1 00:00:16,641 --> 00:00:19,811 Memandangkan ia tak lagi merebak, malah sudah surut, 2 00:00:19,811 --> 00:00:23,565 saya kurangkan dos ibu awak kepada 10 mg Tamoxifen dua kali sehari 3 00:00:23,565 --> 00:00:27,110 dan mula beri 80 mg Doxorubicin secara intravena. 4 00:00:28,445 --> 00:00:30,238 Tak banyak sangatkah ubatnya? 5 00:00:30,822 --> 00:00:32,741 Dia dah boleh jalan dan ketawa. 6 00:00:33,616 --> 00:00:35,952 Dia masak untuk saya dan adik saya. 7 00:00:36,536 --> 00:00:39,664 Saya pun tak ingat kali terakhir dia buat begitu. 8 00:00:40,790 --> 00:00:45,795 Untuk pastikan dia terus pulih, saya perlu kurangkan dos beransur-ansur. 9 00:00:45,795 --> 00:00:49,674 Awak jaga ibu awak dengan baik, Tory. 10 00:00:49,674 --> 00:00:50,842 Teruskan. 11 00:01:20,789 --> 00:01:24,042 - Bagus, awak masih berlatih. - Sensei buat apa di sini? 12 00:01:24,042 --> 00:01:26,169 Bukankah polis cari sensei? 13 00:01:26,169 --> 00:01:28,546 Bukan senang nak tangkap saya. 14 00:01:28,546 --> 00:01:31,216 Saya datang nak tengok juara saya. 15 00:01:31,800 --> 00:01:33,927 - Apa khabar? - Sekarang baru nak peduli? 16 00:01:33,927 --> 00:01:37,097 Semasa saya minta tolong, ingat tak apa sensei cakap? 17 00:01:37,097 --> 00:01:40,600 Sekarang, awak cuma kena jaga diri awak sendiri. 18 00:01:42,435 --> 00:01:43,770 Saya cari sensei. 19 00:01:43,770 --> 00:01:46,940 Tapi sensei biar saya hadap Silver dan betina gila itu sendiri. 20 00:01:46,940 --> 00:01:49,192 Awak ada hak untuk marah. 21 00:01:49,192 --> 00:01:52,070 Tapi saya tak nak libatkan awak dalam rancangan 22 00:01:52,070 --> 00:01:54,489 untuk lepaskan diri saya. 23 00:01:55,073 --> 00:01:56,825 Saya tahu bunyinya kejam. 24 00:01:57,534 --> 00:01:59,410 Saya cuma nak lindungi awak. 25 00:01:59,410 --> 00:02:02,747 Saya dah bebas, jadi kita ada peluang untuk kuasai... 26 00:02:02,747 --> 00:02:04,499 Tidak. "Kita" tak wujud. 27 00:02:07,335 --> 00:02:09,295 Barulah saya faham. 28 00:02:09,295 --> 00:02:12,090 Saya tak pernah bayangkan yang saya akan lihat 29 00:02:13,174 --> 00:02:15,426 Ratu Tedung sertai musuh. 30 00:02:15,426 --> 00:02:18,388 - Mereka kawan saya. - Jangan jadi bodoh. 31 00:02:18,388 --> 00:02:21,850 Mereka ajak awak masuk, tapi awak tak diterima sepenuhnya. 32 00:02:21,850 --> 00:02:23,768 Dalam keadaan genting, 33 00:02:23,768 --> 00:02:25,979 mereka akan sentiasa cari alasan 34 00:02:26,813 --> 00:02:29,858 untuk lebihkan anak LaRusso. 35 00:02:29,858 --> 00:02:31,442 Pergi berambuslah. 36 00:02:31,442 --> 00:02:34,737 Saya takkan beritahu polis. Sensei saya mungkin beritahu. 37 00:02:35,572 --> 00:02:37,615 Saya sensei awak 38 00:02:38,575 --> 00:02:39,868 dan awak 39 00:02:40,577 --> 00:02:41,828 juara saya. 40 00:02:43,746 --> 00:02:47,208 Saya memang juara, tapi saya bukan hak sensei. 41 00:02:56,342 --> 00:02:58,261 Aisha dapat masuk UC Santa Cruz. 42 00:02:59,262 --> 00:03:01,181 - Stanford dah jawab? - Tak. 43 00:03:01,890 --> 00:03:05,310 Saya periksa e-mel hari-hari, tapi tak dapat apa-apa pun. 44 00:03:05,310 --> 00:03:06,644 Jangan risau, nanti adalah. 45 00:03:06,644 --> 00:03:08,813 Demetri pun belum tahu jawapan MIT. 46 00:03:08,813 --> 00:03:09,898 Aku dah tahulah. 47 00:03:11,065 --> 00:03:12,317 - Aku dapat. - Apa? 48 00:03:12,317 --> 00:03:13,818 - Apa? - Ya. 49 00:03:13,818 --> 00:03:15,486 Kenapa kamu terkejut? 50 00:03:15,486 --> 00:03:17,780 Aku bekerja keras dan layak dapat. 51 00:03:17,780 --> 00:03:21,326 Kamu ingat pasukan Lakers nak tolak LeBron James? 52 00:03:21,826 --> 00:03:25,205 Tahniah, Demetri. Bukan senang nak masuk MIT. 53 00:03:25,205 --> 00:03:27,123 Ya, memang susah. 54 00:03:27,123 --> 00:03:29,500 Terutamanya kalau tak memohon. 55 00:03:29,500 --> 00:03:30,835 Betul tak, Eli? 56 00:03:32,045 --> 00:03:33,046 Kecohlah kau. 57 00:03:33,046 --> 00:03:36,341 Aku cuma nak kata, kalau tak cuba, memanglah tak dapat. 58 00:03:37,759 --> 00:03:41,262 Tak sangka awak marah Kreese. Orang tak pernah buat begitu. 59 00:03:41,262 --> 00:03:42,388 Padan muka dia. 60 00:03:43,139 --> 00:03:46,684 Rahsiakannya. Saya tak nak orang fikir saya cari dia. 61 00:03:46,684 --> 00:03:48,186 Saya takkan cakap. 62 00:03:48,853 --> 00:03:52,232 - Saya gembira awak ada di sini. - Ini saja yang kita ada. 63 00:03:52,899 --> 00:03:54,901 Semua orang risaukan universiti. 64 00:03:54,901 --> 00:03:58,112 Bagi kita, ini peluang terakhir untuk menang besar. 65 00:03:59,572 --> 00:04:02,825 Awak dah menang besar. Awak menang All Valley. 66 00:04:02,825 --> 00:04:04,160 Itu tak dikira. 67 00:04:04,661 --> 00:04:06,162 Silver rasuah pengadil. 68 00:04:07,121 --> 00:04:09,374 Lebih elok daripada asyik dapat tempat kedua. 