1 00:02:44,957 --> 00:02:48,460 Jika ini tertutup akibat karat, maka semuanya pun begitu. 2 00:02:52,005 --> 00:02:53,215 Di mana Maggie? 3 00:02:55,801 --> 00:02:56,927 Dia di belakang saya tadi. 4 00:03:11,608 --> 00:03:12,693 Tolak saya naik. 5 00:03:12,776 --> 00:03:13,986 Jika awak naik, awak akan mati. 6 00:03:14,069 --> 00:03:15,821 Dia akan marah jika awak cuba. 7 00:03:15,904 --> 00:03:17,447 Dia tentu nak kita terus mara. 8 00:03:25,706 --> 00:03:27,374 Kita perlu buka pintu itu. 9 00:03:27,457 --> 00:03:29,710 Kemudian kita ke gerabak demi gerabak hingga depan kereta api, 10 00:03:29,793 --> 00:03:30,836 dan kita lompat keluar. 11 00:03:32,796 --> 00:03:33,964 Selepas itu, kita teruskan. 12 00:03:39,261 --> 00:03:40,345 Hati-hati, semua. 13 00:04:30,562 --> 00:04:34,983 IA DATANG CARI KITA SEMUA 14 00:05:07,015 --> 00:05:09,226 KEBENARAN MENIPU 15 00:05:38,255 --> 00:05:40,591 Awak tahu apa maksud papan gambar itu? 16 00:05:41,967 --> 00:05:43,635 - Commonwealth... - Ia gambar awak bersaiz dompet, 17 00:05:43,719 --> 00:05:45,721 bererti ia berada di dalam dompet adik awak. 18 00:05:45,804 --> 00:05:47,139 Bererti dompet itu ada bersama dia 19 00:05:47,222 --> 00:05:49,141 semasa bencana, mungkin lebih daripada 10 tahun. 20 00:05:49,224 --> 00:05:50,726 Siapa sanggup buat begitu? Hebatnya dia. 21 00:05:51,768 --> 00:05:52,936 Apa? 22 00:05:53,020 --> 00:05:54,229 Apa yang awak cakap juga. 23 00:05:54,771 --> 00:05:55,814 Apa rancangan kita? 24 00:05:56,565 --> 00:05:58,692 Mereka ada peraturan dan undang-undang. 25 00:05:58,775 --> 00:06:01,445 Mereka ada ketua di sini dan saya nak cakap dengannya. 26 00:06:01,528 --> 00:06:03,280 Itu saja? Bercakap? 27 00:06:03,363 --> 00:06:06,283 Ya, tegas, minta jawapan. 28 00:06:07,409 --> 00:06:08,452 Apa? 29 00:06:08,535 --> 00:06:12,206 Tak ada apa-apa. Dia adik awak. 30 00:06:12,289 --> 00:06:13,457 Awak boleh bertegas? 31 00:06:13,999 --> 00:06:15,876 Ya, saya peguam. Itu sifat saya. 32 00:06:17,794 --> 00:06:20,297 Saya sayangkan adik saya, 33 00:06:21,298 --> 00:06:24,051 tapi dah lama saya tak jumpa dia sebelum semua ini, 34 00:06:24,134 --> 00:06:25,886 dan saya sangka... Tak penting. 35 00:06:25,969 --> 00:06:27,679 Tiada masalah selagi saya boleh bercakap dengan mereka... 36 00:06:27,763 --> 00:06:28,805 Berkelakuan normal. 37 00:06:42,611 --> 00:06:44,613 Dia pengawal semalam. 38 00:06:44,696 --> 00:06:46,573 Awak nampak cara dia lihat kita? Dia tahu. 39 00:06:46,657 --> 00:06:49,785 Kita selamat. Tiada orang tahu kita cuba larikan diri... 40 00:06:49,868 --> 00:06:50,911 Ezekiel dah hilang. 41 00:06:52,246 --> 00:06:53,539 Sebelum awak tanya, 42 00:06:53,622 --> 00:06:54,915 saya dah cari dia di merata tempat. 43 00:06:54,998 --> 00:06:56,542 Tiada sesiapa nak bercakap. Ada orang culik dia. 44 00:06:56,959 --> 00:06:59,711 Mereka tahu angkara kita. Dia mangsa pertama. 45 00:06:59,795 --> 00:07:01,463 Sebelum awak tanya lagi, 46 00:07:01,547 --> 00:07:03,465 saya tak tahu bagaimana, tapi saya tahu saya cemas. 47 00:07:03,841 --> 00:07:05,968 Mungkin sebab dia marahi ketua mereka. 48 00:07:06,051 --> 00:07:07,970 Ya, Tuhan. Kenapa dia marahi ketua mereka? 49 00:07:08,053 --> 00:07:09,388 Kita patut bincang dengan mereka. 50 00:07:09,471 --> 00:07:10,889 Kita patut bincang dengan mereka. 51 00:07:10,973 --> 00:07:12,891 Berterus terang tentang asal usul kita yang sebenarnya. 52 00:07:12,975 --> 00:07:16,311 Eugene, buat kali terakhir, jangan cakap dengan pengawal, 53 00:07:16,395 --> 00:07:18,272 atau jika awak terpaksa, 54 00:07:18,355 --> 00:07:19,481 ikut cerita rekaan kita. 55 00:07:19,565 --> 00:07:20,816 Apa kita nak buat? 56 00:07:23,652 --> 00:07:25,487 Apa? Bertenang. 57 00:07:25,737 --> 00:07:26,905 Tegas. 