1 00:00:11,054 --> 00:00:13,181 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:19,228 --> 00:00:23,524 IMPIAN SERIBU KUCING 3 00:00:29,155 --> 00:00:31,741 Mari, sayang, ayuh tidur. 4 00:00:33,534 --> 00:00:37,663 Saya akan ke sana, sayang. Masukkan anak kucing ke dalam bakulnya. 5 00:00:40,625 --> 00:00:43,086 Biar pintu terbuka untuk kucing itu buang najis. 6 00:00:45,213 --> 00:00:46,923 Selamat malam, bola gebu. 7 00:01:02,814 --> 00:01:04,732 Ia malam ini. Awak datang? 8 00:01:05,525 --> 00:01:07,568 Pasti menghiburkan. 9 00:01:07,652 --> 00:01:11,364 Saya tak boleh keluar. Semua bukaan dinding tertutup. 10 00:01:11,989 --> 00:01:13,866 Tidak, bukan semua. 11 00:01:13,950 --> 00:01:18,079 Di atas sana. Ada lubang separuh terbuka. Awak boleh keluar dari sana. 12 00:01:35,680 --> 00:01:38,391 Berusahalah, si kecil. Kita tak boleh terlepas ini. 13 00:01:57,910 --> 00:02:00,329 Lompatan yang baik. Pendaratan perlu dibaiki. 14 00:02:01,164 --> 00:02:03,291 Ayuh. Malam takkan tunggu kita. 15 00:02:07,879 --> 00:02:09,672 Bagaimanakah rupa dia? 16 00:02:09,755 --> 00:02:11,799 Siapa yang tahu? Bukan kucing ini. 17 00:02:16,637 --> 00:02:18,848 Selamat berkenalan, rakan perayau malam. 18 00:02:18,931 --> 00:02:21,350 Helo. Kami nak pergi jumpa dia. 19 00:02:21,934 --> 00:02:23,102 Saya juga. 20 00:02:23,186 --> 00:02:25,938 Saya tak nampak faedahnya. 21 00:02:26,022 --> 00:02:28,024 Jadi, kenapa awak di sini? 22 00:02:30,902 --> 00:02:32,236 Mungkin sebab ingin tahu. 23 00:02:34,947 --> 00:02:37,575 Saya nak dengar ucapannya. 24 00:02:38,451 --> 00:02:41,746 Kami semua pun begitu. 25 00:03:04,268 --> 00:03:05,311 Di manakah dia? 26 00:03:20,451 --> 00:03:24,121 Saudaraku, pemburuan yang baik. 27 00:03:25,122 --> 00:03:28,793 Ada antara anda berjalan jauh untuk dengar mesej saya hari ini. 28 00:03:28,876 --> 00:03:34,090 Tinggalkan tempat yang hangat dan selesa, semoga selepas saya selesai, 29 00:03:34,715 --> 00:03:36,592 semua akan berkongsi mimpi saya. 30 00:03:38,511 --> 00:03:40,805 Dulu saya tak seperti yang anda lihat kini. 31 00:03:44,392 --> 00:03:48,312 Dulu, seperti kebanyakan anda, saya hidup dalam dunia mereka. 32 00:03:49,146 --> 00:03:52,984 Seperti anda, saya menipu diri sendiri. 33 00:03:54,151 --> 00:03:57,697 Mereka beri saya makan dan keselesaan. Mereka layan saya. 34 00:03:58,322 --> 00:04:01,325 Mereka cuma nak saya balas dengan kasih sayang. 35 00:04:01,951 --> 00:04:04,078 Tak perlu bayar, sungguh. 36 00:04:27,727 --> 00:04:30,479 Dia kuat dan pantas. 37 00:04:31,188 --> 00:04:34,650 Cakar dan giginya sangat tajam. 38 00:04:36,027 --> 00:04:37,862 Dialah kekasih pilihan saya. 39 00:04:38,738 --> 00:04:42,491 Saya tak jumpa dia lagi tapi saya tak lupakan dia. 40 00:04:43,868 --> 00:04:48,331 Saya tak ingat ibu sendiri, tapi saya janji saya akan berbeza. 41 00:04:48,414 --> 00:04:52,626 Saya akan ajar mereka mandi, mengintip senyap-senyap dan berburu. 42 00:04:53,502 --> 00:04:55,212 Awak tahu ia mahu mengawan. 43 00:04:56,255 --> 00:04:58,507 Kenapa tak letak di dalam? 44 00:04:58,591 --> 00:05:00,384 Saya rasa ia comel. 45 00:05:00,468 --> 00:05:03,846 Comel? Ini baka asli bintik biru berdaftar. 46 00:05:03,929 --> 00:05:06,766 Anaknya kacukan. Langsung tak bernilai. 47 00:05:16,692 --> 00:05:19,236 - Apa awak nak buat dengannya? - Jangan risau. 48 00:05:20,071 --> 00:05:21,197 Saya akan uruskan. 49 00:05:23,908 --> 00:05:24,825 Paul! 50 00:05:50,393 --> 00:05:57,358 Saya rasa mereka, dari jauh, dalam gelap, ketika air sejuk membawa mereka. 51 00:05:57,441 --> 00:06:01,529 Terasa mereka meronta dan mencakar tanpa melihat. 52 00:06:02,113 --> 00:06:04,824 Terasa mereka memanggil saya dalam ketakutan. 53 00:06:05,408 --> 00:06:07,952 Kemudian… mereka hilang. 54 00:06:14,208 --> 00:06:17,420 Aduhai, bukannya dia faham. 55 00:06:18,462 --> 00:06:21,715 Tengoklah. Mungkin ia lega. 56 00:06:22,842 --> 00:06:25,553 Siapa yang nak empat anak nakal yang menjerit? 57 00:06:26,220 --> 00:06:27,763 Mungkin awak betul. 58 00:06:28,848 --> 00:06:30,641 Saya cuma rasa bersalah. 59 00:06:31,434 --> 00:06:35,729 Saya tahu saya menipu diri sendiri. Kita golongan bawahan. 60 00:06:36,480 --> 00:06:39,733 Ketika hidup bersama manusia, tak boleh kata kita bebas. 61 00:06:40,901 --> 00:06:43,612 Jadi, saya berdoa. 62 00:06:43,696 --> 00:06:46,365 Saya berdoa kepada kegelapan dan malam. 63 00:06:46,449 --> 00:06:48,367 Saya berdoa kepada Raja Kucing, 64 00:06:48,451 --> 00:06:51,954 dia yang berjalan dalam kalangan kita, dan tak dikenali. 65 00:06:52,913 --> 00:06:55,749 Dan… saya bermimpi. 66 00:07:13,976 --> 00:07:17,855 Kenapa datang ke pusat Dunia Mimpi ini, kucing kecil? 67 00:07:18,564 --> 00:07:20,941 Tiada apa-apa untuk awak di sini. 68 00:07:21,025 --> 00:07:22,943 Saya datang untuk keadilan. 69 00:07:23,027 --> 00:07:25,696 Untuk pendedahan. Untuk kebijaksanaan. 70 00:07:25,779 --> 00:07:28,157 Keadilan ialah khayalan. 71 00:07:28,699 --> 00:07:30,784 Kebijaksanaan juga tiada tempat di sini. 72 00:07:31,535 --> 00:07:35,956 Tetapi pendedahan… itulah wilayah Mimpi, 73 00:07:36,040 --> 00:07:39,376 jika awak cekal dan tak takut. 74 00:07:39,460 --> 00:07:41,337 Tiada apa-apa yang saya takuti. 75 00:07:41,921 --> 00:07:45,591 Ada gua di gunung. Awak akan jumpa dia di sana. 76 00:07:46,175 --> 00:07:48,469 Tapi jalannya sukar. 77 00:07:49,678 --> 00:07:54,934 Bahaya menanti kucing kecil jika dia tersesat jalan. 78 00:07:55,518 --> 00:07:57,728 Kucing menempuh jalannya sendiri. 79 00:08:08,405 --> 00:08:13,077 Saya redah Hutan Hantu, tempat si mati dan si sesat berbisik kepada saya. 80 00:08:16,205 --> 00:08:17,790 Anak-anak memanggil saya. 81 00:08:19,917 --> 00:08:22,378 Tapi saya terus berjalan. 82 00:08:28,968 --> 00:08:30,636 Saya lewati Tempat Sejuk. 83 00:08:30,719 --> 00:08:33,764 Setiap langkah menyakitkan dan setiap pergerakan menyeksakan. 84 00:08:35,975 --> 00:08:40,229 Saya lewati Kelembapan yang buat cakar kebas dan bulu basah. 85 00:08:42,356 --> 00:08:45,276 Tapi saya terus berjalan. 86 00:08:47,736 --> 00:08:50,364 Saya lewati Kegelapan dan lowong, 87 00:08:50,948 --> 00:08:52,783 tempat semuanya disedut daripada saya. 88 00:08:52,866 --> 00:08:54,868 Semua yang jadikan saya diri saya. 89 00:08:56,078 --> 00:09:00,457 Malah apabila saya tak tahu kenapa, saya terus berjalan. 90 00:09:02,084 --> 00:09:07,381 Setelah seketika, saya kembali sedar dan menemui diri saya di gunung. 91 00:09:08,924 --> 00:09:11,635 Saya datang untuk berjumpa Kucing Mimpi. 92 00:09:13,304 --> 00:09:15,681 Kenapa kami perlu benarkan awak masuk? 93 00:09:15,764 --> 00:09:20,185 Kenapa dia perlu diganggu oleh kucing seperti awak? 94 00:09:20,936 --> 00:09:24,398 Mulut kecil penuh bulu dan tulang. Tak macam kucing. 95 00:09:29,278 --> 00:09:31,739 Saya datang dari jauh dan takkan patah balik. 96 00:09:31,822 --> 00:09:35,576 Saya akan cuma nyatakan urusan kepada orang yang saya nak jumpa. 97 00:09:35,659 --> 00:09:38,495 Saya seekor kucing. Saya simpan rahsia diri. 98 00:09:42,166 --> 00:09:45,169 Jika begitu, masuklah, kucing sombong. 99 00:09:45,252 --> 00:09:46,170 Tapi awas. 100 00:09:47,046 --> 00:09:49,340 Mimpi ada harga. 101 00:09:55,179 --> 00:09:56,847 Saya pun terus berjalan. 102 00:10:16,158 --> 00:10:17,326 Saya di sini. 103 00:10:17,993 --> 00:10:20,496 Siapa awak? 104 00:10:21,497 --> 00:10:24,667 Seekor kucing. Pejalan di tempat gelap. 105 00:10:25,250 --> 00:10:28,128 Gagak mati hantar saya ke sini untuk pendedahan. 106 00:10:29,046 --> 00:10:33,217 Saya nak tahu sebab mereka ambil anak saya daripada saya. 107 00:10:33,926 --> 00:10:35,469 Kenapa kami hidup begini? 108 00:10:36,512 --> 00:10:37,888 Saya tak faham. 109 00:10:45,813 --> 00:10:48,524 Kucing mungkin lihat raja. Atau begitu kata mereka. 110 00:10:48,607 --> 00:10:52,277 Lihat ke dalam mata saya, adik. Lihat ke dalam mata saya. 111 00:11:02,830 --> 00:11:05,749 Di dalam matanya, saya nampak segalanya. 112 00:11:06,458 --> 00:11:08,669 Saya nampak kebenaran kami. 113 00:11:09,837 --> 00:11:11,964 Ia melampaui apa saja yang saya bayangkan. 114 00:11:13,465 --> 00:11:18,887 Lama dahulu, kucing benar-benar menguasai dunia ini. 115 00:11:19,638 --> 00:11:22,891 Waktu itu kita lebih besar. Semua dibuat untuk kita. 116 00:11:23,934 --> 00:11:28,313 Manusia makhluk kecil. Tak lebih besar daripada kita sekarang. 117 00:11:29,022 --> 00:11:31,108 Mereka dandan kita dan beri kita makan. 118 00:11:32,776 --> 00:11:35,612 Apabila bulan mengambang penuh, kita buru mereka. 119 00:11:37,656 --> 00:11:41,201 Kerana mereka lebih menarik untuk ditangkap berbanding burung. 120 00:11:42,995 --> 00:11:46,331 Saya nampak kegembiraan hari-hari itu di matanya, 121 00:11:46,415 --> 00:11:49,168 permainan kucing dan manusia. 122 00:11:52,504 --> 00:11:56,300 Kemudian, salah seorang manusia dalam kalangan mereka bangkit, 123 00:11:57,050 --> 00:11:59,928 diinspirasikan oleh mimpi yang dia beritahu mereka. 124 00:12:00,012 --> 00:12:02,556 Mimpi membentuk dunia. 125 00:12:02,639 --> 00:12:05,684 Mimpi mencipta dunia baharu pada setiap malam. 126 00:12:06,435 --> 00:12:08,520 Jangan mimpikan dunia seperti sekarang. 127 00:12:09,354 --> 00:12:11,106 Mimpikan dunia baharu. 128 00:12:11,190 --> 00:12:15,319 Dunia tempat kita tak lagi diburu dan dijadikan mangsa. 129 00:12:15,402 --> 00:12:17,112 Dunia yang kita kuasai. 130 00:12:17,738 --> 00:12:23,494 Jika cukup ramai kita memimpikannya, ia akan berlaku. Mimpi membentuk dunia. 131 00:12:27,080 --> 00:12:31,543 Berita tersebar dalam kalangan manusia, tapi untuk seketika tiada apa berlaku. 132 00:12:34,296 --> 00:12:38,300 Tapi pada suatu malam, cukup ramai mereka yang bermimpi. 133 00:12:38,383 --> 00:12:41,178 Ia tak banyak, mungkin tak lebih seribu. 134 00:12:41,261 --> 00:12:42,971 Mereka bermimpi. 135 00:12:43,055 --> 00:12:46,183 Keesokan harinya, keadaan berubah. 136 00:12:47,976 --> 00:12:51,814 Kita jadi mangsa mereka, anjing dan mesin logam mereka. 137 00:12:51,897 --> 00:12:54,691 Kita kecil dan mereka besar. 138 00:12:55,400 --> 00:12:59,154 Jadi, mereka mengubah dunia? Jadikannya seperti sekarang? 139 00:12:59,238 --> 00:13:00,239 Tak tepat. 140 00:13:00,989 --> 00:13:04,493 Mereka memimpikan dunia, supaya ia kekal seperti sekarang. 141 00:13:04,576 --> 00:13:06,787 Tak pernah ada dunia yang kucing perintah. 142 00:13:06,870 --> 00:13:10,415 Mereka mengubahnya dari mula hingga akhir masa. 143 00:13:11,041 --> 00:13:12,751 Memang begini keadaannya. 144 00:13:13,836 --> 00:13:15,087 Awak faham sekarang? 145 00:13:15,170 --> 00:13:17,381 Ya, saya faham. 146 00:13:17,464 --> 00:13:21,552 Jadi, awak tahu tugas awak. Beban yang awak mesti pikul. 147 00:13:22,553 --> 00:13:23,804 Adakah awak cukup kuat? 148 00:13:23,887 --> 00:13:25,597 Ya, saya… 149 00:13:26,682 --> 00:13:27,516 harap begitulah. 150 00:13:28,600 --> 00:13:32,312 Bangunlah anak. Dengan restu saya. 151 00:13:41,321 --> 00:13:46,076 Saya dah nampak kelemahan hal yang dia tunjukkan kepada saya. 152 00:13:47,536 --> 00:13:50,122 Saya keluar malam itu untuk sebarkan berita baik. 153 00:13:50,706 --> 00:13:53,333 Kini saya mengembara ke merata tempat. 154 00:13:54,293 --> 00:13:57,462 Saya berucap kepada kucing liar di tempat lapang, 155 00:13:57,546 --> 00:14:00,215 meneriakkan mesej saya kepada bintang. 156 00:14:01,049 --> 00:14:03,385 Saya bisikannya kepada kucing di lorong. 157 00:14:04,052 --> 00:14:07,890 Ke mana saja saya pergi, mesej saya sama. 158 00:14:08,724 --> 00:14:10,142 Memimpikannya. 159 00:14:10,225 --> 00:14:16,148 Jika cukup ramai bermimpi, kita boleh mimpikan dunia tanpa kucing menderita, 160 00:14:16,231 --> 00:14:19,026 tempat yang tiada anak kucing mati sejuk sendirian. 161 00:14:19,109 --> 00:14:22,237 Dunia yang semua kucing ialah ratu dan raja semua ciptaan. 162 00:14:22,821 --> 00:14:24,197 Itulah mesej saya. 163 00:14:28,327 --> 00:14:32,539 Saya perlu teruskan, mengulanginya hingga saya mati 164 00:14:33,415 --> 00:14:37,878 atau ribuan kucing dengar kata-kata saya, mempercayainya dan bermimpi. 165 00:14:41,465 --> 00:14:44,760 Dan kita kembali semula… ke syurga. 166 00:14:54,811 --> 00:14:55,896 Cik puan? 167 00:14:58,774 --> 00:14:59,900 Saya percaya. 168 00:15:00,692 --> 00:15:03,028 Jika begitu ada harapan, anak. 169 00:15:15,958 --> 00:15:19,878 Sekurang-kurangnya, dia lucu. Saya kata dia begitu. 170 00:15:20,462 --> 00:15:23,465 Awak rasa akan berlaku seperti yang dia katakan? 171 00:15:23,548 --> 00:15:27,177 Saya ingin jumpa sesiapa saja, utusan Tuhan, Tuhan atau raja, 172 00:15:27,260 --> 00:15:30,180 meyakinkan ribuan kucing untuk buat apa saja serentak. 173 00:15:32,724 --> 00:15:34,351 Matahari hampir terbit. 174 00:15:35,519 --> 00:15:37,312 Marilah balik, si kecil. 175 00:15:41,274 --> 00:15:42,859 Tengok, ia masih tidur. 176 00:15:46,488 --> 00:15:48,031 Saya rasa kucing ini bermimpi. 177 00:15:48,657 --> 00:15:50,617 Entah apa yang kucing mimpikan. 178 00:15:51,243 --> 00:15:53,954 Cara ia menyentak, mungkin memburu sesuatu. 179 00:15:54,705 --> 00:15:57,374 Tengoklah. Comel, bukan? 180 00:15:58,291 --> 00:16:00,669 Ya. Sangat comel. 181 00:16:12,389 --> 00:16:14,349 Jangan desak watak buat sesuatu 182 00:16:14,433 --> 00:16:17,185 hanya kerana lebih mudah untuk anda sebagai penulis. 183 00:16:17,269 --> 00:16:18,145 OGOS 2018 184 00:16:18,228 --> 00:16:21,148 Watak perlu didahulukan. 185 00:16:22,774 --> 00:16:24,192 Semua yang lain ikut. 186 00:16:24,276 --> 00:16:25,527 MENGAWAL NARATIF 187 00:16:25,610 --> 00:16:29,156 Setiap putar belit plot dan baris dialog. 188 00:16:31,366 --> 00:16:35,203 Setiap ketegangan dan kesunyian yang penuh bermakna. 189 00:16:37,956 --> 00:16:38,832 Ada soalan? 190 00:16:40,083 --> 00:16:41,084 Ada. 191 00:16:41,168 --> 00:16:43,670 Boleh beritahu sikit tentang proses awak? 192 00:16:44,755 --> 00:16:47,382 Ada apa-apa nasihat untuk kami yang baru mula 193 00:16:47,466 --> 00:16:52,471 dan rasa sukar untuk tak benci setiap benda yang kami tulis? 194 00:16:54,931 --> 00:17:00,437 Sedih untuk saya nyatakan, dah sekian lama saya lakukan ini, dan… 195 00:17:02,898 --> 00:17:04,316 ia tak semakin mudah. 196 00:17:05,358 --> 00:17:08,737 Tapi cuba jangan putus asa apabila ia sukar. 197 00:17:09,404 --> 00:17:12,032 Novel pertama saya ditolak tujuh penerbit 198 00:17:12,115 --> 00:17:13,909 sebelum ia laris, jadi… 199 00:17:18,371 --> 00:17:20,248 Baik. Itu saja untuk hari ini. 200 00:17:21,083 --> 00:17:24,377 Jangan lupa tugasan, peristiwa yang sama 201 00:17:24,461 --> 00:17:27,547 dari sudut pandangan dua watak yang berbeza. 202 00:17:35,472 --> 00:17:36,348 Awak dah dapat? 203 00:17:36,973 --> 00:17:38,725 Perlukan sedikit usaha, tapi… 204 00:17:40,894 --> 00:17:41,728 ya. 205 00:17:44,981 --> 00:17:45,941 Ia… 206 00:17:48,485 --> 00:17:50,195 Ia bagus. Terima kasih. 207 00:17:51,279 --> 00:17:52,614 Sama-sama. 208 00:17:52,697 --> 00:17:53,824 Mengagumkan 209 00:17:54,533 --> 00:17:57,327 jauhnya penyelidikan yang penulis macam awak buat. 210 00:17:58,036 --> 00:18:01,081 Satu kelebihan dapat kenal bakal doktor. 211 00:18:02,707 --> 00:18:04,376 Sebenarnya saya nak jadi penulis, 212 00:18:04,459 --> 00:18:07,170 tapi ibu bapa bertegas agar saya ada sokongan. 213 00:18:08,296 --> 00:18:10,757 Saya masih menulis apabila ada masa, tapi… 214 00:18:10,841 --> 00:18:12,259 Ibu bapa awak bijak. 215 00:18:15,637 --> 00:18:18,181 Saya percaya masa depan awak lebih baik. 216 00:18:22,269 --> 00:18:23,645 Apa yang saya hutang awak? 217 00:18:24,354 --> 00:18:26,314 - Tiada apa-apa. - Berhenti. Nora… 218 00:18:26,398 --> 00:18:27,274 Terus terang. 219 00:18:27,357 --> 00:18:29,860 Ia mungkin akan dibakar juga. 220 00:18:30,527 --> 00:18:32,737 Jangan beritahu sesiapa tempat awak dapat. 221 00:18:33,572 --> 00:18:35,532 Saya takkan beritahu. Saya janji. 222 00:18:36,199 --> 00:18:38,493 Dan kalau awak tak kisah. 223 00:18:40,162 --> 00:18:41,329 Boleh tandatangan? 224 00:18:41,413 --> 00:18:43,039 RICHARD MADOC KABARET DR. CALIGARI 225 00:18:45,167 --> 00:18:46,168 Sudah tentu. 226 00:18:49,880 --> 00:18:52,048 Ada idea bila buku baharu akan keluar? 227 00:18:55,010 --> 00:18:58,847 Tiada. Tapi awak tentu akan diberitahu. 228 00:18:59,556 --> 00:19:00,807 Adakah ia susulan? 229 00:19:02,142 --> 00:19:03,268 Atau baharu? 230 00:19:04,686 --> 00:19:05,937 Itu akan diberitahu. 231 00:19:36,301 --> 00:19:37,469 Siapa itu? 232 00:19:37,552 --> 00:19:39,888 Richard Madoc ingin jumpa Erasmus Fry. 233 00:19:41,056 --> 00:19:42,515 Saya akan turun segera. 234 00:19:51,483 --> 00:19:52,567 Awak seorang diri? 235 00:19:54,152 --> 00:19:56,112 Cuma saya. Saya dah dapat. 236 00:19:56,780 --> 00:19:59,991 Jadi, masuklah, anak. 237 00:20:16,174 --> 00:20:17,384 Apa khabar, Richard? 238 00:20:18,677 --> 00:20:23,223 Ada tulis apa-apa yang mendalam dan menaikkan semangat kebelakangan ini? 239 00:20:24,808 --> 00:20:26,268 Tiada, En. Fry. 240 00:20:27,560 --> 00:20:28,561 Tiada. 241 00:20:30,272 --> 00:20:33,817 Belum tulis sepatah pun tahun ini. Semuanya saya dah buang. 242 00:20:33,900 --> 00:20:37,028 Jika begitu saya cadangkan awak duduk, minum 243 00:20:37,112 --> 00:20:40,949 dan tunjukkan hadiah saya, tak semestinya ikut susunan itu. 244 00:20:42,075 --> 00:20:43,201 Baik. 245 00:20:57,799 --> 00:21:00,135 Syabas, anak. 246 00:21:01,928 --> 00:21:06,599 Trichobezoar yang asli. 247 00:21:07,600 --> 00:21:08,810 Tahu tentang ini? 248 00:21:09,644 --> 00:21:12,772 Ia biasa dikeluarkan daripada perut gadis 249 00:21:13,648 --> 00:21:16,943 yang ada tabiat menelan rambut sendiri. 250 00:21:17,610 --> 00:21:20,322 Ia dinamakan sindrom Rapunzel. 251 00:21:21,364 --> 00:21:25,118 Bezoar pernah dipercayai memiliki kuasa mistik. 252 00:21:25,201 --> 00:21:28,121 Ia antidot racun, sembuhkan orang sakit. 253 00:21:29,205 --> 00:21:32,375 Edward IV terselamat daripada kesan luka beracun 254 00:21:32,459 --> 00:21:36,212 cuma kerana memiliki bezoar. 255 00:21:38,173 --> 00:21:40,884 Ya, saya bersyarah lagi. 256 00:21:42,177 --> 00:21:47,349 Penulis tua yang tiada teman bersembang semakin suka bunyi suaranya sendiri. 257 00:21:48,975 --> 00:21:52,645 Tapi saya agak awak akan suka hadiah awak sekarang. 258 00:21:56,691 --> 00:21:59,944 Usia saya 27 tahun, melawat Gunung Helicon. 259 00:22:00,612 --> 00:22:04,282 Meneliti novel lain yang saya pasti akan tinggalkan. 260 00:22:04,366 --> 00:22:06,534 Novel yang ini mendalami mitologi Yunani. 261 00:22:06,618 --> 00:22:10,038 Ketika berada di sana, saya temui sekumpulan teks kuno 262 00:22:11,039 --> 00:22:15,001 tentang Dewi Seni dan cara mengawal mereka 263 00:22:15,085 --> 00:22:21,591 menggunakan moly, bawang putih ahli sihir dan ritual tertentu yang hilang. 264 00:22:22,300 --> 00:22:26,388 Bahagian yang paling sukar adalah membawanya balik ke England. 265 00:22:51,996 --> 00:22:52,914 Inilah dia. 266 00:22:55,583 --> 00:22:57,502 Apa awak mahu daripada saya, Erasmus? 267 00:22:59,129 --> 00:23:01,172 Awak nak saya hiburkan awak? 268 00:23:02,674 --> 00:23:05,260 Adakah lelaki ini akan jadi penonton kita? 269 00:23:06,803 --> 00:23:09,681 Ini Richard Madoc. Dia seorang novelis. 270 00:23:09,764 --> 00:23:13,560 Paling tak, dia dah menulis sebuah novel pertama yang berjaya. 271 00:23:13,643 --> 00:23:18,231 Tapi kini dia mendapati dirinya tak mampu untuk menulis apa-apa lagi. 272 00:23:18,314 --> 00:23:22,402 Richard, ini Calliope, anak bongsu daripada sembilan beradik perempuan. 273 00:23:22,485 --> 00:23:26,573 Dia Dewi Kesenian Homer. Jadi dia sepatutnya cukup baik untuk awak. 274 00:23:27,407 --> 00:23:30,368 Calliope, saya beri awak kepada Richard. 275 00:23:31,286 --> 00:23:32,328 Kini awak milik dia. 276 00:23:34,289 --> 00:23:37,000 Awak kata akan bebaskan saya sebelum awak mati. 277 00:23:37,083 --> 00:23:39,711 "Jangan percayakan putera raja," sayangku. 278 00:23:40,712 --> 00:23:46,092 Begitu juga pengarang tua yang tak pernah jadi contoh yang baik 279 00:23:46,176 --> 00:23:48,511 apabila tiba soal menunaikan janji. 280 00:23:50,763 --> 00:23:52,015 Tapi awak dah janji. 281 00:23:52,098 --> 00:23:54,601 Penulis ialah penipu, sayangku. 282 00:23:55,435 --> 00:23:58,980 Tentu awak dah sedar itu sekarang. 283 00:24:03,193 --> 00:24:05,778 Jangan bimbang. Dia tak boleh lari. 284 00:24:06,446 --> 00:24:10,074 Dia terikat dengan awak seperti dia pernah terikat dengan saya. 285 00:24:11,075 --> 00:24:12,577 Jadi kenapa dia dikunci? 286 00:24:12,660 --> 00:24:14,913 Sebab saya tak sanggup melihat 287 00:24:14,996 --> 00:24:18,500 mukanya yang masam dan sedih sepanjang hari. 288 00:24:18,583 --> 00:24:21,169 Saya jamin awak pun takkan sanggup. 289 00:24:22,587 --> 00:24:24,214 Tak tahu jika saya boleh lakukan. 290 00:24:25,632 --> 00:24:27,884 Tentu awak boleh, anak. 291 00:24:38,978 --> 00:24:42,398 Orang kata seseorang harus memikat pasangannya. 292 00:24:43,233 --> 00:24:47,153 Tapi saya mesti katakan, saya dapat kekuatan yang paling berkesan. 293 00:24:52,784 --> 00:24:55,537 Jangan jadi bodoh. Dia bukan manusia. 294 00:24:56,246 --> 00:24:59,624 Usianya ribuan tahun. Dia diciptakan untuk ini. 295 00:24:59,707 --> 00:25:03,586 Inilah tujuan dia, menginspirasikan lelaki seperti kita. 296 00:25:03,670 --> 00:25:07,840 Lagipun, dia beri saya kemasyhuran, 297 00:25:07,924 --> 00:25:11,344 kemegahan, novel, puisi, drama. 298 00:25:12,804 --> 00:25:14,055 Awak akan nampak. 299 00:25:15,223 --> 00:25:16,808 Jika betul, kenapa awak… 300 00:25:16,891 --> 00:25:21,479 Masa saya dah berlalu. Semua karya terbaik saya tak lagi dicetak. 301 00:25:21,563 --> 00:25:24,399 Walaupun diinspirasikan oleh Dewi Kesenian. 302 00:25:24,941 --> 00:25:28,361 Tiada sesiapa baca Erasmus Fry lagi. 303 00:25:29,654 --> 00:25:33,992 Bawa lembu kecil itu pergi, Richard. Saya tak nak lihat awak berdua lagi. 304 00:25:37,412 --> 00:25:41,708 Namun, jika kebetulan awak terasa percikan kesyukuran, 305 00:25:41,791 --> 00:25:47,672 awak mungkin pujuk penerbit untuk cetak semula Inilah Lilin. 306 00:25:48,881 --> 00:25:51,801 Saya sangat bangga dengan yang itu. 307 00:26:33,343 --> 00:26:34,177 Saya… 308 00:26:36,846 --> 00:26:41,225 Saya cuma perlu masa untuk fikirkan tindakan yang patut. 309 00:26:41,309 --> 00:26:42,894 Apa yang nak difikirkan? 310 00:26:45,396 --> 00:26:46,522 Saya ialah dewi. 311 00:26:47,857 --> 00:26:49,192 Anak perempuan Zeus. 312 00:26:50,568 --> 00:26:52,654 Saya bukan milikan 313 00:26:53,404 --> 00:26:56,282 untuk disimpan, diguna dan didagangkan. 314 00:26:58,576 --> 00:26:59,869 Awak mesti bebaskan saya. 315 00:27:01,120 --> 00:27:04,207 - Cuma perlu sebut saja. - Baik. Saya janji. 316 00:27:04,916 --> 00:27:05,833 Tapi… 317 00:27:09,962 --> 00:27:14,258 Awak rasa boleh tolong saya dulu? 318 00:27:15,760 --> 00:27:17,095 Menginspirasikan saya? 319 00:27:18,388 --> 00:27:21,349 Cuma untuk sebuah buku, kemudian saya akan bebaskan awak. 320 00:27:21,432 --> 00:27:22,767 Sumpah saya akan lakukan. 321 00:27:24,977 --> 00:27:26,187 "Penulis ialah penipu." 322 00:27:29,065 --> 00:27:30,149 Tak semua begitu. 323 00:27:31,984 --> 00:27:32,944 Sebuah buku saja. 324 00:27:37,657 --> 00:27:38,574 Tolonglah. 325 00:27:45,206 --> 00:27:47,083 Saya pilih orang untuk kongsi anugerah. 326 00:27:50,962 --> 00:27:53,548 Mungkin kita berdua perlu masa untuk fikir. 327 00:28:46,809 --> 00:28:50,646 TAJUK UNTUK DIFIKIRKAN - NOVEL OLEH RICHARD MADOC 328 00:29:24,222 --> 00:29:25,389 SUSULAN KABARET? 329 00:29:28,810 --> 00:29:30,102 KABARET DR. CALIGARI 330 00:29:33,147 --> 00:29:35,399 @RICMADOC MANA NOVEL KEDUA? 331 00:29:36,984 --> 00:29:43,825 Di sempadan, betul-betul di atas garisan, tak berada di satu tempat atau yang lain, 332 00:29:43,908 --> 00:29:47,870 saya berada di kawasan kelabu ini, tempat tiada apa yang jelas. 333 00:29:48,704 --> 00:29:51,582 Tiada sesiapa boleh jelas. 334 00:29:53,251 --> 00:29:56,337 Kami tak boleh zahirkan dan membingungkan kata-kata kami. 335 00:29:57,296 --> 00:30:01,050 Tak dapat pastikan perbuatannya yang kami rasa sangat salah. 336 00:30:01,133 --> 00:30:02,844 Ya, Bob fikir awak gila. 337 00:30:17,066 --> 00:30:18,776 Nak pikat saya dengan hadiah? 338 00:30:22,280 --> 00:30:23,906 Bukankah begini caranya? 339 00:30:25,324 --> 00:30:26,951 Rasanya awak tahu caranya. 340 00:30:29,954 --> 00:30:33,082 Seorang artis memuja Dewi Kesenian. 341 00:30:34,542 --> 00:30:38,296 Dia menawarkan taat setia dan bakti kepada dewi itu, 342 00:30:38,379 --> 00:30:40,464 pertukaran kepada inspirasi kudus. 343 00:30:40,548 --> 00:30:44,427 Seorang artis tak menawan Dewi Kesenian tanpa kerelaannya. 344 00:30:45,177 --> 00:30:47,013 Awak beri apa yang Erasmus Fry mahu. 345 00:30:47,096 --> 00:30:48,389 Tidak. 346 00:30:49,640 --> 00:30:51,183 Dia ambil daripada saya. 347 00:30:57,815 --> 00:30:59,567 Saya kembali ke Gunung Helicon. 348 00:31:00,818 --> 00:31:02,028 Ke mata air suci. 349 00:31:03,905 --> 00:31:09,619 Saya letak skrol saya di atas pantai dan saya pergi mandi seperti biasa. 350 00:31:11,537 --> 00:31:13,039 Dia menemuinya di sana. 351 00:31:13,122 --> 00:31:14,373 Dia membacanya 352 00:31:16,083 --> 00:31:17,043 dan berkata… 353 00:31:19,211 --> 00:31:21,631 "Calliope, awak boleh panggil saya tuan." 354 00:31:22,965 --> 00:31:27,803 Dia bakar skrol saya, yang mengikat saya dengan dia dan kini dengan awak. 355 00:31:27,887 --> 00:31:32,975 Kecuali awak ucapkan kata-katanya, supaya saya boleh bebas seperti awak. 356 00:31:33,059 --> 00:31:34,101 Awak rasa saya bebas? 357 00:31:38,356 --> 00:31:40,858 Saya terima pendahuluan buku ini dua tahun lalu. 358 00:31:40,942 --> 00:31:42,693 Saya belum pun memulakannya. 359 00:31:42,777 --> 00:31:45,571 Entah apa ceritanya. 360 00:31:48,658 --> 00:31:50,993 Saya lemas, Calliope. 361 00:31:56,248 --> 00:31:57,458 Tolonglah. 362 00:31:59,168 --> 00:32:00,628 Saya merayu kepada awak. 363 00:32:03,464 --> 00:32:07,134 Tanya saya sekali lagi, apabila saya bebas. 364 00:32:43,087 --> 00:32:45,214 Lebih baik awak menulis. 365 00:32:45,297 --> 00:32:48,175 Saya akan buat jika awak tak hubungi untuk ganggu saya. 366 00:32:48,259 --> 00:32:50,970 Penerbit awak baru hubungi untuk ganggu saya. 367 00:32:51,053 --> 00:32:52,763 Mereka nak buku itu sekarang. 368 00:32:54,557 --> 00:32:56,058 Cuma perlu beberapa minggu. 369 00:32:56,142 --> 00:32:59,854 Ricky, ia dah lewat sembilan bulan. 370 00:32:59,937 --> 00:33:01,564 Secara teknikal awak langgar… 371 00:33:01,647 --> 00:33:04,692 Entah apa yang mereka nak saya buat. Ini perlu masa. 372 00:33:04,775 --> 00:33:06,193 Ricky, awak ada masa. 373 00:33:06,277 --> 00:33:09,447 Awak dah ambil masa awak dan dah ambil duit mereka. 374 00:33:11,240 --> 00:33:12,533 Saya tahu. 375 00:33:12,616 --> 00:33:15,536 Sekarang, awak perlu beri mereka sesuatu untuk… 376 00:33:15,619 --> 00:33:18,873 Apa saja, sebuah bab. Atau mereka batalkan perjanjian 377 00:33:18,956 --> 00:33:20,916 - dan tuntut balik pendahuluan. - Tapi… 378 00:33:21,000 --> 00:33:22,960 Tiada apa yang saya boleh buat, 379 00:33:23,794 --> 00:33:25,546 sebab awak bukan lagi klien saya. 380 00:33:27,840 --> 00:33:28,966 Awak faham? 381 00:33:32,053 --> 00:33:34,847 Jangan jadi bodoh. Dia bukan manusia. 382 00:33:34,930 --> 00:33:38,476 Usianya ribuan tahun. Dia diciptakan untuk ini. 383 00:33:39,268 --> 00:33:42,438 Inilah tujuan dia, menginspirasikan lelaki seperti kita. 384 00:33:47,651 --> 00:33:51,697 Rick? Cakaplah sesuatu supaya saya tahu awak faham. 385 00:33:51,781 --> 00:33:52,782 Saya faham. 386 00:33:55,910 --> 00:33:57,119 Saya akan hantar sesuatu. 387 00:34:17,890 --> 00:34:18,808 Calliope. 388 00:34:57,680 --> 00:34:58,931 Wanita yang budiman, 389 00:35:00,015 --> 00:35:03,018 ibu orang Camenae, dengarlah doa saya. 390 00:35:03,102 --> 00:35:06,772 Ini saya, anak awak, 391 00:35:07,982 --> 00:35:11,694 Calliope yang hubungi awak untuk bawa saya keluar dari sini. 392 00:35:12,486 --> 00:35:17,908 Wanita meditasi, zikir dan lagu, 393 00:35:19,285 --> 00:35:20,536 dengar kata-kata saya. 394 00:35:20,619 --> 00:35:25,166 Baik. Cukup, suara yang indah. 395 00:35:31,672 --> 00:35:33,799 Kami rasa derita awak tapi tak boleh bantu. 396 00:35:33,883 --> 00:35:36,969 Menurut Misteri, awak terperangkap di Helicon. 397 00:35:37,052 --> 00:35:38,929 Awak terikat dari segi undang-undang. 398 00:35:39,597 --> 00:35:42,057 Tapi ia tak adil, ibu. 399 00:35:42,141 --> 00:35:44,185 Tiada apakah yang awak boleh buat? 400 00:35:45,102 --> 00:35:47,062 Tiada yang boleh berunding untuk saya? 401 00:35:47,688 --> 00:35:49,899 Tak ramai kuasa lama yang sanggup 402 00:35:49,982 --> 00:35:53,235 atau boleh mencampuri urusan manusia zaman ini, Calliope. 403 00:35:53,319 --> 00:35:56,488 Banyak dewa telah mati. Cuma Tanakhir yang masih ada. 404 00:35:57,489 --> 00:36:00,367 Namun mereka juga melalui kesukaran kebelakangan ini. 405 00:36:01,827 --> 00:36:06,457 Namun, setiap perkara kecil dapat membantu 406 00:36:06,540 --> 00:36:09,126 bak kata wanita tua itu ketika buang air di laut. 407 00:36:10,252 --> 00:36:12,922 Tanakhir. Idea yang baik. 408 00:36:13,547 --> 00:36:17,343 Lagipun, suatu ketika dulu Raja Mimpi dan Calliope rapat. 409 00:36:17,426 --> 00:36:23,098 Tak lama. Ingatlah, adikku, mereka tak berpisah dengan cara baik. 410 00:36:23,182 --> 00:36:24,350 Namun. 411 00:36:25,184 --> 00:36:27,102 Dia melahirkan anaknya. 412 00:36:27,186 --> 00:36:32,775 Anak lelaki yang pergi ke Hades untuk wanita yang dicintai dan mati di Thrace, 413 00:36:32,858 --> 00:36:35,486 musnah kerana penghinaannya. 414 00:36:36,362 --> 00:36:38,489 Suaranya juga merdu. 415 00:36:39,782 --> 00:36:40,908 Orpheus. 416 00:36:40,991 --> 00:36:42,826 Raja Mimpi takkan tolong saya. 417 00:36:44,787 --> 00:36:46,121 Lepas perbuatan saya. 418 00:36:46,789 --> 00:36:50,084 Dia benci saya kerana itu dan saya menyampah dengan dia. 419 00:36:51,418 --> 00:36:52,795 Saya tak mahu bantuannya. 420 00:36:52,878 --> 00:36:53,879 Budak bodoh. 421 00:36:54,755 --> 00:36:58,676 Jika Oneiros mahu sekalipun, dia tak boleh tolong awak, 422 00:36:59,260 --> 00:37:00,261 itu tak mungkin. 423 00:37:00,344 --> 00:37:03,430 Seperti awak, bekas suami awak dijerat oleh manusia. 424 00:37:04,390 --> 00:37:06,183 Dia terkubur di bawah tanah. 425 00:37:06,267 --> 00:37:09,228 Tinggalkan alam ini yang dicengkam penyakit tidur. 426 00:37:09,311 --> 00:37:12,690 Dan wabak Mimpi dan Mimpi Ngeri membawa malapetaka. 427 00:37:13,274 --> 00:37:14,984 Maafkan saya, anak. 428 00:37:16,986 --> 00:37:18,112 Tidak. 429 00:37:18,195 --> 00:37:20,281 Doa awak sia-sia. 430 00:37:21,073 --> 00:37:22,908 Tiada apa boleh dibuat untuk awak. 431 00:37:22,992 --> 00:37:24,159 Tolong. 432 00:37:24,243 --> 00:37:26,328 Tiada apa awak boleh buat kecuali berharap. 433 00:37:28,789 --> 00:37:30,374 Jangan tinggal saya di sini. 434 00:37:33,252 --> 00:37:34,253 Saya merayu. 435 00:37:37,589 --> 00:37:39,967 OGOS 2020 436 00:37:40,050 --> 00:37:42,553 Ada bidaan yang bagus dalam genggaman kita. 437 00:37:43,304 --> 00:37:45,306 Setiap studio utama mahukan dia. 438 00:37:45,389 --> 00:37:47,016 RIC MADOC …KEKASIH BERI AKU CAHAYA 439 00:37:47,099 --> 00:37:49,101 Filem, penerbitan, penstriman. 440 00:37:49,184 --> 00:37:50,978 Siapa pendahulu? 441 00:37:51,061 --> 00:37:53,105 Orang yang beri dia menulis dan mengarah. 442 00:37:53,188 --> 00:37:55,941 Jo Rowling pun tak dibenarkan menulis dan mengarah. 443 00:37:56,025 --> 00:37:58,736 Jo Rowling perlu ejen baharu. Suruh dia hubungi saya. 444 00:38:00,154 --> 00:38:02,865 Saya tak faham bagaimana karya genre fiksyen 445 00:38:02,948 --> 00:38:05,242 boleh dicalonkan, apatah lagi disenarai pendek. 446 00:38:05,326 --> 00:38:08,704 Jawatankuasa rasa buku baharu Madoc melampaui genre. 447 00:38:09,288 --> 00:38:10,205 Dah membacanya? 448 00:38:10,289 --> 00:38:12,291 Sudah tentu belum. 449 00:38:12,374 --> 00:38:16,462 Saya dah baca. Membacanya seperti ia ditulis oleh orang yang berbeza. 450 00:38:17,546 --> 00:38:18,839 Bukunya hebat. 451 00:38:20,591 --> 00:38:21,675 Agak luar biasa. 452 00:38:22,343 --> 00:38:24,678 Maksud saya, kandungannya padat. 453 00:38:24,762 --> 00:38:27,389 Ya. Tapi kenapa dia tukar nama ini? 454 00:38:28,349 --> 00:38:31,352 - Apa maksud awak? - Dari Richard kepada Ric tanpa "K"? 455 00:38:32,561 --> 00:38:35,939 Saya rasa ia mencerminkan ciptaan semula tema novel itu. 456 00:38:36,774 --> 00:38:39,443 Mungkin mencerminkan dakwaan angkuh penulis. 457 00:38:40,069 --> 00:38:40,944 Di mana kita tadi? 458 00:38:41,612 --> 00:38:45,157 Maksudnya saya sangat suka watak Aileen awak. 459 00:38:45,866 --> 00:38:48,952 Tak banyak watak wanita yang kuat dalam fiksyen. 460 00:38:49,036 --> 00:38:50,537 Termasuk fiksyen oleh wanita. 461 00:38:50,621 --> 00:38:51,830 Saya setuju. 462 00:38:52,623 --> 00:38:54,333 Saya tahu kini bergaya 463 00:38:54,416 --> 00:38:57,795 untuk kata cuma wanita boleh menulis pengalaman wanita, 464 00:38:57,878 --> 00:39:00,130 tapi… nampaknya… 465 00:39:01,423 --> 00:39:04,593 Saya anggap diri saya seorang penulis feminis. 466 00:39:07,179 --> 00:39:10,391 Dari mana suara itu datang dalam diri awak? 467 00:39:10,474 --> 00:39:11,725 Suara wanita itu? 468 00:39:15,896 --> 00:39:17,272 Wanita dalam hidup saya. 469 00:39:43,674 --> 00:39:46,885 OGOS 2022 470 00:39:47,469 --> 00:39:49,430 Saya rakam versi filem di Los Angeles. 471 00:39:49,513 --> 00:39:51,306 Studio sewa jet peribadi untuk saya. 472 00:39:51,390 --> 00:39:54,309 Patut tiada masalah bawa awak masuk ke negara itu. 473 00:39:54,393 --> 00:39:55,727 Siapa tahu? 474 00:39:55,811 --> 00:39:57,104 RIC MADOC - BATU HELANG 475 00:39:57,187 --> 00:39:59,773 Mungkin kita putuskan untuk tinggal di LA. 476 00:40:02,609 --> 00:40:04,069 Mungkin "kita" akan putuskan? 477 00:40:06,905 --> 00:40:10,784 Tak bolehkah awak nikmati kejayaan kita? 478 00:40:11,660 --> 00:40:12,995 Walaupun untuk seketika? 479 00:40:13,954 --> 00:40:20,878 Kita ceritakan kisah yang menggerakkan dan memberi inspirasi manusia. 480 00:40:21,628 --> 00:40:23,589 Bukankah itu sebab Dewi Kesenian dicipta? 481 00:40:24,756 --> 00:40:27,801 Saya dan kakak saya dewi yang dilahirkan, bukan diciptakan. 482 00:40:27,885 --> 00:40:29,261 Maaf. Ini Larry. 483 00:40:30,220 --> 00:40:31,513 Dah bincang dengan studio? 484 00:40:34,016 --> 00:40:36,477 PUTERI BERADU BANGUN 485 00:40:37,978 --> 00:40:40,814 Tak, pada awalnya saya nak mereka jamin 486 00:40:40,898 --> 00:40:44,818 pelakon dan krew itu akan terdiri daripada paling kurang 50% wanita 487 00:40:44,902 --> 00:40:46,653 dan orang berkulit gelap. 488 00:40:46,737 --> 00:40:48,280 Kita perlu umumkannya, 489 00:40:48,363 --> 00:40:51,408 jadi mereka tak boleh berundur apabila perlu upah orang. 490 00:41:02,669 --> 00:41:04,421 Bagaimana dengan duit itu? 491 00:41:12,471 --> 00:41:14,848 Biar betul? 492 00:41:15,432 --> 00:41:17,601 Tidak. 493 00:42:05,357 --> 00:42:08,485 Saya panggil awak, Oneiros, supaya awak dengar saya 494 00:42:10,028 --> 00:42:13,282 dan datang membantu saya apabila saya seru nama awak. 495 00:42:18,996 --> 00:42:19,913 Morpheus? 496 00:42:21,582 --> 00:42:22,624 Apa maksudnya? 497 00:42:24,918 --> 00:42:26,753 Itu nama Tuan Mimpi. 498 00:42:32,509 --> 00:42:33,927 Awak tulis surat kepada dia? 499 00:42:35,554 --> 00:42:36,680 Lebih kurang begitulah. 500 00:42:56,408 --> 00:42:57,326 Awak milik saya. 501 00:43:00,245 --> 00:43:01,538 Menurut undang-undang. 502 00:43:02,372 --> 00:43:04,124 Tuan Mimpi tak boleh tolong awak. 503 00:43:23,268 --> 00:43:25,520 Terima kasih setuju ditemu bual di rumah awak. 504 00:43:25,604 --> 00:43:28,065 Terima kasih kerana mengulas buku itu. 505 00:43:28,148 --> 00:43:32,819 Saya akan mulakan dengan bertanya tentang pengaruh sastera formatif awak. 506 00:43:33,987 --> 00:43:36,990 Saya takkan jadi penulis 507 00:43:37,074 --> 00:43:39,743 jika bukan kerana baca karya Shirley Jackson, 508 00:43:39,826 --> 00:43:42,788 Margaret Atwood dan Octavia E. Butler. 509 00:43:42,871 --> 00:43:45,749 Setelah baca Batu Helang, penulis yang terlintas di fikiran 510 00:43:45,832 --> 00:43:47,417 ialah mendiang Erasmus Fry. 511 00:43:48,502 --> 00:43:51,922 Maaf, awak kata "mendiang" Erasmus Fry? 512 00:43:52,005 --> 00:43:52,881 Dia… 513 00:43:55,217 --> 00:43:56,134 Dia dah mati? 514 00:43:56,218 --> 00:43:58,470 Musim panas lepas. Awak kenal dia? 515 00:43:59,513 --> 00:44:01,556 Saya tak kenal dia. Saya… 516 00:44:02,140 --> 00:44:04,184 Kami beberapa kali bertemu. 517 00:44:04,267 --> 00:44:07,854 Dia sangat menghargai karya saya. 518 00:44:07,938 --> 00:44:10,732 Dia hampir 90 tahun. Adakah dia… 519 00:44:11,692 --> 00:44:13,026 Dia mati kerana tua? 520 00:44:13,944 --> 00:44:14,820 Tidak. 521 00:44:16,154 --> 00:44:17,614 Dia racun dirinya sendiri. 522 00:44:18,824 --> 00:44:22,244 Perkara terakhir dia buat ialah tulis surat kepada penerbit lamanya, 523 00:44:22,327 --> 00:44:25,288 merayu mereka cetak semula salah satu bukunya. 524 00:44:25,372 --> 00:44:27,499 Inilah Lilin, saya rasa. 525 00:44:27,582 --> 00:44:30,001 Rasanya begitulah. Bagaimana awak tahu? 526 00:44:32,212 --> 00:44:35,590 Ia mungkin buku kegemaran saya ketika membesar. 