69 00:04:09,374 --> 00:04:10,416 Hei. 70 00:04:11,584 --> 00:04:15,505 Ini lebih besar daripada All Valley. Ia disiarkan di seluruh dunia. 71 00:04:15,505 --> 00:04:17,882 Jika kita menang, orang ingat kita. 72 00:04:17,882 --> 00:04:19,884 Seronok kalau dapat naik podium. 73 00:04:21,052 --> 00:04:24,347 Berdiri sebelah-menyebelah, jadi tatapan mata dunia. 74 00:04:27,183 --> 00:04:28,309 Mari kita berjanji. 75 00:04:30,186 --> 00:04:32,855 Tak kira apa pun, kita tetap bersama 76 00:04:33,439 --> 00:04:35,108 dan menang Sekai Taikai. 77 00:04:35,942 --> 00:04:37,026 Cuma kita berdua. 78 00:04:38,987 --> 00:04:39,946 Janji? 79 00:04:46,619 --> 00:04:47,912 Baiklah. Berkumpul. 80 00:04:49,622 --> 00:04:52,417 Hei, ada nampak Kenny? 81 00:04:53,793 --> 00:04:58,464 - Tak nampak sejak dia terberak. - Belum habis cuci seluar agaknya. 82 00:04:58,464 --> 00:05:01,759 Sekai Taikai minta senarai rasmi dalam masa tiga hari. 83 00:05:01,759 --> 00:05:04,012 Kita dah tahu wakil-wakil kita, 84 00:05:04,012 --> 00:05:06,931 jadi kita pilih kapten lelaki dan perempuan pula. 85 00:05:06,931 --> 00:05:09,309 Kapten bukan saja ketua pasukan, 86 00:05:09,309 --> 00:05:11,769 mereka akan bertarung di pusingan akhir, 87 00:05:11,769 --> 00:05:13,229 kalau kita layak nanti. 88 00:05:13,229 --> 00:05:16,441 Perlawanan mereka disiarkan. Itu akan buka peluang. 89 00:05:16,441 --> 00:05:20,528 Jadi duta bijirin sarapan, berlakon filem, video klip, semuanya mungkin. 90 00:05:20,528 --> 00:05:25,283 Nama kamu semua harum kalau kita menang, tapi kapten akan jadi tumpuan. 91 00:05:25,283 --> 00:05:28,870 Mereka perlu melambangkan ciri-ciri terbaik Miyagi-Do. 92 00:05:29,370 --> 00:05:31,497 Saya dan Sensei Lawrence berjanji 93 00:05:31,497 --> 00:05:35,293 keputusan itu takkan berat sebelah. 94 00:05:36,169 --> 00:05:37,837 Ya, dua hari lagi, 95 00:05:37,837 --> 00:05:40,465 Sam akan lawan Tory untuk posisi kapten perempuan, 96 00:05:40,465 --> 00:05:42,884 Robby lawan Miguel untuk posisi kapten lelaki. 97 00:05:43,384 --> 00:05:47,096 Kamu dah selalu bertarung dan kita sekarang di pihak yang sama, 98 00:05:47,096 --> 00:05:50,850 tapi ini masih cara terbaik untuk lihat siapa paling banyak kemajuan. 99 00:05:50,850 --> 00:05:53,102 Okey, cukuplah. Masa untuk berlatih. 100 00:05:53,603 --> 00:05:56,647 Kamu berempat, masuk. Saya nak latih kamu kuat-kuat. 101 00:06:01,569 --> 00:06:03,529 Aku ingat aku yang ajar hari ini. 102 00:06:03,529 --> 00:06:06,324 Kau ajar esoklah. Ada teknik aku nak tunjuk. 103 00:06:06,324 --> 00:06:08,326 Lain kali, cakaplah dulu. 104 00:06:08,326 --> 00:06:11,537 Kalau kita tak sefahaman, kita akan kelirukan mereka. 105 00:06:11,537 --> 00:06:14,916 Relakslah. Kita memang sefahaman. 106 00:06:14,916 --> 00:06:18,378 Tengok, Miyagi-Do. Aku siap cipta kata aku sendiri. 107 00:06:20,213 --> 00:06:21,881 Bulatan besar. 108 00:06:23,383 --> 00:06:24,842 Bulatan besar. 109 00:06:26,469 --> 00:06:27,345 Tarik nafas. 110 00:06:28,513 --> 00:06:29,472 Hembus. 111 00:06:32,016 --> 00:06:34,268 Bagi siku ke muka. Tumbuk tekak. 112 00:06:35,269 --> 00:06:36,646 Angkat lawan. 113 00:06:36,646 --> 00:06:37,855 Humban dia. 114 00:06:37,855 --> 00:06:40,274 Kunci Miyagi-Do ialah keseimbangan. 115 00:06:40,274 --> 00:06:43,736 Kamu perlu terus berdiri walaupun ada halangan mendatang. 116 00:06:49,742 --> 00:06:53,579 Tuan Miyagi berlawan demi Amerika. Kamu pun perlu buat begitu. 117 00:06:55,748 --> 00:06:59,669 Budak luar tak tahu bahasa Inggeris. Tapi tahu bahasa karate. 118 00:07:01,254 --> 00:07:02,797 Tendang lebih tinggi. 119 00:07:03,881 --> 00:07:06,217 Lebih kuat berbanding sebelum ini. 120 00:07:06,217 --> 00:07:09,095 - Kesatuan Soviet dah tak wujud... - Diam! 121 00:07:11,597 --> 00:07:12,807 Bagus, Nichols. 122 00:07:13,641 --> 00:07:15,059 Macam itulah, Robby. 123 00:07:17,353 --> 00:07:19,147 Kamu perlu kosongkan fikiran. 124 00:07:20,440 --> 00:07:21,983 Fokus. Buka mata. 125 00:07:21,983 --> 00:07:25,486 Tengok betul-betul. Babak ini memang hebat. 126 00:07:25,486 --> 00:07:26,446 Tengok. 127 00:07:27,029 --> 00:07:28,156 Macam itulah. 128 00:07:28,156 --> 00:07:30,366 Tendang perut. Tepis serangan. 129 00:07:30,366 --> 00:07:31,409 Pegang telur. 130 00:07:32,118 --> 00:07:33,161 Pulas. 131 00:07:33,161 --> 00:07:36,789 Alex Grady nama wataknya. Bahunya cedera dalam filem pertama. 132 00:07:36,789 --> 00:07:39,083 Filem kedua, dah sembuh secara ajaib. 133 00:07:39,083 --> 00:07:42,170 Jika kamu percaya pada diri sendiri, kamu boleh jadi Eric Roberts. 134 00:07:45,006 --> 00:07:45,965 Bagus, Nichols! 135 00:07:46,674 --> 00:07:48,801 Elak, bukan tangkap. Bangun, Diaz. 136 00:07:50,052 --> 00:07:51,804 LaRusso, teruskan berdiri. 137 00:07:51,804 --> 00:07:53,556 Imbangkan badan! Ayuh! 138 00:07:54,599 --> 00:07:55,516 Sam! 139 00:07:56,809 --> 00:07:58,144 Saya dah hilang sabar. 140 00:07:58,144 --> 00:07:59,896 Dia jumpa Barnes diam-diam 141 00:07:59,896 --> 00:08:03,274 dan ajar mereka gaya jantan maco yang dah kolot. 142 00:08:03,983 --> 00:08:06,402 Dia kawal seluruh sesi latihan hari ini. 143 00:08:06,402 --> 00:08:08,988 Tapi bukankah itu yang kita nak? 144 00:08:09,655 --> 00:08:12,658 Kita nak Johnny ambil alih selepas awak undur diri. 145 00:08:12,658 --> 00:08:15,995 Awak kata nak berhenti karate selepas kejohanan ini. 146 00:08:16,829 --> 00:08:17,830 Ya, saya ingat. 147 00:08:17,830 --> 00:08:21,459 Tapi Johnny pun kata dia nak ikut Miyagi-Do sepenuhnya. 148 00:08:21,459 --> 00:08:23,377 Memang dia ikut, bukan? 149 00:08:23,377 --> 00:08:25,087 Pada nama saja. 150 00:08:25,087 --> 00:08:28,257 Sejak dapat tahu cuma ada enam slot dan dua kapten, 151 00:08:28,257 --> 00:08:30,801 semua perangai buruknya kembali. 152 00:08:30,801 --> 00:08:31,802 Percayalah, 153 00:08:31,802 --> 00:08:35,181 Tuan Miyagi takkan gembira dengan Johnny versi ini 154 00:08:35,181 --> 00:08:37,517 sebagai duta karate keluarganya. 155 00:08:37,517 --> 00:08:40,978 Mungkin awak betul, tapi entah-entah awak salah. 156 00:08:42,438 --> 00:08:46,692 Selepas kita tahu rahsia Tuan Miyagi, semuanya tak mustahil. 157 00:08:46,692 --> 00:08:49,278 Amanda, saya tak peduli kandungan peti itu. 158 00:08:49,278 --> 00:08:52,448 Saya kenal Tuan Miyagi. Bukan ini yang dia mahu. 159 00:08:52,448 --> 00:08:55,034 Okey, saya tak berniat nak buat awak marah. 160 00:08:58,329 --> 00:08:59,163 Maaflah. 161 00:09:00,831 --> 00:09:02,166 Hari ini memang teruk. 162 00:09:04,293 --> 00:09:06,128 Hebatnya hari ini di Miyagi-Do. 163 00:09:07,421 --> 00:09:09,090 Budak-budak itu makin hebat. 164 00:09:09,090 --> 00:09:11,342 - Baguslah. - Dah layak bertanding. 165 00:09:11,342 --> 00:09:15,513 Saya cuma harap perlawanan ini tak ganggu hubungan Miguel dan Robby. 166 00:09:15,513 --> 00:09:17,932 Bukannya apa, mereka dah lama berdamai. 167 00:09:17,932 --> 00:09:21,185 Jangan risau. Semuanya okey. Saya perhatikan mereka. 168 00:09:23,604 --> 00:09:25,231 Kenapa? Awak okey? 169 00:09:26,440 --> 00:09:27,316 Ya. 170 00:09:28,234 --> 00:09:29,235 Dia tendang. 171 00:09:36,492 --> 00:09:38,286 - Kuatnya anak kita. - Ya. 172 00:09:38,786 --> 00:09:40,746 Dia patut pergi kejohanan. 173 00:09:43,666 --> 00:09:45,167 - Miggy. - Hei. 174 00:09:45,835 --> 00:09:46,669 Kenapa? 175 00:09:47,461 --> 00:09:49,880 - Saya masuk senarai tunggu. - Maksudnya? 176 00:09:49,880 --> 00:09:52,341 Stanford. Maksudnya "bukan ya". 177 00:09:52,967 --> 00:09:55,761 Tapi permohonan awak tak ditolak, bukan? 178 00:09:55,761 --> 00:09:58,598 Mereka akan semak semula tahun depan. 179 00:09:58,598 --> 00:10:00,558 - Awak masih ada peluang. - Ya. 180 00:10:00,558 --> 00:10:02,768 Yang penting, keputusannya nanti. 181 00:10:03,269 --> 00:10:04,270 Betul. 182 00:10:11,902 --> 00:10:13,487 Terima kasih, Pn. Parton. 183 00:10:13,487 --> 00:10:16,115 Tak apakah Brandon tumpang tidur dua malam? 184 00:10:17,450 --> 00:10:18,659 Terima kasih sangat. 185 00:10:19,243 --> 00:10:22,204 Tolong suruh dia berus gigi. Okey. 186 00:10:31,047 --> 00:10:32,590 Mak, saya dah balik. 187 00:10:33,758 --> 00:10:35,968 Dr. Judith kurangkan ubat mak. 188 00:10:35,968 --> 00:10:38,054 Dia kata mak makin sihat. 189 00:10:45,353 --> 00:10:46,228 Tidak. 190 00:10:48,105 --> 00:10:50,149 Mak. 191 00:10:51,233 --> 00:10:52,860 Mak! 192 00:10:54,153 --> 00:10:55,446 Mak! 193 00:10:57,156 --> 00:10:58,407 Mak, bangunlah! 194 00:10:59,325 --> 00:11:00,534 Mak, bangunlah. 195 00:11:00,534 --> 00:11:01,619 Mak! 196 00:11:02,495 --> 00:11:04,955 Mak! 197 00:11:05,915 --> 00:11:07,708 Mak! 198 00:11:17,176 --> 00:11:19,387 SEKOLAH TINGGI WEST VALLEY 199 00:11:19,387 --> 00:11:21,389 Saya periksa laman web Stanford. 200 00:11:21,389 --> 00:11:24,975 Cuma 15% pemohon dalam senarai tunggu akan diterima. 201 00:11:24,975 --> 00:11:30,189 Awak kena tambah aktiviti kokurikulum untuk tingkatkan peluang. 202 00:11:30,189 --> 00:11:34,402 All Valley pun mereka tak peduli, apa bezanya Sekai Taikai? 203 00:11:34,402 --> 00:11:35,945 Itu peringkat antarabangsa. 204 00:11:35,945 --> 00:11:39,824 Bukan setakat jadi juara bandar, tapi juara dunia. 205 00:11:41,492 --> 00:11:42,326 Ya. 206 00:11:46,163 --> 00:11:48,249 Saya cuma kena kalahkan Robby lagi. 207 00:11:49,750 --> 00:11:50,584 Hei. 208 00:11:51,585 --> 00:11:54,714 Ada nampak Tory? Kami patutnya nak berlatih di taman. 209 00:11:54,714 --> 00:11:57,758 Tak. Aku ingat kau berlatih di dojo dengan kami. 210 00:11:57,758 --> 00:12:00,094 Kita kena lawan satu sama lain, 211 00:12:00,094 --> 00:12:02,221 jadi kita patut rahsiakan taktik. 212 00:12:02,221 --> 00:12:03,848 Ya, betul juga. 213 00:12:04,515 --> 00:12:07,560 Awas. Mesti kau kalah, El Serpiente. 214 00:12:14,233 --> 00:12:17,069 Kalau mereka berlatih sama-sama, kita pun sama. 215 00:12:20,823 --> 00:12:21,657 LaRusso. 216 00:12:22,575 --> 00:12:24,994 Kenapa suruh aku bawa klien pandu uji? 217 00:12:24,994 --> 00:12:27,163 Itu memang kerja kau setiap Khamis. 218 00:12:27,163 --> 00:12:30,040 Kita nak pilih kapten esok. Suruh pekerja lain. 219 00:12:30,040 --> 00:12:32,668 Tak ada orang lain. Mendez sakit, dia balik. 220 00:12:32,668 --> 00:12:36,881 Suruh Louie gantikan aku. Kau nak latih budak-budak tanpa aku? 221 00:12:36,881 --> 00:12:40,634 Ya, sama macam kau latih mereka tanpa aku semalam, bukan? 222 00:12:40,634 --> 00:12:44,805 Patutlah, kau marah sebab Nichols lebih bagus daripada Sam semalam. 223 00:12:44,805 --> 00:12:47,808 - Kau nak lebihkan anak kau. - Taklah. 224 00:12:47,808 --> 00:12:50,478 Ini kerja. Kau tak boleh balik sesuka hati. 225 00:12:50,478 --> 00:12:53,355 - Kau nak balik. - Ini kedai aku. 226 00:12:53,355 --> 00:12:55,274 Budak-budak itu perlu dilatih. 227 00:12:55,775 --> 00:12:59,945 Aku cuma nak ajar latihan biasa supaya mereka bersedia esok. 228 00:13:00,863 --> 00:13:01,781 Jangan risau. 229 00:13:10,915 --> 00:13:13,417 AWAK PONTENG UNTUK BERLATIH? SEMUANYA OKEY? 230 00:13:13,417 --> 00:13:15,211 SAYA NAK KE TAMAN. MANA AWAK? 231 00:13:26,180 --> 00:13:27,014 Tory. 232 00:13:30,518 --> 00:13:31,393 Tory? 233 00:13:34,396 --> 00:13:35,231 Tory. 234 00:13:37,525 --> 00:13:39,109 Takziah, sayang. 235 00:13:47,159 --> 00:13:49,078 Doktor kata dia semakin pulih. 236 00:13:49,578 --> 00:13:51,413 Puncanya embolisme pulmonari. 237 00:13:51,413 --> 00:13:54,250 Kami tak tahu dia ada darah beku. 238 00:13:54,750 --> 00:13:55,835 Apabila ia pecah... 239 00:13:57,920 --> 00:13:59,421 Doktor patut perasan! 240 00:13:59,421 --> 00:14:02,466 Awak berhak marah. Awak sedang bersedih. 241 00:14:03,050 --> 00:14:05,886 Tapi ingatlah, lima tahun ini satu anugerah. 242 00:14:05,886 --> 00:14:07,513 Ibu awak... 243 00:14:07,513 --> 00:14:08,597 Saya kena pergi. 244 00:14:10,140 --> 00:14:11,976 Ada sesiapa kami boleh hubungi? 245 00:14:13,310 --> 00:14:14,395 Tak ada. 246 00:14:24,989 --> 00:14:26,240 Sensei, bagus tak? 247 00:14:27,366 --> 00:14:28,492 Gerakan awak kemas. 248 00:14:28,492 --> 00:14:30,953 Ingat, kosongkan fikiran dan bernafas. 249 00:14:34,415 --> 00:14:37,918 Dia sangat fokus. Dia betul-betul nak jadi kapten lelaki. 250 00:14:37,918 --> 00:14:39,712 Itu peluangnya untuk masuk Stanford. 251 00:14:39,712 --> 00:14:40,838 Awak pula? 252 00:14:40,838 --> 00:14:42,923 Tory akan lawan habis-habisan. 253 00:14:42,923 --> 00:14:44,758 Tapi awak berlawan demi apa? 254 00:14:50,347 --> 00:14:51,223 Ketenteraman hati. 255 00:14:51,807 --> 00:14:55,644 Tory kalahkan saya di All Valley, tapi kemenangannya tak adil. 256 00:14:55,644 --> 00:14:57,104 Untuk kami berdua. 257 00:14:57,104 --> 00:14:59,231 Saya nak buktikan kehebatan saya. 258 00:14:59,899 --> 00:15:00,941 Kepada diri saya. 259 00:15:00,941 --> 00:15:02,276 Matlamat awak bagus. 260 00:15:02,860 --> 00:15:04,778 Maksudnya, hasilnya tak penting. 261 00:15:04,778 --> 00:15:08,365 Jika awak cari ketenteraman, buatlah yang terbaik. 262 00:15:09,366 --> 00:15:10,784 Lawan habis-habisan. 263 00:15:15,748 --> 00:15:16,665 Baiklah. 264 00:15:24,006 --> 00:15:24,965 Sedap juga. 265 00:15:24,965 --> 00:15:27,426 Tekan minyak. Jangan jadi pengecut. 266 00:15:30,346 --> 00:15:33,140 - Bolehkah saya laju-laju? - Pandu uji. Tak apa. 267 00:15:33,140 --> 00:15:36,852 Awak cuma perlu tanya, "Boleh saya potong semua kereta?" 268 00:15:36,852 --> 00:15:40,147 - Ada Bluetooth? - Semua aksesori ada. 269 00:15:40,856 --> 00:15:43,108 Kalau awak pandu di Ventura Boulevard, 270 00:15:43,108 --> 00:15:45,110 semua perempuan akan... 271 00:15:46,737 --> 00:15:47,947 Celaka. 272 00:15:52,284 --> 00:15:54,411 Brek antikunci memang sedia ada. 273 00:16:08,759 --> 00:16:11,345 Kamu teruskan dulu. Nanti saya datang. 274 00:16:16,058 --> 00:16:17,810 - Apa ini? - Kau buat apa di sini? 275 00:16:17,810 --> 00:16:19,853 Latihan asas di dojo, ya? 276 00:16:19,853 --> 00:16:23,565 - Kau suruh kerja supaya aku tak kacau. - Bukan itu niat aku. 277 00:16:23,565 --> 00:16:25,651 Diamlah. Usaha sama konon. 278 00:16:25,651 --> 00:16:29,571 Aku tak perlu jelaskan cara aku. Mereka ulang kaji kata. 279 00:16:29,571 --> 00:16:30,656 Dia siapa? 280 00:16:33,033 --> 00:16:34,201 Tak guna! 281 00:16:35,494 --> 00:16:36,704 Klien pandu uji. 282 00:16:37,830 --> 00:16:40,666 - Jangan tukar topik. - Ini tak profesional. 283 00:16:40,666 --> 00:16:43,836 Tolong balik ke kereta dan habiskan pandu uji. 284 00:16:43,836 --> 00:16:47,589 Idea aku lagi bagus. Kau buat pandu uji, aku latih mereka. 285 00:16:47,589 --> 00:16:49,216 Kau dah latih seharian. 286 00:16:49,216 --> 00:16:52,636 Kau paksa klien masuk hutan supaya kau boleh maki bos. 287 00:16:52,636 --> 00:16:55,139 Rosaklah bisnes. 288 00:16:55,139 --> 00:16:56,348 Bawa dia balik. 289 00:16:57,599 --> 00:16:58,475 Sekarang. 290 00:16:59,309 --> 00:17:00,477 Ikutlah, kau bos. 291 00:17:01,645 --> 00:17:03,188 Ya, memang pun. 292 00:17:05,816 --> 00:17:08,235 Jalan cepatlah. Saya pandu. 293 00:17:14,283 --> 00:17:15,826 Perhatian semua! 294 00:17:17,202 --> 00:17:19,163 Boleh beri perhatian? 295 00:17:19,163 --> 00:17:22,082 Saya nak berhenti dan buka kedai sendiri. 296 00:17:22,082 --> 00:17:25,753 Kalau kamu pun dah jemu dengan cara Daniel uruskan bisnes, 297 00:17:26,253 --> 00:17:27,588 mari pergi sekarang. 298 00:17:27,588 --> 00:17:30,716 Aku takkan tanya apa-apa. Siapa nak ikut? 299 00:17:30,716 --> 00:17:32,217 Siapa dia? 300 00:17:33,218 --> 00:17:36,722 - Anoush, ambil barang kau. Jom. - Ada panggilan penting. 301 00:17:37,347 --> 00:17:39,349 Ya, daya kilasnya kuat. 302 00:17:39,349 --> 00:17:40,684 Johnny, turun. 303 00:17:41,268 --> 00:17:42,895 - Boleh kita cakap? - Louie. 304 00:17:42,895 --> 00:17:47,024 Aku sanggup lupakan hal lalu. Macam mana, nak masuk Pasukan Lawrence? 305 00:17:47,024 --> 00:17:49,276 Nak, tapi ini keluarga aku. 306 00:17:49,276 --> 00:17:51,403 Aku selesa kerja di sini. 307 00:17:51,403 --> 00:17:54,656 Tapi aku nak tahu, apa pelan persaraan syarikat kau? 308 00:17:54,656 --> 00:17:56,075 Ikut saya. Marilah. 309 00:17:56,075 --> 00:17:59,995 Tolong aku cari kereta terpakai. Nanti kita bincang bisnes. 310 00:17:59,995 --> 00:18:01,330 Okey, masuk cepat. 311 00:18:04,958 --> 00:18:06,085 Okey. 312 00:18:06,085 --> 00:18:08,295 - Apa dah jadi? - Tanyalah Daniel. 313 00:18:08,295 --> 00:18:12,299 Saya tanya awak kerana awak yang buat aksi Jerry Maguire. 314 00:18:12,299 --> 00:18:15,177 Suami awak marah tak tentu pasal. Itu satu hal. 315 00:18:15,177 --> 00:18:18,472 Kedua, saya sertai Miyagi-Do sebab nak bekerjasama, 316 00:18:18,472 --> 00:18:20,265 tapi dia nak pinggirkan saya. 317 00:18:20,265 --> 00:18:23,393 Dia tak pinggirkan awaklah. Daniel cuma... 318 00:18:24,019 --> 00:18:27,981 Dia tak tenang akhir-akhir ini. Dia ada masalah. 319 00:18:28,857 --> 00:18:30,109 Awak nak tinggalkan dia? 320 00:18:30,109 --> 00:18:34,196 Mesti dia terkejut kalau tahu awak kerja untuk saya dan Louie. 321 00:18:34,196 --> 00:18:37,074 Saya tak nak tinggalkan dia. Awak tak boleh berhenti. 322 00:18:37,074 --> 00:18:40,619 Tapi perangai awak memang bodoh. Jadi, bawa bertenang. 323 00:18:41,120 --> 00:18:42,746 Bersabarlah dengan Daniel. 324 00:18:43,914 --> 00:18:47,084 Dia jumpa peti lama Tuan Miyagi. 325 00:18:47,084 --> 00:18:50,045 Ia timbulkan banyak emosi sukar baginya. 326 00:18:51,130 --> 00:18:52,131 Yakah? 327 00:18:54,341 --> 00:18:55,717 Ada apa dalam peti itu? 328 00:19:11,150 --> 00:19:12,025 Tempat kedua. 329 00:19:15,988 --> 00:19:17,489 - Tempat kedua. - Pemenang! 330 00:19:17,489 --> 00:19:22,077 Tempat kedua. 331 00:19:23,620 --> 00:19:24,830 Tempat kedua. 332 00:19:27,499 --> 00:19:28,834 Wah, masih berlatih. 333 00:19:29,835 --> 00:19:32,713 Ya. Kau? Dah berlatih? 334 00:19:32,713 --> 00:19:33,630 Adalah sikit. 335 00:19:35,591 --> 00:19:38,594 Aku cuma nak cakap, apa pun jadi semasa kita lawan, 336 00:19:38,594 --> 00:19:40,304 aku tak ada hal dengan kau. 337 00:19:40,888 --> 00:19:41,722 Okey. 338 00:19:41,722 --> 00:19:43,056 Tapi aku kena menang. 339 00:19:44,808 --> 00:19:45,767 Habis, aku tak? 340 00:19:46,268 --> 00:19:49,438 Bukan itu maksud aku. Aku cuma fikir tentang Stanford. 341 00:19:49,438 --> 00:19:53,066 Mereka nilai permohonan aku nanti. Ini boleh ubah hidup aku. 342 00:19:54,109 --> 00:19:56,778 Aku tak masuk kolej, jadi hidup aku tak layak berubah? 343 00:19:57,738 --> 00:19:59,489 - Itu... - Helo. 344 00:20:01,909 --> 00:20:03,869 Ada burger. 345 00:20:04,870 --> 00:20:06,496 Tak apa, saya tak lapar. 346 00:20:10,334 --> 00:20:11,335 Jumpa esok. 347 00:20:11,335 --> 00:20:12,294 Ya. 348 00:20:29,353 --> 00:20:34,107 {\an8}BARANG PESAKIT NAMA: NICHOLS, G 349 00:21:02,427 --> 00:21:03,512 Tory. 350 00:21:07,724 --> 00:21:08,600 Tory? 351 00:21:18,568 --> 00:21:20,070 Lukis apa, sayang? 352 00:21:27,160 --> 00:21:27,995 Wah. 353 00:21:29,496 --> 00:21:31,290 Gambar ratu dan puterinya? 354 00:21:31,290 --> 00:21:32,791 Puteri duyung. 355 00:21:32,791 --> 00:21:36,670 Ya, betullah. Mak nampak ekornya. 356 00:21:37,337 --> 00:21:39,298 - Siapa ini? - Tuan putera. 357 00:21:39,923 --> 00:21:42,718 Dia lawan sesiapa yang nak sakiti mereka. 358 00:21:42,718 --> 00:21:44,553 Cantiknya. 359 00:21:44,553 --> 00:21:47,514 Tapi kenapa putera kena lawan untuk mereka? 360 00:21:47,514 --> 00:21:49,850 Apa kata ratu dengan puteri duyung 361 00:21:49,850 --> 00:21:51,476 belajar bela diri sendiri? 362 00:21:52,060 --> 00:21:54,021 Tapi mereka tak tahu caranya. 363 00:21:54,021 --> 00:21:55,105 Belum lagi. 364 00:21:55,105 --> 00:21:56,732 Tapi mereka boleh belajar. 365 00:21:57,524 --> 00:21:58,400 Bersama-sama. 366 00:21:59,026 --> 00:22:00,235 Menarik tak? 367 00:22:06,825 --> 00:22:07,826 Tak apa, sayang. 368 00:22:08,410 --> 00:22:10,037 Hidup kita banyak dugaan. 369 00:22:11,246 --> 00:22:14,374 Tapi kita boleh ubah takdir. Sebab kita pejuang. 370 00:22:28,930 --> 00:22:30,682 Selagi kita belum tahu lawan, 371 00:22:30,682 --> 00:22:33,060 batu sakti ini akan lindungi mak. 372 00:22:36,438 --> 00:22:38,398 Pandainya anak mak. 373 00:22:41,818 --> 00:22:43,653 Mak sangat sayangkan awak. 374 00:23:08,637 --> 00:23:11,473 Awak perlu cari jalan untuk jayakannya. 375 00:23:12,766 --> 00:23:15,060 Saya dah cuba, Amanda. Betul. 376 00:23:15,060 --> 00:23:17,771 Kalau dia tak boleh kerja syif tanpa melawan, 377 00:23:17,771 --> 00:23:19,064 apa saya boleh buat? 378 00:23:19,064 --> 00:23:20,273 Betul cakap awak. 379 00:23:20,273 --> 00:23:23,693 Perangainya melampau semasa di kedai tadi, 380 00:23:23,693 --> 00:23:27,197 tapi di dojo, kamu rakan usaha sama. 381 00:23:27,864 --> 00:23:30,242 Biarlah Anoush atau Louie buat syif itu. 382 00:23:30,992 --> 00:23:33,036 Kenapa tak ajak Johnny mengajar? 383 00:23:33,620 --> 00:23:35,038 Saya dah cakap. Dia... 384 00:23:35,038 --> 00:23:36,790 Tak ikut Miyagi-Do. Saya tahu. 385 00:23:36,790 --> 00:23:41,628 Saya memang tak layak nak ajar awak tentang karate Tuan Miyagi. 386 00:23:41,628 --> 00:23:44,881 Tapi ada satu perkataan yang saya selalu dengar. 387 00:23:44,881 --> 00:23:46,299 "Keseimbangan". 388 00:23:46,299 --> 00:23:48,760 Sejak awak buka kotak itu, 389 00:23:48,760 --> 00:23:51,012 awak hilang keseimbangan. 390 00:23:51,596 --> 00:23:52,639 Ya, saya tahu. 391 00:23:54,891 --> 00:23:57,978 Sudahlah saya susah nak terima pemergian Tuan Miyagi, 392 00:23:57,978 --> 00:24:00,021 saya jadi semakin susah hati 393 00:24:01,356 --> 00:24:03,984 kerana ada kisah hidupnya yang saya tak tahu. 394 00:24:04,484 --> 00:24:06,445 Yang dia rahsiakan daripada saya. 395 00:24:07,028 --> 00:24:10,574 Jauh di sudut hati saya, saya betul-betul takut 396 00:24:10,574 --> 00:24:12,742 ada sebabnya dia berahsia dan saya... 397 00:24:14,494 --> 00:24:16,371 takut nak tahu sebabnya. 398 00:24:16,371 --> 00:24:19,207 Mungkin lebih baik kalau awak tak tahu. 399 00:24:19,916 --> 00:24:24,796 Supaya awak tak perlu risaukan masa lalu dan boleh fokus pada masa kini. 400 00:24:24,796 --> 00:24:25,964 Sekarang, 401 00:24:26,548 --> 00:24:29,551 murid-murid awak perlukan awak dan Johnny. 402 00:24:40,562 --> 00:24:41,396 Hei. 403 00:24:42,189 --> 00:24:43,273 Buat yang terbaik. 404 00:24:43,273 --> 00:24:45,484 Menang atau kalah, awak tetap bagus. 405 00:24:45,484 --> 00:24:46,443 Terima kasih. 406 00:24:48,236 --> 00:24:49,237 Hei. 407 00:24:50,071 --> 00:24:51,406 Buat yang terbaik. 408 00:24:52,032 --> 00:24:54,284 Menang atau kalah, awak tetap bagus. 409 00:24:56,036 --> 00:24:58,455 Sensei Lawrence, boleh cakap sekejap? 410 00:25:03,960 --> 00:25:05,921 Johnny, tentang semalam... 411 00:25:05,921 --> 00:25:10,175 Tak apa. Aku faham. Kau bos. Aku tahu kau ada masalah. 412 00:25:10,175 --> 00:25:11,635 Tak, mana boleh. 413 00:25:11,635 --> 00:25:15,722 Aku bos kau di tempat kerja, tapi dojo ini usaha sama kita. 414 00:25:16,306 --> 00:25:19,809 Jadi, apa kata aku jadi pengadil Robby lawan Miguel? 415 00:25:19,809 --> 00:25:23,855 Supaya kau tak serba salah antara mereka. Kau pula pengadil Sam dan Tory. 416 00:25:25,273 --> 00:25:26,107 Baru adil. 417 00:25:27,192 --> 00:25:29,319 Hari ini pasti sukar untuk mereka. 418 00:25:29,986 --> 00:25:31,655 Kita perlu beri semangat. 419 00:25:36,284 --> 00:25:37,369 Hei, mana Tory? 420 00:25:38,328 --> 00:25:41,122 Tak tahu, saya dah telefon. Dia patut dah ada. 421 00:25:44,793 --> 00:25:47,379 Miguel, Robby, kamu dulu. 422 00:25:58,056 --> 00:26:00,517 Siapa dapat tiga mata dulu, dia menang. 423 00:26:02,185 --> 00:26:04,104 Hadap lawan. Tunduk. 424 00:26:08,024 --> 00:26:09,109 Posisi berlawan. 425 00:26:13,280 --> 00:26:14,197 Sedia? 426 00:26:14,823 --> 00:26:15,782 Lawan. 427 00:26:28,628 --> 00:26:30,589 Mata, Diaz. 428 00:26:37,762 --> 00:26:39,055 Satu mata, Diaz. 429 00:26:39,055 --> 00:26:40,557 Kosong mata, Keene. 430 00:26:41,516 --> 00:26:42,434 Sedia? 431 00:26:43,101 --> 00:26:43,935 Lawan. 432 00:27:02,454 --> 00:27:05,206 Mata, Diaz. Dua mata. 433 00:27:08,084 --> 00:27:09,336 Satu lagi, dia menang. 434 00:27:12,422 --> 00:27:14,174 Datang juga dia akhirnya. 435 00:27:19,512 --> 00:27:21,890 Sekarang dua berbalas kosong. 436 00:27:27,562 --> 00:27:28,396 Tory. 437 00:27:29,064 --> 00:27:31,316 Dua berbalas kosong. Diaz mendahului. 438 00:27:32,025 --> 00:27:32,859 Hei. 439 00:27:33,693 --> 00:27:34,653 Kau okey? 440 00:27:35,403 --> 00:27:37,906 Ya. Dah sedia untuk berlawan. 441 00:27:38,490 --> 00:27:39,449 Sedia? 442 00:27:41,076 --> 00:27:41,993 Lawan. 443 00:28:10,313 --> 00:28:11,523 Mata, Keene. 444 00:28:12,273 --> 00:28:14,067 Ya! Bagus! 445 00:28:14,067 --> 00:28:14,984 Hebat. 446 00:28:20,740 --> 00:28:22,659 Dua berbalas satu. 447 00:28:22,659 --> 00:28:23,910 Sedia? 448 00:28:27,080 --> 00:28:28,289 Lawan. 449 00:28:45,932 --> 00:28:47,142 Mata, Keene. 450 00:28:47,892 --> 00:28:49,144 Jangan risau, Miguel. 451 00:28:49,144 --> 00:28:51,312 Apa-apa jadi pun, semuanya okey. 452 00:28:51,980 --> 00:28:53,815 Tak, saya kena menang. 453 00:28:58,445 --> 00:28:59,446 Baiklah. 454 00:29:00,071 --> 00:29:01,239 Dua sama. 455 00:29:02,240 --> 00:29:03,241 Mata kemenangan. 456 00:29:04,492 --> 00:29:05,452 Sedia? 457 00:29:06,244 --> 00:29:07,078 Lawan. 458 00:29:58,129 --> 00:29:59,881 Mata. Pemenang. 459 00:30:09,015 --> 00:30:10,266 Jangan ambil hati. 460 00:30:11,184 --> 00:30:12,060 Tak langsung. 461 00:30:17,232 --> 00:30:18,525 Tahniah, Robby. 462 00:30:19,025 --> 00:30:20,568 Terima kasih, En. LaRusso. 463 00:30:23,488 --> 00:30:24,739 Kapten lelaki kamu. 464 00:30:25,240 --> 00:30:26,241 Robby Keene. 465 00:30:27,242 --> 00:30:29,035 Syabas, Robby. Tak apa, Miguel. 466 00:30:36,876 --> 00:30:39,963 Hei, awak hebat tadi. 467 00:30:39,963 --> 00:30:41,840 Cuma ini bukan hari awak. 468 00:30:43,591 --> 00:30:44,843 Terima kasih, sensei. 469 00:30:47,971 --> 00:30:49,180 - Hei. - Maaf lambat. 470 00:30:49,681 --> 00:30:52,350 - Awak tepat pada masanya. - LaRusso, Nichols. 471 00:30:53,893 --> 00:30:55,520 Kita sama-sama naik podium? 472 00:30:56,646 --> 00:30:57,647 - Betul. - Ya. 473 00:30:59,315 --> 00:31:01,651 Henyak sampai lunyai. Tak, jangan... 474 00:31:09,242 --> 00:31:10,159 Tunduk ke sini. 475 00:31:11,870 --> 00:31:12,912 Sesama sendiri. 476 00:31:16,040 --> 00:31:17,750 Semoga wanita terbaik menang. 477 00:31:30,263 --> 00:31:32,181 Posisi berlawan. 478 00:31:33,975 --> 00:31:35,101 Tak apa, sayang. 479 00:31:36,144 --> 00:31:37,854 Hidup kita banyak dugaan. 480 00:31:38,855 --> 00:31:40,356 Tapi kita boleh ubah takdir. 481 00:31:41,274 --> 00:31:42,692 Sebab kita pejuang. 482 00:31:47,906 --> 00:31:49,449 Sedia? Lawan. 483 00:31:57,332 --> 00:31:58,541 Mata, LaRusso. 484 00:31:58,541 --> 00:31:59,918 Bagusnya anak kita. 485 00:32:04,839 --> 00:32:06,132 Posisi berlawan. 486 00:32:07,133 --> 00:32:08,259 Sedia? 487 00:32:17,769 --> 00:32:18,728 Mata, Nichols. 488 00:32:30,782 --> 00:32:32,367 Hei, pengadil. 489 00:32:32,367 --> 00:32:34,702 Itu dah melampau. Jangan beri mata. 490 00:32:34,702 --> 00:32:36,037 Saya tahu uruskan. 491 00:32:36,037 --> 00:32:37,622 Saya okey. 492 00:32:38,539 --> 00:32:41,960 Ini amaran. Kalau buat lagi, tolak mata. 493 00:32:43,795 --> 00:32:46,130 Satu sama. Posisi berlawan. 494 00:32:46,714 --> 00:32:47,548 Sedia? 495 00:32:48,132 --> 00:32:48,967 Lawan. 496 00:33:02,647 --> 00:33:04,232 Mata, LaRusso. 497 00:33:05,108 --> 00:33:06,317 Dua berbalas satu. 498 00:33:09,278 --> 00:33:10,905 PUSAT PERUBATAN RESEDA 499 00:33:13,282 --> 00:33:14,158 Helo? 500 00:33:15,451 --> 00:33:16,995 Posisi berlawan. 501 00:33:24,252 --> 00:33:25,086 Sedia? 502 00:33:26,170 --> 00:33:27,005 Lawan. 503 00:33:32,552 --> 00:33:34,012 Hentikan perlawanan. 504 00:34:01,122 --> 00:34:02,457 Perlawanan tamat. 505 00:34:03,207 --> 00:34:05,835 Itu tak adil. Saya baru nak dapat mata. 506 00:34:05,835 --> 00:34:08,588 Apa hal? Aku pengadil. Aku yang berhak hentikan. 507 00:34:08,588 --> 00:34:11,132 - Aku akan jelaskan. - Janganlah hentikan. 508 00:34:11,132 --> 00:34:13,968 - Tapi bukan di depan orang. - Saya okey, ayah. 509 00:34:13,968 --> 00:34:17,972 Itu bukan isunya, Sam. Okey, turun sekarang. Cepat. 510 00:34:17,972 --> 00:34:21,768 - Aku pun sensei mereka. - Kalau begitu, tamatkan perlawanan. 511 00:34:21,768 --> 00:34:22,894 Kenapa? 512 00:34:23,478 --> 00:34:24,812 Sebab mak saya mati! 513 00:34:29,776 --> 00:34:30,651 Tory. 514 00:34:30,651 --> 00:34:32,612 Saya simpati atas pemergiannya. 515 00:34:32,612 --> 00:34:34,989 Tapi kamu tak boleh terus berlawan. 516 00:34:34,989 --> 00:34:36,240 Ini bukan masanya. 517 00:34:36,240 --> 00:34:40,369 Salah. Inilah masanya. Saya nak lawan sekarang. 518 00:34:40,369 --> 00:34:41,871 Tak boleh, Tory. 519 00:34:41,871 --> 00:34:43,039 Aku pun nak lawan, 520 00:34:43,039 --> 00:34:46,000 tapi sekarang masanya tak kena. 521 00:34:46,000 --> 00:34:50,463 - Sensei Lawrence, tolonglah. - Itu bukan terpulang pada kita. 522 00:34:50,463 --> 00:34:53,257 - Kalau dia nak lawan, tak apa. - Johnny. 523 00:34:54,008 --> 00:34:56,344 Kita cari cara lain untuk pilih kapten. 524 00:34:56,344 --> 00:34:58,137 Cari cara lain? Tak nak. 525 00:34:58,137 --> 00:35:00,556 Tak boleh! Sensei tak faham. 526 00:35:00,556 --> 00:35:02,642 Kamu semua tak faham! 527 00:35:03,518 --> 00:35:04,852 Ini yang mak saya nak. 528 00:35:04,852 --> 00:35:06,187 Kalau saya tak lawan... 529 00:35:06,729 --> 00:35:09,524 Saya kena lawan. Saya kena lawan untuk dia. 530 00:35:09,524 --> 00:35:10,650 Saya kena lawan. 531 00:35:10,650 --> 00:35:13,528 - Tory, rehat dulu. Tarik nafas. - Tak boleh. 532 00:35:13,528 --> 00:35:15,696 Saya faham perasaan awak, okey? 533 00:35:15,696 --> 00:35:18,449 Awak tak boleh buat keputusan sekarang. 534 00:35:18,449 --> 00:35:20,576 - Puan tak nak anak puan kalah. - Bukan. 535 00:35:20,576 --> 00:35:23,079 Mestilah puan utamakan dia. 536 00:35:23,079 --> 00:35:26,082 - Bukan begitu, Tory. - Kami tak berat sebelah. 537 00:35:26,082 --> 00:35:28,209 - Awak pasti? - Johnny. 538 00:35:30,837 --> 00:35:32,922 Nak perlawanan ini tamat? 539 00:35:32,922 --> 00:35:34,799 Baiklah. Ia dah tamat. 540 00:35:37,552 --> 00:35:39,137 - Nak ke mana? - Saya berhenti! 541 00:35:45,226 --> 00:35:47,562 Syabas. Wakil kita yang bagus dah lari. 542 00:35:47,562 --> 00:35:50,189 - Kenapa kau tak sokong aku? - Sebab dia nak lawan! 543 00:35:50,189 --> 00:35:52,400 Ibunya baru meninggal. Apa kena dengan kau? 544 00:35:52,400 --> 00:35:54,443 Dia nak tenangkan diri! 545 00:35:54,443 --> 00:35:57,655 Semasa mak aku mati, aku rasa nak berlawan saja. 546 00:35:57,655 --> 00:36:00,032 Cara itu boleh bantu aku dan Tory. 547 00:36:00,032 --> 00:36:02,910 Kita tak ajar mereka lawan dengan kemarahan. 548 00:36:02,910 --> 00:36:04,495 Itu bukan cara Miyagi-Do. 549 00:36:04,495 --> 00:36:07,665 Tolonglah. Aku menyampah dengar nama itu. 550 00:36:07,665 --> 00:36:10,835 Kau berlagak macam Miyagi itu malaikat. 551 00:36:10,835 --> 00:36:12,044 Padahal tidak. 552 00:36:12,879 --> 00:36:15,173 Aku dengar tentang peti rahsianya. 553 00:36:15,673 --> 00:36:17,925 Tuan Miyagi penipu dan pencuri. 554 00:36:19,594 --> 00:36:20,928 Alamak. Johnny, aku... 555 00:36:22,305 --> 00:36:23,389 - Maaf. - Diam! 556 00:36:26,142 --> 00:36:29,270 Aku akan jadi jurulatih kejohanan dengan kau untuk budak-budak itu. 557 00:36:30,062 --> 00:36:32,648 Bukan untuk kau. Bukan untuk dojo ini. 558 00:36:33,191 --> 00:36:34,025 Untuk mereka. 559 00:36:35,193 --> 00:36:36,569 Tapi selepas menang, 560 00:36:37,820 --> 00:36:39,447 kita takkan jumpa lagi. 561 00:36:40,198 --> 00:36:41,324 Selama-lamanya. 562 00:36:46,537 --> 00:36:50,208 Latihan Sekai Taikai sangat mencabar bagi kita semua. 563 00:36:50,208 --> 00:36:52,001 Tapi latihan dah tamat. 564 00:36:52,710 --> 00:36:55,213 Walaupun kebanyakannya takkan ke Barcelona, 565 00:36:56,214 --> 00:36:58,341 semangat kamu tetap bersama kami. 566 00:36:59,884 --> 00:37:01,886 Memandangkan Tory takkan pergi, 567 00:37:02,970 --> 00:37:04,931 Hawk akan ambil tempatnya. 568 00:37:15,733 --> 00:37:18,694 Kamu berenam akan bertarung mewakili Miyagi-Do. 569 00:37:19,403 --> 00:37:22,156 Ini cabaran paling sukar yang kamu akan hadapi. 570 00:37:22,740 --> 00:37:26,244 Untuk menang, kita perlu sokong satu sama lain. 571 00:37:26,786 --> 00:37:29,997 Semua sekali. Sebagai satu pasukan. 572 00:37:32,250 --> 00:37:33,584 Kapten, sila ke depan. 573 00:37:36,879 --> 00:37:40,508 Chris, bawa ikat kepala rasmi kapten Sekai Taikai ke sini. 574 00:37:45,137 --> 00:37:48,683 SEKAI TAIKAI YANG TERBAIK SEKALI 575 00:38:17,628 --> 00:38:18,963 Kenapa, ayah? 576 00:38:35,771 --> 00:38:38,232 Tuan Miyagi peserta Sekai Taikai? 577 00:38:58,252 --> 00:39:02,131 BARCELONA, SEPANYOL 578 00:39:02,131 --> 00:39:04,050 SEKAI TAIKAI YANG TERBAIK SEKALI 579 00:41:14,472 --> 00:41:16,390 Mari mulakan perlawanan. 580 00:42:40,933 --> 00:42:43,227 Terjemahan sari kata oleh FZA