1 00:00:06,523 --> 00:00:08,763 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:08,843 --> 00:00:13,123 Di tebing Sungai Dniester, Republik Moldova, 3 00:00:13,643 --> 00:00:15,483 terletaknya Penjara Rezina, 4 00:00:15,563 --> 00:00:18,483 Penjara Nombor 17. 5 00:00:19,243 --> 00:00:23,483 Penjara kawalan maksimum zaman Soviet yang sudah begitu uzur. 6 00:00:23,563 --> 00:00:26,603 Persekitarannya mula melemaskan saya. 7 00:00:26,683 --> 00:00:28,963 Jantung saya berdegup kencang. 8 00:00:29,043 --> 00:00:32,843 Ia menempatkan penjenayah paling bahaya di Moldova. 9 00:00:32,923 --> 00:00:35,043 Gadis itu dicekik. 10 00:00:35,123 --> 00:00:36,963 Kenapa buat begitu, Lilian? 11 00:00:37,883 --> 00:00:41,163 Satu pertiga banduannya dipenjara seumur hidup, 12 00:00:41,243 --> 00:00:43,123 tanpa harapan untuk dibebaskan. 13 00:00:43,203 --> 00:00:45,243 Dah berapa lama awak di penjara? 14 00:00:45,323 --> 00:00:46,763 Sudah 26 tahun. 15 00:00:46,843 --> 00:00:48,243 Ini persoalannya. 16 00:00:48,323 --> 00:00:51,003 Apa matlamat sebenar hukuman jenayah? 17 00:00:51,083 --> 00:00:54,323 Supaya orang itu mati di penjara? 18 00:00:55,083 --> 00:00:58,683 Mereka hidup dalam rejim kejam gaya Soviet. 19 00:01:00,403 --> 00:01:01,523 Ada 32 langkah. 20 00:01:01,603 --> 00:01:04,923 Setiap kali saya jalan dari hujung ke hujung, 32 langkah. 21 00:01:05,003 --> 00:01:07,283 Bila kali terakhir awak pijak tanah? 22 00:01:08,963 --> 00:01:10,043 Saya tak ingat. 23 00:01:10,123 --> 00:01:13,363 Mereka hanya nampak kegelapan. Harapan tak wujud. 24 00:01:13,443 --> 00:01:17,283 Dicampak ke penjara dan dibiarkan begitu saja! 25 00:01:19,083 --> 00:01:19,923 Begitu saja! 26 00:01:21,883 --> 00:01:24,043 Nama saya Raphael Rowe. 27 00:01:24,123 --> 00:01:28,483 Saya disabitkan membunuh di UK walaupun saya tidak bersalah 28 00:01:28,563 --> 00:01:31,203 dan dihukum penjara seumur hidup tanpa parol. 29 00:01:31,283 --> 00:01:34,603 Saya ambil masa 12 tahun untuk bersihkan nama saya. 30 00:01:34,683 --> 00:01:39,123 Kini saya mengelilingi dunia untuk mengetahui hakikat kehidupan 31 00:01:40,123 --> 00:01:43,763 di dalam penjara paling dahsyat di dunia. 32 00:01:53,643 --> 00:01:55,803 Moldova, Eropah Timur. 33 00:01:58,323 --> 00:02:02,803 Dahulunya negara Soviet, Moldova kini negara termiskin di Eropah. 34 00:02:02,883 --> 00:02:06,643 Pendapatan orang biasa cuma 12 dolar sehari. 35 00:02:11,563 --> 00:02:13,043 Kehidupannya sukar 36 00:02:13,123 --> 00:02:16,563 dan kadar pembunuhannya antara yang tertinggi di Eropah. 37 00:02:17,803 --> 00:02:20,763 Hukuman berat dijatuhkan terhadap penjenayah. 38 00:02:20,843 --> 00:02:25,083 Hukuman penjara di sini tujuh kali lebih panjang 39 00:02:25,163 --> 00:02:27,283 daripada rata-rata negara Eropah. 40 00:02:27,803 --> 00:02:32,643 Mereka yang didapati bersalah membunuh dipenjarakan sekurang-kurangnya 30 tahun. 41 00:02:37,483 --> 00:02:41,603 Banduan seumur hidup ini dihantar ke penjara kawalan maksimum terpencil 42 00:02:41,683 --> 00:02:44,243 bernama Penjara Rezina, Penjara 17, 43 00:02:44,323 --> 00:02:46,443 dan itulah tempat tujuan saya. 44 00:02:47,283 --> 00:02:50,403 HARI PERTAMA 45 00:02:58,123 --> 00:03:02,523 Saya dalam perjalanan ke Penjara Nombor 17 di Moldova. 46 00:03:03,043 --> 00:03:05,443 Saya diberitahu bahawa di penjara ini, 47 00:03:05,523 --> 00:03:08,963 saya akan luangkan masa dengan ramai lelaki 48 00:03:09,043 --> 00:03:12,643 yang menjalani hukuman penjara yang sangat panjang, 49 00:03:12,723 --> 00:03:15,643 tanpa harapan langsung untuk dibebaskan. 50 00:03:16,843 --> 00:03:21,603 Secara rasminya, hukuman seumur hidup di Moldova bermakna dipenjarakan 30 tahun. 51 00:03:21,683 --> 00:03:25,883 Hakikatnya, tiada seorang pun banduan seumur hidup pernah dibebaskan. 52 00:03:26,923 --> 00:03:31,763 Ada banduan yang tak pernah lihat masyarakat masa kini di negara ini, 53 00:03:31,843 --> 00:03:33,323 cara hidup Barat. 54 00:03:34,283 --> 00:03:37,563 Bolehkah mereka terima saya? Itu yang saya nak lihat. 55 00:03:42,403 --> 00:03:45,643 Penjara Rezina ada reputasi yang menakutkan. 56 00:03:46,203 --> 00:03:50,963 Dibina pada zaman Joseph Stalin, ia didiami lebih 300 penjenayah. 57 00:03:51,443 --> 00:03:53,683 Seramai 106 banduan seumur hidup. 58 00:03:53,763 --> 00:03:56,883 Saya akan luangkan seminggu dengan mereka. 59 00:03:58,963 --> 00:04:00,643 - Raphael. - Ya. 60 00:04:00,723 --> 00:04:02,283 Tahun lahir? 61 00:04:02,363 --> 00:04:03,723 Tahun 1968. 62 00:04:04,763 --> 00:04:05,723 Mari. 63 00:04:11,883 --> 00:04:14,723 Berada di sini seperti kembali ke masa silam. 64 00:04:15,483 --> 00:04:19,283 Penyeksaan dan pencabulan hak asasi tidak lagi diamalkan, 65 00:04:21,003 --> 00:04:25,243 tetapi berapa banyak yang sebenarnya telah berubah sejak zaman Soviet? 66 00:04:33,603 --> 00:04:36,683 Persekitarannya mula melemaskan saya. 67 00:04:36,763 --> 00:04:38,683 Jantung saya berdegup kencang. 68 00:04:40,523 --> 00:04:42,443 Sebelum dimasukkan ke dalam sel… 69 00:04:42,523 --> 00:04:43,923 Mari sini. 70 00:04:44,003 --> 00:04:46,083 …saya jalani pemeriksaan perubatan. 71 00:04:46,163 --> 00:04:48,243 Tunjukkan kaki dan muka awak. 72 00:04:50,203 --> 00:04:52,523 Tahun ini berlaku? 73 00:04:52,603 --> 00:04:54,843 Tahun 1988. 74 00:04:55,363 --> 00:04:56,883 Muka saya dikelar. 75 00:04:57,643 --> 00:05:01,603 Setiap parut saya dicatatkan dengan teliti. 76 00:05:01,683 --> 00:05:03,283 15 sentimeter. 77 00:05:04,323 --> 00:05:06,923 Ini kecederaan apa? 78 00:05:07,003 --> 00:05:08,323 Luka tikaman. 79 00:05:08,403 --> 00:05:12,363 Saya tak nak tersebar berita yang saya kononnya kaki gaduh. 80 00:05:12,443 --> 00:05:15,003 Nanti mungkin ada orang ajak bertumbuk. 81 00:05:15,083 --> 00:05:19,163 Apabila kita ada parut unik di sepanjang muka, 82 00:05:19,243 --> 00:05:21,683 mesti ceritanya tersebar seluruh penjara. 83 00:05:26,083 --> 00:05:28,163 Vasea, awak buka. Lari. 84 00:05:29,883 --> 00:05:30,883 Pergi jumpa bos. 85 00:05:31,843 --> 00:05:32,963 Naik atas. 86 00:05:35,323 --> 00:05:39,243 Seterusnya, berjumpa secara peribadi dengan pegawai keselamatan. 87 00:05:39,323 --> 00:05:43,803 Dia akan tentukan orang yang berkongsi sel kecil dengan saya selama seminggu. 88 00:05:44,403 --> 00:05:46,243 Awak akan tinggal di sel 89 00:05:46,323 --> 00:05:49,963 dengan dua lagi banduan 90 00:05:50,043 --> 00:05:54,563 yang dipenjarakan seumur hidup. 91 00:05:54,643 --> 00:05:59,443 Perlukah saya takut terhadap mereka? 92 00:05:59,523 --> 00:06:02,803 Jangan tanya apa-apa soalan 93 00:06:02,883 --> 00:06:06,523 dan jangan mulakan pertengkaran. 94 00:06:11,043 --> 00:06:15,723 Seperti penjara zaman Soviet yang lain, ia dikawal oleh geng penjara. 95 00:06:16,643 --> 00:06:19,643 Hierarki geng dikuatkuasakan dengan ganas 96 00:06:19,723 --> 00:06:23,083 terhadap banduan yang melampaui batas. 97 00:06:23,723 --> 00:06:25,883 Saya berkongsi sel dengan dua lelaki 98 00:06:25,963 --> 00:06:28,683 yang memilih untuk tinggal di luar kawalan geng 99 00:06:28,763 --> 00:06:32,843 di bahagian penjara yang berbeza, bersama banduan lain yang enggan. 100 00:06:34,163 --> 00:06:36,163 Saya lega mereka bukan ahli geng, 101 00:06:36,243 --> 00:06:41,843 tapi kedua-dua rakan sel saya disabitkan dengan kesalahan paling serius. 102 00:06:47,323 --> 00:06:48,363 Ayuh masuk. 103 00:06:53,603 --> 00:06:55,403 - Helo. - Helo. 104 00:06:55,483 --> 00:06:57,803 Helo. Tahu bahasa Inggeris? 105 00:06:57,883 --> 00:06:59,323 Ya, saya tahu sedikit… 106 00:06:59,403 --> 00:07:02,523 - Awak tahu sedikit. - …tapi dia tak faham. 107 00:07:02,603 --> 00:07:04,403 Jadi, awak akan terjemahkan. 108 00:07:04,483 --> 00:07:06,163 - Duduklah. - Terima kasih. 109 00:07:07,283 --> 00:07:09,723 Biar saya perkenalkan diri. Saya Raphael. 110 00:07:09,803 --> 00:07:11,283 - Nama saya Max. - Max. 111 00:07:11,363 --> 00:07:12,203 Lilian. 112 00:07:12,283 --> 00:07:14,083 Lilian. Selamat berkenalan. 113 00:07:22,883 --> 00:07:26,723 Ini ruang kamu dan kamu buat saya rasa diterima serta-merta 114 00:07:26,803 --> 00:07:29,003 hanya dengan senyuman awak. 115 00:07:29,083 --> 00:07:33,363 Ia buat saya rasa tenang kerana ketika saya di luar pintu itu, 116 00:07:33,443 --> 00:07:35,043 jantung saya berdebar. 117 00:07:35,123 --> 00:07:37,243 Siapa mereka? Bagaimana rupa mereka? 118 00:07:37,323 --> 00:07:38,923 Berapa umur mereka? 119 00:07:39,003 --> 00:07:42,963 Adakah mereka akan terima saya? Alu-alukan saya? 120 00:07:43,043 --> 00:07:46,883 Apa perasaan kamu tentang kemasukan saya ke ruang kamu? 121 00:07:46,963 --> 00:07:50,843 Yang penting bagi kami, awak sekepala dengan kami. 122 00:07:50,923 --> 00:07:54,603 Kami luangkan banyak masa di dalam bilik. 123 00:07:54,683 --> 00:07:56,163 Dua puluh dua jam. 124 00:07:56,243 --> 00:08:00,283 Kami cuma diberi dua jam untuk keluar. 125 00:08:00,363 --> 00:08:06,283 Banduan perlu ada hubungan yang baik sesama sendiri. 126 00:08:07,723 --> 00:08:09,483 Itu sangat penting. 127 00:08:10,403 --> 00:08:13,963 Apa perkara pertama yang saya perlu tahu supaya saya 128 00:08:14,763 --> 00:08:16,483 boleh bertahan dan hidup? 129 00:08:16,563 --> 00:08:19,963 Saya akan nasihati dia 130 00:08:21,123 --> 00:08:23,323 supaya jadi diri sendiri. 131 00:08:24,403 --> 00:08:25,243 Beritahu dia! 132 00:08:25,323 --> 00:08:27,443 Jadilah seperti diri sendiri. 133 00:08:27,523 --> 00:08:29,883 Kami akan cuba bimbing awak. 134 00:08:29,963 --> 00:08:31,643 Sejak bila awak di sini? 135 00:08:31,723 --> 00:08:33,083 Sejak tahun 2005. 136 00:08:33,163 --> 00:08:35,923 Tahun 2005. Jadi, dah 16 tahun? 137 00:08:36,003 --> 00:08:37,923 Ya. Dia lebih lama sedikit. 138 00:08:38,003 --> 00:08:39,563 Lebih kurang 17 tahun. 139 00:08:39,643 --> 00:08:41,363 Bila hari kamu berakhir? 140 00:08:41,443 --> 00:08:45,123 Pintu sentiasa dikunci. 141 00:08:45,203 --> 00:08:47,883 Apabila perlu, pintu akan dibuka. 142 00:08:54,243 --> 00:08:55,123 Raphael! 143 00:08:58,483 --> 00:09:03,123 Mujurlah banduan seumur hidup, Maxim dan Lilian, buat saya rasa selesa. 144 00:09:03,803 --> 00:09:04,803 Biar saya bantu. 145 00:09:04,883 --> 00:09:08,963 Di penjara, kita perlu hormati rakan sebilik, 146 00:09:09,043 --> 00:09:13,643 terutamanya apabila kita dikurung bersama 22 jam sehari. 147 00:09:14,163 --> 00:09:18,523 Saya perlukan panduan mereka untuk fahami peraturan tersembunyi penjara. 148 00:09:18,603 --> 00:09:20,683 - Boleh pegangkan bucunya? - Okey. 149 00:09:21,643 --> 00:09:24,843 Pertama sekali, saya perlu bantuan untuk siapkan katil. 150 00:09:24,923 --> 00:09:28,763 Tengok, masukkan ke sini! Awak tak boleh buatkah? 151 00:09:30,083 --> 00:09:32,043 Tiga lelaki besar gagal. 152 00:09:33,003 --> 00:09:34,403 Itu satu bucu, bukan? 153 00:09:35,483 --> 00:09:36,843 Ini pula satu lagi. 154 00:09:36,923 --> 00:09:37,883 Betul. 155 00:09:37,963 --> 00:09:40,643 Beritahu dia, inilah erti hormat. 156 00:09:41,123 --> 00:09:42,563 - Tak salah tolong. - Ya. 157 00:09:42,643 --> 00:09:43,963 Ya, barulah betul. 158 00:09:45,883 --> 00:09:47,243 Letak di atas sana. 159 00:09:47,963 --> 00:09:51,443 Memanglah ini malam pertamanya, tapi cadarnya putih sangat! 160 00:09:53,723 --> 00:09:55,043 Elok sangat! 161 00:09:55,123 --> 00:09:57,163 Saya nak cuba katil. Tak, tilam. 162 00:09:57,243 --> 00:09:58,843 - Ya, cubalah. - Agak keras. 163 00:09:58,923 --> 00:10:00,723 - Selamat pagi. - Selamat pagi. 164 00:10:01,963 --> 00:10:03,203 Awak berdengkur? 165 00:10:03,283 --> 00:10:06,403 Tidak. Lilian berdengkur kadang-kadang. 166 00:10:06,963 --> 00:10:09,523 - Bukan saya. - Awak tak berdengkur. 167 00:10:12,763 --> 00:10:15,683 Ini penghujung hari pertama saya di Penjara Rezina 168 00:10:16,443 --> 00:10:19,883 dan masa untuk gunakan bilik mandi yang khas untuk sel ini. 169 00:10:22,043 --> 00:10:24,923 Mereka cuma beri saya sabun ini 170 00:10:25,963 --> 00:10:29,523 dan semua lelaki tahu ini bukan pisau cukur yang bagus. 171 00:10:30,363 --> 00:10:32,003 Wanita pun mungkin tahu. 172 00:10:32,963 --> 00:10:34,323 Mereka beri berus gigi. 173 00:10:35,043 --> 00:10:36,603 Bulu berusnya boleh tahan. 174 00:10:38,643 --> 00:10:40,923 Ubat gigi sensitif. Bagus. 175 00:10:41,003 --> 00:10:42,243 Saiznya pun besar. 176 00:10:43,843 --> 00:10:47,603 Kemudian, segulung tisu tandas. 177 00:10:47,683 --> 00:10:50,923 Saya lebih suka putih, tapi warna perang pun bolehlah. 178 00:10:52,563 --> 00:10:54,243 Ini bukan sekadar bilik air. 179 00:10:54,843 --> 00:10:56,363 Ia ruang privasi 180 00:10:56,443 --> 00:11:00,003 kerana tiada tempat lain yang ada privasi di penjara ini. 181 00:11:00,083 --> 00:11:00,963 Cuba fikirkan. 182 00:11:06,563 --> 00:11:09,443 Penjara ini melemaskan. 183 00:11:09,523 --> 00:11:11,763 Ia sangat kecil. Ia sangat sempit. 184 00:11:11,843 --> 00:11:14,843 Ia sangat tertutup sehingga kita rasa cemas. 185 00:11:16,043 --> 00:11:18,683 Pandang Max dengan teliti. 186 00:11:19,323 --> 00:11:21,723 Badannya besar tapi dia membongkok. 187 00:11:22,243 --> 00:11:24,443 Bagi saya, penjara ialah puncanya. 188 00:11:24,523 --> 00:11:28,883 Dia cuba sesuaikan diri dengan persekitaran ini, 189 00:11:28,963 --> 00:11:30,883 dan saya perlu tekankan, 190 00:11:30,963 --> 00:11:33,323 ia tersangatlah kecil. 191 00:11:36,043 --> 00:11:37,483 Airnya sejuk beku. 192 00:11:47,963 --> 00:11:49,163 HARI KEDUA 193 00:11:49,243 --> 00:11:53,123 Pagi pertama saya di sayap hukuman seumur hidup Penjara Rezina. 194 00:11:53,203 --> 00:11:56,763 Max beritahu saya kami akan terkurung di sel kecil kami 195 00:11:56,843 --> 00:12:00,043 dari waktu bangun hingga pukul 1 tengah hari. 196 00:12:00,803 --> 00:12:06,443 Kemudian, kami dibenarkan keluar selama dua jam untuk bersenam dan bergaul. 197 00:12:06,963 --> 00:12:09,083 Lilian tak makan pada waktu pagi. 198 00:12:09,923 --> 00:12:13,603 - Dia minum kopi dan hisap rokok. - Itu sarapan dia. 199 00:12:13,683 --> 00:12:16,083 - Saya makan sedikit. - Okey. 200 00:12:16,163 --> 00:12:17,843 Kami makan makanan 201 00:12:17,923 --> 00:12:20,843 yang ibu bapa kami hantar kepada kami. 202 00:12:20,923 --> 00:12:24,683 Kami tak makan makanan penjara kerana rasanya tak sedap. 203 00:12:24,763 --> 00:12:27,483 Boleh kamu tunjukkan bilik ini? 204 00:12:27,563 --> 00:12:29,883 Terangkan tentang tempat ini. 205 00:12:29,963 --> 00:12:33,203 Ini katil saya. Ya, untuk sepanjang hidup. 206 00:12:34,723 --> 00:12:37,283 Ini televisyen saya. Saya ada buku. 207 00:12:37,363 --> 00:12:39,043 Apa dokumen itu? 208 00:12:39,123 --> 00:12:42,123 Dokumen kes awak atau dokumen belajar awak? 209 00:12:42,203 --> 00:12:45,603 Belajar, kes, kerja, 210 00:12:45,683 --> 00:12:50,283 surat kami kepada presiden, perdana menteri, 211 00:12:50,363 --> 00:12:52,203 menteri lain, semuanya ada. 212 00:12:52,283 --> 00:12:55,203 Untuk menuntut penambahbaikan tempat ini? 213 00:12:55,283 --> 00:12:57,043 - Ya. - Okey. 214 00:12:57,123 --> 00:13:01,963 Maxim terlibat dalam rompakan bersenjata. Seorang pegawai polis ditembak mati. 215 00:13:02,483 --> 00:13:04,483 Dia kata bukan dia yang tembak, 216 00:13:04,563 --> 00:13:08,523 tapi dia disabitkan membunuh dan dihukum penjara seumur hidup. 217 00:13:09,243 --> 00:13:12,923 Dia sudah di sini selama 16 tahun, dan sepanjang tempoh itu, 218 00:13:13,003 --> 00:13:17,323 dia menjadi teraju kempen di Rezina untuk pembaharuan penjara. 219 00:13:18,003 --> 00:13:21,763 Dia berjaya mendapatkan hak untuk banduan 220 00:13:21,843 --> 00:13:24,483 memiliki komputer di bilik mereka. 221 00:13:24,563 --> 00:13:27,923 Untuk dapatkan komputer, kami berjuang selama 14 tahun. 222 00:13:28,003 --> 00:13:34,243 Hakim buat keputusan untuk benarkannya tanpa sambungan Internet. 223 00:13:34,963 --> 00:13:37,443 Seterusnya, peti sejuk di dalam sel 224 00:13:38,043 --> 00:13:41,203 supaya banduan boleh pastikan makanan mereka segar. 225 00:13:41,283 --> 00:13:43,483 Selepas ini, semua orang… 226 00:13:43,563 --> 00:13:48,883 Enam ribu banduan dibenarkan memiliki bukan hanya peti sejuk, 227 00:13:48,963 --> 00:13:51,443 tapi barang lain seperti ini. 228 00:13:51,523 --> 00:13:52,363 Cerek. 229 00:13:52,443 --> 00:13:55,723 - Pemain MP3 dan sebagainya. - Okey. 230 00:13:56,323 --> 00:14:00,683 Sudah tentu banduan perlu beli barang mewah ini sendiri. 231 00:14:00,763 --> 00:14:04,243 Malah, hampir semuanya di sel ini 232 00:14:04,323 --> 00:14:08,963 dibina oleh Max dan Lilian dan dibayar oleh keluarga mereka. 233 00:14:09,043 --> 00:14:11,603 Kawasan ini khususnya. 234 00:14:11,683 --> 00:14:12,723 Kami yang bina. 235 00:14:14,243 --> 00:14:16,083 - Seluruh bilik ini? - Ya. 236 00:14:16,163 --> 00:14:18,723 Okey. Lilian, mana kopi saya? 237 00:14:18,803 --> 00:14:20,043 - Saya agak… - Lilian. 238 00:14:21,163 --> 00:14:22,643 Saya tak sabar nak minum. 239 00:14:23,163 --> 00:14:24,723 Lilian, mari buat kopi. 240 00:14:24,803 --> 00:14:26,963 - Sempitlah. - Saya boleh ke tepi. 241 00:14:27,043 --> 00:14:28,483 Saya ke tepi kerana dia… 242 00:14:28,563 --> 00:14:31,443 Okey, tak cukup ruang untuk kita bertiga. 243 00:14:33,523 --> 00:14:34,963 Saya kagum. 244 00:14:35,043 --> 00:14:37,603 Mereka banduan hayat, takkan dibebaskan, 245 00:14:37,683 --> 00:14:41,403 jadi mereka ambil insiatif untuk jadikan sel ini, 246 00:14:41,483 --> 00:14:44,203 tempat mereka akan tinggal seumur hidup, 247 00:14:44,883 --> 00:14:45,723 lebih selesa. 248 00:14:46,243 --> 00:14:48,363 Mereka pasang jubin lantai, pelapik, 249 00:14:48,443 --> 00:14:51,283 plaster dan cat dinding, pasang elektrik. 250 00:14:51,363 --> 00:14:54,763 Mereka bina dapur kecil. Saya tak pernah lihat sel begini. 251 00:14:55,923 --> 00:15:00,083 Max dan Lilian sudah lama berkongsi sel kecil ini. 252 00:15:01,563 --> 00:15:04,603 Jadi, kemahiran awak bancuh kopi. 253 00:15:04,683 --> 00:15:05,843 Ya. 254 00:15:07,243 --> 00:15:10,163 Jadi, apa kerja saya? Cuci pinggan mangkuk? 255 00:15:10,243 --> 00:15:14,683 Sebab awak buat kopi dan Maxim buat bubur. 256 00:15:14,763 --> 00:15:19,003 Selepas makan, saya kemas meja, sapu lantai dan Maxim cuci pinggan. 257 00:15:19,083 --> 00:15:20,723 Itulah cara kami. 258 00:15:20,803 --> 00:15:25,363 Itu cara kami bekerjasama sejak dulu lagi. 259 00:15:28,883 --> 00:15:31,803 Tepat pukul 1 tengah hari, pengawal membuka pintu. 260 00:15:38,243 --> 00:15:40,443 Kami diiringi ke bumbung penjara, 261 00:15:40,523 --> 00:15:44,043 tempat Max memperkenalkan saya kepada kumpulan kecil banduan 262 00:15:44,523 --> 00:15:48,123 yang turut memilih untuk tinggal di luar kawalan geng penjara. 