1 00:00:06,041 --> 00:00:07,458 SEBELUM INI 2 00:00:07,541 --> 00:00:09,083 -Jaga-jaga! -Disa! 3 00:00:11,500 --> 00:00:12,750 Gunung berapi meletus. 4 00:00:12,833 --> 00:00:14,333 Kesan gegarannya… 5 00:00:14,416 --> 00:00:16,583 tersebar menerusi teras bumi sampai ke sini, 6 00:00:16,625 --> 00:00:18,583 hingga meruntuhkan lubang cahaya kita, 7 00:00:18,625 --> 00:00:20,083 akibatnya kita tak dapat bertani. 8 00:00:20,125 --> 00:00:21,333 Tidak. 9 00:00:21,416 --> 00:00:24,250 Cincin-cincin ini jauh lebih berkuasa daripada mana-mana ciptaan 10 00:00:24,333 --> 00:00:26,458 Dwarf atau Manusia. 11 00:00:27,083 --> 00:00:29,041 Ia akan menjadi Cincin Azmat. 12 00:00:29,125 --> 00:00:31,041 Yang berkuasa memulihkan gunung kalian. 13 00:00:31,125 --> 00:00:33,791 Jika awak dapat selamatkan kerajaannya, 14 00:00:33,916 --> 00:00:35,875 awak boleh dapatkan semula kepercayaannya. 15 00:00:35,916 --> 00:00:37,666 Malah, mungkin juga harta peninggalannya. 16 00:00:37,750 --> 00:00:39,625 Awak hina ayah saya? 17 00:00:39,708 --> 00:00:43,625 Kalau awak kutuk ratu lagi, percayalah, awak akan menyesal. 18 00:00:43,708 --> 00:00:45,375 Awak faham cakap saya? 19 00:00:46,291 --> 00:00:47,333 Ratu pendusta! 20 00:00:47,416 --> 00:00:48,541 Dia tak layak memerintah! 21 00:00:48,625 --> 00:00:50,625 Semasa baginda nazak, raja kata kepada saya, 22 00:00:50,708 --> 00:00:53,791 katanya, inilah tempat rujukan ratu. 23 00:00:53,875 --> 00:00:55,916 Batu inilah ratu kamu! 24 00:00:56,000 --> 00:00:58,208 -Diam! -Itu palantir beta. Kita perlukannya. 25 00:01:00,666 --> 00:01:02,125 Pembunuh! 26 00:01:02,208 --> 00:01:03,375 Sihir hitam! 27 00:01:06,375 --> 00:01:09,875 Pharazôn! 28 00:01:10,000 --> 00:01:12,333 Pharazôn! 29 00:01:12,416 --> 00:01:15,541 Raja Agung awak tak rasa Dwarf layak memiliki kuasa ini. 30 00:01:15,625 --> 00:01:18,541 Malah, tuanku tak mahu lagi Cincin begini ditempa. 31 00:01:18,625 --> 00:01:23,000 Kita tiada masa nak bincangkan orang yang layak menerima bantuan. 32 00:01:23,083 --> 00:01:23,958 Apa awak buat? 33 00:01:24,041 --> 00:01:26,375 Saya akan beritahu tuanku yang saya akan tutup bengkel. 34 00:01:26,458 --> 00:01:28,416 Awak sanggup tipu Raja Agung? 35 00:01:28,500 --> 00:01:30,791 Saya akan cari tempat untuk kita bekerja. 36 00:01:31,625 --> 00:01:35,125 Saya tak percaya kuasa di Eregion itu. 37 00:01:35,208 --> 00:01:36,750 Ayah pernah kata, 38 00:01:36,833 --> 00:01:40,375 takdir Elf ditentukan oleh kuasa yang lebih agung. 39 00:01:40,458 --> 00:01:43,125 Sebarang cubaan untuk mengubah dan mengelak maut 40 00:01:43,208 --> 00:01:45,708 mungkin mengakibatkan bencana lebih besar. 41 00:01:45,791 --> 00:01:47,708 Saya asyik terfikir... 42 00:01:47,791 --> 00:01:49,666 Mungkin benar cakap ayah. 43 00:01:49,750 --> 00:01:52,250 Sepasukan besar Orc berarak ke tanah pemerintahan Elf. 44 00:01:52,333 --> 00:01:53,458 Jejak itu. 45 00:01:53,541 --> 00:01:54,791 Ia tentu menuju ke... 46 00:01:54,875 --> 00:01:56,333 Eregion, tuan. 47 00:01:56,416 --> 00:01:59,666 Kita perlu maklumkan tuanku sebelum mereka belayar ke Mordor. 48 00:02:00,791 --> 00:02:02,208 Di situ. 49 00:02:02,291 --> 00:02:04,958 Pulanglah ke Lindon. Saya akan lengahkan mereka selama mungkin. 50 00:02:05,875 --> 00:02:07,083 Nah, ambil. 51 00:02:07,750 --> 00:02:09,166 Ambillah, Elrond. 52 00:02:20,083 --> 00:02:23,333 Sebutir bintang bersinar pada saat pertemuan kita, 53 00:02:23,416 --> 00:02:25,125 Lady Galadriel. 54 00:04:54,666 --> 00:04:55,666 Di sini, tuan. 55 00:04:55,750 --> 00:04:59,625 Di sini, kami cuba korek lubang baru 56 00:04:59,708 --> 00:05:01,333 untuk mendapatkan cahaya matahari. 57 00:05:02,333 --> 00:05:06,958 Tapi sebaliknya, usaha kami menyebabkan gunung ini makin tak stabil. 58 00:05:09,500 --> 00:05:12,666 Ambil beliung itu. Letak di sini. 59 00:05:12,750 --> 00:05:14,833 Kalau awak tarik… Awak dah bersedia? 60 00:05:14,916 --> 00:05:16,333 Aku tak mahu buang masa di sini. 61 00:05:16,416 --> 00:05:18,000 Yalah! 62 00:05:23,791 --> 00:05:24,916 Kenapa, tuanku? 63 00:05:27,000 --> 00:05:28,000 Tak ada apa-apa. 64 00:05:28,791 --> 00:05:31,833 Semuanya baik-baik saja. 65 00:05:32,875 --> 00:05:33,875 Ya. 66 00:06:11,041 --> 00:06:12,125 Gali di sini. 67 00:06:14,541 --> 00:06:17,916 Ayah, tembok itu tahan beban. 68 00:06:18,000 --> 00:06:21,166 -Kalau kita runtuh... -Kamu nak terangkan cara gali kepada ayah? 69 00:06:25,416 --> 00:06:28,583 Kita perlu gali di sini. Buat sekarang. 70 00:06:36,083 --> 00:06:37,333 Serahkan kapak kamu. 71 00:06:37,958 --> 00:06:39,583 -Ayah... -Kapak! 72 00:07:03,750 --> 00:07:04,750 Narvi! 73 00:07:05,916 --> 00:07:07,000 Waktu kerja tamat! 74 00:07:07,500 --> 00:07:09,708 Baliklah! 75 00:07:09,791 --> 00:07:11,250 -Baguslah. -Ya, tak payahlah ulang. 76 00:07:11,333 --> 00:07:12,625 Kita dah boleh balik? 77 00:07:29,125 --> 00:07:33,166 Takkah ayah rasa ayah patut berehat sebentar? 78 00:07:34,416 --> 00:07:36,958 Kita perlukan cahaya, bukan rehat. 79 00:07:44,291 --> 00:07:45,291 Tuanku! Jangan! 80 00:07:45,375 --> 00:07:46,208 Ayah! Jangan! 81 00:08:05,625 --> 00:08:08,125 Lain kali, kalau beta suruh gali, 82 00:08:10,125 --> 00:08:11,208 buat sajalah. 83 00:08:23,583 --> 00:08:25,541 Di sini. 84 00:08:26,083 --> 00:08:27,666 Baiklah. Satu, dua, tiga, empat. Gali. 85 00:08:27,750 --> 00:08:29,500 Kasihan penghuni permukaan Bumi. 86 00:08:29,583 --> 00:08:30,958 Mereka bergantung pada matahari. 87 00:08:35,166 --> 00:08:38,208 Terikat pada kitaran tidur dan berjaga yang tak henti-henti. 88 00:08:51,458 --> 00:08:55,250 Di Khazad-dûm, kita bebas daripada seksaan itu. 89 00:09:01,000 --> 00:09:05,875 Di sini, kita bawa matahari ke sini. 90 00:09:07,958 --> 00:09:12,916 Akhirnya, fajar menyingsing semula 91 00:09:13,000 --> 00:09:14,250 di gunung kita! 92 00:09:19,291 --> 00:09:21,041 Khazad... 93 00:09:21,125 --> 00:09:22,750 Dûm! 94 00:09:26,458 --> 00:09:28,875 Elf dan Dwarf bekerjasama. 95 00:09:28,958 --> 00:09:31,208 Orang kata ia mustahil. 96 00:09:31,291 --> 00:09:34,666 Tapi kerjasama kitalah yang membuahkan kejayaan ini, 97 00:09:34,750 --> 00:09:39,166 dan hari ini, kita akan memulakan impian baru, 98 00:09:39,916 --> 00:09:42,791 untuk menyemadikan persahabatan kita pada batu. 99 00:09:45,625 --> 00:09:46,750 Narvi? 100 00:09:52,500 --> 00:09:53,583 Ini saat penting Narvi. 101 00:09:55,875 --> 00:09:56,958 Saksikanlah... 102 00:10:02,208 --> 00:10:03,833 Pintu Durin. 103 00:10:05,875 --> 00:10:08,625 Ia pintu Barat baru gunung kita. 104 00:10:09,708 --> 00:10:12,833 Tak dapat ditembusi, hanya dapat dilihat dengan cahaya bulan, 105 00:10:13,500 --> 00:10:18,875 dan dilindungi oleh kata laluan yang diketahui para sahabat. 106 00:10:20,000 --> 00:10:22,125 Sila beri perhatian 107 00:10:22,958 --> 00:10:25,750 dan perhatikan Narvi selama dia di sini. 108 00:10:25,833 --> 00:10:28,083 Bukan hanya kerana dia sangat mahir. 109 00:10:28,458 --> 00:10:29,333 Memang pun. 110 00:10:29,416 --> 00:10:32,833 Tapi kerana dia kuat mencuri. Jaga harta kalian baik-baik. 111 00:10:34,416 --> 00:10:37,166 Cubalah periksa koceknya. 112 00:10:39,291 --> 00:10:41,000 Demi persahabatan yang berkekalan 113 00:10:41,833 --> 00:10:44,916 antara bangsa Dwarf dan Elf. 114 00:10:46,875 --> 00:10:49,416 Baiknya dia. Terima kasih. 115 00:10:57,041 --> 00:10:59,208 Kata-kata saya tadi keterlaluankah? 116 00:11:00,708 --> 00:11:02,708 Saya suruh awak ringkaskannya. 117 00:11:05,958 --> 00:11:07,458 Rasanya awak tak kata pun begitu. 118 00:11:09,208 --> 00:11:12,000 Tapi awak bukan selalu dengar cakap saya pun. 119 00:11:13,541 --> 00:11:15,541 Apatah lagi, kalau awak dah nekad. 120 00:11:19,916 --> 00:11:21,625 Saya sepatutnya berucap lebih lama, 121 00:11:23,625 --> 00:11:24,916 untuk hargai sumbangan awak. 122 00:11:28,458 --> 00:11:29,625 Maafkan saya. 123 00:11:31,875 --> 00:11:33,916 Hati saya masih gundah-gulana 124 00:11:35,041 --> 00:11:38,125 memikirkan mangsa yang menderita akibat kebangkitan Mordor. 125 00:11:41,375 --> 00:11:42,750 Cincin untuk Manusia? 126 00:11:49,541 --> 00:11:51,333 Saya tak sebut pun tentang Cincin. 127 00:11:52,291 --> 00:11:55,541 Ini permainan bagi awak, bukan? 128 00:11:55,625 --> 00:11:59,125 Suntik benih di fikiran orang, kemudian, awak yakinkan mereka 129 00:11:59,208 --> 00:12:01,208 bahawa itu buah fikiran mereka sendiri. 130 00:12:01,291 --> 00:12:04,500 Saya ingat kita sependapat dalam hal ini. 131 00:12:07,166 --> 00:12:09,375 Atau mungkinkah awak dah berubah hati? 132 00:12:09,458 --> 00:12:13,791 Ini malam bangsa Dwarf. Mari. Kita bincang tentang Manusia esok. 133 00:12:15,750 --> 00:12:17,833 Saya mahu bincang tentang mereka sekarang. 134 00:12:22,125 --> 00:12:24,541 Manusia menderita akibat perbuatan mereka sendiri 135 00:12:26,916 --> 00:12:29,500 dan saya dimaklumkan bahawa orang Benua Selatanlah 136 00:12:29,583 --> 00:12:31,750 yang membantu Adar menjayakan misinya. 137 00:12:31,833 --> 00:12:32,833 Sesetengah saja. 138 00:12:32,916 --> 00:12:35,291 Kebanyakan yang lain sudah ada tempat tinggal baru, 139 00:12:36,416 --> 00:12:39,541 berkat pemberian kaum mereka sendiri, yakni, penduduk Númenor. 140 00:12:40,375 --> 00:12:42,666 Pernahkah awak ke Númenor? 141 00:12:42,750 --> 00:12:43,958 Tidak. 142 00:12:45,208 --> 00:12:46,666 Ia mengagumkan. 143 00:12:47,666 --> 00:12:48,958 Tapi pincang. 144 00:12:50,166 --> 00:12:53,500 Hampir gilang-gemilang, tapi hampir juga tumbang. 145 00:12:55,166 --> 00:12:57,208 Saya takut akan nasib Númenor. 146 00:12:58,416 --> 00:13:00,000 Lebih daripada tempat lain. 147 00:13:02,416 --> 00:13:05,916 Saya harap Cincin kita akan menstabilkannya. 148 00:13:07,208 --> 00:13:09,583 Kita tak boleh beri Cincin kepada Manusia. 149 00:13:10,208 --> 00:13:12,500 Besar kemungkinan mereka akan menyeleweng. 150 00:13:12,583 --> 00:13:15,041 Segala masalah yang kita selesaikan tak terlawan 151 00:13:15,125 --> 00:13:16,750 masalah yang kita cipta. 152 00:13:16,833 --> 00:13:17,833 Ya. 153 00:13:18,708 --> 00:13:19,875 Betul cakap awak. 154 00:13:20,958 --> 00:13:23,958 Memanglah. Manusia ada banyak kekurangan. 155 00:13:26,875 --> 00:13:28,583 Tapi apabila kegelapan menjelma, 156 00:13:29,666 --> 00:13:34,666 pasti akan ada insan yang bangkit dan menyinar. 157 00:13:37,083 --> 00:13:40,208 Earendil, Tuor, 158 00:13:41,333 --> 00:13:43,833 Beren, anak Barahir. 159 00:13:47,500 --> 00:13:48,916 Apa cadangan awak sebenarnya? 160 00:13:51,125 --> 00:13:53,125 Kita cari Manusia yang boleh dipercayai. 161 00:13:54,458 --> 00:13:58,291 Manusia paling bijak, mulia dengan hati yang suci. 162 00:13:58,375 --> 00:14:02,750 Dari Númenor hingga ke Rhûn, kita cari sembilan pemegang Cincin 163 00:14:02,833 --> 00:14:04,583 dari sembilan kerajaan fana terbesar. 164 00:14:04,666 --> 00:14:05,666 Sembilan? 165 00:14:08,125 --> 00:14:09,791 Kesempurnaan angka Tiga. 166 00:14:12,083 --> 00:14:13,541 Digandakan tiga kali. 167 00:14:15,750 --> 00:14:20,333 Untuk tempaan ketiga, kita buat sembilan. 168 00:14:23,375 --> 00:14:28,416 Kita dah capai kejayaan besar, kawan. 169 00:14:30,333 --> 00:14:33,833 Jangan pula mengundang kegagalan... 170 00:14:35,875 --> 00:14:39,541 dengan cuba mencapai usaha yang di luar jangkauan kita. 171 00:14:44,041 --> 00:14:47,041 Maaf. Tapi saya enggan. 172 00:14:48,416 --> 00:14:50,916 Cincin Azmat dah lengkap. 173 00:14:52,125 --> 00:14:53,208 Sudah tentu. 174 00:14:56,333 --> 00:14:59,541 Awak tak perlu minta maaf. Baiklah. 175 00:15:09,291 --> 00:15:11,500 Saya akan buat sembilan Cincin itu sendiri. 176 00:15:21,125 --> 00:15:24,875 Pernahkah awak melihatnya? Di seberang laut barat kita. 177 00:15:25,750 --> 00:15:27,791 Menara putih Eressëa... 178 00:15:27,875 --> 00:15:31,041 pintu masuk ke Tanah Abadi. 179 00:15:31,875 --> 00:15:33,375 Tak pernah. 180 00:15:34,083 --> 00:15:35,708 Mata paling tajam saja dapat melihatnya 181 00:15:37,458 --> 00:15:40,041 dan itu pun hanya dari puncak Meneltarma. 182 00:15:40,666 --> 00:15:42,958 Tentu bangsa Elf sengaja meletaknya di sana. 183 00:15:43,458 --> 00:15:48,083 Supaya setiap senja mengingatkan kita bahawa kita makhluk fana 184 00:15:49,083 --> 00:15:50,625 manakala mereka kekal abadi. 185 00:15:51,750 --> 00:15:54,500 Walau setinggi mana yang kita daki, 186 00:15:54,583 --> 00:15:58,083 sesetengah benda takkan dapat kita capai. 187 00:16:02,625 --> 00:16:05,375 Cokmar kini di tangan ayah. 188 00:16:07,291 --> 00:16:08,833 Itu tak cukup lagikah untuk ayah? 189 00:16:08,916 --> 00:16:12,333 Selama ini, ayah sangka ia dah mencukupi. 190 00:16:20,333 --> 00:16:23,000 Kuasa Cokmar itu bergantung pada ayah. 191 00:16:23,083 --> 00:16:26,583 Sekarang Zaman Manusia, ayah. Manfaatkanlah sebaik mungkin. 192 00:16:26,666 --> 00:16:30,291 Mari kita bina Númenor seperti yang ayah impikan. 193 00:16:40,250 --> 00:16:42,833 Semasa kamu masih bayi, 194 00:16:42,916 --> 00:16:47,875 ibu kamu meramalkan yang kamu akan ditimpa bala. 195 00:16:52,000 --> 00:16:53,208 Ibu saya? 196 00:16:57,166 --> 00:16:58,791 Apa yang dia kata? 197 00:16:58,875 --> 00:17:03,166 Kalau kamu berjaya sempurnakan tugas yang ayah beri ini, 198 00:17:03,250 --> 00:17:04,375 ayah akan beritahu. 199 00:17:04,500 --> 00:17:09,875 Kalau kamu gagal, ayah terpaksa beri kamu tugas di tempat lain. 200 00:17:13,750 --> 00:17:17,500 Pharazôn! 201 00:17:17,583 --> 00:17:20,083 Pharazôn! 202 00:17:20,708 --> 00:17:21,708 Dengarlah. 203 00:17:22,541 --> 00:17:24,541 Ada suara lain di luar sana. 204 00:17:24,625 --> 00:17:26,625 Valandil kata di kawasan lama, 205 00:17:26,708 --> 00:17:28,875 mereka berdoa untuk tuanku siang dan malam. 206 00:17:30,041 --> 00:17:31,333 Untuk ratu mereka. 207 00:17:33,375 --> 00:17:35,083 Ratu kami. 208 00:17:35,166 --> 00:17:37,625 Bertitahlah dan kami akan membetulkan keadaan. 209 00:17:37,708 --> 00:17:39,708 -Pengawal Laut masih setia. -Elendil... 210 00:17:39,791 --> 00:17:41,958 -Kita boleh lawan mereka. -Elendil. 211 00:17:53,958 --> 00:17:58,250 Tuankulah yang buka semula hati patik, seperti yang Setiawan buat. 212 00:17:59,333 --> 00:18:01,250 Kami dah bersumpah untuk berkhidmat. 213 00:18:01,333 --> 00:18:02,583 Tapi tuanku berpeluk tubuh 214 00:18:03,416 --> 00:18:05,416 ketika ancaman terhebat bakal melanda? 215 00:18:06,833 --> 00:18:10,000 Apa yang kamu nampak? Dalam palantir itu? 216 00:18:17,416 --> 00:18:18,541 Patik nampak diri sendiri. 217 00:18:21,208 --> 00:18:22,291 Sesat. 218 00:18:24,125 --> 00:18:25,541 Berkuda dari kota ke... 219 00:18:31,250 --> 00:18:32,250 Entah ke mana. 220 00:18:32,916 --> 00:18:35,125 Kamu tak nampak rupanya. 221 00:18:36,041 --> 00:18:38,166 -Nampak apa? -Mungkin ia dah berubah. 222 00:18:38,791 --> 00:18:40,000 Apa maksud tuanku? 223 00:18:41,416 --> 00:18:43,791 Tak semua pertarungan harus dimenangi. 224 00:18:43,875 --> 00:18:47,416 Kadangkala, kesabaran ialah kemenangan paling besar 225 00:18:47,500 --> 00:18:50,458 dan pengorbanan terbesar yang kita boleh buat. 226 00:18:50,541 --> 00:18:51,958 Patik tak faham. 227 00:18:54,375 --> 00:18:57,958 Sejak bertahun-tahun lamanya, palantir itu 228 00:18:58,041 --> 00:19:00,541 tunjukkan kejatuhan pulau ini. 229 00:19:00,625 --> 00:19:03,541 Tapi apabila kamu menyentuhnya, gambaran itu hilang. 230 00:19:03,625 --> 00:19:05,500 Berubah kepada haluan baru. 231 00:19:06,166 --> 00:19:09,666 Kerajaan Pharazôn sebahagian daripada perubahan itu. 232 00:19:09,750 --> 00:19:11,958 Begitu juga kamu. 233 00:19:12,041 --> 00:19:14,458 Kamu minta titah perintah beta. 234 00:19:17,458 --> 00:19:18,708 Inilah dia. 235 00:19:27,291 --> 00:19:31,000 Walau sekeras mana desakan mereka atau sebanyak mana yang mereka rampas, 236 00:19:31,083 --> 00:19:34,250 jangan sesekali kamu mempertaruhkan masa depan Númenor. 237 00:19:35,083 --> 00:19:38,500 Kamu harus tenang ketika menghadapi segala dugaan. 238 00:19:39,166 --> 00:19:41,416 Kembalilah ke kapal kamu, kapten. 239 00:19:48,750 --> 00:19:50,625 -Kamu buat dengan rela hati. -Ya. 240 00:19:50,708 --> 00:19:52,875 Kamu bukan lagi Pengawal Laut. Seterusnya. 241 00:19:55,583 --> 00:19:56,583 Beratur. 242 00:19:57,083 --> 00:19:58,250 Timbalan laksamana. 243 00:19:58,333 --> 00:19:59,416 Baiklah. Di sini. 244 00:20:04,416 --> 00:20:06,000 Apa yang berlaku? 245 00:20:06,791 --> 00:20:11,041 Semua penyokong Pemangku Ratu dibuang kerja. 246 00:20:11,125 --> 00:20:12,541 Siapa yang arahkan? 247 00:20:12,625 --> 00:20:13,833 Saya. 248 00:20:18,125 --> 00:20:19,916 Maaf. Saya memang nak beritahu ayah. 249 00:20:20,000 --> 00:20:23,250 Lord Belzagar mahu pengikutnya dihukum kerana menderhaka. 250 00:20:24,208 --> 00:20:28,291 Kamu naik pangkat kerana menggulingkan ratu rupanya. 251 00:20:28,375 --> 00:20:30,958 Tergamak ayah samakan kesedihan dengan cita-cita picisan ini? 252 00:20:31,708 --> 00:20:35,083 Abang saya mati kerana Míriel percayakan batu Elf. 253 00:20:35,166 --> 00:20:37,666 Kamu hina batu suci itu. 254 00:20:37,750 --> 00:20:40,083 Saya hina benda mengarut. 255 00:20:40,166 --> 00:20:41,541 Ar-Pharazôn ialah raja kita. 256 00:20:42,208 --> 00:20:43,833 Terimalah, ayah. Saya merayu. 257 00:20:45,500 --> 00:20:47,583 Jalan yang ayah pilih boleh mengancam nyawa. 258 00:20:48,916 --> 00:20:50,958 Jalan pilihan kamu lagi berbahaya. 259 00:20:51,041 --> 00:20:54,666 Berhati-hatilah. Jangan sampai terhantuk, baru tengadah. 260 00:20:59,750 --> 00:21:02,166 -Awak dah sedia? -Semua dah ada? 261 00:21:02,250 --> 00:21:03,208 -Ya. -Seterusnya. 262 00:21:04,250 --> 00:21:07,208 Pegang. Semua barang ini dari kapal yang sama. Periksa dia. 263 00:21:10,625 --> 00:21:11,875 -Tandakannya. -Baik, tuan. 264 00:21:12,750 --> 00:21:14,291 Senaraikannya, untuk simpanan. 265 00:21:14,375 --> 00:21:15,583 Kapten meninggalkan kapal! 266 00:21:18,041 --> 00:21:19,625 Dia bukan lagi kapten. 267 00:21:40,333 --> 00:21:41,333 Ya, betul. 268 00:21:48,375 --> 00:21:49,375 Saya bukan kapten. 269 00:21:54,875 --> 00:21:55,875 Kapten. 270 00:22:00,875 --> 00:22:02,666 -Terima kasih. -Moga tuan dilindungi Valar. 271 00:22:02,750 --> 00:22:03,583 Cukup. 272 00:22:03,666 --> 00:22:05,541 -Terima kasih, kapten. -Terima kasih, kapten. 273 00:22:05,625 --> 00:22:07,750 -Semoga tuan dirahmati Valar. -Terima kasih. 274 00:22:07,833 --> 00:22:09,208 Valar rahmati tuan. 275 00:22:09,291 --> 00:22:10,666 Terima kasih, kapten. 276 00:22:11,500 --> 00:22:12,500 Cukup. 277 00:22:12,583 --> 00:22:15,000 -Terima kasih, kapten. -Terima kasih, kapten. 278 00:22:15,083 --> 00:22:17,083 Kamu nak cari nahas? Diam! 279 00:22:17,166 --> 00:22:20,625 -Terima kasih, kapten. -Semoga tuan sentiasa dirahmati. 280 00:22:22,416 --> 00:22:25,000 -Kapten Elendil. -Semoga tuan dirahmati Valar. 281 00:22:26,416 --> 00:22:27,416 Valandil. 282 00:22:28,125 --> 00:22:30,250 Saya boleh minta kedudukan awak dikekalkan. 283 00:22:31,250 --> 00:22:32,375 Saya akan tanya raja. 284 00:22:33,500 --> 00:22:34,750 Awak sanggup tanya? 285 00:22:37,833 --> 00:22:39,583 Kita kawan lama. 286 00:22:40,458 --> 00:22:44,625 Saya dah nampak sendiri siapa kawan sebenar awak. 287 00:23:33,000 --> 00:23:35,125 Raja Agung yang mulia. 288 00:23:35,208 --> 00:23:38,166 Patik ingin merakamkan rasa gembira yang tak terhingga 289 00:23:38,250 --> 00:23:41,833 dengan kejayaan Tiga Cincin di Lindon. 290 00:23:42,791 --> 00:23:48,125 Seperti yang tuanku titahkan, bengkel tempa sudah dikosongkan. 291 00:23:48,791 --> 00:23:54,041 Kota itu kini tenang dan patik jangkakan kedamaian pada hari-hari mendatang. 292 00:23:54,583 --> 00:23:57,375 Patik harap tuanku mencemar duli ke sini kelak. 293 00:23:57,458 --> 00:24:00,916 Sementara itu, patik yang setia 294 00:24:01,000 --> 00:24:04,875 dan hamba tuanku yang taat, Lord Celebrimbor. 295 00:24:09,916 --> 00:24:13,041 Armada kita dah sedia untuk bertolak. Kita tunggu apa lagi? 296 00:24:13,125 --> 00:24:15,208 Eregion aman damai. 297 00:24:15,291 --> 00:24:17,708 Surat ini membuktikan yang Galadriel silap. 298 00:24:17,791 --> 00:24:22,083 Selama kita masih teragak-agak, tentera Adar makin kuat hari demi hari. 299 00:24:22,625 --> 00:24:25,375 Kalau kita mahu serang, kita perlu bertolak sekarang. 300 00:24:39,583 --> 00:24:41,416 Musuh kita ada di Mordor. 301 00:24:42,458 --> 00:24:45,291 Beranikah tuanku mempertaruhkan masa depan Buana Tengah 302 00:24:45,375 --> 00:24:47,833 berpandukan bisikan Cincin itu semata-mata? 303 00:24:57,333 --> 00:24:59,333 -Awak ini punya pasal. -Saya tahu. 304 00:25:00,250 --> 00:25:03,333 -Sejak awal lagi. -Saya silap. Saya tahu. 305 00:25:05,000 --> 00:25:09,166 Tapi bakat untuk mendengar anugerah daripada Aulë, 306 00:25:09,250 --> 00:25:12,875 ia perlu diasah dan diperhalus sejak kecil. 307 00:25:13,958 --> 00:25:14,833 Tapi ini... 308 00:25:17,500 --> 00:25:19,000 Ini seperti menipu. 309 00:25:19,708 --> 00:25:21,041 Ya, tapi dia Raja Durin. 310 00:25:21,958 --> 00:25:24,583 Dia tahulah guna kuasanya. 311 00:25:25,083 --> 00:25:29,208 Dwarf paling baik pun boleh tergoda dengan kuasa sebegitu. 312 00:25:29,291 --> 00:25:31,291 Saya harap sangat dia kekal di jalan yang benar. 313 00:25:44,250 --> 00:25:45,708 Cantik. 314 00:25:47,458 --> 00:25:49,125 Harganya dua ratus. 315 00:25:49,208 --> 00:25:51,083 Dua ratus? Untuk batu ini? 316 00:25:51,166 --> 00:25:53,166 Ia batu tala. 317 00:25:53,250 --> 00:25:56,916 Kalau ia dibayar dengan pedati dan enam kuda pun saya takkan bayar. 318 00:25:57,000 --> 00:25:58,750 Marahlah raja dengan peraturan barunya. 319 00:25:58,833 --> 00:26:01,875 Separuh harga barang akan disumbangkan kepada kerajaan. 320 00:26:01,958 --> 00:26:03,708 Cukai Cincin, katanya. 321 00:26:05,000 --> 00:26:06,375 Cukai Cincin? 322 00:26:06,875 --> 00:26:10,166 Encik, ini untuk hari jadi anak kami minggu depan. 323 00:26:10,250 --> 00:26:13,041 Kurangkanlah sikit harganya. Kami boleh bayar 100. 324 00:26:13,125 --> 00:26:15,291 -Seratus? -Seratus. 325 00:26:16,375 --> 00:26:17,375 Boleh tak? 326 00:26:17,458 --> 00:26:19,666 Rugilah saya nanti. 327 00:26:27,333 --> 00:26:28,291 Seratus lima puluh? 328 00:26:36,666 --> 00:26:38,333 -Hati-hati. -Aduhai, tumpang lalu. 329 00:26:38,416 --> 00:26:40,500 -Hati-hatilah sikit. -Ia dah bergolek. 330 00:26:42,625 --> 00:26:44,333 Awak tendang barang saya. 331 00:26:45,208 --> 00:26:47,541 Puan, maaf. Saya terlanggar puan. 332 00:26:48,208 --> 00:26:51,833 Dapat pun. Alamak! Tak dapat. 333 00:27:13,083 --> 00:27:14,083 Baiklah... 334 00:27:14,708 --> 00:27:16,291 Kamu ke mana... 335 00:27:24,083 --> 00:27:25,083 Apa? 336 00:27:26,250 --> 00:27:27,250 Ini apa? 337 00:27:49,750 --> 00:27:51,250 Kamu di sini rupanya. 338 00:28:24,208 --> 00:28:27,500 Utusan dari tujuh kerajaan Dwarf, 339 00:28:28,416 --> 00:28:32,750 kita berkumpul di sini hari ini kerana Buana Tengah sedang berubah. 340 00:28:34,666 --> 00:28:36,333 Buminya merekah. 341 00:28:37,125 --> 00:28:39,583 Terasnya makin terbelah. 342 00:28:41,458 --> 00:28:45,500 Kejahatan akan mula mengancam kerajaan kita. 343 00:28:48,291 --> 00:28:53,000 Tapi dengan rahmat Aulë, semoga rakyat beta dapat mengatasinya. 344 00:28:55,000 --> 00:28:57,375 Kelak, kamu juga pasti dapat mengatasinya 345 00:28:58,333 --> 00:29:01,333 dan bersama-sama, kita akan bangkit untuk memacu dunia bangsa kita 346 00:29:04,750 --> 00:29:08,208 dengan bantuan kuasa yang boleh mengubah segalanya. 347 00:29:10,708 --> 00:29:12,166 Tujuh Cincin. 348 00:29:14,083 --> 00:29:15,583 Tujuh pembesar. 349 00:29:17,333 --> 00:29:22,041 Pada setiap satunya, kuasa. 350 00:29:24,166 --> 00:29:25,625 Kuasa memerintah bumi. 351 00:29:27,083 --> 00:29:28,083 Kuasa menitahkan batu. 352 00:29:29,166 --> 00:29:32,208 Kuasa untuk membentuk masa depan bangsa Dwarf selama-lamanya. 353 00:29:35,250 --> 00:29:38,583 Cincin ini bukan untuk kamu, tapi untuk tuan kamu. 354 00:29:38,666 --> 00:29:43,208 Beritahu mereka yang kerajaan mereka boleh berkongsi habuan ini. 355 00:29:45,833 --> 00:29:47,416 Tapi ada korbannya. 356 00:29:58,875 --> 00:30:01,083 Khazad-dûm takkan terdesak lagi. 357 00:30:03,916 --> 00:30:06,333 Ada emas di bawah tapak kaki kita. 358 00:30:10,833 --> 00:30:13,500 Kita patut gali lebih dalam. 359 00:30:13,583 --> 00:30:16,208 Tapi siapa yang tetapkan sekatan ini? 360 00:30:17,041 --> 00:30:19,500 Tuan yang tetapkan. Berdekad-dekad yang lalu. 361 00:30:20,958 --> 00:30:22,041 Palulah. 362 00:30:22,750 --> 00:30:23,791 Palu... Tapi tuanku... 363 00:30:23,875 --> 00:30:27,500 Palulah, Ahli Ghali. Jika tidak, beta akan cari sendiri... 364 00:30:30,916 --> 00:30:32,666 -Mana dia? -Tuanku tanggalkannya. 365 00:30:32,750 --> 00:30:34,458 Mana dia? Apa kamu dah buat? 366 00:30:34,541 --> 00:30:37,375 Ia di situ tadi, tapi tuanku yang tanggalkan. 367 00:30:38,083 --> 00:30:41,916 Tuanku kata tangan tuanku terasa berat. 368 00:30:47,875 --> 00:30:50,458 Betul juga. 369 00:31:05,875 --> 00:31:08,291 Galilah di tempat yang beta tandakan itu. 370 00:31:09,625 --> 00:31:10,625 Tuanku. 371 00:31:15,250 --> 00:31:16,250 Berhenti! 372 00:31:21,750 --> 00:31:23,208 Ada sesuatu di bawah lombong, 373 00:31:23,291 --> 00:31:25,375 Disa yang dengar. 374 00:31:25,458 --> 00:31:29,458 Ada kuasa jahat purba yang amat berkuasa. 375 00:31:30,625 --> 00:31:32,500 Jangan gali, ayah. 376 00:31:36,750 --> 00:31:38,916 Beta dah beri perintah, Ahli Ghali. 377 00:31:40,583 --> 00:31:42,000 Narvi, tolonglah. 378 00:31:43,958 --> 00:31:46,958 Ahli Ghali, beta dah beri perintah. 379 00:31:58,666 --> 00:32:02,333 Pendendang batu dengar bisikan gunung. 380 00:32:03,625 --> 00:32:08,791 -Apa? -Dengan Cincin ini, ayah dapat melihatnya. 381 00:32:11,041 --> 00:32:15,333 Setiap lubang, setiap bijih, setiap permata. 382 00:32:15,416 --> 00:32:17,750 Selama ribuan tahun, 383 00:32:18,541 --> 00:32:23,541 sikit sangat khazanahnya yang kita ambil. 384 00:32:24,416 --> 00:32:26,208 Disa silap. 385 00:32:29,625 --> 00:32:31,041 Ia tak berbahaya. 386 00:32:42,458 --> 00:32:44,458 -Tuanku. -Kenapa? 387 00:32:44,875 --> 00:32:45,875 Entahlah. 388 00:32:50,666 --> 00:32:51,833 Awak tak apa-apa? 389 00:33:16,500 --> 00:33:18,125 Betulkah apa yang saya nampak? 390 00:33:21,458 --> 00:33:22,458 Tidak. 391 00:33:23,333 --> 00:33:25,500 Kita tempa rekaan baru untuk Cincin itu. 392 00:33:26,041 --> 00:33:28,833 Ketika Mirdania cuba ubah saiznya... 393 00:33:33,875 --> 00:33:35,083 Mana dia? 394 00:33:38,666 --> 00:33:40,458 -Awas! -Tuan! 395 00:33:45,625 --> 00:33:46,541 Berundur! 396 00:33:58,750 --> 00:33:59,750 Berhenti. 397 00:34:02,000 --> 00:34:03,166 Tarik nafas. 398 00:34:09,000 --> 00:34:10,250 Apa yang berlaku? 399 00:34:10,291 --> 00:34:13,541 Saya berada di tempat seperti ini, 400 00:34:13,666 --> 00:34:19,666 tapi ia berkabus dan lebih gelap, tiba-tiba... 401 00:34:20,208 --> 00:34:21,875 Saya nampak... saya... 402 00:34:24,041 --> 00:34:27,083 Pada mulanya saya ingat ia dapur tempa. 403 00:34:30,875 --> 00:34:32,125 Tapi saya silap. 404 00:34:32,708 --> 00:34:33,708 Apa bendanya? 405 00:34:35,000 --> 00:34:36,833 Ia tinggi... 406 00:34:38,458 --> 00:34:41,458 dan kulitnya berapi. 407 00:34:44,333 --> 00:34:50,083 Ia mendekati saya, sambil bernafas, dan baunya macam mayat, 408 00:34:50,166 --> 00:34:52,083 dan saya nampak... Saya... 409 00:34:53,125 --> 00:34:54,750 Saya nampak matanya. 410 00:34:56,333 --> 00:34:58,958 Bengis dan daim. 411 00:34:59,666 --> 00:35:01,083 Saya rasa ia pernah ke sini. 412 00:35:02,250 --> 00:35:04,666 Saya rasa ia ada dalam kalangan kita selama ini! 413 00:35:04,750 --> 00:35:06,250 Awak bersama kami sekarang. 414 00:35:07,666 --> 00:35:09,333 Jangan takut. 415 00:35:11,958 --> 00:35:13,458 Tengoklah sekeliling. 416 00:35:15,666 --> 00:35:16,916 Semuanya baik-baik saja. 417 00:35:20,208 --> 00:35:24,208 Apa perubahan yang awak buat kali ini? 418 00:35:26,958 --> 00:35:32,375 Seperti awak, Betara Anugerah juga risau kerana akhlak Manusia mudah terpesong. 419 00:35:33,333 --> 00:35:36,333 Jadi, kami perkukuh pancalogam ini dengan menambahkan lagi mithril. 420 00:35:36,416 --> 00:35:37,666 Tidak! 421 00:35:37,750 --> 00:35:39,916 Kalau awak mahu buat begitu, awak sepatutnya... 422 00:35:41,958 --> 00:35:43,208 Awak... 423 00:35:47,791 --> 00:35:50,250 Kami tentu dapatkan jimatkan banyak masa 424 00:35:50,333 --> 00:35:55,166 kalau awak beri arahan itu. 425 00:36:07,916 --> 00:36:09,416 -Tuan Celebrimbor. -Awak patut... 426 00:36:11,125 --> 00:36:14,791 Maaf, tuan, tapi Putera Durin sudah tiba dari Khazad-dûm. 427 00:36:14,875 --> 00:36:16,083 Tidak, suruh dia tunggu. 428 00:36:17,000 --> 00:36:21,041 Katanya, ada hal penting. Berkenaan Cincin itu. 429 00:36:23,250 --> 00:36:24,666 Biar saya uruskan. 430 00:36:24,750 --> 00:36:25,833 Tidak. 431 00:36:27,416 --> 00:36:29,750 Biar saya pergi. 432 00:36:40,083 --> 00:36:41,208 Apa maksud "berubah"? 433 00:36:41,291 --> 00:36:45,083 Dia lebih dingin dan cepat marah. 434 00:36:45,166 --> 00:36:48,041 Sekarang mereka kata, dia tak mahu kongsi Cincin itu 435 00:36:48,125 --> 00:36:52,833 melainkan pembesar Dwarf setuju untuk kongsi separuh lombong mereka! 436 00:36:52,916 --> 00:36:55,833 Tapi dia tak pernah tamak begini. 437 00:36:56,666 --> 00:36:57,708 Saya... 438 00:37:02,083 --> 00:37:05,208 Mungkinkah Cincin yang dia pakai tu... 439 00:37:05,291 --> 00:37:06,583 Tidak. 440 00:37:08,166 --> 00:37:10,625 Kami ikut proses yang sama, Durin, 441 00:37:10,708 --> 00:37:13,625 guna bahan, malah alat yang sama seperti untuk Tiga Cincin dulu. 442 00:37:14,875 --> 00:37:19,416 Mustahil Cincin awak itu masalahnya. 443 00:37:22,416 --> 00:37:25,000 Kalau begitu, mungkin masalahnya ialah pembuat Cincin itu. 444 00:37:26,416 --> 00:37:27,583 Apa maksud awak? 445 00:37:27,666 --> 00:37:31,416 Sejauh mana awak kenal si Annatar itu? 446 00:37:46,791 --> 00:37:48,208 Awak sangat berani. 447 00:37:49,458 --> 00:37:54,833 Kalau kita pernah pergi ke alam ghaib, kita takkan lagi selesa di dunia ini. 448 00:37:57,041 --> 00:37:58,708 Awak pernah melihatnya? 449 00:37:58,791 --> 00:38:00,250 Pernah. 450 00:38:01,875 --> 00:38:05,958 Di bawah limpahan cahaya, kita nampak keadaan sebenarnya. 451 00:38:07,375 --> 00:38:11,000 Makhluk pada kecerahan yang berbeza... 452 00:38:13,916 --> 00:38:15,291 dan kegelapan yang berbeza. 453 00:38:18,375 --> 00:38:20,083 Sedih untuk saya katakan, 454 00:38:21,208 --> 00:38:23,583 bahawa saya kesal kerana awak ternampak benda itu 455 00:38:25,041 --> 00:38:26,875 sebelum sempat saya memulihkannya. 456 00:38:29,291 --> 00:38:34,875 Maksud awak, Lord Celebrimbor? 457 00:38:35,750 --> 00:38:36,958 Ya. 458 00:38:39,250 --> 00:38:41,166 Beban pengorbanan daripada hasil ciptaannya 459 00:38:41,250 --> 00:38:45,833 semasa menghasilkan Tiga Cincin dan Tujuh Cincin itu telah melemahkannya. 460 00:38:46,708 --> 00:38:48,291 Lemah terhadap lembaga itu. 461 00:38:52,541 --> 00:38:54,125 Kemudian, saya nampak... 462 00:38:55,458 --> 00:38:57,583 Berjanjilah awak takkan beritahu sesiapa. 463 00:38:58,500 --> 00:38:59,875 Termasuklah dia. 464 00:38:59,958 --> 00:39:01,125 Saya janji. 465 00:39:07,458 --> 00:39:08,791 Anehnya. 466 00:39:09,500 --> 00:39:12,500 Apabila cahaya terpancar pada rambut awak tadi, 467 00:39:14,291 --> 00:39:16,291 awak salin tak tumpah sepertinya. 468 00:39:17,708 --> 00:39:19,041 Siapa? 469 00:39:20,500 --> 00:39:22,166 Siapa lagi? Lady Galadriellah. 470 00:39:41,000 --> 00:39:45,583 Roh mereka yang terkorban mendambakan ketenangan. 471 00:39:45,666 --> 00:39:49,083 Pada malam ini, kita akan bantu mereka mencarinya. 472 00:39:49,958 --> 00:39:54,166 Semoga kita berjumpa lagi di negeri abadi yang menghijau 473 00:39:54,250 --> 00:39:56,583 di bawah limpahan cahaya pagi. 474 00:40:43,583 --> 00:40:47,000 Makam ini dilaknat, menurut titah raja. 475 00:40:47,916 --> 00:40:49,166 Pulanglah sekarang. 476 00:40:49,250 --> 00:40:51,625 Nak, ini makam tertua di Númenor. 477 00:40:51,708 --> 00:40:53,375 Ia mengganggu laluan akueduk baru. 478 00:40:54,083 --> 00:40:56,416 Pulang sekarang jika kamu tak mahu dikenakan tindakan. 479 00:40:56,500 --> 00:40:58,375 Raja mohon maaf. 480 00:41:07,833 --> 00:41:10,458 Bagaimana rasanya memiliki anak yang malu dengan diri awak? 481 00:41:10,541 --> 00:41:11,833 Janganlah menentang lagi. 482 00:41:15,625 --> 00:41:18,083 Pak cik dah dengar arahannya. Keluar cepat! 483 00:41:21,333 --> 00:41:22,791 Tangkap dia. 484 00:41:22,875 --> 00:41:24,291 Tunggu! 485 00:41:26,333 --> 00:41:27,625 Saya akan iringi dia. 486 00:41:29,791 --> 00:41:34,166 Jika dia tak disimpan, roh yang dia tangisi akan lenyap. 487 00:41:36,958 --> 00:41:38,041 Beri dia artifak itu. 488 00:41:42,416 --> 00:41:43,750 Serahkan kepadanya. 489 00:42:02,333 --> 00:42:04,916 Awak mungkin tak tahu, tapi pangkat saya sekarang... 490 00:42:15,791 --> 00:42:17,041 Tangkap dia. 491 00:42:28,000 --> 00:42:31,708 Makam ini hanya untuk Setiawan, orang raja tak dialu-alukan di sini. 492 00:42:31,791 --> 00:42:33,458 Awak tak berdoa pun. 493 00:42:36,916 --> 00:42:38,916 -Valar, ampunilah aku. -Ampun untuk apa? 494 00:42:39,958 --> 00:42:41,375 Berhenti! Tidak! 495 00:42:42,708 --> 00:42:43,833 Berundur. 496 00:42:49,916 --> 00:42:50,916 Valandil! 497 00:43:03,291 --> 00:43:05,166 Jangan! Valandil! 498 00:43:23,583 --> 00:43:24,583 Tidak! 499 00:43:43,083 --> 00:43:46,000 Tidak! Valandil, turunkan senjata! 500 00:43:53,375 --> 00:43:54,458 Turunkannya, nak. 501 00:43:57,375 --> 00:43:59,041 Itu satu arahan. 502 00:44:23,625 --> 00:44:24,708 Baik, kapten. 503 00:44:28,583 --> 00:44:29,583 Tidak. 504 00:44:41,750 --> 00:44:43,416 Tidak. 505 00:44:53,208 --> 00:44:54,208 Tidak. 506 00:45:14,333 --> 00:45:17,666 Tidak. Anakku. 507 00:45:20,833 --> 00:45:22,333 Tidak. 508 00:45:32,166 --> 00:45:37,125 Beritahu pengawal bahawa dialah yang mulakan pemberontakan. 509 00:45:45,250 --> 00:45:50,125 Tidak! Percayalah, ada sesuatu yang tak kena dengan Cincin Dwarf! 510 00:45:50,208 --> 00:45:53,666 Mungkin Raja Durin menyalahgunakannya, tapi cuba mengambinghitamkan orang lain. 511 00:45:53,750 --> 00:45:54,750 Tidak! 512 00:45:55,458 --> 00:45:57,041 Saya tak rasa begitu. 513 00:45:57,125 --> 00:46:00,000 Awak handal bermain dengan logam, 514 00:46:00,666 --> 00:46:03,291 tapi hati-hati, jangan sampai awak pula yang dipermainkan. 515 00:46:04,125 --> 00:46:05,875 Awak curiga membabi buta. 516 00:46:05,958 --> 00:46:09,250 Awak pula menulikan telinga, sudahnya terancam nyawa. 517 00:46:09,333 --> 00:46:11,000 Sudah. Cukuplah. 518 00:46:11,083 --> 00:46:12,500 Ada tak awak... 519 00:46:15,000 --> 00:46:16,333 mungkin... 520 00:46:18,291 --> 00:46:20,291 ubah Cincin Dwarf itu? 521 00:46:25,541 --> 00:46:26,625 Tidak. 522 00:46:46,958 --> 00:46:47,958 Kita ubah sama-sama. 523 00:46:49,833 --> 00:46:51,458 Mengarutlah. 524 00:46:52,833 --> 00:46:57,250 Ini soal roh dan semangat, dan bukan sekadar kemahiran. 525 00:46:58,375 --> 00:47:01,458 Kali ini, kita sadurkannya dengan tipu daya. 526 00:47:01,541 --> 00:47:02,875 Tipu daya? 527 00:47:04,916 --> 00:47:06,458 Tipu daya apa yang... 528 00:47:09,833 --> 00:47:11,041 Surat itu. 529 00:47:14,625 --> 00:47:15,625 Tidak. 530 00:47:17,458 --> 00:47:19,333 Ketika itu... 531 00:47:20,333 --> 00:47:21,541 Awak tipu. 532 00:47:24,291 --> 00:47:26,000 Saya tak tipu. Saya... 533 00:47:26,083 --> 00:47:28,333 Raja Agung awak izinkan kewujudan Tiga Cincin itu. 534 00:47:29,333 --> 00:47:34,000 Tapi kita hasilkan yang tujuh lagi dengan menipunya. 535 00:47:34,083 --> 00:47:35,666 Awak harus pergi Lindon segera 536 00:47:36,541 --> 00:47:38,416 dan mengaku kepada Raja Agung awak. 537 00:47:38,500 --> 00:47:40,083 Sebelum keadaan makin teruk. 538 00:47:40,166 --> 00:47:41,750 Tapi kalau saya buat begitu, dia... 539 00:47:43,916 --> 00:47:46,416 Dia takkan lagi beri perkenan untuk saya berkarya. 540 00:47:47,458 --> 00:47:49,083 Itu saja pilihannya, 541 00:47:51,125 --> 00:47:52,875 jika tidak, kita akan terjerumus... 542 00:47:55,541 --> 00:47:57,291 dalam kekalutan yang lebih membinasakan. 543 00:48:01,250 --> 00:48:04,291 Ayah, saya dah pergi ke Eregion. 544 00:48:04,375 --> 00:48:09,416 Percayalah, unsur jahat telah diserapkan ke dalam Cincin itu. 545 00:48:09,500 --> 00:48:12,500 Kita tak boleh menggunakannya lagi. 546 00:48:13,000 --> 00:48:18,625 Masa dan tekanan boleh membentuk jiwa Dwarf, 547 00:48:18,708 --> 00:48:21,375 tentu ia juga boleh membentuk permata. 548 00:48:23,750 --> 00:48:28,083 Ayah harap perselisihan kita boleh membentuk kamu. 549 00:48:28,166 --> 00:48:32,916 Tapi ayah tak sangka betapa ia telah mengubah ayah. 550 00:48:33,000 --> 00:48:34,666 -Ayah... -Ayah bangga dengan kamu. 551 00:48:34,750 --> 00:48:36,416 -Tidak. -Ayah bangga dengan kamu. 552 00:48:37,833 --> 00:48:43,291 Kesungguhan kamu untuk bekerjasama dengan Elf telah menyelamatkan kita. 553 00:48:44,708 --> 00:48:48,375 Oleh sebab itu, pada saat ini, 554 00:48:49,750 --> 00:48:51,375 ayah amat memerlukan kamu. 555 00:48:52,375 --> 00:48:55,458 Ayah perlukan kapak kamu, di sisi ayah. 556 00:49:04,083 --> 00:49:05,083 Putera Durin. 557 00:49:28,166 --> 00:49:29,375 Durin? 558 00:49:30,375 --> 00:49:33,000 Durin, apa katanya? Dia ada... 559 00:49:39,125 --> 00:49:40,125 Saya dah cuba. 560 00:49:40,208 --> 00:49:42,708 -Tapi... -Durin, tidak. 561 00:49:42,791 --> 00:49:44,458 Saya dah cuba beritahu dia. 562 00:49:46,958 --> 00:49:48,000 Durin... 563 00:49:58,666 --> 00:49:59,666 Bersumpahlah. 564 00:50:02,250 --> 00:50:06,458 Bersumpahlah yang awak takkan pakai Cincin itu. 565 00:50:15,750 --> 00:50:17,083 Saya bersumpah. 566 00:50:23,916 --> 00:50:28,375 Batu dan bijih ada ragamnya sendiri. 567 00:50:30,041 --> 00:50:33,291 Malah, sebelum kerja bermula, ia dah mula... 568 00:50:36,333 --> 00:50:37,333 berdegil. 569 00:50:39,875 --> 00:50:42,500 Kita dah gagal. Kita semua sudah gagal. 570 00:50:43,041 --> 00:50:47,750 Cincin itu dibuat tepat seperti rekaannya, tuan. 571 00:50:47,833 --> 00:50:49,125 Betulkah? 572 00:50:50,458 --> 00:50:53,833 Setiap ketukan tukul sama seperti sebelum ini? 573 00:50:53,916 --> 00:50:59,250 Atau awak terganggu dek keangkuhan dan kemalasan? 574 00:51:02,125 --> 00:51:06,291 Kita mesti tebus kesilapan kita dengan satu-satunya cara yang ada, 575 00:51:06,375 --> 00:51:11,041 dengan menyiapkan Cincin itu bersama. 576 00:51:13,625 --> 00:51:17,083 Sembilan Cincin itu bukan saja harus membantu Manusia, 577 00:51:17,166 --> 00:51:20,208 ia harus bawa keseimbangan kepada seluruh usaha kita ini. 578 00:51:20,291 --> 00:51:24,000 Ia harus dapatkan kekuatannya daripada Tiga Cincin itu, 579 00:51:24,625 --> 00:51:25,875 dan seterusnya... 580 00:51:28,291 --> 00:51:29,958 membetulkan Tujuh Cincin itu. 581 00:51:32,958 --> 00:51:36,000 Agar dosa kita semua diampunkan. 582 00:51:39,208 --> 00:51:41,583 Kita akan bekerja siang dan malam. 583 00:51:43,166 --> 00:51:47,625 Rekaan baru. Pancalogam baru. Proses baru. 584 00:51:48,625 --> 00:51:50,333 Saya akan ada pada setiap langkah, 585 00:51:50,416 --> 00:51:54,750 dan jika ada antara kamu yang buat kerja sambil lewa 586 00:51:54,833 --> 00:51:58,166 tanpa sepenuh usaha dan tenaga... 587 00:51:58,250 --> 00:52:00,375 Kamu akan diusir dari sini. 588 00:52:03,458 --> 00:52:05,000 Kamu faham arahan saya? 589 00:52:05,083 --> 00:52:06,791 Ya, tuan. 590 00:52:07,541 --> 00:52:08,625 Kita mula sekarang. 591 00:52:14,666 --> 00:52:16,291 Tegasnya dia. 592 00:52:18,333 --> 00:52:21,916 Kawan-kawan, jangan gentar. 593 00:52:24,291 --> 00:52:28,166 Permintaan tuan kamu kedengaran tak masuk akal. 594 00:52:29,833 --> 00:52:34,208 Permintaannya melampau, malah mungkin takkan dapat dipenuhi. 595 00:52:36,000 --> 00:52:39,416 Tapi dia kata begitu kerana dia tahu betapa kamu perlu berjaya. 596 00:52:40,375 --> 00:52:42,916 Ya, saya yakin kamu takkan mengecewakannya. 597 00:52:47,041 --> 00:52:48,250 Saya pun sama. 598 00:52:52,208 --> 00:52:54,875 Saya amat yakin 599 00:52:56,250 --> 00:52:58,375 kita akan dapat menyiapkan Cincin Azmat itu. 600 00:52:58,458 --> 00:52:59,458 Ya. 601 00:53:04,750 --> 00:53:05,958 Boleh kita mula sekarang? 602 00:53:06,041 --> 00:53:07,458 Ya, sudah tentu, tuan. 603 00:53:08,791 --> 00:53:10,041 Gelarannya seindah orangnya. 604 00:53:12,625 --> 00:53:13,625 Mari kita kerja. 605 00:53:58,875 --> 00:54:00,083 Tuanku! 606 00:54:01,583 --> 00:54:04,583 Tuanku, Orc bukan di Mordor. 607 00:54:05,083 --> 00:54:07,333 Segerombolan Orc sedang menuju ke Eregion. 608 00:54:07,833 --> 00:54:09,041 Betul cakap Galadriel. 609 00:54:09,125 --> 00:54:12,125 Tuanku perlu hantar tentera ke Eregion sekarang. 610 00:54:13,375 --> 00:54:15,041 Itu mustahil. 611 00:54:15,541 --> 00:54:21,250 Patik percaya Sauron dalang semua ini. 612 00:54:22,166 --> 00:54:26,250 Tuanku, Eregion ialah ratna kerajaan Elf. 613 00:54:26,333 --> 00:54:29,416 Kalau ia tumbang, seluruh Buana Tengah akan musnah. 614 00:54:29,500 --> 00:54:31,208 Tuanku perlu hantar bantuan! 615 00:54:32,208 --> 00:54:36,333 Tentera kita takkan dapat tewaskan Adar dan Sauron, 616 00:54:36,416 --> 00:54:37,666 kalau tanpa bantuan. 617 00:54:40,833 --> 00:54:44,083 Ayuh! 618 00:54:57,958 --> 00:54:59,166 Berundur! 619 00:55:14,666 --> 00:55:16,250 Jijiknya mereka. 620 00:55:18,416 --> 00:55:19,500 Buatlah. 621 00:55:30,208 --> 00:55:32,291 -Awasi dia. -Tak apa. 622 00:55:32,375 --> 00:55:33,666 Ya. 623 00:55:51,916 --> 00:55:53,125 Aku bawa kau ke sini 624 00:55:54,125 --> 00:55:55,208 bukan sebagai tahanan... 625 00:55:55,958 --> 00:55:57,083 Tapi mungkin sebagai kawan. 626 00:55:58,791 --> 00:56:00,666 Kerana sesungguhnya, musuh kita sama. 627 00:58:09,708 --> 00:58:11,708 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 628 00:58:11,791 --> 00:58:13,791 Penyelia Kreatif Bima Gasendo