1 00:00:46,088 --> 00:00:47,965 Alamak! 2 00:01:16,410 --> 00:01:18,036 Kevin, awas! 3 00:01:18,120 --> 00:01:19,329 Kevin, awas! 4 00:01:32,885 --> 00:01:34,136 Apa itu? 5 00:01:34,219 --> 00:01:36,263 Sangat menakutkan. Udara pun tiada. 6 00:01:36,346 --> 00:01:37,514 Macam mimpi ngeri. 7 00:01:37,598 --> 00:01:39,183 Ia amat memualkan. 8 00:01:39,266 --> 00:01:41,685 Widgit, itu angkara bekas teman wanita awak? 9 00:01:41,768 --> 00:01:45,105 Tidak, Fianna tak boleh cipta lubang tanpa udara. Secara harfiahnya, tak boleh. 10 00:01:45,189 --> 00:01:48,609 Dalam percintaan, memang boleh. 11 00:01:49,985 --> 00:01:51,069 Semua orang okey? 12 00:01:51,153 --> 00:01:52,696 - Ya, saya okey. - Bagus. 13 00:01:52,779 --> 00:01:53,947 Mana Judy? 14 00:01:54,531 --> 00:01:56,283 - Apa? - Mana dia? 15 00:01:56,366 --> 00:01:57,284 Judy! 16 00:01:57,367 --> 00:01:58,327 Judy! 17 00:01:58,410 --> 00:01:59,244 - Judy! - Judy! 18 00:01:59,828 --> 00:02:01,121 - Judy! - Judy! 19 00:02:01,205 --> 00:02:02,247 Mana dia? 20 00:02:02,331 --> 00:02:05,417 - Judy! - Alamak, dah tertutup! 21 00:02:05,501 --> 00:02:09,795 Tadi saya nampak dia, kemudian tak nampak. Penelope, apa patut saya buat? 22 00:02:09,880 --> 00:02:11,590 - Okey. Tak mengapa, jangan takut. - Saya beritahu dia… 23 00:02:11,673 --> 00:02:14,134 Bittelig, mungkin dia terperangkap dalam lubang tadi… 24 00:02:14,218 --> 00:02:15,052 Apa? 25 00:02:15,135 --> 00:02:17,304 …atau ada di sekitar sini. 26 00:02:17,387 --> 00:02:19,014 Ya. Okey. 27 00:02:21,558 --> 00:02:23,352 Saya rasa dia tiada di sini. 28 00:02:24,102 --> 00:02:25,103 Kalau begitu… 29 00:02:25,854 --> 00:02:28,357 Apa? Perompak mati di bawah pengawasan saya? 30 00:02:28,440 --> 00:02:30,067 Boleh kita masuk semula untuk ambil dia? 31 00:02:30,150 --> 00:02:31,777 Saya tak tahu apa itu. 32 00:02:31,860 --> 00:02:34,696 Saya tak pernah nampak. Peta pun tak menjelaskannya. 33 00:02:34,780 --> 00:02:37,574 Saya tak pernah dengar perkara begitu terjadi. 34 00:02:37,658 --> 00:02:38,659 Ya. 35 00:02:46,583 --> 00:02:47,960 Okey, kita di mana? 36 00:02:48,043 --> 00:02:52,130 Jika kiraan saya tepat, Vienna Tengah, 1897. 37 00:02:54,299 --> 00:02:56,134 - Tidak, tak tepat. - Tak betul. 38 00:02:56,218 --> 00:02:57,135 Kita di padang pasir. 39 00:02:57,219 --> 00:03:03,141 Ya. Kita di padang pasir, jadi tak boleh tunggu di sini. Kita boleh mati. 40 00:03:03,225 --> 00:03:06,687 Tapi saya yakin Judy akan temui kita. 41 00:03:07,563 --> 00:03:08,689 Kita perlu bergerak. 42 00:03:09,648 --> 00:03:10,649 Betul. 43 00:03:21,869 --> 00:03:24,496 - Kevin. - Ya, saya datang. 44 00:03:25,998 --> 00:03:27,165 Padang pasir. 45 00:03:27,249 --> 00:03:29,334 Teguh dan kejam. 46 00:03:30,085 --> 00:03:32,004 Tiada kehidupan sejauh berbatu-batu. 47 00:03:32,087 --> 00:03:33,505 Bagaimana dengan mereka? 48 00:03:35,799 --> 00:03:36,884 Selain mereka. 49 00:03:39,553 --> 00:03:40,554 Ayuh. 50 00:03:43,640 --> 00:03:48,604 UTARA AFRIKA 1324 MASIHI 51 00:03:48,687 --> 00:03:50,147 Ya, saya rasa yakin. 52 00:03:51,857 --> 00:03:52,858 Rasakan kehangatan. 53 00:03:52,941 --> 00:03:56,570 Ayuh. Cepatlah, semua. Tempat ini hebat. Ayuh. 54 00:04:08,540 --> 00:04:09,541 Judy… 55 00:04:10,459 --> 00:04:15,255 Bittelig, siasat siapa mereka, apa mereka buat dan sebagainya. 56 00:04:15,839 --> 00:04:18,300 Siapa kamu? Apa kamu buat dan sebagainya? 57 00:04:18,382 --> 00:04:20,761 Siapa kamu? Apa kamu buat dan sebagainya? 58 00:04:21,928 --> 00:04:25,390 Siapa kamu? Apa kamu buat dan sebagainya? 59 00:04:25,933 --> 00:04:27,601 Ini perjalanan haji Mansa Musa. 60 00:04:31,813 --> 00:04:34,107 Ini perjalanan haji Mansa Musa. 61 00:04:34,191 --> 00:04:36,401 Bagus. Apa itu dan siapa dia? 62 00:04:36,485 --> 00:04:38,070 Saya tak tahu. 63 00:04:38,153 --> 00:04:39,279 Mansa Musa? 64 00:04:39,863 --> 00:04:40,781 Dia ada dalam buku saya. 65 00:04:40,864 --> 00:04:43,659 Dia raja Mali ketika zaman pertengahan. 66 00:04:43,742 --> 00:04:47,746 "Mansa Musa. Empayar Mali mengecapi kemuncak penguasaan 67 00:04:47,829 --> 00:04:50,457 di bawah pimpinannya pada abad ke-14. 68 00:04:50,541 --> 00:04:53,710 Perjalanan hajinya ke Mekah terdiri daripada 60,000 orang, 69 00:04:53,794 --> 00:04:57,297 termasuk para isteri dan membawa begitu banyak emas. 70 00:04:57,381 --> 00:05:00,509 Anggaran kekayaannya boleh jadikan dia orang terkaya dalam sejarah." 71 00:05:00,592 --> 00:05:01,510 TOKOH SEJARAH 72 00:05:02,094 --> 00:05:05,681 Okey, inilah detik yang kita nantikan. 73 00:05:05,764 --> 00:05:08,433 Orang terkaya dalam sejarah berjumpa pencuri terhebat dalam sejarah. 74 00:05:08,517 --> 00:05:10,227 Mereka ada di sini? Kita boleh minta nasihat. 75 00:05:10,310 --> 00:05:11,186 Tidak, saya maksudkan diri saya. 76 00:05:11,270 --> 00:05:12,104 Ya. 77 00:05:12,187 --> 00:05:16,775 Kita akan lakukan rompakan paling epik sepanjang masa. 78 00:05:16,859 --> 00:05:17,693 Ya. 79 00:05:17,776 --> 00:05:19,403 Saya ada rancangan terbaik. 80 00:05:19,486 --> 00:05:20,904 Okey, dengar sini. 81 00:05:21,405 --> 00:05:23,740 Sementara Widgit memikirkan jalan paling mudah 82 00:05:23,824 --> 00:05:25,993 ke portal terdekat untuk kita melarikan diri… 83 00:05:33,000 --> 00:05:35,627 Bittelig akan menyorok di sebelah khemah harta mansa, 84 00:05:35,711 --> 00:05:38,714 perhati kawasan sekeliling dan menilai apa-apa risiko. 85 00:05:52,477 --> 00:05:56,231 Apabila dia beri isyarat, Alto, pakar samaran kita… 86 00:05:56,315 --> 00:05:58,275 - Menyamar sebagai unta. - Tidak. 87 00:05:58,358 --> 00:06:01,737 Tentu mencabar tapi saya boleh dengan fizikal yang sesuai. 88 00:06:01,820 --> 00:06:03,238 Tidak, Alto. Tidak. 89 00:06:03,322 --> 00:06:06,533 Awak akan pakai seragam tiruan pengawal mansa. 