58 00:07:27,322 --> 00:07:28,365 Awak culik orang kami? 59 00:07:28,907 --> 00:07:30,117 Apa awak buat dengan dia? 60 00:07:30,576 --> 00:07:31,952 Saya nak tahu dia di mana. 61 00:07:32,035 --> 00:07:33,287 Bertenang, cik. 62 00:07:33,370 --> 00:07:34,705 Saya tak tahu di mana kawan awak. 63 00:07:34,788 --> 00:07:36,582 Tak guna bercakap dengan awak. 64 00:07:36,665 --> 00:07:39,168 Saya nak cakap dengan orang yang boleh berikan saya jawapan. 65 00:07:39,251 --> 00:07:40,294 Siapa ketua awak? 66 00:07:41,670 --> 00:07:43,130 Awak nak cakap dengan penyelia saya? 67 00:07:43,547 --> 00:07:45,215 Betul. Kami nak cakap dengan pengurus. 68 00:08:20,334 --> 00:08:26,215 Ayah, ayah suruh kami pergi jika ayah tak balik dalam seminggu 69 00:08:26,298 --> 00:08:28,550 Mak degil 70 00:08:31,762 --> 00:08:33,847 dan pergi cari. Dah 3 minggu, kami akan pergi selepas ini. 71 00:08:33,931 --> 00:08:36,016 Saya akan jaga Jesse dan pasang radio setiap hari pada pukul 10. 72 00:08:39,770 --> 00:08:43,732 Jumpa ayah dan mak nanti. Sayang Tom dan Jesse. 73 00:09:50,048 --> 00:09:52,467 Anjing, mari sini! 74 00:09:53,093 --> 00:09:55,554 Mari sini, Anjing! 75 00:09:55,637 --> 00:09:56,847 Mari sini. 76 00:09:59,474 --> 00:10:00,517 Anjing! 77 00:10:20,871 --> 00:10:22,289 Saya tak faham kenapa awak ada di sini. 78 00:10:23,123 --> 00:10:24,791 Awak dah dinilai. 79 00:10:27,211 --> 00:10:28,962 Awak fikir awak telah menilai saya? 80 00:10:30,255 --> 00:10:31,298 Tidak, sayang, 81 00:10:32,049 --> 00:10:33,175 saya yang telah menilai awak. 82 00:10:35,844 --> 00:10:36,929 Awak tak tahu apa-apa tentang... 83 00:10:37,012 --> 00:10:39,097 Komuniti awak besar dan teratur. 84 00:10:40,057 --> 00:10:42,184 Ada birokrasi dan awak sebahagian daripadanya. 85 00:10:44,394 --> 00:10:46,688 Dulu awak mungkin ada kerja begini sebelum bencana. 86 00:10:47,731 --> 00:10:50,943 Saya teka awak ahli psikologi forensik. 87 00:10:53,612 --> 00:10:56,782 Dulu mungkin awak ahli akademik. Penyelidik? 88 00:10:58,408 --> 00:11:00,619 Peranan awak ialah menilai ancaman terhadap komuniti awak. 89 00:11:01,203 --> 00:11:04,498 Awak tanya siapa kami sebab orang atasan awak menentukan 90 00:11:04,581 --> 00:11:07,501 bahawa itu garis dasar untuk menilai siapa kami. 91 00:11:09,086 --> 00:11:11,797 Jadi, awak pun menyoal siasat kami, 92 00:11:12,756 --> 00:11:16,176 menguji had kami dengan soalan tentang tabiat tandas kami. 93 00:11:17,928 --> 00:11:20,931 Awak beria menyoal orang saya tentang wang kertas dua dolar, 94 00:11:22,099 --> 00:11:24,560 yang membuat saya rasa mata wang awak ialah dolar Amerika, 95 00:11:25,018 --> 00:11:27,980 dan awak perlu kawal jumlah dalam edaran. 96 00:11:29,523 --> 00:11:32,943 Awak gunakan duit biasa sebagai taktik psikologi yang kuat 97 00:11:33,026 --> 00:11:35,988 sebab awak tahu betapa orang merindui dunia lama. 98 00:11:38,699 --> 00:11:40,450 Awak nak faham apa kemampuan kami 99 00:11:41,118 --> 00:11:42,953 dan sama ada kami boleh meningkatkan taraf komuniti awak 100 00:11:43,036 --> 00:11:45,163 atau cuma membazir sumber, 101 00:11:45,247 --> 00:11:48,667 sebab hakikatnya, awak pun perlukan alasan untuk hidup. 102 00:11:50,127 --> 00:11:52,296 Sebab bukankah lebih bernilai sekarang 103 00:11:53,005 --> 00:11:54,756 jika ada orang untuk membuang sampah 104 00:11:54,840 --> 00:11:56,300 dan memastikan tiada wabak 105 00:11:56,383 --> 00:11:58,594 berbanding orang yang boleh tulis banyak soalan, 106 00:11:58,677 --> 00:12:00,137 memandangkan, akhirnya, 107 00:12:02,014 --> 00:12:03,640 awak cuma perlu percaya naluri sendiri 108 00:12:03,724 --> 00:12:05,475 tentang sama ada orang yang awak kenal 109 00:12:05,559 --> 00:12:07,227 akan bunuh awak atau tidak semasa awak tidur. 110 00:12:10,480 --> 00:12:12,566 Tapi awak berdua adalah orang yang mematuhi peraturan. 111 00:12:13,317 --> 00:12:14,443 Dulu saya seorang peguam. 112 00:12:15,986 --> 00:12:17,321 Saya suka peraturan. 113 00:12:18,572 --> 00:12:20,157 Ia mengelakkan huru-hara. 114 00:12:23,785 --> 00:12:25,204 Ini bererti awak perlukan saya. 115 00:12:29,124 --> 00:12:31,793 Saya percaya adik saya, seorang pakar bedah toraks, 116 00:12:31,877 --> 00:12:34,129 kini tinggal di Commonwealth dan sedang mencari saya. 117 00:12:35,547 --> 00:12:37,925 Saya nak kumpulan saya diproses dengan segera 118 00:12:38,008 --> 00:12:40,719 mengikut dasar suaka dan imigresen komuniti awak. 119 00:12:41,720 --> 00:12:43,305 Di mana awak kata awak belajar? 120 00:12:43,388 --> 00:12:44,431 Ijazah di Oxford, 121 00:12:44,515 --> 00:12:46,683 JD dari Harvard, yang awak sudah maklum. 122 00:12:46,767 --> 00:12:48,936 Awak nak saya senaraikan kelulusan profesional saya lagi? 123 00:12:54,566 --> 00:12:55,609 Kopi. 124 00:13:03,367 --> 00:13:05,327 Berhenti bergerak, awak buat saya cemas 125 00:13:05,410 --> 00:13:07,120 melebihi skala 10. 126 00:13:07,204 --> 00:13:08,830 Saya tak tahan. Kita dah lama tunggu 127 00:13:08,914 --> 00:13:10,499 dan saya tak tahan nak kencing. 128 00:13:12,042 --> 00:13:13,919 Saya tak patut sebut. Saya kembali nanti. 129 00:13:14,002 --> 00:13:17,047 - Tidak, tak boleh berpecah. - Eugene, 130 00:13:17,506 --> 00:13:19,716 jika lelaki kacak bersut jingga itu 131 00:13:19,800 --> 00:13:21,343 masuk dengan kopi, 132 00:13:21,426 --> 00:13:23,387 bererti keadaan Yumiko agak baik, bukan? 133 00:13:23,887 --> 00:13:25,681 Mungkin dia akan keluar semasa saya kembali. 134 00:13:30,018 --> 00:13:33,480 - Vazquez, bukan? - Sedia berkhidmat. 135 00:13:33,647 --> 00:13:37,651 Boleh saya keluar dan guna lubang kencing? 136 00:13:38,193 --> 00:13:39,528 Kenapa awak tak guna tandas? 137 00:13:40,195 --> 00:13:41,989 Di mana tandas? 138 00:13:42,155 --> 00:13:44,533 Di laluan sebelah kanan. 139 00:13:44,992 --> 00:13:46,159 Ia berfungsi? 140 00:13:46,243 --> 00:13:47,744 Ada kertas tandas? 141 00:13:50,581 --> 00:13:51,748 Biar betul. 142 00:13:52,624 --> 00:13:53,667 Saya teruja. 143 00:14:50,724 --> 00:14:53,268 Mengikut kiraan saya. Satu, dua... 144 00:15:12,412 --> 00:15:13,455 Apa kata kamu uruskan itu? 145 00:15:13,539 --> 00:15:15,999 Jika kamu letih, kami ambil alih. 146 00:15:20,045 --> 00:15:21,255 Adakah bunyi itu dari bumbung? 147 00:15:22,548 --> 00:15:23,590 Perayau. 148 00:15:27,469 --> 00:15:28,804 Ia datang dari bawah. 149 00:15:28,887 --> 00:15:30,472 Itu kod Morse. Minta bantuan. 150 00:16:01,545 --> 00:16:04,548 Saya tergelincir, dia nampak dan biarkan saya mati. 151 00:16:08,594 --> 00:16:12,514 - Ya, jadi? - Awak mengaku? 152 00:16:12,890 --> 00:16:14,433 Awak cuba bunuh dia. 153 00:16:14,516 --> 00:16:17,269 Tidak, dia dalam bahaya dan saya tak bantu. 154 00:16:17,352 --> 00:16:19,229 Ada perbezaan besar. 155 00:16:21,398 --> 00:16:24,735 Siapa akan bantu awak sekarang? 156 00:16:25,360 --> 00:16:27,237 Tak perlu kira dengan jari. 157 00:16:28,989 --> 00:16:31,575 Dia cakap dia nak bunuh saya. 158 00:16:32,201 --> 00:16:33,744 Secepat mungkin. 159 00:16:34,244 --> 00:16:36,580 Tapi saya pula jadi orang jahat 160 00:16:36,663 --> 00:16:38,957 sebab saya tak membahayakan nyawa untuk dia? 161 00:16:41,752 --> 00:16:45,130 Saya sangat bernilai bagi awak semua. 162 00:16:45,214 --> 00:16:48,133 - Ya, membakar Hilltop? - Saya bunuh Alpha. 163 00:16:48,759 --> 00:16:51,094 Ya, saya membantu. 164 00:16:51,845 --> 00:16:53,347 Jika saya tak buat begitu, 165 00:16:53,430 --> 00:16:56,308 kepala semua orang akan berada di hujung pancang. 166 00:16:59,561 --> 00:17:01,313 Saya buat apa yang perlu. 167 00:17:01,897 --> 00:17:03,232 Okey? Saya sedang cuba sedaya upaya. 168 00:17:05,609 --> 00:17:08,028 - Saya tak percaya cakap dia. - Saya juga. 169 00:17:09,238 --> 00:17:10,697 Angguk saja dan dia akan dibunuh, 170 00:17:11,156 --> 00:17:12,783 kita boleh melalui bandar ini tanpa dia. 171 00:17:16,828 --> 00:17:17,871 Tolong! 172 00:17:18,288 --> 00:17:19,456 Tolong saya! 173 00:17:22,042 --> 00:17:23,085 Tinggalkan dia. 174 00:17:23,168 --> 00:17:24,211 Tolong! 175 00:17:25,295 --> 00:17:26,672 - Tolong! - Gage? 176 00:17:28,048 --> 00:17:30,467 - Apa yang berlaku? - Kami sesat di dalam terowong. 177 00:17:30,551 --> 00:17:31,677 Ada perayau di merata tempat. 178 00:17:31,760 --> 00:17:33,136 - Mereka mungkin... - Bagaimana dia masuk? 179 00:17:34,054 --> 00:17:35,848 Saya buka pintu di hujung. 180 00:17:35,931 --> 00:17:36,974 Awak tutup tak? 181 00:17:38,308 --> 00:17:39,351 Gage. 182 00:17:40,477 --> 00:17:42,938 Ini agak longgar. Sasquatch, bantu saya. 183 00:17:43,021 --> 00:17:45,440 - Perayau akan masuk. - Dia ada di sini. 184 00:17:45,983 --> 00:17:48,861 - Saya tahu. - Jahanam awak. 185 00:17:50,445 --> 00:17:51,488 Alden! 186 00:17:52,447 --> 00:17:53,490 Tolonglah. 187 00:17:57,494 --> 00:17:59,496 Awak dah gila? Ke tepi! 188 00:18:02,541 --> 00:18:03,584 Maggie. 189 00:18:05,252 --> 00:18:06,295 Maggie! 190 00:18:06,378 --> 00:18:07,713 Buka pintu! 191 00:18:10,299 --> 00:18:11,675 Saya minta maaf, okey? Maaf. 192 00:18:11,758 --> 00:18:14,011 Saya buat silap dan saya minta maaf. 193 00:18:14,845 --> 00:18:16,013 Berikan saya peluang. 194 00:18:16,513 --> 00:18:17,890 Saya tak akan buat lagi. 195 00:18:17,973 --> 00:18:20,934 Saya tak akan buat lagi. Tolonglah. 196 00:18:23,270 --> 00:18:25,814 Dengar cakap saya, Maggie. Ada masa untuk buka pintu itu. 197 00:18:27,357 --> 00:18:30,402 Maggie! 198 00:18:30,736 --> 00:18:32,696 Kita tak cukup peluru untuk hapuskan mereka. 199 00:18:38,368 --> 00:18:39,411 Lupakan saja. 200 00:18:43,790 --> 00:18:46,460 Maaf, saya tak boleh bantu. 201 00:18:52,382 --> 00:18:53,425 Tipu. 202 00:20:31,398 --> 00:20:34,234 Maaf, saya tunggu kawan saya, Yumiko. 203 00:20:34,318 --> 00:20:35,986 Dia ada di dalam bilik itu. 204 00:20:36,069 --> 00:20:38,655 Boleh awak beritahu saya 205 00:20:38,739 --> 00:20:41,366 - bila dia akan keluar? - Tiada orang di dalam. 206 00:20:44,161 --> 00:20:45,370 Tapi saya nampak 207 00:20:45,954 --> 00:20:48,123 kawan saya masuk dengan dua orang penemu duga. 208 00:20:48,207 --> 00:20:50,751 Saya tak nampak dia keluar. Jika awak boleh periksa... 209 00:20:50,834 --> 00:20:52,753 Tiada orang di dalam, encik. 210 00:20:53,337 --> 00:20:55,130 Seorang lagi kawan saya pergi ke tandas... 211 00:20:55,214 --> 00:20:56,298 Kawan apa? 212 00:20:58,175 --> 00:21:01,386 Saya nak awak pergi sekarang. 213 00:21:39,925 --> 00:21:40,968 Kenapa? 214 00:21:43,846 --> 00:21:45,013 Kenangan buruk. 215 00:21:49,518 --> 00:21:50,561 Tentang apa? 216 00:22:36,857 --> 00:22:39,484 Awak semua tak nak lihat dia. Kenapa? 217 00:22:41,904 --> 00:22:43,530 Kenapa awak tak nak lihat dia? 218 00:22:43,614 --> 00:22:47,242 Dia cuma lelaki yang mati sebagai pengecut. 219 00:22:48,619 --> 00:22:50,454 Itu pendapat yang kasar, Paderi. 220 00:22:53,540 --> 00:22:54,583 Dia takut. 221 00:22:56,168 --> 00:22:57,794 Dia tak berhak mati begitu. 222 00:22:59,046 --> 00:23:00,589 Dalam cara yang paling teruk. 223 00:23:02,883 --> 00:23:04,218 Ada cara yang lebih teruk. 224 00:23:07,012 --> 00:23:08,055 Jauh lebih teruk. 225 00:23:21,235 --> 00:23:23,111 Sebelum saya menemui Elijah dan kumpulannya, 226 00:23:25,656 --> 00:23:27,741 saya dan Hershel bersendirian untuk waktu yang lama. 227 00:23:30,327 --> 00:23:33,747 Suatu hari kami terjumpa lelaki tua yang lemah, 228 00:23:34,998 --> 00:23:38,210 dia berlutut di tepi troli yang terbalik. 229 00:23:40,921 --> 00:23:42,714 Ia dipenuhi pakaian 230 00:23:42,798 --> 00:23:44,216 yang dia cari untuk anak-anaknya, 231 00:23:44,299 --> 00:23:47,344 dan dia minta tolong kami untuk bawa troli itu pulang. 232 00:23:50,806 --> 00:23:52,891 Dia kata dia akan berikan kami makanan jika kami bantu. 233 00:23:56,144 --> 00:23:57,563 Saya tahu dia menipu. 234 00:24:00,274 --> 00:24:01,525 Tapi saya kelaparan... 235 00:24:04,653 --> 00:24:05,821 dan Hershel pun akan lapar juga. 236 00:24:07,155 --> 00:24:09,408 Saya ikut dia balik ke rumahnya. 237 00:24:09,491 --> 00:24:11,827 Saya letak pisau di lehernya dan capai ke dalam koceknya. 238 00:24:12,578 --> 00:24:15,497 Saya tarik keluar kain kloroform yang dia nak gunakan pada saya 239 00:24:17,374 --> 00:24:18,876 dan sumbat ke dalam mulutnya. 240 00:24:22,004 --> 00:24:23,672 Kemudian kami masuk rumahnya, 241 00:24:24,381 --> 00:24:26,258 saya kunci anak saya di dalam bilik 242 00:24:28,343 --> 00:24:29,803 dan selongkar rumah itu. 243 00:24:35,475 --> 00:24:36,560 Ada tiga 244 00:24:40,856 --> 00:24:41,899 orang cacat 245 00:24:45,652 --> 00:24:46,737 yang tak menyerupai manusia. 246 00:24:51,909 --> 00:24:52,951 Mereka menyerang saya. 247 00:24:56,496 --> 00:24:57,623 Tapi saya uruskan mereka. 248 00:24:59,458 --> 00:25:01,168 Lalu rumah itu sepi 249 00:25:03,253 --> 00:25:05,130 kecuali ada bunyi debak debuk 250 00:25:05,214 --> 00:25:07,508 dari loteng di atas. 251 00:25:11,178 --> 00:25:13,555 Saya sangka mereka kurung orang di atas 252 00:25:14,765 --> 00:25:16,058 dan orang itu nak melepaskan diri. 253 00:25:20,854 --> 00:25:24,525 Saya berjalan ke pintu di hujung laluan, 254 00:25:26,818 --> 00:25:29,446 saya buka pintu itu dan lihat ke atas dan nampak tangga. 255 00:25:31,698 --> 00:25:35,035 Di atas tangga ada bayang-bayang 256 00:25:36,745 --> 00:25:38,747 yang geliang-geliut dan terhuyung-hayang. 257 00:25:41,041 --> 00:25:42,376 Saya sangka haiwan. 258 00:25:46,338 --> 00:25:48,298 Tiba-tiba ia terjatuh ke bawah. 259 00:25:50,551 --> 00:25:51,969 Ia mendarat di kaki saya. 260 00:25:54,054 --> 00:25:58,100 Ia perayau yang dahulunya seorang wanita. 261 00:26:00,894 --> 00:26:03,230 Lengan dan kakinya... 262 00:26:04,982 --> 00:26:08,318 telah dipotong, dijahit. 263 00:26:10,612 --> 00:26:15,409 Matanya dirobek, dia tiada lidah. 264 00:26:18,036 --> 00:26:19,454 Dia berdehit 265 00:26:20,956 --> 00:26:24,459 melalui luka berlecuh di lehernya 266 00:26:24,543 --> 00:26:27,379 di mana pita suaranya telah dicabut. 267 00:26:31,425 --> 00:26:34,219 Perut dia bulat dan kembung. 268 00:26:35,929 --> 00:26:38,974 Ada makhluk di dalamnya yang nak keluar. 269 00:26:41,101 --> 00:26:43,645 Saya naik ke atas dan ada tiga orang lagi seperti dia, 270 00:26:46,523 --> 00:26:47,983 tapi jantung mereka masih berdegup. 271 00:26:51,612 --> 00:26:53,739 Tahu tak apa yang saya fikir, 272 00:26:55,824 --> 00:26:58,577 perkara pertama yang terlintas di fikiran saya? 273 00:27:00,954 --> 00:27:04,750 Jika mereka masih hidup, tentu ada makanan di sini. 274 00:27:08,504 --> 00:27:09,880 Saya bunuh mereka. 275 00:27:11,632 --> 00:27:14,510 Kemudian saya jumpa banyak makanan. 276 00:27:16,386 --> 00:27:20,182 Lalu saya dan Hershel mengisi troli itu dan beredar. 277 00:27:30,901 --> 00:27:33,111 Saya tak rasa apa-apa semasa saya ceritakan kepada awak. 278 00:27:36,698 --> 00:27:37,741 Awak faham tak? 279 00:27:40,285 --> 00:27:42,287 Sebab itulah yang berada di luar. 280 00:27:45,999 --> 00:27:47,709 Semasa saya nampak ia, saya hilang perikemanusiaan, 281 00:27:49,419 --> 00:27:51,713 dan saya rasa itu bukan sesuatu yang teruk. 282 00:27:53,674 --> 00:27:55,926 Sebab keadaan menjadi lebih jelas. 283 00:27:58,637 --> 00:28:01,765 Apa yang kita ada di Alexandria, 284 00:28:03,100 --> 00:28:08,063 apa yang kita ada di Hilltop dan di Meridian, 285 00:28:09,690 --> 00:28:10,732 sangat jarang. 286 00:28:12,401 --> 00:28:13,610 Semestinya begitu 287 00:28:17,364 --> 00:28:19,199 berbanding apa yang ada di luar. 288 00:28:21,493 --> 00:28:22,870 Sebab jika tidak... 289 00:28:23,704 --> 00:28:25,080 Bererti kita bernasib baik. 290 00:28:27,833 --> 00:28:30,252 Bererti tiada orang tahu jalan penyelesaiannya. 291 00:28:32,796 --> 00:28:36,717 Tiada sesiapa pernah tahu dan tiada sesiapa akan tahu. 292 00:30:05,806 --> 00:30:06,849 Anjing? 293 00:30:20,821 --> 00:30:22,072 Tolong saya, Daryl. 294 00:30:41,425 --> 00:30:42,467 Mari sini. 295 00:30:43,510 --> 00:30:45,470 Bagus. 296 00:31:02,905 --> 00:31:03,947 Seteruk mana? 297 00:31:04,031 --> 00:31:05,073 Agak teruk. 298 00:31:07,784 --> 00:31:08,827 Awak naik ke atas? 299 00:31:09,578 --> 00:31:10,621 Ya. 300 00:31:11,205 --> 00:31:12,331 Idea yang teruk. 301 00:31:14,374 --> 00:31:15,709 Saya kehilangan Gage. 302 00:31:17,377 --> 00:31:18,754 Di mana beg peluru? 303 00:31:19,671 --> 00:31:20,714 Di mana beg peluru? 304 00:31:21,798 --> 00:31:22,841 Saya kehilangan itu juga. 305 00:31:28,889 --> 00:31:31,475 Tak. Berhenti! Jangan bazirkan demi saya. 306 00:31:31,558 --> 00:31:33,519 Nah. Ini saja yang saya ada. 307 00:31:40,609 --> 00:31:42,569 Beritahu anak-anak saya bahawa saya mati dengan berani. 308 00:32:10,973 --> 00:32:12,015 Tersekat. 309 00:34:14,972 --> 00:34:16,014 Pergi. 310 00:34:37,160 --> 00:34:38,203 Hei! 311 00:34:38,287 --> 00:34:39,663 Mereka masuk dari sini. 312 00:34:54,636 --> 00:34:55,679 Berundur! 313 00:35:34,968 --> 00:35:36,053 Senyap. 314 00:36:35,904 --> 00:36:37,281 Cepat. 315 00:36:39,324 --> 00:36:40,367 Mari, cepat! 316 00:36:50,294 --> 00:36:51,753 Cari tempat berlindung. 317 00:38:22,511 --> 00:38:24,388 Apa awak dah buat dengan kawan-kawan saya? 318 00:38:26,014 --> 00:38:27,432 Mereka sedang diproses. 319 00:38:29,476 --> 00:38:33,272 "Proses" dari segi pentadbiran? 320 00:38:34,356 --> 00:38:37,484 "Proses" seperti makanan atau daging? 321 00:38:37,568 --> 00:38:39,069 Saya nak tahu. 322 00:38:41,572 --> 00:38:42,906 Saya nak jumpa mereka. 323 00:38:44,575 --> 00:38:46,118 Awak suka rasa cemas? 324 00:38:47,995 --> 00:38:49,037 Tidak. 325 00:38:49,454 --> 00:38:51,123 Hanya satu benda yang buat saya teruja. 326 00:38:52,291 --> 00:38:55,794 Semasa berada di luar melawan makhluk mati 327 00:38:57,546 --> 00:38:58,922 dan kumpulan kemerahan. 328 00:39:01,175 --> 00:39:06,388 Hati saya berkobar-kobar. 329 00:39:09,474 --> 00:39:10,767 Tapi dalam cara yang baik. 330 00:39:15,939 --> 00:39:18,150 Nah, lap. 331 00:39:26,825 --> 00:39:29,661 - Saya rasa... - Awak tak pandai berbohong. 332 00:39:31,413 --> 00:39:32,873 - Saya... - Jadi, jangan nak tipu. 333 00:39:33,999 --> 00:39:38,212 Okey. Saya tak nak menipu. 334 00:39:38,295 --> 00:39:39,338 Yakah? 335 00:39:39,421 --> 00:39:40,464 Ya. 336 00:39:40,839 --> 00:39:41,965 Itu buat saya suka awak. 337 00:39:44,885 --> 00:39:48,263 Teruskan buat begitu dan ia akan membantu awak. Jika tak... 338 00:39:52,893 --> 00:39:53,936 Awak faham tak? 339 00:39:56,897 --> 00:39:58,315 Bercakap. 340 00:39:59,775 --> 00:40:01,443 Ya, tuan. 341 00:40:01,527 --> 00:40:02,569 Bagus. 342 00:40:02,903 --> 00:40:03,946 Sekarang, 343 00:40:05,656 --> 00:40:07,074 saya tahu awak sembunyikan sesuatu. 344 00:40:08,992 --> 00:40:10,494 Awak tahu awak sembunyikan sesuatu. 345 00:40:11,245 --> 00:40:12,871 Saya akan tanya awak dua soalan. 346 00:40:12,955 --> 00:40:15,707 Awak akan berikan saya dua jawapan yang benar. 347 00:40:17,709 --> 00:40:20,003 Jika awak buat begitu, awak boleh pergi. 348 00:40:21,797 --> 00:40:23,423 Awak boleh jumpa kawan-kawan awak lagi. 349 00:40:24,508 --> 00:40:25,843 Segalanya akan baik. 350 00:40:28,428 --> 00:40:29,763 Senang saja. 351 00:40:32,182 --> 00:40:33,225 Dah sedia? 352 00:40:34,685 --> 00:40:35,894 Di mana penempatan awak? 353 00:40:37,062 --> 00:40:38,897 Kenapa awak di stesen kereta api? 354 00:40:41,441 --> 00:40:47,906 Eugene, saya akan tahu jika awak tipu. 355 00:40:51,910 --> 00:40:52,953 Baiklah. 356 00:40:57,833 --> 00:40:58,876 Betul kata awak. 357 00:41:00,294 --> 00:41:02,087 Saya memang sembunyikan sesuatu. 358 00:41:03,797 --> 00:41:06,884 Terus terang, saya nak cakap sebelum ini, 359 00:41:06,967 --> 00:41:08,886 tapi saya takut kawan saya tak suka. 360 00:41:12,014 --> 00:41:14,099 Dulu saya bukan orang yang emosi, 361 00:41:14,183 --> 00:41:18,687 tapi selepas 10,000 jam lebih berdepan maut dan ketakutan, 362 00:41:18,770 --> 00:41:20,105 saya dah sedar. 363 00:41:21,857 --> 00:41:26,570 Saya terjumpa radio semasa mengembara. 364 00:41:28,030 --> 00:41:30,991 Malam demi malam, saya bercakap dengan kekosongan 365 00:41:31,074 --> 00:41:33,535 dan berharap. 366 00:41:34,703 --> 00:41:36,079 Seperti kerja orang bodoh 367 00:41:36,163 --> 00:41:37,956 dan saya memang orang bodoh. 368 00:41:43,754 --> 00:41:48,217 Pada suatu malam, ada suara yang membalas. 369 00:41:49,635 --> 00:41:51,053 Suara yang indah. 370 00:41:54,806 --> 00:41:56,517 Kami mula berbual dan dia... 371 00:42:00,270 --> 00:42:02,689 tak jijik dengan cerita saya. 372 00:42:05,275 --> 00:42:10,697 Kami berbual pasal muzium kereta api, aiskrim, kami gelak. 373 00:42:14,034 --> 00:42:15,077 Kami nyanyi lagu Iron Maiden. 374 00:42:18,080 --> 00:42:19,456 Kemudian kami nak berjumpa. 375 00:42:19,915 --> 00:42:26,713 Saya ajak kawan-kawan ke stesen kereta api dan berpura-pura 376 00:42:26,797 --> 00:42:28,382 minta bantuan daripada orang untuk kami bertiga, 377 00:42:28,465 --> 00:42:30,092 sebab saya tahu jika tak, mereka tak nak pergi. 378 00:42:33,554 --> 00:42:35,639 Tapi saya hanya fikir tentang Stephanie. 379 00:42:37,307 --> 00:42:40,352 Ya, saya tipu. 380 00:42:41,144 --> 00:42:43,438 Saya tipu selama ini sebab saya takut kehilangan 381 00:42:43,522 --> 00:42:45,190 tiga kawan yang saya ada di dunia. 382 00:42:46,567 --> 00:42:49,111 Saya tipu Stephanie bahawa saya dari penempatan besar 383 00:42:49,194 --> 00:42:53,782 sebab saya takut dia bukan seperti apa yang dia kata, 384 00:42:53,866 --> 00:42:58,912 mungkin dia perempuan penggoda yang memerangkap lelaki sepi. 385 00:43:01,707 --> 00:43:04,585 Saya tiada banyak pengalaman dalam soal percintaan. 386 00:43:04,668 --> 00:43:07,921 Saya tak mudah menjalinkan hubungan, 387 00:43:08,005 --> 00:43:09,798 terutamanya dengan wanita. 388 00:43:13,635 --> 00:43:15,137 Saya masih teruna 389 00:43:16,930 --> 00:43:21,727 walaupun pernah menyaksikan perlakuan itu berulang kali. 390 00:43:25,314 --> 00:43:27,149 Terima kasih kerana tak gelakkan saya. 391 00:43:30,485 --> 00:43:31,528 Saya... 392 00:43:32,196 --> 00:43:34,948 Saya berharap selepas tempoh percintaan yang sesuai, 393 00:43:35,782 --> 00:43:38,994 Stephanie akan menamatkan status teruna saya 394 00:43:39,077 --> 00:43:40,787 sebab saya sangat berharap 395 00:43:40,871 --> 00:43:42,789 dia cinta sejati saya. 396 00:43:43,999 --> 00:43:46,126 Kini, saya dipaksa mengakuinya di bilik ini 397 00:43:46,210 --> 00:43:47,711 dan saya rasa malu. 398 00:43:53,050 --> 00:43:54,718 Saya risau jika Stephanie tahu 399 00:43:54,801 --> 00:43:56,470 bahawa saya tipu, 400 00:43:56,553 --> 00:43:58,972 dia tak nak jumpa saya lagi. 401 00:44:02,267 --> 00:44:03,393 Itulah kisahnya. 402 00:44:06,897 --> 00:44:09,107 Saya lega dah luahkan cerita ini 403 00:44:11,026 --> 00:44:12,861 sebab semua yang saya cakap sehingga kini 404 00:44:12,945 --> 00:44:14,321 adalah benar. 405 00:45:04,580 --> 00:45:05,622 Eugene. 406 00:45:18,969 --> 00:45:21,096 Okey. Luahkan. 407 00:45:24,600 --> 00:45:26,643 Saya sangka... Ke mana mereka bawa awak? 408 00:45:27,060 --> 00:45:28,103 Rumah sakit. 409 00:45:29,354 --> 00:45:33,442 Doktor mengewap muka saya dan beri ubat batuk herba teruk, 410 00:45:34,318 --> 00:45:35,360 dan saya tertidur. 411 00:45:36,361 --> 00:45:37,905 Mereka letak dadah dalam ubat batuk itu? 412 00:45:37,988 --> 00:45:41,742 Tidak. Mereka keluarkan lampu di bilik saya dan saya tertidur. 413 00:45:41,825 --> 00:45:43,243 Doktor periksa saya beberapa kali 414 00:45:43,327 --> 00:45:44,745 dan mereka bawa Yumiko ke sini. 415 00:45:44,828 --> 00:45:46,872 Kemudian mereka bawa kami ke bilik menunggu dengan Puteri, 416 00:45:46,955 --> 00:45:48,123 dan kemudian kami dibawa ke sini. 417 00:45:48,207 --> 00:45:50,250 Ya, nasib baik awak ada di sini juga. Kami risau. 418 00:46:01,053 --> 00:46:05,015 "Menurut Seksyen 114A artikel baharu Penyatuan Berterusan 419 00:46:05,849 --> 00:46:08,602 "bagi menghormati tradisi Artikel 1, Seksyen 8 420 00:46:08,685 --> 00:46:13,190 "bagi Perlembagaan Pusaka dan Artikel 14 Pusaka UDHR, 421 00:46:13,273 --> 00:46:15,776 "awak berjaya melengkapkan pemprosesan 422 00:46:15,859 --> 00:46:18,362 "dan pertimbangan untuk suaka dan kewarganegaraan 423 00:46:18,445 --> 00:46:20,364 "di Bandar Raya Bersatu." 424 00:46:22,699 --> 00:46:24,785 Apabila awak jalan melalui pintu ini, 425 00:46:24,868 --> 00:46:28,705 awak akan dibawa menyertai orientasi oleh polis peronda. 426 00:46:30,165 --> 00:46:32,626 Selamat datang ke Commonwealth. 427 00:46:39,091 --> 00:46:41,593 Saya belajar di West Point, bodoh. 428 00:46:45,556 --> 00:46:46,932 Saya tak faham. Apa yang berubah? 429 00:46:47,015 --> 00:46:49,393 - Kenapa mereka... - Jangan soal. Kita dah diterima. 430 00:47:01,321 --> 00:47:02,906 Siapa Eugene? 431 00:47:07,578 --> 00:47:08,620 Hai. 432 00:47:10,205 --> 00:47:11,248 Saya Stephanie. 433 00:48:18,524 --> 00:48:20,734 - Apa itu? - Surat daripada 434 00:48:21,652 --> 00:48:22,694 seorang budak kepada ibu bapanya. 435 00:48:23,779 --> 00:48:24,947 Dari sana tadi. 436 00:48:26,365 --> 00:48:28,867 - Awak menjumpainya? - Ya, di terowong. 437 00:48:30,327 --> 00:48:31,703 Awak nampak apa-apa lagi di sana? 438 00:48:32,788 --> 00:48:34,998 Tidak, cuma perkara sama yang awak nampak. 439 00:48:40,462 --> 00:48:41,505 Kita nak bertolak? 440 00:48:42,589 --> 00:48:44,132 Kita perlu buat lencongan dulu. 441 00:48:45,217 --> 00:48:47,052 - Ke Arbor Hills. - Apa itu? 442 00:48:47,135 --> 00:48:48,595 Tempat simpanan bekalan tersembunyi. 443 00:48:49,429 --> 00:48:51,807 Georgie sediakan banyak tempat begini jika kami hadapi masalah 444 00:48:51,890 --> 00:48:53,350 semasa keluar mencari orang yang masih hidup. 445 00:48:54,643 --> 00:48:58,522 Ia menyimpan peluru, makanan, senjata. 446 00:49:01,400 --> 00:49:03,777 Berehat di sana, isi bekalan, dan teruskan ke Meridian. 447 00:49:04,236 --> 00:49:06,071 Menara radio menandakan kawasan itu. 448 00:49:09,241 --> 00:49:12,369 - Awak tahu di mana tempatnya? - Ya. 449 00:49:13,871 --> 00:49:14,913 Jom. 450 00:49:16,123 --> 00:49:17,165 Jom, kawan. 451 00:49:54,494 --> 00:49:57,748 Tempat ini dah semakin teruk sejak kali terakhir saya ke sini. 452 00:50:06,340 --> 00:50:07,633 Kita harus patah balik. Kita boleh lalu... 453 00:51:00,602 --> 00:51:02,604 Diterjemahkan oleh: Audrey Teo