1 00:00:18,018 --> 00:00:19,936 Sebelum ini dalam You. 2 00:00:20,020 --> 00:00:23,064 Awak pembunuh yang kejam. 3 00:00:23,940 --> 00:00:26,568 Salah seorang antara kamu semua yang hantar mesej itu. 4 00:00:26,651 --> 00:00:28,236 "Helo, Joe." 5 00:00:29,279 --> 00:00:32,490 "Awak suka. Perasaannya. Membunuh." 6 00:00:32,574 --> 00:00:34,743 Ada orang cuba perangkap saya. 7 00:00:38,663 --> 00:00:41,624 Awak tak nak tidur dengan saya. Awak nak berasmara. 8 00:00:41,708 --> 00:00:43,418 Awak tak kenal saya. 9 00:00:43,501 --> 00:00:47,714 Awak cuba nampak mulia sambil sembunyikan motif sebenar awak. 10 00:00:47,797 --> 00:00:49,340 "Masa untuk kita berjumpa." 11 00:00:49,883 --> 00:00:51,760 Bila dan di mana? 12 00:00:53,303 --> 00:00:55,305 Teruklah. 13 00:01:04,647 --> 00:01:08,401 Saya sangka awak musnahkan peluang kedua saya 14 00:01:08,485 --> 00:01:12,822 sebelum ia bermula, tapi sebenarnya, kita semakin rapat. 15 00:01:12,906 --> 00:01:14,783 - Sebelum itu… - Profesor Moore. 16 00:01:15,408 --> 00:01:17,744 Kami perlukan sedikit masa awak. 17 00:01:18,286 --> 00:01:22,082 Saya perlu melalui satu lagi prosedur British yang sopan. 18 00:01:22,999 --> 00:01:24,751 Ya. Saya sedia membantu. 19 00:01:37,180 --> 00:01:40,100 Akhirnya, kami dapat bercakap dengan orang yang tak mabuk. 20 00:01:40,183 --> 00:01:41,768 Mereka soal semua orang. 21 00:01:41,851 --> 00:01:44,687 Kami periksa maklumat yang awak beri kami, artis Blue itu. 22 00:01:44,771 --> 00:01:47,190 Cerita dia sama dengan cerita awak. 23 00:01:47,273 --> 00:01:49,109 Baguslah. Saya… 24 00:01:49,818 --> 00:01:51,361 Saya tak maksudkan begitu. 25 00:01:51,444 --> 00:01:55,698 - Kami sedang memburu sekutu lama Simon. - Harap dia ada ribuan sekutu. 26 00:01:55,782 --> 00:01:59,119 Mungkin awak ada fikirkan sesuatu yang berkaitan. 27 00:01:59,202 --> 00:02:02,080 Saya terlepas, tapi belum terlepas sepenuhnya. 28 00:02:02,163 --> 00:02:05,458 - Boleh saya hubungi kamu nanti? - Bila-bila masa saja. 29 00:02:05,542 --> 00:02:08,545 Mungkin awak dah bantu selesaikannya, Jonathan. 30 00:02:08,628 --> 00:02:10,255 Kita hanya boleh berharap. 31 00:02:11,297 --> 00:02:14,092 Jumpa lagi. 32 00:02:33,820 --> 00:02:37,031 Dubuk. Mereka kecewa tiada apa-apa yang berlaku. 33 00:02:37,115 --> 00:02:40,660 Bukan sebab ambil berat tentang kawan yang mati, tapi sebab tak rasa apa-apa. 34 00:02:40,743 --> 00:02:42,871 Hidup mereka penuh dengan kepura-puraan. 35 00:02:43,454 --> 00:02:45,290 Mereka dah mula bosan semula. 36 00:02:45,373 --> 00:02:47,625 Sementara itu, awak buat saya terpaku. 37 00:02:47,709 --> 00:02:51,296 Siapa awak, si tak guna? Macam mana saya nak halang awak? 38 00:02:51,379 --> 00:02:53,464 Jonathan. Mari. 39 00:02:55,884 --> 00:02:57,051 Hampsy. 40 00:02:57,135 --> 00:02:59,179 Rumah desa Lady Phoebe. 41 00:02:59,262 --> 00:03:01,014 Lari daripada orang ramai. 42 00:03:01,097 --> 00:03:03,183 Awak tak boleh menolak ajakan saya. 43 00:03:03,266 --> 00:03:05,476 Kita semua di bawah satu bumbung. 44 00:03:05,560 --> 00:03:08,521 Ini macam aktiviti kumpulan kawan. 45 00:03:08,605 --> 00:03:10,398 Awak perlu ke sana. 46 00:03:11,524 --> 00:03:13,860 Mereka tak tahu ada pembunuh bersama mereka. 47 00:03:13,943 --> 00:03:16,112 Salah seorangnya ialah awak. 48 00:03:16,779 --> 00:03:18,114 Saya akan pergi. 49 00:03:42,639 --> 00:03:46,809 Phoebe bertegas "tiada hadiah", tapi dia macam tak ikhlas. 50 00:03:49,979 --> 00:03:52,774 Jiran-jiran kaya saya minum wain yang saya tak mampu beli. 51 00:04:08,373 --> 00:04:10,375 Ada satu perkara yang jelas. 52 00:04:10,458 --> 00:04:13,169 Kalau saya nak rebut peluang hujung minggu ini, 53 00:04:13,253 --> 00:04:15,797 saya tak boleh diganggu. 54 00:04:25,890 --> 00:04:28,101 Awak dapat mesej itu atau tidak? 55 00:04:28,184 --> 00:04:32,397 Jangan tertinggal bahagian yang mana saya suruh dia jangan masuk campur. 56 00:04:33,356 --> 00:04:35,233 Tak, saya tak nak beritahu dia. 57 00:04:35,316 --> 00:04:36,526 Berapa tahun lagi 58 00:04:36,609 --> 00:04:40,280 sebelum kamu semua faham yang saya tak nak bercakap dengan dia? 59 00:04:41,531 --> 00:04:42,782 Aduhai. 60 00:04:50,498 --> 00:04:53,001 Awak rugi disebabkan syarikat teknologi itu 61 00:04:53,084 --> 00:04:55,586 dan berhutang dengan semua bank di London. 62 00:04:55,670 --> 00:04:58,506 Ada gadai janji yang belum dibayar di Shoreditch. 63 00:04:58,589 --> 00:05:01,342 Gadai janji yang ditawarkan dengan kelab ini sebagai jaminan. 64 00:05:02,677 --> 00:05:05,513 Dan awak tak nak kehilangan kelab ini. 65 00:05:09,642 --> 00:05:12,770 Awak perlu membayar gadai janji awak segera. 66 00:05:13,354 --> 00:05:16,482 Mereka akan musnahkan awak, bukan sekadar merampas aset awak. 67 00:05:16,566 --> 00:05:18,651 Musnahkan semua usaha awak. 68 00:05:18,735 --> 00:05:21,321 Saya faham. Saya akan telefon ayah kalau keadaan teruk. 69 00:05:21,404 --> 00:05:23,990 Dia kata yang kali terakhir itu… 70 00:05:24,073 --> 00:05:25,742 ialah kali terakhir. 71 00:05:25,825 --> 00:05:28,786 Ya, tapi dia tak maksudkannya. 72 00:05:28,870 --> 00:05:32,290 - Alamak. Saya perlu pergi. Maaf. - Tidak. 73 00:05:32,373 --> 00:05:34,625 - Tunggu dulu. - Saya telefon ayah dalam kereta. 74 00:05:34,709 --> 00:05:38,254 Semua orang akan dapat duit mereka tepat pada masanya. 75 00:05:39,672 --> 00:05:40,882 Berseronoklah. 76 00:05:42,508 --> 00:05:43,343 Terima kasih. 77 00:06:19,796 --> 00:06:22,673 Tentu bagus apabila saya kembali nanti, 78 00:06:22,757 --> 00:06:24,967 awak dah tiada lagi. 79 00:06:25,051 --> 00:06:27,762 Mungkin hidup saya boleh kembali normal. 80 00:06:50,410 --> 00:06:54,288 Inilah yang keluarga Blaxworth maksudkan dengan "rumah desa kecil". 81 00:07:03,714 --> 00:07:04,549 Hai. 82 00:07:08,719 --> 00:07:11,889 Lebih kepada istana puntianak Downton Abbey. 83 00:07:26,863 --> 00:07:29,282 - Selamat datang ke Hampsbridge. - Terima kasih. 84 00:07:29,365 --> 00:07:30,783 - Terima kasih. - Awak. 85 00:07:32,452 --> 00:07:34,412 Awak sangat menonjol, bukan? 86 00:07:35,913 --> 00:07:39,584 Phoebe tidur dengan awak? Atau awak cuma hiasan? 87 00:07:39,667 --> 00:07:40,668 Dia memang baik hati. 88 00:07:40,751 --> 00:07:43,045 Betulkah lelaki Amerika lebih hebat di ranjang? 89 00:07:43,129 --> 00:07:44,964 Atau hanya lelaki Yahudi? 90 00:07:45,047 --> 00:07:48,092 - Bolehkah dia cakap begitu? - Saya bergurau saja! 91 00:07:48,176 --> 00:07:50,344 Awak perlu ada rasa humor. 92 00:07:50,428 --> 00:07:52,513 Ya, kalau dia buat jenaka. 93 00:07:52,597 --> 00:07:54,807 Alamak. Bekas suami saya dah sampai. 94 00:07:56,851 --> 00:07:58,686 Dia tak sedar yang dia teruk. 95 00:07:58,769 --> 00:08:00,313 Saya rasa dia tak sedar. 96 00:08:00,396 --> 00:08:04,942 Dia beri saya gonor-rono di Seychelles. Tahun 2020 saya paling teruk. 97 00:08:05,026 --> 00:08:08,029 Kenapa pembunuh itu tak bunuh bekas kekasih saya? 98 00:08:08,112 --> 00:08:10,448 Atau Gemma, kalau ada permintaan. 99 00:08:10,531 --> 00:08:11,616 Tidak. 100 00:08:11,699 --> 00:08:14,327 Apa-apa pun, saya ke sini untuk halang awak. 101 00:08:15,995 --> 00:08:18,164 Awak yang mana satu? 102 00:08:25,213 --> 00:08:26,631 Seronok berbual, 103 00:08:26,714 --> 00:08:29,717 tapi saya nak gantung diri sebab awak membosankan. 104 00:08:30,343 --> 00:08:32,887 Saya bergurau. Namun, tingkatkan diri awak. 105 00:08:35,848 --> 00:08:38,601 Tiada siapa perasan mereka, sayang. 106 00:08:38,684 --> 00:08:41,395 Saya perasan. Saya tak mahu mereka di sini. 107 00:08:42,355 --> 00:08:43,981 Maaf. Bukan salah awak. 108 00:08:44,482 --> 00:08:47,151 Jangan pedulikan mereka. Kita dah selamat. 109 00:08:48,319 --> 00:08:49,779 Ya, mungkin. 110 00:08:58,955 --> 00:09:00,831 Saya tak boleh diganggu. 111 00:09:00,915 --> 00:09:02,708 - Bukan sekarang. - Jonathan. 112 00:09:02,792 --> 00:09:04,043 Awak dah sampai! 113 00:09:04,126 --> 00:09:05,878 Kita akan banyak berburu. 114 00:09:06,712 --> 00:09:09,173 - Awak pernah berburu? - Ya, sekali dua. 115 00:09:09,257 --> 00:09:11,759 Menyeronokkan kalau kita penembak yang baik. 116 00:09:11,842 --> 00:09:14,887 Bukankah naib presiden awak tembak muka seseorang? 117 00:09:14,971 --> 00:09:18,474 Ya, ada orang yang berharap ia berlaku sebaliknya. 118 00:09:19,016 --> 00:09:20,142 Pandai berjenaka pintar. 119 00:09:21,852 --> 00:09:24,730 Saya selalu mengagumi lelaki seperti awak… 120 00:09:25,147 --> 00:09:27,191 yang tak pedulikan pembawaan diri. 121 00:09:28,651 --> 00:09:30,278 Saya gembira awak datang. 122 00:09:32,905 --> 00:09:36,492 Awak boleh jadi mana-mana mereka di sini. 123 00:09:40,079 --> 00:09:41,163 Mari. 124 00:09:41,247 --> 00:09:43,374 Mari mulakan pesta ini. 125 00:09:49,005 --> 00:09:50,631 Mulakan pemburuan. 126 00:09:58,973 --> 00:10:02,435 Lord Tennyson kata ini pemandangan terbaik di sini. 127 00:10:02,518 --> 00:10:03,894 Tiada Rangkaian Bersel 128 00:10:06,772 --> 00:10:09,734 Tiada isyarat telefon atau wifi di sini. 129 00:10:10,443 --> 00:10:11,569 Biar betul. 130 00:10:11,652 --> 00:10:15,948 - Kalau Lord Tennyson boleh tahan… - Kebanyakan tetamu kami boleh tahan. 131 00:10:16,032 --> 00:10:19,160 Mereka tak perlu berkomunikasi dengan pembunuh. 132 00:10:22,872 --> 00:10:24,999 Muncul satu gambar. 133 00:10:25,082 --> 00:10:28,044 Tiada Internet dan kamera. Suis lampu di sini berusia 50 tahun. 134 00:10:28,127 --> 00:10:30,796 Ini bukan rumah lain. Ini dunia lain. 135 00:10:30,880 --> 00:10:32,840 Mesti mereka rasa sangat selamat 136 00:10:32,923 --> 00:10:34,717 dan awak dapat bersembunyi. 137 00:10:38,429 --> 00:10:39,722 Pintu bersambung. 138 00:10:39,805 --> 00:10:41,015 Sudah tentu. 139 00:10:41,098 --> 00:10:44,644 Mesti ada orang yang disukai oleh puan besar rumah ini. 140 00:10:45,227 --> 00:10:47,855 Bukan semua orang dapat bilik Tenny. 141 00:10:55,196 --> 00:10:56,781 Katil itu bagus untuk berasmara. 142 00:10:59,533 --> 00:11:01,118 Sayangnya itu takkan berlaku. 143 00:11:01,702 --> 00:11:02,703 Sayangnya. 144 00:11:05,289 --> 00:11:07,500 - Baguslah awak dah faham. - Ya. 145 00:11:12,672 --> 00:11:15,466 Saya ke sini bukan untuk berasmara. 146 00:11:29,814 --> 00:11:32,149 "Galeri potret". Awak yang hantar? 147 00:11:46,163 --> 00:11:47,998 Kita akan berjumpa akhirnya? 148 00:12:58,152 --> 00:12:59,153 Phoebe. 149 00:12:59,695 --> 00:13:00,529 Biar betul? 150 00:13:02,823 --> 00:13:05,785 Saya tak sangka akan berbual tentang pembunuhan di sini. 151 00:13:05,868 --> 00:13:07,036 Apa yang berlaku? 152 00:13:08,120 --> 00:13:10,164 Tak mungkin. 153 00:13:10,247 --> 00:13:11,540 Kepala zakar, 154 00:13:11,624 --> 00:13:12,792 zakar, 155 00:13:12,875 --> 00:13:14,293 pedang khinzir. 156 00:13:15,169 --> 00:13:17,546 Saya buat acuan untuk semua zakar kekasih saya. 157 00:13:18,339 --> 00:13:20,299 Lilin itu selamat untuk tubuh. 158 00:13:20,800 --> 00:13:22,676 Rasanya dia bukan awak. 159 00:13:23,344 --> 00:13:25,095 Awak suka bilik tidur saya? 160 00:13:25,179 --> 00:13:27,556 Alamak. Adakah ini satu godaan? 161 00:13:29,016 --> 00:13:31,143 - Ia… - Robot seks Marie Antoinette. 162 00:13:31,227 --> 00:13:32,061 cantik. 163 00:13:33,145 --> 00:13:37,149 Saya perlu lepaskan diri dari situasi ini. 164 00:13:41,195 --> 00:13:45,574 Sejak malam kita bertemu, cara awak bercakap dengan saya… 165 00:13:45,658 --> 00:13:48,118 Kalaulah saya boleh ingat kata-kata saya. 166 00:13:49,286 --> 00:13:50,120 Helo. 167 00:13:50,204 --> 00:13:51,455 Saya serius. 168 00:13:51,539 --> 00:13:55,167 Saya dapat rasakan awak lelaki paling jujur pernah saya jumpa. 169 00:13:58,796 --> 00:14:00,464 Boleh kita perlahan sedikit? 170 00:14:03,092 --> 00:14:04,176 Alamak. 171 00:14:04,260 --> 00:14:05,511 Tidak. Saya tak… 172 00:14:05,594 --> 00:14:07,930 Tidak. Tak mengapa kalau awak tak nak. 173 00:14:08,013 --> 00:14:09,807 Saya bukan tak nak. 174 00:14:09,890 --> 00:14:11,892 Apa yang saya fikirkan? 175 00:14:13,936 --> 00:14:14,770 Phoebe. 176 00:14:16,522 --> 00:14:17,940 - Awak cantik. - Ya. 177 00:14:18,023 --> 00:14:19,149 Saya amat jelita. 178 00:14:19,233 --> 00:14:20,693 Awak dah bertunang. 179 00:14:21,402 --> 00:14:23,195 Itu saja. 180 00:14:23,279 --> 00:14:26,907 - Semua orang mahukan awak. - Semua orang mahukan saya… 181 00:14:28,409 --> 00:14:31,412 - sampailah mereka dapat saya. - Dia maksudkan Adam. 182 00:14:31,495 --> 00:14:32,413 Adam cintakan awak. 183 00:14:32,496 --> 00:14:33,789 Dia juga suka seks kencing. 184 00:14:33,873 --> 00:14:37,001 Jadi, kenapa saya rasa kami berseronok… 185 00:14:37,585 --> 00:14:40,379 dan kami patut beralih ke tahap seterusnya tapi… 186 00:14:42,506 --> 00:14:44,466 Saya tak rasa dia cintakan saya. 187 00:14:46,343 --> 00:14:47,177 Dengar sini. 188 00:14:49,346 --> 00:14:51,181 Saya mungkin tak pernah cakap 189 00:14:51,265 --> 00:14:54,894 tapi saya pernah berkahwin dulu. 190 00:14:57,271 --> 00:14:59,523 - Awak cintakan dia? - Tidak. 191 00:14:59,607 --> 00:15:04,194 Ya, tapi ada perkara lain yang saya fikirkan. 192 00:15:05,696 --> 00:15:07,823 Saya rasa itu mungkin menyakiti dia. 193 00:15:08,824 --> 00:15:12,286 Namun, ia tiada kaitan dengan dia. 194 00:15:13,412 --> 00:15:17,041 Perasaan awak boleh disebabkan banyak perkara. 195 00:15:17,124 --> 00:15:19,585 Mungkin tiada kaitan dengan perasaan dia terhadap awak. 196 00:15:20,961 --> 00:15:22,212 Betulkah awak rasa begitu? 197 00:15:22,838 --> 00:15:26,050 Adam sayangkan awak. Dia cakap dia "puja" awak. 198 00:15:26,133 --> 00:15:28,761 Saya harap penipuan ini bertahan sehingga hujung minggu. 199 00:15:30,387 --> 00:15:31,764 Tengoklah saya. 200 00:15:31,847 --> 00:15:35,225 Tuan rumah yang teruk. Luahkan masalah saya kepada awak. 201 00:15:36,060 --> 00:15:37,061 Sudahlah. 202 00:15:39,355 --> 00:15:41,357 Awak lelaki yang baik hati. 203 00:15:42,733 --> 00:15:44,777 Jonathan, tolong saya. 204 00:15:46,403 --> 00:15:47,696 Ini tak pernah berlaku. 205 00:15:50,491 --> 00:15:51,742 Apa dia? 206 00:15:55,996 --> 00:15:57,790 Tiada isyarat di mana-mana. 207 00:15:57,873 --> 00:16:02,336 Saya tak tahu sama ada awak cuba hubungi saya di tempat Zaman Batu ini… 208 00:16:02,920 --> 00:16:04,213 Tak guna! 209 00:16:04,797 --> 00:16:07,216 tempat syaitan bermain kroket. 210 00:16:07,299 --> 00:16:10,844 Aduhai! Tak guna! 211 00:16:10,928 --> 00:16:13,347 Terima kekalahan awak. 212 00:16:13,430 --> 00:16:15,140 Kita perlukan gelung baru. 213 00:16:15,224 --> 00:16:17,977 Saya perlukan minuman. Bukan awak. 214 00:16:19,061 --> 00:16:20,980 Saya nak dia. 215 00:16:21,063 --> 00:16:23,065 Awak gelung baru saya. 216 00:16:25,192 --> 00:16:26,318 Ya Tuhan. 217 00:16:28,904 --> 00:16:29,905 Tik tok! 218 00:16:34,201 --> 00:16:35,202 Di sana. 219 00:16:38,664 --> 00:16:40,124 Bukan. 220 00:16:40,207 --> 00:16:41,750 Merangkak. 221 00:16:41,834 --> 00:16:44,169 Macam anjing kecil. Anjing yang baik. 222 00:16:45,129 --> 00:16:47,756 Dia langsung tiada empati. 223 00:16:47,840 --> 00:16:50,092 Janganlah begitu, dengar cakap dia. 224 00:16:54,555 --> 00:16:55,931 Bengkokkan badan. 225 00:16:58,142 --> 00:17:00,352 Aduhai. Saya nak masuk, Phoebes. 226 00:17:01,562 --> 00:17:03,439 Hanya Kate tinggal di dunia sebenar, 227 00:17:03,522 --> 00:17:06,525 jadi dia faham mereka bekerja untuk menyara hidup, 228 00:17:06,608 --> 00:17:08,902 bukan jadi hiasan laman manusia. 229 00:17:11,613 --> 00:17:14,283 Saya nak mereka semua mati. 230 00:17:14,950 --> 00:17:16,535 Keadaan dah terbalik. 231 00:17:16,618 --> 00:17:18,746 Awak jadikan saya pelindung mereka. 232 00:17:18,829 --> 00:17:19,913 Awak. 233 00:17:21,123 --> 00:17:22,166 Gembira awak di sini. 234 00:17:24,793 --> 00:17:26,712 Apa kata kita pergi minum? 235 00:17:28,338 --> 00:17:30,007 Masa untuk kita saling mengenali. 236 00:17:33,052 --> 00:17:34,428 Tidak, 237 00:17:34,511 --> 00:17:35,679 tak mungkin dia. 238 00:17:42,186 --> 00:17:44,521 Saya harap ini bukan satu lagi bilik peribadi. 239 00:17:45,147 --> 00:17:46,648 Itu pun kawan-kawan saya. 240 00:17:50,611 --> 00:17:53,322 Saya takkan laporkan kes langgar lari khayal, 241 00:17:53,405 --> 00:17:54,782 tapi homisid berganda 242 00:17:54,865 --> 00:17:57,785 - dan permainan kejar-mengejar sadis? - Minum. 243 00:18:04,792 --> 00:18:05,834 Susu ibu. 244 00:18:08,670 --> 00:18:09,838 Awak okey? 245 00:18:11,215 --> 00:18:12,049 Ya. 246 00:18:12,716 --> 00:18:13,717 Ya. 247 00:18:16,345 --> 00:18:18,013 Saya tak pasti nak mula dari mana. 248 00:18:18,097 --> 00:18:19,431 "Saya bunuh Malcolm"? 249 00:18:20,057 --> 00:18:22,267 Kita dah jadi kawan. 250 00:18:22,351 --> 00:18:24,186 - Betul? - Ya, sudah tentu. 251 00:18:25,187 --> 00:18:29,108 Saya perlukan nasihat dan saya dengar awak pernah berkahwin, bukan? 252 00:18:29,191 --> 00:18:32,820 Phoebe beritahu atau dia baca artikel di dinding saya? 253 00:18:34,279 --> 00:18:36,198 Saya nak melamar Phoebe. 254 00:18:36,281 --> 00:18:38,325 Itu sebabnya awak nak jumpa saya? 255 00:18:39,576 --> 00:18:40,619 Baguslah. 256 00:18:42,246 --> 00:18:44,373 Adakah berkahwin mengubah segalanya? 257 00:18:47,334 --> 00:18:49,128 Itu cuma sekeping sijil. 258 00:18:50,671 --> 00:18:53,632 - Hubungan… - Tak sama dengan keluarga Blaxworth. 259 00:18:53,715 --> 00:18:55,342 Mereka ada peraturan. 260 00:18:57,636 --> 00:19:00,139 - Semua keluarga begitu. - Sebenarnya… 261 00:19:01,306 --> 00:19:03,809 saya perlu lepaskan… 262 00:19:05,310 --> 00:19:06,311 beberapa perkara. 263 00:19:06,395 --> 00:19:08,689 Jiwa saya bebas. Saya suka menghayati. 264 00:19:08,772 --> 00:19:09,898 Saya suka rahsia. 265 00:19:09,982 --> 00:19:12,860 Rahsia buat kita rasa macam menikmati hidup. 266 00:19:12,943 --> 00:19:14,987 Macam ikan dalam mangkuk, 267 00:19:15,070 --> 00:19:16,363 kami berkahwin, 268 00:19:16,446 --> 00:19:20,159 saya terperangkap dalam perkahwinan dan saya tak boleh terlepas. 269 00:19:20,784 --> 00:19:21,702 Selama-lamanya. 270 00:19:25,038 --> 00:19:27,624 Jadi, nasihat. 271 00:19:27,708 --> 00:19:29,251 Lari selamatkan diri awak. 272 00:19:32,087 --> 00:19:33,088 Mungkin… 273 00:19:33,881 --> 00:19:35,174 jangan terburu-buru. 274 00:19:35,257 --> 00:19:36,550 Hujah balas. 