1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.MX 2 00:00:06,280 --> 00:00:11,200 DOKUMENTARI NETFLIX ASLI 3 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.MX 4 00:00:36,040 --> 00:00:39,080 Ramai yang kata kurita adalah seperti makhluk asing. 5 00:00:41,760 --> 00:00:45,560 Tapi yang anehnya, semakin anda mendekatinya, 6 00:00:45,640 --> 00:00:49,760 anda sedar kita amat serupa dalam pelbagai cara. 7 00:00:54,160 --> 00:00:58,200 Anda melangkah masuk ke dunia yang amat berbeza. 8 00:01:06,160 --> 00:01:08,560 Hebat sungguh rasanya. 9 00:01:10,360 --> 00:01:13,800 Anda rasa seperti anda akan jumpa sesuatu yang menakjubkan. 10 00:01:21,920 --> 00:01:24,880 Namun anda sedar, anda tidak boleh melampaui batas. 11 00:01:47,240 --> 00:01:50,720 Semua ini terjadi sudah agak lama dahulu. 12 00:02:07,240 --> 00:02:10,600 TANJUNG BARAT, AFRIKA SELATAN 13 00:02:25,040 --> 00:02:29,360 Tempat di hujung Afrika ini dikenali sebagai Tanjung Ribut. 14 00:02:35,280 --> 00:02:38,080 Memori zaman kanak-kanak saya dipenuhi dengan 15 00:02:38,160 --> 00:02:41,240 pantai berbatu, air pasang surut dan hutan kelpa. 16 00:02:47,240 --> 00:02:49,240 Kami memiliki banglo kayu kecil 17 00:02:50,000 --> 00:02:52,000 di bawah paras air paling tinggi. 18 00:02:52,560 --> 00:02:54,960 Jadi apabila ribut besar melanda, 19 00:02:55,560 --> 00:02:59,600 laut akan menghempas pintu dan memenuhi tingkat bawah rumah. 20 00:03:05,160 --> 00:03:08,120 Sebagai kanak-kanak, amat mengujakan untuk tinggal 21 00:03:08,200 --> 00:03:11,400 di tempat yang menyaksikan kuasa Lautan Atlantik. 22 00:03:20,160 --> 00:03:23,520 Zaman kanak-kanak saya banyak diluangkan di kolam berbatu, 23 00:03:23,600 --> 00:03:25,760 menyelam di hutan kelpa yang cetek. 24 00:03:30,560 --> 00:03:32,600 Itu yang saya paling suka buat. 25 00:03:35,720 --> 00:03:37,960 Apabila dewasa, saya terpisah darinya. 26 00:03:40,680 --> 00:03:42,720 Pada mulanya, ia tak mengapa. 27 00:03:44,640 --> 00:03:48,880 Hinggalah saya pergi ke Kalahari lebih kurang 20 tahun lalu. 28 00:03:59,880 --> 00:04:03,320 Saya menghasilkan filem The Great Dance bersama abang saya. 29 00:04:04,600 --> 00:04:05,960 Saya jumpa beberapa lelaki 30 00:04:06,040 --> 00:04:09,480 yang mungkin adalah antara pengesan jejak terbaik di dunia. 31 00:04:12,920 --> 00:04:14,920 Apabila memerhatikan mereka… 32 00:04:16,040 --> 00:04:19,960 meneliti tanda-tanda halus dalam alam semula jadi 33 00:04:20,040 --> 00:04:22,560 yang mata saya sendiri tidak dapat lihat, 34 00:04:22,640 --> 00:04:25,520 dan mengikut mereka, adakala berjam-jam lamanya, 35 00:04:25,600 --> 00:04:27,960 dan menemui haiwan yang bersembunyi 36 00:04:28,040 --> 00:04:30,400 adalah menakjubkan untuk disaksikan. 37 00:04:33,240 --> 00:04:37,280 Mereka benar-benar menyelami alam semula jadi. 38 00:04:39,920 --> 00:04:41,720 Saya dapat rasa saya terasing. 39 00:04:44,760 --> 00:04:48,400 Saya amat teringin untuk memasuki dunia itu. 40 00:04:58,920 --> 00:05:01,760 Saya melalui dua tahun yang dahsyat. 41 00:05:05,760 --> 00:05:08,520 Sudah sekian lama saya bekerja keras, 42 00:05:09,440 --> 00:05:10,720 dan saya sudah penat. 43 00:05:12,600 --> 00:05:15,040 Sudah berbulan-bulan saya tak tidur lena. 44 00:05:16,520 --> 00:05:18,160 Keluarga saya merana. 45 00:05:21,640 --> 00:05:24,200 Saya selalu sakit akibat semua tekanan ini. 46 00:05:28,320 --> 00:05:30,920 Fikiran saya tak mampu menguruskan semua itu. 47 00:05:33,400 --> 00:05:36,960 Saya tak mahu lihat kamera atau kamar penyuntingan lagi. 48 00:05:37,040 --> 00:05:38,600 Saya sudah tak sanggup. 49 00:05:43,040 --> 00:05:45,400 Tujuan kehidupan saya kini… 50 00:05:46,640 --> 00:05:47,880 hancur berkecai. 51 00:05:52,920 --> 00:05:55,640 Saya ada anak kecil yang sedang membesar. 52 00:05:56,680 --> 00:05:57,520 Tom. 53 00:06:01,320 --> 00:06:04,520 Saya tak mampu jadi bapa yang baik untuk anak saya. 54 00:06:10,480 --> 00:06:12,640 Saya perlu berubah secara radikal. 55 00:06:15,360 --> 00:06:17,600 Saya ambil ilham dari zaman kanak-kanak 56 00:06:17,680 --> 00:06:20,960 serta ilham daripada pakar pengesan jejak 57 00:06:21,040 --> 00:06:22,680 yang ditemui di Kalahari. 58 00:06:25,640 --> 00:06:27,960 Satu-satunya cara yang saya tahu ialah… 59 00:06:28,720 --> 00:06:29,640 menyelami lautan. 60 00:06:36,000 --> 00:06:39,360 Pada mulanya, memang sukar untuk memasuki air. 61 00:06:40,880 --> 00:06:45,200 Ia tempat yang paling liar dan menakutkan di dunia untuk direnangi. 62 00:06:56,120 --> 00:06:59,680 Suhu air turun serendah lapan atau sembilan darjah Celsius. 63 00:07:03,000 --> 00:07:05,120 Kesejukannya menyukarkan pernafasan. 64 00:07:10,120 --> 00:07:12,000 Anda cuma perlu relaks. 65 00:07:15,760 --> 00:07:19,840 Anda akan dapat sepuluh atau lima belas minit yang indah. 66 00:07:21,440 --> 00:07:22,320 Tiba-tiba… 67 00:07:23,840 --> 00:07:25,160 semuanya rasa tenang. 68 00:07:33,880 --> 00:07:37,240 Kesejukan menajamkan fikiran 69 00:07:37,320 --> 00:07:39,240 kerana ia dibanjiri reaksi kimia 70 00:07:39,320 --> 00:07:41,840 setiap kali anda memasuki air sejuk itu. 71 00:07:45,400 --> 00:07:47,080 Seluruh tubuh menjadi hidup. 72 00:07:50,640 --> 00:07:54,320 Tubuh akan menyesuaikan diri dan ia menjadi semakin mudah. 73 00:08:02,440 --> 00:08:03,400 Lambat-laun… 74 00:08:05,920 --> 00:08:07,040 selepas setahun… 75 00:08:08,520 --> 00:08:10,800 saya mula mengidamkan kesejukan itu. 76 00:08:25,920 --> 00:08:28,640 Apa yang hebat tentang persekitaran ini 77 00:08:28,720 --> 00:08:31,000 ialah anda di dalam hutan tiga dimensi 78 00:08:31,080 --> 00:08:34,160 dan boleh lompat dari atas untuk pergi ke mana saja. 79 00:08:35,320 --> 00:08:36,960 Anda seakan-akan terbang. 80 00:08:41,640 --> 00:08:44,000 Anda rasa seperti berada di planet lain. 81 00:08:49,440 --> 00:08:53,640 Anda akan relaks secara semula jadi di dalam air. 82 00:08:56,160 --> 00:08:59,120 Anda boleh menahan nafas lebih lama. 83 00:09:03,480 --> 00:09:09,160 Tangki skuba di hutan kelpa yang lebat tidak optimal untuk saya. 84 00:09:14,440 --> 00:09:18,000 Saya mahu jadi seakan-akan haiwan amfibia. 85 00:09:26,400 --> 00:09:30,000 Mengikut gerak hati, saya tidak memakai sut menyelam. 86 00:09:33,840 --> 00:09:36,440 Jika anda benar-benar ingin mendekati… 87 00:09:37,040 --> 00:09:38,520 persekitaran seperti ini, 88 00:09:38,600 --> 00:09:42,960 amat membantu jika anda tiada halangan dengan persekitaran tersebut. 89 00:09:51,680 --> 00:09:56,560 Tiba-tiba, semangat saya kembali untuk merakam gambar dan filem semula. 90 00:09:57,640 --> 00:09:59,440 Saya ambil kamera sekali lagi 91 00:09:59,520 --> 00:10:02,080 lalu saya buat apa yang saya suka dan tahu. 92 00:10:08,120 --> 00:10:10,840 Haiwan-haiwan ini amat eksotik dan aneh. 93 00:10:27,160 --> 00:10:31,440 Malah ia lebih ekstrem daripada cerita sains fiksyen kita. 94 00:10:56,000 --> 00:10:59,000 Saya ingat hari ketika semua ini bermula. 95 00:11:02,160 --> 00:11:04,760 Saya menemui kawasan yang amat istimewa ini 96 00:11:05,240 --> 00:11:08,760 yang dilindungi oleh hutan kelpa besar. 97 00:11:08,840 --> 00:11:12,080 Hutan itu sendiri yang mengurangkan gelombang air. 98 00:11:21,640 --> 00:11:23,840 Seluruh kawasan hutan di situ 99 00:11:23,920 --> 00:11:26,080 amat keruh hingga tak nampak apa pun 100 00:11:26,160 --> 00:11:30,120 dan dalam kawasan 200 meter ini, anda boleh menyelam 101 00:11:30,200 --> 00:11:31,280 dan memerhati. 102 00:11:31,360 --> 00:11:33,280 Ia tempat yang menakjubkan. 103 00:11:41,880 --> 00:11:45,840 Saya ingat saya nampak bentuk aneh di sebelah kiri saya 104 00:11:45,920 --> 00:11:47,240 dan semakin dalam… 105 00:11:49,080 --> 00:11:52,480 saya nampak benda yang amat aneh ini. 106 00:12:11,800 --> 00:12:14,040 Malah ikan-ikan pun nampak keliru. 107 00:12:24,320 --> 00:12:25,560 Kemudian, tiba-tiba… 108 00:12:35,160 --> 00:12:37,040 Pada masa itu, saya tidak tahu 109 00:12:37,120 --> 00:12:39,360 saya nampak sesuatu yang luar biasa. 110 00:12:41,760 --> 00:12:44,880 Saya tiba di penghujung semua drama itu. 111 00:12:50,040 --> 00:12:52,560 Saya terfikir, "Apa yang haiwan ini buat?" 112 00:12:55,400 --> 00:12:57,680 Saya rasa kurita itu takut akan saya, 113 00:12:57,760 --> 00:13:00,480 jadi kurita itu angkat sekeping alga… 114 00:13:00,960 --> 00:13:04,120 yang amat licin hinggakan tangan anda tak boleh pegang 115 00:13:04,200 --> 00:13:07,520 dan membalutnya mengelubungi tubuh dengan luar biasa 116 00:13:07,600 --> 00:13:09,880 dan merenung saya melalui lubang kecil. 117 00:13:19,080 --> 00:13:20,480 Kemudian… 118 00:13:20,560 --> 00:13:21,920 kurita itu hilang. 119 00:13:44,840 --> 00:13:46,800 Ia sukar dijelaskan, 120 00:13:46,880 --> 00:13:49,880 tapi kadangkala anda dapat rasa 121 00:13:49,960 --> 00:13:55,080 dan saya tahu ada sesuatu yang amat aneh tentang makhluk ini. 122 00:13:59,160 --> 00:14:00,880 Ada sesuatu untuk dipelajari. 123 00:14:04,800 --> 00:14:07,000 Ada sesuatu yang istimewa tentangnya. 124 00:14:17,600 --> 00:14:19,440 Kemudian, saya dapat idea gila. 125 00:14:19,520 --> 00:14:22,280 Bagaimana jika saya pergi setiap hari? 126 00:14:22,840 --> 00:14:25,720 Bagaimana jika saya tak terlepas sehari pun? 127 00:14:29,520 --> 00:14:34,960 HARI 1 128 00:14:35,440 --> 00:14:39,440 Pada mulanya, kehadiran saya amat memberi kesan kepada kurita itu, 129 00:14:39,520 --> 00:14:42,160 jadi saya fikir, "Saya akan tinggalkan kamera 130 00:14:42,240 --> 00:14:45,400 yang akan merakam kurita itu melakukan aktivitinya." 131 00:14:49,680 --> 00:14:52,320 Kurita itu nampak benda berkilat di hutan. 132 00:14:58,520 --> 00:15:00,520 Kurita mendekati dengan perisai, 133 00:15:01,280 --> 00:15:03,840 andai kata diserang, perisai akan dinaikkan. 134 00:15:09,040 --> 00:15:11,640 Kini, ia sesuatu yang berbeza. Ia menarik. 135 00:15:13,880 --> 00:15:16,600 Menyentuh, memegang dan merasanya. 136 00:15:21,840 --> 00:15:25,760 Kadangkala, jika kurita itu mahu bermain, kamera tak boleh ditinggal lama. 137 00:15:25,840 --> 00:15:27,520 Kurita itu akan menariknya. 138 00:15:43,440 --> 00:15:48,680 Saya menyelam setiap hari untuk memahami persekitarannya lebih baik. 139 00:15:51,840 --> 00:15:55,640 Pada mulanya, setiap hari rasa seperti sama saja. 140 00:15:57,480 --> 00:16:01,280 Selepas itu, anda nampak pelbagai jenis hutan yang berbeza. 141 00:16:03,680 --> 00:16:05,200 Ada hutan yang lama. 142 00:16:08,640 --> 00:16:12,160 Anda nampak hutan dengan pelbagai jenis alga di lantainya. 143 00:16:13,800 --> 00:16:15,760 Ada hutan yang berkabus. 144 00:16:23,680 --> 00:16:27,880 Apabila saya memetakan persekitaran di sekeliling sarangnya, 145 00:16:29,600 --> 00:16:32,960 saya terkejut apabila nampak gua-gua kecil berhampirannya 146 00:16:33,040 --> 00:16:34,840 yang dipenuhi jerung pijama. 147 00:16:37,120 --> 00:16:40,320 Jerung itu ialah pemangsa kurita yang paling mengancam. 148 00:16:41,480 --> 00:16:45,080 Kulitnya berbelang. Oleh itu, jerung itu dipanggil jerung pijama. 149 00:16:48,080 --> 00:16:50,360 Jerung pijama bukan pemangsa visual. 150 00:16:51,400 --> 00:16:55,000 Namun, jerung itu memiliki daya hidu yang menakjubkan. 151 00:16:59,320 --> 00:17:01,560 Jerung itu juga amat agresif. 152 00:17:11,280 --> 00:17:14,520 Hidungnya boleh dimasukkan ke dalam rekahan kecil. 153 00:17:16,640 --> 00:17:20,000 Jadi, jerung itu ialah pemangsa kurita yang berbahaya. 154 00:17:22,160 --> 00:17:26,160 Lalu saya terfikir, "Berapa lama kurita ini akan selamat?" 155 00:17:42,560 --> 00:17:45,800 Selepas melawatnya lagi dan lagi, 156 00:17:45,880 --> 00:17:49,880 jelas terdapat waktu yang mana… 157 00:17:51,520 --> 00:17:54,280 ketakutannya reda sama sekali. 158 00:17:59,240 --> 00:18:02,440 Kurita nampak pergerakan lalu menjenguk, "Dia rupanya." 159 00:18:04,240 --> 00:18:07,600 Lantas kurita itu keluar dan memeriksa. 160 00:18:12,320 --> 00:18:16,600 Sangat tertarik dan ingin tahu, tapi tak bertindak dengan bodoh. 161 00:18:17,840 --> 00:18:21,880 Masih melekatkan semua tentakelnya di sarang 162 00:18:21,960 --> 00:18:23,440 dan penghisapnya di situ. 163 00:18:35,440 --> 00:18:37,120 Tak semena-mena, ia terjadi. 164 00:18:38,000 --> 00:18:40,240 Saya keluarkan tangan saya sedikit. 165 00:19:13,280 --> 00:19:16,480 Sesuatu terjadi apabila haiwan itu menyentuhnya. 166 00:19:28,800 --> 00:19:31,960 Tetapi selepas beberapa lama, saya perlu bernafas. 167 00:19:34,640 --> 00:19:40,320 Jadi dengan perlahan-lahan, saya tarik penghisapnya 168 00:19:40,400 --> 00:19:42,400 tanpa mengganggunya, 169 00:19:43,080 --> 00:19:46,040 agar saya boleh naik atas dan ambil nafas. 170 00:20:02,880 --> 00:20:04,600 Saat yang paling bermakna 171 00:20:05,640 --> 00:20:07,680 ialah apabila kurita keluar dari sarang 172 00:20:08,040 --> 00:20:10,760 kerana ketika itu anda tahu adanya kepercayaan. 173 00:20:10,840 --> 00:20:14,760 Kurita itu tidak lagi melekat ke sarang andai kata saya tarik. 174 00:20:14,840 --> 00:20:17,800 Sikapnya seperti, "Saya percaya manusia ini 175 00:20:18,520 --> 00:20:20,480 dan saya akan keluar dari sarang 176 00:20:20,920 --> 00:20:23,080 dan saya akan buat seperti biasa." 177 00:20:35,400 --> 00:20:38,440 Saya mula nampak pelbagai benda yang menakjubkan. 178 00:20:40,560 --> 00:20:43,320 Kurita itu boleh kelihatan berduri atau licin. 179 00:20:46,720 --> 00:20:48,760 Tumbuh tanduk di kepala. 180 00:20:53,400 --> 00:20:56,880 Kurita itu boleh menukar warna, tekstur, corak dan kulit. 181 00:20:57,000 --> 00:20:58,000 Indah sekali. 182 00:21:12,960 --> 00:21:16,560 Kebanyakan masanya, kurita memecut, merayap atau berenang. 183 00:21:19,280 --> 00:21:22,360 Namun kadangkala, dua kaki akan keluar. 184 00:21:26,440 --> 00:21:27,520 Kurita berjalan. 185 00:21:30,360 --> 00:21:32,520 Lalu kurita itu melangkah pergi, 186 00:21:33,120 --> 00:21:34,800 berjalan dengan dua kaki. 187 00:21:38,880 --> 00:21:42,680 Badannya diletakkan dalam postur aneh yang nampak seperti batu. 188 00:21:46,920 --> 00:21:51,840 Kemudian, dua tentakel di bawah bergerak dengan perlahan, 189 00:21:51,920 --> 00:21:54,960 jadi batu itu pergi dengan perlahan. 190 00:21:59,920 --> 00:22:01,480 Kemudian, kurita berubah 191 00:22:01,560 --> 00:22:05,520 menyerupai wanita tua bergaun yang terhuyung-hayang dan beralun. 192 00:22:08,960 --> 00:22:11,240 Mungkin kurita itu cuba meniru 193 00:22:11,320 --> 00:22:14,120 pergerakan kelpa atau alga dalam gelombang air. 194 00:22:15,280 --> 00:22:18,120 Pada masa sama, kurita bergerak dengan perlahan. 195 00:22:20,640 --> 00:22:22,600 Beginilah cara kurita berfungsi. 196 00:22:22,680 --> 00:22:25,920 Kreativiti luar biasa untuk memperdayakan. 197 00:22:29,200 --> 00:22:31,640 Kurita sebenarnya ialah 198 00:22:31,720 --> 00:22:34,720 siput yang hilang cangkerang dalam proses evolusi. 199 00:22:34,800 --> 00:22:37,120 Haiwan lemah, lembut, seperti cecair 200 00:22:37,200 --> 00:22:39,640 yang amat bergantung pada kepintarannya. 201 00:22:42,600 --> 00:22:46,560 Tiada ibu atau bapa yang mengajarnya. Kurita itu bersendirian. 202 00:22:47,200 --> 00:22:50,880 Ada pelbagai jenis pemangsa yang ingin memburunya. 203 00:22:54,440 --> 00:22:57,520 Oleh itu, dalam berjuta-juta tahun, kurita terpaksa… 204 00:22:57,720 --> 00:23:01,480 memikirkan kaedah terhebat untuk memperdayakan pemangsa. 205 00:23:06,960 --> 00:23:12,040 Kurita perlu cepat belajar, kerana jangka hayatnya hanya setahun. 206 00:23:18,080 --> 00:23:21,520 HARI 52 207 00:23:25,760 --> 00:23:30,120 Apabila menyelam seorang diri, kelengkapan saya perlu sempurna. 208 00:23:33,760 --> 00:23:36,240 Saya perlu sedia menghadapi semua kemungkinan. 209 00:23:36,320 --> 00:23:39,160 Saya tak boleh tercari-cari. Naluri perlu tepat. 210 00:23:45,120 --> 00:23:49,560 Namun, saya banyak buat kesilapan ketika itu. 211 00:23:53,120 --> 00:23:55,120 Suatu hari, kurita mengikut saya. 212 00:23:55,200 --> 00:23:58,800 Sungguh hebat rasanya apabila diikuti oleh kurita. 213 00:23:58,880 --> 00:24:02,040 Saya berundur dan bergerak ke belakang, 214 00:24:02,120 --> 00:24:04,520 dan haiwan hebat ini mendekati saya 215 00:24:04,600 --> 00:24:07,080 tanpa sedikit rasa takut pun dalam dirinya. 216 00:24:07,160 --> 00:24:10,800 Kurita ingin tahu dan percayakan saya, rasanya menakjubkan. 217 00:24:21,080 --> 00:24:22,160 Kemudian… 218 00:24:23,160 --> 00:24:24,960 salah satu lensa saya terjatuh 219 00:24:25,360 --> 00:24:28,720 dan ia terjatuh dengan laju lalu menakutkan haiwan itu. 220 00:24:29,040 --> 00:24:32,240 Kurita itu pusing dan memecut kerana rasa begitu takut. 221 00:24:39,640 --> 00:24:43,720 Saya marah dengan diri sendiri kerana kurita itu… 222 00:24:44,400 --> 00:24:48,480 Hubungan kami boleh menghasilkan interaksi dan kepercayaan mendalam 223 00:24:48,560 --> 00:24:49,880 dan saya rosakkannya. 224 00:24:49,960 --> 00:24:52,640 Adakah ia rosak untuk selama-lamanya? 225 00:24:53,600 --> 00:24:55,160 Saya akan dipercayai lagi? 226 00:24:55,240 --> 00:24:58,120 Adakah pengalaman itu terlalu menakutkannya? 227 00:25:01,920 --> 00:25:04,520 Kemudian saya terlalu cepat mendekatinya. 228 00:25:04,760 --> 00:25:08,520 Ketika itulah kurita meninggalkan sarang dan menjadi amat takut. 229 00:25:11,440 --> 00:25:13,560 Kurita itu tak kembali ke sarangnya. 230 00:25:16,560 --> 00:25:18,320 Saya fikir ia sudah berakhir. 231 00:25:19,440 --> 00:25:20,400 Kurita itu hilang. 232 00:25:35,120 --> 00:25:39,960 Saya teringat pengalaman saya dengan pengesan jejak di Afrika Selatan. 233 00:25:40,840 --> 00:25:42,480 Saya pun tertanya… 234 00:25:42,560 --> 00:25:45,360 "Pernahkah orang mengesan jejak di dalam air?" 235 00:25:50,920 --> 00:25:56,640 Haiwan ini menghabiskan berjuta-juta tahun mempelajari cara untuk tidak ditemui. 236 00:26:06,000 --> 00:26:08,840 Saya perlu cari bagaimana rupa jejak kurita. 237 00:26:11,200 --> 00:26:12,920 Pada mulanya, ia amat sukar. 238 00:26:13,000 --> 00:26:15,400 Susah untuk dikesan. 239 00:26:15,480 --> 00:26:17,800 Apakah perbezaan jejak kurita 240 00:26:17,880 --> 00:26:19,440 dengan jejak landak laut 241 00:26:19,920 --> 00:26:21,200 dan jejak ikan… 242 00:26:22,720 --> 00:26:24,200 dan jejak cacing? 243 00:26:26,240 --> 00:26:27,720 Serta kesan pemangsaan. 244 00:26:30,120 --> 00:26:31,800 Kantung telur. 245 00:26:34,560 --> 00:26:36,480 Saya perlu mempelajari semuanya. 246 00:26:49,240 --> 00:26:51,200 Kemudian, saya perlu mula fikir… 247 00:26:51,760 --> 00:26:52,880 seperti kurita. 248 00:27:00,240 --> 00:27:02,000 Ia seperti menjadi detektif. 249 00:27:02,600 --> 00:27:05,200 Perlahan-lahan, saya kumpul semua petunjuk. 250 00:27:36,720 --> 00:27:37,920 Kemudian, saya mula… 251 00:27:38,920 --> 00:27:40,120 membuat penemuan. 252 00:27:46,080 --> 00:27:48,280 "Okey, itu haiwan yang kurita bunuh." 253 00:27:57,000 --> 00:28:01,120 Jadi saya lihat kesan bunuh, tanda-tanda kecil, kesan korek di pasir, 254 00:28:01,200 --> 00:28:05,040 perubahan kecil dalam corak alga di mana kurita itu bergerak. 255 00:28:05,160 --> 00:28:08,920 Saya tahu, "Okey, haiwan ini sudah dekat sekarang. 256 00:28:09,000 --> 00:28:11,800 Sudah dekat. Dalam satu atau dua meter." 257 00:28:11,880 --> 00:28:14,760 Kemudian, saya tumpukan pada ruang kecil itu. 258 00:28:20,640 --> 00:28:21,800 Kemudian… 259 00:28:22,880 --> 00:28:23,960 kurita itu muncul. 260 00:28:30,280 --> 00:28:34,880 Akhirnya, setelah mencari selama seminggu, sehari demi sehari, 261 00:28:35,880 --> 00:28:37,440 saya jumpa kurita itu. 262 00:28:42,840 --> 00:28:43,720 Ia seperti… 263 00:28:44,440 --> 00:28:48,600 kawan manusia yang menyapa, melambai dan teruja kerana nampak saya. 264 00:28:53,680 --> 00:28:57,160 Saya dapat rasa, dari satu minit ke minit seterusnya, 265 00:28:57,240 --> 00:29:00,920 "Okey, saya mempercayai awak. Saya mempercayai awak, manusia." 266 00:29:01,320 --> 00:29:04,040 Kini awak boleh memasuki dunia kurita saya." 267 00:29:13,920 --> 00:29:15,760 Kurita itu menghampiri saya. 268 00:29:16,320 --> 00:29:18,280 Naluri semula jadi menyuruh saya… 269 00:29:19,560 --> 00:29:21,120 berundur perlahan-lahan. 270 00:29:25,120 --> 00:29:29,200 Saya mahu tahan diri daripada bergerak, jadi saya berpegang pada batu. 271 00:29:34,440 --> 00:29:36,040 Kurita itu terus mendekati. 272 00:29:37,120 --> 00:29:39,160 Lantas menyelubungi tangan saya. 273 00:29:39,600 --> 00:29:42,160 Saya sudah agak lama berada dalam air, 274 00:29:42,240 --> 00:29:46,960 jadi saya bergerak ke permukaan, dan fikir kurita itu akan lepaskan tangan. 275 00:29:49,360 --> 00:29:53,440 Tetapi tidak. Kurita itu melekat di tangan dan ikut saya ke permukaan. 276 00:30:10,480 --> 00:30:14,960 Saya tergamam, merenung mata makhluk luar biasa ini. 277 00:30:40,880 --> 00:30:42,720 Sukar untuk dibayangkan 278 00:30:42,800 --> 00:30:45,680 apa yang kurita itu dapat daripada hubungan kami. 279 00:30:45,760 --> 00:30:48,600 Apa yang haiwan liar ini dapat 280 00:30:48,680 --> 00:30:52,480 daripada manusia aneh yang selalu melawatnya? 281 00:30:56,960 --> 00:30:58,960 Inilah yang menarik tentangnya. 282 00:31:04,280 --> 00:31:08,160 Saya rasa ia merangsang pemikiran haiwan yang amat pintar itu. 283 00:31:15,240 --> 00:31:19,000 Entah kenapa, kurita itu sedar, "Makhluk ini tidak berbahaya. 284 00:31:19,560 --> 00:31:22,680 Pergilah berinteraksi dengan manusia ini." 285 00:31:26,040 --> 00:31:30,200 Ia memberikan tahap kegembiraan yang aneh dalam diri saya. 286 00:32:01,240 --> 00:32:03,720 Apabila anda dapat berhubung dengan haiwan 287 00:32:03,800 --> 00:32:08,120 dan menikmati pengalaman yang hebat ini, ia memang mengagumkan. 288 00:32:13,920 --> 00:32:16,240 Tiada perasaan lain sepertinya. 289 00:32:24,480 --> 00:32:28,400 Batasan antara saya dan kurita itu hilang begitu saja. 290 00:32:30,920 --> 00:32:33,480 Saya nampak kehebatan sejati kurita itu. 291 00:33:05,320 --> 00:33:08,120 Pada waktu itu, saya hanya memikirkannya. 292 00:33:09,720 --> 00:33:11,320 Di dalam air dan di darat. 293 00:33:14,600 --> 00:33:17,640 Ia menjadi seperti suatu obsesi. 294 00:33:17,720 --> 00:33:20,880 Saya mahu melawat setiap hari dan lihat apa yang dibuatnya. 295 00:33:20,960 --> 00:33:22,680 Tak sabar untuk memasuki air. 296 00:33:39,960 --> 00:33:42,400 Apa bermain di kepalanya? Apa yang difikirkan? 297 00:33:44,120 --> 00:33:47,440 Adakah kurita itu bermimpi? Jika ya, apa yang dimimpikan? 298 00:33:59,800 --> 00:34:05,120 Kurita itu menimbulkan rasa ingin tahu yang tak pernah saya alami sebelum ini. 299 00:34:15,120 --> 00:34:17,600 Ia amat berguna untuk pulang ke rumah 300 00:34:17,680 --> 00:34:21,040 dan membaca sebanyak laporan saintifik yang boleh. 301 00:34:23,640 --> 00:34:25,320 Kurita itu kurita biasa. 302 00:34:25,400 --> 00:34:28,400 Nama saintifiknya ialah Octopus vulgaria. 303 00:34:30,480 --> 00:34:32,440 Dua pertiga daripada kognisinya 304 00:34:33,600 --> 00:34:36,760 sebenarnya terletak di luar otak, iaitu di tentakel. 305 00:34:38,240 --> 00:34:42,440 Nalurinya ialah untuk berfikir, merasa dan meneroka. 306 00:34:44,320 --> 00:34:48,560 Kurita memiliki 2,000 penghisap dan semuanya digunakan berasingan. 307 00:34:49,640 --> 00:34:52,960 Bagaimana nak buat begitu? Bayangkan kita ada 2,000 jari. 308 00:34:55,520 --> 00:34:58,760 Kepintarannya sebanding dengan kucing atau anjing 309 00:34:58,840 --> 00:35:01,680 bahkan sebanding primat tahap rendah. 310 00:35:02,640 --> 00:35:05,920 Moluska tidak sepatutnya sepintar ini. 311 00:35:07,800 --> 00:35:12,200 Saya selalu memeriksa dan membaca laporan saintifik, 312 00:35:12,280 --> 00:35:15,000 mencari maklumat tentang keanehan yang dilihat. 313 00:35:15,400 --> 00:35:18,480 Saya tak menemui sebarang hasil. Tiada maklumat. 314 00:35:21,400 --> 00:35:23,760 Saya memasuki tempat yang kurang dikaji 315 00:35:23,840 --> 00:35:29,320 hampir setiap minggu dan mendapat penemuan saintifik yang baru. 316 00:35:35,160 --> 00:35:39,800 HARI 104 317 00:35:46,280 --> 00:35:50,280 Menurut sumber bacaan, kurita ialah spesies nokturnal. 318 00:36:00,800 --> 00:36:03,280 Adakah kurita lebih aktif pada waktu malam? 319 00:36:13,520 --> 00:36:15,440 Keadaan gelap agak menakutkan. 320 00:36:19,240 --> 00:36:23,760 Bunyi paus kelasa yang mengagumkan kedengaran dari dalam air. 321 00:36:29,800 --> 00:36:31,560 Saya amat berjaga-jaga. 322 00:36:49,240 --> 00:36:52,080 Saya tak menemuinya. Kurita itu tiada di sarang. 323 00:36:53,920 --> 00:36:57,080 Saya putus asa lalu beransur untuk pulang ke pantai. 324 00:37:01,880 --> 00:37:05,480 Entah mengapa, saya tergerak untuk pergi ke kiri. 325 00:37:10,240 --> 00:37:11,720 Saya nampak kurita itu. 326 00:37:12,720 --> 00:37:14,960 Ada di air yang amat cetek. 327 00:37:17,800 --> 00:37:19,480 Tak nampak apa dibuatnya. 328 00:37:27,800 --> 00:37:30,080 Serangan sepantas petir. 329 00:37:35,120 --> 00:37:37,600 Menggunakan tentakelnya seperti senjata. 330 00:37:40,320 --> 00:37:43,960 Menggulungkannya tak sampai sesaat pun. 331 00:37:50,520 --> 00:37:53,240 Saya nampak kurita menangkap tiga ikan begitu. 332 00:37:53,880 --> 00:37:56,480 Tak pernah nampak kurita memburu waktu siang. 333 00:38:00,080 --> 00:38:03,880 Hutan jauh lebih berbahaya pada waktu malam, 334 00:38:04,520 --> 00:38:07,520 jadi haiwan pintar ini bergerak ke air cetek 335 00:38:07,600 --> 00:38:09,960 yang sukar untuk dimasuki oleh jerung 336 00:38:10,040 --> 00:38:13,960 dan mengambil kesempatan untuk menangkap pelbagai makanan yang ada. 337 00:38:29,160 --> 00:38:33,600 HARI 125 338 00:38:43,320 --> 00:38:47,280 Gerak hati pertama saya ialah untuk menakutkan jerung dari situ. 339 00:38:48,960 --> 00:38:51,040 Namun saya sedar 340 00:38:51,120 --> 00:38:55,200 saya akan mengganggu proses semula jadi di hutan. 341 00:39:04,120 --> 00:39:08,880 Kurita itu keluar dari sarang, bergerak di sekitar pinggir hutan. 342 00:39:16,480 --> 00:39:17,600 Saya menyedari… 343 00:39:18,240 --> 00:39:19,120 jerung itu. 344 00:39:26,480 --> 00:39:30,520 Badannya melentur ke depan dan mengikut jejak bau. 345 00:39:32,600 --> 00:39:33,680 Ini tidak bagus. 346 00:39:55,400 --> 00:39:58,280 Saya fikir, "Nasib baik kurita selamat di bawah batu." 347 00:40:03,040 --> 00:40:05,840 Jerung itu menuju tepat ke rekahan itu. 348 00:40:12,480 --> 00:40:17,080 Tiba-tiba, jerung itu membaham salah satu tentakelnya 349 00:40:17,160 --> 00:40:19,000 dan bergelut dengan dahsyat. 350 00:40:31,520 --> 00:40:33,040 Saya nampak dengan jelas… 351 00:40:34,080 --> 00:40:35,560 tentakel putus dalam mulutnya. 352 00:40:43,040 --> 00:40:45,320 Ya, saya rasa kecut perut. 353 00:41:04,720 --> 00:41:07,840 Nasib baik kurita itu dapat masuk jauh dalam rekahan. 354 00:41:27,320 --> 00:41:32,440 Kurita itu bergerak dengan sengsara. Perlahan-lahan, amat lemah. 355 00:41:40,760 --> 00:41:43,880 Kurita berdarah. Baunya merebak dalam air. 356 00:41:49,920 --> 00:41:52,200 Sarangnya jauh lagi dari situ. 357 00:41:59,640 --> 00:42:01,640 Adakah jerung akan menjelma lagi? 358 00:42:15,920 --> 00:42:19,440 Saya terfikir untuk bantu dan bawa kurita kembali ke sarang. 359 00:42:28,600 --> 00:42:30,600 Namun, syukurlah saya tak perlu bantu. 360 00:42:49,680 --> 00:42:50,800 Saya tak tahu… 361 00:42:52,080 --> 00:42:55,960 apa akan jadi kepadanya atau jika ia membuatnya lemah 362 00:42:56,040 --> 00:42:58,840 dan jerung akan menamatkan riwayatnya malam itu. 363 00:43:05,720 --> 00:43:07,280 Saya hanya boleh terfikir… 364 00:43:07,920 --> 00:43:10,520 adakah saya bertanggungjawab atas kejadian ini? 365 00:43:11,640 --> 00:43:13,840 Adakah kurita keluar kerana saya? 366 00:43:15,680 --> 00:43:17,040 Saya rasa amat lemah. 367 00:43:17,600 --> 00:43:22,760 Seperti apa yang terjadi kepadanya juga dengan anehnya terjadi kepada saya. 368 00:43:29,920 --> 00:43:35,000 Secara psikologi, saya rasa seperti saya juga… 369 00:43:35,720 --> 00:43:37,600 telah dikoyak-koyakkan. 370 00:43:38,240 --> 00:43:42,200 Saya mula fikir tentang kematian dan betapa singkatnya hidup kita, 371 00:43:42,280 --> 00:43:44,680 risau tentang keluarga dan anak saya. 372 00:43:47,000 --> 00:43:52,000 Saya bukan orang yang begitu sentimental terhadap haiwan sebelum ini. 373 00:43:52,720 --> 00:43:54,640 Saya sedar saya telah berubah. 374 00:43:56,680 --> 00:44:00,600 Kurita itu mengajar saya untuk menjadi lebih sensitif. 375 00:44:02,520 --> 00:44:04,600 Terutamanya terhadap makhluk liar. 376 00:44:28,960 --> 00:44:32,840 Rasanya menakutkan apabila memasuki air keesokan paginya. 377 00:44:47,160 --> 00:44:51,000 Saya amat lega melihat kurita itu masih hidup dan bernyawa. 378 00:44:54,440 --> 00:44:58,520 Kurita itu begitu lemah dan tidak mampu menunjukkan warna yang sihat. 379 00:44:58,600 --> 00:45:00,240 Warnanya suram dan putih. 380 00:45:10,720 --> 00:45:13,680 Sekarang saya risau, "Bagaimana kurita nak makan?" 381 00:45:20,520 --> 00:45:24,160 Saya melampaui batas dan masuk campur dalam kehidupan haiwan. 382 00:45:24,800 --> 00:45:30,520 Tapi perasaan saya terhadapnya menguasai fikiran saya. 383 00:45:38,160 --> 00:45:40,080 Saya tak rasa ia membantunya. 384 00:45:42,280 --> 00:45:47,960 Kurita itu duduk diam di belakang sarang, tak banyak bergerak. 385 00:45:51,240 --> 00:45:54,400 Saya melawat setiap hari untuk periksa keadaannya 386 00:45:55,000 --> 00:45:58,320 dan tertanya, "Inikah hari terakhirnya? Saya takkan berjumpanya lagi?" 387 00:46:14,120 --> 00:46:17,520 Saya mula rasa lega seminggu selepas itu, 388 00:46:18,560 --> 00:46:22,120 dan saya nampak tentakelnya sembuh dengan agak cepat. 389 00:46:26,760 --> 00:46:31,440 Kemudian, saya nampak sesuatu yang amat hebat… 390 00:46:32,120 --> 00:46:35,920 Tentakel baru yang kecil dan sempurna… 391 00:46:36,640 --> 00:46:37,840 telah tumbuh semula. 392 00:46:46,720 --> 00:46:49,360 Ia memberikan saya suatu keyakinan. 393 00:46:49,840 --> 00:46:54,120 Kurita itu boleh mengharungi kesukaran hebat ini. 394 00:46:54,920 --> 00:46:59,080 Saya juga rasa, saya dapat mengharungi kesukaran dalam hidup saya. 395 00:47:01,840 --> 00:47:05,320 Dengan cara yang aneh, kehidupan kami saling serupa. 396 00:47:13,280 --> 00:47:16,800 Hubungan saya dengan manusia juga mula berubah. 397 00:47:21,120 --> 00:47:25,560 Anak saya ketika ini amat berminat dengan segala benda di dalam air. 398 00:47:44,720 --> 00:47:47,200 Setiap hari, saya ceritakan kepadanya. 399 00:47:55,080 --> 00:47:56,760 Dia pernah jumpa kurita itu. 400 00:47:56,840 --> 00:47:58,680 Banyak kali saya bawa dia. 401 00:48:04,120 --> 00:48:05,960 Tentakelnya boleh berfungsi, 402 00:48:06,520 --> 00:48:08,320 walaupun hanya tumbuh separuh. 403 00:48:18,880 --> 00:48:22,680 HARI 250 404 00:48:25,080 --> 00:48:28,800 Perlahan-lahan, tentakelnya tumbuh dan keyakinannya kembali. 405 00:48:33,240 --> 00:48:37,160 Akhirnya, seratus hari kemudian, tentakel itu tumbuh sepenuhnya. 406 00:48:46,000 --> 00:48:49,480 Hebat untuk difikirkan yang haiwan itu mampu berbuat begitu 407 00:48:49,560 --> 00:48:53,040 dan boleh selamat daripada serangan malah sembuh sepenuhnya. 408 00:49:16,520 --> 00:49:17,880 HARI 271 409 00:49:17,960 --> 00:49:22,480 Selepas sekian lama, kurita itu kembali melakukan aktiviti normalnya, 410 00:49:22,560 --> 00:49:26,680 jadi saya mula melangkah ke tahap baru 411 00:49:27,160 --> 00:49:30,320 untuk melihat dunianya dengan lebih mendalam. 412 00:49:36,960 --> 00:49:39,880 Ia hari yang indah, tenang dan cerah. 413 00:49:41,080 --> 00:49:44,800 Kurita itu muncul dan nampak seekor ketam. 414 00:49:49,160 --> 00:49:50,720 Masalah ketam itu ialah… 415 00:49:51,560 --> 00:49:54,080 ketam itu diburu oleh haiwan yang mudah lentur. 416 00:49:56,040 --> 00:49:59,360 Kurita boleh memasuki rekahan yang kecil. 417 00:50:07,960 --> 00:50:10,840 Ketam itu dapat mengesannya 418 00:50:10,920 --> 00:50:16,680 dan pergi bersembunyi di bawah anemone yang besar dan beracun. 419 00:50:20,320 --> 00:50:22,680 Ketam pun tunggu sambil bersembunyi. 420 00:50:46,960 --> 00:50:50,600 Ketam itu fikir, "Baiklah, semuanya okey," 421 00:50:50,680 --> 00:50:54,040 lalu membuat kesilapan dan keluar dari anemone. 422 00:52:35,640 --> 00:52:39,640 Kurita makan dengan comot. Bersepah di sini-sana, baunya merebak. 423 00:52:40,960 --> 00:52:42,400 Saya lihat di sekeliling 424 00:52:42,480 --> 00:52:47,200 dan nampak beberapa tapak sulaiman rapuh yang amat pantas, 425 00:52:47,280 --> 00:52:49,280 semuanya tertarik kepadanya. 426 00:52:55,800 --> 00:52:58,880 Bilangannya yang banyak menakutkan kurita itu 427 00:52:58,960 --> 00:53:02,200 dan kurita itu tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. 428 00:53:04,240 --> 00:53:06,360 Saya fikir, "Ini suatu masalah. 429 00:53:07,200 --> 00:53:11,480 Tapak sulaiman rapuh ini akan selalu mengambil makanannya." 430 00:53:16,560 --> 00:53:19,160 Tidak lama kemudian, 431 00:53:19,240 --> 00:53:23,080 kurita itu seperti terfikir, "Okey, makanan saya dicuri." 432 00:53:23,160 --> 00:53:26,760 Kurita itu angkat tapak sulaiman rapuh menggunakan penghisap 433 00:53:26,840 --> 00:53:29,320 dan campak semuanya keluar dari sarang. 434 00:53:32,440 --> 00:53:34,440 Kini, kurita itu yang berkuasa. 435 00:53:43,960 --> 00:53:48,560 Kurita itu memburu udang karang dengan kaedah sama seperti memburu ketam. 436 00:53:52,320 --> 00:53:53,840 Tiba-tiba, saya lihat… 437 00:53:55,120 --> 00:53:56,800 udang karang keluar dari terumbu. 438 00:54:16,520 --> 00:54:19,560 Saya fikir, "Kurita tentu akan menangkapnya." 439 00:54:30,680 --> 00:54:33,240 Berkali-kali, udang karang dapat mengelak. 440 00:54:40,120 --> 00:54:43,280 Kemudian, beberapa minggu selepas itu, 441 00:54:43,360 --> 00:54:46,400 saya nampak kurita itu keluar dari tepi, 442 00:54:47,600 --> 00:54:53,360 mengepung saya agar kurita itu boleh pergi antara saya dan udang karang. 443 00:54:53,440 --> 00:54:56,680 Kurita menggunakan saya sebagai strategi pemburuannya. 444 00:55:00,720 --> 00:55:02,520 Kurita tidak terkam seperti dulu… 445 00:55:04,800 --> 00:55:07,160 sebaliknya kurita melitupi udang karang. 446 00:55:10,320 --> 00:55:12,440 Kini, udang karang tak dapat lari. 447 00:55:20,600 --> 00:55:23,440 Ini ialah haiwan yang pintar merangka strategi 448 00:55:23,520 --> 00:55:29,440 dan dengan cepat memikirkan cara untuk memburu mangsa yang sukar ditangkap. 449 00:55:36,920 --> 00:55:39,880 Sebahagian besar daripada kepintarannya 450 00:55:39,960 --> 00:55:42,920 datang daripada jumlah mangsa yang perlu ditangkap. 451 00:55:43,640 --> 00:55:45,120 Pelbagai jenis haiwan. 452 00:55:46,600 --> 00:55:50,280 Semua moluska yang menjadi mangsanya mudah untuk ditangkap, 453 00:55:50,800 --> 00:55:53,280 tetapi memiliki cangkerang yang amat keras. 454 00:55:57,520 --> 00:56:02,200 Jadi, bagaimana kurita itu membunuh dan memakannya? 455 00:56:06,200 --> 00:56:08,720 Ada penggerudi di tapak tentakelnya 456 00:56:08,800 --> 00:56:11,280 yang boleh menggerudi menembusi cangkerang. 457 00:56:13,440 --> 00:56:16,880 Kemudian, kurita menitikkan racun ke dalamnya seperti ular 458 00:56:17,440 --> 00:56:19,960 lalu melihat moluska itu bertindak balas. 459 00:56:23,560 --> 00:56:26,720 Namun, beberapa moluska ini hanya akan relaks 460 00:56:26,800 --> 00:56:30,560 jika kurita menggerudi tepat di apeks cangkerang, 461 00:56:31,400 --> 00:56:32,920 iaitu di otot abduktor. 462 00:56:36,160 --> 00:56:38,200 Kurita perlu fikir geometrinya 463 00:56:38,280 --> 00:56:43,320 untuk mengetahui dengan tepat di mana tempatnya untuk menggerudi 464 00:56:43,400 --> 00:56:45,040 untuk mendapatkan makanan. 465 00:56:48,800 --> 00:56:52,120 Ini membuktikan kepintaran invertebrat bertahap tinggi. 466 00:56:52,600 --> 00:56:58,120 Kebolehannya untuk belajar dan mengingati butiran terperinci. 467 00:57:01,360 --> 00:57:05,080 Tiba-tiba saya menyedari betapa banyaknya kurita mengajar saya. 468 00:57:11,240 --> 00:57:15,360 Saya tak sabar untuk bangun pagi kerana banyak yang perlu dibuat 469 00:57:15,960 --> 00:57:21,240 untuk memahami setiap tanda kecil, setiap kelakuan kecil, 470 00:57:21,320 --> 00:57:24,880 setiap spesies, apa yang dibuat dan cara interaksinya. 471 00:57:33,360 --> 00:57:36,560 Orang tanya, "Kenapa pergi ke tempat sama setiap hari?" 472 00:57:37,240 --> 00:57:40,240 Itulah caranya untuk melihat perbezaan halus. 473 00:57:40,960 --> 00:57:43,640 Itu juga caranya untuk mengenali haiwan liar. 474 00:57:46,240 --> 00:57:49,920 Ada beribu-ribu kaitan yang berpunca daripada kurita ini 475 00:57:50,000 --> 00:57:52,520 ke semua haiwan lain, pemangsa dan mangsa, 476 00:57:52,600 --> 00:57:54,680 serta hutan menakjubkan ini 477 00:57:55,640 --> 00:57:57,200 yang memelihara semuanya. 478 00:58:01,840 --> 00:58:05,360 Kini saya tahu apa kaitan siput helmet dengan landak laut 479 00:58:05,440 --> 00:58:08,040 dan apa kaitan kurita dengan siput helmet. 480 00:58:08,120 --> 00:58:10,760 Apabila saya menghubungkan semua ini, 481 00:58:10,840 --> 00:58:13,440 semua kisahnya terdedah dan dapat diketahui. 482 00:58:28,600 --> 00:58:30,360 Ia seperti hutan minda. 483 00:58:32,080 --> 00:58:36,000 Saya dapat merasainya. Haiwan yang besar itu. 484 00:58:37,000 --> 00:58:40,680 Haiwan itu beribu kali lebih sedar dan pintar daripada saya. 485 00:58:42,920 --> 00:58:47,800 Ia seperti otak gergasi di bawah air yang berfungsi selama berjuta-juta tahun. 486 00:58:51,040 --> 00:58:53,160 Ia memastikanya semuanya seimbang. 487 00:59:04,800 --> 00:59:07,560 Pada tahap itu, semuanya seperti… 488 00:59:07,640 --> 00:59:08,480 HARI 304 489 00:59:08,560 --> 00:59:09,800 …sempurna di hutan. 490 00:59:16,160 --> 00:59:18,120 Dan tentu sekali… 491 00:59:19,240 --> 00:59:20,360 saya terlupa… 492 00:59:21,280 --> 00:59:23,520 pemangsa sentiasa ada di sana. 493 01:00:06,120 --> 01:00:07,160 Gambaran itu… 494 01:00:08,800 --> 01:00:13,240 seperti dipahat dalam memori saya, jerung besar tiba-tiba menghampirinya. 495 01:00:21,440 --> 01:00:24,000 Kurita itu duduk diam dan cuba bersembunyi. 496 01:00:29,480 --> 01:00:34,320 Saya nampak jerung itu berenang di pinggir dan mengesan baunya. 497 01:00:41,960 --> 01:00:44,760 Saya fikir, "Alamak, sama seperti dulu… 498 01:00:46,360 --> 01:00:47,840 mimpi ngeri bakal berulang." 499 01:01:46,000 --> 01:01:47,960 Kurita itu meluru ke dalam kanopi 500 01:01:48,040 --> 01:01:53,320 dan membalut banyak daun kelpa di sekeliling tubuhnya dengan ketat. 501 01:01:54,520 --> 01:01:55,960 Kemudian, mengintai keluar. 502 01:02:21,520 --> 01:02:23,320 Baunya melekat pada kelpa, 503 01:02:23,400 --> 01:02:26,200 jadi jerung kini menggigit dan menyentap kelpa. 504 01:02:44,720 --> 01:02:46,160 Kurita keluar di belakang. 505 01:03:00,720 --> 01:03:04,520 Kurita itu memanjat ke atas batu, meninggalkan air dan saya tergamam. 506 01:03:09,080 --> 01:03:10,560 Saya terdiam… 507 01:03:11,320 --> 01:03:12,680 dan tak dapat percaya. 508 01:03:17,120 --> 01:03:20,320 Tapi masalahnya, kurita itu perlu memasuki air semula. 509 01:03:28,760 --> 01:03:32,240 Di sebelah sana, jerung dapat mengesan baunya lagi. 510 01:03:33,320 --> 01:03:35,280 Kejar-mengejar hebat bermula. 511 01:04:07,840 --> 01:04:09,840 Kemudian, saya nampak kurita itu, 512 01:04:10,880 --> 01:04:13,600 dalam pergerakan yang pantas, 513 01:04:14,080 --> 01:04:18,120 mengangkat lebih kurang seratus cangkerang dan batu… 514 01:04:20,920 --> 01:04:25,120 dan melipat tentakelnya di atas kepalanya yang terdedah. 515 01:04:26,800 --> 01:04:27,960 Pada ketika itu, 516 01:04:28,600 --> 01:04:31,360 saya sedar, "Inilah benda gila yang saya lihat… 517 01:04:32,440 --> 01:04:33,320 sudah lama dahulu." 518 01:04:59,840 --> 01:05:01,960 Selepas itu, jerung membahamnya. 519 01:05:24,520 --> 01:05:26,400 Tetapi saya perlu ambil nafas. 520 01:05:26,880 --> 01:05:29,480 Saya meluru ke permukaan secepat mungkin. 521 01:05:31,760 --> 01:05:33,160 Terus menyelam semula. 522 01:05:38,840 --> 01:05:41,680 Saya fikir, "Okey, ini tak masuk akal langsung." 523 01:05:42,480 --> 01:05:47,720 Entah bagaimana, kurita itu dapat lari ke tempat paling tidak berbahaya 524 01:05:47,800 --> 01:05:49,560 iaitu di atas jerung sendiri. 525 01:06:01,240 --> 01:06:04,480 Jerung itu cuba menjatuhkannya dan berenang dari situ. 526 01:06:06,840 --> 01:06:09,040 Saya perlu beberapa saat untuk faham 527 01:06:09,120 --> 01:06:10,760 apa yang sedang berlaku. 528 01:06:10,840 --> 01:06:12,560 Tapi saya nampak serta-merta 529 01:06:13,120 --> 01:06:14,840 bahawa kurita itu berkuasa. 530 01:06:27,920 --> 01:06:30,720 Apabila jerung mendekati kelpa yang tebal, 531 01:06:32,920 --> 01:06:34,640 kurita melepaskan diri… 532 01:06:46,400 --> 01:06:48,320 menjatuhkan cangkerang yang lain 533 01:06:49,200 --> 01:06:50,400 dan memecut pergi. 534 01:06:56,600 --> 01:06:59,600 Jerung itu benar-benar diperdayakan. 535 01:07:32,800 --> 01:07:37,560 Jerung datang, pusing sekali, tapi kurita itu selamat. 536 01:07:37,640 --> 01:07:40,760 Tiada apa yang boleh dibuat. Jadi, jerung itu pergi. 537 01:07:45,720 --> 01:07:51,000 Bagaimana kurita boleh fikir sepantas itu dan buat keputusan membabitkan nyawanya. 538 01:07:52,240 --> 01:07:55,080 Ya, ia memang mengagumkan. 539 01:08:18,360 --> 01:08:22,680 Saya hadir dalam 80 peratus daripada hidupnya. 540 01:08:24,440 --> 01:08:27,440 Setiap saat begitu berharga kerana hidupnya singkat. 541 01:08:31,280 --> 01:08:33,240 Ada suatu hari yang menakjubkan. 542 01:08:34,080 --> 01:08:35,960 Sekawan ikan mimpi yang besar. 543 01:08:37,720 --> 01:08:39,160 Airnya agak cetek. 544 01:08:41,560 --> 01:08:43,040 Tiba-tiba, kurita itu… 545 01:08:43,840 --> 01:08:46,080 menggapai ke permukaan begini. 546 01:08:51,920 --> 01:08:53,440 Pada mulanya, saya fikir… 547 01:08:54,120 --> 01:08:55,960 "Kurita itu mahu memburu ikan." 548 01:09:02,240 --> 01:09:04,280 Kemudian saya kata, "Sebentar." 549 01:09:04,360 --> 01:09:07,240 Apabila memburu, kurita itu selalunya strategik… 550 01:09:07,840 --> 01:09:09,040 dan fokus. 551 01:09:14,920 --> 01:09:17,600 Sikapnya ini tak seperti pemangsa. 552 01:09:21,640 --> 01:09:24,520 Lama saya memerhatikan untuk memahaminya. 553 01:09:26,520 --> 01:09:29,800 Saya terfikir, "Kurita itu bermain dengan ikan." 554 01:09:45,040 --> 01:09:47,960 Kita selalu nampak haiwan sosial bermain. 555 01:09:48,040 --> 01:09:53,000 Ini haiwan yang amat antisosial yang sedang bermain dengan ikan. 556 01:09:56,480 --> 01:09:58,800 Ia membawa haiwan itu ke tahap berbeza. 557 01:10:10,400 --> 01:10:13,200 Kemudian, kurita itu hilang minat dengan ikan, 558 01:10:13,960 --> 01:10:15,000 meluru ke mari, 559 01:10:17,640 --> 01:10:19,040 dan memegang saya. 560 01:10:30,920 --> 01:10:34,400 Itu adalah kali terakhir kami bersentuhan. 561 01:10:55,560 --> 01:11:01,760 HARI 324 562 01:11:05,000 --> 01:11:06,360 Jika difikirkan semula, 563 01:11:07,440 --> 01:11:10,520 saya ingat ia hari yang sukar dan bergelora. 564 01:11:17,720 --> 01:11:19,400 Sedimen di mana-mana. 565 01:11:22,440 --> 01:11:23,680 Saya menyelam dan… 566 01:11:24,560 --> 01:11:27,080 ada kurita lain yang besar di tepinya. 567 01:11:34,520 --> 01:11:38,000 Sangat jarang untuk melihat dua kurita begitu dekat. 568 01:11:40,560 --> 01:11:42,360 "Oh, Tuhan. Apa yang berlaku?" 569 01:11:48,360 --> 01:11:51,800 Saya nampak kedua-dua kurita agak tenang 570 01:11:51,880 --> 01:11:55,120 dan sedar, "Okey, proses mengawan sedang bermula." 571 01:12:07,080 --> 01:12:12,280 Pada tahap ini, saya sudah arif tentang peringkat hidup kurita. 572 01:12:12,840 --> 01:12:16,800 Walaupun saya teruja bahawa proses mengawan bermula, 573 01:12:17,400 --> 01:12:18,520 saya juga rasa… 574 01:12:19,360 --> 01:12:20,200 ketakutan… 575 01:12:20,840 --> 01:12:22,200 dalam diri saya. 576 01:12:31,320 --> 01:12:33,520 Kurita itu takkan keluar dari sarang. 577 01:12:33,600 --> 01:12:37,480 Tidak makan lagi, tidak memburu lagi. 578 01:12:39,120 --> 01:12:43,280 Sebahagian besar dirinya diberikan kepada telur-telurnya. 579 01:12:43,360 --> 01:12:48,160 Jadi kurita kehilangan berat dan sebahagian besar daripada kekuatannya. 580 01:12:53,040 --> 01:12:56,040 Kurita itu bertelur di belakang, di dalam gelap. 581 01:12:56,280 --> 01:12:57,840 Mustahil untuk melihatnya. 582 01:13:04,560 --> 01:13:07,120 Saya kembali setiap hari untuk memeriksanya. 583 01:13:09,080 --> 01:13:13,200 Kurita itu mengoksigenkan telur-telur menggunakan sifon dan menjaganya. 584 01:13:14,440 --> 01:13:16,320 Kurita itu mati perlahan-lahan 585 01:13:16,400 --> 01:13:21,000 dan memastikan kematiannya tepat untuk penetasan telur-telur itu. 586 01:13:27,040 --> 01:13:29,680 Kurita itu membuatkan saya sedar. 587 01:13:32,000 --> 01:13:35,920 Invertebrat ini yang merupakan suatu moluska, 588 01:13:36,000 --> 01:13:38,080 mengorbankan nyawanya 589 01:13:38,720 --> 01:13:39,840 untuk anak-anaknya. 590 01:13:52,400 --> 01:13:54,720 Semua telurnya menetas. 591 01:13:55,240 --> 01:13:59,120 Anak-anaknya kecil dan hanyut memasuki kolum air. 592 01:13:59,760 --> 01:14:01,360 Beratus ribu bilangannya. 593 01:14:07,720 --> 01:14:09,200 Selepas itu saya nampak 594 01:14:09,280 --> 01:14:12,720 kurita itu hanyut keluar dari sarang, hampir tak bernyawa. 595 01:14:19,040 --> 01:14:21,240 Ikan-ikan lain mula memakannya. 596 01:14:21,320 --> 01:14:23,840 Banyak pebangkai datang untuk memakannya. 597 01:14:27,080 --> 01:14:28,640 Ia amat memilukan. 598 01:14:35,520 --> 01:14:38,520 Saya mahu peluk kurita itu dan menghalau yang lain. 599 01:14:40,200 --> 01:14:41,760 Tapi saya tak buat begitu. 600 01:14:55,320 --> 01:14:56,360 Keesokan harinya… 601 01:14:58,200 --> 01:14:59,400 jerung besar datang. 602 01:15:12,040 --> 01:15:16,960 Jerung itu membawanya pergi memasuki hutan berkabus. 603 01:15:30,600 --> 01:15:34,160 Saya selalu kembali ke kawasan sarang utamanya. 604 01:15:39,600 --> 01:15:42,320 Saya terapung di situ dan merasai kehadirannya. 605 01:15:44,640 --> 01:15:46,440 Sudah tentu saya merinduinya. 606 01:15:58,960 --> 01:15:59,920 Tetapi… 607 01:16:05,040 --> 01:16:07,560 yang anehnya, saya juga rasa lega. 608 01:16:10,840 --> 01:16:13,720 Saya lega kerana kesukaran untuk 609 01:16:13,800 --> 01:16:16,040 menyelam dan menjejakinya setiap hari… 610 01:16:18,200 --> 01:16:20,640 dan cuba merakamnya, ia sebenarnya… 611 01:16:22,360 --> 01:16:23,480 Ia sebenarnya sukar. 612 01:16:23,560 --> 01:16:25,640 Hingga saya tidur dan mimpikan… 613 01:16:27,560 --> 01:16:28,520 haiwan ini. 614 01:16:28,600 --> 01:16:30,440 Saya juga… 615 01:16:32,840 --> 01:16:35,080 dalam kepala saya, berfikir seperti kurita. 616 01:16:35,160 --> 01:16:38,320 Semua itu sebenarnya amat memenatkan. 617 01:16:51,720 --> 01:16:53,200 Namun di sebaliknya, 618 01:16:53,280 --> 01:16:56,560 saya rasa bangga terhadap haiwan ini 619 01:16:56,640 --> 01:17:01,120 yang telah melalui pelbagai kesukaran untuknya tiba ke tahap itu. 620 01:17:03,920 --> 01:17:06,080 Hidupnya mustahil untuk dibayangkan. 621 01:17:31,120 --> 01:17:36,160 Salah satu benda paling mengujakan dalam hidup saya ialah membawa anak saya 622 01:17:37,160 --> 01:17:38,960 berjalan di tepi pantai 623 01:17:39,040 --> 01:17:42,200 dan menunjukkan keajaiban alam semula jadi kepadanya 624 01:17:42,280 --> 01:17:45,120 serta semua butiran dan selok-beloknya. 625 01:17:50,560 --> 01:17:54,480 Banyak yang saya dapat daripada alam dan kini saya boleh memberi. 626 01:17:56,880 --> 01:17:59,440 Saya ada banyak tenaga untuk diberikan. 627 01:18:06,320 --> 01:18:10,560 Dia seperti ahli biologi marin kecil. Banyak yang dia tahu. 628 01:18:16,160 --> 01:18:18,040 Perenang yang kuat. 629 01:18:21,640 --> 01:18:25,280 Semakin besar, dia semakin bersemangat untuk meneruskannya. 630 01:18:35,520 --> 01:18:36,880 Melihatnya berkembang, 631 01:18:37,600 --> 01:18:42,520 rasa jati diri yang kuat, 632 01:18:45,920 --> 01:18:47,720 keyakinan yang mengagumkan, 633 01:18:49,280 --> 01:18:51,040 namun yang paling penting, 634 01:18:51,120 --> 01:18:52,720 kelembutannya. 635 01:18:53,440 --> 01:18:57,720 Saya rasa itulah yang beribu-ribu jam di dalam alam semula jadi 636 01:18:57,800 --> 01:18:59,720 boleh diajar kepada kanak-kanak. 637 01:19:08,000 --> 01:19:10,320 Beberapa bulan selepas kurita itu mati, 638 01:19:10,400 --> 01:19:15,080 anak saya menjumpai kurita yang kecil. 639 01:19:20,520 --> 01:19:23,160 Jarang untuk melihat haiwan sekecil itu. 640 01:19:27,640 --> 01:19:31,880 Hampir setengah juta kurita yang menetas. Hanya sedikit yang bertahan. 641 01:19:32,560 --> 01:19:36,800 Anak kurita perlu melalui kehidupan yang sukar. 642 01:19:36,880 --> 01:19:39,960 Namun, itulah strateginya. Hidup cepat dan mati muda. 643 01:19:45,480 --> 01:19:48,880 Kami bayangkan itu mungkin salah satu anaknya. 644 01:19:50,120 --> 01:19:52,440 Saiznya betul, masanya juga betul. 645 01:19:56,920 --> 01:20:00,240 Ia begitu menggembirakan. Kami kata, "Ya, itu kuritanya." 646 01:20:25,240 --> 01:20:27,040 Kurita itu menyedarkan saya 647 01:20:27,880 --> 01:20:30,480 betapa berharganya alam semula jadi. 648 01:20:40,320 --> 01:20:42,120 Apabila anda memasuki air itu… 649 01:20:44,520 --> 01:20:46,760 rasanya begitu membebaskan. 650 01:20:46,840 --> 01:20:47,800 Segala-gala… 651 01:20:48,320 --> 01:20:52,360 kebimbangan, masalah dan drama lenyap serta-merta. 652 01:21:02,680 --> 01:21:06,120 Anda mula mengambil berat tentang semua haiwan. 653 01:21:06,200 --> 01:21:08,440 Walaupun haiwan yang paling kecil. 654 01:21:13,400 --> 01:21:17,040 Anda sedar, setiap satu adalah penting. 655 01:21:21,800 --> 01:21:25,280 Melihat betapa mudahnya haiwan ini terdedah kepada bahaya. 656 01:21:26,840 --> 01:21:30,240 Begitu juga dengan kehidupan kita di planet ini. 657 01:21:36,640 --> 01:21:42,080 Hubungan saya dengan hutan laut serta makhluknya semakin mendalam… 658 01:21:44,880 --> 01:21:47,800 seminggu ke sebulan ke setahun ke bertahun-tahun. 659 01:21:52,400 --> 01:21:56,320 Anda begitu dekat dengan alam ini yang seolah-olah bercakap kepada anda. 660 01:21:57,600 --> 01:21:59,000 Bahasanya jelas. 661 01:22:14,040 --> 01:22:16,360 Saya jatuh cinta pada kurita itu, 662 01:22:16,440 --> 01:22:20,720 tetapi juga pada alam semula jadi yang diwakilinya 663 01:22:20,800 --> 01:22:22,880 dan ia telah mengubah saya. 664 01:22:37,840 --> 01:22:40,680 Kurita itu mengajar saya untuk rasa… 665 01:22:41,320 --> 01:22:45,040 bahawa saya sebahagian daripada alam itu, bukan sekadar pelawat. 666 01:22:45,320 --> 01:22:46,880 Ia perbezaan yang ketara. 667 01:23:01,120 --> 01:23:05,080 CRAIG MASIH MENYELAM SETIAP HARI, TAPI BUKAN SEORANG DIRI LAGI. 668 01:23:05,160 --> 01:23:07,480 BELIAU MENJADI PENGASAS BERSAMA PROJEK SEA CHANGE, 669 01:23:07,560 --> 01:23:09,920 KOMUNITI PENYELAM YANG MENUMPUKAN USAHA 670 01:23:10,000 --> 01:23:12,600 UNTUK PERLINDUNGAN HUTAN KELPA SEUMUR HIDUP. 671 01:24:48,920 --> 01:24:52,080 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman