1 00:00:06,006 --> 00:00:07,633 SEBELUM INI 2 00:00:08,384 --> 00:00:12,555 Awak tembak saya di kepala! 3 00:00:14,807 --> 00:00:17,768 Ya, hore! Sepuluh per sepuluh. Kita perlu beredar sekarang. 4 00:00:17,768 --> 00:00:20,563 Kate Cha ialah pahlawan yang berani. 5 00:00:20,563 --> 00:00:22,898 Adakah saya diri saya sendiri, William? 6 00:00:22,898 --> 00:00:25,401 Bagaimana sedikit masa di Bumi 7 00:00:25,401 --> 00:00:29,071 menjadikan awak pembelot yang lemah dan sentimental? 8 00:00:29,071 --> 00:00:33,075 Anak ini adik Mark, yang menjadikannya keluarga saya juga. 9 00:00:33,075 --> 00:00:35,244 Saya bekerja untuk awak, Pn. Grayson. 10 00:00:35,244 --> 00:00:37,329 Sewaktu awak diselamatkan, otak awak masih kekal. 11 00:00:37,329 --> 00:00:39,081 Bahagian awak yang lain, sudah tiada. 12 00:00:39,081 --> 00:00:40,666 Saya telah mengubah diri. 13 00:00:40,666 --> 00:00:43,210 - Saya boleh buat yang sama... - Jangan. 14 00:00:43,210 --> 00:00:45,045 - Amber dikecewakan. - Mark dikecewakan. 15 00:00:45,045 --> 00:00:47,506 Saya rasa semua di dalam buku ini benar. 16 00:00:47,506 --> 00:00:50,885 Saya melawat kawan lama. 17 00:00:53,596 --> 00:00:58,058 Semua akan sujud kepada Grom! 18 00:01:02,980 --> 00:01:06,484 Mungkin awak patut minta makhluk asing atau saintis gila 19 00:01:06,484 --> 00:01:10,863 yang awak lawan untuk bergambar lain kali, jangan hanya menumbuk mereka. 20 00:01:10,863 --> 00:01:12,031 Berpura-pura jadi peminat? 21 00:01:12,990 --> 00:01:15,075 Sebab hanya sedikit, mungkin boleh. 22 00:01:17,620 --> 00:01:21,040 Itu agak... Adakah rupa saya begitu? 23 00:01:21,040 --> 00:01:22,833 Kalau awak rasa itu pelik... 24 00:01:29,340 --> 00:01:32,092 Awas, kejahatan. Kami ialah... 25 00:01:42,144 --> 00:01:43,771 Kenapa kita tak boleh tinggal di sini? 26 00:01:43,771 --> 00:01:46,106 Kita boleh sewa tapak, pasang khemah. 27 00:01:46,106 --> 00:01:48,526 Hidup dengan hot dog dan nachos basi. 28 00:01:48,526 --> 00:01:52,905 Sebab awak akan mati akibat terlebih dos buku komik dalam tiga jam. 29 00:01:52,905 --> 00:01:54,990 Saya akan gembira dan ia berbaloi. 30 00:01:56,492 --> 00:01:58,577 Sudah lama saya cari buku itu! 31 00:01:58,577 --> 00:02:00,955 Awak tak boleh beli semua, Mark Grayson. 32 00:02:01,580 --> 00:02:02,581 Tengoklah! 33 00:02:10,297 --> 00:02:11,131 Awak okey? 34 00:02:12,007 --> 00:02:13,342 Ya, saya okey. 35 00:02:13,342 --> 00:02:14,885 Awak pasti? 36 00:02:14,885 --> 00:02:15,970 Saya tak apa-apa. 37 00:02:16,554 --> 00:02:18,806 Kita tak perlu duduk di sini sepanjang hari. 38 00:02:18,806 --> 00:02:20,808 Kita boleh buat apa yang awak mahu. 39 00:02:20,808 --> 00:02:23,269 Siapa kata saya tak mahu buat ini? 40 00:02:23,269 --> 00:02:24,186 Baiklah. 41 00:02:24,186 --> 00:02:25,104 Sudah tentu. 42 00:02:25,104 --> 00:02:28,732 Maksud saya, ia perkara yang saya minat. 43 00:02:28,732 --> 00:02:30,568 Kita tak selalu bersama, 44 00:02:30,568 --> 00:02:34,238 jadi saya nak pastikan kita juga buat perkara yang awak suka juga. 45 00:02:34,238 --> 00:02:36,490 Saya akan cakap kalau saya sudah bosan. 46 00:02:37,157 --> 00:02:38,659 Okey. Maafkan saya. 47 00:02:38,659 --> 00:02:41,203 Tak apa. Ayuh luangkan masa bersama. 48 00:02:42,162 --> 00:02:44,123 Saya tak kisah apa yang kita buat pun 49 00:02:44,123 --> 00:02:48,377 dan kalau nak tahu, sekarang mungkin saya lebih banyak baca komik daripada awak, 50 00:02:48,377 --> 00:02:50,796 sebab awak sibuk menyelamatkan dunia. 51 00:02:51,922 --> 00:02:53,340 Mungkin benar. 52 00:02:55,426 --> 00:02:56,427 Tunggu sekejap. 53 00:02:56,427 --> 00:02:58,053 Kita sedang beratur? 54 00:03:01,140 --> 00:03:03,434 Filip Scaff sedang tandatangan buku. 55 00:03:04,101 --> 00:03:07,438 Awak kata, asalkan kita bersama, bukan? 56 00:03:08,939 --> 00:03:10,774 FILIP SCHAFF PENCIPTA SEANCE DOG 57 00:03:11,567 --> 00:03:12,443 Filip Schaff. 58 00:03:12,443 --> 00:03:15,112 Aduhai! Saya peminat setia! 59 00:03:15,112 --> 00:03:17,948 - Terima kasih. Saya berbesar hati. - Saya nak tanya. 60 00:03:17,948 --> 00:03:20,242 Bila musim baharu Seance Dog akan keluar? 61 00:03:20,242 --> 00:03:21,493 Maksud awak siri televisyen? 62 00:03:21,493 --> 00:03:22,995 Mungkin selepas setahun. 63 00:03:22,995 --> 00:03:27,041 Maaf. Animasi mengambil masa yang lama. 64 00:03:27,041 --> 00:03:30,377 Pasti sukar untuk buat adegan berlawan. 65 00:03:30,377 --> 00:03:33,589 Ya, itu mengambil masa, tapi kami potong bahagian yang lain 66 00:03:33,589 --> 00:03:34,840 untuk menjalankannya. 67 00:03:34,840 --> 00:03:37,051 Awak perasan tak, bila sesiapa bercakap 68 00:03:37,051 --> 00:03:40,137 mulut mereka tak nampak di kamera, jadi tak nampak bibir bergerak? 69 00:03:40,137 --> 00:03:42,640 Ha, saya tak perasan pun. 70 00:03:42,640 --> 00:03:44,850 Ya, atau kami potong bahagian kepala orang 71 00:03:44,850 --> 00:03:46,894 semasa mereka bercakap atas sebab yang sama. 72 00:03:46,894 --> 00:03:50,147 Ada masa, kami melakukan syot yang lebar dan perlahan-lahan menyorot. 73 00:03:50,147 --> 00:03:52,608 Ia nampak seperti animasi, tetapi ia terlalu jauh, 74 00:03:52,608 --> 00:03:55,235 awak tak perasan tiada yang bergerak. 75 00:03:55,235 --> 00:03:59,156 Yang paling bagus, sebab semua adegan ada animasi yang terhad, 76 00:03:59,156 --> 00:04:01,575 kami boleh menjadikan lukisan lebih baik. 77 00:04:01,575 --> 00:04:03,869 Tetapi ada kalanya, artis itu terbawa-bawa 78 00:04:03,869 --> 00:04:06,163 dan ia nampak seperti cerita lain. 79 00:04:06,163 --> 00:04:08,499 Sukar dipercayai ia boleh diterima ramai. 80 00:04:08,499 --> 00:04:10,501 Terima kasih sebab singgah! 81 00:04:10,501 --> 00:04:11,710 Tak, terima kasih awak! 82 00:04:11,710 --> 00:04:14,213 Saya akan tonton musim kedua dengan lebih teliti. 83 00:04:14,213 --> 00:04:16,507 Dia lelaki yang hebat. 84 00:04:17,174 --> 00:04:19,009 Baik, kita nak ke mana sekarang? 85 00:04:19,009 --> 00:04:21,345 Entahlah, saya rasa Lorong Artis nampak hebat? 86 00:04:22,137 --> 00:04:24,223 Tunggu sekejap. 87 00:04:25,683 --> 00:04:27,393 Hei, Eve. Ada apa? 88 00:04:27,393 --> 00:04:32,356 Mark, Rex lari keluar dari hospital GDA dan menjalankan misi sendirian. 89 00:04:32,356 --> 00:04:35,401 Dia tak dapat dihubungi dan saya risau dia dalam masalah. 90 00:04:35,401 --> 00:04:38,487 Saya nak pergi sendiri, tetapi ada tugasan belum selesai. 91 00:04:40,489 --> 00:04:43,867 Baiklah. Hantar lokasinya kepada saya. 92 00:04:45,285 --> 00:04:48,122 Awak nak tinggalkan saya di Comic-Con, bukan? 93 00:04:49,915 --> 00:04:51,208 Rex dalam masalah. 94 00:04:51,208 --> 00:04:53,919 - Tapi mungkin, saya boleh... - Tak mengapa. Pergi. 95 00:04:53,919 --> 00:04:55,504 Kita jumpa kemudian. 96 00:04:57,381 --> 00:05:01,010 Terima kasih simpan barang. Awak terbaik. Saya sayang awak. Selamat tinggal! 97 00:05:02,219 --> 00:05:06,640 Semua akan sujud kepada Grom! 98 00:05:06,640 --> 00:05:08,726 KEMUDAHAN PENYIMPANAN NUKLEAR WALKERTON 99 00:05:16,650 --> 00:05:19,653 Jangan buat begini! Ayuh! Jangan buat begini kepada saya. 100 00:05:22,197 --> 00:05:25,284 Awak dah lakukan beratus kali. Awak berjaya setiap kali. 101 00:05:25,284 --> 00:05:27,536 Tembakan di kepala pun tak mampu membunuh awak. 102 00:05:28,120 --> 00:05:31,248 Lelaki ini? Dia biasa. 103 00:05:31,248 --> 00:05:33,125 Hanya yang biasa... 104 00:05:35,711 --> 00:05:40,674 Raksasa tentakel yang menakutkan? 105 00:05:40,674 --> 00:05:41,759 Bagus. 106 00:05:42,843 --> 00:05:43,844 Tak guna. 107 00:05:43,844 --> 00:05:45,429 Tak guna! 108 00:05:47,181 --> 00:05:49,349 Ini yang awak akan buat, Rex. 109 00:05:49,349 --> 00:05:52,728 Awak akan masuk ke sana dan patahkan setiap tentakel yang dia ada, 110 00:05:52,728 --> 00:05:56,106 dan sumbat ke dalam semua punggungnya, 111 00:05:56,106 --> 00:05:59,985 dan kemudian awak akan hantar dia pulang ke planet tak gunanya 112 00:05:59,985 --> 00:06:01,904 atau ke mana sahaja tempat asalnya, 113 00:06:01,904 --> 00:06:06,658 sebab awak Rex Splode, dan itu cara awak mengurusnya. 114 00:06:08,243 --> 00:06:09,578 Ayuh. 115 00:06:22,007 --> 00:06:26,637 Perlukan lebih daripada sampah untuk cederakan Octoboss. 116 00:06:26,637 --> 00:06:29,348 Saya... Sekejap, apa? 117 00:06:29,348 --> 00:06:31,809 Awak dengar cakap saya! 118 00:06:31,809 --> 00:06:34,978 Sekarang awak akan kena dengan saya! 119 00:06:40,317 --> 00:06:43,695 Oh, tidak. Kenapa tak cakap benda bodoh begini lebih awal? 120 00:06:45,989 --> 00:06:48,325 Kawan awak pun dungu macam awak? 121 00:06:52,955 --> 00:06:56,667 Octoboss ambil masa yang lama untuk belajar bahasa awak! 122 00:06:56,667 --> 00:06:59,920 Maaf bahasa saya tak sempurna! 123 00:07:05,134 --> 00:07:08,929 Saya tahu awak sibuk dan saya hormat awak ambil masa 124 00:07:08,929 --> 00:07:12,015 untuk belajar bahasa saya, walaupun awak tak mahir, 125 00:07:12,015 --> 00:07:15,060 tetapi saya tetap akan belasah awak! 126 00:07:32,911 --> 00:07:36,790 Siapa yang kena belasah sekarang? 127 00:07:40,711 --> 00:07:41,712 Alamak! 128 00:07:52,931 --> 00:07:53,765 Rex. 129 00:07:54,349 --> 00:07:55,350 Awak tak apa-apa? 130 00:07:56,310 --> 00:07:57,311 Saya baik sahaja. 131 00:07:57,311 --> 00:07:58,312 Hentikan penjahat itu. 132 00:07:58,312 --> 00:07:59,813 Saya akan ajar Davy Jones ini. 133 00:08:03,025 --> 00:08:04,151 Awak pasti? 134 00:08:04,651 --> 00:08:06,153 Badannya besar. 135 00:08:06,153 --> 00:08:07,070 Kawan, tolonglah. 136 00:08:07,070 --> 00:08:08,488 Saya perlukan ini. 137 00:08:39,311 --> 00:08:41,605 Lain kali, beritahu awal-awal. 138 00:08:45,984 --> 00:08:47,527 Semua selamat. Hantarkan pasukan. 139 00:08:48,487 --> 00:08:49,655 Terima kasih, kawan. 140 00:08:50,656 --> 00:08:52,491 Selepas, awak tahulah... 141 00:08:54,284 --> 00:08:58,497 Saya ingat saya perlu segera kembali bekerja. 142 00:08:59,706 --> 00:09:02,709 Sama ada itu, atau berhenti kerja dan buka bar di tempat hebat. 143 00:09:04,836 --> 00:09:06,838 Tunggu, kenapa saya tak buat itu? 144 00:09:07,714 --> 00:09:08,715 Kami akan masuk. 145 00:09:10,384 --> 00:09:14,263 Ya, saya pun rasa begitu selepas saya dan ayah saya... 146 00:09:15,889 --> 00:09:17,224 Ya, saya rasa begitu. 147 00:09:17,849 --> 00:09:21,436 Orang lain belum tentu kembali jika melalui hal seperti awak. 148 00:09:22,020 --> 00:09:25,399 Sebenarnya, saya tak pasti ada orang yang boleh melaluinya seperti awak. 149 00:09:26,483 --> 00:09:30,279 Saya tak percaya awak boleh tumbuh gigi baharu. 150 00:09:30,988 --> 00:09:33,573 Saya harap saya ada kuasa super itu. 151 00:09:33,573 --> 00:09:36,326 Saya umpama pemain hoki teruk di sini. 152 00:09:38,161 --> 00:09:39,579 Bagaimana dengan Amber? 153 00:09:40,122 --> 00:09:42,416 Awak berdua sudah berbaik? 154 00:09:42,416 --> 00:09:43,500 Tak juga. 155 00:09:44,084 --> 00:09:46,962 Sukar untuk berjanji temu tanpa sebarang gangguan. 156 00:09:46,962 --> 00:09:49,089 Saya tinggalkan dia di Comic-Con dan ke sini. 157 00:09:49,089 --> 00:09:52,759 Beginilah, saya terhutang budi dengan awak. 158 00:09:52,759 --> 00:09:57,848 Awak pilih sahaja hari, saya dan Penjaga akan ganti awak, walau apa pun. 159 00:09:58,974 --> 00:10:01,268 Lantaklah apa Cecil nak buat. 160 00:10:01,268 --> 00:10:03,603 Saya tak rasa awak boleh buat begitu. 161 00:10:04,271 --> 00:10:05,647 Kawan, percaya pada saya. 162 00:10:06,148 --> 00:10:08,066 Walau apa pun yang kita telah lalui, 163 00:10:08,066 --> 00:10:12,029 kita masih lagi pasukan adiwira terbaik di planet ini. 164 00:10:12,946 --> 00:10:14,614 Jahanam! 165 00:10:30,589 --> 00:10:32,007 Bertenang. 166 00:10:32,007 --> 00:10:34,176 Awak bertenang! Ini bodoh. 167 00:10:34,176 --> 00:10:35,677 Jangan cuba memaksanya. 168 00:10:35,677 --> 00:10:39,306 Sistem ini direka untuk mentafsir pemikiran awak, dan... 169 00:10:39,890 --> 00:10:40,932 Nah, rasakan! 170 00:10:40,932 --> 00:10:43,018 Sekarang, kita boleh tetapkan semula dan... 171 00:10:44,811 --> 00:10:46,229 Cuba lagi. 172 00:10:46,229 --> 00:10:50,025 - Anggaran harga dron itu dalam... - Tidak! 173 00:10:50,025 --> 00:10:51,401 Tiada "cuba lagi." 174 00:10:51,401 --> 00:10:52,986 Saya tak boleh berlawan dengannya. 175 00:10:52,986 --> 00:10:54,196 Ia tak berhasil! 176 00:10:54,196 --> 00:10:58,658 Saya takkan benarkan awak memasukkan cip di kepala saya supaya ia lebih baik. 177 00:10:58,658 --> 00:11:00,952 Ia prosedur perubatan yang kecil. 178 00:11:00,952 --> 00:11:02,537 Amanda, tunggu. 179 00:11:02,537 --> 00:11:05,999 Ia akan menghalang awak untuk bertukar. 180 00:11:05,999 --> 00:11:08,960 Awak takkan menjadi semakin muda dan boleh berusia normal. 181 00:11:11,004 --> 00:11:12,297 Biar saya perbaiki awak. 182 00:11:13,632 --> 00:11:15,675 Saya disumpah, bukannya rosak. 183 00:11:15,675 --> 00:11:17,344 Saya tak minta bantuan awak. 184 00:11:21,473 --> 00:11:22,724 Rae bagaimana? 185 00:11:22,724 --> 00:11:26,061 Masih di ICU, tetapi dia lebih kuat daripada yang kita nampak. 186 00:11:26,645 --> 00:11:27,479 Dia akan hidup. 187 00:11:29,189 --> 00:11:31,817 - Apa? - Tempat ini. 188 00:11:31,817 --> 00:11:33,276 Kenapa dengannya? 189 00:11:33,276 --> 00:11:35,112 Kita sepatutnya menjadi yang terbaik. 190 00:11:35,112 --> 00:11:36,822 Adiwira terhebat di planet ini. 191 00:11:36,822 --> 00:11:38,448 Jadi? 192 00:11:38,448 --> 00:11:39,533 Awak serius? 193 00:11:40,283 --> 00:11:42,077 Okey, mari kita susunkan. 194 00:11:42,536 --> 00:11:44,704 Kita ada lelaki yang sepatutnya genius, 195 00:11:44,704 --> 00:11:48,333 tetapi idea terbaiknya ialah mencipta badan baharu untuk dirinya 196 00:11:48,333 --> 00:11:52,337 dengan DNA curi daripada rakan sekerja, supaya dia berjanji temu dengan rakan lain 197 00:11:52,337 --> 00:11:54,506 yang tak mahu berjanji temu dengannya. 198 00:11:55,173 --> 00:11:58,760 Gadis yang sama menjadi semakin muda setiap kali menggunakan kuasa 199 00:11:58,760 --> 00:12:02,431 dan nampaknya tak kisah jika dia bertukar menjadi bayi tak lama lagi. 200 00:12:03,098 --> 00:12:06,518 Ketua kita seorang lelaki yang berusia dan terlampau tua! 201 00:12:06,518 --> 00:12:10,689 Ketuanya pula seorang pegawai yang sanggup mengorbankan kita demi Amerika. 202 00:12:11,815 --> 00:12:13,358 Gadis yang patah semua tulang 203 00:12:13,358 --> 00:12:15,569 dalam cubaan meletupkan seseorang dari dalam... 204 00:12:16,653 --> 00:12:18,196 ...yang telah gagal. 205 00:12:19,156 --> 00:12:22,200 Piromania yang melalui saat sukar 206 00:12:22,200 --> 00:12:24,494 setelah separuh otaknya bersepai akibat ditembak. 207 00:12:25,162 --> 00:12:27,747 Akhirnya, Shapesmith yang entah apa-apa. 208 00:12:29,082 --> 00:12:30,917 Saya terasa seperti disisihkan. 209 00:12:31,710 --> 00:12:33,628 Pertama, awak botak. 210 00:12:33,628 --> 00:12:35,630 Bagi Samson, rambut ialah segala-galanya. 211 00:12:35,630 --> 00:12:39,217 Kedua, jika awak fikir kita ialah adiwira terbaik di planet ini, 212 00:12:39,217 --> 00:12:42,137 perhitungan awak silap seperti rambut awak juga. 213 00:12:42,137 --> 00:12:45,265 Saya ada rambut sewaktu memilih nama itu, tetapi awak betul. 214 00:12:45,265 --> 00:12:47,976 Kita bukanlah pasukan adiwira terbaik di planet ini. 215 00:12:47,976 --> 00:12:49,436 Kita adalah keluarga. 216 00:12:49,436 --> 00:12:50,520 Benarkah? 217 00:12:50,520 --> 00:12:54,024 Seperti keluarga yang lain, kita juga ada masalah sendiri yang unik. 218 00:12:54,024 --> 00:12:55,484 Tengoklah diri awak sendiri. 219 00:12:55,484 --> 00:12:57,569 Tetapi, kita bersatu apabila diperlukan. 220 00:12:57,569 --> 00:13:00,071 Itu yang menjadikan kita yang terbaik. 221 00:13:00,655 --> 00:13:02,949 Awak masih baharu, jadi awak belum faham. 222 00:13:02,949 --> 00:13:04,034 Apa? Tidak! 223 00:13:05,535 --> 00:13:08,955 Baik, jika kita ialah keluarga, jadi ibu dan ayah akan bercerai. 224 00:13:11,291 --> 00:13:13,001 Permintaan ditolak. 225 00:13:13,001 --> 00:13:14,878 Ini bukan permintaan. 226 00:13:14,878 --> 00:13:17,797 Kita kehilangan dua anggota dan awak nak berhenti? 227 00:13:17,797 --> 00:13:19,090 Sudah tentu tidak. 228 00:13:20,717 --> 00:13:22,552 Jika ini pasal Kate, saya faham. 229 00:13:22,552 --> 00:13:24,304 Saya hanyut, Cecil. 230 00:13:25,847 --> 00:13:26,848 Tak stabil. 231 00:13:27,557 --> 00:13:28,934 Boleh jadi, berbahaya. 232 00:13:29,309 --> 00:13:33,021 Awak baru selamatkan planet daripada serangan Marikh. 233 00:13:33,021 --> 00:13:34,814 Saya boleh menyebabkan serangan itu! 234 00:13:34,814 --> 00:13:36,942 Sebab saya tak percaya Invincible! 235 00:13:36,942 --> 00:13:38,360 Kemudian, saya nyaris memulakan 236 00:13:38,360 --> 00:13:41,154 peperangan antara planet dengan kawannya yang bermata satu! 237 00:13:44,157 --> 00:13:45,575 Saya memang sudah letih, Cecil. 238 00:13:46,952 --> 00:13:49,246 Kematian Kate hanya menamatkan saya. 239 00:13:51,581 --> 00:13:53,375 Awak tak boleh berhenti. 240 00:13:53,375 --> 00:13:55,335 Ini hanya cuti sementara. 241 00:13:55,335 --> 00:13:58,046 Percutian yang kita bincangkan. Awak faham cakap saya? 242 00:14:01,258 --> 00:14:02,509 Awak nak ke mana? 243 00:14:03,301 --> 00:14:04,302 Balik. 244 00:14:08,306 --> 00:14:09,599 Rudy, masuk ke sini! 245 00:14:12,561 --> 00:14:13,395 Tuan? 246 00:14:13,395 --> 00:14:15,689 Jawatan lama awak dibuka semula. 247 00:14:25,031 --> 00:14:26,783 Selamat kembali. 248 00:14:29,119 --> 00:14:31,454 Awak ingat ini sudah berakhir? 249 00:14:31,454 --> 00:14:33,415 Kita baru sahaja bermula. 250 00:14:34,583 --> 00:14:36,334 Banyak yang perlu dibuat. 251 00:14:39,671 --> 00:14:44,175 Mungkin awak berharap ada wira yang akan datang selamatkan awak. 252 00:14:44,884 --> 00:14:45,719 Mari lihat. 253 00:14:46,469 --> 00:14:51,141 Nampaknya hanya ada awak, saya dan sains. 254 00:14:52,726 --> 00:14:54,394 Boleh kita mulakan? 255 00:15:03,111 --> 00:15:05,113 Tak mengapa. Saya ada. 256 00:15:05,113 --> 00:15:06,197 Saya ada. 257 00:15:07,907 --> 00:15:09,659 Ia hanya mimpi. 258 00:15:09,659 --> 00:15:10,744 Ia tak benar. 259 00:15:11,745 --> 00:15:13,371 Ia benar, William. 260 00:15:14,039 --> 00:15:15,040 Ia berlaku. 261 00:15:15,457 --> 00:15:17,208 - Saya tahu, tetapi... - Awak tak tahu. 262 00:15:18,543 --> 00:15:20,629 Awak tak tahu. Tak siapa tahu. 263 00:15:22,088 --> 00:15:25,842 Setiap kali saya pejamkan mata, saya nampak wajah Sinclair. 264 00:15:26,718 --> 00:15:29,387 Ahli terapi kata ia akan ambil masa untuk membiasakan... 265 00:15:29,387 --> 00:15:31,097 Saya tak mahu membiasakan ini. 266 00:15:32,515 --> 00:15:34,225 Saya tak tahu mana yang lebih teruk. 267 00:15:34,225 --> 00:15:38,938 D.A Sinclair yang mengubah saya atau doktor yang menyelamatkan saya. 268 00:15:44,027 --> 00:15:46,571 Tidak, Donald, awak tak boleh berhenti. 269 00:15:46,571 --> 00:15:48,615 Tuhan, apa yang dah jadi hari ini? 270 00:15:48,615 --> 00:15:53,370 Awak membina saya semula, bohongi saya, mengambil alih kuasa saya. 271 00:15:53,370 --> 00:15:55,080 Awak akan mati kalau kami tak buat. 272 00:15:55,080 --> 00:15:57,082 Itu melampaui batas, tuan. 273 00:15:57,082 --> 00:15:59,459 Saya tak boleh, secara jujur, bekerja untuk awak. 274 00:15:59,459 --> 00:16:00,752 Saya tak tahu siapa... 275 00:16:01,628 --> 00:16:03,171 Atau apa saya sebenarnya lagi. 276 00:16:03,171 --> 00:16:05,298 Awak ialah awak, Donald. Itu sahaja. 277 00:16:05,298 --> 00:16:06,758 Bagaimana nak menjadi saya? 278 00:16:06,758 --> 00:16:08,593 Awak memadamkan memori saya. 279 00:16:09,719 --> 00:16:11,262 Itu bukan keputusan saya. 280 00:16:13,181 --> 00:16:14,182 Jadi, keputusan siapa? 281 00:16:16,017 --> 00:16:17,018 Duduk. 282 00:16:17,811 --> 00:16:19,062 Saya dah tengok ini... 283 00:16:19,062 --> 00:16:20,146 Duduk. 284 00:16:23,525 --> 00:16:25,485 Ini. Kebenaran penuh. 285 00:16:25,485 --> 00:16:28,154 Bukan kata laluan saya yang awak ingat awak tahu. 286 00:16:30,240 --> 00:16:31,866 Ingat, awak yang minta begini. 287 00:16:40,792 --> 00:16:42,544 Lari! Cepat! 288 00:16:57,809 --> 00:17:01,020 Sedikit lagi. Tunggu di sini. Saya datang. 289 00:17:10,905 --> 00:17:11,906 Aduhai. 290 00:17:18,329 --> 00:17:21,332 Awak secemas ini sebelum perlawanan besar? 291 00:17:22,000 --> 00:17:25,336 Tidak, tetapi Doc Seismic takkan singkirkan saya dari kolej. 292 00:17:26,463 --> 00:17:28,381 Kita sepatutnya di sini bersama-sama. 293 00:17:30,091 --> 00:17:31,217 Sungguh baik. 294 00:17:31,217 --> 00:17:32,552 Tapi, kita dah berlatih. 295 00:17:32,552 --> 00:17:34,345 Ia memang kecemasan keluarga sebenar. 296 00:17:34,345 --> 00:17:35,847 Itu sahaja yang awak perlu cakap. 297 00:17:36,639 --> 00:17:38,057 Bagaimana kalau ia tak berhasil? 298 00:17:38,057 --> 00:17:39,642 Kita akan fikirkan nanti. 299 00:17:39,642 --> 00:17:40,643 Bersama. 300 00:17:40,643 --> 00:17:41,770 En. Grayson. 301 00:17:41,770 --> 00:17:43,480 Dekan akan berjumpa awak sekarang. 302 00:17:52,530 --> 00:17:54,741 DEKAN 303 00:17:54,741 --> 00:17:58,870 Tuan, saya ada kecemasan keluarga, tetapi saya dah balik, saya janji akan... 304 00:17:58,870 --> 00:18:02,832 Saya tahu semua tentang kecemasan keluarga awak, En. Grayson. 305 00:18:03,416 --> 00:18:04,834 Pengetua Winslow? 306 00:18:04,834 --> 00:18:07,128 Sekarang Dekan Winslow, Mark. 307 00:18:07,128 --> 00:18:10,465 Saya tak tahu tuan tukar kolej. 308 00:18:10,465 --> 00:18:13,843 Nampaknya, awak tak baca Berita Bulanan Universiti. 309 00:18:14,552 --> 00:18:15,553 Saya... 310 00:18:16,387 --> 00:18:17,388 Duduk. 311 00:18:22,977 --> 00:18:27,607 Saya tak tahu nak putuskan yang mana lebih teruk, gred atau kehadiran awak. 312 00:18:27,607 --> 00:18:29,901 Awak ponteng hampir seluruh semester musim luruh. 313 00:18:31,069 --> 00:18:33,071 Saya tak mahu, tuan. 314 00:18:33,071 --> 00:18:36,783 Jika saya seperti dekan lain, awak sudah digantung. 315 00:18:38,034 --> 00:18:39,828 Tapi, saya tahu tentang ayah awak. 316 00:18:40,411 --> 00:18:43,998 Saya hanya dapat bayangkan betapa sukarnya setelah dia tiada. 317 00:18:43,998 --> 00:18:46,543 - Tuan. - Tapi, kamu harus buat pilihan, Mark. 318 00:18:46,543 --> 00:18:49,254 Jika kolej, harus bersungguh untuk itu. 319 00:18:50,046 --> 00:18:53,132 Jika bukan, bersungguhlah untuk perkara lain. 320 00:18:54,551 --> 00:18:56,553 Tetapi, buatlah keputusan. 321 00:18:58,263 --> 00:18:59,973 Saya mahu kekal di Upstate, tuan. 322 00:19:01,224 --> 00:19:02,851 Saya susah nak percaya awak. 323 00:19:04,269 --> 00:19:06,688 Tetapi, saya beri awak sebulan untuk buktikannya. 324 00:19:11,442 --> 00:19:14,320 Saya memilih untuk memadam memori saya? 325 00:19:14,904 --> 00:19:17,240 Tiada sesiapa patut memikul trauma sebegitu. 326 00:19:17,240 --> 00:19:19,325 Awak rasa ia akan membelenggu awak, 327 00:19:19,325 --> 00:19:23,413 menghalang awak buat kerja yang betul, buat awak teragak-agak. 328 00:19:24,122 --> 00:19:25,123 Ia keputusan awak. 329 00:19:25,748 --> 00:19:27,041 Memang awak yang memilihnya. 330 00:19:30,086 --> 00:19:31,087 Lakukannya. 331 00:19:31,087 --> 00:19:32,255 Saya beritahu pasukan. 332 00:19:35,717 --> 00:19:37,302 Empat belas tawaran! 333 00:19:37,302 --> 00:19:41,389 Saya rasa kita boleh dapat lebih daripada 150 yang diminta. 334 00:19:41,389 --> 00:19:43,391 Pasaran memang kompetitif, tetapi awak? 335 00:19:43,391 --> 00:19:45,476 Awak menjadikan senarai awak lebih menarik. 336 00:19:45,476 --> 00:19:48,479 Maksud saya... Awak hebat sekali, Debbie. 337 00:19:49,772 --> 00:19:51,900 Saya rasa saya dah jumpa rentak saya kembali. 338 00:19:52,483 --> 00:19:53,610 Terima kasih hantar, Paul. 339 00:19:53,610 --> 00:19:54,694 Jumpa awak esok. 340 00:19:56,946 --> 00:19:57,947 Debbie? 341 00:20:00,491 --> 00:20:02,994 Saya nak ajak awak makan malam kalau awak sudi. 342 00:20:02,994 --> 00:20:06,497 Bila-bila. Maksud saya, bukan malam ini. 343 00:20:09,292 --> 00:20:10,960 Bukan, tak mengapa. 344 00:20:10,960 --> 00:20:14,714 Bodohnya saya. Kita rakan sekerja. Maafkan saya. 345 00:20:15,840 --> 00:20:16,841 Kalau Khamis bagaimana? 346 00:20:23,431 --> 00:20:24,682 Mak! 347 00:20:27,393 --> 00:20:28,978 Mak rindu kamu, Oliver. 348 00:20:29,562 --> 00:20:30,688 Kamu seronok hari ini? 349 00:20:30,688 --> 00:20:32,815 Kami belajar tentang haiwan. 350 00:20:32,815 --> 00:20:37,195 Si kecil Oliver ini belajar semuanya dengan cepat. 351 00:20:37,195 --> 00:20:38,571 Saya serius. 352 00:20:38,571 --> 00:20:41,866 Dia memahami perkara lebih cepat daripada anak asuhan saya yang lain. 353 00:20:43,534 --> 00:20:46,412 Adakah dia... Awak perasan apa-apa... 354 00:20:46,412 --> 00:20:47,705 Kuasa? 355 00:20:47,705 --> 00:20:48,998 Tidak. Belum lagi. 356 00:20:49,624 --> 00:20:52,168 Tiada jaminan yang dia akan dapat. 357 00:20:52,168 --> 00:20:54,712 Tetapi, jika saya nak meneka, 358 00:20:54,712 --> 00:20:57,715 saya rasa ia akan datang lebih cepat daripada Mark. 359 00:20:57,715 --> 00:21:01,469 Saya mendapati semuanya lebih cepat dengan Oliver. 360 00:21:02,595 --> 00:21:03,596 Jumpa awak esok. 361 00:21:04,889 --> 00:21:06,849 - Hei. Hai April. - Mark. 362 00:21:06,849 --> 00:21:08,184 Gembira berjumpa awak. 363 00:21:08,851 --> 00:21:12,230 Adik awak, seorang yang cepat belajar. 364 00:21:13,564 --> 00:21:14,649 Mari ke sini. 365 00:21:14,649 --> 00:21:15,900 Bagaimana sekolah? 366 00:21:15,900 --> 00:21:17,151 Amber bagaimana? 367 00:21:23,074 --> 00:21:24,075 Mak faham. 368 00:21:26,703 --> 00:21:29,872 Saya ingat cerita hal sebenar kepada Amber akan pulihkan keadaan. 369 00:21:31,582 --> 00:21:32,583 Tetapi, ia tidak. 370 00:21:32,583 --> 00:21:35,128 Saya masih teman lelaki yang teruk. 371 00:21:35,128 --> 00:21:36,421 Sekarang, dia tahu sebabnya. 372 00:21:37,630 --> 00:21:39,507 Saya tak tahu ia lebih baik atau buruk. 373 00:21:39,507 --> 00:21:40,591 Ia lebih baik. 374 00:21:41,467 --> 00:21:43,469 Lebih baik tahu hal sebenar. 375 00:21:47,598 --> 00:21:50,309 Sewaktu mak dan ayah mula kenal, mak berjanji temu, bukan? 376 00:21:51,352 --> 00:21:53,104 Ya, kami berjanji temu. 377 00:21:53,855 --> 00:21:56,357 Apa, ingat kami hanya jumpa, kahwin dan dapat kamu? 378 00:21:56,983 --> 00:21:58,026 Bukan, tetapi, ya. 379 00:21:58,026 --> 00:21:59,444 Bagaimana rasanya? 380 00:21:59,444 --> 00:22:00,862 Maksud saya, untuk mak. 381 00:22:02,280 --> 00:22:03,281 Baiklah... 382 00:22:05,158 --> 00:22:06,159 Ia mengujakan. 383 00:22:06,784 --> 00:22:09,078 Dia memang buat mak jatuh hati. 384 00:22:09,078 --> 00:22:11,456 Maksud mak, berjanji temu dengan adiwira. 385 00:22:12,832 --> 00:22:14,917 Dia sungguh menyeronokkan waktu itu. 386 00:22:15,960 --> 00:22:18,004 Dia juga tak tahu apa-apa. 387 00:22:19,464 --> 00:22:22,800 Ada sekali, dia bawakan mak pokok, bukannya bunga. 388 00:22:22,800 --> 00:22:24,761 Dia ingat ia benda sama, tapi lebih baik. 389 00:22:25,720 --> 00:22:28,389 Banyak yang mak kena ajarkan dia pasal Bumi. 390 00:22:30,099 --> 00:22:31,100 Ia buat kami setara. 391 00:22:34,187 --> 00:22:38,566 Tetapi... dia selalu tiada sewaktu kami bersama. 392 00:22:39,942 --> 00:22:40,777 Mak rasa kesunyian. 393 00:22:41,486 --> 00:22:42,320 Yang teramat. 394 00:22:42,987 --> 00:22:45,406 Apabila kamu lahir, mak ingat ia akan membantu. 395 00:22:45,990 --> 00:22:49,744 Mak sayang kamu, tetapi, ia tak sama. 396 00:22:49,744 --> 00:22:50,953 Mak rasa... 397 00:22:50,953 --> 00:22:54,457 Sungguh sukar menjadi keluarga tunggal selama berminggu-minggu. 398 00:22:57,460 --> 00:22:59,087 Sekarang pun, dengan Oliver. 399 00:22:59,754 --> 00:23:00,963 Ayah kamu tiada di sini. 400 00:23:01,631 --> 00:23:04,258 Bukannya mak mahu dia ada, tapi, begitulah. 401 00:23:05,927 --> 00:23:09,097 Adakah ia satu perhubungan kalau kamu selalu sendirian? 402 00:23:12,517 --> 00:23:16,270 Mak pernah harap... tak pernah jumpa ayah? 403 00:23:16,270 --> 00:23:17,355 Tak. 404 00:23:18,022 --> 00:23:20,274 Tak, sebab mak takkan dapat kamu. 405 00:23:20,274 --> 00:23:23,194 Atau Oliver. Walau hanya kita bertiga sahaja sekarang. 406 00:23:26,989 --> 00:23:28,616 Bagaimana kalau mak tiada kami? 407 00:23:33,287 --> 00:23:34,288 Mak tak tahu. 408 00:23:36,791 --> 00:23:39,043 Nasib baik awak datang. 409 00:23:39,043 --> 00:23:42,296 Mark tak jawab telefon. Saya tak tahu siapa lagi untuk dihubungi. 410 00:23:43,297 --> 00:23:44,298 Oh, tidak. 411 00:23:49,512 --> 00:23:50,555 Hei, Rick. 412 00:23:50,555 --> 00:23:52,306 Awak rasa ini cukup tinggi tak? 413 00:23:52,306 --> 00:23:53,599 Jangan cakap begitu. 414 00:23:54,350 --> 00:23:55,768 Saya tak tahu. 415 00:23:55,768 --> 00:23:57,645 Mungkin ia dah tak cukup tinggi. 416 00:23:58,312 --> 00:24:01,315 Rick. Rick... awak ingat saya, bukan? 417 00:24:01,315 --> 00:24:04,735 Hai, Donald. Tolong jangan datang dekat. 418 00:24:04,735 --> 00:24:06,571 Sudah tentu. Saya takkan. 419 00:24:07,321 --> 00:24:11,617 Mungkin awak boleh turun dari tebing, beritahu kami apa masalahnya. 420 00:24:12,451 --> 00:24:13,452 Apa masalahnya? 421 00:24:14,245 --> 00:24:16,789 Masalahnya ialah D.A. Sinclair membedah saya 422 00:24:16,789 --> 00:24:19,167 dan kerajaan mencantumkan saya semula, 423 00:24:19,167 --> 00:24:21,669 tetapi mereka tertinggal beberapa benda. 424 00:24:23,296 --> 00:24:26,549 Saya kehilangan bahagian diri saya dan saya tak tahu nak buat apa. 425 00:24:28,092 --> 00:24:30,136 Saya faham perasaan awak. 426 00:24:30,136 --> 00:24:32,847 Tak, awak tak faham. Bagaimana awak nak faham? 427 00:24:39,562 --> 00:24:42,398 Dia, tangkap awak juga? 428 00:24:42,398 --> 00:24:43,482 Bukan. 429 00:24:44,150 --> 00:24:45,902 Tapi, orang seperti dia yang buat. 430 00:24:46,360 --> 00:24:49,238 Kemudian, GDA membina saya semula seperti mereka bina awak. 431 00:24:55,161 --> 00:24:56,954 Jadi, kita berdua sepatutnya mati. 432 00:24:56,954 --> 00:24:58,039 Memang pun. 433 00:24:59,665 --> 00:25:01,250 Saya mati sebanyak 39 kali. 434 00:25:02,460 --> 00:25:03,461 Setakat ini. 435 00:25:04,754 --> 00:25:06,339 Sebanyak itu mereka hidupkan saya, 436 00:25:06,339 --> 00:25:09,008 walaupun semakin kurang diri saya untuk diselamatkan. 437 00:25:09,008 --> 00:25:13,638 Saya tak pasti angka rasmi, tetapi rasanya 98 peratus saya, mesin. 438 00:25:13,638 --> 00:25:14,722 Bagaimana? 439 00:25:15,306 --> 00:25:17,058 Bagaimana awak boleh hidup begitu? 440 00:25:17,058 --> 00:25:18,142 Saya tak boleh. 441 00:25:19,268 --> 00:25:20,978 Saya minta mereka padam memori saya. 442 00:25:22,063 --> 00:25:25,441 Tetapi, itu satu kesilapan. 443 00:25:25,441 --> 00:25:28,361 Awak berdua membantu menyedarkan saya sekarang. 444 00:25:29,028 --> 00:25:30,029 Bagaimana? 445 00:25:30,029 --> 00:25:33,950 Setiap kali saya mati, setiap kali saya dipasang semula, 446 00:25:33,950 --> 00:25:37,662 ia sebab saya membantu menjadikan dunia ini lebih baik. 447 00:25:38,996 --> 00:25:41,415 Awak buat perkara yang sama semasa melawan Sinclair, 448 00:25:41,415 --> 00:25:43,918 awak menyelamatkan nyawa Invincible dan William. 449 00:25:44,502 --> 00:25:46,420 Kita bukan badan kita. 450 00:25:46,420 --> 00:25:50,841 Kitalah keputusan yang kita ambil, kehidupan kita ubah, orang kita sayang. 451 00:25:52,093 --> 00:25:53,094 Atau yang sayang kita. 452 00:25:54,428 --> 00:25:56,097 Saya tak mahu melupakan itu. 453 00:25:56,889 --> 00:25:57,890 Awak pun sama. 454 00:26:06,023 --> 00:26:07,566 Rick, turunlah dari tebing. 455 00:26:23,249 --> 00:26:24,250 Telefon dimatikan. 456 00:26:24,250 --> 00:26:25,793 Cuping telinga dikeluarkan. 457 00:26:27,003 --> 00:26:28,254 Tiada apa-apa di badan saya. 458 00:26:28,254 --> 00:26:29,880 Okey. 459 00:26:29,880 --> 00:26:33,509 Jadi, tiada gangguan, tiada panggilan untuk selamatkan dunia. 460 00:26:33,509 --> 00:26:35,303 Hanya kita berdua malam ini. 461 00:26:35,303 --> 00:26:38,389 Saya merasakan ada masalah etika yang serius dengan ini. 462 00:26:38,389 --> 00:26:42,601 Tak apa. Saya dah bincang dengan Penjaga dan mereka akan menggantikan saya. 463 00:26:42,601 --> 00:26:46,689 Saya buat perjanjian dengan Cecil menjamin cuti dua malam dalam seminggu nanti. 464 00:26:46,689 --> 00:26:50,401 Dia tak gembira, tetapi dia perlukan saya, jadi dia terpaksa terima. 465 00:26:53,821 --> 00:26:56,032 Saya tahu keadaan sukar kebelakangan ini. 466 00:26:56,032 --> 00:26:57,491 Tapi, saya membuat pilihan. 467 00:26:58,075 --> 00:26:59,744 Pilihan itu ialah awak. 468 00:27:01,620 --> 00:27:04,123 Baiklah, itu memang tak beretika. 469 00:27:06,834 --> 00:27:09,253 Tetapi, saya boleh menerimanya. 470 00:28:21,492 --> 00:28:23,702 Bagaimana dengan pakaian? 471 00:28:24,370 --> 00:28:25,204 Mudah. 472 00:28:25,204 --> 00:28:28,290 Awak duduk di belakang saya dan dua tangan saya memegang beg. 473 00:28:28,290 --> 00:28:30,668 Cuti musim bunga di Hawaii? 474 00:28:32,128 --> 00:28:33,796 Bagaimana kita nak bayar hotel? 475 00:28:35,881 --> 00:28:38,717 Saya dengar mereka ada perkhemahan terbaik di Hawaii. 476 00:28:40,845 --> 00:28:44,473 Jadi, ada masalah yang adiwira pun tak dapat selesaikan. 477 00:28:44,473 --> 00:28:46,183 Saya patut minta gaji daripada Cecil. 478 00:28:46,809 --> 00:28:48,811 Patutkah saya minta gaji daripada Cecil? 479 00:28:48,811 --> 00:28:51,272 Maksudnya, awak memang bekerja untuknya. 480 00:28:51,272 --> 00:28:52,356 Ya. 481 00:28:52,940 --> 00:28:55,234 Mungkin saya boleh cari kerja sambilan? 482 00:28:55,234 --> 00:28:57,445 Ada papan kerja kosong di persatuan pelajar. 483 00:28:57,445 --> 00:28:59,405 Saya ada beberapa kenalan di sana. 484 00:28:59,405 --> 00:29:02,408 Saya nak cuba menjadi calon jawatankuasa eksekutif tahun depan. 485 00:29:05,035 --> 00:29:05,953 Apa? 486 00:29:05,953 --> 00:29:07,037 Tiada apa-apa. 487 00:29:07,872 --> 00:29:08,706 Saya cuma... 488 00:29:09,373 --> 00:29:11,417 Harus bantu saya menaikkan semula gred saya. 489 00:29:12,960 --> 00:29:16,881 Saya ada teknik rahsia yang saya boleh kongsi dengan awak. 490 00:29:16,881 --> 00:29:19,216 Ia dipanggil belajar. 491 00:29:20,509 --> 00:29:21,719 Saya pernah dengar. 492 00:29:21,719 --> 00:29:24,013 Tak bolehkah saya menumbuk sesiapa untuknya? 493 00:29:24,013 --> 00:29:28,309 Yang memeranjatkan, ada situasi yang awak tak boleh berlawan untuk selesaikannya. 494 00:29:28,309 --> 00:29:29,727 Mark Grayson. 495 00:29:30,978 --> 00:29:31,979 Invincible. 496 00:29:32,646 --> 00:29:33,939 Ikut saya sekarang, 497 00:29:35,024 --> 00:29:36,650 atau wanita ini mati. 498 00:29:40,446 --> 00:29:42,323 Awak dengar cakap saya? 499 00:29:42,323 --> 00:29:43,324 Mark? 500 00:29:43,324 --> 00:29:46,952 Wah. Hei. Awak siapa? 501 00:29:47,620 --> 00:29:51,707 Nama saya Anissa dan saya ejen dari Empayar Viltrumit. 502 00:29:52,500 --> 00:29:55,044 Kalau awak ingat awak boleh rentas ruang antara kita 503 00:29:55,044 --> 00:29:57,505 sebelum saya pisahkan kepala daripada badannya... 504 00:29:58,881 --> 00:30:00,216 ...awak boleh cuba. 505 00:30:00,966 --> 00:30:02,301 Apa yang awak mahu? 506 00:30:02,968 --> 00:30:03,969 Untuk bercakap. 507 00:30:03,969 --> 00:30:06,222 Di tempat yang kita boleh bercakap berdua. 508 00:30:07,056 --> 00:30:08,057 Okey. 509 00:30:08,432 --> 00:30:11,894 Kalau awak pergi tanpa mencederakannya dia atau sesiapa, 510 00:30:11,894 --> 00:30:13,687 saya jumpa awak di langit. 511 00:30:17,024 --> 00:30:18,150 Cepat. 512 00:30:19,109 --> 00:30:21,946 Kalau tidak, saya akan kembali dan semua orang akan mati. 513 00:30:23,155 --> 00:30:24,782 Bermula dengan dia. 514 00:30:29,328 --> 00:30:30,371 Tak mengapa. 515 00:30:30,621 --> 00:30:32,248 Tak mengapa. Maafkan saya. 516 00:30:41,715 --> 00:30:42,716 Saya terpaksa pergi. 517 00:30:43,676 --> 00:30:44,677 Pulang kembali. 518 00:30:49,515 --> 00:30:51,475 Cecil. Awak ada? 519 00:30:52,017 --> 00:30:52,851 Cecil! 520 00:31:04,029 --> 00:31:05,281 Awak tak dengar cakap saya? 521 00:31:06,073 --> 00:31:09,076 Saya kata, "Saya hanya nak bercakap." 522 00:31:09,076 --> 00:31:12,371 Setakat ini bukan itu pengalaman saya dengan orang Viltrumit. 523 00:31:14,290 --> 00:31:16,625 Cetek pengetahuan awak tentang kaum awak sendiri. 524 00:31:16,625 --> 00:31:18,586 Mereka bukan orang saya. 525 00:31:19,837 --> 00:31:22,423 Kita tak boleh biarkan ini menjadi seperti Chicago. 526 00:31:22,423 --> 00:31:24,425 Berikan semua yang awak ada pasal dia. 527 00:31:24,425 --> 00:31:25,843 Kami orang awak. 528 00:31:26,468 --> 00:31:28,429 Awak masih belum menerimanya. 529 00:31:28,429 --> 00:31:31,473 Mark, kami mencuba sebaik mungkin kalau ia menjadi buruk. 530 00:31:31,473 --> 00:31:33,517 Tetapi, kita tak banyak pilihan yang baik. 531 00:31:33,517 --> 00:31:35,603 Bercakap dengannya selama yang boleh. 532 00:31:36,228 --> 00:31:37,104 Apa yang awak mahu? 533 00:31:37,104 --> 00:31:39,231 Kami telah mengkaji planet ini. 534 00:31:39,231 --> 00:31:40,316 Baguslah begitu. 535 00:31:40,316 --> 00:31:44,445 Tamadun manusia ada kurang dari 18 peratus peluang untuk selamat 536 00:31:44,445 --> 00:31:48,407 dalam dua kurun lagi tanpa kehilangan berbilion nyawa. 537 00:31:48,407 --> 00:31:49,700 Adakah itu ugutan? 538 00:31:49,700 --> 00:31:51,076 Itu kebenarannya. 539 00:31:51,076 --> 00:31:54,330 Yang berkuasa di dunia ini memusnahkan sendiri tempat ini. 540 00:31:54,330 --> 00:31:56,624 Mengaut sumber-sumber untuk mereka sendiri. 541 00:31:56,624 --> 00:32:01,420 Banyak kawasan planet ini tak dapat didiami lagi akibat ketamakan manusia. 542 00:32:01,420 --> 00:32:02,838 Ya, saya tahu. 543 00:32:02,838 --> 00:32:04,381 Tetapi, awak masih begini. 544 00:32:04,381 --> 00:32:08,010 Sedia berlawan, risau untuk menghentikan saya, bukannya mereka. 545 00:32:08,010 --> 00:32:09,428 Ia rumit. 546 00:32:09,428 --> 00:32:10,512 Ia tidak. 547 00:32:10,512 --> 00:32:13,974 Kami ada teknologi untuk memperbaiki iklim mereka, 548 00:32:13,974 --> 00:32:16,894 memberi mereka makan dan menghukum penjenayah mereka. 549 00:32:16,894 --> 00:32:18,854 Kami akan menyelamatkan lebih nyawa 550 00:32:18,854 --> 00:32:21,565 dalam setahun, daripada awak dalam beratus tahun. 551 00:32:21,565 --> 00:32:24,276 Awak menggagalkan planet ini dan penduduknya. 552 00:32:24,276 --> 00:32:25,778 Awak tak nampak? 553 00:32:26,654 --> 00:32:28,238 Sekurang-kurangnya saya tak bunuh. 554 00:32:28,238 --> 00:32:33,702 Tetapi, awak biar beribu mati setiap hari awak menentang pemerintahan Viltrumit. 555 00:32:34,536 --> 00:32:37,289 Atau nyawa mereka tiada makna bagi awak? 556 00:32:38,207 --> 00:32:40,751 Berdasarkan imbasan ketumpatan otot dan tulang, 557 00:32:40,751 --> 00:32:43,879 simulasi memberikan Mark kurang 18 peratus peluang 558 00:32:43,879 --> 00:32:45,964 untuk selamat dalam pertempuran dengannya. 559 00:32:47,716 --> 00:32:49,385 Aduhai, sungguh mengecewakan. 560 00:32:51,095 --> 00:32:52,930 Cecil. Saya sedang dalam... 561 00:32:52,930 --> 00:32:55,683 Berapa banyak ReAnimen baharu yang sedia untuk lapangan? 562 00:32:56,350 --> 00:32:57,893 Untuk lapangan? Saya tak... 563 00:32:57,893 --> 00:33:00,521 Jawab sahaja soalan saya, Sinclair! 564 00:33:00,521 --> 00:33:03,023 Tiada! Tiada yang sedia untuk lapangan. 565 00:33:03,023 --> 00:33:06,026 - Kita dah setuju dengan jadual dan... - Tuan! 566 00:33:06,026 --> 00:33:06,985 Apa? 567 00:33:06,985 --> 00:33:09,697 Satelit telah mengesan Kaiju kelas besar. 568 00:33:09,697 --> 00:33:10,614 Di Pasifik Selatan. 569 00:33:10,614 --> 00:33:12,950 Menghampiri pantas kapal pelayaran penumpang. 570 00:33:12,950 --> 00:33:14,618 Alamak. 571 00:33:14,618 --> 00:33:16,787 Viltrumit tidak membunuh untuk suka-suka, 572 00:33:16,787 --> 00:33:20,499 walaupun ada kalanya mereka suka membunuh. 573 00:33:20,499 --> 00:33:24,002 Manusia yang mati tak berguna untuk kami. 574 00:33:24,002 --> 00:33:26,004 Mari lihat jika dia maksudkannya. 575 00:33:26,004 --> 00:33:29,425 Ada kapal yang bakal dimakan beberapa ribu batu di selatan barat daya. 576 00:33:30,092 --> 00:33:33,262 Beritahu dia awak perlu menyelamatkan manusia yang dia sayang itu. 577 00:33:33,262 --> 00:33:34,972 Begini, ada kapal dalam bahaya. 578 00:33:34,972 --> 00:33:36,181 Saya perlu beri bantuan. 579 00:33:36,181 --> 00:33:38,934 Kalau awak bercakap benar, awak takkan hentikan saya. 580 00:33:40,394 --> 00:33:41,603 Saya akan teman awak. 581 00:33:42,896 --> 00:33:45,649 Saya mahu lihat betapa kuatnya anak Nolan ini. 582 00:34:03,292 --> 00:34:04,376 Alamak. 583 00:34:05,210 --> 00:34:06,211 Tunggu di sini. 584 00:35:20,577 --> 00:35:22,120 Itu salah satu cara melakukannya. 585 00:35:24,498 --> 00:35:26,500 Manusia sedang nazak, jadi saya bertindak. 586 00:35:27,543 --> 00:35:30,128 Seperti yang empayar akan buat apabila ia mengawal Bumi. 587 00:35:30,712 --> 00:35:32,631 Ya, terima kasih. 588 00:35:33,298 --> 00:35:34,132 Alamak. 589 00:35:36,134 --> 00:35:38,136 Ada sebuah pulau tiga batu di sebelah timur. 590 00:35:51,859 --> 00:35:52,860 Terima kasih. 591 00:35:53,277 --> 00:35:54,278 Terima kasih menolong. 592 00:35:55,529 --> 00:35:58,198 Awak dan mereka yang mendengar dialu-alukan. 593 00:35:59,533 --> 00:36:00,868 Gadis bijak. 594 00:36:00,868 --> 00:36:05,205 Saya nampak awak amat ambil berat tentang planet ini dan penghuninya. 595 00:36:05,205 --> 00:36:06,290 Ia memang sifat saya. 596 00:36:06,290 --> 00:36:09,251 Tetapi, ini harus menjelaskan keputusan. 597 00:36:09,251 --> 00:36:11,962 Semua manusia ini akan mati kalau saya tiada di sini. 598 00:36:11,962 --> 00:36:16,550 Pendudukan Viltrumit akan menjadikan hal sebegini seperti sejarah silam. 599 00:36:16,550 --> 00:36:19,261 Jadilah Viltrumit seperti yang sepatutnya. 600 00:36:19,970 --> 00:36:22,306 Jadilah anak ayah awak. 601 00:36:22,306 --> 00:36:23,390 Tidak! 602 00:36:24,349 --> 00:36:25,183 Tidak. 603 00:36:26,143 --> 00:36:27,561 Saya bukan orang awak. 604 00:36:29,187 --> 00:36:33,775 Mungkin kemanusiaan tak sempurna dan mungkin kami banyak kesilapan, 605 00:36:33,775 --> 00:36:36,069 tetapi kami perlu buat keputusan sendiri. 606 00:36:37,195 --> 00:36:39,364 Walaupun kadangkala ia salah. 607 00:36:40,991 --> 00:36:45,579 Setelah berdebat, logik dan semua yang diselamatkan ini, 608 00:36:45,579 --> 00:36:47,664 awak masih tak nampak kebenaran? 609 00:36:49,166 --> 00:36:50,792 Saya rasa awak patut pergi sekarang. 610 00:36:50,792 --> 00:36:51,877 Awas, Mark. 611 00:36:51,877 --> 00:36:53,420 Dia lebih kuat daripada awak. 612 00:36:56,590 --> 00:36:59,343 Ingat, kita bermula dengan hujah. 613 00:37:38,548 --> 00:37:41,218 Awak berani ganggu pelajaran awak? 614 00:37:41,218 --> 00:37:43,345 Saya bukan pelajar yang baik. 615 00:37:56,358 --> 00:37:59,611 Penjaga sedang dalam perjalanan, tetapi waktu ketibaan 22 minit. 616 00:37:59,611 --> 00:38:01,446 Pasukan adiwira tambahan ada, tetapi... 617 00:38:01,446 --> 00:38:04,032 Ia bagaikan menyerah kepada serigala. Apa lagi? 618 00:38:04,032 --> 00:38:06,535 Satu kapal tentera laut, kapal selam dan 20 pejuang. 619 00:38:06,535 --> 00:38:09,371 Tiga senjata orbital graviti, dua pengebom Q jarak jauh, 620 00:38:09,371 --> 00:38:11,164 tetapi dia bergerak terlalu pantas. 621 00:38:11,164 --> 00:38:12,749 Malah lebih pantas daripada Nolan. 622 00:38:13,458 --> 00:38:16,878 Mereka akan berada jauh beribu batu sebelum kita sampai ke sana. 623 00:38:16,878 --> 00:38:20,507 Hanya seorang Viltrumit dan kita tak boleh berbuat apa-apa. 624 00:38:20,507 --> 00:38:24,386 Tuan, ada pilihan lain. 625 00:38:30,225 --> 00:38:31,852 Awak ada misi 626 00:38:31,852 --> 00:38:34,938 ditugaskan kepada awak oleh kaum awak yang sebenar. 627 00:38:35,605 --> 00:38:37,190 Awak akan menyudahkannya. 628 00:38:38,900 --> 00:38:40,318 Mark, dengar cakap saya. 629 00:38:40,318 --> 00:38:41,445 Kata awak akan buat. 630 00:38:41,445 --> 00:38:43,947 Cakap baik, awak akan ambil alih planet. 631 00:38:43,947 --> 00:38:45,824 Awak tak boleh kalahkan dia. 632 00:38:45,824 --> 00:38:49,411 Cakap supaya dia beredar dan kita akan bersedia untuk mereka bersama-sama. 633 00:38:53,540 --> 00:38:55,000 Tidak. 634 00:38:57,294 --> 00:38:58,295 Nak. 635 00:39:35,290 --> 00:39:39,294 Ini peluang terakhir awak untuk tunjukkan awak boleh belajar. 636 00:39:40,629 --> 00:39:42,756 Cakap sahaja perkataan itu, Mark! 637 00:39:49,805 --> 00:39:50,806 Lakukan. 638 00:39:52,182 --> 00:39:55,727 Sama ada awak perlukan saya atau tidak. 639 00:39:55,727 --> 00:39:57,604 Tetapkan fikiran awak. 640 00:40:19,501 --> 00:40:21,336 Membunuh awak bukan tugas saya. 641 00:40:22,671 --> 00:40:24,714 Tetapi nanti, yang lain akan datang. 642 00:40:25,465 --> 00:40:28,301 Jika dia nampak awak masih menentang takdir awak, 643 00:40:28,927 --> 00:40:31,179 dia akan menunjukkan kesilapan awak 644 00:40:31,179 --> 00:40:34,057 dan planet ini akan menerima akibatnya. 645 00:40:36,977 --> 00:40:39,437 Saya harap awak sedar sebelum itu. 646 00:40:46,319 --> 00:40:47,779 Tuan, dia meninggalkan atmosfera, 647 00:40:47,779 --> 00:40:50,198 meningkatkan kelajuan dan menuju ke angkasa lepas. 648 00:40:50,198 --> 00:40:52,576 Syukurlah. 649 00:40:52,576 --> 00:40:57,706 Awasinya. Kalau dia masih teruskan dalam 10 minit, suruh semua kembali. 650 00:41:06,840 --> 00:41:09,092 Awak memang ambil risiko tadi, Mark. 651 00:41:09,676 --> 00:41:11,553 Hanya sebab beberapa perkataan. 652 00:41:11,553 --> 00:41:13,263 Ia bukan sekadar perkataan. 653 00:41:20,729 --> 00:41:21,897 Dia sungguh kuat. 654 00:41:21,897 --> 00:41:24,816 Saya tak pasti saya boleh halang dia jika dia membunuh orang. 655 00:41:24,816 --> 00:41:27,110 Kita akan cari jalan mengatasinya. 656 00:41:27,819 --> 00:41:31,531 Tetapi, cuti malam yang awak mohon, nampaknya takkan berlaku. 657 00:41:32,115 --> 00:41:33,116 Ya. 658 00:42:03,188 --> 00:42:04,481 Bagaimana dia jumpa kita? 659 00:42:05,440 --> 00:42:06,441 Saya tak tahu. 660 00:42:07,859 --> 00:42:09,069 Bolehkah dia buat lagi? 661 00:42:10,070 --> 00:42:10,904 Mungkin. 662 00:42:14,115 --> 00:42:15,909 Tangannya seperti... 663 00:42:15,909 --> 00:42:17,661 Seperti besi di leher saya. 664 00:42:17,661 --> 00:42:20,538 Dia boleh patahkan saya sekelip mata. 665 00:42:21,748 --> 00:42:22,749 Saya tak boleh bergerak. 666 00:42:23,541 --> 00:42:25,252 Saya tak dapat bernafas. 667 00:42:26,211 --> 00:42:28,046 Ya, saya pun merasakan yang sama. 668 00:42:28,046 --> 00:42:30,131 Saya tak tahu bagaimana caranya, Mark. 669 00:42:31,007 --> 00:42:32,217 Apa maksud awak? 670 00:42:33,093 --> 00:42:34,970 Saya bukan seperti awak. 671 00:42:34,970 --> 00:42:36,596 - Amber... - Jangan, berhenti. 672 00:42:36,596 --> 00:42:39,307 Ini bukan pasal menjadi kuat atau berani. 673 00:42:39,307 --> 00:42:41,601 Saya tahu semua itu. Ini berbeza. 674 00:42:42,894 --> 00:42:44,896 Saya tiada kawalan, Mark. 675 00:42:45,647 --> 00:42:49,484 Siapalah saya untuk bersedih atau marah atau rasa apa-apa 676 00:42:49,484 --> 00:42:51,111 bila awak menyelamatkan dunia? 677 00:42:51,111 --> 00:42:53,780 Bila awak hilang berbulan-bulan dalam satu masa? 678 00:42:53,780 --> 00:42:56,616 Bila saya sendirian lagi dan bukan dengan teman lelaki saya? 679 00:42:58,743 --> 00:43:00,287 Saya tak mahu menjadi orang itu. 680 00:43:01,037 --> 00:43:02,497 Saya benci orang itu. 681 00:43:02,497 --> 00:43:04,457 Tetapi, kehidupan saya juga penting. 682 00:43:04,457 --> 00:43:07,419 Mungkin ia kecil, mungkin ia bukan menggegar dunia, 683 00:43:07,419 --> 00:43:10,046 tetapi ia bermakna. 684 00:43:11,089 --> 00:43:12,882 Ia tak bermakna bila saya bersama awak. 685 00:43:14,009 --> 00:43:16,511 Lebih buruk, ia senjata yang boleh diguna atas awak 686 00:43:16,511 --> 00:43:18,638 seperti yang wanita tadi buat. 687 00:43:24,436 --> 00:43:26,771 Saya mahu membunuhnya kerana menyentuh awak. 688 00:43:27,439 --> 00:43:31,443 Saya dapat rasa ia menyirap di dalam saya seperti ayah saya. 689 00:43:32,402 --> 00:43:34,612 Entah apa akan jadi kepada saya jika awak cedera. 690 00:43:36,406 --> 00:43:38,366 Ibu saya selalu risaukan ayah saya, 691 00:43:38,366 --> 00:43:41,411 dan dia selalu kata semuanya akan selamat. 692 00:43:41,411 --> 00:43:42,495 Tapi, dia berbohong. 693 00:43:43,288 --> 00:43:44,289 Setiap kali. 694 00:43:44,998 --> 00:43:45,999 Dia mengetahuinya. 695 00:43:46,416 --> 00:43:47,417 Saya tak boleh begitu. 696 00:43:48,460 --> 00:43:49,461 Saya tak boleh sebut. 697 00:43:54,382 --> 00:43:56,426 Ini takkan berubah, bukan? 698 00:43:58,803 --> 00:44:00,221 Saya tak boleh bersama awak. 699 00:44:01,598 --> 00:44:02,599 Saya mahukannya. 700 00:44:03,683 --> 00:44:05,685 Saya telah mencuba, tetapi saya tak boleh. 701 00:44:16,654 --> 00:44:18,323 Jadi, bagaimana keadaan kita, Mark? 702 00:44:20,825 --> 00:44:21,826 Saya tak tahu. 703 00:44:24,162 --> 00:44:25,538 Mungkin itulah jawapannya. 704 00:44:31,461 --> 00:44:32,754 Maafkan saya. 705 00:44:33,880 --> 00:44:34,881 Saya juga. 706 00:44:59,489 --> 00:45:00,407 MAK 707 00:45:02,826 --> 00:45:03,827 Hai, mak. 708 00:45:04,285 --> 00:45:05,286 Helo, Mark. 709 00:45:10,708 --> 00:45:12,293 Bila awak nak balik ke rumah? 710 00:45:34,065 --> 00:45:34,899 Jadi? 711 00:45:37,485 --> 00:45:38,486 Nampaknya begitu. 712 00:45:39,487 --> 00:45:42,490 Budak itu menolak hujah dan warisan. 713 00:45:42,490 --> 00:45:44,993 Maksudnya, awak gagal meyakinkannya. 714 00:45:44,993 --> 00:45:49,122 Jeneral, dia telah diracun, seperti ayahnya. 715 00:45:59,257 --> 00:46:00,467 Oh, Tuhan! 716 00:46:02,760 --> 00:46:04,137 Adakah mereka nampak saya? 717 00:46:06,890 --> 00:46:08,099 Saya rasa mereka nampak. 718 00:46:08,099 --> 00:46:09,392 Mereka memang nampak saya. 719 00:46:19,235 --> 00:46:20,862 Dahulu ia lebih menyakitkan. 720 00:46:21,988 --> 00:46:22,989 Saya tertanya-tanya. 721 00:46:36,336 --> 00:46:38,755 Tiada orang Unopa sekuat itu. 722 00:46:39,714 --> 00:46:42,634 Nampaknya, kajian awak dah lapuk. 723 00:46:42,634 --> 00:46:44,802 Awak kena ikut kami. 724 00:46:44,802 --> 00:46:50,266 Saintis penjara kami akan membedah awak sampai kami jumpa punca kekuatan awak. 725 00:46:52,101 --> 00:46:54,771 Awak nak bawa saya ke penjara dengan tumbukan begitu? 726 00:46:55,939 --> 00:46:57,065 Semoga awak berjaya. 727 00:47:05,740 --> 00:47:07,367 Orang Unopa dungu. 728 00:48:09,929 --> 00:48:11,931 Terjemahan sari kata oleh A.Jaaffar 729 00:48:12,056 --> 00:48:14,058 {\an8}Penyelia Kreatif Gasendo