90 00:06:06,617 --> 00:06:09,703 Awak dekati pengawal dan beritahu awak akan gantikan dia. 91 00:06:09,786 --> 00:06:11,455 Kemudian dia pergi menaiki unta yang dilakonkan oleh saya. 92 00:06:11,538 --> 00:06:12,873 Tidak. 93 00:06:12,956 --> 00:06:15,000 Selepas pengawal beredar, 94 00:06:15,083 --> 00:06:17,961 kita perlu buat Mansa Musa tidur. 95 00:06:18,045 --> 00:06:20,631 Ketika inilah Kevin mainkan peranan. 96 00:06:21,423 --> 00:06:23,175 Sebab saya sangat membosankan. 97 00:06:23,258 --> 00:06:24,218 Tepat sekali. 98 00:06:29,598 --> 00:06:30,599 Sejarah. 99 00:06:31,517 --> 00:06:32,351 Fakta. 100 00:06:34,144 --> 00:06:35,479 Stonehenge. 101 00:06:36,647 --> 00:06:37,898 Mesir Purba. 102 00:06:38,607 --> 00:06:43,028 Fasa terakhir ialah, saya curi emas di depan mata mansa. 103 00:07:02,089 --> 00:07:03,549 - Sekejap. - Ya? 104 00:07:03,632 --> 00:07:05,801 Awak kata mahu hantar saya pulang sekarang. 105 00:07:05,884 --> 00:07:09,471 Tapi kita terjumpa orang terkaya dalam sejarah. 106 00:07:09,555 --> 00:07:11,515 - Kebetulan. Kebetulan yang indah. - Ya. 107 00:07:11,598 --> 00:07:12,850 Kebetulan. Ya. 108 00:07:12,933 --> 00:07:14,351 Ia amat mencurigakan. 109 00:07:15,310 --> 00:07:18,021 Saya rasa Widgit tahu cara menggunakan peta itu. 110 00:07:18,105 --> 00:07:21,191 Berani awak? Saya tak setuju. Awak maksudkan… 111 00:07:22,359 --> 00:07:24,278 Maaf, "tahu cara menggunakan…" 112 00:07:24,361 --> 00:07:26,071 Saya dah biasa dengar orang cakap sebaliknya. 113 00:07:26,154 --> 00:07:27,573 Ya, sebab awak bukan pemandu arah. 114 00:07:27,656 --> 00:07:29,241 Ya, betul. 115 00:07:29,324 --> 00:07:30,200 - Apa? - Boleh jadi lebih bagus. 116 00:07:30,284 --> 00:07:32,160 Saya takkan dapat selamatkan ibu bapa saya. 117 00:07:32,244 --> 00:07:37,082 Kevin, kami perlu capai matlamat kami. Kami perompak. Itu tugas kami. 118 00:07:37,165 --> 00:07:38,917 Baik, semua. Selaraskan jam tangan. 119 00:07:39,001 --> 00:07:40,043 Tak ada jam tangan. 120 00:07:40,127 --> 00:07:43,881 Ya. Peringatan yang baik untuk kita. Pergi ke zaman yang ada jam tangan dan curi. 121 00:07:45,841 --> 00:07:47,384 Mari dapatkan emas. 122 00:07:48,468 --> 00:07:50,512 Saya ada jam tangan mencukupi untuk semua orang. 123 00:07:51,471 --> 00:07:54,600 Okey. Cari portal terdekat. Saya boleh. 124 00:07:55,350 --> 00:07:56,643 Cari portal terdekat. 125 00:07:57,144 --> 00:07:58,020 Jalan pintas. 126 00:07:58,854 --> 00:08:01,481 Kalau saya bukan pemandu arah, takkan jumpa jalan ini. 127 00:08:06,069 --> 00:08:09,698 Awak berseronok, sayang antara kesayangan saya? 128 00:08:10,908 --> 00:08:13,202 "Mari pergi mengerjakan haji, Inari. 129 00:08:13,285 --> 00:08:15,746 Tentu seronok, Inari. 130 00:08:15,829 --> 00:08:17,456 Kita berdua saja, Inari." 131 00:08:18,415 --> 00:08:20,501 Tapi ada 60,000 pengikut dan isteri-isteri awak yang lain. 132 00:08:21,668 --> 00:08:23,921 Saya kotor. Mahu mandi. 133 00:08:24,004 --> 00:08:27,216 Okey, bagaimana mahu cari tempat mandi di padang pasir? 134 00:08:27,299 --> 00:08:29,676 Cinta hati saya nombor satu. 135 00:08:29,760 --> 00:08:30,761 Nombor 91. 136 00:08:30,844 --> 00:08:31,970 Nombor satu bagi saya. 137 00:08:34,306 --> 00:08:36,600 Hei, awak. Awak nampak besar dan kuat. 138 00:08:36,683 --> 00:08:39,311 Saya? Awak nampak saya? 139 00:08:39,394 --> 00:08:42,188 Tentulah saya nampak awak. Awak lelaki besar, berkulit putih di padang pasir. 140 00:08:44,107 --> 00:08:45,526 - Saya ada misi untuk awak. - Saya tak boleh. 141 00:08:46,109 --> 00:08:47,152 Saya perlu mencuri. 142 00:08:47,236 --> 00:08:49,154 - Awak perlu buat apa? - Tiada apa-apa. 143 00:08:49,238 --> 00:08:50,322 Ikut saya. 144 00:08:52,157 --> 00:08:53,200 Cepat. 145 00:08:55,702 --> 00:08:56,745 Selamat sejahtera. 146 00:09:01,041 --> 00:09:03,126 Awak boleh beredar, kawan. 147 00:09:03,752 --> 00:09:04,837 Tapi saya baru saja bermula. 148 00:09:04,920 --> 00:09:08,090 Tidak, sudah berjam-jam awak di sini, kawan lamaku. 149 00:09:08,173 --> 00:09:10,425 Awak semakin tua, ya? Banyak lupa. 150 00:09:10,509 --> 00:09:12,719 Saya setuju, sebab saya tak ingat siapa awak. 151 00:09:12,803 --> 00:09:13,804 Siapa awak? 152 00:09:13,887 --> 00:09:15,430 Saya kawan seumur hidup awak. 153 00:09:15,514 --> 00:09:18,642 Saya mahu gantikan awak. Tengoklah seragam saya. 154 00:09:18,725 --> 00:09:22,187 Tidak. Siapa awak? 155 00:09:22,729 --> 00:09:23,814 Saya… 156 00:09:25,399 --> 00:09:26,400 Saya… 157 00:09:29,194 --> 00:09:30,195 Unta. 158 00:09:39,621 --> 00:09:41,999 Bittelig tak beri isyarat. 159 00:09:42,082 --> 00:09:43,959 Saya rasa awak takkan berjaya. 160 00:09:44,042 --> 00:09:44,918 Begitu? 161 00:09:45,002 --> 00:09:47,462 Lihatlah saya mencuri secara senyap. 162 00:09:47,546 --> 00:09:49,590 Pergi. Aktifkan ribut kebakaran. 163 00:09:51,884 --> 00:09:52,885 Gulingan halimunan. 164 00:09:55,262 --> 00:09:58,473 Ya, saya dapat… Awak bukan Alto. 165 00:09:59,224 --> 00:10:00,309 Bukan. 166 00:10:02,311 --> 00:10:03,395 Okey. 167 00:10:04,479 --> 00:10:07,357 Ya. Widgit? Mana Widgit? 168 00:10:09,193 --> 00:10:11,486 Kata saya bukan pemandu arah. Saya pemandu arah hebat. 169 00:10:12,196 --> 00:10:15,115 Bagus. Mungkin antara yang terbaik. Terbaik di alam semesta. 170 00:10:16,283 --> 00:10:17,284 Saya di mana? 171 00:10:24,541 --> 00:10:25,542 Penelope! 172 00:10:27,544 --> 00:10:28,712 Bittelig! 173 00:10:28,795 --> 00:10:31,798 Alto! Kenin. Kermit. 174 00:10:31,882 --> 00:10:33,008 Kevin. 175 00:10:33,091 --> 00:10:34,092 Judy! 176 00:10:35,928 --> 00:10:37,554 Bagaimana saya boleh kehilangan 60,000 orang? 177 00:10:39,056 --> 00:10:41,558 Pasir bahan terbaik untuk ini, Farba? 178 00:10:41,642 --> 00:10:43,477 Ya. Teruskan menggali. 179 00:10:48,440 --> 00:10:51,318 Mansa Musa, kami jumpa sekumpulan orang aneh 180 00:10:51,401 --> 00:10:52,736 dalam rombongan kita. 181 00:10:54,530 --> 00:10:56,490 Dia didapati berlakon sebagai unta. 182 00:10:57,115 --> 00:10:58,242 Apa? 183 00:10:58,909 --> 00:11:00,536 Yang ini cuba mencuri. 184 00:11:00,619 --> 00:11:01,662 Mereka perompak? 185 00:11:01,745 --> 00:11:03,872 Mansa mahu tahu jika mereka perompak. 186 00:11:03,956 --> 00:11:06,625 Tidak. Mereka bukan perompak. Tengoklah mereka. 187 00:11:06,708 --> 00:11:11,630 Kami boleh jadi perompak jika ada yang ikut arahan. 188 00:11:11,713 --> 00:11:14,591 Dia cuba curi satu beg penyala api kecemasan. 189 00:11:14,675 --> 00:11:15,968 - Apa? - Apa? 190 00:11:16,051 --> 00:11:17,845 Satu beg najis unta. 191 00:11:19,471 --> 00:11:20,556 Biar betul! 192 00:11:20,639 --> 00:11:24,017 Jadi, mereka bukan perompak. Cuma orang yang tak nak kesejukan waktu malam? 193 00:11:24,101 --> 00:11:28,146 Mansa kata mereka si malang yang mencari keselesaan. 194 00:11:28,230 --> 00:11:29,648 "Si bodoh miskin dan kesejukan." 195 00:11:29,731 --> 00:11:31,024 Okey, dia tak cakap begitu. 196 00:11:31,108 --> 00:11:32,734 Beri mereka sesuatu kerana telah bersusah payah. 197 00:11:32,818 --> 00:11:34,987 - Tidak. - Beri mereka emas. 198 00:11:35,070 --> 00:11:36,488 - Apa? - Boleh juga. 199 00:11:36,572 --> 00:11:37,656 Marilah ambil emas. 200 00:11:37,739 --> 00:11:38,907 - Oh, Tuhan. - Oh, Tuhan. 201 00:11:38,991 --> 00:11:39,825 Terima kasih. 202 00:11:39,908 --> 00:11:40,909 Tengok. 203 00:11:40,993 --> 00:11:44,079 Mansa Musa memang bijaksana dan pemurah seperti dikatakan. 204 00:11:44,162 --> 00:11:45,664 Gembiranya. 205 00:11:45,747 --> 00:11:48,792 Tak sangka kita dapat jumpa orang terkaya. 206 00:11:48,876 --> 00:11:51,712 Hei. Apa? Apa budak itu kata? 207 00:11:52,963 --> 00:11:56,675 Mansa mahu budak itu ulang kata-katanya tadi. 208 00:11:56,758 --> 00:11:58,552 Percayalah, tak menarik pun. 209 00:11:58,635 --> 00:12:01,346 Tidak. Tentang orang terkaya. 210 00:12:01,430 --> 00:12:05,434 Orang kata awak lebih kaya daripada Jeff Bezos dari Amazon. 211 00:12:05,517 --> 00:12:09,021 Lebih kaya daripada Jeff Bezos dari Amazon. Siapa dia? 212 00:12:09,104 --> 00:12:13,066 Mansa lebih kaya daripada Jeff Bezos dari Amazon. 213 00:12:17,821 --> 00:12:19,948 Tapi kami tak tahu siapa orang itu. 214 00:12:20,032 --> 00:12:23,202 Jadi, awak cuma ulang kata-katanya dengan lebih berbunga? 215 00:12:23,285 --> 00:12:26,413 Ini Balla Kouyate, griot beta. 216 00:12:26,496 --> 00:12:27,956 Saya Balla Kouyate. 217 00:12:28,040 --> 00:12:31,960 Pemidato, guru, penasihat dan yang paling penting, sejarawan. 218 00:12:32,044 --> 00:12:35,881 Saya pun sejarawan amatur. 219 00:12:37,257 --> 00:12:39,134 Siapa nama awak dan dari mana asal awak, budak? 220 00:12:39,218 --> 00:12:40,594 Nama, tempat lahir. 221 00:12:40,677 --> 00:12:42,221 Saya Kevin dan saya dari England. 222 00:12:44,223 --> 00:12:46,141 England? Tempat yang berpenyakit? 223 00:12:46,225 --> 00:12:49,478 Selamatkah di sana? Beta dengar kamu tak basuh guna air. 224 00:12:49,561 --> 00:12:52,564 Mansa kata England, dengarnya sangat indah. 225 00:12:53,065 --> 00:12:55,067 Saya basuh guna air. Ibu saya suruh. 226 00:12:55,859 --> 00:12:56,693 Pernah suruh. 227 00:12:56,777 --> 00:13:00,197 Beta dengar di England, kamu rebus daging 228 00:13:00,280 --> 00:13:02,783 dan makan tanpa rempah. 229 00:13:02,866 --> 00:13:03,742 Betul. 230 00:13:04,326 --> 00:13:06,453 Mundurnya. 231 00:13:06,537 --> 00:13:07,871 Mundurnya. Jangan tersinggung. 232 00:13:07,955 --> 00:13:10,457 Beta tak berniat nak menyinggung, tapi… 233 00:13:10,541 --> 00:13:12,751 Mansa kata… 234 00:13:14,211 --> 00:13:18,632 Tidak. Tak mengapa, Balla. Awak cuma perlu ulang apabila di depan orang asing. 235 00:13:18,715 --> 00:13:20,175 Bukan di depan kawan-kawan. 236 00:13:20,968 --> 00:13:22,344 Maksudnya, saya dianggap kawan? 237 00:13:22,427 --> 00:13:24,638 Sudah tentu, Kel… Kevin. 238 00:13:25,222 --> 00:13:30,269 Esok, mahu ikut beta ke Kaherah untuk berjumpa sultan? 239 00:13:30,853 --> 00:13:31,979 Ya! 240 00:13:32,896 --> 00:13:35,858 - Ya. Dia cakap ya. - Ya. 241 00:13:35,941 --> 00:13:38,861 - Dia cakap ya. - Bagus. Beta tak sabar. 242 00:13:38,944 --> 00:13:40,028 Sebelum bertolak, 243 00:13:40,112 --> 00:13:44,366 awak perlu ceritakan lagi kisah menarik kepada semua rombongan beta. 244 00:13:44,867 --> 00:13:47,035 - Hati-hati dengan permintaan awak. - Kami pun ada kisah. 245 00:13:47,119 --> 00:13:48,829 Tidak, kamu diam. 246 00:13:48,912 --> 00:13:50,539 - Mereka dah dapat emas? - Ya. 247 00:13:50,622 --> 00:13:51,623 Bawa mereka pergi. 248 00:13:51,707 --> 00:13:53,417 - Bawa mereka. Mereka dah dapat emas. - Ayuh. Jalan. 249 00:13:53,500 --> 00:13:56,670 Nama awak sangat menarik. Bagaimana sebutannya? 250 00:13:56,753 --> 00:13:58,255 - Ulang. - Kevin. 251 00:13:58,338 --> 00:13:59,673 Ke… 252 00:13:59,756 --> 00:14:02,467 - Kevin. - Ke-fine. 253 00:14:02,551 --> 00:14:04,303 Macam Kev-in. 254 00:14:04,887 --> 00:14:05,888 Beta tahu. 255 00:14:06,972 --> 00:14:07,848 Kelvin. 256 00:14:07,931 --> 00:14:09,725 Kev-in. 257 00:14:09,808 --> 00:14:11,643 Kami akan pandai, jangan risau. 258 00:14:12,394 --> 00:14:17,983 Selepas ini, ada gosip tanpa tapisan terkini dari sekitar rombongan. 259 00:14:18,066 --> 00:14:20,694 Ibrahim, kami tahu perbuatan awak. 260 00:14:21,278 --> 00:14:25,741 Sebelum itu, kita ada tetamu istimewa, jauh dari Bingley, di England. 261 00:14:26,742 --> 00:14:29,745 Tidak. Dia bersih, saya jamin. Dia guna air untuk basuh, macam kita. 262 00:14:30,329 --> 00:14:32,831 - Ya. Namanya Kevin! - Ya! 263 00:14:34,583 --> 00:14:35,709 Saya dulu? 264 00:14:35,792 --> 00:14:36,793 Ya, sudah tentu. 