1 00:00:23,631 --> 00:00:24,465 Berhenti. 2 00:00:24,549 --> 00:00:26,384 KAWALAN POLIS 3 00:00:29,595 --> 00:00:30,595 Okey! 4 00:00:36,519 --> 00:00:37,562 Apa khabar? 5 00:00:38,312 --> 00:00:39,480 Baik. Encik apa khabar? 6 00:00:40,648 --> 00:00:41,816 Berikan kad pengenalan. 7 00:00:43,151 --> 00:00:44,151 Baik. 8 00:01:07,884 --> 00:01:08,884 Beri ayah bola itu. 9 00:01:10,678 --> 00:01:13,222 Dah berapa kali ayah kata, jangan baling bola ke sana? 10 00:01:13,764 --> 00:01:15,433 Kamu nak takutkan adik kamu? 11 00:01:15,683 --> 00:01:17,351 - Dia menangis. - Memanglah dia menangis. 12 00:01:17,435 --> 00:01:18,436 Bukankah dia masih kecil? 13 00:01:19,228 --> 00:01:21,022 Kamu dulu pun kecil juga. 14 00:01:21,272 --> 00:01:22,272 Baik, ayah. 15 00:01:22,481 --> 00:01:23,858 - Kenapa? - Tak ada apa. 16 00:01:25,776 --> 00:01:26,776 Kenapa, Juan Pablo? 17 00:01:27,653 --> 00:01:28,738 Saya nak dia mati. 18 00:01:32,116 --> 00:01:33,159 Jangan cakap begitu. 19 00:01:35,494 --> 00:01:37,038 Kita satu keluarga 20 00:01:37,413 --> 00:01:40,416 dan kita mesti jaga satu sama lain sepanjang masa. 21 00:01:41,125 --> 00:01:42,125 Faham? 22 00:01:56,182 --> 00:01:57,016 Helo. 23 00:01:57,099 --> 00:01:59,185 Pablo, Poison baru tembak polis. 24 00:01:59,685 --> 00:02:00,895 Ya, teruskan. Berapa orang? 25 00:02:01,395 --> 00:02:02,395 Dua. 26 00:02:02,772 --> 00:02:05,149 Yalah, dua apa? Sarjan atau polis biasa? 27 00:02:05,316 --> 00:02:07,068 Polis biasa. Awak tahulah Poison itu. 28 00:02:07,485 --> 00:02:09,070 Kalau polis, seorang satu juta dolar. 29 00:02:09,320 --> 00:02:10,780 Okey, jadi dua juta dolar? 30 00:02:11,322 --> 00:02:13,282 - Ya, saya dah tulis. - Okey, nanti kita jumpa. 31 00:02:14,492 --> 00:02:15,492 Okey. 32 00:02:16,702 --> 00:02:17,703 Ayah cakap tentang apa? 33 00:02:18,621 --> 00:02:19,664 Soal perniagaan. 34 00:02:20,665 --> 00:02:22,583 Saya nak jadi ahli perniagaan macam ayah. 35 00:04:10,691 --> 00:04:12,276 Jalan yang Pablo pilih ialah perang. 36 00:04:12,360 --> 00:04:13,360 POLIS 37 00:04:13,778 --> 00:04:16,322 Dia mewujudkan sistem ganjaran untuk membunuh polis 38 00:04:16,405 --> 00:04:17,740 lebih 200 orang terbunuh. 39 00:04:19,241 --> 00:04:20,993 Polis terpaksa membina bilik mayat khas 40 00:04:21,077 --> 00:04:22,328 untuk menyimpan mayat. 41 00:04:25,331 --> 00:04:27,208 Polis membalas dendam. 42 00:04:33,756 --> 00:04:36,342 Nama saya Alba Borraga, lahir tahun 1962 di Popayán. 43 00:04:36,425 --> 00:04:39,470 Ayah Sandoval, ibu María. Kami memiliki ladang tembakau. 44 00:04:39,553 --> 00:04:44,058 Tamat belajar di Universiti Cauca dalam pengkhususan kejuruteraan kimia. 45 00:04:44,308 --> 00:04:45,643 Okey, buat lagi dan pandang saya. 46 00:04:46,227 --> 00:04:47,686 Saya dah berlatih 17 kali. 47 00:04:48,187 --> 00:04:49,855 Awak melibatkan kami dalam hal ini. 48 00:04:50,106 --> 00:04:52,858 Sekarang, duduk dan buat semula sampai betul. 49 00:04:56,070 --> 00:04:58,447 Nama saya Alba Borraga, lahir tahun 1962 di Popayán. 50 00:04:58,781 --> 00:05:01,409 Ayah Sandoval, ibu María. Kami memiliki ladang tembakau. 51 00:05:01,659 --> 00:05:05,871 Tamat belajar di Universiti Cauca dalam pengkhususan kejuruteraan kimia. 52 00:05:07,206 --> 00:05:09,458 Macam mana kalau mereka tanya saya tentang kimia? 53 00:05:11,001 --> 00:05:12,795 - Saya harap awak pandai menipu. - Okey... 54 00:05:12,878 --> 00:05:13,963 Duduk. Ulang semula. 55 00:05:14,046 --> 00:05:15,046 Dah makin bagus. 56 00:05:16,799 --> 00:05:18,092 Kami melindungi Elisa 57 00:05:18,175 --> 00:05:20,970 sebab dia boleh mengaitkan Escobar dengan rampasan Istana Kehakiman... 58 00:05:21,971 --> 00:05:25,474 tapi dengan melindungi komunis, kami jadi pengkhianat. 59 00:05:26,308 --> 00:05:27,308 Fikirlah sendiri. 60 00:06:31,665 --> 00:06:32,665 Ayuh. 61 00:06:35,252 --> 00:06:36,462 - Dah sedia? - Ya. 62 00:06:39,089 --> 00:06:40,466 Sayang, terima kasih. 63 00:06:42,176 --> 00:06:44,637 - Awak mesti tolong tangkap Escobar. - Saya pun nak dia mati. 64 00:06:44,845 --> 00:06:46,388 Ya, tapi kami bukan skuad bunuh, okey? 65 00:06:46,472 --> 00:06:48,891 Nampaknya awak tak tahu sejarah negara awak di Amerika Latin. 66 00:06:48,974 --> 00:06:51,977 - Maaf, saya tak dengar... - Sayang, sabarlah. 67 00:07:08,869 --> 00:07:11,372 Steve, saya tahu awak marah, tapi ini tindakan yang betul. 68 00:07:11,455 --> 00:07:13,916 Tindakan yang betul? Macamlah saya ada pilihan, bukan? 69 00:07:14,500 --> 00:07:15,793 Ini saja pilihan yang ada. 70 00:07:16,710 --> 00:07:18,712 Baik awak fikir semula nak balik ke Miami atau tak. 71 00:07:18,837 --> 00:07:19,880 Mereka ada dalam kereta. 72 00:07:20,798 --> 00:07:21,798 Tunggu. 73 00:07:22,466 --> 00:07:23,466 Wah. 74 00:07:23,509 --> 00:07:24,552 Mungkin saya patut balik. 75 00:07:24,635 --> 00:07:26,053 Masuklah kereta cepat. 76 00:07:32,142 --> 00:07:34,520 Okey, mereka dah bergerak. Jalan. 77 00:07:42,736 --> 00:07:44,613 Saya tak patut bawa Connie ke sini. 78 00:07:45,531 --> 00:07:46,865 Dia tak sesuai hidup di sini. 79 00:07:48,158 --> 00:07:49,868 Komunis itu ada dengan dia. 80 00:07:50,202 --> 00:07:51,370 Jangan buat benda bodoh. 81 00:07:51,453 --> 00:07:54,081 Tundukkan kepala, kejap lagi semua ini akan berakhir. 82 00:07:54,582 --> 00:07:56,166 Kita akan pintas dia di sebelah kiri. 83 00:08:05,467 --> 00:08:06,552 Keluar dari kereta, Murphy! 84 00:08:07,761 --> 00:08:08,761 Keluar! 85 00:08:09,805 --> 00:08:11,640 - Jauhi kenderaan itu. - Awak mengekori saya? 86 00:08:12,349 --> 00:08:14,143 - Bawa dia ke tepi. - Bertenang. 87 00:08:14,602 --> 00:08:15,603 - Bertenang. - Belakang! 88 00:08:15,686 --> 00:08:17,396 - Cepat. Ke belakang! - Jangan pegang... 89 00:08:17,479 --> 00:08:18,856 - Jangan pegang saya! - Hei! 90 00:08:18,939 --> 00:08:20,357 - Awak intip saya? - Relaks, Murphy! 91 00:08:20,441 --> 00:08:21,859 Awak bercakap dengan siapa? 92 00:08:25,112 --> 00:08:26,112 Mana dia? 93 00:08:35,789 --> 00:08:36,789 Berundur. 94 00:08:39,251 --> 00:08:40,336 Awak bercakap dengan siapa? 95 00:08:42,171 --> 00:08:43,171 Peña. 96 00:08:44,381 --> 00:08:45,381 Isteri saya buat hal. 97 00:08:47,009 --> 00:08:48,469 - Masalah dengan isteri? - Ya. 98 00:08:50,179 --> 00:08:52,348 Suami awak bijak, dia buat mereka mengekori dia. 99 00:08:53,474 --> 00:08:54,475 Saya harap dia okey. 100 00:08:58,270 --> 00:08:59,270 Alamak. 101 00:09:16,664 --> 00:09:19,208 Selamat pagi, puan. Nak ke mana? 102 00:09:19,291 --> 00:09:21,168 Maaf, encik. Saya orang Amerika. 103 00:09:21,251 --> 00:09:22,503 Saya tak tahu bahasa Sepanyol. 104 00:09:23,212 --> 00:09:24,588 TENTERA 105 00:09:24,672 --> 00:09:25,756 Puan tahu bahasa Sepanyol? 106 00:09:26,590 --> 00:09:27,590 Ya. 107 00:09:28,884 --> 00:09:30,719 Saya tanya, puan nak ke mana. 108 00:09:31,387 --> 00:09:32,930 - Popayán. - Popayán? 109 00:09:33,555 --> 00:09:34,807 Saya nak tengok kad pengenalan. 110 00:09:36,225 --> 00:09:37,225 Dokumen. 111 00:10:21,979 --> 00:10:23,147 Cik Connie Murphy. 112 00:10:25,065 --> 00:10:26,065 Alba Borraga. 113 00:10:27,818 --> 00:10:29,069 Semoga selamat sampai. 114 00:10:30,279 --> 00:10:31,488 - Terima kasih. - Jaga diri. 115 00:10:31,822 --> 00:10:32,822 Terima kasih, encik. 116 00:10:42,833 --> 00:10:43,833 Helo? 117 00:10:44,460 --> 00:10:45,460 Hai. 118 00:10:46,879 --> 00:10:47,879 Okey, ya. 119 00:10:49,256 --> 00:10:50,966 Bagus, awak dah sampai di rumah anak yatim. 120 00:10:51,592 --> 00:10:52,592 Elisa selamat. 121 00:10:54,470 --> 00:10:56,597 Oh Tuhan. Tak, saya lega awak selamat. 122 00:10:56,930 --> 00:10:59,516 Awak mesti bertindak bijak, okey? 123 00:10:59,600 --> 00:11:01,435 Telefon saya setiap dua jam dalam perjalanan. 124 00:11:01,518 --> 00:11:02,895 Baik awak telefon saya setiap jam. 125 00:11:04,772 --> 00:11:05,772 Ya. 126 00:11:06,106 --> 00:11:07,106 Ya, saya tahu. 127 00:11:07,691 --> 00:11:08,691 Saya pun cintakan awak. 128 00:11:09,610 --> 00:11:11,361 Saya bangga dengan awak. Okey. 129 00:11:14,656 --> 00:11:18,494 Setelah memastikan Connie selamat, saya boleh fokus pada César Gaviria. 130 00:11:19,912 --> 00:11:23,207 Pada waktu itu, benda lain yang bahaya selain jadi polis Colombia... 131 00:11:23,290 --> 00:11:24,291 PRESIDEN 132 00:11:24,374 --> 00:11:26,668 ...ialah menjadi calon presiden Colombia. 133 00:11:46,980 --> 00:11:50,067 Gaviria terang-terang menyokong ekstradisi pengedar dadah 134 00:11:50,150 --> 00:11:51,318 ke Amerika Syarikat 135 00:11:51,527 --> 00:11:54,154 dan sudah tentu pihak kami mahu dia menang pilihan raya presiden. 136 00:11:54,613 --> 00:11:56,031 - Tapi untuk menang, - Terima kasih. 137 00:11:56,114 --> 00:11:57,866 dia perlu hidup sehingga hari pilihan raya. 138 00:11:58,367 --> 00:11:59,535 Tuan Gaviria? 139 00:12:00,160 --> 00:12:01,160 Ikut sana. 140 00:12:08,836 --> 00:12:10,504 - Jadi, awak Ejen Murphy. - Helo. 141 00:12:10,587 --> 00:12:11,797 - Selamat bertemu. - Saya juga. 142 00:12:11,880 --> 00:12:14,716 Saya Eduardo Sandoval, ketua sekuriti Dr. Gaviria. 143 00:12:15,425 --> 00:12:16,510 Apa yang boleh kami bantu? 144 00:12:16,677 --> 00:12:19,596 Agensi kami mahu beri bantuan dan sumber 145 00:12:19,680 --> 00:12:21,765 kepada Tn. Gaviria dan kempennya. 146 00:12:22,683 --> 00:12:26,603 Saya ingat DEA sepatutnya keluar cari pengedar dadah? 147 00:12:27,104 --> 00:12:28,438 Saya rasa kedua-duanya berkaitan. 148 00:12:28,689 --> 00:12:29,689 Ejen Murphy. 149 00:12:30,524 --> 00:12:31,984 - Selamat bertemu, tuan. - Saya juga. 150 00:12:32,359 --> 00:12:33,569 Sila duduk. 151 00:12:38,991 --> 00:12:43,412 Khidmat Rahsia awak dah terangkan tentang langkah-langkah keselamatan. 152 00:12:44,037 --> 00:12:45,914 Tak boleh berucap secara terbuka, 153 00:12:46,248 --> 00:12:48,000 ikut jalan balik berbeza setiap hari. 154 00:12:48,083 --> 00:12:52,296 Lepas kematian Lara dan Galán, seolah-olah kami perlu diajar tentang ini. 155 00:12:52,379 --> 00:12:53,380 - Tolonglah. - Memang pun. 156 00:12:53,463 --> 00:12:55,299 Mereka takkan berhenti selagi tak bunuh tuan. 157 00:12:56,008 --> 00:12:58,844 Saya tahu dan kami ambil semua langkah pencegahan. 158 00:12:59,845 --> 00:13:03,473 Malah kerajaan awak menawarkan limousin kebal Cadillac... 159 00:13:04,057 --> 00:13:05,392 yang dibina untuk presiden awak. 160 00:13:06,101 --> 00:13:09,313 Cuma masalahnya, bergerak dengan kereta kebal Amerika di Bogotá 161 00:13:09,813 --> 00:13:11,690 takkan disenangi pengundi kami. 162 00:13:13,066 --> 00:13:14,151 Sejujurnya... 163 00:13:16,320 --> 00:13:17,779 kami tak tahu macam mana nak jawab. 164 00:13:18,906 --> 00:13:21,408 Kalau ada orang nak beri Cadillac baru, saya ucap terima kasih. 165 00:13:24,119 --> 00:13:25,119 Baik, terima kasih. 166 00:13:26,121 --> 00:13:27,121 Ini pula? 167 00:13:29,791 --> 00:13:31,335 Kami nak buat apa dengan benda ini? 168 00:13:33,795 --> 00:13:34,880 Seluar kalis peluru. 169 00:13:36,632 --> 00:13:38,133 Saya mencadangkan agar tuan pakai. 170 00:13:40,802 --> 00:13:42,804 Ejen Murphy, terima kasih sebab mengambil berat. 171 00:13:44,056 --> 00:13:45,807 Kami akan ingat nasihat awak. 172 00:13:48,060 --> 00:13:49,519 Terima kasih sebab meluangkan masa. 173 00:13:53,982 --> 00:13:55,192 ADA MASA DEPAN DENGAN GAVIRIA 174 00:13:55,275 --> 00:13:57,611 César Gaviria dapat sokongan meluas daripada rakyat 175 00:13:57,694 --> 00:13:59,363 tentang pendiriannya terhadap ekstradisi. 176 00:13:59,988 --> 00:14:01,114 Ini menjadikan dia sasaran. 177 00:14:02,866 --> 00:14:04,409 Tapi kami ada sasaran sendiri. 178 00:14:05,410 --> 00:14:06,912 José Rodríguez Gacha, 179 00:14:07,371 --> 00:14:10,499 kami menjejaki dia hingga ke Cartagena melalui salah seorang pemberi maklumat. 180 00:14:17,297 --> 00:14:20,050 Kamu pernah dengar tentang komputer? 181 00:14:21,426 --> 00:14:24,429 Ada orang nak jual komputer pada ayah. Manalah ayah tahu apa benda itu. 182 00:14:25,180 --> 00:14:27,057 Itu jenis teknologi... 183 00:14:27,933 --> 00:14:29,810 yang baru keluar. 184 00:14:31,436 --> 00:14:33,438 - Baru keluar? - Ya, ayah. 185 00:14:35,816 --> 00:14:37,025 Hai, sayang. 186 00:14:40,278 --> 00:14:42,114 Awak nampak cantik hari ini. 187 00:14:45,784 --> 00:14:48,745 Relakslah, sayang. Kami takkan gigit. 188 00:14:51,581 --> 00:14:52,708 Tuan perlu apa-apa lagi? 189 00:14:53,458 --> 00:14:54,584 Saya nak awak. 190 00:14:56,003 --> 00:14:57,295 Tak ada, terima kasih. 191 00:14:57,796 --> 00:14:58,796 Baik, tuan. 192 00:15:01,717 --> 00:15:02,801 Saya mahukan dia. 193 00:15:03,635 --> 00:15:07,055 Ada benda lain yang lebih penting kita perlu fikirkan sekarang, nak. 194 00:15:08,348 --> 00:15:09,348 Faham? 195 00:15:10,600 --> 00:15:11,977 Cakap. Apa yang awak dapat tahu? 196 00:15:13,103 --> 00:15:15,439 Don Gonzalo, orang-orang kita berkawal di seluruh kawasan. 197 00:15:16,064 --> 00:15:17,064 Rumah ini selamat. 198 00:15:17,566 --> 00:15:19,526 Kita juga menempatkan orang di bandar. 199 00:15:21,403 --> 00:15:24,906 Okey, bagaimana pula di Medellín? 200 00:15:26,992 --> 00:15:27,992 Sama saja, bos. 201 00:15:28,869 --> 00:15:31,747 Seluruh Search Bloc Carrillo dikerahkan mencari Pablo. 202 00:15:33,165 --> 00:15:34,458 Terima kasih, Navegante. 203 00:15:35,042 --> 00:15:37,127 - Sedia berkhidmat, bos. - Jaga keselamatan kami. 204 00:15:40,172 --> 00:15:41,172 Don Freddy. 205 00:15:44,509 --> 00:15:45,509 Anakku, 206 00:15:46,053 --> 00:15:47,054 ayah nak tanya sesuatu. 207 00:15:48,889 --> 00:15:50,265 Kita biri-biri atau serigala? 208 00:15:52,434 --> 00:15:53,685 Kita serigala. 209 00:15:53,769 --> 00:15:55,562 Kita serigala! Betul. 210 00:15:56,396 --> 00:15:57,396 Ayah suka itu. 211 00:16:00,567 --> 00:16:03,695 Mereka berada di sebuah rumah di pinggir Cartagena, di sini. 212 00:16:04,237 --> 00:16:07,240 Ingat, ada ramai orang mengawal rumah itu. 213 00:16:08,617 --> 00:16:12,120 Navegante, dah bertahun-tahun awak kerja dengan Gacha. 214 00:16:13,371 --> 00:16:16,666 Mestilah sepanjang tempoh itu, gaji awak lebih tinggi daripada apa yang kami beri. 215 00:16:18,210 --> 00:16:20,212 Jadi saya nak tahu, kenapa awak nak belot dia? 216 00:16:24,424 --> 00:16:25,717 Dia itu dah hilang akal. 217 00:16:27,844 --> 00:16:29,387 Dia akan menyebabkan kami semua mati. 218 00:16:40,232 --> 00:16:41,566 Saya tak percayakan dia langsung. 219 00:16:42,567 --> 00:16:44,152 Kenapa awak nak tahu sebab dia belot? 220 00:16:45,529 --> 00:16:47,948 Sebab kita ada 23 orang ejen dengan senjata lapuk 221 00:16:48,031 --> 00:16:49,658 sedang menunggu di Barranquilla. 222 00:16:50,700 --> 00:16:53,703 Orang-orang dia pula dua kali lebih ramai dan ada senjata terbaru. 223 00:16:54,830 --> 00:16:55,831 Terus terang saya cakap, 224 00:16:56,623 --> 00:16:59,376 saya dah jelak hantar anggota muda keluar cari maut. 225 00:17:01,169 --> 00:17:02,420 Kalau begitu, kita kena bijak. 226 00:17:05,465 --> 00:17:06,925 Kita perlu pasang jerat. 227 00:17:07,467 --> 00:17:09,761 Kalau kita tangkap dia hidup-hidup, dia akan beri Escobar. 228 00:17:10,303 --> 00:17:11,346 Bersama Ochoa bersaudara. 229 00:17:11,888 --> 00:17:14,182 - Seluruh kartel. - Saya tak peduli, Javier. 230 00:17:15,600 --> 00:17:16,600 Saya cuma nak dia mati. 231 00:17:17,060 --> 00:17:18,645 Dia tak peduli tentang mati. 232 00:17:19,229 --> 00:17:21,773 Dia cuma takut mereput dalam penjara. 233 00:17:23,900 --> 00:17:24,985 Itulah kejayaan sebenar. 234 00:17:25,569 --> 00:17:27,028 Yalah. Saya lupa, awak orang putih. 235 00:17:28,738 --> 00:17:30,031 Apa maksud awak? 236 00:17:30,532 --> 00:17:31,825 Apa risiko yang awak ambil? 237 00:17:32,576 --> 00:17:33,827 Anggota saya bukan orang awak. 238 00:17:34,536 --> 00:17:36,037 Awak tak ada keluarga di sini. 239 00:17:37,247 --> 00:17:39,457 Kalau silap langkah, ramai akan jadi balu dan anak yatim 240 00:17:40,041 --> 00:17:42,127 dan saya yang kena tanggung beban itu. 241 00:17:46,006 --> 00:17:47,006 Saya... 242 00:17:47,841 --> 00:17:49,134 Saya percayakan maklumat dia. 243 00:17:53,597 --> 00:17:54,597 Saya percayakan awak. 244 00:17:56,308 --> 00:17:57,601 Tapi kalau operasi ini gagal... 245 00:17:58,602 --> 00:18:00,645 awak akan rasa bersalah seumur hidup. 246 00:18:08,612 --> 00:18:09,612 Ada apa? 247 00:18:10,864 --> 00:18:12,240 Pengawasan rutin lapangan terbang. 248 00:18:13,074 --> 00:18:14,074 Kami jumpa Poison. 249 00:18:25,170 --> 00:18:26,171 Siapa dia ini? 250 00:18:27,297 --> 00:18:29,674 Tak tahu, tapi kalau Poison sanggup keluar untuk jemput dia, 251 00:18:29,758 --> 00:18:30,926 mesti dia orang penting. 252 00:18:34,554 --> 00:18:35,554 Ini bayarannya, encik. 