1 00:00:09,801 --> 00:00:11,220 Bukan begitu. 2 00:00:12,262 --> 00:00:14,223 Hilang. Logamaya. 3 00:00:16,391 --> 00:00:18,393 Alya! Mari makan malam! 4 00:00:18,435 --> 00:00:20,687 - Ayam dah nak sejuk. - Saya datang, mak. 5 00:00:23,106 --> 00:00:25,400 Alya! Marilah. 6 00:00:25,526 --> 00:00:27,694 Ya, tunggu sekejap! 7 00:00:28,820 --> 00:00:31,031 Saya berpusing-pusing. Hilang. 8 00:00:32,866 --> 00:00:34,284 Mari berehat. 9 00:00:36,703 --> 00:00:39,540 Bagaimana jika… Trixx, mari hentam. 10 00:00:41,166 --> 00:00:42,459 Logamaya. 11 00:00:51,843 --> 00:00:53,136 Alamak. 12 00:00:53,262 --> 00:00:55,013 Itu sebenarnya… 13 00:00:55,138 --> 00:00:56,390 mungkin. 14 00:00:59,017 --> 00:01:01,853 Pada siang hari, saya Marinette. 15 00:01:01,895 --> 00:01:04,856 Cuma gadis biasa dengan kehidupan normal. 16 00:01:04,982 --> 00:01:07,776 Tapi ada sesuatu tentang saya yang orang lain tak tahu. 17 00:01:07,859 --> 00:01:09,736 Sebab saya ada rahsia. 18 00:01:09,861 --> 00:01:12,322 Keajaiban Hanya yang terbaik 19 00:01:12,781 --> 00:01:15,742 Menyambut cabaran yang timbul 20 00:01:15,867 --> 00:01:18,579 Keajaiban, yang paling bertuah 21 00:01:18,620 --> 00:01:21,623 Kuasa cinta sentiasa begitu kuat 22 00:01:21,748 --> 00:01:24,751 Keajaiban 23 00:01:24,876 --> 00:01:25,877 Keajaiban 24 00:01:37,889 --> 00:01:39,224 Dah balik, sayang? 25 00:01:39,349 --> 00:01:41,768 Ya, semuanya okey. Jangan risau. 26 00:01:43,353 --> 00:01:44,354 Terima kasih! 27 00:01:44,479 --> 00:01:45,522 Tompok hilang. 28 00:01:45,605 --> 00:01:47,107 Ayah dan mak tak perlu begini. 29 00:01:47,190 --> 00:01:48,942 Kami tak nak ganggu kamu, sayang, 30 00:01:49,067 --> 00:01:52,029 tapi kami fikir kamu mungkin lapar selepas menyelesaikan misi. 31 00:01:52,070 --> 00:01:55,365 Jika ada apa-apa kami boleh buat, seperti mencuci pakaian kamu, 32 00:01:55,490 --> 00:01:57,617 - beritahu kami, okey? - Terima kasih, 33 00:01:57,659 --> 00:01:59,911 tapi ia sut ajaib. Ia bersih sendiri. 34 00:01:59,953 --> 00:02:01,496 Saya nak berehat, okey? 35 00:02:02,831 --> 00:02:05,917 Marinette, kami nak ucap terima kasih kerana percayakan kami. 36 00:02:06,043 --> 00:02:07,919 Tak boleh bayangkan kehidupan adiwira, 37 00:02:08,045 --> 00:02:09,796 tapi tak kira apa berlaku, 38 00:02:09,921 --> 00:02:11,381 kami sentiasa sokong kamu. 39 00:02:14,926 --> 00:02:15,927 Adrien. 40 00:02:16,053 --> 00:02:17,846 Dia mungkin juga risau. 41 00:02:17,929 --> 00:02:19,514 Sudah tentu dia tak risau! 42 00:02:19,640 --> 00:02:21,099 Kami juga tak risau. 43 00:02:21,141 --> 00:02:22,225 Tidak sama sekali! 44 00:02:22,351 --> 00:02:24,645 Adrien tak tahu saya ini Ladybug pun. 45 00:02:24,686 --> 00:02:26,063 Hanya kamu dan Alya tahu. 46 00:02:26,104 --> 00:02:28,065 - Yakah? - Kenapa tak beritahu dia? 47 00:02:28,106 --> 00:02:30,108 Itu urusan dia, Tom. 48 00:02:30,233 --> 00:02:32,527 Okey, kami biar kamu berehat, sayang. 49 00:02:34,237 --> 00:02:36,239 Bagus untuk beritahu ibu bapa awak 50 00:02:36,281 --> 00:02:37,866 bahawa awak Ladybug, Marinette. 51 00:02:37,949 --> 00:02:39,951 Sekarang, awak tak perlu bersembunyi lagi. 52 00:02:40,077 --> 00:02:41,536 Tak pasti jika bagus, Tikki. 53 00:02:41,662 --> 00:02:43,080 Saya tak nak mereka risau, 54 00:02:43,121 --> 00:02:45,374 tapi kini apabila penjahat akumatisasi muncul, 55 00:02:45,415 --> 00:02:46,833 mereka sangat risau. 56 00:02:54,591 --> 00:02:56,426 Boleh saya datang untuk berbual? 57 00:02:57,135 --> 00:02:58,887 Kenapa awak tak jawab telefon? 58 00:02:58,970 --> 00:03:00,722 Sebab ia buat saya resah, Tikki. 59 00:03:00,847 --> 00:03:03,809 Awak tak suka bercakap dengan teman lelaki dan kawan baik awak? 60 00:03:03,850 --> 00:03:07,854 Saya suka, cuma semua yang saya katakan adalah bohong. 61 00:03:07,979 --> 00:03:10,440 Tapi, Marinette, awak tak mahu Adrien kecewa 62 00:03:10,565 --> 00:03:12,150 kerana kebenaran tentang ayahnya. 63 00:03:12,275 --> 00:03:13,985 Awak tak gembira awak dah berjaya? 64 00:03:14,111 --> 00:03:16,530 Gembira? Saya akan sentiasa tahu 65 00:03:16,571 --> 00:03:17,989 ayahnya ialah Monarch. 66 00:03:18,115 --> 00:03:19,908 Jadi, beritahu dia perkara sebenar? 67 00:03:19,991 --> 00:03:22,703 Tak! Jika saya beritahu, dia akan jadi tak gembira. 68 00:03:22,828 --> 00:03:24,996 Ia akan memusnahkan dia lebih daripada dulu. 69 00:03:25,038 --> 00:03:27,332 Bagaimana dengan Alya? Awak rasa lebih lega 70 00:03:27,457 --> 00:03:29,000 selepas mengadu kepadanya. 71 00:03:29,126 --> 00:03:31,711 Tak, Alya berkawan baik dengan Adrien. 72 00:03:31,753 --> 00:03:33,213 Jika saya bebani dia, 73 00:03:33,296 --> 00:03:34,923 dia juga perlu berbohong, 74 00:03:35,006 --> 00:03:36,883 dan dia benci menipu. 75 00:03:37,008 --> 00:03:38,718 Saya akan pentingkan diri. 76 00:03:42,013 --> 00:03:44,641 Saya rasa dia mahu bercakap dengan awak. 77 00:03:51,064 --> 00:03:53,316 Hai, Mari… Ada yang tak kena, Marinette? 78 00:03:53,442 --> 00:03:56,027 Tak! Semuanya baik, bagaimana dengan awak? 79 00:03:56,153 --> 00:03:58,572 Saya nak tunjuk apa saya buat kebelakangan ini. 80 00:03:58,613 --> 00:03:59,865 - Saya ada idea. - Yakah? 81 00:03:59,906 --> 00:04:03,618 Sekarang saya dah faham ayah saya dan pengorbanannya disebabkan awak, 82 00:04:03,660 --> 00:04:07,038 saya nak mengenangnya. Saya akan ubah beberapa bilik rumah agam 83 00:04:07,164 --> 00:04:09,332 menjadi muzium supaya orang boleh kenal dia. 84 00:04:11,168 --> 00:04:13,503 Ingat patung yang Dewan Bandaraya nak bangunkan 85 00:04:13,587 --> 00:04:15,338 sebagai penghormatan kepada dia? 86 00:04:15,380 --> 00:04:17,382 Saya akan cadangkan mereka letak di taman. 87 00:04:18,508 --> 00:04:19,509 Dalam ruang kerjanya, 88 00:04:19,634 --> 00:04:21,219 kita boleh gantung lakarannya 89 00:04:21,261 --> 00:04:23,054 dan pamerkan permata yang dia reka. 90 00:04:23,096 --> 00:04:25,766 Saya dah tahu imej yang saya mahu untuk poster itu, 91 00:04:25,807 --> 00:04:28,226 sesuatu yang tunjukkan wajah sebenar ayah saya. 92 00:04:28,351 --> 00:04:30,937 Kita akan gunakannya pada risalah dan tiket kemasukan. 93 00:04:30,979 --> 00:04:34,107 - Ia akan menjadi pusat muzium. - Apa maksud awak? 94 00:04:34,232 --> 00:04:36,651 Potret ayah saya yang awak lukis… 95 00:04:36,693 --> 00:04:40,280 Tak mungkin! Maksud saya… tak boleh. 96 00:04:40,363 --> 00:04:41,615 Kenapa tidak? 97 00:04:43,241 --> 00:04:44,826 Saya tak boleh lupa perbuatannya! 98 00:04:44,951 --> 00:04:47,245 Cara dia melarang awak pergi ke sekolah 99 00:04:47,287 --> 00:04:49,122 atau berkawan, cara dia berusaha 100 00:04:49,247 --> 00:04:51,208 untuk halang kita daripada bersama! 101 00:04:51,249 --> 00:04:53,418 Tapi dia lakukannya untuk melindungi kita. 102 00:04:53,543 --> 00:04:55,545 Ingat dokumentari yang kita buat bersama? 103 00:04:55,629 --> 00:04:57,839 Semua orang yang kenal dia dah jelaskannya. 104 00:04:57,964 --> 00:05:01,218 Satu perkara yang pasti. Dia sedia buat apa saja kerana cinta. 105 00:05:02,677 --> 00:05:06,264 Saya juga sukar memahami ayah saya. Saya tak dapat lupakan 106 00:05:06,306 --> 00:05:09,684 kenangan buruk, tapi disebabkan awak, saya berdamai dengan semuanya… 107 00:05:09,810 --> 00:05:12,395 Sekarang awak bina hidup awak di sebalik bayangan dia. 108 00:05:12,521 --> 00:05:15,315 Saya rasa lebih lega memikirkan dia dalam cara ini. 109 00:05:15,398 --> 00:05:17,400 Saya tak pasti itu perkara baik. 110 00:05:17,526 --> 00:05:19,528 Saya tak faham reaksi awak, Marinette. 