1
00:00:11,200 --> 00:00:15,040
Las Encinas cuba kembali
beroperasi secara normal
2
00:00:15,040 --> 00:00:17,760
menurut kenyataan pihak sekolah.
3
00:00:17,760 --> 00:00:19,280
Kejadian itu menggemparkan.
4
00:00:19,280 --> 00:00:20,400
Dua minggu kemudian,
5
00:00:20,400 --> 00:00:23,360
kami masih tak banyak tahu
tentang kejadian tembakan itu.
6
00:00:23,360 --> 00:00:27,000
Kami ingin ingatkan, tiada yang cedera.
Kami akan terus beri perkembangan.
7
00:00:38,200 --> 00:00:39,880
Kakak saya juga belajar di sana.
8
00:00:40,920 --> 00:00:43,560
Dia menjalani kehidupan yang bahagia.
9
00:00:44,920 --> 00:00:45,840
Tengoklah saya.
10
00:00:46,440 --> 00:00:47,400
Ia akan berlalu.
11
00:00:47,920 --> 00:00:50,480
Masa yang buruk akan berlalu,
seperti masa yang bagus.
12
00:00:50,480 --> 00:00:52,080
Bila kesakitan ini akan hilang?
13
00:00:54,560 --> 00:00:57,080
Saya cadang untuk kembali makan ubat.
14
00:00:57,920 --> 00:00:59,480
Saya ada beberapa kotak ubat lagi.
15
00:00:59,480 --> 00:01:02,480
Awak tak perlukan ubat.
Jangan makan ubat tanpa preskripsi.
16
00:01:03,000 --> 00:01:03,840
Tak guna.
17
00:01:05,720 --> 00:01:07,640
Bila mimpi ngeri ini akan berakhir?
18
00:01:08,280 --> 00:01:12,360
Keresahan ini?
Tangani perasan negatif setiap hari?
19
00:01:12,360 --> 00:01:14,960
Awak perlu harunginya sekarang.
20
00:01:15,560 --> 00:01:19,640
Jangan lari. Bertahan.
Lambat-laun, ia akan berlalu.
21
00:01:43,840 --> 00:01:47,840
{\an8}Saya boleh jamin
Las Encinas tempat yang selamat.
22
00:01:47,840 --> 00:01:49,240
{\an8}Awak pasti?
23
00:01:49,240 --> 00:01:51,720
{\an8}Kenapa kita masih cakap tentang hal ini?
24
00:01:52,280 --> 00:01:54,120
{\an8}Nyawa anak-anak kita dalam bahaya.
25
00:01:54,120 --> 00:01:56,040
{\an8}- María, tolonglah.
- Tak.
26
00:01:57,240 --> 00:02:00,040
{\an8}Dídac perlu dibuang sekolah.
27
00:02:00,040 --> 00:02:02,320
{\an8}- Mak!
- Bukan sekarang, Nico.
28
00:02:02,320 --> 00:02:06,440
{\an8}- Pewaris Mafia di Las Encinas...
- Mafia?
29
00:02:06,440 --> 00:02:08,880
{\an8}- Tersebar dalam berita.
- Mereka nak perhatian.
30
00:02:08,880 --> 00:02:11,680
{\an8}- Mereka usahawan.
- Dídac masih remaja.
31
00:02:11,680 --> 00:02:14,280
{\an8}Saya tak kenal awak...
32
00:02:14,280 --> 00:02:17,000
{\an8}- Saya Luis, ketua pengajian.
- Apa-apa saja.
33
00:02:17,000 --> 00:02:20,520
Mereka datang kerana tahu
budak itu pelajar di sini.
34
00:02:20,520 --> 00:02:23,960
Sama ada awak buang Dídac
atau kami berhentikan anak-anak kami.
35
00:02:23,960 --> 00:02:26,080
- Mudah saja.
- Kita tiada pilihan.
36
00:02:26,080 --> 00:02:28,280
- Kita tiada pilihan.
- Tak, María.
37
00:02:28,280 --> 00:02:34,200
Saya beri awak dua hari
untuk fikirkannya dan mengundi.
38
00:02:34,200 --> 00:02:37,000
Jika awak nak serah hak mengundi
kepada orang lain...
39
00:02:38,320 --> 00:02:39,800
kepada mereka,
40
00:02:40,720 --> 00:02:41,800
awak boleh buat.
41
00:02:41,800 --> 00:02:46,080
Okey, tapi asingkan dia,
sama ada awak suka atau tak.
42
00:02:48,840 --> 00:02:50,520
Terima kasih.
43
00:02:50,520 --> 00:02:53,880
Selepas awak buat keputusan,
kita akan sambung mesyuarat.
44
00:02:53,880 --> 00:02:56,120
- Semua ini dah tak terkawal.
- Dídac...
45
00:03:08,160 --> 00:03:11,360
Tak guna!
Saya tak boleh lari daripada kamu semua!
46
00:03:11,360 --> 00:03:13,760
- Tolong hentikannya!
- Hei, bertenang.
47
00:03:13,760 --> 00:03:15,360
Saya akan dibuang sekolah,
48
00:03:15,360 --> 00:03:17,000
ayah akan hantar saya ke Jávea.
49
00:03:17,000 --> 00:03:19,320
Kamu semua terlibat dalam hal apa?
50
00:03:21,680 --> 00:03:23,560
Awak takkan ke mana-mana.
51
00:03:28,120 --> 00:03:29,680
Awak tak jawab soalan saya.
52
00:03:31,000 --> 00:03:33,680
Kalau awak nak pergi, pergilah.
53
00:03:33,680 --> 00:03:35,000
Saya tak kisah.
54
00:03:35,000 --> 00:03:37,000
Namun, jangan tanya lagi.
55
00:03:37,000 --> 00:03:38,960
Saya jumpa kawan yang serasi di sini.
56
00:03:38,960 --> 00:03:40,520
Saya kata awak takkan pergi.
57
00:03:41,120 --> 00:03:42,080
Percayalah.
58
00:03:45,600 --> 00:03:48,560
Tak mungkin. Semua ini tak adil.
59
00:03:48,560 --> 00:03:51,080
Kita bincang tentang orang bersenjata.
60
00:03:51,960 --> 00:03:52,880
Kamu semua!
61
00:03:53,400 --> 00:03:55,520
Kembali ke tempat duduk.
62
00:04:08,920 --> 00:04:12,520
Nico, boleh saya pinjam
gambar awak dan Dídac?
63
00:04:13,800 --> 00:04:18,040
Saya akan pulangkan, tapi saya
akan buat apa saja untuk bantu dia.
64
00:04:27,520 --> 00:04:28,560
Terima kasih.
65
00:04:37,280 --> 00:04:38,120
Nico.
66
00:04:40,880 --> 00:04:41,960
Hei,
67
00:04:42,480 --> 00:04:44,800
hebatnya awak pertahankan Dídac.
68
00:04:45,760 --> 00:04:47,280
Dia kawan baik saya.
69
00:04:48,480 --> 00:04:52,240
Seronok dapat bersama orang
yang buat apa saja untuk kawan.
70
00:04:54,320 --> 00:04:55,840
{\an8}TENGOKLAH GADIS MURAHAN BARU...
71
00:04:55,840 --> 00:04:58,720
{\an8}Apa? Semua telefon terima
mesej serentak?
72
00:05:01,160 --> 00:05:05,200
{\an8}Lucah. Dia dipanggil gadis murahan.
Jadi, mungkin akaun itu palsu.
73
00:05:05,200 --> 00:05:07,560
Saya rasa ia video seks.
74
00:05:08,120 --> 00:05:11,120
Jangan tonton. Itu gangguan privasi.
75
00:05:12,600 --> 00:05:14,560
Saya pasti akan tonton.
76
00:05:14,560 --> 00:05:15,920
Jangan, Sara.
77
00:05:21,240 --> 00:05:22,360
Awak merakam?
78
00:05:23,760 --> 00:05:25,520
Awak suka merakam saya?
79
00:05:31,160 --> 00:05:32,000
Okey, cukup.
80
00:05:32,720 --> 00:05:34,960
Awak ambil masa agak lama
untuk halang saya.
81
00:05:34,960 --> 00:05:37,560
Awak mengintai sambil menilai saya.
82
00:05:53,920 --> 00:05:54,760
Hai.
83
00:05:54,760 --> 00:05:55,760
Hei.
84
00:05:57,080 --> 00:06:01,040
Hei, tentang video itu.
Teruk betul. Pasti awak rasa teruk.
85
00:06:01,040 --> 00:06:02,440
Taklah teruk sangat.
86
00:06:02,440 --> 00:06:04,440
Saya tetap tidur lena.
87
00:06:05,160 --> 00:06:07,280
Jika perkara itu berlaku kepada saya...
88
00:06:07,280 --> 00:06:09,680
Telefon saya dicuri beberapa hari lalu.
89
00:06:09,680 --> 00:06:11,400
Boleh berlaku. Ia dah berlaku.
90
00:06:11,400 --> 00:06:14,320
Ia tak boleh dibatalkan,
jadi teruskan hidup.
91
00:06:16,120 --> 00:06:17,520
Saya Chloe.
92
00:06:17,520 --> 00:06:18,440
Sonia.
93
00:06:19,360 --> 00:06:20,360
Selamat berkenalan.
94
00:06:25,440 --> 00:06:27,080
Terima kasih sebab ambil berat.
95
00:06:50,440 --> 00:06:52,440
Sayangnya tak boleh ke kolam
kerana mendung.
96
00:06:52,440 --> 00:06:54,800
Jangan bimbang.
Kita seronok juga di dalam.
97
00:06:54,800 --> 00:06:56,400
Yang penting, orang bersama kita.
98
00:06:56,400 --> 00:06:58,680
Rancangan hanya alasan. Minum.
99
00:07:04,880 --> 00:07:07,800
Inilah kiub ais sebenar.
Tak macam di luar negara.
100
00:07:09,040 --> 00:07:11,320
Kiub ais di Sepanyol memang hebat.
101
00:07:25,560 --> 00:07:26,400
Hentikannya.
102
00:07:26,960 --> 00:07:27,880
Jangan nakal.
103
00:07:27,880 --> 00:07:29,560
Kalau saya baik, saya sangat baik.
104
00:07:30,080 --> 00:07:31,760
Namun, saya lebih baik masa nakal.
105
00:07:32,360 --> 00:07:33,200
Minum.
106
00:07:35,160 --> 00:07:36,640
Hai, mak.
107
00:07:36,640 --> 00:07:37,640
Hai!
108
00:07:37,640 --> 00:07:39,720
Kamu ingat José Luis?
109
00:07:39,720 --> 00:07:41,440
Rasa macam pernah tengok dia.
110
00:07:41,440 --> 00:07:43,000
Dia kecil lagi ketika itu.
111
00:07:43,680 --> 00:07:45,360
Awak dah dewasa sekarang.
112
00:07:46,040 --> 00:07:47,160
Ya.
113
00:07:47,160 --> 00:07:48,760
Saya membesar dengan bagus?
114
00:07:49,880 --> 00:07:52,560
Pergilah ambil angin. Kami nak berbincang.
115
00:07:52,560 --> 00:07:53,480
Baiklah.
116
00:07:57,000 --> 00:07:59,040
Gembira jumpa awak, José Luis.
117
00:08:00,240 --> 00:08:01,600
Saya pun sama.
118
00:08:05,000 --> 00:08:06,440
Hei.
119
00:08:06,440 --> 00:08:07,920
Pandang saya.
120
00:08:17,520 --> 00:08:18,920
Hei.
121
00:08:18,920 --> 00:08:20,400
Anak saya dah pergi?
122
00:08:20,400 --> 00:08:21,320
Ya.
123
00:08:44,360 --> 00:08:45,280
Apa?
124
00:08:50,920 --> 00:08:52,920
Carmen, tolonglah!
125
00:08:52,920 --> 00:08:55,400
Orang keji macam awak
buat tangan saya menggeletar.
126
00:08:55,400 --> 00:08:56,800
Saya tak cakap apa-apa.
127
00:08:56,800 --> 00:08:58,440
Saya dengar fikiran awak.
128
00:08:58,960 --> 00:08:59,920
Sukar dipercayai.
129
00:09:03,640 --> 00:09:05,120
Mari sini, dungu.
130
00:09:09,480 --> 00:09:14,000
Awak ada sut kekasih lain?
131
00:09:15,440 --> 00:09:17,600
Awak mungkin kena pakai skirt berlisu.
132
00:09:19,120 --> 00:09:22,560
Kalau begitu, saya kena naik teksi
dengan rupa begini.
133
00:09:22,560 --> 00:09:24,440
- Jumpa esok?
- Ya.
134
00:09:25,160 --> 00:09:26,080
Ayuh, dungu.
135
00:09:26,080 --> 00:09:29,600
Kita jumpa esok
dan bincang sebab awak ke Madrid.
136
00:09:29,600 --> 00:09:32,040
- Saya tahu bukan sebab saya.
- Budak bijak.
137
00:09:35,880 --> 00:09:36,840
Jumpa lagi.
138
00:09:42,520 --> 00:09:44,440
Selamat datang.
139
00:09:44,440 --> 00:09:46,680
- Boleh?
- Ya, boleh.
140
00:09:46,680 --> 00:09:47,600
Okey.
141
00:09:48,640 --> 00:09:50,240
Saya letak barang di sini.
142
00:09:50,240 --> 00:09:51,360
Letak di mana-mana.
143
00:09:51,360 --> 00:09:53,680
- Awak lapar?
- Ya. Kita boleh pesan makanan.
144
00:09:53,680 --> 00:09:56,680
Saya lapar. Mari pesan makanan
yang bagus, seperti piza.
145
00:09:56,680 --> 00:09:58,000
- Boleh juga.
- Okey.
146
00:09:58,680 --> 00:09:59,520
Bagus.
147
00:10:01,880 --> 00:10:03,560
Kejutan!
148
00:10:03,560 --> 00:10:04,880
Hei!
149
00:10:12,920 --> 00:10:14,000
Terima kasih.
150
00:10:16,120 --> 00:10:18,640
Walaupun kalau polis kata ada bukti,
151
00:10:18,640 --> 00:10:21,720
dan kereta terbakar itu miliknya,
saya tahu Patrick tak buat.
152
00:10:22,400 --> 00:10:25,160
Betul, tapi dia lesap
bersama keluarganya.
153
00:10:25,880 --> 00:10:27,160
Entahlah.
154
00:10:27,160 --> 00:10:28,240
Itu pelik.
155
00:10:28,240 --> 00:10:29,920
Saya tahu dan saya tak peduli.
156
00:10:29,920 --> 00:10:31,320
Bukan dia yang buat.
157
00:10:40,680 --> 00:10:42,280
Dia takkan buat begitu kepada awak.
158
00:10:46,760 --> 00:10:47,840
Iván, saya...
159
00:10:48,840 --> 00:10:49,760
Maafkan saya.
160
00:10:54,320 --> 00:10:56,080
Saya betul-betul minta maaf.
161
00:10:56,840 --> 00:10:58,040
Sungguh.
162
00:11:02,120 --> 00:11:05,480
Maaf kerana awak harungi
banyak masalah dalam masa singkat.
163
00:11:07,360 --> 00:11:08,600
Saya nak ke tandas.
164
00:11:31,640 --> 00:11:32,920
Saya periksa keadaan dia.
165
00:11:44,240 --> 00:11:45,320
Apa awak cakap tadi?
166
00:11:46,960 --> 00:11:48,720
Apa itu?
167
00:11:50,440 --> 00:11:51,280
Hei!
168
00:11:53,320 --> 00:11:54,720
Awak nak mengaku?
169
00:11:56,520 --> 00:11:57,960
Hebatnya.
170
00:11:58,440 --> 00:11:59,560
Hebat.
171
00:12:03,200 --> 00:12:04,120
Saya tak tahan lagi.
172
00:12:04,720 --> 00:12:06,040
Awak tak tahan lagi?
173
00:12:06,040 --> 00:12:09,640
Kasihan. Awak fikir
awak seorang saja yang menderita?
174
00:12:12,040 --> 00:12:13,440
Nak ke balai polis?
175
00:12:13,440 --> 00:12:14,360
Mari.
176
00:12:14,840 --> 00:12:15,880
Saya akan mengaku.
177
00:12:18,320 --> 00:12:20,760
- Apa?
- Ya, saya akan cakap saya yang buat.
178
00:12:22,640 --> 00:12:23,760
Apa maksud awak?
179
00:12:23,760 --> 00:12:26,320
Kita nak tamatkan semua ini,
180
00:12:26,320 --> 00:12:28,760
tapi saya tak nak
awak hancurkan hidup di penjara.
181
00:12:28,760 --> 00:12:30,960
Tak mungkin.
182
00:12:30,960 --> 00:12:34,720
Bukan awak tapi saya akan ke penjara
atau saya akan bunuh diri.
183
00:12:51,880 --> 00:12:53,000
Dengar sini.
184
00:12:55,200 --> 00:12:58,120
Tiada sesiapa perlu tanggung akibat
jika kita bekerjasama.
185
00:12:58,120 --> 00:13:00,480
Bahagian paling teruk
dah berakhir, sumpah.
186
00:13:02,080 --> 00:13:03,120
Percayalah.
187
00:13:07,400 --> 00:13:08,360
Okey?
188
00:13:09,080 --> 00:13:11,960
Hei...
189
00:13:17,400 --> 00:13:20,760
Esok, pastikan kamu dah baca
asal usul dan perspektif teori
190
00:13:20,760 --> 00:13:23,480
Sekolah Frankfurt. Terima kasih.
191
00:13:28,600 --> 00:13:29,760
Omar.
192
00:13:29,760 --> 00:13:33,040
Jabatan baru dihubungi
tentang latihan amali berbayar.
193
00:13:33,040 --> 00:13:35,840
Uruskan aplikasi sokongan dan bantuan
194
00:13:35,840 --> 00:13:38,000
untuk para pelajar di sekolah Las Encinas.
195
00:13:38,680 --> 00:13:40,680
Awak belajar di sana, bukan?
196
00:13:41,200 --> 00:13:42,360
Tak.
197
00:13:42,360 --> 00:13:44,720
Yakah? Saya sangka saya baca dalam...
198
00:13:44,720 --> 00:13:45,680
Tak.
199
00:13:45,680 --> 00:13:47,360
Maaf sebab terkeliru.
200
00:13:47,360 --> 00:13:50,200
Apa pun, hubungi dia kalau awak berminat.
201
00:13:52,400 --> 00:13:53,440
Tak, terima kasih.
202
00:13:53,440 --> 00:13:54,760
Saya tak berminat.
203
00:13:55,320 --> 00:13:56,840
KETUA PENGAJIAN
204
00:14:08,360 --> 00:14:09,960
Kenapa awak nak gambar-gambar ini?
205
00:14:12,880 --> 00:14:16,960
Nico membesar jadi pemuda yang hebat
disebabkan model peranan di rumah.
206
00:14:16,960 --> 00:14:19,480
Namun, pada masa ini
dia perlukan rakan sebaya.
207
00:14:19,480 --> 00:14:21,600
Rakan yang anggap dia setaraf.
208
00:14:21,600 --> 00:14:24,280
Bagi Nico, rakannya ialah Dídac.
209
00:14:30,120 --> 00:14:31,000
Maksud saya...
210
00:14:33,000 --> 00:14:36,160
Tak adil untuk pelajar
tanggung dosa keluarganya.
211
00:14:36,720 --> 00:14:40,480
Seorang lagi kehilangan kawan baiknya
kerana kedegilan keluarganya.
212
00:14:47,200 --> 00:14:49,120
{\an8}TOLAK SPEKULASI
213
00:14:49,120 --> 00:14:52,920
Orang tanpa rumah! Rumah tanpa orang!
214
00:14:52,920 --> 00:14:56,240
{\an8}Orang tanpa rumah! Rumah tanpa orang!
215
00:14:57,160 --> 00:15:01,200
{\an8}Bangunan yang diceroboh itu terletak
di kawasan dikenali sebagai Madrid Río,
216
00:15:01,200 --> 00:15:04,120
kini mereka isytihar sebagai pusat sosial.
217
00:15:04,120 --> 00:15:05,600
Malah, mereka...
218
00:15:05,600 --> 00:15:06,680
María?
219
00:15:08,040 --> 00:15:09,040
Apa?
220
00:15:09,040 --> 00:15:11,400
- Awak tak nampak?
- Apa?
221
00:15:11,400 --> 00:15:13,600
{\an8}...tentang maksud nama itu,
222
00:15:13,600 --> 00:15:16,080
{\an8}mereka mendakwa
pusat itu guna taktik...
223
00:15:16,080 --> 00:15:17,160
{\an8}Lepaskan saya!
224
00:15:17,160 --> 00:15:20,520
{\an8}...menyokong seluruh kejiranan.
225
00:15:20,520 --> 00:15:22,760
{\an8}RUSUHAN DI BANGUNAN YANG DIHUNI
226
00:15:24,840 --> 00:15:26,040
Terima kasih.
227
00:15:30,200 --> 00:15:31,360
Eric.
228
00:15:31,360 --> 00:15:32,440
Helo, mak cik.
229
00:15:32,440 --> 00:15:33,440
Hai.
230
00:15:37,520 --> 00:15:38,360
Awak okey?
231
00:15:38,960 --> 00:15:39,880
- Ya.
- Ya?
232
00:15:41,480 --> 00:15:42,880
Ibu bapa awak?
233
00:15:44,120 --> 00:15:45,640
Mereka tak tahu saya di sini.
234
00:15:46,120 --> 00:15:48,360
Apa maksud awak tak tahu?
235
00:15:48,360 --> 00:15:49,560
Saya akan beritahu.
236
00:15:49,560 --> 00:15:52,160
Saya tak nak mereka tahu.
237
00:15:52,160 --> 00:15:54,360
Mereka bukan sebahagian hidup saya lagi.
238
00:15:56,640 --> 00:15:57,720
Awak tinggal di mana?
239
00:15:59,080 --> 00:16:00,800
Di mana saja saya boleh menumpang.
240
00:16:06,360 --> 00:16:07,480
Macam mana sepupu Nico?
241
00:16:09,480 --> 00:16:10,560
Baik.
242
00:16:10,560 --> 00:16:12,080
Dia okey,
243
00:16:12,560 --> 00:16:13,640
Dia sangat gembira.
244
00:16:14,440 --> 00:16:16,000
Saya bangga akan dia.
245
00:16:20,320 --> 00:16:21,400
Mari pergi.
246
00:16:27,000 --> 00:16:27,840
Biar betul?
247
00:16:27,840 --> 00:16:29,960
- Awak tak ingat?
- Hantar.
248
00:16:30,760 --> 00:16:31,600
Terima kasih.
249
00:16:34,400 --> 00:16:35,920
Semuanya okey, Sara?
250
00:16:35,920 --> 00:16:38,240
Ya, saya agak bersemangat
tentang hal ini.
251
00:16:38,240 --> 00:16:41,520
Jangan risau. Semua di sini pun begitu.
252
00:16:47,320 --> 00:16:49,240
- Piza dan muzik?
- Tolonglah.
253
00:17:22,480 --> 00:17:23,960
Penghantar piza dah sampai?
254
00:17:30,840 --> 00:17:31,680
Helo.
255
00:17:34,040 --> 00:17:34,880
Hai.
256
00:17:36,160 --> 00:17:37,520
Nico beritahu saya.
257
00:17:37,520 --> 00:17:39,240
Saya nak beri pelukan kepada Iván.
258
00:17:41,040 --> 00:17:42,800
- Hei, Dídac.
- Apa khabar?
259
00:17:43,280 --> 00:17:45,680
- Jadi...
- Saya sangat gembira jumpa awak.
260
00:17:46,960 --> 00:17:49,000
Masuklah. Semua orang ada di sini.
261
00:17:49,000 --> 00:17:50,920
- Okey.
- Jumpa di dalam.
262
00:17:59,760 --> 00:18:00,600
Apa?
263
00:18:01,480 --> 00:18:06,320
Awak fikir bagus untuk terus mengelak dia
pada malam terakhirnya?
264
00:18:07,080 --> 00:18:08,480
Iván, jangan masuk campur.
265
00:18:09,000 --> 00:18:10,040
Tunggu, Isa.
266
00:18:13,600 --> 00:18:14,480
Dengar sini.
267
00:18:15,120 --> 00:18:17,840
Saya tahu rasanya untuk sedar...
268
00:18:18,520 --> 00:18:20,720
yang awak tak boleh bersama seseorang,
269
00:18:21,240 --> 00:18:23,440
tak boleh buat perkara
yang awak tak pernah buat.
270
00:18:26,320 --> 00:18:27,840
Ia amat menyakitkan.
271
00:18:27,840 --> 00:18:29,560
Awak tak tahu ia amat menyakitkan.
272
00:18:35,880 --> 00:18:36,720
Awak pula?
273
00:18:38,520 --> 00:18:39,360
Awak okey?
274
00:18:40,280 --> 00:18:42,400
Kami buat awak rimas, bukan?
275
00:18:43,880 --> 00:18:47,720
- Saya berterima kasih...
- Saya akan halau mereka dalam tiga minit.
276
00:18:54,160 --> 00:18:55,360
Helo!
277
00:18:55,360 --> 00:18:56,320
Sepupu!
278
00:18:56,320 --> 00:18:57,480
Nico!
279
00:19:00,800 --> 00:19:02,720
Apa khabar? Awak makan malam di sini?
280
00:19:03,440 --> 00:19:05,240
Dia akan tinggal bersama kita.
281
00:19:05,240 --> 00:19:07,040
- Yakah?
- Yakah?
282
00:19:07,920 --> 00:19:10,480
Berapa lama?
283
00:19:10,480 --> 00:19:13,000
Tengok dulu. Buat seketika.
284
00:19:16,400 --> 00:19:17,880
Ya!
285
00:19:19,400 --> 00:19:20,480
Tolonglah.
286
00:19:21,160 --> 00:19:22,480
Kita bincang nanti.
287
00:19:25,920 --> 00:19:27,960
Pasti awak sangat berani
288
00:19:27,960 --> 00:19:30,680
melawan polis bersenjata seperti itu.
289
00:19:31,320 --> 00:19:33,000
Awak tak takut?
290
00:19:33,840 --> 00:19:36,560
Kita perlu melawan ketidakadilan , sepupu.
291
00:19:37,200 --> 00:19:38,960
Kalau tak lawan, orang jahat menang.
292
00:19:40,360 --> 00:19:41,280
Ya, betul.
293
00:19:47,040 --> 00:19:49,600
Jadi, sebenarnya awak tak pergi?
294
00:19:49,600 --> 00:19:53,000
Macam mana saya nak pergi?
Saya yang uruskan semuanya.
295
00:19:53,880 --> 00:19:55,480
Saya pasti amat takut lakukannya.
296
00:19:55,480 --> 00:19:58,280
"Kalau tak lawan, orang jahat menang."
297
00:19:59,120 --> 00:20:01,640
Orang baik dan orang jahat.
298
00:20:02,640 --> 00:20:05,320
Ganas dan tak matang.
Kenapa awak bawa dia balik?
299
00:20:05,320 --> 00:20:07,960
Saya tak boleh biar dia
berkeliaran di jalanan.
300
00:20:07,960 --> 00:20:11,440
Abang awak kenal dia.
Mungkin dia tahu apa yang dia buat.
301
00:20:11,920 --> 00:20:13,280
Eric baik orangnya.
302
00:20:13,280 --> 00:20:15,560
Bersama Nico, bersama kita,
303
00:20:15,560 --> 00:20:18,840
di rumah yang dia rasa
dia disayangi, ada orang ambil berat,
304
00:20:18,840 --> 00:20:20,720
kita akan bantu dia cari fokusnya.
305
00:20:20,720 --> 00:20:23,360
- Atau Nico boleh hilang fokus.
- Itu takkan berlaku.
306
00:20:23,360 --> 00:20:26,440
Nico ada idea yang jelas dan akal budi.
307
00:20:28,120 --> 00:20:29,960
Alfonso, cuma beberapa minggu.
308
00:20:29,960 --> 00:20:33,200
Kita tengok hasilnya dan buat keputusan.
309
00:20:34,360 --> 00:20:35,360
Mak.
310
00:20:35,360 --> 00:20:37,120
Saya nak bawa Eric keluar minum.
311
00:20:37,120 --> 00:20:38,280
Baiklah.
312
00:20:38,280 --> 00:20:41,640
Ini malam terakhir Dídac
dan kami berkumpul di rumah Isadora.
313
00:20:41,640 --> 00:20:43,800
- Jangan balik lambat.
- Okey.
314
00:20:44,600 --> 00:20:46,040
Saya tukar pakaian dan pergi.
315
00:20:47,280 --> 00:20:48,240
María,
316
00:20:49,320 --> 00:20:52,320
saya faham Eric darah daging awak, tapi
317
00:20:53,160 --> 00:20:55,720
tunjuklah belas kasihan
kepada kawan baik anak awak,
318
00:20:55,720 --> 00:20:57,760
yang beri pengaruh baik kepada dia.
319
00:21:04,880 --> 00:21:06,160
Helo, sayang.
320
00:21:06,160 --> 00:21:09,600
Saya tulis seribu surat
dalam telefon saya,
321
00:21:09,600 --> 00:21:13,280
dan saya fikir seribu kata-kata
untuk yakinkan awak terima saya kembali.
322
00:21:14,440 --> 00:21:16,760
Namun akhirnya,
saya ucap selamat tinggal.
323
00:21:18,080 --> 00:21:20,040
Saya enggan kehilangan awak selamanya.
324
00:21:20,520 --> 00:21:21,880
Walaupun demi kebaikan.
325
00:21:22,360 --> 00:21:25,600
Biarlah saya hidup dengan harapan
kita akan jumpa lagi.
326
00:21:27,040 --> 00:21:31,600
Saya tak minta sesuatu
yang kita tak pernah ada atau baharu.
327
00:21:32,720 --> 00:21:35,200
Saya cuma nak kembali
kepada hubungan kita dulu.
328
00:21:35,840 --> 00:21:36,960
Sesuatu yang benar.
329
00:21:38,440 --> 00:21:40,760
Namun, untuk itu berlaku...
330
00:21:41,440 --> 00:21:43,440
saya perlu lenyap.
331
00:21:44,480 --> 00:21:46,280
Itulah yang awak cakap selama ini.
332
00:21:47,760 --> 00:21:49,760
Jadi, sehingga kita berjumpa lagi...
333
00:21:51,720 --> 00:21:52,680
saya cinta awak.
334
00:21:55,320 --> 00:21:56,880
Saya amat cinta awak, Iván.
335
00:21:59,680 --> 00:22:02,000
Dari dulu sampai bila-bila.
336
00:22:26,160 --> 00:22:27,000
Aduh!
337
00:22:29,800 --> 00:22:31,000
- Helo?
- Hei.
338
00:22:32,080 --> 00:22:32,920
Ya!
339
00:22:32,920 --> 00:22:35,040
Hai. Awak pesan piza?
340
00:22:35,520 --> 00:22:36,960
Ya, tapi saya tak...
341
00:22:37,800 --> 00:22:40,040
Saya tak boleh gerak.
Saya perlukan bantuan.
342
00:22:40,040 --> 00:22:43,520
Masukkan kod dan masuk.
343
00:22:44,200 --> 00:22:46,520
Kodnya 1, 9, 9, 7.
344
00:22:48,360 --> 00:22:50,160
Hei, awak tak apa-apa?
345
00:22:56,160 --> 00:22:58,800
Hei, nak kita masuk ke dalam?
346
00:23:00,360 --> 00:23:02,360
Maksud saya, bawa awak masuk.
347
00:23:02,840 --> 00:23:04,960
- Ke dalam rumah.
- Okey.
348
00:23:05,640 --> 00:23:06,840
Mari.
349
00:23:06,840 --> 00:23:09,000
Bangun. Satu, dua...
350
00:23:09,000 --> 00:23:11,360
- Terima kasih. Aduh.
- Bagus. Semua okey?
351
00:23:16,320 --> 00:23:17,840
Luasnya rumah awak.
352
00:23:20,400 --> 00:23:21,760
Awak tinggal seorang diri?
353
00:23:25,920 --> 00:23:26,920
Ya.
354
00:23:27,520 --> 00:23:30,280
Maaf. Itu bukan urusan saya.
355
00:23:30,280 --> 00:23:31,320
Jangan risau.
356
00:23:31,320 --> 00:23:34,120
Letak piza di mana? Kemudian saya pergi.
357
00:23:34,600 --> 00:23:36,160
Letak di sana saja.
358
00:23:38,800 --> 00:23:41,120
Hei, awak dah makan malam?
359
00:23:42,640 --> 00:23:46,400
Kalau awak nak makan di sini,
saya pesan banyak piza.
360
00:23:49,840 --> 00:23:53,040
- Saya terlalu berterus terang, bukan?
- Tak.
361
00:23:55,040 --> 00:23:56,640
Saya...
362
00:23:57,280 --> 00:23:59,440
Saya boleh langkau beberapa pesanan.
363
00:23:59,440 --> 00:24:00,560
Bagus.
364
00:24:01,440 --> 00:24:04,440
Di mana dapur?
Saya ambilkan bir jika awak ada.
365
00:24:04,440 --> 00:24:06,440
Ada. Dapur di bawah sana.
366
00:24:06,920 --> 00:24:08,400
- Bagus.
- Di hujung sana.
367
00:24:22,200 --> 00:24:23,320
Awak nak ke mana?
368
00:24:27,800 --> 00:24:29,320
Okey, biar saya lihat.
369
00:24:32,760 --> 00:24:34,280
Saya rasa tiada apa-apa.
370
00:24:35,160 --> 00:24:36,960
Jika awak tak keras kepala...
371
00:24:38,120 --> 00:24:39,840
Saya akan ke rumah Isadora.
372
00:24:41,760 --> 00:24:42,600
Untuk apa?
373
00:24:43,320 --> 00:24:44,800
Kita dah tengok Iván.
374
00:24:45,440 --> 00:24:47,080
Saya nak bersama yang lain.
375
00:24:48,520 --> 00:24:51,120
Tengoklah, awak sangat keras kepala.
376
00:25:14,240 --> 00:25:17,480
Mari. Ambil masa lama
untuk kita pilih filem.
377
00:25:46,920 --> 00:25:48,480
- Hai.
- Apa khabar?
378
00:25:48,480 --> 00:25:51,720
Ini Chloe. Saya jemput dia
supaya dia boleh sertai kita.
379
00:25:53,920 --> 00:25:54,840
Apa khabar?
380
00:25:56,080 --> 00:25:57,480
Pasukan polis
381
00:25:57,480 --> 00:26:01,480
ialah tangan negara fasis
yang buat spekulasi dengan nyawa manusia.
382
00:26:01,480 --> 00:26:02,960
Oh, Tuhan.
383
00:26:04,440 --> 00:26:05,640
Awak okey?
384
00:26:06,800 --> 00:26:10,960
Ya, tapi saya akan turun.
Saya suka menari daripada berpolitik.
385
00:26:11,640 --> 00:26:12,640
Sesiapa nak ikut?
386
00:26:14,840 --> 00:26:16,880
Tiada sesiapa? Okey, tak apa.
387
00:26:21,280 --> 00:26:23,240
Bukankah dia sepatutnya sertai kita?
388
00:26:25,480 --> 00:26:26,440
Ya.
389
00:26:27,920 --> 00:26:30,480
Saya nak pergi. Saya ada kerja.
390
00:26:30,480 --> 00:26:31,600
Saya seronok di sini.
391
00:26:37,960 --> 00:26:39,680
Saya nak turun untuk ambil minuman.
392
00:26:39,680 --> 00:26:41,680
Mereka boleh hantar ke meja kita.
393
00:26:46,680 --> 00:26:49,120
ISADORA
DATANG KE BILIK SAYA
394
00:26:49,560 --> 00:26:50,520
Saya nak ke tandas.
395
00:26:59,720 --> 00:27:00,960
Saya pun nak pergi.
396
00:27:02,040 --> 00:27:03,040
Saya nak...
397
00:27:06,120 --> 00:27:06,960
Saya nak pergi.
398
00:27:10,320 --> 00:27:11,880
Semua orang pergi.
399
00:27:12,560 --> 00:27:13,400
Betul.
400
00:27:18,400 --> 00:27:20,400
Hei, saya tak sempat ucap terima kasih.
401
00:27:21,000 --> 00:27:24,480
Untuk apa? Sebab tak marah selepas
awak permainkan saya untuk dapatkan Ari?
402
00:27:24,480 --> 00:27:25,560
Hei...
403
00:27:26,720 --> 00:27:27,840
Maafkan saya.
404
00:27:27,840 --> 00:27:30,280
Bunyinya kurang pasif-agresif
dalam fikiran saya.
405
00:27:31,240 --> 00:27:32,840
Itu usikan mesra.
406
00:27:36,640 --> 00:27:39,720
Awak berterima kasih kerana
saya halang awak masuk ke klinik.
407
00:27:42,120 --> 00:27:45,520
Saya cuma nak ingatkan awak,
dulu Nico gembira dengan identitinya.
408
00:27:46,120 --> 00:27:46,960
Seperti dirinya.
409
00:28:13,160 --> 00:28:14,160
Apa?
410
00:28:14,760 --> 00:28:15,880
Apa?
411
00:28:15,880 --> 00:28:18,360
Awak tak ke sini secara kebetulan.
412
00:28:18,360 --> 00:28:22,000
Saya fikir
tentang kejadian awak dan video itu.
413
00:28:22,600 --> 00:28:23,560
Teruk betul.
414
00:28:24,200 --> 00:28:27,520
Saya tak suka sebab ada
yang dicuri daripada saya,
415
00:28:27,520 --> 00:28:30,920
bukan kerana apa yang awak tengok,
iaitu hanya seks.
416
00:28:32,640 --> 00:28:34,520
- Awak dah tengok?
- Apa?
417
00:28:34,520 --> 00:28:35,920
Video itu.
418
00:28:35,920 --> 00:28:37,080
Tak, belum.
419
00:28:38,840 --> 00:28:39,840
Nak tengok?
420
00:28:40,640 --> 00:28:41,520
Apa?
421
00:28:41,520 --> 00:28:43,520
Ya, semua orang dah tengok.
422
00:28:44,040 --> 00:28:46,840
Dengan cara itu, ia tak lagi penting.
423
00:28:48,520 --> 00:28:49,960
Beginilah.
424
00:28:50,480 --> 00:28:53,800
Patutlah ia disebarkan.
Video itu sangat mengghairahkan.
425
00:28:56,520 --> 00:28:57,600
Itu privasi awak.
426
00:28:58,080 --> 00:29:01,040
Ya, tapi saya nak tunjuk awak.
427
00:29:02,760 --> 00:29:04,040
Nak tengok atau tak?
428
00:29:07,520 --> 00:29:10,080
Ayuh. Mari ke tempat yang lebih senyap.
429
00:29:17,240 --> 00:29:18,080
Apa?
430
00:29:18,560 --> 00:29:19,400
Awak suka?
431
00:29:20,240 --> 00:29:22,400
Awak tak rasa malu tunjukkannya?
432
00:29:22,960 --> 00:29:24,560
Awak tak malu melihatnya?
433
00:29:25,600 --> 00:29:27,440
Ayuh. Jangan berbohong.
434
00:29:30,040 --> 00:29:31,600
Saya buat awak ghairah, bukan?
435
00:29:33,520 --> 00:29:34,720
Inilah diri saya.
436
00:29:35,320 --> 00:29:36,640
Terima saya...
437
00:29:39,480 --> 00:29:40,520
atau pergi.
438
00:29:43,680 --> 00:29:44,880
Terima saya...
439
00:29:54,760 --> 00:29:55,760
Tiduri saya.
440
00:29:57,480 --> 00:29:59,120
- Saya cuma...
- Apa?
441
00:29:59,120 --> 00:30:01,880
Saya suka minum bir
dan mengenali pasangan saya.
442
00:30:01,880 --> 00:30:05,160
Mengenali mereka
atau mereka mengenali awak?
443
00:30:05,840 --> 00:30:10,280
Jadi, mereka tahu betapa hebatnya awak
dan jatuh hati dengan awak?
444
00:30:11,960 --> 00:30:13,920
Rasa dikagumi buat awak teruja.
445
00:30:14,920 --> 00:30:16,480
Saya teruja buat orang ghairah.
446
00:30:25,800 --> 00:30:28,040
Kenapa saya nak
pewarisan berjuta-juta dolar
447
00:30:28,040 --> 00:30:31,720
kalau wang itu tak dapat kembalikan
semua yang saya hilang?
448
00:30:32,440 --> 00:30:34,800
Ya, okey, tapi...
449
00:30:35,360 --> 00:30:36,280
awak ada rumah.
450
00:30:36,800 --> 00:30:39,680
Wang itu boleh bayar bantuan profesional
451
00:30:39,680 --> 00:30:41,600
supaya awak boleh lupa kehilangan itu
452
00:30:42,120 --> 00:30:45,320
atau ada masa depan
yang stabil tanpa bimbang.
453
00:30:47,800 --> 00:30:48,720
Awak tahu, Iván?
454
00:30:50,240 --> 00:30:53,160
Saya tiada masa depan
atau wang untuk dapatkannya.
455
00:30:54,080 --> 00:30:56,280
Cuma masa kini untuk bertahan setiap hari.
456
00:30:59,880 --> 00:31:01,000
Entahlah.
457
00:31:01,000 --> 00:31:04,160
Wang mungkin tak boleh beli kebahagiaan,
458
00:31:04,160 --> 00:31:06,880
tapi ia boleh beli sesuatu
yang hampir sama.
459
00:31:13,800 --> 00:31:17,800
Maaf. Saya nak ceriakan awak
tapi saya buat awak rasa lebih teruk.
460
00:31:17,800 --> 00:31:19,720
- Tak.
- Kalau awak nak, saya pergi.
461
00:31:19,720 --> 00:31:20,840
Tak, jangan pergi.
462
00:31:24,840 --> 00:31:26,320
Saya tak kenal awak,
463
00:31:27,000 --> 00:31:28,960
tapi seronok bersama awak.
464
00:31:35,920 --> 00:31:36,760
Saya pun sama.
465
00:32:20,640 --> 00:32:21,560
Diam!
466
00:32:21,560 --> 00:32:22,600
Lepaskan saya.
467
00:32:23,320 --> 00:32:24,600
Kita akan berbual.
468
00:32:25,120 --> 00:32:26,720
Jadi, jangan menjerit.
469
00:32:26,720 --> 00:32:28,160
Bertenang!
470
00:32:40,120 --> 00:32:41,160
Ya.
471
00:32:42,400 --> 00:32:46,840
Hidup asyik beri kita petanda
yang kita tak boleh bersama.
472
00:32:48,840 --> 00:32:50,760
Mungkin petanda itu
473
00:32:51,280 --> 00:32:55,040
menunjukkan kita boleh atasi
sebarang halangan yang menghalang kita.
474
00:32:56,160 --> 00:32:58,400
Tengoklah, kita bersama sekarang.
475
00:33:03,520 --> 00:33:04,400
Baiklah.
476
00:33:05,200 --> 00:33:07,920
Semuanya sepatutnya lebih mudah.
477
00:33:11,240 --> 00:33:12,240
Saya tahu.
478
00:33:18,720 --> 00:33:19,560
Baiklah.
479
00:33:21,480 --> 00:33:22,720
Selamat tinggal, Isadora.
480
00:33:28,360 --> 00:33:29,640
Tunggu. Berhenti.
481
00:33:35,160 --> 00:33:36,760
Tak boleh lepaskan awak begini.
482
00:33:59,520 --> 00:34:01,840
Tunggu, sekarang awak kena belok kanan.
483
00:34:03,520 --> 00:34:05,120
Ke depan sedikit.
484
00:34:05,800 --> 00:34:06,920
Sedikit lagi.
485
00:34:07,560 --> 00:34:08,520
Di sini.
486
00:34:33,560 --> 00:34:34,880
Saya nak menari.
487
00:35:32,560 --> 00:35:33,840
Saya ganggu awak?
488
00:35:33,840 --> 00:35:35,200
Tak, cuma...
489
00:35:37,000 --> 00:35:38,640
Saya tak boleh lakukannya. Maaf.
490
00:35:48,600 --> 00:35:49,920
Tak, berhenti.
491
00:36:02,800 --> 00:36:03,840
Ada apa?
492
00:36:07,200 --> 00:36:10,480
Saya tak boleh.
Tak tahu sebabnya, tapi saya tak boleh.
493
00:36:11,320 --> 00:36:13,440
Awak belum sedia. Itu saja.
494
00:36:15,240 --> 00:36:16,320
Namun, saya nak.
495
00:36:17,280 --> 00:36:20,040
Sungguh. Saya nak bersama awak.
496
00:36:26,920 --> 00:36:28,280
Saya takkan ke mana-mana.
497
00:36:31,840 --> 00:36:33,160
Maafkan saya.
498
00:36:33,840 --> 00:36:36,080
Saya tak patut cium awak.
499
00:36:36,960 --> 00:36:39,880
Tak apa. Jangan risau.
Tak perlu minta maaf.
500
00:36:40,680 --> 00:36:41,720
Saya pun nak.
501
00:36:44,640 --> 00:36:46,280
Boleh saya cakap sebentar?
502
00:36:50,600 --> 00:36:54,520
Dah lama saya tak selesa
dengan orang lain.
503
00:36:58,120 --> 00:37:00,400
Saya nak kita berkawan.
504
00:37:00,400 --> 00:37:02,560
Hanya kawan, okey? Saya janji.
505
00:37:05,720 --> 00:37:07,640
Okey. Saya tak kisah.
506
00:37:07,640 --> 00:37:08,840
Ya.
507
00:37:08,840 --> 00:37:10,400
Hebat. Kawan.
508
00:37:13,080 --> 00:37:15,520
Sebagai kawan baharu awak,
509
00:37:16,520 --> 00:37:19,440
saya nak beri makna
kepada semua wang yang saya miliki...
510
00:37:21,520 --> 00:37:25,000
dan bantu awak dapatkan masa depan
yang awak fikir awak takkan dapat.
511
00:37:35,600 --> 00:37:36,440
Hei...
512
00:37:38,800 --> 00:37:42,800
Awak nak jumpa untuk minum
dan berbual pada hari lain?
513
00:37:42,800 --> 00:37:45,320
Kita berdua boleh bercakap,
bukan saya saja.
514
00:37:45,320 --> 00:37:47,520
Kita boleh saling mengenali.
515
00:37:48,920 --> 00:37:51,080
Tengoklah nanti.
516
00:37:52,960 --> 00:37:55,120
Apa nama IG awak atau...
517
00:38:12,480 --> 00:38:15,880
Hati-hati dengan video itu.
Semua tahu apa akan berlaku seterusnya.
518
00:38:17,720 --> 00:38:20,520
Awak pula
jangan asyik menyibuk urusan saya.
519
00:38:20,520 --> 00:38:24,000
Sebab kita baru jumpa
dan awak agak keterlaluan.
520
00:38:25,200 --> 00:38:27,600
Saya yang dedahkan video itu sendiri.
521
00:38:28,600 --> 00:38:30,440
- Okey?
- Apa?
522
00:38:40,520 --> 00:38:41,640
Beginilah, mak.
523
00:38:42,240 --> 00:38:45,640
Bukankah mak selalu suruh saya
cari teman lelaki kaya?
524
00:38:46,160 --> 00:38:48,880
Saya boleh dapatkan beberapa orang
di Las Encinas.
525
00:38:51,080 --> 00:38:53,760
Kamu rasa normal
untuk dedahkan diri seperti itu?
526
00:38:55,400 --> 00:38:59,320
Saya dapat perhatian seluruh sekolah.
Tiga daripada empat pelajar mahukan saya.
527
00:39:01,360 --> 00:39:04,720
Sayang, belajar hormati diri daripada mak.
528
00:39:04,720 --> 00:39:07,240
Kita ada banyak lagi untuk ditawarkan.
529
00:39:08,080 --> 00:39:09,200
Lebih daripada ini.
530
00:39:09,200 --> 00:39:10,160
Betulkah?
531
00:39:10,800 --> 00:39:11,720
Apa lagi?
532
00:39:12,360 --> 00:39:14,160
Apa lagi yang kita ada, mak?
533
00:39:15,840 --> 00:39:17,400
Kita cuma cangkerang kosong.
534
00:39:18,560 --> 00:39:21,560
Itu yang mereka mahu daripada kita
dan kita ambil kesempatan.
535
00:39:22,800 --> 00:39:26,040
Lagipun, semua yang saya buat
saya pelajari daripada yang terbaik.
536
00:39:26,600 --> 00:39:28,800
Pamela, Paris, Kim,
537
00:39:30,360 --> 00:39:31,440
dan mak.
538
00:39:32,480 --> 00:39:35,440
Saya belajar daripada mak.
539
00:40:00,280 --> 00:40:03,960
Walaupun awak cuba yakinkan saya
dengan cara yang awak tahu,
540
00:40:03,960 --> 00:40:05,280
ada banyak cara,
541
00:40:05,280 --> 00:40:08,480
saya tak boleh serahkan pencen Cruz
kepada awak selepas kematiannya.
542
00:40:10,240 --> 00:40:11,720
Awak fikir saya bodoh?
543
00:40:12,880 --> 00:40:13,960
Mestilah boleh.
544
00:40:15,200 --> 00:40:16,200
Awak peguam dia.
545
00:40:17,080 --> 00:40:18,520
Mustahil. Muktamad.
546
00:40:19,240 --> 00:40:20,520
Mustahil.
547
00:40:21,440 --> 00:40:23,400
Kata sifat si bodoh.
548
00:40:25,160 --> 00:40:27,160
Carmen, saya tak boleh dan takkan buat.
549
00:40:27,880 --> 00:40:30,560
Walaupun ini bermakna
awak tak nak jumpa saya lagi.
550
00:40:31,480 --> 00:40:35,400
Kontrak yang saya tandatangani
bersama ayah awak dan Cruz
551
00:40:35,400 --> 00:40:38,320
menyatakan saya akan
dapat pencen selagi saya
552
00:40:38,960 --> 00:40:40,680
menjauhkan diri daripada anak saya.
553
00:40:41,320 --> 00:40:42,800
Itu yang tercatat, bukan?
554
00:40:44,120 --> 00:40:45,120
Ya.
555
00:40:46,400 --> 00:40:47,360
Baiklah.
556
00:40:47,360 --> 00:40:49,560
Jadi, tiada pencen, tiada perjanjian.
557
00:40:49,560 --> 00:40:51,640
Tiada halangan untuk saya mendekati dia.
558
00:41:28,000 --> 00:41:28,840
Joel.
559
00:41:29,720 --> 00:41:30,760
Joel.
560
00:41:31,720 --> 00:41:32,960
Ini untuk awak.
561
00:41:38,040 --> 00:41:39,040
Tak guna.
562
00:41:45,200 --> 00:41:47,720
{\an8}MASA DEPAN AWAK
KAWAN AWAK, IVÁN
563
00:41:55,560 --> 00:41:56,640
Apa itu?
564
00:42:09,080 --> 00:42:10,240
Boleh awak jelaskannya?
565
00:42:10,240 --> 00:42:12,360
Apa yang saya perlu jelaskan?
566
00:42:13,400 --> 00:42:15,360
Dalmar, boleh awak pergi?
Kami nak bincang.
567
00:42:15,360 --> 00:42:17,400
- Cakaplah di bilik awak.
- Tolonglah.
568
00:42:19,360 --> 00:42:21,760
Saya pergi
sebelum kamu rosakkan pagi saya.
569
00:42:25,040 --> 00:42:25,960
Jadi?
570
00:42:27,960 --> 00:42:30,920
Saya tak tahu bila saya memohon,
571
00:42:30,920 --> 00:42:33,000
tapi saya memohon. Itu saja.
572
00:42:33,960 --> 00:42:35,160
Awak tak beritahu pun.
573
00:42:36,200 --> 00:42:39,640
Saya perlukan kebenaran awak
untuk jadi lebih daripada penghantar?
574
00:42:43,880 --> 00:42:45,680
Bagaimana awak mampu bayar?
575
00:42:46,680 --> 00:42:47,840
Biasiswa.
576
00:42:47,840 --> 00:42:49,240
Biasiswa apa?
577
00:42:49,960 --> 00:42:52,160
Awak memohon dan tak beritahu saya?
578
00:42:52,160 --> 00:42:54,080
Saya tak pasti akan dapat.
579
00:42:54,560 --> 00:42:56,680
Kalau awak dapat, pilih sekolah lain.
580
00:42:56,680 --> 00:42:59,400
- Apa? Kenapa?
- Ada banyak sekolah yang bagus.
581
00:42:59,400 --> 00:43:02,120
- Jangan ke Las Encinas.
- Kenapa dengan awak, Omar?
582
00:43:02,600 --> 00:43:05,240
Kenapa saya tak boleh
belajar di sekolah terbaik?
583
00:43:06,400 --> 00:43:07,240
Tak guna.
584
00:43:20,600 --> 00:43:21,880
Jadi, awak belajar di sana.
585
00:43:24,520 --> 00:43:27,440
Selama setahun, awak beritahu saya
awak ke sekolah awam.
586
00:43:27,440 --> 00:43:29,040
Awak berbohong?
587
00:43:33,360 --> 00:43:38,000
Saya tak beritahu tentang permohonan saya,
awak tak beritahu awak belajar di sana.
588
00:43:38,000 --> 00:43:38,960
Kita seri.
589
00:43:40,480 --> 00:43:43,360
Saya tak pernah cakap
sebab tempat itu menyakiti saya.
590
00:43:44,080 --> 00:43:46,360
Saya dan orang yang saya sayang.
591
00:43:50,040 --> 00:43:51,880
Joel, tolong jangan pergi ke sana.
592
00:43:54,400 --> 00:43:57,040
Saya tak tahu apa yang berlaku kepada awak
593
00:43:57,520 --> 00:44:00,080
atau orang yang awak sayang.
594
00:44:02,680 --> 00:44:06,560
Tak semua pelajar di Las Encinas
alami masa yang teruk di sana.
595
00:44:07,680 --> 00:44:09,880
Mereka yang belajar di sana
sangat berjaya.
596
00:44:12,280 --> 00:44:15,840
Tak adil jika saya
menolak peluang untuk berjaya.
597
00:44:18,400 --> 00:44:20,360
Macam mana kalau mereka
rosakkan awak juga?
598
00:44:20,360 --> 00:44:21,560
Macam mana kalau tak?
599
00:44:22,160 --> 00:44:25,560
Macam mana kalau buat kali pertama,
saya boleh pasang impian?
600
00:44:29,680 --> 00:44:31,520
Tempat itu mengubah orang.
601
00:44:32,800 --> 00:44:33,640
Omar...
602
00:44:37,600 --> 00:44:38,440
Saya...
603
00:44:39,240 --> 00:44:40,680
Saya yakin akan identiti saya.
604
00:44:41,640 --> 00:44:42,520
Okey?
605
00:44:44,120 --> 00:44:46,760
Saya takkan biar sesiapa ubah saya.
606
00:44:49,080 --> 00:44:50,880
Beginilah. Saya pergi,
607
00:44:51,520 --> 00:44:52,840
saya tamatkan pengajian,
608
00:44:53,320 --> 00:44:55,040
dan saya akan pergi bawa kejayaan.
609
00:44:58,440 --> 00:44:59,640
Jika awak cintakan saya,
610
00:45:00,480 --> 00:45:01,960
percaya dan sokong saya.
611
00:45:37,120 --> 00:45:38,320
Selamat datang.
612
00:45:41,680 --> 00:45:42,560
Terima kasih.
613
00:45:44,720 --> 00:45:45,840
Nak saya tunjukkan?
614
00:45:46,800 --> 00:45:47,800
Tentulah.
615
00:46:12,320 --> 00:46:14,320
Bila mimpi ngeri ini akan berakhir?
616
00:46:14,920 --> 00:46:19,000
Keresahan ini?
Tangani perasan negatif setiap hari?
617
00:46:19,000 --> 00:46:21,560
Awak perlu harunginya sekarang.
618
00:46:22,240 --> 00:46:24,000
Jangan lari. Bertahan.
619
00:46:25,720 --> 00:46:27,560
Macam mana dengan terapi kejutan?
620
00:46:28,960 --> 00:46:30,800
Pergi ke sana dan menghadapinya?
621
00:46:31,640 --> 00:46:33,120
Itu akan memburukkan keadaan.
622
00:46:36,080 --> 00:46:37,960
Awak perlu lindungi diri awak sekarang,
623
00:46:37,960 --> 00:46:39,920
jauhkan diri daripada semua itu.
624
00:47:14,920 --> 00:47:15,760
Selamat pagi.
625
00:47:15,760 --> 00:47:17,800
Awak Luis, ketua pengajian?
626
00:47:17,800 --> 00:47:19,040
Ya, betul.
627
00:47:19,040 --> 00:47:21,480
Saya daripada Fakulti Kerja Sosial.
628
00:47:21,480 --> 00:47:25,040
Saya nak tanya tentang latihan amali
untuk pasang aplikasi di sekolah.
629
00:47:25,040 --> 00:47:26,400
Ya. Siapa nama awak?
630
00:47:26,400 --> 00:47:27,800
Saya Omar.
631
00:47:27,800 --> 00:47:29,440
Okey, jemput duduk.
632
00:47:50,840 --> 00:47:54,320
Okey, apakah undian awak
dan proksi yang lain?
633
00:48:00,480 --> 00:48:02,440
Kami mengundi supaya Dídac kekal.
634
00:48:05,560 --> 00:48:06,400
Roberta?
635
00:48:06,960 --> 00:48:09,280
Sama. Kekalkan dia.
636
00:48:17,920 --> 00:48:19,960
Saya harap ini untuk yang terbaik.
637
00:48:22,280 --> 00:48:26,240
María, saya berkeras. Sebagai
ketua pengajian, saya pantau para pelajar.
638
00:48:26,240 --> 00:48:27,280
JÁVEA
639
00:48:27,280 --> 00:48:30,000
Saya akan pastikan keselamatan
dan kesejahteraan mereka.
640
00:48:31,440 --> 00:48:32,960
Percayalah kata-kata saya.
641
00:48:50,120 --> 00:48:52,000
{\an8}LAWATAN KE MADRID
642
00:50:55,680 --> 00:50:57,680
Terjemahan sari kata oleh Faridah Omar