1 00:00:01,000 --> 00:00:09,000 {\an8}Resync by TuturuNime 2 00:00:11,083 --> 00:00:13,167 Sebelum ini dalam Shogun. 3 00:00:13,500 --> 00:00:14,333 Lihatlah itu! 4 00:00:15,125 --> 00:00:16,000 Dia masih hidup! 5 00:00:17,167 --> 00:00:21,083 Beritahu dia tentang darah keturunan awak yang hina itu. 6 00:00:21,167 --> 00:00:24,250 Saya anak perempuan mendiang Tuan Akechi Jinsai. 7 00:00:24,333 --> 00:00:27,708 Tuan ayah saya ialah pemerintah Jepun sebelum Taiko. 8 00:00:27,792 --> 00:00:30,042 Ayah saya bunuh dia demi cintanya kepada Kerajaan. 9 00:00:30,125 --> 00:00:31,500 Berundur! 10 00:00:32,333 --> 00:00:34,917 Keganasan suami awak bukan salah awak. 11 00:00:35,000 --> 00:00:36,333 Kita tak boleh bersama. 12 00:00:36,417 --> 00:00:39,917 Mulai hari ini, kita cuma akan berkongsi kata-kata orang lain. 13 00:00:42,042 --> 00:00:42,875 Ayah! 14 00:00:45,750 --> 00:00:47,375 Ayah. Tengok. 15 00:00:48,542 --> 00:00:49,417 Ibu! 16 00:00:49,667 --> 00:00:52,542 Lega rasanya Cik Puan Ochiba kembali dengan selamat. 17 00:00:52,625 --> 00:00:56,708 Saya diberitahu, Majlis telah diakali. 18 00:00:57,042 --> 00:01:00,000 Masa untuk politik telah berakhir. 19 00:01:00,083 --> 00:01:04,792 Kini Majlis berada di bawah perintah saya. 20 00:01:07,833 --> 00:01:11,167 ISTANA KOTA AZUCHI DUA PULUH DUA TAHUN YANG LALU 21 00:01:32,292 --> 00:01:33,583 Ini Mariko. 22 00:01:33,958 --> 00:01:38,542 Dia anak Akechi Jinsai, vasal baru ayah. 23 00:01:39,792 --> 00:01:40,875 Berkawanlah dengan dia. 24 00:02:13,583 --> 00:02:16,958 Kenapa mereka sangat marah sesama mereka? 25 00:02:24,333 --> 00:02:25,875 Akechi, tunggu… 26 00:02:27,125 --> 00:02:28,125 Sabar. 27 00:02:28,958 --> 00:02:30,000 Saya faham. 28 00:02:30,625 --> 00:02:31,625 Belum tiba masanya. 29 00:02:44,208 --> 00:02:45,250 Tidur semula, Mariko. 30 00:02:48,583 --> 00:02:51,042 Kamu cuma bermimpi. 31 00:03:50,917 --> 00:03:54,250 Saya tak tahu sebab dia melakukannya. 32 00:03:54,458 --> 00:03:56,667 Perkahwinan dengan Buntaro akan jadi penyatuan 33 00:03:56,667 --> 00:03:59,750 yang akan menggembirakan dua keluarga. 34 00:04:00,250 --> 00:04:01,083 Mengarut. 35 00:04:04,542 --> 00:04:07,417 Awak tahu suku Toda sekutu yang tak berguna. 36 00:04:08,750 --> 00:04:11,792 Tapi ayah awak menyayangi awak. 37 00:04:12,458 --> 00:04:15,375 Jika benar, kenapa dia buang saya? 38 00:04:25,958 --> 00:04:26,833 Mariko. 39 00:04:27,500 --> 00:04:30,750 Walaupun dah bertahun-tahun, saya masih tak memahami awak. 40 00:04:31,167 --> 00:04:34,417 Kita memiliki semua keistimewaan. 41 00:04:34,417 --> 00:04:38,042 Jangan fikirkan perkara yang di luar kawalan kita. 42 00:04:56,875 --> 00:05:00,250 Mariko, anak yang paling ayah sayangi. 43 00:05:01,167 --> 00:05:04,208 Ayah sedih melihat kamu penuh dengan pertanyaan. 44 00:05:07,542 --> 00:05:10,042 Kamu anak yang patuh, 45 00:05:11,417 --> 00:05:14,083 tapi kini ayah minta kamu lakukan sesuatu yang lebih besar. 46 00:05:17,500 --> 00:05:20,458 Tugas kamu ialah menahan. 47 00:05:24,000 --> 00:05:28,167 Itu saja. 48 00:06:40,208 --> 00:06:42,917 {\an8}BERDASARKAN NOVEL 49 00:06:48,750 --> 00:06:50,750 SHOGUN 50 00:07:02,958 --> 00:07:06,417 BAB ENAM: WANITA-WANITA ALAM WILLOW 51 00:07:06,833 --> 00:07:09,167 Kita semua hadapi banyak kehilangan. 52 00:07:09,792 --> 00:07:16,208 Kamu mungkin rasa tak mampu menanggungnya. 53 00:07:18,000 --> 00:07:23,708 Tapi, kematian ialah penamat kepada kehidupan. 54 00:07:24,083 --> 00:07:29,458 Itu kepastian dalam hidup itu sendiri. 55 00:07:34,042 --> 00:07:34,875 Nakhoda. 56 00:07:35,708 --> 00:07:36,542 Datang ke depan. 57 00:07:40,750 --> 00:07:42,375 Semasa gempa bumi itu berlaku, 58 00:07:42,875 --> 00:07:46,500 nakhoda telah menyelamatkan nyawa saya buat kali yang kedua. 59 00:07:47,042 --> 00:07:49,125 Saya akan anugerahkan dia 60 00:07:49,125 --> 00:07:53,083 sebidang tanah berhampiran Kanagawa yang bernilai 600 koku. 61 00:07:53,167 --> 00:07:54,833 Atas keberanian awak, 62 00:07:55,333 --> 00:07:57,125 dia berikan awak sebidang tanah 63 00:07:57,208 --> 00:07:59,583 dengan hasil tahunan sebanyak 600 koku. 64 00:07:59,958 --> 00:08:04,083 Dia kini ketua laksamana Kanto 65 00:08:04,083 --> 00:08:07,500 dan jeneral yang memimpin rejimen meriam kita. 66 00:08:07,583 --> 00:08:09,458 Awak juga dilantik sebagai ketua laksamana 67 00:08:09,542 --> 00:08:11,500 dan jeneral rejimen meriam. 68 00:08:32,333 --> 00:08:34,708 Buat mereka yang terkorban, 69 00:08:35,458 --> 00:08:38,542 kematian mereka tak akan sia-sia. 70 00:08:50,875 --> 00:08:52,708 Ribuan orang mati. 71 00:08:57,542 --> 00:09:00,583 Khabarnya di utara lebih teruk. 72 00:09:00,667 --> 00:09:03,792 Jika beginilah, kita tak akan mampu menghadapi Ishido. 73 00:09:05,250 --> 00:09:06,208 Jadi, 74 00:09:08,500 --> 00:09:11,083 kini nakhoda memimpin rejimen meriam? 75 00:09:11,583 --> 00:09:13,333 Itu keputusan Toranaga. 76 00:09:14,500 --> 00:09:18,625 Tentera yang dulu milik saya, kini di luar kawalan saya. 77 00:09:19,375 --> 00:09:20,208 Namun begitu… 78 00:09:21,958 --> 00:09:23,083 Bagi orang gasar… 79 00:09:24,042 --> 00:09:25,792 Apa maksud awak? 80 00:09:25,792 --> 00:09:27,833 Tentera kita kucar-kacir. 81 00:09:29,208 --> 00:09:31,750 Bila-bila saja kita akan diheret ke dalam peperangan 82 00:09:32,500 --> 00:09:36,792 dan awak bimbang tentang seorang orang gasar? 83 00:09:46,083 --> 00:09:48,375 Masa untuk menulis wasiat lagi. 84 00:10:24,542 --> 00:10:26,208 Bapa kami yang berada di syurga, 85 00:10:26,292 --> 00:10:28,167 maha suci nama-Mu. 86 00:10:34,833 --> 00:10:38,333 Datanglah kerajaan-Mu, laksanakanlah kehendak-Mu di bumi seperti di syurga. 87 00:10:39,042 --> 00:10:40,750 Berilah kami makanan hari ini. 88 00:10:40,833 --> 00:10:42,500 Ampunkan kesalahan kami, 89 00:10:42,583 --> 00:10:44,875 seperti kami ampunkan kesalahan orang kepada kami. 90 00:10:45,500 --> 00:10:47,583 Jangan biarkan kami tergoda, 91 00:10:47,667 --> 00:10:49,292 selamatkan kami daripada kejahatan. 92 00:10:49,375 --> 00:10:51,125 Engkaulah pemilik kerajaan, 93 00:10:51,208 --> 00:10:52,958 kekuasaan dan kemuliaan, selama-lamanya. 94 00:10:53,042 --> 00:10:55,000 - Amen. - Amen. 95 00:11:08,500 --> 00:11:10,750 Tuan, saya telah mengaibkan tuan, 96 00:11:11,417 --> 00:11:13,208 saya benar-benar malu. 97 00:11:13,750 --> 00:11:14,792 Bukan saya. 98 00:11:15,333 --> 00:11:17,708 Awak telah memalukan rumah tangga awak 99 00:11:17,708 --> 00:11:20,708 dan rumah penjaga panji saya. 100 00:11:23,292 --> 00:11:27,792 Saya tak berguna lagi buat tuan. 101 00:11:28,583 --> 00:11:31,542 Saya hilang kawalan apabila saya bersama Mariko. 102 00:11:31,625 --> 00:11:32,708 Jadi, ceraikan dia. 103 00:11:33,958 --> 00:11:35,208 Tolong maafkan saya. 104 00:11:37,500 --> 00:11:41,667 Bukan sekarang, selepas bertahun-tahun. 105 00:11:43,167 --> 00:11:47,917 Setelah pengkhianatan ayahnya, 106 00:11:48,250 --> 00:11:53,833 saya sangka dia bersyukur kerana saya menyelamatkan nyawanya. 107 00:11:55,875 --> 00:12:00,042 Tapi, dia tetap dingin. 108 00:12:01,750 --> 00:12:06,917 Meminta kematian, berulang-ulang kali. 109 00:12:07,667 --> 00:12:10,917 Setelah bertahun-tahun, hatinya masih keras. 110 00:12:12,750 --> 00:12:13,708 Tapi, 111 00:12:15,458 --> 00:12:18,667 dengan nakhoda, ia berbeza. 112 00:12:21,417 --> 00:12:26,042 Mariko cuma melakukan perkara yang saya minta, 113 00:12:26,500 --> 00:12:28,667 lebih daripada yang saya minta daripada awak. 114 00:12:29,083 --> 00:12:29,917 Saya arahkan awak 115 00:12:30,417 --> 00:12:34,500 asingkan diri daripada Mariko selama tujuh hari. 116 00:13:05,500 --> 00:13:06,667 Nakhoda. 117 00:13:07,458 --> 00:13:09,792 Nakhoda mahu bertemu saya. 118 00:13:14,833 --> 00:13:17,583 Saya simpati atas hal yang berlaku pada tenteranya. 119 00:13:19,125 --> 00:13:23,458 Dia kata dia simpati tentang tentera tuan. 120 00:13:23,542 --> 00:13:24,792 Namun, saya nak tahu 121 00:13:24,875 --> 00:13:27,583 sebab dia hadiahkan saya rejimen meriamnya malam tadi. 122 00:13:27,958 --> 00:13:30,500 Hadiah-hadiah yang tuan berikan kepada dia, 123 00:13:30,583 --> 00:13:32,875 dia ingin tahu sebabnya. 124 00:13:32,875 --> 00:13:35,083 Dia persoalkan kemurahan hati saya? 125 00:13:35,417 --> 00:13:36,875 Dia tanya jika awak menolaknya. 126 00:13:36,958 --> 00:13:38,583 Ini bukan soal menolak. 127 00:13:38,667 --> 00:13:40,417 Saya pernah jelaskan kepada dia. 128 00:13:40,500 --> 00:13:42,875 Saya tak mampu memikul tugas yang dia berikan. 129 00:13:44,667 --> 00:13:45,750 Jadi, saya ingin pergi. 130 00:13:48,083 --> 00:13:50,417 Dia tak dapat memikul tugas yang tuan berikan 131 00:13:50,875 --> 00:13:54,875 dan dia kata dia tetap ingin meninggalkan Jepun. 132 00:13:55,042 --> 00:13:57,625 Apa tugas yang dia lebih suka? 133 00:13:57,708 --> 00:14:00,125 Dia tanya, awak lebih suka diberi tugas apa? 134 00:14:00,708 --> 00:14:04,250 Jika saya terus berada di Jepun, 135 00:14:04,333 --> 00:14:08,250 saya akan mohon sekali lagi agar kapal saya dikembalikan… 136 00:14:08,458 --> 00:14:10,500 Dia minta agar kapalnya dikembalikan. 137 00:14:10,583 --> 00:14:12,833 …agar saya boleh melawan musuh kami berdua, 138 00:14:12,917 --> 00:14:14,333 orang Portugis. 139 00:14:15,500 --> 00:14:20,125 Jadi, dia boleh belayar menentang Portugis. 140 00:14:20,208 --> 00:14:21,958 Sebagai ketua laksamananya, 141 00:14:22,042 --> 00:14:24,208 masih ada banyak cara saya boleh ganggu musuhnya. 142 00:14:24,708 --> 00:14:28,250 Contohnya, saya boleh serang Kapal Hitam Portugis di laut, 143 00:14:28,333 --> 00:14:32,125 menjejaskan perdagangan ke pelabuhan yang dikawal pesaing Katoliknya di Majlis. 144 00:14:32,208 --> 00:14:35,333 Saya diberitahu, nama mereka Kiyama dan Ohno. 145 00:14:35,417 --> 00:14:39,167 Ini akan melemahkan aliran kekayaan dan kuasa Katolik Portugis 146 00:14:39,250 --> 00:14:43,750 yang akhirnya akan digunakan untuk melawan dia dan negaranya. 