Bunuh dia! 497 00:50:45,086 --> 00:50:47,547 Awak akan okey, awak dengar? Terus bersama saya, Lewis. 498 00:50:48,131 --> 00:50:49,716 Bunuh bedebah itu! 499 00:50:49,799 --> 00:50:50,634 Tolonglah. 500 00:50:50,717 --> 00:50:51,635 Tembak dia! 501 00:50:56,973 --> 00:50:58,934 Kapal musuh dikesan. 502 00:50:59,017 --> 00:51:00,810 Pertahanan automatik dihidupkan. 503 00:51:03,647 --> 00:51:04,648 Kapal Lancer Thespin. 504 00:51:04,731 --> 00:51:06,024 Awak berjaya, Hugo. 505 00:51:06,107 --> 00:51:08,318 Tiga puluh saat sebelum merentas ruang. 506 00:51:08,401 --> 00:51:10,320 Sila ke pod krio dengan segera. 507 00:51:11,154 --> 00:51:13,490 Jangan melawan, Anacreon. 508 00:51:13,573 --> 00:51:16,826 Serahkan kapal itu kepada kami dengan segera atau mati. 509 00:51:17,744 --> 00:51:19,829 Sasarkan semua senjata kepada mereka! 510 00:51:27,546 --> 00:51:28,421 Lima belas… 511 00:51:29,130 --> 00:51:32,133 empat belas, tiga belas… 512 00:51:36,555 --> 00:51:37,931 sebelas… 513 00:51:40,183 --> 00:51:42,185 sepuluh, sembilan… 514 00:51:43,061 --> 00:51:44,437 lapan… 515 00:51:47,482 --> 00:51:49,693 enam, lima… 516 00:51:51,820 --> 00:51:53,113 empat… 517 00:51:54,155 --> 00:51:56,700 tiga, dua… 518 00:51:57,993 --> 00:51:59,411 satu… 519 00:52:03,790 --> 00:52:04,791 Kita meloncat. 520 00:52:32,194 --> 00:52:33,195 Jadi? 521 00:52:33,987 --> 00:52:34,988 Ia dah selesai. 522 00:52:35,906 --> 00:52:38,325 Kematian dia akan nampak seperti kematian semula jadi. 523 00:52:38,408 --> 00:52:41,536 Bagus. Kita tak mahu mulakan perang agama. 524 00:52:46,208 --> 00:52:48,335 Awak ingin kata sesuatu? 525 00:52:48,418 --> 00:52:51,421 Tuan dah kalahkan dia. Tuan menang. 526 00:52:51,505 --> 00:52:55,842 Saya tak perlu terangkan kerana awak tak boleh memahaminya. 527 00:52:55,926 --> 00:52:57,302 Tak. 528 00:52:57,385 --> 00:52:59,012 Tuan ialah Empayar. 529 00:53:00,222 --> 00:53:01,681 Tuan ada visi yang suci. 530 00:53:01,765 --> 00:53:03,391 Betul. 531 00:53:08,605 --> 00:53:12,275 Saya ada bunga birthroot lama yang dibingkaikan di kabinet saya. 532 00:53:12,859 --> 00:53:15,820 Saya mendapatnya semasa saya melalui Pusaran. 533 00:53:15,904 --> 00:53:17,614 Saya bawanya bersama dalam perjalanan ini. 534 00:53:18,281 --> 00:53:19,491 Yakah? 535 00:53:20,325 --> 00:53:24,371 Saya rasa tuan nampaknya semasa tuan masuk bilik saya pada malam itu. 536 00:53:24,454 --> 00:53:26,957 Tak, saya tak nampak. 537 00:53:27,040 --> 00:53:28,959 Rasanya ia cuma satu kebetulan. 538 00:53:29,042 --> 00:53:30,919 Tuan nampak bunga yang sama. 539 00:53:32,128 --> 00:53:36,299 Saya tak mahu masuk campur. Saya tahu visi ini bersifat peribadi. 540 00:53:36,383 --> 00:53:39,636 Walaupun dah lama berlalu, apa yang saya nampak… 541 00:53:41,221 --> 00:53:43,098 mengubah cara saya lihat segala-galanya. 542 00:53:44,224 --> 00:53:47,102 Awak ada visi? Sebuah robot? 543 00:53:47,185 --> 00:53:51,439 Ya. Saya gembira tuan juga mendapat visi. 544 00:53:53,275 --> 00:53:54,609 Tak dapat lihat apa-apa… 545 00:53:57,445 --> 00:53:59,948 saya harap tiada orang merasai kekosongan itu. 546 00:54:03,618 --> 00:54:05,120 Semoga visi tuan beri tuan kekuatan 547 00:54:05,203 --> 00:54:07,873 dalam perjalanan pulang kita ke Trantor, Empayar. 548 00:54:08,456 --> 00:54:11,960 Saya akan suruh Spacer sediakan tuan untuk loncatan. 549 00:55:24,115 --> 00:55:27,077 Tak dapat lihat apa-apa… 550 00:55:28,161 --> 00:55:31,623 saya harap tiada orang merasai kekosongan itu. 551 00:56:51,661 --> 00:56:53,663 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof