1
00:00:09,092 --> 00:00:12,971
BERDASARKAN KHABAR ANGIN BENAR
2
00:00:30,489 --> 00:00:31,865
Matthew.
3
00:00:32,824 --> 00:00:33,992
Matthew.
4
00:00:34,618 --> 00:00:36,954
- Apa.
- Tak guna, Wood.
5
00:00:37,037 --> 00:00:39,456
Saya tak boleh tidur,
saya teruja tentang esok.
6
00:00:39,540 --> 00:00:43,335
Saya bawa champagne
busa mikro rendah glisemik.
7
00:00:43,418 --> 00:00:45,629
Tak mahu. Saya perlu tidur.
8
00:00:45,712 --> 00:00:47,714
Bukan selalu kawan baik kita
9
00:00:47,798 --> 00:00:51,510
umumkan dalam televisyen
dia bertanding sebagai gabenor.
10
00:00:51,593 --> 00:00:53,345
Walaupun saya percaya
11
00:00:53,428 --> 00:00:56,265
kerajaan patut ditadbir
oleh majlis tetua wanita
12
00:00:56,348 --> 00:01:00,769
dan saya takkan mengundi sehingga
semua haiwan berhak mengundi, saya sokong.
13
00:01:00,853 --> 00:01:02,813
Apa saja yang awak perlukan, saya tolong.
14
00:01:02,896 --> 00:01:05,649
- Ya. Terima kasih.
- Saya bangga dengan awak.
15
00:01:05,732 --> 00:01:07,818
Woody, awak baik hati, tapi kami penat.
16
00:01:07,901 --> 00:01:09,820
Val. Maaf, saya tak tahu awak belum tidur.
17
00:01:09,903 --> 00:01:11,280
Awak nak champagne?
18
00:01:13,240 --> 00:01:17,077
Beginilah. Saya dapat rasakan
yang kamu nak sambung tidur.
19
00:01:17,160 --> 00:01:21,415
Selamat malam, En. Gabenor.
20
00:01:21,498 --> 00:01:23,458
Selamat malam, Pn. Gabenor.
21
00:01:24,209 --> 00:01:26,587
Saya boleh duduk di sini
dan tengok kamu tidur.
22
00:01:26,670 --> 00:01:27,671
Jangan, boleh?
23
00:01:28,630 --> 00:01:30,048
Tengoklah kamu berdua.
24
00:01:54,448 --> 00:01:55,449
Okey.
25
00:03:14,695 --> 00:03:17,447
Semuanya akan berubah
selepas hari ini. Awak okey?
26
00:03:17,531 --> 00:03:20,158
Ya, saya teruja.
Saya tak pernah jumpa Brian Williams.
27
00:03:20,242 --> 00:03:22,452
- Ya. Apa yang awak akan pakai?
- Saya akan pakai ini.
28
00:03:22,536 --> 00:03:26,915
Hei. Kalaulah kita boleh keluar
hujung minggu dan ubah penampilan awak.
29
00:03:27,416 --> 00:03:29,585
Mula dari awal.
30
00:03:29,668 --> 00:03:32,796
Kalaulah patriarki tak wujud,
awak boleh jadi gabenor Texas seterusnya.
31
00:03:32,880 --> 00:03:33,881
Yakah?
32
00:03:34,923 --> 00:03:37,885
Tak. Apabila saya mula cakap,
saya macam tak percaya.
33
00:03:37,968 --> 00:03:40,053
Mana jambangan bunga
Texas bluebonnet saya?
34
00:03:40,679 --> 00:03:42,681
Nak saya pesan dari Bloom with a View?
Boleh saja.
35
00:03:42,764 --> 00:03:45,726
Ibu saya. Dia penjual bunga.
Dia memang bodoh.
36
00:03:45,809 --> 00:03:48,729
Kalau mak tak sampai dalam 20 minit,
saya akan pecat...
37
00:03:50,689 --> 00:03:52,566
Apa ini?
38
00:03:52,649 --> 00:03:53,942
Alamak. Busuknya.
39
00:03:55,485 --> 00:03:56,486
Apa...
40
00:03:58,280 --> 00:04:00,365
Val, ambil kasut saya!
41
00:04:10,626 --> 00:04:11,668
Woody.
42
00:04:13,337 --> 00:04:14,880
- Wood!
- Owen?
43
00:04:16,255 --> 00:04:17,507
Awak bau tak?
44
00:04:20,761 --> 00:04:23,013
Saya memang nak buang sampah malam...
45
00:04:23,889 --> 00:04:26,808
Kai, boleh buangkan sampah?
46
00:04:27,434 --> 00:04:31,188
- Saya sedang tidur.
- Boleh buangkan sampah dalam tidur?
47
00:04:31,939 --> 00:04:33,690
Orang tua perlukan rehat.
48
00:04:38,654 --> 00:04:39,988
Hei, Kai!
49
00:04:43,617 --> 00:04:45,202
- Puan.
- Wyatt.
50
00:04:45,285 --> 00:04:46,119
Hei, biar saya bawa.
51
00:04:46,203 --> 00:04:47,704
- Tak apa.
- Tak, saya berkeras.
52
00:04:47,788 --> 00:04:49,831
Lelaki budiman masih wujud.
53
00:04:49,915 --> 00:04:51,083
Alamak. Maaf.
54
00:04:51,166 --> 00:04:55,128
{\an8}Ini beg boleh kompos.
Ia diperbuat daripada kertas tisu.
55
00:04:55,212 --> 00:04:56,672
Antara keseronokan menjadi hipi.
56
00:05:00,300 --> 00:05:02,469
Alamak. Biar betul?
Ini surat untuk ayah saya.
57
00:05:02,553 --> 00:05:04,972
Dia menghendap posmen
selama berminggu-minggu.
58
00:05:05,055 --> 00:05:08,433
- Pasti dia tak sengaja membuangnya.
- Saya boleh hantar kepada dia.
59
00:05:09,017 --> 00:05:10,519
Ya. Jadi wira.
60
00:05:10,602 --> 00:05:11,937
Okey.
61
00:05:12,020 --> 00:05:15,274
Siapa yang penuhkan bangsal dengan najis?
62
00:05:16,942 --> 00:05:21,196
Saya tak suka dipersalahkan
dan saya tak suka nada awak, okey?
63
00:05:21,822 --> 00:05:23,615
Siapa tahu perkara yang berlaku?
64
00:05:23,699 --> 00:05:24,867
Ya Tuhan.
65
00:05:24,950 --> 00:05:25,951
Terkejut, bukan?
66
00:05:26,034 --> 00:05:28,829
Ada banyak najis dari bas awak,
menuruni bukit ini,
67
00:05:28,912 --> 00:05:32,124
ke bangsal tempat Matthew
akan ditemu ramah oleh Brian Williams
68
00:05:32,207 --> 00:05:33,625
dalam masa sejam.
69
00:05:33,709 --> 00:05:35,335
Kenapa awak pakai sebelah kasut saja?
70
00:05:35,419 --> 00:05:37,462
Kenapa awak pakai sepasang kasut?
Bukan tiga, empat atau lima?
71
00:05:37,546 --> 00:05:39,590
Seronok? Jangan buat begitu.
72
00:05:40,424 --> 00:05:42,509
- Alamak. Jangan, Woody Kecil!
- Woody!
73
00:05:42,593 --> 00:05:45,262
Pergi! Itu najis, bukan air.
74
00:05:45,345 --> 00:05:46,638
Dia sukakannya.
75
00:05:46,722 --> 00:05:48,932
Mak, tengoklah. Woody Kecil sukakannya.
76
00:05:49,016 --> 00:05:50,726
- Ya. Mak nampak.
- Pergi, Woody Kecil!
77
00:05:50,809 --> 00:05:52,936
Boleh kita ubah temu ramah itu
ke dalam rumah?
78
00:05:53,020 --> 00:05:54,605
Ke dalam rumah awak? Dengan...
79
00:05:54,688 --> 00:05:57,232
hiasan, perabot dan seni yang awak ada?
80
00:05:57,316 --> 00:06:00,027
Itu mungkin sesuai
untuk audio siar atau radio.
81
00:06:00,110 --> 00:06:01,987
Temu ramah begitu, tanpa video.
82
00:06:03,530 --> 00:06:04,531
Tapi, maafkan saya.
83
00:06:05,490 --> 00:06:06,783
"Kesempurnaan musuh kebaikan."
84
00:06:07,618 --> 00:06:08,827
"Kesempurnaan musuh kebaikan."
85
00:06:09,745 --> 00:06:11,121
"Kesempurnaan musuh kebaikan."
86
00:06:12,206 --> 00:06:13,207
Hei, Pak Cik Woody.
87
00:06:13,290 --> 00:06:15,167
- Saya jumpa surat pak cik.
- Jangan.
88
00:06:15,250 --> 00:06:18,003
Jangan. Letak saja di atas kaunter.
89
00:06:18,086 --> 00:06:19,546
Pak cik akan ambil semasa sarapan.
90
00:06:19,630 --> 00:06:21,256
- Jangan.
- Matthew di mana?
91
00:06:22,174 --> 00:06:24,593
Biar saya panggil ayah.
Ayah sentiasa tahu penyelesaian.
92
00:06:24,676 --> 00:06:26,637
Siapa masak barbeku?
93
00:06:30,641 --> 00:06:31,642
Ayah?
94
00:06:33,227 --> 00:06:34,228
Ayah?
95
00:06:35,812 --> 00:06:36,813
Hei, ayah?
96
00:06:39,274 --> 00:06:40,692
Tak guna, Woody.
97
00:06:40,776 --> 00:06:43,820
Sebab inilah mereka cipta
sistem paip beribu-ribu tahun lalu.
98
00:06:43,904 --> 00:06:46,323
- Mak Mac, saya tak salah.
- Selamat pagi!
99
00:06:46,406 --> 00:06:48,575
- Itu pun dia.
- Mendaki bukit untuk mulakan
100
00:06:48,659 --> 00:06:50,285
hari penting memang bagus!
101
00:06:50,369 --> 00:06:52,829
Mari sini, Woody Kecil! Mari sini, anjing!
102
00:06:52,913 --> 00:06:54,706
- Jangan! Woody Kecil, jangan!
- Mari sini.
103
00:06:54,790 --> 00:06:57,292
- Jangan dekati anjing itu.
- Ya, tuan.
104
00:06:57,376 --> 00:06:58,919
- Jangan dekati anjing itu!
- Matthew, jangan!
105
00:06:59,002 --> 00:07:01,463
- Cium saya. Terima kasih!
- Anjing itu minum air najis!
106
00:07:01,547 --> 00:07:03,674
Ya Tuhan, kasihanilah kami.
107
00:07:03,757 --> 00:07:06,885
Boleh kamu percaya yang tiada sehari pun
saya tak sayangkannya?
108
00:07:06,969 --> 00:07:08,554
- Ya.
- Saya rasa awak patut
109
00:07:08,637 --> 00:07:10,389
alihkan muka dari lidahnya.
110
00:07:18,230 --> 00:07:19,773
Okey, dia akan keluar.
111
00:07:19,857 --> 00:07:22,025
Cakap saja yang dia nampak kacak dan...
112
00:07:22,568 --> 00:07:23,902
jangan pandang mata dia.
113
00:07:24,570 --> 00:07:25,571
Okey.
114
00:07:27,948 --> 00:07:29,783
- Apa pendapat kamu?
- Alamak.
115
00:07:29,867 --> 00:07:32,119
- Ayah!
- Ayah nampak kacak!
116
00:07:32,911 --> 00:07:34,329
Tak, ayah nampak sangat teruk.
117
00:07:34,413 --> 00:07:37,791
Okey, ini akan menjejaskan kempen,
tapi saya akan hentikan semua.
118
00:07:37,875 --> 00:07:39,543
Sia-sia saja saya melilin bulu punggung.
119
00:07:39,626 --> 00:07:41,086
Ke mana semua orang...
120
00:07:41,170 --> 00:07:45,007
Ya Tuhan, tolong cakap mata awak begitu
bukan sebab makanan vegan saya.
121
00:07:45,674 --> 00:07:47,676
Tunggu, semua. Mari kita bertenang.
122
00:07:48,594 --> 00:07:50,596
Jangan membesar-besarkan
123
00:07:50,679 --> 00:07:52,347
keseriusan situasi ini.
124
00:07:52,431 --> 00:07:54,766
Siapa yang tak pernah kena konjunktivitis?
125
00:07:54,850 --> 00:07:57,811
Betul tak?
Kamu pasti kamu lihat radang saja?
126
00:07:57,895 --> 00:08:00,105
Mungkin kita patut lihat...
127
00:08:00,981 --> 00:08:01,982
peluang di sini.
128
00:08:02,065 --> 00:08:04,276
Gwen, apa yang awak cakap
selama berminggu-minggu?
129
00:08:04,359 --> 00:08:06,653
"Jangan harapkan
pada wajah kacak itu saja."
130
00:08:06,737 --> 00:08:08,947
Tengoklah ini?
131
00:08:10,032 --> 00:08:15,579
Inilah wajah lelaki
yang sanggup hadapi kesukaran.
132
00:08:15,662 --> 00:08:18,165
- Okey.
- Penduduk Texas tak mahu gabenor
133
00:08:18,248 --> 00:08:21,168
yang lari dan bersembunyi
setiap kali berdepan krisis.
134
00:08:21,251 --> 00:08:24,171
Tidak. Mereka mahu gabenor
yang muncul pada masa yang sukar,
135
00:08:24,254 --> 00:08:25,756
pandang mata semua orang.
136
00:08:25,839 --> 00:08:26,965
- Tidak.
- Ya?
137
00:08:27,049 --> 00:08:28,383
- Itu bijak juga!
- Ya!
138
00:08:28,467 --> 00:08:29,885
Mata dia terkena najis.
139
00:08:29,968 --> 00:08:31,720
- Apalah sangat?
- Dia tak sempurna.
140
00:08:31,803 --> 00:08:33,429
- Dia berjiwa rakyat.
- Menawan hati.
141
00:08:33,514 --> 00:08:36,099
Dia mesra, menyeronokkan,
hebat, garang, menggoda dan...
142
00:08:36,183 --> 00:08:37,433
Ini satu anugerah.
143
00:08:38,018 --> 00:08:39,019
Ini rampasan kuasa kempen.
144
00:08:39,102 --> 00:08:40,812
Siapa nak pankek?
145
00:08:40,895 --> 00:08:42,063
Saya!
146
00:08:43,023 --> 00:08:45,067
Saya rasa dia tak patut memasak.
147
00:08:45,150 --> 00:08:46,735
Tidak.
148
00:08:46,818 --> 00:08:48,695
Matthew fikir dia boleh buat apa saja,
149
00:08:48,779 --> 00:08:51,156
tapi, dia tak boleh muncul di TV
dengan wajah begitu.
150
00:08:51,240 --> 00:08:53,283
Val, jangan bersikap begini sekarang.
151
00:08:53,367 --> 00:08:55,994
Sangat negatif,
sangat ketinggalan zaman, sangat...
152
00:08:56,078 --> 00:08:57,996
Konjunktivitis kini pencetus kemenangan.
153
00:08:58,080 --> 00:08:59,456
Kanak-kanak yang menonton akan fikir,
154
00:08:59,540 --> 00:09:02,167
"Kalaulah ada najis pada mata saya
supaya muka saya sakit,
155
00:09:02,251 --> 00:09:04,294
macam pelakon kegemaran saya,
Matthew McConaughey."
156
00:09:04,378 --> 00:09:07,214
Jadual kempen berdasarkan hari ini.
157
00:09:07,297 --> 00:09:08,549
Kita akan lakukannya.
158
00:09:08,632 --> 00:09:11,593
Brian Williams akan tiba 30 minit lagi.
Saya nak awak bersiap.
159
00:09:11,677 --> 00:09:13,095
Saya dah bersiap.
160
00:09:15,138 --> 00:09:16,682
Awak sangat kelakar.
161
00:09:17,808 --> 00:09:19,351
Awak patut jadi pelawak.
162
00:09:19,977 --> 00:09:21,144
Mengembara ke seluruh dunia.
163
00:09:21,895 --> 00:09:22,896
Pergi bersiap.
164
00:09:24,147 --> 00:09:25,816
Kenapa awak biarkan dia cakap begitu?
165
00:09:25,899 --> 00:09:28,277
Itu tak penting.
Kita tak boleh biar Matthew ditemu ramah.
166
00:09:28,360 --> 00:09:31,238
- Lindungi dia daripada dirinya.
- Biar saya uruskannya.
167
00:09:31,321 --> 00:09:32,406
Bagaimana?
168
00:09:32,489 --> 00:09:37,619
Kalau nak buat temu ramah,
perlu ada penemu ramah.
169
00:09:37,703 --> 00:09:39,079
Apa maksud awak?
170
00:09:39,162 --> 00:09:40,789
Apabila saya selesai dengan dia,
171
00:09:40,873 --> 00:09:43,208
Brian Williams pasti berharap
dia kena konjunktivitis.
172
00:09:43,292 --> 00:09:45,169
Awak takkan cederakan dia, bukan?
173
00:09:45,252 --> 00:09:46,920
Lebih baik awak tak tahu.
174
00:09:49,047 --> 00:09:50,299
Apa yang saya dah buat?
175
00:09:51,258 --> 00:09:55,262
Bibir, gigi, hujung lidah.
176
00:09:55,345 --> 00:09:57,806
Jam tangan Ireland.
177
00:09:57,890 --> 00:10:00,309
Jam tangan Swiss.
178
00:10:00,392 --> 00:10:04,354
Bibir, gigi, hujung lidah.
179
00:10:04,438 --> 00:10:06,815
Jam tangan Swiss. Jam tangan Ireland.
180
00:10:06,899 --> 00:10:09,943
Boleh ulang semula rancangan itu?
Saya tak jelas dengan peranan kita.
181
00:10:10,027 --> 00:10:12,821
Dia sangka kita nak bawa dia ke ladang,
182
00:10:12,905 --> 00:10:16,491
tapi, rasanya tugas kita adalah
lengahkan selama yang boleh.
183
00:10:16,575 --> 00:10:17,784
Jadi, kita menculik dia?
184
00:10:17,868 --> 00:10:20,370
- Tak juga. Maksud saya...
- Hei, maafkan saya.
185
00:10:20,454 --> 00:10:21,997
- Maaf jika mengganggu.
- Tak apa.
186
00:10:22,080 --> 00:10:26,710
Kalau tak buat latihan vokal,
saya pasti teruk semasa temu ramah.
187
00:10:26,793 --> 00:10:29,296
Saya Brian Williams. Kamu pula?
188
00:10:29,379 --> 00:10:30,380
Bimmy.
189
00:10:30,923 --> 00:10:32,257
- Okey, salam perkenalan.
- Ya.
190
00:10:32,341 --> 00:10:34,384
Ini rakan saya, Bolive.
191
00:10:35,177 --> 00:10:38,347
- Kawan-kawan panggil saya Olive.
- Olive. Okey.
192
00:10:38,430 --> 00:10:40,057
Kami pembantu penerbitan.
193
00:10:40,140 --> 00:10:43,977
Pembantu penerbitan
ialah orang penting setiap penerbitan.
194
00:10:44,061 --> 00:10:47,397
- Ya.
- Berapa jauh ladang itu dari sini?
195
00:10:49,483 --> 00:10:51,860
Ada banyak pembinaan, sedang dijalankan.
196
00:10:51,944 --> 00:10:54,446
- Lalu lintas juga.
- Jadi, mungkin ada lencongan.
197
00:10:54,530 --> 00:10:56,990
Tak apa. Bimmy, bukan?
Awak, dari kawasan sini?
198
00:10:57,074 --> 00:11:00,160
Tak, saya belajar di California.
199
00:11:00,244 --> 00:11:02,746
USC? UCLA? Stanford? Apa namanya?
200
00:11:02,829 --> 00:11:05,165
- LBBA.
- Saya tak tahu kolej itu.
201
00:11:05,249 --> 00:11:06,750
Akademi Pelayan Bar La Brea.
202
00:11:06,834 --> 00:11:08,252
Kedua-dua ibu bapa saya alumni,
203
00:11:08,335 --> 00:11:11,755
jadi saya sering didesak
untuk ikut jejak langkah mereka.
204
00:11:11,839 --> 00:11:13,423
Tapi, saya bekas pelajar di sana.
205
00:11:13,507 --> 00:11:16,969
Baru-baru ini, saya berhenti belajar
untuk ikut cinta hati saya ke Austin.
206
00:11:17,761 --> 00:11:19,638
Tunggu, apa? Awak berhenti belajar?
207
00:11:19,721 --> 00:11:21,348
Ia perpisahan bersama.
208
00:11:21,431 --> 00:11:23,642
Kami tak sependapat tentang dirty martini.
209
00:11:23,725 --> 00:11:28,814
Bunyinya macam percintaan,
bukan cinta situasi.
210
00:11:28,897 --> 00:11:30,440
Jangan biar saya mulakan, Brian.
211
00:11:30,524 --> 00:11:32,734
Tidak. Saya suka drama.
212
00:11:33,569 --> 00:11:36,446
Maaf tentang rumah ini,
perjalanan ke sini dan penghuninya.
213
00:11:36,530 --> 00:11:38,740
Ini bukan pilihan saya.
Apa pun, kita patut berhubung di LinkedIn.
214
00:11:38,824 --> 00:11:40,367
Apa itu LinkedIn?
215
00:11:40,450 --> 00:11:42,411
Matty!
216
00:11:42,494 --> 00:11:44,830
- Sila panggil dia Matthew.
- Perry Singer.
217
00:11:44,913 --> 00:11:47,374
- Helo, Cik Perry. Apa khabar?
- Saya penerbit Brian Williams.
218
00:11:47,457 --> 00:11:49,209
Saya dengar mata awak ada masalah.
219
00:11:49,293 --> 00:11:50,752
- Konjunktivitis.
- Biar saya lihat.
220
00:11:50,836 --> 00:11:53,088
Jangan sentuh.
Jangan sentuh dengan jari awak!
221
00:11:53,172 --> 00:11:54,256
Ada yang lebih teruk.
222
00:11:54,339 --> 00:11:55,924
Emeril Lagasse pun pernah terkena.
223
00:11:56,008 --> 00:11:57,926
Tahun pertama siaran langsungnya,
224
00:11:58,010 --> 00:12:00,429
minyak cili terpercik ke matanya,
kami terus merakam.
225
00:12:00,929 --> 00:12:02,598
Ya, itu idea saya.
226
00:12:02,681 --> 00:12:03,682
Baiklah, okey.
227
00:12:03,765 --> 00:12:06,685
Apabila kamera dah sedia,
saya juga akan bersedia. Okey.
228
00:12:06,768 --> 00:12:09,104
Bercakap tentang itu, biar saya ke sana.
Anak-anak, makanlah. Hari penting!
229
00:12:09,188 --> 00:12:11,481
Kuasa Matthew adalah
sikap optimis yang tak terkawal.
230
00:12:11,565 --> 00:12:14,026
Satu lagi persamaan
dia dengan Emeril Lagasse.
231
00:12:14,109 --> 00:12:15,777
Boleh suruh budak-budak itu pergi?
232
00:12:15,861 --> 00:12:16,862
Ya, sudah tentu.
233
00:12:16,945 --> 00:12:20,115
Budak sedih, anak tengah, anak comel.
Pergi bersiap, pakai baju, mandi.
234
00:12:20,199 --> 00:12:22,075
Cepat. Tolong cepat. Lari.
235
00:12:22,159 --> 00:12:24,828
- Ya.
- Lari. Maaf, tumpang lalu.
236
00:12:24,912 --> 00:12:26,246
Itu saya punya.
237
00:12:26,330 --> 00:12:28,624
Apa saja yang hijau untuk Matthew.
Hijau untuk Greenlights.
238
00:12:28,707 --> 00:12:30,375
Saya kod warnanya macam untuk kanak-kanak.
239
00:12:30,459 --> 00:12:31,793
Saya tak perlu tahu proses awak.
240
00:12:31,877 --> 00:12:33,962
Apa kata awak pergi ke mana-mana
241
00:12:34,046 --> 00:12:35,631
dan belikan saya Sprite suhu bilik?
242
00:12:35,714 --> 00:12:37,758
Boleh tolong periksa termostat?
243
00:12:37,841 --> 00:12:39,968
Tentu suhu di sini 78 darjah.
244
00:12:40,052 --> 00:12:41,720
Saya kesejukan!
245
00:12:43,180 --> 00:12:45,599
Sebab itu, maaf cakap,
246
00:12:45,682 --> 00:12:50,896
saya rasa awak terperangkap untuk
rasa kasih sayang, tapi takut disakiti
247
00:12:50,979 --> 00:12:53,649
- yang biasa dialami, Olive.
- Ya.
248
00:12:53,732 --> 00:12:56,860
Maaf cakap,
saya rasa saya cuma masuk perangkap
249
00:12:56,944 --> 00:13:00,989
percaya pasangan hantar mesej peribadi
kepada pempengaruh kecil astrologi
250
00:13:01,073 --> 00:13:03,659
bernama Gemini Tali-G
untuk tanya "pandangan" dia.
251
00:13:03,742 --> 00:13:06,245
Musytari melintasi
rumah ketujuh saya, sayang.
252
00:13:06,328 --> 00:13:08,413
Saya tahu awak tak percaya,
tapi saya percaya.
253
00:13:08,497 --> 00:13:10,999
Saya cuma mesej peribadi dia
untuk bimbingan kerohanian.
254
00:13:11,083 --> 00:13:14,294
Tapi, awak "senyap terus"
sebelum saya dapat beri penjelasan. Ada...
255
00:13:14,378 --> 00:13:16,046
- Brian, tahu maksud "senyap terus"?
- Ya.
256
00:13:16,129 --> 00:13:20,634
Saya tahu "ada gaya", "mantap",
"enam-tujuh", "hidup santai"...
257
00:13:20,717 --> 00:13:23,470
- Semua itu dah lapuk.
- Hei, kita dah dekatkah?
258
00:13:23,554 --> 00:13:25,639
Boleh biar kami bercakap sekejap, Brian?
259
00:13:27,057 --> 00:13:30,686
Okey. Yang mana ada gaya "Orang Texas
bangga dengan konjunktivitis"?
260
00:13:30,769 --> 00:13:32,896
Tak sangka
saya rosakkan hari penting awak.
261
00:13:32,980 --> 00:13:34,439
- Maaf.
- Jangan risau.
262
00:13:34,523 --> 00:13:36,316
Pada mulanya, saya marah awak.
263
00:13:36,400 --> 00:13:39,862
Ada saya jangkakan
anjing yang awak beri kepada saya
264
00:13:39,945 --> 00:13:43,240
telan kumbahan awak, jilat mata saya,
dan beri saya konjunktivitis?
265
00:13:43,323 --> 00:13:45,075
Saya tak jangka, tapi ia dah berlaku.
266
00:13:45,158 --> 00:13:47,202
Inilah kelebihan saya. Hadapi seadanya.
267
00:13:47,286 --> 00:13:48,287
Saya boleh buat. Kita okey.
268
00:13:48,370 --> 00:13:52,666
Dugaan yang muncul takkan menghalang
kalau kita tak ambil endah tentangnya.
269
00:13:56,837 --> 00:14:00,841
Awak tahu apa saya fikir tempoh hari?
True Detective, episod empat.
270
00:14:00,924 --> 00:14:03,719
- "Who Goes There?"
- Rakaman enam minit, sepuluh saat.
271
00:14:03,802 --> 00:14:05,262
Satu rakaman, tiada suntingan.
272
00:14:05,345 --> 00:14:07,556
Kita dah berlatih berbulan-bulan.
273
00:14:07,639 --> 00:14:11,059
Kita nak mulakan penggambaran.
Pukul 3:00 pagi, sangat panas.
274
00:14:11,143 --> 00:14:15,898
Dua ratus kru perlu segerak
dengan sempurna agar rakaman berjaya.
275
00:14:15,981 --> 00:14:18,483
Saya kata, "Saya tak tahu
bagaimana kita nak buat."
276
00:14:18,567 --> 00:14:21,320
"Sebenarnya, Wood.
Saya tak tahu bagaimana saya nak buat."
277
00:14:21,403 --> 00:14:24,948
Awak ingat kata-kata awak kepada saya?
278
00:14:26,658 --> 00:14:28,076
"Saya petunjuk awak."
279
00:14:29,328 --> 00:14:31,288
"Saya petunjuk awak."
280
00:14:31,371 --> 00:14:35,292
Jadi, saya tak risau tentang
apa-apa yang boleh berlaku hari ini.
281
00:14:35,918 --> 00:14:37,961
Sebab, kalau saya ada masalah,
282
00:14:38,045 --> 00:14:40,047
saya cuma perlu lihat awak.
283
00:14:42,299 --> 00:14:44,134
Petunjuk saya. Sayang awak, sahabat.
284
00:14:44,218 --> 00:14:45,219
Sayang awak, sahabat.
285
00:14:46,637 --> 00:14:47,888
Seronok parti bermalam?
286
00:14:47,971 --> 00:14:49,765
Ini mak kamu. Kamu nak gulungan piza?
287
00:14:50,849 --> 00:14:53,185
Tali leher bolo.
Hebat. Saya gemar. Saya suka.
288
00:14:53,268 --> 00:14:54,937
- Tak mahu bolo.
- Jangan pakai bolo. Tak suka.
289
00:14:55,020 --> 00:14:56,939
Saya tak suka gayanya.
Ada persediaan lagi?
290
00:14:57,022 --> 00:14:58,982
Saya dah sedia untuk beraksi.
291
00:14:59,483 --> 00:15:00,484
- Mereka di luar dah sedia?
- Bagus.
292
00:15:00,567 --> 00:15:02,778
Semua orang teruja. Sangat bersemangat.
293
00:15:02,861 --> 00:15:05,948
Suasananya sempurna.
Orang menjerit, menari dan ketawa.
294
00:15:06,031 --> 00:15:08,992
Cuma ada satu masalah kecil.
Bukan masalah pun.
295
00:15:09,076 --> 00:15:10,077
Cuma satu perkara.
296
00:15:10,160 --> 00:15:13,080
Brian Williams hilang.
297
00:15:15,499 --> 00:15:17,751
Apa maksud awak dia hilang?
298
00:15:17,835 --> 00:15:18,919
Dia mungkin dah mati.
299
00:15:22,506 --> 00:15:24,216
Ya, saya tak patut tidur
dengan lampu malam.
300
00:15:24,299 --> 00:15:25,634
Saya terlalu tua dan saya akuinya.
301
00:15:25,717 --> 00:15:27,803
Tapi, sayang, saya cakap sebab sayang...
302
00:15:29,012 --> 00:15:31,682
Awak ada masalah keintiman yang serius.
Ingat kelab melukis dan minum?
303
00:15:31,765 --> 00:15:33,684
- Ya. Kenapa?
- Ingat? Awak suka mereka.
304
00:15:33,767 --> 00:15:36,186
Enam minggu kamu berkawan baik
sehingga salah seorang ajak awak
305
00:15:36,270 --> 00:15:39,189
pergi bercuti dan awak sangat geram
kerana mereka kunyah terlalu kuat.
306
00:15:39,273 --> 00:15:41,191
- Ya, sebab...
- Sangat geram, malah,
307
00:15:41,275 --> 00:15:44,236
awak terus tinggalkan kelab itu
tanpa berbincang.
308
00:15:44,319 --> 00:15:45,821
Itu yang awak buat. Awak lari.
309
00:15:45,904 --> 00:15:47,614
Awak nampak apa yang saya hadapi, Brian?
310
00:15:47,698 --> 00:15:50,534
- Hei, ada isyarat telefon?
- Mengaku saja, Brian betul.
311
00:15:50,617 --> 00:15:52,911
Mengaku saja, awak mahu kasih sayang,
tapi takut disakiti.
312
00:15:52,995 --> 00:15:54,079
Awak memang degil!
313
00:15:54,162 --> 00:15:58,834
Saya semakin klaustrofobia
dan saya nak keluar dari kereta ini.
314
00:15:58,917 --> 00:16:02,254
- Kunci kanak-kanak dipasang?
- Cuba fahami situasi, Brian!
315
00:16:02,337 --> 00:16:05,007
Maaf saya mencarut,
tapi tak guna. Tolonglah.
316
00:16:08,677 --> 00:16:12,222
Mana Brian Williams? Dia sepatutnya
ada di sini 40 minit yang lalu.
317
00:16:12,306 --> 00:16:13,807
Dia ingat dia siapa? Geraldo?
318
00:16:13,891 --> 00:16:15,100
Saya mahu Sprite lagi.
319
00:16:15,976 --> 00:16:21,106
Hei. Siapa yang lebih tahu
tentang Matthew daripada saya?
320
00:16:21,190 --> 00:16:23,567
- Saya patut buat temu ramah ini.
- Tidak.
321
00:16:23,650 --> 00:16:26,403
- Jangan harap.
- Mak akan curi perhatian daripada saya.
322
00:16:26,486 --> 00:16:28,655
- Bukan idea yang baik.
- Betul juga.
323
00:16:28,739 --> 00:16:31,200
Mak memang menarik.
324
00:16:32,242 --> 00:16:33,243
Tunggu dulu.
325
00:16:33,327 --> 00:16:35,037
Ayah, Oprah.
326
00:16:35,120 --> 00:16:36,538
Kamu kenal Oprah?
327
00:16:36,622 --> 00:16:38,040
Bukan secara peribadi.
328
00:16:38,624 --> 00:16:39,958
Jadi awak sebut nama saja?
329
00:16:41,502 --> 00:16:43,086
- Ya.
- Kalau Hilary Duff?
330
00:16:43,170 --> 00:16:44,880
- Mungkin dia mahu...
- Tidak. Saya tahu.
331
00:16:45,464 --> 00:16:47,090
- Kalau Dax Shepy?
- Siapa itu?
332
00:16:47,174 --> 00:16:48,634
- Dax Shepard.
- Ya.
333
00:16:48,717 --> 00:16:50,928
Saya tetamu audio siarnya minggu lepas.
334
00:16:51,011 --> 00:16:54,014
Dia bijak, popular,
dia memahami demografi saya.
335
00:16:54,097 --> 00:16:58,644
Kalau tak silap, dia kata dia di bandar
minggu ini, merakam iklan Samsung.
336
00:16:58,727 --> 00:17:01,813
- Tidak. Saya tak...
- Tidak. Dax Shepard. Bagus.
337
00:17:01,897 --> 00:17:03,607
- Mungkin sesuai.
- Biar saya telefon dia.
338
00:17:03,690 --> 00:17:06,902
Beginilah. Saya suka idea Oprah, Wyatt.
339
00:17:06,984 --> 00:17:08,779
Biar saya hubungi Gayle.
340
00:17:08,862 --> 00:17:11,990
Tapi, saya rasa kita semua
patut berfikir bersama-sama
341
00:17:12,074 --> 00:17:14,076
tentang jangan terburu-buru...
342
00:17:14,159 --> 00:17:16,994
...dan bertenang.
Ini tak akan berlaku hari ini.
343
00:17:17,079 --> 00:17:18,829
- Woody.
- Apa pun,
344
00:17:18,914 --> 00:17:20,332
Brian Williams mungkin akan muncul.
345
00:17:20,415 --> 00:17:22,334
- Lebih baik begitu.
- Pasti orang yang halang dia...
346
00:17:22,416 --> 00:17:24,252
Dia selamat dan terhidrat.
347
00:17:25,462 --> 00:17:26,797
Ya. Saya setuju dengan Woody.
348
00:17:26,880 --> 00:17:28,841
- Tidak. Kita takkan teruskan.
- Betul.
349
00:17:28,924 --> 00:17:31,093
Dax setuju. Akan sampai dalam masa sejam.
350
00:17:31,176 --> 00:17:32,177
Ya.
351
00:17:32,261 --> 00:17:33,929
Saya nak pergi bermeditasi.
352
00:17:34,012 --> 00:17:35,848
Awak tahu siapa yang akan suka?
353
00:17:35,931 --> 00:17:37,266
Anak saudara saya, Petey.
354
00:17:37,349 --> 00:17:38,684
Dia sukakan Dax.
355
00:17:38,767 --> 00:17:41,228
Hei, Petey. Ini Mak Cik P.
356
00:17:41,311 --> 00:17:42,604
- Kamu nak tahu?
- Kita dah cuba.
357
00:17:42,688 --> 00:17:45,232
Patutkah saya batalkan penculikan itu?
358
00:17:47,609 --> 00:17:48,986
Maaf, apa?
359
00:17:50,904 --> 00:17:52,281
Ayah nak kami bawa dia balik?
360
00:17:52,823 --> 00:17:55,868
Okey. Pasti mengambil masa yang lama.
Bual lagi.
361
00:17:57,536 --> 00:17:59,830
Pusing. Kita akan kembali ke ladang.
362
00:17:59,913 --> 00:18:03,166
Tunggu. Kembali ke tempat sepatutnya?
363
00:18:03,250 --> 00:18:04,877
Saya diperdagangkan?
364
00:18:08,505 --> 00:18:10,424
Lebih kepada diculik.
365
00:18:11,717 --> 00:18:12,718
Ya.
366
00:18:12,801 --> 00:18:16,346
Mungkin lebih kepada penahanan sementara.
367
00:18:17,181 --> 00:18:19,057
Saya rasa pemerdagangan agak dramatik.
368
00:18:19,141 --> 00:18:20,851
BIAR SAYA URUSKANNYA.
369
00:18:21,727 --> 00:18:24,396
Alamak. Bendera itu. Pusingkannya
supaya semua bintang hala ke sini.
370
00:18:24,479 --> 00:18:26,732
- Perry.
- Ya. Kenapa?
371
00:18:27,441 --> 00:18:28,901
Saya tak peduli apa mereka cakap.
372
00:18:28,984 --> 00:18:32,070
Saya tak mahu anak saya
muncul dalam televisyen
373
00:18:32,154 --> 00:18:34,531
dengan mata bengkak seperti itu.
374
00:18:34,615 --> 00:18:36,116
Ini permintaan sesama ibu.
375
00:18:36,200 --> 00:18:38,660
Awak seorang saja yang waras di sini.
376
00:18:38,744 --> 00:18:40,412
Seronok bercakap dengan orang dewasa.
377
00:18:40,495 --> 00:18:41,830
- Saya...
- Ya, beri kepada saya.
378
00:18:41,914 --> 00:18:44,458
Okey, tukar kad di sana. Ya.
Letak Matthew di kerusi perang.
379
00:18:44,541 --> 00:18:45,542
Okey.
380
00:18:55,594 --> 00:18:56,595
Aduhai.
381
00:18:57,804 --> 00:19:00,098
- Saya rindu rambut.
- Boleh tinggalkan saya sekejap?
382
00:19:02,518 --> 00:19:06,188
Okey. Boleh ingatkan saya sekali lagi
kenapa saya buat begini?
383
00:19:06,855 --> 00:19:08,565
Matthew, saya tak percaya
384
00:19:08,649 --> 00:19:12,694
dengan institusi secara am
atau kerajaan teratur secara khusus.
385
00:19:12,778 --> 00:19:16,365
Malah, saya menyokong, penghapusannya.
386
00:19:16,448 --> 00:19:21,203
Tapi, saya percaya awak akan jadi
gabenor terbaik di negeri ini.
387
00:19:21,286 --> 00:19:23,497
- Begitulah.
- Dax Shepard dah sampai.
388
00:19:23,580 --> 00:19:25,165
Tiada autograf, tiada swafoto.
389
00:19:25,666 --> 00:19:26,667
Okey.
390
00:19:26,750 --> 00:19:29,461
Masa untuk beraksi.
391
00:19:30,712 --> 00:19:35,133
Hei, jika awak buntu di sana,
pandang ke arah saya.
392
00:19:35,217 --> 00:19:36,677
Cari petunjuk saya.
393
00:19:38,178 --> 00:19:40,305
- Semoga berjaya, Gabenor.
- Tekan rakam.
394
00:19:45,352 --> 00:19:48,981
Dia ada senyuman lesung pipit
apabila bercakap tentang infrastruktur...
395
00:19:49,064 --> 00:19:52,067
- Serangan Dax. Kawan. Hei!
- Woody, apa khabar?
396
00:19:52,150 --> 00:19:54,736
- Sihat. Aduhai.
- Gembira jumpa awak.
397
00:19:54,820 --> 00:19:56,572
Apa yang berlaku? Itu bas awak?
398
00:19:56,655 --> 00:19:58,240
- Ya. Kami tinggal di dalam bas.
- Wau.
399
00:19:58,323 --> 00:20:00,993
- Kewangan, semuanya okey?
- Ya.
400
00:20:01,076 --> 00:20:03,036
Ada anjing bernama Woody Kecil.
401
00:20:03,120 --> 00:20:06,164
Saya menulis lagu menggunakan
nama samaran. Tiada rungutan.
402
00:20:06,248 --> 00:20:08,417
- Okey. Ya.
- Tapi, siapa nak dengar, bukan?
403
00:20:08,500 --> 00:20:10,752
- Tapi, saya rasa dia dah bersedia.
- Awak boleh.
404
00:20:12,129 --> 00:20:13,547
- Lihatlah si kacak ini.
- Hei.
405
00:20:13,630 --> 00:20:15,591
- Apa khabar?
- Terima kasih sebab datang.
406
00:20:15,674 --> 00:20:17,217
- Ya.
- Kenapa? Mata dicucuk?
407
00:20:17,301 --> 00:20:19,219
Saya terkena konjunktivitis. Ya.
408
00:20:19,303 --> 00:20:20,721
Nasib baik kita berpelukan.
409
00:20:21,638 --> 00:20:23,140
Bahan-bahan.
410
00:20:30,314 --> 00:20:31,899
Okey, ke udara.
411
00:20:33,317 --> 00:20:36,570
- Matthew, sahabat. Gembira bertemu.
- Terima kasih kerana datang.
412
00:20:36,653 --> 00:20:37,988
Awak ada banyak bakat.
413
00:20:38,071 --> 00:20:42,534
Awak pemenang Oscar.
Dua kali awak tulis buku terlaris.
414
00:20:42,618 --> 00:20:43,911
- Sebenarnya, tiga. Ya.
- Tiga?
415
00:20:43,994 --> 00:20:48,207
- Awak profesor pelawat di UT?
- Ya, saya cipta dua kelas di sana.
416
00:20:48,290 --> 00:20:51,585
Hebat. Kita boleh berbual sejam
tentang mana-mana topik itu.
417
00:20:51,668 --> 00:20:53,295
Tapi, itu bukan tujuan kita hari ini.
418
00:20:53,378 --> 00:20:55,214
Ada aktiviti baharu yang awak nak umumkan?
419
00:20:55,297 --> 00:20:59,927
Ya. Hari ini, saya dengan berbesar hati
dan dengan rendah diri ingin mengumumkan
420
00:21:00,010 --> 00:21:04,598
yang saya akan bertanding
sebagai gabenor negeri Texas yang hebat.
421
00:21:04,681 --> 00:21:08,310
Daripada Wooderson menjadi calon gabenor.
422
00:21:08,393 --> 00:21:10,020
Saya warga Texas generasi kelima.
423
00:21:10,103 --> 00:21:13,148
Saya tahu pencapaian dulu,
sekarang dan hala tuju negeri ini.
424
00:21:13,232 --> 00:21:17,069
Saya tahu orang Texas
mahukan pekerjaan yang baik.
425
00:21:17,152 --> 00:21:18,612
Sekolah yang selamat untuk kanak-kanak.
426
00:21:18,695 --> 00:21:21,698
Undang-undang dan ketenteraman yang
bertanggungjawab dan paling penting,
427
00:21:21,782 --> 00:21:24,034
mereka mahu gabenor yang boleh dipercayai.
428
00:21:24,117 --> 00:21:26,912
Itu yang saya mahu berikan kepada anda.
429
00:21:26,995 --> 00:21:27,996
Bagus.
430
00:21:28,080 --> 00:21:30,916
Semasa kita berbual selama ini,
awak selalu ceritakan
431
00:21:30,999 --> 00:21:35,879
kisah Texas awak sebagai
kisah antara awak dan ayah awak, Pak Mac.
432
00:21:35,963 --> 00:21:37,381
Dia orang Texas.
433
00:21:38,215 --> 00:21:44,847
Saya anggap diri saya sebagai anak Texas.
434
00:21:46,348 --> 00:21:51,436
Ya, jadi berdasarkan itu,
saya boleh bayangkan reaksi awak
435
00:21:51,520 --> 00:21:55,983
apabila dapat tahu
Pak Mac bukan ayah kandung awak.
436
00:21:57,192 --> 00:21:58,235
Apa dia cakap?
437
00:21:58,318 --> 00:22:01,238
Awak baru tahu tentangnya?
438
00:22:02,406 --> 00:22:05,033
Apa yang awak cakap ini?
439
00:22:05,117 --> 00:22:07,286
Ujian DNA yang mereka beri pada saya.
440
00:22:09,496 --> 00:22:10,706
{\an8}UJIAN DNA ROOTS
441
00:22:10,789 --> 00:22:13,876
Mula-mula,
awak dapat tahu tentang ayah awak.
442
00:22:13,959 --> 00:22:18,505
Kemudian, dapat tahu
awak dan kawan baik awak,
443
00:22:18,589 --> 00:22:19,965
Woody Harrelson,
444
00:22:20,048 --> 00:22:25,179
berkongsi ayah kandung.
Pasti sukar dipercayai, bukan?
445
00:22:31,977 --> 00:22:33,937
Boleh kita berhenti sekejap?
446
00:22:48,785 --> 00:22:49,912
Apa yang berlaku?
447
00:22:58,378 --> 00:23:01,048
Apa ini? Betulkah?
448
00:23:01,924 --> 00:23:05,385
Saya pun baru tahu.
449
00:23:05,469 --> 00:23:07,638
- Tapi, awak tahu.
- Tak, saya tak tahu.
450
00:23:07,721 --> 00:23:10,015
Woody, nama awak ada dalam analisis ini.
451
00:23:10,098 --> 00:23:12,059
Saya mahu bercakap dengan awak tentangnya.
452
00:23:12,142 --> 00:23:15,103
Tapi, saya tak mahu cakap
sehingga saya benar-benar...
453
00:23:16,230 --> 00:23:18,065
- Ayah?
- Petunjuk?
454
00:23:19,441 --> 00:23:20,442
Sayang, awak okey?
455
00:23:31,787 --> 00:23:34,456
- Okey.
- Matthew.
456
00:23:36,834 --> 00:23:37,835
Mata saya.
457
00:24:58,665 --> 00:25:00,667
Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias