1 00:00:11,054 --> 00:00:13,181 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:27,361 --> 00:00:32,617 BAB 2: HOS YANG TIDAK SEMPURNA 3 00:01:11,155 --> 00:01:12,865 Saya simpan jurnal buat seketika. 4 00:01:16,035 --> 00:01:18,830 Catatan semua yang berlaku semasa tuan tiada. 5 00:01:22,083 --> 00:01:24,043 Tapi perlahan-lahan perkataannya pudar. 6 00:01:27,255 --> 00:01:29,257 Tak lama selepas tuan pergi, 7 00:01:29,340 --> 00:01:33,761 semua buku di pustaka jadi jilid kertas kosong yang berikat. 8 00:01:34,929 --> 00:01:36,722 Esoknya, seluruh pustaka hilang. 9 00:01:38,850 --> 00:01:40,059 Saya tak menemuinya lagi. 10 00:01:41,102 --> 00:01:44,522 Awak tetap tinggal ketika yang lain pergi, 11 00:01:45,898 --> 00:01:48,568 pustakawan diraja bagi negara terabai. 12 00:01:50,027 --> 00:01:51,445 Saya tak pernah rasa terabai. 13 00:01:53,072 --> 00:01:54,532 Saya tahu tuan akan pulang. 14 00:03:03,893 --> 00:03:05,478 Tuan perlu berehat. 15 00:03:07,230 --> 00:03:10,233 Makan dan mungkin berehat lagi, 16 00:03:10,316 --> 00:03:12,401 barulah boleh pulih sepenuhnya. 17 00:03:12,485 --> 00:03:13,319 Tidak. 18 00:03:15,947 --> 00:03:17,323 Tidak tanpa alat saya. 19 00:03:17,406 --> 00:03:18,449 Alat tuan? 20 00:03:18,532 --> 00:03:22,745 Pasir, ketopong dan delima saya. 21 00:03:22,828 --> 00:03:24,330 Apa jadi kepada semuanya? 22 00:03:24,413 --> 00:03:25,623 Semuanya diambil. 23 00:03:27,208 --> 00:03:28,417 Oleh penangkap saya. 24 00:03:29,418 --> 00:03:30,753 Kemudian ia dicuri. 25 00:03:31,587 --> 00:03:32,713 Entah di mana. 26 00:03:37,218 --> 00:03:39,011 Apalah saya tanpa semua itu. 27 00:03:43,766 --> 00:03:47,061 Sayang. Apa khabar? 28 00:03:50,106 --> 00:03:54,485 Awak tentu tak percaya apa yang saya lihat. 29 00:03:55,403 --> 00:03:56,862 Sebuah karya Caravaggio. 30 00:03:57,571 --> 00:04:01,617 Ia boleh jadi Caravaggio awak dengan harga 22 juta. 31 00:04:02,827 --> 00:04:06,289 Tentu awak boleh fikirkan, tapi jangan lama sangat. 32 00:04:06,998 --> 00:04:10,293 Giovanni, ini Josiane. 33 00:04:10,835 --> 00:04:15,006 Saya tak suka ganggu awak bekerja, 34 00:04:15,798 --> 00:04:18,551 tapi saya baru beli satu lagi jilid Vasari. 35 00:04:19,719 --> 00:04:22,096 Ya, sangat cantik. 36 00:04:22,179 --> 00:04:25,599 Tolong beritahu pengerusi Pn. Daudet telefon. 37 00:04:27,685 --> 00:04:28,602 Ya, saya akan tunggu. 38 00:04:33,566 --> 00:04:36,110 Bernard, saya dah menemuinya. 39 00:04:36,944 --> 00:04:40,531 Keadaannya sangat baik. 40 00:04:41,699 --> 00:04:43,326 Honjo Masamune. 41 00:04:50,916 --> 00:04:55,046 Helo? 42 00:05:35,419 --> 00:05:37,671 Hebatnya rumah awak, Ethel. 43 00:05:40,883 --> 00:05:41,759 Siapa awak? 44 00:05:46,097 --> 00:05:47,098 Bagaimana awak masuk? 45 00:05:49,016 --> 00:05:52,937 Masuk itu mudah. Mencari awak yang susah. 46 00:05:53,020 --> 00:05:54,814 Awak berjaya 47 00:05:54,897 --> 00:05:57,358 meyakinkan orang yang Ethel Cripps tak wujud. 48 00:06:03,072 --> 00:06:04,448 Nampaknya tak cukup bagus. 49 00:06:04,532 --> 00:06:07,743 Saya bukannya "orang". 50 00:06:11,997 --> 00:06:13,207 Jadi, awak apa? 51 00:06:13,791 --> 00:06:19,046 Ingat makhluk yang Roderick Burgess kurung di bilik bawah tanahnya? 52 00:06:21,340 --> 00:06:22,550 Raja Mimpi? 53 00:06:22,633 --> 00:06:23,759 Awak kawannya? 54 00:06:26,137 --> 00:06:27,555 Kini saya seorang diri. 55 00:06:28,764 --> 00:06:30,891 Saya nak kekal begitu dengan bantuan awak. 56 00:06:31,392 --> 00:06:32,726 Kenapa perlu bantuan? 57 00:06:34,311 --> 00:06:37,231 Dia dah lepas dari sangkarnya dan dia cari kita. 58 00:06:38,149 --> 00:06:39,108 Awak dan saya. 59 00:06:39,191 --> 00:06:42,611 Kenapa saya? Saya tak pernah apa-apakan dia. 60 00:06:42,695 --> 00:06:44,405 Ada, Ethel. 61 00:06:45,823 --> 00:06:47,158 Awak mencuri daripada dia. 62 00:06:53,622 --> 00:06:57,334 Cuma satu cara untuk jumpa alat saya. 63 00:06:59,336 --> 00:07:00,921 Saya mesti seru Tiga-Dalam-Satu. 64 00:07:02,423 --> 00:07:03,966 Takkanlah sampai begitu. 65 00:07:04,049 --> 00:07:09,305 Nasib nampak masa lalu, sekarang dan akan datang, mereka tahu semuanya. 66 00:07:09,388 --> 00:07:12,475 Ya, tapi mereka bercakap dalam teka-teki. 67 00:07:13,184 --> 00:07:15,019 Tak beritahu hal yang tuan nak tahu, 68 00:07:16,228 --> 00:07:18,063 cuma hal yang tak patut tahu. 69 00:07:19,940 --> 00:07:25,070 Mungkin sekali ini mintalah pertolongan salah seorang adik-beradik tuan. 70 00:07:26,405 --> 00:07:30,451 Takdir tentu tahu keberadaan alat tuan, atau Hasrat… 71 00:07:30,534 --> 00:07:34,079 Mereka perlu uruskan alam sendiri, saya uruskan alam saya. 72 00:07:35,122 --> 00:07:37,500 Kami tak campur urusan satu sama lain. 73 00:07:37,583 --> 00:07:41,295 Tuan mungkin tak, tapi mereka pernah buat. 74 00:07:42,046 --> 00:07:46,258 Mungkin sekali ini saja beritahu hal yang berlaku ke atas tuan. 75 00:07:46,342 --> 00:07:50,471 Saya pasti mereka tahu hal yang berlaku ke atas saya. 76 00:07:53,724 --> 00:07:55,601 Tiada seorang pun tolong saya. 77 00:08:02,441 --> 00:08:04,235 Tuan tahu Nasib tak murah. 78 00:08:05,528 --> 00:08:07,446 Harganya sangat mahal. 79 00:08:09,949 --> 00:08:13,869 Sekarang saya tak cukup kuasa untuk menyeru mereka, 80 00:08:13,953 --> 00:08:15,913 apatah lagi membayar harganya. 81 00:08:17,373 --> 00:08:18,374 Kecuali… 82 00:08:18,958 --> 00:08:21,961 Adakah apa-apa milik saya yang masih tinggal di Dunia Mimpi? 83 00:08:23,796 --> 00:08:26,090 Sesuatu yang saya cipta? 84 00:08:27,758 --> 00:08:29,093 Tuan cipta semua ini. 85 00:08:29,176 --> 00:08:33,013 Bukan, sesuatu yang masih utuh. 86 00:08:34,557 --> 00:08:38,394 Sesuatu yang masih mengekalkan sisa kuasa saya di dalamnya. 87 00:08:39,270 --> 00:08:40,646 Sesuatu yang boleh diserap. 88 00:08:42,064 --> 00:08:43,148 Ada satu. 89 00:09:05,963 --> 00:09:08,924 Gregory, turun dari situ sekarang juga. 90 00:09:09,675 --> 00:09:11,343 Nanti awak jatuh dan cedera! 91 00:09:13,929 --> 00:09:15,055 Begitulah. 92 00:09:16,473 --> 00:09:17,600 Itu pun dia. 93 00:09:24,023 --> 00:09:25,399 Awak pasti? 94 00:09:27,985 --> 00:09:30,571 Gregory, budak baik. Gargoil baik. 95 00:09:31,280 --> 00:09:33,115 Cain, datang cepat. 96 00:09:33,907 --> 00:09:36,368 Betul-betul menyakitkan hati. 97 00:09:36,452 --> 00:09:38,370 - Cain. - Apa awak nak, cemerkap? 98 00:09:38,454 --> 00:09:41,123 - Tak nampakkah saya sibuk? - Kita ada pelawat. 99 00:09:42,416 --> 00:09:43,250 Apa? 100 00:09:45,127 --> 00:09:45,961 Di mana? 101 00:09:47,004 --> 00:09:47,838 Cain. 102 00:09:48,589 --> 00:09:49,423 Abel. 103 00:09:52,843 --> 00:09:55,054 Tuan Morpheus. 104 00:09:56,013 --> 00:09:56,847 Tuan dah pulang. 105 00:09:56,930 --> 00:09:58,307 Akhirnya. 106 00:09:58,390 --> 00:09:59,975 Saya dah kata dia akan pulang. 107 00:10:00,059 --> 00:10:01,268 Saya tak pernah ragu. 108 00:10:02,436 --> 00:10:03,520 Silakan masuk, tuan. 109 00:10:04,021 --> 00:10:07,274 Awak juga, Lucienne. Ke Rumah Misteri. 110 00:10:07,358 --> 00:10:09,902 Atau ke Rumah Rahsia. Saya ada teh. 111 00:10:09,985 --> 00:10:11,195 Saya ada teh dan biskut. 112 00:10:11,278 --> 00:10:14,365 Tuan-tuan. Ini bukan lawatan sosial. 113 00:10:14,948 --> 00:10:15,824 Kenapa? 114 00:10:15,908 --> 00:10:17,618 - Ada yang tak kena? - Apa dia? 115 00:10:18,911 --> 00:10:20,454 Demi Dunia Mimpi, 116 00:10:20,537 --> 00:10:23,207 saya terpaksa ambil balik hadiah yang saya beri dulu. 117 00:10:24,458 --> 00:10:25,542 Baik, tuan. 118 00:10:25,626 --> 00:10:26,919 Milik kami milik tuan juga. 119 00:10:27,002 --> 00:10:28,003 Semuanya. 120 00:10:29,004 --> 00:10:29,922 Mintalah saja. 121 00:10:44,770 --> 00:10:46,146 Tentu ada jalan lain. 122 00:10:46,730 --> 00:10:47,940 Saya harap ada. 123 00:10:49,733 --> 00:10:51,944 Tapi Dunia Mimpi mesti dipulihkan. 124 00:10:52,027 --> 00:10:54,279 Tuan cakap macam kami yang musnahkan. 125 00:10:55,072 --> 00:10:57,199 Atau kami yang hilang lebih sedekad. 126 00:10:57,282 --> 00:10:59,660 - Cain. - Awak lupa diri, Cain. 127 00:10:59,743 --> 00:11:01,161 Tak, tuan lupakan kami. 128 00:11:01,954 --> 00:11:04,415 Tuan tahu apa yang hilang daripada kami 129 00:11:04,498 --> 00:11:06,709 menunggu tuan pulang sejak sekian lama? 130 00:11:06,792 --> 00:11:07,960 Apa yang hilang? 131 00:11:09,294 --> 00:11:10,421 Jawapannya tiada. 132 00:11:12,631 --> 00:11:14,383 Saya tak datang untuk minta awak. 133 00:11:16,260 --> 00:11:17,594 Saya nak minta Gregory. 134 00:11:59,511 --> 00:12:00,429 Tolong saya. 135 00:12:04,558 --> 00:12:06,810 Gregory, berhenti. Jangan. 136 00:12:08,645 --> 00:12:10,814 Ambillah saya. Atau Abel. 137 00:12:10,898 --> 00:12:13,317 - Ya, ambil saya, Tuan Morpheus. - Tak boleh. 138 00:12:13,984 --> 00:12:16,570 Saya cuma boleh serap semula ciptaan saya, 139 00:12:16,653 --> 00:12:18,530 Gregory bermula sebagai Mimpi Ngeri. 140 00:12:18,614 --> 00:12:20,949 Ya, tapi kini dia seorang daripada kami. 141 00:12:21,825 --> 00:12:22,868 Ini tak adil. 142 00:12:22,951 --> 00:12:26,371 Tidak… memang tak adil. 143 00:12:44,556 --> 00:12:46,391 Awak budak yang sangat baik. 144 00:13:12,751 --> 00:13:14,419 Awak tak perlu buat ini. 145 00:13:23,262 --> 00:13:24,513 Ini tak adil. 146 00:13:39,319 --> 00:13:43,574 Awak dah berbakti kepada kerajaan ini dengan penuh terhormat. 147 00:13:46,618 --> 00:13:47,911 Awak akan dirindui. 148 00:14:43,550 --> 00:14:44,468 Mari, Lucienne. 149 00:14:46,178 --> 00:14:47,387 Kita ada tugas. 150 00:14:57,230 --> 00:14:58,440 Semoga berjaya, tuan. 151 00:15:00,025 --> 00:15:02,527 Pembodek. 152 00:15:09,743 --> 00:15:14,247 Nampaknya awak tukar bakat mencuri jadi kerjaya yang lumayan. 153 00:15:15,540 --> 00:15:18,085 Saya bukan mencurinya. Saya mendagangkannya. 154 00:15:20,504 --> 00:15:22,381 Ada simpan apa-apa untuk diri sendiri? 155 00:15:23,298 --> 00:15:24,132 Tiada. 156 00:15:25,092 --> 00:15:26,927 Alat Mimpi pun tiada? 157 00:15:27,761 --> 00:15:29,346 Dia tentu mahukannya. 158 00:15:29,930 --> 00:15:31,848 Saya rasa awak pun begitu. 159 00:15:31,932 --> 00:15:33,642 Ia tak berguna untuk saya. 160 00:15:34,226 --> 00:15:36,061 Bahan buatannya sama seperti saya. 161 00:15:36,812 --> 00:15:39,815 Jadi, kenapa awak datang ke sini? 162 00:15:41,108 --> 00:15:43,068 Lihat jika kita boleh saling membantu. 163 00:15:44,403 --> 00:15:46,071 Saya boleh tunjuk cara gunakannya. 164 00:15:47,781 --> 00:15:49,908 Apa tujuan menggunakannya? 165 00:15:49,992 --> 00:15:52,828 Buat dia pergi. Kali ini buat selama-lamanya. 166 00:15:54,371 --> 00:15:56,832 Awak nak saya bunuh Raja Mimpi? 167 00:15:57,833 --> 00:16:00,502 Ya. Awak boleh lakukan. Saya tahu awak boleh. 168 00:16:01,545 --> 00:16:04,172 Awak cuma perlu dengar dan percaya saya. 169 00:16:05,257 --> 00:16:07,009 Kalau begitu, matilah kita berdua 170 00:16:07,718 --> 00:16:10,595 sebab alat itu tiada dengan saya. 171 00:16:10,679 --> 00:16:12,305 Ya, malang sungguh. 172 00:16:12,889 --> 00:16:15,017 Saya tertanya jika anak awak tahu. 173 00:16:16,518 --> 00:16:18,145 Apa khabar John sekarang? 174 00:16:19,146 --> 00:16:23,358 Awak rasa apa Mimpi akan buat kepada anak Roderick Burgess? 175 00:16:25,360 --> 00:16:28,488 Saya tanya sekali lagi demi anak awak. 176 00:16:30,407 --> 00:16:32,284 Di mana alat itu, Ethel? 177 00:16:43,295 --> 00:16:47,090 Tuan rasa dah bersedia untuk ini? 178 00:16:47,924 --> 00:16:50,802 Dah lama tuan tak mengemudi air ini. 179 00:16:52,304 --> 00:16:54,347 Awak fikir saya lupa caranya? 180 00:16:55,098 --> 00:16:57,434 Tidak, tapi… 181 00:16:58,393 --> 00:17:03,356 Saya tak boleh minta bantuan Nasib tanpa beri balasan. 182 00:17:04,399 --> 00:17:06,777 Tiada yang berbaki di Dunia Mimpi untuk diberi. 183 00:17:07,986 --> 00:17:11,406 Saya perlu kumpul tawaran daripada mimpi orang lain. 184 00:17:11,990 --> 00:17:12,991 Saya faham. 185 00:17:13,784 --> 00:17:16,244 Cuma, sejak tuan tiada, 186 00:17:16,328 --> 00:17:20,916 air ini jadi semakin gelap, berbahaya dan tak selamat. 187 00:17:31,384 --> 00:17:34,554 Air ini dan saya saling melengkapi. 188 00:17:36,640 --> 00:17:39,059 Pengorbanan Gregory takkan sia-sia. 189 00:18:04,918 --> 00:18:06,294 Awak betul, Lucienne. 190 00:18:06,378 --> 00:18:09,923 Nampaknya Mimpi dan Mimpi Ngeri tak kenal tuan mereka lagi. 191 00:18:11,091 --> 00:18:15,303 Saya akan ingatkan mereka dan ambil apa yang saya perlu daripada mereka. 192 00:18:19,141 --> 00:18:21,977 Ada orang menemui Nasib di persimpangan jalan, 193 00:18:22,060 --> 00:18:25,063 saya temui satu dalam mimpi seorang petani Kemboja. 194 00:18:32,070 --> 00:18:35,991 Lelaki digantung mewakili penyerahan dan pengorbanan untuk manfaat lebih besar. 195 00:18:36,700 --> 00:18:39,578 Gantungan datang daripada peminat filem Jepun muda, 196 00:18:39,661 --> 00:18:42,164 kepalanya dipenuhi filem seram British. 197 00:18:42,247 --> 00:18:43,290 Lepaskan! 198 00:18:45,083 --> 00:18:48,587 Arusnya lebih kuat dan deras daripada yang saya ingat. 199 00:18:49,671 --> 00:18:50,839 Saya perlu fokus. 200 00:18:52,549 --> 00:18:57,554 Buka mata saya dan lihat apa yang Nasib perlukan. 201 00:19:00,807 --> 00:19:04,477 Ular, simbol transformasi, 202 00:19:06,521 --> 00:19:10,317 bagi kehidupan, kematian dan kelahiran semula. 203 00:19:12,444 --> 00:19:14,237 Saya dah kumpulkan tawaran saya. 204 00:19:15,780 --> 00:19:17,407 Sekarang, terserah kepada Nasib. 205 00:19:21,786 --> 00:19:25,665 Saya, Tuan Morpheus, 206 00:19:25,749 --> 00:19:28,168 Mimpi Tanakhir, 207 00:19:31,004 --> 00:19:32,130 menyeru Nasib, 208 00:19:34,591 --> 00:19:36,426 Si Tiga-Yang-Satu, 209 00:19:37,802 --> 00:19:39,888 Si Satu-Yang-Tiga. 210 00:19:41,014 --> 00:19:42,432 Hecate. 211 00:19:47,229 --> 00:19:50,440 Morpheus, dah lama tak jumpa. 212 00:19:51,316 --> 00:19:52,484 Awak kurus, sayang. 213 00:19:52,567 --> 00:19:55,612 Awak dah makan? Awak lapar? 214 00:19:55,695 --> 00:19:57,781 Ya, tapi bukan lapar makanan. 215 00:19:57,864 --> 00:20:00,659 Tengoklah dia. Dia nak sesuatu. 216 00:20:00,742 --> 00:20:02,369 Awak tahu niat saya. 217 00:20:04,079 --> 00:20:05,664 Saya nak sesuatu. 218 00:20:07,249 --> 00:20:08,375 Saya perlu pertolongan. 219 00:20:08,458 --> 00:20:09,459 Pertolongan? 220 00:20:10,293 --> 00:20:11,753 Dengar katanya. 221 00:20:13,213 --> 00:20:15,340 Macam awak tolong kami menentang Circe? 222 00:20:15,423 --> 00:20:17,842 Circe itu urusan lama, saudaraku. 223 00:20:17,926 --> 00:20:19,719 Dia bawa barang yang bagus. 224 00:20:37,904 --> 00:20:40,657 Awak boleh tanya kami tiga soalan. 225 00:20:53,044 --> 00:20:55,297 Dapat satu jawapan daripada setiap seorang. 226 00:20:55,380 --> 00:20:56,881 Terima kasih, puan-puan. 227 00:20:57,799 --> 00:20:59,092 Soalan pertama saya. 228 00:20:59,718 --> 00:21:02,345 Saya ada kantung kulit berisi pasir. 229 00:21:03,096 --> 00:21:04,139 Di manakah ia? 230 00:21:07,976 --> 00:21:11,021 Ia dijual di London. 231 00:21:12,772 --> 00:21:15,942 Terakhir dibeli oleh pengamal magik bernama… 232 00:21:18,778 --> 00:21:20,488 Johanna Constantine. 233 00:21:22,324 --> 00:21:23,742 Constantine… 234 00:21:24,659 --> 00:21:28,663 Saya kenal Constantine, tapi itu 300 tahun dulu. 235 00:21:30,081 --> 00:21:32,751 Awak kata "terakhir dibeli". Dia masih ada pasir itu? 236 00:21:32,834 --> 00:21:35,920 Mimpi, awak lebih tahu. 237 00:21:36,504 --> 00:21:39,591 Awak dapat satu jawapan untuk satu soalan. 238 00:21:40,425 --> 00:21:41,426 Maaf. 239 00:21:42,344 --> 00:21:43,553 Soalan kedua. 240 00:21:43,636 --> 00:21:44,929 Teruskan, sayang. 241 00:21:45,013 --> 00:21:48,558 Apa jadi dengan ketopong saya? 242 00:21:54,022 --> 00:21:56,024 Ia dijual kepada syaitan, 243 00:21:58,568 --> 00:22:00,737 untuk Tangkal Perlindungan. 244 00:22:01,571 --> 00:22:03,281 Siapa syaitan yang membelinya? 245 00:22:03,907 --> 00:22:06,451 Satu soalan, satu jawapan, sayang. 246 00:22:06,534 --> 00:22:07,827 Soalan terakhir. 247 00:22:09,329 --> 00:22:13,124 Siapa miliki delima saya sekarang? 248 00:22:15,335 --> 00:22:18,922 Permata awak diberikan daripada seorang ibu kepada anaknya. 249 00:22:20,507 --> 00:22:21,633 Di mana mereka kini? 250 00:22:21,716 --> 00:22:25,136 Awak dah tanya soalan awak! 251 00:22:37,690 --> 00:22:41,111 Tuan tak berikan benda ini kepada Nasib. 252 00:22:43,321 --> 00:22:45,156 Sebab ia bukan untuk mereka. 253 00:23:18,189 --> 00:23:20,442 Awak tak dengar, bukan? 254 00:23:21,109 --> 00:23:24,654 Lelaki menarik jarang mendengar. Mungkin mereka tak perlu. 255 00:23:25,864 --> 00:23:28,116 Awak menggoda saya, Ethel? 256 00:23:28,199 --> 00:23:31,911 Awak tanya di mana alat itu, saya kata ia tiada dengan saya. 257 00:23:31,995 --> 00:23:36,207 Susah untuk saya percaya, melihatkan kejayaan awak yang luar biasa. 258 00:23:36,291 --> 00:23:39,043 Awak rasa wanita hanya boleh berjaya 259 00:23:39,127 --> 00:23:40,503 dengan gunakan magik? 260 00:23:41,087 --> 00:23:43,506 Sakti dan seksis. 261 00:23:43,590 --> 00:23:45,800 Awak memang Mimpi Ngeri, bukan? 262 00:23:45,884 --> 00:23:49,929 Jangan begitu, awak tak boleh nafikan alat itu membantu awak. 263 00:23:51,097 --> 00:23:54,851 Ia pasti buat awak awet muda. 264 00:23:55,560 --> 00:23:56,644 Siapa yang menggoda? 265 00:24:03,109 --> 00:24:08,239 Selepas tinggalkan Roderick, saya jual pasir dan ketopong untuk hidup di Amerika. 266 00:24:09,407 --> 00:24:10,825 Bagaimana dengan delima itu? 267 00:24:10,909 --> 00:24:11,910 Delima itu… 268 00:24:13,286 --> 00:24:17,624 Seperti yang awak tahu, ia berkuasa buat mimpi jadi kenyataan, 269 00:24:17,707 --> 00:24:20,543 tapi ia juga buat mimpi ngeri jadi kenyataan. 270 00:24:22,212 --> 00:24:24,923 Anak saya, John, ambil delima itu daripada saya 271 00:24:26,049 --> 00:24:28,051 kemudian delima itu ambil John. 272 00:24:29,928 --> 00:24:31,554 Di mana ia sekarang? 273 00:24:33,097 --> 00:24:35,475 Saya tak tahu dan saya tak nak tahu. 274 00:24:35,558 --> 00:24:37,769 Awak tipu, Ethel. 275 00:24:43,191 --> 00:24:44,567 Awak tak perlu menipu. 276 00:24:44,651 --> 00:24:45,818 Malah… 277 00:24:49,322 --> 00:24:50,907 tak perlu cakap apa-apa. 278 00:24:53,159 --> 00:24:59,249 Mata awak akan beritahu segalanya, setiap fikiran dan perasaan. 279 00:24:59,832 --> 00:25:03,878 Awak akan menyesali ini. Saya janji. 280 00:25:05,380 --> 00:25:06,839 Kenapa awak fikir begitu? 281 00:25:07,465 --> 00:25:09,759 Saya tak perlukan alat Mimpi. 282 00:25:11,803 --> 00:25:13,388 Saya ada alat sendiri. 283 00:25:32,949 --> 00:25:33,866 Abang. 284 00:25:37,870 --> 00:25:40,582 Terima kasih tanam saya di dalam kubur cetek kali ini. 285 00:25:41,082 --> 00:25:43,626 Untuk ini juga. 286 00:25:47,589 --> 00:25:48,881 Siapa yang beri telur? 287 00:25:48,965 --> 00:25:49,966 Awaklah. 288 00:25:50,550 --> 00:25:53,094 Bukan saya. Kenapa saya nak beri awak telur? 289 00:25:53,177 --> 00:25:54,804 Minta maaf sebab bunuh saya. 290 00:25:55,805 --> 00:25:58,433 Bila saya pernah minta maaf sebab bunuh awak? 291 00:26:06,733 --> 00:26:07,775 Cain, tengok! 292 00:26:10,612 --> 00:26:12,030 Itu anak gargoil. 293 00:26:13,615 --> 00:26:17,118 Jika dia fikir tinggalkan makhluk ini boleh gantikan Gregory… 294 00:26:17,785 --> 00:26:19,912 Awak rasa ini daripada Tuan Morpheus? 295 00:26:19,996 --> 00:26:21,414 Siapa lagi, tolol? 296 00:26:21,497 --> 00:26:23,833 Dia cuba pujuk kita dengan anak gargoil. 297 00:26:24,792 --> 00:26:29,172 Mungkin dia rasa teruk kehilangan Gregory sama seperti kita. 298 00:26:33,092 --> 00:26:34,802 Dia comel, bukan? 299 00:26:36,387 --> 00:26:40,266 Saya rasa nak panggil dia… Irving. 300 00:26:41,476 --> 00:26:42,602 Irving? 301 00:26:43,394 --> 00:26:46,731 Tak boleh namakan gargoil "Irving", pelahap. 302 00:26:46,814 --> 00:26:48,358 Saya suka Irving. 303 00:26:53,613 --> 00:26:58,117 Nama Gargoil sentiasa mula dengan huruf G. 304 00:27:00,370 --> 00:27:04,916 "Gormogon, Gladstone, Ganymede…" 305 00:27:05,583 --> 00:27:07,877 Jika begitu, baiklah. Girving. 306 00:27:10,463 --> 00:27:12,507 - Girving? - Ia bermula dengan G. 307 00:27:14,217 --> 00:27:17,720 Tak perlulah Girving. Boleh namakannya Goldie… 308 00:27:32,735 --> 00:27:34,362 Cik Dee. Hai. Saya Jackie. 309 00:27:34,445 --> 00:27:37,448 Saya iring cik masuk hari ini. Tolong pakai ini. 310 00:27:37,532 --> 00:27:38,366 Terima kasih. 311 00:27:40,827 --> 00:27:42,412 - Hei, Sam. - Hei, Jackie. 312 00:27:42,995 --> 00:27:45,915 - Sam akan bantu cik. - Terima kasih, Jackie. 313 00:27:54,006 --> 00:27:55,174 Selamat kembali. 314 00:27:56,134 --> 00:27:57,051 Terima kasih. 315 00:28:14,444 --> 00:28:15,611 Helo, Johnny. 316 00:28:20,533 --> 00:28:21,534 Helo, ibu. 317 00:28:25,246 --> 00:28:27,999 Apa khabar, Johnny? Awak sihat? 318 00:28:29,917 --> 00:28:33,463 Sama seperti biasa. Agak bosan. Banyak ambil ubat. 319 00:28:35,006 --> 00:28:37,425 Setiap hari di penjara sama saja. 320 00:28:37,508 --> 00:28:40,052 Ini hospital, John, bukan penjara. 321 00:28:40,136 --> 00:28:42,597 Ikut suka ibulah. 322 00:28:43,264 --> 00:28:45,600 Apa doktor kata? 323 00:28:45,683 --> 00:28:48,352 Bagaimana dengan terapi awak? 324 00:28:49,437 --> 00:28:52,398 Itukah cara ibu tanya jika saya dah maafkan ibu? 325 00:28:55,693 --> 00:28:57,737 Awak baik, kan, sayang? 326 00:28:58,863 --> 00:29:00,031 Banyak awak dah capai. 327 00:29:00,948 --> 00:29:02,283 Ibu bangga dengan awak. 328 00:29:03,868 --> 00:29:06,162 Ibu cuba yakinkan saya atau diri sendiri? 329 00:29:06,245 --> 00:29:08,873 Ibu cuba berbual dengan anak ibu. 330 00:29:12,251 --> 00:29:13,544 Kita perlu bercakap. 331 00:29:13,628 --> 00:29:15,254 Itu jarang berjalan dengan baik. 332 00:29:15,338 --> 00:29:17,965 Mungkin patut minta pengawal untuk masuk jadi pengadil. 333 00:29:22,094 --> 00:29:25,473 Kita perlu bercakap tentang… delima itu. 334 00:29:48,704 --> 00:29:51,499 Helo, Irving. Maksud saya, Goldie. 335 00:29:52,875 --> 00:29:54,752 Saya panggil awak Goldie sebab Cain, 336 00:29:55,378 --> 00:29:58,130 tapi dalam hati, saya anggap awak Irving. 337 00:29:59,757 --> 00:30:01,342 Dia tak tahan. Bukan salah dia. 338 00:30:01,425 --> 00:30:04,387 Ini tentang siapa dia dan siapa kami. 339 00:30:04,971 --> 00:30:07,014 Pembunuh pertama, mangsa pertama. 340 00:30:07,098 --> 00:30:08,391 Inilah cerita kami. 341 00:30:10,059 --> 00:30:11,727 Awak tahukah apa itu cerita? 342 00:30:12,478 --> 00:30:13,604 Patutkah saya beritahu? 343 00:30:15,439 --> 00:30:16,649 Ia cerita rahsia. 344 00:30:18,860 --> 00:30:23,406 Cerita tentang dua beradik yang sangat saling menyayangi. 345 00:30:24,031 --> 00:30:25,950 Mereka saling berbaik. 346 00:30:26,033 --> 00:30:27,118 Baik dan baik hati. 347 00:30:27,201 --> 00:30:28,911 Mereka adik-beradik. 348 00:30:30,580 --> 00:30:34,292 Abang tak pernah menyakiti adik. 349 00:30:36,460 --> 00:30:40,172 Mereka tak tinggal berasingan. Mereka tinggal serumah. 350 00:30:45,761 --> 00:30:48,973 Mereka gembira. 351 00:30:51,934 --> 00:30:55,438 Terus terang, saya tak kisah dibunuh. Jika itu buat Cane bahagia, jadi… 352 00:30:56,022 --> 00:30:58,983 Itulah gunanya saudara, bukan begitu, adik? 353 00:31:00,568 --> 00:31:01,402 Mari. 354 00:31:02,194 --> 00:31:03,905 Nak ucap selamat pagi kepada Cain? 355 00:31:05,323 --> 00:31:06,449 Jangan risaukan saya. 356 00:31:06,991 --> 00:31:09,118 Saya biasa dibunuh lepas makan tengah hari. 357 00:31:09,827 --> 00:31:11,704 Dia bangun lewat. 358 00:31:11,787 --> 00:31:13,998 Macam saya atau awak, nampaknya. 359 00:31:14,624 --> 00:31:16,876 Ke mana tuan nak pergi? 360 00:31:16,959 --> 00:31:18,002 London. 361 00:31:18,085 --> 00:31:20,463 Tuan baru habiskan 100 tahun di sana. 362 00:31:21,797 --> 00:31:24,091 Maaf. Kenapa London? 363 00:31:24,175 --> 00:31:26,052 Pasir itu dijual di sana. 364 00:31:27,637 --> 00:31:31,098 Selepas mendapatkannya semula, saya akan cari ketopong. 365 00:31:32,725 --> 00:31:33,684 Di Neraka. 366 00:31:35,019 --> 00:31:35,895 Aduhai. 367 00:31:38,064 --> 00:31:41,233 Boleh tolong sesuatu sebelum pergi? 368 00:31:42,026 --> 00:31:43,778 Bawa burung raven bersama. 369 00:31:45,613 --> 00:31:46,781 Tak nak raven lagi. 370 00:31:47,406 --> 00:31:48,824 Bukan untuk tuan, untuk saya. 371 00:31:49,784 --> 00:31:52,453 Raven boleh berulang-alik antara alam. 372 00:31:52,536 --> 00:31:54,789 - Maklumkan… - Saya tak perlu penjaga. 373 00:31:57,291 --> 00:31:58,960 Saya Mimpi Tanakhir. 374 00:31:59,543 --> 00:32:02,171 Ya, dan Mimpi Tanakhir sentiasa ada raven. 375 00:32:03,255 --> 00:32:04,674 Jessamy adalah yang terakhir. 376 00:32:08,219 --> 00:32:10,972 Jika Constantine ini seperti nenek moyangnya, 377 00:32:11,055 --> 00:32:12,765 dia akan berkhidmat dengan baik. 378 00:32:14,725 --> 00:32:16,352 Dia hanya manusia. 379 00:32:20,648 --> 00:32:22,525 Seperti Roderick Burgess. 380 00:32:32,368 --> 00:32:34,120 Macam-macam boleh berlaku. 381 00:33:01,313 --> 00:33:03,941 Bagus. Awak dah balik. 382 00:33:04,025 --> 00:33:07,028 Masanya pun tepat. Tuan tentu berbesar hati. 383 00:33:08,195 --> 00:33:09,363 Di mana Mimpi? 384 00:33:09,447 --> 00:33:12,533 Dia pergi lagi buat masa ini. 385 00:33:12,616 --> 00:33:16,454 Dia di luar sana mencari alatnya, bukan? 386 00:33:16,537 --> 00:33:17,788 Dia akan pulang. 387 00:33:19,040 --> 00:33:21,250 Jika begitu, lebih baik saya beredar. 388 00:33:21,333 --> 00:33:22,543 Ke mana awak nak pergi? 389 00:33:22,626 --> 00:33:24,045 Balik ke dunia jaga. 390 00:33:25,046 --> 00:33:27,590 Untuk kebebasan. Sesekali awak patut cuba. 391 00:33:27,673 --> 00:33:30,718 Dunia jaga bukan tempat untuk Mimpi dan Mimpi Ngeri. 392 00:33:30,801 --> 00:33:32,344 Terbukti saya sesuai. 393 00:33:32,428 --> 00:33:34,138 Awak tak setia kepada pencipta? 394 00:33:34,221 --> 00:33:37,391 Apa perlunya? Dia tak setia kepada kita. 395 00:33:37,475 --> 00:33:39,143 Awak salah faham dia, Corinthian. 396 00:33:39,226 --> 00:33:41,145 Tidak, saya nampak dirinya yang sebenar. 397 00:33:42,480 --> 00:33:46,108 Dia tak kisah tentang awak atau saya. 398 00:33:46,776 --> 00:33:48,402 Dia cuma pentingkan diri sendiri. 399 00:33:48,986 --> 00:33:50,446 Kerajaannya. 400 00:33:51,697 --> 00:33:52,907 Dia boleh ambil itu. 401 00:33:54,325 --> 00:33:57,703 Sebab saya nak pergi dan takkan pulang lagi. 402 00:33:57,787 --> 00:33:59,914 Dia akan memburu awak. 403 00:33:59,997 --> 00:34:03,918 Baiklah, jika dia buat, dia pun takkan pulang. 404 00:34:08,089 --> 00:34:09,548 Awak tak boleh ubah dia. 405 00:34:11,383 --> 00:34:13,010 Selamatkan dia pun tak boleh. 406 00:35:50,816 --> 00:35:55,821 Terjemahan sari kata oleh Seri