147 00:14:45,833 --> 00:14:47,458 Ini bukan keutamaan tuan kita. 148 00:14:47,958 --> 00:14:49,667 Maaf, awak nak terjemahkan? 149 00:14:56,042 --> 00:14:59,125 Nakhoda mahu menyerang Kapal Hitam 150 00:14:59,458 --> 00:15:04,833 untuk melemahkan pelabuhan dagang yang dikawal oleh Pemangku Raja Katolik. 151 00:15:04,833 --> 00:15:09,042 Apa sebabnya saya perlu menyerang negara yang bersahabat? 152 00:15:09,125 --> 00:15:11,458 Dia kata, Portugis ialah negara yang bersahabat 153 00:15:11,542 --> 00:15:13,917 dan dia tak akan menyerang kapal mereka. 154 00:15:14,000 --> 00:15:16,958 Portugis di sini bukan untuk kebaikan Jepun atau Toranaga-sama. 155 00:15:17,042 --> 00:15:18,708 Mereka nak kaut laba atas nama Tuhan. 156 00:15:18,792 --> 00:15:20,125 Kenapa masih pegang idea ini? 157 00:15:20,208 --> 00:15:21,917 Apa yang diperbalahkan? 158 00:15:27,208 --> 00:15:31,917 Maafkan saya. Saya diingatkan, penterjemah harus menterjemah saja. 159 00:15:32,000 --> 00:15:35,208 Memandangkan awak penterjemah saya dan tak lebih daripada itu, 160 00:15:35,750 --> 00:15:37,958 saya nak awak beritahu dia 161 00:15:38,042 --> 00:15:40,333 Portugis cuma berbaik untuk mengaut laba. 162 00:15:41,000 --> 00:15:46,417 Dia percaya, Portugis datang ke sini cuma untuk mengaut laba. 163 00:15:48,750 --> 00:15:50,458 Saya tak akan bincangkan lagi hal ini. 164 00:15:51,042 --> 00:15:52,708 Itu saja buat masa ini. 165 00:15:58,375 --> 00:15:59,500 Awak tunggu. 166 00:16:07,000 --> 00:16:09,792 Ada apa antara awak dengan nakhoda? 167 00:16:10,000 --> 00:16:11,000 Tak ada apa-apa. 168 00:16:12,708 --> 00:16:14,333 Hanya perkataan. 169 00:16:14,542 --> 00:16:16,667 Saya tak mahu ada gangguan dalam suku saya. 170 00:16:17,042 --> 00:16:20,542 Kita berada di ambang kekalahan. 171 00:16:20,750 --> 00:16:22,083 Saya faham. 172 00:16:23,125 --> 00:16:26,875 Tak boleh utamakan hal individu melebihi perjuangan ini. 173 00:16:26,875 --> 00:16:30,417 Kita tak boleh tunaikan permintaan nakhoda. 174 00:16:30,833 --> 00:16:33,542 Tapi, untuk tenangkan fikirannya, 175 00:16:33,542 --> 00:16:36,708 tolong aturkan dia untuk bermalam di rumah pelacuran. 176 00:16:37,042 --> 00:16:41,708 Upah gundik mereka yang terbaik. 177 00:16:43,208 --> 00:16:45,042 Saya sendiri yang akan uruskan. 178 00:16:47,208 --> 00:16:48,792 Ikut dia. 179 00:16:51,250 --> 00:16:53,125 Sebagai penterjemah. 180 00:16:54,667 --> 00:16:59,792 Kalau-kalau dia bercakap ketika dia meniduri gundik itu. 181 00:17:24,250 --> 00:17:27,000 Ishido jadikan Pemangku-Pemangku Raja tebusan. 182 00:17:27,208 --> 00:17:31,417 Mereka dikurung di dalam istana kota bersama keluarga mereka. 183 00:17:31,417 --> 00:17:34,333 Dia paksa mereka mengundi untuk mendakwa Toranaga. 184 00:17:34,625 --> 00:17:36,875 KIta pergi sekarang. 185 00:17:36,958 --> 00:17:38,625 Mari, ikut sini. 186 00:17:39,000 --> 00:17:40,958 Cepat, Shizu, naik kuda ini. 187 00:17:44,500 --> 00:17:46,000 Dia tak boleh naik. 188 00:17:46,417 --> 00:17:48,542 Kami cuma akan perlahankan awak. 189 00:17:49,167 --> 00:17:52,583 Awak sendiri yang perlu beritahu Toranaga. 190 00:17:52,583 --> 00:17:53,458 Tidak. 191 00:17:53,542 --> 00:17:55,333 Tolong, saya merayu kepada awak. 192 00:17:55,583 --> 00:17:57,000 - Cepat! - Maafkan saya. 193 00:18:22,167 --> 00:18:26,125 Jangan benarkan sesiapa masuk. Ia lebih teruk daripada yang kita jangka. 194 00:18:26,625 --> 00:18:28,208 Apa yang berlaku, Yang Mulia? 195 00:18:28,292 --> 00:18:30,667 Pergerakan di Istana Kota Osaka disekat. 196 00:18:30,750 --> 00:18:33,542 Ishido mendakwa ada komplot untuk membunuh pewaris 197 00:18:33,625 --> 00:18:35,167 dan dia arahkan… 198 00:18:36,958 --> 00:18:39,875 Dia arahkan agar Pemangku Raja tak dibenarkan pergi 199 00:18:39,958 --> 00:18:43,917 sehingga mereka memilih ahli kelima dan jatuhkan hukuman mati ke atas Toranaga. 200 00:18:44,625 --> 00:18:46,167 Ini semua angkara dia. 201 00:18:46,250 --> 00:18:47,542 Cik Puan Ochiba? 202 00:18:48,792 --> 00:18:53,458 Kempen untuk menyingkirkan Toranaga semakin giat sejak kepulangannya. 203 00:18:53,542 --> 00:18:55,375 Wanita itu tiada kuasa sekuat itu. 204 00:18:56,792 --> 00:18:58,875 Jangan pandang rendah dia, Yang Mulia. 205 00:18:59,583 --> 00:19:00,875 Anak busho yang dibunuh. 206 00:19:01,750 --> 00:19:03,917 Satu-satunya gundik yang beri Taiko pewaris 207 00:19:04,667 --> 00:19:06,542 dan dia bencikan gereja. 208 00:19:07,542 --> 00:19:12,208 Saya rasa masanya dah tiba untuk kita jadikan Toranaga sekutu. 209 00:19:12,292 --> 00:19:15,417 Lelaki itu keturunan Minowara, Martin. 210 00:19:16,000 --> 00:19:18,542 Saya tak pernah faham kepentingan dia kepada awak. 211 00:19:19,792 --> 00:19:23,292 Ayuh berdoa agar dia menyebelahi kita apabila semua ini selesai. 212 00:20:07,667 --> 00:20:08,500 Cik Puan Ruri! 213 00:20:09,042 --> 00:20:09,875 Bersiap. 214 00:20:10,125 --> 00:20:11,375 Cik puan perlu pergi. 215 00:20:11,625 --> 00:20:13,750 Ayah cik puan telah dibunuh di Kyoto. 216 00:20:24,625 --> 00:20:26,083 Jangan kembali. 217 00:20:32,083 --> 00:20:33,083 Ibu. 218 00:20:36,708 --> 00:20:38,292 Masa untuk kamu pergi. 219 00:20:51,750 --> 00:20:58,708 Dia membunuh vasal palsu 220 00:21:28,292 --> 00:21:34,458 Kita tawanan wanita itu. 221 00:21:35,375 --> 00:21:38,750 Pernyataan itu tak menguntungkan sesiapa. 222 00:21:39,208 --> 00:21:42,000 Tak lama lagi semua ini akan berakhir. 223 00:21:42,333 --> 00:21:44,083 Bila? 224 00:21:44,500 --> 00:21:49,750 Apabila Pemangku kelima disahkan dan ancaman Toranaga dilenyapkan. 225 00:21:51,708 --> 00:21:54,333 Kemudian, Ishido akan bebaskan semua tebusan. 226 00:21:54,333 --> 00:22:01,167 Kita akan sentiasa jadi tawanan mereka sekarang. 227 00:22:02,000 --> 00:22:05,792 Kita cuma boneka. 228 00:22:06,958 --> 00:22:09,458 Era Kerajaan telah berakhir. 229 00:22:27,667 --> 00:22:33,125 Inikah era aman yang Taiko kita perjuangkan? 230 00:22:33,708 --> 00:22:37,500 Kita perlu berhati-hati sekarang. 231 00:22:38,833 --> 00:22:40,708 Mengarut. 232 00:22:41,000 --> 00:22:46,708 Ishido hanya budak suruhan kesukaan Taiko. 233 00:22:47,125 --> 00:22:49,708 Kerjanya bagus, tapi tak hebat. 234 00:22:50,500 --> 00:22:53,667 Awak salah pilih sekutu. 235 00:22:56,375 --> 00:23:03,333 Wahai Cik Puan Ochiba… 236 00:23:17,958 --> 00:23:22,167 Takziah atas kematian ayah awak. 237 00:23:22,833 --> 00:23:27,250 Sungguh dahsyat, betapa lemahnya kita kepada takdir. 238 00:23:27,625 --> 00:23:32,958 Kita hanya pasir yang ditolak dan ditarik oleh arus. 239 00:23:33,292 --> 00:23:35,958 Suami saya pemerintah Jepun 240 00:23:36,917 --> 00:23:42,917 dan saya tak mampu berikan dia pewaris. Awak tahu tak? 241 00:23:44,042 --> 00:23:48,875 Ini dah berada dalam simpanan keluarga saya selama lebih 100 tahun. 242 00:23:50,542 --> 00:23:53,750 Benda ini cuma ada satu saja. 243 00:23:53,917 --> 00:24:00,583 Saya akan mewariskannya kepada gundik yang boleh berikan kami anak lelaki. 244 00:24:08,458 --> 00:24:12,333 Mulai sekarang, awak akan dikenali sebagai "Cik Puan Ochiba". 245 00:24:15,250 --> 00:24:18,750 Wanita boleh kehilangan semua yang dia pernah miliki… 246 00:24:19,500 --> 00:24:22,667 tapi dia juga boleh mengambilnya semula. 247 00:24:28,000 --> 00:24:32,000 Dia perlu berani berdepan dengan takdir… 248 00:24:35,208 --> 00:24:39,083 dan memperlihatkan dirinya. 249 00:24:48,958 --> 00:24:55,917 Jika kami ada anak lelaki, 250 00:25:00,667 --> 00:25:07,625 martabat akan tersebar ke setiap arah… 251 00:25:20,875 --> 00:25:22,208 Tuan Ito. 252 00:25:23,167 --> 00:25:28,417 Gambaran awak pada mendiang tuan kita agak mendalam. 253 00:25:28,792 --> 00:25:32,042 Pujian itu terlalu tinggi, Tuan Ishido. 254 00:25:32,792 --> 00:25:39,333 Saya tak seberapa jika dibandingkan dengan dia. 255 00:25:39,958 --> 00:25:41,708 Bukan awak saja yang rasa begitu. 256 00:25:42,708 --> 00:25:43,958 Semasa kecil, 257 00:25:44,667 --> 00:25:47,042 saya menyanjungi Taiko sebagai bukti 258 00:25:47,542 --> 00:25:51,375 orang desa seperti saya pun boleh naik ke tempat yang tinggi. 259 00:25:52,958 --> 00:25:55,833 Sesetengah orang lahir dalam keluarga yang berpengaruh, 260 00:25:56,375 --> 00:25:58,750 sesetengahnya perlu berusaha. 261 00:26:03,000 --> 00:26:06,083 Kemahiran Noh awak tiada tandingannya, Tuan Ito. 262 00:26:06,792 --> 00:26:13,625 Meskipun awak lebih tinggi daripada Taiko, tuan saya dulu. 263 00:26:14,833 --> 00:26:19,708 Kalaulah saya boleh potong badan saya paras lutut… 264 00:26:20,833 --> 00:26:23,000 Cuma kesalahan yang kecil. 265 00:26:24,417 --> 00:26:26,875 Saya ambil hal ini dengan serius. 266 00:26:27,542 --> 00:26:31,875 Saya sangat minat berlakon. 267 00:26:33,167 --> 00:26:34,958 Bagaimana dengan politik? 268 00:26:36,125 --> 00:26:39,292 Pernah dengar tentang komplot terhadap pewaris? 269 00:26:40,125 --> 00:26:42,458 Provokasi Toranaga perlu ditamatkan. 270 00:26:44,208 --> 00:26:48,792 Mahukah awak sertai Majlis dan mengundi agar dia dihukum mati? 271 00:26:52,958 --> 00:26:57,583 Terima kasih atas kebijaksanaan cik puan untuk mencadangkan Tuan Ito. 272 00:26:58,083 --> 00:27:00,875 Sepanjang saya bersama Taiko, 273 00:27:01,208 --> 00:27:03,792 pujiannya terhadap cik puan sangat tinggi. 274 00:27:04,833 --> 00:27:09,000 Kini saya dah mula memahami sebabnya. 275 00:27:11,625 --> 00:27:14,958 Saya rindukan peribadi Taiko yang tegas. 276 00:27:18,292 --> 00:27:19,958 Memang benar. 277 00:27:21,333 --> 00:27:25,000 Kita seolah-olah hidup dalam bayangannya. 278 00:27:27,375 --> 00:27:28,875 Dalam banyak sudut. 279 00:27:30,000 --> 00:27:34,125 Namun akhirnya, dia tak mencapai hasratnya. 280 00:27:35,667 --> 00:27:38,167 Dia gagal menyekat Toranaga. 281 00:27:40,042 --> 00:27:43,333 Kenapa cik puan sangat bencikan dia? 282 00:27:45,500 --> 00:27:47,333 Lenyapkan Toranaga 283 00:27:48,875 --> 00:27:54,792 dan awak pula yang akan disanjungi. 284 00:28:22,833 --> 00:28:26,333 Seluruh Osaka kini di bawah kuasa Ishido. 285 00:28:26,625 --> 00:28:30,083 Awak bernasib baik dapat melepaskan diri. 286 00:28:30,667 --> 00:28:31,750 Ini dah melampau. 287 00:28:32,583 --> 00:28:35,250 Ayah saya sangat setia kepada pewaris. 288 00:28:35,833 --> 00:28:37,583 Mereka sebenarnya yang berkomplot. 289 00:28:37,917 --> 00:28:41,750 Sekutu-sekutu kita ditekan untuk menjadi musuh kita 290 00:28:42,625 --> 00:28:44,542 hari demi hari. 291 00:28:44,958 --> 00:28:51,250 Melainkan mereka nampak kebenaran melalui kekejaman dan protes ini. 292 00:28:51,458 --> 00:28:55,125 Jika kita tunggu saat itu, semua akan terlambat. 293 00:28:57,417 --> 00:28:58,375 Masanya dah tiba 294 00:28:59,250 --> 00:29:01,167 untuk Langit Kirmizi. 295 00:29:07,333 --> 00:29:08,958 Apa itu Langit Kirmizi? 296 00:29:09,792 --> 00:29:14,042 Satu rancangan yang dibuat lama dahulu. 297 00:29:14,542 --> 00:29:19,875 Satu serangan yang ganas ke atas Istana Kota Osaka. 298 00:29:20,583 --> 00:29:25,458 Kita akan singkirkan Majlis dan membentuk kerajaan baru. 299 00:29:25,875 --> 00:29:30,625 Toranaga akan jadi Pemangku Raja yang tunggal. 300 00:29:32,083 --> 00:29:33,625 Syogun. 301 00:29:35,042 --> 00:29:38,542 Menyerang Osaka umpama kita membunuh diri. 302 00:29:39,958 --> 00:29:43,750 Sekutu-sekutu Ishido mengawal bandar itu. 303 00:29:43,750 --> 00:29:46,625 Adik lelaki tiri Tuan Toranaga, 304 00:29:46,708 --> 00:29:49,750 Saeki Nobutatsu. Kita boleh bergabung dengan dia. 305 00:29:50,167 --> 00:29:52,417 Itu tak cukup. 306 00:29:53,625 --> 00:29:56,625 Apa yang awak akan lakukan, Omi? 307 00:29:58,292 --> 00:30:00,167 Ahli Majlis yang kelima taat kepada Ishido, 308 00:30:01,708 --> 00:30:05,208 bererti tuan akan dijatuhi hukuman bunuh. 309 00:30:07,083 --> 00:30:09,875 Jika begitu, masa untuk Langit Kirmizi. 310 00:30:10,167 --> 00:30:12,667 Mungkin itu akan berhasil, tapi, 311 00:30:13,958 --> 00:30:18,167 kenapa ambil risiko itu sedangkan masih ada masa? 312 00:30:18,875 --> 00:30:20,500 Kita tak boleh tunggu lagi. 313 00:30:21,167 --> 00:30:22,083 Ayah, 314 00:30:22,708 --> 00:30:25,833 tuntut semula warisan keluarga kita dan jadi Syogun. 315 00:30:25,917 --> 00:30:27,125 Ayah tak pernah kalah… 316 00:30:27,125 --> 00:30:30,083 Sebab ayah tak pernah isytiharkan perang dulu! 317 00:30:31,208 --> 00:30:32,958 Tak akan ada Langit Kirmizi. 318 00:30:35,500 --> 00:30:38,208 Ayah tak pernah kejar jawatan Syogun 319 00:30:39,458 --> 00:30:40,542 dan tak akan kejar. 320 00:30:42,667 --> 00:30:45,583 Cari rancangan yang tak bawa kematian yang pasti. 321 00:30:50,708 --> 00:30:53,583 Maaf kerana tak beritahu lebih awal, Gin, 322 00:30:53,667 --> 00:30:55,125 tapi Toranaga arahkan saya 323 00:30:55,125 --> 00:30:58,500 untuk bertanya jika Cik Puan Kiku ada kelapangan malam ini. 324 00:30:58,875 --> 00:31:00,208 Saya amat berbesar hati. 325 00:31:05,208 --> 00:31:07,875 Perkakas lakuer ini juga cantik. 326 00:31:08,333 --> 00:31:10,500 Sebenarnya ia tak seberapa. 327 00:31:10,875 --> 00:31:13,917 Saya malu kerana kami terpaksa menggunakannya, 328 00:31:14,000 --> 00:31:16,792 kerana banyak benda yang musnah dalam gempa bumi itu. 329 00:31:22,625 --> 00:31:28,125 Cik Puan Kiku pasti berbesar hati melayan klien ini. 330 00:31:29,458 --> 00:31:30,375 Namun, 331 00:31:31,292 --> 00:31:35,000 saya terpaksa bayar ganti rugi kepada klien lain yang dah tempah dia. 332 00:31:35,958 --> 00:31:38,292 Selepas kebakaran gempa bumi, 333 00:31:38,958 --> 00:31:43,458 empat helai kosode Kiku rosak kerana air. 334 00:31:43,542 --> 00:31:46,000 Saat yang sukar buat kita semua. 335 00:31:46,083 --> 00:31:48,250 Lima ratus monme mungkin boleh diterima. 336 00:31:48,458 --> 00:31:52,583 Maaf, mungkin saya tak cukup jelas. 337 00:31:52,667 --> 00:31:55,917 Saya tak berhasrat membeli semua Kedai Teh di Izu, 338 00:31:56,875 --> 00:32:00,375 hanya untuk layanan wanita itu untuk satu malam. 339 00:32:01,458 --> 00:32:05,292 Tak tahu jika awak pernah dengar tentang Kedai Teh saya, 340 00:32:05,375 --> 00:32:09,208 tapi tolong faham yang ini bukan rumah pelacuran biasa. 341 00:32:09,292 --> 00:32:12,750 Saya jamin, tiada tempat lain yang sehebat ini di Jepun. 342 00:32:13,792 --> 00:32:16,875 Wanita-wanita saya artis kelas pertama. 343 00:32:17,375 --> 00:32:20,500 Mereka mengayakan minda dan memupuk jiwa. 344 00:32:21,167 --> 00:32:22,708 Saya jamin 345 00:32:23,583 --> 00:32:26,500 harganya agak berbaloi. 346 00:32:26,792 --> 00:32:28,250 Jika begitu, 100 monme. 347 00:32:31,667 --> 00:32:35,042 Saya boleh turunkan sehingga 400 monme saja. 348 00:32:36,542 --> 00:32:41,917 Tentu Tuan Toranaga mahu menikmati malamnya. 349 00:32:42,583 --> 00:32:44,042 Minta maaf. 350 00:32:45,167 --> 00:32:46,792 Kiku bukan untuk Tuan Toranaga. 351 00:32:49,708 --> 00:32:52,083 Dia hadiah untuk nakhoda. 352 00:32:54,625 --> 00:32:56,375 Kini dia penjaga panji 353 00:32:56,833 --> 00:32:59,792 dan ketua laksamana rejimen meriam Tuan Toranaga. 354 00:33:00,542 --> 00:33:02,708 Saya rasa, 200 monme dah cukup. 355 00:33:03,958 --> 00:33:07,958 Jika begitu, awak akan bersama dia? 356 00:33:07,958 --> 00:33:09,042 Cuma, 357 00:33:10,250 --> 00:33:16,417 saya dengar awak dan nakhoda tak pernah berenggang. 358 00:33:16,500 --> 00:33:19,167 Tugas saya ialah menterjemah, ya. 359 00:33:19,583 --> 00:33:25,667 Jika begitu, tentu awak akan seronok berada di Kedai Teh saya. 360 00:33:28,667 --> 00:33:32,500 Ada yang memanggilnya Alam Willow, 361 00:33:33,000 --> 00:33:37,083 kerana wanita-wanita saya umpama lili di dalam tasik. 362 00:33:38,000 --> 00:33:41,500 Di situ, tiada orang luar yang akan mengintai. 363 00:33:43,500 --> 00:33:47,833 Semua ini saya jamin dengan harga yang sangat kecil. 364 00:33:50,917 --> 00:33:53,167 Tiga ratus monme tentu cukup. 365 00:33:54,625 --> 00:33:58,208 Awak akan jadi tetamu yang istimewa. 366 00:34:03,625 --> 00:34:07,875 Cik Puan Gin kata, dengan sokongan Tuan Toranaga 367 00:34:07,875 --> 00:34:11,625 saya boleh jadi gundik yang paling disayangi di Kanto. 368 00:34:18,000 --> 00:34:20,208 Saya tak tahu sebabnya Tuan Toranaga 369 00:34:20,292 --> 00:34:26,292 begitu menghargai orang gasar itu. 370 00:34:29,542 --> 00:34:32,625 Orang gasar itu tiada nilainya buat saya. 371 00:34:49,083 --> 00:34:51,417 Awak telah menerima satu penghargaan yang besar. 372 00:34:51,500 --> 00:34:53,833 Cik Puan Kiku ialah gundik rebutan di Izu. 373 00:34:54,708 --> 00:34:55,792 Ia bukan penghargaan 374 00:34:55,875 --> 00:34:59,167 jika saya tak tahu sebab saya menerimanya. 375 00:34:59,958 --> 00:35:02,958 Biasanya isteri seperti saya tak dibenarkan masuk. 376 00:35:03,042 --> 00:35:06,167 Tapi untuk kali ini, mereka berikan pengecualian khas. 377 00:35:09,500 --> 00:35:12,125 Toranaga-sama tahu tentang… 378 00:35:13,708 --> 00:35:14,917 Tiada yang perlu diketahui. 379 00:35:30,875 --> 00:35:33,667 Kedai Teh Gin terkenal dengan banyak keajaibannya, 380 00:35:33,750 --> 00:35:36,125 tapi awak perlu berhati-hati. 381 00:35:36,208 --> 00:35:38,208 Setiap gerak-geri kita diperhatikan. 382 00:35:58,750 --> 00:36:02,250 Saya harap awak nikmati malam awak. 383 00:36:30,917 --> 00:36:32,083 Apa saya nak cakap? 384 00:36:32,583 --> 00:36:34,458 Awak perlu beritahu reaksi awak. 385 00:36:35,375 --> 00:36:37,000 Beritahu dia yang dia cantik. 386 00:36:37,083 --> 00:36:39,250 "Sonata wa utsukushii." 387 00:36:48,125 --> 00:36:53,958 Saya bangga dapat melayan nakhoda pada malam yang indah ini. 388 00:36:54,625 --> 00:36:59,458 Saya juga gembira Cik Puan Mariko datang ke tempat ini. 389 00:37:14,208 --> 00:37:16,250 Memang terasa seperti kita diperhatikan. 390 00:37:16,333 --> 00:37:19,708 Kita perlu cuba tunjukkan ini menyeronokkan. 391 00:37:19,792 --> 00:37:22,250 Bagaimana saya nak tunjukkan ini menyeronokkan? 392 00:37:22,333 --> 00:37:26,458 Dengan tak cari masalah. Demi kebaikan kita berdua. 393 00:37:47,500 --> 00:37:49,958 Puji cara dia menuang sake awak. 394 00:37:50,042 --> 00:37:51,417 Ia dianggap seni yang unik. 395 00:37:52,000 --> 00:37:54,333 Gundik seperti Kiku-dono pelajari ia bertahun-tahun. 396 00:37:57,958 --> 00:37:59,333 Bagus cara awak menuang. 397 00:38:00,042 --> 00:38:02,250 Nakhoda memuji layanan awak. 398 00:38:05,792 --> 00:38:10,833 Saya bayangkan semua tentu berbeza di negaranya. 399 00:38:10,917 --> 00:38:13,458 Dia beranggapan ia berbeza daripada tempat asal awak. 400 00:38:13,542 --> 00:38:14,833 Mungkin. 401 00:38:15,625 --> 00:38:19,292 Di tempat saya, pelacur tak dihias sebegini rupa 402 00:38:19,375 --> 00:38:20,750 atau bersikap ingin tahu. 403 00:38:22,958 --> 00:38:26,125 Dia nampak lebih suka dengan tanah airnya. 404 00:38:27,333 --> 00:38:29,042 Izinkan saya? 405 00:38:30,000 --> 00:38:31,125 Apa salahnya? 406 00:38:34,333 --> 00:38:36,125 Satu lagi tuangan yang baik. 407 00:38:46,792 --> 00:38:48,500 Hana, lihat tempat asal botol itu. 408 00:38:48,500 --> 00:38:49,708 Apa yang awak nampak? 409 00:38:50,458 --> 00:38:52,375 Saya tak nampak apa-apa, kakak. 410 00:38:52,458 --> 00:38:55,500 Awak nampak tempat yang ditinggalkan oleh botol itu. 411 00:38:56,542 --> 00:39:00,333 Kehadiran paling dirasai dalam ketiadaan. 412 00:39:01,083 --> 00:39:02,542 Ya, kakak. 413 00:39:04,208 --> 00:39:08,750 Kiku-dono mengajar perantisnya tentang ruang kosong dan simbolnya. 414 00:39:18,708 --> 00:39:20,208 Mariko. 415 00:39:22,625 --> 00:39:26,458 Kita berada di tempat persendirian. 416 00:39:27,375 --> 00:39:31,000 Gelap, jika seseorang mahu ia gelap. 417 00:39:35,167 --> 00:39:38,792 Seorang wanita tak boleh berpaling apabila wanita lain menderita. 418 00:39:46,250 --> 00:39:48,292 Mungkin nakhoda akan benarkan saya jelaskan 419 00:39:48,375 --> 00:39:51,792 sebabnya Alam Willow ini antara 420 00:39:51,875 --> 00:39:53,708 tempat yang paling dihargai. 421 00:39:54,375 --> 00:39:57,750 Dia ingin jelaskan kepada awak maksud Alam Willow. 422 00:40:13,250 --> 00:40:19,000 Orang yang datang ke tempat ini untuk melupakan sesuatu. 423 00:40:20,583 --> 00:40:26,000 Sama ada kebosanan, kesakitan, kesusahan atau kekecewaan. 424 00:40:26,708 --> 00:40:28,792 Kebanyakannya datang ke sini untuk lari 425 00:40:28,875 --> 00:40:33,750 daripada kebosanan, kesakitan, kesusahan atau kekecewaan. 426 00:40:34,167 --> 00:40:38,792 Mereka percaya tempat ini untuk keseronokan fizikal… 427 00:40:38,875 --> 00:40:41,375 Mereka percaya tempat ini untuk keseronokan fizikal 428 00:40:42,125 --> 00:40:43,375 dan itu memang betul. 429 00:40:44,958 --> 00:40:46,750 Tapi ia boleh lebih daripada itu. 430 00:40:47,208 --> 00:40:50,583 Orang yang saya jumpa… 431 00:40:50,667 --> 00:40:53,667 Orang yang dia jumpa mahu kehidupan atau keadaan yang berbeza. 432 00:40:55,333 --> 00:40:58,375 Mereka mahu berada di tempat yang lain. 433 00:40:58,458 --> 00:41:03,667 Saya tawarkan awak kelegaan daripada semua ini. 434 00:41:04,917 --> 00:41:07,042 Saya tawarkan awak kelegaan daripada ini semua 435 00:41:08,750 --> 00:41:13,208 dan keselamatan untuk mencipta satu saat sempurna 436 00:41:13,833 --> 00:41:16,333 yang awak ingin nikmati sepenuhnya. 437 00:41:20,750 --> 00:41:23,417 Melihat perkara yang awak ingini. 438 00:41:25,292 --> 00:41:27,083 Diri saya tanpa pakaian. 439 00:41:28,417 --> 00:41:32,458 Sama seperti saya tanpa pemisah di antara kita. 440 00:41:36,083 --> 00:41:38,667 Saya ajak awak untuk bersama saya. 441 00:41:39,500 --> 00:41:40,708 Saya ajak awak. 442 00:41:40,958 --> 00:41:45,667 …untuk bersama saya di sini sekarang. 443 00:42:02,042 --> 00:42:05,875 Saya ingin mengajak nakhoda ke bilik persendirian. 444 00:42:06,417 --> 00:42:08,667 Dia ajak awak untuk bersama dia sekarang. 445 00:42:11,000 --> 00:42:13,125 Awak nak ikut kami? 446 00:42:16,917 --> 00:42:19,250 Awak seorang saja yang pergi. 447 00:43:41,583 --> 00:43:43,833 Ayah saya banyak beri dia hadiah kebelakangan ini. 448 00:43:45,958 --> 00:43:48,500 Tuah menyebelahi dia. 449 00:43:48,583 --> 00:43:51,375 Sampaikan terima kasih saya kepada Cik Puan Kiku. 450 00:43:53,125 --> 00:43:55,417 Nakhoda berterima kasih. 451 00:43:56,167 --> 00:43:58,583 Beritahu dia, sila datang lagi. 452 00:43:59,125 --> 00:44:01,333 Saya tak sabar menunggu dia. 453 00:44:02,792 --> 00:44:03,958 Dia rasa bangga. 454 00:44:45,458 --> 00:44:46,292 Bagaimana? 455 00:44:48,250 --> 00:44:50,708 Nakhoda gembira dengan hadiahnya. 456 00:44:51,375 --> 00:44:53,250 Kiku memang luar biasa. 457 00:44:56,417 --> 00:44:57,458 Mariko. 458 00:44:58,792 --> 00:45:01,542 Apa yang awak ingat semasa awak kecil? 459 00:45:04,750 --> 00:45:08,083 Saya masih ingat awak rapat dengan Cik Puan Ochiba. 460 00:45:10,250 --> 00:45:14,333 Pada masa itu, dia Ruri. 461 00:45:16,917 --> 00:45:18,792 Selepas dia jadi Cik Puan Ochiba, 462 00:45:19,458 --> 00:45:21,042 saya tak pernah jumpa dia. 463 00:45:24,208 --> 00:45:26,625 Cara dia memerangi kita… 464 00:45:29,542 --> 00:45:36,208 Apa yang telah mengubah dia menjadi dia pada hari ini? 465 00:45:37,917 --> 00:45:38,833 Takdir. 466 00:45:40,792 --> 00:45:41,958 Kesusahan. 467 00:45:43,125 --> 00:45:46,583 Kita semua ada sebab untuk berperang. 468 00:45:48,542 --> 00:45:53,083 Kebanyakan daripada kita melakukannya dengan bermaruah. 469 00:45:56,708 --> 00:45:57,667 Maafkan saya, 470 00:45:58,750 --> 00:46:02,042 tapi kebanyakan mereka itu lelaki. 471 00:46:07,042 --> 00:46:12,958 Lelaki pergi berperang atas banyak sebab. 472 00:46:14,042 --> 00:46:15,083 Penaklukan, 473 00:46:15,667 --> 00:46:16,708 kemegahan 474 00:46:17,250 --> 00:46:18,792 atau kuasa. 475 00:46:20,083 --> 00:46:21,583 Tapi seorang wanita 476 00:46:24,958 --> 00:46:27,917 berperang tanpa sebab. 477 00:46:33,000 --> 00:46:34,500 Ayah awak pernah beritahu saya 478 00:46:35,708 --> 00:46:39,583 dia harap awak dilahirkan sebagai lelaki. 479 00:46:40,833 --> 00:46:42,125 Kini saya tahu sebabnya. 480 00:46:43,625 --> 00:46:49,292 Dia ada rancangan besar untuk awak. 481 00:46:52,750 --> 00:46:59,750 Jika begitu, dia sepatutnya carikan saya suami yang lebih baik. 482 00:47:04,208 --> 00:47:05,417 Mariko. 483 00:47:07,250 --> 00:47:08,792 Awak tak tahu? 484 00:47:10,667 --> 00:47:13,708 Itu semua rancangan dia. 485 00:47:14,833 --> 00:47:17,000 Mengahwinkan awak. 486 00:47:17,792 --> 00:47:21,917 Menjauhkan awak daripada perjuangannya 487 00:47:22,708 --> 00:47:24,417 supaya awak boleh selamat 488 00:47:25,208 --> 00:47:31,708 dan suatu hari akan kembali untuk menamatkannya. 489 00:47:44,333 --> 00:47:49,333 Setelah sekian lama, tentu awak tahu… 490 00:47:52,208 --> 00:47:59,167 Saya dah kecewakan dia. 491 00:48:04,792 --> 00:48:07,875 Tak, Mariko. 492 00:48:11,375 --> 00:48:16,792 Peperangan awak belum tamat. 493 00:48:24,042 --> 00:48:25,958 Perbincangan kini dah selesai. 494 00:48:26,208 --> 00:48:30,208 Tuan Ito setia kepada pewaris dan Majlis ini. 495 00:48:31,000 --> 00:48:33,458 Dengan sebulat suara, ayuh kita mengundi. 496 00:48:40,083 --> 00:48:41,667 Setuju dengan Ito. 497 00:48:42,833 --> 00:48:44,667 Setuju dengan Ito. 498 00:48:50,375 --> 00:48:51,667 Apa pendapat awak, Sugiyama? 499 00:48:54,708 --> 00:48:56,083 Maafkan saya. 500 00:48:57,125 --> 00:48:58,500 Saya tak setuju. 501 00:48:59,417 --> 00:49:04,583 Belum ada sebarang bukti wujudnya komplot terhadap pewaris. 502 00:49:05,375 --> 00:49:09,708 Saya tak akan buat undian 503 00:49:09,792 --> 00:49:14,542 sehingga semua tebusan dibebaskan. 504 00:49:16,250 --> 00:49:17,417 Tebusan? 505 00:49:17,917 --> 00:49:23,708 Awak tak menghormati kemahuan Taiko kita. 506 00:49:25,250 --> 00:49:28,625 Jika begitu, awak tak menghormati hamba paling setia Kerajaan ini. 507 00:49:35,500 --> 00:49:38,708 Saya seorang di sini 508 00:49:38,792 --> 00:49:44,500 yang berkhidmat untuk Kerajaan. 509 00:49:52,292 --> 00:49:54,375 Akan berlaku penangguhan, 510 00:49:55,208 --> 00:49:57,125 itu memang tak syak lagi. 511 00:49:57,333 --> 00:50:00,000 Saya akan cadangkan dakwaan ke atas Sugiyama, 512 00:50:00,500 --> 00:50:03,208 kemudian, rancangan boleh diteruskan. 513 00:50:03,583 --> 00:50:05,625 Maaf, tapi saya nak tahu. 514 00:50:06,417 --> 00:50:08,250 "Kemudian" itu bila? 515 00:50:09,375 --> 00:50:11,042 Sila bersabar. 516 00:50:15,958 --> 00:50:18,375 Awak meremehkan perkara. 517 00:50:19,083 --> 00:50:23,417 Awak tak kenal musuh yang awak hadapi. 518 00:50:25,125 --> 00:50:28,167 Sebelum ini awak pernah tanya 519 00:50:28,250 --> 00:50:32,667 sebab saya berdendam dengan Toranaga. 520 00:50:33,500 --> 00:50:38,042 Ia bermula semasa saya kecil di Azuchi. 521 00:50:38,125 --> 00:50:43,750 Bertahun-tahun saya perhatikan dia… 522 00:50:45,917 --> 00:50:48,208 berbisik, 523 00:50:49,500 --> 00:50:50,625 berkomplot… 524 00:50:51,833 --> 00:50:56,792 Ya, memang Akechi Jinsai yang bunuh ayah saya, 525 00:51:01,000 --> 00:51:04,208 tapi Toranaga yang merancangnya. 526 00:51:04,708 --> 00:51:10,542 Rahsia dia bukan rahsia lagi buat saya. 527 00:51:11,208 --> 00:51:16,375 Tuduhan-tuduhan yang serius. 528 00:51:20,667 --> 00:51:25,958 Beritahu secara umum dan kematiannya tentu akan cepat. 529 00:51:26,333 --> 00:51:28,583 Apa gunanya? 530 00:51:29,208 --> 00:51:32,750 Tiada seorang pun daripada awak mampu menghalangnya. 531 00:51:37,542 --> 00:51:40,583 Awak tahu penderitaan yang saya lalui 532 00:51:40,667 --> 00:51:44,750 untuk berikan Taiko anak lelaki? 533 00:51:47,542 --> 00:51:50,500 Tiada orang lain yang boleh mencapainya. 534 00:51:51,833 --> 00:51:55,833 Ratusan wanita, gundik-gundik… 535 00:51:57,292 --> 00:51:59,208 Bukan Daiyoin. 536 00:51:59,958 --> 00:52:03,208 Daiyoin yang khayalkan saya dengan herba pahit, 537 00:52:03,292 --> 00:52:08,375 memaksa saya menahan hal-hal yang tak boleh digambarkan untuk hamil. 538 00:52:11,500 --> 00:52:15,042 Cuma saya yang jadi ibu pewaris. 539 00:52:15,833 --> 00:52:21,375 Awak tahu bagaimana? 540 00:52:30,833 --> 00:52:36,792 Dengan menyerahkan diri saya kepada takdir 541 00:52:40,625 --> 00:52:44,375 supaya saya boleh 542 00:52:44,458 --> 00:52:48,958 melawan takdir itu. 543 00:52:53,083 --> 00:52:55,375 Isteri, bangun! Ayuh tinggalkan istana kota. 544 00:52:57,625 --> 00:52:58,458 Bangun! 545 00:53:16,208 --> 00:53:20,083 Memang salah 546 00:53:20,167 --> 00:53:23,458 menyebelahi birokrat. 547 00:53:25,167 --> 00:53:29,500 Awak cuma akan jadi birokrat. 548 00:53:42,292 --> 00:53:44,042 Tuan Sugiyama dah mati. 549 00:53:46,083 --> 00:53:50,458 Dibunuh oleh perompak ketika cuba meninggalkan Osaka. 550 00:53:53,542 --> 00:53:57,667 Tak lama lagi Ishido akan mengawal Majlis. 551 00:53:59,792 --> 00:54:03,917 Saya jangkakan 552 00:54:04,000 --> 00:54:07,958 akan didakwa secara salah 553 00:54:08,708 --> 00:54:13,125 dan perang akan diisytiharkan terhadap suku saya. 554 00:54:13,792 --> 00:54:15,875 Saya tak inginkan tanah. 555 00:54:16,417 --> 00:54:18,583 Saya tak inginkan penghormatan. 556 00:54:19,917 --> 00:54:25,167 Tapi jika pengkhianat meletakkan pewaris dalam bahaya, 557 00:54:25,625 --> 00:54:28,208 saya perlu pertahankan dia. 558 00:54:31,500 --> 00:54:32,792 Laksanakan Langit Kirmizi. 559 00:54:38,792 --> 00:54:42,000 Kita akan hantar utusan kepada adik saya untuk meminta sokongannya, 560 00:54:42,500 --> 00:54:46,500 kemudian, kita akan serang Osaka dan musnahkan musuh kita. 561 00:54:47,417 --> 00:54:48,500 Masanya dah tiba. 562 00:56:40,333 --> 00:56:42,333 Terjemahan sari kata oleh Aminuddin Buang