1 00:00:01,700 --> 00:00:04,578 Ini salah satu kemalangan pesawat terbesar dan paling misteri 2 00:00:04,661 --> 00:00:06,079 dalam sejarah Colombia. 3 00:00:06,371 --> 00:00:07,581 Sebutir bom telah disyaki 4 00:00:07,664 --> 00:00:09,499 meletupkan sebuah pesawat di Colombia. 5 00:00:09,583 --> 00:00:11,668 Pesawat Boeing 727 Avianca Airlines... 6 00:00:17,382 --> 00:00:18,926 Dalam percubaannya yang gagal untuk 7 00:00:19,009 --> 00:00:21,762 membunuh calon presiden César Gaviria, 8 00:00:22,304 --> 00:00:25,390 Pablo Escobar telah membunuh 107 nyawa yang tidak bersalah. 9 00:00:25,641 --> 00:00:26,641 POLIS 10 00:00:27,142 --> 00:00:28,477 Si Robin Hood Paisa... 11 00:00:29,144 --> 00:00:30,145 telah jadi pengganas. 12 00:00:32,272 --> 00:00:35,400 Tetapi pihak perisikan Amerika berkata raja-raja dadah Colombia 13 00:00:35,901 --> 00:00:37,778 perlu dianggap sebagai suspek utama. 14 00:00:46,495 --> 00:00:47,788 Awak tahu Jaime ada di mana? 15 00:00:48,747 --> 00:00:51,250 Tak, tuan. Saya tak tahu dia ada di mana. 16 00:00:52,960 --> 00:00:54,503 Dia keluar rumah dan tak balik lagi. 17 00:00:55,128 --> 00:00:56,713 Pablo dan orang-orangnya ada datang? 18 00:00:57,089 --> 00:00:58,089 Tak ada. 19 00:00:58,215 --> 00:01:00,008 - Nama awak Natalie? - Ya, tuan. 20 00:01:00,425 --> 00:01:03,971 Natalie, teman lelaki awak, Jaime. Dia bersama pembunuh upahan Pablo? 21 00:01:05,430 --> 00:01:07,140 - Tak. - Awak pasti? 22 00:01:07,849 --> 00:01:08,976 Ya, tuan. 23 00:01:09,059 --> 00:01:10,227 Kalau begitu, kenapa ada 24 00:01:10,310 --> 00:01:11,728 gambar Pablo dalam rumah awak? 25 00:01:13,522 --> 00:01:14,564 Apa masalahnya? 26 00:01:15,357 --> 00:01:17,109 Semua orang di sini ada gambar dia. 27 00:01:18,485 --> 00:01:20,195 Awak ingat penyangak itu akan jaga awak? 28 00:01:21,196 --> 00:01:22,196 Awak tak faham... 29 00:01:22,739 --> 00:01:24,825 yang awak hanya beban kepada mereka. 30 00:01:25,826 --> 00:01:27,119 Kami boleh bantu awak. 31 00:01:28,537 --> 00:01:29,663 Kami boleh melindungi awak. 32 00:01:30,247 --> 00:01:31,748 Tapi awak kena berterus terang. 33 00:01:41,591 --> 00:01:42,591 Dia menipu. 34 00:01:44,261 --> 00:01:47,097 Dia suruh Jaime bawa bom tanpa budak itu sendiri sedar. 35 00:01:47,180 --> 00:01:48,180 Mungkin Jaime tahu. 36 00:01:48,932 --> 00:01:50,267 Saya tak kisah dia tahu atau tak. 37 00:01:51,351 --> 00:01:53,061 Dah tiba masa kita bunuh Escobar. 38 00:01:56,940 --> 00:01:58,066 Ayah tak mahu pergi, sayang. 39 00:01:59,067 --> 00:02:00,067 Ayah tak mahu pergi. 40 00:02:00,569 --> 00:02:03,155 Tapi, ayah terpaksa pergi untuk keselamatan kita. 41 00:02:03,488 --> 00:02:04,948 Ayah ada buat salah? 42 00:02:06,616 --> 00:02:07,616 Ayah kamu 43 00:02:08,160 --> 00:02:11,038 tak buat apa-apa salah pun. 44 00:02:14,166 --> 00:02:15,959 Mereka hanya cemburu pada kita, 45 00:02:16,877 --> 00:02:20,172 mereka nak rampas apa yang kita ada. 46 00:02:20,964 --> 00:02:22,049 Kamu kena kuat. 47 00:02:24,468 --> 00:02:25,719 Ayah nak kamu kuat. 48 00:02:27,054 --> 00:02:29,973 Kamu mesti kuat dan jangan tunjuk kelemahan kamu. 49 00:02:30,807 --> 00:02:32,351 Saya janji takkan jadi lemah. 50 00:02:34,770 --> 00:02:35,770 Jaga adik kamu. 51 00:02:44,571 --> 00:02:45,947 Ayah sangat sayangkan kamu. 52 00:02:48,784 --> 00:02:50,160 Sangat sayangkan kamu semua. 53 00:02:51,995 --> 00:02:53,080 - Mak. - Pablo? 54 00:02:53,330 --> 00:02:54,790 Jangan manjakan budak ini. 55 00:02:55,457 --> 00:02:57,209 Apa maksud kamu? 56 00:02:58,460 --> 00:03:01,588 - Apalah sangat gula-gula dan daging? - Perhatikan dia. 57 00:03:10,472 --> 00:03:12,682 Hati-hati, anakku. Hati-hati. 58 00:03:25,821 --> 00:03:26,863 Saya cintakan awak. 59 00:03:26,947 --> 00:03:27,947 Saya pun sama. 60 00:03:30,283 --> 00:03:31,283 Jaga diri. 61 00:03:33,578 --> 00:03:34,663 Kamu macam mana? 62 00:03:35,664 --> 00:03:37,541 Mari. Ayah nak bawa kamu sekali. 63 00:03:38,250 --> 00:03:41,044 Kamu akan ikut ayah. 64 00:03:56,601 --> 00:03:57,601 Jaga diri. 65 00:04:04,359 --> 00:04:05,777 Kamu rasa dia yang buat? 66 00:04:07,529 --> 00:04:08,529 Tak mungkinlah. 67 00:04:11,408 --> 00:04:12,993 Takkan dia sanggup meletupkan pesawat? 68 00:04:15,745 --> 00:04:17,080 Dia yang buat. 69 00:04:18,540 --> 00:04:19,916 Tapi dia ada alasan sendiri. 70 00:04:24,087 --> 00:04:26,381 Kami dah kerah semua orang 71 00:04:26,465 --> 00:04:28,091 untuk cari isteri Jaime di kawasan itu. 72 00:04:30,218 --> 00:04:32,429 Saya nak awak cari dan bunuh dia. 73 00:04:34,097 --> 00:04:35,724 Bunuh sesiapa saja 74 00:04:35,807 --> 00:04:37,684 yang boleh mengaitkan saya dengan pesawat itu. 75 00:04:38,477 --> 00:04:39,477 Baik, bos. 76 00:06:19,369 --> 00:06:20,369 ...fungsi-fungsi 77 00:06:20,787 --> 00:06:22,038 Presiden Colombia? 78 00:06:22,455 --> 00:06:23,455 Saya bersumpah. 79 00:06:25,709 --> 00:06:27,168 Pengeboman Avianca menyebabkan 80 00:06:27,252 --> 00:06:29,963 gelombang sokongan terhadap César Gaviria meningkat. 81 00:06:32,882 --> 00:06:35,719 Dia jadi Presiden Colombia ke-28 dengan kemenangan besar. 82 00:06:42,767 --> 00:06:44,936 César, tahniah. 83 00:06:45,020 --> 00:06:46,646 Bukan César. Maksud saya, Tuan Presiden. 84 00:06:47,647 --> 00:06:48,565 Selamat. 85 00:06:48,648 --> 00:06:49,649 - Selamat. - Selamat. 86 00:06:49,733 --> 00:06:50,733 Kami minta diri. 87 00:06:54,904 --> 00:06:56,448 Sebagai mantan presiden... 88 00:06:57,657 --> 00:06:59,159 apa nasihat yang awak boleh beri? 89 00:06:59,909 --> 00:07:00,909 Okey... 90 00:07:01,661 --> 00:07:05,415 awak akan diminta buat banyak keputusan yang sukar. 91 00:07:05,665 --> 00:07:06,833 Satu saja yang saya nak kata, 92 00:07:07,250 --> 00:07:08,668 ikut apa yang isteri awak suruh. 93 00:07:09,085 --> 00:07:10,170 Saya selalu ikut cakap dia. 94 00:07:14,215 --> 00:07:16,009 Percaya naluri awak, 95 00:07:16,551 --> 00:07:19,554 yakin dengan setiap keputusan awak. 96 00:07:21,056 --> 00:07:22,056 Ya... 97 00:07:23,391 --> 00:07:25,560 tapi cakap senanglah. 98 00:07:26,311 --> 00:07:28,647 Kita tak boleh memuaskan hati semua orang, 99 00:07:28,730 --> 00:07:30,607 jadi carilah penyelesaian yang awak rasa betul. 100 00:07:31,191 --> 00:07:32,191 Terima kasih. 101 00:07:32,442 --> 00:07:35,320 Satu lagi saya nak beritahu, tentang Amerika... 102 00:07:35,403 --> 00:07:36,655 Kenapa dengan Amerika? 103 00:07:38,239 --> 00:07:42,243 Ini tak boleh direkodkan, sayang. 104 00:07:42,327 --> 00:07:46,081 Ayah tak mahu pendapat ayah disiarkan dalam program TV kamu. 105 00:07:46,164 --> 00:07:47,749 Jangan risau. Saya janji. 106 00:07:49,376 --> 00:07:50,502 Amerika... 107 00:07:50,919 --> 00:07:51,919 Ya? 108 00:07:52,712 --> 00:07:53,712 Hati-hati. 109 00:07:55,173 --> 00:07:57,967 Kita bunuh José Rodríguez Gacha dengan jumlah kematian yang minimum. 110 00:07:58,468 --> 00:08:01,971 Keutamaan saya ialah membawa Escobar ke muka pengadilan. 111 00:08:03,264 --> 00:08:07,477 Tapi kami akan buat begitu dengan cara dan kelengkapan kami sendiri. 112 00:08:07,560 --> 00:08:09,187 Kami boleh tolong awak tangkap Escobar. 113 00:08:09,270 --> 00:08:11,064 Saya sangat berterima kasih, 114 00:08:11,231 --> 00:08:12,941 terutama kepada Ejen Murphy, 115 00:08:13,274 --> 00:08:15,068 amaran dia yang menyelamatkan saya. 116 00:08:15,652 --> 00:08:17,821 Ya, tuan selamat tapi penumpang lain terkorban. 117 00:08:18,321 --> 00:08:22,158 Rakyat Colombia takut dengan pengeboman pesawat Avianca itu. 118 00:08:22,826 --> 00:08:26,329 Tapi mereka juga tak mahu ada tentera Amerika di negara kami... 119 00:08:27,163 --> 00:08:29,708 dengan perisik intip panggilan, jadi... 120 00:08:29,791 --> 00:08:32,168 Amerika tak intip panggilan orang awam. Itu semua mengarut. 121 00:08:33,044 --> 00:08:36,047 Tuan presiden, tuan memerlukan bantuan tambahan untuk tangkap dia. 122 00:08:38,007 --> 00:08:39,007 Okey... 123 00:08:40,051 --> 00:08:42,053 menurut kajian kerajaan Amerika... 124 00:08:42,971 --> 00:08:48,685 660,000 kilo kokaina digunakan di Amerika Syarikat tahun lepas. 125 00:08:51,896 --> 00:08:54,607 Mungkin kalau semua kelengkapan itu digunakan di negara awak... 126 00:08:55,692 --> 00:08:56,985 senang kerja semua orang. 127 00:08:58,611 --> 00:09:01,281 Gaviria menunaikan janjinya untuk memburu Escobar. 128 00:09:05,827 --> 00:09:08,455 Pasukan Search Bloc Kolonel Carrillo dihantar untuk menuntut bela. 129 00:09:09,956 --> 00:09:11,916 Carrillo menjalankan berpuluh serbuan. 130 00:09:15,336 --> 00:09:17,005 Tapi dengan pemberi maklumat yang ramai, 131 00:09:17,088 --> 00:09:19,215 Escobar sentiasa terlepas. 132 00:09:21,176 --> 00:09:22,677 Kami memerhati dari tepi, 133 00:09:22,844 --> 00:09:24,596 tangan kami terikat dengan birokrasi. 134 00:09:27,056 --> 00:09:30,477 Sebagai balasan, Pablo meningkatkan keganasan narkotiknya 135 00:09:31,019 --> 00:09:34,230 dengan kempen pengeboman yang telah menggegarkan negara ini. 136 00:09:36,858 --> 00:09:38,485 Dalam usaha untuk mengelak pertempuran, 137 00:09:38,651 --> 00:09:40,236 itulah yang Gaviria dapat. 138 00:09:41,404 --> 00:09:42,781 Kesannya kepada kedua-dua pihak 139 00:09:43,281 --> 00:09:44,281 sangat dahsyat. 140 00:09:45,784 --> 00:09:47,076 Peperangan 141 00:09:47,660 --> 00:09:49,078 tak bagus untuk perniagaan. 142 00:09:50,955 --> 00:09:52,415 Bila kita jadi sasaran... 143 00:09:53,416 --> 00:09:54,584 musuh kita semakin berani. 144 00:09:57,212 --> 00:09:58,212 Pablo. 145 00:09:58,797 --> 00:09:59,714 Apa khabar, Pacho? 146 00:09:59,798 --> 00:10:00,798 Betul. 147 00:10:01,382 --> 00:10:03,927 Bukan hanya Pablo dan kartel Medellín dalam perniagaan ini. 148 00:10:04,427 --> 00:10:05,427 Terima kasih. 149 00:10:06,888 --> 00:10:08,598 Ini Helmer "Pacho" Herrera, 150 00:10:08,932 --> 00:10:11,059 salah seorang daripada empat ketua dalam kartel Cali. 151 00:10:12,227 --> 00:10:15,021 Apabila Pablo meninggalkan jejak mayat dan kekecohan... 152 00:10:15,438 --> 00:10:16,564 Cali selesaikan masalah itu 153 00:10:16,648 --> 00:10:19,400 dengan sekumpulan peguam dan timbunan dokumen perundangan. 154 00:10:20,693 --> 00:10:22,320 Kartel Medellín berada di Miami, 155 00:10:22,403 --> 00:10:23,488 dengan kolam renang, 156 00:10:23,905 --> 00:10:25,198 perempuan, 157 00:10:25,281 --> 00:10:26,991 macam Cadillac dua warna. 158 00:10:27,951 --> 00:10:29,661 Kartel Cali pula di New York: 159 00:10:30,078 --> 00:10:31,996 anggun, lancar, lembut. 160 00:10:33,122 --> 00:10:36,167 Di situ mereka masih boleh menghidupkan aktiviti malam dengan kokaina 161 00:10:36,251 --> 00:10:39,754 dan tetap memastikan semua orang masuk kerja di Wall Street esok harinya. 162 00:10:40,713 --> 00:10:43,466 Pada awalnya, Medellín dan Cali bergandingan tangan. 163 00:10:45,218 --> 00:10:47,345 Tapi di Colombia, bila dah melibatkan duit, 164 00:10:47,512 --> 00:10:48,763 pasti ada darah yang tumpah. 165 00:10:50,098 --> 00:10:53,101 Sebelum ini, pernah berlaku keganasan antara Medellín dan Cali. 166 00:10:53,393 --> 00:10:56,980 Tapi sekarang, Pablo tak mampu menghadapi serangan dari dua arah. 167 00:10:57,230 --> 00:10:58,773 Kami ada Miami... 168 00:10:59,816 --> 00:11:02,110 dan tinggal awak saja di New York. 169 00:11:02,735 --> 00:11:04,237 Ya, ada harganya. 170 00:11:04,654 --> 00:11:05,654 Sudah tentu. 171 00:11:06,281 --> 00:11:07,282 Begini Pacho, 172 00:11:07,365 --> 00:11:11,202 kita dah setuju nak kongsi kawasan di Los Angeles, 173 00:11:12,537 --> 00:11:13,913 tapi perkara itu tak berlaku pun. 174 00:11:14,414 --> 00:11:17,625 Saya rasa awak tak ikut perjanjian kita. 175 00:11:18,835 --> 00:11:19,669 Kenapa pula? 176 00:11:19,752 --> 00:11:21,129 Itulah yang saya nak tahu, Pacho. 177 00:11:27,510 --> 00:11:28,510 Begini, Pablo. 178 00:11:30,096 --> 00:11:32,765 Kadangkala rakan-rakan kongsi kita beroperasi sendiri. 179 00:11:34,142 --> 00:11:36,519 Kalau betul cakap En. Galeano dan En. Moncada, 180 00:11:37,270 --> 00:11:39,230 saya janji perkara itu akan diperbaiki. 181 00:11:40,523 --> 00:11:41,900 Terima kasih banyak, Pacho. 182 00:11:41,983 --> 00:11:45,695 Perbalahan antara kita dah menyebabkan pertumpahan darah. 183 00:11:46,154 --> 00:11:47,488 Kalau begitu, kita betulkanlah. 184 00:11:48,072 --> 00:11:51,910 Sekarang, kita tak perlu pertempuran antara kumpulan. 185 00:11:53,870 --> 00:11:55,622 Tapi nampaknya, awak sedang bertempur. 186 00:11:57,206 --> 00:11:59,751 Saya rasa, awak dah melampau sampai sanggup bom pesawat pula. 187 00:12:01,794 --> 00:12:02,794 Jaga-jaga, Pacho. 188 00:12:03,504 --> 00:12:05,214 Jaga-jaga. Apa yang membezakan kita 189 00:12:05,298 --> 00:12:07,216 hanyalah salah faham kecil kami dengan kerajaan. 190 00:12:07,884 --> 00:12:09,302 Tak lama lagi masalah itu selesai. 191 00:12:09,802 --> 00:12:11,930 Lagipun, itu semua perniagaan, untuk kita semua. 192 00:12:12,013 --> 00:12:13,389 Ya, memang untuk kita semua. 193 00:12:14,432 --> 00:12:17,727 Perang yang kami lawan ini ialah perang menentang ekstradisi. 194 00:12:17,810 --> 00:12:19,729 Hasilnya nanti melibatkan kita semua. 195 00:12:19,812 --> 00:12:20,939 Betul, Gustavo. 196 00:12:21,356 --> 00:12:22,607 Betul cakap Gustavo. 197 00:12:23,232 --> 00:12:25,485 Kita ada tujuan yang sama, iaitu menghapuskan ekstradisi. 198 00:12:27,278 --> 00:12:30,239 Amerika itu cukup besar untuk kita semua cari makan. 199 00:12:31,407 --> 00:12:32,867 Kita akan kongsi Los Angeles 200 00:12:33,451 --> 00:12:35,703 lepas awak selesaikan masalah awak di sini. 201 00:12:40,833 --> 00:12:42,293 Awak tahu apa yang buat saya meluat? 202 00:12:44,629 --> 00:12:45,629 Awak terlalu angkuh. 203 00:12:47,090 --> 00:12:48,800 Sikap awak, konon awak lebih hebat. 204 00:12:51,052 --> 00:12:52,052 Hati-hati, 205 00:12:52,387 --> 00:12:53,387 Pacho... 206 00:12:54,806 --> 00:12:56,683 jangan sampai awak mati disebabkan sikap awak. 207 00:13:06,818 --> 00:13:08,111 Terima kasih sebab datang. 208 00:13:25,378 --> 00:13:26,921 Saya akan bunuh dia. 209 00:13:27,005 --> 00:13:28,256 Pablo, biar saya bunuh dia. 210 00:13:28,339 --> 00:13:29,632 Jangan melalut, Moncada. 211 00:13:30,299 --> 00:13:33,636 Kita bunuh dia nanti saja. Sekarang, kita tak boleh menonjol. 212 00:13:33,886 --> 00:13:35,138 Kalau si bedebah itu 213 00:13:35,722 --> 00:13:37,140 mula menjual di Los Angeles, 214 00:13:37,640 --> 00:13:42,353 saya sendiri akan bunuh dia dengan pistol saya. 215 00:13:42,937 --> 00:13:43,937 Saya sumpah. 216 00:13:44,397 --> 00:13:45,982 Nanti dia jatuh cinta dengan awak pula. 217 00:13:50,069 --> 00:13:52,071 Ini ialah askar Escobar yang paling dipercayainya. 218 00:13:52,155 --> 00:13:55,074 Poison, La Quica, Pasti Kena, Hitam. 219 00:13:55,158 --> 00:13:56,993 Semuanya berlagak dan cuai. 220 00:13:58,036 --> 00:13:59,662 Sekarang ada orang baru pula. 221 00:14:00,163 --> 00:14:01,789 Fernando Galeano dan Kiko Moncada, 222 00:14:01,873 --> 00:14:03,958 mereka yang ambil alih tugas Carlos Lehder. 223 00:14:04,208 --> 00:14:05,835 Kalau badan mati, kepala tak berfungsi. 224 00:14:06,169 --> 00:14:08,963 Tanpa kebenaran Colombia nak guna kelengkapan, kita tak boleh tolong. 225 00:14:09,547 --> 00:14:12,884 Ya, kalau nak pintas panggilan. Tapi ada maklumat darat, bukan? 226 00:14:13,468 --> 00:14:14,969 - Maksud awak, perisik? - Ya. 227 00:14:17,555 --> 00:14:18,931 Kami tak ada aset narkotik. 228 00:14:20,266 --> 00:14:22,685 Perisikan manusia kami hanya terhad untuk komunis. 229 00:14:23,311 --> 00:14:27,815 Lagipun, Gaviria tak nak kita kejar Escobar dengan perisik CIA. 230 00:14:27,899 --> 00:14:29,609 Ya, tapi di langit ada satelit, bukan? 231 00:14:30,359 --> 00:14:32,487 Ya, tapi kalau nak guna untuk kejar pengedar dadah, 232 00:14:32,570 --> 00:14:34,781 itu dah dikira pencabulan arahan negara tuan rumah. 233 00:14:35,281 --> 00:14:37,825 Alahai, awak CIA. Bukankah CIA selalu langgar peraturan? 234 00:14:40,161 --> 00:14:43,831 Ini fotografi udara kawasan-kawasan yang dikawal Escobar dan geng-gengnya. 235 00:14:43,915 --> 00:14:45,208 Kita guna untuk jejak konconya. 236 00:14:45,291 --> 00:14:48,419 Ini fotografi udara. Mana boleh jejak guna gambar ini. 237 00:14:49,003 --> 00:14:50,003 Cuba tengok. 238 00:14:50,713 --> 00:14:52,799 Geng Los Priscos pegang El Poblado. 239 00:14:54,008 --> 00:14:57,053 Di Santa Cruz, ada kawasan tempat mereka rekrut pengebom Avianca. 240 00:14:57,386 --> 00:15:00,515 Kedua-dua kawasan ini lebih padat daripada bazar Marrakesh. 241 00:15:00,598 --> 00:15:02,100 Jadi, ambil maklumat daripada mereka. 242 00:15:04,310 --> 00:15:06,145 Awak perasan apa-apa yang istimewa tak? 243 00:15:07,688 --> 00:15:09,857 Search Bloc ikut aliran trafik dalam kawasan itu. 244 00:15:10,441 --> 00:15:11,442 Ada... 245 00:15:12,360 --> 00:15:13,528 kereta import Jepun... 246 00:15:14,278 --> 00:15:15,279 pacuan empat roda. 247 00:15:15,363 --> 00:15:16,489 Harga lebih $40,000. 248 00:15:18,699 --> 00:15:20,618 Pengedar dadah saja mampu beli kereta begini. 249 00:15:20,701 --> 00:15:22,328 Bila pengawasan udara nampak kereta ini, 250 00:15:22,411 --> 00:15:23,412 mesti ada pembunuh. 251 00:15:24,080 --> 00:15:24,914 Betul. 252 00:15:24,997 --> 00:15:26,374 Kalau kita jejak mereka, 253 00:15:26,457 --> 00:15:27,875 mungkin kita dapat cari Escobar. 254 00:15:40,847 --> 00:15:42,140 Saya rasa sebelah sini. 255 00:15:44,475 --> 00:15:45,518 Saya tak nak tembak dia. 256 00:15:46,894 --> 00:15:48,229 Bunuh perempuan cantik itu? 257 00:15:48,813 --> 00:15:49,647 Anak dia sekali? 258 00:15:49,730 --> 00:15:52,441 Saya tak tahu kenapa bos nak kita bunuh perempuan ini. 259 00:15:55,319 --> 00:15:56,737 Apa yang dia tahu tentang Avianca? 260 00:15:56,821 --> 00:15:58,531 Diamlah, ikut saja arahan! 261 00:16:02,577 --> 00:16:04,078 Dia ingat kalau dia bom sana sini, 262 00:16:04,162 --> 00:16:05,788 polis takkan kejar dia lagi? 263 00:16:06,372 --> 00:16:08,291 Gustavo, kita kena lari. Keluar dari negara ini. 264 00:16:12,962 --> 00:16:13,962 Nak pergi mana? 265 00:16:15,047 --> 00:16:17,633 Kita pergi ke mana-mana pun, orang tetap anggap kita penjenayah. 266 00:16:21,137 --> 00:16:23,306 Awak pun tahu, mereka akan bunuh dia. 267 00:16:24,557 --> 00:16:26,559 Saya cuma harap, dia tak heret awak sekali. 268 00:16:28,895 --> 00:16:30,396 Ini bukan perang kita. 269 00:16:32,940 --> 00:16:33,940 Ini bukan perang. 270 00:16:34,817 --> 00:16:35,818 Ini rundingan. 271 00:16:40,865 --> 00:16:44,619 Awak tak faham peluang yang datang ini? 272 00:16:44,702 --> 00:16:47,705 Dia sedia untuk mempertimbangkan syarat serah diri... 273 00:16:47,788 --> 00:16:50,333 Syarat apa? 274 00:16:50,416 --> 00:16:52,627 Tolonglah, dia dah meletupkan pesawat! 275 00:16:52,710 --> 00:16:54,295 Bertenang, Eduardo. Biar dia cakap. 276 00:16:55,630 --> 00:17:00,593 Kita boleh menamatkan semua ini cara baik. Baik untuk kedua-dua pihak... 277 00:17:00,676 --> 00:17:03,346 Awak sedar tak apa yang awak cakap itu sangat bodoh? 278 00:17:03,846 --> 00:17:05,181 César, ini semua mengarut. 279 00:17:05,264 --> 00:17:07,058 - Eduardo, tolonglah... - Ini satu sandiwara. 280 00:17:07,141 --> 00:17:08,141 Tolonglah. 281 00:17:09,477 --> 00:17:10,478 Biar saya urus hal ini. 282 00:17:12,021 --> 00:17:13,021 Tolonglah. 283 00:17:13,189 --> 00:17:14,189 Baik. 284 00:17:14,607 --> 00:17:15,607 Ikut suka awaklah. 285 00:17:20,363 --> 00:17:22,657 Sekarang baru kita boleh bincang, betul tak? 286 00:17:24,158 --> 00:17:25,618 Walaupun awak tak pernah cakap, 287 00:17:26,077 --> 00:17:29,914 tapi saya tahu awak nak pengeboman ini berhenti. 288 00:17:31,540 --> 00:17:32,540 Ya. 289 00:17:32,875 --> 00:17:34,418 - Ya, itu yang saya nak. - Itulah. 290 00:17:34,835 --> 00:17:37,546 Jadi, kalau kita mula berunding, semua itu akan berhenti. 291 00:17:38,214 --> 00:17:40,466 Kita semua dapat jimat masa, 292 00:17:40,883 --> 00:17:42,426 termasuk Search Bloc. 293 00:17:44,595 --> 00:17:45,595 Fernando. 294 00:17:47,181 --> 00:17:49,100 Awak dah nampak duit dia... 295 00:17:50,434 --> 00:17:51,477 dan hati awak telah buta. 296 00:17:51,560 --> 00:17:52,728 Si bedebah itu tak ada hati. 297 00:17:58,442 --> 00:18:00,111 Kalau dia tahu kita boleh runding... 298 00:18:01,153 --> 00:18:03,656 dan itu akan menghentikan pengeboman sementara kami cari dia... 299 00:18:05,783 --> 00:18:06,784 baiklah, dipersilakan. 300 00:18:12,331 --> 00:18:13,332 Terima kasih. 301 00:18:14,709 --> 00:18:15,960 Betul, terima kasih. 302 00:19:05,343 --> 00:19:07,219 Tengok, Pablo jadi santo. 303 00:19:07,803 --> 00:19:08,803 Mestilah. 304 00:19:09,055 --> 00:19:11,349 Dia hantar orang terus ke syurga. 305 00:19:38,000 --> 00:19:39,043 Dia tak ada di sini. 306 00:19:39,710 --> 00:19:41,128 Mungkin dia baru keluar. 307 00:19:42,546 --> 00:19:43,923 Kita cari satu kawasan ini. 308 00:19:45,800 --> 00:19:48,302 Poison, dengar sini. Pablo itu paranoid. 309 00:19:48,386 --> 00:19:49,970 Jaga sikit mulut awak. 310 00:19:51,514 --> 00:19:53,724 Satu hari nanti, dia akan suruh saya bunuh awak. 311 00:19:56,143 --> 00:19:57,228 Awak akan bunuh saya? 312 00:19:58,104 --> 00:19:59,188 Kalau dia suruh, 313 00:19:59,563 --> 00:20:00,563 mestilah. 314 00:20:01,565 --> 00:20:02,775 Sesuatu yang tak boleh dielak. 315 00:20:04,985 --> 00:20:06,320 Awak pun sama, bukan? 316 00:20:13,702 --> 00:20:16,205 Okeylah, jom cari perempuan ini. 317 00:20:16,288 --> 00:20:17,915 Kita tengok-tengok, mana tahu jumpa dia. 318 00:20:21,085 --> 00:20:22,211 Kenapa? 319 00:20:22,711 --> 00:20:23,711 Nah. 320 00:20:24,130 --> 00:20:26,048 Tak apa, Natalie. Jangan risau. 321 00:20:26,841 --> 00:20:28,884 Nanti kita makan, okey? 322 00:20:29,677 --> 00:20:30,719 Betul tak? 323 00:20:31,762 --> 00:20:32,763 Terima kasih. 324 00:20:46,735 --> 00:20:47,735 Macam mana, Fernando? 325 00:20:49,029 --> 00:20:51,282 Kerajaan Colombia dah buat tawaran untuk berdamai? 326 00:20:53,868 --> 00:20:56,412 Kerajaan tak tawar apa-apa 327 00:20:56,495 --> 00:20:58,164 yang saya rasa boleh diterima. 328 00:20:58,247 --> 00:20:59,540 Apa yang mereka tawar? 329 00:21:00,833 --> 00:21:02,501 Mereka nak awak mengaku... 330 00:21:05,588 --> 00:21:07,173 awak bertanggungjawab atas Avianca. 331 00:21:07,256 --> 00:21:10,426 Dah tentulah, saya beritahu mereka yang kita tak boleh... 332 00:21:10,509 --> 00:21:12,303 Maknanya, awak tak dapat apa-apalah? 333 00:21:12,386 --> 00:21:14,680 Tak, saya sedang runding... 334 00:21:14,763 --> 00:21:18,726 Habis, kenapa Carrillo buat sekatan jalan di setiap kawasan 335 00:21:18,809 --> 00:21:21,520 dan bunuh budak-budak saya dengan bantuan orang putih itu? 336 00:21:22,897 --> 00:21:25,149 Kenapa Amerika tolong mereka 337 00:21:25,274 --> 00:21:27,109 kalau kita sedang berunding, Fernando? 338 00:21:29,612 --> 00:21:34,158 Gaviria tak nak orang putih tahu, dia sedia untuk berunding dengan awak. 339 00:21:37,161 --> 00:21:38,161 Itu saja. 340 00:21:44,168 --> 00:21:45,503 Awak mesti hati-hati, Fernando. 341 00:21:50,966 --> 00:21:51,966 Ya, Pablo. 342 00:21:55,387 --> 00:21:56,387 Baik. 343 00:22:18,244 --> 00:22:20,120 Awak kena hentikan pengeboman ini, Pablo. 344 00:22:21,830 --> 00:22:26,418 Saya dah tak boleh baca fikiran awak. 345 00:22:29,380 --> 00:22:31,257 Saya rasa kita patut... 346 00:22:33,342 --> 00:22:34,969 susun semula rancangan... 347 00:22:36,554 --> 00:22:40,933 hantar budak-budak kita pergi bakar rumah orang, 348 00:22:41,016 --> 00:22:45,854 buat kacau, biar ahli politik dan senator negara ini takut. 349 00:22:46,438 --> 00:22:50,568 Askar dan polis yang halang kita, hakim yang kacau kita 350 00:22:50,651 --> 00:22:52,194 serta wartawan yang memerhatikan kita. 351 00:22:52,278 --> 00:22:54,989 Kita kena mewujudkan satu keadaan kacau-bilau 352 00:22:55,072 --> 00:22:56,156 biar mereka rasa nak aman. 353 00:22:56,740 --> 00:22:58,701 Itu saja cara untuk kita mencapai matlamat. 354 00:22:59,618 --> 00:23:00,618 Itu caranya? 355 00:23:00,995 --> 00:23:02,121 Itu yang awak nak? 356 00:23:03,038 --> 00:23:04,039 Perang saudara? 357 00:23:06,667 --> 00:23:07,876 Awak dah gila, bahlul. 358 00:23:07,960 --> 00:23:09,211 Kita perlu lawan, saudaraku. 359 00:23:10,838 --> 00:23:12,673 Kali ini, kita beri segala-galanya. 360 00:23:14,842 --> 00:23:16,885 Sekalipun semua orang terpaksa mati, matilah. 361 00:23:20,764 --> 00:23:21,764 Ya... 362 00:23:25,728 --> 00:23:27,605 Masalahnya, saya belum nak mati lagi. 363 00:23:37,740 --> 00:23:38,741 Saya pun sama. 364 00:23:42,202 --> 00:23:44,538 Tapi bom itu akan buat orang ramai mahukan keamanan. 365 00:23:45,122 --> 00:23:46,832 Itu akan mempengaruhi ahli politik. 366 00:23:56,967 --> 00:23:59,303 Awak juga yang kata ahli politik... 367 00:24:00,429 --> 00:24:02,681 tak mempedulikan orang ramai. 368 00:24:03,599 --> 00:24:05,809 Kalau awak nak mempengaruhi ahli politik, 369 00:24:05,893 --> 00:24:07,853 awak kena lebih spesifik. 370 00:24:09,313 --> 00:24:10,314 Awak faham maksud saya? 371 00:24:11,565 --> 00:24:12,858 Betul kata Gustavo. 372 00:24:15,027 --> 00:24:16,195 Mereka perlu strategi baru, 373 00:24:16,779 --> 00:24:20,157 strategi yang akan menakutkan antara orang paling penting dalam kerajaan. 374 00:24:20,240 --> 00:24:21,408 Dia macam mana? 375 00:24:22,076 --> 00:24:23,452 Tak nak, dia macam puteri. 376 00:24:24,536 --> 00:24:25,871 Mesti mengada-ada nanti. 377 00:24:26,455 --> 00:24:27,956 Wah, tengok muka dia. 378 00:24:28,707 --> 00:24:31,919 Mesti media suka perempuan ini, bukan? 379 00:24:32,252 --> 00:24:34,838 Mestilah, budak kita pun akan suka. 380 00:24:35,214 --> 00:24:36,715 Cuba fikir, mereka buat apa nanti. 381 00:24:37,841 --> 00:24:38,841 Okey... 382 00:24:39,885 --> 00:24:41,929 saya rasa kita mula dengan dia... 383 00:24:50,562 --> 00:24:51,772 dan bedebah ini. 384 00:24:56,318 --> 00:24:57,318 Mari! 385 00:24:57,778 --> 00:24:58,778 Masuk! 386 00:25:02,157 --> 00:25:03,157 Pasangan comel ini. 387 00:25:06,620 --> 00:25:09,790 Bila kita bunuh orang, semua pengaruh hilang sebaik saja mereka mati. 388 00:25:11,166 --> 00:25:13,419 Tapi, kalau kita bawa lari anak orang lain, 389 00:25:14,044 --> 00:25:16,088 apa yang mereka sanggup buat akan mengagumkan kita. 390 00:25:16,338 --> 00:25:20,008 Ahli keluarga orang-orang paling berpengaruh di negara ini 391 00:25:20,092 --> 00:25:23,262 telah diculik di hadapan rumah mereka sendiri. 392 00:25:24,847 --> 00:25:26,348 Apa yang Pablo Escobar mahu? 393 00:25:27,599 --> 00:25:30,936 Kita bertemu lagi esok di saluran yang sama untuk laporan khas. 394 00:25:38,152 --> 00:25:39,194 Ada masalah? 395 00:25:42,573 --> 00:25:44,283 Semua mangsa ini kawan saya. 396 00:26:01,508 --> 00:26:02,508 Tumpang lalu. 397 00:26:08,056 --> 00:26:09,558 Penculikan Francisco Santos, 398 00:26:09,641 --> 00:26:11,685 ketua penyunting akhbar terpenting di negara ini... 399 00:26:12,186 --> 00:26:14,188 adalah kes terbaru dan paling mengejutkan 400 00:26:14,271 --> 00:26:16,899 dalam siri penculikan yang dirancang oleh kartel Medellín. 401 00:26:17,649 --> 00:26:19,234 Valeria Velez, melaporkan kepada anda. 402 00:26:20,068 --> 00:26:24,239 - Okey. - Macam biasa, selalu yang terawal. 403 00:26:27,242 --> 00:26:29,661 Mungkin bila kita terpaksa kerja untuk hidup, 404 00:26:30,162 --> 00:26:32,790 kita sentiasa nak jadi yang pertama. 405 00:26:33,373 --> 00:26:35,209 Saya dapat tahu daripada isteri Santos... 406 00:26:35,918 --> 00:26:38,337 setengah jam lepas dia tak datang makan malam. 407 00:26:39,797 --> 00:26:40,797 Awak? 408 00:26:41,757 --> 00:26:42,841 Siapa beritahu awak? 409 00:26:44,593 --> 00:26:46,178 Seronok dapat jumpa awak, macam selalu. 410 00:27:07,491 --> 00:27:10,369 Ini adalah syarat-syarat Pablo untuk tebusan itu dibebaskan. 411 00:27:11,954 --> 00:27:14,540 Awak dah baca, pasti awak nampak yang dia sangat bertimbang rasa. 412 00:27:14,748 --> 00:27:16,166 Dia kata, "Sangat bertimbang rasa." 413 00:27:17,376 --> 00:27:19,837 Awak memang tolol, Fernando. 414 00:27:20,838 --> 00:27:22,089 Saya nak beritahu awak sesuatu. 415 00:27:22,422 --> 00:27:24,842 Tak lama lagi, awak akan dapat hukumannya. 416 00:27:25,592 --> 00:27:26,592 Saya janji. 417 00:27:34,643 --> 00:27:36,311 Saya pun salah seorang tebusan. 418 00:27:37,604 --> 00:27:41,650 Mungkin saya boleh merayau-rayau, 419 00:27:42,234 --> 00:27:43,610 tapi macam mereka, saya tak bebas. 420 00:27:48,574 --> 00:27:51,785 Escobar nak kami menyerah, tapi itu takkan berlaku. 421 00:27:55,038 --> 00:27:56,957 Kalau dia lepaskan tebusan dan serah diri, 422 00:27:57,916 --> 00:27:59,293 kami akan fikir semula syarat ini. 423 00:28:03,338 --> 00:28:04,756 Gaviria takkan berganjak. 424 00:28:08,468 --> 00:28:10,220 Kalau begitu, saya akan buat dia berganjak. 425 00:28:18,687 --> 00:28:20,689 Awak, bangun dari situ. 426 00:28:29,656 --> 00:28:32,284 Mayat Ofelia Hernandez 427 00:28:32,367 --> 00:28:34,620 ditemui dibuang bersebelahan Istana Presiden. 428 00:28:35,746 --> 00:28:37,080 Presiden Gaviria wajar dikagumi. 429 00:28:37,164 --> 00:28:39,166 Saya pasti bukan mudah bagi beliau 430 00:28:39,249 --> 00:28:41,877 untuk tetap dengan pendirian tidak mahu berunding dengan Escobar. 431 00:28:43,503 --> 00:28:44,504 Apa rancangan awak? 432 00:28:47,674 --> 00:28:49,927 Lepas bunuh beberapa orang lagi, mereka akan mengalah. 433 00:28:52,846 --> 00:28:54,389 Masa mereka semakin kurang. 434 00:28:55,474 --> 00:28:56,767 Saya cakap tentang kita. 435 00:28:59,102 --> 00:29:00,854 Kenapa dengan kita, Valeria? 436 00:29:06,401 --> 00:29:09,363 Sekarang, saya tiada masa untuk semua itu. 437 00:29:15,702 --> 00:29:16,954 Wartawan kesayangan Colombia. 438 00:29:17,788 --> 00:29:20,248 Satu-satunya sebab perempuan ini terkenal... 439 00:29:21,249 --> 00:29:22,876 ialah kerana ayah dia bekas presiden. 440 00:29:24,461 --> 00:29:26,338 Saya benci dia. 441 00:29:28,215 --> 00:29:29,883 Kalau benci, kenapa awak nak ambil kisah? 442 00:29:33,136 --> 00:29:35,222 Rating awak tinggi, bukan? 443 00:29:36,139 --> 00:29:37,432 Rating dia lagi tinggi. 444 00:30:08,171 --> 00:30:09,381 Buka pintu, lekas! 445 00:30:11,842 --> 00:30:12,842 Keluar! 446 00:30:13,427 --> 00:30:14,427 Ayuh! 447 00:30:15,846 --> 00:30:16,930 - Ayuh! - Cepat! 448 00:31:00,515 --> 00:31:01,515 Saya ada di mana? 449 00:31:04,770 --> 00:31:05,770 Helo! 450 00:31:07,647 --> 00:31:08,899 Beritahulah saya ada di mana. 451 00:31:10,942 --> 00:31:12,611 Keluarga saya tahu, saya masih hidup? 452 00:31:13,236 --> 00:31:14,321 Manalah saya tahu? 453 00:31:18,533 --> 00:31:19,534 Awak siapa? 454 00:31:21,745 --> 00:31:22,996 Awak kerja untuk Escobar? 455 00:31:25,415 --> 00:31:26,708 Awak boleh panggil saya Gorila. 456 00:31:29,753 --> 00:31:30,753 Gorila. 457 00:31:32,714 --> 00:31:33,714 Baiklah. 458 00:31:34,091 --> 00:31:35,091 Gorila. 459 00:31:36,551 --> 00:31:37,551 Mana kru saya? 460 00:31:39,930 --> 00:31:41,389 Awak bawa mereka ke sini sekali? 461 00:31:43,391 --> 00:31:44,726 Tugas saya ialah jaga awak. 462 00:31:45,894 --> 00:31:46,894 Itu saja. 463 00:32:13,004 --> 00:32:15,173 Tuan-tuan dan puan-puan, maafkan saya. 464 00:32:15,257 --> 00:32:17,801 Kami faham kekecewaan dan kesedihan 465 00:32:17,884 --> 00:32:19,302 terhadap anak-anak kamu semua, 466 00:32:19,386 --> 00:32:23,056 tapi percayalah, kami sedang melakukan apa yang termampu 467 00:32:23,140 --> 00:32:25,183 untuk memastikan anak-anak kamu semua pulang segera. 468 00:32:25,517 --> 00:32:28,395 Anak kami diculik dalam perjalanan untuk temu bual. 469 00:32:28,478 --> 00:32:30,939 Mereka bunuh pengawalnya. Tak ada siapa yang selamat. 470 00:32:31,690 --> 00:32:33,108 Sebagai bekas presiden, 471 00:32:33,275 --> 00:32:36,236 saya faham kedudukan awak sekarang. 472 00:32:37,070 --> 00:32:39,614 Tapi kami datang nak cari penyelesaian. 473 00:32:41,408 --> 00:32:43,368 Saya faham kekecewaan awak, Dr. Turbay. 474 00:32:44,744 --> 00:32:46,246 Tapi kalau kita mengalah sekarang... 475 00:32:47,038 --> 00:32:49,708 mana-mana penjenayah pun boleh menjadikan kerajaan kita tebusan. 476 00:32:50,750 --> 00:32:52,627 Ini bukan "mana-mana penjenayah". 477 00:32:52,711 --> 00:32:56,590 Dia ialah penjenayah paling kejam. Kini, dia sedang ketawa lihat kita begini. 478 00:32:56,673 --> 00:32:59,092 Presiden, awak boleh teruskan langkah itu, 479 00:32:59,176 --> 00:33:02,053 tapi kami mesti bertindak sebagai ibu bapa kepada anak-anak kami. 480 00:33:02,971 --> 00:33:05,432 Kami mendoakan agar awak jumpa penyelesaian. 481 00:33:07,726 --> 00:33:10,437 Seorang presiden yang baik boleh menghadapi tekanan dari luar. 482 00:33:11,104 --> 00:33:13,648 Tapi tekanan dari dalamlah yang akan meruntuhkan bentengnya. 483 00:33:15,775 --> 00:33:19,321 Kami tahu tunggu masa saja Gaviria akan tunduk kepada Escobar... 484 00:33:20,572 --> 00:33:24,284 tapi harap-harap biarlah selepas operasi tak sah kami mendapat hasil. 485 00:33:25,744 --> 00:33:29,789 Menangkap pembunuh upahan terbaik Pablo, mungkin jalan yang kami perlu sekarang. 486 00:33:29,873 --> 00:33:30,749 Sini. 487 00:33:30,832 --> 00:33:34,419 Kami terus bekerjasama dalam konteks "tujuan pemerhatian". 488 00:33:34,669 --> 00:33:35,669 Angkat tangan! 489 00:33:36,546 --> 00:33:37,546 Angkat! 490 00:33:37,839 --> 00:33:39,257 Kenapa awak pandu kereta ini? 491 00:33:39,841 --> 00:33:40,926 Saya tak tahu. 492 00:33:41,009 --> 00:33:43,386 Ada orang beri 50,000 peso supaya pandu keliling bandar. 493 00:33:43,511 --> 00:33:46,139 Pembunuh upahan itu tahu yang kami menjejaki kenderaan mereka. 494 00:33:46,389 --> 00:33:49,768 Jadi mereka guna kereta buruk untuk elak daripada mata kami di udara. 495 00:33:50,060 --> 00:33:52,687 Tapi bukan kami saja yang mencari Pablo. 496 00:33:53,104 --> 00:33:54,189 Pablo datang jumpa saya. 497 00:33:54,856 --> 00:33:55,856 Kenapa? 498 00:33:56,149 --> 00:33:57,943 Dia nak selesaikan perbalahan kita di AS. 499 00:33:58,526 --> 00:33:59,694 Masalah Los Angeles. 500 00:34:00,070 --> 00:34:02,322 Sekarang, dia ada masalah yang lebih besar. 501 00:34:03,114 --> 00:34:04,866 Dia akan buat perjanjian dengan kerajaan. 502 00:34:05,700 --> 00:34:08,787 Dia dapat beberapa bahan tawar-menawar yang bagus. 503 00:34:10,038 --> 00:34:12,290 Mestilah dia akan jaga awak juga, bukan? 504 00:34:12,832 --> 00:34:14,668 Dah berminggu kami tak bercakap dengan Pablo. 505 00:34:14,834 --> 00:34:15,877 Dia sedang menyorok. 506 00:34:17,754 --> 00:34:18,754 Amboi. 507 00:34:19,047 --> 00:34:20,423 Cantiknya kuda ini, Jorge. 508 00:34:20,507 --> 00:34:21,508 Awak suka? 509 00:34:22,259 --> 00:34:23,426 Ya, mestilah. 510 00:34:23,593 --> 00:34:25,595 Saya pasti, dia akan jaga kamu berdua. 511 00:34:26,263 --> 00:34:27,514 Lagipun, awak rakan kongsi dia. 512 00:34:28,098 --> 00:34:29,098 Yalah, rakan kongsi. 513 00:34:34,521 --> 00:34:37,607 Bila-bila masa saja, awak boleh suruh adik awak pujuk Gustavo. 514 00:34:38,858 --> 00:34:40,193 Apa maksud awak? 515 00:34:41,736 --> 00:34:43,530 Maaf, saya ingat kamu berdua tahu. 516 00:34:44,531 --> 00:34:47,909 Mungkin itu cuma gosip. Biasalah, orang suka bercakap. 517 00:34:56,042 --> 00:34:58,420 Baik awak makan, awak akan duduk lama di sini. 518 00:34:58,670 --> 00:34:59,921 Nanti awak lapar. 519 00:35:01,673 --> 00:35:02,757 Saya rasa tak sihat. 520 00:35:03,717 --> 00:35:04,717 Kenapa? 521 00:35:05,552 --> 00:35:06,553 Awak sakit? 522 00:35:07,554 --> 00:35:09,055 Saya boleh beri awak ubat. 523 00:35:11,016 --> 00:35:13,184 Bukan sakit yang begitu. 524 00:35:14,853 --> 00:35:16,229 Saya nak ucap tahniah kepada awak. 525 00:35:17,314 --> 00:35:20,608 Saya tahu, awak wartawan yang hebat. 526 00:35:22,485 --> 00:35:23,485 Terima kasih. 527 00:35:26,239 --> 00:35:28,616 Gorila, dah berapa lama awak kerja dengan Escobar? 528 00:35:30,660 --> 00:35:31,660 Dah lama. 529 00:35:32,620 --> 00:35:35,248 Jadi awak tahu apa yang berlaku di luar sana, bukan? 530 00:35:36,124 --> 00:35:39,794 Sebenarnya, saya tak keluar. Jadi saya tak tahu. 531 00:35:42,422 --> 00:35:43,465 Apa awak buat ini, Gorila? 532 00:35:43,548 --> 00:35:45,008 Kenapa dia tak pakai penutup mata? 533 00:35:45,508 --> 00:35:46,760 Saya tak tahu awak nak datang. 534 00:35:46,843 --> 00:35:49,179 Pergi tutup mata dia! Kita akan bawa dia keluar. 535 00:35:50,138 --> 00:35:51,138 Pakai baju ini. 536 00:35:52,432 --> 00:35:53,432 Arahan siapa? 537 00:35:54,100 --> 00:35:56,144 Saya suruh awak diam, bukan? 538 00:35:56,644 --> 00:35:57,979 Pakai sajalah. 539 00:36:12,243 --> 00:36:14,537 Akhirnya kita berjumpa juga, Cik Turbay. 540 00:36:16,664 --> 00:36:17,665 Sila duduk. 541 00:36:50,615 --> 00:36:52,325 Awak nak saya temu bual awak? 542 00:36:53,910 --> 00:36:55,412 Tak, sesuatu yang lagi bagus. 543 00:36:56,454 --> 00:36:58,206 Saya yang akan temu bual awak. 544 00:36:59,707 --> 00:37:00,792 Supaya awak boleh beritahu 545 00:37:00,875 --> 00:37:03,169 layanan tak berperikemanusiaan yang awak terima di sini. 546 00:37:08,466 --> 00:37:10,677 Awak tak nak beritahu orang tua awak yang awak sihat? 547 00:37:12,470 --> 00:37:13,930 Beritahu awak masih hidup? 548 00:37:19,477 --> 00:37:22,480 Saya tak nak jadi bahan propaganda awak. 549 00:37:24,732 --> 00:37:25,733 Awak ingat awak siapa? 550 00:37:32,282 --> 00:37:35,994 Jadi, apa yang diperlukan untuk dapat kerjasama awak? 551 00:37:44,377 --> 00:37:45,920 Lepaskan seorang tebusan. 552 00:37:50,425 --> 00:37:52,510 Kita berdua tahu, awak hanya mahukan saya. 553 00:38:07,442 --> 00:38:08,442 Tengok? 554 00:38:09,694 --> 00:38:12,780 Dua orang yang ada pertimbangan dapat mencapai persetujuan. 555 00:38:14,574 --> 00:38:17,952 Mungkin kita boleh meyakinkan Presiden Gaviria untuk buat macam kita. 556 00:38:19,078 --> 00:38:20,078 Betul tak? 557 00:38:24,042 --> 00:38:27,128 En. Escobar telah menunjukkan kesediaan untuk berunding. 558 00:38:28,880 --> 00:38:31,216 Siang tadi, dia telah membebaskan seorang tebusan. 559 00:38:32,258 --> 00:38:33,468 Presiden Gaviria... 560 00:38:34,886 --> 00:38:36,262 saya minta agar... 561 00:38:36,971 --> 00:38:38,389 tuan cuba berbincang 562 00:38:38,473 --> 00:38:39,557 dengan En. Escobar. 563 00:38:45,313 --> 00:38:46,439 Saya tak faham. 564 00:38:46,814 --> 00:38:49,734 Awak kata dia takkan berganjak, tapi sekarang dia dah lepaskan seorang. 565 00:38:50,318 --> 00:38:51,486 Sebab dia dah ada anak puan. 566 00:38:52,195 --> 00:38:54,239 Anak puan lebih bernilai berbanding tebusan lain. 567 00:38:56,783 --> 00:38:58,368 Kalau puan tahu apa yang saya tahu... 568 00:38:59,369 --> 00:39:00,870 puan akan sedar ini gimik saja. 569 00:39:01,496 --> 00:39:02,580 Berilah apa yang dia nak. 570 00:39:02,664 --> 00:39:05,083 Apa yang dia nak adalah penghinaan kepada kita dan negara. 571 00:39:05,166 --> 00:39:07,043 Saya tak peduli. Saya nak anak saya! 572 00:39:08,211 --> 00:39:09,629 Apa maksud isteri saya ialah, 573 00:39:10,421 --> 00:39:13,091 kami nak awak buat perjanjian dengan Escobar. 574 00:39:14,467 --> 00:39:17,929 Kalau awak enggan, kami terpaksa ambil langkah lain. 575 00:39:18,555 --> 00:39:22,600 Dari segi kewangan dengan mencuri penderma awak... 576 00:39:23,560 --> 00:39:24,561 dan dari segi politik, 577 00:39:24,644 --> 00:39:28,940 ambil apa saja yang diperlukan oleh agenda perundangan awak. 578 00:39:33,361 --> 00:39:34,571 Awak ugut saya? 579 00:39:35,613 --> 00:39:38,032 Kita akan guna apa saja cara. 580 00:39:38,116 --> 00:39:40,285 Awak sebagai ahli politik, saya sebagai bapa. 581 00:39:40,535 --> 00:39:41,535 Maaf. 582 00:39:43,621 --> 00:39:44,621 Doktor... 583 00:39:46,291 --> 00:39:48,376 awak suruh saya ikut naluri... 584 00:39:50,336 --> 00:39:53,506 dan naluri saya berkata, jangan mengalah dengan penjenayah. 585 00:39:53,590 --> 00:39:55,466 Itu sebelum mereka culik anak saya. 586 00:40:41,429 --> 00:40:44,265 Saya datang secepat mungkin. Mereka kata, awak perlu saya segera. 587 00:40:45,308 --> 00:40:46,308 Ada apa? 588 00:40:49,020 --> 00:40:50,020 Awak okey? 589 00:40:54,067 --> 00:40:55,151 Beritahu Fernando... 590 00:40:56,152 --> 00:40:58,529 saya bersedia untuk buka rundingan. 591 00:41:00,448 --> 00:41:02,867 Kita akan buat permintaan balas terhadap Escobar. 592 00:41:04,327 --> 00:41:05,703 Awak kata, takkan ada rundingan. 593 00:41:11,876 --> 00:41:13,628 Kerja gila ini harus dihentikan, Eduardo. 594 00:41:15,797 --> 00:41:18,591 Kalau diizinkan Tuhan, kita tangkap dia dulu. 595 00:41:24,430 --> 00:41:27,392 Beritahu agensi Amerika, mereka boleh hantar pesawat ke ruang udara kita. 596 00:41:32,188 --> 00:41:33,398 Akhirnya, dia mengalah. 597 00:41:33,731 --> 00:41:36,984 Berunding dengan pengganas dan cuba untuk tangkap pengganas itu. 598 00:41:41,572 --> 00:41:44,075 Hammer, ada panggilan dari Kawasan Tiga, 599 00:41:44,158 --> 00:41:46,828 Manrique, daripada telefon satelit pembunuh upahan yang dikenali. 600 00:41:47,662 --> 00:41:48,788 Awak dapat lokasinya? 601 00:41:50,540 --> 00:41:51,540 Apa? 602 00:41:52,750 --> 00:41:54,210 Ya, kami di Campo Valdés. 603 00:41:55,545 --> 00:41:56,879 Campo Valdés. 604 00:41:57,130 --> 00:41:58,756 Itu kawasan pusat timur, 605 00:41:58,840 --> 00:42:00,258 bersempadan dengan Comuna Popular. 606 00:42:00,341 --> 00:42:01,341 Baiklah. 607 00:42:01,926 --> 00:42:02,927 Campo Valdés. 608 00:42:03,678 --> 00:42:06,180 Masuk ke kawasan komuniti mereka tanpa bantuan polis Colombia, 609 00:42:06,431 --> 00:42:07,974 ialah perkara yang sangat bahaya. 610 00:42:08,725 --> 00:42:10,601 Kita buat cepat, kemudian terus keluar. 611 00:42:11,686 --> 00:42:12,937 Okey. 612 00:42:14,480 --> 00:42:16,190 Betapa terdesaknya kami nak tangkap mereka. 613 00:42:17,567 --> 00:42:19,694 Tolong, jangan bunuh saya! 614 00:42:20,027 --> 00:42:23,823 Saya sumpah tak dengar apa-apa! Saya takkan cakap apa-apa! 615 00:42:23,906 --> 00:42:25,575 Tolong jangan bunuh saya! 616 00:42:26,409 --> 00:42:28,035 - Saya tak... - Hei! 617 00:42:28,119 --> 00:42:30,872 - Tolong, jangan bunuh saya! - Apa? 618 00:42:31,664 --> 00:42:33,875 Saya merayu, tolonglah. 619 00:42:39,005 --> 00:42:40,923 Sekurang-kurangnya, tunggulah dia lepaskan saya. 620 00:42:41,007 --> 00:42:42,717 Sekarang, tengok! 621 00:42:44,135 --> 00:42:46,137 Habis kotor kasut baru saya. 622 00:42:46,345 --> 00:42:47,638 Peduli apa, itu kasut awak. 623 00:42:48,222 --> 00:42:49,265 Jangan merungut. 624 00:42:50,767 --> 00:42:51,767 Taklah. 625 00:42:53,394 --> 00:42:54,394 Dia macam mana? 626 00:43:01,068 --> 00:43:02,278 Tembak dia. 627 00:43:08,451 --> 00:43:10,453 Apa? Hei, budak itu bukan saksi pun. 628 00:43:10,536 --> 00:43:11,954 Saya tak peduli. 629 00:43:12,955 --> 00:43:14,624 Pablo suruh kita bunuh semua. 630 00:43:14,707 --> 00:43:17,418 Yalah, tapi dia budak lagi. Dia bukan boleh bercakap di mahkamah. 631 00:43:18,586 --> 00:43:20,421 Kalau dia dah besar dan boleh bercakap? 632 00:43:21,506 --> 00:43:22,506 Awak gila? 633 00:43:22,840 --> 00:43:24,884 Masa umur awak dua tahun, awak ingat kata mak awak? 634 00:43:24,967 --> 00:43:27,762 Kenapa awak susah sangat 635 00:43:27,845 --> 00:43:29,680 nak ikut arahan Pablo ini? 636 00:45:28,841 --> 00:45:30,843 Letak senjata awak. 637 00:45:32,053 --> 00:45:33,053 Sekarang! 638 00:45:41,520 --> 00:45:43,147 Awak ditahan, bedebah. 639 00:45:44,023 --> 00:45:45,191 Lepaskan dia! 640 00:45:55,660 --> 00:45:56,660 Lepaskan dia! 641 00:45:57,078 --> 00:45:58,579 - Letak pistol itu. - Awak letak dulu. 642 00:46:00,331 --> 00:46:01,707 Saya tak mahu bunuh awak. 643 00:46:03,376 --> 00:46:04,376 Saya akan bunuh awak. 644 00:46:28,442 --> 00:46:29,442 Tak guna. 645 00:46:39,912 --> 00:46:40,912 Tak guna! 646 00:47:23,789 --> 00:47:24,789 Hei. 647 00:47:25,958 --> 00:47:26,958 Hei. 648 00:47:50,024 --> 00:47:52,610 Jadi, bedebah-bedebah itu nak berbincang. 649 00:47:55,404 --> 00:47:56,404 Jadi... 650 00:47:57,948 --> 00:48:00,076 kita perlu masuk penjara sekejap, bukan? 651 00:48:00,576 --> 00:48:01,702 Jadi, peduli apa. 652 00:48:03,662 --> 00:48:04,789 Awak menang, Pablo. 653 00:48:05,122 --> 00:48:06,122 Mereka mengalah. 654 00:48:06,582 --> 00:48:08,667 Tapi si presiden tak guna itu 655 00:48:09,126 --> 00:48:11,670 masih belum terima permintaan paling penting 656 00:48:11,754 --> 00:48:12,838 sebelum kita serah diri. 657 00:48:14,298 --> 00:48:15,382 Permintaan yang mana satu? 658 00:48:21,180 --> 00:48:22,890 Dah lama kita tak datang sini, bukan? 659 00:48:23,140 --> 00:48:24,140 Ya. 660 00:48:26,519 --> 00:48:29,563 Dulu kita selalu datang sini dengan kekasih kita dan hisap ganja. 661 00:48:32,316 --> 00:48:34,110 Apa kaitan dengan semua ini? 662 00:48:40,324 --> 00:48:43,369 Saya kenal setiap pelosok gunung-gunung ini. 663 00:48:45,704 --> 00:48:48,249 Dari sini, kita boleh nampak apa saja. 664 00:48:49,416 --> 00:48:52,461 Ada ruang yang cukup untuk bina apa yang kita nak. 665 00:48:55,297 --> 00:48:56,841 Kita akan reka... 666 00:48:59,635 --> 00:49:01,095 kita akan bina... 667 00:49:03,097 --> 00:49:06,267 dan kita akan terlindung daripada musuh-musuh kita. 668 00:49:09,270 --> 00:49:10,896 Awak nak bina penjara? 669 00:49:11,105 --> 00:49:12,356 Bukan penjara. 670 00:49:14,817 --> 00:49:15,901 Istana. 671 00:49:23,701 --> 00:49:25,703 Terjemahan sari kata oleh Nuramirah Liyana Roslan