253 00:18:38,350 --> 00:18:40,769 Barang akan dibawa ke pantai Sepanyol dengan kapal kargo. 254 00:18:42,145 --> 00:18:44,606 Dari sana, lori kami akan bawa ke Daerah Basque. 255 00:18:46,983 --> 00:18:47,983 Semuanya dah sedia. 256 00:18:51,363 --> 00:18:53,823 5,000 kilo, kalau tidak saya terus balik ke Sepanyol. 257 00:18:59,204 --> 00:19:00,204 Apa? 258 00:19:02,666 --> 00:19:04,793 Setahu saya, awak dan sepupu saya dah ada perjanjian. 259 00:19:05,377 --> 00:19:06,711 Ikut perjanjian, banyak ini. 260 00:19:07,295 --> 00:19:08,296 Apa awak mengarut ni? 261 00:19:10,257 --> 00:19:12,008 Sama ada 5,000 kilo atau perjanjian batal. 262 00:19:14,386 --> 00:19:15,512 Kalau begitu, batal sajalah. 263 00:19:15,679 --> 00:19:17,305 Awak ingat, awak bercakap dengan siapa? 264 00:19:23,270 --> 00:19:24,604 Maafkan sepupu saya. 265 00:19:30,568 --> 00:19:32,237 Baiklah, 5,000 kilo. 266 00:19:41,705 --> 00:19:42,998 Kami tak patut pergi. 267 00:19:44,541 --> 00:19:45,709 Saya nak awak berada di AS. 268 00:19:46,751 --> 00:19:48,795 Awak akan selamat di sana, jauh daripada semua ini. 269 00:19:49,671 --> 00:19:52,132 - Kalau jadi apa-apa... - Tiada apa akan terjadi kepada saya. 270 00:19:53,925 --> 00:19:54,925 Mari kita pergi. 271 00:20:07,814 --> 00:20:09,190 Tolonglah jaga dia. 272 00:20:10,608 --> 00:20:12,986 Jangan risau, semua akan selamat. Mari, saya hantar awak. 273 00:20:19,409 --> 00:20:20,660 Pergi dulu, ayah! 274 00:20:36,384 --> 00:20:38,219 Nyawa Gaviria dalam bahaya, 275 00:20:39,387 --> 00:20:41,723 tapi isteri saya bersama pelarian dikehendaki di Colombia 276 00:20:41,806 --> 00:20:43,600 dan rakan sekerja saya di Cartagena. 277 00:20:45,393 --> 00:20:47,228 Dia ada misi sendiri bersama sepasukan polis 278 00:20:47,312 --> 00:20:50,482 yang menyaksikan sendiri kawan dan saudara mereka maut di tangan Gacha. 279 00:20:52,984 --> 00:20:53,985 Contohnya Trujillo, 280 00:20:54,569 --> 00:20:57,113 bapa dan dua orang abangnya polis, 281 00:20:57,197 --> 00:20:59,324 semuanya mati dalam pertempuran dengan kartel dadah. 282 00:21:03,453 --> 00:21:05,580 Seperti mana kami mahukan Gacha, 283 00:21:06,164 --> 00:21:07,707 pengedar dadah mahukan Gaviria. 284 00:21:14,005 --> 00:21:16,091 Kalau boleh, saya tak nak minta tolong daripada dia. 285 00:21:16,841 --> 00:21:20,470 Suárez ini licik macam ikan hag, sikit pun tak boleh pakai. 286 00:21:20,929 --> 00:21:23,556 - Helo, Suárez. - Amboi, tengok siapa ini. 287 00:21:24,140 --> 00:21:25,141 Orang Putih Emas. 288 00:21:25,600 --> 00:21:27,018 Awak tak telefon atau hantar surat. 289 00:21:28,019 --> 00:21:29,771 Saya telefon pejabat awak. 290 00:21:31,439 --> 00:21:32,690 Saya bercakap dengan Peña saja. 291 00:21:36,194 --> 00:21:37,445 Saya nak tahu ini siapa. 292 00:21:38,321 --> 00:21:39,321 Saya nak... 293 00:21:40,240 --> 00:21:41,240 Saya nak... 294 00:21:42,700 --> 00:21:45,245 Saya nak tahu dia siapa. 295 00:21:47,831 --> 00:21:49,916 "Saya nak tahu dia siapa." 296 00:21:51,376 --> 00:21:53,044 Awak buat saya ketawalah. 297 00:21:54,504 --> 00:21:56,798 "Saya nak tahu dia siapa." 298 00:21:58,466 --> 00:22:00,260 Berundur! 299 00:22:01,428 --> 00:22:02,428 Okey. 300 00:22:03,638 --> 00:22:06,391 Awak bekerja untuk saya, bodoh! 301 00:22:06,808 --> 00:22:07,808 Okey? Faham? 302 00:22:08,226 --> 00:22:09,226 Awak faham? 303 00:22:09,769 --> 00:22:10,769 Awak tahu dia siapa? 304 00:22:11,479 --> 00:22:12,730 Awak nak cakap atau tak? 305 00:22:13,273 --> 00:22:14,273 Bagus. 306 00:22:14,691 --> 00:22:16,860 Suárez tahu siapa lelaki itu 307 00:22:17,360 --> 00:22:18,736 dan bukan dia seorang yang tahu. 308 00:22:20,572 --> 00:22:21,573 Oh Tuhan. 309 00:22:21,656 --> 00:22:23,700 Lain kali kalau nak menipu, tengok orang dulu. 310 00:22:24,200 --> 00:22:25,200 Apa yang berlaku? 311 00:22:25,577 --> 00:22:27,328 Saya ada alasan kukuh yang kartel Medellín 312 00:22:27,412 --> 00:22:29,247 merancang serangan bahaya ke atas Gaviria. 313 00:22:29,747 --> 00:22:31,166 Kami tak dapat maklumat pun. 314 00:22:31,249 --> 00:22:32,459 Mungkin awak patut buat kerja 315 00:22:32,542 --> 00:22:34,502 bukannya mengintip pegawai agensi lain. 316 00:22:35,962 --> 00:22:38,756 - Apa maksud dia? - Tak ada apa-apa, puan. 317 00:22:39,674 --> 00:22:41,676 CIA bermurah hati beri kami dokumen-dokumen ini, 318 00:22:41,759 --> 00:22:44,095 tapi 90 peratus daripadanya terlalu sulit untuk dibaca. 319 00:22:45,680 --> 00:22:46,890 Saya nak masuk ke Bilik Putih. 320 00:22:48,057 --> 00:22:49,058 Apa itu? 321 00:22:49,142 --> 00:22:51,019 Jangan buat-buat tak tahu. Beri saya fail dia. 322 00:22:52,937 --> 00:22:54,564 Awak banyak sangat baca novel perisik. 323 00:22:55,940 --> 00:22:56,940 Novel perisik... 324 00:22:57,275 --> 00:22:58,610 Awak pernah baca Lelaki Sepanyol? 325 00:23:00,320 --> 00:23:01,404 Mana awak dapat gambar ini? 326 00:23:01,654 --> 00:23:03,531 Puan, dia dah ada di negara ini beberapa hari. 327 00:23:03,615 --> 00:23:06,367 Dia diiringi oleh salah seorang pembunuh upahan utama Pablo. 328 00:23:06,784 --> 00:23:07,784 Saya nak tengok. 329 00:23:08,453 --> 00:23:10,872 Saya tahu CIA ada maklumat tentang dia. 330 00:23:13,833 --> 00:23:16,085 Jadi, awak nak beri saya akses atau tak? 331 00:23:21,257 --> 00:23:23,009 Sebenarnya, bilik itu bukan berwarna putih. 332 00:23:24,010 --> 00:23:25,386 Warna merah tua. 333 00:23:32,477 --> 00:23:34,562 Ejen Schroeder, boleh ikut kami? 334 00:23:37,815 --> 00:23:40,401 Bilik Putih ialah tempat simpan maklumat rahsia 335 00:23:40,485 --> 00:23:43,071 untuk rahsia paling besar CIA. 336 00:23:43,905 --> 00:23:46,658 Sangat rahsia sehinggakan kewujudannya 337 00:23:46,741 --> 00:23:47,784 tak pernah diakui. 338 00:23:55,083 --> 00:23:56,083 Duduk sini. 339 00:23:57,585 --> 00:23:59,837 Ejen Schroeder akan perhatikan awak sepanjang masa. 340 00:24:01,214 --> 00:24:02,257 Mana fail-fail itu? 341 00:24:14,310 --> 00:24:16,062 Saya rasa dia masih terlalu lembik. 342 00:24:17,313 --> 00:24:18,356 Dia boleh buat. 343 00:24:21,067 --> 00:24:22,527 Entahlah, Pablo. 344 00:24:23,403 --> 00:24:24,904 Saya rasa kita perlu tangguh operasi. 345 00:24:24,988 --> 00:24:28,032 - Hal ini sangat rumit. - Awak terlalu banyak fikir, Gustavo. 346 00:24:30,201 --> 00:24:32,704 Sebab itu rambut awak banyak gugur. 347 00:24:34,163 --> 00:24:35,873 Memang kelakar sangat. 348 00:24:39,002 --> 00:24:40,253 Ketawalah. 349 00:24:43,506 --> 00:24:44,966 Budak ini macam mana, mak? 350 00:24:45,425 --> 00:24:46,426 Dia masih belajar... 351 00:24:47,176 --> 00:24:48,553 tapi kena tegas. 352 00:24:48,636 --> 00:24:50,054 - Apa khabar, mak cik? - Apa cerita? 353 00:24:51,639 --> 00:24:55,643 Kenalah tegas, supaya dia boleh bergaul dengan anak-anak pemimpin, bukan? 354 00:24:55,977 --> 00:24:58,229 - Ya, tuan. - Supaya dia boleh korek maklumat. 355 00:25:00,023 --> 00:25:01,399 Badut-badut ini pula macam mana? 356 00:25:02,900 --> 00:25:04,193 Mereka layan awak elok-elok tak? 357 00:25:05,612 --> 00:25:06,779 Bolehlah. 358 00:25:08,573 --> 00:25:10,867 "Bolehlah" apa pula? Kami layan awak dengan elok. 359 00:25:13,161 --> 00:25:14,329 Awak nak makan tak, Gustavo? 360 00:25:17,624 --> 00:25:18,958 - Nak nasi? - Ya. 361 00:25:25,590 --> 00:25:26,590 Terima kasih. 362 00:25:28,468 --> 00:25:29,510 Jaime. 363 00:25:32,013 --> 00:25:33,264 Selamat datang ke keluarga ini. 364 00:25:35,600 --> 00:25:36,601 Terima kasih, bos. 365 00:25:41,230 --> 00:25:42,482 Awak tak boleh buat apa-apa? 366 00:25:44,484 --> 00:25:45,484 Tak. 367 00:25:47,445 --> 00:25:49,113 Masa berperang, tak boleh buat apa-apa. 368 00:25:50,490 --> 00:25:53,034 Bodoh betullah. Hari-hari ada orang mati 369 00:25:53,117 --> 00:25:55,703 dan kawan-kawan saya ingat abang saya yang bertanggungjawab. 370 00:25:58,623 --> 00:26:00,333 Kita cakap tentang benda lainlah, sayang. 371 00:26:02,085 --> 00:26:03,085 Ya. 372 00:26:04,045 --> 00:26:06,005 Okey, mari kita bercakap tentang lari sama-sama. 373 00:26:07,173 --> 00:26:08,716 Sementara boleh, marilah kita lari. 374 00:26:11,761 --> 00:26:12,804 "Mari kita lari." 375 00:26:13,554 --> 00:26:14,554 Dengar ayat itu. 376 00:26:21,062 --> 00:26:23,231 Kenapa awak nak lari dengan penjenayah macam saya? 377 00:26:25,608 --> 00:26:26,608 Kenapa tak boleh? 378 00:26:29,904 --> 00:26:30,947 Kalaulah semudah itu. 379 00:26:31,989 --> 00:26:33,491 Saya tak boleh pergi begitu saja. 380 00:26:34,659 --> 00:26:35,659 Saya tahu. 381 00:26:36,577 --> 00:26:38,204 Awak cakap begitu sebab isteri awak. 382 00:26:39,205 --> 00:26:41,207 Saya tak peduli tentang dia. 383 00:26:42,709 --> 00:26:43,960 Maksud saya, isteri satu lagi. 384 00:26:44,585 --> 00:26:45,585 Pablo. 385 00:26:46,838 --> 00:26:48,506 Siapa wanita dalam hubungan itu? 386 00:26:49,090 --> 00:26:50,090 Awak? 387 00:26:59,559 --> 00:27:02,270 Gacha selalu paranoid bila keadaan terlalu tenang. 388 00:27:03,229 --> 00:27:05,732 Sekarang, dia mula tertanya-tanya di mana Navegante. 389 00:27:19,036 --> 00:27:20,121 Hai, sayang. 390 00:27:20,955 --> 00:27:21,956 Tuan buat apa ini? 391 00:27:24,208 --> 00:27:25,460 Saya dah kahwin, tuan. 392 00:27:25,543 --> 00:27:27,503 Tak ada masalah. Saya boleh buat awak jadi janda. 393 00:27:27,670 --> 00:27:30,173 Jangan sentuh saya! 394 00:27:30,339 --> 00:27:32,008 Freddy, jangan kacau dia. Mari sini. 395 00:27:32,842 --> 00:27:33,885 Apa? 396 00:27:34,510 --> 00:27:37,472 Search Bloc ada di sini, bukan Medellín. 397 00:27:37,638 --> 00:27:39,348 Tapi Navegante kata mereka ada di sana. 398 00:27:39,599 --> 00:27:40,599 Navegante... 399 00:27:41,017 --> 00:27:42,810 Navegante menipu. 400 00:27:43,311 --> 00:27:44,437 Dia takkan belot ayah. 401 00:27:45,438 --> 00:27:46,438 Freddy... 402 00:27:47,440 --> 00:27:49,066 fikirlah. 403 00:27:49,484 --> 00:27:52,069 Semua orang di dunia ini ada harga. 404 00:27:54,614 --> 00:27:56,073 Okey, mari kita pergi! 405 00:27:56,407 --> 00:27:58,910 Kalau mereka nak perang, kita perang! 406 00:28:11,380 --> 00:28:12,924 AGENSI PERISIKAN PUSAT "ORANG SEPANYOL" 407 00:28:13,007 --> 00:28:15,176 Orang Sepanyol ialah nama yang menarik perhatian semua. 408 00:28:15,843 --> 00:28:17,136 Dia adalah ahli ETA. 409 00:28:18,513 --> 00:28:19,597 Pernah dengar? 410 00:28:20,097 --> 00:28:22,308 Bagi mereka, buat bom adalah suatu seni. 411 00:28:26,479 --> 00:28:29,607 Kononnya, mereka pejuang kebebasan dari Daerah Basque, 412 00:28:30,358 --> 00:28:31,943 cuba untuk berpisah dari Sepanyol. 413 00:28:33,694 --> 00:28:37,031 Kepakaran mereka ialah pembunuhan terancang tokoh masyarakat. 414 00:28:40,284 --> 00:28:44,539 ETA bertanggungjawab atas pembunuhan Perdana Menteri Sepanyol, Luis Blanco... 415 00:28:45,540 --> 00:28:47,291 semasa pulang dari Mass Krismas... 416 00:28:49,043 --> 00:28:50,711 dan bom kereta kawalan jauh 417 00:28:50,795 --> 00:28:52,004 yang bunuh Menteri Pertahanan, 418 00:28:52,588 --> 00:28:53,673 Alejandro Rivera. 419 00:28:56,843 --> 00:28:58,052 Dalang di sebalik bom itu? 420 00:28:58,135 --> 00:28:59,136 Tepat sekali, 421 00:28:59,554 --> 00:29:00,554 Orang Sepanyol. 422 00:29:01,514 --> 00:29:03,975 Nama sebenarnya Efram Gonzalez, 423 00:29:04,350 --> 00:29:05,977 sekarang dia selebriti upahan. 424 00:29:06,686 --> 00:29:08,271 Bayarannya mahal, tapi terbaik. 425 00:29:09,564 --> 00:29:11,274 Sebab Pablo hanya ambil yang terbaik. 426 00:29:20,950 --> 00:29:23,744 Itulah pelan Pablo, nak letupkan Gaviria. 427 00:29:24,495 --> 00:29:28,457 Persoalannya, di mana, bila dan bagaimana? 428 00:29:29,876 --> 00:29:32,128 Saya menghargai rasa bimbang puan... 429 00:29:33,170 --> 00:29:36,549 tapi membatalkan perjalanan kempen, bukanlah satu pilihan. 430 00:29:37,550 --> 00:29:40,511 Tapi, berdasarkan maklumat baru yang ditemui oleh Ejen Murphy, 431 00:29:41,012 --> 00:29:42,430 saya harap tuan akan fikir semula. 432 00:29:43,639 --> 00:29:46,684 Dia dah muncul di Cali, Boyacá dan banyak bandar lain. 433 00:29:47,226 --> 00:29:49,020 Tuan adalah sasaran di setiap tempat itu. 434 00:29:49,604 --> 00:29:50,730 Ya dan... 435 00:29:51,689 --> 00:29:53,733 kami dah buat semua cadangan Khidmat Rahsia AS 436 00:29:53,816 --> 00:29:56,235 dan Jabatan Pertahanan Awam Sepanyol. 437 00:29:56,652 --> 00:30:00,615 Kami hantar anjing pengesan bom di setiap hentian kempen, jadi... 438 00:30:01,157 --> 00:30:01,991 tak ada masalah. 439 00:30:02,074 --> 00:30:03,826 Awak ingat Orang Sepanyol tak tahu? 440 00:30:06,162 --> 00:30:07,162 Ya, saya faham. 441 00:30:08,080 --> 00:30:10,958 Tapi, macam mana dia nak menang dalam pilihan raya 442 00:30:11,042 --> 00:30:13,961 kalau dia menyorok macam arnab disebabkan keganasan ini? 443 00:30:14,045 --> 00:30:15,045 Cakaplah, macam mana? 444 00:30:15,755 --> 00:30:17,798 Macam mana dia nak menang kalau dia dah mati? 445 00:30:18,799 --> 00:30:20,968 Saya tak nak isteri tuan dapat berita kematian tuan. 446 00:30:21,052 --> 00:30:22,511 Ini bukan tugas awak, okey? 447 00:30:26,057 --> 00:30:27,266 Terima kasih, Ejen Murphy... 448 00:30:28,643 --> 00:30:29,852 tapi betul cakap Eduardo. 449 00:30:31,604 --> 00:30:32,897 Saya akan ambil risiko. 450 00:30:37,944 --> 00:30:39,153 Nama dia Steve Murphy. 451 00:30:39,737 --> 00:30:40,737 Dia DEA. 452 00:30:41,739 --> 00:30:43,449 Saya harap awak bayar untuk maklumat ini. 453 00:30:54,794 --> 00:30:57,171 Suárez dah beritahu DEA. 454 00:31:00,216 --> 00:31:02,093 Awak tahu apa yang awak perlu buat. 455 00:31:36,043 --> 00:31:37,044 Dia dah lari. 456 00:31:39,005 --> 00:31:40,715 Mereka bunuh orang gaji. 457 00:31:44,468 --> 00:31:45,468 Kolonel! 458 00:31:49,181 --> 00:31:50,181 Kolonel... 459 00:31:52,226 --> 00:31:53,602 Pegawai di sekatan jalan telefon. 460 00:31:54,186 --> 00:31:57,356 Mereka tahan kereta dan kata mereka, pemandunya senator. 461 00:31:57,857 --> 00:32:00,067 - Dia ada pengenalan diri? - Semua maklumatnya betul. 462 00:32:00,526 --> 00:32:01,694 Jadi, apa masalahnya? 463 00:32:02,778 --> 00:32:04,488 Mereka jumpa mesingan dalam bonet kereta. 464 00:32:06,365 --> 00:32:07,365 Mari. 465 00:32:18,461 --> 00:32:19,670 Tengoklah surat akuan saya. 466 00:32:20,588 --> 00:32:22,673 Saya tak kenal siapa Gacha yang awak sebut itu. 467 00:32:24,675 --> 00:32:26,552 Kenapa simpan mesingan dalam bonet? 468 00:32:29,221 --> 00:32:30,221 Tuan, 469 00:32:30,806 --> 00:32:34,060 awak tanya ahli politik negara ini kenapa dia bawa senjata? 470 00:32:35,227 --> 00:32:36,227 Tolonglah. 471 00:32:36,979 --> 00:32:39,273 - Itu mesingan pengawal saya. - Mana pengawal awak? 472 00:32:41,150 --> 00:32:42,777 Awak seorang diri dalam kereta, bukan? 473 00:32:44,862 --> 00:32:46,238 Dengar sini, tuan. 474 00:32:46,989 --> 00:32:48,324 Kalau awak tak lepaskan saya, 475 00:32:49,033 --> 00:32:50,701 awak akan menyesal. 476 00:32:56,248 --> 00:32:57,248 Terima kasih. 477 00:32:58,042 --> 00:32:59,043 Kami minta diri sekejap. 478 00:32:59,627 --> 00:33:00,627 Silakan. 479 00:33:03,297 --> 00:33:04,465 Saya tak percayakan dia. 480 00:33:05,716 --> 00:33:06,716 Saya pun sama. 481 00:33:09,512 --> 00:33:10,721 Mungkin surat akuannya dibeli. 482 00:33:12,723 --> 00:33:14,558 Macam mana kalau betul dia senator? 483 00:33:15,476 --> 00:33:16,602 Kita terimalah akibatnya. 484 00:33:19,105 --> 00:33:20,564 Saya tak boleh ambil risiko. 485 00:33:21,899 --> 00:33:22,899 Betul. 486 00:33:23,651 --> 00:33:24,819 Tapi saya boleh ambil risiko. 487 00:33:31,283 --> 00:33:32,785 Lepas ini kepala awak pula! 488 00:33:32,868 --> 00:33:34,745 - Okey! - Baik awak cakap sekarang! 489 00:33:34,829 --> 00:33:36,122 Saya akan cakap! 490 00:33:38,707 --> 00:33:39,834 Ayah sayangkan kamu, sayang. 491 00:33:40,960 --> 00:33:41,960 Ayah sayangkan kamu. 492 00:33:42,461 --> 00:33:43,504 Ada tetamu. 493 00:33:44,046 --> 00:33:45,046 Don Pablo datang. 494 00:33:46,841 --> 00:33:48,050 Hei, Jaime. 495 00:33:49,093 --> 00:33:50,302 - Don Pablo. - Ini rumah awak? 496 00:33:50,719 --> 00:33:53,305 - Keluarga awak? - Ya, bos. Selamat datang. 497 00:33:53,889 --> 00:33:54,889 Perkenalkanlah mereka. 498 00:33:55,307 --> 00:33:57,601 Ini anak saya, Marcela. 499 00:33:57,935 --> 00:33:59,562 Tengoklah, comelnya dia. 500 00:34:00,437 --> 00:34:02,481 - Mesti awak bangga. - Mestilah. 501 00:34:03,315 --> 00:34:04,315 Mestilah. 502 00:34:05,151 --> 00:34:08,487 Tak lama lagi, mereka akan ada duit untuk beli apa saja. 503 00:34:09,572 --> 00:34:10,698 Terima kasih banyak, bos. 504 00:34:11,198 --> 00:34:13,075 - Boleh ambil air untuk saya? - Boleh. 505 00:34:13,159 --> 00:34:14,159 Terima kasih. 506 00:34:14,827 --> 00:34:16,120 - Awak okey? - Ya, bos. 507 00:34:16,203 --> 00:34:18,330 - Apa khabar? - Sihat, terima kasih. 508 00:34:19,915 --> 00:34:20,915 Hai. 509 00:34:22,001 --> 00:34:24,003 Okey, Jaime. 510 00:34:25,880 --> 00:34:27,548 Saya nak awak pakai ini untuk misi awak. 511 00:34:28,799 --> 00:34:30,342 Terima kasih, puan. Awak sangat baik. 512 00:34:30,593 --> 00:34:31,635 Betulkah, Pablo? 513 00:34:32,636 --> 00:34:33,636 Terima kasih banyak. 514 00:34:34,346 --> 00:34:35,681 Semuanya cantik-cantik. 515 00:34:36,682 --> 00:34:40,144 Awak mesti berhati-hati dan jangan sampai orang nampak. 516 00:34:41,437 --> 00:34:44,565 Sudah tentu, bos. Saya sedia untuk buat apa saja. 517 00:34:45,149 --> 00:34:46,233 Baguslah kalau begitu, nak. 518 00:34:46,817 --> 00:34:47,817 Duduk. 519 00:34:50,237 --> 00:34:53,699 Mereka akan beri awak arahan yang terperinci. 520 00:34:54,700 --> 00:34:57,328 Esok pagi, awak akan naik pesawat menuju ke Cali. 521 00:34:58,329 --> 00:35:00,748 Kami nak awak rakam satu perbualan. 522 00:35:00,956 --> 00:35:03,000 Senang saja, awak tak perlu takut. 523 00:35:05,419 --> 00:35:06,419 Baik. 524 00:35:09,548 --> 00:35:10,633 Apa perasaan awak? 525 00:35:10,716 --> 00:35:11,716 Saya sangat... 526 00:35:12,676 --> 00:35:13,676 gembira. 527 00:35:14,136 --> 00:35:17,681 Terima kasih banyak atas peluang ini. Juga untuk baju-baju ini. 528 00:35:18,224 --> 00:35:20,768 Bagi saya, bekerja dengan bos ialah satu penghormatan. 529 00:35:20,851 --> 00:35:21,851 Terima kasih banyak. 530 00:35:24,146 --> 00:35:25,147 Hal kecil saja. 531 00:35:27,191 --> 00:35:28,191 Okey. 532 00:35:28,817 --> 00:35:30,527 Mari peluk saya. 533 00:35:32,655 --> 00:35:33,739 Terima kasih, Don Pablo. 534 00:35:36,116 --> 00:35:37,116 Terima kasih. 535 00:35:38,744 --> 00:35:40,829 - Puan, selamat malam. - Jaga diri. 536 00:35:40,913 --> 00:35:41,913 Terima kasih banyak. 537 00:35:42,498 --> 00:35:43,498 Jumpa lagi. 538 00:35:44,375 --> 00:35:45,668 - Jaga diri. - Baik. 539 00:35:46,877 --> 00:35:48,212 Sayang, tengok! 540 00:35:49,171 --> 00:35:52,841 - Tengok jaket ini. Cantik, bukan? - Cantiknya. Pablo cakap apa? 541 00:35:53,592 --> 00:35:56,303 Awak tahu tak? Hidup kita akan senang. 542 00:35:58,389 --> 00:36:00,849 Awak, saya, anak kita akan hidup senang. 543 00:36:00,933 --> 00:36:03,269 Terima kasih, sayang. 544 00:36:03,727 --> 00:36:05,771 - Tengok ini. - Pergilah cuba pakai. 545 00:36:09,692 --> 00:36:11,527 Saya ada berita tentang Gaviria. 546 00:36:12,611 --> 00:36:15,239 Mereka akan bunuh dia dalam perjalanan ke Cali. 547 00:36:15,864 --> 00:36:16,907 Di mana, Cali? 548 00:36:17,324 --> 00:36:18,909 Hei, boleh tolong terjemah untuk saya? 549 00:36:19,743 --> 00:36:20,869 Suárez, okey. 550 00:36:21,161 --> 00:36:22,246 Saya boleh tolong terjemah. 551 00:36:25,124 --> 00:36:26,917 Nanti sekejap. Ada orang ketuk pintu. 552 00:36:28,043 --> 00:36:29,712 "Tu puerta"? 553 00:36:30,254 --> 00:36:31,672 - "Pintu". - Pintu. 554 00:36:32,172 --> 00:36:33,172 Suárez! 555 00:36:33,924 --> 00:36:34,925 Suárez. 556 00:36:43,183 --> 00:36:44,852 Pablo tak suka awak bercakap dengan DEA. 557 00:36:48,897 --> 00:36:49,897 Suárez! 558 00:36:50,482 --> 00:36:52,276 Cakaplah, bodoh. Suárez, helo? 559 00:36:53,527 --> 00:36:54,527 Helo? 560 00:36:58,782 --> 00:37:00,284 - Jejak panggilan itu. - Baik, tuan. 561 00:37:01,702 --> 00:37:05,205 15 DISEMBER 1989 562 00:37:07,082 --> 00:37:08,959 Carrillo dan orangnya tiba di Tolu 563 00:37:09,043 --> 00:37:10,127 untuk bunuh Gacha. 564 00:37:10,919 --> 00:37:11,919 Peña masih berharap 565 00:37:11,962 --> 00:37:13,297 dia dapat ditangkap hidup-hidup. 566 00:37:30,272 --> 00:37:31,648 Dia sendiri yang salah, ayah. 567 00:37:32,191 --> 00:37:35,027 Kamu masih fikir hal itu? Lupakanlah, anak. 568 00:37:35,778 --> 00:37:39,656 Kalau dia cakap ya, saya takkan tembak dia! 569 00:37:39,740 --> 00:37:41,033 Janganlah jadi pengecut! 570 00:38:10,354 --> 00:38:11,688 Tak guna! Mereka jumpa kita! 571 00:38:34,628 --> 00:38:35,628 Mari, anak! 572 00:39:18,630 --> 00:39:20,883 - Tuan, tuan tak apa-apa? - Saya okey. 573 00:39:21,425 --> 00:39:23,260 - Dia nak lari! - Dia takkan terlepas. 574 00:39:23,635 --> 00:39:25,179 Ambil radio, cepat! 575 00:39:25,471 --> 00:39:27,639 Correal, ambil radio! Correal, radio! 576 00:39:28,891 --> 00:39:30,225 Ayah, mari kita pergi! 577 00:39:30,309 --> 00:39:31,768 Cepat, ayah! Cepat! 578 00:39:34,646 --> 00:39:35,647 Cepat! 579 00:39:45,324 --> 00:39:46,450 Berhenti! 580 00:40:01,757 --> 00:40:04,718 Peña! Gacha naik pikap Chevy merah! 581 00:40:11,058 --> 00:40:13,060 Betul tak ayah cakap? Kita mesti akan selamat. 582 00:40:13,894 --> 00:40:15,938 - Saya takut. - Nak takut apa? 583 00:40:16,939 --> 00:40:17,939 Kamu serigala, bukan? 584 00:40:18,565 --> 00:40:19,565 Ya, saya serigala. 585 00:40:29,785 --> 00:40:32,246 Ada helikopter! Mereka akan bunuh kita! 586 00:40:32,329 --> 00:40:34,331 Tak ada siapa akan bunuh kita! Jangan cakap begitu! 587 00:40:34,748 --> 00:40:35,958 Ambil ini. Ambil! 588 00:40:40,921 --> 00:40:42,089 Saya nampak Chevy itu. 589 00:40:42,589 --> 00:40:43,632 Halang dia! 590 00:40:43,715 --> 00:40:46,593 Jangan biar dia terlepas! Cuba hentikan kenderaan dia! 591 00:41:05,988 --> 00:41:08,365 Tak berjaya. Kami akan cuba lagi. 592 00:41:08,949 --> 00:41:11,159 Halang dia! Buat apa saja! 593 00:41:15,205 --> 00:41:19,293 - Jangan tinggalkan saya seorang, ayah. - Tak, anakku. Tidak sekali-kali! 594 00:41:19,376 --> 00:41:20,711 Tarik nafas! 595 00:41:22,129 --> 00:41:23,547 Awak nak ini, bukan? 596 00:41:23,630 --> 00:41:25,340 Awak nak ini? 597 00:41:25,549 --> 00:41:26,800 Kami ditembak! 598 00:41:27,384 --> 00:41:29,469 Kami akan pusing dan cuba mendekati dari arah lain. 599 00:41:30,554 --> 00:41:33,849 Kamu tak perlu risau apa-apa, anakku. Tak perlu takut. 600 00:41:34,349 --> 00:41:37,352 Jangan lepaskan peluang! Dia tak boleh terlepas! 601 00:41:38,061 --> 00:41:39,187 Baik. 602 00:41:41,690 --> 00:41:43,775 Tengok mereka ada atau tak di luar! 603 00:41:48,780 --> 00:41:49,780 Ada apa? 604 00:41:50,198 --> 00:41:51,199 Peña, apa yang berlaku? 605 00:41:59,458 --> 00:42:01,126 Kenderaannya dah berhenti. 606 00:42:05,756 --> 00:42:06,632 Freddy? 607 00:42:06,757 --> 00:42:07,799 Mari, Freddy. 608 00:42:09,051 --> 00:42:10,051 Freddy? 609 00:42:11,219 --> 00:42:12,219 Freddy? 610 00:42:12,554 --> 00:42:13,554 Anakku! 611 00:42:20,145 --> 00:42:22,189 Kamu serigala. 612 00:42:26,401 --> 00:42:27,401 Bedebah! 613 00:42:27,819 --> 00:42:30,280 Bedebah! Hei, bedebah! 614 00:42:30,781 --> 00:42:32,699 Freddy! Bangun, Freddy! 615 00:42:34,785 --> 00:42:36,495 Hei, bodoh! Awak nak buat apa? 616 00:42:37,079 --> 00:42:39,081 Awak nak buat apa? Bedebah! 617 00:42:40,082 --> 00:42:42,417 Awak nak buat apa? 618 00:42:42,501 --> 00:42:43,502 Bedebah! 619 00:42:45,253 --> 00:42:47,798 Dia kehabisan peluru. Kita boleh tangkap hidup-hidup. 620 00:42:51,176 --> 00:42:52,302 Terpulang kepada awak. 621 00:42:52,761 --> 00:42:55,430 Awak nak buat apa? Bedebah! 622 00:42:56,014 --> 00:42:57,057 Awak nak buat apa? 623 00:42:57,516 --> 00:42:58,850 Bedebah! 624 00:43:00,519 --> 00:43:01,895 Bedebah! 625 00:43:01,978 --> 00:43:02,978 Tembak dia. 626 00:43:14,241 --> 00:43:16,576 POLIS 627 00:43:23,875 --> 00:43:26,586 Ya, kekal di posisi dan ronda kawasan itu lagi. 628 00:43:26,878 --> 00:43:27,878 Bagus. 629 00:43:41,476 --> 00:43:42,476 Awak okey? 630 00:43:43,812 --> 00:43:45,021 Dapatlah saya tidur malam ini. 631 00:43:51,778 --> 00:43:55,031 Ini adalah kejayaan pertama operasi besar-besaran oleh Search Bloc. 632 00:43:55,782 --> 00:43:57,993 Ini memberi isyarat kepada negara dan seluruh dunia, 633 00:43:58,076 --> 00:44:00,704 perjuangan menentang pengedar dadah telah naik ke satu tahap lagi. 634 00:44:02,956 --> 00:44:04,875 Mengikut soal selidik terkini, kita di hadapan. 635 00:44:05,667 --> 00:44:08,003 Kita dapat undi dalam enam daerah di Cali. 636 00:44:09,337 --> 00:44:10,380 Itu penting, 637 00:44:11,214 --> 00:44:12,549 sebab kini kita boleh teruskan. 638 00:44:12,924 --> 00:44:14,259 Jangan percaya semua itu sangat. 639 00:44:14,968 --> 00:44:15,802 Saya tahu. 640 00:44:15,886 --> 00:44:18,305 Sebelum ini, kita jatuh lima mata dalam sehari. 641 00:44:19,014 --> 00:44:20,724 - Ya. Kita... - Dr. Gaviria! 642 00:44:20,807 --> 00:44:22,476 - Halang dia! - Encik, berhenti di sini. 643 00:44:23,059 --> 00:44:24,561 Relaks. Biarkan dia. 644 00:44:27,731 --> 00:44:28,731 Ejen Murphy. 645 00:44:29,274 --> 00:44:30,275 Awak buat apa di sini? 646 00:44:30,358 --> 00:44:31,735 Jangan. Dia tak boleh pergi. 647 00:44:32,277 --> 00:44:33,277 Apa? 648 00:44:34,404 --> 00:44:35,655 Ada bom menunggu. 649 00:44:36,615 --> 00:44:37,908 Kalau dia pergi, dia mati. 650 00:44:38,992 --> 00:44:40,994 Sabar. Apa yang awak cakap ini? 651 00:44:41,077 --> 00:44:42,746 Ini tugas awak, awak buat keputusan. 652 00:44:43,455 --> 00:44:44,998 Tapi saya tahu sesuatu akan berlaku. 653 00:44:46,249 --> 00:44:47,249 Ada bukti? 654 00:44:48,585 --> 00:44:49,585 Saya ada gerak hati. 655 00:44:51,505 --> 00:44:52,631 Gerak hati konon. 656 00:44:55,967 --> 00:44:58,261 - Kalau awak salah? - Saya memang harap saya salah. 657 00:44:59,971 --> 00:45:00,971 Tapi kalau betul? 658 00:45:09,356 --> 00:45:10,524 Awak gementar? 659 00:45:11,149 --> 00:45:12,734 Sikit gementar, tapi saya okey. 660 00:45:13,652 --> 00:45:14,861 Tunggu sini. 661 00:45:15,654 --> 00:45:17,155 Awak tahu awak perlu buat apa? 662 00:45:17,906 --> 00:45:18,906 Ya. 663 00:45:23,119 --> 00:45:25,872 Awak kena rakam semua perbualan. Jangan lupa. 664 00:45:27,791 --> 00:45:29,709 - Saya takkan lupa. - Semoga selamat sampai. 665 00:45:30,710 --> 00:45:32,128 Awak tak ikut sekali? 666 00:45:32,671 --> 00:45:37,217 Tak, bos suruh saya hantar awak di sini saja. 667 00:45:37,843 --> 00:45:39,261 Hei, awak janganlah risau. 668 00:45:40,136 --> 00:45:41,721 Esok, saya akan jumpa awak di sini. 669 00:45:42,806 --> 00:45:44,182 - Baiklah. - Okey. 670 00:45:44,558 --> 00:45:46,393 Janganlah takut. 671 00:45:46,810 --> 00:45:48,270 Nanti awak akan seronok terbang. 672 00:45:49,980 --> 00:45:50,980 Okey? 673 00:45:52,065 --> 00:45:53,817 Pergilah. Beratur di sana. 674 00:45:55,110 --> 00:45:56,110 Semoga berjaya. 675 00:46:05,161 --> 00:46:06,580 Terpulang kepada awak, Eduardo. 676 00:46:07,414 --> 00:46:09,332 Apa pun keputusan awak, saya ikut. 677 00:46:11,042 --> 00:46:15,130 Avianca mengumumkan Penerbangan 203 ke Cali akan berlepas, 678 00:46:15,213 --> 00:46:17,007 para penumpang sila ke Pintu 6. 679 00:46:23,263 --> 00:46:24,723 Kali ini saya ikut gerak hati awak. 680 00:46:27,642 --> 00:46:29,895 Saya akan urus semuanya. Tunggu dengan dia di sini. 681 00:46:31,438 --> 00:46:32,438 Jadi... 682 00:46:33,231 --> 00:46:36,359 Nampaknya, bukan saya dan awak saja yang takut. 683 00:46:47,829 --> 00:46:49,581 Sila pasang tali pinggang keledar, encik. 684 00:48:09,369 --> 00:48:11,371 Terjemahan sari kata oleh Nuramirah Liyana Roslan