265 00:14:36,877 --> 00:14:39,671 Saya tak pernah jadi pilihan pertama sebelum ini. 266 00:14:45,552 --> 00:14:48,180 Saya akan cuba berima. Mengikut tradisi. 267 00:14:48,263 --> 00:14:49,806 Okey, baik. 268 00:14:51,683 --> 00:14:54,853 Dia dipuji dari siang ke malam. 269 00:14:54,937 --> 00:14:58,232 Mansa lebih kaya daripada seluruh negara Denmark. 270 00:15:02,110 --> 00:15:02,945 Rasakan, Viking. 271 00:15:03,028 --> 00:15:06,782 Namun, berita kekayaan yang bertebaran, boleh membawa kemudaratan. 272 00:15:06,865 --> 00:15:11,411 Emasmu akan amat dikenali, sehingga penceroboh Eropah mencari. 273 00:15:13,830 --> 00:15:15,165 Hei, sekejap. Apa dia cakap? 274 00:15:15,249 --> 00:15:17,751 - Sekejap. - Mereka hilang minat. 275 00:15:18,293 --> 00:15:20,170 Dia lebih kaya daripada Denmark. 276 00:15:23,382 --> 00:15:25,384 Dia dapat kawal penonton. 277 00:15:25,467 --> 00:15:26,510 Untunglah dia. 278 00:15:26,593 --> 00:15:28,178 Apa masalah awak, Penelope? Kita dapat emas. 279 00:15:28,262 --> 00:15:30,097 - Ya, tapi kita tak curi. - Tapi kita dapat emasnya. 280 00:15:30,180 --> 00:15:31,974 Ia pemberian, okey? 281 00:15:32,057 --> 00:15:34,226 Selain itu, saya kehilangan perompak terbaik. 282 00:15:35,310 --> 00:15:37,312 Saya bukan pencuri hebat. 283 00:15:41,400 --> 00:15:42,943 - Awak cuba curi beg saya? - Ya. 284 00:15:43,026 --> 00:15:44,444 - Beg saya di sebelah sini. - Okey… 285 00:15:44,528 --> 00:15:45,863 Itu pun saya tak boleh buat. 286 00:15:46,446 --> 00:15:47,948 Apa gunanya saya hidup? 287 00:15:50,868 --> 00:15:51,952 Judy hilang. 288 00:15:53,078 --> 00:15:54,413 Susan mati. 289 00:15:55,831 --> 00:15:56,665 Saya sesat. 290 00:15:57,499 --> 00:15:58,625 Mungkin akan mati nanti. 291 00:16:00,335 --> 00:16:02,254 Saya bukan pemandu arah yang bagus. 292 00:16:15,475 --> 00:16:16,518 Bintang. 293 00:16:17,561 --> 00:16:19,313 Bintang dan planet ialah kuncinya. 294 00:16:22,316 --> 00:16:24,484 Peta ini hanya mengandungi sebahagian maklumat. 295 00:16:25,068 --> 00:16:27,654 Jarak masa terletak di langit. 296 00:16:36,079 --> 00:16:38,790 Itu Troy. Itu China abad ke-19. 297 00:16:38,874 --> 00:16:41,960 Itu abad ke-20. Di situ pula abad kelapan. 298 00:16:42,044 --> 00:16:44,087 Portal bukannya tidak konsisten. 299 00:16:44,171 --> 00:16:47,341 Ia berdasarkan simetri alam semesta yang tiada bandingan. 300 00:16:47,424 --> 00:16:49,468 Peta ini mengandungi maklumat tanpa batasan. 301 00:16:49,551 --> 00:16:53,013 Dibuka oleh kosmik yang tidak terbatas! 302 00:16:53,096 --> 00:16:56,600 Bintang-bintang yang membentuk buruj 303 00:16:56,683 --> 00:16:59,019 berhubung dengan beberapa zaman. 304 00:17:00,103 --> 00:17:01,313 Saya selesaikan! 305 00:17:01,396 --> 00:17:03,982 Oh, Tuhan! 306 00:17:04,066 --> 00:17:05,483 Saya perlukan pensel. 307 00:17:05,567 --> 00:17:07,528 Saya perlukan pensel untuk mencatatnya. 308 00:17:07,611 --> 00:17:10,571 Beri saya pensel. Saya perlukan pensel. 309 00:17:10,656 --> 00:17:13,659 Jadi, mereka diusir dari istana. 310 00:17:13,742 --> 00:17:16,619 Keluarga putera putuskan hubungan dengan mereka. 311 00:17:17,454 --> 00:17:19,455 Putera mengembara jauh 312 00:17:19,540 --> 00:17:24,752 merentasi lautan untuk bersama isterinya di kampung halamannya. 313 00:17:26,128 --> 00:17:29,716 Kisah mengagumkan tentang insan dari dunia berbeza 314 00:17:29,800 --> 00:17:32,052 yang saling bertemu. 315 00:17:33,428 --> 00:17:35,138 Mengagumkan, Kevin. 316 00:17:35,222 --> 00:17:38,308 Beta harap Meghan dan Harry baik-baik saja. 317 00:17:39,142 --> 00:17:42,437 Apa pendapat para isteri putera tentang Meghan? 318 00:17:43,188 --> 00:17:45,274 Harry cuma ada seorang isteri, 319 00:17:45,816 --> 00:17:47,693 dan isterinya ada dua suami. 320 00:17:47,776 --> 00:17:49,695 Dua? 321 00:17:49,778 --> 00:17:51,154 Menarik, bukan? 322 00:17:51,238 --> 00:17:55,409 Kevin, beta rasa awak orang paling menarik pernah beta jumpa. 323 00:17:55,492 --> 00:17:56,785 Betul? 324 00:17:56,869 --> 00:17:58,245 Ya. Betul. 325 00:17:58,829 --> 00:18:03,000 Sesetengah orang terdekat dengan saya fikir saya membosankan. 326 00:18:03,083 --> 00:18:04,334 - Apa? - Apa? 327 00:18:05,127 --> 00:18:06,587 - Langsung tidak. - Langsung tidak. 328 00:18:06,670 --> 00:18:09,214 - Kevin, awak sangat bijak. - Kevin. 329 00:18:09,298 --> 00:18:10,382 Bijak. 330 00:18:19,600 --> 00:18:21,894 Mana peta? Saya hilangkan… 331 00:18:23,937 --> 00:18:25,647 Tak mengapa. Baiklah. 332 00:18:29,443 --> 00:18:30,944 Tak guna, saya masih di sini. 333 00:18:32,154 --> 00:18:33,989 Biar betul? Okey. 334 00:18:38,076 --> 00:18:40,078 Apa benda yang saya perlu ingat? 335 00:18:42,289 --> 00:18:43,290 Ayuh, otak. 336 00:18:47,419 --> 00:18:48,337 Bittelig. 337 00:18:49,046 --> 00:18:50,047 Ya, Farba? 338 00:18:50,839 --> 00:18:51,840 Boleh saya tanya sesuatu? 339 00:18:52,508 --> 00:18:54,384 Farba, tanyalah. 340 00:18:55,594 --> 00:18:58,847 Ada seseorang yang saya sangat suka. 341 00:18:58,931 --> 00:18:59,932 Ya? 342 00:19:00,015 --> 00:19:02,267 Kami mengembara dan makan bersama-sama, 343 00:19:02,351 --> 00:19:07,022 tapi saya tak dapat beranikan diri untuk luahkan perasaan saya. 344 00:19:07,105 --> 00:19:09,191 Farba, saya faham masalah awak. 345 00:19:09,691 --> 00:19:14,655 Saya ada kawan dan kawan saya ada kawan, 346 00:19:16,114 --> 00:19:21,703 dan dia tak pernah luah perasaannya kepada kawannya. 347 00:19:21,787 --> 00:19:26,708 Kini kawan saya mungkin takkan dapat jumpa kawannya lagi. 348 00:19:28,085 --> 00:19:29,628 Janji dengan saya, Farba. 349 00:19:30,212 --> 00:19:33,799 Jangan buat kesilapan sama macam kawan saya, 350 00:19:33,882 --> 00:19:38,762 tak luahkan perasaannya kepada kawannya. 