527 00:44:36,425 --> 00:44:38,635 Ia sangat mengharukan, jujur dan… 528 00:44:41,263 --> 00:44:42,305 aneh. 529 00:44:46,059 --> 00:44:47,102 Kasihan dia. 530 00:44:48,103 --> 00:44:51,398 Malang orang berhenti membaca bukunya. Karyanya lapuk. 531 00:44:52,899 --> 00:44:55,902 Tak perlu risaukan itu, awak Richard Madoc. 532 00:44:55,986 --> 00:44:58,029 Maaf. Ric Madoc. 533 00:44:59,614 --> 00:45:01,533 Baik. Soalan seterusnya. 534 00:45:10,542 --> 00:45:11,710 Awak datang. 535 00:45:15,714 --> 00:45:16,715 Awak hubungi. 536 00:45:19,301 --> 00:45:23,054 Mereka beritahu saya awak dipenjarakan, sama seperti saya. 537 00:45:23,805 --> 00:45:24,931 Bukan seperti awak. 538 00:45:26,391 --> 00:45:28,769 Awak jauh lebih derita berbanding saya. 539 00:45:28,852 --> 00:45:29,770 Jangan kata begitu. 540 00:45:31,396 --> 00:45:33,565 Bandingkan derita hanya menambahkannya. 541 00:45:33,648 --> 00:45:35,942 Hati saya sakit mendengar nasib malang awak. 542 00:45:37,319 --> 00:45:38,987 Saya gembira awak bebas. 543 00:45:39,696 --> 00:45:41,406 Awak terikat oleh undang-undang. 544 00:45:44,326 --> 00:45:46,286 Saya tahu awak tak boleh bebaskan saya. 545 00:45:47,704 --> 00:45:49,206 Cuma dia boleh buat begitu, 546 00:45:50,791 --> 00:45:54,127 tapi mungkin awak boleh menginspirasikan dia? 547 00:45:55,253 --> 00:45:56,338 Untuk bebaskan saya? 548 00:45:57,088 --> 00:46:00,675 Saya akan buat semua itu dan lebih. 549 00:46:01,384 --> 00:46:02,219 Mimpi… 550 00:46:02,302 --> 00:46:05,096 Dia mesti dihukum. 551 00:46:05,180 --> 00:46:09,309 Bagaimana? Hukuman apakah yang setimpal? 552 00:46:10,143 --> 00:46:13,396 Kematian dia takkan kembalikan apa yang diambil daripada saya. 553 00:46:13,480 --> 00:46:14,731 Dia tak penting. 554 00:46:16,149 --> 00:46:17,108 Dia cuma manusia. 555 00:46:17,192 --> 00:46:19,027 Tak boleh biarkan dia bebas. 556 00:46:19,110 --> 00:46:21,988 Kenapa? Sebab saya pernah jadi milik awak? 557 00:46:23,615 --> 00:46:24,741 Sebab dia sakiti awak. 558 00:46:28,161 --> 00:46:31,915 Kali terakhir berjumpa, awak kata takkan cakap dengan saya lagi. 559 00:46:32,749 --> 00:46:33,959 Maaf, saya… 560 00:46:36,294 --> 00:46:38,129 tak tahu ke mana lagi nak mengadu. 561 00:46:39,464 --> 00:46:40,715 Awak salah faham saya. 562 00:46:43,051 --> 00:46:46,763 Apabila dengar awak panggil saya, walaupun selepas sekian lama… 563 00:46:54,521 --> 00:46:55,772 Biar saya bantu awak. 564 00:46:58,108 --> 00:46:59,109 Tolonglah. 565 00:47:00,902 --> 00:47:02,153 Saya hutang awak banyak. 566 00:47:09,828 --> 00:47:11,288 Apa awak akan buat kepada dia? 567 00:47:27,846 --> 00:47:29,723 Apa… Siapa awak? 568 00:47:31,016 --> 00:47:33,101 - Keluar dari rumah saya. - Diam. 569 00:47:34,561 --> 00:47:37,147 Awak kurung wanita di sini tanpa kerelaannya. 570 00:47:38,815 --> 00:47:41,318 Saya datang untuk suruh awak bebaskan dia. 571 00:47:42,861 --> 00:47:44,112 Awak dah gilakah? 572 00:47:44,988 --> 00:47:47,157 Tiada wanita. Saya hubungi polis. Kenal saya? 573 00:47:47,240 --> 00:47:50,785 Saya kenal sangat siapa dan apa awak, Richard Madoc. 574 00:47:55,582 --> 00:47:57,125 Awak nak hubungi polis? 575 00:47:57,792 --> 00:48:01,338 Tak, saya takkan hubungi mana-mana agensi manusia. 576 00:48:01,922 --> 00:48:03,131 Lepaskan saja dia. 577 00:48:04,090 --> 00:48:05,759 Awak tak faham, saya perlu dia. 578 00:48:05,842 --> 00:48:08,929 Jika tiada dia, saya tak boleh menulis dan tiada idea. 579 00:48:09,721 --> 00:48:12,682 - Begini, saya ada duit. - Diam. 580 00:48:18,438 --> 00:48:24,110 Dia dah ditahan lebih daripada 60 tahun. 581 00:48:24,194 --> 00:48:28,657 Dihina, didera, dinodai. 582 00:48:28,740 --> 00:48:32,243 Awak enggan bebaskan dia sebab awak perlukan idea? 583 00:48:32,327 --> 00:48:37,332 Jika idea yang awak mahukan, awak akan dapat 584 00:48:38,917 --> 00:48:40,585 limpahan idea. 585 00:49:09,406 --> 00:49:11,199 Apa awak buat kepada saya? 586 00:49:13,326 --> 00:49:15,578 Awak beri saya mimpi ngeri sekarang? 587 00:49:18,289 --> 00:49:19,124 Cakaplah! 588 00:49:19,207 --> 00:49:21,710 Saya tak buat apa-apa kepada awak, Richard Madoc. 589 00:49:24,295 --> 00:49:26,506 Awak dah jumpa Morpheus, 590 00:49:27,632 --> 00:49:30,135 yang orang Rom gelar Pembentuk Jisim. 591 00:49:30,218 --> 00:49:32,053 Dahulu dia suami saya. 592 00:49:33,471 --> 00:49:35,390 Dan ayah kepada anak lelaki saya. 593 00:49:36,558 --> 00:49:38,059 Saya tak tahu awak ada anak. 594 00:49:38,643 --> 00:49:40,520 Awak tak tahu apa-apa tentang saya. 595 00:49:41,980 --> 00:49:45,316 Tapi dah terlambat untuk biar itu semua merisaukan awak. 596 00:49:53,324 --> 00:49:54,659 "Dan dalam kegelapan, 597 00:49:55,827 --> 00:49:59,706 dia memikirkan cerita di setiap bintang, 598 00:50:02,584 --> 00:50:04,085 seperti kunang-kunang." 599 00:50:05,420 --> 00:50:11,551 "Menjentik… memudar… pada waktu malam." 600 00:50:20,060 --> 00:50:22,187 BATU HELANG 601 00:50:26,524 --> 00:50:27,734 Ada apa-apa soalan? 602 00:50:32,614 --> 00:50:34,324 Wanita muda di baris ketiga. 603 00:50:38,161 --> 00:50:41,164 Kerja awak melangkaui begitu banyak genre, 604 00:50:41,247 --> 00:50:44,876 dunia dan watak yang berbeza. 605 00:50:45,919 --> 00:50:48,421 Boleh saya tanya, dari mana semua itu datang? 606 00:50:50,507 --> 00:50:57,222 Bagi saya, idea tak datang dari mana-mana. 607 00:50:57,305 --> 00:51:00,600 Semuanya di sekeliling kita, sepanjang masa. 608 00:51:01,184 --> 00:51:07,732 Saya boleh tulis seluruh set novel ketika… baca buku. 609 00:51:09,192 --> 00:51:14,030 Di mana… sesuatu telah berlaku kepada dunia di luar sana, 610 00:51:14,739 --> 00:51:19,828 sejenis holokus tapi penonton selamat… 611 00:51:22,080 --> 00:51:23,873 selagi penulis terus membaca. 612 00:51:25,166 --> 00:51:26,417 Terima kasih. 613 00:51:26,501 --> 00:51:30,547 Atau kisah tentang persaudaraan pengkritik. 614 00:51:30,630 --> 00:51:37,178 Hakikatnya, persaudaraan gelap dikaitkan dengan upacara mencabul dan sumpah darah. 615 00:51:37,262 --> 00:51:38,680 Untuk menjatuhkan penulisnya, 616 00:51:38,763 --> 00:51:43,351 mereka korbankan anak dan buat upacara kritikal. 617 00:51:48,273 --> 00:51:51,693 Atau bandar yang jalannya diturap dengan masa. 618 00:51:51,776 --> 00:51:56,614 Kereta api yang sarat dengan wanita bisu, dipandu oleh lelaki buta. 619 00:52:07,792 --> 00:52:09,544 Kepala daripada cahaya… Maaf. 620 00:52:12,213 --> 00:52:13,464 Maafkan saya. 621 00:52:13,548 --> 00:52:18,887 Ikan emas yang berubah jadi serigala ketika bulan purnama. 622 00:52:19,470 --> 00:52:24,267 Seorang lelaki yang mewarisi kad pustaka bagi Pustaka Iskandariah. 623 00:52:26,311 --> 00:52:28,521 Dua wanita tua bawa wesel bercuti. 624 00:52:36,529 --> 00:52:38,531 Sestina tentang kesunyian, 625 00:52:38,615 --> 00:52:42,410 menggunakan perkataan… gelap, kasar, 626 00:52:43,161 --> 00:52:47,373 jangan sesekali, menjerit, api, kucupan… 627 00:52:48,917 --> 00:52:51,586 Si tua memiliki alam, simpan di dalam balang jem. 628 00:52:52,712 --> 00:52:54,631 Lelaki yang cinta boneka kertas. 629 00:52:54,714 --> 00:52:57,550 En. Madoc, ini Nora. Kenapa dengan tangan encik? 630 00:52:57,634 --> 00:52:59,677 Aduh, saya terlalu banyak idea. 631 00:52:59,761 --> 00:53:04,182 Saya tiada pen atau apa-apa kertas, jadi saya cuma gunakan tangan. 632 00:53:08,436 --> 00:53:12,398 Saya kata saya perlukan idea, tetapi ia datang terlalu cepat. 633 00:53:12,482 --> 00:53:13,816 Bawa dia ke hospital. 634 00:53:13,900 --> 00:53:16,110 Jangan. Tolong, pergi ke rumah saya. 635 00:53:17,403 --> 00:53:20,323 Ada wanita di dalam bilik di tingkat atas. 636 00:53:21,658 --> 00:53:23,326 Dia dikurung di dalam sana. 637 00:53:24,369 --> 00:53:27,747 Beritahu dia yang dia boleh keluar, saya bebaskan dia. 638 00:53:27,830 --> 00:53:29,165 Saya tak faham. 639 00:53:29,249 --> 00:53:34,170 Ambil kunci saya. Lepaskan dia. Suruh dia pergi. 640 00:53:36,965 --> 00:53:39,634 Saya pernah tanda tangan buku untuk awak, bukan? 641 00:53:41,052 --> 00:53:42,595 Tolonglah. 642 00:53:44,847 --> 00:53:47,058 Okey, saya akan pergi. 643 00:53:47,141 --> 00:53:48,768 Hentikan ia. 644 00:53:49,769 --> 00:53:52,480 Beritahu dia saya minta maaf. 645 00:53:52,563 --> 00:53:56,359 Hubungan magis dan alkimia dilihat sebagai kultus kargo. 646 00:53:56,442 --> 00:53:57,902 Kita jumpa di hospital. 647 00:53:57,986 --> 00:54:00,405 Suria terbenam di atas Parthenon. Sup gigi jerung. 648 00:54:00,488 --> 00:54:05,868 Bulbul, rumpun mawar dan kolar anjing getah hitam. 649 00:54:22,927 --> 00:54:23,761 Helo? 650 00:54:41,571 --> 00:54:44,115 INILAH LILIN - ERASMUS FRY 651 00:54:59,547 --> 00:55:00,965 Sudah berakhir. 652 00:55:09,599 --> 00:55:10,433 Terima kasih. 653 00:55:10,975 --> 00:55:12,894 Saya cuma jawab panggilan awak. 654 00:55:16,272 --> 00:55:17,482 Nak buat apa sekarang? 655 00:55:20,985 --> 00:55:23,112 Rasanya saya mesti 656 00:55:24,906 --> 00:55:29,786 cuba untuk pastikan ini tak berlaku kepada orang lain lagi. 657 00:55:31,037 --> 00:55:31,996 Bagaimana? 658 00:55:32,080 --> 00:55:33,831 Saya tak tahu. 659 00:55:36,167 --> 00:55:40,171 Inspirasikan manusia agar inginkan lebih baik untuk diri dan orang lain. 660 00:55:41,547 --> 00:55:43,674 Tulis semula undang-undang yang kurung saya. 661 00:55:45,176 --> 00:55:48,513 Undang-undang lama yang tiada pengaruh saya adik-beradik. 662 00:55:49,764 --> 00:55:51,641 Saya buat yang sama di alam saya. 663 00:55:53,768 --> 00:55:55,436 Awak dah berubah, Oneiros. 664 00:55:56,521 --> 00:55:59,649 Dulu awak akan selamba tinggalkan saya mereput di sini. 665 00:56:05,113 --> 00:56:09,075 Awak masih bencikan saya… sebab tinggalkan awak? 666 00:56:10,410 --> 00:56:12,829 - Salahkan awak atas hal yang berlaku? - Tidak. 667 00:56:16,958 --> 00:56:21,254 Kebelakangan ini banyak yang saya pelajari, dan… 668 00:56:23,965 --> 00:56:25,049 Walau apa pun. 669 00:56:27,176 --> 00:56:28,636 Saya tak bencikan awak. 670 00:56:35,059 --> 00:56:37,186 Awak patut bebaskan manusia itu sekarang. 671 00:56:39,147 --> 00:56:40,356 Dia dah bebaskan saya, 672 00:56:40,440 --> 00:56:42,942 dan tanpa kemaafan, luka takkan sembuh. 673 00:56:43,025 --> 00:56:46,237 Awak nak maafkan dia atas perbuatannya? 674 00:56:46,320 --> 00:56:48,156 Saya takkan maafkan perbuatan dia, 675 00:56:49,365 --> 00:56:51,117 tapi saya mesti maafkan dia. 676 00:56:51,826 --> 00:56:52,785 Bukan untuk dia. 677 00:56:53,995 --> 00:56:54,871 Untuk saya. 678 00:56:57,039 --> 00:56:58,166 Boleh bebaskan dia? 679 00:56:59,834 --> 00:57:01,294 Jika awak mahu begitu… 680 00:57:03,504 --> 00:57:04,464 ia boleh ditunaikan. 681 00:57:14,390 --> 00:57:17,560 Saya dah balik, En. Madoc. Bagaimana keadaan encik? 682 00:57:17,643 --> 00:57:18,603 Saya… 683 00:57:20,396 --> 00:57:25,568 Saya tak tahu lagi. Saya cuba berfikir. 684 00:57:26,652 --> 00:57:29,238 Saya ikut arahan encik dan pergi ke rumah encik. 685 00:57:30,448 --> 00:57:32,867 Cuma ada buku. 686 00:57:32,950 --> 00:57:34,911 Ada sesuatu yang dia kata. 687 00:57:34,994 --> 00:57:38,122 Pembentuk Jisim. 688 00:57:40,082 --> 00:57:42,251 Ada nama. Dia mencatatkannya. Saya… 689 00:57:45,880 --> 00:57:47,215 Saya harap boleh ingat! 690 00:57:47,840 --> 00:57:52,470 Tiba-tiba saja, amat susah untuk saya berfikir. 691 00:57:53,930 --> 00:57:55,431 Ada sesiapa saya boleh hubungi? 692 00:57:55,515 --> 00:57:56,641 Dia dah pergi. 693 00:58:02,563 --> 00:58:04,065 Semua pergi bersama dia. 694 00:58:05,358 --> 00:58:07,902 Idea dan cerita. 695 00:58:12,073 --> 00:58:14,033 Semua itu miliknya. 696 00:58:14,116 --> 00:58:17,161 Siapa? Siapa yang encik cakapkan? 697 00:58:24,168 --> 00:58:27,129 Saya tak tahu. 698 00:58:33,177 --> 00:58:34,178 Tak tahu. 699 00:58:39,725 --> 00:58:43,396 Boleh saya ziarah awak di Alam Mimpi satu hari nanti, 700 00:58:44,855 --> 00:58:47,900 supaya akhirnya kita boleh bercakap tentang anak kita 701 00:58:50,236 --> 00:58:54,532 dan meratap dia dengan betul? 702 00:58:56,576 --> 00:58:59,412 Satu hari, mungkin, tapi… 703 00:59:02,540 --> 00:59:03,708 Saya faham. 704 00:59:19,098 --> 00:59:20,558 Terima kasih, Oneiros. 705 00:59:22,435 --> 00:59:23,769 Saya takkan lupa ini. 706 00:59:26,397 --> 00:59:27,607 Selamat sejahtera. 707 00:59:32,653 --> 00:59:33,738 Semoga bertuah. 708 00:59:37,783 --> 00:59:39,035 Selamat tinggal, Calliope. 709 01:01:50,458 --> 01:01:55,463 Terjemahan sari kata oleh Seri