1 00:00:01,084 --> 00:00:02,085 PEMBUNUH MASUK NERAKA 2 00:00:02,169 --> 00:00:05,464 Teorinya ialah Ben Rifkin membuli awak. 3 00:00:05,547 --> 00:00:06,632 Awak ada pisau... 4 00:00:06,715 --> 00:00:08,217 Tunggu, dia membuli awak? 5 00:00:08,300 --> 00:00:09,426 SEBELUM INI DALAM DEFENDING JACOB 6 00:00:09,510 --> 00:00:12,638 Dr. Vogel dianggap sebagai pakar dalam kelakuan yang diwarisi genetik. 7 00:00:12,721 --> 00:00:14,723 Awak ada rasa ragu-ragu yang Jacob tak bersalah? 8 00:00:14,806 --> 00:00:17,684 Saya mahu siasat Leonard Patz dengan lebih lanjut. Saya mahu lihat fail kesnya. 9 00:00:17,768 --> 00:00:20,187 Jadi dia sedar dia dah menjadi semakin terkenal. 10 00:00:20,771 --> 00:00:22,189 Hei. Awak bermain dengan siapa? 11 00:00:22,272 --> 00:00:23,190 Orang tak dikenali. 12 00:00:23,273 --> 00:00:24,608 Sebab itu awak tak boleh berada di media sosial. 13 00:00:24,691 --> 00:00:26,652 - Benda ini disimpan di suatu tempat. - Saya tahu. 14 00:00:26,735 --> 00:00:28,403 - Awak takkan mainnya? - Ya. 15 00:00:28,487 --> 00:00:31,949 Kita semua perlu jujur antara satu sama lain. Tiada lagi rahsia. 16 00:00:32,031 --> 00:00:34,284 Datuk awak... dia ada di dalam penjara. 17 00:00:34,368 --> 00:00:35,244 Apa yang dia buat? 18 00:00:36,703 --> 00:00:37,704 Dia membunuh seorang gadis. 19 00:01:38,683 --> 00:01:40,977 BERDASARKAN NOVEL KARYA WILLIAM LANDAY 20 00:02:05,543 --> 00:02:07,712 PASAR CROSBY 21 00:03:15,321 --> 00:03:18,240 - Saya cuma mahukannya. Itu saja. - Tapi kenapa awak mahukannya? 22 00:03:19,241 --> 00:03:20,743 Saya cuma mahukannya. Ia pisau yang hebat. 23 00:03:21,577 --> 00:03:24,413 Pendakwa raya akan kata yang awak membelinya kerana dibuli oleh Ben. 24 00:03:24,497 --> 00:03:26,082 Mereka akan jadikan itu motif awak. 25 00:03:26,499 --> 00:03:27,500 Tapi itu bukan sebabnya. 26 00:03:27,583 --> 00:03:29,835 Kawan awak, Derek, tak fikir begitu. 27 00:03:29,919 --> 00:03:33,881 Awak rasa kenapa Derek kaitkan pisau awak dengan pembunuhan Ben? 28 00:03:36,175 --> 00:03:37,426 Entahlah. 29 00:03:38,219 --> 00:03:40,513 Mungkin dia pembunuhnya dan mahu menyalahkan saya. 30 00:03:40,596 --> 00:03:42,056 - Nanti dulu. - Apa? 31 00:03:42,139 --> 00:03:43,766 - Saya cakap saja. - Ini bukan permainan, Jacob. 32 00:03:43,849 --> 00:03:46,644 Kalau awak rasa Derek terlibat dalam semua ini, 33 00:03:46,727 --> 00:03:47,728 kami perlu tahu sebabnya. 34 00:03:47,812 --> 00:03:49,814 Awak rasa Derek terlibat dengan semua ini? 35 00:03:51,440 --> 00:03:52,441 Tidak. 36 00:03:53,484 --> 00:03:56,028 Awak nak tahu kenapa dia salahkan saya. Saya tak tahu sebabnya, 37 00:03:57,113 --> 00:04:00,032 Awak pernah beritahu dia yang awak mahu mencederakan Ben? 38 00:04:01,534 --> 00:04:03,452 - Rasanya tak pernah. - Itu tak bermakna tidak. 39 00:04:05,413 --> 00:04:09,333 Mungkin, tapi saya bukannya serius pun. 40 00:04:10,001 --> 00:04:12,503 Derek pun tak sukakan dia. Ramai budak tak sukakan dia. 41 00:04:12,586 --> 00:04:14,213 Mana pisau itu sekarang? 42 00:04:18,467 --> 00:04:19,593 Andy, ia bersama awak? 43 00:04:21,053 --> 00:04:23,222 Ia senjata berbahaya. Saya dah buang pisau itu. 44 00:04:24,890 --> 00:04:26,726 Saya buat apa yang ibu bapa lain akan buat. 45 00:04:27,601 --> 00:04:28,936 Jadi, pisau itu dah tiada? 46 00:04:29,020 --> 00:04:30,980 Saya buang sebelum Jacob dianggap sebagai suspek. 47 00:04:31,063 --> 00:04:32,773 Andy, saya tak tuduh awak langsung. 48 00:04:32,857 --> 00:04:34,233 Saya cuba tentukan apa yang berlaku. 49 00:04:34,317 --> 00:04:36,986 Baik. Ya. Maaf, ia dah tiada. 50 00:04:40,614 --> 00:04:43,617 Awak bawa pisau itu ke sekolah pada hari pembunuhan Ben? 51 00:04:44,535 --> 00:04:45,536 Tidak. 52 00:04:45,619 --> 00:04:47,580 Awak membawanya ke taman pada pagi itu? 53 00:04:48,414 --> 00:04:52,001 Semasa awak pergi ke sekolah, awak ikut laluan biasa? 54 00:04:52,418 --> 00:04:54,337 TAMAN COLD SPRING 55 00:04:54,420 --> 00:04:55,796 Ya. 56 00:04:55,880 --> 00:04:57,673 Jadi, lokasi pembunuhan Ben 57 00:04:57,757 --> 00:05:00,967 secara kebetulannya berada pada laluan yang awak biasa ambil? 58 00:05:02,345 --> 00:05:04,347 Rasanya. 59 00:05:04,430 --> 00:05:06,182 Saya tak pernah pula fikir begitu. 60 00:05:06,265 --> 00:05:10,478 Sebelum awak menemui mayat Ben, awak ada dengar atau lihat sesuatu yang luar biasa? 61 00:05:11,687 --> 00:05:12,730 Awak pasti? 62 00:05:13,981 --> 00:05:16,567 Saya sedang berjalan, dan tiba-tiba... 63 00:05:18,027 --> 00:05:19,028 saya nampak dia di situ, 64 00:05:19,528 --> 00:05:22,740 terbaring di dasar cerun itu, 65 00:05:23,157 --> 00:05:24,325 dan diliputi daun. 66 00:05:24,408 --> 00:05:25,618 Daun kering atau basah? 67 00:05:26,661 --> 00:05:27,662 Basah. 68 00:05:28,079 --> 00:05:31,999 Jadi, awak nampak dia terbaring di atas tanah. Apa yang awak buat? 69 00:05:32,750 --> 00:05:35,169 - Saya panggil namanya, seperti... - Ben? 70 00:05:35,544 --> 00:05:37,838 "Ben? Awak tak apa-apa?" 71 00:05:37,922 --> 00:05:39,674 Awak cam dia serta-merta? 72 00:05:40,716 --> 00:05:41,717 Ya. 73 00:05:41,801 --> 00:05:44,887 Dalam laporan polis, awak kata dia bertelangkup, 74 00:05:44,971 --> 00:05:46,639 kepalanya berada di bahagian bawah cerun itu. 75 00:05:46,722 --> 00:05:48,557 Melainkan saya salah faham, dari sudut itu, 76 00:05:48,641 --> 00:05:50,810 awak hanya boleh nampak tapak kasut sukannya? 77 00:05:51,811 --> 00:05:54,397 Tidak. Saya nampak lebih daripada itu. 78 00:05:55,815 --> 00:05:57,650 Kemudian, apa awak buat? 79 00:05:57,733 --> 00:05:59,902 Dia tak bergerak, jadi saya turun bukit itu 80 00:05:59,986 --> 00:06:01,904 untuk tengok sama ada dia cedera atau tidak. 81 00:06:02,571 --> 00:06:03,906 Awak ada minta tolong? 82 00:06:05,199 --> 00:06:06,200 Tidak. 83 00:06:06,283 --> 00:06:08,369 Awak tak terfikir untuk telefon 911? 84 00:06:10,037 --> 00:06:12,039 Saya ada terfikir, tapi saya tak... 85 00:06:12,790 --> 00:06:14,667 Pada mulanya, saya tak tahu apa saya patut buat. 86 00:06:14,750 --> 00:06:18,629 Saya fikir ia satu kemalangan. 87 00:06:18,713 --> 00:06:20,339 Mungkin dia terjatuh. 88 00:06:20,423 --> 00:06:22,091 Secara khususnya, terjatuh atas apa? 89 00:06:22,174 --> 00:06:23,592 Entahlah. Saya cakap saja... 90 00:06:23,676 --> 00:06:25,845 Jika ia kemalangan, awak tak perlu hubungi 911? 91 00:06:25,928 --> 00:06:28,306 Tidak. Ia... 92 00:06:29,765 --> 00:06:31,017 Awak putar belit cakap saya. 93 00:06:31,100 --> 00:06:32,351 Kenapa awak tak telefon ayah? 94 00:06:32,435 --> 00:06:33,436 Andy, kalau boleh... 95 00:06:33,519 --> 00:06:35,062 Saya fikir saya akan ditimpa masalah. 96 00:06:35,146 --> 00:06:37,231 - Ditimpa masalah? - Andy, tolonglah. 97 00:06:39,984 --> 00:06:41,068 Apa jadi selepas itu, Jacob? 98 00:06:42,862 --> 00:06:46,741 Saya turun bukit itu dan berlutut di sebelahnya. 99 00:06:47,074 --> 00:06:48,409 Awak berlutut di sebelahnya. 100 00:06:49,035 --> 00:06:51,704 - Rasanya. Ya. - Di atas daun yang basah itu? 101 00:06:52,663 --> 00:06:55,374 - Rasanya saya mungkin berdiri. - Berdiri setempat? 102 00:06:55,708 --> 00:06:57,460 Terus terang, saya tak ingat. 103 00:06:58,294 --> 00:07:00,212 Derek nampak awak di sekolah tak lama kemudian. 104 00:07:00,296 --> 00:07:02,590 Katanya, baju awak bersih. 105 00:07:04,592 --> 00:07:06,135 Kalau begitu, agaknya saya berdiri. 106 00:07:07,303 --> 00:07:08,471 Kemudian, apa berlaku? 107 00:07:09,972 --> 00:07:13,184 Saya terbalikkan dia untuk lihat keadaannya. 108 00:07:13,267 --> 00:07:15,519 Bagaimana awak terbalikkan dia? Dengan kaki atau tangan? 109 00:07:15,603 --> 00:07:18,105 - Tangan. - Walaupun awak berdiri? 110 00:07:18,189 --> 00:07:22,443 Seingat saya, saya berbongkok untuk menterbalikkannya. 111 00:07:22,526 --> 00:07:25,488 Sebab itukah cap jari awak dikesan pada label baju Ben? 112 00:07:25,905 --> 00:07:27,239 Mungkin. Agaknya. 113 00:07:27,323 --> 00:07:29,784 Jadi awak terbalikkannya dengan menarik kolarnya. 114 00:07:30,284 --> 00:07:31,327 Ya, betul. Jadi... 115 00:07:32,495 --> 00:07:35,790 ketika itulah, saya nampak darah dan mula panik. 116 00:07:35,873 --> 00:07:39,543 Kerana apabila dia terlentang, barulah awak nampak yang Ben dah diserang. 117 00:07:40,836 --> 00:07:43,631 - Ya. - Ada banyak darah? 118 00:07:45,174 --> 00:07:46,175 Ya. 119 00:07:46,926 --> 00:07:50,471 Tapi awak masih tak telefon sesiapa. 120 00:07:50,554 --> 00:07:54,809 Saya rasa takut, dan saya fikir orang lain tentu akan menemuinya nanti. 121 00:07:55,935 --> 00:07:57,645 Tadi awak kata awak panik. 122 00:07:58,312 --> 00:07:59,647 Ya, benar. 123 00:07:59,730 --> 00:08:01,232 Semasa Derek nampak awak di sekolah, 124 00:08:01,315 --> 00:08:04,068 katanya awak nampak ceria pagi itu. 125 00:08:06,821 --> 00:08:08,072 Saya tak mahu dia tahu. 126 00:08:08,698 --> 00:08:12,660 Kenapa? Dia kawan baik awak, bukan? Kenapa awak rasa awak tak boleh berita... 127 00:08:12,743 --> 00:08:14,203 Entahlah. Saya cuma tak nak dia tahu, okey? 128 00:08:14,286 --> 00:08:15,454 - Hei. - Apa? 129 00:08:15,538 --> 00:08:16,789 Dia tak percayakan saya. 130 00:08:16,872 --> 00:08:20,001 Jacob, saya nak beritahu awak sesuatu. Apa yang saya percaya tak penting. 131 00:08:20,084 --> 00:08:21,919 Saya peguam awak, bukan mak atau ayah awak. 132 00:08:23,379 --> 00:08:24,922 Itulah yang berlaku. 133 00:08:25,006 --> 00:08:26,299 Tiada siapa yang menyangkalnya. 134 00:08:26,382 --> 00:08:28,884 Yalah. Awak ingat saya tak tahu daripada cara awak soal saya? 135 00:08:28,968 --> 00:08:30,094 Cara apa? 136 00:08:30,177 --> 00:08:32,596 - Seperti awak cuba perdayakan saya. - Soalan mana satu? 137 00:08:32,680 --> 00:08:34,473 - Awak faham maksud saya. - Saya tak faham. 138 00:08:34,557 --> 00:08:36,600 Bagaimana pula saya cuba perdayakan awak? 139 00:08:36,684 --> 00:08:39,520 Joanna, tolonglah. Awak dah jelaskan maksud awak. 140 00:08:44,734 --> 00:08:47,403 Jacob, maafkan saya kerana buat awak marah tapi percayalah, 141 00:08:47,486 --> 00:08:51,365 soalan kami ini tak seteruk apa yang En. Logiudice akan tanya awak 142 00:08:51,449 --> 00:08:52,700 semasa perbicaraan itu nanti. 143 00:08:53,367 --> 00:08:55,369 Ada banyak benda tak kena dengan cerita awak. 144 00:08:56,037 --> 00:08:58,414 Saya tak tahu kenapa, awak pun mungkin tak tahu juga. 145 00:08:58,497 --> 00:09:01,584 Ingatan kita selalu tak sebaik yang kita sangka, 146 00:09:01,667 --> 00:09:04,629 terutamanya apabila kita dalam keadaan tertekan. 147 00:09:05,755 --> 00:09:09,675 Tapi jika saya juri awak, saya tentu akan ada banyak soalan. 148 00:09:11,469 --> 00:09:12,887 Itu kebenarannya. 149 00:09:14,055 --> 00:09:16,223 Bukan butirannya, kerana awak dah mengelirukan saya. 150 00:09:16,973 --> 00:09:18,851 Okey. 151 00:09:18,934 --> 00:09:22,938 Ia tak okey. Dia baru saja kata yang juri takkan percaya cakap saya, jadi... 152 00:09:23,021 --> 00:09:24,899 Sebab itu kami takkan letak awak di kandang saksi. 153 00:09:24,982 --> 00:09:26,484 Itu keputusan yang bijak. 154 00:09:27,985 --> 00:09:29,236 Bagaimana saya nak jelaskan cerita saya? 155 00:09:29,779 --> 00:09:31,405 Itu tugas saya, bukan tugas awak. 156 00:09:31,489 --> 00:09:34,033 - Jadi, bagaimana dia nak bela diri? - Dia tak perlu bela diri. 157 00:09:34,700 --> 00:09:35,743 Apa? 158 00:09:35,826 --> 00:09:37,411 Pendakwa yang perlu membuktikannya. 159 00:09:37,495 --> 00:09:42,792 Betul. Kita cuma akan serang dakwaan mereka habis-habisan. 160 00:09:42,875 --> 00:09:44,126 Itulah cara kita bela diri. 161 00:09:46,796 --> 00:09:50,299 Baiklah, kita jumpa lagi minggu depan, anak muda. 162 00:09:52,259 --> 00:09:55,388 Pergi tunggu di dalam kereta. Ayah nak berbual dengan Joanna sebentar. 163 00:10:02,353 --> 00:10:03,354 Ia satu kesilapan. 164 00:10:03,437 --> 00:10:05,898 Tak mungkin awak fikir dia tak patut berada di kandang saksi. 165 00:10:05,982 --> 00:10:07,942 Tidak, tapi kita tak boleh cuma alihkan tumpuan. 166 00:10:08,025 --> 00:10:10,903 Juri mahukan cerita dan kita perlu beri cerita lebih bagus kepada mereka. 167 00:10:10,987 --> 00:10:14,657 Saya setuju, tapi sekarang, semua bukti mengatakan dia bersalah. 168 00:10:15,366 --> 00:10:18,119 Maaf, tapi saya bercakap secara profesional dengan awak. 169 00:10:18,202 --> 00:10:19,620 Pisau yang ditemui di taman itu... 170 00:10:19,704 --> 00:10:22,331 Awak dah tengok laporan forensiknya. Ia tak sepadan. 171 00:10:23,124 --> 00:10:24,625 Dia tak membunuhnya, Joanna. 172 00:10:25,418 --> 00:10:27,837 Saya tahu ceritanya teruk, tapi dia seorang budak. 173 00:10:27,920 --> 00:10:29,547 Mereka jadi keliru dan cakap benda mengarut. 174 00:10:29,630 --> 00:10:30,756 Saya tahu. 175 00:10:30,840 --> 00:10:31,841 Dia tak bersalah. 176 00:10:33,551 --> 00:10:35,136 Kita akan bantu dia mengharunginya, saya janji, 177 00:10:35,219 --> 00:10:38,180 tapi apabila awak kata tentang cerita lebih bagus... 178 00:10:38,264 --> 00:10:39,724 Ceritanya melibatkan Leonard Patz. 179 00:10:40,141 --> 00:10:42,059 Tiada bukti mengaitkan dia dengan kes ini. 180 00:10:42,143 --> 00:10:44,729 Ya, kerana tiada siapa yang siasat atau peduli. 181 00:10:45,313 --> 00:10:48,316 Saya pasti ada kaitannya dan saya takkan mengalah selagi belum menemuinya. 182 00:10:49,942 --> 00:10:52,069 Berhati-hatilah, okey? 183 00:10:52,987 --> 00:10:53,988 Okey. 184 00:10:55,031 --> 00:10:58,159 Saya terlupa nak cakap, saya terima pesanan suara daripada wartawan Globe. 185 00:10:58,242 --> 00:11:00,745 Mereka datang ke bandar kita untuk melaporkan kes ini. 186 00:11:00,828 --> 00:11:02,788 Kalau mereka hubungi awak dan Laurie, jangan... 187 00:11:02,872 --> 00:11:04,081 Ya. Sudah tentu. 188 00:11:04,165 --> 00:11:06,584 Apa-apa berita pun tak akan membantu sekarang. 189 00:11:07,627 --> 00:11:08,711 Terima kasih, Joanna. 190 00:11:18,804 --> 00:11:20,723 Pn. Hazen suruh saya datang ke pejabat. 191 00:11:36,739 --> 00:11:37,907 Saya dimaklumkan... 192 00:11:37,990 --> 00:11:40,076 Masuk, Derek. Duduklah di sebelah mak awak. 193 00:11:49,877 --> 00:11:52,630 AWAK SEPATUTNYA BUNUH DIRI DAN BUKANNYA BEN! 194 00:11:54,966 --> 00:11:56,717 AWAK JUGA PATUT DIPENJARAKAN! YANG IKHLAS, IBU SEBENAR 195 00:12:05,768 --> 00:12:06,936 PN. AGNES MARTIN 196 00:12:07,019 --> 00:12:10,147 Mak, adakah Timur Tengah dikira sebagai Afrika atau Asia? 197 00:12:12,858 --> 00:12:14,360 Ia sebahagian daripada kedua-duanya. 198 00:12:37,717 --> 00:12:39,552 Saya tak faham kenapa kita kena buat begini setiap malam. 199 00:12:40,094 --> 00:12:41,095 Makan? 200 00:12:41,178 --> 00:12:43,639 Tidak, makan malam bersama-sama. 201 00:12:44,849 --> 00:12:46,600 Kita tak pernah buat begini dulu. 202 00:12:47,226 --> 00:12:49,270 Kita dah buat sekarang. 203 00:12:51,731 --> 00:12:53,691 Kita seperti berpura-pura yang kita normal. 204 00:12:53,774 --> 00:12:55,026 Teruk sangatkah begitu? 205 00:12:55,109 --> 00:12:56,152 Ya, jika kita berpura-pura. 206 00:12:56,235 --> 00:12:58,195 Jacob, apa yang awak nak kami buat? 207 00:12:59,113 --> 00:13:00,740 Kami tak pernah melalui situasi ini. 208 00:13:00,823 --> 00:13:03,743 Apa yang ibu bapa patut buat? Beritahu mak dan mak akan buat. 209 00:13:04,076 --> 00:13:07,288 Awak nak makan burger di Lee's dan ditenung oleh semua penduduk bandar? 210 00:13:07,371 --> 00:13:09,165 Baiklah. Kita boleh pergi. 211 00:13:09,540 --> 00:13:11,375 - Sayang. - Tidak! Saya serius. 212 00:13:11,459 --> 00:13:13,002 Mungkin cara kita tak betul, 213 00:13:13,085 --> 00:13:15,296 kita seolah-olah terpenjara di dalam rumah sendiri, 214 00:13:15,379 --> 00:13:18,299 keluar senyap-senyap pada waktu lengang untuk selesaikan urusan mudah. 215 00:13:18,758 --> 00:13:23,054 Beritahulah apa mak patut buat kerana mak dah tak tahu lagi. Okey? 216 00:13:28,643 --> 00:13:31,520 Okey. Maafkan saya. 217 00:13:33,064 --> 00:13:34,482 Saya tak sepatutnya kata apa-apa. 218 00:13:37,026 --> 00:13:38,069 Tak apa. 219 00:13:41,697 --> 00:13:43,699 Kita boleh pesan piza esok. 220 00:13:57,046 --> 00:13:59,966 Ada dengar tentang budak hipster yang kepedasan semasa makan piza? 221 00:14:02,426 --> 00:14:04,679 Dia habiskannya sebelum ia dianggap hebat. 222 00:14:11,060 --> 00:14:13,229 Ada telegram daripada ibu pejabat hari ini. 223 00:14:13,771 --> 00:14:14,981 Ibu pejabat? Itu apa? 224 00:14:15,439 --> 00:14:19,193 Ia bangunan besar di mana jeneral besar berkumpul, tapi itu tak penting. 225 00:14:19,652 --> 00:14:22,279 Mereka dah tak salahkan awak lagi atas serangan itu. 226 00:14:22,363 --> 00:14:24,865 - Bukankah itu berita baik? - Tak sangka awak belum menontonnya. 227 00:14:24,949 --> 00:14:27,410 Kita patut jadikan ini aktiviti tetap, seperti malam menonton filem. 228 00:14:27,493 --> 00:14:28,494 Ayah setuju. 229 00:14:28,577 --> 00:14:30,913 Disebabkan kesilapan saya, enam lelaki terkorban. 230 00:14:30,997 --> 00:14:33,499 Tujuh. Leftenan Zipp mati pagi tadi. 231 00:14:34,834 --> 00:14:38,504 Dr. Sandler kata awak boleh keluar dalam masa seminggu. Bagus, bukan? 232 00:14:40,047 --> 00:14:42,174 Kalaulah George Zipp boleh keluar juga. 233 00:14:43,342 --> 00:14:47,346 Sabar, Ted. Tiada siapa harap awak dapat mengatasi semua ini dalam masa terdekat. 234 00:14:47,972 --> 00:14:50,808 Hei, Striker, boleh kami berehat? Saya dah penat. 235 00:14:52,268 --> 00:14:54,061 Baiklah. Rehat sebentar. 236 00:14:55,229 --> 00:14:56,230 Terima kasih. 237 00:14:57,106 --> 00:15:00,276 Saya dah jumpa apartmen yang hebat untuk kita. 238 00:15:00,651 --> 00:15:03,404 Ia ada pendiangan bata, bilik tidur kecil, 239 00:15:03,487 --> 00:15:05,323 cermin di siling dan... 240 00:15:05,990 --> 00:15:07,783 Ketua Merah, saya akan terhempas! 241 00:15:08,743 --> 00:15:09,827 Kapten Geline. 242 00:15:11,912 --> 00:15:14,040 Dia fikir dia juruterbang yang masih berperang. 243 00:15:16,208 --> 00:15:17,918 Saya dah jumpa terowong itu, Johnson! 244 00:15:28,929 --> 00:15:31,057 TOLONG CARI SEMUA LAPORAN ARKIB BERKENAAN: WILLIAM JAMES BARBER 245 00:15:31,140 --> 00:15:33,309 WILLIAM JAMES BARBER BERSALAH KERANA MEMBUNUH 246 00:15:34,268 --> 00:15:36,145 LELAKI TEMPATAN BUNUH PELAJAR KOLEJ MUDA 247 00:15:44,862 --> 00:15:49,075 Sila beri perhatian kepada semua dokumen yang bertanda Barang Kes 12. 248 00:15:50,576 --> 00:15:52,453 Pada 30 Mei tahun lepas, 249 00:15:52,536 --> 00:15:55,873 Meriden Messenger telah menerima e-mel melalui laman webnya 250 00:15:55,956 --> 00:16:00,628 untuk memohon semua laporan tentang bekas penduduknya, William James Barber 251 00:16:00,711 --> 00:16:06,300 bertarikh antara Disember 1986 dan Januari 1988. 252 00:16:06,384 --> 00:16:08,469 Salinan telah dihantar kepada Pn. Agnes Martin. 253 00:16:09,387 --> 00:16:12,598 - Awak kenal alamat ini? - Itu alamat rumah kami. 254 00:16:13,307 --> 00:16:15,226 Siapa Agnes Martin? 255 00:16:16,560 --> 00:16:19,271 Dia pelukis abstrak. Laurie ialah pelajar bidang Sejarah Seni. 256 00:16:19,355 --> 00:16:20,523 Itu nama samarannya. 257 00:16:22,817 --> 00:16:25,069 Awak tahu yang dia minta laporan itu? 258 00:16:26,195 --> 00:16:27,279 Tidak pada masa itu. 259 00:16:27,780 --> 00:16:29,365 Awak rasa kenapa dia melakukannya? 260 00:16:31,283 --> 00:16:34,954 Mungkin kerana ia tiada dalam talian. Ia bukan berita penting pada masa itu. 261 00:16:35,329 --> 00:16:37,790 Apa yang bukan berita penting? 262 00:16:42,128 --> 00:16:43,129 Pembunuhan itu. 263 00:16:44,297 --> 00:16:45,715 Boleh terangkan dengan lebih khusus? 264 00:16:47,383 --> 00:16:48,759 Pembunuhan yang ayah saya lakukan itu. 265 00:16:48,843 --> 00:16:52,805 Dan pemerkosaan. Dia juga rogol mangsa berusia 19 tahun itu, bukan? 266 00:16:57,685 --> 00:16:58,686 Ya. 267 00:17:02,148 --> 00:17:05,568 Benarkah yang isteri awak tak tahu tentang sejarah ayah awak 268 00:17:05,651 --> 00:17:07,570 - sebelum penahanan Jacob? - Benar. 269 00:17:08,279 --> 00:17:11,365 Malah, dia tak tahu tentang kewujudan lelaki itu. 270 00:17:12,700 --> 00:17:14,201 Itu tentu amat mengejutkan. 271 00:17:15,119 --> 00:17:18,080 Dia hadapinya dengan tenang. Kami ada masalah lebih besar. 272 00:17:18,497 --> 00:17:22,209 Tapi apabila mengetahui yang ayah suaminya... 273 00:17:23,628 --> 00:17:27,632 Siapa nama gelarannya? Ia ada dalam beberapa artikel ini. 274 00:17:28,799 --> 00:17:30,009 Billy Bedebah. 275 00:17:30,926 --> 00:17:33,638 Betul. Billy Bedebah Barber. 276 00:17:55,158 --> 00:17:56,327 Hei, Billy. 277 00:17:56,410 --> 00:17:57,619 Apa khabar, Andy? 278 00:17:58,829 --> 00:18:00,873 Kenapa, nak? Awak takut ayah? 279 00:18:00,955 --> 00:18:02,500 - Billy, sudahlah. - Pandang ayah. 280 00:18:02,583 --> 00:18:04,042 - Awak menakutkan dia. - Diamlah. 281 00:18:04,502 --> 00:18:06,878 Ayah kata pandang ayah. 282 00:18:08,214 --> 00:18:11,050 Awak takut ayah, ya? 283 00:18:11,634 --> 00:18:12,885 Dia pemalu. 284 00:18:12,969 --> 00:18:14,804 - Pandang ayah. - Billy, sudahlah. 285 00:18:14,887 --> 00:18:16,430 - Awak takut ayah, Andy? - Sudahlah. 286 00:18:16,514 --> 00:18:18,599 - Pandang ayah awak. - Cukup. Kita pergi sekarang. 287 00:18:18,975 --> 00:18:20,935 - Billy, hentikannya! - Pandang saya sekarang! 288 00:19:16,782 --> 00:19:17,783 Andy? 289 00:19:18,826 --> 00:19:19,827 Ya? 290 00:19:21,412 --> 00:19:25,374 Pernahkah awak rasa, walau sekelumit saja... 291 00:19:27,335 --> 00:19:28,836 yang dia bersalah? 292 00:19:34,592 --> 00:19:35,718 Sudah tentu tidak. 293 00:20:50,835 --> 00:20:53,379 - Pn. McGrath? - Siapa awak? 294 00:20:53,879 --> 00:20:56,841 Saya mewakili Jacob Barber. Saya ingin bercakap dengan anak puan, Matthew. 295 00:20:56,924 --> 00:20:58,092 Siapa Jacob? 296 00:20:59,385 --> 00:21:00,761 Pembunuh di Taman Cold Spring itu. 297 00:21:01,262 --> 00:21:04,598 Ya. Budak itu. Awak peguamnya? 298 00:21:05,266 --> 00:21:06,350 Sebenarnya, saya ayahnya. 299 00:21:07,476 --> 00:21:08,477 Biar betul. 300 00:21:09,270 --> 00:21:10,396 Matthew ada di sini? 301 00:21:11,314 --> 00:21:13,691 Ada. Apa kaitannya dengan pembunuhan itu. 302 00:21:13,774 --> 00:21:16,569 Bukan dia. Tapi Leonard Patz. 303 00:21:19,280 --> 00:21:20,281 Baiklah. 304 00:21:26,078 --> 00:21:28,497 Itu Amelia. Jangan cuba usap dia. Dia garang. 305 00:21:28,581 --> 00:21:29,665 Matt! 306 00:21:29,749 --> 00:21:32,168 Dia bersama teman wanita. Entah apa yang mereka buat. 307 00:21:32,251 --> 00:21:33,502 Budak-budak tak senonoh. 308 00:21:33,586 --> 00:21:36,172 Saya tak perlu beritahu awak. Tengoklah awak siapa. 309 00:21:36,255 --> 00:21:37,256 Matt! 310 00:21:37,632 --> 00:21:39,383 Hei, bagaimana awak dapat nama kami? 311 00:21:39,467 --> 00:21:41,927 Saya ingat nama mangsa seksual sepatutnya dirahsiakan. 312 00:21:42,011 --> 00:21:43,888 Saya pernah bekerja di pejabat pendakwa raya. 313 00:21:44,764 --> 00:21:47,183 Saya cuma nak dapatkan maklumat tentang Leonard Patz. Itu saja. 314 00:21:48,142 --> 00:21:49,977 Awak tahu apa dia buat kepada Matt, bukan? 315 00:21:51,520 --> 00:21:54,607 - Dia raba Matt di perpustakaan. - Dia raba kemaluan Matt. 316 00:21:55,066 --> 00:21:57,068 - Matt! - Apa? 317 00:21:57,568 --> 00:21:59,320 Mak panggil awak! 318 00:21:59,403 --> 00:22:01,656 Ada orang ingin bercakap dengan awak! 319 00:22:11,916 --> 00:22:14,961 - Awak Matthew McGrath? - Matt. Awak siapa? 320 00:22:15,044 --> 00:22:17,588 Nanti dulu. Saya pernah lihat awak di TV. 321 00:22:18,005 --> 00:22:20,174 Mereka fikir anaknya pembunuh pelajar di Archer itu. 322 00:22:20,257 --> 00:22:22,510 Saya cuma mahukan maklumat tentang Leonard Patz. 323 00:22:22,593 --> 00:22:24,720 Mungkin ada tempat untuk kita berbual bersendirian. 324 00:22:24,804 --> 00:22:26,180 Siapa kata saya nak bercakap dengan awak? 325 00:22:26,597 --> 00:22:28,557 - Hei, Matthew. - Diamlah, mak. 326 00:22:29,475 --> 00:22:31,644 Saya tak tahu apa-apa tentang kes itu, okey? 327 00:22:31,727 --> 00:22:33,813 Saya tak tahu apa yang awak dengar. Tapi ia salah. 328 00:22:33,896 --> 00:22:34,939 Okey. 329 00:22:37,608 --> 00:22:40,486 Jadi, awak fikir Patz yang bunuh budak di taman itu? 330 00:22:41,070 --> 00:22:43,698 Saya tak tahu. Awak rasa begitu? 331 00:22:43,781 --> 00:22:45,658 Saya dah kata saya tak mahu bercakap dengan awak. 332 00:22:47,034 --> 00:22:48,786 Saya akan berterus terang dengan awak, Matt. 333 00:22:49,787 --> 00:22:51,247 Saya tak peduli apa yang awak nak. 334 00:22:51,330 --> 00:22:54,875 Saya dah baca keterangan awak kepada polis dan saya tak percaya. 335 00:22:54,959 --> 00:22:57,878 Mereka gugurkan kes itu, bermakna mereka pun tak percaya juga. 336 00:22:57,962 --> 00:23:01,424 Awak kata Patz datang berbual dengan awak di perpustakaan selama kira-kira sejam, 337 00:23:01,507 --> 00:23:03,551 ikut awak ke bilik air, raba kemaluan awak 338 00:23:03,634 --> 00:23:05,761 dan terus lari. Betul? 339 00:23:06,387 --> 00:23:07,471 Ya, jadi? 340 00:23:07,555 --> 00:23:09,932 Bermakna pesalah seks berdaftar yang di bawah pemerhatian 341 00:23:10,016 --> 00:23:12,101 sanggup ditahan sepuluh tahun hanya untuk meraba budak 342 00:23:12,184 --> 00:23:14,312 yang takkan teragak-agak untuk membelasahnya? 343 00:23:14,395 --> 00:23:15,980 Sudahlah. Itu tak masuk akal. 344 00:23:16,647 --> 00:23:20,609 Saya juga tak percaya yang awak berada di perpustakaan. 345 00:23:21,152 --> 00:23:24,405 Apa kaitan awak dengan Patz? Dia pengedar dadah? Kekasih awak. 346 00:23:24,488 --> 00:23:25,489 Tak guna. 347 00:23:25,573 --> 00:23:28,534 Patz ada kata yang dia berada di taman itu pada pagi pembunuhan itu? 348 00:23:30,202 --> 00:23:31,537 Jangan pandang dia. Pandang saya. 349 00:23:32,246 --> 00:23:34,290 Kalau awak tahu apa-apa tentang kes anak saya, 350 00:23:34,373 --> 00:23:36,459 awak perlu beritahu saya. Sekarang. 351 00:23:44,800 --> 00:23:46,385 Mak, suruh dia pergi. 352 00:23:46,469 --> 00:23:48,763 - Hidup anak saya terancam, Matt. - Pergi dari sini. 353 00:23:48,846 --> 00:23:50,848 - Saya tak tahu apa-apa. - Hidupnya terancam. Faham? 354 00:23:50,931 --> 00:23:52,141 - Masuk bilik. - Kebebasannya. 355 00:23:52,224 --> 00:23:53,893 - Saya tak tahu apa-apa. - Bagi maklumat. 356 00:23:53,976 --> 00:23:55,311 - Keluar! - Diamlah! 357 00:23:55,394 --> 00:23:57,063 Keluar dari sini! Saya tak mahu awak di sini! 358 00:23:57,146 --> 00:24:00,650 - Ambillah tindakan yang betul. - Keluar. Awak ingat awak siapa? 359 00:24:04,612 --> 00:24:07,990 Ambillah tindakan yang betul, Matt. Mak awak ada nombor telefon saya. 360 00:24:33,891 --> 00:24:35,601 OKSIMETER NADI 361 00:25:19,603 --> 00:25:24,150 PIERRE BONNARD: SUNGAI SEINE DI VERNON 362 00:25:28,612 --> 00:25:33,701 MAJLIS GALA CHILDREN'S COTTAGE! MALAM INI PADA 7:00 MALAM 363 00:25:37,955 --> 00:25:39,665 Maaf. Kami lambat habis. 364 00:25:39,749 --> 00:25:43,419 Saya gembira berjumpa dengan awak, Jacob. Kita berbual lagi Selasa depan. 365 00:25:43,502 --> 00:25:44,545 Baiklah. 366 00:25:45,796 --> 00:25:49,383 Dia amat bekerjasama. Dia tumpukan perhatian dan... 367 00:25:51,218 --> 00:25:52,261 Semuanya okey? 368 00:25:53,137 --> 00:25:56,265 - Ya. Maaf. - Okey. 369 00:25:56,349 --> 00:25:57,350 Tiada masalah. 370 00:25:58,851 --> 00:26:01,771 - Dia akan lambat untuk kelas bimbingan. - Okey. Sudah tentu. 371 00:26:03,648 --> 00:26:06,067 - Jaga diri baik-baik, okey? - Ya. 372 00:26:09,820 --> 00:26:11,697 KEDAI PERKAKASAN FREEMAN 373 00:27:28,983 --> 00:27:30,943 PIZA CM 374 00:28:22,662 --> 00:28:23,663 Sayang? 375 00:28:43,391 --> 00:28:45,101 Ya. Tembak dia di situ. 376 00:28:45,184 --> 00:28:46,018 Ya, tembak dia. 377 00:28:46,102 --> 00:28:47,561 Apa yang ayah cakap tentang... 378 00:28:50,272 --> 00:28:51,607 Maaf. 379 00:28:53,025 --> 00:28:55,528 Ini kawan sekolah saya, Sarah. 380 00:28:56,654 --> 00:28:58,280 Baik. Okey, hai. 381 00:28:59,073 --> 00:29:01,701 Kita pernah berjumpa semasa pak cik datang ke Archer tempoh hari. 382 00:29:01,784 --> 00:29:04,453 - Sudah tentu. Apa khabar? - Baik, terima kasih. 383 00:29:04,537 --> 00:29:05,788 Saya gembira berjumpa awak. 384 00:29:08,499 --> 00:29:10,501 Ayah cuma nak pastikan semuanya okey. 385 00:29:12,712 --> 00:29:13,838 Mana mak? 386 00:29:13,921 --> 00:29:17,216 Saya tak tahu. Dia nak jumpa rakan sekerjanya. 387 00:29:17,758 --> 00:29:20,386 Okey. Baiklah... 388 00:29:21,971 --> 00:29:23,014 selamat bermain. 389 00:29:25,474 --> 00:29:26,642 Baiklah. Maaf. 390 00:29:29,854 --> 00:29:32,064 Baik. Lelaki di sebelah kiri itu. 391 00:29:33,733 --> 00:29:35,067 Tidak. Ya. 392 00:29:37,194 --> 00:29:38,654 - Sama-sama. - Hai, terima kasih. 393 00:29:39,113 --> 00:29:40,489 Dan satu lagi untuk saya. 394 00:29:41,866 --> 00:29:43,159 Selamat malam. Mari. 395 00:29:45,202 --> 00:29:46,579 MAJLIS GALA MUSIM BUNGA KE-12 396 00:30:25,076 --> 00:30:26,452 ANDY TELEFON BIMBIT 397 00:30:29,205 --> 00:30:30,331 Hai. 398 00:30:32,041 --> 00:30:33,209 Ya, saya tahu. 399 00:30:34,585 --> 00:30:36,253 Cara ajak saya makan malam bersamanya. 400 00:30:38,547 --> 00:30:40,216 Ya, saya pun agak begitu. 401 00:30:43,219 --> 00:30:44,470 Entahlah. 402 00:30:46,973 --> 00:30:48,683 Mungkin pada jam 8:00, 8:30 malam. 403 00:30:50,726 --> 00:30:52,436 Okey. Awak pun sama. 404 00:30:58,985 --> 00:30:59,986 Salad dan kentang jejari dah siap. 405 00:31:05,366 --> 00:31:07,868 Awak tak minta saya campur atau asingkan kuahnya, 406 00:31:07,952 --> 00:31:09,245 jadi saya asingkannya. 407 00:31:09,704 --> 00:31:10,746 - Terima kasih. - Selamat menjamu selera. 408 00:31:26,470 --> 00:31:27,680 Tumpang tanya. 409 00:31:29,348 --> 00:31:30,558 Maaf. Tumpang tanya. 410 00:31:35,438 --> 00:31:37,106 Awak nak tambah lagi gula? 411 00:31:39,483 --> 00:31:40,484 Ambillah. 412 00:31:45,698 --> 00:31:47,074 Salad itu sedap? 413 00:31:49,660 --> 00:31:52,038 Ya. Lebih sedap daripada yang saya sangkakan. 414 00:31:53,664 --> 00:31:55,041 Mungkin saya patut cuba. 415 00:31:57,418 --> 00:32:02,048 Kelakar betul. Saya dah banyak kali lalu kedai ini, tapi tak pernah memasukinya. 416 00:32:03,758 --> 00:32:06,135 Semua kedai begini sama saja. 417 00:32:08,429 --> 00:32:09,430 Saya menyukainya. 418 00:32:11,098 --> 00:32:12,099 Terima kasih. 419 00:32:13,434 --> 00:32:16,270 - Awak baca Manhattan Beach? - Saya baru mula membacanya. 420 00:32:16,771 --> 00:32:19,523 Saya dah baca tahun lepas dalam kelab buku saya. Ia bagus. 421 00:32:20,399 --> 00:32:23,194 Saya tak suka bukunya sebelum itu, jadi saya kurang pasti tentangnya. 422 00:32:24,028 --> 00:32:25,529 Tapi ia sangat berbeza. 423 00:32:26,364 --> 00:32:27,657 Saya Laurie. 424 00:32:28,991 --> 00:32:31,744 - Jeanine. Saya gembira berjumpa awak. - Saya pun sama. 425 00:32:45,424 --> 00:32:48,511 Saya nak pesan salad yang dia makan itu. Asingkan kuahnya. 426 00:32:48,594 --> 00:32:50,680 Baik. Awak nak juga kentang jejari? 427 00:32:51,722 --> 00:32:54,934 Tidak. Nanti saya tak boleh kawal makan. 428 00:32:57,186 --> 00:33:00,856 Makanlah baki kentang jejari saya. Saya tak makan banyak. 429 00:33:02,274 --> 00:33:04,443 - Awak pasti? - Ya. 430 00:33:16,205 --> 00:33:17,498 Maaf. 431 00:33:20,042 --> 00:33:22,003 Awak nak... 432 00:33:24,922 --> 00:33:26,048 Boleh juga. 433 00:33:38,102 --> 00:33:39,562 Dia tak mahu makan makan dulu? 434 00:33:41,480 --> 00:33:42,982 Maknya suruh dia balik. 435 00:33:44,775 --> 00:33:45,985 Dia nampak baik. 436 00:33:46,652 --> 00:33:49,530 Ya. Tapi dia agak pelik. 437 00:33:51,324 --> 00:33:52,450 Pelik? 438 00:33:54,118 --> 00:33:55,661 Ya. Dia sukakan seni. 439 00:33:57,038 --> 00:34:00,124 Kadangkala, ramai pelajar usik dia kerananya. 440 00:34:00,958 --> 00:34:02,543 Baiknya dia kerana datang berjumpa awak. 441 00:34:03,836 --> 00:34:07,923 Ya. Kami bertukar pesanan teks dan dia tanya apa yang saya selalu buat. 442 00:34:08,007 --> 00:34:09,925 Saya jawab, "Saya tak buat apa-apa," 443 00:34:10,009 --> 00:34:13,262 jadi, dia datang lepak di sini. 444 00:34:17,266 --> 00:34:19,477 Tapi sebenarnya, saya rasa dia kasihankan saya. 445 00:34:22,104 --> 00:34:23,773 Mungkin dia sukakan awak. 446 00:34:25,149 --> 00:34:28,152 Rasanya ia kerana dia rasa bersalah atau... 447 00:34:28,235 --> 00:34:29,612 Bersalah, apa maksud awak? 448 00:34:30,529 --> 00:34:32,657 Katanya, Derek beritahu dia benda tak elok tentang saya 449 00:34:32,740 --> 00:34:34,533 dan dia rasa bersalah. 450 00:34:34,992 --> 00:34:36,952 Kerana mempercayai cakapnya. 451 00:34:38,913 --> 00:34:40,498 Tapi dia dah tak mempercayainya lagi? 452 00:34:41,082 --> 00:34:43,334 Agaknya, kerana dia datang ke sini. 453 00:34:46,379 --> 00:34:48,005 Tapi dia dah lama menyukai Sarah. 454 00:34:50,173 --> 00:34:51,425 Siapa, Derek? 455 00:34:51,508 --> 00:34:54,178 Ya, dia tergila-gilakannya. 456 00:34:59,892 --> 00:35:02,019 Rasanya Sarah rasa Derek pembunuhnya. 457 00:35:04,271 --> 00:35:07,400 Nanti dulu. Apa awak kata? 458 00:35:09,860 --> 00:35:13,572 Sarah rasa Derek pembunuhnya. Tapi dia tak kata begitu. 459 00:35:13,656 --> 00:35:16,742 Dia cuma kata polis datang ke sekolah dan bercakap dengan Derek. 460 00:35:17,575 --> 00:35:20,121 - Mereka juga hubungi maknya. - Itu tak bererti dia suspek. 461 00:35:20,204 --> 00:35:23,207 Saya tahu, tapi itulah yang dia rasa. 462 00:35:25,876 --> 00:35:29,630 Entahlah. Mungkin dia cuma nak sedapkan hati saya saja. 463 00:35:38,555 --> 00:35:42,143 Saya? Tidak. Orang lidi pun saya tak pandai lukis. 464 00:35:43,144 --> 00:35:44,478 Saya amat menyukainya. 465 00:35:45,146 --> 00:35:49,066 Separuh tahun ketiga saya di luar negara dihabiskan hanya di Musée d'Orsay. 466 00:35:49,984 --> 00:35:51,152 Lukisan Teratai. 467 00:35:52,987 --> 00:35:55,406 Saya tahu macam agak basi pula kerana sukakan seni impresionisme, 468 00:35:55,489 --> 00:36:00,786 tapi saya sukakan luahan emosinya yang terbuka 469 00:36:00,870 --> 00:36:02,246 yang begitu... 470 00:36:03,414 --> 00:36:07,668 Entahlah. Perkataan berani mungkin kurang sesuai, tapi... 471 00:36:08,294 --> 00:36:11,839 - Awak faham maksud saya? - Saya rasa saya faham. 472 00:36:12,256 --> 00:36:13,674 Maaf, saya dah mula merepek. 473 00:36:13,758 --> 00:36:15,509 Tak apa. 474 00:36:16,385 --> 00:36:19,221 Tempoh hari, saya nampak satu poster Bonnard... 475 00:36:28,481 --> 00:36:29,482 Laurie? 476 00:36:30,691 --> 00:36:32,401 Maafkan saya. Saya... 477 00:36:37,615 --> 00:36:39,700 Keluarga saya sedang menghadapi masalah yang rumit. 