351 00:19:38,846 --> 00:19:43,225 Awak perlu beritahu dia perasaan awak, okey? 352 00:19:43,308 --> 00:19:47,521 Jika tidak, awak akan menyesal seumur hidup, Farba. 353 00:19:50,065 --> 00:19:51,275 Betul kata awak, Bittelig. 354 00:19:52,150 --> 00:19:53,235 - Selesai. - Betul? 355 00:19:53,318 --> 00:19:56,613 Saya akan beritahu Permaisuri Inari yang saya amat mencintainya. 356 00:19:58,198 --> 00:20:00,534 Permaisuri Inari orang yang awak cintai? 357 00:20:00,617 --> 00:20:02,035 - Ya. - Isteri Mansa Musa? 358 00:20:02,995 --> 00:20:04,746 Farba, saya tak begitu pasti. 359 00:20:04,830 --> 00:20:06,290 Macam awak kata, Bittelig. 360 00:20:06,373 --> 00:20:10,878 Jika saya tak luahkan kepada dia, saya akan menyesal seumur hidup. 361 00:20:10,961 --> 00:20:16,675 Ya, tapi jika awak dipancung, awak takkan ada seumur hidup. 362 00:20:16,758 --> 00:20:18,510 Bittelig, apa awak dah buat? 363 00:20:20,137 --> 00:20:22,222 Selamat datang ke Kaherah, Kevin. 364 00:20:23,891 --> 00:20:27,311 Selamat datang ke bandar antara semua bandar. 365 00:20:33,400 --> 00:20:36,987 Ini pasar Khan el-Khalili yang terkenal. 366 00:20:37,654 --> 00:20:41,074 Mansa kata, pergi tawar-menawar. 367 00:20:54,588 --> 00:20:57,090 - Di sana, Kevin. - Mansa kata di sana. 368 00:21:02,888 --> 00:21:04,139 Saya baru curi benda ini. 369 00:21:05,599 --> 00:21:07,809 Tidaklah, saya bayar. Awak mahu pergi mencuri? 370 00:21:08,519 --> 00:21:10,312 - Tak mahulah. - Marilah, awak suka mencuri. 371 00:21:10,395 --> 00:21:12,147 Saya dah tak suka apa-apa. 372 00:21:12,231 --> 00:21:13,148 Betul. 373 00:21:13,232 --> 00:21:16,109 Bagaimana dengan perompak lain? Kita tak tahu di mana Bittelig. 374 00:21:16,193 --> 00:21:18,487 Mungkin dia pun dah hilang matlamat. 375 00:21:18,570 --> 00:21:21,698 - Judy entah di mana. Widgit sesat. - Ya, betul. 376 00:21:21,782 --> 00:21:24,201 Saya tak maksudkan Widgit lebih penting daripada Judy atau Bittelig, 377 00:21:24,284 --> 00:21:25,160 tapi dia pegang peta 378 00:21:25,244 --> 00:21:27,287 dan kalau kita tak jumpa dia, kita akan terperangkap di sini selamanya. 379 00:21:27,871 --> 00:21:29,164 Ya. Apa-apalah. 380 00:21:29,248 --> 00:21:30,999 - Apa-apalah? - Ya. 381 00:21:31,917 --> 00:21:34,920 Encik Lelaki Miskin. Jangan miskin lagi. Ambil emas ini. 382 00:21:35,003 --> 00:21:37,214 Tuan, ambillah emas. Semoga bebanan awak berkurang. 383 00:21:37,297 --> 00:21:39,633 Terima kasih! Terima kasih, tuan. Semoga diberkati. 384 00:21:39,716 --> 00:21:41,468 Tengok kasut itu. 385 00:21:47,474 --> 00:21:51,270 Mansa Musa, Raja Mali teragung. 386 00:21:51,854 --> 00:21:53,397 Kami bangga dapat berjumpa akhirnya. 387 00:21:53,480 --> 00:21:54,606 Ya, helo. 388 00:21:54,690 --> 00:21:56,900 Mansa kata dia yang rasa berbangga. 389 00:21:58,277 --> 00:22:01,780 Sultan perkenan berjumpa tuanku di kubu kota. 390 00:22:01,864 --> 00:22:03,574 Terima kasih, tapi tak mengapalah. 391 00:22:03,657 --> 00:22:06,243 Mansa kata dia amat teruja mahu bertemu sultan. 392 00:22:07,160 --> 00:22:08,495 Awak tahu saya boleh dengar dia. 393 00:22:09,162 --> 00:22:12,332 - Baik, mari pergi. - Mansa kata, "Baik, mari pergi." 394 00:22:12,416 --> 00:22:13,333 Bagus. 395 00:22:15,544 --> 00:22:16,545 Ke tepi. 396 00:22:21,216 --> 00:22:22,259 Saya mahu yang ini. 397 00:22:24,469 --> 00:22:25,387 Saya sangat suka yang ini. 398 00:22:25,470 --> 00:22:26,430 Permaisuri Inari. 399 00:22:27,723 --> 00:22:29,725 Patik sudah sediakan mandian yang tuanku minta. 400 00:22:30,350 --> 00:22:33,228 Mandian? Baiknya. Di mana? 401 00:22:33,312 --> 00:22:34,730 Di padang pasir. 402 00:22:34,813 --> 00:22:37,482 Separuh hari jika berjalan kaki, tapi dua jam jika menunggang unta. 403 00:22:37,566 --> 00:22:42,237 Okey. Terima kasih, tapi beta mahu mandi di Kaherah. 404 00:22:42,321 --> 00:22:44,823 - Kenapa? - Ada banyak sabun. 405 00:22:46,742 --> 00:22:47,743 Baiklah. 406 00:22:48,452 --> 00:22:50,996 Patik ada hal lain juga mahu beritahu tuanku. Patik… 407 00:22:52,623 --> 00:22:53,749 Patik mencintai tuanku. 408 00:22:57,044 --> 00:22:58,045 Comelnya. 409 00:22:58,545 --> 00:23:03,300 Maksud beta, kamu langsung tak berpeluang, tapi, sangat comel. 410 00:23:11,433 --> 00:23:15,395 Anggaplah begini, sekurang-kurangnya awak tidak dipancung. 411 00:23:15,479 --> 00:23:16,855 Awak masih ada kepala. 412 00:23:16,939 --> 00:23:19,900 Betul kata awak. Awak memang positif. 413 00:23:22,319 --> 00:23:23,153 Hei. 414 00:23:23,237 --> 00:23:27,199 Awak rasa kawan awak akan luahkan perasaan kepada kawannya? 415 00:23:27,282 --> 00:23:28,158 Entahlah. 416 00:23:28,242 --> 00:23:32,246 Saya tak pasti jika kawan saya dapat jumpa kawannya lagi. 417 00:23:35,791 --> 00:23:37,417 Ada sesiapa mahu mandi… 418 00:23:39,336 --> 00:23:40,546 sebelum air kering? 419 00:23:42,297 --> 00:23:44,007 Cuma dua jam jika menunggang unta. 420 00:23:44,091 --> 00:23:46,593 Dua jam amat berbaloi sebab dapat mandi. 421 00:23:46,677 --> 00:23:47,845 Air. 422 00:23:48,804 --> 00:23:50,222 Saya perlukan air. 423 00:23:53,058 --> 00:23:55,936 Maya yang teramat kecil. 424 00:23:58,522 --> 00:23:59,523 Saya takkan tertipu. 425 00:24:00,315 --> 00:24:01,525 Saya takkan minum. 426 00:24:04,152 --> 00:24:05,153 Tapak kaki. 427 00:24:20,961 --> 00:24:22,629 Mari berjumpa sultan. 428 00:24:22,713 --> 00:24:23,839 Ya, ayuh. 429 00:24:23,922 --> 00:24:27,092 Maaf! Mansa yang agung. 430 00:24:27,176 --> 00:24:29,261 Boleh saya bawa Kevin ke suatu tempat sekejap? 431 00:24:30,470 --> 00:24:33,432 Boleh, tapi pastikan sekejap saja. 432 00:24:33,515 --> 00:24:36,685 Mansa kata awak boleh ambil, tapi pulang semula. Kami rindu dia. 433 00:24:36,768 --> 00:24:38,312 Beritahu dia, "Terima kasih." 434 00:24:38,395 --> 00:24:39,730 Saya tak bekerja untuk awak. 435 00:24:43,358 --> 00:24:44,985 Kevin, banyak benda saya nak beritahu. 436 00:24:45,485 --> 00:24:47,738 - Itu pun awak. - Maafkan saya. 437 00:24:47,821 --> 00:24:48,906 Kenapa? 438 00:24:48,989 --> 00:24:50,782 Penelope ada masalah dan saya tak tahu apa nak buat. 439 00:24:50,866 --> 00:24:52,117 Dia sudah hilang matlamat. 440 00:24:52,201 --> 00:24:53,452 Kita perlukan matlamat. 441 00:24:53,535 --> 00:24:55,037 Dia membosankan macam awak bercerita tentang sejarah. 442 00:24:55,120 --> 00:24:56,079 Maaf, saya kurang ajar. 443 00:24:56,163 --> 00:24:57,289 - Saya minta maaf. - Sangat kurang ajar. 444 00:24:57,372 --> 00:24:59,833 Saya sangka dia akan gembira dah dapat emas. 445 00:24:59,917 --> 00:25:01,376 Ya, tapi dia tak curi. 446 00:25:11,303 --> 00:25:12,638 Apa awak mahu? 447 00:25:12,721 --> 00:25:15,641 Mahu ejek kegagalan saya? 448 00:25:15,724 --> 00:25:18,060 Tidak, saya mahu tahu keadaan awak. 449 00:25:18,143 --> 00:25:19,561 Mereka kata awak sedih. 450 00:25:19,645 --> 00:25:20,896 Mereka betul. 451 00:25:20,979 --> 00:25:25,150 Kami tak dapat hantar awak balik. Kami kehilangan peta dan empat orang. 452 00:25:27,486 --> 00:25:29,154 Tiga orang. 453 00:25:29,238 --> 00:25:32,366 Berhenti beri saya emas! 454 00:25:35,577 --> 00:25:37,579 - Teruknya. - Sangat teruk. 455 00:25:37,663 --> 00:25:38,872 Apa patut kita buat? 456 00:25:38,956 --> 00:25:41,625 Biar saya fikir. Sekarang, saya perlu jumpa sultan. 457 00:25:44,503 --> 00:25:45,879 Kini tinggal kita berdua saja. 458 00:25:45,963 --> 00:25:47,923 Ya. Kita yang paling bodoh. 459 00:25:48,006 --> 00:25:49,967 Ya, betul kata awak. 460 00:26:10,112 --> 00:26:10,988 Selamat datang. 461 00:26:11,697 --> 00:26:14,116 Sekarang, mengikut tradisi, 462 00:26:14,199 --> 00:26:18,662 Mansa Musa akan melutut di depan sultan sebagai tanda hormat. 463 00:26:20,122 --> 00:26:21,039 Beta takkan melutut. 464 00:26:21,123 --> 00:26:22,791 Baginda tak boleh melutut. 465 00:26:23,458 --> 00:26:25,544 Lutut dia sakit? 466 00:26:26,378 --> 00:26:30,174 Beta Mansa Musa, dan lutut beta kuat. 467 00:26:30,716 --> 00:26:33,677 Beta takkan melutut. Dia yang patut melutut. 468 00:26:34,178 --> 00:26:35,179 Silakan. 469 00:26:36,430 --> 00:26:38,849 Beta tak melutut. Dia patut melutut. Beta ketua. 470 00:26:38,932 --> 00:26:40,434 - Betul. - Ini istana beta. 471 00:26:40,517 --> 00:26:42,603 - Patik akan menurut perintah. Ya. - Beritahu dia. 472 00:26:47,024 --> 00:26:49,568 Mansa sudah bersedia untuk melutut di depan sultan? 473 00:26:49,651 --> 00:26:52,321 Kemudian, sultan akan melutut di depan mansa. 474 00:26:52,404 --> 00:26:55,449 Awak mahu mansa melutut di depan sultan sebelum sultan melutut? 475 00:26:55,532 --> 00:26:57,159 Mansa akan melutut di depan sultan. 476 00:26:57,659 --> 00:27:00,370 Sultan akan melutut di depan mansa selepas mansa melutut. 477 00:27:00,454 --> 00:27:02,122 Mansa akan melutut di depan sultan, 478 00:27:02,206 --> 00:27:04,291 tapi takkan lakukannya sebelum sultan melutut dulu. 479 00:27:04,374 --> 00:27:06,752 Tidak. Dengar kata-kata saya dengan teliti. 480 00:27:06,835 --> 00:27:09,379 - Tidak, awak yang perlu dengar… - Ini istana beta. 481 00:27:10,380 --> 00:27:12,216 Semua ini batu delima beta. 482 00:27:13,884 --> 00:27:15,636 Semua ini pahlawan beta. 483 00:27:19,014 --> 00:27:19,848 Jadi? 484 00:27:19,932 --> 00:27:23,393 Ya, beta nampak. Batu delima itu cantik. 485 00:27:23,477 --> 00:27:27,731 Ada banyak batu delima di sana dan askar nampak garang dan kuat. 486 00:27:28,732 --> 00:27:33,070 Namun begitu, beta takkan melutut dulu sebab beta mansa, 487 00:27:33,654 --> 00:27:37,658 yang bermaksud raja, lebih tinggi daripada sultan. 488 00:27:37,741 --> 00:27:39,284 Kami takkan akur. 489 00:27:39,368 --> 00:27:43,038 Mansa kurang pengaruh apabila jauh dari kerajaan mereka. 490 00:27:43,121 --> 00:27:44,581 Bukan begitu caranya. 491 00:27:44,665 --> 00:27:46,291 Begitulah caranya. 492 00:27:47,292 --> 00:27:48,627 Biar saya periksa peraturan. 493 00:27:51,088 --> 00:27:53,048 - Bukan begitu caranya. - Tiada apa-apa pada tangan awak. 494 00:27:53,131 --> 00:27:55,467 Saya tahu, sebab semua orang tahu peraturannya. 495 00:27:55,551 --> 00:27:58,512 Beta yang cipta peraturan di sini, dan jika kamu tak beralah, 496 00:27:59,596 --> 00:28:02,850 akan berlaku keganasan. 497 00:28:26,248 --> 00:28:28,125 Baginda takkan lakukannya! 498 00:28:28,208 --> 00:28:31,128 Awak ugutlah semahunya, tapi baginda takkan akur! 499 00:28:31,211 --> 00:28:33,380 - Beta akan melutut. - Baginda akan lakukannya! 500 00:28:36,049 --> 00:28:38,218 Demi Tuhan yang Berkuasa, 501 00:28:39,011 --> 00:28:41,346 serentak bersama-sama awak. 502 00:28:41,430 --> 00:28:43,515 Bolehkah dia buat begitu? Dia boleh buat begitu? 503 00:28:44,099 --> 00:28:45,851 Dia jerat tuanku menggunakan alasan teknik. 504 00:28:46,894 --> 00:28:47,853 Ampunkan patik. 505 00:28:51,690 --> 00:28:52,691 Okey. 506 00:28:53,859 --> 00:28:56,111 Kita melutut serentak, 507 00:28:56,945 --> 00:28:59,281 demi Tuhan yang Berkuasa. 508 00:28:59,364 --> 00:29:01,200 - Bagus. - Pada masa sama. 509 00:29:01,283 --> 00:29:03,452 Itulah yang beta cakap. Serentak maksudnya pada masa sama. 510 00:29:03,535 --> 00:29:04,870 - Tiada helah. - Tiada helah. 511 00:29:04,953 --> 00:29:06,705 Beta kesuntukan masa. Dalam kiraan tiga. 512 00:29:06,788 --> 00:29:07,664 Satu… 513 00:29:07,748 --> 00:29:08,790 Dua… 514 00:29:08,874 --> 00:29:10,083 Tiga. 515 00:29:15,005 --> 00:29:15,881 Beta tunduk lebih rendah. 516 00:29:15,964 --> 00:29:18,008 - Beta pun boleh. - Tak payah. Biar beta tunduk. 517 00:29:18,091 --> 00:29:19,635 Tidak, beta pun akan tunduk lebih rendah. 