263 00:15:51,723 --> 00:15:53,763 - Helo, semua! - Helo. 264 00:15:53,843 --> 00:15:56,963 Dijauhkan daripada penghuni lain, 265 00:15:57,043 --> 00:16:02,523 kumpulan ini sahajalah boleh bergaul dengan Max dan Lilian. 266 00:16:02,603 --> 00:16:04,403 - Mari. - Max. 267 00:16:04,483 --> 00:16:06,483 Ayuh kita berjalan. 268 00:16:06,563 --> 00:16:07,763 Ini senaman awak? 269 00:16:07,843 --> 00:16:10,403 - Tiada jerjak. - Ini saja ruang untuk kamu? 270 00:16:10,483 --> 00:16:12,923 Ya, ini saja ruang untuk kami. 271 00:16:15,643 --> 00:16:20,323 Sukar untuk percaya bahawa banduan meluangkan 22 jam sehari di dalam sel 272 00:16:20,403 --> 00:16:25,203 dan hanya diberi koridor bertutup yang sempit ini untuk senaman harian. 273 00:16:26,563 --> 00:16:31,323 Kamu dihalang melihat langit, menyentuh rumput. 274 00:16:31,403 --> 00:16:34,123 Sungguh kejam dan tak berperikemanusiaan. 275 00:16:35,123 --> 00:16:37,563 Bila kali terakhir awak pijak tanah? 276 00:16:39,003 --> 00:16:40,003 Saya tak ingat. 277 00:16:40,723 --> 00:16:43,803 Kami cuba berjalan, terus berjalan. 278 00:16:43,883 --> 00:16:47,323 Ya, sebab inilah satu-satunya peluang untuk regangkan kaki. 279 00:16:49,523 --> 00:16:51,363 Sudah lama awak di sini? 280 00:16:51,443 --> 00:16:52,483 Dah 27 tahun. 281 00:16:52,563 --> 00:16:56,403 Sudah 27 tahun dia di sini. 282 00:16:56,483 --> 00:16:58,083 Buatan USSR. 283 00:17:00,243 --> 00:17:01,763 Saya dah kira. 284 00:17:01,843 --> 00:17:04,003 Kami boleh jalan 32 langkah. 285 00:17:04,083 --> 00:17:07,483 Setiap kali saya jalan dari hujung ke hujung, 32 langkah. 286 00:17:07,563 --> 00:17:11,843 Apabila anda keluar dari pintu depan, berjalanlah 32 langkah. 287 00:17:11,923 --> 00:17:16,043 Itulah yang mereka buat bertahun-tahun. 288 00:17:16,123 --> 00:17:18,123 Fikirkan, 32 langkah. 289 00:17:19,363 --> 00:17:20,803 Aduhai, 27 tahun. 290 00:17:21,323 --> 00:17:22,883 Saya hampir jadi gila. 291 00:17:23,763 --> 00:17:26,883 Tapi syukurlah saya masih waras. 292 00:17:28,683 --> 00:17:34,763 Dilarang keluar ke tempat terbuka ialah akibat yang perlu ditanggung 293 00:17:34,843 --> 00:17:37,883 kerana menolak peraturan geng penjara. 294 00:17:37,963 --> 00:17:41,963 Kami cuba ikut peraturan rasmi penjara. 295 00:17:42,043 --> 00:17:43,163 Ikut Bible. 296 00:17:44,603 --> 00:17:47,923 Kami tak sokong geng dan sebagainya. 297 00:17:48,003 --> 00:17:50,763 Kemungkinan besar mereka boleh pukul kami 298 00:17:50,843 --> 00:17:52,843 kerana kami enggan bersama mereka. 299 00:17:52,923 --> 00:17:55,403 Awak tak mahu fikir seperti mereka lagi. 300 00:17:55,483 --> 00:17:58,523 Jika kami ada di sana, 301 00:17:58,603 --> 00:18:03,763 saya tiada peluang untuk menulis dan perjuangkan hak saya. 302 00:18:03,843 --> 00:18:06,443 - Melainkan bos besar izinkan. - Ya. 303 00:18:07,043 --> 00:18:11,123 Kuasa bos jenayah begitu besar di penjara 304 00:18:11,203 --> 00:18:14,603 hingga kumpulan Max terpaksa merayu kepada pihak berkuasa 305 00:18:14,683 --> 00:18:17,203 untuk tinggal di luar kawalan geng. 306 00:18:17,283 --> 00:18:19,883 Selepas kami tulis permohonan, 307 00:18:19,963 --> 00:18:23,803 "Kami tak mahu terlibat dengan kumpulan itu. 308 00:18:24,523 --> 00:18:25,483 Tolonglah kami," 309 00:18:25,563 --> 00:18:30,403 pengarah penjara mengambil keputusan 310 00:18:30,483 --> 00:18:34,123 untuk pindahkan kami ke tempat lain. 311 00:18:34,203 --> 00:18:36,123 - Okey. - Bukan mereka. 312 00:18:36,203 --> 00:18:39,843 - Untuk jaga keselamatan kamu. - Ya. 313 00:18:39,923 --> 00:18:42,843 Sekarang, apabila kami tanya 314 00:18:42,923 --> 00:18:46,483 kenapa kami tak boleh keluar main bola sepak, 315 00:18:46,563 --> 00:18:48,363 bola tampar dan lain-lain, 316 00:18:48,443 --> 00:18:52,723 Dia kata, "Kami tak boleh lindungi kamu." 317 00:18:55,723 --> 00:18:59,363 Max dan banduan hayat yang lain tak mahu rosak akhlak. 318 00:18:59,443 --> 00:19:03,483 Mereka juga nak buat perkara seperti kerja, menimba ilmu. 319 00:19:03,563 --> 00:19:05,603 Tapi mereka kata ia mustahil, 320 00:19:05,683 --> 00:19:09,163 dan ketua jenayah terancang, yang sangat kaya, 321 00:19:09,243 --> 00:19:13,643 dan saya diberitahu mereka biayai beberapa kemudahan di penjara ini, 322 00:19:13,723 --> 00:19:16,483 mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar. 323 00:19:16,563 --> 00:19:18,923 Max dan kumpulan ini enggan terlibat. 324 00:19:19,003 --> 00:19:25,083 Disebabkan itu, mereka seperti dihukum dua kali ganda di penjara dan diasingkan. 325 00:19:33,363 --> 00:19:35,203 Kumpulan Max yang menolak geng 326 00:19:35,283 --> 00:19:38,923 dikurung lebih lama di sel berbanding banduan hayat yang lain. 327 00:19:40,443 --> 00:19:43,363 Merenung empat dinding yang sama selama berjam-jam 328 00:19:43,443 --> 00:19:46,883 mengingatkan saya kepada zaman saya dipenjarakan 329 00:19:46,963 --> 00:19:50,083 dan rasa putus asa yang mengganggu saya tanpa henti. 330 00:19:56,603 --> 00:19:59,243 HARI KETIGA 331 00:19:59,323 --> 00:20:01,883 Ini hari ketiga saya di Penjara Rezina. 332 00:20:02,603 --> 00:20:08,083 Sekali lagi, waktu pagi bergerak perlahan apabila waktu makan tengah hari mendekati. 333 00:20:17,603 --> 00:20:21,283 Makanan yang disediakan oleh penjara agak menjijikkan 334 00:20:21,363 --> 00:20:26,123 dan jarang dimakan oleh rakan sel saya, tapi Max ada bantuan luar. 335 00:20:26,203 --> 00:20:30,403 Saya cuma duduk di sel dan tunggu Max balik. 336 00:20:30,923 --> 00:20:32,523 Dia pergi ambil bungkusan. 337 00:20:33,563 --> 00:20:35,763 Di tempat yang kurang sumber begini, 338 00:20:36,363 --> 00:20:40,683 kiriman barang daripada keluarga amat penting. 339 00:20:45,523 --> 00:20:47,083 Saya bawa makanan. 340 00:20:47,163 --> 00:20:48,523 Banyaknya benda sedap. 341 00:20:48,603 --> 00:20:50,603 Kejutan! 342 00:20:50,683 --> 00:20:53,163 Ibu bapa saya kirim makanan. 343 00:20:55,323 --> 00:20:58,123 Baru sampai atau mereka simpan beberapa hari? 344 00:20:58,203 --> 00:21:01,963 Tak, mereka hantar bungkusan menerusi pejabat pos. 345 00:21:02,763 --> 00:21:06,523 Mereka selalu hantar pada hari Isnin 346 00:21:06,603 --> 00:21:08,923 dan saya terima pada hari Selasa. 347 00:21:09,003 --> 00:21:11,283 Okey. Awak beritahu nak pos apa? 348 00:21:11,363 --> 00:21:15,163 Dulu ya, tapi mereka dah tahu benda yang saya perlukan. 349 00:21:15,843 --> 00:21:18,763 Bolehkah kita tentukan saiz bungkusan? 350 00:21:18,843 --> 00:21:23,523 Kami boleh terima bungkusan sekecil ini atau sebesar ini. 351 00:21:23,603 --> 00:21:24,563 Okey. 352 00:21:24,643 --> 00:21:28,483 Setiap minggu, setiap orang boleh hantar satu bungkusan. 353 00:21:28,563 --> 00:21:32,123 Okey. Jadi, ibu dan kakak boleh hantar secara berasingan. 354 00:21:32,203 --> 00:21:33,283 Ya. 355 00:21:34,243 --> 00:21:36,083 Amboi, langkah kanan. 356 00:21:36,603 --> 00:21:38,243 Ibu bapa saya dah tua. 357 00:21:38,323 --> 00:21:41,803 Ayah saya berumur 81 tahun dan ibu saya berumur 71 tahun. 358 00:21:42,403 --> 00:21:44,403 Mereka dah bersara. Tak kerja. 359 00:21:44,483 --> 00:21:50,403 Ya, tapi mereka tolong saya setakat yang boleh. 360 00:21:51,923 --> 00:21:56,363 Banduan seumur hidup seperti Max dilarang buat kerja berbayar di penjara, 361 00:21:56,443 --> 00:22:00,003 jadi mereka bergantung pada keluarga untuk bekalan asas. 362 00:22:00,683 --> 00:22:04,323 Kempen terkininya adalah supaya dibenarkan bekerja, 363 00:22:04,403 --> 00:22:07,083 supaya dia masih boleh makan makanan yang elok 364 00:22:07,163 --> 00:22:10,403 apabila ibu bapanya sudah tak mampu menyaranya. 365 00:22:19,203 --> 00:22:22,403 HARI KEEMPAT 366 00:22:22,443 --> 00:22:25,163 Selepas baru beberapa hari di Penjara Rezina, 367 00:22:25,243 --> 00:22:29,803 saya mula rasai tekanan akibat terkurung lama di ruang terhad. 368 00:22:32,523 --> 00:22:35,963 Kumpulan ini dilarang ke laman untuk bermain bola sepak. 369 00:22:36,483 --> 00:22:40,723 Tapi apabila dibenarkan penjara, kami boleh main sukan dalam bangunan. 370 00:22:41,643 --> 00:22:45,403 Saya baru dibawa keluar dari sel untuk pergi ke kawasan riadah. 371 00:22:45,483 --> 00:22:48,003 Saya diberitahu saya boleh bermain pingpong 372 00:22:48,083 --> 00:22:49,643 dengan banduan lain. 373 00:22:50,163 --> 00:22:51,403 Tengoklah sekeliling. 374 00:22:51,483 --> 00:22:54,643 Inilah koridor bagi sesetengah banduan seumur hidup, 375 00:22:54,723 --> 00:22:56,443 inilah tempat mereka tinggal. 376 00:22:57,283 --> 00:23:00,803 Inilah maksud saya. Itu lebar koridor ini. 377 00:23:05,243 --> 00:23:07,403 Helo. Apa khabar? 378 00:23:07,483 --> 00:23:10,723 Saya tak cam awak tanpa topi. 379 00:23:10,803 --> 00:23:13,203 Dia juara pingpong. 380 00:23:13,283 --> 00:23:15,323 - Lawan dia dulu. - Okey, marilah. 381 00:23:15,403 --> 00:23:17,603 - Dia tunggu awak. - Dia tunggu saya. 382 00:23:18,363 --> 00:23:22,483 Saya harap dapat tiga daripada 11 mata. Dah 27 tahun dia main pingpong. 383 00:23:22,563 --> 00:23:25,603 Saya main semasa di penjara. Dua belas tahun. 384 00:23:25,683 --> 00:23:28,883 Dia dah 27 tahun. Mari lihat jika saya dapat tiga mata. 385 00:23:31,003 --> 00:23:32,923 England lawan Moldova. Mengalah sajalah! 386 00:23:33,003 --> 00:23:36,683 Okey. Kamu tak boleh kalahkan kami dalam bola sepak. 387 00:23:40,083 --> 00:23:42,723 Nampaknya saya menentang juara tempatan. 388 00:23:45,963 --> 00:23:49,123 Kasihan! Kasihanilah dia! 389 00:23:51,003 --> 00:23:52,483 Agresif betul. 390 00:23:53,203 --> 00:23:55,403 Berapa kali kamu boleh main pingpong? 391 00:23:55,483 --> 00:23:56,883 Dua kali seminggu. 392 00:23:57,403 --> 00:23:58,883 - Okey. - Selama tiga jam. 393 00:24:04,403 --> 00:24:06,203 Seksa betul. 394 00:24:14,323 --> 00:24:15,923 Satu! Satu mata! 395 00:24:17,043 --> 00:24:18,843 Meja ini tak elok. 396 00:24:18,923 --> 00:24:20,803 Betul. Sebab itu saya kalah. 397 00:24:34,123 --> 00:24:35,323 Sedar tak sesuatu? 398 00:24:36,523 --> 00:24:38,843 Selain pingpong. 399 00:24:40,283 --> 00:24:42,883 Muka mereka tersenyum. 400 00:24:42,963 --> 00:24:46,563 Ini bukan tempat yang orang boleh selalu senyum. 401 00:24:46,643 --> 00:24:49,363 Ini cara melupakan realiti, bukan? 402 00:24:49,443 --> 00:24:54,043 Ketika inilah mereka boleh lupakan persekitaran mereka. 403 00:24:54,123 --> 00:24:58,843 Ini cara mereka untuk keluarkan tenaga, lepaskan kekecewaan dan tekanan. 404 00:25:01,883 --> 00:25:06,243 Banduan hayat Rezina tahu bahawa mengikut sistem perundangan Moldova, 405 00:25:06,323 --> 00:25:11,043 agak mustahil mereka akan dibebaskan, sama ada mereka berubah mahupun tidak. 406 00:25:12,443 --> 00:25:14,443 Max menghadapi cabaran terbesarnya 407 00:25:14,523 --> 00:25:17,083 iaitu mengubah peraturan penjatuhan hukuman. 408 00:25:19,243 --> 00:25:21,203 Dia kenalkan saya kepada Sergei 409 00:25:21,803 --> 00:25:24,803 yang sudah terpenjara selama 20 tahun. 410 00:25:26,203 --> 00:25:28,443 Berapa umur awak semasa masuk penjara? 411 00:25:29,403 --> 00:25:30,963 Sembilan belas tahun. 412 00:25:31,043 --> 00:25:33,683 Dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh? 413 00:25:33,763 --> 00:25:35,203 - Ya. - Ya. 414 00:25:35,763 --> 00:25:38,003 Saya tak terlibat secara langsung. 415 00:25:38,083 --> 00:25:39,963 Dia terlibat dalam jenayah. 416 00:25:40,043 --> 00:25:43,083 Ada tiga orang lelaki dan dia pemandu. 417 00:25:43,163 --> 00:25:45,083 - Dia pemandu? - Ya. 418 00:25:45,163 --> 00:25:50,363 Tapi dia tak terlibat secara langsung dalam pembunuhan itu. 419 00:25:50,443 --> 00:25:54,163 Jadi, hakim dan ahli politik tak beritahu awak, 420 00:25:54,243 --> 00:25:56,363 "Awak perlu dipenjarakan 25 tahun 421 00:25:56,443 --> 00:25:58,603 sebelum boleh dipertimbangkan untuk dibebaskan?" 422 00:25:58,683 --> 00:26:00,243 - Atau 20 tahun? - Tak. 423 00:26:00,323 --> 00:26:02,643 - Tak? - Cuma 30 tahun untuk kami semua. 424 00:26:02,723 --> 00:26:04,923 - Maksudnya, minimum 30 tahun? - Ya. 425 00:26:05,003 --> 00:26:06,323 Ya, minimum. 426 00:26:06,403 --> 00:26:11,723 Tiada banduan seumur hidup pernah dibebaskan dalam sejarah. 427 00:26:12,443 --> 00:26:17,163 Beberapa tahun lalu, banduan hayat ini sangka mereka dapat talian hayat. 428 00:26:18,283 --> 00:26:21,483 Pada tahun 2016, 429 00:26:21,563 --> 00:26:25,403 ahli politik kami meluluskan undang-undang Eropah 430 00:26:26,483 --> 00:26:29,323 yang beri peluang kepada orang 431 00:26:29,403 --> 00:26:35,603 yang melakukan jenayah semasa umur 18 hingga 21 tahun 432 00:26:35,683 --> 00:26:37,643 diringankan hukumannya. 433 00:26:38,363 --> 00:26:40,483 - Undang-undang itu untuk semua. - Okey. 434 00:26:40,563 --> 00:26:45,683 Hakim cakap kepada kami semua, kepada dia, kepada saya secara peribadi, 435 00:26:45,763 --> 00:26:47,843 "Kamu banduan seumur hidup. 436 00:26:47,923 --> 00:26:50,803 Undang-undang itu bukan untuk kamu." 437 00:26:50,883 --> 00:26:52,083 Sangatlah pelik. 438 00:26:52,163 --> 00:26:56,003 Untuk semua orang, tapi bukan untuk kami. 439 00:26:57,403 --> 00:26:58,803 Ini persoalannya. 440 00:26:59,523 --> 00:27:02,483 Apa matlamat sebenar hukuman jenayah? 441 00:27:03,003 --> 00:27:06,003 Supaya orang itu mati di penjara? 442 00:27:07,003 --> 00:27:08,043 Sangatlah pelik. 443 00:27:11,843 --> 00:27:15,523 Max dan Sergei pernah mencabar hukuman seumur hidup mereka, 444 00:27:15,603 --> 00:27:18,843 tapi setakat ini, rayuan mereka ditolak, 445 00:27:19,523 --> 00:27:24,123 jadi ada kemungkinan mereka terpaksa menghabiskan hidup di Rezina, 446 00:27:24,203 --> 00:27:27,403 dikurung 22 jam sehari. 447 00:27:31,523 --> 00:27:34,483 Selepas pingpong, kami lalu di satu-satunya tingkap 448 00:27:34,563 --> 00:27:38,523 yang membolehkan banduan hayat di sayap saya melihat dunia luar. 449 00:27:40,563 --> 00:27:43,283 Dekat tapi jauh. Di sanalah kebebasan. 450 00:27:44,043 --> 00:27:48,603 Semasa tahun pertama saya di sini, ya, ia buat saya terseksa. 451 00:27:49,163 --> 00:27:52,043 Tapi apabila tahu saya banduan seumur hidup, 452 00:27:53,723 --> 00:27:54,563 saya akur. 453 00:27:54,643 --> 00:27:55,923 Apa maksud awak? 454 00:27:56,723 --> 00:27:59,963 Sebab orang yang dipenjarakan bertahun-tahun 455 00:28:00,043 --> 00:28:03,083 tahu ada kemungkinan untuk mereka berada di sana. 456 00:28:03,163 --> 00:28:06,123 Tapi bagi banduan seumur hidup, kami tiada peluang. 457 00:28:07,843 --> 00:28:10,403 Peluang kami sangat tipis. 458 00:28:10,483 --> 00:28:14,163 Saya tak berani kata peluang itu wujud pun. 459 00:28:18,643 --> 00:28:22,843 Apabila kita pandang mata mereka, kita tak nampak harapan. 460 00:28:24,523 --> 00:28:26,323 Saya tahu perasaan itu, 461 00:28:26,403 --> 00:28:31,403 perasaan apabila kita tak tahu kalau kita akan dibebaskan dari penjara. 462 00:28:32,163 --> 00:28:36,003 Tiada lelaki atau wanita di dunia patut hidup tanpa harapan, 463 00:28:36,083 --> 00:28:37,643 dan mereka tiada harapan. 464 00:28:37,723 --> 00:28:43,163 Mereka perlukan sesuatu yang berkata, "Suatu hari, awak mungkin dibebaskan." 465 00:28:43,803 --> 00:28:46,723 Mereka hanya nampak kegelapan. Harapan tak wujud. 466 00:28:52,563 --> 00:28:54,563 HARI KELIMA 467 00:28:54,643 --> 00:28:57,203 Kempen Max memberi hidupnya matlamat. 468 00:28:57,763 --> 00:29:00,843 Saya akan jumpa dua banduan hayat yang berdaya usaha 469 00:29:00,923 --> 00:29:03,323 yang tinggal di zon kawalan geng 470 00:29:03,403 --> 00:29:06,083 yang turut menemui jalan untuk terus hidup. 471 00:29:06,603 --> 00:29:09,483 Sebagai banduan hayat, mereka tak boleh dibayar 472 00:29:09,563 --> 00:29:11,003 untuk buat kerja rasmi. 473 00:29:11,603 --> 00:29:14,283 Tapi menggunakan peralatan dan sumber sendiri, 474 00:29:14,363 --> 00:29:18,003 mereka bina bengkel pertukangan kayu dari awal hingga siap. 475 00:29:19,643 --> 00:29:22,203 Dari sini, saya boleh lihat laman, 476 00:29:22,283 --> 00:29:26,523 tempat banduan yang ikut peraturan geng boleh main bola sepak. 477 00:29:28,283 --> 00:29:29,123 Anatol. 478 00:29:29,203 --> 00:29:31,003 - Raphael. Anatol. - Anatol. 479 00:29:31,083 --> 00:29:31,923 Ya. 480 00:29:32,003 --> 00:29:33,603 - Ini pula? - Dema. 481 00:29:33,683 --> 00:29:35,203 - Dema. - Dema. 482 00:29:38,283 --> 00:29:43,123 Dengan alat ini, kami bentukkan kayu. 483 00:29:45,643 --> 00:29:47,923 Kami guna alat ini untuk potong. 484 00:29:51,523 --> 00:29:55,443 Saya takut alat itu akan terpelanting ke muka saya atau dia. 485 00:29:55,523 --> 00:30:00,243 Dia tak pakai alat perlindungan. Ternyata dia percayakan kebolehannya. 486 00:30:04,363 --> 00:30:08,243 Penjara ini tak sediakan kemudahan ini, jadi mereka 487 00:30:09,883 --> 00:30:11,763 telah mengambil inisiatif 488 00:30:12,923 --> 00:30:14,563 untuk bina bengkel, 489 00:30:14,643 --> 00:30:17,323 tempat mereka boleh datang dan lupakan sel. 490 00:30:21,843 --> 00:30:23,803 Kami buat kotak barang kemas. 491 00:30:23,883 --> 00:30:26,803 Ajarlah saya caranya. Saya nak cuba buat. 492 00:30:26,883 --> 00:30:28,123 Begini. 493 00:30:30,803 --> 00:30:33,683 Itu rupanya cara untuk buat bahagian tengah. 494 00:30:34,203 --> 00:30:35,043 Okey. 495 00:30:39,923 --> 00:30:40,963 Okey. 496 00:30:41,523 --> 00:30:43,643 Macam ini. Letak tangan di sini. 497 00:30:43,723 --> 00:30:45,683 Begitu. Okey. 498 00:30:47,203 --> 00:30:50,803 Kita perlu gunakan kekuatan kerana kayu ini keras. 499 00:30:51,843 --> 00:30:54,643 Apa kamu buat dengannya selepas siap? 500 00:30:54,723 --> 00:30:57,523 Sebelum pandemik, 501 00:30:57,603 --> 00:31:03,603 penjara lelongkannya untuk kami. 502 00:31:03,683 --> 00:31:09,363 Mereka beri kami 50 peratus dan masukkannya dalam akaun penjara kami. 503 00:31:10,083 --> 00:31:15,763 Bukan. Dari sini. Macam ini. Awak patut buat begini. 504 00:31:15,843 --> 00:31:17,003 Begitu. 505 00:31:17,083 --> 00:31:18,563 Biar sama macam yang ini. 506 00:31:18,643 --> 00:31:20,363 Macam ini? Okey. 507 00:31:21,003 --> 00:31:23,643 Apa kamu buat dengan 50 peratus itu? 508 00:31:24,563 --> 00:31:28,523 Bayar bil elektrik kami di sini 509 00:31:28,603 --> 00:31:30,803 dan beli barang dari pasar. 510 00:31:31,763 --> 00:31:33,763 Kami perlukan wang di sini. 511 00:31:34,723 --> 00:31:35,963 Tangan saya… 512 00:31:36,043 --> 00:31:37,763 Tengok, tangan ini dah merah. 513 00:31:37,843 --> 00:31:39,923 Panas. Kuatnya tangan awak. 514 00:31:42,803 --> 00:31:46,683 Dema disabitkan membunuh dua orang semasa dia masih muda. 515 00:31:47,603 --> 00:31:49,683 Dah berapa lama awak di penjara? 516 00:31:50,243 --> 00:31:51,443 Sudah 26 tahun. 517 00:31:52,363 --> 00:31:54,963 Sudah 26 tahun awak di penjara. 518 00:31:55,603 --> 00:31:57,803 Sudah 20 tahun di sini, di Rezina. 519 00:31:59,763 --> 00:32:02,283 Saya di sini lima hari seminggu. 520 00:32:03,083 --> 00:32:06,163 Saya rasa bebas dalam fikiran saya. 521 00:32:06,843 --> 00:32:09,643 Tumpuan saya cuma pada peralatan dan kerja saya. 522 00:32:10,203 --> 00:32:11,643 Ia menyeronokkan. 523 00:32:12,923 --> 00:32:16,883 Sama ada kita ditahan atau bebas, kita mesti bekerja. 524 00:32:16,963 --> 00:32:18,283 Sebab itu kita lelaki. 525 00:32:20,923 --> 00:32:25,003 Walaupun rejim penjara ini tegas, saya senang hati melihat 526 00:32:25,083 --> 00:32:28,883 ada peluang keusahawanan dan kreativiti untuk sesetengah orang. 527 00:32:28,963 --> 00:32:32,443 Setiap banduan hayat perlukan cara untuk harungi hukuman. 528 00:32:32,523 --> 00:32:35,203 Saya belajar undang-undang semasa di penjara. 529 00:32:36,643 --> 00:32:40,803 Semasa di sel, Lilian tunjukkan cara dia menangani hukumannya. 530 00:32:44,163 --> 00:32:46,443 Saya penuhkan banyak buku nota. 531 00:32:46,523 --> 00:32:51,723 Saya tulis tentang hidup saya, tentang masa silam saya. 532 00:32:51,803 --> 00:32:54,683 Saya tulis tentang masa kini dan masa depan saya. 533 00:32:55,963 --> 00:32:57,243 Semuanya. 534 00:32:57,323 --> 00:32:59,443 Ini diari? 535 00:32:59,963 --> 00:33:03,843 Saya curahkan sepenuh jiwa raga. 536 00:33:03,923 --> 00:33:10,043 Setiap perkataan ditulis dengan titisan air mata darah kerana… 537 00:33:11,083 --> 00:33:13,203 Saya sentiasa fikirkan keluarga. 538 00:33:15,043 --> 00:33:18,123 Saya benar-benar minat muzik. 539 00:33:19,723 --> 00:33:22,643 Malah, Lilian menjadi penulis lagu. 540 00:33:23,523 --> 00:33:26,723 Itu yang awak simpan di bawah katil, peralatan muzik. 541 00:33:26,803 --> 00:33:27,763 Ya. 542 00:33:27,843 --> 00:33:30,523 Dia guna apabila dia mahu menyanyi. 543 00:33:31,443 --> 00:33:33,443 Awak pernah berduet dengannya? 544 00:33:34,003 --> 00:33:36,083 Tidak, saya tak nyanyi langsung. 545 00:33:36,163 --> 00:33:37,443 Suara saya tak sedap. 546 00:33:38,963 --> 00:33:42,643 Percaya tak hal ini berlaku di sayap banduan seumur hidup 547 00:33:43,203 --> 00:33:45,763 dengan banduan yang takkan dibebaskan? 548 00:33:47,483 --> 00:33:51,483 Saya tak nak ganggu banduan lain, jadi saya perlahankan sedikit. 549 00:33:57,643 --> 00:34:00,483 Terdengar suara Dibawa angin 550 00:34:02,563 --> 00:34:05,923 Mirip suaramu sayang Berbisik 551 00:34:07,643 --> 00:34:10,403 Sekian lama kau tinggalkanku 552 00:34:12,603 --> 00:34:15,523 Jiwaku yang duka lara 553 00:34:17,723 --> 00:34:19,443 Sekian lama kau tinggalkanku… 554 00:34:19,523 --> 00:34:20,843 Saya kagum. 555 00:34:21,843 --> 00:34:23,603 Saya nak menyanyi sama. 556 00:34:23,683 --> 00:34:25,443 Jiwaku yang duka lara 557 00:34:27,563 --> 00:34:30,523 Terdengar suara Dibawa angin 558 00:34:32,923 --> 00:34:36,003 Mirip suaramu sayang Berbisik 559 00:34:38,043 --> 00:34:41,163 Terdengar cintamu dalam tiupan angin 560 00:34:42,923 --> 00:34:45,803 Mirip suaramu yang berbisik 561 00:34:45,883 --> 00:34:47,123 Hebat! 562 00:34:48,243 --> 00:34:50,843 Kering sudah air mataku 563 00:34:52,843 --> 00:34:56,083 Tangisan cinta kini tiada 564 00:34:57,843 --> 00:34:59,843 Adakah ia bantu awak lupa realiti? 565 00:34:59,923 --> 00:35:04,443 Saya rasa tak ada apa-apa yang betul-betul membantu. 566 00:35:05,003 --> 00:35:08,003 Saya dah hidup begini selama 18 tahun. 567 00:35:08,083 --> 00:35:11,043 Ini penderitaan batin saya. 568 00:35:11,803 --> 00:35:13,123 Seksaan saya. 569 00:35:14,083 --> 00:35:17,443 Inilah hidup saya. Harapan saya hanyalah pada Tuhan. 570 00:35:23,723 --> 00:35:25,443 Semasa saya di penjara, 571 00:35:25,523 --> 00:35:29,163 saya jumpa banduan yang terseksa mengenangkan jenayah mereka 572 00:35:29,243 --> 00:35:32,003 dan ada pula yang langsung tak menyesal. 573 00:35:33,523 --> 00:35:36,963 Setakat ini, saya belum tanya Lilian tentang perbuatannya 574 00:35:37,483 --> 00:35:40,043 dan perasaan dia tentangnya sekarang. 575 00:35:44,563 --> 00:35:47,883 HARI KEENAM 576 00:35:52,243 --> 00:35:56,523 Hari ini, saya bertugas bantu Lilian sediakan makan malam. 577 00:35:59,923 --> 00:36:01,923 Awak beri saya kerja susah. 578 00:36:02,003 --> 00:36:05,763 Apa? Ini kerja paling senang yang saya boleh beri. 579 00:36:05,843 --> 00:36:08,203 Awak nak saya potong ikut cara awak. 580 00:36:09,123 --> 00:36:13,883 Lilian mahu pastikan saya tak bazirkan sesuap pun. 581 00:36:14,723 --> 00:36:16,003 Risaukan teknik saya? 582 00:36:16,603 --> 00:36:17,683 Potong kecil lagi! 583 00:36:19,243 --> 00:36:22,563 Soalan saya, kenapa awak hancurkan makanan? 584 00:36:24,963 --> 00:36:28,283 Boleh awak kongsi apa sebabnya awak di penjara? 585 00:36:28,363 --> 00:36:29,683 Saya nak tahu sangat. 586 00:36:32,083 --> 00:36:36,683 Saya bunuh seorang wanita dan anak saudaranya. 587 00:36:39,203 --> 00:36:42,443 Saya bajak tanah mereka, carikan kayu, tolong mereka. 588 00:36:42,923 --> 00:36:46,563 Punca semua ini ialah alkohol. 589 00:36:48,363 --> 00:36:49,803 Berapa umur mereka? 590 00:36:50,483 --> 00:36:53,843 Anak saudara itu 591 00:36:54,603 --> 00:36:57,523 berumur 17 atau 18 tahun. 592 00:37:00,123 --> 00:37:01,963 Nenek itu… 593 00:37:02,723 --> 00:37:06,403 Lebih kurang 60 atau 55 tahun. Saya tak ingat. 594 00:37:08,243 --> 00:37:12,163 Saya tahu awak mabuk ketika itu, tapi bagaimana awak bunuh mereka? 595 00:37:12,723 --> 00:37:13,803 Apa yang berlaku? 596 00:37:14,483 --> 00:37:16,563 Gadis itu dicekik 597 00:37:17,363 --> 00:37:21,043 dan kepala nenek itu dihentak batu. 598 00:37:22,203 --> 00:37:23,043 Itu caranya. 599 00:37:23,123 --> 00:37:26,803 Kenapa awak buat begitu, Lilian? Awak… 600 00:37:27,523 --> 00:37:31,563 Sejak saya jumpa awak, awak tak nampak macam lelaki 601 00:37:31,643 --> 00:37:35,403 yang akan buat sesuatu sedahsyat itu. 602 00:37:35,483 --> 00:37:41,363 Saya masih tak boleh jelaskan kepada diri saya punca ia berlaku! 603 00:37:42,443 --> 00:37:44,523 Dulu saya ada segala-galanya. 604 00:37:44,603 --> 00:37:45,763 Alkohol! 605 00:37:45,843 --> 00:37:48,843 Alkohol punca masalah terbesar di dunia! 606 00:37:58,523 --> 00:38:02,323 Saya minta pengawal bebaskan saya dari sel sebentar. 607 00:38:09,323 --> 00:38:10,683 Saya tak sangka. 608 00:38:10,763 --> 00:38:13,963 Saya tak tahu sama ada saya terkejut atau tak sangka. 609 00:38:14,683 --> 00:38:17,883 Dia bunuh dua orang. Wanita tua dan gadis muda. 610 00:38:19,243 --> 00:38:22,763 Ada pepatah lama, "Jangan menilai buku daripada kulitnya." 611 00:38:22,843 --> 00:38:24,323 Itulah yang saya pegang. 612 00:38:24,403 --> 00:38:27,323 Saya jumpa mereka, tak tahu tentang jenayah mereka 613 00:38:27,403 --> 00:38:30,323 dan kami saling mengenali sejak beberapa hari ini. 614 00:38:30,403 --> 00:38:31,643 Kami bergelak ketawa, 615 00:38:31,723 --> 00:38:34,243 serius berbincang tentang keadaan di sini. 616 00:38:34,723 --> 00:38:36,803 Kemudian ada berita mengejut. 617 00:38:36,883 --> 00:38:39,083 Dia dipenjarakan atas dua pembunuhan. 618 00:38:39,163 --> 00:38:42,963 Pembunuhan yang ganas. Dua wanita yang tak mampu membela diri. 619 00:38:44,563 --> 00:38:49,203 Saya terpaksa mengaku yang ia mengubah pandangan saya terhadap Lilian. 620 00:38:50,123 --> 00:38:53,963 Saya tak boleh pura-pura tak terkesan dengan kata-katanya, 621 00:38:54,683 --> 00:38:56,803 gambaran tentang jenayahnya, 622 00:38:56,883 --> 00:38:58,443 cara dia lakukannya. 623 00:38:59,003 --> 00:39:01,243 Kini saya persoalkan pertimbangan saya 624 00:39:01,323 --> 00:39:05,163 tentang patutkah mereka dihukum 30 tahun atau seumur hidup? 625 00:39:06,603 --> 00:39:09,963 Selepas makan malam siap, saya kembali ke sel. 626 00:39:11,283 --> 00:39:12,203 Duduk sini? 627 00:39:12,283 --> 00:39:13,443 Duduk di situ. 628 00:39:13,523 --> 00:39:14,763 Saya perlukan kerusi. 629 00:39:14,843 --> 00:39:16,763 Di mana bangku kecil? 630 00:39:19,203 --> 00:39:21,083 Ini hanya untuk tetamu. 631 00:39:24,563 --> 00:39:25,443 Sedap. 632 00:39:29,203 --> 00:39:31,123 Awak dah dengar cerita saya. 633 00:39:31,923 --> 00:39:33,203 Saya nak tanya awak, 634 00:39:34,203 --> 00:39:37,323 patutkah saya dipenjarakan seumur hidup? 635 00:39:38,123 --> 00:39:41,803 Semasa masuk ke sel awak, saya tak tahu apa-apa tentang awak. 636 00:39:42,283 --> 00:39:45,323 Saya cuma tahu awak dipenjarakan seumur hidup 637 00:39:45,403 --> 00:39:49,443 dan sudah dihukum bertahun-tahun di sel ini. 638 00:39:50,043 --> 00:39:53,043 Saya percaya semua orang patut diberi peluang kedua. 639 00:39:54,043 --> 00:39:55,723 Itu yang paling penting. 640 00:39:56,403 --> 00:39:59,203 - Awak tahu, Raphael… - Biar saya habiskan. 641 00:39:59,283 --> 00:40:01,843 Saya terkejut dengan jenayah yang awak buat 642 00:40:03,243 --> 00:40:07,283 tapi mujurlah kita berjumpa sebelum awak ceritakan perbuatan awak 643 00:40:07,363 --> 00:40:12,643 kerana itu lelaki yang saya kenal, bukan lelaki yang buat jenayah itu. 644 00:40:12,723 --> 00:40:14,323 Dah bertahun-tahun berlalu… 645 00:40:15,803 --> 00:40:16,723 Bertahun-tahun! 646 00:40:16,803 --> 00:40:22,003 Tiada orang menilai sama ada saya dah berubah. 647 00:40:22,683 --> 00:40:26,763 Dicampak ke penjara dan dibiarkan begitu saja! 648 00:40:28,803 --> 00:40:29,643 Begitu saja! 649 00:40:50,523 --> 00:40:53,723 HARI KETUJUH 650 00:40:56,643 --> 00:40:59,963 Masa saya di Penjara Rezina hampir tamat. 651 00:41:00,043 --> 00:41:04,123 Masa untuk ucap selamat tinggal kepada Lilian dan Max. 652 00:41:05,043 --> 00:41:07,683 Awak dah tunjukkan menerusi perbualan kita 653 00:41:07,763 --> 00:41:09,323 dan orang yang saya jumpa, 654 00:41:09,403 --> 00:41:13,803 walaupun kamu terpaksa hidup tanpa mungkin dibebaskan dari penjara, 655 00:41:14,483 --> 00:41:19,923 kamu berdua dan banduan hayat lain ada sekelumit bara semangat. 656 00:41:20,003 --> 00:41:22,203 Ia boleh digambarkan sebagai harapan. 657 00:41:22,683 --> 00:41:27,123 Tapi dalam keadaan sedahsyat ini pun, kamu berjaya kekalkannya. 658 00:41:27,203 --> 00:41:29,883 - Ia boleh terpadam dengan mudah. - Ya. 659 00:41:29,963 --> 00:41:31,563 Tapi kamu buat keputusan 660 00:41:32,483 --> 00:41:34,283 ada masa depan untuk kamu. 661 00:41:34,363 --> 00:41:36,043 Tiada sesiapa tahu masanya. 662 00:41:36,123 --> 00:41:38,403 Kamu tak tahu. Semoga keadaan berubah. 663 00:41:38,483 --> 00:41:41,243 Kami gelarkannya sebagai perjuangan. 664 00:41:41,323 --> 00:41:44,603 Kami mahu diberi peluang untuk dibebaskan 665 00:41:44,683 --> 00:41:50,963 atau menunjukkan kami juga manusia dan berhak dapat peluang kedua. 666 00:41:51,043 --> 00:41:57,683 Yang penting sekali, harapan yang akhir sekali padam. 667 00:41:58,803 --> 00:42:02,003 Jangan lupa, bagi saya, derita dan seksanya berterusan. 668 00:42:03,283 --> 00:42:07,283 Jika saya tak bangun, sampai bila-bila saya takkan pergi. 669 00:42:07,363 --> 00:42:09,963 Awak juga. Kawan. Kami kawan awak. 670 00:42:10,443 --> 00:42:11,283 Kawan. 671 00:42:11,363 --> 00:42:12,483 Okey. Kawan. 672 00:42:12,563 --> 00:42:15,443 Tengok betapa cepatnya awak dibebaskan. 673 00:42:16,003 --> 00:42:19,923 - Inilah yang sepatutnya. - Akhirnya undang-undang berfungsi. 674 00:42:20,003 --> 00:42:24,403 Saya bebas, jadi harapan masih ada. Teruskan berharap. 675 00:42:24,963 --> 00:42:27,763 - Semoga kita jumpa di luar. - Suatu hari nanti. 676 00:42:27,843 --> 00:42:30,843 - Suatu hari nanti. Selamat jalan. - Selamat jalan. 677 00:42:37,363 --> 00:42:43,003 Bagi saya, banduan-banduan ini patut diberi peluang untuk dibebaskan. 678 00:42:43,723 --> 00:42:46,403 Keadaan mula berubah di Moldova, 679 00:42:47,123 --> 00:42:48,683 tapi di Penjara Rezina, 680 00:42:48,763 --> 00:42:52,843 perubahannya bergerak terlalu perlahan. 681 00:42:58,403 --> 00:43:02,643 Penjara ini dahsyat dan usang, melemaskan dan menimbulkan klaustrofobia. 682 00:43:02,723 --> 00:43:05,563 Ramai orang di sini menjalani hukuman panjang. 683 00:43:05,643 --> 00:43:07,963 Hidup mereka di penjara amat sukar. 684 00:43:08,043 --> 00:43:10,963 Kanun jenayah semakin menyukarkannya. 685 00:43:11,043 --> 00:43:15,363 Menurut undang-undang semasa, ramai yang takkan melihat dunia luar lagi. 686 00:43:52,843 --> 00:43:54,963 Terjemahan sari kata oleh F. Zainal