1 00:00:06,006 --> 00:00:08,925 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:09,009 --> 00:00:09,884 Linda... 3 00:00:09,968 --> 00:00:10,802 SEBELUM INI DALAM TEMPAT BAIK... 4 00:00:10,885 --> 00:00:12,887 Awak boleh buat hampir apa saja yang awak bol... 5 00:00:13,430 --> 00:00:14,347 Apa halnya... 6 00:00:14,431 --> 00:00:18,184 Awak hantar penyamar setan sebagai salah satu subjek? 7 00:00:18,268 --> 00:00:20,687 Tindakan bodoh ini mesti dihukum. 8 00:00:21,354 --> 00:00:23,565 Chidi ialah subjek keempat ujian ini. 9 00:00:25,817 --> 00:00:29,070 Kenapa agaknya Tempat Buruk nak buat sesuatu yang nyata? 10 00:00:29,154 --> 00:00:31,239 Mereka terdesak kerana tahu mereka akan kalah. 11 00:00:31,322 --> 00:00:33,533 Kita dah boleh buang gambar Linda, 12 00:00:34,159 --> 00:00:38,246 ganti dengan gambar Chidi di kanan sebab kita dah kenal dia. 13 00:00:38,329 --> 00:00:39,914 Baguslah, tak begitu? 14 00:00:39,998 --> 00:00:41,291 Memanglah bagus 15 00:00:41,374 --> 00:00:44,502 saya memantau dan memanipulasi bekas teman lelaki. 16 00:00:44,586 --> 00:00:46,546 Lebih daripada biasa. 17 00:00:46,629 --> 00:00:48,381 Okey, mari fokuskan Brent. 18 00:00:48,465 --> 00:00:51,342 Anak orang kaya yang ingat dia cipta permainan besbol. 19 00:00:51,426 --> 00:00:54,345 Lelaki begini ingat dunia ini dia punya, 20 00:00:54,429 --> 00:00:56,139 tapi memang begitu pun. 21 00:00:56,222 --> 00:00:58,767 Jika kita boleh buat dia dengar pendapat orang, 22 00:00:58,850 --> 00:01:01,186 dia akan tahu kehebatan orang lain 23 00:01:01,269 --> 00:01:04,147 yang akan buat dia sedar dia tak sesuai di sini, 24 00:01:04,230 --> 00:01:05,690 dan lebih baik lagi... 25 00:01:06,608 --> 00:01:08,693 mungkin dia menangis seperti bayi. 26 00:01:13,740 --> 00:01:14,908 BAB 41 27 00:01:14,991 --> 00:01:16,159 KEHIDUPAN LALU AWAK 28 00:01:16,242 --> 00:01:19,662 Dipendekkan cerita, itu sebabnya itik masih wujud. 29 00:01:19,746 --> 00:01:21,623 Saya dah selamatkan semua itik. 30 00:01:22,207 --> 00:01:24,042 Luar biasa. 31 00:01:24,125 --> 00:01:25,877 Terima kasih, Wanda. Hebatnya. 32 00:01:25,960 --> 00:01:29,464 Kita beralih kepada tetamu seterusnya, Chidi Anagonye. 33 00:01:29,547 --> 00:01:30,882 TEPUK 34 00:01:30,965 --> 00:01:33,927 Sebagai ahli akademik, kehidupan awak hebat juga. 35 00:01:34,552 --> 00:01:38,473 Bukanlah mengagumkan macam selamatkan seluruh spesies, 36 00:01:38,556 --> 00:01:42,435 tapi betul, dulu, saya profesor falsafah etika dan moral. 37 00:01:42,519 --> 00:01:45,063 Maaf. Setiap ekor itik? 38 00:01:45,146 --> 00:01:47,440 - Awak selamatkan semua itik? - Ya. 39 00:01:48,107 --> 00:01:51,194 Sebenarnya dan bukan saya nak bermegah-megah, 40 00:01:51,277 --> 00:01:53,071 saya juga selamatkan kuda. 41 00:01:53,154 --> 00:01:54,239 Apa? 42 00:01:54,864 --> 00:01:58,284 Saya rasa rendah diri jika dibandingkan dengan awak. 43 00:02:00,954 --> 00:02:03,123 Boleh saya bertanya? 44 00:02:03,206 --> 00:02:06,584 Saya kesal buat hidup Janet bercelaru dan tak menentu. 45 00:02:06,668 --> 00:02:09,754 Ini cadangan saya untuk membetulkan keadaan. 46 00:02:09,838 --> 00:02:13,550 Saya dan 100 bayi Janet beraksi rasa kilas besar-besaran, 47 00:02:13,633 --> 00:02:16,302 sengaja buat huru-hara untuknya. 48 00:02:16,386 --> 00:02:18,388 Idea yang bernas, bukan? 49 00:02:18,471 --> 00:02:20,515 Jason. 50 00:02:21,349 --> 00:02:24,185 Maaf, saya pasang kod elat di kejiranan ini. 51 00:02:24,269 --> 00:02:26,563 Sakit kepala saya sembuh kalau sebut nama awak lima kali. 52 00:02:26,646 --> 00:02:30,608 Nak tahu kenapa saya paksa awak jadi sami di kejiranan asal? 53 00:02:30,692 --> 00:02:33,236 - Ada kaitan dengan siri TV Monk? - Tidak. 54 00:02:33,820 --> 00:02:37,657 Sebab awak tak boleh kawal gerak hati awak sendiri. 55 00:02:37,740 --> 00:02:40,952 Bagi awak, semua isu boleh diselesaikan guna bom Molotov, 56 00:02:41,035 --> 00:02:44,289 atau kelar tayar kereta orang atau bunuh Derek. 57 00:02:44,372 --> 00:02:46,875 Jadi sami menyeksakan awak. 58 00:02:46,958 --> 00:02:50,003 Awak hanya boleh pulihkan hubungan dengan Janet 59 00:02:50,086 --> 00:02:51,838 dengan memberinya ruang. 60 00:02:51,921 --> 00:02:54,591 Tunjukkan dia awak boleh kawal gerak hati. 61 00:02:54,674 --> 00:03:00,722 Maksudnya, jangan gopoh kalau nak buat sesuatu? 62 00:03:02,640 --> 00:03:03,558 Ya. 63 00:03:03,641 --> 00:03:05,852 Kalaulah ada orang didik saya sebegini di bumi dulu. 64 00:03:05,935 --> 00:03:08,438 Orang cuba. Kebanyakannya hakim. 65 00:03:09,439 --> 00:03:10,648 Masa untuk beraksi. 66 00:03:10,732 --> 00:03:14,777 Brent Norwalk, ceritakan tentang diri awak? 67 00:03:15,361 --> 00:03:16,988 Terima kasih. 68 00:03:17,071 --> 00:03:18,740 Hidup saya agak menarik. 69 00:03:18,823 --> 00:03:21,618 Dibesarkan di Chicago, di pinggir bandar. 70 00:03:22,201 --> 00:03:24,037 Belajar di Universiti Princeton. 71 00:03:24,120 --> 00:03:26,789 Tiada bantuan, semuanya atas usaha saya. 72 00:03:26,873 --> 00:03:29,125 Seperti ayah dan datuk saya. 73 00:03:29,208 --> 00:03:32,879 Saya warisi perniagaan keluarga, dan selepas 18 tahun, 74 00:03:32,962 --> 00:03:36,132 saya tingkatkan nilainya daripada $90 juta, 75 00:03:36,966 --> 00:03:39,010 kepada syarikat bernilai $94 juta. 76 00:03:39,093 --> 00:03:40,011 Sebentar. Hai, Janet? 77 00:03:40,637 --> 00:03:41,763 - Hai. - Perrier. 78 00:03:43,806 --> 00:03:46,601 Cuba ceritakan ketika keadaan 79 00:03:46,684 --> 00:03:48,061 tidak mudah untuk awak? 80 00:03:48,144 --> 00:03:49,938 Saya juga ada saat kekecewaan. 81 00:03:50,021 --> 00:03:53,107 Saya beli saham Netflix pada $38 sesaham 82 00:03:53,191 --> 00:03:54,651 tapi tak sempat jual. 83 00:03:54,734 --> 00:03:57,487 Anak saya yang dapat semua duit itu. 84 00:03:57,570 --> 00:03:59,155 Tapi hidup perlu diteruskan. 85 00:03:59,239 --> 00:04:03,785 Bak kata Martin Luther King Jr. yang bagi saya seorang lelaki yang hebat, 86 00:04:04,535 --> 00:04:06,913 katanya, "Apabila hidup buat awak terduduk, 87 00:04:06,996 --> 00:04:08,957 berdiri semula dan buang jerami." 88 00:04:09,040 --> 00:04:11,334 - Dia tak cakap begitu. - Ada. Awak silap. 89 00:04:11,417 --> 00:04:15,505 Bagi saya, ini tentang rasa tanggungjawab diri. 90 00:04:15,588 --> 00:04:17,131 Tak ramai orang buat. 91 00:04:17,215 --> 00:04:18,549 Kalau awak tanya saya, 92 00:04:18,633 --> 00:04:21,010 - itulah masalah negara ini. - Negara apa? 93 00:04:21,094 --> 00:04:23,346 Kalau dah selesai, saya nak main golf. 94 00:04:23,429 --> 00:04:25,181 Kalau tidak, saya jadi perengus. 95 00:04:25,265 --> 00:04:27,767 Chad, Wanita Itik, seronok berjumpa awak. 96 00:04:27,850 --> 00:04:30,436 Terima kasih semua. Awak semua terbaik. 97 00:04:31,312 --> 00:04:32,438 Kereta? 98 00:04:33,648 --> 00:04:36,234 Dia dapat kereta? 99 00:04:36,317 --> 00:04:38,111 Okey. Buat rancangan baru. 100 00:04:38,194 --> 00:04:40,530 Kalau kita nak dia faham tempatnya bukan di sini, 101 00:04:40,613 --> 00:04:42,156 kita tak perlukan rancangan baru. 102 00:04:42,240 --> 00:04:44,367 Kita perlu buat dia sedar, macam pecahkan pinata. 103 00:04:44,450 --> 00:04:46,327 Kita dah cuba di Tempat Buruk. 104 00:04:46,411 --> 00:04:49,163 Lendir yang keluar tak sesedap gula-gula. 105 00:04:49,247 --> 00:04:50,873 Bukanlah. Ini metafora. 106 00:04:52,375 --> 00:04:55,295 Walaupun ada satu lagi strategi Tempat Buruk. 107 00:04:55,378 --> 00:04:57,005 yang mungkin akan berjaya di sini. 108 00:04:59,841 --> 00:05:01,759 Saya sangsi itu langkah yang baik. 109 00:05:01,843 --> 00:05:03,553 Itu saja langkah kita. 110 00:05:03,636 --> 00:05:06,764 Kita akan melakukannya esok. 111 00:05:13,062 --> 00:05:14,022 Apa halnya... 112 00:05:14,731 --> 00:05:16,399 Hei, Janet? 113 00:05:16,482 --> 00:05:17,567 Janet! 114 00:05:21,654 --> 00:05:23,031 Adakah itu Perrier? 115 00:05:23,740 --> 00:05:26,993 Menunggu hari siang 116 00:05:30,038 --> 00:05:33,583 Mencari-cari kata-kata 117 00:05:36,627 --> 00:05:37,754 Michael! Eleanor! 118 00:05:37,837 --> 00:05:40,715 Maafkan saya. Kami tak tahu sebabnya semua ini terjadi. 119 00:05:40,798 --> 00:05:43,801 Saya tahu. Huru-hara ini disebabkan saya. 120 00:05:43,885 --> 00:05:46,471 Ini cara alam memberitahu, saya tak layak tinggal di sini. 121 00:05:46,554 --> 00:05:49,807 - Apa maksud awak? - Saya tak layak tinggal di Tempat Baik. 122 00:05:51,559 --> 00:05:53,936 Dah tentu ada tempat yang lebih baik. 123 00:05:54,020 --> 00:05:57,690 Di situlah tempat saya, Tempat Terbaik. 124 00:06:03,071 --> 00:06:05,948 Tolong buat saya faham sebab saya tak rasa kami memahaminya. 125 00:06:06,032 --> 00:06:08,117 Saya dah lama terasa ada yang tak kena. 126 00:06:08,201 --> 00:06:10,703 Takkan ini saja mampu disediakan akhirat, 127 00:06:10,787 --> 00:06:12,663 tidak cukup bagus. 128 00:06:12,747 --> 00:06:15,166 Kalau benar ini syurga, di manakah kawan-kawan saya? 129 00:06:15,249 --> 00:06:17,627 Di manakah Scotty, Schultzy dan Porcupine? 130 00:06:17,710 --> 00:06:19,462 Di manakah White Guillermo, 131 00:06:19,545 --> 00:06:22,465 Mexican William dan juga Squirtman? 132 00:06:22,548 --> 00:06:25,093 Betul juga cakap dia. Apa jadi dengan Squirtman? 133 00:06:25,176 --> 00:06:28,554 Terus-terang, penolong saya si Janet juga agak tegang. 134 00:06:28,638 --> 00:06:30,473 Satu hadiah saya pun dia tak pakai. 135 00:06:30,556 --> 00:06:34,143 Awak suruh Janet buat baju sendiri 136 00:06:34,227 --> 00:06:36,395 kemudian awak beri dia balik? 137 00:06:36,479 --> 00:06:38,231 Tepat sekali. 138 00:06:38,314 --> 00:06:41,359 Huru-hara ini, yang jelas disebabkan saya, ialah petunjuk. 139 00:06:41,442 --> 00:06:44,320 Kalau inilah Tempat Baik, tempat saya di Tempat Terbaik. 140 00:06:45,363 --> 00:06:47,573 Cari jawapannya, dan beritahu saya. 141 00:06:50,451 --> 00:06:52,787 Saya nak pergi lepaskan geram. Kita jumpa kemudian. 142 00:06:54,872 --> 00:06:57,542 Saya rasa kita perlu bincang pasal Eleanor. 143 00:06:57,625 --> 00:07:00,294 Saya tahu apa awak nak cakap. Eleanor sibuk kebelakangan ini. 144 00:07:00,378 --> 00:07:03,214 Nanti dia akan mandi juga. 145 00:07:03,297 --> 00:07:06,717 Bukan hal itu walaupun ada kaitan juga. 146 00:07:08,094 --> 00:07:09,762 Kita mungkin perlukan ketua baru. 147 00:07:10,513 --> 00:07:11,430 Sungguh? 148 00:07:11,514 --> 00:07:14,350 Keputusan yang dibuatnya selalu meragukan. 149 00:07:14,433 --> 00:07:16,477 Dia bantah kita nak satukan Chidi dan Simone. 150 00:07:16,561 --> 00:07:18,938 Dia ketepikan syak saya tentang Linda. 151 00:07:19,021 --> 00:07:21,232 Rancangan dia untuk Brent gagal. 152 00:07:21,315 --> 00:07:25,445 Kemajuan kita tak seberapa. Mungkin dia tak layak jadi pemimpin. 153 00:07:25,528 --> 00:07:30,074 Eleanor memang bagus, tapi rancangannya asyik gagal. 154 00:07:30,950 --> 00:07:33,286 Itu kelebihan saya. Tapi awak tak mahu lantik saya. 155 00:07:33,369 --> 00:07:35,496 Sebenarnya, betul juga cakap awak. 156 00:07:35,580 --> 00:07:37,582 Tapi cuba fikir apa yang awak katakan. 157 00:07:37,665 --> 00:07:41,085 Sudah. Kita patut bincang tentang menukar kepimpinan. 158 00:07:41,919 --> 00:07:43,588 Baiklah, kita teruskannya. 159 00:07:44,172 --> 00:07:45,548 Hei, Eleanor. 160 00:07:45,631 --> 00:07:50,511 Kami baru berbincang, mungkin elok awak tak lagi jadi ketua kumpulan. 161 00:07:51,888 --> 00:07:52,763 Simpan dulu. 162 00:07:52,847 --> 00:07:54,682 Silakan. Cakaplah. 163 00:07:54,765 --> 00:07:56,517 Ini tiada kaitan peribadi. 164 00:07:56,601 --> 00:08:01,063 Semasa ujian ini dimulakan, saya anggarkan 9% kejayaan. 165 00:08:01,147 --> 00:08:04,859 Selepas tiga hari awak jadi ketua, angka itu menurun ke 7.1%. 166 00:08:04,942 --> 00:08:09,572 Berdasarkan kiraan matematik saja, awak dah gagal. 167 00:08:09,655 --> 00:08:10,907 Maklum balas yang baik. 168 00:08:10,990 --> 00:08:13,242 Ini pula jawapan saya, 169 00:08:13,993 --> 00:08:16,579 bagi saya, kalian memang tak sedar diri, 170 00:08:16,662 --> 00:08:19,373 tengok diri masing-masing dulu sebelum mengata orang. 171 00:08:19,457 --> 00:08:20,750 Janganlah marah. 172 00:08:20,833 --> 00:08:22,210 Saya tak minta jadi ketua. 173 00:08:22,919 --> 00:08:25,880 Saya buat sebab Michael, yang sepatutnya jadi ketua, 174 00:08:25,963 --> 00:08:27,715 tiba-tiba kecut perut sebaik saja semua ini mula. 175 00:08:27,798 --> 00:08:29,467 Tapi mungkin awak lebih cekap. 176 00:08:29,550 --> 00:08:31,761 Tahani boleh jadi ketua sebab dia cerdik. 177 00:08:31,844 --> 00:08:33,554 Atau mungkin juga Jason. 178 00:08:33,638 --> 00:08:35,515 Mungkin kemanusiaan boleh diselamatkan, 179 00:08:35,598 --> 00:08:38,309 dengan karnival ala Jacksonville. 180 00:08:38,392 --> 00:08:41,312 Kita boleh cuba. Saya nak rumah lambung, 181 00:08:41,395 --> 00:08:43,689 beberapa bintang ninja dan beberapa buah ambulans. 182 00:08:43,773 --> 00:08:45,775 Semoga berjaya. Saya tarik diri. 183 00:08:46,651 --> 00:08:47,652 Shellstrop keluar. 184 00:08:53,491 --> 00:08:55,284 Dah puas luahkan perasaan? 185 00:08:55,368 --> 00:09:00,081 - Awak nak masuk balik, mulakan kerja? - Tak mahu. Saya betul-betul tarik diri. 186 00:09:00,873 --> 00:09:04,126 Saya kesal awak terdengar perbualan mereka dan mereka juga kesal. 187 00:09:05,461 --> 00:09:08,548 Tapi awak tak boleh berhenti begitu saja. 188 00:09:08,631 --> 00:09:11,342 Ini bukannya band sekolah rendah, 189 00:09:11,425 --> 00:09:14,345 atau jam ketiga diet detoks dua minggu. 190 00:09:14,428 --> 00:09:16,305 Hal ini lebih serius. 191 00:09:16,389 --> 00:09:19,433 Ya, itu sebabnya saya tarik diri. 192 00:09:19,517 --> 00:09:22,770 Semua ini mencabar kemampuan saya. 193 00:09:22,853 --> 00:09:25,606 Bagaimana saya nak buat Brent jadi tak berlagak sangat? 194 00:09:25,690 --> 00:09:28,442 Bagaimana nak betulkan Simone yang sangat yakin 195 00:09:28,526 --> 00:09:30,903 semua ini mainan fikirannya saja? 196 00:09:31,904 --> 00:09:34,532 Mungkin saya perlu satukan dia dengan bekas teman lelaki saya? 197 00:09:34,615 --> 00:09:35,533 Seronok bunyinya. 198 00:09:35,616 --> 00:09:37,451 Apa saya nak buat dengan John, raja gosip, 199 00:09:37,535 --> 00:09:40,204 atau setan pengintip yang tumbuk saya? 200 00:09:40,288 --> 00:09:41,205 Bagaimana saya nak buat semua itu 201 00:09:41,289 --> 00:09:43,541 sambil tersenyum supaya orang lain bersemangat? 202 00:09:43,624 --> 00:09:45,751 Saya tak layak. 203 00:09:45,835 --> 00:09:48,838 Saya bukannya penyelamat alam semesta. 204 00:09:48,921 --> 00:09:50,256 Saya hanya... 205 00:09:52,383 --> 00:09:53,843 gadis dari Arizona. 206 00:09:55,553 --> 00:09:57,054 Itu saja. 207 00:09:57,138 --> 00:09:59,098 Saya hanya gadis biasa dari Arizona. 208 00:10:00,725 --> 00:10:03,603 Saya makan makanan ringan, tonton TV realiti, 209 00:10:03,686 --> 00:10:06,522 adakalanya saya keluar dari H&M pakai seluar dalam lebih 210 00:10:06,606 --> 00:10:08,107 daripada semasa saya masuk. 211 00:10:08,691 --> 00:10:11,527 Kehidupan saya pun saya tak pandai urus, 212 00:10:11,611 --> 00:10:14,655 dan kini saya terpaksa urus kehidupan orang lain? 213 00:10:15,865 --> 00:10:17,325 Saya tak boleh buat. 214 00:10:24,957 --> 00:10:27,543 Semasa saya memulakan ujian saya, 215 00:10:27,627 --> 00:10:32,923 saya fikir, "Empat orang bodoh yang akan percaya apa saja saya cakap. 216 00:10:34,133 --> 00:10:35,301 Senang sangat." 217 00:10:36,844 --> 00:10:38,471 Awak kalahkan saya dalam tiga bulan. 218 00:10:39,764 --> 00:10:41,724 "Okey," saya fikir, "itu tuah." 219 00:10:42,308 --> 00:10:44,810 Kemudian awak tewaskan saya 800 kali lagi. 220 00:10:45,853 --> 00:10:50,524 Sebab ternyata, manusia ini sangat ganjil, 221 00:10:51,400 --> 00:10:55,071 dan saya tak akan benar-benar faham apa rasanya menjadi manusia. 222 00:10:56,405 --> 00:10:58,324 Ini satu tugas untuk manusia, 223 00:10:59,950 --> 00:11:05,122 yang cekal, tapi berempati dan berperikemanusiaan, 224 00:11:06,290 --> 00:11:09,710 dan pengesan penipu bertaraf dunia. 225 00:11:10,419 --> 00:11:12,046 Awak rasa awak tak boleh buat? 226 00:11:13,130 --> 00:11:17,510 Awak saja yang boleh, Eleanor. 227 00:11:18,928 --> 00:11:23,682 Awak suka atau tidak, satu-satunya orang yang boleh selamatkan manusia 228 00:11:23,766 --> 00:11:26,185 ialah gadis dari Arizona itu. 229 00:11:29,480 --> 00:11:32,566 Tapi tiada apa yang saya buat menjadi. 230 00:11:34,527 --> 00:11:37,822 Saya seperti Wile E. Coyote berambut perang. 231 00:11:37,905 --> 00:11:38,906 Itu benar. 232 00:11:40,449 --> 00:11:42,535 Tentang awak buat banyak silap, 233 00:11:42,618 --> 00:11:45,079 bukan tentang awak jadikan kartun sebagai simbol seks. 234 00:11:45,663 --> 00:11:47,957 Awak lebih arif tentang semua ini. 235 00:11:48,040 --> 00:11:52,128 Kita gagal, kita cuba lagi dan kita gagal dan gagal lagi. 236 00:11:52,211 --> 00:11:56,006 Kita gagal 1,000 kali dan kita tetap cuba lagi, 237 00:11:56,090 --> 00:12:01,303 kerana idea yang ke-1001 mungkin berhasil. 238 00:12:02,388 --> 00:12:07,393 Saya nak cuba cari idea yang ke-1001 itu. 239 00:12:09,520 --> 00:12:10,646 Saya harap awak ikut. 240 00:12:12,106 --> 00:12:16,110 Kalau boleh mandilah dulu, baru ikut. 241 00:12:26,787 --> 00:12:30,749 Tuan-puan sekalian, kembali semula dengan dirinya yang biasa, 242 00:12:30,833 --> 00:12:32,084 Eleanor Shellstrop. 243 00:12:32,168 --> 00:12:35,963 Maafkan kami, Eleanor. Kami tak sepatutnya meragui kepimpinan awak. 244 00:12:36,046 --> 00:12:39,049 Tak mengapalah. Saya pun meragui diri saya. 245 00:12:39,133 --> 00:12:42,928 Tapi saya dah kembali. Dan saya ada satu idea untuk Brent. 246 00:12:43,012 --> 00:12:44,889 Lelaki macam dia selalu rasa dia betul. 247 00:12:44,972 --> 00:12:47,433 Jadi, kita akan beritahu yang dia betul. 248 00:12:49,101 --> 00:12:50,227 Brent? 249 00:12:53,522 --> 00:12:56,484 Perbualan ini mesti dirahsiakan. 250 00:12:56,567 --> 00:12:59,361 - Okey. - Kami tahu awak seorang yang pintar. 251 00:12:59,445 --> 00:13:02,573 - Ya. - Kami perlu yakin awak boleh dipercayai 252 00:13:02,656 --> 00:13:04,366 dengan maklumat sensitif. 253 00:13:04,450 --> 00:13:05,618 Saya boleh dipercayai. 254 00:13:05,701 --> 00:13:09,413 Saya selalu sorok aduan HR, tiada masalah. 255 00:13:09,497 --> 00:13:12,958 Memang benar awak tahu rahsia kami. 256 00:13:13,918 --> 00:13:15,669 Tempat Terbaik memang wujud. 257 00:13:15,753 --> 00:13:17,588 Saya dah agak! 258 00:13:17,671 --> 00:13:22,510 Tempat Terbaik dikhususkan untuk orang baik-baik berdarjat tinggi. 259 00:13:22,593 --> 00:13:26,639 Seperti kelab VIP Diamond Elite penduduk akhirat. 260 00:13:26,722 --> 00:13:29,058 Sumpah, saya ahli Diamond Elite. 261 00:13:29,141 --> 00:13:31,352 Saya pernah ambil gambar dengan seorang juruterbang di lounge Elite. 262 00:13:31,435 --> 00:13:32,770 Dia benarkan saya terbangkan helikopternya. 263 00:13:32,853 --> 00:13:34,855 - Kami tahu. Itu cara awak mati. - Betul. 264 00:13:34,939 --> 00:13:37,149 Kalian akan dinilai, 265 00:13:37,233 --> 00:13:42,071 dan satu kumpulan kecil penduduk yang bermoral tinggi akan dihantar. 266 00:13:42,154 --> 00:13:46,325 Baiklah. Macam pertandingan "berkelakuan baik"? 267 00:13:46,408 --> 00:13:48,619 Senang saja. Saya pasti boleh. 268 00:13:48,702 --> 00:13:52,665 Mesti dirahsiakan, bukan? Kenapa nak beritahu pesaing? 269 00:13:54,416 --> 00:13:57,336 Garpu awak terjatuh. Biar saya kutip. 270 00:13:58,295 --> 00:14:00,589 Awak dah catat? Atau saya perlu tulis? 271 00:14:00,673 --> 00:14:02,716 - Awak cekap. Kami akan pantau. - Bagus. 272 00:14:04,718 --> 00:14:06,595 - Hai, Jason. - Janet. 273 00:14:06,679 --> 00:14:09,640 Seronoknya jumpa awak. Saya nak bawa sekotak coklat. 274 00:14:09,723 --> 00:14:12,977 Kemudian saya teringat awak tak boleh makan, jadi saya tolong makankan, 275 00:14:13,060 --> 00:14:16,146 dan saya fikir, cukuplah saya gambarkan saja hadiah itu untuk awak. 276 00:14:16,230 --> 00:14:19,650 Coklat pertama tak sedap... 277 00:14:19,733 --> 00:14:21,318 Beri peluang saya bercakap. 278 00:14:22,319 --> 00:14:25,364 Awak tahu saya sangat sibuk sejak kejiranan bermula. 279 00:14:25,447 --> 00:14:27,700 - Ya. - Dan saya minta awak bagi saya ruang. 280 00:14:29,410 --> 00:14:30,244 Ya. 281 00:14:30,327 --> 00:14:32,037 Maaf, tapi saya terpaksa beritahu 282 00:14:33,956 --> 00:14:36,166 yang kita tak boleh berpasangan sekarang. 283 00:14:36,250 --> 00:14:39,044 Saya seronok bersama awak, tapi ada kalanya agak sukar, 284 00:14:39,128 --> 00:14:41,255 dan saya takut boleh mengancam ujian ini. 285 00:14:41,338 --> 00:14:42,631 Takkan jadi begitu. 286 00:14:42,715 --> 00:14:44,049 Kejiranan ini dah mula rosak. 287 00:14:44,842 --> 00:14:47,219 Saya cadangkan kita berpisah seketika sehingga semuanya selesai. 288 00:14:51,015 --> 00:14:53,851 Saya tak berniat nak kecewakan awak lagi tapi awak patut tahu. 289 00:14:56,937 --> 00:14:59,565 Jacksonville Jaguars dah buang Blake Bortles. 290 00:15:00,274 --> 00:15:03,569 Dia bukan lagi dalam pasukan itu. Maafkan saya. 291 00:15:10,868 --> 00:15:12,369 Hai, apa khabar? 292 00:15:12,453 --> 00:15:14,121 Selamat menikmati yogurt awak. 293 00:15:14,204 --> 00:15:17,207 Masalahnya, niatnya sekarang dah tak ikhlas. 294 00:15:17,291 --> 00:15:18,626 Matanya tidak akan naik 295 00:15:18,709 --> 00:15:21,128 jika dia berbuat baik hanya untuk menaikkan mata. 296 00:15:21,211 --> 00:15:24,882 Tapi, begitulah juga saya dulu semasa saya minta bantuan Chidi. 297 00:15:24,965 --> 00:15:27,343 Saya hanya buat supaya tak tertangkap. 298 00:15:27,426 --> 00:15:28,761 Kita mesti terus berharap, 299 00:15:28,844 --> 00:15:31,013 Brent akan berbuat baik dengan ikhlas. 300 00:15:32,556 --> 00:15:34,141 Seperti awak juga. 301 00:15:36,936 --> 00:15:38,771 Hei, saya baru teringat sesuatu. 302 00:15:38,854 --> 00:15:42,942 Mengenai ucapan "Awak saja yang boleh selamatkan kita". 303 00:15:43,025 --> 00:15:46,362 Sebenarnya, awak tak kecut perut pun masa itu, bukan? 304 00:15:46,445 --> 00:15:49,406 Awak cuma berlakon, supaya saya akan ambil alih. 305 00:15:51,367 --> 00:15:54,954 - Betul. - Awak pandai menipu. Sangat pandai. 306 00:15:55,537 --> 00:15:59,833 Masa untuk menolong Simone dan Chidi. 307 00:16:01,293 --> 00:16:03,837 Kenapalah idea ini yang datang? Pasti akan menyakitkan. 308 00:16:03,921 --> 00:16:05,839 Saya tahu, tapi saya rasa ini akan berjaya. 309 00:16:05,923 --> 00:16:08,467 Tapi ini akan buat saya merana. 310 00:16:08,550 --> 00:16:11,428 Tak adakah gadis Arizona lain yang boleh buat? 311 00:16:11,512 --> 00:16:14,765 Emma Stone? Dia dari Arizona dan dia sangat layak. 312 00:16:14,848 --> 00:16:18,268 Ingat filem Zombieland? La La Land? 313 00:16:18,352 --> 00:16:20,229 Kenapa filemnya asyik berakhir dengan "land"? 314 00:16:20,312 --> 00:16:22,106 - Awak berlengah. - Ya, gerak sekarang. 315 00:16:24,191 --> 00:16:26,068 Maafkan saya, Jason. 316 00:16:26,151 --> 00:16:28,404 Janet kehidupan akhirat saya. 317 00:16:29,613 --> 00:16:31,073 Bagaimana saya nak lupakan dia? 318 00:16:31,657 --> 00:16:33,951 Saya pernah ada rutin perpisahan tersendiri. 319 00:16:34,034 --> 00:16:37,079 Champagne dan Alanis Morissette. 320 00:16:37,162 --> 00:16:38,330 Bukan penyanyi sebenar. 321 00:16:38,414 --> 00:16:41,750 Saya akan mendengar lagu-lagunya di rumah kawan saya, Adele. 322 00:16:41,834 --> 00:16:45,337 Mungkin saya boleh buat rutin perpisahan saya. 323 00:16:45,421 --> 00:16:48,882 Minum banyak-banyak Mountain Dew, curi ATV 324 00:16:48,966 --> 00:16:50,801 dan menunggangnya melalui Panda Express. 325 00:16:51,468 --> 00:16:54,179 Tapi semua itu mesti diminta melalui Janet, 326 00:16:54,263 --> 00:16:57,307 maknanya berjumpa dengannya dan saya akan menangis. 327 00:16:57,391 --> 00:17:00,394 - Apa perlu saya buat? - Saya pun tak tahu. 328 00:17:00,477 --> 00:17:04,481 Walau apa yang awak buat, awak akan lakukan bersama teman. 329 00:17:08,777 --> 00:17:12,156 Saya belum pun cerita tentang Blake Bortles. 330 00:17:12,239 --> 00:17:17,995 Awak masih ingat Simone, wanita di parti kelmarin? 331 00:17:18,078 --> 00:17:19,705 Simone... 332 00:17:19,788 --> 00:17:22,374 peminat tegar Third Blind Eye, 333 00:17:22,458 --> 00:17:24,501 yang berjalan-jalan dan potong rambut orang itu? 334 00:17:24,585 --> 00:17:26,045 Ya, itulah orangnya. 335 00:17:26,128 --> 00:17:29,131 Saya perlukan bantuan awak supaya dia boleh sesuaikan dirinya di sini. 336 00:17:29,214 --> 00:17:33,802 Saya dah cuba, tapi sebab dia fikir semua ini hanya khayalan, 337 00:17:33,886 --> 00:17:37,306 saya pula seorang ketua, tentu tak sesuai. 338 00:17:37,389 --> 00:17:39,808 Apa buat awak fikir saya boleh buat? 339 00:17:41,018 --> 00:17:43,395 Awak dan Simone... 340 00:17:45,272 --> 00:17:46,607 ialah teman sejiwa. 341 00:17:48,567 --> 00:17:52,237 Teman sejiwa? Seperti jiwa kami... 342 00:17:54,281 --> 00:17:55,491 Bersama, ya. 343 00:17:55,574 --> 00:17:59,203 Semua orang ada pasangan masing-masing, 344 00:17:59,286 --> 00:18:01,955 dan sistem ini menyatukan mereka di akhirat. 345 00:18:02,039 --> 00:18:07,544 Saya juga mengesahkan yang awak dan Simone ialah pasangan itu. 346 00:18:10,297 --> 00:18:11,965 Saya belum beritahu dia lagi. 347 00:18:12,049 --> 00:18:14,176 Sepatutnya saya tak beritahu awak juga 348 00:18:14,259 --> 00:18:16,595 tetapi sebab dia sudah kurang waras... 349 00:18:17,638 --> 00:18:19,014 Itulah istilah arkitek rasmi. 350 00:18:19,681 --> 00:18:22,476 Saya fikir lebih wajar memberitahu awak. 351 00:18:23,185 --> 00:18:24,228 Aduhai! 352 00:18:24,978 --> 00:18:26,105 Saya dah sakit perut. 353 00:18:27,773 --> 00:18:30,984 Tapi sakit perut yang ceria! Ini suatu yang baru. 354 00:18:31,068 --> 00:18:33,612 Ada beberapa karya yang bagus 355 00:18:33,695 --> 00:18:37,366 tentang realiti tersimulasi yang mungkin dapat bantu dia. 356 00:18:37,449 --> 00:18:38,992 Descartes, Moravec, Zhuang Zhou... 357 00:18:39,076 --> 00:18:40,702 Boleh tak saya seru buku dari apartmen? 358 00:18:44,039 --> 00:18:45,165 Selamat berjaya. 359 00:18:46,375 --> 00:18:47,918 Ini sungguh luar biasa. 360 00:18:48,001 --> 00:18:52,506 Sepanjang hayat saya dihabiskan mencari hakikat tentang alam, 361 00:18:52,589 --> 00:18:56,385 tapi saya tak pernah jatuh cinta dengan sesiapa. 362 00:18:57,427 --> 00:18:58,345 Saya tahu. 363 00:18:59,638 --> 00:19:02,683 Sudah tentu. Awak tahu semuanya hal saya. 364 00:19:03,559 --> 00:19:04,685 Memang benar. 365 00:19:11,733 --> 00:19:15,612 Hai, Simone. Saya Chidi. Kita jumpa malam kelmarin. 366 00:19:17,948 --> 00:19:20,159 Otak saya mesti suka awak ada. 367 00:19:20,242 --> 00:19:22,703 Sila duduk dan ambil yogurt yang tak wujud. 368 00:19:22,786 --> 00:19:24,163 Ya. 369 00:19:24,246 --> 00:19:30,294 Berdasarkan pemerhatian saya, awak mengalami solipsisme. 370 00:19:30,919 --> 00:19:33,005 Awak fikir awak saja yang nyata di alam semesta ini, 371 00:19:33,088 --> 00:19:36,592 dan yang lain hanya wujud daripada kesedaran awak. 372 00:19:36,675 --> 00:19:40,596 Sebenarnya, saya fikir begitu sebab memang benar dan saya betul. 373 00:19:40,679 --> 00:19:46,560 Jangan tersinggung, anggapan yang solipsisme ialah falsafah itu mengarut, 374 00:19:46,643 --> 00:19:49,771 terutamanya bagi orang berkelayakan tinggi. 375 00:19:50,439 --> 00:19:52,316 Hal ini mustahil untuk disangkal, 376 00:19:52,399 --> 00:19:56,028 kerana apa yang awak lihat disahkan oleh kepercayaan awak. 377 00:19:56,653 --> 00:19:57,487 Tetapi... 378 00:19:58,697 --> 00:20:01,491 - Kawan! - Apa? Kalau semua ini bukan nyata, 379 00:20:01,575 --> 00:20:03,619 tak jadi masalahlah, betul? Malah... 380 00:20:05,287 --> 00:20:06,955 - Kawan! - Apa? 381 00:20:07,039 --> 00:20:09,875 Ini bukan nyata. Semua ini tidak penting. 382 00:20:09,958 --> 00:20:12,002 Biarkan yogurt itu di atas hidung awak. 383 00:20:12,085 --> 00:20:14,630 Yalah. Saya faham maksud awak. 384 00:20:14,713 --> 00:20:15,839 Sebenarnya, dalam konteks lebih luas, 385 00:20:15,923 --> 00:20:18,133 kalau awak terus anggap yang lain tak wujud, 386 00:20:18,217 --> 00:20:20,677 awak akan buat benda seperti menjatuhkan kek, 387 00:20:20,761 --> 00:20:25,057 tolak orang ke dalam kolam dan buat nakal. 388 00:20:25,891 --> 00:20:28,727 Apa kata awak layan mereka dengan baik, mana tahu mereka benar? 389 00:20:28,810 --> 00:20:30,229 Maksud saya, apa yang awak rugi 390 00:20:30,312 --> 00:20:33,273 jika melayan orang dengan kebaikan dan hormat? 391 00:20:33,357 --> 00:20:38,403 Okey. Teruskan, lelaki falsafah yang mungkin palsu, mungkin benar. 392 00:20:43,617 --> 00:20:45,994 Berita baik, Simone dan Chidi makin serasi. 393 00:20:46,578 --> 00:20:48,914 Memandangkan saya tak dapat memilikinya, 394 00:20:48,997 --> 00:20:51,208 apa salahnya saya lepaskan dia kepada yang lebih memerlukan? 395 00:20:52,084 --> 00:20:54,378 Beginikah rasanya mendermakan coli lama? 396 00:20:54,461 --> 00:20:57,089 Tentu sukar bagi awak membohongi Chidi. 397 00:20:57,172 --> 00:20:59,383 Itulah, saya tak dapat bezakannya. 398 00:20:59,466 --> 00:21:01,468 Mereka pernah bercinta di Bumi. 399 00:21:01,551 --> 00:21:02,761 Betul cakap Michael. 400 00:21:02,844 --> 00:21:06,723 Chidi dah berkorban dan saya nak pastikan pengorbanannya berbaloi. 401 00:21:06,807 --> 00:21:10,227 Sementara awak pula melakukan pengorbanan lebih besar. 402 00:21:10,310 --> 00:21:13,105 Awak terpaksa menelan semua ini. 403 00:21:13,188 --> 00:21:17,067 Chidi hanya teruskan hidup tanpa menyedari apa yang dia lepaskan. 404 00:21:17,150 --> 00:21:18,944 Ya, tapi kita tahu hal itu. 405 00:21:20,404 --> 00:21:21,780 Belakang saya. 406 00:21:23,365 --> 00:21:26,285 Saya tahu awak sedih, tapi janganlah tak balas. 407 00:21:26,368 --> 00:21:28,829 Betul cakap awak. Itu resamnya. 408 00:21:28,912 --> 00:21:30,205 Terjemahan sari kata oleh Aniza Borhan