275 00:19:36,633 --> 00:19:39,511 Kalau saya kahwini dia, hidup akan jadi lebih mudah. 276 00:19:39,595 --> 00:19:42,347 Perniagaan saya jatuh kebelakangan ini. 277 00:19:42,431 --> 00:19:44,183 Perjanjian tak menjadi. 278 00:19:44,808 --> 00:19:47,686 Macam mana Ashton Kutcher untung besar melabur dalam benda pelik 279 00:19:47,769 --> 00:19:50,606 - dan saya tak dapat apa-apa? - Sentiasa ada naik dan turun. 280 00:19:50,689 --> 00:19:52,482 Ya. Namun, saya dah alami situasi ini. 281 00:19:53,150 --> 00:19:55,944 Saya hubungi ayah saya, dia cakap, "Dari dulu lagi, 282 00:19:56,028 --> 00:19:59,781 kamu pembawa masalah keluarga. Namun, kamu berani mencuba nasib. 283 00:19:59,865 --> 00:20:00,824 Ini bantuan kamu" 284 00:20:01,909 --> 00:20:04,745 Saya dah tiada bantuan. 285 00:20:07,539 --> 00:20:09,333 Saya rasa yang penting adalah… 286 00:20:09,958 --> 00:20:11,251 awak cintakan dia 287 00:20:11,335 --> 00:20:13,545 - lebih daripada awak sayang… - Tidak. 288 00:20:13,629 --> 00:20:15,464 Saya rasa yang penting adalah, 289 00:20:15,547 --> 00:20:17,174 saya kenal diri saya. 290 00:20:17,257 --> 00:20:18,300 Boleh dipersoalkan. 291 00:20:18,383 --> 00:20:21,929 Saya tahu saya terperangkap, tapi saya nampak jalan keluar. 292 00:20:22,012 --> 00:20:23,180 Dengar sini. 293 00:20:23,263 --> 00:20:27,517 Saya takkan hidup tanpa duit. Saya takkan jadi begitu. 294 00:20:27,601 --> 00:20:28,894 Habislah dia. 295 00:20:28,977 --> 00:20:30,062 Kita tengok nanti. 296 00:20:30,729 --> 00:20:32,272 Apa nak jadi, jadilah. 297 00:20:36,818 --> 00:20:38,946 Terima kasih untuk terapi ini. 298 00:20:39,863 --> 00:20:42,115 Saya seronok dapat keluar dari bandar. 299 00:20:42,199 --> 00:20:43,867 Baguslah Phoebe jemput saya. 300 00:20:43,951 --> 00:20:45,327 Itu bukan idea dia. 301 00:20:46,370 --> 00:20:47,371 Itu idea Roald. 302 00:20:48,622 --> 00:20:50,457 Kenapa Roald nak saya di sini? 303 00:20:52,334 --> 00:20:53,752 Bermuka-muka? Ya. 304 00:20:53,835 --> 00:20:55,420 Mampu membunuh? 305 00:20:57,714 --> 00:20:58,966 Pedulikan arahan. 306 00:20:59,049 --> 00:21:01,843 Bukankah dah jelas awak perlu berada di luar? 307 00:21:01,927 --> 00:21:03,929 Saya tak nak buat panggilan telefon. 308 00:21:20,737 --> 00:21:21,571 Hai. 309 00:21:24,533 --> 00:21:26,243 Saya tak suka pengintip. 310 00:21:26,326 --> 00:21:29,121 Maaf, saya takkan buat lagi. 311 00:21:33,166 --> 00:21:34,459 Ada apa-apa lagi? 312 00:21:35,377 --> 00:21:36,211 Tidak. 313 00:21:41,591 --> 00:21:43,468 Sebenarnya, ada sesuatu. 314 00:21:44,303 --> 00:21:46,638 Rantai saya terbelit. Boleh awak… 315 00:21:47,180 --> 00:21:48,974 Saya tak patut buat. 316 00:21:49,057 --> 00:21:50,517 Ia tak nampak terbelit. 317 00:21:51,059 --> 00:21:52,644 Tengok betul-betul. 318 00:21:52,728 --> 00:21:53,729 Nampak? 319 00:21:58,275 --> 00:22:00,485 Jangan kolot. Awak boleh sentuh saya. 320 00:22:28,764 --> 00:22:30,682 Saya tak patut sentuh dia. 321 00:22:33,143 --> 00:22:34,186 Rantai dah okey. 322 00:22:34,269 --> 00:22:35,520 - Terima kasih. - Sama-sama. 323 00:22:35,604 --> 00:22:36,605 Tidak lagi. 324 00:22:52,162 --> 00:22:54,289 Kita tak patut buat begini. 325 00:22:54,373 --> 00:22:56,249 Ya, ini idea yang buruk. 326 00:23:03,715 --> 00:23:04,716 Terima kasih. 327 00:23:07,260 --> 00:23:08,261 Kita dah jelas? 328 00:23:09,388 --> 00:23:11,098 Ya, kita dah jelas. 329 00:23:13,558 --> 00:23:14,393 Tak guna. 330 00:23:15,060 --> 00:23:16,686 Mereka lagi. 331 00:23:20,607 --> 00:23:22,109 Awak rupanya. 332 00:23:22,192 --> 00:23:23,610 Selamat petang. 333 00:23:25,070 --> 00:23:25,904 Roald. 334 00:23:26,905 --> 00:23:27,739 Ya? 335 00:23:28,740 --> 00:23:29,783 Tak perlu tergesa-gesa. 336 00:23:29,866 --> 00:23:33,078 Saya nak tunggu sampai awak tersenyum. 337 00:23:33,161 --> 00:23:35,705 Walaupun awak ada kecelaruan personaliti. 338 00:23:36,623 --> 00:23:39,418 Awak yang ada kecelaruan personaliti. 339 00:23:39,501 --> 00:23:40,919 Betul, kasihanilah saya. 340 00:23:41,002 --> 00:23:43,964 Kami nak berenang sebelum makan malam. Nak ikut? 341 00:23:44,047 --> 00:23:46,925 Saya akan turun sebentar lagi. 342 00:23:48,510 --> 00:23:49,344 Bagus. 343 00:23:50,971 --> 00:23:53,765 Ini satu-satunya peluang saya untuk dapatkan maklumat berguna. 344 00:23:56,560 --> 00:23:58,228 Saya sangka kita sependapat. 345 00:23:58,311 --> 00:24:00,939 Betul. Saya cuma ada satu soalan. 346 00:24:05,569 --> 00:24:07,362 Tanyalah cepat. 347 00:24:07,446 --> 00:24:09,156 Ya. Roald? 348 00:24:10,574 --> 00:24:12,033 Awak kawan dia? 349 00:24:15,328 --> 00:24:16,621 Dia macam benci saya. 350 00:24:16,705 --> 00:24:19,416 Saya harap awak ada petua untuk buat dia 351 00:24:19,499 --> 00:24:22,502 tak pandang saya begitu. 352 00:24:22,586 --> 00:24:24,463 Adakah dia mampu membunuh? 353 00:24:25,464 --> 00:24:27,257 Betulkah dia seteruk itu? 354 00:24:29,009 --> 00:24:31,511 Apabila dia jumpa orang yang tak macam dia… 355 00:24:31,595 --> 00:24:33,680 Aristokrat dengan lapan peratus lemak badan. 356 00:24:34,306 --> 00:24:39,019 Dia rasa awak akan fikir dia lembik, jadi dia berlagak kuat. 357 00:24:39,102 --> 00:24:40,145 Bukan dengan awak. 358 00:24:40,979 --> 00:24:44,900 Awak orang berjaya, tapi setahu saya, awak bukan pewaris harta. 359 00:24:45,442 --> 00:24:47,819 Dibandingkan dengan mereka, awak miskin. 360 00:24:48,612 --> 00:24:50,030 Kami dah lama kenal. 361 00:24:50,113 --> 00:24:53,325 Mungkin dia terlupa untuk jadi biadap terhadap saya. 362 00:24:56,453 --> 00:24:58,622 Kamu sangat rapat? 363 00:24:59,498 --> 00:25:01,791 Kenapa? Ada pertarungan nanti? 364 00:25:01,875 --> 00:25:03,460 Kami kawan lama. 365 00:25:03,543 --> 00:25:05,921 Mungkin Roald mahukan lebih tapi… 366 00:25:08,006 --> 00:25:08,840 Saya… 367 00:25:09,674 --> 00:25:11,092 Saya nak salin pakaian. 368 00:25:11,176 --> 00:25:14,012 - Baiklah. - Awak boleh keluar sendiri, detektif. 369 00:25:19,184 --> 00:25:21,102 Bukan apa yang Roald mahukan. 