1 00:00:19,360 --> 00:00:22,960 Dulu, pernah ada seorang keramat yang arif. 2 00:00:24,400 --> 00:00:26,800 Dia selalu duduk di atas kulit citah. 3 00:00:28,440 --> 00:00:32,200 Dia cuma makan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah sepanjang hidupnya. 4 00:00:34,280 --> 00:00:37,360 Suatu hari, pengikutnya tanya dia, 5 00:00:38,280 --> 00:00:43,080 "Keramat, siapa yang paling kuat di dunia ini?" 6 00:00:45,040 --> 00:00:48,080 Keramat itu senyum. Dia jawab, "Masa! 7 00:00:48,800 --> 00:00:51,800 "Masa buat kita terluka dan sembuhkan luka juga." 8 00:00:53,360 --> 00:00:56,480 Pengikutnya tanya, "Tiada apa-apa yang lebih kuat daripada masa?" 9 00:00:57,720 --> 00:00:59,200 Keramat itu jawab, "Ada! 10 00:01:04,160 --> 00:01:06,560 "Kematian. Ajal. 11 00:01:07,440 --> 00:01:10,120 "Empayar, kekayaan, kemewahan, nafsu... 12 00:01:10,720 --> 00:01:12,440 "kematian menamatkan semua itu." 13 00:01:14,120 --> 00:01:16,440 Pengikutnya puas hati. Mereka kata, 14 00:01:16,520 --> 00:01:18,520 "Tiada apa-apa lebih berkuasa daripada mati?" 15 00:01:19,240 --> 00:01:21,440 Keramat itu menyedut paipnya dalam-dalam. 16 00:01:23,680 --> 00:01:24,720 Dia kata, "Ada!" 17 00:01:25,440 --> 00:01:28,160 Pengikutnya terkejut. Terpana. 18 00:01:29,280 --> 00:01:31,280 "Apa lagi berkuasa daripada mati?" 19 00:01:32,720 --> 00:01:34,800 Keramat itu jawab, "Minda. 20 00:01:36,120 --> 00:01:37,120 "Sukar ditemukan. 21 00:01:37,800 --> 00:01:42,400 "Nafsu, amarah, ketamakan, cemburu, hidup, mati, 22 00:01:43,080 --> 00:01:45,200 "semuanya permainan minda, sayangku." 23 00:01:46,240 --> 00:01:48,120 Betul kata awak, En. Balmiki. 24 00:01:49,000 --> 00:01:51,840 Minda memang keparat. 25 00:01:52,360 --> 00:01:53,759 Punca segala kejahatan. 26 00:01:54,440 --> 00:01:55,960 Cukup, tuan. Sepuluh juta. 27 00:01:56,039 --> 00:01:57,039 Cukup? 28 00:01:59,280 --> 00:02:01,600 Jadi, apa yang kamu pelajari, anak-anak? 29 00:02:04,040 --> 00:02:05,320 Tak belajar apa-apa. 30 00:02:12,160 --> 00:02:13,040 Cis. 31 00:02:13,120 --> 00:02:14,680 Awak tembak dia depan-depan. 32 00:02:14,760 --> 00:02:15,920 Itu bukan pertembungan. 33 00:02:16,400 --> 00:02:17,400 Itu serangan hendap. 34 00:02:18,160 --> 00:02:19,160 Baiklah. 35 00:02:19,840 --> 00:02:22,280 Dia buang masa ketika cakap tentang minda. 36 00:02:27,160 --> 00:02:29,720 Berambus. Kawasan ini milik awak mulai hari ini. 37 00:02:30,240 --> 00:02:31,440 -Terima kasih, tuan. -Ya. 38 00:02:31,840 --> 00:02:34,560 Ya, Shilpa? Tak, Shilpa. 39 00:02:35,600 --> 00:02:37,400 Saya minta maaf, Shilpa. 40 00:02:39,000 --> 00:02:41,160 Ya. Shilpa... Dengar sini. Sekejap. 41 00:02:42,600 --> 00:02:46,920 Saya dapat panggilan daripada Ketua Polis. Saya telefon awak balik. Sekejap. 42 00:02:49,360 --> 00:02:52,079 Hidup India, tuan. Ya, tuan. 43 00:02:52,160 --> 00:02:53,280 Tariklah. Tarik. 44 00:02:54,120 --> 00:02:57,040 Ya, tuan. Pasti seronok. 45 00:02:57,120 --> 00:02:58,760 Alihkan dan bakar tali itu. 46 00:02:58,840 --> 00:02:59,920 Hidup India, tuan. 47 00:03:02,600 --> 00:03:05,080 Ayuh. Kita akan pergi ke Mexico. 48 00:03:10,520 --> 00:03:11,760 Maksud saya, Mirzapur. 49 00:04:01,000 --> 00:04:02,960 PURVANCHAL 50 00:04:34,080 --> 00:04:36,000 Ya. Saloni, cakaplah. 51 00:04:36,560 --> 00:04:38,440 Awak balik tak untuk jemput Ginni? 52 00:04:39,920 --> 00:04:42,240 Saya dah cakap yang saya sibuk beberapa hari ini. 53 00:04:42,360 --> 00:04:43,360 Baiklah. 54 00:04:43,880 --> 00:04:45,880 Jaga diri. 55 00:04:45,920 --> 00:04:48,800 Saya sihat. Saya balik hari ini. 56 00:04:49,320 --> 00:04:51,520 Ginni kata dia rindu ayahnya. 57 00:04:52,480 --> 00:04:56,080 Semua orang juga rindu awak di rumah. 58 00:04:56,600 --> 00:04:57,600 Saya pun sama. 59 00:04:59,000 --> 00:05:00,800 -Borak nanti. -Okey. 60 00:05:05,040 --> 00:05:06,160 Kakak ipar okey? 61 00:05:07,000 --> 00:05:08,240 Ya, okey. 62 00:05:15,040 --> 00:05:16,880 Saya pernah rasa begitu juga. 63 00:05:19,080 --> 00:05:20,080 Rasa apa? 64 00:05:20,560 --> 00:05:23,880 Kalaulah saya ikut ayah, pasti keadaan tak jadi begini. 65 00:05:26,440 --> 00:05:28,600 Saya asyik salahkan diri selepas dia mati. 66 00:05:30,320 --> 00:05:32,680 Sama macam awak salahkan diri lepas Chote mati. 67 00:05:39,280 --> 00:05:40,640 Bukan macam itu. 68 00:05:41,400 --> 00:05:43,920 Chote acu pistol ke arah saya kerana seorang wanita. 69 00:05:48,800 --> 00:05:50,800 Chote terbawa-bawa oleh emosi. 70 00:05:52,320 --> 00:05:54,680 Golu guna dia untuk kepentingan sendiri. 71 00:05:55,400 --> 00:05:59,040 Chote hilang nyawa sebab itu dan keluarga Tyagi hilang reputasi. 72 00:06:01,000 --> 00:06:05,640 Jangan ubah diri awak sebab hal ini. Kalau tak, awak akan hilang arah. 73 00:06:08,800 --> 00:06:12,960 Awak tak macam diri awak yang biasa. 74 00:06:19,800 --> 00:06:20,880 Selamat pagi, Dadda. 75 00:06:22,600 --> 00:06:23,840 Bagaimana keadaan Tripathi? 76 00:06:26,800 --> 00:06:29,520 Dadda, doktor kata dia ada peluang hidup 10 peratus. 77 00:06:35,760 --> 00:06:37,560 Cukup untuk seorang ketua samseng. 78 00:06:40,040 --> 00:06:41,159 Dia akan hidup. 79 00:06:42,000 --> 00:06:43,840 Jom, kita sarapan. 80 00:06:44,280 --> 00:06:46,560 Ada perkara saya tak faham, Sharad. 81 00:06:49,560 --> 00:06:54,360 Orang itu benci ayah awak, 82 00:06:55,400 --> 00:06:58,120 awak pula cuba selamatkan dia. 83 00:07:01,640 --> 00:07:05,120 Apabila kuasa jadi lebih penting daripada kasih sayang, Dadda, 84 00:07:05,800 --> 00:07:07,160 kebencian itu perkara biasa. 85 00:07:08,640 --> 00:07:10,160 Awak pun nampak. 86 00:07:16,160 --> 00:07:18,360 Di Mirzapur, takhta itu sentiasa memiliki kuasa. 87 00:07:18,440 --> 00:07:20,400 Pesaing pula mahu menguasainya. 88 00:07:23,080 --> 00:07:25,840 Masih permainan yang sama tapi pemain dah berubah. 89 00:07:26,640 --> 00:07:29,840 Awak patut bunuh Guddu hari itu. 90 00:07:30,760 --> 00:07:32,200 Tiada gunanya. 91 00:07:33,200 --> 00:07:37,120 Ada mesyuarat semalam. Pencalonan Guddu masih belum sah. 92 00:07:40,280 --> 00:07:44,320 Untuk tawan takhta, saya perlu Kaaleen Bhaiya di pihak saya. 93 00:07:47,440 --> 00:07:50,040 Apabila hal itu berlaku, semua isu akan selesai. 94 00:07:52,080 --> 00:07:53,200 Jangan lupa... 95 00:07:55,280 --> 00:07:56,560 saya pun ada isu. 96 00:07:57,320 --> 00:07:59,360 Saya tak lupa. Jangan risau. 97 00:08:00,040 --> 00:08:03,400 Sebelum saya bunuh Guddu, kepala Golu akan diletakkan di kaki awak. 98 00:08:08,320 --> 00:08:09,320 Jumpa nanti. 99 00:08:19,800 --> 00:08:22,440 Keparat itu cuba berlagak pandai. 100 00:08:23,120 --> 00:08:25,600 Sebaik saja saya sumbat pistol ke dalam mulut dia, 101 00:08:25,680 --> 00:08:27,440 -dia kencing dalam seluar. -Nak teh. 102 00:08:31,240 --> 00:08:32,240 Nah. 103 00:08:34,679 --> 00:08:36,880 -Saya tiada... -Simpan baki. 104 00:08:39,720 --> 00:08:41,720 Dikawal ketat di semua belah? 105 00:08:41,760 --> 00:08:45,440 Ini rumah agam ketua samseng, bukan muzium. 106 00:08:45,520 --> 00:08:47,360 Memanglah dikawal ketat. 107 00:08:58,960 --> 00:09:00,960 Ada Sharad tanya tentang saya? 108 00:09:02,320 --> 00:09:03,720 Dia nampak terlebih yakin. 109 00:09:04,240 --> 00:09:06,160 Dia dapat sokongan ketua samseng lain. 110 00:09:06,720 --> 00:09:08,880 Rasanya dia sorok Kaaleen Bhaiya. 111 00:09:10,600 --> 00:09:12,360 Abaikanlah Kaaleen Bhaiya. 112 00:09:12,440 --> 00:09:15,400 Baguslah dia mati. Lagi bagus kalau dia hidup. 113 00:09:16,200 --> 00:09:19,960 Dia akan dikecam lagi. "Dia sorok Kaaleen Bhaiya." 114 00:09:21,720 --> 00:09:24,600 Awak patut tanya saya dulu. Awak pergi terburu-buru. 115 00:09:24,640 --> 00:09:26,880 Untuk apa? 116 00:09:29,080 --> 00:09:30,760 Pengalaman saya dapat membantu. 117 00:09:31,880 --> 00:09:33,440 Saya saksikan banyak mesyuarat. 118 00:09:34,480 --> 00:09:35,480 Yakah? 119 00:09:37,080 --> 00:09:38,640 Dari jauh, tapi saya pernah nampak. 120 00:09:42,280 --> 00:09:44,760 Saya hadiri mesyuarat sebab kamu berdua desak. 121 00:09:45,520 --> 00:09:47,960 Tapi sekarang, ikut arahan saya. 122 00:09:50,640 --> 00:09:53,240 Saya faham perniagaan ini. Saya tak bodoh. 123 00:09:53,320 --> 00:09:55,840 Perniagaan berkembang, kuasa juga berkembang. 124 00:09:55,880 --> 00:09:57,520 Perlindungan politik pula? 125 00:09:57,640 --> 00:09:59,000 Saya ada idea. 126 00:10:11,080 --> 00:10:14,480 MR. PURVANCHAL 127 00:10:17,040 --> 00:10:18,160 Ya, apa statusnya? 128 00:10:18,240 --> 00:10:21,080 Macam National Geographic, tuan. 129 00:10:21,160 --> 00:10:22,880 Tembak, Nankau. 130 00:10:23,000 --> 00:10:25,240 Saya akan siapkan kenduri untuk awak nanti. 131 00:10:48,240 --> 00:10:51,040 Tuan, dia terlalu jauh. Angin kuat. 132 00:10:52,640 --> 00:10:54,600 Pn. Tripathi ada di tengah. 133 00:10:55,440 --> 00:10:56,560 Berisiko, tuan. 134 00:10:57,600 --> 00:10:59,080 Kalau ada perkara buruk berlaku? 135 00:10:59,160 --> 00:11:03,680 Ketua Polis akan pindahkan awak ke Andaman dan saya ke Nicobar. 136 00:11:04,760 --> 00:11:06,200 Kucing ada sembilan nyawa. 137 00:11:07,440 --> 00:11:09,760 Beginilah, jangan buat-apa-apa. 138 00:11:10,440 --> 00:11:13,920 Apabila Guddu melangkah keluar, suruh Lipton ekori dia. 139 00:11:55,600 --> 00:11:58,360 Guddu Bhaiya, ada utusan datang. Dia duduk di dalam. 140 00:12:26,480 --> 00:12:29,960 Tiada lagi Kaaleen Bhaiya atau nasi berianinya 141 00:12:30,560 --> 00:12:31,960 atau sistemnya. 142 00:12:32,560 --> 00:12:34,880 Ya, bos. Kami semua di pihak bos. 143 00:12:35,480 --> 00:12:37,320 Jadi, kenapa pistol tak dijual? 144 00:12:38,200 --> 00:12:39,600 -Ada masalah? -Tak, bos. 145 00:12:39,680 --> 00:12:41,960 Pasaran memang mahukan pistol. 146 00:12:42,480 --> 00:12:44,000 Tapi bos tak mampu bekalkan. 147 00:12:55,600 --> 00:12:58,720 Besi tak dicairkan, maka pistol tak dihasilkan. 148 00:12:58,800 --> 00:13:01,600 Rekod kewangan kosong kecuali di kolum gaji. 149 00:13:02,640 --> 00:13:07,280 Tuan, isteri penyelia hamil. 150 00:13:08,080 --> 00:13:09,400 Kali keempat? 151 00:13:11,840 --> 00:13:13,840 Beritahu penyelia 152 00:13:14,320 --> 00:13:18,200 kalau saya jumpa dia, saya akan jalankan pengurusan keluarga terhadapnya, 153 00:13:18,880 --> 00:13:20,680 tanpa pembedahan atau jahitan. 154 00:13:21,800 --> 00:13:25,040 Yang lain, esok bersedia untuk kerja lebih masa. 155 00:13:25,800 --> 00:13:27,000 Staf baharu akan datang. 156 00:13:27,760 --> 00:13:28,800 Dari mana, bos? 157 00:13:42,920 --> 00:13:43,960 Selamat datang, Golu. 158 00:13:44,640 --> 00:13:45,640 Senarai dah sedia? 159 00:13:45,720 --> 00:13:48,360 Saya kenalkan kepada awak selepas peperiksaan. 160 00:13:49,480 --> 00:13:51,600 Apa gunanya ambil peperiksaan ini, tuan? 161 00:13:51,680 --> 00:13:53,080 Saya datang untuk rekrut mereka. 162 00:13:53,560 --> 00:13:54,560 PRAVEEN SHUKLA RAVIKANT 163 00:13:54,640 --> 00:13:55,520 Praveen Shukla. 164 00:13:56,880 --> 00:13:57,960 Ravikant. 165 00:13:58,680 --> 00:13:59,760 Dinesh Yadav. 166 00:14:00,640 --> 00:14:02,920 Sudheer Singh dan Santo. 167 00:14:06,320 --> 00:14:07,880 Yang lain boleh pergi rehat. 168 00:14:10,200 --> 00:14:13,240 Pergi sekarang, dapat sepuluh markah tambahan. 169 00:14:20,680 --> 00:14:24,200 MASALAH TAK MEMBUATKAN KITA LEMAH, TAPI KUAT 170 00:14:28,760 --> 00:14:30,600 Saya nak pekerja yang bijak. 171 00:14:31,640 --> 00:14:32,640 Untuk kilang saya. 172 00:15:18,600 --> 00:15:21,560 PENJARA PUSAT PURVANCHAL 173 00:15:21,640 --> 00:15:22,640 Batuk. 174 00:15:23,400 --> 00:15:24,400 Kuat lagi! 175 00:15:25,960 --> 00:15:27,000 Ke depan. 176 00:15:28,040 --> 00:15:29,480 Buka baju, kemudian pergi. 177 00:15:30,480 --> 00:15:31,960 Selamat datang, tuan peguam. 178 00:15:33,360 --> 00:15:35,000 Mari lihat sebesar mana awak punya. 179 00:15:35,640 --> 00:15:36,920 -Apa? -Fail awak. 180 00:15:43,320 --> 00:15:44,480 Buka baju. 181 00:15:47,520 --> 00:15:49,280 Bongkok dan batuk. 182 00:16:11,040 --> 00:16:12,080 Batuk. 183 00:16:15,160 --> 00:16:18,720 Bertenang. Ada orang sampai tercirit. 184 00:16:47,600 --> 00:16:48,840 Dia kerat telinga saya! 185 00:17:04,920 --> 00:17:05,920 Berikan kepada saya. 186 00:17:07,200 --> 00:17:09,960 Nama Guddu tiada dalam senarai tuduhan Maurya. 187 00:17:10,760 --> 00:17:12,920 Kes ini dibuat terhadap awak 188 00:17:13,440 --> 00:17:15,359 agar mereka boleh serbu rumah awak 189 00:17:15,440 --> 00:17:17,280 dan tahan Guddu secara tak rasmi. 190 00:17:17,359 --> 00:17:20,000 Lalu tembak dia tanpa masalah teknikal undang-undang. 191 00:17:20,720 --> 00:17:22,440 Saya layak diikat jamin. 192 00:17:22,520 --> 00:17:23,800 Ya, betul. 193 00:17:24,560 --> 00:17:26,920 Tapi agenda KM untuk cipta negeri bebas jenayah 194 00:17:27,000 --> 00:17:29,040 dapat sokongan badan kehakiman. 195 00:17:29,800 --> 00:17:31,000 Siapa beri bukti? 196 00:17:35,160 --> 00:17:37,440 Ayah awak tak nak pertahankan diri. 197 00:17:37,520 --> 00:17:40,640 Pak cik, tangguhkanlah prosiding selama yang boleh. 198 00:17:40,720 --> 00:17:42,680 Saya cuba yakinkan ayah. 199 00:17:43,760 --> 00:17:47,080 Saya yakin dia ada bahan untuk buktikan 200 00:17:47,160 --> 00:17:49,160 Maurya pergi ke sana untuk tahan Guddu. 201 00:17:49,240 --> 00:17:52,000 Kalau kita boleh buktikan ada pertembungan, 202 00:17:52,080 --> 00:17:56,440 ini akan jadi kes mempertahankan diri, bukan pembunuhan. Betul tak? 203 00:17:56,920 --> 00:18:00,440 Pak cik akan buat segala yang termampu. 204 00:18:02,880 --> 00:18:06,240 Nak, pak cik nak cakap dengan kamu tentang sesuatu. 205 00:18:06,720 --> 00:18:07,720 Cakaplah, pak cik. 206 00:18:09,200 --> 00:18:12,560 Tuan, saya nak bincangkan dokumen untuk ikat jamin. 207 00:18:12,640 --> 00:18:14,480 Baiklah. Jumpa nanti. 208 00:18:22,000 --> 00:18:23,880 Pak cik tak tahu orang yang patut ditanya. 209 00:18:24,880 --> 00:18:26,800 Golu tak cakap langsung dengan pak cik. 210 00:18:27,320 --> 00:18:29,040 Tanyalah saya, pak cik. 211 00:18:33,320 --> 00:18:35,880 Golu dan Guddu... 212 00:18:36,560 --> 00:18:39,320 Mereka kekasih? 213 00:19:02,520 --> 00:19:06,440 Kalau saya tak bersama Guddu, semua ini takkan jadi. 214 00:19:06,520 --> 00:19:10,040 Kalau kamu cari puncanya, kamu akan hilang arah. 215 00:19:10,080 --> 00:19:14,080 Dalam perniagaan ayah ini, hal ini pasti berlaku. 216 00:19:14,800 --> 00:19:17,000 Satu saja kekesalan ayah. 217 00:19:17,960 --> 00:19:20,320 Ayah tak mampu lindungi kamu daripada noda ini. 218 00:19:29,240 --> 00:19:30,560 USMAN BAKI - 64,000 219 00:19:30,640 --> 00:19:31,960 BHANU PRASAD BAKI - 29,000 220 00:19:39,560 --> 00:19:42,240 Saya sakit kepala cari benda ini. 221 00:19:43,200 --> 00:19:45,040 Berikan saya secawan teh halia. 222 00:19:47,560 --> 00:19:50,320 Sila duduk, En. Gupta. Saya akan berikan awak teh. 223 00:19:55,440 --> 00:19:56,760 -Salam sejahtera. -Tuan rahmati. 224 00:19:56,800 --> 00:19:58,160 -Sila duduk. -Ya. 225 00:19:58,640 --> 00:20:02,080 -JP dah agihkan ladang candu... -Kepada Munna. 226 00:20:04,680 --> 00:20:07,880 Tapi Kaaleen Bhaiya bukan orang yang dapat manfaat. 227 00:20:09,680 --> 00:20:10,760 Siapa? 228 00:20:13,000 --> 00:20:14,000 Madhuri Yadav. 229 00:20:19,560 --> 00:20:22,320 Dia tak pegang jawatan berperlembagaan ketika itu. 230 00:20:23,000 --> 00:20:25,400 Mereka dapat bahagian secara sah. 231 00:20:27,080 --> 00:20:30,080 Jadi, cari cara tak sah untuk dapatkannya semula. 232 00:20:30,200 --> 00:20:32,280 Mungkin boleh buat bidaan pihak ketiga? 233 00:20:32,320 --> 00:20:33,320 Tak. 234 00:20:34,080 --> 00:20:37,720 Sekarang, kita sasaran Ketua Menteri. Mereka akan tahu. 235 00:20:38,320 --> 00:20:41,800 Awak nak candu, secara sah atau tak. 236 00:20:42,560 --> 00:20:45,800 Mengawal candu bermakna mengawal seluruh Purvanchal. Betul? 237 00:20:46,440 --> 00:20:48,320 Apa kata aktifkan semula saluran lama awak? 238 00:20:50,080 --> 00:20:52,040 Lala tak boleh buat kerja dari penjara. 239 00:20:53,160 --> 00:20:57,480 Anak perempuannya di luar, bukan? 240 00:20:59,920 --> 00:21:00,920 Itu takkan berhasil. 241 00:21:03,520 --> 00:21:04,680 Kita boleh cuba. 242 00:21:08,720 --> 00:21:11,240 -Bukankah Shabnam rapat dengan awak? -Takkan berhasil. 243 00:21:11,320 --> 00:21:14,440 Boleh kami dapatkan teh? Atau kami perlu bantu awak tumbuk halia? 244 00:21:15,560 --> 00:21:17,320 Saya buat sekarang, Guddu Bhaiya. 245 00:21:23,040 --> 00:21:26,240 Dia akan berada di Bhadohi esok. 246 00:21:27,280 --> 00:21:28,280 KONVENSYEN PUISI 247 00:21:28,320 --> 00:21:29,920 JP bersembunyi. 248 00:21:30,000 --> 00:21:32,760 Cakap dengan dia. Mungkin awak akan dapat petunjuk. 249 00:21:34,760 --> 00:21:39,320 Ayuh, kawanku, mari sini 250 00:21:39,440 --> 00:21:40,560 Macam Krishna... 251 00:21:40,640 --> 00:21:41,640 Puan. 252 00:21:41,720 --> 00:21:43,240 ...akan jadi kesayanganku 253 00:21:43,320 --> 00:21:45,560 Radhiya, berikan saya sepaket. 254 00:21:47,720 --> 00:21:51,600 Siapa akan pakai? Dulu kami beri kepada Munna Bhaiya. 255 00:21:52,760 --> 00:21:54,080 Mereka semua macam Munna. 256 00:21:54,160 --> 00:21:56,360 Ayuh, kawanku... 257 00:21:56,440 --> 00:21:57,440 Pergi. 258 00:21:57,920 --> 00:22:02,520 Macam Krishna akan jadi kesayanganku... 259 00:22:27,560 --> 00:22:29,680 Angin berubah di Purvanchal, Lala. 260 00:22:31,960 --> 00:22:34,560 Kawan-kawan awak akan bertemu ajal. 261 00:22:40,000 --> 00:22:41,000 Terima kasih. 262 00:22:42,200 --> 00:22:46,560 Saya cuma ahli perniagaan. 263 00:22:47,160 --> 00:22:49,160 Keuntungan kawan saya 264 00:22:49,960 --> 00:22:52,080 dan kerugian musuh saya. 265 00:22:53,360 --> 00:22:58,040 Selain itu, saya tak peduli orang lain dan mereka memang tak penting. 266 00:22:58,560 --> 00:23:00,240 Sebab itulah saya di sini. 267 00:23:02,560 --> 00:23:04,120 Awak dalam penjara. 268 00:23:05,760 --> 00:23:06,800 Itu bermaksud kerugian. 269 00:23:09,760 --> 00:23:11,920 Saya dengar ikat jamin awak belum diluluskan. 270 00:23:17,080 --> 00:23:18,080 Nak saya tolong? 271 00:23:24,480 --> 00:23:27,560 Kalau kita bincang dalam udara segar, 272 00:23:29,200 --> 00:23:31,880 keputusan saya mungkin berubah. 273 00:23:32,480 --> 00:23:35,240 Tak boleh patah balik dalam urus niaga ini. 274 00:23:36,080 --> 00:23:39,240 Awak tetapkan harga, saya tetapkan kuantiti. 275 00:23:43,920 --> 00:23:44,920 Berapa banyak? 276 00:23:45,000 --> 00:23:47,880 Awak boleh kata seluruh pasaran di dalam kereta awak. 277 00:23:57,160 --> 00:23:59,320 Bos, ini risiko besar. 278 00:24:02,080 --> 00:24:03,880 Kalau Puan Ketua Menteri tahu... 279 00:24:07,480 --> 00:24:08,760 MADHURI YADAV KETUA MENTERI 280 00:24:08,840 --> 00:24:11,680 Ya, puan sedang menunggu. Orang lain pun dah ada. 281 00:24:13,640 --> 00:24:14,720 Okey. 282 00:24:15,560 --> 00:24:16,560 Dia dalam perjalanan. 283 00:24:17,000 --> 00:24:19,480 Saya dah agak dia tak boleh uruskan. 284 00:24:36,200 --> 00:24:38,720 Puan, agenda pertama hari ini ialah subsidi tebu. 285 00:24:40,800 --> 00:24:41,960 Selamat pagi. 286 00:24:43,760 --> 00:24:46,800 En. Yadav, cakaplah. Apa saranan awak? 287 00:24:47,280 --> 00:24:48,480 Sifar. 288 00:24:52,760 --> 00:24:53,880 Kenapa? 289 00:24:53,960 --> 00:24:58,040 Puan, kenapa nak manjakan petani? 290 00:24:58,640 --> 00:25:02,480 Apabila tahun mengundi tiba, kita tunaikan kemahuan mereka. 291 00:25:02,560 --> 00:25:04,880 Mereka gembira, kotak undi kita pun sama. 292 00:25:06,400 --> 00:25:10,720 Kalau kita bekerja sepanjang penggal, tak perlu bersusah ketika pilihan raya. 293 00:25:10,800 --> 00:25:13,680 Orang awam ada ingatan jangka pendek, nak. 294 00:25:18,160 --> 00:25:21,960 Cukup. Atur dengan Kementerian Kewangan dan berikan saya harga 295 00:25:22,040 --> 00:25:24,920 yang tak bebankan perbendaharaan negeri. 296 00:25:25,000 --> 00:25:27,200 Ini janji manifesto, bukan jenaka. 297 00:25:29,560 --> 00:25:33,200 Janji manifesto dan kentut di dalam bilik ini... 298 00:25:34,720 --> 00:25:36,640 tiada orang yang tanya, puan. 299 00:25:37,920 --> 00:25:40,800 Pilihan raya dimenangi dengan duit dan pengaruh. 300 00:25:41,840 --> 00:25:45,040 Sekarang, kita tiada kedua-duanya. 301 00:25:46,080 --> 00:25:49,040 Agenda bebas jenayah puan 302 00:25:49,680 --> 00:25:52,720 cetuskan keghairahan ketua-ketua samseng. 303 00:25:54,000 --> 00:25:55,840 "Patahkan." 304 00:25:55,920 --> 00:25:57,240 Itu yang saya maksudkan. 305 00:25:58,640 --> 00:26:00,880 Saya dah terangkan kepada ayah puan juga. 306 00:26:00,960 --> 00:26:03,400 Dia pemimpin parti. Hormat sikit. 307 00:26:05,760 --> 00:26:08,640 Saya sentiasa hormat kepadanya. Kemudian, apa jadi? 308 00:26:09,720 --> 00:26:12,160 Dia tinggalkan dunia ini dan pergi ke syurga. 309 00:26:14,800 --> 00:26:19,360 Puan masih muda. Terimalah tunjuk ajar orang lebih tua. 310 00:26:20,320 --> 00:26:22,320 Kalau saya nak diajar, saya akan minta. 311 00:26:26,160 --> 00:26:30,160 Hati-hati. Harap tak terlambat nanti. 312 00:26:30,680 --> 00:26:33,080 -Betul kata awak. -Betul kata awak. 313 00:26:33,160 --> 00:26:34,280 Memang. 314 00:26:34,880 --> 00:26:36,360 -Ya. -Saya setuju. 315 00:26:36,440 --> 00:26:38,320 Biar saya jelaskan. 316 00:26:39,640 --> 00:26:41,760 Saya bukan berada di sini untuk jadi boneka. 317 00:26:43,520 --> 00:26:48,080 Kalau ada ahli kabinet tak suka, boleh letak jawatan. 318 00:26:48,160 --> 00:26:49,720 Atau saya akan desak. 319 00:26:55,120 --> 00:26:57,880 Bukan Solanki, itu kata-kata ketua samseng yang sokong dia. 320 00:26:58,440 --> 00:27:00,600 Beritahu KP Dubey saya tak boleh tunggu lama. 321 00:27:00,680 --> 00:27:03,360 Puan, Sharad Shukla ada usul. 322 00:27:06,160 --> 00:27:07,160 Tidak. 323 00:27:22,360 --> 00:27:25,160 -Hidup India, tuan. -Apa statusnya? 324 00:27:25,240 --> 00:27:27,680 Tuan, dari rumah ke kilang, dan balik semula, 325 00:27:27,760 --> 00:27:29,880 itu saja yang dia buat selama tiga hari. 326 00:27:29,960 --> 00:27:33,640 Paling kurang ada tiga kereta samseng ikut dia. 327 00:27:35,320 --> 00:27:36,800 -Tuan? -Ya. 328 00:27:37,680 --> 00:27:39,800 Saya dengar masalahnya, beritahu saya solusinya. 329 00:27:40,880 --> 00:27:43,560 Saya tanya orang sekeliling. 330 00:27:44,880 --> 00:27:48,160 Ada solusi, tapi tak murah. 331 00:27:50,080 --> 00:27:51,080 Siapa? 332 00:27:51,160 --> 00:27:53,320 Tuan berminat bina badan? 333 00:27:53,400 --> 00:27:54,400 Apa? 334 00:27:56,920 --> 00:27:59,880 Guddu berminat. Berikan saya tunai. 335 00:28:00,360 --> 00:28:02,920 Saya akan bawa orang haus ke perigi. 336 00:28:06,040 --> 00:28:08,800 MR. PURVANCHAL SUTTAN JHA AKAN HADIRI PERTANDINGAN 337 00:28:13,760 --> 00:28:15,320 Ini manisan mawa asli. 338 00:28:16,600 --> 00:28:17,920 -Ayuh. -Ya. 339 00:28:33,760 --> 00:28:35,640 Tak perlu buat begini. 340 00:28:38,480 --> 00:28:39,960 Awak pernah jadi mentor saya. 341 00:28:41,680 --> 00:28:43,000 Kenapa awak ke mari? 342 00:28:43,080 --> 00:28:46,720 Saya nak jemput awak 343 00:28:47,560 --> 00:28:49,120 ke pertandingan Mr. Purvanchal. 344 00:28:50,840 --> 00:28:54,000 Dulu, Kaaleen Bhaiya jadi tetamu utama setiap tahun, tapi... 345 00:28:54,080 --> 00:28:55,280 Sekarang, dia... 346 00:28:58,680 --> 00:29:00,120 Jemputan saat akhir. 347 00:29:00,800 --> 00:29:03,040 Kerajaan ambil tindakan tegas terhadap semua orang. 348 00:29:03,960 --> 00:29:05,920 Saya tunggu sebagai langkah jaga-jaga. 349 00:29:06,360 --> 00:29:10,440 Konco-konco awak pula menyukarkan saya jumpa awak. 350 00:29:10,920 --> 00:29:12,000 Betul. 351 00:29:13,120 --> 00:29:14,880 -Saya cuma... -Saya cuba. 352 00:29:15,960 --> 00:29:16,960 Saya cuba. 353 00:29:24,360 --> 00:29:25,440 Keputusan yang amat baik. 354 00:29:26,720 --> 00:29:30,040 Dia jemput pada saat akhir, berisiko untuk pergi ke sana. 355 00:29:37,880 --> 00:29:38,880 Kenapa tak boleh? 356 00:29:41,720 --> 00:29:44,880 Golu, ini peluang yang tepat untuk beritahu semua orang 357 00:29:46,200 --> 00:29:47,440 yang Kaaleen Bhaiya tiada, 358 00:29:48,440 --> 00:29:50,080 tapi Guddu Pandit yang ada. 359 00:29:52,520 --> 00:29:54,640 Saya pun nak lihat pertandingan itu. 360 00:29:58,320 --> 00:30:01,360 Alamak. Saya dah tak sasa. 361 00:30:04,800 --> 00:30:05,800 Baiklah. 362 00:30:06,440 --> 00:30:09,200 Saya batalkan rancangan Bhadohi. Saya ikut awak. 363 00:30:09,680 --> 00:30:11,320 Saya tak perlukan pengawal. 364 00:30:14,960 --> 00:30:16,040 Dengar sini, 365 00:30:17,040 --> 00:30:19,320 saya tak jadi ketua samseng untuk hidup ketakutan. 366 00:30:21,240 --> 00:30:23,200 Untuk kukuhkan tuntutan saya terhadap takhta, 367 00:30:24,480 --> 00:30:26,960 saya mesti jumpa orang, Golu. 368 00:30:39,920 --> 00:30:41,440 Tunggu saya balik. 369 00:31:02,120 --> 00:31:05,560 Tikus dah tinggalkan sarang. Apa patut saya buat? 370 00:31:07,680 --> 00:31:10,040 Jangan buat apa-apa. Fokus kepada Guddu. 371 00:31:10,120 --> 00:31:12,400 Okey, tuan. Terima. 372 00:31:24,920 --> 00:31:28,160 Apa awak cakap? Saya akan ada di sana. Saya dah cakap. 373 00:31:28,640 --> 00:31:30,760 Okey, sekejap. Tunggu. 374 00:31:38,760 --> 00:31:41,200 JAUNPUR - BHADOHI - PRAYAGRAJ VARANASI - MIRZAPUR 375 00:31:42,840 --> 00:31:44,960 Pertemuan saya dengan penonton. 376 00:31:46,320 --> 00:31:47,840 Bermulalah... 377 00:31:48,680 --> 00:31:49,680 BHADOHI 16 KM 378 00:31:49,760 --> 00:31:51,480 "Tunduk hormat kepada tanah lahirku..." 379 00:31:51,560 --> 00:31:52,560 KONVENSYEN PUISI 380 00:31:54,440 --> 00:31:58,240 "Tunduk hormat kepada tanah lahirku 381 00:31:59,200 --> 00:32:01,600 "Pergunungan Himalaya keluarganya 382 00:32:02,120 --> 00:32:03,680 "India kebanggaannya..." 383 00:32:03,760 --> 00:32:05,320 Hebat. Menakjubkan. 384 00:32:05,400 --> 00:32:07,600 "Pergunungan Himalaya keluarganya 385 00:32:08,280 --> 00:32:10,280 "India kebanggaannya... 386 00:32:11,280 --> 00:32:15,000 "Ganges keindahannya Jamuna kecantikannya" 387 00:32:15,080 --> 00:32:17,440 -Hebat. -Puitis. 388 00:32:17,520 --> 00:32:19,560 "Setiap wajah tersenyum suka 389 00:32:20,880 --> 00:32:24,080 "Setiap wajah tersenyum suka Setiap bibir terukir senyum 390 00:32:24,160 --> 00:32:25,200 Hebat! 391 00:32:25,280 --> 00:32:28,400 "Setiap wajah tersenyum suka Setiap bibir terukir senyum 392 00:32:29,160 --> 00:32:32,920 "Inilah Hindustanku Inilah Hindustanku" 393 00:32:33,000 --> 00:32:34,360 Hebat. Amat puitis. 394 00:32:34,440 --> 00:32:35,720 Puitis. 395 00:32:36,280 --> 00:32:38,840 Dengan rangkap itu, saya undur diri. 396 00:32:39,640 --> 00:32:41,160 Terima kasih semua. 397 00:32:43,680 --> 00:32:45,080 Salam sejahtera buat ketua kita. 398 00:32:46,160 --> 00:32:48,280 Saya nak ungkap beberapa baris. 399 00:32:49,640 --> 00:32:53,960 "Bhagat Singh, Bismil, Ashfaqulla Khan 400 00:32:54,440 --> 00:32:58,520 "Mereka pemuda Yang mencetus asas kebebasan 401 00:33:00,040 --> 00:33:03,800 "Mereka pemuda Yang mencetus asas kebebasan 402 00:33:03,880 --> 00:33:06,200 "Itulah mereka Kekasih hari ini 403 00:33:06,280 --> 00:33:09,480 "Mereka yang penuh pemberontakan Namun hanya di layar" 404 00:33:09,560 --> 00:33:11,920 Hebat! 405 00:33:13,240 --> 00:33:15,000 Syabas, En. Qadar! 406 00:33:15,080 --> 00:33:17,520 KONVENSYEN PUISI 407 00:33:17,600 --> 00:33:19,480 ORGANISASI BELIA UTTAR PRADESH 408 00:33:19,560 --> 00:33:24,200 Saya alu-alukan semua tetamu yang ada di sini. 409 00:33:24,280 --> 00:33:27,560 Dari kota kamu sendiri, Bhadohi, saya, Mohammad Raheem, 410 00:33:28,360 --> 00:33:31,400 akan mempersembahkan sedikit citra cinta. 411 00:33:33,920 --> 00:33:35,800 -Siapa awak? -Aktivis. 412 00:33:36,520 --> 00:33:39,720 Betulkah? Boleh awak buat... 413 00:33:41,440 --> 00:33:42,720 kerja untuk saya? 414 00:33:43,520 --> 00:33:45,400 Ya. Apa balasannya? 415 00:33:45,480 --> 00:33:49,360 Awak berterus terang. 416 00:33:50,600 --> 00:33:53,520 -Siapa awak? -Saya dah kata, aktivis. 417 00:33:54,200 --> 00:33:55,600 Dari Mirzapur. 418 00:33:56,600 --> 00:34:01,240 Kalau saya kongkek awak di sini, apa awak boleh buat? 419 00:34:06,240 --> 00:34:07,240 Awak dulu. 420 00:34:19,639 --> 00:34:21,840 -Awak nak duit? -Saya nak alamat. 421 00:34:21,920 --> 00:34:22,920 JP Yadav. 422 00:34:25,840 --> 00:34:27,480 Hantu tiada alamat. 423 00:34:28,600 --> 00:34:29,880 JP menyembunyikan diri. 424 00:34:31,360 --> 00:34:36,080 Dia tenggelamkan kapalnya dan buat saya dipulau dalam politik. 425 00:34:36,159 --> 00:34:38,840 Awak dipulau dalam politik, saya pula penjenayah. 426 00:34:39,520 --> 00:34:41,840 Kita berdua dapat manfaat. 427 00:34:48,480 --> 00:34:51,840 Kalau awak tanya dengan lembut, mungkin saya akan beri kerjasama. 428 00:34:52,800 --> 00:34:56,520 Kalau awak nak jadi lebih penting dalam politik, hentikan cara remeh ini. 429 00:34:58,320 --> 00:35:01,840 Saya ada rancangan besar untuk awak. Cari JP. 430 00:35:03,320 --> 00:35:04,320 Tausif! 431 00:35:05,760 --> 00:35:06,760 Tumpang lalu. 432 00:35:07,480 --> 00:35:09,040 "Dalam dunia yang sunyi ini 433 00:35:09,120 --> 00:35:13,160 "Sepanjang hayatku ada dalam mimpimu 434 00:35:14,400 --> 00:35:16,160 "Sepanjang hayatku 435 00:35:16,800 --> 00:35:18,800 "Tak pernah aku menginginkan yang lain 436 00:35:19,360 --> 00:35:21,040 "Tidak jua aku jatuh cinta..." 437 00:35:21,120 --> 00:35:22,960 -Hei! -"Lemas dalam mimpimu..." 438 00:35:23,040 --> 00:35:25,800 Hei! Ini pertandingan puisi peringkat kebangsaan. 439 00:35:25,880 --> 00:35:28,760 Apa hal dengan ayat jiwang yang meleret ini? Hentikannya. 440 00:35:29,480 --> 00:35:32,000 Bedebah. Awak jeling apa? Hentikan. 441 00:35:32,080 --> 00:35:35,160 Tuan, biar saya buat tuan gembira juga. 442 00:35:36,880 --> 00:35:40,160 "Setiap minit, dari setiap pentas Mereka hanya kata 443 00:35:40,280 --> 00:35:43,320 "Aku juga anak kepapaan Apa jadahnya yang kau tangisi? 444 00:35:44,200 --> 00:35:46,160 "Andai mereka kekurangan undi 445 00:35:46,200 --> 00:35:47,960 "Beginilah cara mereka menyantuni kita 446 00:35:48,040 --> 00:35:51,280 "Mereka asak kita ke arah kekecohan Persetankan mereka" 447 00:35:51,360 --> 00:35:53,480 Balasan yang sesuai kepada pemimpin. 448 00:35:54,800 --> 00:35:58,600 "Hinalah ketua sebegitu yang hidup dalam penipuan 449 00:35:58,640 --> 00:36:01,200 "Berbekal sedikit rasa bangga Mereka gelarkan diri ketua" 450 00:36:01,320 --> 00:36:03,320 Tangkap dia! Tunggu di situ! 451 00:36:03,400 --> 00:36:05,840 Tunggu, bedebah! Nak lari ke mana? 452 00:36:05,920 --> 00:36:08,480 Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang... 453 00:36:08,560 --> 00:36:10,480 SUTTAN JHA MENGGILAI SUTTAN 454 00:36:10,560 --> 00:36:14,480 ...ke pertandingan bina badan Mr. Purvanchal tahun ini. 455 00:36:14,560 --> 00:36:18,000 Sila bertenang. 456 00:36:18,880 --> 00:36:20,600 Tepukan gemuruh... 457 00:36:20,640 --> 00:36:22,160 PERTANDINGAN MR. PURVANCHAL 458 00:36:22,280 --> 00:36:25,040 ...kepada penaja tahun ini, Macho Hint. 459 00:36:29,600 --> 00:36:33,200 Guddu Bhaiya, Pn. Golu suruh kita tunggu. 460 00:36:34,640 --> 00:36:35,680 Kita akan tunggu. 461 00:36:36,680 --> 00:36:37,920 Kita tunggu di luar. 462 00:36:42,160 --> 00:36:43,200 Awak ikut saya. 463 00:36:43,320 --> 00:36:45,360 -Kamu awasi di luar. Ayuh. -Okey. 464 00:36:48,040 --> 00:36:49,560 Guddu Bhaiya, tuan datang. 465 00:36:50,800 --> 00:36:54,000 Bedebah, kenapa gambar Guddu Bhaiya tiada pada kain rentang? 466 00:36:55,120 --> 00:36:58,560 Tuan tak berikan pengesahan. Saya minta maaf. 467 00:36:59,080 --> 00:37:00,920 Tuan pemilik bandar ini, Guddu Bhaiya. 468 00:37:06,400 --> 00:37:08,360 -Hidup... -Guddu Bhaiya! 469 00:37:08,440 --> 00:37:10,840 -Hidup... -Guddu Bhaiya! 470 00:37:10,920 --> 00:37:12,640 -Hidup... -Guddu Bhaiya! 471 00:37:12,760 --> 00:37:14,560 -Hidup... -Guddu Bhaiya! 472 00:37:14,640 --> 00:37:15,960 -Hidup... -Guddu Bhaiya! 473 00:37:16,040 --> 00:37:19,040 -Selamat bertemu, Guddu Bhaiya! -Selamat bertemu, Guddu Bhaiya! 474 00:37:21,920 --> 00:37:24,640 Puan, ada pemeriksaan ketat di depan. 475 00:37:26,160 --> 00:37:27,560 Siapa nama awak? 476 00:37:27,640 --> 00:37:28,880 Shukla. 477 00:37:32,760 --> 00:37:34,560 Suttan bintang terkenal. 478 00:37:35,440 --> 00:37:38,160 Sekarang, kita ada Guddu Bhaiya sebagai tetamu utama. 479 00:37:38,280 --> 00:37:39,640 Moga tiada perkara buruk berlaku. 480 00:37:40,840 --> 00:37:42,200 Semua akan okey. 481 00:37:43,200 --> 00:37:46,280 Seorang akan umumkan nama, seorang lagi akan beri trofi. 482 00:37:47,040 --> 00:37:48,440 Semuanya akan berjalan lancar. 483 00:37:49,360 --> 00:37:50,520 Ingat saja perkara ini. 484 00:37:51,360 --> 00:37:54,880 Jangan menggeletar macam pelacur murahan di depan Guddu. 485 00:37:55,520 --> 00:37:57,520 Okey? Pergi. 486 00:38:00,280 --> 00:38:01,280 Tak guna. 487 00:38:12,440 --> 00:38:15,880 Ya, tuan. Ini tempat awam, tuan, 488 00:38:15,960 --> 00:38:17,280 tapi kami urus senyap-senyap. 489 00:38:17,760 --> 00:38:21,600 Ketika Guddu hadiri program di dalam, kami lumpuhkan pengawalnya di luar. 490 00:38:21,640 --> 00:38:23,520 Sebelum dia naik ke pentas, 491 00:38:23,600 --> 00:38:25,120 kami tangkap Guddu di belakang. 492 00:38:25,760 --> 00:38:27,200 Kami dah rancang semua, tuan. 493 00:38:27,320 --> 00:38:28,400 Awak yakin? 494 00:38:29,200 --> 00:38:30,800 Saya dah putuskan, tuan. 495 00:38:31,840 --> 00:38:32,840 Jangan risau. 496 00:38:35,080 --> 00:38:37,000 Puan, Ketua Polis. 497 00:38:39,480 --> 00:38:41,400 -Helo. -Hidup India, puan. 498 00:38:42,360 --> 00:38:46,160 Puan, seperti arahan puan, kami dah kepung Guddu. 499 00:38:48,960 --> 00:38:50,200 Berita ini sah? 500 00:38:51,080 --> 00:38:52,640 Ya, sah. 501 00:38:53,840 --> 00:38:56,120 Kami dah ambil langkah berjaga-jaga, puan. 502 00:38:57,200 --> 00:38:58,920 Tiada orang akan tahu. 503 00:39:00,200 --> 00:39:01,440 Berikan arahan. 504 00:39:02,800 --> 00:39:04,680 -Teruskan. -Hidup India. 505 00:39:08,920 --> 00:39:09,920 Helo. 506 00:39:12,360 --> 00:39:17,680 Sila ambil perhatian. Kereta api akan tiba di platform. 507 00:39:36,440 --> 00:39:38,520 Merabak layar 508 00:39:38,600 --> 00:39:40,400 Mengunyah tembakau 509 00:39:40,480 --> 00:39:44,680 Dia masuk penuh gaya 510 00:39:44,800 --> 00:39:46,640 Turut tunduk si perkasa 511 00:39:46,760 --> 00:39:48,800 Semua orang berbicara tentang dia 512 00:39:48,880 --> 00:39:53,120 Orang berebut melihatnya 513 00:39:53,160 --> 00:39:56,840 Peminat sebanyak bintang Menyinar di angkasa 514 00:39:56,920 --> 00:40:00,960 Bagaikan bintang terang Tibanya bintang filem kita 515 00:40:01,040 --> 00:40:05,280 Bagaikan bintang terang Tibanya bintang filem kita 516 00:40:05,360 --> 00:40:09,160 Bagaikan bintang terang Tibanya bintang filem kita 517 00:40:09,200 --> 00:40:13,480 Bagaikan bintang terang Tibanya bintang filem kita 518 00:40:13,560 --> 00:40:17,760 Bagaikan bintang terang Tibanya bintang filem kita 519 00:40:17,840 --> 00:40:20,480 Bagus. Hebat! Menakjubkan. 520 00:40:20,560 --> 00:40:23,040 Bagus. Hebat! 521 00:40:23,120 --> 00:40:25,880 Bukankah pertunjukan ini hebat? 522 00:40:25,960 --> 00:40:27,160 Cukup. Berikan kepada saya. 523 00:40:28,960 --> 00:40:32,640 Teruskan menghujani cinta kamu kepada Suttan Jha 524 00:40:32,760 --> 00:40:37,200 dan Suttan Jha akan sentiasa jadi bintang. 525 00:40:37,760 --> 00:40:39,440 Bagus! Terima kasih. 526 00:40:41,160 --> 00:40:44,280 -En. Suttan... -Bintang! 527 00:40:44,360 --> 00:40:47,120 -En. Suttan... -Bintang! 528 00:40:47,600 --> 00:40:50,600 -En. Suttan... -Bintang! 529 00:40:50,640 --> 00:40:53,920 -En. Suttan... -Bintang! 530 00:40:54,000 --> 00:40:56,320 Padamkan lampu. Bateri akan habis. 531 00:40:56,400 --> 00:41:00,360 Ayuh mulakan pertandingan hari ini. 532 00:41:00,440 --> 00:41:03,400 Penaja kita, Macho Hint! 533 00:41:05,320 --> 00:41:07,640 Inilah peserta pertama kita, 534 00:41:07,760 --> 00:41:09,680 Puttan Pathan dari Mau. 535 00:41:22,000 --> 00:41:23,080 Maaf. 536 00:41:48,640 --> 00:41:50,520 Dinesh Kumar, pergi ke sisi jalan. 537 00:41:51,960 --> 00:41:53,600 -Naikkan penghadang! -Ayah! 538 00:41:54,360 --> 00:41:55,400 Lepaskan mereka. 539 00:41:55,480 --> 00:41:56,480 SILA BERHENTI 540 00:41:56,560 --> 00:41:58,080 -Ke tepi. -Lepaskan mereka! 541 00:41:58,160 --> 00:42:00,160 -Ya, sayang? -Kenapa ramai polis? 542 00:42:00,200 --> 00:42:03,320 Kami terima arahan dari Lucknow. Ada maklumat. 543 00:42:06,880 --> 00:42:08,400 Tolong beri laluan untuk saya. 544 00:42:09,640 --> 00:42:11,360 -Dengar sini! -Ya, tuan? 545 00:42:12,040 --> 00:42:13,040 Alihkan penghadang. 546 00:42:13,120 --> 00:42:14,680 Telefon dia dan tanya lokasi. 547 00:42:22,200 --> 00:42:23,200 Angkat tangan. 548 00:42:24,160 --> 00:42:27,680 Pusing belakang. Saya dah agak ada yang tak kena dengan awak. 549 00:42:29,000 --> 00:42:30,120 Apa awak buat... 550 00:42:40,800 --> 00:42:42,840 Keparat itu fikir dia boleh kenakan saya. 551 00:42:54,280 --> 00:42:56,400 -Jom tengok pertunjukan itu. -Jom. 552 00:42:57,320 --> 00:42:59,360 Tarian dah mula? 553 00:42:59,440 --> 00:43:00,440 Pergi. 554 00:43:02,000 --> 00:43:03,840 Bukan awak. Jalan. 555 00:43:12,640 --> 00:43:13,880 Ayuh pergi. Jom. 556 00:43:26,200 --> 00:43:28,160 Tuan, sila ke mari. 557 00:43:28,280 --> 00:43:29,760 -Di mana? -Untuk pemberian hadiah. 558 00:43:29,840 --> 00:43:31,760 -Mari. -Saya dah lewat. 559 00:43:31,840 --> 00:43:33,520 -En. Suttan, hebat! -Mari. 560 00:43:33,600 --> 00:43:36,600 -En. Suttan, bintang! -Dia marah. 561 00:43:41,520 --> 00:43:43,920 -Ya, Golu? -Saya terhenti di sekatan. 562 00:43:44,000 --> 00:43:46,440 -Sekejap lagi saya sampai. -Rancangan dah tamat. 563 00:43:47,040 --> 00:43:50,320 -Tak perlu datang. -Awak nak balik sebelum saya sampai? 564 00:43:50,400 --> 00:43:51,400 Yalah. Datanglah. 565 00:43:59,160 --> 00:44:01,960 Semua peserta boleh bertenang. 566 00:44:04,440 --> 00:44:05,960 Tuan-tuan dan puan-puan... 567 00:44:06,040 --> 00:44:07,280 Awak bintang filem? 568 00:44:07,360 --> 00:44:11,040 ...berikan tepukan gemuruh kerana menjadikan malam ini meriah. 569 00:44:11,120 --> 00:44:12,200 Saya samseng. 570 00:44:13,320 --> 00:44:14,880 Sebab itu saya tetamu utama. 571 00:44:15,520 --> 00:44:17,080 Pasti awak berbahaya. 572 00:44:18,640 --> 00:44:20,400 Aduhai! 573 00:44:20,480 --> 00:44:21,480 Dengar sini. 574 00:44:24,000 --> 00:44:27,520 Siapa dia? Dia duduk di sofa tetamu utama. 575 00:44:27,600 --> 00:44:30,160 Dia ikut saya ke sini juga. Halau dia. 576 00:44:32,120 --> 00:44:35,360 Itu Guddu Pandit. Bintang tempatan. 577 00:44:36,920 --> 00:44:40,240 Jangan main-main dengan dia kalau awak nak pulang dengan selamat. 578 00:44:45,040 --> 00:44:46,400 Maaf, Guddu Bhaiya. 579 00:44:47,320 --> 00:44:48,640 Saya tak cam awak. 580 00:44:49,760 --> 00:44:53,120 -Maaf. -Pemenang tempat pertama, Atul Srivastava. 581 00:44:54,520 --> 00:44:57,760 Sebenarnya, muka awak 582 00:44:58,360 --> 00:45:01,240 tak terkenal macam saya, manalah saya cam? 583 00:45:06,200 --> 00:45:07,320 Dengar sini. 584 00:45:08,120 --> 00:45:09,600 Muka awak terkenal, 585 00:45:10,160 --> 00:45:13,320 tapi setelah saya hancurkannya, tiada orang akan cam. 586 00:45:14,480 --> 00:45:15,360 Tuan. 587 00:45:20,600 --> 00:45:23,000 Persetankanlah pertandingan mengarut ini. 588 00:45:23,080 --> 00:45:24,400 -Saya nak balik. -Tuan... 589 00:45:25,040 --> 00:45:27,320 Pergilah, saya uruskan dia. 590 00:45:28,880 --> 00:45:30,200 Uruskan saya? 591 00:45:30,280 --> 00:45:32,120 -Cubalah. Ayuh. -Tuan! 592 00:45:36,840 --> 00:45:38,080 Lari! 593 00:45:38,560 --> 00:45:41,120 -Berhenti! Tak guna! -Jangan bunuh di pentas! 594 00:45:41,200 --> 00:45:43,000 -Tak guna! -Ke kiri! 595 00:45:46,520 --> 00:45:48,640 -Guddu Bhaiya! -Guddu Bhaiya! 596 00:45:48,720 --> 00:45:51,800 -Guddu Bhaiya! -Guddu Bhaiya! 597 00:46:06,200 --> 00:46:07,200 Cepat! 598 00:46:12,000 --> 00:46:13,000 Ke tepi! 599 00:46:23,640 --> 00:46:24,520 Bedebah! 600 00:46:27,880 --> 00:46:29,760 Chaube, kepung dia! 601 00:46:49,920 --> 00:46:50,920 Masuk. 602 00:47:03,080 --> 00:47:04,080 Tak guna! 603 00:47:06,240 --> 00:47:07,320 Pergi ke belakang. 604 00:47:15,280 --> 00:47:16,280 Tak guna! 605 00:48:10,680 --> 00:48:11,760 Guddu! 606 00:48:16,840 --> 00:48:18,760 Kucing ada sembilan nyawa. 607 00:48:38,640 --> 00:48:39,840 Siapa hantar awak? 608 00:48:44,400 --> 00:48:48,160 Begitu rupanya. Awak buat tugas rasmi? 609 00:48:53,280 --> 00:48:55,040 Ayuh bereskan dia dan pergi. 610 00:48:59,120 --> 00:49:01,320 Teruskan. Nak pergi mana? 611 00:49:10,520 --> 00:49:13,880 Guddu Bhaiya, saya minta maaf. 612 00:49:13,960 --> 00:49:16,120 Saya Suttan Jha. 613 00:49:18,640 --> 00:49:19,640 Muka... 614 00:49:30,320 --> 00:49:31,440 Apa awak buat? 615 00:49:42,000 --> 00:49:44,000 Saya ubah tragedi kepada peluang. 616 00:49:46,000 --> 00:49:47,360 -Jom. -Ayuh. 617 00:49:49,880 --> 00:49:53,600 Bintang terkenal Bhojpuri, Suttan Jha telah dibunuh secara berdepan. 618 00:49:53,680 --> 00:49:55,600 Negeri ini dalam keadaan amat huru-hara. 619 00:49:55,680 --> 00:49:56,960 Seperti yang anda lihat, 620 00:49:57,040 --> 00:49:59,160 mayatnya dibawa pergi untuk bedah siasat. 621 00:50:08,480 --> 00:50:09,720 MR. AKHANDANAND TRIPATHI 622 00:50:38,800 --> 00:50:41,840 DATARAN TRIPATHI LAMBANG KEAMANAN MIRZAPUR 623 00:50:50,520 --> 00:50:51,960 -Pedas sangat. -Tuan! 624 00:50:52,040 --> 00:50:53,040 Ketua Polis Dubey... 625 00:50:53,120 --> 00:50:55,920 Apa pasukan Balmiki Yadav buat di Mirzapur? 626 00:50:56,000 --> 00:50:57,920 Peluru 9mm ditemukan ketika bedah siasat, 627 00:50:58,000 --> 00:50:59,360 iaitu senjata polis. 628 00:50:59,440 --> 00:51:00,640 Peluru 9mm? Betulkah? 629 00:51:00,720 --> 00:51:03,320 Adakah KM Madhuri Yadav minta laporan atas insiden ini? 630 00:51:03,400 --> 00:51:06,200 Saya akan jawab soalan kamu. Tolong beri kami masa. 631 00:51:25,120 --> 00:51:27,560 Sistem undang-undang dah jadi bahan lawak. 632 00:51:27,640 --> 00:51:30,080 Orang yang mewarisi jawatan ini, 633 00:51:30,160 --> 00:51:33,280 apa yang mereka tahu tentang mentadbir negeri? 634 00:51:33,360 --> 00:51:35,080 Kerajaan samseng ini... 635 00:51:35,160 --> 00:51:37,040 Mesti dijatuhkan! 636 00:51:37,120 --> 00:51:39,040 -Madhuri Yadav... -Halau mereka! 637 00:51:39,520 --> 00:51:41,720 Bawa puan masuk! Mari sini! Hei! 638 00:51:41,800 --> 00:51:43,200 Mesti dijatuhkan! 639 00:51:43,280 --> 00:51:44,720 Madhuri Yadav... 640 00:51:44,800 --> 00:51:46,280 Memalukan! Memalukan! 641 00:51:46,360 --> 00:51:47,680 Puan dah kurang sokongan. 642 00:52:49,320 --> 00:52:52,240 Hei. Baring. 643 00:52:57,560 --> 00:52:58,600 Helo, En. Tripathi. 644 00:53:02,120 --> 00:53:04,280 Semua yang kalah telah dijatuhkan! 645 00:53:04,360 --> 00:53:06,760 Guddu Bhaiya, singa yang mengaum! 646 00:53:06,840 --> 00:53:08,720 Semua yang kalah telah dijatuhkan! 647 00:53:08,800 --> 00:53:10,680 Guddu Bhaiya, singa yang mengaum! 648 00:53:10,760 --> 00:53:12,520 Semua yang kalah telah dijatuhkan! 649 00:53:12,600 --> 00:53:14,320 Guddu Bhaiya, singa yang mengaum! 650 00:53:14,400 --> 00:53:16,280 Semua yang kalah telah dijatuhkan! 651 00:53:16,360 --> 00:53:18,160 Guddu Bhaiya, singa yang mengaum! 652 00:53:18,240 --> 00:53:19,960 Semua yang kalah telah dijatuhkan! 653 00:53:20,040 --> 00:53:21,880 Guddu Bhaiya, singa yang mengaum! 654 00:53:21,960 --> 00:53:23,760 Semua yang kalah telah dijatuhkan! 655 00:53:23,840 --> 00:53:25,640 Guddu Bhaiya, singa yang mengaum! 656 00:55:22,640 --> 00:55:24,640 Terjemahan sari kata oleh Aimee Suhairi 657 00:55:24,720 --> 00:55:26,720 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin