1 00:00:01,000 --> 00:00:09,000 {\an8}Resync By TuturuNime 2 00:00:12,283 --> 00:00:14,367 Sebelum ini dalam Shogun. 3 00:00:15,075 --> 00:00:17,867 Kita dah sampai. Empayar rahsia Portugis. 4 00:00:17,950 --> 00:00:21,158 - Arahan masih berjalan. - Apa yang masih berjalan? 5 00:00:21,242 --> 00:00:22,867 - Perlu lihat orang saya. - Tolong! 6 00:00:22,950 --> 00:00:24,200 Seorang telah dihukum bunuh. 7 00:00:24,283 --> 00:00:25,908 Selainnya tawanan Tuan Yabushige. 8 00:00:26,450 --> 00:00:30,783 Adik Cik Puan Ochiba, menantu perempuan saya bersalin. 9 00:00:30,783 --> 00:00:32,867 Adakah Cik Puan Ochiba dijadikan tebusan 10 00:00:32,867 --> 00:00:34,367 untuk menjamin keselamatan awak? 11 00:00:34,367 --> 00:00:35,242 Ibu! 12 00:00:36,075 --> 00:00:39,367 Awak salah pilih sekutu. 13 00:00:39,992 --> 00:00:44,325 Kita akan terus jadi tebusan mereka sekarang. 14 00:00:46,075 --> 00:00:48,700 Saya dah terima tawaran lain. 15 00:00:48,783 --> 00:00:49,658 Pemangku Raja? 16 00:00:49,742 --> 00:00:51,450 Sila beri jawapan awak. 17 00:00:52,658 --> 00:00:54,617 Saya tunduk di depan awak. 18 00:00:54,617 --> 00:00:57,908 Saya akan menyerah diri kepada Tuan Ishido. 19 00:00:57,992 --> 00:01:00,658 - Dia menyerah diri. - Lihatlah, hulubalang hebat, 20 00:01:00,742 --> 00:01:04,200 yang memperdayakan vasalnya untuk melakukan misi yang sia-sia. 21 00:01:04,283 --> 00:01:05,367 Kamu semua mati. 22 00:01:49,783 --> 00:01:51,992 Kepalanya pecah terhentak batu. 23 00:01:52,325 --> 00:01:54,367 Kematian yang saya tak duga. 24 00:01:55,158 --> 00:01:57,492 Pastikan ia dicatatkan ke dalam buku kita. 25 00:01:57,575 --> 00:02:00,742 Letakkan ia di bawah pendidihan, 26 00:02:00,742 --> 00:02:02,533 tapi di atas dimakan anjing. 27 00:02:12,783 --> 00:02:15,075 Tentera Saeki-sama akan berkhemah di sempadan Edo 28 00:02:15,158 --> 00:02:17,825 untuk menunggu Toranaga-sama berkabung. 29 00:02:19,700 --> 00:02:20,700 Berapa lama? 30 00:02:21,492 --> 00:02:23,450 Mengikut adat, 49 hari. 31 00:02:24,492 --> 00:02:25,742 Selepas itu? 32 00:02:27,950 --> 00:02:29,533 Mereka akan hantar kita ke Osaka. 33 00:02:54,867 --> 00:02:55,700 Tuan, 34 00:02:59,325 --> 00:03:00,908 saya simpati atas kehilangan tuan. 35 00:03:21,742 --> 00:03:24,908 Tuan saya arahkan saya serahkan ini kepada awak apabila masuk ke bandar. 36 00:03:25,825 --> 00:03:27,450 Untuk khidmat yang awak laksanakan. 37 00:03:28,492 --> 00:03:31,200 Awak tak perlu menyerah diri bersama kami kepada Majlis 38 00:03:31,283 --> 00:03:33,617 kerana awak tak lagi memilih untuk bersama kami. 39 00:03:35,408 --> 00:03:37,950 Fuji-sama akan uruskan tanah itu sehingga awak pulang. 40 00:03:38,033 --> 00:03:41,075 Tapi saya tak boleh jamin layanan pengganti tuan saya kepada awak. 41 00:03:43,283 --> 00:03:44,825 Strategi dia memang hebat. 42 00:03:45,617 --> 00:03:48,117 Sekurang-kurangnya Nagakado-sama mati berjuang. 43 00:03:50,825 --> 00:03:52,742 Orang awak berada di bandar ini. 44 00:03:52,825 --> 00:03:54,158 Anak kapal awak. 45 00:03:56,367 --> 00:03:58,033 Tentu awak ingin bertemu mereka. 46 00:04:00,950 --> 00:04:02,658 Apa akan jadi pada penterjemah saya? 47 00:04:09,533 --> 00:04:13,367 Mariko-sama, jangan pergi ke Osaka. 48 00:04:17,242 --> 00:04:19,533 Kesetiaan melarang saya daripada buat sebaliknya. 49 00:05:45,158 --> 00:05:47,867 BERDASARKAN NOVEL 50 00:05:53,658 --> 00:05:55,658 SHOGUN 51 00:06:15,908 --> 00:06:20,283 BAB LAPAN: JURANG KEHIDUPAN 52 00:06:20,367 --> 00:06:22,200 Dia telah menyerah diri. 53 00:06:22,200 --> 00:06:25,783 Muslihat awak membuahkan hasil. 54 00:06:25,867 --> 00:06:30,117 Minowara yang hebat tewas di desa nelayan yang kecil. 55 00:06:30,117 --> 00:06:32,867 Tiada yang boleh menyangka. 56 00:06:33,700 --> 00:06:36,283 Dia masih ada tempoh berkabung. 57 00:06:37,075 --> 00:06:41,075 Selagi dia belum tunduk menyerah, 58 00:06:41,075 --> 00:06:44,450 kita belum terlepas daripada ancamannya. 59 00:06:45,742 --> 00:06:49,117 Mungkin untuk menguatkan perikatan kita, 60 00:06:49,117 --> 00:06:51,867 kita perlu beritahu niat kita kepada umum. 61 00:06:53,492 --> 00:06:55,783 Pakatan kita memang tak diragukan. 62 00:06:57,367 --> 00:07:00,200 Ketika saya berkhidmat untuk Taiko, 63 00:07:00,200 --> 00:07:03,533 saya memang tertawan dengan awak. 64 00:07:03,992 --> 00:07:06,367 Gundiknya yang diutamakan. 65 00:07:06,367 --> 00:07:09,783 Memiliki kekuatan, kelembutan dan keberanian yang tiada taranya. 66 00:07:09,783 --> 00:07:14,325 Jika semua itu yang awak nampak, itu cuma bayangan tuan kita. 67 00:07:17,283 --> 00:07:21,283 Saya menyanjungi tuan kita, 68 00:07:21,367 --> 00:07:26,283 tapi baik kita berhenti berpura-pura yang tuan kita baik. 69 00:07:28,367 --> 00:07:33,867 Kita bukan saja terselamat, tapi kita dah jadikan ini tempat kita. 70 00:07:38,700 --> 00:07:44,075 Saya cadangkan kita kuatkan ikatan kita melalui perkahwinan. 71 00:07:44,158 --> 00:07:46,325 Apa pendapat awak? 72 00:07:55,408 --> 00:07:58,783 Awak pertimbangkan tawaran ini. 73 00:08:19,700 --> 00:08:21,950 Apa yang boleh diperkatakan tentang Tuan Nagakado… 74 00:08:22,033 --> 00:08:24,158 Dia pandai menghiburkan orang. 75 00:08:25,700 --> 00:08:30,492 Selalu beritahu cerita menarik yang tiada hala tuju. 76 00:08:34,325 --> 00:08:38,783 Dulu dia pernah jatuh dari pokok dan tangannya patah. 77 00:08:39,700 --> 00:08:43,242 Berhari-hari dia rahsiakan. 78 00:08:43,908 --> 00:08:45,575 Supaya orang fikir dia berani. 79 00:08:50,117 --> 00:08:53,117 Dia memang benar-benar berani. 80 00:08:54,408 --> 00:08:56,992 Pada masa yang sama, 81 00:08:56,992 --> 00:08:58,950 dia semberono. 82 00:08:59,408 --> 00:09:01,783 Sangat memalukan. 83 00:09:06,450 --> 00:09:07,533 Izinkan saya bercakap. 84 00:09:10,242 --> 00:09:16,492 Susah nak percaya Tuan Nagakado tiada bersama kita malam ini. 85 00:09:20,867 --> 00:09:26,117 Dia tentu akan seronok 86 00:09:26,200 --> 00:09:28,325 kita beri dia penghormatan. 87 00:09:37,450 --> 00:09:38,867 Tapi, dia tiada. 88 00:09:44,992 --> 00:09:47,242 Sebab tuan kita memilih untuk menyerah diri 89 00:09:47,242 --> 00:09:50,700 dan melakukan harakiri di depan Ishido. 90 00:09:51,575 --> 00:09:54,700 Ini sesuatu yang tak boleh diterima oleh Tuan Nagakado. 91 00:09:56,075 --> 00:09:58,033 Dia mungkin semberono, 92 00:09:59,367 --> 00:10:02,992 tapi nyawanya… 93 00:10:02,992 --> 00:10:05,117 diserahkan kepada satu nama, 94 00:10:06,575 --> 00:10:08,033 nama tuannya. 95 00:10:08,325 --> 00:10:09,367 Tuan Toranaga. 96 00:10:29,200 --> 00:10:32,075 Dia tak menghadiri pengebumian anak lelakinya sendiri. 97 00:10:33,075 --> 00:10:38,033 Saya diberitahu Tuan Toranaga sakit kerana perjalanannya. 98 00:10:38,117 --> 00:10:41,200 Awak juga belum nampak dia? 99 00:10:42,700 --> 00:10:44,867 Ucapan anak saudara saya malam tadi, 100 00:10:45,242 --> 00:10:49,158 dia masih muda, tapi banyak kata-katanya yang betul. 101 00:10:51,617 --> 00:10:55,658 Lihat jeneral-jeneralnya di Edo memakai perisai sebagai bantahan. 102 00:10:55,992 --> 00:10:58,117 Mereka antara yang belum berputus asa. 103 00:10:59,200 --> 00:11:03,200 Kenapa tak berarak ke Osaka dengan senapang dan meriam? 104 00:11:04,575 --> 00:11:08,242 Awak sendiri yang akan pergi ke Osaka. 105 00:11:09,867 --> 00:11:13,992 Sebagai syarat penyerahan diri kita, 106 00:11:13,992 --> 00:11:18,408 Ishido minta awak pulangkan senapang dan meriam itu ke Osaka. 107 00:12:32,575 --> 00:12:35,617 Datuknya tentu sangat bangga. 108 00:12:35,617 --> 00:12:39,825 Ya, saya harap dia akan bangga. 109 00:12:40,325 --> 00:12:41,700 Cucunya yang baru, 110 00:12:41,700 --> 00:12:44,075 Tuan Toranaga belum datang melihat dia? 111 00:12:44,658 --> 00:12:48,492 Saya dengar dia tak sihat semenjak kepulangannya. 112 00:13:02,575 --> 00:13:05,908 Ada dengar khabar daripada kakak awak di Osaka? 113 00:13:07,492 --> 00:13:09,117 Cuma melalui surat rasmi. 114 00:13:09,908 --> 00:13:12,742 Memberi jaminan, selepas Tuan Toranaga tunduk kepada Tuan Ishido 115 00:13:12,742 --> 00:13:16,117 keluarga saya tak akan dibunuh. 116 00:13:16,117 --> 00:13:17,492 Selain itu, tiada. 117 00:13:19,575 --> 00:13:23,242 Awak tentu tahu perangai Cik Puan Ochiba. 118 00:13:24,408 --> 00:13:29,492 Setiap daripada kita bertahan dengan cara kita sendiri. 119 00:13:32,408 --> 00:13:36,700 Cara dia ialah bersembunyi. 120 00:13:42,242 --> 00:13:43,200 Tuan Buntaro. 121 00:13:43,283 --> 00:13:45,908 Selamat pulang ke Edo. 122 00:13:46,283 --> 00:13:48,825 Gembira dapat pulang, Cik Puan Rin. 123 00:13:51,742 --> 00:13:54,742 Tuan Toranaga minta awak bertemu dia petang ini. 124 00:13:56,617 --> 00:13:57,825 Saya faham. 125 00:14:03,825 --> 00:14:04,992 Biar saya pergi dulu. 126 00:14:05,908 --> 00:14:06,825 Duduklah. 127 00:14:07,367 --> 00:14:09,283 Saya tak mahu mengganggu. 128 00:14:12,283 --> 00:14:15,325 Ini adalah waktu yang sukar, untuk berurusan dengan Osaka. 129 00:14:15,325 --> 00:14:19,367 Saya ingin sediakan teh untuk isteri saya. Apa pendapat awak? 130 00:14:22,742 --> 00:14:23,992 Saya terima. 131 00:14:37,650 --> 00:14:41,358 Tapi semalam kami dah beri awak kayu api. 132 00:14:41,775 --> 00:14:44,858 Faham, tapi saya tak perlukan kayu api. 133 00:14:44,858 --> 00:14:47,692 Saya mencari… 134 00:14:48,275 --> 00:14:52,942 Kawan saya minta kayu api lagi. 135 00:14:52,942 --> 00:14:55,608 Tolong maafkan orang gasar yang kurang adab ini. 136 00:14:56,317 --> 00:14:58,817 Terima kasih kerana cuba untuk menterjemah, paderi. 137 00:14:58,900 --> 00:14:59,858 Tapi, awak salah. 138 00:15:00,192 --> 00:15:03,400 Saya minta arang. Habanya lebih baik. 139 00:15:06,358 --> 00:15:08,858 Saya mengaku saya kagum. 140 00:15:09,483 --> 00:15:11,108 Awak berjaya sesuaikan diri di sini. 141 00:15:12,150 --> 00:15:13,483 Terima kasih, paderi. 142 00:15:14,025 --> 00:15:16,150 Malam ini teratai. Tolong. 143 00:15:17,317 --> 00:15:19,067 Saya nampak orang Katolik 144 00:15:19,150 --> 00:15:20,817 di setiap penjuru negara ini. 145 00:15:21,692 --> 00:15:22,983 Seperti lipas. 146 00:15:24,067 --> 00:15:26,192 Saya ke Edo bukan kerana awak. 147 00:15:26,275 --> 00:15:28,483 Saya ada urusan penting dengan Toranaga-sama. 148 00:15:29,608 --> 00:15:31,775 Aneh kerana awak tinggal di sini. 149 00:15:32,317 --> 00:15:37,192 Biasanya penjaga panji diberikan rumah di dalam kawasan istana kota tuannya. 150 00:15:38,442 --> 00:15:42,192 Apa rancangan awak setelah dia lepaskan awak daripada tugas itu? 151 00:15:43,733 --> 00:15:45,942 Saya akan bersatu semula dengan anak kapal saya. 152 00:15:47,067 --> 00:15:48,692 Menaiki semula kapal saya. 153 00:15:49,983 --> 00:15:52,942 Kemudian, melawat Kapal Hitam yang ramai orang ceritakan. 154 00:15:54,900 --> 00:15:59,817 Beritahu saya, awak akan pakai pakaian ini semasa bertemu orang awak? 155 00:16:03,983 --> 00:16:04,983 Ya. 156 00:16:07,650 --> 00:16:08,983 Ya, itulah niat saya. 157 00:16:10,650 --> 00:16:11,650 Terima kasih, paderi. 158 00:16:24,567 --> 00:16:26,025 Cik Puan Maria. 159 00:16:28,025 --> 00:16:29,942 Saya lega melihat awak selamat. 160 00:16:30,942 --> 00:16:33,025 Alangkah bagus jika masanya lebih aman. 161 00:16:33,817 --> 00:16:34,942 Apa khabar tuan awak? 162 00:16:35,525 --> 00:16:37,733 Saya belum nampak dia sejak kami pulang ke sini. 163 00:17:07,775 --> 00:17:12,358 Tuan dah dengar Tuan Ishido berjaya pujuk Majlis untuk menuruti kehendaknya. 164 00:17:13,275 --> 00:17:14,192 Dah tentu kami tahu. 165 00:17:14,900 --> 00:17:18,442 Perjanjian yang kita buat di atas Kapal Hitam, 166 00:17:18,775 --> 00:17:21,067 gereja kami dah lakukan yang terbaik, 167 00:17:21,067 --> 00:17:23,150 tapi, Tuan Kiyama dan Ohno 168 00:17:23,150 --> 00:17:26,483 tak boleh dipujuk untuk bersekutu dengan tuan. 169 00:17:31,983 --> 00:17:34,150 Berita yang perisik saya dah laporkan. 170 00:17:34,858 --> 00:17:37,567 Awak datang jauh ke sini untuk beritahu saya semua itu? 171 00:17:39,692 --> 00:17:40,525 Mariko. 172 00:17:40,858 --> 00:17:43,608 Mulai sekarang, awak akan jadi penterjemah paderi ini 173 00:17:44,233 --> 00:17:47,233 kerana gereja bukan sekutu kita 174 00:17:47,983 --> 00:17:52,192 dan tak boleh dipercayai untuk bercakap dalam bahasa kita. 175 00:17:52,858 --> 00:17:55,067 Tuan, izinkan saya. 176 00:18:00,775 --> 00:18:03,233 Bukan gereja yang hantar saya untuk misi ini, tuan. 177 00:18:03,317 --> 00:18:04,608 Ini inisiatif saya sendiri. 178 00:18:05,233 --> 00:18:09,025 Tsuji kata dia ke sini bukan atas arahan gereja. 179 00:18:09,442 --> 00:18:13,567 Saya tahu ini masa yang sukar dan ramai orang di Edo putus harapan. 180 00:18:14,900 --> 00:18:15,733 Tapi saya tidak. 181 00:18:16,733 --> 00:18:19,983 Cik Puan Ochiba mengawal Ishido kerana bencikan awak 182 00:18:20,067 --> 00:18:21,983 dan saya tak nampak sebab kemarahan dia. 183 00:18:22,067 --> 00:18:25,650 Walaupun Ochiba tiada sebab untuk jadi musuh tuan, 184 00:18:25,650 --> 00:18:28,483 dia mengawal Ishido. 185 00:18:29,150 --> 00:18:34,067 Saya tak boleh ubah kebencian dia kepada saya. 186 00:18:34,942 --> 00:18:36,817 Tak seperti Ishido, tuan sayang pewaris. 187 00:18:37,900 --> 00:18:39,733 Jika tuan bersekutu dengan ibunya, 188 00:18:39,817 --> 00:18:41,983 pewaris akan bebas untuk menentang Ishido. 189 00:18:42,192 --> 00:18:45,567 Dia percaya tuan boleh bersekutu dengan Ochiba. 190 00:18:46,483 --> 00:18:48,567 Apa pandangan awak? 191 00:18:49,817 --> 00:18:52,275 Tuan nak dengar pandangan saya? 192 00:18:52,567 --> 00:18:53,400 Ya. 193 00:18:54,817 --> 00:19:00,275 Kata-kata Tsuji ada betulnya. 194 00:19:00,733 --> 00:19:01,733 Kenapa? 195 00:19:02,192 --> 00:19:05,067 Osaka bukan musuh kita. 196 00:19:05,067 --> 00:19:06,483 Musuh kita ialah Ishido. 197 00:19:08,275 --> 00:19:11,525 Jika kita bersekutu dengan Cik Puan Ochiba, 198 00:19:11,525 --> 00:19:14,400 satu-satunya jalan untuk Ishido berkuasa akan ditutup, 199 00:19:15,025 --> 00:19:19,942 kerana tentera pewaris akan jadi sekutu kita. 200 00:19:22,817 --> 00:19:26,983 Awak pernah mengenali Cik Puan Ochiba. 201 00:19:27,817 --> 00:19:29,358 Awak rasa ada kemungkinan 202 00:19:29,442 --> 00:19:35,317 Ochiba mahu bersekutu dengan saya? 203 00:19:37,775 --> 00:19:43,233 Saya tak rasa tuan musuh dia. 204 00:19:43,233 --> 00:19:47,525 Saya rasa musuh dia ialah ketakutan. 205 00:19:50,567 --> 00:19:55,525 Tak lama lagi dia akan menyebabkan kematian saya. 206 00:19:57,692 --> 00:19:58,525 Ada apa? 207 00:19:59,150 --> 00:19:59,983 Cakap. 208 00:20:00,858 --> 00:20:06,400 Ada bibit kekalahan pada wajah tuan. 209 00:20:06,400 --> 00:20:08,275 Tuan biasanya tak begini. 210 00:20:11,608 --> 00:20:12,900 Saya… 211 00:20:14,775 --> 00:20:17,775 Kejayaan ini akan dibayar dengan harga yang terlalu tinggi, 212 00:20:20,067 --> 00:20:21,692 jadi, saya memilih untuk kalah. 213 00:20:22,358 --> 00:20:24,317 Jadi, tuan akan putuskan harapan 214 00:20:24,317 --> 00:20:26,733 orang yang tak pernah berhenti berharap kepada tuan. 215 00:20:26,733 --> 00:20:27,733 Diam. 216 00:20:29,733 --> 00:20:32,483 Jika saya mahu nasihat awak, saya akan minta. 217 00:20:33,733 --> 00:20:36,025 Suruh vasal-vasal saya berkumpul esok. 218 00:20:36,233 --> 00:20:39,567 Saya dengar mereka ingkar dengan kehendak saya. 219 00:20:41,483 --> 00:20:44,733 Memakai perisai semasa majlis pengebumian anak lelaki saya. 220 00:20:45,275 --> 00:20:46,108 Tuan… 221 00:20:46,108 --> 00:20:47,608 Anak lelaki saya dah mati. 222 00:20:48,192 --> 00:20:49,775 Saya tak mahu 223 00:20:51,192 --> 00:20:52,858 ada lagi pertumpahan darah. 224 00:20:56,067 --> 00:20:59,900 Saya mahu mereka tandatangani ikrar 225 00:21:01,567 --> 00:21:03,817 untuk berarak bersama saya untuk menyerah diri 226 00:21:22,400 --> 00:21:27,317 Beritahu paderi ini, saya hargai usaha dia untuk mengubah takdir saya. 227 00:21:28,400 --> 00:21:31,067 Disebabkan dia menepati janjinya, 228 00:21:32,567 --> 00:21:34,442 saya akan tepati janji saya. 229 00:21:35,233 --> 00:21:39,567 Dia boleh bina gereja baru di Edo. 230 00:21:40,317 --> 00:21:41,358 Tanah dah disediakan. 231 00:21:43,233 --> 00:21:44,983 Saya cuma ada satu permintaan. 232 00:21:45,858 --> 00:21:51,400 Dia akan pulang ke Osaka dan beritahu mereka keadaan di sini. 233 00:21:53,233 --> 00:21:58,317 Saya cuma mahu kematian yang aman. 234 00:22:13,858 --> 00:22:17,108 Dia akan berjuang. 235 00:22:17,483 --> 00:22:19,442 Bagaimana awak tahu? 236 00:22:20,025 --> 00:22:21,900 Jika tidak, dia tak akan disuruh ke Osaka 237 00:22:22,567 --> 00:22:24,233 membawa mesej. 238 00:22:53,400 --> 00:22:57,983 KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI 239 00:23:28,983 --> 00:23:30,942 Musim sejuk hampir berakhir. 240 00:23:32,150 --> 00:23:32,983 Ya. 241 00:23:37,942 --> 00:23:40,442 Bau plum 242 00:23:40,442 --> 00:23:42,400 terpisah daripada bunga dan dedaun 243 00:23:42,400 --> 00:23:44,192 gugur ke kejauhan. 244 00:23:46,525 --> 00:23:48,567 Fikiranku terpikat pada kabut di kejauhan 245 00:23:50,442 --> 00:23:52,483 di tempat angin membawa bau yang terpisah. 246 00:23:53,900 --> 00:23:55,483 Awak mahu minum teh? 247 00:23:58,275 --> 00:24:00,525 Saya rasa berbesar hati. 248 00:25:41,067 --> 00:25:43,817 Cara penyediaan awak sungguh hebat. 249 00:25:46,400 --> 00:25:48,858 Ia hanya untuk awak. 250 00:25:58,275 --> 00:26:00,108 Walaupun ayah saya membantah, 251 00:26:00,108 --> 00:26:02,567 saya rasa kita akan mati di Osaka. 252 00:26:04,192 --> 00:26:09,108 Mungkin itu yang buat teh ini sangat bermakna. 253 00:26:13,067 --> 00:26:15,233 Saya masih ingat hari-hari pertama kita bersama. 254 00:26:20,108 --> 00:26:22,650 Kita sangat gembira. 255 00:26:25,608 --> 00:26:27,817 Saya susah nak mengingatinya. 256 00:26:30,358 --> 00:26:34,233 Awak masih terpukau dengan nakhoda? 257 00:26:47,442 --> 00:26:52,233 Ayuh kita mati bersama malam ini. 258 00:27:00,483 --> 00:27:05,650 Saya harap saya boleh memberikannya kepada awak. 259 00:27:06,983 --> 00:27:10,692 Sebagai bantahan kepada penyerahan diri tuan kita dan musuh awak, 260 00:27:11,692 --> 00:27:13,483 mari kita mati bersama. 261 00:27:15,150 --> 00:27:18,150 Mari kita mati sebagai suami dan isteri. 262 00:27:25,900 --> 00:27:29,025 Sehingga sekarang pun awak masih tak faham. 263 00:27:31,567 --> 00:27:34,358 Hak saya yang awak nafikan 264 00:27:35,733 --> 00:27:37,442 bukan kematian. 265 00:27:40,150 --> 00:27:45,567 Tapi kehidupan yang awak tak mampu berikan. 266 00:27:48,025 --> 00:27:51,608 Hidup seribu tahun itu lebih sekejap 267 00:27:53,817 --> 00:27:57,442 daripada mati dengan awak seperti ini. 268 00:28:50,275 --> 00:28:53,108 Orang awak tinggal di rumah penginapan. 269 00:28:53,108 --> 00:28:57,275 Mereka minum semua sake yang ada di wilayah ini selama berbulan-bulan. 270 00:28:57,692 --> 00:29:00,942 Kami sangat gembira jika mereka pergi. 271 00:29:06,317 --> 00:29:07,983 Kesemuanya sekali. 272 00:29:24,150 --> 00:29:26,108 Busuk macam Billingsgate ketika air surut. 273 00:29:29,567 --> 00:29:32,233 Marilah. Kenapa? Marilah. Cantik. 274 00:29:32,317 --> 00:29:34,067 Awak pelacur saya yang baik. 275 00:29:38,192 --> 00:29:39,192 Balik ke sini. 276 00:29:39,942 --> 00:29:42,317 Balik ke sini. Awak cantik! 277 00:29:47,317 --> 00:29:48,317 Nakhoda? 278 00:29:50,275 --> 00:29:52,608 John Blackthorne! Itu awak? 279 00:29:55,483 --> 00:29:56,692 Helo, Salamon. 280 00:29:57,692 --> 00:29:58,692 Apa khabar? 281 00:30:00,442 --> 00:30:01,900 Kami sangka awak dah mati. 282 00:30:04,567 --> 00:30:06,150 Berapa ramai yang masih ada? 283 00:30:06,233 --> 00:30:08,692 Enam. Keadaan mereka teruk. 284 00:30:10,150 --> 00:30:11,150 Baiklah. 285 00:30:15,150 --> 00:30:18,483 Saya telah diberikan kebenaran 286 00:30:19,108 --> 00:30:21,150 untuk kita kembali ke Erasmus. 287 00:30:21,233 --> 00:30:23,608 Ada beberapa kawan. Anak kapal yang boleh dilatih. 288 00:30:23,692 --> 00:30:26,233 Ada yang saya dah latih untuk mengendalikan meriam. 289 00:30:26,317 --> 00:30:28,025 Untuk apa? 290 00:30:28,108 --> 00:30:29,108 Untuk membantu kita 291 00:30:30,442 --> 00:30:31,442 pulang. 292 00:30:35,858 --> 00:30:37,067 Tak. 293 00:30:42,275 --> 00:30:46,858 Ke mana nakhoda nak bawa kami kali ini? 294 00:30:48,108 --> 00:30:52,900 Mungkin ke Afrika atau kembali ke Amerika? 295 00:30:53,483 --> 00:30:56,942 Memandangkan awak berada di sini, cuba beritahu saya. 296 00:30:58,275 --> 00:31:00,567 Apabila kita tinggalkan Santa Maria, 297 00:31:01,483 --> 00:31:04,900 benarkah ada kapal Sepanyol di selatan dan di utara kita? 298 00:31:04,983 --> 00:31:06,358 Terpaksa datang ke sini? 299 00:31:09,025 --> 00:31:13,567 Saya benci apabila memikirkan kami melalui kesukaran berbulan-bulan 300 00:31:13,650 --> 00:31:17,025 kerana nakhoda kami ada cita-citanya sendiri. 301 00:31:17,650 --> 00:31:21,858 Orang Inggeris pertama melalui selat itu, sedia untuk menempa namanya. 302 00:31:23,567 --> 00:31:24,567 Kita ada arahan. 303 00:31:24,650 --> 00:31:26,650 Kita boleh pulang dan awak pun tahu! 304 00:31:26,733 --> 00:31:30,775 Arahan kita terbatal apabila Kapten-Jeneral menembak dirinya. 305 00:31:31,442 --> 00:31:33,192 Kemudian awak sedar kita di sini. 306 00:31:33,275 --> 00:31:35,525 Kami semua jadi begini kerana awak. 307 00:31:37,900 --> 00:31:39,400 Biar saya cakap dengan yang lain. 308 00:31:39,483 --> 00:31:40,692 Tanggalkan gaun itu dulu. 309 00:31:40,775 --> 00:31:42,817 Kita akan sendengkan dan kikis bawahnya. 310 00:31:42,900 --> 00:31:43,983 Anak kapal tambahan 311 00:31:44,067 --> 00:31:45,775 - serahkan kepada saya. - Tanggalkan! 312 00:31:50,858 --> 00:31:52,150 Lelaki tak guna. 313 00:32:16,525 --> 00:32:17,650 Ayuh pergi. 314 00:32:23,108 --> 00:32:25,858 Ambil ini. 315 00:32:36,733 --> 00:32:40,775 Beritahu dia yang,saya faham kami pernah berbeza pandangan. 316 00:32:42,442 --> 00:32:46,192 Tapi sekarang ini, pilihan saya tak banyak. 317 00:32:48,608 --> 00:32:51,025 Biarpun kesal kerana dia tiada pilihan dalam hal ini, 318 00:32:51,358 --> 00:32:53,692 dia terpaksa jumpa awak. 319 00:32:55,483 --> 00:32:57,858 Apa yang dia mahu? 320 00:32:59,192 --> 00:33:03,817 Saya pernah tawarkan diri belayar untuk Toranaga-sama bagi menentang musuhnya. 321 00:33:04,400 --> 00:33:06,525 Kini dia nekad untuk mati. 322 00:33:07,108 --> 00:33:08,108 Tak apa-apa. 323 00:33:09,150 --> 00:33:09,983 Takdir. 324 00:33:10,067 --> 00:33:12,483 Kini saya ingin membentuk perikatan 325 00:33:12,567 --> 00:33:15,567 untuk manfaat negara ini dari segi ekonomi dan strategik. 326 00:33:15,650 --> 00:33:16,942 Saya masih ada kapal. 327 00:33:17,525 --> 00:33:18,525 Boleh cari anak kapal. 328 00:33:18,608 --> 00:33:20,983 Saya cuma perlukan panji baru untuk bernaung. 329 00:33:21,067 --> 00:33:23,567 Awak ingin belayar bagi pihak Yabushige-sama? 330 00:33:23,650 --> 00:33:25,858 Saya tak ingin. Dia lelaki keji. 331 00:33:25,942 --> 00:33:28,067 Tapi dia berani dan itu tak boleh dinafikan. 332 00:33:28,150 --> 00:33:29,150 Saya perlu tanya. 333 00:33:30,150 --> 00:33:34,567 Dia percaya tuan kita akan mati tak lama lagi 334 00:33:34,567 --> 00:33:38,108 dan dia ingin belayar untuk awak. 335 00:33:39,192 --> 00:33:41,650 Saya rasa dia beranggapan 336 00:33:41,650 --> 00:33:47,983 awak tak mahu menyertai Tuan Toranaga di Osaka. 337 00:33:48,442 --> 00:33:50,233 Ini memalukan. 338 00:33:57,275 --> 00:33:58,400 Anak saudara saya betul. 339 00:33:58,817 --> 00:34:00,067 Saya tolak. 340 00:34:00,150 --> 00:34:02,858 Yabushige-sama menolak permintaan awak. 341 00:34:04,442 --> 00:34:08,400 Nakhoda silap kerana dia fikir Tuan Toranaga dah putus asa. 342 00:34:09,900 --> 00:34:12,442 Saya tak tahu rancangan orang tua itu, 343 00:34:12,442 --> 00:34:13,983 tapi ia bukan menyerah diri. 344 00:34:14,067 --> 00:34:16,442 Yabushige-sama juga teguh bersama Toranaga-sama. 345 00:34:17,192 --> 00:34:20,192 - Cuma awak yang tak mahu. - Biar saya jelaskan semula. 346 00:34:20,275 --> 00:34:24,400 Pengkhianatan tak perlu dijelaskan, terutamanya terhadap tuan kita. 347 00:34:24,483 --> 00:34:27,733 Saya tiada kewajipan kepada dia. Dia dah jelaskan hal itu. 348 00:34:27,817 --> 00:34:30,358 Jika dia di tempat saya, dia akan buat hal yang sama. 349 00:34:43,442 --> 00:34:46,692 Senjata ini bukan milik saya. 350 00:34:48,442 --> 00:34:51,150 Beritahu dia hal yang sebenar, saya malu memakainya. 351 00:34:52,067 --> 00:34:54,900 Mungkin pernah ada ketikanya 352 00:34:54,983 --> 00:34:58,400 saya fikir, suatu hari nanti saya boleh sesuaikan diri di tempat ini, 353 00:34:58,483 --> 00:35:00,817 tapi saya dah lama lupakan hal itu. 354 00:35:03,692 --> 00:35:07,025 Dia kata dia tahu dia tak dapat sesuaikan diri di Jepun. 355 00:35:07,983 --> 00:35:09,233 Tapi sebaliknya, 356 00:35:10,483 --> 00:35:11,400 orang saya 357 00:35:12,983 --> 00:35:13,983 nampak 358 00:35:16,733 --> 00:35:17,983 …pelik. 359 00:35:19,483 --> 00:35:21,192 Tak tahu jika saya ada pilihan lain, 360 00:35:21,275 --> 00:35:25,275 tapi kini saya perlu gunakan pilihan yang ada untuk tentukan takdir saya. 361 00:35:26,817 --> 00:35:31,733 Dia percaya dia tiada pilihan lain selain menentukan takdirnya sendiri. 362 00:35:31,817 --> 00:35:35,275 Sejak saya mula-mula nampak awak hampir mati 363 00:35:36,567 --> 00:35:39,608 di atas cenuram itu beberapa bulan yang lepas, 364 00:35:42,233 --> 00:35:44,567 saya tahu awak lelaki yang memahami pentingnya 365 00:35:44,650 --> 00:35:47,692 menentukan takdir awak sendiri. 366 00:35:48,983 --> 00:35:53,025 Dia ingat ketika awak hampir mati di atas cenuram. 367 00:35:53,025 --> 00:35:56,775 Dia percaya, awak juga tahu pentingnya 368 00:35:56,775 --> 00:35:59,025 mengawal takdir awak sendiri. 369 00:36:12,525 --> 00:36:16,733 Beritahu dia, disebabkan dia orang asing, saya akan maafkan kesilapannya. 370 00:36:18,067 --> 00:36:20,442 Saya tak akan mengkhianati tuan kita. 371 00:36:22,900 --> 00:36:27,608 Kami telah dipanggil ke istana kota untuk menandatangani kesetiaan kepadanya 372 00:36:27,692 --> 00:36:29,483 dan itulah yang saya akan lakukan. 373 00:36:31,400 --> 00:36:33,192 Dia tolak tawaran awak. 374 00:36:33,275 --> 00:36:35,233 Katanya itu mengkhianati tuan kami. 375 00:36:37,483 --> 00:36:40,108 Apabila kesetiaan bermula, ia tiada penghujungnya. 376 00:36:41,608 --> 00:36:43,692 Jika tidak, ia tak dipanggil kesetiaan. 377 00:36:45,525 --> 00:36:49,942 Tapi, kesetiaan akan jadi tak munasabah apabila arahannya membunuh diri. 378 00:36:52,900 --> 00:36:54,692 Awak nak saya terjemahkannya 379 00:36:56,608 --> 00:36:57,733 atau itu untuk saya? 380 00:37:08,067 --> 00:37:10,192 Pintu utama di sini. 381 00:37:12,900 --> 00:37:15,567 Kedai teh saya akan berada di sini. 382 00:37:16,275 --> 00:37:18,567 Kami akan berikan Kiku bilik berasingan. 383 00:37:20,025 --> 00:37:21,775 Saya tak nampak apa-apa di sini. 384 00:37:22,817 --> 00:37:25,900 Ia satu idea yang dia kejar sepanjang hidupnya. 385 00:37:26,400 --> 00:37:30,525 Tentu indah jika dapat melihatnya. 386 00:37:31,483 --> 00:37:35,858 Kerja keras awak yang membolehkan dia mendapatkannya. 387 00:37:37,358 --> 00:37:39,150 Berkhidmat untuk cik puan saya 388 00:37:40,233 --> 00:37:43,483 ialah kebanggaan terbesar saya. 389 00:37:46,650 --> 00:37:52,525 Awak rasa kesetiaan boleh jadi merugikan 390 00:37:53,108 --> 00:37:54,483 atau membahayakan? 391 00:37:57,025 --> 00:37:58,442 Tak. 392 00:38:00,858 --> 00:38:06,817 Saya dah tak tahu lagi prinsip yang saya perjuangkan. 393 00:38:11,900 --> 00:38:14,858 Jika awak melihat dan tak nampak apa-apa, 394 00:38:15,525 --> 00:38:18,775 awak perlu melihat lebih dalam. 395 00:38:25,608 --> 00:38:31,108 Tuan Toranaga sangat pemurah memberikan awak lot ini. 396 00:38:32,067 --> 00:38:34,400 Ia antara lot yang terbaik di bandar ini. 397 00:38:35,400 --> 00:38:37,317 Siapa mereka di sana? 398 00:38:38,567 --> 00:38:40,483 Jiran-jiran awak. 399 00:38:41,150 --> 00:38:44,108 Saya diberitahu mereka gundik. 400 00:38:46,567 --> 00:38:47,858 Gundik. 401 00:39:10,067 --> 00:39:12,025 Selamat pagi, Cik Puan Daiyoin. 402 00:39:12,733 --> 00:39:14,567 Saya bawa teh dan ikan kesukaan cik puan. 403 00:39:18,275 --> 00:39:19,692 Tolong panggilkan tabib! 404 00:39:29,358 --> 00:39:31,983 Dia diserang angin ahmar awal pagi tadi. 405 00:39:32,567 --> 00:39:37,067 Kita cuma boleh buat dia selesa. 406 00:39:52,317 --> 00:39:57,650 Saya dah agak awak yang akan menemani saya sebelum saya mati. 407 00:39:59,692 --> 00:40:04,275 Semua kekuatan dan kesedihan awak. 408 00:40:05,983 --> 00:40:08,567 Awak perlu hentikan tipu muslihat ini. 409 00:40:09,942 --> 00:40:12,900 Awak perlu janji untuk bebaskan tebusan itu. 410 00:40:13,608 --> 00:40:16,150 Ishido bukan sesiapa dan dia tak penting. 411 00:40:22,567 --> 00:40:27,192 Cik Puan Daiyoin nak makan ubat untuk kurangkan kesakitan? 412 00:40:46,608 --> 00:40:52,150 Beritahu anak lelaki kita agar mencari saya di Tanah Murni. 413 00:40:56,900 --> 00:41:01,983 Melihat benda yang saya buat… 414 00:42:18,150 --> 00:42:22,942 Esok, Yabushige akan bertolak ke Osaka. 415 00:42:23,692 --> 00:42:26,983 Selain untuk menghantar senjata saya kepada Ishido, 416 00:42:28,275 --> 00:42:32,525 dia akan serahkan nama orang yang akan ikut saya untuk menyerah diri. 417 00:42:34,025 --> 00:42:39,817 Saya perlukan tandatangan awak pada senarai ini. 418 00:43:33,150 --> 00:43:33,983 Tuan, 419 00:43:34,358 --> 00:43:38,900 kami tak dapat terima sesuatu yang pastinya satu helah. 420 00:43:39,400 --> 00:43:40,567 Saya tiada muslihat. 421 00:43:41,150 --> 00:43:42,692 Maafkan saya, tuan, 422 00:43:42,775 --> 00:43:48,358 kami tak dapat ikut tuan untuk menyerah diri. 423 00:43:50,108 --> 00:43:52,025 Awak enggan menjalankan tugas awak? 424 00:43:52,775 --> 00:43:55,650 Tugas kami ialah menasihati tuan. 425 00:43:55,650 --> 00:43:59,233 Jika tuan kekal di Edo, Ishido terpaksa menyerang kita di sini. 426 00:43:59,233 --> 00:44:01,150 Dia akan musnahkan bandar ini. 427 00:44:01,817 --> 00:44:03,567 Biar dia cuba. 428 00:44:03,567 --> 00:44:04,817 Mana yang lebih penting? 429 00:44:05,567 --> 00:44:09,650 Kelangsungan suku kita atau Jepun? 430 00:44:12,650 --> 00:44:16,733 Perjuangan saya dah diputuskan. 431 00:44:23,775 --> 00:44:24,608 Tuan, 432 00:44:26,483 --> 00:44:29,108 jika tuan tak ubah fikiran, 433 00:44:31,567 --> 00:44:32,900 saya akan 434 00:44:34,858 --> 00:44:36,358 melakukan harakiri sekarang juga. 435 00:44:40,900 --> 00:44:44,358 Adakah kamu semua meragui kesetiaan kamu semua kepada saya? 436 00:44:45,275 --> 00:44:48,650 Pengkhianat perlu mengaku sekarang juga! 437 00:44:49,233 --> 00:44:50,942 Jika tuan menyerah diri kepada Osaka 438 00:44:51,775 --> 00:44:54,567 ia satu pengkhianatan terhadap warisan tuan. 439 00:44:54,567 --> 00:44:55,608 Diam! 440 00:44:56,983 --> 00:45:00,817 Ini urusan saya dengan Tuan Toranaga. 441 00:45:02,900 --> 00:45:07,983 Satu-satunya sahabat saya. 442 00:45:11,900 --> 00:45:12,733 Tuan, 443 00:45:14,483 --> 00:45:15,608 saya telah 444 00:45:17,525 --> 00:45:22,858 berdiri teguh bersama tuan sejak tuan kecil. 445 00:45:24,567 --> 00:45:29,108 Jika begitu, matilah bersama saya di Osaka. 446 00:45:31,192 --> 00:45:37,025 Tuan dah mensia-siakan semua yang telah kita perjuangkan. 447 00:45:51,733 --> 00:45:53,692 Saya dah buat keputusan. 448 00:45:54,942 --> 00:45:58,525 Sekarang awak juga perlu buat keputusan. 449 00:46:11,192 --> 00:46:17,692 Jadi, tuan memang percaya kepada kematian yang sia-sia. 450 00:46:23,775 --> 00:46:24,608 Tuan! 451 00:46:25,650 --> 00:46:29,817 Vasal tuan akan mati sia-sia! 452 00:46:36,025 --> 00:46:37,317 Jika begitu, mati. 453 00:46:43,483 --> 00:46:44,317 Tuan! 454 00:46:45,025 --> 00:46:46,067 Tolong hentikan. 455 00:46:47,317 --> 00:46:49,400 Dia dah buat keputusan untuk menentang saya. 456 00:46:53,192 --> 00:46:54,317 Saya tak akan mengalah. 457 00:47:07,192 --> 00:47:08,483 Tuan Toranaga… 458 00:47:14,608 --> 00:47:18,067 jika begitu, inilah perpisahan kita. 459 00:47:24,608 --> 00:47:30,567 Buntaro, ambil pedang ayah dan pancung kepala ayah. 460 00:47:51,067 --> 00:47:52,608 Saya akan ikut ayah mati. 461 00:47:54,108 --> 00:47:54,942 Jangan. 462 00:47:58,317 --> 00:47:59,817 Ayah, 463 00:48:01,358 --> 00:48:02,692 tolonglah. 464 00:48:06,692 --> 00:48:08,192 Kamu perlu hidup. 465 00:48:09,817 --> 00:48:15,192 Kamu perlu tahu rasanya apabila hak kamu dinafikan. 466 00:48:19,192 --> 00:48:22,442 Jangan putus asa dengan tuan kita. 467 00:48:23,567 --> 00:48:28,483 Meskipun dia kelihatan seperti dah putus asa dengan dirinya sendiri. 468 00:48:43,942 --> 00:48:45,525 Sekarang, pancung kepala ayah. 469 00:48:47,650 --> 00:48:48,483 Tuan Toranaga! 470 00:48:49,400 --> 00:48:51,150 Ini kerja gila! 471 00:48:51,858 --> 00:48:53,192 Hentikan semua ini! 472 00:49:01,775 --> 00:49:02,900 Maafkan saya. 473 00:49:56,817 --> 00:49:58,192 Maafkan saya. 474 00:50:02,733 --> 00:50:06,817 Awak tak setuju dengan apa yang telah berlaku hari ini? 475 00:50:07,442 --> 00:50:10,358 Hari ini kita semua merasai kehilangan yang besar. 476 00:50:11,525 --> 00:50:14,692 Saya tak akan tambah duka itu dengan tak bersetuju. 477 00:50:19,442 --> 00:50:22,108 Bunyi hujan di atas dedaun 478 00:50:22,108 --> 00:50:24,192 boleh didengari. 479 00:50:26,650 --> 00:50:30,233 Tetap lebih lemah 480 00:50:30,233 --> 00:50:32,525 air mata embun di atas lengan bajuku 481 00:50:32,608 --> 00:50:34,817 walaupun ketika musim bunga. 482 00:50:37,358 --> 00:50:39,775 Menunggu, pokok pain 483 00:50:41,442 --> 00:50:43,317 tak pernah layu pada musim sejuk. 484 00:50:44,608 --> 00:50:46,650 Jika aku boleh gunakan kata-kata 485 00:50:47,900 --> 00:50:50,358 umpama bunga yang bertaburan dan dedaun yang berguguran, 486 00:50:51,858 --> 00:50:54,025 tentu hebat puisi yang aku cipta. 487 00:50:56,192 --> 00:50:58,775 Saya mengaku kalah, Mariko. 488 00:51:02,233 --> 00:51:07,275 Puisi awak tiada tandingannya. 489 00:51:08,650 --> 00:51:09,942 Beritahu saya, 490 00:51:12,400 --> 00:51:15,275 nakhoda dah jumpa Yabushige? 491 00:51:16,817 --> 00:51:17,650 Sudah. 492 00:51:19,650 --> 00:51:21,983 Tapi, Tuan Yabushige menolak. 493 00:51:26,400 --> 00:51:31,525 Dia akan ubah fikirannya selepas hari ini. 494 00:51:32,733 --> 00:51:37,317 Hiromatsu telah memastikannya. 495 00:51:39,942 --> 00:51:42,358 Nakhoda dan Yabushige umpama helang Sikap. 496 00:51:44,733 --> 00:51:49,275 Bersayap pendek dan mudah diramal. 497 00:51:50,733 --> 00:51:51,567 Jika begitu, 498 00:51:53,817 --> 00:51:55,067 Tuan Hiromatsu… 499 00:51:59,525 --> 00:52:01,108 Hiromatsu, 500 00:52:04,775 --> 00:52:07,317 sahabat lama saya… 501 00:52:12,067 --> 00:52:15,483 amat memahami tugasnya. 502 00:52:17,400 --> 00:52:21,525 Osaka perlu percaya kekalahan saya bukan muslihat. 503 00:52:26,650 --> 00:52:31,608 Sekarang, awak dah sedia untuk menjalankan tugas awak? 504 00:52:39,525 --> 00:52:41,400 Saya dah sedia. 505 00:53:30,650 --> 00:53:31,608 Cepat! 506 00:53:32,692 --> 00:53:33,733 Lekas. 507 00:53:35,067 --> 00:53:36,067 Apa yang awak buat? 508 00:53:36,567 --> 00:53:37,400 Cepat! 509 00:53:38,567 --> 00:53:39,942 Ya. 510 00:53:40,025 --> 00:53:45,358 Jika Tuan Toranaga dapat tahu pak cik berpakat dengan nakhoda… 511 00:53:45,942 --> 00:53:48,108 Saya tak nak mati kerana lelaki tua gila itu. 512 00:53:48,983 --> 00:53:51,233 Tapi, nakhoda berbahaya. 513 00:53:52,608 --> 00:53:53,525 Pak cik! 514 00:53:54,067 --> 00:53:54,900 Awak nak apa? 515 00:54:00,567 --> 00:54:01,817 Jaga diri. 516 00:54:15,192 --> 00:54:18,442 Kata-kata awak pada hari itu, 517 00:54:18,442 --> 00:54:21,150 memberi erti yang besar buat saya. 518 00:54:24,983 --> 00:54:26,025 Sekutu. 519 00:54:26,692 --> 00:54:27,942 Awak 520 00:54:27,942 --> 00:54:28,775 dan saya. 521 00:54:29,775 --> 00:54:31,608 Sekutu. 522 00:54:31,692 --> 00:54:32,525 Sekutu. 523 00:54:32,858 --> 00:54:33,983 Kita sekutu. 524 00:54:42,817 --> 00:54:43,942 Ada orang datang. 525 00:54:54,983 --> 00:54:59,942 Tuan Toranaga minta saya menemani awak ke Osaka. 526 00:55:54,150 --> 00:55:55,650 Terima kasih, anak. 527 00:55:56,483 --> 00:55:58,733 Kamu telah berikan ayah masa. 528 00:56:02,025 --> 00:56:03,150 Ia tak akan disia-siakan. 529 00:56:08,567 --> 00:56:11,858 Hiromatsu dan kamu. 530 00:56:15,567 --> 00:56:17,233 Saya tak akan mensia-siakannya. 531 00:57:52,733 --> 00:57:54,733 Terjemahan sari kata oleh Aminuddin Buang