518 00:29:19,718 --> 00:29:20,844 Awak tak boleh melebihi beta. 519 00:29:20,928 --> 00:29:22,387 Awak tak boleh lebih rendah daripada lantai. 520 00:29:30,229 --> 00:29:34,149 Sultan tunduk serendah mungkin demi Tuhan yang Berkuasa. 521 00:29:35,484 --> 00:29:37,569 Ya. Emas untuk semua. 522 00:29:37,653 --> 00:29:39,738 Serta batu delima untuk sesetengah daripada kamu. 523 00:29:41,073 --> 00:29:43,492 Hebatnya. Bagaimana awak terfikir begitu? 524 00:29:44,243 --> 00:29:46,745 Persamaan sentiasa ada, Kevin. 525 00:29:46,828 --> 00:29:49,331 Kita perlu berfikiran waras dan cari persamaan itu. 526 00:29:50,374 --> 00:29:52,334 Tak berbaloi tumpahkan darah. 527 00:29:53,836 --> 00:29:57,714 Alangkah bagus awak ayah saya dan 96 isteri awak ialah ibu saya. 528 00:30:00,092 --> 00:30:03,720 Kata-kata itu menggembirakan beta lebih daripada emas. 529 00:30:16,400 --> 00:30:20,612 Mansa Musa, kawan saya, Penelope, sudah hilang matlamat. 530 00:30:20,696 --> 00:30:21,738 Sedihnya. 531 00:30:22,364 --> 00:30:24,616 Dia fikir, matlamatnya ialah menjadi pencuri. 532 00:30:25,117 --> 00:30:26,201 Kalau begitu, bagus. 533 00:30:26,285 --> 00:30:27,661 Dia sedih dan keliru, 534 00:30:27,744 --> 00:30:30,706 dan teringin melakukan rompakan sebenar. 535 00:30:30,789 --> 00:30:33,792 Awak boleh berlakon dia curi sesuatu daripada awak? 536 00:30:33,876 --> 00:30:36,712 Biar dia fikir dia ada matlamat. 537 00:30:36,795 --> 00:30:38,088 Sama macam awak buat pada saya. 538 00:30:40,424 --> 00:30:42,342 Mereka di sana. Di sana. 539 00:30:42,426 --> 00:30:44,595 Tongkat Mansa Musa sangat cantik. 540 00:30:44,678 --> 00:30:47,639 Ya, betul. Itu harta miliknya yang paling berharga. 541 00:30:47,723 --> 00:30:49,808 Baginda tak mahu ia dicuri. 542 00:30:49,892 --> 00:30:51,185 Ia takkan dapat dicuri. 543 00:30:51,268 --> 00:30:53,562 Pencuri terhebat di alam semesta saja boleh curi. 544 00:30:54,771 --> 00:30:55,772 "Menarik." 545 00:30:55,856 --> 00:31:00,360 Garisan latitud dan garisan longitud terpanjang. 546 00:31:00,444 --> 00:31:02,404 Sebenarnya, ia… 547 00:31:02,487 --> 00:31:05,282 Penelope! Saya kembali. 548 00:31:05,365 --> 00:31:06,992 Itu pun awak, bodoh. 549 00:31:07,075 --> 00:31:09,786 Kami sangka akan terperangkap di zaman ini. 550 00:31:09,870 --> 00:31:15,792 Saya baru sedar beberapa bintang berhubung melalui simetri. 551 00:31:15,876 --> 00:31:17,836 Jarak antara planet dan… 552 00:31:17,920 --> 00:31:21,173 Okey, Widgit, saya gembira awak kembali tapi kami sedang sibuk. 553 00:31:21,256 --> 00:31:22,090 Maaf. 554 00:31:22,174 --> 00:31:26,136 Widgit, saya cuma nak cakap, awak amat bermakna buat saya, 555 00:31:26,220 --> 00:31:29,598 dan saya rasa, awak kawan baik saya. 556 00:31:30,182 --> 00:31:31,558 Saya sangka awak mati. 557 00:31:31,642 --> 00:31:34,144 - Baiknya awak, tapi saya… - Kami sibuk. 558 00:31:36,021 --> 00:31:39,900 Kawan-kawan awak akan terperdaya dengan helah yang amat jelas ini 559 00:31:39,983 --> 00:31:42,194 - dan curi tongkat beta? - Ya. 560 00:31:42,277 --> 00:31:44,988 Kemudian, mereka akan fikir mereka perompak terunggul? 561 00:31:45,072 --> 00:31:47,282 - Ya. - Kemudian, kami tangkap dan pancung. 562 00:31:47,366 --> 00:31:49,451 - Tidak. - Kami pancung pencuri. 563 00:31:49,535 --> 00:31:51,662 Itu cara paling berkesan. Mereka takkan ulang kesilapan. 564 00:31:51,745 --> 00:31:54,623 Bolehkah jika mereka tidak dipancung? 565 00:31:55,541 --> 00:31:57,042 Apa-apa saja demi awak, Kevin. 566 00:32:00,796 --> 00:32:02,089 Bidak kalahkan kuda. 567 00:32:02,172 --> 00:32:03,507 Hebat, Kevin. 568 00:32:03,590 --> 00:32:05,217 Ayah saya yang ajar. 569 00:32:05,300 --> 00:32:08,220 Sebenarnya, komputer yang ajar, tapi ayah muat turun aplikasi. 570 00:32:10,389 --> 00:32:12,015 Okey. Kamu semua. 571 00:32:12,099 --> 00:32:13,767 Pergi. Mainkan peranan kamu. 572 00:32:17,521 --> 00:32:20,732 Permainan ini amat menarik, 573 00:32:20,816 --> 00:32:25,988 beta takkan perasan jika orang curi tongkat berharga beta. 574 00:32:27,906 --> 00:32:29,992 Baiklah. Beta gerak ke sini. 575 00:32:33,078 --> 00:32:33,912 Baiklah. 576 00:32:36,206 --> 00:32:38,250 Beta akan gerak begini. 577 00:32:38,959 --> 00:32:41,628 Mansa Agung, kami pergi dulu. 578 00:32:41,712 --> 00:32:42,713 Ya. 579 00:32:44,923 --> 00:32:46,633 Kevin, awak mahu ikut? 580 00:32:52,472 --> 00:32:55,058 Kevin, kami sedih melihat awak pergi. 581 00:32:56,185 --> 00:33:01,231 Jika awak mahu, awak boleh bersama kami dan kongsikan lebih banyak cerita. 582 00:33:01,815 --> 00:33:05,569 Betulkah? Susahnya nak pilih. 583 00:33:05,652 --> 00:33:10,407 Kevin, bagaimana dengan hal awak? Menyelamatkan… 584 00:33:11,491 --> 00:33:14,995 Kevin, awak sudah ada rancangan lain? 585 00:33:15,078 --> 00:33:18,916 Saya sedang berusaha menyelamatkan ibu bapa saya. 586 00:33:18,999 --> 00:33:20,417 Ibu bapa awak? 587 00:33:22,794 --> 00:33:25,631 Beta sangka awak anak yatim dari England yang miskin. 588 00:33:25,714 --> 00:33:27,132 Lebih kurang begitu. 589 00:33:27,216 --> 00:33:29,218 Ibu bapa awak dalam masalah? 590 00:33:30,302 --> 00:33:33,388 Ya, tapi saya tak tahu jika dapat selamatkan mereka. 591 00:33:33,472 --> 00:33:35,057 Kamu pula menghargai saya. 592 00:33:35,140 --> 00:33:39,394 Ya, tapi awak menghargai mereka sehingga mahu bantu mereka. 593 00:33:39,478 --> 00:33:41,313 Kevin, awak perlu pergi. 594 00:33:41,897 --> 00:33:44,525 Kamu buat saya rasa diterima. 595 00:33:44,608 --> 00:33:47,152 Mungkin matlamat saya ialah jadi penglipur lara untuk kamu. 596 00:33:47,236 --> 00:33:50,656 Tidak. Kevin, tugas awak ialah penglipur lara. 597 00:33:50,739 --> 00:33:53,492 Tapi matlamat awak ialah selamatkan ibu bapa awak. 598 00:33:58,038 --> 00:34:00,791 Beta akan merindui kisah sejarah awak. 599 00:34:02,668 --> 00:34:03,877 Kevin. 600 00:34:03,961 --> 00:34:05,462 Mansa kata… 601 00:34:08,507 --> 00:34:10,801 Kita perlu pergi tapi awak tak curi pun. 602 00:34:11,592 --> 00:34:13,637 Kevin. Ambil. 603 00:34:13,719 --> 00:34:15,472 Terima kasih. 604 00:34:15,556 --> 00:34:18,809 Ia sangat cantik. 605 00:34:18,891 --> 00:34:19,851 - Terima kasih. - Boleh saya… 606 00:34:19,935 --> 00:34:21,978 Jangan sentuh buah catur beta. Ia bukan untuk awak. 607 00:34:24,313 --> 00:34:25,815 Cepatlah! 608 00:34:25,899 --> 00:34:27,025 Okey. Kita perlu pergi. 609 00:34:27,775 --> 00:34:30,904 - Jangan sentuh. Awak terlepas peluang. - Saya takkan sentuh. 610 00:34:30,987 --> 00:34:32,281 Kevin, kita perlu pergi. 611 00:34:36,743 --> 00:34:38,120 Ayuh, Kevin. 612 00:34:43,792 --> 00:34:47,963 - Jadi, kenapa awak tak curi tongkat itu? - Sebab saya gembira. 613 00:34:48,045 --> 00:34:51,341 Sebab awak tahu awak boleh curi jika awak mahu? 614 00:34:51,425 --> 00:34:54,136 Bukan, sebab saya tahu awak dah aturkan untuk saya. 615 00:34:54,219 --> 00:34:56,513 Apa? Saya? Mana ada. 616 00:34:57,806 --> 00:35:01,393 Saya gembira sebab ada seorang kawan 617 00:35:01,476 --> 00:35:04,938 yang sanggup buat begitu supaya saya rasa berharga. 618 00:35:06,273 --> 00:35:10,402 Saya gembira awak ikut kami walaupun awak mahu tinggal di sana. 619 00:35:12,738 --> 00:35:16,158 Saya gembira sebab kami curi batu delima sultan 620 00:35:16,241 --> 00:35:18,869 semasa dia memikirkan siapa patut melutut. 621 00:35:18,952 --> 00:35:20,162 Apa? 622 00:35:20,245 --> 00:35:21,455 - Beta tunduk lebih rendah. - Beta pun boleh. 623 00:35:21,538 --> 00:35:23,999 - Tak payah. Biar beta tunduk. - Tidak, beta pun akan tunduk. 624 00:35:24,082 --> 00:35:27,169 Sultan tunduk serendah mungkin demi… 625 00:35:33,050 --> 00:35:34,593 Awak tak patut buat begitu. 626 00:35:34,676 --> 00:35:36,345 Awak mahu saya rasa gembira, kini saya gembira. 627 00:35:36,428 --> 00:35:38,680 Saya ada batu delima. Betul, Bittelig? 628 00:35:38,764 --> 00:35:41,141 - Tidak. Judy sudah tiada. - Bukan. Batu delima. 629 00:35:41,934 --> 00:35:44,811 Saya bercakap tentang batu delima yang kita curi daripada sultan 630 00:35:44,895 --> 00:35:47,105 yang awak simpan dalam beg yang luas. 631 00:35:47,189 --> 00:35:49,399 Kenapa awak cakap dalam beg yang luas? 632 00:35:50,234 --> 00:35:52,736 Okey, ada dalam beg atau tidak? 633 00:35:52,819 --> 00:35:57,241 Saya maksudkan beg yang bahagian bawahnya sudah koyak. 634 00:35:57,324 --> 00:35:58,367 Apa? 635 00:35:58,450 --> 00:36:04,414 Saya selalu pelik kenapa awak suruh saya simpan semuanya di dalam beg itu. 636 00:36:04,498 --> 00:36:06,583 - Kita perlu patah balik. - Tak boleh. 637 00:36:06,667 --> 00:36:07,543 Kita tiada masa. 638 00:36:07,626 --> 00:36:10,128 - Berapa banyak masa kita ada? - Tiada masa. 639 00:36:10,963 --> 00:36:13,131 Ada sesuatu yang pelik tentang portal ini. 640 00:36:13,924 --> 00:36:14,925 Apa yang pelik? 641 00:36:15,551 --> 00:36:16,802 Saya tahu destinasinya. 642 00:36:18,387 --> 00:36:19,513 Kita akan ke sana. 643 00:36:20,722 --> 00:36:21,682 Ia berpusar. 644 00:36:21,765 --> 00:36:24,101 - Okey. - Oh, Tuhan. 645 00:36:24,184 --> 00:36:25,853 Dengar sini, semua. 646 00:36:25,936 --> 00:36:30,399 "Perjalanan hajinya ke Mekah terdiri daripada 60,005 orang." 647 00:36:30,482 --> 00:36:32,860 - Awak dah cakap, Kevin. - Bosan! 648 00:36:34,820 --> 00:36:37,406 Okey. Semoga Judy dapat cari kita. 649 00:36:38,323 --> 00:36:42,828 Tidak. Bilangan orangnya lain. Kita ubah sesuatu. 650 00:36:43,745 --> 00:36:45,706 Bertambah lima orang. Kita. 651 00:36:46,248 --> 00:36:49,126 Kita boleh ubah perkara yang telah berlaku. 652 00:36:49,209 --> 00:36:50,169 Apa? 653 00:37:14,484 --> 00:37:16,612 "Tuhan, bolehkah aku berjalan lagi?" 654 00:37:16,695 --> 00:37:18,530 Tidak, saya tak dapat tolong. Bagaimana saya nak buat? 655 00:37:18,614 --> 00:37:19,448 Entah. 656 00:37:19,531 --> 00:37:21,867 Doa mereka amat mustahil, bukan? 657 00:37:22,451 --> 00:37:24,995 "Tuhan, sepanjang tahun ini aku jadi budak baik. 658 00:37:25,078 --> 00:37:26,747 Boleh beri aku basikal?" Salah orang. 659 00:37:26,830 --> 00:37:28,957 - Hantar kepada Santa Claus. - Baik. 660 00:37:30,167 --> 00:37:34,505 Gigi set ketiga. Set ketiga? Dua set tak cukupkah? 661 00:37:34,588 --> 00:37:35,797 - Ya. - Set ketiga. 662 00:37:35,881 --> 00:37:37,466 Apa mereka mahu? Gigi zaman remaja? 663 00:37:38,342 --> 00:37:40,552 Gigi zaman remaja. 664 00:37:42,471 --> 00:37:43,472 - Ya. - Tepat sekali. 665 00:37:43,555 --> 00:37:44,556 Gigi zaman remaja. 666 00:37:44,640 --> 00:37:47,434 Gigi zaman remaja. Tidak. 667 00:37:47,518 --> 00:37:48,769 Nak tahu, Jasper? 668 00:37:49,603 --> 00:37:53,023 Jika saya berpeluang berdoa, saya berdoa kepada diri sendiri dan kata, 669 00:37:53,106 --> 00:37:55,734 "Diri sendiri, boleh saya dapatkan semula peta saya? Amen." 670 00:37:56,985 --> 00:37:58,111 Cubalah. 671 00:37:58,695 --> 00:37:59,696 Okey. 672 00:38:00,864 --> 00:38:02,991 Diri sendiri, boleh saya dapatkan semula peta saya? 673 00:38:03,075 --> 00:38:03,951 Amen. 674 00:38:07,287 --> 00:38:08,121 Tunggu. 675 00:38:08,705 --> 00:38:11,083 Tunggu. 676 00:38:15,462 --> 00:38:16,588 Saya tak dengar balasan. 677 00:38:16,672 --> 00:38:18,215 Berbaloi mencuba. 678 00:38:18,298 --> 00:38:20,676 Tak apa. Setidaknya kita tahu peta itu menuju ke mana… 679 00:38:22,261 --> 00:38:24,054 sebab dapat tangkap seorang daripada mereka. 680 00:38:50,247 --> 00:38:51,164 BERDASARKAN SEBAHAGIAN WATAK YANG DICIPTA OLEH 681 00:38:51,248 --> 00:38:52,165 TERRY GILLIAM DAN MICHAEL PALIN 682 00:38:58,255 --> 00:38:59,673 BERDASARKAN FILEM 'TIME BANDITS' 683 00:40:03,237 --> 00:40:05,239 Terjemahan sari kata oleh Hamizah