478 00:36:42,244 --> 00:36:44,080 Suatu perkara buruk dah berlaku dan... 479 00:36:45,039 --> 00:36:48,125 kawan-kawan yang selalunya tempat saya mengadu tak... 480 00:36:50,878 --> 00:36:52,338 Mereka dah berputus asa dengan kami. 481 00:36:55,591 --> 00:37:00,096 Suami saya kata jangan pedulikan mereka. Tapi dia bukannya pernah ada kawan. 482 00:37:02,431 --> 00:37:03,891 Maksud saya, kawan rapat. 483 00:37:05,267 --> 00:37:08,938 Pelik, bukan? Saya tak pernah terfikir tentang itu sehinggalah baru-baru ini. 484 00:37:10,314 --> 00:37:13,484 Dia ada banyak kawan biasa, kenalan, 485 00:37:13,567 --> 00:37:17,196 tapi tiada sesiapa yang rapat dengannya, kecuali saya. 486 00:37:19,448 --> 00:37:21,367 Mungkin saya suka menjadi satu-satunya teman hidupnya. 487 00:37:22,868 --> 00:37:24,829 Walaupun ketika dia bersama saya, dia... 488 00:37:29,208 --> 00:37:30,918 Maafkan saya. Awak cuma... 489 00:37:31,294 --> 00:37:33,921 Awak mahukan suasana sunyi untuk makan dan membaca buku. 490 00:37:34,672 --> 00:37:35,798 Tolonglah. 491 00:37:36,924 --> 00:37:38,884 Saya faham. Tak apa. 492 00:37:42,263 --> 00:37:45,182 Awak mungkin dah dengar tentang budak yang mati di Newton. 493 00:37:47,560 --> 00:37:49,186 Sebenarnya, anak saya, dia... 494 00:37:51,439 --> 00:37:52,565 Saya tahu. 495 00:37:54,442 --> 00:37:55,526 Maafkan saya. 496 00:37:55,609 --> 00:37:58,946 Saya memang cuba untuk beritahu awak tanpa menjadikan keadaan kurang selesa. 497 00:37:59,030 --> 00:38:00,865 Saya sepatutnya beritahu awak lebih awal. 498 00:38:01,449 --> 00:38:02,616 Awak memang dah tahu. 499 00:38:03,659 --> 00:38:08,414 Terus terang, saya berharap untuk berbual tentang kes itu. 500 00:38:08,497 --> 00:38:10,082 Kalau awak tak kisah. 501 00:38:13,628 --> 00:38:14,920 Saya seorang penulis. 502 00:38:15,630 --> 00:38:19,216 Saya mahu tulis artikel secara bebas untuk edisi hari Ahad majalah Globe. 503 00:38:19,759 --> 00:38:22,845 - Tidak. - Laurie, saya tak berniat untuk... 504 00:38:22,928 --> 00:38:24,388 Saya perlu pergi dulu. 505 00:38:27,099 --> 00:38:29,602 Ada apa-apa yang awak kata tadi yang awak mahu dirahsiakan? 506 00:38:29,685 --> 00:38:31,437 Apa? Saya tak... 507 00:38:31,979 --> 00:38:35,358 Awak ikut saya ke sini? 508 00:38:36,233 --> 00:38:38,569 Tolong benarkan saya untuk menjelaskannya. 509 00:39:10,434 --> 00:39:12,812 Hai. Bagaimana dengan makan malam? 510 00:39:14,188 --> 00:39:15,189 Baik. 511 00:39:19,819 --> 00:39:22,530 Saya mungkin dah buat perkembangan hari ini yang melibatkan Patz. 512 00:39:23,531 --> 00:39:25,700 Ya. Saya bercakap dengan budak yang bergaul dengannya. 513 00:39:25,783 --> 00:39:27,368 Saya rasa dia merahsiakan sesuatu. 514 00:39:30,621 --> 00:39:31,956 Awak tak apa-apa? 515 00:39:34,750 --> 00:39:35,918 Saya cuma penat. 516 00:39:38,004 --> 00:39:41,173 Okey. Saya nak hantar sampah ini untuk dikitar semula. Saya akan naik nanti. 517 00:39:42,466 --> 00:39:43,467 Okey. 518 00:39:55,104 --> 00:39:57,398 DAFTAR UNTUK LIHAT FOTO DAN BUAT HANTARAN BUKA AKAUN - JAY KOBBS 519 00:39:57,481 --> 00:40:00,359 NAMA PENGGUNA - JAY_KOBBS 520 00:40:04,905 --> 00:40:05,906 MUAT NAIK GAMBAR PROFIL 521 00:40:09,243 --> 00:40:10,328 Hei. 522 00:40:11,787 --> 00:40:14,457 Mak dan ayah nak tidur. Awak pun patut tidur sekarang. 523 00:40:14,540 --> 00:40:16,751 Baiklah. Selamat malam. 524 00:40:17,126 --> 00:40:18,252 Apa yang awak tengok? 525 00:40:19,712 --> 00:40:21,005 Orang jatuh dari papan selaju. 526 00:40:22,798 --> 00:40:26,260 Kelakarnya. Okey. Jangan berjaga terlalu lama. 527 00:40:26,677 --> 00:40:27,678 Okey. 528 00:40:40,274 --> 00:40:43,819 Keadaan terasa seperti normal pula. 529 00:40:44,654 --> 00:40:46,989 Walaupun dia bukannya pernah bawa kawan perempuan pulang, 530 00:40:47,073 --> 00:40:49,075 tapi awak tentu faham maksud saya. 531 00:40:51,118 --> 00:40:52,495 Makan malam tadi seronok? 532 00:40:53,913 --> 00:40:58,209 Baguslah, saya gembira mendengarnya. Awak berhak menikmatinya. 533 00:41:03,339 --> 00:41:05,174 SARAH GROHL - IKUT 534 00:41:05,257 --> 00:41:06,676 TELAH MEMOHON 535 00:41:10,888 --> 00:41:12,848 JAY KOBBS TELAH MEMOHON UNTUK MENGIKUTI ANDA - TERIMA/TOLAK 536 00:41:18,104 --> 00:41:20,272 TEPUK TINGGI! 537 00:41:20,356 --> 00:41:24,360 ITU AWAK? KETAWA BUKANKAH AWAK TAK DIBENARKAN? 538 00:41:25,069 --> 00:41:27,488 SAYA NAK TENGOK LAGU-LAGU AWAK 539 00:41:33,327 --> 00:41:34,829 MENGIKUTI 540 00:41:43,838 --> 00:41:47,049 Hei, kawan-kawan. Ini lagu yang saya baru tulis. Saya harap awak menyukainya. 541 00:41:48,342 --> 00:41:52,471 Pegang tanganku 542 00:41:58,227 --> 00:42:00,563 Saya akan tanya Duffy lagi esok. 543 00:42:01,272 --> 00:42:04,692 Sarah beritahu Jacob yang dia nampak polis soal Derek di sekolah. 544 00:42:05,526 --> 00:42:06,527 Tentang apa? 545 00:42:06,986 --> 00:42:11,365 Saya tak tahu. Bunyinya macam Sarah mengesyakinya. 546 00:42:11,449 --> 00:42:12,450 Derek? 547 00:42:13,034 --> 00:42:15,244 Ya. Segalanya tak mustahil. 548 00:42:20,124 --> 00:42:21,125 Kenapa? 549 00:42:23,002 --> 00:42:24,920 Itulah yang semua orang kata tentang Jacob. 550 00:42:26,297 --> 00:42:29,842 Sebab itulah kita tak boleh biar polis dan mahkamah menentukan masa depannya. 551 00:42:29,925 --> 00:42:31,886 Kita perlu cari sendiri jawapannya. 552 00:42:32,720 --> 00:42:34,096 Bukankah itu tugas Joanna? 553 00:42:36,724 --> 00:42:39,352 Joanna peguam yang hebat, tapi tugas peguam terbatas. 554 00:42:39,935 --> 00:42:41,687 Tidak lagi bagi saya. 555 00:42:43,147 --> 00:42:45,775 Tugas saya sekarang adalah untuk melindungi anak kita. 556 00:42:48,903 --> 00:42:50,237 Dengan apa cara sekalipun. 557 00:42:54,408 --> 00:42:56,952 "Ibu bapa Cik Rouse masih bersedih, 558 00:42:57,620 --> 00:43:00,623 walaupun selepas hukuman penjara seumur hidup tanpa parol dibacakan. 559 00:43:00,706 --> 00:43:03,668 Turut berada di mahkamah ialah isteri William Barber, Marianne 560 00:43:03,751 --> 00:43:07,296 dan anak mereka yang berusia 5 tahun, Andrew. 561 00:43:07,922 --> 00:43:12,009 Sepanjang perbicaraan itu, defendan enggan menunjukkan tanda sesal. 562 00:43:12,093 --> 00:43:16,514 'Kalau pandangan saja boleh membunuh, ' seperti kata salah seorang panel juri." 563 00:43:17,640 --> 00:43:21,602 Membesar dengan bapa sebegitu tentu amat menggerunkan. 564 00:43:22,520 --> 00:43:25,898 Saya tak pernah menghubunginya. Kami jumpa sekali saja selepas perbicaraan itu. 565 00:43:25,982 --> 00:43:30,444 Tapi melihat ayah saya kehilangan kebanyakan rambutnya pada usia 20-an, 566 00:43:31,237 --> 00:43:34,991 saya tertanya-tanya bila rambut saya akan gugur sepanjang zaman remaja saya. 567 00:43:38,369 --> 00:43:41,539 Jadi, semasa awak membesar, awak tak rasa takut... 568 00:43:42,915 --> 00:43:47,461 yang awak mungkin mewarisi sifat-sifatnya? 569 00:43:50,214 --> 00:43:55,511 Tentu awak terfikir tentangnya pada detik-detik penting tertentu. 570 00:43:57,013 --> 00:43:58,514 Kelahiran anak awak. 571 00:44:00,683 --> 00:44:02,435 Melihat anak awak membesar. 572 00:44:04,520 --> 00:44:10,067 Memerhati tingkah lakunya yang polos secara senyap-senyap. 573 00:44:11,485 --> 00:44:13,487 Sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang petanda 574 00:44:13,571 --> 00:44:17,116 yang menunjukkan bahawa dia mungkin mewarisi sifat ayah awak. 575 00:44:19,035 --> 00:44:21,746 Kemudian, secara tiba-tiba, dia terbabit dengan jenayah ganas. 576 00:44:22,246 --> 00:44:24,165 Kejadian menikam. 577 00:44:25,541 --> 00:44:28,294 Perkara yang paling awak takuti akhirnya menjadi kenyataan. 578 00:44:32,590 --> 00:44:34,216 Tidak, perkara sebaliknya yang berlaku. 579 00:44:36,260 --> 00:44:38,596 Jika awak hidup dengan apa yang saya alami setelah sekian lama, 580 00:44:40,640 --> 00:44:43,726 awak tentu akan melihat anak awak dengan jauh lebih teliti. 581 00:44:43,809 --> 00:44:45,478 Awak akan berazam. 582 00:44:50,358 --> 00:44:53,361 Saya tahu Jacob bukan pembunuh, sama seperti saya. 583 00:44:55,279 --> 00:44:56,739 Suka hati awaklah. 584 00:44:58,449 --> 00:45:00,826 Tapi awak ambil masa 14 tahun untuk buat kesimpulan itu. 585 00:45:02,536 --> 00:45:04,372 Manakala Laurie pula... 586 00:45:05,706 --> 00:45:07,792 Pandangan Laurie berbeza, bukan? 587 00:45:10,753 --> 00:45:14,006 Okey, adik. Ia tak lama, tapi cuba jangan bergerak, okey? 588 00:45:15,091 --> 00:45:19,178 Tak apakah jika saya rasa gementar? Adakah ia boleh dilihat pada imbasan otak saya? 589 00:45:20,388 --> 00:45:22,723 Tak apa. Kami tak boleh baca fikiran awak. 590 00:45:24,433 --> 00:45:25,601 Cuba bertenang, okey? 591 00:45:29,981 --> 00:45:34,610 Ini akan ambil masa sekitar setengah jam, jadi, mari kita tunggu di pejabat saya. 592 00:45:39,490 --> 00:45:42,994 Mungkin kita patut bincang tentang ujian DNA itu. 593 00:45:43,077 --> 00:45:45,246 Saya dah dapat apa yang saya perlukan daripada Jacob. 594 00:45:45,329 --> 00:45:48,082 Andy, saya perlukan juga sampel daripada awak. 595 00:45:48,749 --> 00:45:50,501 Awak nak kesan gen pembunuh itu? 596 00:45:50,584 --> 00:45:51,794 Ia tak semudah itu. 597 00:45:51,877 --> 00:45:54,880 Itu cuma nama yang digunakan untuk menarik perhatian pembaca akhbar. 598 00:45:54,964 --> 00:45:56,090 Walau bagaimanapun, 599 00:45:56,173 --> 00:45:59,760 Joanna buat keputusan bijak dengan menyuruh awak mendapatkan keputusan ini. 600 00:46:00,469 --> 00:46:01,637 Saya tak faham. 601 00:46:01,721 --> 00:46:05,850 Kalau Jacob didapati bersalah, dan saya cuma kata kalau saja, 602 00:46:06,475 --> 00:46:10,187 bolehlah awak gunakan bukti genetik supaya hukumannya diringankan. 603 00:46:10,688 --> 00:46:11,981 Diringankan? 604 00:46:12,732 --> 00:46:15,318 - Untuk dapatkan hukuman bunuh tanpa niat? - Betul. 605 00:46:15,401 --> 00:46:17,403 Hukuman bunuh dengan niat ialah penjara seumur hidup tanpa parol. 606 00:46:17,486 --> 00:46:20,156 Untuk bunuh tanpa niat, dia akan diberi parol selepas 20 tahun. 607 00:46:20,239 --> 00:46:22,658 Ketika itu, usianya 35 tahun. Perjalanan hidupnya masih panjang. 608 00:46:23,784 --> 00:46:27,955 - Ya, saki-bakinya. - Itu pun kalau saja. 609 00:46:44,180 --> 00:46:48,100 Mungkin kita patut berbincang tentang ayah awak. 610 00:46:49,226 --> 00:46:50,227 Kenapa dengannya? 611 00:46:50,311 --> 00:46:53,064 Saya perlukan juga sampel DNAnya. 612 00:46:53,564 --> 00:46:56,776 Silakan. Dia berada di Penjara Northern di Somers, Connecticut. 613 00:46:56,859 --> 00:46:59,153 Saya tahu. Saya dah cuba melawatnya di sana. 614 00:47:00,196 --> 00:47:04,075 - Yakah? - Ya. Tapi ada masalah. 615 00:47:05,076 --> 00:47:08,579 - Masalah apa? - Dia enggan bekerjasama. 616 00:47:09,038 --> 00:47:10,331 Apa maksud awak? 617 00:47:11,290 --> 00:47:13,292 Katanya, awak perlu minta sendiri. 618 00:47:14,251 --> 00:47:15,252 Saya? 619 00:47:16,420 --> 00:47:19,382 - Dia tak kenal saya. - Dia mahu mengubah keadaan itu. 620 00:47:23,344 --> 00:47:24,470 Awak tentu bergurau. 621 00:47:24,553 --> 00:47:26,889 Andy, maaf, tapi kita perlukan kerjasamanya untuk... 622 00:47:26,973 --> 00:47:28,474 Suruh dia lupakan saja. 623 00:47:36,190 --> 00:47:37,191 Maaf. 624 00:47:42,113 --> 00:47:44,031 Saya tak boleh melakukannya. 625 00:47:44,115 --> 00:47:45,199 Awak tentu boleh. 626 00:47:48,035 --> 00:47:49,036 Dia akan pergi. 627 00:47:51,080 --> 00:47:52,540 Awak akan melakukannya demi Jacob. 628 00:47:54,750 --> 00:47:56,961 Ia seperti yang awak kata. Dengan apa cara sekalipun. 629 00:49:17,124 --> 00:49:19,126 Terjemahan sari kata oleh: Noorsalwati Nordin