370 00:25:21,186 --> 00:25:23,688 Menarik. Roald cintakan Kate, Kate bersama Malcolm. 371 00:25:23,772 --> 00:25:26,650 Malcolm mati. Kelakuan Simon mengancam kerjaya Kate. 372 00:25:26,733 --> 00:25:30,028 Tiada lagi Simon. Roald ada motif dan peluang. 373 00:25:30,111 --> 00:25:31,780 Dia ada pada malam mereka dibunuh. 374 00:25:39,037 --> 00:25:41,456 Namun, motif dan peluang tak mencukupi. 375 00:25:41,540 --> 00:25:43,458 Kalau saya tak dapat pengakuan, 376 00:25:44,042 --> 00:25:45,252 saya perlukan bukti. 377 00:25:50,757 --> 00:25:55,220 Baiklah, Roald. Siapa awak dan apa yang awak sembunyikan? 378 00:25:59,140 --> 00:26:00,517 Kemas dan rapi. 379 00:26:01,268 --> 00:26:03,103 Perabot pelik itu bukan milik dia. 380 00:26:06,481 --> 00:26:09,276 Harga jam dia boleh beri makan kepada negara membangun. 381 00:26:15,115 --> 00:26:17,951 Okey, apa yang awak sembunyikan? 382 00:26:20,537 --> 00:26:22,831 Kemeja-T yang diseterika dan membawa koleksi jam 383 00:26:22,914 --> 00:26:26,668 menunjukkan dia sociopath, tapi tak bermakna Roald ialah awak. 384 00:26:26,751 --> 00:26:29,838 Saya tak jumpa apa-apa yang mencurigakan di Internet. 385 00:26:30,338 --> 00:26:32,507 Dia memang golongan aristokrat. 386 00:26:32,591 --> 00:26:36,886 Ayah dia pemaju tanah dengan wang pusaka. Ibu dia sosialit berstatus tinggi. 387 00:26:36,970 --> 00:26:39,806 Untuk hari jadi keenam, ibu bapa Roald mendermakan dua juta 388 00:26:39,889 --> 00:26:42,058 supaya dinosaur dinamakan sempena namanya. 389 00:26:42,142 --> 00:26:43,643 "Roaldasaurus Burtei". 390 00:26:43,727 --> 00:26:46,896 Selain kaya dengan perniagaan hartanah, 391 00:26:46,980 --> 00:26:49,899 Roald juga "bekerja sebagai jurugambar landskap". 392 00:26:49,983 --> 00:26:52,485 Sebab itu kamera $20,000 dia selalu dibawa ke mana-mana. 393 00:27:11,212 --> 00:27:13,923 Mungkin semuanya gambar pokok elm tapi… 394 00:27:14,007 --> 00:27:15,717 Tunggu, ini gambar apa? 395 00:27:20,555 --> 00:27:22,223 Saya cam leher ini. 396 00:27:26,311 --> 00:27:29,064 Ini gambar Kate. 397 00:27:29,147 --> 00:27:32,233 Gambar lebah dijadikan samaran untuk menghendap dia. 398 00:27:32,317 --> 00:27:34,861 Roald bukan saja cintakan dia. Dia obses. 399 00:27:35,403 --> 00:27:37,405 Namun, kenapa ugut nak bunuh dia? 400 00:27:37,489 --> 00:27:41,826 Melainkan dia cuma nak uji saya. Sejauh mana saya sanggup lindungi dia? 401 00:27:41,910 --> 00:27:42,994 Mari naik. 402 00:27:50,669 --> 00:27:51,961 Jonathan! 403 00:27:53,004 --> 00:27:54,506 Awak tak berenang. 404 00:27:54,589 --> 00:27:57,759 - Saya sibuk buat penyelidikan. - Kamu ahli akademik. 405 00:28:05,016 --> 00:28:06,810 Jumpa kamu semasa makan malam. 406 00:28:12,899 --> 00:28:15,902 Roald, saya dengar hujung minggu ini idea awak. 407 00:28:16,945 --> 00:28:20,365 Ini peluang yang baik untuk kita saling mengenali. 408 00:28:23,410 --> 00:28:26,079 Saya beri dia peluang tapi dia tak membalas. 409 00:28:26,621 --> 00:28:30,542 Kalau dia ialah awak, awak tahu apa nak buat. 410 00:28:37,048 --> 00:28:40,802 Susah nak buat apa yang saya nak buat di sini. 411 00:28:42,679 --> 00:28:44,431 Saya terperangkap malam semalam. 412 00:28:44,514 --> 00:28:46,433 Disebabkan pelaburan Connie dalam Chelsea, 413 00:28:46,516 --> 00:28:50,019 saya terpaksa menonton bola sepak dengan mereka. 414 00:28:53,732 --> 00:28:55,734 Seronok berada di sini, bukan? 415 00:28:56,609 --> 00:28:59,946 Saya akan minum Bloody Mary sambil berjemur sampai mati. 416 00:29:01,156 --> 00:29:03,366 Sophie masih lagi gadis bermasalah. 417 00:29:03,450 --> 00:29:04,451 Minumlah. 418 00:29:22,385 --> 00:29:23,219 Gemma! 419 00:29:25,555 --> 00:29:28,558 - Awak suka saya buat begitu. - Gemma, dia tak suka, 420 00:29:28,641 --> 00:29:29,893 dan begitu juga saya. 421 00:29:29,976 --> 00:29:32,020 Sesetengah orang patut dipukul. 422 00:29:33,521 --> 00:29:35,440 Saya sangka kamu berdua kawan. 423 00:29:36,357 --> 00:29:38,985 Saya rasa saya benci dia. 424 00:29:39,068 --> 00:29:42,697 Dia okey di universiti, tapi perangai dia semakin teruk. 425 00:29:42,781 --> 00:29:44,199 Kalau kita mampu, 426 00:29:44,282 --> 00:29:47,452 kita perlu berubah menjadi lebih baik. 427 00:29:47,535 --> 00:29:49,287 Maafkan saya, encik. 428 00:29:56,044 --> 00:29:57,837 Kenapa pandang dia begitu? 429 00:29:59,589 --> 00:30:00,590 Maksud awak? 430 00:30:01,800 --> 00:30:03,134 Saya rasa saya tahu 431 00:30:03,676 --> 00:30:06,721 tapi saya nak pastikan awak tahu apa yang saya tahu. 432 00:30:07,722 --> 00:30:09,724 Saya tak faham maksud awak. 433 00:30:26,741 --> 00:30:28,701 Saya terfikir tentang tenis. 434 00:30:29,244 --> 00:30:30,995 Saya sibuk hari ini. Maaf. 435 00:30:31,538 --> 00:30:32,539 Lain kali. 436 00:30:39,546 --> 00:30:41,798 Dia tak nak saya nampak. 437 00:30:48,847 --> 00:30:52,267 Betul cakap awak. Kita patut lebih saling mengenali. 438 00:30:53,017 --> 00:30:54,102 Nak pergi berburu? 439 00:31:01,609 --> 00:31:04,362 Apa masalah boleh berlaku dalam situasi ini? 440 00:31:06,155 --> 00:31:07,657 Macam mana senapang itu? 441 00:31:07,740 --> 00:31:10,869 Menjijikkan sebab saya percaya senjata perlu dikawal. 442 00:31:10,952 --> 00:31:12,328 Beratnya bagus. 443 00:31:14,330 --> 00:31:16,875 Ayah cakap kita boleh nampak keberanian sebenar seseorang 444 00:31:16,958 --> 00:31:18,877 di dalam hutan dengan senjata. 445 00:31:18,960 --> 00:31:21,337 Dia ada cakap ini masanya untuk beritahu seseorang 446 00:31:21,421 --> 00:31:23,840 yang awak seksa dia dengan mesej teks? 447 00:31:23,923 --> 00:31:25,633 Saya takkan bunuh burung itu. 448 00:31:25,717 --> 00:31:29,012 Ia dikurung di dalam sangkar dan dilepaskan untuk ditembak. Gila. 449 00:31:39,355 --> 00:31:41,316 Dia mampu membunuh. 450 00:31:41,941 --> 00:31:43,902 Awak kenal kami melalui Malcolm, bukan? 451 00:31:43,985 --> 00:31:45,320 Melalui Kate. 452 00:31:45,403 --> 00:31:47,155 Dia dalam kesusahan dan saya… 453 00:31:47,822 --> 00:31:48,948 tolong dia. 454 00:31:51,868 --> 00:31:52,994 Peliknya. 455 00:31:54,329 --> 00:31:57,540 Katie sentiasa boleh lepaskan diri dari kesusahan. 456 00:31:57,624 --> 00:32:00,501 Mesti dia hebat semasa di Oxford, bukan? 457 00:32:01,210 --> 00:32:03,171 Kami kenal sebelum itu lagi. 458 00:32:04,505 --> 00:32:05,340 Kami… 459 00:32:05,924 --> 00:32:09,218 berumur 15 tahun. Kami ke sekolah sama di Rhode Island. 460 00:32:09,302 --> 00:32:10,803 Kate tinggal di Amerika? 461 00:32:10,887 --> 00:32:14,223 Hidup dia susah. Mesti awak pernah dengar tentang Greta. 462 00:32:14,766 --> 00:32:16,351 Ya, ibu dia, model itu? 463 00:32:17,644 --> 00:32:20,563 Greta mengamuk dan kelar tangan dia disebabkan seorang lelaki. 464 00:32:21,147 --> 00:32:23,316 Katie dihantar ke sini semasa Greta di hospital. 465 00:32:24,192 --> 00:32:26,110 Dia sentiasa tenang. 466 00:32:26,861 --> 00:32:29,280 Sentiasa tabah dan melindungi orang. 467 00:32:29,364 --> 00:32:31,783 Sentiasa cari orang untuk diselamatkan. 468 00:32:33,201 --> 00:32:36,037 Dia masih begitu. Patutlah dia kawan Phoebe, bukan? 469 00:32:36,120 --> 00:32:37,455 Dia cintakan Kate. 470 00:32:38,539 --> 00:32:39,832 Begitu juga awak. 471 00:32:39,916 --> 00:32:41,709 Dia bencikan saya. 472 00:32:42,961 --> 00:32:45,880 Awak akan tahu sejarah ini, kalau awak kenal Kate. 473 00:32:55,890 --> 00:32:58,685 Saya sentiasa menjaga dia. 474 00:32:59,602 --> 00:33:00,603 Sentiasa akan. 475 00:33:01,813 --> 00:33:05,149 - Sejauh mana? - Baguslah dia ada awak. 476 00:33:16,035 --> 00:33:18,121 Jangan balik dengan tanpa tembak apa-apa. 477 00:33:18,204 --> 00:33:19,247 Tak guna. 478 00:33:31,217 --> 00:33:32,385 Awak tak guna, Roald. 479 00:33:33,011 --> 00:33:33,845 Tidak. 480 00:33:35,221 --> 00:33:36,681 Aduhai, Moore. 481 00:33:36,764 --> 00:33:39,142 Awak langsung tak pandai menembak. 482 00:33:39,767 --> 00:33:41,352 Saya bukan pemburu. 483 00:33:44,480 --> 00:33:47,400 Saya suka mengenali orang yang rapat dengan Katie. 484 00:33:48,401 --> 00:33:52,363 Saya bukan tak berhati perut, tapi Malcolm tak sesuai untuk dia. 485 00:33:52,905 --> 00:33:55,825 Dia suka tamak, penipu dan dia memalukan. 486 00:33:55,908 --> 00:33:58,161 Keadaan menjadi menarik. 487 00:33:58,244 --> 00:33:59,245 Simon pula, 488 00:34:00,204 --> 00:34:02,165 Kate sangka Simon genius 489 00:34:02,248 --> 00:34:05,793 dan dia membazirkan tenaga dengan hasil kerja Simon. 490 00:34:05,877 --> 00:34:08,254 Okey, kemarahan meluap-luap. Baiklah. 491 00:34:09,630 --> 00:34:11,841 Saya tak sanggup melihatnya. 492 00:34:11,924 --> 00:34:13,176 Jadi, awak buat apa? 493 00:34:15,094 --> 00:34:18,681 Sebenarnya, Kate memang tak pandai memilih kawan. 494 00:34:18,765 --> 00:34:20,266 Ini satu pengakuan? 495 00:34:20,349 --> 00:34:22,810 Mujurlah, semua kawan Kate dah mati. 496 00:34:34,697 --> 00:34:36,282 Jonathan, awak pergi dulu. 497 00:34:37,116 --> 00:34:38,242 Kami akan menyusul. 498 00:34:38,659 --> 00:34:41,079 Dia takkan cederakan Kate, 499 00:34:41,162 --> 00:34:43,289 tapi apa saya nak buat dengan dia? 500 00:34:55,093 --> 00:34:56,511 Awak pandai menembak. 501 00:34:56,594 --> 00:34:58,387 Ada orang baru untuk dibuli? 502 00:34:58,471 --> 00:34:59,472 Tolonglah. 503 00:35:00,181 --> 00:35:03,226 Kalau dia tak boleh terima, dia memang tak guna. 504 00:35:03,309 --> 00:35:04,560 Awak bersenjata. 505 00:35:04,644 --> 00:35:06,562 Begitu juga dia dan awak. 506 00:35:06,646 --> 00:35:09,148 Serta kita semua. Satu lawan satu tak adil? 507 00:35:12,819 --> 00:35:15,613 - Kenapa awak buat begini? - Ya Tuhan. 508 00:35:16,781 --> 00:35:19,117 Jangan cakap apa yang awak nak cakap. 509 00:35:19,200 --> 00:35:20,451 Budak-budak. 510 00:35:20,535 --> 00:35:23,663 Mereka yang mudah tersesat. Buat seketika, semuanya okey. 511 00:35:23,746 --> 00:35:26,082 Itu bukan urusan awak. 512 00:35:26,165 --> 00:35:28,417 Ada pembunuh yang masih bebas. 513 00:35:29,669 --> 00:35:31,921 Saya perlukan seorang lelaki? 514 00:35:32,672 --> 00:35:34,590 Lelaki untuk lindungi saya? 515 00:35:34,674 --> 00:35:36,884 Tak. Awak perlukan lelaki yang setaraf. 516 00:35:37,510 --> 00:35:39,095 Awaklah lelaki itu. 517 00:35:39,178 --> 00:35:40,346 Ya. 518 00:35:42,390 --> 00:35:45,393 Itulah gunanya lelaki. 519 00:35:45,476 --> 00:35:48,521 - Mengarut. - Begitulah cara di dunia ini. 520 00:35:49,272 --> 00:35:52,775 Mungkin awak rasa jengkel, tapi kalau awak nak bahagia, 521 00:35:52,859 --> 00:35:54,861 awak perlu menuntut hak awak. 522 00:35:54,944 --> 00:35:57,530 Saya bercakap benar. 523 00:35:57,613 --> 00:36:00,700 Dunia yang dipenuhi lelaki tak guna ini akan musnah. 524 00:36:00,783 --> 00:36:05,037 Saya tak nak tengok awak musnah bersama mereka disebabkan prinsip awak. 525 00:36:05,121 --> 00:36:06,372 Awak… 526 00:36:07,206 --> 00:36:10,334 Kenapa awak tak halang dunia daripada musnah? 527 00:36:11,085 --> 00:36:14,505 Sebaliknya, awak tengok saja dunia musnah 528 00:36:14,589 --> 00:36:16,215 dari istana awak. 529 00:36:16,299 --> 00:36:17,967 Mereka berbeza sama sekali. 530 00:36:18,551 --> 00:36:21,762 Kita perlu ada kuasa untuk buat kebaikan. 531 00:36:22,763 --> 00:36:26,434 - Awak dah musnahkan diri awak. - Tak perlu sibuk hal saya. 532 00:36:26,517 --> 00:36:29,020 Mujurlah saya suka kedegilan awak. 533 00:36:30,396 --> 00:36:31,939 Serta hati awak yang baik. 534 00:36:33,107 --> 00:36:35,651 - Itu bukan diri saya. - Itu diri awak. 535 00:36:36,277 --> 00:36:37,987 Awak sedang terseksa. 536 00:36:42,783 --> 00:36:43,868 Saya boleh tunggu. 537 00:36:44,702 --> 00:36:45,786 Saya dah biasa tunggu. 538 00:36:48,206 --> 00:36:49,540 Saya bukan macam awak, 539 00:36:50,082 --> 00:36:52,210 keluarga awak atau keturunan awak. 540 00:36:52,293 --> 00:36:55,046 Itu fantasi awak 541 00:36:55,129 --> 00:36:57,006 sejak dulu lagi. 542 00:37:27,495 --> 00:37:28,496 Lemah. 543 00:37:30,623 --> 00:37:31,624 Biar saya buat. 544 00:37:54,063 --> 00:37:58,234 - Tak. Saya takkan tertarik kepada dia. - Jangan bergerak. Apa masalahnya? 545 00:38:00,695 --> 00:38:02,571 Saya serius. Berhenti. 546 00:38:06,867 --> 00:38:08,536 Jangan bergerak. 