1 00:00:06,040 --> 00:00:09,960 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:13,880 --> 00:00:17,480 Akhirnya, dari London dengan tajuk "Tiada siapa selamat lagi?" 3 00:00:17,560 --> 00:00:21,880 huru-hara berpunca daripada lelaki yang menghadap Ratu Elizabeth, 4 00:00:21,960 --> 00:00:23,480 tak diundang dan secara mengejut 5 00:00:23,560 --> 00:00:25,920 di bilik tidur ratu pada tengah malam. 6 00:00:26,000 --> 00:00:30,680 Lelaki itu luka akibat tingkap pecah dan tinggalkan kesan darah di katil ratu. 7 00:00:30,760 --> 00:00:33,400 Penceroboh semalam berjaya menembusi 8 00:00:33,480 --> 00:00:36,240 sistem penggera elektronik yang terperinci, 9 00:00:36,320 --> 00:00:39,040 serta pengawal dan polis istana. 10 00:00:39,120 --> 00:00:41,480 Dia Michael Fagan, berusia 30 tahun. 11 00:00:42,080 --> 00:00:44,880 Siasatan polis menunjukkan Fagan memanjat pagar 12 00:00:44,960 --> 00:00:47,880 ke kawasan Istana seluas 51 ekar pada waktu malam. 13 00:00:47,960 --> 00:00:49,680 Dia dilaporkan memanjat saluran air 14 00:00:49,760 --> 00:00:51,720 dan masuk istana melalui tingkap. 15 00:00:51,800 --> 00:00:53,960 …dan terus ke bilik tidur ratu 16 00:00:54,040 --> 00:00:55,360 di tingkat satu. 17 00:00:55,440 --> 00:00:59,040 Selama sepuluh minit, dia duduk bercakap 6 kaki dari ratu 18 00:00:59,640 --> 00:01:01,280 dan meminta sebatang rokok. 19 00:01:01,360 --> 00:01:05,040 Menurut ibunya, dia bercakap tentang kekasih bernama Elizabeth 20 00:01:05,120 --> 00:01:06,600 yang tinggal di SW1. 21 00:01:06,680 --> 00:01:09,120 Kejadian itu mengejutkan Britain dan kini, 22 00:01:09,200 --> 00:01:11,640 Scotland Yard menyiasat keselamatan keluarga diraja. 23 00:01:11,720 --> 00:01:15,440 Pn. Thatcher segera pulang ke Dewan Rakyat hari ini 24 00:01:15,520 --> 00:01:17,520 sebelum penyataan setiausaha istana dibuat. 25 00:01:17,600 --> 00:01:20,160 Istana kagum dengan cara 26 00:01:20,240 --> 00:01:23,400 baginda bertindak balas terhadap hal yang berlaku. 27 00:01:23,480 --> 00:01:27,520 Baginda terus menjalankan tugasnya seperti tidak terganggu, 28 00:01:27,600 --> 00:01:32,520 walaupun dengan ancaman yang dibawa oleh penceroboh itu. 29 00:01:33,080 --> 00:01:36,560 Kejadian itu menjadi tanda tanya pengulas diraja. 30 00:01:37,160 --> 00:01:38,720 "Bagaimana dia masuk, 31 00:01:39,240 --> 00:01:41,200 dan perkara yang dibualkan?" 32 00:03:00,880 --> 00:03:04,840 Pn. Thatcher mengatakan kerajaannya ada agenda politik jelas 33 00:03:04,920 --> 00:03:06,360 untuk masa depan 34 00:03:06,440 --> 00:03:09,520 bagi melengkapkan transformasi Britain. 35 00:03:09,600 --> 00:03:14,120 Saya mengatakan latar belakang itu, asal awak, tidak penting 36 00:03:14,200 --> 00:03:17,760 kerana jika awak dapat buktikan diri awak terhadap ekonomi, 37 00:03:17,840 --> 00:03:19,200 jika boleh menyumbang, 38 00:03:19,280 --> 00:03:23,000 dan meningkatkan kesejahteraan awak demi kebaikan orang lain… 39 00:03:23,080 --> 00:03:26,440 Celaka! 40 00:03:26,520 --> 00:03:28,480 …orang yang mencipta pekerjaan, 41 00:03:28,560 --> 00:03:30,040 orang yang berjaya, 42 00:03:30,120 --> 00:03:33,400 orang yang bertekad untuk maju. 43 00:03:38,280 --> 00:03:41,880 Matlamat Perdana Menteri adalah menghidupkan kembali bangsa… 44 00:03:48,120 --> 00:03:50,120 Lebih banyak berita selepas ini. 45 00:04:10,000 --> 00:04:11,280 - Baik, kawan? - Baik? 46 00:04:27,160 --> 00:04:28,080 Pagi. 47 00:04:43,040 --> 00:04:46,520 Awal hari ini, nahas kapal Argentina, General Belgrano 48 00:04:46,600 --> 00:04:50,200 dan laporan awal tentang kemungkinan 1,000 korban jiwa 49 00:04:50,280 --> 00:04:54,560 menyebabkan kejatuhan jumlah sokongan antarabangsa terhadap Britain. 50 00:04:54,640 --> 00:04:56,200 - Seterusnya. - Seterusnya. 51 00:04:57,560 --> 00:04:58,960 - Saya lagi. - Nama? 52 00:04:59,040 --> 00:05:00,040 Michael Fagan. 53 00:05:00,120 --> 00:05:01,920 Ada kerja dua minggu lalu? 54 00:05:02,640 --> 00:05:06,560 Setiap dua minggu, saya ke sini, dan awak tanya soalan sama. 55 00:05:07,040 --> 00:05:09,160 Ada kerja dua minggu lalu? 56 00:05:10,000 --> 00:05:11,800 Saya pengerusi Jawatankuasa Olimpik, 57 00:05:11,880 --> 00:05:16,720 kemudian menjadi setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 58 00:05:17,920 --> 00:05:18,760 Seterusnya. 59 00:05:20,960 --> 00:05:22,920 Awak ada kerja dua minggu lalu? 60 00:05:23,000 --> 00:05:24,960 Bagaimana nak hidup? Udara segar? 61 00:05:41,680 --> 00:05:44,040 - Baiklah, jaga diri. - Jumpa nanti. 62 00:05:48,400 --> 00:05:49,240 Bill! 63 00:05:50,000 --> 00:05:51,560 Helo, kawan. Apa khabar? 64 00:05:52,160 --> 00:05:54,080 - Baik. Awak? - Ya, boleh tahan. 65 00:05:54,160 --> 00:05:56,800 Ya. Awak masih ada… 66 00:05:58,080 --> 00:06:00,400 apa namanya, kerja tunai? 67 00:06:00,480 --> 00:06:02,640 Ya. Cari kerja? 68 00:06:02,720 --> 00:06:04,760 Apa-apa saja boleh. 69 00:06:06,960 --> 00:06:08,160 Ini berus siapa? 70 00:06:08,760 --> 00:06:10,960 - Semua orang. Guna saja. - Ini dia! 71 00:06:11,040 --> 00:06:14,920 Baik, semua. Lekas siapkan. Cepat siap, cepat kita ke pub. 72 00:06:15,000 --> 00:06:15,920 Minum. 73 00:06:16,000 --> 00:06:21,080 Dua puluh lapan kuning air… 74 00:06:23,200 --> 00:06:24,760 Seperti hidup saya. 75 00:06:46,160 --> 00:06:47,960 Saya mahu segelas wain putih. 76 00:06:48,440 --> 00:06:50,080 - Helo! - Helo, apa khabar? 77 00:06:50,160 --> 00:06:51,160 Awak nak apa? 78 00:06:52,560 --> 00:06:53,600 Apa masalahnya? 79 00:06:55,720 --> 00:06:56,920 Michael ada di sini. 80 00:06:57,920 --> 00:06:58,760 Di mana? 81 00:06:59,800 --> 00:07:00,720 Tunggu di sini. 82 00:07:07,760 --> 00:07:10,000 Apa awak buat? Saya dah cakap jangan datang sini. 83 00:07:10,080 --> 00:07:12,960 - Saya nak cakap hal flat. - Bukan malam ini, Michael. 84 00:07:15,040 --> 00:07:16,120 Anak-anak sihat? 85 00:07:16,720 --> 00:07:18,240 Mereka baik saja. Pergi. 86 00:07:22,920 --> 00:07:23,880 Siapa si bodoh itu? 87 00:07:23,960 --> 00:07:25,240 - Jangan biadab. - Siapa dia? 88 00:07:25,320 --> 00:07:28,320 Seseorang yang bekerja dan menjaga anak awak. 89 00:07:28,400 --> 00:07:30,240 - Pergi. - Dia memang si bodoh. 90 00:07:30,360 --> 00:07:31,440 Awak memang bodoh! 91 00:07:31,520 --> 00:07:33,320 - Jangan cari gaduh. - Nak gaduh? 92 00:07:33,400 --> 00:07:34,680 - Ya! - Ya? 93 00:07:34,760 --> 00:07:36,160 Tiada masa untuk awak. 94 00:07:36,240 --> 00:07:38,360 Mungkin awak pengecut! 95 00:07:38,440 --> 00:07:40,000 Diam! 96 00:07:40,080 --> 00:07:42,200 Saya bukan pengecut. 97 00:07:42,280 --> 00:07:45,680 Untuk pengetahuan awak, dia tahu segalanya tentang saya. 98 00:07:45,760 --> 00:07:47,640 Cukuplah, boleh tak? 99 00:07:47,720 --> 00:07:48,760 Tunjuklah! 100 00:07:48,840 --> 00:07:51,840 - Tunjuklah! - Tunjukkan saja! 101 00:07:54,000 --> 00:07:56,000 Tunjuklah! 102 00:07:56,080 --> 00:07:58,080 Tunggu! Michael, pergilah, boleh? 103 00:07:58,160 --> 00:08:00,160 Siapa yang jaga anak awak? 104 00:08:00,240 --> 00:08:01,880 - Lelaki bodoh! - Cukup! 105 00:08:01,960 --> 00:08:03,080 Tunjuklah! 106 00:08:31,640 --> 00:08:32,880 Perdana Menteri. 107 00:08:37,120 --> 00:08:39,680 Patik gembira mengatakan 108 00:08:39,760 --> 00:08:43,920 selepas penangkapan semula South Georgia minggu lalu, 109 00:08:44,000 --> 00:08:47,800 pasukan kita kini telah meningkatkan operasi. 110 00:08:47,880 --> 00:08:51,200 Vulcan RAF dan pesawat sokongan iringan 111 00:08:51,280 --> 00:08:54,880 telah berjaya menjalankan serangan bom berdekatan ibu negara. 112 00:08:54,960 --> 00:08:55,800 Korban nyawa? 113 00:08:55,880 --> 00:08:56,720 Tiada. 114 00:08:56,800 --> 00:08:59,760 Pasukan musuh cuba menyerang balas, 115 00:08:59,840 --> 00:09:02,840 tetapi satu Canberra Argentina dan satu Mirage 116 00:09:02,920 --> 00:09:06,120 berjaya ditembak jatuh oleh Harrier kita. 117 00:09:07,000 --> 00:09:12,040 Patik rasa kita boleh yakin yang situasi telah berubah, 118 00:09:12,960 --> 00:09:18,440 dan pengambilan semula Kepulauan Falkland berada dalam jangkauan. 119 00:09:20,040 --> 00:09:22,120 Perdana Menteri menghadap hari ini. 120 00:09:22,200 --> 00:09:24,920 - Saya harap awak beri layanan istimewa. - Kenapa? 121 00:09:25,000 --> 00:09:27,160 Semua orang menentang serangan Falklands, 122 00:09:27,240 --> 00:09:30,440 tapi dia yakin dan kini, kita mungkin menang. 123 00:09:30,920 --> 00:09:31,800 Kemenangannya. 124 00:09:32,480 --> 00:09:35,760 Dia melakukan sesuatu yang kita harapkan selama ini. 125 00:09:35,840 --> 00:09:36,800 Iaitu? 126 00:09:36,880 --> 00:09:39,200 Memimpin negara ini dengan tegas 127 00:09:39,280 --> 00:09:42,440 setelah bertahun-tahun tidak cekap dan salah urus. 128 00:09:45,640 --> 00:09:47,960 Dia sebut isu keselamatan istana lagi, 129 00:09:48,040 --> 00:09:50,120 - yang buat saya marah. - Kenapa? 130 00:09:50,320 --> 00:09:52,360 Awak mahu tembok yang lebih tinggi 131 00:09:52,440 --> 00:09:54,760 atau orang berdiri jauh semasa upacara? 132 00:09:57,360 --> 00:09:59,520 Saya gembira bertemu orang awam 133 00:09:59,600 --> 00:10:01,680 dan belajar banyak daripada mereka. 134 00:10:02,080 --> 00:10:04,640 Awak ingat ajaran Lord Altrincham. 135 00:10:05,600 --> 00:10:09,000 Dua puluh lima tahun yang lalu, kita disuruh lebih telus. 136 00:10:09,080 --> 00:10:10,120 Mudah didekati. 137 00:10:10,200 --> 00:10:11,480 Menurunkan jambatan. 138 00:10:12,840 --> 00:10:15,240 Rasanya salah menariknya kembali. 139 00:10:22,800 --> 00:10:24,800 Baik. Sarung tangan. 140 00:10:25,960 --> 00:10:27,320 Kami kenal pasti dan sediakan 141 00:10:27,400 --> 00:10:30,640 beberapa orang awam yang sesuai untuk tuanku temui. 142 00:10:30,720 --> 00:10:33,480 Tetapi tiada soalan, tiada perbualan sebenar? 143 00:10:33,560 --> 00:10:36,120 - Tidak, tuanku. - Baik, ayuh selesaikan semua ini. 144 00:10:46,800 --> 00:10:48,800 Ini pasangan Barrowclough, tuanku. 145 00:10:48,880 --> 00:10:50,560 - Helo. - Tuanku. 146 00:10:50,640 --> 00:10:52,840 - Pekerjaan? - Pegawai kesihatan dan keselamatan. 147 00:10:55,000 --> 00:10:58,120 - Beta harap tiada masalah hari ini. - Tiada langsung. 148 00:10:59,160 --> 00:11:00,400 Awak di rumah Khamis ini? 149 00:11:00,480 --> 00:11:03,400 Pn. Wallace, naib presiden Institut Wanita… 150 00:11:04,160 --> 00:11:06,200 Helo. Masih ada masa membuat kek? 151 00:11:06,280 --> 00:11:07,440 Ya! 152 00:11:14,880 --> 00:11:17,080 Saya dibesarkan oleh nenek Victoria. 153 00:11:17,160 --> 00:11:19,280 Kami diajar bekerja keras. 154 00:11:19,360 --> 00:11:23,600 Awak diajar untuk memperbaiki diri. Awak diajar berdikari. 155 00:11:25,000 --> 00:11:26,000 Seterusnya. 156 00:11:26,480 --> 00:11:29,040 Awak diajar kebersihan itu kesalihan. 157 00:11:29,560 --> 00:11:31,000 - Saya lagi. - Nama? 158 00:11:31,480 --> 00:11:32,480 Bond. James Bond. 159 00:11:33,400 --> 00:11:35,160 Ada kerja dua minggu lalu? 160 00:11:35,640 --> 00:11:37,480 Ejen pengintipan antarabangsa. 161 00:11:37,560 --> 00:11:40,520 Perisikan. Risik Balas. Pembunuhan. 162 00:11:44,160 --> 00:11:45,000 Bodoh. 163 00:11:45,920 --> 00:11:47,920 Saya ada soalan. Siapa bos awak? 164 00:11:48,000 --> 00:11:49,240 Saya nak buat aduan. 165 00:11:49,320 --> 00:11:53,240 Jika awak rasa dilayan secara tak adil, beritahu ahli Parlimen awak 166 00:11:53,320 --> 00:11:55,760 yang akan suruh awak tanya Ombudsman Parlimen. 167 00:12:00,240 --> 00:12:02,200 Awaklah yang bodoh. 168 00:12:03,320 --> 00:12:04,200 KAUNTER TUTUP 169 00:12:04,280 --> 00:12:05,160 Seterusnya! 170 00:12:07,040 --> 00:12:11,160 Semasa awak dalam proses mengubah ekonomi 171 00:12:11,240 --> 00:12:14,440 salah satu kesannya ialah pengangguran yang banyak 172 00:12:14,520 --> 00:12:16,280 dan semakin meningkat. 173 00:12:16,360 --> 00:12:19,080 Tidak… Boleh saya jelaskan? 174 00:12:19,160 --> 00:12:21,840 Ia seperti jururawat yang menjaga pesakit. 175 00:12:22,320 --> 00:12:26,800 - Siapa jururawat yang lebih baik? - Jururawat yang sentiasa bersimpati, 176 00:12:26,880 --> 00:12:28,760 "Tak apa-apa, sayang." 177 00:12:28,840 --> 00:12:31,520 " Baringlah. Saya akan bawakan hidangan." 178 00:12:31,600 --> 00:12:36,200 " Saya akan bawa surat khabar. Baringlah." "Saya akan jaga awak?" 179 00:12:36,280 --> 00:12:42,040 Atau jururawat yang kata, "Sudahlah." "Saya tahu awak dibedah semalam." 180 00:12:42,120 --> 00:12:44,720 "Masa untuk bertatih perlahan-lahan." 181 00:12:44,800 --> 00:12:46,640 "Betul, sayang. Betul." 182 00:12:46,720 --> 00:12:49,040 "Sekarang rehat dan sambung lagi esok?" 183 00:12:49,640 --> 00:12:51,440 Yang mana satu lebih baik. 184 00:12:51,520 --> 00:12:54,120 Saya tahu yang mana satu seperti awak, Pn. Thatcher! 185 00:13:17,000 --> 00:13:18,400 Apa saya boleh bantu… 186 00:13:19,000 --> 00:13:19,920 En. Fagan? 187 00:13:20,600 --> 00:13:22,920 Saya mahu cakap mengadu tentang sistem. 188 00:13:23,400 --> 00:13:24,440 Sistem yang mana? 189 00:13:24,520 --> 00:13:25,680 Sistem Britain. 190 00:13:27,360 --> 00:13:29,720 Kenapa dengan sistem ini? 191 00:13:30,760 --> 00:13:33,800 Ini tidak adil dan memalukan. 192 00:13:34,640 --> 00:13:38,560 Dikatakan di sini awak tidak bekerja. Apa yang selalunya awak buat? 193 00:13:39,240 --> 00:13:42,920 Saya penghias pelukis, tetapi tidak banyak kerja baru-baru ini. 194 00:13:43,000 --> 00:13:46,720 Mungkin kerana selain melabur dalam rumah baharu, 195 00:13:46,800 --> 00:13:48,880 yang boleh dicat dan dihias, 196 00:13:48,960 --> 00:13:53,160 wanita syaitan ini menghabiskan semuanya untuk perang yang tidak perlu. 197 00:13:53,240 --> 00:13:55,520 Saya menyokong perang itu. 198 00:13:55,600 --> 00:13:57,560 Awak tahu belanjanya? 199 00:13:57,640 --> 00:14:00,840 Saya tahu. Kerajaan telah mengeluarkan angka tersebut. 200 00:14:00,920 --> 00:14:04,960 Mengapa awak membelanjakan lebih daripada tiga bilion paun 201 00:14:05,040 --> 00:14:07,920 dalam perang melawan orang asing 202 00:14:08,000 --> 00:14:10,200 berbanding menjaga keluarga sendiri? 203 00:14:10,280 --> 00:14:14,880 Kerana pencerobohan Kepulauan Falkland ialah tindakan haram oleh kuasa asing, 204 00:14:14,960 --> 00:14:18,840 kerana Jeneral Galtieri ialah penjenayah dan seorang fasis, 205 00:14:18,920 --> 00:14:21,920 dan kerana penduduk Kepulauan Falkland ialah warga British 206 00:14:22,000 --> 00:14:24,160 tinggal di wilayah British yang berdaulat. 207 00:14:24,240 --> 00:14:28,160 Tapi terima kasih atas pemerhatian awak, saya akan ambil perhatian. 208 00:14:28,240 --> 00:14:30,600 - Awak takkan buat. - Ya, saya akan buat. 209 00:14:30,680 --> 00:14:32,120 Awak takkan buat. 210 00:14:38,560 --> 00:14:40,680 Baik, En. Fagan. 211 00:14:40,760 --> 00:14:42,760 Perlukah letak gambarnya di sini? 212 00:14:42,840 --> 00:14:45,360 Ia rasa seperti berada di Turki atau Iraq. 213 00:14:45,440 --> 00:14:46,560 Dia bos saya. 214 00:14:46,640 --> 00:14:49,080 - Saya bos awak. Saya pengundi. - Awak memilih saya? 215 00:14:49,160 --> 00:14:51,000 Biar betul! 216 00:14:51,080 --> 00:14:53,760 Maaf jika saya tak anggap awak sebagai bos. 217 00:14:53,840 --> 00:14:56,520 Margaret Thatcher ialah pemimpin Parti Konservatif, 218 00:14:56,600 --> 00:14:57,840 parti saya, 219 00:14:57,920 --> 00:15:00,000 jadi saya menganggap dia bos saya. 220 00:15:00,080 --> 00:15:01,280 Awak meminatinya? 221 00:15:01,400 --> 00:15:03,640 - Apa? - Fikir aksi lucah? Mesti ada. 222 00:15:03,720 --> 00:15:05,560 Ini saja pertemuan kita. 223 00:15:06,240 --> 00:15:07,360 Saya belum selesai. 224 00:15:09,080 --> 00:15:11,680 Jika awak mahu buat bantahan, 225 00:15:11,760 --> 00:15:14,680 buat melalui peti undi atau dengan tenang luar, 226 00:15:14,760 --> 00:15:17,320 menurut hak awak dalam demokrasi bertamadun. 227 00:15:17,400 --> 00:15:20,440 Dengan siapa saya boleh mengadu tentangnya? 228 00:15:21,120 --> 00:15:22,480 Pemimpin pembangkang. 229 00:15:22,560 --> 00:15:26,680 Dia boleh kemukakan soalan kepadanya di Dewan Rakyat dua kali seminggu. 230 00:15:26,760 --> 00:15:28,760 Jika gagal, ratu. 231 00:15:28,840 --> 00:15:31,680 Ratu bertemu Perdana Menteri setiap hari Selasa. 232 00:15:31,760 --> 00:15:34,600 Awak tanyalah baginda di Istana Buckingham. 233 00:15:38,680 --> 00:15:39,920 Pengawal! 234 00:15:40,920 --> 00:15:42,200 Dari kiri, 235 00:15:42,280 --> 00:15:43,840 cepat jalan! 236 00:15:43,920 --> 00:15:48,360 Kiri, kanan… 237 00:16:01,640 --> 00:16:05,000 Baginda Ratu menerima tabik hormat, 238 00:16:05,080 --> 00:16:08,520 saat penting dalam Perbarisan Hari Lahir tahunan ratu. 239 00:16:15,560 --> 00:16:18,240 Ketika anggota Isi Rumah membawa bendera warna, 240 00:16:18,400 --> 00:16:21,640 penonton di rumah dan beberapa orang awam bertuah 241 00:16:21,720 --> 00:16:22,840 dijemput hadir, 242 00:16:22,920 --> 00:16:27,160 sebagai satu bangsa dalam meraikan acara yang menggembirakan ini. 243 00:16:29,240 --> 00:16:32,360 Saya dan setiap menteri dalam pemerintahan ini 244 00:16:32,440 --> 00:16:34,040 amat prihatin… 245 00:16:34,120 --> 00:16:37,240 Nombor 72. Tingkap 2. 246 00:16:39,400 --> 00:16:43,040 Permohonan pembayaran tunggal untuk penambahbaikan rumah? 247 00:16:43,120 --> 00:16:45,720 - Ya. - Boleh berikan maklumat lagi? 248 00:16:45,800 --> 00:16:48,360 Okey. Isteri saya dah tinggalkan saya. 249 00:16:49,000 --> 00:16:49,840 Baik. 250 00:16:50,360 --> 00:16:53,200 Saya ke Perkhidmatan Sosial untuk menjadi orang tengah, 251 00:16:53,280 --> 00:16:55,360 saya nak luangkan masa dengan anak saya. 252 00:16:55,440 --> 00:16:56,280 Baik. 253 00:16:58,120 --> 00:17:01,040 Mereka periksa flat dan kata ia perlu diperbaiki. 254 00:17:01,120 --> 00:17:03,560 Ada kerosakan air. Saya mahu membaikinya. 255 00:17:04,520 --> 00:17:06,040 Awak bukan penyewa utama. 256 00:17:07,200 --> 00:17:08,640 Isteri saya penyewanya, 257 00:17:08,720 --> 00:17:10,920 tapi dia dah tiada. Saya baru cakap. 258 00:17:12,120 --> 00:17:14,120 Awak mesti menjadi penyewa utama 259 00:17:14,200 --> 00:17:17,920 sebelum kami boleh mempertimbangkan bayaran ganti rugi. Dah tanya majlis? 260 00:17:19,560 --> 00:17:21,560 Tak. Mereka suruh saya tanya awak. 261 00:17:22,840 --> 00:17:26,160 Jika hal ini tak selesai, saya tak boleh jumpa anak saya. 262 00:17:28,440 --> 00:17:30,840 Awak mesti berurusan dengan majlis. 263 00:17:30,920 --> 00:17:34,320 …membayar hutang asing yang kita warisi. 264 00:23:44,040 --> 00:23:44,960 Hei! 265 00:23:50,320 --> 00:23:52,280 Cepat! Ada lelaki. 266 00:23:52,360 --> 00:23:54,120 - Penceroboh. - Apa? 267 00:23:54,200 --> 00:23:55,720 Dia di bilik tidur ratu. 268 00:23:55,800 --> 00:23:57,760 - Ayuh! Cepat! - Buka lampu. 269 00:23:57,840 --> 00:23:58,720 Okey. 270 00:23:59,400 --> 00:24:01,880 - Di mana dia dilihat? - Hujung sana. 271 00:24:02,360 --> 00:24:04,160 - Berpecah! - Periksa bilik tidur. 272 00:24:04,240 --> 00:24:06,880 - Periksa bawah katil. - Periksa tingkap. 273 00:24:06,960 --> 00:24:09,520 - Dia mesti pecah masuk. - Bilik air kosong. 274 00:24:10,400 --> 00:24:12,840 - Bilik tidur kosong. - Periksa bilik bersiap, cepat! 275 00:24:12,920 --> 00:24:15,120 - Tiada tanda. - Bilik bersiap kosong. 276 00:24:31,200 --> 00:24:32,920 Bukti menunjukkan lelaki itu, 277 00:24:33,000 --> 00:24:34,880 kita menganggap ia lelaki, 278 00:24:34,960 --> 00:24:38,400 masuk melalui selusur berhampiran Pintu Masuk Duta Besar, 279 00:24:38,480 --> 00:24:39,520 ke saluran paip 280 00:24:39,600 --> 00:24:42,080 dan masuk melalui tingkap ke pejabat Ketua Isi Rumah. 281 00:24:42,160 --> 00:24:45,320 Dari sana, dia menyusuri Galeri Timur, di sepanjang Galeri Salib, 282 00:24:45,400 --> 00:24:48,080 melalui Galeri Gambar ke bilik hadiah… 283 00:24:49,240 --> 00:24:50,960 di mana dia minum wain. 284 00:24:51,520 --> 00:24:52,400 Apa? 285 00:24:52,960 --> 00:24:55,560 Vache Johannisberg Riesling. 286 00:24:57,240 --> 00:24:58,600 Harganya enam paun. 287 00:25:00,080 --> 00:25:02,000 Dia juga pecahkan pasu bercorak, 288 00:25:02,560 --> 00:25:04,520 hadiah daripada presiden Guyana. 289 00:25:04,600 --> 00:25:06,440 Saya ingat pasu itu. 290 00:25:07,080 --> 00:25:09,200 Warna merah jambu yang mengerikan 291 00:25:09,760 --> 00:25:12,560 dengan cacing biru di sekelilingnya. 292 00:25:12,640 --> 00:25:15,880 Bukan cacing. Itu ialah tiga sungai utama Guyana. 293 00:25:16,440 --> 00:25:18,800 Essequibo, Berbice, dan Demerara. 294 00:25:20,800 --> 00:25:23,200 Dan itik yang pelik. 295 00:25:23,280 --> 00:25:25,920 - Burung nasional, burung Canje. - Benar. 296 00:25:26,000 --> 00:25:27,680 Kenapa dia tak dihalang? 297 00:25:27,760 --> 00:25:29,360 Tiada siapa ada jawapannya. 298 00:25:29,440 --> 00:25:32,440 Mungkin masa pencerobohan sekitar jam 9 malam, 299 00:25:32,520 --> 00:25:34,640 membantunya menyelinap masuk. 300 00:25:34,720 --> 00:25:40,360 Nampaknya beberapa sistem penggera istana tidak berfungsi 301 00:25:40,440 --> 00:25:43,720 dan tingkap di tingkat dua telah dibiarkan tak berkunci. 302 00:25:45,160 --> 00:25:46,440 Apa yang dia mahu? 303 00:25:46,520 --> 00:25:50,360 Tak tahu motif atau niatnya, tuan. Kita bertuah kerana 304 00:25:50,440 --> 00:25:53,040 Baginda Ratu berada di Windsor pada masa itu. 305 00:25:54,520 --> 00:25:58,440 Jika Jalan Downing mendengar hal ini, 306 00:25:59,080 --> 00:26:03,560 saya rasa kita mesti bersiap sedia untuk tinjauan keselamatan menyeluruh. 307 00:26:03,640 --> 00:26:06,400 Maksud awak Jalan Downing tidak tahu hal ini? 308 00:26:06,480 --> 00:26:07,600 Belum lagi, tuanku. 309 00:26:08,440 --> 00:26:11,680 Hal itu dirahsiakan oleh Polis Metropolitan Daerah A, 310 00:26:11,760 --> 00:26:15,200 tetapi masih belum disampaikan ke Kementerian Dalam Negeri. 311 00:26:15,280 --> 00:26:17,040 Mereka mesti tahu? 312 00:26:19,520 --> 00:26:20,440 Tak semestinya, 313 00:26:21,040 --> 00:26:23,280 jika kita boleh biarkan kecurian wain 314 00:26:23,360 --> 00:26:26,000 dan pasu Guyana yang pecah. 315 00:26:27,760 --> 00:26:30,240 Boleh kita anggap ia dah selesai? 316 00:26:30,920 --> 00:26:34,080 Jika tidak, Jalan Downing akan bertindak keterlaluan, 317 00:26:34,160 --> 00:26:37,200 dengan penggera, kamera pengawasan dan polis di merata tempat. 318 00:26:37,280 --> 00:26:39,280 Istana Buckingham dah seperti penjara. 319 00:26:40,480 --> 00:26:41,560 Baik, tuanku. 320 00:26:50,280 --> 00:26:52,600 - Sam, mari sini. - Teruskan. 321 00:26:53,520 --> 00:26:54,640 Lompat tinggi. 322 00:26:55,480 --> 00:26:56,920 - Teruskan. - Apa saya cakap? 323 00:27:03,000 --> 00:27:04,720 Jangan lompat terlalu tinggi. 324 00:27:05,200 --> 00:27:06,120 Bagus. 325 00:27:11,680 --> 00:27:12,960 Chris! 326 00:27:14,120 --> 00:27:16,400 - Ambil anak. Ikut ibu awak. - Itu anak saya. 327 00:27:17,000 --> 00:27:18,240 - Sudahlah. - Apa awak buat? 328 00:27:20,320 --> 00:27:21,560 Derek, cukup! 329 00:27:33,200 --> 00:27:34,880 Di depan anak-anak awak? 330 00:27:34,960 --> 00:27:37,920 Awak takutkan mereka. Kenapa buat begini, Michael? 331 00:27:38,000 --> 00:27:40,560 Tak cukupkah? 332 00:27:44,080 --> 00:27:45,160 Ya Tuhan! 333 00:27:45,840 --> 00:27:46,960 Ia taman permainan! 334 00:27:48,080 --> 00:27:49,000 Baliklah, Mike! 335 00:27:51,760 --> 00:27:54,120 - Tak mengapa. - Awak puas? 336 00:27:55,040 --> 00:27:57,680 Jangan ganggu kami. Kami tak perlukan awak. 337 00:27:57,760 --> 00:28:01,200 Harga satu karton rokok tiga paun. Ada Embassies, Bensons… 338 00:28:01,280 --> 00:28:02,400 Dua Bensons, kawan. 339 00:28:12,520 --> 00:28:13,720 Apa awak ada, kawan? 340 00:28:24,520 --> 00:28:28,400 Mengikut kejadian yang berlaku sekitar jam 3 petang Khamis lepas, 341 00:28:28,920 --> 00:28:30,800 keputusan dah dibuat 342 00:28:30,880 --> 00:28:35,040 yang anak-anak awak kekal dalam jagaan ibu mereka. 343 00:28:36,520 --> 00:28:37,360 Tambahan pula, 344 00:28:38,200 --> 00:28:41,320 demi kepentingan anak-anak 345 00:28:41,400 --> 00:28:44,360 awak tidak boleh menghubungi mereka. 346 00:28:45,760 --> 00:28:46,760 Faham? 347 00:28:57,000 --> 00:29:02,120 Malam tadi, pasukan kami sampai pinggiran Port Stanley, 348 00:29:02,200 --> 00:29:07,720 dan sejumlah besar tentera Argentina melemparkan senjata mereka. 349 00:29:07,800 --> 00:29:14,640 Orang Argentina dilaporkan mengibarkan bendera putih penyerahan. 350 00:29:14,720 --> 00:29:17,480 Kemenangan Britain dalam konflik terjamin, 351 00:29:17,560 --> 00:29:19,800 baginda pulang ke Istana Buckingham 352 00:29:19,880 --> 00:29:22,600 sebelum pertemuannya dengan Perdana Menteri. 353 00:29:22,720 --> 00:29:24,960 Jurucakap Istana mengatakan baginda… 354 00:29:26,920 --> 00:29:32,400 Orang Britain tak pernah menjadi hamba 355 00:29:32,480 --> 00:29:34,960 Hidup, Britannia 356 00:29:35,040 --> 00:29:38,120 Britannia, berkuasa 357 00:29:38,200 --> 00:29:43,680 Orang Britain tak pernah menjadi hamba 358 00:29:48,840 --> 00:29:52,640 - Maggie, Maggie, Maggie! - Oi, oi, oi! 359 00:29:52,720 --> 00:29:56,640 - Maggie, Maggie, Maggie! - Oi, oi, oi! 360 00:29:56,720 --> 00:30:00,280 - Maggie, Maggie, Maggie! - Oi, oi, oi! 361 00:30:00,760 --> 00:30:02,200 Semasa kami mula, 362 00:30:02,960 --> 00:30:06,880 ada yang teragak-agak dan lemah, 363 00:30:06,960 --> 00:30:08,320 orang yang percaya 364 00:30:08,400 --> 00:30:13,440 kita tidak lagi mampu melakukan perkara yang kita pernah buat. Mereka salah. 365 00:30:13,520 --> 00:30:15,560 - Tuanku mahu apa-apa lagi? - Tidak. 366 00:30:15,640 --> 00:30:19,560 Britain mempunyai keyakinan baharu, 367 00:30:19,640 --> 00:30:23,360 dan kita tidak akan menoleh ke belakang. 368 00:30:24,440 --> 00:30:26,960 Pn. Thatcher gembira tengah hari ini 369 00:30:27,040 --> 00:30:30,000 dan beritahu ahli Parlimen masa depan Kepulauan Falkland 370 00:30:30,080 --> 00:30:32,840 hanya terletak di tangan Britain. 371 00:30:32,920 --> 00:30:35,920 Keunggulan Britain telah dibina semula, katanya, 372 00:30:36,000 --> 00:30:39,440 kemudian dia beri amaran ini. "Biar setiap bangsa tahu 373 00:30:39,520 --> 00:30:42,080 bahawa semua wilayah berdaulat Inggeris, 374 00:30:42,160 --> 00:30:44,600 akan dibela sebaiknya." 375 00:30:44,680 --> 00:30:46,960 Ia disambut dengan tepukan gemuruh. 376 00:30:47,040 --> 00:30:51,120 Pn. Thatcher mendapat lonjakan dramatik dalam populariti peribadinya, 377 00:30:51,200 --> 00:30:52,960 menurut tinjauan baharu. 378 00:32:23,120 --> 00:32:25,120 - Selamat pagi! - Lambatnya awak. 379 00:32:26,880 --> 00:32:28,280 Ada apa-apa laporan? 380 00:32:29,840 --> 00:32:31,560 Tiada, malam yang sepi. 381 00:32:32,160 --> 00:32:33,560 Giliran lewat malam? 382 00:32:38,600 --> 00:32:39,800 Jumpa esok. 383 00:34:11,440 --> 00:34:12,560 Selamat pagi, Bobo. 384 00:34:17,000 --> 00:34:18,920 Apa awak buat? Hari masih awal. 385 00:34:28,320 --> 00:34:29,840 Baiklah. 386 00:34:43,240 --> 00:34:45,320 - Siapa awak? - Nama saya Michael. 387 00:34:45,400 --> 00:34:48,040 - Keluar! - Awak tak perlu rasa takut. 388 00:34:48,640 --> 00:34:50,480 Ada polis bersenjata di luar. 389 00:34:50,560 --> 00:34:51,600 Tiada. 390 00:34:52,560 --> 00:34:53,400 Helo? 391 00:34:57,200 --> 00:34:58,720 Apa awak nak? Jika wang… 392 00:34:58,800 --> 00:35:00,640 Saya tak nak wang atau apa-apa. 393 00:35:00,720 --> 00:35:02,920 Saya nak berbual sahaja, 394 00:35:03,000 --> 00:35:06,200 memberitahu apa yang terjadi kepada negara ini. 395 00:35:07,400 --> 00:35:09,640 Sama ada awak tak tahu atau tak kisah. 396 00:35:09,720 --> 00:35:10,920 Mestilah saya kisah. 397 00:35:11,560 --> 00:35:14,400 Saya sangat mengambil berat. Berani cakap begitu. 398 00:35:14,480 --> 00:35:16,600 - Jangan telefon. - Tak baik, bodoh… 399 00:35:16,680 --> 00:35:19,240 - Jangan sentuh saya! Tolong! - Hentikannya! 400 00:35:20,400 --> 00:35:23,200 Berikan saya sedikit masa, boleh? 401 00:35:24,000 --> 00:35:27,000 Saya nak luahkan perasaan dan kemudian, saya keluar. 402 00:35:31,440 --> 00:35:34,280 - Ada rokok? - Tak ada. Ia tabiat jijik. 403 00:35:34,360 --> 00:35:35,280 Saya tahu. 404 00:35:46,280 --> 00:35:50,240 Saya rasa elok awak berjumpa seorang yang normal 405 00:35:50,320 --> 00:35:53,200 yang boleh beritahu awak perkara sebenar. 406 00:35:53,280 --> 00:35:54,760 Saya selalu jumpa mereka. 407 00:35:55,320 --> 00:35:56,400 Tidak. 408 00:35:56,480 --> 00:35:58,720 Semua yang awak temui bersopan santun. 409 00:35:58,800 --> 00:36:00,840 Menunduk hormat. Itu tak normal. 410 00:36:00,920 --> 00:36:04,480 - Ini normal? - Boleh jika saya bertenang. 411 00:36:07,320 --> 00:36:08,320 Awak berdarah. 412 00:36:09,600 --> 00:36:12,120 Yakah? Mesti saya tercedera. 413 00:36:16,280 --> 00:36:17,200 Di mana saya… 414 00:36:17,280 --> 00:36:19,440 Bilik air. Pintu itu. 415 00:37:21,080 --> 00:37:23,960 Wanita terkaya di dunia, tapi bukan elektrik! 416 00:37:24,640 --> 00:37:26,240 - Apa? - Berus gigi awak. 417 00:37:27,000 --> 00:37:30,360 Inilah masalah tempat ini. Ia mewah, 418 00:37:30,440 --> 00:37:31,800 tapi lusuh. 419 00:37:31,880 --> 00:37:32,880 Lusuh? 420 00:37:32,960 --> 00:37:35,800 Ruang koridor dan balairung seri? Mengejutkan. 421 00:37:42,600 --> 00:37:45,720 Cat dan kertas dinding mengelupas, kesan kotor. 422 00:37:45,800 --> 00:37:48,680 - Penghias. Semua ini jelas. - Itu kerja awak? 423 00:37:49,360 --> 00:37:50,680 Pengecat dan penghias. 424 00:37:51,440 --> 00:37:52,680 Awak patut upah saya. 425 00:37:56,920 --> 00:37:58,440 Awak perlu tukang kaca. 426 00:37:58,920 --> 00:38:00,600 Tingkap pecah kali ini. 427 00:38:01,560 --> 00:38:03,200 Awak pernah datang sini? 428 00:38:03,280 --> 00:38:05,280 - Ya. - Apa masalah awak? 429 00:38:05,360 --> 00:38:07,960 - Ini kawasan peribadi. - Ini harta negeri. 430 00:38:09,000 --> 00:38:13,200 - Awak tetap menceroboh. - Ia bukan jenayah. Saya pun tak mencuri. 431 00:38:13,720 --> 00:38:15,560 Awak curi wain sebelum ini. 432 00:38:17,320 --> 00:38:19,920 Kerana ingin bercakap dengan awak. 433 00:38:20,000 --> 00:38:22,360 Saya dah cuba segalanya. 434 00:38:22,440 --> 00:38:23,800 Menulis surat, 435 00:38:24,280 --> 00:38:27,480 bercakap dengan MP. Tiada yang membantu. 436 00:38:28,480 --> 00:38:30,120 Demokrasi khayalan. 437 00:38:30,200 --> 00:38:31,680 Jadi saya berjumpa awak, 438 00:38:32,040 --> 00:38:33,240 ketua negara. 439 00:38:35,160 --> 00:38:38,280 Awak satu-satunya yang boleh lakukan sesuatu. 440 00:38:40,120 --> 00:38:41,680 Apa yang awak mahu? 441 00:38:41,760 --> 00:38:43,480 Selamatkan kami daripadanya. 442 00:38:44,960 --> 00:38:46,720 - Siapa? - Thatcher. 443 00:38:46,800 --> 00:38:48,640 Dia musnahkan negara. 444 00:38:48,720 --> 00:38:51,000 Kita ada lebih tiga juta penganggur. 445 00:38:51,080 --> 00:38:54,280 Lebih daripada Zaman Meleset. Awak tak risau? 446 00:38:54,360 --> 00:38:55,920 Ya, ia membimbangkan saya. 447 00:38:56,400 --> 00:38:58,440 Tapi tiada apa yang saya boleh buat. 448 00:38:59,040 --> 00:39:01,360 Jika awak dah lama menjadi saya, 449 00:39:01,440 --> 00:39:05,440 nasib sesuatu bangsa boleh berubah dengan cepat. 450 00:39:06,680 --> 00:39:10,000 Pengangguran, kemelesetan, krisis, perang. 451 00:39:10,080 --> 00:39:12,720 Semua perkara ini akan betul dengan sendiri. 452 00:39:14,560 --> 00:39:16,560 Negara dan rakyat bangkit kembali. 453 00:39:17,120 --> 00:39:19,960 - Ia memang begitu. - Itu yang saya fikirkan. 454 00:39:20,040 --> 00:39:21,640 Saya akan bangkit. 455 00:39:22,280 --> 00:39:23,240 Tapi tidak. 456 00:39:25,120 --> 00:39:29,000 Mula-mula tiada kerja, kemudian tiada keyakinan. 457 00:39:30,400 --> 00:39:34,160 Kemudian, cinta isteri saya juga terpadam. 458 00:39:36,400 --> 00:39:39,360 Kemudian saya mula berfikir, ke mana ia pergi? 459 00:39:40,600 --> 00:39:44,040 Bukan hanya keyakinan atau kebahagiaan, tetapi… 460 00:39:47,440 --> 00:39:49,920 Mereka kata saya sakit mental. 461 00:39:50,000 --> 00:39:51,640 Tidak. Saya miskin sahaja. 462 00:40:02,240 --> 00:40:03,960 Kerajaan boleh bantu. 463 00:40:04,040 --> 00:40:05,160 Kerajaan apa? 464 00:40:05,240 --> 00:40:06,960 Kerajaan telah tiada. 465 00:40:07,640 --> 00:40:09,160 Dia memusnahkannya, 466 00:40:09,240 --> 00:40:12,360 bersama dengan nilai-nilai lain yang kita belajar semasa kecil. 467 00:40:12,440 --> 00:40:16,920 Sifat kemasyarakatan, kewajipan antara satu sama lain. 468 00:40:17,880 --> 00:40:19,280 sifat kebaikan. 469 00:40:19,360 --> 00:40:21,480 Semuanya hilang. 470 00:40:21,560 --> 00:40:23,320 Saya rasa awak melebih-lebih. 471 00:40:24,360 --> 00:40:26,760 Orang saling menunjukkan kebaikan, 472 00:40:26,840 --> 00:40:28,880 membayar cukai kepada kerajaan. 473 00:40:28,960 --> 00:40:32,320 Dia habiskan wang itu untuk perang yang tak diperlukan 474 00:40:32,400 --> 00:40:37,360 dan mengumumkan perasaan yakin sudah kembali. 475 00:40:37,440 --> 00:40:40,640 Sementara itu, semua perkara yang menggembirakan kita, 476 00:40:40,720 --> 00:40:43,640 hak untuk bekerja, hak untuk sakit, 477 00:40:44,720 --> 00:40:46,080 hak untuk menjadi tua, 478 00:40:46,640 --> 00:40:50,200 hak untuk lemah, menjadi manusia, 479 00:40:51,040 --> 00:40:51,880 hilang. 480 00:40:54,320 --> 00:40:55,880 Awak mungkin rasa selamat, 481 00:40:55,960 --> 00:40:59,120 tapi dia akan rampas tugas awak. 482 00:40:59,200 --> 00:41:02,760 Percayalah, Pn. Thatcher pendukung sistem beraja. 483 00:41:02,840 --> 00:41:05,320 Dia mahu berkuasa seperti presiden, 484 00:41:05,400 --> 00:41:10,320 dan di negara ini, presiden dan ketua negara tak boleh wujud bersama-sama. 485 00:41:10,400 --> 00:41:12,280 Ingat, kerana dia, kami menganggur. 486 00:41:12,360 --> 00:41:14,320 Awak juga akan menganggur kerananya. 487 00:41:15,120 --> 00:41:15,960 Siapa itu? 488 00:41:16,040 --> 00:41:18,400 Itu hidangan minum pagi. 489 00:41:18,880 --> 00:41:19,720 Masuk. 490 00:41:25,600 --> 00:41:27,960 - Tuanku tak apa-apa? - Ya, terima kasih. 491 00:41:28,040 --> 00:41:29,840 Panggil polis masuk. 492 00:41:46,800 --> 00:41:48,120 Awak datang dari jauh? 493 00:41:48,560 --> 00:41:49,600 York Way. 494 00:41:51,520 --> 00:41:53,680 - Di belakang King's Cross. - Bagus. 495 00:41:56,560 --> 00:41:57,400 Cantikkah? 496 00:41:58,480 --> 00:41:59,800 Tidak. 497 00:42:06,320 --> 00:42:08,520 Ada apa lagi awak ingin beritahu? 498 00:42:21,240 --> 00:42:22,080 Tiada. 499 00:42:24,360 --> 00:42:25,200 Terima kasih. 500 00:42:30,200 --> 00:42:33,680 Saya harap mereka tak menyukarkan awak kerana hal ini. 501 00:42:35,560 --> 00:42:36,400 Terima kasih. 502 00:42:39,040 --> 00:42:40,320 Selamat jalan. 503 00:42:43,160 --> 00:42:44,920 - Jangan sentuh. - Tak apa. 504 00:42:47,880 --> 00:42:49,760 Saya akan ingat pesan awak. 505 00:43:04,680 --> 00:43:05,520 Keluar! 506 00:43:05,600 --> 00:43:06,960 Hidangkan secawan teh. 507 00:43:07,040 --> 00:43:08,080 Baik, tuanku. 508 00:43:30,560 --> 00:43:35,440 Kementerian Dalam Negeri mengesahkan lelaki itu menceroboh Istana Buckingham 509 00:43:35,520 --> 00:43:38,920 dan memasuki bilik tidur ratu, dua kali. 510 00:43:39,000 --> 00:43:42,000 Penyiasatan kegagalan yang belum pernah terjadi sebelum ini 511 00:43:42,080 --> 00:43:45,440 telah bermula dan butiran lanjut akan diberikan petang ini 512 00:43:45,520 --> 00:43:47,360 kepada Dewan Rakyat. 513 00:43:47,440 --> 00:43:50,120 Adakah setiausaha kerajaan tidak sedar 514 00:43:50,200 --> 00:43:55,280 bahawa orang British sungguh terkejut 515 00:43:55,360 --> 00:43:57,280 kerana peristiwa ini berlaku 516 00:43:57,360 --> 00:44:03,400 dan kenyataannya tentang pencerobohan itu sebagai "keselamatan tidak memuaskan" 517 00:44:03,480 --> 00:44:06,240 satu kenyataan yang amat salah tahun ini? 518 00:44:06,320 --> 00:44:11,200 Saya percaya bahawa sayalah orang yang paling terkejut. 519 00:44:11,280 --> 00:44:15,600 Saya fikir kita harus menunggu… 520 00:44:15,680 --> 00:44:18,240 - Bawa bertenang! - Kita harus tunggu laporan En. Dellow. 521 00:44:27,040 --> 00:44:28,880 Bagi pihak kerajaan 522 00:44:28,960 --> 00:44:30,840 dan Polis Metropolitan, 523 00:44:30,920 --> 00:44:32,560 Patik mohon maaf. 524 00:44:32,640 --> 00:44:35,160 Ia memalukan negara 525 00:44:35,240 --> 00:44:37,840 apabila Ratu United Kingdom 526 00:44:37,920 --> 00:44:41,560 menjadi sasaran pengacau dan mereka yang tak berpuas hati, 527 00:44:41,640 --> 00:44:44,120 yang bebas menggunakan keganasan. 528 00:44:44,200 --> 00:44:45,600 Tapi dia tak ganas. 529 00:44:46,400 --> 00:44:50,720 Satu-satunya orang yang dilukai En. Fagan semasa menceroboh ialah dirinya. 530 00:44:51,760 --> 00:44:53,840 Mungkin jiwanya terganggu, 531 00:44:54,600 --> 00:44:59,160 tapi beta rasa bukan semua salahnya, menjadi mangsa pengangguran, 532 00:44:59,240 --> 00:45:01,160 yang jumlahnya dua kali ganda 533 00:45:01,240 --> 00:45:03,360 berbanding tiga tahun lalu. 534 00:45:03,440 --> 00:45:06,640 Jika pengangguran tinggi buat sementara waktu, tuanku, 535 00:45:07,320 --> 00:45:10,040 itu ialah kesan sampingan yang diperlukan 536 00:45:10,120 --> 00:45:13,520 akibat penawar yang kita beri kepada ekonomi British. 537 00:45:13,600 --> 00:45:18,040 Takkah kita patut pastikan yang penawar ini tak seperti kemoterapi 538 00:45:18,120 --> 00:45:21,400 yang membunuh pesakit yang ia sepatutnya sembuhkannya? 539 00:45:21,480 --> 00:45:24,160 Jika orang seperti En. Fagan sedang susah, 540 00:45:24,240 --> 00:45:26,800 bukankah kita mesti membantu mereka? 541 00:45:28,120 --> 00:45:29,920 Bagaimana ekonomi moral kita? 542 00:45:30,440 --> 00:45:33,760 Jika kita nak mengubah negara ini, 543 00:45:34,880 --> 00:45:37,400 kita mesti meninggalkan 544 00:45:37,480 --> 00:45:42,240 tanggapan ketinggalan zaman berkenaan tugas kolektif. 545 00:45:42,840 --> 00:45:45,720 Terdapat individu lelaki dan wanita, 546 00:45:45,800 --> 00:45:47,800 dan keluarga. 547 00:45:48,320 --> 00:45:52,760 Orang mementingkan diri yang berusaha untuk memperbaiki diri. 548 00:45:52,840 --> 00:45:56,480 Itulah enjin yang menjana negara. 549 00:45:57,200 --> 00:46:02,040 Ayah patik tak menerima bantuan kerajaan sekiranya perniagaannya gagal. 550 00:46:02,120 --> 00:46:04,400 Ini risiko kehancuran 551 00:46:04,960 --> 00:46:09,760 dan tugasnya kepada keluarganya yang mendorongnya untuk berjaya. 552 00:46:09,840 --> 00:46:13,000 Mungkin tak semua orang luar biasa seperti ayah awak. 553 00:46:13,080 --> 00:46:16,960 Itulah perbezaan kita. 554 00:46:17,640 --> 00:46:21,480 Patik kata ia ada dalam diri mereka. 555 00:46:22,960 --> 00:46:24,920 Termasuk orang seperti En. Fagan? 556 00:46:25,880 --> 00:46:29,160 En. Fagan ada masalah lain. 557 00:46:30,040 --> 00:46:32,760 Dua doktor berbeza memutuskan 558 00:46:32,840 --> 00:46:35,280 yang dia menghidap skizofrenia. 559 00:46:35,360 --> 00:46:39,480 Jika terlepas daripada pendakwaan jenayah kerana keadaannya, 560 00:46:39,560 --> 00:46:44,040 hospital mental yang baik akan memastikan 561 00:46:44,120 --> 00:46:47,080 dia tak membahayakan sesiapa. 562 00:46:47,160 --> 00:46:49,080 Maafkan patik, 563 00:46:49,720 --> 00:46:51,280 patik harus pergi. 564 00:46:51,360 --> 00:46:52,200 Ke mana? 565 00:46:53,120 --> 00:46:57,520 Ke perarakan kemenangan di pusat bandar London. 566 00:46:58,080 --> 00:46:59,520 Perarakan kemenangan? 567 00:46:59,600 --> 00:47:00,480 Ya, tuanku. 568 00:47:01,920 --> 00:47:04,600 Kita baru menang perang. 569 00:47:14,640 --> 00:47:18,320 Selamat pagi dari luar Pertukaran Diraja di pusat bandar London. 570 00:47:18,400 --> 00:47:20,240 Dan di tapak tabik hormat, 571 00:47:20,320 --> 00:47:23,920 datuk bandar dan Perdana Menteri melambai. 572 00:47:24,000 --> 00:47:25,760 Di sebelah kanan datuk bandar, 573 00:47:25,840 --> 00:47:27,280 di sebelah kirinya, kanan kita, 574 00:47:27,360 --> 00:47:29,360 ialah laksamana armada, Sir Terence Lewin. 575 00:47:29,480 --> 00:47:32,000 Perdana Menteri menerima tabik hormat dan bukannya saya. 576 00:47:32,080 --> 00:47:33,080 Awak tak kisah? 577 00:47:34,960 --> 00:47:36,960 Tak. Saya tak kisah. 578 00:47:37,680 --> 00:47:39,680 Masanya. Biar dia menikmatinya. 579 00:47:42,600 --> 00:47:43,520 Menarik. 580 00:47:43,600 --> 00:47:44,440 Apa? 581 00:47:45,440 --> 00:47:47,960 Jelas sekali awak terganggu. 582 00:47:48,040 --> 00:47:50,200 Saya rasa wanita itu melampau, 583 00:47:50,280 --> 00:47:52,200 dan kini, kawalan keselamatan kita ketat. 584 00:47:52,280 --> 00:47:54,280 Dia cuba melindungi awak. 585 00:47:54,360 --> 00:47:55,240 Daripada apa? 586 00:47:56,000 --> 00:47:57,240 Daripada orang gila. 587 00:47:57,960 --> 00:47:59,680 Orang normal. Rakyat saya. 588 00:47:59,760 --> 00:48:00,640 Sudahlah. 589 00:48:01,680 --> 00:48:03,960 Lelaki itu memang gila. 590 00:48:04,600 --> 00:48:05,640 Dan bodoh. 591 00:48:05,720 --> 00:48:08,160 Ya, tetapi seperti penasihat Lear. 592 00:48:09,000 --> 00:48:12,280 Jangan tunjuk pandai dengan saya. 593 00:48:12,800 --> 00:48:13,800 Tapi bukan Conqueror. 594 00:48:13,880 --> 00:48:17,640 Conqueror menenggelamkan kapal penjelajah Argentina Belgrano 595 00:48:17,720 --> 00:48:21,000 dan memendekkan perang tentera laut dengan cepat. 596 00:48:21,080 --> 00:48:24,160 Tetapi kami diberitahu bahawa Conqueror sebenarnya… 597 00:48:24,240 --> 00:48:27,440 Maaf kerana saya tiada untuk melindungi awak. 598 00:48:29,160 --> 00:48:30,320 Saya rasa teruk. 599 00:48:32,520 --> 00:48:34,720 Namun awak sentiasa bersama-sama saya 600 00:48:35,240 --> 00:48:37,200 dan awak buat lebih daripada itu. 601 00:48:38,080 --> 00:48:39,160 Tapi terima kasih. 602 00:48:42,080 --> 00:48:46,000 Mujurlah En. Fagan tak masuk ikut tingkap itu dan jatuh ke katil awak. 603 00:48:49,600 --> 00:48:50,440 Ya. 604 00:48:51,760 --> 00:48:54,440 Ia pasti perbualan yang berbeza. 605 00:48:55,960 --> 00:48:56,800 Ya. 606 00:49:19,120 --> 00:49:20,760 SELEPAS PENAHANANNYA 607 00:49:20,840 --> 00:49:27,480 MICHAEL FAGAN DIMASUKKAN KE HOSPITAL MENTAL PARK LANE DI LIVERPOOL 608 00:49:29,640 --> 00:49:34,240 SELAMA TIGA BULAN. 609 00:49:36,440 --> 00:49:41,960 DIA TERUS MENETAP DI LONDON. 610 00:50:59,080 --> 00:51:04,160 Terjemahan sari kata oleh Nadhrah Jamaludin