1 00:00:07,480 --> 00:00:11,960 Penjara Keselamatan Maksimum Brandvlei di Afrika Selatan. 2 00:00:12,840 --> 00:00:16,000 Menempatkan gengster paling ganas di negara ini. 3 00:00:16,080 --> 00:00:18,880 Pembunuhan, pengubahan wang haram, penculikan… 4 00:00:19,640 --> 00:00:21,760 Tapi mereka bukan gengster sembarangan. 5 00:00:21,840 --> 00:00:26,040 Kebanyakan banduan di sini merupakan ahli Geng Nombor yang ditakuti. 6 00:00:27,320 --> 00:00:30,760 Ini bukan tempat yang baik. Ini bukan rumah mak kau. 7 00:00:30,840 --> 00:00:33,520 Mereka mengamalkan tatahidup yang ganas… 8 00:00:33,600 --> 00:00:38,360 Kumpulan aku mengehendaki seorang warden mati juga. 9 00:00:38,440 --> 00:00:40,720 …yang membuatkan pengawal di sini dalam bahaya… 10 00:00:40,800 --> 00:00:42,200 Saya ditikam. 11 00:00:42,280 --> 00:00:45,040 …dan mengugut orang luar seperti saya. 12 00:00:46,640 --> 00:00:48,040 Kami akan terus membunuh. 13 00:00:48,880 --> 00:00:50,600 Saya Raphael Rowe, 14 00:00:50,680 --> 00:00:54,120 dan saya akan luangkan seminggu di penjara Afrika Selatan 15 00:00:54,200 --> 00:00:56,320 yang dikawal oleh Geng Nombor. 16 00:00:57,040 --> 00:00:59,880 Tapi ini bukan kali pertama saya dipenjarakan. 17 00:00:59,960 --> 00:01:04,240 Saya pernah disabitkan di UK atas pembunuhan yang saya tidak lakukan 18 00:01:04,320 --> 00:01:07,200 dan dijatuhkan hukuman penjara tanpa parol. 19 00:01:07,280 --> 00:01:10,640 Saya mengambil masa 12 tahun untuk membersihkan nama saya. 20 00:01:11,760 --> 00:01:14,280 Kini, saya mengembara ke serata dunia 21 00:01:14,360 --> 00:01:16,040 untuk merasai kehidupan 22 00:01:16,120 --> 00:01:19,240 di penjara paling teruk di dunia. 23 00:01:30,000 --> 00:01:32,120 Cape Town, Afrika Selatan, 24 00:01:32,200 --> 00:01:34,200 bandar tepi pantai yang maju. 25 00:01:34,680 --> 00:01:37,320 Tapi di pinggirnya terletak Cape Flats, 26 00:01:37,400 --> 00:01:39,800 peninggalan zaman aparteid. 27 00:01:40,560 --> 00:01:44,920 Orang yang bukan berkulit putih dipaksa tinggal di sini dalam kemiskinan. 28 00:01:45,000 --> 00:01:46,920 Dan ramai masih menghuninya. 29 00:01:47,520 --> 00:01:50,000 Kawasan ini terjejas akibat keganasan geng, 30 00:01:50,080 --> 00:01:53,200 dengan purata lapan pembunuhan setiap hari. 31 00:01:54,200 --> 00:01:55,680 Keadaan begitu berbahaya 32 00:01:55,760 --> 00:01:59,240 hinggakan tentera pernah dihantar untuk memulihkan keamanan. 33 00:01:59,760 --> 00:02:00,680 Perhatian! 34 00:02:00,760 --> 00:02:04,480 Kadar pembunuhan di Cape Town antara yang tertinggi di dunia, 35 00:02:04,560 --> 00:02:07,120 dan malam ini saya mengikuti Unit Antigeng mereka. 36 00:02:08,000 --> 00:02:12,080 Saya menyertai AGU yang akan menyerbu geng dadah bersenjata. 37 00:02:16,320 --> 00:02:19,440 Kapten Althea Jefra mengetuai serbuan 38 00:02:19,520 --> 00:02:23,040 ke atas kejiranan paling berbahaya di Cape Flats. 39 00:02:23,120 --> 00:02:25,680 Adakah awak selalu berdepan dengan gengster 40 00:02:25,760 --> 00:02:28,320 yang membawa senjata 41 00:02:28,400 --> 00:02:31,240 dan mengancam pegawai awak dengan senjata itu? 42 00:02:31,320 --> 00:02:32,160 Ya. 43 00:02:32,240 --> 00:02:35,320 Seminggu setengah yang lalu, di kawasan kita tuju ni, 44 00:02:35,400 --> 00:02:39,680 pegawai polis ditembak semasa bertugas oleh gengster. 45 00:02:39,760 --> 00:02:41,480 Jadi, ancamannya memang ada. 46 00:02:43,640 --> 00:02:44,480 Mari lakukan. 47 00:02:46,440 --> 00:02:48,400 Masuk dan tutup pintu. 48 00:02:48,480 --> 00:02:50,240 Mereka suruh orang masuk. 49 00:02:51,800 --> 00:02:55,960 Ada lebih seratus ribu ahli geng di Cape Flats, 50 00:02:56,040 --> 00:02:58,560 bersaing untuk menguasai kejiranan ini. 51 00:02:58,640 --> 00:03:01,480 Itu MG 30? Mongrel? 52 00:03:01,560 --> 00:03:02,560 - Mongrel. - Ya. 53 00:03:02,640 --> 00:03:04,720 Apa mereka buat sekarang ni? 54 00:03:04,800 --> 00:03:07,040 Sesetengah geng ada tanda tertentu, 55 00:03:07,120 --> 00:03:09,160 singkatan tertentu pada badan mereka. 56 00:03:09,240 --> 00:03:11,160 Kita boleh lihat mereka geng Mongrel. 57 00:03:11,240 --> 00:03:13,880 - Dia ada tatu MG. Itu Geng Mongrel. - Betul. 58 00:03:13,960 --> 00:03:17,080 Di blok pangsapuri ini, ada satu geng. 59 00:03:19,000 --> 00:03:20,560 Di sana geng lain pula. 60 00:03:20,640 --> 00:03:22,680 - Ini kawasannya. Dia tak boleh gerak. - Baik. 61 00:03:23,800 --> 00:03:26,280 Kami memasuki blok pangsapuri 62 00:03:26,360 --> 00:03:30,360 berdasarkan risikan yang penghuninya ialah pengedar dadah. 63 00:03:30,440 --> 00:03:32,120 Saya Kapten Jefra, Unit Antigeng. 64 00:03:32,200 --> 00:03:34,480 Saya difahamkan awak ada banyak wang di sini. 65 00:03:36,960 --> 00:03:38,640 Berapa banyak duit yang ada? 66 00:03:39,200 --> 00:03:40,480 Ini duit serbuk cuci. 67 00:03:40,560 --> 00:03:42,080 - Duit serbuk cuci? - Ya. 68 00:03:42,160 --> 00:03:44,440 Saya mahu beli serbuk cuci awak. 69 00:03:44,520 --> 00:03:46,240 Parol awak atas kesalahan apa? 70 00:03:46,320 --> 00:03:47,240 Pembunuhan. 71 00:03:48,200 --> 00:03:49,200 Boleh kami masuk? 72 00:03:49,280 --> 00:03:51,040 Tanggalkan baju awak. 73 00:03:51,120 --> 00:03:53,240 Kami nak tengok tanda geng awak. 74 00:03:54,640 --> 00:03:56,840 Lelaki ini ada banyak tatu. 75 00:03:56,920 --> 00:04:00,800 Sesetengahnya daripada geng jalanannya, tapi ada satu tatu nombor. 76 00:04:01,320 --> 00:04:02,160 26. 77 00:04:02,240 --> 00:04:03,080 26, ya. 78 00:04:10,640 --> 00:04:13,480 Lelaki yang tinggal di premis tadi dibebaskan dengan parol 79 00:04:14,040 --> 00:04:15,160 atas pembunuhan, 80 00:04:15,240 --> 00:04:19,320 dan dia mempunyai tatu nombor 26 pada badannya… 81 00:04:20,560 --> 00:04:25,000 yang saya rasa bermakna, dia sebahagian daripada Geng Nombor penjara. 82 00:04:25,880 --> 00:04:29,640 Kehidupan mereka dikawal sepenuhnya oleh geng-geng mereka. 83 00:04:31,000 --> 00:04:34,560 Dan jika mereka masuk penjara, mereka cuma perlu bertukar pihak 84 00:04:34,640 --> 00:04:37,280 daripada geng jalanan kepada geng penjara 85 00:04:37,360 --> 00:04:39,040 yang disertai mereka. 86 00:04:39,800 --> 00:04:41,720 Geng Nombor yang terkenal. 87 00:04:46,680 --> 00:04:49,920 Ramai orang yang ditahan dalam serbuan semalam 88 00:04:50,000 --> 00:04:52,480 akan dihantar ke sini, 89 00:04:52,560 --> 00:04:55,120 Penjara Keselamatan Maksimum Brandvlei. 90 00:04:55,840 --> 00:04:58,120 Saya berpeluh-peluh di belakang trak ini, 91 00:04:58,200 --> 00:05:01,080 dan akan menghabiskan masa seminggu untuk merasai kehidupan 92 00:05:01,160 --> 00:05:05,800 sebagai banduan di penjara yang dikuasai oleh Geng Nombor. 93 00:05:06,480 --> 00:05:08,640 Sebagai orang asing, sebagai banduan baru, 94 00:05:08,720 --> 00:05:11,800 yang tiada kaitan dengan mana-mana geng 95 00:05:11,880 --> 00:05:13,560 yang menguasai penjara ini… 96 00:05:14,600 --> 00:05:16,880 Saya tak tahu penerimaan mereka terhadap saya. 97 00:05:16,960 --> 00:05:20,080 Saya ingin tahu bagaimana penjara ini boleh beroperasi 98 00:05:20,160 --> 00:05:22,320 apabila geng mempunyai kuasa begitu besar. 99 00:05:22,400 --> 00:05:26,480 Bagaimana mereka mengawal banduan 100 00:05:26,560 --> 00:05:30,040 yang mempunyai sistem tersendiri, hierarki tersendiri, 101 00:05:30,120 --> 00:05:34,040 peraturan tersendiri, dan cara hidup tersendiri? 102 00:05:34,520 --> 00:05:36,880 Bagaimana pengawal menjaga keselamatan diri mereka, 103 00:05:37,440 --> 00:05:39,240 dan banduan baru seperti saya? 104 00:05:45,000 --> 00:05:45,840 - Encik. - Ya. 105 00:05:47,520 --> 00:05:51,720 Banduan di sini dipindahkan dari penjara serata Cape Barat 106 00:05:51,800 --> 00:05:56,600 untuk menjalani hukuman panjang mereka atas jenayah yang amat serius. 107 00:05:58,240 --> 00:06:02,680 Melihat mereka bukan saja menggari, malah merantai kaki, 108 00:06:03,640 --> 00:06:06,680 menunjukkan mereka berdepan dengan penjenayah tegar 109 00:06:06,760 --> 00:06:10,320 yang memerlukan langkah-langkah keselamatan maksimum. 110 00:06:12,840 --> 00:06:17,120 Ikut arahan kami. Apabila saya lepaskan tangan awak, letak di atas lutut kanan. 111 00:06:18,560 --> 00:06:22,480 Kami sekarang akan lakukan pemeriksaan bogel. 112 00:06:22,560 --> 00:06:25,120 Jadi, awak perlu tanggalkan seluruh pakaian. 113 00:06:25,200 --> 00:06:26,720 Tinggalkan seluar dalam saja. 114 00:06:28,960 --> 00:06:31,120 Semasa awak membuka pakaian, 115 00:06:31,200 --> 00:06:33,800 kami juga memeriksa jika ada tatu pada badan awak. 116 00:06:33,880 --> 00:06:35,280 Pusingkan badan. 117 00:06:35,840 --> 00:06:37,080 Okey, angkat tangan. 118 00:06:40,040 --> 00:06:42,160 Geng Nombor yang ada di Afrika Selatan, 119 00:06:42,240 --> 00:06:44,520 biasanya mencacah tatu geng pada badan. 120 00:06:44,600 --> 00:06:46,240 Ini untuk mengenal pasti ahlinya. 121 00:06:46,320 --> 00:06:49,680 - Awak boleh lihat saya tiada tatu. - Ya. 122 00:06:49,760 --> 00:06:53,760 - Jadi, saya bukan ahli Geng Nombor? - Ya. 123 00:06:53,840 --> 00:06:57,760 Dalam bahasa Afrikaans, mereka panggil frans. Bukan ahli geng. 124 00:06:57,840 --> 00:07:02,080 Jadi, nasihat saya ialah jangan nampak takut, 125 00:07:02,160 --> 00:07:04,920 dan ikut arahan. Ikut cakap mereka. 126 00:07:05,000 --> 00:07:09,040 Sebab orang yang bukan ahli geng tak dibenarkan buat apa-apa 127 00:07:09,120 --> 00:07:11,320 tanpa arahan mereka. 128 00:07:11,400 --> 00:07:14,120 Itu cara mereka. Mereka ada tatakelakuan tersendiri. 129 00:07:14,800 --> 00:07:17,160 Tatakelakuan yang awak tak dapat kawal? 130 00:07:17,240 --> 00:07:18,800 Yang kami tak dapat kawal. 131 00:07:20,320 --> 00:07:21,200 Okey. 132 00:07:22,400 --> 00:07:26,200 Saya diproses mengikut sistem dan diberikan unit. 133 00:07:26,720 --> 00:07:30,480 Awak telah ditetapkan untuk pergi ke unit K-3. 134 00:07:30,560 --> 00:07:33,000 Apa yang saya boleh jangkakan di K-3? 135 00:07:33,080 --> 00:07:36,640 Itu unit dengan ahli geng paling aktif. 136 00:07:36,720 --> 00:07:40,760 Semua pesalah yang ada kaitan dengan geng penjara 137 00:07:40,840 --> 00:07:42,680 ditempatkan di unit itu. 138 00:07:42,760 --> 00:07:48,400 Saya semakin gementar memikirkan penerimaan mereka terhadap saya. 139 00:07:48,480 --> 00:07:51,000 Siapakah ahli Geng Nombor ini? 140 00:07:51,080 --> 00:07:52,840 Apa yang mereka jangka daripada saya? 141 00:07:54,280 --> 00:07:56,200 Ini unit tempat tinggal awak. 142 00:07:57,160 --> 00:08:01,520 Sebelum saya diberikan sel, saya diminta melapor diri kepada En. Hendry, 143 00:08:01,600 --> 00:08:04,400 ketua K-3, untuk orientasi. 144 00:08:05,600 --> 00:08:07,240 Raphael Rowe. 145 00:08:07,800 --> 00:08:09,720 Awak ahli gengkah? 146 00:08:09,800 --> 00:08:10,640 Tidak. 147 00:08:11,160 --> 00:08:13,480 - Bukan ahli mana-mana geng? - Bukan. 148 00:08:13,560 --> 00:08:15,640 Ada tiga geng utama di sini. 149 00:08:16,520 --> 00:08:20,400 Geng 26, 27 dan 28. 150 00:08:21,080 --> 00:08:22,360 Ada ritual… 151 00:08:24,480 --> 00:08:25,440 tertentu… 152 00:08:26,480 --> 00:08:29,480 yang dilakukan di penjara Afrika Selatan. 153 00:08:30,040 --> 00:08:33,400 Awak tak boleh masuk dan pilih mana-mana katil yang ada… 154 00:08:34,040 --> 00:08:35,360 ambil katil itu terus. 155 00:08:36,280 --> 00:08:40,240 Saya boleh bagi awak katil dan cakap, "Raphael, awak tidur sini." 156 00:08:41,520 --> 00:08:45,160 Tapi apabila saya pergi mereka akan tarik awak dari katil itu. 157 00:08:46,080 --> 00:08:48,520 Mereka akan letak awak di tempat mereka mahu. 158 00:08:48,600 --> 00:08:52,200 Awak tak boleh kawal tindakan mereka? 159 00:08:52,760 --> 00:08:54,920 Kami cuba yang terbaik untuk halangnya, tapi… 160 00:08:56,920 --> 00:08:58,000 tiada gunanya. 161 00:08:58,600 --> 00:09:01,320 En. Buetzengarke, bawa dia ke bilik sepuluh. 162 00:09:01,400 --> 00:09:03,880 Saya diberitahu setiap banduan di K-3 163 00:09:03,960 --> 00:09:07,120 ialah ahli salah satu daripada tiga kumpulan geng penjara. 164 00:09:07,200 --> 00:09:11,960 Geng Nombor, kumpulan 26, 27, dan 28. 165 00:09:12,440 --> 00:09:15,200 Jauhkan diri dari penjara. Ini bukan tempat yang bagus. 166 00:09:15,280 --> 00:09:16,840 Ini bukan rumah mak kau. 167 00:09:19,200 --> 00:09:22,880 Mereka dikurung di sebalik tirai besi. 168 00:09:23,840 --> 00:09:28,520 Dan saya akan masuk ke sel dan berjumpa rakan sel saya buat pertama kalinya. 169 00:09:29,120 --> 00:09:33,480 Saya akan berkongsi sel sesak dengan lapan gengster dari Cape Flats, 170 00:09:33,560 --> 00:09:35,720 kesemuanya ahli Geng Nombor. 171 00:09:38,520 --> 00:09:39,360 Di sini? 172 00:09:44,720 --> 00:09:45,880 Apa khabar? Saya Raphael. 173 00:09:46,560 --> 00:09:49,440 Saya cuba perkenalkan diri kepada rakan sel saya, 174 00:09:49,520 --> 00:09:51,360 tapi mereka tidak endahkan saya. 175 00:09:51,440 --> 00:09:54,320 Saya tidak pernah dilayan sebegini. 176 00:09:54,400 --> 00:09:58,400 Sebaliknya, mereka bagi isyarat tangan kepada satu sama lain 177 00:09:58,480 --> 00:10:01,560 dan berbincang dalam bahasa pelik. 178 00:10:01,640 --> 00:10:03,560 Saya tak tahu apa mereka buat. 179 00:10:05,160 --> 00:10:09,480 Saya dikurung di dalam sel, dan kini mereka yang berkuasa 180 00:10:10,200 --> 00:10:11,320 - Bahasa Inggeris? - Ya. 181 00:10:11,400 --> 00:10:12,600 Mengapa masuk penjara? 182 00:10:13,080 --> 00:10:14,080 Saya Raphael. 183 00:10:14,160 --> 00:10:16,160 Raphael. Mengapa kau masuk penjara? 184 00:10:16,240 --> 00:10:17,600 - Saya bukan sesiapa. - Bukan? 185 00:10:17,680 --> 00:10:18,680 Apa kau ada? 186 00:10:19,520 --> 00:10:22,200 Duit? Apa-apa? Kot? Ada? 187 00:10:22,280 --> 00:10:23,840 - Saya tiada apa-apa. - Kau tiada… 188 00:10:23,920 --> 00:10:26,320 - Mereka ambil semuanya? - Semuanya? 189 00:10:27,000 --> 00:10:29,080 Jika kami cari, dan jumpa apa-apa, 190 00:10:29,160 --> 00:10:31,000 nahaslah kau. 191 00:10:34,080 --> 00:10:35,520 Dia akan cakap dengan kau. 192 00:10:35,600 --> 00:10:39,640 Perkara yang saya cakap disampaikan kepada dua rakan sel saya, 193 00:10:39,720 --> 00:10:43,480 Lee dan Curtis, yang kini mahu bercakap dengan saya. 194 00:10:43,560 --> 00:10:47,880 Kau duduk sini. Jangan banyak cakap. Apabila aku cakap, kau jawab. 195 00:10:47,960 --> 00:10:49,600 - Okey. - Okey. 196 00:10:50,080 --> 00:10:52,240 - Nama kau Raphael? - Raphael. 197 00:10:52,880 --> 00:10:54,240 Kau asal dari mana? 198 00:10:54,320 --> 00:10:55,880 - Saya dari England. - England? 199 00:10:55,960 --> 00:10:57,760 - Dari London. - London? 200 00:10:57,840 --> 00:11:00,080 Cantik kasut kau. 201 00:11:01,040 --> 00:11:04,240 Kau kata kau tak bawa apa-apa. 202 00:11:04,320 --> 00:11:06,320 Mereka ambil semua barang saya. 203 00:11:06,400 --> 00:11:07,640 Semua barang kau? 204 00:11:07,720 --> 00:11:10,360 Saya tiada apa-apa, hanya ada kasut yang mereka bagi. 205 00:11:10,440 --> 00:11:11,760 Kau bodoh sangat. 206 00:11:11,840 --> 00:11:14,320 Kau sepatutnya fikir dulu tentang itu. 207 00:11:14,960 --> 00:11:17,040 - Tak sempat. - Mana ada begitu. 208 00:11:17,120 --> 00:11:18,600 Nanti kita cakap lagi. 209 00:11:18,680 --> 00:11:21,480 Yang aku nampak, kau ada kasut cantik. 210 00:11:21,560 --> 00:11:22,760 Saiz kasut kau? 211 00:11:23,240 --> 00:11:24,680 - Lapan. - Macam saiz kau. 212 00:11:24,760 --> 00:11:26,640 - Memang saiz aku. - Nampak kasut ni? 213 00:11:26,720 --> 00:11:28,560 Kasut ni cantik. 214 00:11:28,640 --> 00:11:30,960 - Kasut baru ya? - Kasut ni nampak cantik. 215 00:11:31,480 --> 00:11:34,760 Mereka bukan saja mahu rampas kasut saya, 216 00:11:34,840 --> 00:11:36,800 Mereka mahu malukan saya. 217 00:11:36,880 --> 00:11:37,920 Memang saiz kau. 218 00:11:38,440 --> 00:11:41,040 - Kau kisah tak kalau aku ambil kasut ni? - Pakai ni. 219 00:11:41,120 --> 00:11:43,240 - Saya kisah. - Kau kisah? 220 00:11:43,760 --> 00:11:45,320 - Pakai ni. - Kau kisah? 221 00:11:45,800 --> 00:11:48,560 Kami bukan minta. Kami nak ambil kasut ni. 222 00:11:49,040 --> 00:11:50,240 Kau tahu sebabnya? 223 00:11:50,320 --> 00:11:52,800 Kau berkulit putih, dan ada banyak duit. 224 00:11:52,880 --> 00:11:54,600 Bagus, kau boleh pakai kasut itu. 225 00:11:56,720 --> 00:11:58,040 Kau tiada hak di sini. 226 00:11:59,080 --> 00:12:00,040 Faham? 227 00:12:00,120 --> 00:12:01,560 Saya faham. 228 00:12:01,640 --> 00:12:04,080 Kami sanggup bunuh kau walaupun untuk kasut. 229 00:12:04,160 --> 00:12:05,120 Ya, saya faham. 230 00:12:05,200 --> 00:12:07,200 Baik. Jadi, semuanya okey sekarang? 231 00:12:08,920 --> 00:12:10,720 Saya tak suka, tapi saya faham. 232 00:12:10,800 --> 00:12:13,120 Kau kena faham. Kami tak peduli perasaan kau. 233 00:12:13,680 --> 00:12:14,960 Kami berdua kumpulan 28. 234 00:12:15,040 --> 00:12:16,640 - Kami ketua kumpulan 28. - Okey. 235 00:12:16,720 --> 00:12:19,960 Jika kau tak buat masalah, aku tak buat masalah. 236 00:12:20,040 --> 00:12:22,040 - Saya tak buat masalah. - Bagus. 237 00:12:22,120 --> 00:12:23,560 Kau kena sediakan katil. Mari. 238 00:12:23,640 --> 00:12:25,920 Aku tunjukkan caranya. 239 00:12:26,000 --> 00:12:28,600 Lee dan Curtis ahli kumpulan 28 yang menguruskan sel, 240 00:12:28,680 --> 00:12:32,200 dan nampaknya mereka tidak akan layan saya dengan baik. 241 00:12:32,280 --> 00:12:34,720 Untuk teruskan hidup, kau kena ada duit. 242 00:12:35,200 --> 00:12:36,960 Aku kenal orang putih. Mereka ada duit. 243 00:12:37,040 --> 00:12:38,880 - Saya bukan orang putih. - Mudah saja. 244 00:12:38,960 --> 00:12:40,640 - Kau bukan orang putih? - Bukan. 245 00:12:40,720 --> 00:12:43,320 Ayah saya kulit hitam. Mak saya orang putih. 246 00:12:43,400 --> 00:12:46,440 Jadi, luaran kau putih, tapi di dalam kau orang kulit hitam. 247 00:12:47,040 --> 00:12:48,760 - Betul. - Okey. 248 00:12:48,840 --> 00:12:49,680 Mari. 249 00:12:51,600 --> 00:12:54,240 Ini katil kau. 250 00:12:54,880 --> 00:12:56,080 Kau tidur sini. 251 00:12:56,160 --> 00:12:58,240 Setelah Lee bagi saya katil, 252 00:12:58,320 --> 00:13:01,040 saya diperkenalkan kepada ahli Nombor lain di sel. 253 00:13:01,120 --> 00:13:02,640 Ini Troubles. 254 00:13:03,480 --> 00:13:04,680 Dia kumpulan 26. 255 00:13:05,160 --> 00:13:06,560 Dia dihukum seumur hidup. 256 00:13:06,640 --> 00:13:08,600 Kesalahan membunuh. Dia dari Wesbank. 257 00:13:09,080 --> 00:13:10,240 Kau nampak dia? 258 00:13:10,320 --> 00:13:12,840 Mereka memang mahu buli saya, 259 00:13:12,920 --> 00:13:15,600 dan tipulah jika saya kata saya tidak takut. 260 00:13:15,680 --> 00:13:16,680 Dia ni… 261 00:13:17,840 --> 00:13:18,880 ini Klope. 262 00:13:20,280 --> 00:13:21,520 Dia kumpulan 27. 263 00:13:23,080 --> 00:13:25,480 Dia kejam. Pembunuh upahan dari Manenberg. 264 00:13:26,200 --> 00:13:27,280 Nampak tak? 265 00:13:27,360 --> 00:13:30,480 Kau tengok dia. Dia fikir kita nampak macam dia. 266 00:13:31,640 --> 00:13:33,320 Dia orang putih. 267 00:13:33,400 --> 00:13:37,280 Mereka katakan dengan jelas yang saya bukan sebahagian mereka. 268 00:13:37,360 --> 00:13:39,120 Kau dengar apa dia cakap? 269 00:13:40,480 --> 00:13:41,520 Kau asyik begini. 270 00:13:42,400 --> 00:13:43,280 Tengoklah rupa kau. 271 00:13:45,560 --> 00:13:47,600 Kau nak beritahu warden kami ambil kasut kau? 272 00:13:48,080 --> 00:13:50,000 - Mestilah tak. - Kau pasti? 273 00:13:50,080 --> 00:13:51,800 Saya takkan beritahu apa-apa. 274 00:13:52,520 --> 00:13:57,320 Rakan sel saya, yang disabitkan atas banyak kesalahan membunuh, 275 00:13:57,400 --> 00:13:59,040 ada tugas untuk saya. 276 00:13:59,120 --> 00:14:01,880 Kau kena… Ini hari pertama kau. 277 00:14:01,960 --> 00:14:05,640 Kau kena basuh pakaian kami. 278 00:14:05,720 --> 00:14:07,000 Awak nak saya basuh ni? 279 00:14:07,080 --> 00:14:08,600 Ya, basuh semuanya. 280 00:14:08,680 --> 00:14:10,600 Basuh semuanya hari ini. 281 00:14:10,680 --> 00:14:12,880 Belajar basuh kain dengan tangan kau. 282 00:14:15,120 --> 00:14:18,320 Saya diarahkan menjadi tukang cuci. 283 00:14:18,400 --> 00:14:21,680 Mereka takut-takutkan saya. 284 00:14:21,760 --> 00:14:23,600 Saya diarahkan buat kerja. 285 00:14:24,720 --> 00:14:29,680 Saya kena patuhi apa yang mereka suruh lakukan buat masa ini. 286 00:14:32,560 --> 00:14:34,800 Dan kau mesti perah sebelum ampai. 287 00:14:36,040 --> 00:14:38,400 Jika kau frans, itu yang kau kena buat. 288 00:14:38,480 --> 00:14:39,560 Jika saya apa? 289 00:14:40,400 --> 00:14:42,000 Jika kau frans. 290 00:14:42,080 --> 00:14:47,560 Dengar betul-betul. Jika kau tiada cop 26, 27, 28… 291 00:14:47,640 --> 00:14:49,080 - Okey. - Faham. 292 00:14:49,160 --> 00:14:52,760 Jika kau tiada cop, kau kena buat kerja untuk kami. 293 00:14:52,840 --> 00:14:56,280 Tapi jika kau ada cop, kami takkan buat begitu. 294 00:14:56,360 --> 00:14:58,920 Sebab kau salah seorang daripada kami. Faham? 295 00:14:59,000 --> 00:15:00,720 Begitulah caranya di penjara. 296 00:15:01,560 --> 00:15:07,440 Sebagai orang bukan ahli geng atau frans, nampaknya saya di kedudukan terbawah. 297 00:15:07,520 --> 00:15:09,360 Kau kena buat panggilan. 298 00:15:09,440 --> 00:15:12,080 Aku akan bagi nombor akaun untuk orang kau masukkan duit 299 00:15:12,160 --> 00:15:13,880 ke dalam akaun orang aku di luar. 300 00:15:13,960 --> 00:15:15,440 Kami kena hidup, jadi… 301 00:15:16,000 --> 00:15:17,040 Kalau tak buat? 302 00:15:17,520 --> 00:15:19,240 Tak boleh tidak. 303 00:15:19,960 --> 00:15:21,880 - Faham tak? - Saya faham. 304 00:15:21,960 --> 00:15:23,920 Nampaknya, saya ada tiga pilihan. 305 00:15:24,000 --> 00:15:26,880 Bayar perlindungan, jadi ahli geng, 306 00:15:26,960 --> 00:15:29,040 atau dilayan seperti orang suruhan. 307 00:15:29,120 --> 00:15:31,000 Penjara saya di England dulu… 308 00:15:31,080 --> 00:15:33,800 Ini bukan England. Ini Afrika Selatan. 309 00:15:34,480 --> 00:15:36,440 Semua orang di bilik ni, kami… 310 00:15:38,960 --> 00:15:41,480 Kami bunuh saja. Jangan buang masa aku. 311 00:15:41,560 --> 00:15:45,400 Boleh kau uruskan ni? Kau ni banyak cakaplah. 312 00:15:47,840 --> 00:15:49,200 Saya rasa mereka uji saya. 313 00:15:49,280 --> 00:15:53,040 Dan saya takkan cakap tidak kepada cabaran mereka 314 00:15:53,120 --> 00:15:55,880 sebab itu cuma akan menimbulkan rasa tidak suka kepada saya, 315 00:15:55,960 --> 00:15:59,560 dan saya tak nak mereka tak suka saat saya masuk ke sini. 316 00:16:01,080 --> 00:16:05,760 Ini baru penghujung hari pertama, dan jika inilah kehidupan seorang frans, 317 00:16:05,840 --> 00:16:09,080 saya faham mengapa ramai menyertai Geng Nombor. 318 00:16:11,280 --> 00:16:13,480 HARI KE-2 319 00:16:13,560 --> 00:16:18,080 Pagi berikutnya, saya lega kerana mereka kurang bagi perhatian kepada saya. 320 00:16:18,160 --> 00:16:20,200 semasa mereka bersiap untuk sarapan. 321 00:16:20,960 --> 00:16:22,640 Semua orang ikut giliran. 322 00:16:22,720 --> 00:16:24,560 Mereka berbaris, ambil sarapan. 323 00:16:27,440 --> 00:16:28,920 Begitulah hari bermula. 324 00:16:32,440 --> 00:16:35,640 Saya tidak sabar hendak keluar dari sel sesak ini 325 00:16:35,720 --> 00:16:37,400 dan hirup udara segar. 326 00:16:39,200 --> 00:16:42,200 Apabila dapat sarapan, kita makan di luar atau di sini? 327 00:16:42,280 --> 00:16:43,840 Kita makan di sini. 328 00:16:44,320 --> 00:16:46,000 Tak pernah dapat makan di luar? 329 00:16:46,080 --> 00:16:48,400 Ini penjara keselamatan maksimum 330 00:16:48,480 --> 00:16:50,360 kerana ramai pembunuh di sini. 331 00:16:50,440 --> 00:16:53,040 Mereka pandang kita sebagai orang berbahaya. 332 00:16:53,120 --> 00:16:54,200 Tapi betulkah? 333 00:16:54,280 --> 00:16:55,800 Adakah kita orang berbahaya? 334 00:16:55,880 --> 00:16:59,120 Okey. Aku cakap tentang diri sendiri. Aku berbahaya. 335 00:17:00,440 --> 00:17:04,160 Aku tak suka berkawan dengan mereka sebab mereka bukan kawan aku. 336 00:17:04,240 --> 00:17:06,080 Mengikut nombor aku. 337 00:17:07,560 --> 00:17:11,440 Kami diperiksa jika ada senjata semasa hendak mengambil sarapan. 338 00:17:14,560 --> 00:17:17,720 Dan tidak lama selepas itu, kami dikurung semula. 339 00:17:21,840 --> 00:17:24,880 Mengapa dulang awak lagi besar? Awak dapat lagi banyak. 340 00:17:24,960 --> 00:17:26,480 Sebab aku minta. 341 00:17:26,560 --> 00:17:29,920 Sebab aku minta lebih. Aku tak suka makan sikit. 342 00:17:31,400 --> 00:17:34,480 Semasa duduk bersarapan dengan rakan sel saya, 343 00:17:34,560 --> 00:17:37,000 saya ingin ketahui lebih lanjut tentang inisiasi pelik 344 00:17:37,080 --> 00:17:39,280 yang mereka lakukan kepada saya semalam. 345 00:17:39,760 --> 00:17:42,880 Boleh saya tanya soalan? Semasa saya masuk semalam, 346 00:17:43,400 --> 00:17:44,680 awak bercakap… 347 00:17:45,360 --> 00:17:47,360 bahasa yang saya tak pernah dengar. 348 00:17:47,440 --> 00:17:50,800 Bukan bahasa Afrikaans. Bukan Inggeris. Itu bahasa apa? 349 00:17:50,880 --> 00:17:52,960 Semasa awak berbincang, 350 00:17:53,040 --> 00:17:55,480 - itu bahasa apa. - Itu bahasa Sabela. 351 00:17:55,560 --> 00:17:56,400 Sabela? 352 00:17:57,000 --> 00:17:58,600 Bahasa istimewakah? 353 00:17:58,680 --> 00:18:01,120 Itu bahasa yang dipelajari dalam Geng Nombor. 354 00:18:01,200 --> 00:18:03,000 - Itu Geng Nombor punya… - Bahasa. 355 00:18:03,080 --> 00:18:04,200 Begitu. 356 00:18:04,280 --> 00:18:07,040 Jika saya bukan ahli Nombor, tak boleh cakap bahasa itu? 357 00:18:07,120 --> 00:18:09,040 Tak boleh belajar bahasa itu? 358 00:18:09,760 --> 00:18:11,120 MASALAH 359 00:18:12,760 --> 00:18:15,640 Semasa ada orang datang kepada saya 360 00:18:15,720 --> 00:18:19,320 dan tanya soalan, kemudian dia laporkan kepada awak… 361 00:18:19,400 --> 00:18:21,680 - Dia tanya siapa kau. - Ya. 362 00:18:21,760 --> 00:18:24,240 - Kami nak tahu siapa kau di penjara. - Okey. 363 00:18:24,320 --> 00:18:25,800 Mengapa itu penting? 364 00:18:25,880 --> 00:18:27,680 Itulah cara kau akan dihormati. 365 00:18:27,760 --> 00:18:30,760 Jika aku dan Troubles bergaduh, 366 00:18:30,840 --> 00:18:34,040 Curtis mesti mampu halang kami. 367 00:18:34,760 --> 00:18:37,800 Dan apabila dia cakap, kami kena dengar terus. 368 00:18:37,880 --> 00:18:40,360 Dia pangkat paling tinggi, dan kami di bawah dia. 369 00:18:40,840 --> 00:18:43,840 - Awak pangkat paling tinggi? - Ya. 370 00:18:43,920 --> 00:18:46,120 Ya. 371 00:18:46,200 --> 00:18:47,480 Ada pangkat dalam geng ni? 372 00:18:47,560 --> 00:18:50,640 Ya, pangkat dari askar ke atas. 373 00:18:51,240 --> 00:18:54,520 Saya boleh lihat rakan sel saya ada banyak tatu 374 00:18:54,600 --> 00:18:59,200 berupa bintang dan lapel yang menyerupai lencana tentera. 375 00:18:59,280 --> 00:19:01,400 Macam mana hendak naik pangkat? 376 00:19:01,480 --> 00:19:05,480 Adakah sebab kemahiran diplomasi? Sebab awak pandai berunding? 377 00:19:05,560 --> 00:19:08,240 Sekejap. 378 00:19:08,320 --> 00:19:10,880 Raphael, apabila kau cakap tentang Geng Nombor… 379 00:19:11,360 --> 00:19:15,560 kau kena hati-hati sikit. 380 00:19:15,640 --> 00:19:17,560 Benda yang kau tanya ni, 381 00:19:18,200 --> 00:19:21,320 benda rahsia, okey? 382 00:19:21,880 --> 00:19:23,280 Maksud awak, soalan tentang… 383 00:19:23,360 --> 00:19:24,520 Geng Nombor. 384 00:19:25,160 --> 00:19:27,040 Jika bukan sebab Geng Nombor… 385 00:19:28,720 --> 00:19:32,280 warden pun takkan dapat kawal penjara ini. 386 00:19:34,080 --> 00:19:35,760 Sebab Geng Nomborlah, 387 00:19:36,360 --> 00:19:38,160 ada disiplin di sini. 388 00:19:38,640 --> 00:19:40,120 Ada aturan di sini. 389 00:19:41,200 --> 00:19:44,520 Sepertimana undang-undang di luar, kami ada undang-undang juga. 390 00:19:44,600 --> 00:19:46,760 Setiap seorang pun ada. 391 00:19:47,400 --> 00:19:49,440 Kami membesar dengannya. 392 00:19:51,800 --> 00:19:54,000 Kami takkan beritahu dengan mudah, 393 00:19:54,080 --> 00:19:56,200 perkara yang kami tahu atau miliki. 394 00:19:58,840 --> 00:20:01,000 Awak tak mahu orang fahaminya… 395 00:20:01,080 --> 00:20:03,800 Ini bukan tentang aku mahu mereka faham atau tak. 396 00:20:03,880 --> 00:20:07,000 Ini untuk keselamatan mereka. Orang dibunuh sebab hal ini. 397 00:20:07,480 --> 00:20:08,880 Cabar atau tiada rasa hormat. 398 00:20:11,880 --> 00:20:14,800 Rakan sel saya, sepertimana yang lain di unit ini, 399 00:20:14,880 --> 00:20:17,040 sangat berbahaya. 400 00:20:17,120 --> 00:20:19,400 Tapi jika mereka geng yang sama, 401 00:20:19,480 --> 00:20:22,960 mengapa kami tidak boleh keluar untuk bergaul dan makan? 402 00:20:25,040 --> 00:20:27,800 Apabila kita mahu pengawal datang, kita panggil dia ketua. 403 00:20:27,880 --> 00:20:30,280 Ketua! Boleh datang kejap? 404 00:20:30,360 --> 00:20:31,840 Boleh cakap dengan awak kejap? 405 00:20:36,080 --> 00:20:36,920 - Hai. - Hai. 406 00:20:37,680 --> 00:20:41,840 Mereka tak dibenarkan keluar dan duduk di meja itu untuk makan. 407 00:20:41,920 --> 00:20:42,760 Mengapa ya? 408 00:20:42,840 --> 00:20:46,560 Lagi selamat kami uruskan sepuluh banduan… 409 00:20:48,080 --> 00:20:50,240 daripada uruskan 60 banduan. 410 00:20:50,320 --> 00:20:51,280 Okey. 411 00:20:51,360 --> 00:20:54,240 Mungkin ada banduan yang bermasalah dengan banduan di sana. 412 00:20:54,720 --> 00:20:55,640 Tapi kita tak tahu. 413 00:20:56,120 --> 00:20:58,480 Dia pun pergi tikam atau macam-macam lagi. 414 00:20:59,280 --> 00:21:01,760 Dan tahu apa akibatnya nanti? 415 00:21:01,840 --> 00:21:03,160 Mereka akan serang kami. 416 00:21:03,240 --> 00:21:04,400 Kakitangan? 417 00:21:04,480 --> 00:21:06,040 Mereka akan sasarkan kami pula. 418 00:21:06,120 --> 00:21:10,160 Banduan takkan keluar dari sel dan tikam pengawal tanpa sebab. 419 00:21:10,240 --> 00:21:12,640 Pada tahun 1995, mereka tikam saya tanpa sebab. 420 00:21:13,200 --> 00:21:15,840 - Awak ditikam? - Saya ditikam. 421 00:21:15,920 --> 00:21:18,240 Saya lalu depan gril sel. Dia tikam menerusinya. 422 00:21:19,120 --> 00:21:22,680 Saya tanya, "Mengapa tikam saya?" Dia kata, "Kau paling dekat." 423 00:21:23,560 --> 00:21:25,800 Kami kata, "Salah tempat, salah masa." 424 00:21:27,080 --> 00:21:27,920 Ya. 425 00:21:29,160 --> 00:21:32,240 Tapi mereka semua tahu, jika awak sertai Geng Nombor… 426 00:21:33,040 --> 00:21:36,760 kadangkala hukuman setahun boleh jadi 20 tahun. 427 00:21:37,360 --> 00:21:40,840 Jadi, itulah keputusan yang mereka sendiri buat. 428 00:21:42,520 --> 00:21:46,280 Satu-satunya waktu banduan berbahaya di sini keluar 429 00:21:46,360 --> 00:21:49,360 adalah semasa sesi senaman pendek. 430 00:21:51,760 --> 00:21:54,560 Sarapan sudah selesai, dan saya dibawa keluar 431 00:21:54,640 --> 00:21:57,640 bersama-sama penghuni sel lain untuk bermain kriket. 432 00:22:00,400 --> 00:22:04,600 Ada seorang di sana, penuh tatu di mukanya dan… 433 00:22:04,680 --> 00:22:06,360 Dia datang ke arah saya. 434 00:22:06,440 --> 00:22:08,840 Hai. Apa khabar? Sihat? 435 00:22:08,920 --> 00:22:10,360 Sihat. Kau apa khabar? 436 00:22:10,440 --> 00:22:12,360 - Saya Raphael. - Okey, aku Masalino. 437 00:22:12,440 --> 00:22:14,120 Masalino? Okey. 438 00:22:14,200 --> 00:22:16,040 Di penjara, mereka panggil aku Graveyard. 439 00:22:16,120 --> 00:22:17,080 Graveyard? 440 00:22:17,800 --> 00:22:19,560 - Graveyard? - Ya. 441 00:22:21,920 --> 00:22:23,000 Kau pandai main kriket? 442 00:22:23,080 --> 00:22:24,880 - Ya, bolehlah. - Okey. 443 00:22:24,960 --> 00:22:26,960 Saya taklah hebat, tapi bolehlah. 444 00:22:27,040 --> 00:22:28,000 - Okey. - Ya? 445 00:22:28,080 --> 00:22:29,320 - Ikut aku. - Okey. 446 00:22:30,040 --> 00:22:34,080 Nama dia Raphael. Dia nak main kriket sekali. 447 00:22:37,480 --> 00:22:41,320 Nama gelarannya bermaksud "Tanah Perkuburan". 448 00:22:41,960 --> 00:22:46,640 Memang jelas yang Masalino ialah sebahagian geng penjara. 449 00:22:46,720 --> 00:22:49,960 Dia ada nombor 28 ditatu pada dahinya. 450 00:22:50,560 --> 00:22:52,640 Aku mahu tunjukkan caranya. Raphael? 451 00:22:53,400 --> 00:22:54,600 Biar aku tunjukkan. 452 00:22:54,680 --> 00:22:55,600 Mula-mula… 453 00:22:55,680 --> 00:22:57,560 Bahu saya tak kuat lagi. 454 00:22:57,640 --> 00:22:59,120 - Mengapa? - Tak kuat dah. 455 00:22:59,200 --> 00:23:00,920 - Sebab dah tua. - Sudah tua? 456 00:23:01,000 --> 00:23:02,600 Saya dah tua. Susah. 457 00:23:06,920 --> 00:23:07,800 Lajunya. 458 00:23:13,200 --> 00:23:14,680 Raphael! 459 00:23:20,960 --> 00:23:22,280 Berapa lama hukuman awak? 460 00:23:22,360 --> 00:23:23,240 Seumur hidup. 461 00:23:23,320 --> 00:23:24,160 Seumur hidup? 462 00:23:25,720 --> 00:23:27,720 - Apa awak buat? - Banyak jenayah. 463 00:23:28,760 --> 00:23:33,480 Pembunuhan, pengubahan wang haram, penculikan, cubaan membunuh. 464 00:23:34,120 --> 00:23:35,720 Benda-benda sebegitu. 465 00:23:35,800 --> 00:23:37,920 Apa hukuman awak sebelum ni? 466 00:23:38,000 --> 00:23:39,280 Dulu aku di sini 12 tahun. 467 00:23:39,360 --> 00:23:41,200 - Atas kesalahan apa? - Pembunuhan. 468 00:23:42,240 --> 00:23:43,240 Siapa awak bunuh? 469 00:23:43,320 --> 00:23:44,240 Pakcik aku. 470 00:23:44,320 --> 00:23:45,640 Awak bunuh pakcik awak? 471 00:23:46,200 --> 00:23:47,560 Siapa awak bunuh kali ni? 472 00:23:48,040 --> 00:23:49,280 Ahli geng lain. 473 00:23:50,520 --> 00:23:53,440 Jadi, awak dah lakukan dua pembunuhan? Atau lebih? 474 00:23:53,520 --> 00:23:54,960 Lebih. 475 00:23:56,160 --> 00:23:58,600 Mereka cuma dapat sabitkan 24 kes. 476 00:23:59,720 --> 00:24:00,880 Dua puluh empat kes bunuh? 477 00:24:01,520 --> 00:24:03,880 - Macam mana awak bunuh orang? - Guna pistol. 478 00:24:03,960 --> 00:24:05,400 - Awak tembak mereka? - Ya. 479 00:24:05,480 --> 00:24:07,400 Jadi, di penjara, awak kumpulan 28? 480 00:24:07,480 --> 00:24:08,400 Ya. 481 00:24:08,480 --> 00:24:09,600 Awak pangkat apa? 482 00:24:09,680 --> 00:24:11,400 Aku kolonel jeneral. 483 00:24:12,560 --> 00:24:13,680 Ada banyak bintang. 484 00:24:16,000 --> 00:24:17,200 Enam bintang enam. 485 00:24:17,280 --> 00:24:19,160 - Di bahu sebelah pun? - Ya. 486 00:24:20,040 --> 00:24:23,560 Apa maksudnya? Pangkat awak kolonel jeneral? 487 00:24:23,640 --> 00:24:24,480 Ya. 488 00:24:25,720 --> 00:24:27,920 Macam mana hendak naik ke pangkat kolonel? 489 00:24:28,400 --> 00:24:30,360 Semestinya kena tumpahkan darah. 490 00:24:31,760 --> 00:24:33,080 - Di penjara? - Ya. 491 00:24:33,160 --> 00:24:34,200 Bunuh siapa? 492 00:24:34,280 --> 00:24:35,400 Warden. 493 00:24:35,480 --> 00:24:37,520 Kalau ahli geng aku yang lain, 494 00:24:37,600 --> 00:24:39,840 serang ahli kumpulan 26 atau 27. 495 00:24:39,920 --> 00:24:42,720 - Mereka bergaduh. - Apabila bergaduh, dan ada darah. 496 00:24:42,800 --> 00:24:43,800 Okey. 497 00:24:43,880 --> 00:24:48,440 Memandangkan ada pertumpahan darah, ia mesti dibalas. 498 00:24:48,520 --> 00:24:49,360 Okey. 499 00:24:49,440 --> 00:24:51,920 Aku kena ambil pisau atau apa-apa, 500 00:24:52,000 --> 00:24:53,160 dan tikam warden. 501 00:24:54,200 --> 00:24:56,720 Itu saja yang akan betulkan keadaan. 502 00:24:56,800 --> 00:25:00,920 Pelik rasanya. Mengapa warden, yang tak terlibat dengan Geng Nombor? 503 00:25:01,000 --> 00:25:03,080 Mengapa mereka jadi sasaran? 504 00:25:03,640 --> 00:25:05,240 Memang begitu caranya. 505 00:25:05,320 --> 00:25:06,480 Memang begitu caranya. 506 00:25:07,200 --> 00:25:10,000 Masalino orang pertama yang beritahu saya 507 00:25:10,080 --> 00:25:13,600 sebab ahli geng menikam pengawal secara rambang. 508 00:25:13,680 --> 00:25:16,520 Saya rasa dia boleh beritahu kerana dia berjaya 509 00:25:16,600 --> 00:25:20,160 capai pangkat kolonel jeneral dalam Geng Nombor. 510 00:25:20,240 --> 00:25:23,960 Perkara yang dia perlu buat untuk sampai ke tahapnya kini… 511 00:25:24,720 --> 00:25:26,200 amat mengejutkan. 512 00:25:26,280 --> 00:25:27,480 Untuk… 513 00:25:28,720 --> 00:25:34,440 naik pangkat, untuk membalas dendam atas pertumpahan darah ahli mereka, 514 00:25:34,520 --> 00:25:38,400 untuk mengekalkan keamanan, mereka perlu tumpahkan darah warden. 515 00:25:39,880 --> 00:25:43,080 Ini buat saya tertanya-tanya perasaan warden di sini, 516 00:25:43,160 --> 00:25:45,120 bekerja dengan banduan 517 00:25:45,200 --> 00:25:49,040 yang mungkin menikam mereka bila-bila masa tanpa sebab. 518 00:25:53,000 --> 00:25:55,320 Selepas hanya setengah jam di luar, 519 00:25:55,400 --> 00:26:00,000 saya kembali ke sel tempat kami akan habiskan 23 jam setengah yang berikutnya. 520 00:26:00,080 --> 00:26:01,440 dalam sehari. 521 00:26:01,520 --> 00:26:04,240 Rasanya memang menyesakkan. 522 00:26:04,320 --> 00:26:08,000 Kami cuma ada TV tidak berapa elok yang kami tak boleh kawal 523 00:26:08,080 --> 00:26:11,680 dan permainan dipanggil Stokes yang dilukis di atas cadar. 524 00:26:19,160 --> 00:26:20,520 - Kau makan dia. - Dua-dua? 525 00:26:20,600 --> 00:26:22,400 - Makan dia. - Dua-dua sekali. 526 00:26:22,880 --> 00:26:23,840 Kau baru bunuh dia. 527 00:26:23,920 --> 00:26:26,040 - Kau kena bunuh orang. - Siapa saya bunuh? 528 00:26:26,120 --> 00:26:28,280 - Kau bunuh aku. - Jadi, kau diburu oleh dia. 529 00:26:28,360 --> 00:26:30,040 Kau diburu. 530 00:26:30,120 --> 00:26:31,920 - Aku akan buru kau. - Kau diburu. 531 00:26:32,840 --> 00:26:34,040 Kali pertama dipenjarakan? 532 00:26:34,120 --> 00:26:36,800 Saya dipenjarakan di England atas pembunuhan dan rompakan. 533 00:26:36,880 --> 00:26:39,000 Kau guna pistol dalam rompakan itu? 534 00:26:41,280 --> 00:26:42,720 Boleh saya terangkan dulu? 535 00:26:43,200 --> 00:26:46,200 Awak percaya atau tak, itu terpulang. 536 00:26:46,280 --> 00:26:48,480 Kami tahu jika kau tipu. 537 00:26:48,560 --> 00:26:49,920 Awak tahu jika saya tipu. 538 00:26:50,000 --> 00:26:52,600 Baik. Awak boleh nilai sendiri. 539 00:26:53,920 --> 00:26:59,120 Saya dituduh menyertai geng. 540 00:26:59,840 --> 00:27:02,680 - Bukan di Afrika Selatan, tapi England… - Okey. 541 00:27:02,760 --> 00:27:05,800 …yang terlibat dalam rompakan… 542 00:27:06,960 --> 00:27:08,160 orang-orang kaya, 543 00:27:08,720 --> 00:27:11,200 dan kami dihadapkan ke mahkamah… 544 00:27:12,560 --> 00:27:15,480 disabitkan, dan dihukum penjara… 545 00:27:16,240 --> 00:27:17,120 seumur hidup. 546 00:27:17,200 --> 00:27:18,800 Atas pembunuhan dan rompakan. 547 00:27:18,880 --> 00:27:20,480 Kemudian, selepas 12 tahun… 548 00:27:21,880 --> 00:27:25,040 mereka jumpa bukti yang menunjukkan saya tak bersalah. 549 00:27:25,880 --> 00:27:29,320 Macam mana dengan penderitaan yang kau lalui? 550 00:27:29,400 --> 00:27:31,040 Dua belas tahun hilang begitu. 551 00:27:31,120 --> 00:27:33,640 Bukan 12 hari atau 12 jam. 552 00:27:34,320 --> 00:27:36,760 Ada siapa peduli penderitaan awak di sini? 553 00:27:39,920 --> 00:27:42,680 Setelah mereka tahu sejarah saya sebagai bekas banduan, 554 00:27:43,240 --> 00:27:45,600 mereka mula menerima saya. 555 00:27:45,680 --> 00:27:47,760 Kami semua ahli Nombor. 556 00:27:48,240 --> 00:27:50,320 Semua orang. Kau saja frans di sini. 557 00:27:51,600 --> 00:27:55,960 Jadi, kami perlu putuskan tempat kau. 558 00:27:58,360 --> 00:28:01,360 Perlukah begitu? Itu sajakah caranya? 559 00:28:01,920 --> 00:28:04,840 Lambat laun, kau kena buat keputusan. 560 00:28:05,560 --> 00:28:08,600 Untuk diri kau. Untuk hidup. 561 00:28:09,200 --> 00:28:11,920 Sebab kebanyakan yang masuk ke sini, takkan keluar. 562 00:28:13,160 --> 00:28:16,320 Mereka nampak aman di sel ini bersama-sama. 563 00:28:16,400 --> 00:28:20,640 Jadi, mengapa mereka tidak boleh hidup tanpa berada dalam geng penjara? 564 00:28:20,720 --> 00:28:22,440 Kami juga ada geng… 565 00:28:23,800 --> 00:28:26,000 di luar yang kami sertai. 566 00:28:26,600 --> 00:28:28,560 Di luar, aku geng Amerika. 567 00:28:29,240 --> 00:28:30,240 Itu geng lain? 568 00:28:30,320 --> 00:28:31,760 Ya, banyak geng di luar. 569 00:28:32,360 --> 00:28:33,560 Kami bergaduh di luar. 570 00:28:34,040 --> 00:28:36,480 Sebab kawasan, penyeludupan… 571 00:28:37,640 --> 00:28:40,520 Di penjara, kami bersaudara. 572 00:28:40,600 --> 00:28:43,600 Di luar, cerita lain. 573 00:28:43,680 --> 00:28:46,160 Walaupun setelah hidup bersama di penjara? 574 00:28:46,240 --> 00:28:48,960 Walaupun setelah 20 tahun bersama di sini, 575 00:28:49,040 --> 00:28:52,200 jika aku jumpa dia di luar, aku akan bunuh dia. 576 00:28:56,320 --> 00:29:01,480 Nampaknya Geng Nombor menyatukan banduan menentang pihak berkuasa. 577 00:29:01,560 --> 00:29:04,680 Tidak kira betapa mereka saling membenci di luar, 578 00:29:05,400 --> 00:29:08,400 mereka tinggalkan kebencian itu di gerbang penjara. 579 00:29:12,240 --> 00:29:13,200 HARI KE-3 580 00:29:13,280 --> 00:29:15,040 Ini hari ketiga saya di sini, 581 00:29:15,120 --> 00:29:19,400 dan saya diarahkan bekerja di unit keselamatan sederhana Brandvlei, 582 00:29:19,480 --> 00:29:22,360 tempat rakan sel saya boleh dipindahkan 583 00:29:22,440 --> 00:29:26,640 jika mereka tidak terlibat dalam keganasan geng oleh Geng Nombor. 584 00:29:28,360 --> 00:29:32,280 Suasananya sangat berbeza daripada bahagian keselamatan maksimum. 585 00:29:33,840 --> 00:29:38,080 Tidak seperti bahagian keselamatan maksimum saya tadi, 586 00:29:38,160 --> 00:29:42,320 bahagian keselamatan sederhana kelihatan begitu usang. 587 00:29:45,120 --> 00:29:48,240 Di bahagian keselamatan maksimum, kemudahannya dijaga. 588 00:29:48,960 --> 00:29:50,720 Kawasan ini pula usang. 589 00:29:50,800 --> 00:29:53,560 Dan mereka kena hidup dengan apa yang ada. 590 00:29:54,120 --> 00:29:56,200 Tapi suasananya berbeza. 591 00:29:57,240 --> 00:29:59,520 Jika dibandingkan dengan dikurung 592 00:29:59,600 --> 00:30:03,120 selama 23 jam setengah sehari di K-3, 593 00:30:03,200 --> 00:30:08,040 di sini, banduan bebas bergerak di kawasan penjara kebanyakan waktu. 594 00:30:08,120 --> 00:30:09,760 Macam pawagam buat sendiri. 595 00:30:10,760 --> 00:30:15,720 Semasa saya menunggu tugasan saya, saya didatangi seorang banduan. 596 00:30:16,600 --> 00:30:20,000 Aku nak tanya, siapa kau? Apa kau buat di sini? Di sini. 597 00:30:20,080 --> 00:30:21,320 Mengapa awak tanya? 598 00:30:21,400 --> 00:30:24,160 - Ini urusan aku untuk tahu. - Okey. 599 00:30:24,240 --> 00:30:26,600 Supaya aku boleh beritahu yang lain. 600 00:30:26,680 --> 00:30:27,960 - Okey. - Faham? 601 00:30:28,040 --> 00:30:31,920 Aku kumpulan 27, ini 28 aku. Dia kawan aku. 602 00:30:32,000 --> 00:30:33,000 Okey. 603 00:30:33,080 --> 00:30:36,840 Kami tinggalkan dulu kau. Okey? Nanti kami datang lagi. 604 00:30:36,920 --> 00:30:38,400 - Boleh? - Okey. 605 00:30:40,960 --> 00:30:43,960 Yang saya perasan, di bahagian keselamatan sederhana pun, 606 00:30:44,040 --> 00:30:46,360 saat saya berdiri di mana-mana, 607 00:30:46,440 --> 00:30:50,080 dan bersantai, saya akan didekati, 608 00:30:50,160 --> 00:30:52,360 dan ada beberapa kali saya rasa tak selesa 609 00:30:52,440 --> 00:30:55,440 kerana apabila saya pandang seseorang, dan dia pandang saya, 610 00:30:55,520 --> 00:30:59,720 soalan pertamanya ialah, "Kau dari mana? Apa kau buat di sini?" 611 00:31:00,360 --> 00:31:04,640 Jadi, walaupun tempat ini berbeza, keadaannya kurang tegang, 612 00:31:04,720 --> 00:31:09,320 ia tak bebas daripada ideologi, budaya, dan tingkah laku Geng Nombor. 613 00:31:10,440 --> 00:31:13,600 Banduan di sini dipindahkan dari unit keselamatan maksimum 614 00:31:13,680 --> 00:31:17,840 hanya apabila mereka boleh mengikuti jadual yang ditetapkan. 615 00:31:19,600 --> 00:31:21,960 Lapan puluh lima peratus daripada mereka bekerja, 616 00:31:22,040 --> 00:31:25,520 dan unit sederhana mendapatkan makanan untuk kompleks penjara 617 00:31:25,600 --> 00:31:30,000 daripada 6,000 hektar tanah ladang, tempat saya akan bekerja hari ini. 618 00:31:30,760 --> 00:31:33,840 - Itu penjara maksimum. - Ya, saya dah ke sana. 619 00:31:34,520 --> 00:31:37,760 Bahagian maksimum yang kelihatan dalam perjalanan ke tempat kerja 620 00:31:37,840 --> 00:31:41,800 mengingatkan mereka tentang ganjaran atas kelakuan baik mereka. 621 00:31:42,560 --> 00:31:44,400 Aku di sana tiga tahun, enam bulan. 622 00:31:44,480 --> 00:31:47,600 - Tiga tahun, enam bulan? - Daripada 14 tahun di sini. 623 00:31:47,680 --> 00:31:50,200 - Susah, bukan? - Di sana memang susah. 624 00:31:51,240 --> 00:31:52,720 Pemandangannya cantik. 625 00:31:52,800 --> 00:31:55,640 Maksud saya, jika awak sudah dipenjarakan bertahun-tahun, 626 00:31:55,720 --> 00:31:57,240 kemudian diberikan peluang 627 00:31:57,320 --> 00:31:59,320 untuk memasuki pusat sederhana… 628 00:32:00,800 --> 00:32:03,480 walaupun bising dan bergegar, 629 00:32:04,040 --> 00:32:05,560 ia satu keistimewaan. 630 00:32:18,200 --> 00:32:19,720 Ini yang mereka hasilkan. 631 00:32:20,240 --> 00:32:22,440 Begitu banyak lobak. 632 00:32:22,520 --> 00:32:23,800 - Kamu? - Ya, tuan? 633 00:32:23,880 --> 00:32:25,280 Patahkan lobaknya. 634 00:32:25,360 --> 00:32:26,880 - Patahkan lobak? - Ya. 635 00:32:26,960 --> 00:32:28,360 Awak tuai, mereka patahkan? 636 00:32:28,440 --> 00:32:30,680 Mana lagi mudah? 637 00:32:30,760 --> 00:32:32,360 Tiada kerja mudah. 638 00:32:32,440 --> 00:32:33,920 Okey, jawapan yang baik. 639 00:32:34,000 --> 00:32:35,760 - Tiada kerja mudah. - Jawapan bagus. 640 00:32:35,840 --> 00:32:37,480 - Ya. - Saya dengan awak. Boleh? 641 00:32:37,560 --> 00:32:40,400 Perompak bernama Senador, sudah tujuh bulan 642 00:32:40,480 --> 00:32:43,520 dibenarkan bekerja di ladang lobak ini. 643 00:32:43,600 --> 00:32:45,600 Apa yang saya kena buat? 644 00:32:45,680 --> 00:32:46,680 Patahkan saja. 645 00:32:46,760 --> 00:32:47,680 Macam ini? 646 00:32:50,000 --> 00:32:52,120 Berapa kotak kita kena penuhkan? 647 00:32:52,200 --> 00:32:56,080 Rasanya mereka kata seratus hari ni. 648 00:32:56,160 --> 00:32:57,960 Seratus kotak? 649 00:32:58,040 --> 00:33:01,120 Berapa lama hukuman awak? 650 00:33:01,200 --> 00:33:03,760 Dan sudah berapa lama awak jalani hukuman? 651 00:33:03,840 --> 00:33:06,520 Saya dihukum penjara lima tahun atas rompakan. 652 00:33:07,440 --> 00:33:10,400 - Lima tahun. - Saya akan dibebaskan tak lama lagi. 653 00:33:11,160 --> 00:33:13,520 Jadi, hukuman awak dah nak tamat. 654 00:33:13,600 --> 00:33:17,240 Sebenarnya, saya dah tak tahan lagi hidup begini. 655 00:33:17,320 --> 00:33:18,840 Sebab saya keluar masuk, 656 00:33:18,920 --> 00:33:22,280 dan saya dah cuba berubah sebelum ni, tapi… 657 00:33:23,360 --> 00:33:27,160 susah untuk saya. Kali ni, saya betul-betul kena berubah. 658 00:33:28,080 --> 00:33:30,760 Mengapa awak rasa kali ni awak betul-betul berubah 659 00:33:30,840 --> 00:33:32,560 dan bukan sekadar cakap? 660 00:33:32,640 --> 00:33:36,040 Sebab saya terima Isa sebagai penyelamat saya. 661 00:33:36,120 --> 00:33:39,080 Saya akan cari rezeki halal di luar. 662 00:33:40,520 --> 00:33:42,440 Adakah orang akan ambil awak bekerja? 663 00:33:42,520 --> 00:33:47,440 Selalunya, sukar untuk orang terima, 664 00:33:47,520 --> 00:33:51,280 terutamanya apabila ada tanda dan tatu pada badan, tapi… 665 00:33:51,360 --> 00:33:52,200 Tanda apa? 666 00:33:55,080 --> 00:33:58,800 Baik. Awak ada "Son Op Salut Dua Puluh Enam." 667 00:33:58,880 --> 00:33:59,880 - Ya. - Okey. 668 00:33:59,960 --> 00:34:02,320 "Mereka benci kerana kebanggaanku," dan semua ni. 669 00:34:02,400 --> 00:34:06,760 Orang kata di hospital, mereka boleh hilangkannya. 670 00:34:06,840 --> 00:34:08,600 Ya. Awak nak buat begitu? 671 00:34:08,680 --> 00:34:10,720 Ya. Saya akan minta ia dibuat. 672 00:34:10,800 --> 00:34:13,520 Awak mahu buat, tapi awak tak tahu boleh atau tak, atau… 673 00:34:13,600 --> 00:34:16,440 Saya tak pasti, tapi saya akan periksa. 674 00:34:16,520 --> 00:34:19,360 Saya bukan lagi hamba manusia. Saya hamba Tuhan. 675 00:34:21,000 --> 00:34:23,040 Dalam geng penjara, mereka ingat saya 676 00:34:23,120 --> 00:34:27,360 sebagai saudara mereka, tapi saya kata saya bukan lagi sebahagian mereka. 677 00:34:27,920 --> 00:34:32,320 Senador ialah orang pertama saya jumpa yang mahu tinggalkan geng. 678 00:34:32,960 --> 00:34:34,000 Bolehkah keluar geng? 679 00:34:34,080 --> 00:34:38,320 Bolehkah berhenti jadi ahli geng jika mahu? 680 00:34:42,080 --> 00:34:45,760 Saya tak nak cakap tentangnya sekarang. 681 00:34:45,840 --> 00:34:47,280 - Faham? - Okey. 682 00:34:48,280 --> 00:34:49,800 Buang masa saya. 683 00:34:50,280 --> 00:34:52,840 Saya mahu benda baik dalam hidup saya suatu hari nanti. 684 00:34:52,920 --> 00:34:55,840 Ya, dan hanya awak boleh buat. Bukan orang lain. 685 00:34:57,160 --> 00:35:01,320 Saya tidak tahu sama ada Geng Nombor akan benarkan Senador pergi, 686 00:35:01,400 --> 00:35:06,120 dan kehidupan yang ada untuknya apabila dia kembali ke Cape Flats. 687 00:35:10,960 --> 00:35:13,960 HARI KE-4 688 00:35:14,040 --> 00:35:15,800 Pagi berikutnya di bahagian sederhana, 689 00:35:15,880 --> 00:35:19,560 saya diminta membantu seorang banduan melakukan tugas harian. 690 00:35:20,400 --> 00:35:21,440 Bradley! 691 00:35:23,000 --> 00:35:24,040 Di mana Bradley? 692 00:35:26,880 --> 00:35:28,680 - Selamat pagi. Raphael ya? - Ada apa? 693 00:35:28,760 --> 00:35:30,400 - Apa khabar? - Selamat berkenalan. 694 00:35:30,480 --> 00:35:33,640 Dia akan bantu awak buat tugasan harian awak. 695 00:35:33,720 --> 00:35:34,680 Okey. 696 00:35:34,760 --> 00:35:37,680 Beginilah cara kita pakai uniform ini. Memang betul. 697 00:35:37,760 --> 00:35:40,400 Awak nampak macam orang yang baru sampai. 698 00:35:41,000 --> 00:35:43,400 Semua orang buat begini. Ini mesti… 699 00:35:45,560 --> 00:35:48,640 Awak ada bilik seorang, atau berkongsi? 700 00:35:48,720 --> 00:35:49,720 Bilik besar. 701 00:35:50,200 --> 00:35:52,920 Bradley sudah tujuh bulan di bahagian sederhana 702 00:35:53,000 --> 00:35:56,600 dan dia seorang frans atau bukan ahli geng sama macam saya. 703 00:35:57,080 --> 00:35:58,320 Jumlahnya 48 orang. 704 00:35:58,800 --> 00:36:00,200 - Empat puluh lapan? - Ya. 705 00:36:00,280 --> 00:36:02,160 - Okey. - Ini katil saya. 706 00:36:02,240 --> 00:36:04,520 - Wah, 48 orang satu sel. - Ya. 707 00:36:04,600 --> 00:36:07,800 Saya ingatkan sel saya di bahagian maksimum sudah sesak. 708 00:36:07,880 --> 00:36:11,160 Setidaknya, kebanyakan hari Bradley dihabiskan di luar, 709 00:36:11,240 --> 00:36:15,160 memanggil banduan untuk perjumpaan dengan pegawai dan kaunselor. 710 00:36:15,240 --> 00:36:17,600 Ini senarainya. Saya dapat senarai setiap hari. 711 00:36:18,080 --> 00:36:21,520 Untuk psikologi, pekerja sosial, lembaga parol. 712 00:36:21,600 --> 00:36:23,800 Boleh awak… Boleh awak sebut nama itu? 713 00:36:23,880 --> 00:36:25,240 Siapa namanya? 714 00:36:25,320 --> 00:36:27,080 Ampendulo Yakelo? 715 00:36:27,720 --> 00:36:30,280 Ampulo Yakelo! 716 00:36:30,360 --> 00:36:31,520 Ampendulo Yakelo? 717 00:36:32,000 --> 00:36:34,600 - Sebagai orang Afrika Selatan, awak kena… - Dia datang. 718 00:36:35,160 --> 00:36:36,880 Ampendulo Yakelo? Dia ada? 719 00:36:36,960 --> 00:36:39,280 Ampendulo Yakelo! 720 00:36:43,800 --> 00:36:45,480 Dia di luar. Okey. Terima kasih. 721 00:36:45,560 --> 00:36:47,560 Biasanya saya jerit macam orang gila. 722 00:36:47,640 --> 00:36:49,200 Ampendulo Yakelo! 723 00:36:49,280 --> 00:36:53,240 - Ya? - Awak dalam senarai pekerja sosial 724 00:36:53,320 --> 00:36:54,760 untuk esok, En. Moore cakap. 725 00:36:54,840 --> 00:36:56,840 Jangan lupa janji temu awak esok pagi. 726 00:36:56,920 --> 00:36:58,880 - Okey? - Terima kasih, En. Yakelo. 727 00:36:59,800 --> 00:37:02,280 Bradley kelihatan sangat berbeza. 728 00:37:02,360 --> 00:37:05,800 Tapi nampaknya dia telah menemui jalan untuk melakukan tugasnya 729 00:37:05,880 --> 00:37:08,240 tanpa diganggu ahli geng. 730 00:37:08,320 --> 00:37:12,120 Saya datang dari kehidupan berbeza, kehidupan kelas pertengahan atasan… 731 00:37:12,200 --> 00:37:13,520 - Okey. - …bukan… 732 00:37:14,480 --> 00:37:16,000 Bukan ahli Nombor. 733 00:37:16,080 --> 00:37:19,440 Kulit saya yang lebih cerah juga, 734 00:37:19,520 --> 00:37:21,160 amat menyukarkan keadaan. 735 00:37:22,680 --> 00:37:25,680 Hakikatnya, ia memerlukan banyak… 736 00:37:27,520 --> 00:37:29,560 duit, sememangnya duit. 737 00:37:29,640 --> 00:37:32,640 - Yakah? Awak kena beli… - Ya, betul. 738 00:37:32,720 --> 00:37:35,720 Saya kena bayar duit perlindungan secara ringkasnya. 739 00:37:36,400 --> 00:37:40,480 Tapi macam mana awak atasi cabaran ada lebih daripada seorang 740 00:37:40,560 --> 00:37:42,760 yang mahu benda yang awak boleh berikan? 741 00:37:42,840 --> 00:37:44,040 Ada penyelesaian mudah. 742 00:37:44,120 --> 00:37:47,240 Jika saya ke kedai sekali sebulan, saya akan beli 743 00:37:47,320 --> 00:37:50,200 dua tembakau, dua kopi, dua gula, dua krimer. 744 00:37:50,280 --> 00:37:51,400 - Cukup. - Okey. 745 00:37:51,480 --> 00:37:53,720 - Awak akan beli dua. - Betul. 746 00:37:53,800 --> 00:37:55,320 - Berhasil tak? - Ya. 747 00:37:55,400 --> 00:37:56,680 Saya masih hidup. 748 00:37:56,760 --> 00:38:00,520 Dan saya tidak dicabul secara paksa. 749 00:38:00,600 --> 00:38:04,320 Awak tak pernah dipukul. Awak berjaya beli perlindungan. 750 00:38:04,400 --> 00:38:05,520 Beli perlindungan. 751 00:38:06,880 --> 00:38:10,440 Untuk hidup sebagai frans dan mengelakkan kekerasan, 752 00:38:10,920 --> 00:38:13,720 banduan seperti Bradley membuat perjanjian. 753 00:38:15,920 --> 00:38:20,680 Dia dapat mengelak daripada menjadi ahli Geng Nombor 754 00:38:20,760 --> 00:38:25,800 kerana dia dapat beli perlindungan daripada dipukul 755 00:38:25,880 --> 00:38:28,800 atau dibuli atau dirampas harta bendanya. 756 00:38:37,880 --> 00:38:39,160 HARI KE-5 757 00:38:39,240 --> 00:38:41,800 Hari ini, saya kembali ke bahagian maksimum. 758 00:38:42,400 --> 00:38:44,160 Saya mahu bercakap dengan Curtis, 759 00:38:44,240 --> 00:38:47,720 yang bersikap dingin semasa saya tinggal dengannya. 760 00:38:47,800 --> 00:38:50,600 Tapi ada sesuatu dalam dirinya 761 00:38:50,680 --> 00:38:53,240 yang buat saya rasa pangkatnya dalam Geng Nombor 762 00:38:53,320 --> 00:38:55,640 merupakan tanggungjawab berat buatnya. 763 00:38:56,320 --> 00:38:57,760 Awak dari Cape Flats? 764 00:38:57,840 --> 00:38:59,360 Aku membesar di Cape Flats. 765 00:38:59,440 --> 00:39:02,160 Awak menjalani hukuman yang lama. 766 00:39:02,240 --> 00:39:03,440 Dua puluh lima tahun. 767 00:39:03,520 --> 00:39:05,880 Atas kesalahan apa? 768 00:39:06,440 --> 00:39:08,760 Kes aku ialah pembunuhan… 769 00:39:09,560 --> 00:39:14,240 dan rompakan bersenjata. 770 00:39:14,320 --> 00:39:16,920 Saya perasan sesuatu tentang awak, jika awak tak kisah. 771 00:39:17,000 --> 00:39:19,960 Saya dapat rasa berdasarkan raut wajah awak… 772 00:39:20,040 --> 00:39:23,680 yang awak bimbang… 773 00:39:23,760 --> 00:39:25,960 kerana pangkat awak dalam Geng Nombor. 774 00:39:26,760 --> 00:39:29,640 Sebab tanggungjawab yang awak pikul. 775 00:39:29,720 --> 00:39:33,080 Contohnya, dua orang, dua ahli Nombor, bergaduh. 776 00:39:33,160 --> 00:39:35,960 Seorang tumbuk seorang lagi. Hidungnya berdarah. 777 00:39:37,520 --> 00:39:39,480 Awak kena buat keputusan. 778 00:39:39,560 --> 00:39:42,240 Awak sebahagian daripadanya, betul? 779 00:39:42,320 --> 00:39:43,360 Sebab pangkat awak. 780 00:39:43,840 --> 00:39:47,280 Dan keputusannya ialah darah pengawal perlu ditumpahkan. 781 00:39:47,360 --> 00:39:48,200 Betul. 782 00:39:48,760 --> 00:39:51,840 Sejujurnya, sudah pun ada satu situasi. 783 00:39:51,920 --> 00:39:54,360 Lima tahun lepas, semasa aku ke sini, 784 00:39:54,440 --> 00:39:58,800 seorang banduan ambil mangga dan pukul seorang warden ni. 785 00:39:58,880 --> 00:40:01,040 Ia berlaku di unit tempat aku tidur. 786 00:40:02,800 --> 00:40:06,680 Ahli kumpulan 28 yang lakukan serangan ganas itu 787 00:40:06,760 --> 00:40:10,960 kemudiannya mati akibat kecederaan yang dialami semasa insiden tersebut. 788 00:40:12,400 --> 00:40:17,720 Setakat ini, belum ada tindakan balas daripada kumpulan 28 di penjara ini. 789 00:40:19,200 --> 00:40:22,000 Ahli kumpulan 28 telah dipukul sampai mati. 790 00:40:23,280 --> 00:40:27,520 Malangnya, kumpulan Nombor saya menghendaki 791 00:40:27,600 --> 00:40:29,680 salah seorang warden juga mati. 792 00:40:29,760 --> 00:40:31,360 Siapa yang akan lakukannya? 793 00:40:31,440 --> 00:40:35,320 Itulah yang menjadi tanggungjawab aku sekarang… 794 00:40:35,960 --> 00:40:37,320 kerana aku ada waktu itu. 795 00:40:37,400 --> 00:40:40,000 Ia masih tergantung 796 00:40:40,080 --> 00:40:43,040 bagi kumpulan 28 di penjara ini. 797 00:40:43,600 --> 00:40:44,840 Memang gila. 798 00:40:44,920 --> 00:40:48,000 Jika Curtis terlibat dalam pembunuhan balas dendam ini, 799 00:40:48,080 --> 00:40:51,200 dia pasti akan menghabiskan seumur hidup di penjara. 800 00:40:51,280 --> 00:40:53,120 Jika awak tak buat sesuatu… 801 00:40:53,200 --> 00:40:54,800 Kalau aku tak buat apa-apa… 802 00:40:56,760 --> 00:40:58,720 aku akan dihukum. 803 00:40:59,360 --> 00:41:00,280 Oleh kumpulan awak? 804 00:41:00,360 --> 00:41:01,200 Oleh kumpulan aku. 805 00:41:01,280 --> 00:41:03,080 Mereka kena ambil darah aku. 806 00:41:03,720 --> 00:41:06,960 Jika sampai ke tahap itu, aku kena buat keputusan, 807 00:41:07,040 --> 00:41:10,120 dan keputusannya sekelip mata. 808 00:41:10,200 --> 00:41:12,000 - Okey. - Aku buat, atau tak buat. 809 00:41:12,080 --> 00:41:14,040 Saya risaukan Curtis. 810 00:41:14,120 --> 00:41:17,760 Dia terperangkap dengan tanggungjawab sebagai ahli berpangkat. 811 00:41:17,840 --> 00:41:20,480 Dia telah capai tahap yang dimahukan. 812 00:41:20,560 --> 00:41:22,760 Tapi ada harganya. 813 00:41:22,840 --> 00:41:28,000 Dan sekarang, harganya ialah darah seorang warden. 814 00:41:36,880 --> 00:41:40,280 Hari ini, saya ingin memahami keadaan pengawal 815 00:41:40,360 --> 00:41:43,360 yang sentiasa diancam oleh keganasan geng. 816 00:41:46,040 --> 00:41:48,920 Sudah berapa lama awak bekerja di sini? 817 00:41:49,000 --> 00:41:51,160 Saya di sini sudah empat tahun. 818 00:41:51,240 --> 00:41:53,680 Apa tugas awak? Apa peranan awak? 819 00:41:53,760 --> 00:41:55,440 Saya anggota EST, 820 00:41:55,520 --> 00:41:57,120 iaitu pasukan sokongan kecemasan. 821 00:41:57,200 --> 00:42:01,440 Kami pegawai khusus untuk operasi pencarian khas, 822 00:42:02,480 --> 00:42:04,800 kawalan rusuhan, pengambilan dari sel, 823 00:42:04,880 --> 00:42:05,880 dan banyak lagi. 824 00:42:07,240 --> 00:42:10,600 Gerber perlu mengendalikan geng di penjara setiap hari. 825 00:42:11,640 --> 00:42:15,520 Apa awak rasa cabaran terbesar di penjara ini? 826 00:42:15,600 --> 00:42:18,320 Cabaran terbesar yang kami alami adalah 827 00:42:18,400 --> 00:42:22,840 berurusan dengan pesalah yang terlibat dengan Geng Nombor. 828 00:42:22,920 --> 00:42:26,640 Kami berdepan keganasan setiap hari, pada bila-bila masa. 829 00:42:26,720 --> 00:42:28,440 Kami tak tahu bila ia akan berlaku. 830 00:42:28,520 --> 00:42:31,440 Salah satu ancaman di sini, saya rasa lima atau enam tahun lepas, 831 00:42:31,520 --> 00:42:34,240 berlaku insiden yang agak dramatik 832 00:42:34,320 --> 00:42:38,520 ketika banduan kehilangan nyawa. Ada konflik antara banduan dan pengawal. 833 00:42:38,600 --> 00:42:40,320 Apa awak tahu tentangnya? 834 00:42:40,400 --> 00:42:44,880 Ahli geng yang terlibat hari itu masih di sini. 835 00:42:44,960 --> 00:42:47,760 Jadi, mereka rasa cara untuk selesaikannya 836 00:42:47,840 --> 00:42:50,200 adalah membunuh seorang pegawai kami. 837 00:42:50,280 --> 00:42:52,200 Dan kami berjaga-jaga setiap hari. 838 00:42:52,280 --> 00:42:55,000 Sebab kami tak tahu waktu ia boleh berlaku. 839 00:42:55,080 --> 00:42:57,520 Bagaimana rasanya diancam begitu? 840 00:42:57,600 --> 00:43:01,200 Kami cuma laluinya hari demi hari, 841 00:43:01,280 --> 00:43:03,880 tak fikirkan sangat, kerana jika kami fikir, 842 00:43:03,960 --> 00:43:05,760 kami boleh tertekan. 843 00:43:05,840 --> 00:43:08,800 Dan kami boleh mengalami gangguan mental… 844 00:43:09,360 --> 00:43:10,840 suatu masa nanti. 845 00:43:11,400 --> 00:43:15,600 Apa yang boleh dibuat untuk hapuskan 846 00:43:15,680 --> 00:43:20,720 hierarki ini dan segala yang berkaitan dengan Geng Nombor? 847 00:43:21,200 --> 00:43:23,360 Sejujurnya saya cakap, 848 00:43:23,440 --> 00:43:25,920 saya tak rasa kami akan berjaya hapuskannya. 849 00:43:26,000 --> 00:43:29,920 Tapi apa yang kami boleh buat dan sedang buat ketika ini 850 00:43:30,000 --> 00:43:33,560 adalah melaksanakan pengurusan geng, 851 00:43:33,640 --> 00:43:36,160 dengan memisahkan ahli yang perlu buat keputusan. 852 00:43:36,760 --> 00:43:39,480 Kalau tidak, jika keputusannya adalah menumpahkan darah 853 00:43:39,560 --> 00:43:42,400 seorang pegawai yang bertugas, 854 00:43:42,480 --> 00:43:44,000 mereka boleh buat keputusan itu 855 00:43:44,080 --> 00:43:46,720 dan lakukannya sebelum kami dapat maklumat. 856 00:43:48,680 --> 00:43:50,280 Buat masa ini, sekurang-kurangnya, 857 00:43:50,360 --> 00:43:54,200 pihak penjara menangani ahli aktif Geng Nombor 858 00:43:54,280 --> 00:43:57,080 dengan memisahkan mereka kepada kumpulan kecil 859 00:43:57,160 --> 00:43:59,480 supaya mereka sukar membuat perancangan. 860 00:43:59,560 --> 00:44:00,520 PENGASINGAN 861 00:44:00,600 --> 00:44:03,880 Tapi ada sesetengah ahli geng yang begitu bahaya, 862 00:44:03,960 --> 00:44:06,800 penjara dikawal ketat ini pun tidak dapat halang mereka. 863 00:44:07,720 --> 00:44:10,480 Mereka diasingkan di sini, 864 00:44:10,560 --> 00:44:12,680 Penjara Super Maksimum Ebongweni, 865 00:44:12,760 --> 00:44:15,720 penjara paling dikawal ketat di Afrika Selatan. 866 00:44:17,040 --> 00:44:19,480 Saya ke sini untuk berjumpa George Thomas. 867 00:44:19,560 --> 00:44:22,160 Sebagai ketua kumpulan 28, 868 00:44:22,240 --> 00:44:25,840 dia didapati bersalah atas pelbagai jenayah berkaitan geng 869 00:44:25,920 --> 00:44:27,680 dan tujuh pembunuhan. 870 00:44:28,240 --> 00:44:32,080 Ada antara yang dibunuh sepatutnya memberi keterangan terhadapnya. 871 00:44:32,160 --> 00:44:35,640 Dan dia didapati bersalah merancang pembunuhan mereka 872 00:44:35,720 --> 00:44:39,440 melalui rangkaian gengnya dari dalam sel penjaranya. 873 00:44:41,480 --> 00:44:46,280 Kini, dia menjalani lebih daripada satu hukuman seumur hidup di bilik konkrit ini, 874 00:44:46,360 --> 00:44:50,200 yang direka untuk melunturkan pengaruhnya terhadap Geng Nombor. 875 00:44:57,600 --> 00:44:58,680 Mari duduk sebelah. 876 00:44:58,760 --> 00:44:59,600 Okey. 877 00:45:02,040 --> 00:45:03,400 Saya dah baca banyak, 878 00:45:03,480 --> 00:45:05,840 diberitahu banyak benda tentang George Thomas. 879 00:45:05,920 --> 00:45:07,520 Saya bukan orang baik. 880 00:45:07,600 --> 00:45:08,440 Tidak. 881 00:45:08,960 --> 00:45:12,160 Bila kali pertama awak terlibat dengan jenayah? 882 00:45:12,240 --> 00:45:14,880 Saya cuma budak biasa. 883 00:45:15,480 --> 00:45:19,240 Kemudian saya terlibat dengan geng. 884 00:45:19,320 --> 00:45:21,440 Ada geng lain ketika itu. 885 00:45:21,520 --> 00:45:22,440 Mereka ada… 886 00:45:22,960 --> 00:45:25,600 dua rumah tempat mereka lakukan penyeludupan. 887 00:45:25,680 --> 00:45:28,360 Kami ke rumah itu pada suatu malam. 888 00:45:28,440 --> 00:45:32,960 Kalau tak silap, kami bawa senapang R4, 889 00:45:33,040 --> 00:45:35,800 tiga pistol Z-88 sembilan milimeter 890 00:45:35,880 --> 00:45:38,240 dan bom tangan, kemudian kami serang mereka. 891 00:45:39,240 --> 00:45:42,080 Kami tembak beberapa orang. 892 00:45:42,760 --> 00:45:43,840 Tembak mati? 893 00:45:43,920 --> 00:45:45,080 Sembilan orang. 894 00:45:45,840 --> 00:45:46,800 - Mati. - Sembilan. 895 00:45:46,880 --> 00:45:50,320 Saya tak pasti berapa yang mati, tapi kami tembak sembilan orang. 896 00:45:50,400 --> 00:45:54,080 George keluar masuk penjara seumur hidupnya. 897 00:45:54,160 --> 00:45:58,440 Ceritakan tentang tatu awak, mengapa muka awak ada tatu, 898 00:45:58,520 --> 00:46:00,600 dan leher serta badan awak. 899 00:46:01,160 --> 00:46:04,320 Waktu saya masuk penjara pada zaman aparteid, 900 00:46:04,400 --> 00:46:08,200 kami ada banyak masa. 901 00:46:08,280 --> 00:46:10,920 Begitulah kami mula mentatu satu sama lain. 902 00:46:13,000 --> 00:46:16,680 Tatu George menceritakan kisah hitam tentang kenaikan pangkatnya 903 00:46:16,760 --> 00:46:18,480 dalam Geng Nombor. 904 00:46:19,560 --> 00:46:23,680 Jadi, awak sangat ambil serius pangkat dalam Geng Nombor. 905 00:46:23,760 --> 00:46:26,960 Saya inspektor waktu itu. Tiada pangkat lebih tinggi. 906 00:46:27,640 --> 00:46:30,840 Saya rasa pada tahun 1994, 1995, 907 00:46:30,920 --> 00:46:33,320 kami telah tikam 27 warden. 908 00:46:33,400 --> 00:46:34,440 Dua puluh tujuh? 909 00:46:34,520 --> 00:46:36,080 Dua puluh tujuh warden. 910 00:46:36,560 --> 00:46:38,680 - Di Brandvlei ketika itu. - Mengapa? 911 00:46:38,760 --> 00:46:42,520 Sebab keadaan di penjara ketika itu. 912 00:46:42,600 --> 00:46:45,120 Mereka tak endahkan aduan kami. 913 00:46:45,200 --> 00:46:48,360 Lagipun, kumpulan 28, 914 00:46:48,440 --> 00:46:50,800 hanyalah sebuah organisasi 915 00:46:50,880 --> 00:46:54,040 yang muncul daripada sistem zaman aparteid. 916 00:46:55,040 --> 00:46:59,720 Tapi kini, majoriti wardennya sama macam awak. 917 00:46:59,800 --> 00:47:01,720 Mereka menderita macam awak. 918 00:47:01,800 --> 00:47:05,120 - Mereka melalui aparteid. - Saya setuju. Sebab itu saya cakap, 919 00:47:05,200 --> 00:47:08,560 saya tak setuju dengan keadaan sekarang. 920 00:47:09,760 --> 00:47:13,320 Sebab selepas demokrasi, kita boleh berbincang. 921 00:47:13,880 --> 00:47:16,000 Awak sekarang di bilik konkrit ini. 922 00:47:16,080 --> 00:47:18,440 Sebagai jeneral kumpulan 28… 923 00:47:20,560 --> 00:47:24,120 apa pengaruh yang awak masih ada dari dalam… 924 00:47:25,240 --> 00:47:26,160 makam ini? 925 00:47:27,520 --> 00:47:29,840 - Di dalam atau di luar? - Kedua-duanya. 926 00:47:31,560 --> 00:47:34,400 Saya masih berhubung dengan ramai rakan saya. 927 00:47:34,480 --> 00:47:38,960 Tapi sekarang, saya kebanyakannya cuba galakkan mereka 928 00:47:39,440 --> 00:47:41,480 untuk ubah cara hidup mereka. 929 00:47:43,080 --> 00:47:44,760 George Thomas pun, 930 00:47:44,840 --> 00:47:47,800 ahli geng berpangkat paling tinggi yang saya jumpa, 931 00:47:47,880 --> 00:47:51,880 nampaknya sudah beralih daripada tatakelakuan ganas Geng Nombor. 932 00:47:52,840 --> 00:47:54,840 Dia mengakui yang dia… 933 00:47:55,720 --> 00:47:59,840 masih ada pengaruh, dan boleh, jika dia mahu, 934 00:47:59,920 --> 00:48:01,440 mempengaruhi orang di luar. 935 00:48:01,520 --> 00:48:06,680 Cumanya, mesej yang dihantarnya sekarang ialah mesej positif. 936 00:48:06,760 --> 00:48:10,360 Persoalan utamanya adalah, adakah dia telah berubah? 937 00:48:10,440 --> 00:48:11,800 Atau adakah dia masih… 938 00:48:13,160 --> 00:48:16,040 seseorang yang sangat berpengaruh dan berbahaya? 939 00:48:17,440 --> 00:48:19,960 HARI KE-7 940 00:48:20,040 --> 00:48:24,800 Saya ingin bertanya kepada gabenor adakah penjara ini dapat membawa perbezaan 941 00:48:24,880 --> 00:48:26,160 kepada kehidupan penghuninya 942 00:48:26,240 --> 00:48:30,440 walaupun ramai yang masih dikawal oleh Geng Nombor. 943 00:48:32,120 --> 00:48:36,160 Geng Nombor ada struktur tersendiri bagi cara mereka melakukan sesuatu, 944 00:48:36,240 --> 00:48:40,160 yang berbeza dengan peraturan penjara ini. 945 00:48:40,240 --> 00:48:43,120 Adakah itu menyukarkan lagi pemulihan banduan? 946 00:48:43,200 --> 00:48:44,040 Ya. 947 00:48:44,840 --> 00:48:46,440 Tapi di Afrika Selatan ketika ini, 948 00:48:46,520 --> 00:48:51,120 sistem ekonomi sosial, dan kemiskinan ialah masalahnya. 949 00:48:51,200 --> 00:48:52,920 Tiada pekerjaan di luar sana. 950 00:48:53,920 --> 00:48:57,160 Itu satu contoh. Jadi, mereka akan menyertai geng 951 00:48:57,240 --> 00:48:59,920 kerana mereka perlu cari makan. 952 00:49:00,000 --> 00:49:02,760 Dan sesetengah pesalah, terutamanya gengster, 953 00:49:02,840 --> 00:49:05,920 merupakan pesalah yang tiada apa-apa… 954 00:49:07,280 --> 00:49:08,200 dalam hidup. 955 00:49:08,280 --> 00:49:10,640 Unit maksimum ini ialah kemudahan baru, 956 00:49:10,720 --> 00:49:14,320 jadi, apa bezanya sekarang dengan dahulu? 957 00:49:14,400 --> 00:49:17,120 Dulu tiada langsung pemulihan. 958 00:49:18,000 --> 00:49:19,160 - Okey. - Dulu… 959 00:49:19,840 --> 00:49:21,800 cuma ada penjarakan dan bebaskan. 960 00:49:22,600 --> 00:49:27,160 Sistem penjara kami sekarang sudah banyak perubahan. 961 00:49:27,240 --> 00:49:32,080 Kami beralih daripada sistem hukuman kepada sistem pemulihan. 962 00:49:32,160 --> 00:49:35,920 Ada yang akan berubah. Mereka tak berminat dengan geng. 963 00:49:36,000 --> 00:49:37,600 Kami keluarkan mereka. 964 00:49:37,680 --> 00:49:40,520 Kami pimpin mereka dan cuba pulihkan mereka, 965 00:49:40,600 --> 00:49:44,920 cuba bantu mereka agar dibebaskan sebagai rakyat yang patuh undang-undang. 966 00:49:47,120 --> 00:49:51,000 Saya sudah sampai ke penghujungnya di penjara Brandvlei. 967 00:49:54,160 --> 00:49:58,640 Budaya geng sememangnya sudah sebati dengan kehidupan penjara Afrika Selatan. 968 00:49:58,720 --> 00:50:03,080 Geng Nombor mungkin mengekalkan keamanan antara geng jalanan di dalam, 969 00:50:03,160 --> 00:50:07,200 tetapi menyukarkan lagi pihak penjara memulihkan banduannya. 970 00:50:07,280 --> 00:50:10,360 Menghapuskannya tampak mustahil. 971 00:50:10,440 --> 00:50:14,480 Setelah dilabel sebagai kumpulan 26, 27 atau 28, 972 00:50:14,560 --> 00:50:18,680 stigma tersebut akan kekal bersama mereka seumur hidup. 973 00:51:04,440 --> 00:51:06,840 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi