1 00:00:06,716 --> 00:00:09,093 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:49,842 --> 00:00:52,011 Apa boleh dikatakan tentang ikon 3 00:00:52,095 --> 00:00:57,683 yang hidup seperti lilin dan tinggalkan kita terlalu awal? 4 00:00:58,726 --> 00:01:01,395 Grace, mahu beri sepatah dua kata? 5 00:01:01,479 --> 00:01:05,024 Tak, saya rasa kamu dah cukup memuji tandas kita. 6 00:01:06,317 --> 00:01:07,944 Rambut baru, tetap biadab. 7 00:01:08,027 --> 00:01:09,195 Baiklah. 8 00:01:11,114 --> 00:01:15,618 Pengalaman ini memang luar biasa tapi saya rela lakukannya dengan kamu 9 00:01:15,701 --> 00:01:18,538 daripada dengan orang lain. 10 00:01:19,247 --> 00:01:20,790 Kecuali apabila kamu memandu. 11 00:01:20,873 --> 00:01:23,084 Sangat bagus. 12 00:01:23,167 --> 00:01:26,337 Saya juga sediakan persembahan Amazing Grace. 13 00:01:26,420 --> 00:01:30,842 Liriknya diubah menjadi tentang kekurangan dana untuk tandas. 14 00:01:35,596 --> 00:01:38,182 - Nada saya rendah. Beri saya nada C. - Ya. 15 00:01:39,600 --> 00:01:42,979 Hei, diamlah. Kami ada hal di sini. 16 00:01:43,062 --> 00:01:46,649 Sekarang kami terpaksa mulakan semula pengebumian. 17 00:01:46,732 --> 00:01:47,859 Maafkan saya. 18 00:01:47,942 --> 00:01:50,403 Saya terkejut kamu sedih tentang tandas 19 00:01:50,486 --> 00:01:52,405 berbanding perkahwinan kita yang berakhir. 20 00:01:52,488 --> 00:01:55,741 Susah nak bersedih sebab kamu ada di sini sepanjang masa. 21 00:01:55,825 --> 00:01:57,451 Tak berpeluang untuk rindu kamu. 22 00:01:57,535 --> 00:02:01,372 Kalau saya boleh pergi, saya akan pergi. 23 00:02:01,455 --> 00:02:06,002 Ada sesuatu yang kamu boleh buat. Cuma kamu sengaja tak nak buat. 24 00:02:06,085 --> 00:02:08,379 Saya takkan khianati kawan baik saya. 25 00:02:08,462 --> 00:02:12,341 Kawan baik kamu. Kamu tak pernah cakap pun tentang dia. 26 00:02:12,425 --> 00:02:15,511 - Saya tak beritahu kamu semuanya. - Ya, betul. 27 00:02:15,595 --> 00:02:18,973 Saya tak boleh mengintip. Pita akan melekat pada bulu dada saya. 28 00:02:19,056 --> 00:02:23,477 Kamu berpeluang pakai peranti pepijat untuk FBI? 29 00:02:23,561 --> 00:02:25,229 Itu salah satu impian saya 30 00:02:25,313 --> 00:02:27,899 selain makan sirap coklat sambil terapung. 31 00:02:27,982 --> 00:02:31,027 Saya tak sanggup. Saya takkan boleh maafkan diri saya. 32 00:02:31,110 --> 00:02:34,322 Saya tak boleh hidup dengan kamu selama dua tahun sembilan bulan. 33 00:02:34,405 --> 00:02:37,200 Macam mana kalau dia nak bercinta lagi? 34 00:02:38,284 --> 00:02:40,536 - Kamu nak bercinta lagi? - Tak. 35 00:02:40,620 --> 00:02:43,080 - Cepatnya. - Saya tak bercinta dengan sesiapa. 36 00:02:43,748 --> 00:02:47,752 Saya perlu teruskan hidup, begitu juga kamu, Nick. 37 00:02:47,835 --> 00:02:51,631 Kita terlalu tua untuk tinggal sebumbung selama tiga tahun. 38 00:02:51,714 --> 00:02:55,176 Kalau kamu buat begini, kamu bebas daripada hukuman dan saya. 39 00:02:55,259 --> 00:02:59,305 Bunyi tandas dipam, merdu bunyinya 40 00:02:59,388 --> 00:03:00,223 Juga daripada dia. 41 00:03:00,306 --> 00:03:03,601 Kau naikkan punggung saya 42 00:03:08,105 --> 00:03:09,357 Saya ada hadiah untuk kamu. 43 00:03:11,234 --> 00:03:14,320 Adakah ia mesin masa supaya kita boleh kembali 44 00:03:14,403 --> 00:03:17,114 ke masa sebelum kamu tolak saya di depan anak rakun? 45 00:03:17,198 --> 00:03:19,200 Hampir. Jam tangan. 46 00:03:20,201 --> 00:03:26,165 Jam tangan saya yang dicuri ialah Rolex Daytona dua warna. 47 00:03:26,249 --> 00:03:29,252 Ini jam tangan Rip Curl dengan tali plastik. 48 00:03:29,335 --> 00:03:31,045 Yang ini bercahaya dalam gelap. 49 00:03:31,128 --> 00:03:34,298 Kamu fikir kamu boleh beli kemaafan saya dengan begitu murah? 50 00:03:34,382 --> 00:03:35,716 Itu yang saya harap. 51 00:03:36,425 --> 00:03:39,845 Apa kata kita lupakan saja dan makan sarapan tengah hari? 52 00:03:39,929 --> 00:03:45,017 Kamu nak duduk di sebelah siapa, Peter atau Stevie yang dungu? 53 00:03:45,101 --> 00:03:49,438 Tolak sajalah saya di depan orang yang kamu tak suka. 54 00:03:49,939 --> 00:03:50,815 Okey. 55 00:03:51,524 --> 00:03:54,193 Apa kata saya beli creme fraiche 56 00:03:54,277 --> 00:03:56,654 untuk piza salmon kamu yang sedap itu? 57 00:03:57,280 --> 00:03:59,115 Fakta menarik tentang creme fraiche, 58 00:03:59,198 --> 00:04:01,742 orang yang tak tahan laktosa boleh makan 59 00:04:01,826 --> 00:04:04,370 sebab ia produk tenusu tertapai. 60 00:04:04,453 --> 00:04:06,664 Bolehkah kamu pergi seorang diri? 61 00:04:06,747 --> 00:04:10,042 Setin krim putar mungkin akan terkam kamu. 62 00:04:10,126 --> 00:04:14,130 Aduhai. Kejadian itu dah berlaku tiga minggu lalu. 63 00:04:14,213 --> 00:04:16,215 Dah banyak kali saya minta maaf. 64 00:04:16,299 --> 00:04:20,428 Macam mana saya nak tebus kesalahan kepada kamu dan Amerika? 65 00:04:20,511 --> 00:04:23,931 Seperti yang saya cakap, jangan selalu fikir tentang diri sendiri. 66 00:04:24,015 --> 00:04:25,975 Utamakanlah saya sekali-sekala. 67 00:04:26,058 --> 00:04:30,396 Saya utamakan kamu apabila saya tolak kamu di depan rakun. 68 00:04:30,479 --> 00:04:32,898 Seperti dalam kapal terbang, 69 00:04:32,982 --> 00:04:36,777 kita pakai topeng oksigen dulu sebelum pakaikannya pada anak. 70 00:04:36,861 --> 00:04:40,489 Kamu gembira dan bernafas sementara saya sesak nafas. 71 00:04:40,573 --> 00:04:43,034 Saya akan beli creme fraiche. 72 00:04:44,035 --> 00:04:45,995 Saya akan balik setengah jam lagi. 73 00:04:46,078 --> 00:04:47,621 Begitu juga pertengkaran ini. 74 00:04:55,880 --> 00:04:59,008 Kami mendapati kita tak boleh berdiri dekat ketuhar gelombang mikro 75 00:04:59,091 --> 00:05:00,843 jika memakai krim mata kita. 76 00:05:01,344 --> 00:05:04,263 - Kami akan baikinya. - Bagus. 77 00:05:04,347 --> 00:05:06,015 Terima kasih, semua, 78 00:05:06,098 --> 00:05:09,852 atas usaha kamu dan idea yang hebat. 79 00:05:17,735 --> 00:05:19,653 Kita ada banyak kerja di sini. 80 00:05:19,737 --> 00:05:22,865 Terima kasih kepada ketua kita, Taneth, 81 00:05:22,948 --> 00:05:26,869 kerana datang mengejut dari San Francisco selama seminggu. 82 00:05:26,952 --> 00:05:27,953 Sebulan. 83 00:05:28,037 --> 00:05:31,332 - Lebih baik. - Anggap saja saya tiada di sini. 84 00:05:31,415 --> 00:05:34,543 Buat kerja seperti biasa dan berdoa kamu tak dipecat. 85 00:05:35,419 --> 00:05:36,504 Saya bergurau. 86 00:05:37,505 --> 00:05:39,006 Betulkah saya bergurau? 87 00:05:39,840 --> 00:05:41,092 Syabas, Mallory 88 00:05:41,175 --> 00:05:43,928 dan orang lain yang kurang penting di sini. 89 00:05:44,929 --> 00:05:45,763 Hadir. 90 00:05:56,399 --> 00:05:59,652 Kamu rasa itu kelakar? Tengok. Saya nak pinjam ini. 91 00:05:59,735 --> 00:06:03,030 - Ambillah. - "Hei, semua, saya Mallory. 92 00:06:03,114 --> 00:06:04,657 Saya bos sekarang. 93 00:06:04,740 --> 00:06:07,827 Hari ini hari Rabu yang bebas konfrontasi. 94 00:06:07,910 --> 00:06:10,246 Kita semua duduk, senyum 95 00:06:10,329 --> 00:06:14,125 dan minta maaf untuk perkara yang kita tak buat. Buat keju gajus." 96 00:06:16,043 --> 00:06:17,878 Okey. 97 00:06:18,838 --> 00:06:20,756 - Kelakar. - Sangat kelakar. 98 00:06:20,840 --> 00:06:24,093 Okey. Mesyuarat tamat. Betul tak, Taneth? 99 00:06:24,176 --> 00:06:27,930 Saya tiada di sini, tapi kita jumpa lagi pukul 3:00 petang. 100 00:06:29,432 --> 00:06:30,724 Tiga petang. 101 00:06:30,808 --> 00:06:34,311 - Saya suka bos wanita yang kuat. - Saya tahu apa yang kamu suka. 102 00:06:34,395 --> 00:06:37,815 Mallory, boleh saya cakap dengan kamu sekejap? 103 00:06:37,898 --> 00:06:40,609 - Boleh. Semua okey? - Kamu ada masalah. 104 00:06:40,693 --> 00:06:41,944 Sebab cara saya ketawa? 105 00:06:42,027 --> 00:06:45,656 Epiglotis saya pelik. Bunyinya macam menyakitkan tapi tak. 106 00:06:45,739 --> 00:06:49,452 Saya tak suka cara kamu ketawa, tapi masalahnya ialah Brianna. 107 00:06:49,535 --> 00:06:52,746 Apabila saya dalam bilik, saya nak tahu siapa ketua. 108 00:06:52,830 --> 00:06:54,498 Biasanya, sayalah orangnya. 109 00:06:54,582 --> 00:06:57,501 Saya juga nak tahu siapa ketua apabila saya tiada. 110 00:07:00,838 --> 00:07:02,173 Jangan beritahu sesiapa. 111 00:07:02,256 --> 00:07:05,551 Nampaknya Brianna masih mempunyai kuasa. 112 00:07:05,634 --> 00:07:07,845 Siapa kamu jika kamu bukan ketua? 113 00:07:08,971 --> 00:07:10,890 - Orang yang tak penting? - Pisang kedua. 114 00:07:10,973 --> 00:07:13,976 Saya suka pisang. Bukan selalu, sebab kandungan gulanya tinggi, 115 00:07:14,059 --> 00:07:16,854 tapi saya tak boleh biarkan pisang uruskan syarikat saya. 116 00:07:16,937 --> 00:07:18,147 Itu kerja ketua. 117 00:07:18,230 --> 00:07:21,901 Saya harap saya tak tunjukkan yang saya pisang. 118 00:07:21,984 --> 00:07:25,196 Kamu tak tunjukkan apa-apa. Itulah masalahnya. 119 00:07:29,700 --> 00:07:31,869 Kamu kena buat Dillard mengaku yang dia tahu 120 00:07:31,952 --> 00:07:35,080 saham ComTeq akan jatuh sebelum dia menjual singkat. 121 00:07:35,164 --> 00:07:36,916 Pemula perbualan yang semula jadi. 122 00:07:36,999 --> 00:07:40,127 "Bagaimana kamu tahu saham akan jatuh sebelum jual singkat?" 123 00:07:40,211 --> 00:07:43,047 Kamu pernah mulakan perbualan begitu. 124 00:07:43,130 --> 00:07:45,716 Okey, itu bukan pemula yang teruk 125 00:07:45,799 --> 00:07:48,219 jika kita tak rakam perbualan untuk FBI. 126 00:07:48,302 --> 00:07:50,012 Apa maksud jual singkat? 127 00:07:50,095 --> 00:07:53,516 Apa itu perdagangan orang dalam? 128 00:07:53,599 --> 00:07:57,102 - Kenapa kamu salah? - Kamu hadir kelas perniagaan nanti. 129 00:07:57,186 --> 00:08:02,399 Karin, orang yang buat perkara seperti ini takkan beritahu orang lain. 130 00:08:02,483 --> 00:08:06,111 Apa sebenarnya, "perkara seperti ini"? 131 00:08:06,195 --> 00:08:08,739 Mereka berdua boleh membantu. 132 00:08:08,822 --> 00:08:11,367 Mereka boleh tanya soalan dan orang takkan curiga. 133 00:08:11,450 --> 00:08:12,785 Apa? 134 00:08:12,868 --> 00:08:17,706 Dia mahu kita menyamar untuk tangkap pedagang Wall Street. 135 00:08:17,790 --> 00:08:19,625 Saya tak boleh menyamar. 136 00:08:20,251 --> 00:08:23,796 Kamu risau kamu akan terlibat lebih dalam dan tak dapat diselamatkan? 137 00:08:23,879 --> 00:08:25,464 Ya, itu yang saya risaukan. 138 00:08:25,548 --> 00:08:27,424 Kamu tak risau pun tadi. 139 00:08:27,508 --> 00:08:30,594 - Sebab kamu yang buat. - Dengar sini. 140 00:08:31,053 --> 00:08:33,097 Nick perlu keluar dari sini. 141 00:08:33,180 --> 00:08:36,141 - Kamu bertegas? - Dengar sini… 142 00:08:36,225 --> 00:08:40,312 "Ada sesuatu yang kamu boleh buat. Cuma kamu sengaja tak nak buat." 143 00:08:40,396 --> 00:08:42,731 Saya tak suka kamu memetik kata-kata saya. 144 00:08:42,815 --> 00:08:46,026 Kamu setuju tak? Kamu tak perlu pakai peranti pepijat. 145 00:08:46,110 --> 00:08:48,571 - Cuma pujuk dia supaya bercakap. - Okey. 146 00:08:48,654 --> 00:08:51,490 Saya pun setuju. Memandangkan kami tak pakai peranti pepijat, 147 00:08:51,574 --> 00:08:53,826 saya perlukan gogal pengintip. 148 00:08:53,909 --> 00:08:57,288 - Apa itu gogal pengintip? - Berikan saja dia gogal. 149 00:09:04,545 --> 00:09:06,797 Rasa salmon ini seperti ikan. 150 00:09:07,756 --> 00:09:12,094 Deria rasanya tajam dan pahanya hebat. 151 00:09:12,177 --> 00:09:14,972 Dua perkara itu biasanya seiringan. 152 00:09:15,764 --> 00:09:19,727 Begitu juga salmon dan piza. Syabas, Sol. 153 00:09:22,896 --> 00:09:24,148 Kamu tak nak? 154 00:09:24,231 --> 00:09:26,775 Saya lebih suka tengok kamu makan. 155 00:09:27,276 --> 00:09:28,611 Baiknya kamu. 156 00:09:29,403 --> 00:09:32,573 Lagipun, tak bagus untuk paha kamu. 157 00:09:34,366 --> 00:09:36,577 Robert, dia tak pentingkan diri pun. 158 00:09:38,037 --> 00:09:41,040 Dia utamakan keinginan pasangannya. 159 00:09:43,375 --> 00:09:44,585 Nak sikit? 160 00:09:46,420 --> 00:09:47,338 Budak comot. 161 00:09:49,006 --> 00:09:50,299 Saya malu. 162 00:09:52,092 --> 00:09:53,469 Saya akan gigit tangan kamu. 163 00:09:55,763 --> 00:10:00,100 Oh Tuhan. Adakah itu Rolex Daytona? 164 00:10:01,393 --> 00:10:02,645 Memang jam tangan Rolex. 165 00:10:03,270 --> 00:10:04,980 Tapi nama saya Stevie. 166 00:10:05,689 --> 00:10:08,609 Saya ada jam tangan yang sama tapi ia dicuri. 167 00:10:11,820 --> 00:10:15,658 - Boleh tolong saya di dapur? - Boleh saya habiskan piza dulu? 168 00:10:15,741 --> 00:10:17,409 Saya akan gigit tangan kamu. 169 00:10:19,286 --> 00:10:20,287 Maafkan saya. 170 00:10:22,247 --> 00:10:24,249 - Ada masalah? - Kita ada masalah. 171 00:10:24,333 --> 00:10:28,921 Seluar saya, bukan? Rupanya memang begini. 172 00:10:29,004 --> 00:10:31,965 Khaki yang keras. Mungkin twill. 173 00:10:32,049 --> 00:10:34,927 Saya dah e-mel syarikat ini. Mereka belum balas. 174 00:10:35,010 --> 00:10:38,430 Tak, seluar kamu elok saja. Saya ada masalah dengan Brianna. 175 00:10:41,767 --> 00:10:44,478 Patutkah kamu cakap dengan saya? Saya tak berapa kenal dia. 176 00:10:44,561 --> 00:10:46,271 Saya perlukan bantuan kamu. 177 00:10:46,355 --> 00:10:48,899 Dia buat lawak dalam mesyuarat. 178 00:10:48,982 --> 00:10:50,776 Dia tak boleh buat begitu. 179 00:10:50,859 --> 00:10:53,529 Saya nampak macam pisang sedangkan saya kena jadi ketua. 180 00:10:54,655 --> 00:10:57,825 Apa pun jawapan saya, kamu boleh tuduh saya lakukan gangguan seksual. 181 00:10:57,908 --> 00:11:00,285 Kamu beritahu seluar itu buat kamu nampak terangsang. 182 00:11:01,328 --> 00:11:03,497 Saya tersilap. 183 00:11:03,580 --> 00:11:06,083 - Boleh kamu suruh dia berhenti? - Tak. 184 00:11:06,166 --> 00:11:09,837 Saya tak mahu buat silap demi sambutan hari jadi saya. 185 00:11:09,920 --> 00:11:11,130 Tolonglah, Barry. 186 00:11:11,213 --> 00:11:13,173 Penugasan kuasa adalah pengurusan yang baik. 187 00:11:13,257 --> 00:11:16,927 Saya bos yang beritahu pekerja apa dia perlu buat. 188 00:11:17,010 --> 00:11:20,848 Saya pekerja yang beritahu bos saya yang dia silap. 189 00:11:22,141 --> 00:11:25,853 Jika kamu tak mahu Brianna memalukan kamu lagi, 190 00:11:25,936 --> 00:11:28,105 kamu kena bersuara sendiri. 191 00:11:28,605 --> 00:11:30,399 Itu saja caranya dia akan hormat kamu. 192 00:11:32,443 --> 00:11:33,986 Namun, saya tak nak. 193 00:11:34,069 --> 00:11:36,238 Kamu tahu saya suka kamu. 194 00:11:36,989 --> 00:11:38,991 Ya, kamu dah cakap tiga kali. 195 00:11:40,826 --> 00:11:43,537 Gembira bertemu kawan lama Nick. 196 00:11:43,620 --> 00:11:47,332 Saya tak sabar nak dengar tentang pengalaman kamu berdua. 197 00:11:47,416 --> 00:11:51,170 Cukuplah berbual kosong. Macam mana jual singkat saham? 198 00:11:51,253 --> 00:11:55,507 Maafkan saya. Frankie ambil kelas pasaran saham dalam talian. 199 00:11:56,008 --> 00:11:57,885 Jadi, dia nak tahu rahsianya. 200 00:11:57,968 --> 00:12:01,263 Boleh dia tanya kamu beberapa soalan? 201 00:12:01,346 --> 00:12:02,598 Saham membosankan. 202 00:12:02,681 --> 00:12:05,726 Mari kita cakap tentang kamu berdua dan Shark Tank. 203 00:12:05,809 --> 00:12:09,104 Kamu hebat. Tandas itu idea yang bagus. 204 00:12:09,188 --> 00:12:10,230 Kamu rasa begitu? 205 00:12:10,314 --> 00:12:14,735 Kami baru menanamnya di pantai tapi saya boleh gali sekarang. 206 00:12:14,818 --> 00:12:17,196 Idea kami itu bagus 207 00:12:17,279 --> 00:12:19,573 tapi kamu dapat banyak duit dengan satu dagangan. 208 00:12:19,656 --> 00:12:21,116 Macam mana kamu buat? 209 00:12:21,200 --> 00:12:23,994 Dengan melabur dalam syarikat seperti Naik Tinggi. 210 00:12:24,077 --> 00:12:24,953 Atau ComTeq? 211 00:12:25,037 --> 00:12:27,623 Kita bercakap tentang Naik Tinggi sekarang. 212 00:12:27,706 --> 00:12:30,626 Dia pelabur yang hebat kerana dia pemaaf. 213 00:12:30,709 --> 00:12:33,921 Kamu pemaaf orangnya, bukan? 214 00:12:34,004 --> 00:12:35,005 Apa? 215 00:12:35,631 --> 00:12:36,965 Saya akan ambil minuman. 216 00:12:37,049 --> 00:12:39,009 Kita dah ada minuman. 217 00:12:39,092 --> 00:12:42,221 Duduklah di sebelah Joe. 218 00:12:42,846 --> 00:12:46,225 Harap-harap dia akan cerita tentang urus niaga besar yang dia buat. 219 00:12:46,308 --> 00:12:49,228 Atau dia boleh buat perjanjian dengan kita. 220 00:12:49,311 --> 00:12:54,024 Kamu tahu, penjara kolar putih taklah teruk sangat. 221 00:12:54,107 --> 00:12:57,319 Saya gembira mendengar apa saja yang Joe katakan 222 00:12:57,402 --> 00:13:00,614 asalkan tentang melabur dalam Naik Tinggi. 223 00:13:00,697 --> 00:13:04,076 Namun, ada perkara lain yang kita nak dengar Joe cakap. 224 00:13:04,159 --> 00:13:06,078 Seperti perdagangannya yang terkenal. 225 00:13:06,161 --> 00:13:08,163 Kita cakap tentang ComTeq lagi? 226 00:13:08,247 --> 00:13:11,291 Sekarang kita dah tahu betapa hebatnya penjara, cakaplah. 227 00:13:11,375 --> 00:13:14,419 Baiklah. Apa salahnya? Kamu berdua macam okey. 228 00:13:14,503 --> 00:13:18,090 Kami buat kajian, kami yakin dengan syarikat itu, 229 00:13:18,173 --> 00:13:22,010 kemudian kami dah tak yakin dengan syarikat itu. 230 00:13:22,094 --> 00:13:23,804 Kenapa kamu tak yakin lagi? 231 00:13:23,887 --> 00:13:25,889 Siapa peduli? Dia yakin dengan syarikat kita. 232 00:13:25,973 --> 00:13:27,015 Saya peduli. 233 00:13:27,099 --> 00:13:30,060 Kamu tak nak dengar rahsia daripada pedagang hebat? 234 00:13:30,143 --> 00:13:31,395 - Tak. - Okey. 235 00:13:31,478 --> 00:13:34,231 Namun, jangan beritahu sesiapa. 236 00:13:34,982 --> 00:13:37,943 Kisah sebenar di sebalik menjual singkat saham ComTeq… 237 00:13:39,069 --> 00:13:39,945 Okey. 238 00:13:40,571 --> 00:13:41,905 Apa yang kamu buat? 239 00:13:43,532 --> 00:13:47,244 Saya rasa nak menari. Dekat dengan dada Nick. 240 00:13:54,418 --> 00:14:00,841 Lelaki yang fikir saya panggil dia Daytona rompak kita. 241 00:14:00,924 --> 00:14:02,593 Apa maksud kamu? 242 00:14:02,676 --> 00:14:07,306 Stevie Mazza yang pecah masuk rumah kita dan curi barang kita. 243 00:14:08,015 --> 00:14:08,849 Lelaki itu? 244 00:14:09,600 --> 00:14:10,976 Kamu rasa dia rompak kita? 245 00:14:11,059 --> 00:14:13,228 Sol, dia baru tahu yang salmon ialah ikan. 246 00:14:13,312 --> 00:14:17,024 Dia pakai jam tangan saya, Robert. Di dalam rumah kita. 247 00:14:17,107 --> 00:14:19,651 Bagaimana dia tahu di mana bilik air? 248 00:14:19,735 --> 00:14:22,237 Ya, seolah-olah dia pernah masuk sebuah rumah. 249 00:14:22,321 --> 00:14:24,031 Fikirkannya, Robert. 250 00:14:24,114 --> 00:14:28,201 Kamu nampak biseps dia? Sebesar sequoia. 251 00:14:28,285 --> 00:14:30,412 Kenapa lelaki itu bersama Peter? 252 00:14:30,495 --> 00:14:32,873 Kamu fikir Stevie jalinkan hubungan dengan Peter 253 00:14:32,956 --> 00:14:36,877 supaya dia boleh masuk ke rumah kita? 254 00:14:36,960 --> 00:14:38,754 Akhirnya, kamu faham. 255 00:14:38,837 --> 00:14:42,716 Sol, kamu kena berhenti tertidur ketika mendengar audio siar jenayah. 256 00:14:42,799 --> 00:14:46,386 Jam tangan itu tak muat pun dengan dia. Menggeleber. 257 00:14:47,012 --> 00:14:49,514 Pasti muat di tangan saya. 258 00:14:49,598 --> 00:14:50,766 Tak, tunggu, Sol. 259 00:14:51,767 --> 00:14:53,226 Stevie, 260 00:14:53,310 --> 00:14:57,731 boleh saya cuba jam tangan yang cantik, unik dan sukar ditemui itu? 261 00:14:57,814 --> 00:14:58,857 Susah ditemui? 262 00:14:59,775 --> 00:15:01,151 Ada di sini. 263 00:15:02,152 --> 00:15:04,279 Dia selalu tahu di mana letaknya barang. 264 00:15:04,363 --> 00:15:05,489 Itu bakat saya. 265 00:15:06,114 --> 00:15:08,825 - Sol, perlukah kamu buat begini? - Hei. 266 00:15:09,785 --> 00:15:10,702 Lihatlah. 267 00:15:11,787 --> 00:15:13,121 Muat. 268 00:15:16,917 --> 00:15:18,794 Okey, saya tiada di sini. 269 00:15:18,877 --> 00:15:21,964 Saya memerhatikan kamu tapi anggap saja saya tiada di sini. 270 00:15:22,881 --> 00:15:24,007 Mari mulakan. 271 00:15:24,091 --> 00:15:27,844 Erica, saya suka analisis jualan yang kamu buat. 272 00:15:27,928 --> 00:15:31,306 - Kami cuma cetak angka. - Ia dibuat dengan baik. 273 00:15:31,390 --> 00:15:33,725 Brianna, saya tak suka katakannya. 274 00:15:33,809 --> 00:15:37,312 - Nama pewarna bibir itu teruk. - Nama itu hebat. 275 00:15:37,396 --> 00:15:38,230 Apa? 276 00:15:38,939 --> 00:15:40,732 Nampaknya kamu berdua betul. 277 00:15:40,816 --> 00:15:44,069 Bukannya saya tak suka "Seductrix". Cuma nama itu teruk. 278 00:15:45,278 --> 00:15:49,825 - Fikirkan 100 pilihan sebelum petang ini. - Sudah petang. 279 00:15:49,908 --> 00:15:53,912 Ingat? Pagi, makan tengah hari, petang. 280 00:15:55,789 --> 00:15:59,209 Hei, kamu dah minum air dari air pancut? 281 00:15:59,292 --> 00:16:01,086 - Sangat segar. - Ya. 282 00:16:01,169 --> 00:16:04,006 Tahu apa yang tak segar? Laporan produk baru kamu. 283 00:16:04,089 --> 00:16:05,674 Bagus jika kamu benci mata kamu. 284 00:16:05,757 --> 00:16:08,802 Kalau kerja saya teruk sangat, kenapa tak suruh orang lain buat? 285 00:16:08,885 --> 00:16:11,013 Saya perlu beri kamu kerja. 286 00:16:14,641 --> 00:16:15,851 Apa yang berlaku? 287 00:16:15,934 --> 00:16:17,352 Dia bertindak sesuka hati. 288 00:16:17,436 --> 00:16:19,771 Jika tak pun, saya tetap akan buat begitu. 289 00:16:19,855 --> 00:16:22,190 Dia nak melabur dalam Naik Tinggi. 290 00:16:22,274 --> 00:16:25,777 Jadi, dia menjual singkat saham. Pasti dia ada sebab yang baik. 291 00:16:25,861 --> 00:16:28,613 - Kamu dengar tak apa kamu cakap? - Saya cuba tak dengar. 292 00:16:28,697 --> 00:16:29,990 Saya akan terus bercakap. 293 00:16:30,073 --> 00:16:32,242 Kita boleh bekerjasama dengan Nick. 294 00:16:32,325 --> 00:16:35,454 Syarikat kita dikenali sebagai Grace, Frankie dan Nick. 295 00:16:35,537 --> 00:16:37,539 - Kita ubah jenama syarikat kita! - Frankie. 296 00:16:37,622 --> 00:16:41,710 Kalau kita tak teruskan, hidup saya takkan kembali seperti biasa. 297 00:16:41,793 --> 00:16:44,421 Saya takkan dapat peluang lain untuk buat tandas. 298 00:16:44,504 --> 00:16:48,216 Kita akan cari pelabur yang bukan penipu. Saya janji. 299 00:16:48,300 --> 00:16:50,427 Kamu tak belajar apa-apa, Grace? 300 00:16:50,510 --> 00:16:52,846 Tiada orang baik dalam bidang tandas. 301 00:16:52,929 --> 00:16:54,598 Ada sesiapa nak tangkap kawan Nick? 302 00:16:54,681 --> 00:16:55,599 - Tak! - Ya! 303 00:16:56,183 --> 00:16:59,561 Saya tak boleh tinggal dengan bekas suami saya lagi. 304 00:16:59,644 --> 00:17:02,230 Okey? Saya tak tahan. 305 00:17:02,898 --> 00:17:06,526 Bukan dia pun tapi sikap saya apabila saya bersama dia. 306 00:17:06,610 --> 00:17:09,154 Saya jadi pasif dan hormat. 307 00:17:09,237 --> 00:17:12,365 Saya berpura-pura jadi wanita tua untuk dia. 308 00:17:12,991 --> 00:17:16,953 - Saya juga keringkan rambut dia. - Saya tak suka lihat kamu begitu. 309 00:17:17,037 --> 00:17:19,498 Kalau begitu, bantu saya jadi diri saya semula. 310 00:17:19,581 --> 00:17:24,252 Saya dah bazirkan banyak masa melayan lelaki. 311 00:17:24,336 --> 00:17:26,171 Saya tahu ini tentang apa sebenarnya. 312 00:17:27,005 --> 00:17:28,840 Kamu cuma nak bersama saya. 313 00:17:28,924 --> 00:17:30,258 Ya. 314 00:17:31,551 --> 00:17:36,431 Okey. Kita cari jalan untuk jayakan Naik Tinggi tanpa Nick. 315 00:17:37,349 --> 00:17:38,767 Tangkap dia, Fenmore. 316 00:17:38,850 --> 00:17:41,269 Kami datang untuk tangkap kawan dia. 317 00:17:41,353 --> 00:17:42,854 Betul. 318 00:17:42,938 --> 00:17:45,273 Kita jadikan dia pemberi maklumat. 319 00:17:45,899 --> 00:17:48,819 Sebenarnya, kamu pemberi maklumat. 320 00:17:49,444 --> 00:17:50,487 Ulat buku. 321 00:17:51,863 --> 00:17:53,990 Selamat tinggal, Derek dan Vanessa. 322 00:17:54,074 --> 00:17:55,867 Hati-hati. Maaf tentang lengan kamu. 323 00:17:55,951 --> 00:17:58,745 Keluar. Okey. Kamu buat apa tadi? 324 00:17:59,454 --> 00:18:02,374 - Apa maksud kamu? - Cuba memalukan saya depan semua? 325 00:18:02,457 --> 00:18:05,001 Mentua saya nampak kemaluan saya pada pertemuan pertama. 326 00:18:05,085 --> 00:18:06,503 Saya tak boleh dimalukan. 327 00:18:06,586 --> 00:18:08,213 Namun, kamu boleh diajar. 328 00:18:11,383 --> 00:18:13,885 Saya sangka kita dah boleh bekerjasama 329 00:18:13,969 --> 00:18:18,056 tapi apabila Taneth ada di sini, kamu bersikap macam Brianna. 330 00:18:18,140 --> 00:18:22,644 Saya hanya memalukan kamu petang ini selepas kamu malukan saya. 331 00:18:22,727 --> 00:18:24,187 Kamu tak tahu apa itu petang. 332 00:18:24,271 --> 00:18:26,815 Bos boleh tentukan bila waktu petang. 333 00:18:26,898 --> 00:18:28,650 Saya tahu, sebab saya pernah jadi bos 334 00:18:28,733 --> 00:18:30,735 sebelum menolak kenaikan pangkat demi cinta 335 00:18:30,819 --> 00:18:32,904 dan kamu rampas syarikat daripada saya. 336 00:18:32,988 --> 00:18:35,115 Kasihan, Brianna, 337 00:18:35,740 --> 00:18:38,994 marah sebab saya ambil jawatan yang kamu tak nak 338 00:18:39,077 --> 00:18:41,037 di syarikat yang mak beri kepada kamu. 339 00:18:42,747 --> 00:18:45,000 Tahu kenapa dia berikan kepada saya? 340 00:18:45,876 --> 00:18:48,795 Sebab dia tahu saya lebih bagus daripada kamu. 341 00:18:50,922 --> 00:18:52,007 Memang betul. 342 00:18:53,049 --> 00:18:54,384 Jangan pergi! 343 00:19:00,807 --> 00:19:02,392 Jangan. Brianna! 344 00:19:02,475 --> 00:19:03,727 Jangan! 345 00:19:04,603 --> 00:19:05,979 Punggung bertulang! 346 00:19:06,855 --> 00:19:10,400 Apa yang kamu berdua buat? 347 00:19:13,278 --> 00:19:15,739 Hei. Kita bercakap tentang saham? 348 00:19:15,822 --> 00:19:19,492 Kami mengenang kembali kegagalan terbesar kami. 349 00:19:19,576 --> 00:19:22,204 Ia menyalahi undang-undang? 350 00:19:22,287 --> 00:19:24,080 Kami cuba jual susu kepada orang Cina. 351 00:19:24,164 --> 00:19:25,999 Kamu bercakap dengan dua orang 352 00:19:26,082 --> 00:19:29,419 yang cipta Syarikat Susu Americo-Chinese. 353 00:19:29,502 --> 00:19:31,087 Kegagalan besar. 354 00:19:31,171 --> 00:19:33,048 - Namun, nama yang menarik. - Ya. 355 00:19:33,131 --> 00:19:37,719 Entah-entah kamu dapat balik duit kamu dalam masa sehari dengan ComTeq. 356 00:19:38,261 --> 00:19:39,387 Cakaplah. 357 00:19:39,471 --> 00:19:41,723 Ingatkan saya, kenapa kita jual susu? 358 00:19:41,806 --> 00:19:43,934 Kamu kata presiden China kata 359 00:19:44,017 --> 00:19:46,978 setiap budak perlu minum segelas susu setiap hari. 360 00:19:47,062 --> 00:19:48,980 - Kamu kata takkan rugi. - Rugi. 361 00:19:49,064 --> 00:19:50,607 Rupa-rupanya, 362 00:19:50,690 --> 00:19:53,985 apabila satu bilion gelen susu rosak, kita rugi besar. 363 00:19:54,069 --> 00:19:57,322 Saya tahu kenapa saya buat, tapi kenapa kamu ikut? 364 00:19:57,405 --> 00:19:59,407 Sebab saya nak bersama kamu. 365 00:19:59,491 --> 00:20:00,951 Tak kisahlah apa kita buat. 366 00:20:01,034 --> 00:20:04,079 Yang penting, kita buat bersama-sama. 367 00:20:04,621 --> 00:20:05,914 Kamu kawan yang baik. 368 00:20:07,123 --> 00:20:08,667 Dia kawan yang baik. 369 00:20:08,750 --> 00:20:10,460 Saya kawan yang baik. 370 00:20:12,003 --> 00:20:13,797 Saya pernah khianati kawan. 371 00:20:13,880 --> 00:20:14,714 Siapa? 372 00:20:16,675 --> 00:20:18,885 Perkara paling teruk yang saya pernah buat. 373 00:20:19,928 --> 00:20:21,179 Joe, baik kamu pergi. 374 00:20:21,263 --> 00:20:24,474 Boleh suruh orang kamu hubungi saya? 375 00:20:24,557 --> 00:20:26,851 - Apa yang berlaku? - Saya suka kamu datang. Pergi. 376 00:20:26,935 --> 00:20:28,436 Kamu mesti pergi. 377 00:20:28,520 --> 00:20:30,730 Saya baru nak cerita tentang ComTeq. 378 00:20:30,814 --> 00:20:32,232 Pergi! 379 00:20:34,317 --> 00:20:36,861 Saya tak percaya Daytona buat begini. 380 00:20:36,945 --> 00:20:39,614 Persoalannya, apa kita nak buat sekarang? 381 00:20:39,698 --> 00:20:43,201 Kita makan flan, berbual. 382 00:20:43,285 --> 00:20:46,705 Apabila mereka pergi, kita telefon polis. 383 00:20:46,788 --> 00:20:49,666 Kita perlu berterus-terang dengan dia sekarang. 384 00:20:49,749 --> 00:20:51,793 Saya tak nak buat begitu. 385 00:20:51,876 --> 00:20:55,088 Dia rompak kita. Dia penjenayah. 386 00:20:55,171 --> 00:20:56,881 Tahap IQ dia sangat rendah. 387 00:20:56,965 --> 00:21:00,802 Kamu risau Peter akan marah kamu 388 00:21:00,885 --> 00:21:03,054 dan tak beri kamu watak Sky Masterson. 389 00:21:03,138 --> 00:21:05,390 Saya tak pernah terfikir 390 00:21:05,473 --> 00:21:08,059 Sky Masterson ialah watak terhebat 391 00:21:08,143 --> 00:21:12,772 dalam teater muzikal dan saya dah lama nantikan saat ini. 392 00:21:12,856 --> 00:21:13,898 Dah mula lagi. 393 00:21:13,982 --> 00:21:17,027 Robert fikir tentang Robert dan bukan tentang Sol. 394 00:21:17,110 --> 00:21:20,196 Saya tak suka kamu bercakap dalam kata ganti diri ketiga. 395 00:21:20,280 --> 00:21:21,239 Sol tahu. 396 00:21:21,781 --> 00:21:28,079 Sebab Robert tak nak buat apa-apa, Sol akan buat. 397 00:21:28,163 --> 00:21:32,292 Dia mungkin tak berdiri di atas pentas depan orang ramai, 398 00:21:32,375 --> 00:21:34,669 tapi dia akan tegakkan keadilan. 399 00:21:38,006 --> 00:21:38,882 Peter. 400 00:21:39,758 --> 00:21:41,468 Saya nak cakap sesuatu. 401 00:21:41,551 --> 00:21:42,385 Apa? 402 00:21:43,053 --> 00:21:45,305 - Kamu takkan suka… - Tunggu! 403 00:21:46,723 --> 00:21:48,933 Serahkan rakun ini kepada saya. 404 00:21:50,685 --> 00:21:52,103 Maaf, Peter 405 00:21:52,187 --> 00:21:54,731 tapi teman lelaki kamu tak seperti yang dia katakan. 406 00:21:54,814 --> 00:21:57,233 Pertama sekali, dia bukan dungu. 407 00:21:59,110 --> 00:22:00,612 Dia menghadapi kesukaran. 408 00:22:00,695 --> 00:22:02,739 Tak, dia pencuri. 409 00:22:02,822 --> 00:22:05,909 Dia ambil kunci kami daripada kamu, kami mahukannya balik 410 00:22:05,992 --> 00:22:07,994 dan dia masuk ke sini semasa kami tidur. 411 00:22:08,078 --> 00:22:10,330 - Kamu rasa dari mana dia dapat jam itu? - Apa? 412 00:22:10,413 --> 00:22:12,248 Robert, adakah kamu berlakon? 413 00:22:12,332 --> 00:22:14,751 Sebab ini keterlaluan. 414 00:22:14,834 --> 00:22:17,712 Stevie saja yang berlakon di sini. 415 00:22:17,796 --> 00:22:20,048 Dia perdayakan kamu sebab kamu baik. 416 00:22:20,131 --> 00:22:21,508 Mustahil. 417 00:22:21,591 --> 00:22:24,219 Saya bukan baik. Semua orang tahu. 418 00:22:24,302 --> 00:22:27,889 Kenapa saya nak datang ke sini memakai jam yang saya curi? 419 00:22:27,972 --> 00:22:29,474 Saya nampak dungu? 420 00:22:29,557 --> 00:22:30,392 Tak. 421 00:22:31,976 --> 00:22:33,436 Kamu nampak kacak. 422 00:22:33,520 --> 00:22:35,230 Itu saja yang saya peduli. 423 00:22:35,313 --> 00:22:37,524 Dia boleh bersama sesiapa saja. 424 00:22:37,607 --> 00:22:39,150 Kenapa pula dia bersama kamu? 425 00:22:46,574 --> 00:22:48,201 Oh Tuhan. Adakah saya… 426 00:22:48,910 --> 00:22:50,912 Mata saya berair. 427 00:22:50,995 --> 00:22:52,789 - Peter! - Jangan cakap dengan saya. 428 00:22:53,415 --> 00:22:55,166 Jangan pandang saya. 429 00:23:01,089 --> 00:23:03,133 Tunggu! Peter, maafkan saya. 430 00:23:03,216 --> 00:23:05,593 Saya tak patut cakap begitu 431 00:23:05,677 --> 00:23:08,263 tapi kami perlu cakap sesuatu tentang jam itu. Betul tak? 432 00:23:08,346 --> 00:23:11,808 Ya, dia pakai jam tangan saya dan jam tangan saya hilang. 433 00:23:11,891 --> 00:23:14,519 Saya selalu simpan dalam mangkuk ini. 434 00:23:14,602 --> 00:23:17,981 Kadangkala, saya simpan dalam laci ini… 435 00:23:19,983 --> 00:23:21,359 yang… 436 00:23:22,068 --> 00:23:23,361 ada di tempatnya. 437 00:23:24,320 --> 00:23:27,532 Stevie, kamu mempunyai cita rasa yang tinggi. 438 00:23:31,119 --> 00:23:33,788 Ladu ini adalah saham. 439 00:23:35,331 --> 00:23:37,834 Saya saja yang tahu ia akan rosak. 440 00:23:37,917 --> 00:23:40,086 Jadi, saya jual pada harga penuh. 441 00:23:41,129 --> 00:23:43,173 - Bagus. - Tak bagus. 442 00:23:43,256 --> 00:23:45,133 Saya tak sepatutnya tahu ia akan rosak. 443 00:23:45,216 --> 00:23:47,886 Ladu takkan rosak. 444 00:23:47,969 --> 00:23:49,179 Kelas dah tamat. 445 00:23:49,262 --> 00:23:52,223 Kita akan cuba lagi esok dengan kebab. 446 00:23:56,853 --> 00:23:59,397 Kawan baik kamu belum telefon saya lagi. 447 00:23:59,481 --> 00:24:00,607 Dia melarikan diri. 448 00:24:00,690 --> 00:24:02,901 Apabila dia tahu cara guna telefon pakai buang, 449 00:24:02,984 --> 00:24:04,569 dia akan hubungi kamu. 450 00:24:07,280 --> 00:24:08,281 Hei, Patty. 451 00:24:08,823 --> 00:24:10,033 Hai, Nick. 452 00:24:10,909 --> 00:24:15,747 Adelaide, bukankah sudah lewat untuk tetamu lelaki? 453 00:24:15,830 --> 00:24:18,541 Tak. Masih awal, sayang. 454 00:24:19,083 --> 00:24:21,294 Kamu tak perlu buat begitu lagi. 455 00:24:21,920 --> 00:24:22,795 Apa? 456 00:24:22,879 --> 00:24:27,050 Kamu tak perlu buat begitu lagi. 457 00:24:27,133 --> 00:24:29,636 Apa yang berlaku di sini? 458 00:24:29,719 --> 00:24:31,221 Saya akan berterus terang. 459 00:24:31,304 --> 00:24:34,807 Grace tak perlukan saya. Dia yang jaga saya. 460 00:24:34,891 --> 00:24:36,059 Saya tak faham. 461 00:24:36,142 --> 00:24:38,478 Kami berlakon saja supaya saya ditahan di rumah. 462 00:24:38,561 --> 00:24:40,480 Nick, apa yang kamu buat? 463 00:24:41,481 --> 00:24:43,358 Saya terhutang budi sebab lepaskan Joe. 464 00:24:43,441 --> 00:24:45,860 Lagipun, kamu betul. Masa untuk teruskan hidup. 465 00:24:46,486 --> 00:24:49,739 Saya juga dengar penjara kawalan minimum yang baru 466 00:24:49,822 --> 00:24:52,367 ada bilik mandi wap, jadi, sama-sama untung. 467 00:24:52,450 --> 00:24:55,870 Tak, mereka cuma keluarkan penyaman udara dari gim. 468 00:24:57,080 --> 00:24:57,997 Okey. 469 00:24:59,290 --> 00:25:01,000 Bawa saya pergi, Patty. 470 00:25:01,084 --> 00:25:03,670 Nick, terima kasih. 471 00:25:07,257 --> 00:25:10,510 Kecuali kamu belum boleh pergi. 472 00:25:10,593 --> 00:25:13,096 Saya tak boleh bawa penjenayah dalam Fiat saya. 473 00:25:13,179 --> 00:25:17,392 Ada banyak dokumen dan birokrasi. Sekurang-kurangnya seminggu. 474 00:25:20,061 --> 00:25:23,856 Apa yang saya perlu buat untuk pergi dengan dramatik? 475 00:25:23,940 --> 00:25:27,026 Patty, kalau kamu lama di sini, 476 00:25:27,110 --> 00:25:30,363 kamu nak beli ladu? Tak sedap. 477 00:25:30,989 --> 00:25:32,282 Tak. 478 00:25:32,907 --> 00:25:34,993 Perdagangan orang dalam macam susah. 479 00:25:35,535 --> 00:25:37,203 Tak susah sebenarnya. 480 00:26:26,169 --> 00:26:28,671 Terjemahan sari kata oleh Irda Eddie