111 00:05:19,569 --> 00:05:21,738 Awak kata saya saja yang dapat putuskan 112 00:05:21,822 --> 00:05:24,157 bagaimana saya nak hidup dan sekarang saya rasa 113 00:05:24,282 --> 00:05:26,409 saya boleh teruskan hidup, awak tak suka 114 00:05:26,535 --> 00:05:28,995 dan tak gembira untuk saya. 115 00:05:29,120 --> 00:05:31,706 Maaf, saya tak beri reaksi yang awak mahu. 116 00:05:33,250 --> 00:05:36,044 Ya, saya akan bercakap dengan awak nanti, Marinette. 117 00:05:36,586 --> 00:05:37,587 Selamat tinggal. 118 00:05:39,673 --> 00:05:41,049 Marinette, buka pintu! 119 00:05:41,132 --> 00:05:42,551 - Ini saya! - Alya? 120 00:05:42,592 --> 00:05:44,594 Maaf, saya tak sempat hubungi awak. 121 00:05:44,678 --> 00:05:45,846 Saya baru balik dan… 122 00:05:45,887 --> 00:05:47,305 dah nak tidur. 123 00:05:47,347 --> 00:05:48,723 Trixx, mari hentam. 124 00:05:49,349 --> 00:05:50,559 Awak ada rahsia 125 00:05:50,600 --> 00:05:52,602 tentang Adrien dan tak nak beritahu saya, 126 00:05:52,686 --> 00:05:56,064 tapi awak kenal saya. Saya asyik mencari kebenaran. 127 00:05:56,147 --> 00:05:58,483 Saya cuba lakonkan semula apa yang awak ceritakan. 128 00:05:58,608 --> 00:06:00,485 Tentang Gabriel yang korbankan dirinya 129 00:06:00,610 --> 00:06:03,029 untuk kalahkan Monarch, Tapi itu tak masuk akal, 130 00:06:03,071 --> 00:06:04,990 kecuali ini. Logamaya! 131 00:06:17,168 --> 00:06:19,337 Kenapa saya nak buat begitu? Kenapa rahsiakan 132 00:06:19,462 --> 00:06:21,006 Gabriel ialah Monarch? 133 00:06:21,047 --> 00:06:22,382 Untuk melindungi Adrien. 134 00:06:22,465 --> 00:06:25,719 Awak fikir saya boleh tipu teman lelaki saya? 135 00:06:25,760 --> 00:06:27,888 Kepada kawan baik saya dan seluruh dunia? 136 00:06:27,929 --> 00:06:30,223 Adakah Marinette akan buat apa-apa saja untuk 137 00:06:30,348 --> 00:06:33,602 lindungi orang lain, walaupun terpaksa hancurkan hidupnya sendiri? 138 00:06:34,519 --> 00:06:35,770 Ya. 139 00:06:37,355 --> 00:06:40,483 Awak tak rasa hidup saya dah cukup teruk? 140 00:06:41,484 --> 00:06:42,819 Kenapa awak cakap begitu? 141 00:06:42,903 --> 00:06:46,072 Sebab kebelakangan ini, semuanya musnah! 142 00:06:46,114 --> 00:06:48,658 Tak boleh kalahkan Hawk Moth dan dapatkan kuasanya. 143 00:06:48,742 --> 00:06:51,494 Sekarang ada pemegang Keajaiban Kupu-kupu pula, 144 00:06:51,620 --> 00:06:55,248 Hawk Moth yang baharu, yang lebih berbahaya! 145 00:06:55,373 --> 00:06:57,250 Mereka serang saya dan keluarga saya! 146 00:06:57,375 --> 00:06:59,210 Ibu bapa saya tak pernah begitu takut. 147 00:06:59,336 --> 00:07:01,379 Saya juga takut, Alya! 148 00:07:01,421 --> 00:07:04,966 Kita perlu halang mereka sebelum saya tak boleh teruskan. 149 00:07:05,091 --> 00:07:07,093 Kita tak tahu apa-apa tentang pemegang 150 00:07:07,135 --> 00:07:09,262 Keajaiban Kupu-kupu baharu ini, 151 00:07:09,387 --> 00:07:10,972 sama ada lelaki atau wanita 152 00:07:11,097 --> 00:07:13,808 atau siapa nama mereka atau apa yang mereka mahu! 153 00:07:17,687 --> 00:07:20,398 Saya ada idea, tapi ia sangat berbahaya 154 00:07:20,440 --> 00:07:22,651 dan saya tak tahu jika awak nak dengar. 155 00:07:22,692 --> 00:07:25,445 Jika ia boleh bantu selamatkan Paris, saya nak tahu. 156 00:07:27,280 --> 00:07:28,531 Ini rancangannya. 157 00:07:28,657 --> 00:07:32,661 Awak kena cipta dua ilusi Marinette. 158 00:07:35,288 --> 00:07:36,956 Marinette bekerja keras agar saya 159 00:07:37,082 --> 00:07:39,000 ada kenangan positif tentang ayah saya. 160 00:07:39,125 --> 00:07:40,835 Dia tak biasa bertindak begini. 161 00:07:40,877 --> 00:07:41,878 Apa pendapat awak? 162 00:07:41,961 --> 00:07:44,881 Saya perlu akui saya setuju dengan Marinette. 163 00:07:44,964 --> 00:07:48,468 Muzium keju lebih menarik pada pendapat saya. 164 00:07:52,389 --> 00:07:55,141 Ladybug perlukan saya. Muzium keju perlu tunggu. 165 00:07:55,266 --> 00:07:56,976 Plagg, cakar muncul! 166 00:08:00,980 --> 00:08:02,148 Helo. 167 00:08:02,190 --> 00:08:03,733 Ladybug, kenapa kita di sini? 168 00:08:03,817 --> 00:08:05,568 Ini sebahagian rancangan, Pegasus. 169 00:08:05,610 --> 00:08:07,278 Marinette telah bersetuju 170 00:08:07,404 --> 00:08:10,323 untuk bantu kita tangkap pemegang baharu Keajaiban Kupu-Kupu. 171 00:08:10,448 --> 00:08:11,449 Kenapa dia? 172 00:08:11,491 --> 00:08:12,492 Saya dah tak tahan! 173 00:08:12,575 --> 00:08:14,994 Pemegang baharu itu akumatisasi keluarga saya, 174 00:08:15,036 --> 00:08:17,330 termasuk saya, jadi saya nak bantu kamu. 175 00:08:18,873 --> 00:08:20,208 Adakah saya nampak dua? 176 00:08:20,291 --> 00:08:22,293 Ya. Marinette yang mengalu-alukan awak 177 00:08:22,419 --> 00:08:24,170 - ialah ilusi. - Saya yang sebenar. 178 00:08:24,921 --> 00:08:27,590 Hati-hati, jika awak sentuh ilusi itu, ia akan hilang. 179 00:08:27,632 --> 00:08:30,510 Saya tahu, puan. Sangat meyakinkan. 180 00:08:30,593 --> 00:08:32,345 Okey, apa rancangan yang lain? 181 00:08:32,470 --> 00:08:34,514 Kita akan tarik perhatian Hawk Moth 182 00:08:34,597 --> 00:08:37,183 untuk buat mereka di-akumati dengan ilusi Marinette. 183 00:08:37,308 --> 00:08:39,602 Sejak bila ilusi boleh di-akumati? 184 00:08:39,644 --> 00:08:41,855 Jika boleh pun, seseorang hanya perlu 185 00:08:41,896 --> 00:08:43,857 sentuh ilusi untuk hilangkannya. 186 00:08:43,898 --> 00:08:45,900 Mungkin tidak, Rooster Bold. 187 00:08:46,026 --> 00:08:47,777 - Itulah peranan awak. - Awak perlu 188 00:08:47,861 --> 00:08:50,655 beri diri awak kuasa super yang akan membolehkan awak 189 00:08:50,780 --> 00:08:52,782 menyentuh ilusi itu tanpa menghilangkannya. 190 00:08:52,866 --> 00:08:54,242 Awak boleh lakukannya? 191 00:08:54,784 --> 00:08:57,328 Secara teori, saya boleh beri diri saya sebarang kuasa, 192 00:08:57,454 --> 00:08:59,664 tapi saya perlu bayangkan cara ia berfungsi. 193 00:08:59,789 --> 00:09:01,166 Saya percaya imaginasi awak. 194 00:09:01,207 --> 00:09:03,460 Bagaimana dengan… 195 00:09:03,501 --> 00:09:05,795 Okey, saya dah tahu. 196 00:09:05,879 --> 00:09:07,338 Sublimasi. 197 00:09:07,380 --> 00:09:10,091 Saya beri diri saya kuasa untuk lindungi ilusi Marinette 198 00:09:10,216 --> 00:09:12,552 dengan selapis udara. Jadi, apabila seseorang 199 00:09:12,635 --> 00:09:16,056 cuba menyentuh ilusi itu, mereka hanya akan menyentuh lapisan udara, 200 00:09:16,097 --> 00:09:17,807 bermakna dia takkan hilang. 201 00:09:27,901 --> 00:09:29,277 Ia berhasil! 202 00:09:29,360 --> 00:09:31,821 Syabas. Seterusnya, kita perlukan ilusi Marinette 203 00:09:31,905 --> 00:09:33,823 untuk mengalami emosi yang cukup kuat 204 00:09:33,907 --> 00:09:35,992 agar dia di-akumati oleh Hawk Moth baharu. 205 00:09:36,076 --> 00:09:37,952 - Itu tugas saya. - Sementara itu, 206 00:09:38,078 --> 00:09:39,829 Marinette sebenar sembunyi di sini. 207 00:09:39,913 --> 00:09:42,248 Awak pasti awak okey? Awak nak seseorang 208 00:09:42,373 --> 00:09:44,542 - temani awak? - Tak perlu, terima kasih. 209 00:09:44,667 --> 00:09:46,711 Saya pula, saya akan berpura-pura 210 00:09:46,836 --> 00:09:49,255 dikalahkan oleh ilusi akumatisasi dan… 211 00:09:49,297 --> 00:09:50,799 Cat Noir, masih bersama kami? 212 00:09:50,840 --> 00:09:52,258 Ya, saya di sini, puan! 213 00:09:52,383 --> 00:09:55,386 Jadi, saya akan benarkan ilusi akumatisasi untuk kalahkan saya 214 00:09:55,512 --> 00:09:57,430 dan rampas Keajaiban saya. 215 00:09:57,555 --> 00:10:00,225 Maksud puan, Keajaiban palsu, 216 00:10:00,266 --> 00:10:02,102 - bukan? - Tidak. 217 00:10:02,143 --> 00:10:04,104 Maksud saya yang sebenar. 218 00:10:04,145 --> 00:10:06,231 Jika tidak, penjahat takkan percaya kita. 219 00:10:07,023 --> 00:10:09,400 Amaran Kucing! Bukankah itu agak berbahaya? 220 00:10:09,442 --> 00:10:10,693 Awak akan berubah balik! 221 00:10:10,819 --> 00:10:12,987 Semua orang akan tahu identiti rahsia awak! 222 00:10:13,113 --> 00:10:15,115 Jangan risau, kami dah fikirkan semuanya. 223 00:10:17,117 --> 00:10:19,536 Sekarang bola saya dah sentuh subang Ladybug 224 00:10:19,577 --> 00:10:22,038 dan saya boleh dapatkannya secepat mungkin. 225 00:10:22,122 --> 00:10:24,124 Jadi, apabila ilusi akumatisasi Marinette 226 00:10:24,249 --> 00:10:26,334 ambil anting-anting Ladybug, Hawk Moth baharu 227 00:10:26,417 --> 00:10:28,294 akan suruh dia bawanya kepada mereka. 228 00:10:28,419 --> 00:10:30,839 Ketika itulah Ryuko dan Polymouse bertindak. 229 00:10:30,880 --> 00:10:33,883 Ilusi akumatisasi Marinette akan bawa Polymouse dan Ryuko 230 00:10:34,008 --> 00:10:35,426 kepada penjahat Kupu-kupu. 231 00:10:35,468 --> 00:10:37,470 Sebaik mereka jumpa tempat persembunyian, 232 00:10:37,595 --> 00:10:39,139 mereka akan beritahu kita. 233 00:10:39,264 --> 00:10:41,266 Akhirnya, Golongan Ajaib lain akan muncul 234 00:10:41,307 --> 00:10:43,309 melalui portal Pegasus 235 00:10:43,351 --> 00:10:45,353 untuk menangkap penjahat. Beres. 236 00:10:45,436 --> 00:10:49,065 Rancangan yang sempurna, puan tapi awak terlepas satu butiran kecil. 237 00:10:49,149 --> 00:10:50,608 Kucing kegemaran awak pula? 238 00:10:50,733 --> 00:10:53,903 Awak akan berpura-pura melawan ilusi akumatisasi Marinette. 239 00:10:53,987 --> 00:10:56,447 Kami takkan biarkan dia rampas Keajaiban awak. 240 00:10:56,489 --> 00:10:57,907 Itu terlalu berbahaya. 241 00:10:58,032 --> 00:11:00,326 Faham! Awak boleh harapkan saya, Bugaboo! 242 00:11:00,451 --> 00:11:02,620 - Ada soalan? - Kami dah sedia! 243 00:11:02,745 --> 00:11:04,455 Jadi, mari kita lakukannya, 244 00:11:04,497 --> 00:11:06,457 tapi sebelum saya sengaja menjadi mangsa 245 00:11:06,583 --> 00:11:08,585 penjahat akumatisasi, Tangkal Bertuah 246 00:11:09,294 --> 00:11:11,296 Rantai kunci ulat bulu? 247 00:11:11,337 --> 00:11:12,755 Okey, kenapa tidak? 248 00:11:12,797 --> 00:11:15,175 Awak simpan untuk saya. Mana tahu. 249 00:11:18,511 --> 00:11:21,222 Tergamak Alya menipu saya setelah sekian lama? 250 00:11:21,347 --> 00:11:23,183 Saya ingat kita kawan baik! 251 00:11:23,224 --> 00:11:25,602 Tapi dia khianati saya! 252 00:11:27,687 --> 00:11:31,065 Marinette Dupain-Cheng. 253 00:11:31,191 --> 00:11:33,776 Awak nampak tak gembira, tapi jangan risau. 254 00:11:33,902 --> 00:11:35,403 Saya akan pujuk awak. 255 00:11:43,369 --> 00:11:45,246 Maaf kerana mengganggu, 256 00:11:45,371 --> 00:11:47,415 tapi saya dapat rasakan kepayahan 257 00:11:47,498 --> 00:11:49,375 daripada persahabatan yang putus. 258 00:11:50,668 --> 00:11:54,047 Satu-satunya orang yang saya sangka takkan cederakan saya ialah Alya. 259 00:11:54,088 --> 00:11:56,382 Saya faham! Tiada yang lebih teruk 260 00:11:56,507 --> 00:11:58,343 daripada kawan yang menipu awak. 261 00:11:58,384 --> 00:11:59,969 Awak tahu apa yang sesuai? 262 00:12:00,094 --> 00:12:02,680 Awak boleh ajar dia. 263 00:12:02,722 --> 00:12:05,516 Saya harap ketegasan hatinya 264 00:12:05,558 --> 00:12:07,143 akan ditunjukkan pada mukanya! 265 00:12:07,227 --> 00:12:09,812 Saya boleh beri awak kuasa itu, hanya jika awak setuju. 266 00:12:09,938 --> 00:12:11,522 Saya patut panggil awak apa? 267 00:12:13,441 --> 00:12:14,734 Nemesis. 268 00:12:21,282 --> 00:12:23,284 Awak pula? Nak saya panggil awak apa? 269 00:12:23,409 --> 00:12:26,537 Itu tak penting. Saya cuma kawan ang ingin membantu awak. 270 00:12:29,540 --> 00:12:31,125 Tak apa. Teruskan. 271 00:12:33,461 --> 00:12:34,545 Alya Césaire! 272 00:12:34,587 --> 00:12:36,089 Saya akan cari awak! 273 00:12:37,173 --> 00:12:39,550 Alya! Tunjukkan diri awak, pengkhianat! 274 00:12:39,676 --> 00:12:42,178 Bagaimana awak fikir saya tak tahu? 275 00:12:42,262 --> 00:12:45,473 Saya tak sangka kawan baik saya akan tipu saya! 276 00:12:49,727 --> 00:12:52,272 Nemesis, awak mesti kawal kemarahan awak. 277 00:12:52,397 --> 00:12:54,857 Tak boleh! Pengkhianatannya terlalu besar! 278 00:12:54,983 --> 00:12:56,276 Mungkin awak silap. 279 00:12:56,317 --> 00:12:57,694 Saya tak salah! 280 00:13:04,284 --> 00:13:07,704 Jangan cuba halang saya! Kawan palsu hanya layak dapat satu benda! 281 00:13:07,745 --> 00:13:08,913 Untuk dihukum! 282 00:13:18,923 --> 00:13:21,009 Percayalah, Alya Césaire, 283 00:13:21,050 --> 00:13:22,593 di mana saja awak bersembunyi, 284 00:13:22,635 --> 00:13:24,304 saya akan cari awak! 285 00:13:24,929 --> 00:13:27,473 Pasti dia bersembunyi di rumah teman lelakinya. 286 00:13:27,598 --> 00:13:29,434 Nino! 287 00:13:30,601 --> 00:13:33,604 Awak halang jalan saya, jadi awak rakan subahat penipu! 288 00:13:33,730 --> 00:13:35,064 Bertenang, Nemesis! 289 00:13:35,189 --> 00:13:38,443 Mungkin Alya Césaire ada sebab baik untuk buat begitu. 290 00:13:38,484 --> 00:13:40,361 Tiada sebab untuk menipu. 291 00:13:40,486 --> 00:13:42,196 Menipu bermakna mengkhianati orang! 292 00:13:46,034 --> 00:13:47,618 Pegasus, pemindahan! 293 00:14:09,390 --> 00:14:11,768 Cat Noir dah kehilangan kuasa. 294 00:14:11,809 --> 00:14:13,478 Rampas Keajaibannya, Nemesis! 295 00:14:16,189 --> 00:14:17,690 Baru saja terlepas! 296 00:14:17,815 --> 00:14:19,650 Tak mengapa, fokus kepada Ladybug. 297 00:14:19,776 --> 00:14:22,695 Ladybug yang malang, kawan awak juga meninggalkan awak. 298 00:14:22,820 --> 00:14:24,864 Tak, mereka cuma hadapi kekalahan. 299 00:14:24,947 --> 00:14:26,699 Kawan sebenar takkan pergi. 300 00:14:26,824 --> 00:14:29,118 Salah! Salah sepenuhnya! 301 00:14:45,551 --> 00:14:47,595 Bagus! Tangkap Keajaibannya sekarang! 302 00:14:47,678 --> 00:14:50,848 Lekas sebelum mereka ambil dia macam mereka buat pada yang lain. 303 00:14:57,605 --> 00:15:00,525 Bagus, awak dah dapat Keajaiban Kumbang, 304 00:15:00,566 --> 00:15:03,402 Nemesis, bawakan kepada saya di Fontaine du Trocadero, 305 00:15:03,444 --> 00:15:06,405 jika awak nak saya bantu awak balas dendam 306 00:15:06,531 --> 00:15:08,866 terhadap bekas kawan baik awak. 307 00:15:08,991 --> 00:15:10,326 Sudah tentu! 308 00:15:10,409 --> 00:15:13,454 Ryuko, Nemesis menuju ke Fontaine du Trocadero. 309 00:15:13,579 --> 00:15:14,872 Baik! 310 00:15:20,419 --> 00:15:22,296 - Awak di mana? - Nampaknya kita 311 00:15:22,421 --> 00:15:24,715 takkan berjumpa. Letak Keajaiban itu 312 00:15:24,841 --> 00:15:26,300 di dalam lubang di air pancut. 313 00:15:32,014 --> 00:15:33,891 Syabas, Nemesis. 314 00:15:33,933 --> 00:15:36,894 Sekarang fokus kepada Keajaiban Cat Noir sekarang. 315 00:15:36,936 --> 00:15:38,896 Awak akan diberi ganjaran. 316 00:15:40,606 --> 00:15:42,275 Saya di posisi, Rena. Pemegang 317 00:15:42,316 --> 00:15:44,735 Keajaiban Kupu-kupu akan tiba tak lama lagi. 318 00:15:45,361 --> 00:15:47,196 Saya nampak seorang budak. 319 00:15:47,321 --> 00:15:48,656 Tak mungkin dia. 320 00:15:48,739 --> 00:15:50,324 Kita akan tahu nanti. 321 00:16:00,168 --> 00:16:02,211 Dia sembunyikan subang di dalam pembalut. 322 00:16:02,295 --> 00:16:04,338 - Dia pergi sekarang. - Ekori dia, Ryuko. 323 00:16:18,227 --> 00:16:20,479 Dia tinggalkan pembalut. Jika saya ekori dia, 324 00:16:20,521 --> 00:16:22,106 saya akan hilang Keajaiban itu. 325 00:16:22,231 --> 00:16:24,942 Betul, terlalu berisiko. Jaga anting-anting itu. 326 00:16:31,490 --> 00:16:33,117 Saya nampak ahli bomba. 327 00:16:33,242 --> 00:16:34,493 Dia ambil pembalut. 328 00:16:34,535 --> 00:16:35,828 Jangan kehilangan dia. 329 00:16:37,955 --> 00:16:39,665 Saya dah kehilangan dia. 330 00:16:39,790 --> 00:16:41,959 Jangan risau, kami uruskan dari sini. 331 00:16:50,009 --> 00:16:51,719 Saya pasti awak akan suka. 332 00:17:07,109 --> 00:17:08,277 Nemesis, 333 00:17:08,819 --> 00:17:12,281 Saya perlu pastikan ini Keajaiban sebenar. Nyahbatu Ladybug sebenar. 334 00:17:12,365 --> 00:17:13,449 Menurut perintah. 335 00:17:23,459 --> 00:17:26,128 Keajaiban ini asli! 336 00:17:30,716 --> 00:17:32,260 Kita dah tahu lokasinya. 337 00:17:32,301 --> 00:17:34,011 Baik, tangkap! 338 00:17:40,851 --> 00:17:41,852 Apa baru… 339 00:17:41,978 --> 00:17:43,604 Syabas. 340 00:17:43,729 --> 00:17:45,398 Golongan Ajaib, serang! 341 00:17:45,439 --> 00:17:47,400 Tidak! 342 00:17:47,441 --> 00:17:49,777 Ayuh! Dia pergi ke sana! 343 00:17:54,865 --> 00:17:56,576 Tikki, Tompok muncul 344 00:17:56,701 --> 00:17:58,035 Kita perlu berbincang. 345 00:17:58,160 --> 00:17:59,787 Saya dah luahkan semuanya. 346 00:17:59,870 --> 00:18:01,330 Kami dah sedia, Pegasus. 347 00:18:03,583 --> 00:18:04,750 Mari berpecah. 348 00:18:16,804 --> 00:18:17,805 Hei! 349 00:18:19,640 --> 00:18:20,641 Awak nampak dia? 350 00:18:20,766 --> 00:18:23,227 Dia ada di sana, tapi saya tak nampak dia. 351 00:18:23,352 --> 00:18:25,187 Lekas. Awak ke kanan, saya ke kiri. 352 00:18:43,372 --> 00:18:44,624 Kita dah kehilangan dia! 353 00:18:45,207 --> 00:18:47,335 - Saya tak nampak sesiapa. - Saya juga. 354 00:18:47,376 --> 00:18:49,211 Mustahil. 355 00:18:49,337 --> 00:18:50,671 Bagaimana dia terlepas? 356 00:18:51,130 --> 00:18:52,548 Patutkah saya hentikan ilusi? 357 00:18:52,632 --> 00:18:54,925 Ya, ia tak berguna lagi untuk kita. 358 00:18:55,051 --> 00:18:57,261 Kita pura-pura kalahkan dia agar 359 00:18:57,386 --> 00:18:58,846 tak timbulkan syak wasangka. 360 00:18:58,929 --> 00:19:01,223 Cat Noir, di mana awak bersembunyi? 361 00:19:02,975 --> 00:19:05,978 Nemesis, dengar. Semua kawan baik buat silap, tapi kawan sejati 362 00:19:06,103 --> 00:19:07,647 adalah untuk seumur hidup. 363 00:19:07,772 --> 00:19:09,231 Jika tak mahu kehilangan dia, 364 00:19:09,357 --> 00:19:11,942 awak sendiri perlu maafkan dia. 365 00:19:11,984 --> 00:19:13,778 Saya tahu awak boleh lakukannya! 366 00:19:14,528 --> 00:19:16,947 Betul kata awak, Ladybug. Saya mahu lakukannya. 367 00:19:16,989 --> 00:19:18,991 Saya mahu maafkan dia. 368 00:19:34,799 --> 00:19:36,258 Terima kasih. 369 00:19:38,803 --> 00:19:41,097 Keajaiban Kumbang! 370 00:19:48,562 --> 00:19:49,855 Kami okey, Rooster Bold. 371 00:19:50,981 --> 00:19:52,149 Degradasi. 372 00:19:54,819 --> 00:19:56,195 Realiti. 373 00:19:58,906 --> 00:20:00,324 Mari berehat. 374 00:20:01,701 --> 00:20:03,452 Saya betul tadi, bukan? 375 00:20:03,577 --> 00:20:04,912 Gabriel ialah Monarch. 376 00:20:04,995 --> 00:20:07,873 - Saya tak pernah tipu. - Secara teknikal, awak tak tipu. 377 00:20:07,915 --> 00:20:10,209 Awak berahsia dan manipulasi saya 378 00:20:10,292 --> 00:20:13,421 agar awak tak perlu jawab soalan saya. Terima kasih, Marinette. 379 00:20:13,462 --> 00:20:15,297 Jadi, beginilah jadi kawan baik? 380 00:20:15,423 --> 00:20:18,050 Saya tak nak bebankan awak dengan semua rahsia saya. 381 00:20:18,175 --> 00:20:20,886 Bukan saya saja. Awak tipu Adrien juga setiap hari. 382 00:20:21,011 --> 00:20:22,555 Jika saya cakap benar, 383 00:20:22,596 --> 00:20:25,015 - dia akan kecewa. - Awak tak boleh putuskan 384 00:20:25,141 --> 00:20:26,892 apa yang baik untuk mereka. 385 00:20:26,934 --> 00:20:28,352 Maafkan saya. 386 00:20:28,477 --> 00:20:30,312 Saya tak tahu cara lain. 387 00:20:30,438 --> 00:20:32,606 Saya cuma rasa tersekat sekarang. 388 00:20:35,443 --> 00:20:37,027 Saya takkan beritahu Adrien. 389 00:20:38,070 --> 00:20:39,739 Awak yang patut buat. 390 00:20:40,656 --> 00:20:43,659 Tapi jangan harap saya bersubahat dengan awak. 391 00:20:44,910 --> 00:20:46,370 Saya masih pengganti awak. 392 00:20:47,747 --> 00:20:50,207 Tapi jika awak nak kekal jadi kawan baik saya, 393 00:20:50,249 --> 00:20:52,251 jangan tipu saya lagi. 394 00:21:07,266 --> 00:21:10,352 Kita masih tak tahu apa-apa tentang pemegang Keajaiban Kupu-kupu. 395 00:21:10,478 --> 00:21:11,771 Wanita hamil itu? 396 00:21:11,896 --> 00:21:13,272 Dia tiada kuasa luar biasa. 397 00:21:13,355 --> 00:21:14,648 Kecuali melarikan diri. 398 00:21:14,774 --> 00:21:16,776 King Monkey, awak perasan apa-apa waktu 399 00:21:16,817 --> 00:21:18,652 - nampak dia? - Saya tak nampak dia. 400 00:21:18,778 --> 00:21:21,071 Ya, itu yang awak beritahu saya. 401 00:21:21,197 --> 00:21:23,073 - Saya tak beritahu. - Ya, awak cakap 402 00:21:23,199 --> 00:21:25,117 semasa kita terserempak di galeri. 403 00:21:25,242 --> 00:21:27,620 Apa maksud awak? Saya tak jumpa awak sehingga kita 404 00:21:27,661 --> 00:21:28,788 di tempat sama. 405 00:21:28,829 --> 00:21:31,290 Tapi awak yang beritahu saya. Kita terserempak! 406 00:21:31,373 --> 00:21:34,126 Tak! Saya janji saya tak bohong, Ladybug. 407 00:21:34,251 --> 00:21:37,254 Tapi jika bukan awak yang saya jumpa di galeri… 408 00:21:39,256 --> 00:21:40,257 Sudah tentu. 409 00:21:40,382 --> 00:21:41,550 Itu kuncinya. 410 00:21:41,675 --> 00:21:44,553 Ulat beluncas bertukar menjadi kupu-kupu 411 00:21:44,678 --> 00:21:46,388 dan penjahat baharu Kupu-kupu! 412 00:21:46,514 --> 00:21:48,557 - Anak itu. - Ahli bomba itu. 413 00:21:48,682 --> 00:21:50,976 - Wanita hamil itu. - King Monkey. 414 00:21:51,101 --> 00:21:53,020 Pemegang baharu Keajaiban Kupu-kupu 415 00:21:53,103 --> 00:21:55,105 boleh jadi sesiapa yang mereka mahu! 416 00:21:55,231 --> 00:21:56,941 Termasuk salah seorang di sini. 417 00:21:56,982 --> 00:21:58,442 Tapi bagaimana? 418 00:21:59,151 --> 00:22:00,319 Entahlah, 419 00:22:00,402 --> 00:22:02,822 tapi sekarang kita ada kelebihan. 420 00:22:02,863 --> 00:22:06,158 Kita perlu bangunkan protokol rahsia baharu. 421 00:22:17,169 --> 00:22:19,129 Apa yang awak kata tentang ayah saya, 422 00:22:19,171 --> 00:22:21,298 kenapa awak tak cakap lebih awal, Marinette? 423 00:22:21,423 --> 00:22:23,300 Kenapa awak setuju untuk lukis potretnya 424 00:22:23,425 --> 00:22:25,594 - jika awak tak mahu? - Saya mahu cuba. 425 00:22:25,719 --> 00:22:27,680 - Sungguh - Saya faham sebab 426 00:22:27,721 --> 00:22:29,598 awak marah ayah saya, 427 00:22:29,682 --> 00:22:32,142 tapi awak patut boleh cakap dengan saya. 428 00:22:32,184 --> 00:22:34,436 - Saya takut cederakan awak. - Awak tak akan. 429 00:22:34,478 --> 00:22:35,771 Saya rasa okey 430 00:22:35,855 --> 00:22:38,065 dan semuanya disebabkan oleh awak. 431 00:22:38,148 --> 00:22:39,608 Saya cinta awak. 432 00:22:48,158 --> 00:22:49,994 Saya gembira kita luahkan isi hati. 433 00:22:50,035 --> 00:22:52,496 Itulah yang menjadikan suatu hubungan begitu indah. 434 00:22:52,621 --> 00:22:55,207 Kita boleh jujur dengan satu sama lain. 435 00:22:58,210 --> 00:22:59,378 Awak dah nak pergi? 436 00:22:59,461 --> 00:23:02,089 Ya, ada sesuatu saya perlu buat. 437 00:23:06,343 --> 00:23:08,220 Saya cinta awak, Adrien. 438 00:23:20,900 --> 00:23:22,902 Saya tak boleh teruskan lagi, Tikki! 439 00:23:23,027 --> 00:23:24,904 Apa maksud awak, Marinette? 440 00:23:25,029 --> 00:23:27,197 Alya betul, saya tak boleh bersama Adrien 441 00:23:27,323 --> 00:23:30,492 dan terus berbohong, tapi saya tak boleh jujur juga. 442 00:23:30,534 --> 00:23:32,369 Saya tiada pilihan! 443 00:23:33,495 --> 00:23:35,039 Hubungan kami dah berakhir. 444 00:24:12,076 --> 00:24:14,078 Diterjemahkan oleh SJ