547 00:38:27,805 --> 00:38:29,432 - Kita patut berhenti. - Ya. 548 00:38:33,269 --> 00:38:34,103 Ya. 549 00:38:37,273 --> 00:38:38,357 - Okey. - Ya. 550 00:38:38,441 --> 00:38:39,734 - Mari berhenti. - Ya. 551 00:38:39,817 --> 00:38:41,277 Sekejap lagi. 552 00:38:42,320 --> 00:38:43,738 Aduhai. 553 00:39:14,560 --> 00:39:16,896 "Apa rasa daging kita?" ialah persoalannya. 554 00:39:16,979 --> 00:39:19,482 Rasa daging kita macam arak mahal, 555 00:39:19,565 --> 00:39:21,067 tapi dengan kesan racun. 556 00:39:21,150 --> 00:39:23,444 Saya rasa rasanya pahit 557 00:39:23,527 --> 00:39:25,988 sebab dipenuhi dengan kebencian. 558 00:39:29,116 --> 00:39:31,452 Sebab itu mereka suka Rhys. Dia suka bergurau. 559 00:39:31,535 --> 00:39:33,871 Pengecut betul, lari daripada kita. 560 00:39:33,954 --> 00:39:36,332 Mengaku yang awak lebih baik daripada mereka 561 00:39:36,415 --> 00:39:38,334 dan sebab itu awak patut uruskan semuanya. 562 00:39:38,417 --> 00:39:40,211 Mereka sendiri yang buat begitu. 563 00:39:40,294 --> 00:39:42,213 Kesedaran kemiskinan buat kita miskin. 564 00:39:42,963 --> 00:39:44,715 Kata puteri yang dilahirkan. 565 00:39:44,799 --> 00:39:47,051 Saya sangat positif dalam kehidupan lalu. 566 00:39:49,470 --> 00:39:52,181 - Saya tak tahan lagi. - Maaf. 567 00:39:53,265 --> 00:39:55,559 Cakaplah tentang perkara yang baik. 568 00:40:02,817 --> 00:40:04,068 Saya tertanya-tanya. 569 00:40:05,194 --> 00:40:06,195 Jonathan? 570 00:40:08,406 --> 00:40:10,950 Awak berdendam dengan apa yang kami ada 571 00:40:11,033 --> 00:40:12,993 sebab orang macam awak tiada? 572 00:40:13,744 --> 00:40:16,205 Apa dia, angkuh, hati yang hitam? 573 00:40:20,167 --> 00:40:22,002 Saya gembira dengan hidup saya. 574 00:40:22,795 --> 00:40:24,713 - Ya? - Macam mana kalau… 575 00:40:25,631 --> 00:40:28,801 Jonathan pembunuhnya? 576 00:40:28,884 --> 00:40:31,220 Jangan beri dia minum lagi. 577 00:40:33,389 --> 00:40:36,434 Orang mula mati sekitar waktu 578 00:40:36,517 --> 00:40:40,229 awak muncul macam Colin Firth. 579 00:40:43,315 --> 00:40:44,984 Awak benci kami, Jonathan? 580 00:40:45,609 --> 00:40:47,403 Kamu nak kami semua mati? 581 00:40:47,486 --> 00:40:49,238 Bertenang, Gemma. Awak… 582 00:40:53,033 --> 00:40:54,743 Ini yang saya rasa pelik. 583 00:40:55,995 --> 00:40:58,247 Sesiapa yang bergegas untuk mempertahankan 584 00:40:58,330 --> 00:41:02,501 profesor yang miskin itu akan jadi orang pertama yang dipancung. 585 00:41:04,336 --> 00:41:07,214 Saya risau awak alami satu episod. 586 00:41:07,298 --> 00:41:08,299 Amnesia. 587 00:41:08,883 --> 00:41:12,136 Awak percaya awak bukan salah seorang daripada kami. 588 00:41:16,056 --> 00:41:17,516 Apa yang berlaku? 589 00:41:20,728 --> 00:41:21,854 Tolonglah. 590 00:41:23,856 --> 00:41:25,024 Jangan kata dia tak tahu. 591 00:41:29,403 --> 00:41:31,363 Kenapa sembunyikan daripada dia? 592 00:41:34,158 --> 00:41:35,576 Dia bukan sesiapa. 593 00:41:36,869 --> 00:41:38,204 Sudah. 594 00:41:38,287 --> 00:41:40,706 Awak bersusah payah. 595 00:41:41,332 --> 00:41:43,417 Sentiasa menipu. 596 00:41:43,501 --> 00:41:44,919 Walaupun 597 00:41:45,002 --> 00:41:47,463 ayah awak tak nampak. 598 00:41:54,970 --> 00:41:58,557 Maaf mengganggu, tuan, tapi saya ada berita buruk. 599 00:41:58,641 --> 00:41:59,975 Lady Phoebe… 600 00:42:00,768 --> 00:42:01,602 sudah mati. 601 00:42:05,773 --> 00:42:08,776 Saya cadangkan kita pergi ke perpustakaan sekarang. 602 00:42:08,859 --> 00:42:09,735 Bilik tetamu. 603 00:42:09,818 --> 00:42:14,448 Mari ke bilik tetamu sekarang untuk bincangkan cara mencari pembunuhnya. 604 00:42:14,532 --> 00:42:17,701 - Biar betul. - Sebelum dia membunuh lagi. 605 00:42:18,327 --> 00:42:21,288 Sebelum dia membunuh lagi. 606 00:42:27,920 --> 00:42:28,754 Okey. 607 00:42:28,837 --> 00:42:31,423 Dalam sampul surat yang diberikan semasa kamu masuk, 608 00:42:31,507 --> 00:42:34,760 kamu perlu ketahui senjata yang diberikan kepada kamu. 609 00:42:34,843 --> 00:42:35,886 Ya. 610 00:42:35,970 --> 00:42:38,847 Orang pemalas di sana, dengar sini. 611 00:42:38,931 --> 00:42:40,683 Diamlah. 612 00:42:41,308 --> 00:42:44,562 Kami tahu peraturannya sebab kami selalu main. 613 00:42:45,563 --> 00:42:48,065 Kalau pembunuh itu cucuk kamu… 614 00:42:48,148 --> 00:42:50,693 Mereka main permainan "cari pembunuh". 615 00:42:50,776 --> 00:42:52,945 - Tanpa ironi. - Dengan gaya, okey? 616 00:42:53,028 --> 00:42:53,862 Sedia? 617 00:42:53,946 --> 00:42:55,155 - Sedia! - Mula! 618 00:42:58,659 --> 00:43:01,870 Sementara mereka bermain, saya perlu ambil peluang ini 619 00:43:01,954 --> 00:43:05,958 untuk kembali ke bilik Roald dan cari bukti yang dialah awak. 620 00:43:15,342 --> 00:43:17,803 Saya rasa kita berdua bukan pembunuhnya. 621 00:43:21,807 --> 00:43:22,808 Saya tak tahu… 622 00:43:23,642 --> 00:43:26,687 kenapa mereka cakap begitu tadi… 623 00:43:27,896 --> 00:43:29,398 adalah teruk. 624 00:43:31,817 --> 00:43:33,110 Siapa kata mereka tak teruk? 625 00:43:34,570 --> 00:43:38,365 Kamu dapat lari daripada pembunuh. Pada masa yang sama mengejek satu sama lain 626 00:43:39,116 --> 00:43:40,618 tak seronok. 627 00:43:41,493 --> 00:43:42,953 Roald, 628 00:43:43,037 --> 00:43:44,079 saya faham. 629 00:43:45,247 --> 00:43:47,583 Namun, Gemma memang… 630 00:43:49,084 --> 00:43:50,085 kejam. 631 00:43:50,878 --> 00:43:52,463 Tak boleh, awak menipu! 632 00:43:54,673 --> 00:43:57,343 Saya rasa awak ada soalan. 633 00:43:57,968 --> 00:44:01,347 Tak, saya cuma nak menyorok di belakang awak, kalau boleh. 634 00:44:01,764 --> 00:44:02,890 Baiklah. 635 00:44:07,102 --> 00:44:08,854 Ayah saya ialah… 636 00:44:10,689 --> 00:44:11,940 Tom Lockwood. 637 00:44:12,941 --> 00:44:14,610 Saya tak kenal dia. 638 00:44:14,693 --> 00:44:18,197 Saya cuma jumpa mak dia di Internet tapi bukan ayah dia. 639 00:44:18,280 --> 00:44:20,282 Mungkin dia peluncur juara, ahli The Stone, 640 00:44:20,366 --> 00:44:23,327 artis terkemuka atau promoter kelab malam. 641 00:44:23,410 --> 00:44:25,954 Dia pelabur aktivis. 642 00:44:26,038 --> 00:44:27,831 - Apa? - Penyerang korporat, 643 00:44:27,915 --> 00:44:31,043 penyembelih, Attila, Solomon. 644 00:44:31,126 --> 00:44:33,504 Dia terlibat dalam semua industri. 645 00:44:33,587 --> 00:44:36,590 Dia salah seorang lelaki paling berkuasa di planet ini. 646 00:44:36,674 --> 00:44:39,760 Saya sangka dia seorang saja di sini yang perlukan kerja. 647 00:44:39,843 --> 00:44:42,554 Itu maksud Roald apabila dia kata saya macam dia. 648 00:44:42,638 --> 00:44:47,726 Keluarga saya lebih kaya daripada mereka, kaya dengan menipu orang. 649 00:44:48,394 --> 00:44:49,978 Nama keluarga awak bukan Lockwood. 650 00:44:50,062 --> 00:44:52,272 Ya. Sebab dia kaut keuntungan 651 00:44:52,356 --> 00:44:54,316 dengan merampas perniagaan lain 652 00:44:54,400 --> 00:44:57,236 dan musnahkan hidup pekerja demi keuntungan pemegang saham. 653 00:44:57,319 --> 00:44:58,529 - Betul. - Ada lagi. 654 00:44:58,612 --> 00:45:02,574 Perjanjian rahsia untuk hantar polis tangkap pembantah 655 00:45:02,658 --> 00:45:07,037 atau pembersihan rekod serangan seksual seorang CEO. 656 00:45:07,121 --> 00:45:08,414 Dia juga… 657 00:45:10,416 --> 00:45:15,379 merasuah untuk palsukan laporan ketoksikan air perigi. 658 00:45:17,673 --> 00:45:19,133 Tiada siapa tahu 659 00:45:19,216 --> 00:45:22,302 dan beberapa kanak-kanak menghidap barah 660 00:45:22,386 --> 00:45:25,931 dan syarikat itu dapat keuntungan 400 juta paun. 661 00:45:29,727 --> 00:45:31,937 Ayah saya lelaki paling teruk 662 00:45:32,020 --> 00:45:34,732 dan saya anak kesayangan dia. 663 00:45:35,274 --> 00:45:38,569 Semuanya tentang dia tiba-tiba masuk akal. 664 00:45:42,322 --> 00:45:43,365 Kami… 665 00:45:43,449 --> 00:45:46,452 Hubungan kami renggang sejak saya berusia 20 tahun. 666 00:45:48,412 --> 00:45:50,998 Saya cuba terima diri sebenar dia 667 00:45:51,081 --> 00:45:56,420 dan apa yang dia paksa saya buat dulu, kemudian saya putuskan hubungan. 668 00:45:57,045 --> 00:46:01,675 - Pengawal keselamatan di luar… - Ya, awak sangat peka. 669 00:46:01,759 --> 00:46:02,593 Dia… 670 00:46:03,761 --> 00:46:06,805 Saya dah larang tapi dia tetap hantar. 671 00:46:06,889 --> 00:46:11,226 Pembunuh adalah alasan sempurna untuk dia melindungi saya… 672 00:46:12,102 --> 00:46:14,897 atau masuk campur dalam hidup saya. 673 00:46:23,739 --> 00:46:25,741 Saya nak berjaya dengan cara sendiri. 674 00:46:25,824 --> 00:46:29,787 Saya nak jadi manusia biasa yang baik. 675 00:46:29,870 --> 00:46:32,998 Kemudian, ada orang ingatkan saya betapa dungunya saya 676 00:46:33,081 --> 00:46:37,377 sebab fikir saya boleh jadi orang lain selain anak Tom Lockwood. 677 00:46:40,005 --> 00:46:41,256 Saya faham. 678 00:46:41,340 --> 00:46:43,383 Terima kasih 679 00:46:43,467 --> 00:46:46,303 tapi tak mungkin awak boleh faham. 680 00:46:47,179 --> 00:46:52,893 Betul, saya takkan tahu perasaan disumpah oleh masa silam dan darah daging sendiri. 681 00:46:53,644 --> 00:46:57,773 Melihat setiap kesilapan kecil sebagai bukti yang awak takkan terlepas. 682 00:46:59,316 --> 00:47:00,651 Apa yang terjadi? 683 00:47:03,278 --> 00:47:05,781 Kisah saya tak mengujakan macam awak… 684 00:47:08,367 --> 00:47:09,785 tapi saya faham perasaannya. 685 00:47:15,541 --> 00:47:16,542 Saya… 686 00:47:17,709 --> 00:47:18,961 Saya percayakan awak. 687 00:47:20,003 --> 00:47:21,129 Saya percaya 688 00:47:21,964 --> 00:47:24,967 awak boleh jadi orang yang awak nak jadi. 689 00:47:27,052 --> 00:47:30,222 Malah, saya rasa awak dah jadi pun. 690 00:47:33,559 --> 00:47:35,936 Tidak. Apa yang sedang berlaku? 691 00:47:40,566 --> 00:47:44,945 Tidak. Tak mungkin ini berlaku. Saya tak boleh jatuh cinta pada dia. 692 00:47:45,779 --> 00:47:47,948 Tak guna! Apa kamu buat? 693 00:47:48,824 --> 00:47:50,951 Kamu berdua, kembali bermain. 694 00:47:54,705 --> 00:47:56,915 - Kita patut kembali bermain. - Ya. 695 00:48:07,676 --> 00:48:10,512 Orang tak guna itu bunuh saya! 696 00:48:12,264 --> 00:48:13,599 Biar saya ambil! 697 00:48:18,520 --> 00:48:21,440 Itu pun awak. Saya tertanya-tanya bila awak akan jumpa saya. 698 00:48:24,401 --> 00:48:26,320 - Jangan. - Sejak bila? 699 00:48:26,403 --> 00:48:27,738 Sejak sekarang, okey? 700 00:48:27,821 --> 00:48:29,990 - Sekarang, saya tak boleh… - Tak boleh apa? 701 00:48:32,868 --> 00:48:33,702 Saya serius. 702 00:48:35,495 --> 00:48:36,330 Maaf. 703 00:48:45,255 --> 00:48:48,800 Saya terlepas sesuatu ketika menggeledah bilik Roald. Bukti yang awak orangnya. 704 00:48:56,642 --> 00:48:58,894 Okey, di mana benda itu? 705 00:48:58,977 --> 00:49:01,355 Bukti yang awak ialah dia. 706 00:49:02,773 --> 00:49:05,400 Kotak misteri baru. Okey, bagus. 707 00:49:11,657 --> 00:49:13,492 Ada apa di dalamnya, Roald? 708 00:49:14,117 --> 00:49:17,329 Telefon awak? Senjata yang awak guna untuk ganggu saya? 709 00:49:17,412 --> 00:49:18,664 Boleh saya bantu? 710 00:49:20,624 --> 00:49:22,125 Apa awak buat di bilik saya? 711 00:49:22,209 --> 00:49:24,169 - Jangan salah faham. - Awak, bukan? 712 00:49:24,252 --> 00:49:27,547 - Awak bunuh Malcolm demi Kate? - Tidak. Awak bunuh? 713 00:49:28,173 --> 00:49:32,344 Permainan ini kelakar. Setiap tahun, ada orang cedera. 714 00:50:05,877 --> 00:50:08,380 Mesti awak tahu saya belum mati. 715 00:50:08,463 --> 00:50:11,299 Saya rasa matlamatnya lebih sadis. 716 00:50:12,342 --> 00:50:13,343 Kesakitan. 717 00:50:15,262 --> 00:50:16,722 Serta penghinaan. 718 00:50:17,681 --> 00:50:18,682 Tak guna. 719 00:50:22,894 --> 00:50:24,354 Saya tak tahan lagi. 720 00:50:28,358 --> 00:50:29,735 Mereka semua boleh pergi mati. 721 00:50:31,028 --> 00:50:34,364 Ada orang menang. Mereka sambung minum dan hisap dadah. 722 00:50:39,745 --> 00:50:42,247 Saya boleh berfikir dengan tenang sekarang. 723 00:50:45,167 --> 00:50:46,668 Macam jeritan sebenar. 724 00:50:54,551 --> 00:50:55,635 Di mana Kate? 725 00:50:59,931 --> 00:51:01,224 Kate! 726 00:51:04,019 --> 00:51:05,020 Kate! 727 00:52:22,597 --> 00:52:25,100 Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri