1 00:00:59,640 --> 00:01:00,600 Tak guna… 2 00:01:27,880 --> 00:01:29,040 Helo, sayangku. 3 00:01:29,720 --> 00:01:30,760 Apa khabar? 4 00:01:31,560 --> 00:01:33,000 Saya perlu bersama… 5 00:01:44,000 --> 00:01:45,160 Luis? 6 00:01:45,240 --> 00:01:47,320 Itu tak masuk akal. 7 00:01:47,400 --> 00:01:50,800 Emilia laporkan abangnya. Mereka berdua telah ditahan. 8 00:01:50,880 --> 00:01:51,960 Mereka yang bunuh. 9 00:01:52,040 --> 00:01:53,400 Jelas sekali tidak. 10 00:01:53,480 --> 00:01:56,120 Tapi kenapa Luis? Kenapa dia nak bunuh Joel? 11 00:01:56,200 --> 00:01:58,680 Sebab dia anak haram. Sebab itulah. 12 00:01:58,760 --> 00:02:02,080 Dia bukan jenis lelaki yang guna kaedah paling ortodoks 13 00:02:02,160 --> 00:02:05,440 untuk tegakkan keadilan tapi sebagai pembunuh… 14 00:02:05,520 --> 00:02:06,960 Saya lebih mengenalinya. 15 00:02:07,040 --> 00:02:09,920 Dah berbulan dia peras ugut saya. Dia jahat. 16 00:02:10,000 --> 00:02:11,040 Beritahu dia. 17 00:02:14,000 --> 00:02:16,400 - Luis dapat tahu… - Dia jual diri? 18 00:02:18,200 --> 00:02:19,280 Jual diri apa? 19 00:02:19,360 --> 00:02:20,760 Bukan begitu. 20 00:02:20,840 --> 00:02:22,360 Kami akan beritahu nanti. 21 00:02:22,440 --> 00:02:24,320 - Awak tahu? - Emilia cakap. 22 00:02:24,400 --> 00:02:27,160 Ingat dia nak yakinkan saya, Dalmar pembunuhnya. 23 00:02:27,240 --> 00:02:31,160 Memang benar. Mereka buat aktiviti pelacuran di belakang saya. 24 00:02:31,240 --> 00:02:34,520 Luis dapat tahu, lalu mengugut saya. 25 00:02:34,600 --> 00:02:37,680 Seperti yang awak bayangkan, saya marah dengan Joel. 26 00:02:37,760 --> 00:02:40,440 Saya mengamuk jumpa dia. 27 00:02:40,520 --> 00:02:42,360 Saya tengking, tolak dia. 28 00:02:42,440 --> 00:02:46,320 Saya suruh dia berhenti dan jangan kaitkan saya. 29 00:02:46,400 --> 00:02:50,080 Mungkin Joel bersemuka dengan Luis, ugut dia guna Alumni. 30 00:02:50,160 --> 00:02:53,000 - Begitu cara dia selesaikan masalah. - Ya. 31 00:02:53,880 --> 00:02:57,000 Mungkin Luis cuba hapuskan punca masalahnya. 32 00:02:57,080 --> 00:02:59,240 - Jadi semuanya salah awak. - Apa? 33 00:02:59,320 --> 00:03:01,240 Awak buat Joel berdepan Luis. 34 00:03:01,320 --> 00:03:02,360 Kenapa? 35 00:03:02,440 --> 00:03:04,720 Salah saya cita-citanya tak terkawal? 36 00:03:04,800 --> 00:03:07,520 Dia lepak bersama Héctor dan semua jahanam itu? 37 00:03:07,600 --> 00:03:10,480 Salah saya dia lacurkan dirinya? 38 00:03:10,560 --> 00:03:11,400 Apa? 39 00:03:11,480 --> 00:03:12,400 Jual diri. 40 00:03:12,480 --> 00:03:15,480 Joel dibutakan oleh duit. Nak jadi seperti mereka. 41 00:03:15,560 --> 00:03:18,880 Dia gali kuburnya sendiri. Maaf, itulah yang berlaku. 42 00:03:18,960 --> 00:03:20,000 Beri video itu. 43 00:03:20,080 --> 00:03:22,640 Kita dah setuju nak serahkan kepada polis. 44 00:03:22,720 --> 00:03:25,120 Polis? Awak rasa apa mereka akan buat? 45 00:03:25,200 --> 00:03:27,640 Mereka akan lindungi anggota mereka. 46 00:03:27,720 --> 00:03:29,760 Ini tak boleh dilindungi, Omar. 47 00:03:29,840 --> 00:03:33,000 - Bukti itu jelas. - Kita perlu bijak. 48 00:03:33,080 --> 00:03:35,720 Kita ada kejutan dan patut kawal masa. 49 00:03:35,800 --> 00:03:39,680 Luis perlu dihukum. Tapi adik-beradik itu tak boleh terlepas. 50 00:03:39,760 --> 00:03:41,120 Mereka tak bunuh Joel. 51 00:03:41,200 --> 00:03:43,720 Iván, mereka tuduh awak dan Dalmar. 52 00:03:43,800 --> 00:03:45,440 Mereka juga belasah saya. 53 00:03:45,520 --> 00:03:47,560 Berilah. Mereka akan dihukum. 54 00:03:47,640 --> 00:03:49,360 Saya nak Luis dipenjarakan. 55 00:03:49,840 --> 00:03:51,880 Dia akan dipenjarakan. Sumpah. 56 00:03:52,480 --> 00:03:54,080 Kita buat cara saya. 57 00:03:54,160 --> 00:03:55,840 Awak hutang Joel, Isa. 58 00:03:55,920 --> 00:03:57,160 Kita semua. 59 00:04:06,000 --> 00:04:10,200 Saya dah hantar kepada awak. Awak ada dua hari, tak lebih daripada itu. 60 00:04:26,240 --> 00:04:27,720 Luis? 61 00:04:27,800 --> 00:04:28,720 Ya. 62 00:04:28,800 --> 00:04:30,280 Polis comel itu? 63 00:04:32,400 --> 00:04:35,920 Golongan itu memang teruk. Polis dan lelaki kacak. 64 00:04:37,120 --> 00:04:39,240 Bila Dalmar akan dibebaskan? 65 00:04:39,840 --> 00:04:41,240 Jika dia belum dibebaskan. 66 00:04:41,720 --> 00:04:44,800 - Héctor dan Emilia telah ditahan. - Mereka juga? 67 00:04:46,560 --> 00:04:50,160 Nampak? Mak memang rasa mereka bersalah. 68 00:04:50,760 --> 00:04:52,840 - Kita perlu bertindak. - Saya tahu. 69 00:04:52,920 --> 00:04:55,600 Dalmar pasti masih ada video itu. 70 00:04:55,680 --> 00:04:56,600 - Mak. - Apa? 71 00:04:56,680 --> 00:04:59,680 Saya takut tengok mak berfikir sambil minum wiski. 72 00:04:59,760 --> 00:05:02,480 Kita buat tawaran yang dia tak boleh tolak. 73 00:05:02,560 --> 00:05:05,680 Ya, memandangkan rancangan sebelum ini amat berjaya… 74 00:05:05,760 --> 00:05:08,200 Kita perlukan rancangan… 75 00:05:08,840 --> 00:05:09,680 G. 76 00:05:09,760 --> 00:05:11,040 - G? - G. 77 00:05:11,120 --> 00:05:13,440 "Gegas." Mak baru terfikir. 78 00:05:13,520 --> 00:05:17,160 Sesi sekolah dah nak tamat. Jika ia gagal, beralih kepada G. 79 00:05:17,240 --> 00:05:18,440 Rancangan G. 80 00:05:19,280 --> 00:05:21,080 - Pergi dari sini? - Ya. 81 00:05:23,960 --> 00:05:26,320 - Eric pula? - Kenapa dengan dia? 82 00:05:28,160 --> 00:05:31,560 Lelaki gila dan comel ada di mana-mana, sayang. 83 00:05:31,640 --> 00:05:35,440 Anggap Eric sebagai pengalaman sulung. 84 00:05:36,200 --> 00:05:38,840 Memandangkan kamu suka orang mereng, 85 00:05:38,920 --> 00:05:41,400 pastikan yang seterusnya kaya, okey? 86 00:05:41,480 --> 00:05:42,960 Fikir masa depan kamu. 87 00:06:36,280 --> 00:06:38,240 Kenapa awak nak bersama Héctor? 88 00:06:38,840 --> 00:06:39,920 Dia guna awak. 89 00:06:40,000 --> 00:06:41,360 Awak anak ikan dia. 90 00:06:41,880 --> 00:06:44,440 Dia terangsang apabila hina awak. 91 00:06:45,480 --> 00:06:47,520 Ia akan memusnahkan awak nanti. 92 00:06:52,200 --> 00:06:53,680 Itu yang awak mahu? 93 00:06:54,160 --> 00:06:56,120 Awak sangat beremosi. 94 00:06:56,600 --> 00:06:57,880 Dia bukan begitu. 95 00:06:57,960 --> 00:07:00,480 Kalau betul pun, saya boleh kawal dia. 96 00:07:00,960 --> 00:07:03,120 Ya, itulah yang Samu cakap. 97 00:07:03,640 --> 00:07:04,880 Awak tahu nasibnya. 98 00:07:07,840 --> 00:07:09,880 Saya tak boleh tanggung jika awak mati. 99 00:07:11,600 --> 00:07:13,560 Terima kasih kerana ambil berat. 100 00:07:14,320 --> 00:07:15,520 Tapi tak perlu. 101 00:07:18,000 --> 00:07:19,480 Nak tahu sesuatu? 102 00:07:22,000 --> 00:07:23,760 Tak apalah. 103 00:07:25,000 --> 00:07:26,280 Cakaplah. 104 00:07:27,480 --> 00:07:32,920 Kadangkala saya terfikir, jika kita bertemu pada saat yang berbeza… 105 00:07:33,880 --> 00:07:35,520 Jika… Entahlah. 106 00:07:35,600 --> 00:07:38,840 Jika kita berada pada waktu berbeza, 107 00:07:39,840 --> 00:07:41,960 mungkin hubungan kita akan berjaya. 108 00:07:43,760 --> 00:07:45,840 Awak takkan perasan saya. 109 00:07:45,920 --> 00:07:48,760 Saya akan sentiasa perasan awak. Sungguh. 110 00:07:49,360 --> 00:07:51,760 Siapa tahu? 111 00:07:51,840 --> 00:07:55,520 Mungkin hidup akan beri kita peluang kedua. 112 00:08:11,880 --> 00:08:14,080 Masa depan tinggal dua minggu lagi. 113 00:08:14,600 --> 00:08:17,040 Kami akan tinggalkan semua ini. 114 00:08:17,120 --> 00:08:18,560 Saya tak rasa sedih. 115 00:08:18,640 --> 00:08:20,760 Cuma nak rawat luka saya. 116 00:08:20,840 --> 00:08:24,600 Minggu ini saya nak tahu rancangan kamu selepas Las Encinas. 117 00:08:24,680 --> 00:08:27,040 Ada apa-apa selepas ini? Ada masa depan? 118 00:08:27,120 --> 00:08:29,200 Jangan malu-malu dan jawab. 119 00:08:34,240 --> 00:08:35,240 Awak rasa begitu? 120 00:08:36,360 --> 00:08:38,400 Saya tak percaya. Macam pura-pura. 121 00:08:39,080 --> 00:08:41,160 Saya kurang fokus tadi. 122 00:08:41,680 --> 00:08:42,640 Kenapa pula? 123 00:08:45,000 --> 00:08:46,320 Kita perlu teruskan hidup. 124 00:08:46,400 --> 00:08:50,560 Awak dengan media sosial, lulus peperiksaan dan lupakan semua ini. 125 00:08:51,480 --> 00:08:54,640 Macam saya nak lupakan apabila tahu Dalmar akan dibebaskan 126 00:08:54,720 --> 00:08:57,640 dan dia mungkin ada bukti untuk penjarakan Carmen? 127 00:08:58,160 --> 00:08:59,600 Itu lagi? Biar betul? 128 00:08:59,680 --> 00:09:02,000 Awak nak keadilan ditegakkan demi Joel? 129 00:09:02,080 --> 00:09:03,480 Saya nak untuk Raúl. 130 00:09:03,560 --> 00:09:07,000 Apa lagi keadilan awak nak? Pendera awak dah mati. 131 00:09:07,080 --> 00:09:09,000 Bukankah awak inginkan dia pergi 132 00:09:09,080 --> 00:09:11,800 ketika dia buli dan pukul awak? 133 00:09:12,960 --> 00:09:16,080 - Dia dah tiada. - Saya tak nak dia mati. 134 00:09:16,720 --> 00:09:20,720 Awak sedar tak awak masih terperangkap walaupun setelah dia mati? 135 00:09:20,800 --> 00:09:24,360 Dia takkan lepaskan awak, Sara. Bebaskan diri daripada dia. 136 00:09:24,840 --> 00:09:26,080 Lupakan dia. 137 00:09:27,120 --> 00:09:29,160 - Saya tak yakin boleh. - Boleh. 138 00:09:30,480 --> 00:09:34,600 Ayuh, rakam video saya. Tanya apa rancangan saya. 139 00:09:48,880 --> 00:09:51,040 Apa awak nak? 140 00:09:54,960 --> 00:09:56,120 Nak jumpa awak. 141 00:09:57,240 --> 00:09:58,400 Jumpa awak, 142 00:09:58,480 --> 00:09:59,840 di sebelah sana. 143 00:09:59,920 --> 00:10:03,440 Hidup musnah. Tanpa kuasa dan sifat bongkak. 144 00:10:03,920 --> 00:10:04,760 Rasa seronok. 145 00:10:08,480 --> 00:10:10,200 Ada bukti boleh bebaskan awak. 146 00:10:11,520 --> 00:10:12,360 Satu video. 147 00:10:12,880 --> 00:10:15,280 Seseorang letak telefon untuk rakam aktiviti seks… 148 00:10:15,360 --> 00:10:16,760 Kejutan! 149 00:10:17,280 --> 00:10:18,920 Turut rakam pembunuhan Joel. 150 00:10:19,000 --> 00:10:21,600 - Kalau saya serahkan, awak bebas. - Tunggu apa lagi? 151 00:10:21,680 --> 00:10:23,920 Masalahnya, saya tak nak tergesa-gesa. 152 00:10:24,760 --> 00:10:27,400 Awak rosakkan Joel. Sebab itu dia dah mati. 153 00:10:27,480 --> 00:10:29,520 Saya tak peduli siapa pelakunya. 154 00:10:29,600 --> 00:10:31,200 Apa awak nak? Duit? 155 00:10:31,280 --> 00:10:33,080 Saya nak awak merayu. 156 00:10:33,600 --> 00:10:35,000 Memalukan diri awak. 157 00:10:35,600 --> 00:10:38,920 Rasa apa yang Joel rasa setiap kali dia bersama awak. 158 00:10:39,000 --> 00:10:41,240 Joel gembira dapat meniduri saya. 159 00:10:41,760 --> 00:10:44,040 Dia suka semua pegangan saya. 160 00:10:44,560 --> 00:10:47,640 Sebab itu dia sanggup buat apa-apa saja. 161 00:10:48,120 --> 00:10:50,000 Dia rakus juga. 162 00:10:50,720 --> 00:10:52,680 Saya rasa dia tak pernah begitu dengan awak. 163 00:10:54,840 --> 00:10:56,040 Itu saja? 164 00:10:56,640 --> 00:10:59,640 Bukankah awak nak tengok saya merayu? Tak nak lawan? 165 00:10:59,720 --> 00:11:02,360 Awak kaum miskin yang memang penakut. 166 00:11:02,440 --> 00:11:03,880 Awak dapat selayaknya. 167 00:11:04,560 --> 00:11:06,920 Awak nak video itu? Mudah saja. 168 00:11:07,720 --> 00:11:09,600 Awak dan Emilia sain pengakuan, 169 00:11:09,680 --> 00:11:12,200 mengatakan kamu bersalah memukul saya. 170 00:11:12,280 --> 00:11:14,720 Pengakuan untuk polis dan orang awam. 171 00:11:14,800 --> 00:11:19,840 - Awak sumpah nak pukul saya sampai mati. - Omar, awak kelentong. 172 00:11:19,920 --> 00:11:22,200 Awak tak ada bukti. Berambus. 173 00:11:22,720 --> 00:11:24,560 Mungkin Emilia tak rasa begitu. 174 00:11:25,280 --> 00:11:29,120 Awak sanggup masuk penjara untuk jenayah yang awak tak lakukan? 175 00:11:29,800 --> 00:11:33,600 Héctor akan dipenjara sehingga 20 tahun. Hukuman awak pula dikurangkan. 176 00:11:35,200 --> 00:11:37,320 Jika ada bukti, ia akan muncul juga. 177 00:11:37,880 --> 00:11:39,320 Dengan atau tanpa bantuan awak. 178 00:11:40,000 --> 00:11:41,400 Cuma saya memilikinya. 179 00:11:41,920 --> 00:11:45,640 Jika awak tak sain kenyataan dalam 24 jam, saya akan musnahkannya. 180 00:11:45,720 --> 00:11:47,800 Tiada peguam boleh keluarkan kamu. 181 00:11:50,400 --> 00:11:52,080 Jangan harap, Aladdin. 182 00:12:07,760 --> 00:12:08,840 POLIS 183 00:12:26,320 --> 00:12:27,280 Dalmar. 184 00:12:28,000 --> 00:12:29,720 Tentu sukar, bukan? 185 00:12:29,800 --> 00:12:31,840 Kenapa awak di sini? Awak pula? 186 00:12:32,440 --> 00:12:35,400 Kami nak sokong awak. Supaya awak tahu awak tak bersendirian. 187 00:12:35,480 --> 00:12:38,520 Mesti sedih jika keluar tanpa kawan menunggu. 188 00:12:38,600 --> 00:12:39,920 Tapi kami ada. 189 00:12:40,000 --> 00:12:41,120 Carmen dan Chloe. 190 00:12:41,200 --> 00:12:43,360 Awak perdayakan saya supaya mengaku. 191 00:12:43,440 --> 00:12:46,800 Dalmar, jangan ungkit kisah lalu. 192 00:12:46,880 --> 00:12:48,560 Pendendam yang buat begitu. 193 00:12:48,640 --> 00:12:50,760 Ia tak bawa kebaikan. 194 00:12:50,840 --> 00:12:53,960 Buat kulit cepat berkedut saja. 195 00:12:54,480 --> 00:12:57,960 Walaupun dengan kulit gelap awak, awak tak perlu risau. 196 00:12:58,040 --> 00:12:59,880 Dengar sini… Berambuslah. 197 00:13:00,640 --> 00:13:01,640 Seratus ribu. 198 00:13:01,720 --> 00:13:02,880 Apa? 199 00:13:03,440 --> 00:13:06,000 Seratus ribu untuk video itu. Itu saja. 200 00:13:06,080 --> 00:13:08,400 Saya akan diusir tak lama lagi. 201 00:13:08,480 --> 00:13:12,840 Jika saya serahkan video itu kepada polis, saya mungkin dapat visa residen. 202 00:13:12,920 --> 00:13:17,320 Atau mereka mungkin suruh awak berambus kerana beri video tak relevan. 203 00:13:17,400 --> 00:13:18,920 Awak tawarkan 100,000. 204 00:13:19,680 --> 00:13:21,360 Mustahil ia tak penting. 205 00:13:23,320 --> 00:13:24,480 Baiklah. 206 00:13:25,280 --> 00:13:26,360 Saya akui. 207 00:13:27,200 --> 00:13:29,760 Mungkin ia akan rumitkan hidup saya. 208 00:13:30,280 --> 00:13:32,560 Tapi ia takkan selesaikan masalah hidup awak. 209 00:13:33,320 --> 00:13:36,200 Awak akan diusir dan takkan dapat sesen pun. 210 00:13:36,280 --> 00:13:39,560 Saya tawarkan wang dan peguam untuk awak. 211 00:13:41,760 --> 00:13:43,840 Jika awak dapat video yang lebih baik? 212 00:13:44,800 --> 00:13:48,240 Video pembunuh sebenar Joel. 213 00:13:49,680 --> 00:13:52,240 Polis dah tangkap mereka. 214 00:13:52,320 --> 00:13:54,040 Bukan mereka yang buat. 215 00:13:54,120 --> 00:13:56,400 Saya beri video itu, awak serahkan kepada polis 216 00:13:56,480 --> 00:13:59,840 dan saya jamin mereka uruskan visa residen untuk awak. 217 00:13:59,920 --> 00:14:03,520 Awak akan dapat kewarganegaraan, tapi takkan dapat sesen pun. 218 00:14:03,600 --> 00:14:04,560 Mak. 219 00:14:04,640 --> 00:14:05,520 Apa? 220 00:14:06,680 --> 00:14:10,360 Kenapa tawarkan wang sebanyak itu jika kamu ada maklumat itu? 221 00:14:10,440 --> 00:14:11,640 Mak, beri dia duit. 222 00:14:15,280 --> 00:14:19,000 Sudah tentu. Janji tetap janji. 100,000 untuk video awak. 223 00:14:19,080 --> 00:14:22,520 Jangan kata kami bukan pelindung awak. 224 00:14:23,720 --> 00:14:25,960 Dapatkan video itu, kemudian bincang. 225 00:14:35,880 --> 00:14:37,240 Héctor, beritahu saya. 226 00:14:37,320 --> 00:14:39,000 Dah bersedia untuk mengaku? 227 00:14:40,200 --> 00:14:42,560 Tidak. Sebab saya tak buat. 228 00:14:43,040 --> 00:14:44,760 Kita akan tahu pelakunya. 229 00:14:44,840 --> 00:14:46,000 Biar betul? 230 00:14:46,080 --> 00:14:48,640 Omar ada rakaman insiden itu. 231 00:14:48,720 --> 00:14:50,480 Suruh hakim minta. 232 00:14:51,440 --> 00:14:53,000 Rakaman apa? 233 00:14:53,080 --> 00:14:56,520 Ada orang bawa masuk telefon dan terakam sesuatu. 234 00:14:57,480 --> 00:14:59,760 Saya akan beritahu hakim kalau jadi awak. 235 00:15:02,320 --> 00:15:05,400 Hidup saya selepas Las Encinas? Baiklah… 236 00:15:05,480 --> 00:15:07,920 Saya nak masuk bidang perubatan dan belajar psikiatri. 237 00:15:08,000 --> 00:15:10,680 Mental kita sangat penting. 238 00:15:11,320 --> 00:15:13,320 Berhenti. Saya macam bodoh. 239 00:15:14,640 --> 00:15:15,800 Sedikit saja. 240 00:15:15,880 --> 00:15:17,480 Buat sekali lagi. 241 00:15:17,560 --> 00:15:20,360 Saya tak tahu jika ada orang akan berminat. 242 00:15:20,880 --> 00:15:22,280 Tanyalah saya sesuatu. 243 00:15:25,000 --> 00:15:27,280 Sebelum bincangkan masa depan awak, 244 00:15:28,240 --> 00:15:29,960 ada apa-apa awak perlu selesaikan? 245 00:15:32,080 --> 00:15:35,320 Saya mungkin ambil tindakan berbeza tentang sepupu saya. 246 00:15:37,120 --> 00:15:41,000 Jadi, kami takkan renggang dan teruk begini. 247 00:15:41,080 --> 00:15:43,600 Zaman persekolahan hampir berakhir dan 248 00:15:43,680 --> 00:15:46,160 tak okey jika dia tamatkan sekolah begini. 249 00:15:48,080 --> 00:15:51,000 Sepupu, mari kita baiki hubungan kita, okey? 250 00:15:51,800 --> 00:15:55,400 Saya minta maaf atas kesilapan saya. Semuanya. 251 00:15:55,920 --> 00:15:57,080 Sungguh. 252 00:15:57,920 --> 00:15:59,200 Saya sayang awak. 253 00:16:03,480 --> 00:16:04,400 Itu lebih baik. 254 00:16:30,120 --> 00:16:31,160 Ini pula? 255 00:16:32,520 --> 00:16:35,480 - Ada orang pecah masuk! - Tapi kamu tak ada benda berharga. 256 00:16:37,680 --> 00:16:39,920 Ómar, ada orang pecah masuk. 257 00:16:40,440 --> 00:16:41,280 Apa? 258 00:16:41,360 --> 00:16:44,280 Tidak! 259 00:16:48,200 --> 00:16:52,160 - Saya perlu tahu sesuatu? - Mereka ambil komputer riba saya. 260 00:16:53,640 --> 00:16:57,840 Hei, boleh saya luangkan masa dengan Omar sekarang? 261 00:16:57,920 --> 00:17:02,000 Saya rasa tak sedap hati. Saya akan hubungi awak nanti, okey? 262 00:17:02,080 --> 00:17:03,040 - Pasti? - Ya. 263 00:17:03,120 --> 00:17:04,120 Okey. 264 00:17:13,520 --> 00:17:15,880 - Adakah ini tentang video Joel? - Apa? 265 00:17:16,360 --> 00:17:18,000 Video pembunuhan Joel. 266 00:17:19,840 --> 00:17:21,040 Apa yang awak tahu? 267 00:17:21,120 --> 00:17:24,160 Chloe beritahu. Rumah kita digeledah. 268 00:17:24,240 --> 00:17:27,320 Mungkin ada orang nak video itu. 269 00:17:27,400 --> 00:17:29,360 Tidak. Bukan begitu. 270 00:17:29,440 --> 00:17:33,000 Kalau awak ada, kita boleh guna untuk visa residen saya. 271 00:17:34,640 --> 00:17:35,520 Betul… 272 00:17:35,600 --> 00:17:37,200 Maknanya awak ada? 273 00:17:37,920 --> 00:17:39,280 Sekejap, Dalmar. 274 00:17:58,080 --> 00:17:58,920 Helo? 275 00:18:01,040 --> 00:18:02,400 Ya, ini saya. 276 00:18:07,480 --> 00:18:09,760 Omar, ini peguam keluarga saya. 277 00:18:09,840 --> 00:18:12,160 Dia tolong saya tulis kenyataan. 278 00:18:14,080 --> 00:18:16,440 Saya mengaku bertanggungjawab pukul awak 279 00:18:16,520 --> 00:18:18,720 dan nak awak dipukul sampai mati. 280 00:18:19,800 --> 00:18:23,680 Kita berdua perlu sain dan awak terima pengakuan saya. 281 00:18:26,760 --> 00:18:27,720 Baguslah. 282 00:18:35,000 --> 00:18:36,320 Ayuh, sainlah. 283 00:18:43,280 --> 00:18:44,560 Saya ada tawaran lebih baik. 284 00:18:45,160 --> 00:18:47,680 Apa-apa saja awak nak. Asalkan awak minta. 285 00:18:47,760 --> 00:18:50,760 Saya Santa Claus awak, pari-pari awak, jin awak. 286 00:18:50,840 --> 00:18:53,440 Apa-apa saja awak nak. Saya tunaikan. 287 00:18:53,960 --> 00:18:55,000 Fikir besar. 288 00:18:56,720 --> 00:18:58,320 Saya cuma nak awak sain. 289 00:18:59,120 --> 00:19:02,440 Betulkah awak tolak peluang untuk dapatkan tandatangan? 290 00:19:03,400 --> 00:19:06,640 Saya akan tunaikan impian masa depan awak. 291 00:19:06,720 --> 00:19:09,960 Atau awak memang tak berani pasang impian? 292 00:19:10,600 --> 00:19:12,840 Begitu cara awak manipulasi Joel, ya? 293 00:19:13,360 --> 00:19:14,480 Mana dia sekarang? 294 00:19:15,800 --> 00:19:17,320 Awak lebih bijak. 295 00:19:18,200 --> 00:19:20,600 Awak ada kelebihan sekarang. Gunalah. 296 00:19:21,440 --> 00:19:23,760 Keluarga awak buat awak percaya begitu. 297 00:19:24,280 --> 00:19:26,920 Dalam dunia awak, semuanya untuk dijual. 298 00:19:27,000 --> 00:19:27,920 Tapi tidak. 299 00:19:29,320 --> 00:19:33,480 Saya nak musnahkan awak, adik awak, kelab Alumni dan sekolah. 300 00:19:33,560 --> 00:19:35,120 - Selesai. - Apa? 301 00:19:35,920 --> 00:19:38,600 Awak nak musnahkan kami dan Las Encinas? Okey. 302 00:19:38,680 --> 00:19:41,840 Itu tawaran saya. Tutup Alumni, tutup sekolah. 303 00:19:41,920 --> 00:19:43,360 Apa maksud awak? 304 00:19:44,080 --> 00:19:45,480 Cakaplah awak tak suka. 305 00:19:45,560 --> 00:19:49,200 Tak suka jika semua yang musnahkan hidup awak ditutup. 306 00:19:49,280 --> 00:19:52,080 Fikirkannya. Apa akan berlaku kalau saya sain? 307 00:19:52,160 --> 00:19:56,080 Kami akan dihukum beberapa bulan, takkan masuk penjara pun. 308 00:19:56,720 --> 00:19:59,320 Cemuhan awam yang awak impikan. Tiada. 309 00:19:59,400 --> 00:20:02,840 Tiada apa-apa. Awak lebih suka itu daripada hadiah utama? 310 00:20:04,360 --> 00:20:05,480 Awak nak apa? 311 00:20:05,960 --> 00:20:06,960 Saya patut sain? 312 00:20:09,760 --> 00:20:12,320 Atau beri saya bukti dan tutup Las Encinas? 313 00:20:56,640 --> 00:20:58,200 Omar, awak ada di rumah? 314 00:20:58,280 --> 00:20:59,200 Nadia. 315 00:21:07,000 --> 00:21:08,000 Apa yang berlaku? 316 00:21:08,960 --> 00:21:12,200 Tak ada apa-apa. Ada orang pecah masuk. Jadi takut. 317 00:21:12,840 --> 00:21:16,840 Nadia, saya mungkin buat perjanjian tutup Las Encinas dengan Héctor. 318 00:21:17,320 --> 00:21:21,280 Saya akan beri video yang akan bebaskan dia dan dia akan tutup sekolah. 319 00:21:21,360 --> 00:21:22,640 Omar, awak okey? 320 00:21:22,720 --> 00:21:23,560 Ya. 321 00:21:24,080 --> 00:21:26,040 Jangan risau tentang saya. 322 00:21:29,680 --> 00:21:31,680 Saya akan tamatkan toksik ini. 323 00:21:31,760 --> 00:21:33,040 Ia di tangan saya. 324 00:21:33,120 --> 00:21:34,840 Itu saja yang penting. 325 00:21:34,920 --> 00:21:36,880 Bukan saya okey atau tidak. 326 00:21:36,960 --> 00:21:38,240 Ia lebih besar. 327 00:21:38,960 --> 00:21:40,480 Awak sedar apa awak cakap? 328 00:21:40,560 --> 00:21:44,000 Lupakan tentang dendam, tutup sekolah. 329 00:21:44,760 --> 00:21:46,760 Buat perjanjian yang saya tak faham. 330 00:21:48,160 --> 00:21:50,400 Awak tak sedar awak dah macam mereka? 331 00:21:53,160 --> 00:21:56,560 Jika awak buat perjanjian dan terikut cara mereka, 332 00:21:57,320 --> 00:21:58,640 awak akan fikir awak menang. 333 00:22:00,400 --> 00:22:03,760 Tapi realitinya, awak mangsa seterusnya. 334 00:22:04,800 --> 00:22:07,760 - Mati saya jika sesuatu menimpa awak. - Tak ada apa akan berlaku. 335 00:22:07,840 --> 00:22:09,640 Itu yang Samuel kata, bukan? 336 00:22:10,480 --> 00:22:11,560 Serta Joel? 337 00:22:12,840 --> 00:22:17,080 Ketika kita rasa kita lebih bijak daripada mereka, mereka musnahkan kita. 338 00:22:19,840 --> 00:22:21,920 Omar, lupakan semua ini. 339 00:22:22,440 --> 00:22:23,960 Laporkan kepada polis. 340 00:22:25,560 --> 00:22:26,720 Saya tak nak hilang awak. 341 00:22:27,720 --> 00:22:28,680 Bukan awak. 342 00:22:38,040 --> 00:22:38,880 Helo. 343 00:22:38,960 --> 00:22:40,800 - Omar. - Saya nak laporkan jenayah. 344 00:22:40,880 --> 00:22:43,000 - Okey. - Saya ada video malam itu… 345 00:22:43,080 --> 00:22:43,920 Omar! 346 00:22:46,600 --> 00:22:48,920 - Saya akan uruskan. - Biar saya. 347 00:22:49,000 --> 00:22:51,480 Biar dia uruskan. Jangan buang masa awak. 348 00:22:51,560 --> 00:22:53,400 Jangan risau. Mari. 349 00:22:53,480 --> 00:22:56,040 Tak, saya akan datang lain kali. 350 00:22:56,120 --> 00:22:58,840 Relaks, Omar. Dia akan uruskannya. 351 00:22:58,920 --> 00:23:02,280 Jika awak nak laporkan jenayah, elok buat cepat, bukan? 352 00:23:12,000 --> 00:23:14,200 REPOT PERGI KE BALAI BERDEKATAN 353 00:23:33,000 --> 00:23:34,880 Awak nak laporkan apa? 354 00:23:38,080 --> 00:23:39,280 Ayuh. Saya tolong. 355 00:23:39,760 --> 00:23:43,280 Awak nak laporkan sesuatu dan awak ada video malam itu… 356 00:23:43,880 --> 00:23:44,960 Malam apa? 357 00:23:45,920 --> 00:23:46,880 Ada di sini? 358 00:23:46,960 --> 00:23:48,840 Elok saya datang lain kali. 359 00:23:48,920 --> 00:23:51,000 Lebih baik bercakap dengan jelas. 360 00:23:51,760 --> 00:23:55,560 Perlu berani jika nak tunjuk berani. Saya tak pasti awak begitu. 361 00:23:56,240 --> 00:23:59,600 Saya tak faham maksud awak begitu juga nada awak. 362 00:23:59,680 --> 00:24:01,560 Awak tahu, Omar. Hei! 363 00:24:02,880 --> 00:24:06,760 Beginilah. Serahkan video itu. Penderitaan awak akan berakhir. 364 00:24:06,840 --> 00:24:10,400 Saya tak nak awak dapat kemalangan setelah keluar dari sini. 365 00:24:12,240 --> 00:24:13,560 Serahkan, celaka! 366 00:24:13,640 --> 00:24:15,120 Tidak! Tolong! 367 00:24:15,200 --> 00:24:16,360 Tolong saya! 368 00:24:18,000 --> 00:24:19,280 Apa yang berlaku? 369 00:24:21,360 --> 00:24:23,400 Tak ada apa-apa. Cuma salah faham. 370 00:24:25,360 --> 00:24:26,880 Apa yang berlaku, Luis? 371 00:24:27,640 --> 00:24:29,360 Awak pun dengar. Salah faham. 372 00:24:33,840 --> 00:24:35,840 Jadi dia tahu awak ada video itu? 373 00:24:36,320 --> 00:24:38,560 Habislah kita. Saya akan telefon dia. 374 00:24:38,640 --> 00:24:39,840 Telefon? Buat apa? 375 00:24:39,920 --> 00:24:41,560 Berbulan dia cuba meniduri saya. 376 00:24:41,640 --> 00:24:46,120 Boleh tak jangan mengarut? Kita laporkan kepada polis… 377 00:24:46,200 --> 00:24:49,520 Tidak, Iván. Tak guna jumpa polis. 378 00:24:49,600 --> 00:24:50,840 Omar baru ke sana. 379 00:24:50,920 --> 00:24:53,840 Cuma satu cara untuk tamatkannya. Saya akan buat. 380 00:24:59,680 --> 00:25:03,560 Hei, sayang. Apa khabar? Semuanya okey? 381 00:25:03,640 --> 00:25:06,680 Dengar sini. Saya lapang malam ini. 382 00:25:06,760 --> 00:25:09,480 Nak jumpa dalam pukul 10 malam? 383 00:25:11,000 --> 00:25:12,880 Isa, dia tak bodoh. 384 00:25:12,960 --> 00:25:16,360 Saya tahu. Tapi dia mahukan saya. Dia akan datang. 385 00:25:16,440 --> 00:25:17,480 Percayalah. 386 00:25:18,360 --> 00:25:21,600 - Omar, halanglah dia? - Tak boleh harapkan polis. 387 00:25:21,680 --> 00:25:23,840 - Percayakan Isa. - Saya kata jangan! 388 00:25:24,520 --> 00:25:25,400 Isa! 389 00:25:44,760 --> 00:25:48,760 Awak tak boleh sendirian dengan dia. Cari penyelesaian lain. 390 00:25:49,560 --> 00:25:51,600 Kalau begitu, tolonglah saya. 391 00:25:52,200 --> 00:25:53,280 Macam mana? 392 00:25:53,920 --> 00:25:58,080 Kami lepak sekejap. Awak datang. Kita tangkap dia. 393 00:25:58,160 --> 00:26:00,120 Dia terlebih dos. Dia mati. 394 00:26:00,200 --> 00:26:02,200 Isa, awak dah gilakah? 395 00:26:02,280 --> 00:26:04,240 Awak tak boleh berfikiran waras. 396 00:26:04,760 --> 00:26:06,200 Nak rosakkan hidup awak? 397 00:26:06,280 --> 00:26:07,280 Kawan, 398 00:26:07,360 --> 00:26:09,600 kelab ini milik awak dan bukan saya. 399 00:26:09,680 --> 00:26:12,880 Bahagian saya pun masih berhutang. Mak saya tak nak cakap dengan saya. 400 00:26:12,960 --> 00:26:16,440 Ayah saya pula… Hidup saya agak teruk. 401 00:26:16,520 --> 00:26:17,760 Jangan cakap begitu. 402 00:26:17,840 --> 00:26:21,320 Saya nak ambil champagne, dan kita akan bertenang, okey? 403 00:26:21,400 --> 00:26:22,400 Mereka akan bawa naik. 404 00:26:22,480 --> 00:26:25,560 Saya nak berjalan. Berlatih cangkung di tangga. 405 00:26:32,440 --> 00:26:33,600 Terma kasih. 406 00:27:39,680 --> 00:27:40,760 Saya cinta awak. 407 00:27:41,840 --> 00:27:43,400 Saya sangat cintakan awak… 408 00:27:57,040 --> 00:27:59,680 Hei, awak terlalu rakus, bukan? 409 00:28:04,880 --> 00:28:05,840 Maaf. 410 00:28:06,880 --> 00:28:09,320 - Maaf. - Awak juga tak perlu pergi juga. 411 00:28:16,160 --> 00:28:17,400 Awak okey, Iván? 412 00:28:18,440 --> 00:28:20,040 Saya baru cium Joel. 413 00:28:21,680 --> 00:28:24,680 Tapi bukan Joel. Sebab saya takkan cium Joel lagi. 414 00:28:27,400 --> 00:28:30,120 Sayangilah satu sama lain. 415 00:28:32,200 --> 00:28:34,920 Kehidupan memang begitu. Sedar-sedar… 416 00:28:35,560 --> 00:28:36,560 Ia dah terlambat. 417 00:28:46,560 --> 00:28:47,680 Tolong rakam saya. 418 00:28:48,760 --> 00:28:49,800 Sekarang? 419 00:28:49,880 --> 00:28:52,680 Awak siar video langsung tentang sekolah, bukan? 420 00:28:52,760 --> 00:28:54,800 Inilah intipati sekolah ini. 421 00:28:56,720 --> 00:28:59,000 Ini tentang masa depan, bukan? 422 00:29:00,320 --> 00:29:02,880 Saya tak tahu macam mana masa depan saya. 423 00:29:02,960 --> 00:29:05,960 Namun, ia lebih baik daripada setahun lalu. 424 00:29:06,040 --> 00:29:07,880 Sepupu saya dan keluarga dia 425 00:29:07,960 --> 00:29:12,600 terima dan jaga saya walaupun saya pelik dan banyak kekurangan. 426 00:29:12,680 --> 00:29:15,600 Saya tahu ramai orang benci Las Encinas sekarang 427 00:29:15,680 --> 00:29:19,640 kerana apa yang diwakilinya, tapi ia amat bermakna buat saya. 428 00:29:20,560 --> 00:29:23,960 Semuanya kerana awak. Awak bawa saya ke sini. 429 00:29:25,080 --> 00:29:26,240 Saya sayang awak. 430 00:29:26,320 --> 00:29:27,560 Terima kasih. 431 00:29:28,920 --> 00:29:30,320 Awak maafkan saya? 432 00:29:30,920 --> 00:29:33,440 Jika awak minta maaf, apa yang tinggal untuk saya buat? 433 00:29:34,040 --> 00:29:35,920 Saya susahkan hidup awak. 434 00:29:36,400 --> 00:29:38,840 Namun, awak sentiasa ada untuk saya. 435 00:29:39,880 --> 00:29:41,160 Okey, Sara. Cukuplah. 436 00:29:41,240 --> 00:29:44,080 Jangan. Biar satu dunia tahu. Saya sayang awak. 437 00:29:44,160 --> 00:29:48,080 Saya tak pasti nasib saya, setelah keluar dari rumah awak. 438 00:29:49,160 --> 00:29:52,360 Awak akan sentiasa bersama saya. Sentiasa. 439 00:30:02,760 --> 00:30:05,640 Saya tahu ramai orang benci Las Encinas sekarang 440 00:30:05,720 --> 00:30:09,680 kerana apa yang diwakilinya, tapi ia amat bermakna buat saya. 441 00:30:13,120 --> 00:30:16,760 Akhirnya, Luis dan adik-beradik itu takkan dihukum untuk perbuatan mereka. 442 00:30:18,120 --> 00:30:20,480 Las Encinas dan Alumni akan terus wujud. 443 00:30:21,000 --> 00:30:22,480 Semuanya akan tetap sama. 444 00:30:23,160 --> 00:30:26,640 Mereka yang tak rosak masih boleh jujur dan bermaruah. 445 00:30:26,720 --> 00:30:28,480 Lebih kepada dijinakkan. 446 00:30:29,160 --> 00:30:30,600 Tiada apa yang berubah. 447 00:30:31,320 --> 00:30:35,000 Jika kita tak berusaha untuk mengubahnya, ia akan kekal. 448 00:30:37,240 --> 00:30:39,480 Untuk ubah sesuatu yang lama tertanam, 449 00:30:39,560 --> 00:30:42,000 tak cukup hukum kesalahan satu demi satu. 450 00:30:42,840 --> 00:30:45,680 Kita perlu hapuskan puncanya. 451 00:30:46,520 --> 00:30:47,840 Itu sangat sukar. 452 00:30:48,480 --> 00:30:50,960 Perlu masa yang lama dan sukar. 453 00:30:52,400 --> 00:30:53,720 Jom makan malam. 454 00:30:56,280 --> 00:30:57,800 Omar, awak nak ke mana? 455 00:31:01,240 --> 00:31:02,520 Untuk awak. 456 00:31:02,600 --> 00:31:04,120 Sebab awak memang layak. 457 00:31:05,680 --> 00:31:07,600 Awak akan tinggalkan rumah Nico. 458 00:31:08,120 --> 00:31:11,560 Saya dah cukup seksa mereka. Tapi saya takkan pergi jauh. 459 00:31:13,440 --> 00:31:14,320 Okey. 460 00:31:14,960 --> 00:31:16,880 Sebab kita ada rancangan, bukan? 461 00:31:17,400 --> 00:31:18,520 Ya, pasti. 462 00:31:20,920 --> 00:31:22,720 Tak perlu cakap pasal itu sekarang. 463 00:31:24,360 --> 00:31:25,320 Tidak. 464 00:31:36,360 --> 00:31:37,840 Ini bagus juga. 465 00:31:37,920 --> 00:31:39,880 - Apa? - Saya kata ini pun bagus. 466 00:31:39,960 --> 00:31:42,920 Awak bukan bawa saya ke sini untuk elak berbincang? 467 00:31:44,200 --> 00:31:46,400 Tengok, Isa beri ini kepada saya. 468 00:31:46,920 --> 00:31:49,640 Dia ambil 2C… 469 00:31:50,480 --> 00:31:51,400 Awak nak cuba? 470 00:31:51,480 --> 00:31:56,120 Saya tak perlukan apa-apa. Saya cuma perlukan awak. Bukan begitu? 471 00:31:56,640 --> 00:31:57,600 Ya. 472 00:31:58,480 --> 00:32:02,440 Perbuatan mengambil dadah di sekolah, di kelab, semasa seks… 473 00:32:02,520 --> 00:32:06,040 - Ketika makan snek, saya tak… - Tak perlu buat. Tengok. 474 00:32:13,520 --> 00:32:14,720 Apa kata kita rakam 475 00:32:15,640 --> 00:32:17,040 dan hantar kepada Sara? 476 00:32:17,120 --> 00:32:19,840 Video langsung Las Encinas yang tiada aktiviti seks? 477 00:32:20,360 --> 00:32:22,280 Tak realistik langsung. 478 00:32:23,800 --> 00:32:25,320 Saya bergurau, bodoh! 479 00:32:38,320 --> 00:32:40,520 Puaskan saya macam ini kali terakhir. 480 00:32:42,160 --> 00:32:44,000 Tapi… Apa maksud awak? 481 00:32:47,200 --> 00:32:48,200 Saya bergurau. 482 00:32:48,720 --> 00:32:50,880 Saya rasa ghairah, okey? 483 00:32:51,520 --> 00:32:55,000 Kita tak ambil dadah, tak rakam video… 484 00:32:57,600 --> 00:32:59,080 Saya bergurau saja. 485 00:32:59,160 --> 00:33:02,240 Saya boleh baham muka bodoh awak. 486 00:33:04,960 --> 00:33:06,200 Saya cinta awak. 487 00:33:44,120 --> 00:33:45,080 Tak guna. 488 00:33:46,120 --> 00:33:47,040 Isa. 489 00:34:09,280 --> 00:34:11,680 Helo. Nak minum segelas? 490 00:34:13,880 --> 00:34:14,880 Atau dua gelas. 491 00:34:33,000 --> 00:34:34,160 Nak tangkap saya? 492 00:34:35,320 --> 00:34:36,560 Awak nak? 493 00:34:36,640 --> 00:34:39,160 Tak nak. Rumah saya, peraturan saya. 494 00:34:39,680 --> 00:34:40,680 Simpanlah. 495 00:34:40,760 --> 00:34:43,160 Tak perlu untuk berseronok dengan saya. 496 00:34:44,440 --> 00:34:45,400 Percayalah. 497 00:34:47,800 --> 00:34:50,720 Jika saya percayakan orang seperti awak, saya pasti dah mati. 498 00:34:51,200 --> 00:34:55,000 Okey, layanlah saya sekejap, kemudian saya layan awak. 499 00:34:56,160 --> 00:34:57,240 Buka baju awak. 500 00:35:30,760 --> 00:35:31,720 Sara! 501 00:35:36,720 --> 00:35:38,440 Saya nak awak tolong saya. 502 00:35:39,120 --> 00:35:41,760 - Mulakan video langsung dengan saya. - Okey. 503 00:35:42,280 --> 00:35:44,720 Tapi jom ke tempat yang lebih sunyi. 504 00:35:48,240 --> 00:35:51,800 Kamu akan tamat belajar dan saya tak tahu ilmu yang kamu dapat di Las Encinas. 505 00:35:52,720 --> 00:35:55,000 Namun, saya akan kongsi apa yang saya pelajari.. 506 00:35:55,920 --> 00:35:58,600 Orang kaya saling melindungi. 507 00:35:59,080 --> 00:36:00,480 Mereka tahu caranya. 508 00:36:01,320 --> 00:36:04,400 Kalau tak, macam mana kamu nak jelaskan, sekolah ini 509 00:36:04,480 --> 00:36:05,840 ada kes dos berlebihan, 510 00:36:06,440 --> 00:36:08,440 merogol, membunuh, 511 00:36:08,960 --> 00:36:10,640 dan tak muncul dalam berita? 512 00:36:11,840 --> 00:36:13,040 Saya tak faham. 513 00:36:13,880 --> 00:36:16,520 Kenapa ibu bapa kamu terus hantar kamu ke sini? 514 00:36:17,120 --> 00:36:18,960 Kawan saya, Samu dibunuh. 515 00:36:19,720 --> 00:36:21,400 Begitu juga teman wanitanya, Marina. 516 00:36:22,360 --> 00:36:24,360 Saya dan Iván hampir mati. 517 00:36:24,440 --> 00:36:27,840 Juga adik-beradik fasis dan Alumni yang buat Joel dibunuh. 518 00:36:28,360 --> 00:36:29,960 Okey, mereka tak bunuh dia. 519 00:36:30,480 --> 00:36:31,680 Tak kiralah. 520 00:36:32,200 --> 00:36:33,640 Sebab racun dari sekolah ini 521 00:36:33,720 --> 00:36:35,920 telah meresap dan musnahkan segalanya. 522 00:36:37,920 --> 00:36:41,040 Jujur, tiada sesiapa akan bertindak untuk hentikannya? 523 00:36:42,840 --> 00:36:45,200 Nyawa anak-anak kamu tak bernilai? 524 00:36:46,160 --> 00:36:47,880 Berapa ramai lagi perlu mati? 525 00:36:48,440 --> 00:36:51,800 Berapa ramai lagi perlu menderita untuk tutup Las Encinas? 526 00:36:59,120 --> 00:37:01,240 Saya juga perlu tambah video. 527 00:37:02,000 --> 00:37:02,880 Boleh muat naik? 528 00:37:17,360 --> 00:37:19,000 Awak ingat saya bodoh? 529 00:37:19,760 --> 00:37:20,600 Apa? 530 00:37:20,680 --> 00:37:24,880 Awak nak goda saya supaya saya mengaku untuk jenayah yang awak fikir saya buat. 531 00:37:26,240 --> 00:37:27,120 Tidak. 532 00:37:27,840 --> 00:37:28,960 Tak, sayang. 533 00:37:29,800 --> 00:37:30,760 Ia lebih kepada 534 00:37:31,440 --> 00:37:32,520 hidangan terakhir… 535 00:37:32,600 --> 00:37:35,360 - Okey. - Untuk yang dilaknat. 536 00:37:35,960 --> 00:37:37,400 Sayalah hidangan itu. 537 00:37:39,760 --> 00:37:41,360 Itu untuk apa? 538 00:37:42,360 --> 00:37:44,080 Bunuh saya dengan lebih dos? 539 00:37:47,800 --> 00:37:50,840 Begitu cara awak akan mati, jalang! 540 00:37:51,720 --> 00:37:54,720 Tahu tak? Tiada sesiapa akan peduli. 541 00:37:55,640 --> 00:37:58,760 Gadis kaya malang itu, jadi miskin, 542 00:38:00,200 --> 00:38:03,880 ketagih dengan pelbagai benda, tak dapat uruskan hutangnya, 543 00:38:04,520 --> 00:38:07,840 jalankan bisnes pelacuran di kelab, kematian ayahnya… 544 00:38:07,920 --> 00:38:10,680 Semua orang akan faham sebab awak nak bunuh diri. 545 00:38:10,760 --> 00:38:12,840 Tapi saya takkan guna picagari. 546 00:38:16,840 --> 00:38:19,320 Awak lebih suka benda ini, bukan? 547 00:38:19,400 --> 00:38:23,800 Aduhai. Ia telah ditambahkan dengan fentanyl dan GHB. 548 00:38:23,880 --> 00:38:25,760 Kasihannya. 549 00:38:26,520 --> 00:38:27,520 Buka mulut awak. 550 00:38:27,600 --> 00:38:28,720 Bukalah, jalang! 551 00:38:43,880 --> 00:38:44,880 Semuanya okey? 552 00:38:45,880 --> 00:38:47,320 Hei, bangunlah. 553 00:38:48,200 --> 00:38:51,120 Kita perlu berseronok sebelum saya bunuh awak. 554 00:38:51,800 --> 00:38:52,640 Isa. 555 00:38:54,200 --> 00:38:55,200 Isa. 556 00:38:56,680 --> 00:38:57,560 Hei… 557 00:38:58,280 --> 00:38:59,120 Helo. 558 00:39:01,240 --> 00:39:03,200 Jangan buang masa. Jom berasmara. 559 00:39:04,200 --> 00:39:08,240 Saya akan beri awak ini sedikit untuk bantu awak tenang. Buka mulut. 560 00:39:09,800 --> 00:39:11,840 Buka, Isa. Buka mulut. 561 00:39:11,920 --> 00:39:14,000 Jangan bergerak. Buka mulut. 562 00:39:14,080 --> 00:39:15,480 Begitulah. 563 00:39:18,240 --> 00:39:19,520 Bagus. Begitulah. 564 00:40:19,080 --> 00:40:20,440 Mana Luis? 565 00:40:24,240 --> 00:40:25,120 Hei! 566 00:40:26,920 --> 00:40:27,920 Hei! 567 00:40:29,320 --> 00:40:30,240 Awak. 568 00:40:30,320 --> 00:40:31,200 Hei! 569 00:40:31,280 --> 00:40:32,320 Bangunlah. 570 00:40:32,800 --> 00:40:34,040 Bangun. Hei. 571 00:40:34,800 --> 00:40:36,280 Bangunlah. 572 00:40:37,040 --> 00:40:38,120 Awak okey? 573 00:40:38,200 --> 00:40:39,280 Isa… 574 00:40:42,520 --> 00:40:43,560 Isa… 575 00:40:48,760 --> 00:40:49,640 Isa! 576 00:40:50,800 --> 00:40:52,480 Isa, buka pintu, tak guna! 577 00:40:54,280 --> 00:40:55,120 Isa! 578 00:41:17,680 --> 00:41:18,760 Biar betul? 579 00:41:18,840 --> 00:41:20,440 Luis, jangan dekati dia! 580 00:41:20,520 --> 00:41:24,520 Isadora pengsan. Saya tak tahu dia ambil apa. Hubungi ambulans. 581 00:41:24,600 --> 00:41:25,480 Diam! 582 00:41:25,560 --> 00:41:28,280 Awak silap. Ini bukan perbuatan saya! 583 00:41:28,360 --> 00:41:29,680 - Kita kena tolong dia. - Isa. 584 00:41:29,760 --> 00:41:34,040 Awak ditahan kerana bunuh Joel. Awak berhak berdiam diri. 585 00:41:34,120 --> 00:41:36,520 Kata-kata awak akan digunakan ke atas awak. 586 00:41:36,600 --> 00:41:37,440 Hei! 587 00:41:37,960 --> 00:41:39,600 - Isa! - Hei. 588 00:41:39,680 --> 00:41:41,440 - Isa. - Isa, bangunlah. 589 00:41:42,560 --> 00:41:44,080 - Isa. - Pakai baju. 590 00:41:45,280 --> 00:41:47,160 - Isa. - Tak guna. 591 00:41:47,240 --> 00:41:48,160 Isa! 592 00:41:49,080 --> 00:41:49,960 Isa! 593 00:42:03,040 --> 00:42:05,000 Awak tahu apa masalah awak? 594 00:42:06,600 --> 00:42:09,520 Awak orang tak guna 595 00:42:10,240 --> 00:42:13,840 yang muncul dalam hidup kami dan fikir boleh dapat semua. 596 00:42:14,360 --> 00:42:15,280 Sudah tentu. 597 00:42:15,800 --> 00:42:21,520 Jika anak manja macam saya memilikinya, 598 00:42:21,600 --> 00:42:22,840 awak pun boleh. 599 00:42:23,360 --> 00:42:25,520 Tahu tak? Awak tak boleh. 600 00:42:26,560 --> 00:42:29,680 Walaupun awak 601 00:42:29,760 --> 00:42:33,760 ambil kokain, 2C, dan semua dadah di dunia, 602 00:42:33,840 --> 00:42:37,200 awak takkan dapat capai standard kami. 603 00:42:38,400 --> 00:42:39,960 Nikmati hidangan terakhir awak. 604 00:42:41,480 --> 00:42:42,920 - Celaka! - Ayuh. 605 00:42:43,000 --> 00:42:45,440 - Apa awak buat, jalang? - Diam dan jalan. 606 00:42:45,520 --> 00:42:47,560 - Nahas awak! - Jalan! 607 00:42:49,840 --> 00:42:51,240 Awak okey? 608 00:42:51,320 --> 00:42:52,200 Ya. 609 00:43:23,120 --> 00:43:24,200 Luis? 610 00:43:45,960 --> 00:43:47,160 Panggil ambulans. 611 00:44:38,280 --> 00:44:39,360 Sara? 612 00:44:40,600 --> 00:44:42,160 Awak mesti nak ini. 613 00:44:45,320 --> 00:44:47,080 Buatlah sesuka hati awak. 614 00:44:48,600 --> 00:44:49,480 Apa? 615 00:44:50,080 --> 00:44:53,400 Saya nak gunakannya untuk bantu saya, tapi 616 00:44:54,240 --> 00:44:55,240 saya dah tak kisah. 617 00:44:56,400 --> 00:44:59,520 Saya rasa dah tiba masanya kita buat perkara betul. 618 00:45:00,960 --> 00:45:02,760 Jika dihantar balik pun, 619 00:45:03,440 --> 00:45:04,280 saya terima. 620 00:45:34,400 --> 00:45:35,840 Awak cari Chloe? 621 00:45:37,320 --> 00:45:38,840 Ya. Awak nampak dia? 622 00:45:39,760 --> 00:45:41,480 Tentu dia dah lari. 623 00:45:42,120 --> 00:45:44,640 Saya hantar video. Mungkin dia tak suka. 624 00:45:52,840 --> 00:45:57,600 Beritahu mereka saya takkan diam diri. Dia dan ibunya. Mereka berdua. 625 00:46:14,480 --> 00:46:15,840 Hati-hati. Ia mudah pecah. 626 00:46:16,360 --> 00:46:18,320 Ia perlu tiba di Milan dengan selamat. 627 00:46:20,760 --> 00:46:23,120 Mereka tak sabar tunggu kedatangan kita. 628 00:46:24,960 --> 00:46:26,000 Tak guna, Emi. 629 00:46:33,920 --> 00:46:36,360 SYARIKAT PENGANGKUTAN ANTARABANGSA 630 00:46:41,120 --> 00:46:43,960 - Pergi tanpa ucap selamat tinggal? - Tidak. 631 00:46:44,040 --> 00:46:46,520 - Kami pergi beberapa hari saja. - Chloe. 632 00:46:47,000 --> 00:46:49,520 Video mak awak. Saya tahu Sara memilikinya. 633 00:46:51,760 --> 00:46:54,960 Saya tahu, Eric, tapi… ia cuma soal masa. 634 00:46:55,040 --> 00:46:57,760 Kami akan pergi juga. Itulah hakikatnya. 635 00:47:01,200 --> 00:47:03,600 Saya nak bersama awak seumur hidup saya. 636 00:47:05,200 --> 00:47:06,320 Awak tahu tak? 637 00:47:07,640 --> 00:47:08,920 Bawa saya sekali. 638 00:47:10,120 --> 00:47:11,520 Saya nak ikut. 639 00:47:11,600 --> 00:47:12,840 Mak? 640 00:47:12,920 --> 00:47:17,440 Awak pasti tak nak. Anggaplah ini bukan perpisahan. 641 00:47:17,520 --> 00:47:20,120 Jika ia ditakdirkan, kamu akan bertemu lagi. 642 00:47:21,280 --> 00:47:22,920 Ucap selamat tinggal. Ayuh. 643 00:48:02,720 --> 00:48:04,000 Kamu okey? 644 00:48:05,560 --> 00:48:08,000 Kenapa dia tak boleh ikut kita, mak? 645 00:48:08,080 --> 00:48:12,160 Kesakitan ini akan hilang, sayang. Ia akan hilang. Percayalah. 646 00:48:12,240 --> 00:48:16,360 Kita perlu menetap di satu tempat. 647 00:48:16,440 --> 00:48:19,800 Biar dia buat begitu dengan pak cik, mak cik dia dan Nico. 648 00:48:19,880 --> 00:48:22,040 Mak akan pastikan kamu bertemu lagi. 649 00:48:22,560 --> 00:48:24,400 Lebih awal lagi. 650 00:48:25,880 --> 00:48:26,840 Okey, sayang? 651 00:48:27,680 --> 00:48:31,840 Sekarang kita perlu mengembara, kita berdua saja. Okey? 652 00:48:32,920 --> 00:48:34,000 Okey. 653 00:48:34,080 --> 00:48:35,680 Pakai tali pinggang. 654 00:48:36,880 --> 00:48:37,960 Ayuh. 655 00:49:20,200 --> 00:49:23,080 Saya mahu kamu melihatnya sendiri. 656 00:49:24,440 --> 00:49:25,960 Semuanya kerana awak. 657 00:49:27,160 --> 00:49:29,600 Saya takkan berdiam diri 658 00:49:30,320 --> 00:49:32,640 dan mahu ambil tindakan. 659 00:49:32,720 --> 00:49:37,560 Saya simpan semua maklumat panas tentang sekolah ini. 660 00:49:38,480 --> 00:49:40,920 Saya dah bosan jadi boneka mereka. 661 00:49:49,320 --> 00:49:52,440 Para pelajar sekalian, selepas mesyuarat tergempar 662 00:49:52,520 --> 00:49:55,160 dilakukan semalam dengan ahli Lembaga Sekolah 663 00:49:55,240 --> 00:49:57,560 dan Persatuan Ibu Bapa, 664 00:49:57,640 --> 00:50:02,600 saya ingin maklumkan bahawa Las Encinas akan ditutup serta-merta, selama-lamanya. 665 00:50:02,680 --> 00:50:05,840 Peperiksaan pula? Kita lulus secara automatik? 666 00:50:06,680 --> 00:50:09,640 Untuk membolehkan kamu menduduki peperiksaan akhir, 667 00:50:09,720 --> 00:50:12,960 kami telah capai persetujuan dengan sekolah tinggi awam. 668 00:50:13,040 --> 00:50:14,280 Dia kata "awam"? 669 00:50:15,720 --> 00:50:18,520 Pintu pejabat pengetua akan sentiasa terbuka 670 00:50:18,600 --> 00:50:21,520 jika kamu ada soalan dan kemusykilan. 671 00:50:25,360 --> 00:50:26,360 Ia dah berakhir. 672 00:51:40,960 --> 00:51:46,600 SEKOLAH TINGGI SAN ESTEBAN 673 00:52:09,520 --> 00:52:12,200 Ini sekolah atau tadika? 674 00:52:12,280 --> 00:52:14,800 Mereka semua budak kecil, bukan? 675 00:52:15,880 --> 00:52:17,440 Tidak. Mereka sebaya kita. 676 00:52:18,200 --> 00:52:19,760 Saya rasa ikut sini. 677 00:52:34,960 --> 00:52:38,520 Apa khabar? Tumpang tanya. 678 00:52:38,600 --> 00:52:41,000 Saya perlu ambil sesuatu 679 00:52:41,080 --> 00:52:43,200 kerana semua ini sangat teruk. 680 00:52:43,280 --> 00:52:44,120 Mana tandas? 681 00:52:44,200 --> 00:52:45,200 Di sana. 682 00:52:45,840 --> 00:52:47,000 Awak nak cuba? 683 00:52:47,640 --> 00:52:48,560 Tak nak. 684 00:55:13,080 --> 00:55:15,880 Terjemahan sari kata oleh Fid.