1 00:00:06,041 --> 00:00:08,291 SEBELUM INI 2 00:00:08,791 --> 00:00:11,125 Mana Harfoot itu? 3 00:00:13,416 --> 00:00:15,166 Saya nak cari kawan-kawan saya. 4 00:00:15,250 --> 00:00:17,333 Ya, kadangkala benda yang kita cari 5 00:00:17,375 --> 00:00:19,625 dan benda yang kita jumpa tak sama, bukan? 6 00:00:21,666 --> 00:00:23,291 Kuasa sihir ini. 7 00:00:23,375 --> 00:00:27,750 Boleh awak ajar saya cara untuk guna tongkat sakti? 8 00:00:27,833 --> 00:00:32,041 Ia milik awak kalau awak boleh buktikan yang awak berhak memilikinya. 9 00:00:32,750 --> 00:00:34,500 Valandil kata di kawasan lama, 10 00:00:34,541 --> 00:00:37,166 mereka berdoa untuk tuanku siang dan malam. 11 00:00:37,250 --> 00:00:40,666 Tuankulah yang buka semula hati patik agar kembali kepada pegangan Setiawan. 12 00:00:40,750 --> 00:00:42,666 Tapi kita boleh lawan mereka. 13 00:00:42,750 --> 00:00:45,333 Tak semua pertarungan harus dimenangi. 14 00:00:48,583 --> 00:00:52,583 Beritahu pengawal bahawa dialah yang mulakan pemberontakan. 15 00:00:53,125 --> 00:00:55,958 Pendendang batu dengar bisikan gunung. 16 00:00:56,041 --> 00:00:58,666 Dengan Cincin ini, ayah dapat melihatnya. 17 00:00:58,750 --> 00:01:03,458 Sikit sangat khazanahnya yang kita ambil. 18 00:01:04,125 --> 00:01:05,458 Dia dah berubah. 19 00:01:05,500 --> 00:01:08,500 Tapi dia tak pernah tamak begini. 20 00:01:08,583 --> 00:01:12,291 Mungkinkah Cincin yang dia pakai Itu... 21 00:01:12,375 --> 00:01:16,083 Mustahil Cincin awak itu masalahnya. 22 00:01:16,166 --> 00:01:18,750 Kalau begitu, mungkin masalahnya ialah pembuat Cincin itu. 23 00:01:18,833 --> 00:01:22,625 Sejauh mana awak kenal si Annatar itu? 24 00:01:23,666 --> 00:01:26,500 Awak ada ubah Cincin Dwarf itu? 25 00:01:27,541 --> 00:01:28,541 Tidak. 26 00:01:28,625 --> 00:01:29,666 Kita ubah sama-sama. 27 00:01:34,916 --> 00:01:39,083 Kita mesti tebus kesilapan kita dengan menyiapkan Cincin itu bersama. 28 00:01:39,166 --> 00:01:42,500 Sembilan Cincin harus membetulkan Tujuh Cincin itu. 29 00:01:42,583 --> 00:01:44,625 Agar dosa kita semua diampunkan. 30 00:01:45,166 --> 00:01:46,541 Orc bukan di Mordor. 31 00:01:46,625 --> 00:01:48,875 Segerombolan Orc sedang menuju ke Eregion. 32 00:01:49,375 --> 00:01:53,375 Betul cakap Galadriel. Tuanku perlu hantar tentera ke Eregion sekarang. 33 00:01:58,041 --> 00:01:59,708 Aku bawa kau ke sini 34 00:01:59,791 --> 00:02:01,166 bukan sebagai tahanan... 35 00:02:01,250 --> 00:02:02,666 Tapi mungkin sebagai kawan. 36 00:02:02,750 --> 00:02:04,666 Kerana sesungguhnya, musuh kita sama. 37 00:04:08,000 --> 00:04:09,000 Kau diam. 38 00:04:09,083 --> 00:04:10,541 Mereka kata kita pembolos. 39 00:04:14,000 --> 00:04:15,666 Lantaklah apa mereka kata. 40 00:04:15,750 --> 00:04:18,958 Sia-sia saja kita tolong Adar kejar lembaga dalam bayangannya. 41 00:05:16,375 --> 00:05:20,583 Wahai Cincin Manusia, kenapa kamu enggan patuh kepadaku? 42 00:05:22,166 --> 00:05:25,458 Kau bukannya bernyawa, tak bernafas, 43 00:05:25,541 --> 00:05:28,541 tak berfikir mahupun bernafsu? 44 00:05:28,625 --> 00:05:31,958 Angkuh sangatkah kamu 45 00:05:33,625 --> 00:05:35,375 hingga enggan menyambut tanganku? 46 00:05:39,208 --> 00:05:40,208 Lagi. 47 00:05:41,125 --> 00:05:42,458 Tambah lagi perak. 48 00:05:43,375 --> 00:05:44,458 Tambah lagi mithril. 49 00:05:45,000 --> 00:05:46,583 Mithril dah habis. 50 00:05:46,666 --> 00:05:49,125 Bangsa Dwarf tak hantar ikut jadual. 51 00:05:50,666 --> 00:05:52,000 Kalau begitu, gesalah mereka. 52 00:05:52,083 --> 00:05:55,458 Kami dah cuba, tuan, tapi semua utusan kita tak dilayan. 53 00:05:55,541 --> 00:05:56,958 Takkanlah saya kena buat sendiri? 54 00:05:57,041 --> 00:05:59,041 Kami memang kerja sekuat mungkin. 55 00:06:02,583 --> 00:06:04,958 Kami perasan yang tuan nampak 56 00:06:05,833 --> 00:06:08,666 mudah melenting kebelakangan ini. 57 00:06:26,416 --> 00:06:28,250 Siapa nama kamu? 58 00:06:30,208 --> 00:06:32,708 Tuan dah lupa? 59 00:06:32,791 --> 00:06:34,083 Mestilah saya ingat. 60 00:06:35,625 --> 00:06:38,000 Tapi... Saya perlu cuba ingat sebentar. 61 00:06:38,083 --> 00:06:40,333 -Lord Celebrimbor. -Tunggulah sebentar! 62 00:06:42,625 --> 00:06:44,375 Kamu semua pergilah berehat. 63 00:06:54,166 --> 00:06:57,291 Mirdania. Namanya Mirdania. 64 00:06:59,500 --> 00:07:01,750 Tak mungkin awak boleh ingat semuanya. 65 00:07:04,583 --> 00:07:08,958 Masalahnya benda kecil pun saya lupa. 66 00:07:09,916 --> 00:07:15,208 Saya yakin saya tinggalkan tukul saya di sini tadi, tapi... 67 00:07:16,416 --> 00:07:17,625 Tukul inikah? 68 00:07:28,333 --> 00:07:29,333 Ya. 69 00:07:40,458 --> 00:07:42,541 Saya dah nyanyuk agaknya. 70 00:07:43,458 --> 00:07:45,541 Atau minda awak terlalu tertumpu pada cincin 71 00:07:46,166 --> 00:07:48,583 hingga awak rasa berat hati untuk melupakannya. 72 00:07:50,458 --> 00:07:52,833 Ya, sangat tertumpu. 73 00:07:53,791 --> 00:07:56,416 Kadangkala, awak tentu terasa 74 00:07:57,666 --> 00:07:59,541 ingin lebih lama memikirkannya, 75 00:08:00,416 --> 00:08:01,833 agar awak lebih faham. 76 00:08:06,500 --> 00:08:07,708 Saya masih waras. 77 00:08:10,375 --> 00:08:12,416 Saya cuma penat. 78 00:08:12,916 --> 00:08:15,750 Kalau begitu, awak mungkin tak suka berita yang saya bawa. 79 00:08:17,750 --> 00:08:19,500 Rakyat mahu jumpa awak. 80 00:08:20,083 --> 00:08:21,333 Tidak. 81 00:08:22,791 --> 00:08:26,125 Awak pemerintah Eregion. Itu tanggungjawab awak. 82 00:08:26,208 --> 00:08:30,000 Ya, tapi tanggungjawab terbesar saya adalah terhadap Cincin-cincin ini. 83 00:08:30,750 --> 00:08:35,125 Semua benda tak penting selagi Sembilan Cincin itu belum siap. 84 00:08:37,750 --> 00:08:38,750 Baiklah. 85 00:08:39,958 --> 00:08:41,083 Kalau itulah yang awak nak. 86 00:08:42,583 --> 00:08:44,166 Ada satu perkara lagi. 87 00:08:45,708 --> 00:08:48,833 Bangsa Dwarf masih belum hantar mithril. 88 00:08:51,541 --> 00:08:53,583 Boleh awak uruskan masalah ini? 89 00:08:53,666 --> 00:08:55,083 Baiklah. 90 00:09:16,125 --> 00:09:19,041 Elf Jauhari teragung kita terlalu sibuk dengan tugasnya. 91 00:09:20,291 --> 00:09:24,208 Dia minta saya ambil alih semua urusan pentadbiran bagi pihaknya. 92 00:09:25,666 --> 00:09:27,250 Jadi, apa masalahnya? 93 00:09:31,333 --> 00:09:32,375 Tunjuklah. 94 00:09:33,791 --> 00:09:34,791 Tunjuk apa? 95 00:09:35,666 --> 00:09:39,000 Pintu masuk biasanya hiruk-pikuk dengan kehadiran tukang dan pedagang 96 00:09:39,083 --> 00:09:40,333 yang datang ke kota kita. 97 00:09:40,416 --> 00:09:42,416 Tapi suasana sunyi sepi sejak petang semalam. 98 00:09:42,500 --> 00:09:44,125 Kami hantar peninjau ke seberang sungai 99 00:09:44,208 --> 00:09:46,583 untuk pastikan jalan ke sini tak terhalang. 100 00:09:46,666 --> 00:09:48,666 Tapi seorang saja askar kita pulang. 101 00:09:48,750 --> 00:09:49,750 Mana dia sekarang? 102 00:09:53,666 --> 00:09:58,083 Dia ditemui terdampar pagi tadi. Dia bawa satu pesanan. 103 00:10:05,750 --> 00:10:07,000 Kebumikan dia. 104 00:10:10,416 --> 00:10:11,708 Sembunyikannya. 105 00:10:18,958 --> 00:10:20,916 Tuan mahu saya maklumkan Lord Celebrimbor? 106 00:10:21,000 --> 00:10:22,083 Jangan. 107 00:10:22,916 --> 00:10:26,333 Dia tak mahu sesiapa mengganggunya. 108 00:10:27,833 --> 00:10:29,125 Termasuklah jauhari. 109 00:10:30,125 --> 00:10:31,875 Dia dah lucutkan jawatan kami? 110 00:10:33,750 --> 00:10:34,958 Ya, nampaknya begitulah. 111 00:10:36,916 --> 00:10:39,583 Kenapa dia boleh lupa nama saya? 112 00:10:39,666 --> 00:10:41,250 Saya mungkin terkasar bahasa, tapi... 113 00:10:41,750 --> 00:10:44,250 Dia agak uzur, Mirdania. 114 00:10:46,541 --> 00:10:49,208 Jadi, kita patut biar dia bersendirian. 115 00:10:49,958 --> 00:10:52,916 Berilah dia masa, dan doakanlah untuknya. 116 00:10:54,166 --> 00:10:56,916 Semoga kerja ini selesai sebelum dia menjadi mangsanya. 117 00:11:09,708 --> 00:11:11,416 Boleh... 118 00:11:12,250 --> 00:11:15,083 awak minta jauhari lain hormati permintaannya? 119 00:11:16,625 --> 00:11:18,458 Sudah tentu, tuan. 120 00:11:27,000 --> 00:11:30,208 Tuan, torehan pada badan itu. 121 00:11:31,083 --> 00:11:32,541 Apa katanya? 122 00:11:39,125 --> 00:11:40,458 "Di manakah Dia?" 123 00:12:27,291 --> 00:12:30,791 Semasa kau tahan aku, 124 00:12:32,166 --> 00:12:34,583 kau bersungguh-sungguh mahu buru Sauron. 125 00:12:35,375 --> 00:12:38,916 Seolah-olah itulah tujuan hidup kau, 126 00:12:40,416 --> 00:12:41,958 seperti yang selalu berlaku, 127 00:12:42,041 --> 00:12:44,833 apabila dia berjaya menguasai fikiran kita. 128 00:12:45,541 --> 00:12:47,333 Kau bukannya tahu fikiran aku. 129 00:12:49,833 --> 00:12:51,166 Kau tunduk kepadanya. 130 00:12:51,958 --> 00:12:53,291 Aku tolak. 131 00:12:53,791 --> 00:12:55,583 Mungkin, buat masa ini. 132 00:12:58,416 --> 00:13:00,791 Tapi lambat-laun, dia akan nampak juga. 133 00:13:02,916 --> 00:13:07,083 Dia akan nampak bukan saja diri kau, tapi impian kau. 134 00:13:07,833 --> 00:13:11,875 Matanya akan menebuk lubang, dan seluruh dirinya akan menjalar masuk. 135 00:13:14,333 --> 00:13:20,000 Malah, dia buat kau percaya bahawa kuasanya sudah menjadi milik kau. 136 00:13:22,291 --> 00:13:23,875 Kuasa yang sukar ditepis… 137 00:13:24,791 --> 00:13:28,416 yang meyakinkan kau bahawa semua impian kau akan tercapai. 138 00:13:29,208 --> 00:13:30,750 Lautan berwarna-warni 139 00:13:32,083 --> 00:13:35,458 yang menjadikan semua benda lain... 140 00:13:35,541 --> 00:13:38,291 Kelam dan kusam. 141 00:13:45,583 --> 00:13:47,083 Apa yang dia janjikan kepada kau? 142 00:13:49,041 --> 00:13:50,250 Sepasukan tentera. 143 00:13:51,833 --> 00:13:53,666 Kau tahu apa yang dia tawarkan kepada aku? 144 00:13:55,208 --> 00:13:56,208 Aku tak ingin tahu. 145 00:13:58,291 --> 00:13:59,291 Anak-anak. 146 00:14:00,166 --> 00:14:03,791 Kalau begitu, nampaknya dia dah tunaikan janjinya. 147 00:14:04,291 --> 00:14:05,625 Tidak, 148 00:14:07,125 --> 00:14:09,916 bukan pembohongannya yang kita perlu hapuskan, 149 00:14:11,666 --> 00:14:12,958 tapi dia, 150 00:14:14,833 --> 00:14:16,666 dan aku boleh bantu kau melakukannya. 151 00:14:18,625 --> 00:14:20,500 Aku boleh bantu kau hancurkan Sauron. 152 00:14:20,583 --> 00:14:23,708 Apa yang kau boleh bantu, Orc? 153 00:14:39,583 --> 00:14:42,041 Mahkota Morgoth. Aku dimaklumkan... 154 00:14:42,125 --> 00:14:44,166 Ada banyak kisah yang tersebar 155 00:14:44,250 --> 00:14:46,875 selepas Silmarils dicungkil dari tempat asalnya. 156 00:14:47,625 --> 00:14:50,833 Tapi aku lihat sendiri Sauron meleburkan batu itu supaya ia muat dengannya. 157 00:14:52,166 --> 00:14:54,541 Aku ada ketika dia melutut untuk dimahkotakan, 158 00:14:56,750 --> 00:15:02,166 dan akulah yang guna kuasanya untuk membunuhnya. 159 00:15:04,500 --> 00:15:06,208 Jika benarlah kata kau itu, 160 00:15:08,416 --> 00:15:09,541 kenapa dia kembali? 161 00:15:09,625 --> 00:15:11,916 Kerana aku belum menemui kau. 162 00:15:13,125 --> 00:15:14,833 Apa peranan aku dalam semua ini? 163 00:15:14,916 --> 00:15:18,416 Riwayat mengatakan yang Tiga Cincin Elf telah menyelamatkan kaum kau. 164 00:15:19,875 --> 00:15:21,041 Benarkah? 165 00:15:23,375 --> 00:15:28,000 Jika ia benar, mungkin, 166 00:15:28,083 --> 00:15:30,666 Cincin kau dan mahkota ini mampu 167 00:15:30,750 --> 00:15:33,250 menghapuskan Sauron selama-lamanya. 168 00:15:35,708 --> 00:15:38,708 Penyemu itu percaya aku terlalu kerdil di matanya. 169 00:15:40,458 --> 00:15:42,666 Tapi aku tahu dia bersembunyi di Eregion. 170 00:15:44,583 --> 00:15:48,375 Aku juga percaya kau tahu... 171 00:15:55,541 --> 00:15:57,916 Halbrand ialah Sauron, 172 00:15:59,333 --> 00:16:00,416 bukan? 173 00:16:05,500 --> 00:16:07,666 Masa depan kota itu 174 00:16:08,416 --> 00:16:11,666 kini bergantung pada kemampuan kau untuk menundukkan ego kau. 175 00:16:14,333 --> 00:16:16,750 Lebih baik kau cuba buat begitu. 176 00:16:17,958 --> 00:16:19,166 Kalau kau mampu... 177 00:16:34,708 --> 00:16:36,041 Kita akan bincang lagi. 178 00:16:51,458 --> 00:16:52,625 Melanggar kanun. 179 00:16:54,750 --> 00:17:00,416 Menghasut hingga mengakibatkan kebakaran yang membawa maut, 180 00:17:01,458 --> 00:17:05,375 dan akhir sekali, jenayah paling keji 181 00:17:06,500 --> 00:17:08,500 setaraf penderhakaan. 182 00:17:09,875 --> 00:17:15,708 Atas semua kesalahan ini, kau patut dijatuhi hukuman bunuh. 183 00:17:15,791 --> 00:17:17,958 -Ya! -Biar padan muka dia. 184 00:17:21,333 --> 00:17:23,583 -Dia tak patut dihukum bunuh. -Mungkin. 185 00:17:24,416 --> 00:17:25,416 Namun, 186 00:17:27,166 --> 00:17:30,625 memandangkan dia pernah berkhidmat bertahun-tahun untuk kerajaan kita, 187 00:17:31,750 --> 00:17:35,458 mahkamah menetapkan yang petuduh kita akan dibebaskan. 188 00:17:43,833 --> 00:17:45,291 Dibebaskan... 189 00:17:48,666 --> 00:17:54,291 Dibebaskan dengan syarat dia mengutuk jenayahnya, 190 00:17:55,958 --> 00:17:59,291 mengangkat sumpah untuk setia kepada pemerintah sebenar Númenor. 191 00:18:05,625 --> 00:18:10,166 Elendil, anak Amandil, adakah kamu mengutuk jenayah kamu? 192 00:18:23,375 --> 00:18:24,375 Ya. 193 00:18:27,541 --> 00:18:32,333 Adakah kamu juga mengiktiraf Ar-Pharazôn sebagai raja Númenor sebenar? 194 00:18:43,083 --> 00:18:44,291 Tidak. 195 00:18:45,791 --> 00:18:47,458 Cakap kuat sikit, Elendil, 196 00:18:48,416 --> 00:18:50,958 supaya semua orang boleh dengar. 197 00:18:55,541 --> 00:18:56,791 Tidak! 198 00:18:59,125 --> 00:19:05,000 Kerana pemerintah sebenar Númenor hingga ke akhir hayatnya, 199 00:19:05,083 --> 00:19:08,750 ialah Míriel, anak Tar-Palantír! 200 00:19:11,083 --> 00:19:15,541 Satu-satunya pengkhianat di sini ialah kau! 201 00:19:34,000 --> 00:19:35,750 Apa kita nak buat dengannya? 202 00:19:36,416 --> 00:19:38,458 Kerosakan yang kamu buat dah cukup banyak. 203 00:19:42,875 --> 00:19:45,833 Mungkin kita patut biar Valar menentukan takdirnya. 204 00:19:47,458 --> 00:19:50,666 Jika Setiawan mahu hidup menurut tradisi lama, 205 00:19:50,750 --> 00:19:52,208 biar mereka mati menurutnya juga. 206 00:20:05,666 --> 00:20:06,750 Nori. 207 00:20:08,250 --> 00:20:10,041 Dengkuran? Siapa yang berdengkur? 208 00:20:12,125 --> 00:20:13,500 Tiada sesiapa. 209 00:20:13,583 --> 00:20:16,583 Saya nampak sesuatu. 210 00:20:17,583 --> 00:20:21,250 Pawaka Rahsia berbisik kepada kita, jika kita dapat mendengarnya. 211 00:20:22,333 --> 00:20:24,666 Ia membisikkan, malah menunjukkan macam-macam. 212 00:20:25,541 --> 00:20:30,208 Bolehkah ia tunjuk masa depan? Atau hanya ramalan? 213 00:20:31,125 --> 00:20:34,791 Ia tunjukkan masa depan secerah hari siang. 214 00:20:36,500 --> 00:20:40,666 Bagaimana cara untuk menguasainya? Untuk saya lawan kuasa jahat? 215 00:20:40,750 --> 00:20:43,291 Untuk apa Pawaka Rahsia perlukan awak sebagai tuannya? 216 00:20:43,375 --> 00:20:46,208 Saya mahu jadi tuannya supaya dapat menggunakannya. 217 00:20:49,583 --> 00:20:54,541 Awak gagal semua ujian setakat ini. 218 00:20:55,541 --> 00:20:57,666 Kalau awak gagal lagi ujian selepas ini, 219 00:20:59,166 --> 00:21:00,958 awak takkan dapat peluang lagi. 220 00:21:02,083 --> 00:21:03,791 Apa yang perlu saya buat? 221 00:21:06,625 --> 00:21:09,708 Ikut saya. Saya akan tunjukkan. 222 00:21:17,291 --> 00:21:18,750 Kenapa awak tak tinggalkan mereka? 223 00:21:19,333 --> 00:21:21,458 Jauhi mereka. Lari dari sini. 224 00:21:21,541 --> 00:21:23,000 Kemudian, pergi ke mana? 225 00:21:23,083 --> 00:21:25,458 Ke mana-mana saja. 226 00:21:26,666 --> 00:21:30,291 Kami cari kediaman baru setiap bulan. 227 00:21:34,375 --> 00:21:39,583 Smial ini digali oleh ibu saya dan sahabat-sahabatnya. 228 00:21:39,666 --> 00:21:41,166 Saya dilahirkan di dalamnya. 229 00:21:44,875 --> 00:21:49,041 Saya jaga pokok itu sejak saya masih kanak-kanak lagi. 230 00:21:52,041 --> 00:21:55,166 Saya kahwini Bramgar di bawahnya, 231 00:21:58,541 --> 00:22:02,666 dan musim bunga lepas, semasa dia meninggal dunia, 232 00:22:05,166 --> 00:22:06,583 saya kebumikan dia di bawahnya. 233 00:22:11,041 --> 00:22:13,041 Kelak, saya mahu dibumikan di sebelahnya. 234 00:22:21,500 --> 00:22:24,291 Setiap Smial ada kisah yang serupa. 235 00:22:30,791 --> 00:22:35,000 Tempat ini bukan saja tempat tinggal. 236 00:22:37,041 --> 00:22:38,208 Ia syurga kami. 237 00:22:39,541 --> 00:22:40,958 Ini salah saya. 238 00:22:42,250 --> 00:22:44,333 -Nori... -Saya dah menyusahkan awak. 239 00:22:45,416 --> 00:22:48,291 Jadi, saya harus selesaikan masalah ini. 240 00:22:49,125 --> 00:22:50,708 Kalau saya serahkan diri, 241 00:22:50,791 --> 00:22:53,250 mungkin mereka akan bebaskan Poppy. 242 00:22:56,958 --> 00:23:00,833 Saya dah lama nak tanya, tapi kenapa awak dipanggil Bukan Sesiapa? 243 00:23:01,458 --> 00:23:05,541 Ibu bapa saya ambil masa terlalu lama untuk menamakan saya. 244 00:23:05,625 --> 00:23:06,833 Berapa lama? 245 00:23:06,916 --> 00:23:08,416 Dalam setahun dua. 246 00:23:08,500 --> 00:23:09,625 Itu taklah lama sangat. 247 00:23:10,166 --> 00:23:11,625 Setahun dua lepas. 248 00:23:12,958 --> 00:23:14,666 Ketika nama itu dah melekat. 249 00:23:23,416 --> 00:23:24,958 Kenapa awak pandang saya begitu? 250 00:23:25,583 --> 00:23:27,833 Saya ada terfikir nak tanya, 251 00:23:27,916 --> 00:23:30,291 memandangkan kita semua mungkin akan mati dibunuh, 252 00:23:30,375 --> 00:23:31,541 awak mahu tak pergi... 253 00:23:31,625 --> 00:23:33,041 Sudahlah. 254 00:23:53,541 --> 00:23:55,333 -Merimac. -Poppy. 255 00:23:57,041 --> 00:23:59,041 Awak baru makan biawak, ya? 256 00:23:59,791 --> 00:24:00,916 Kenapa awak tanya? 257 00:24:06,500 --> 00:24:07,708 Betul cakap Nor. 258 00:24:08,458 --> 00:24:11,125 Kaum besar itu buru kita supaya mereka dapat tangkap Si Asing. 259 00:24:11,833 --> 00:24:15,041 Kalau awak serah diri, seluruh dunia akan terancam. 260 00:24:15,125 --> 00:24:17,750 Bukan Stoor saja, malah Harfoot juga. 261 00:24:17,833 --> 00:24:19,875 Ibu bapa awak. Dillly. 262 00:24:22,583 --> 00:24:24,708 Bukankah awak selalu kata yang dia penting? 263 00:24:27,375 --> 00:24:29,500 Beribu-ribu kali, rasanya. 264 00:24:33,041 --> 00:24:37,625 Masalahnya, kalau awak tegaskan sesuatu berkali-kali, lambat-laun, 265 00:24:40,291 --> 00:24:41,625 saya akan percaya. 266 00:24:49,500 --> 00:24:50,750 Jadi, saya syorkan kita lawan. 267 00:24:59,041 --> 00:25:01,583 Sahir Puaka dah jumpa tongkat saktinya. 268 00:25:02,541 --> 00:25:06,250 Sekarang, masa untuk awak pula menemui tongkat sakti awak. 269 00:25:12,750 --> 00:25:14,166 Ia yang mana satu? 270 00:25:16,166 --> 00:25:20,083 Awak akan menjumpainya apabila segenap hati awak 271 00:25:20,166 --> 00:25:23,041 tertumpu pada keagungan Pawaka Rahsia. 272 00:25:23,541 --> 00:25:24,833 Tapi ada banyak kayu. 273 00:25:25,583 --> 00:25:27,541 Saya perlukan masa yang lama untuk mencarinya. 274 00:25:28,375 --> 00:25:30,125 Awak tak perlu terburu-buru. 275 00:25:31,208 --> 00:25:33,833 Melainkan, awak ada rancangan lain. 276 00:25:36,208 --> 00:25:39,166 Saya nampak dia. Nori. 277 00:25:40,125 --> 00:25:41,500 Dia... 278 00:25:41,583 --> 00:25:45,916 Saya dapat rasa yang kalau saya tak cari dia segera, dia akan mati. 279 00:25:46,000 --> 00:25:47,208 Mereka berdua akan mati. 280 00:25:48,291 --> 00:25:50,208 Ramai yang mati berhak hidup. 281 00:25:51,125 --> 00:25:52,958 Ramai yang hidup patut mati. 282 00:25:54,083 --> 00:25:55,666 Hidup mati bukan di tangan awak. 283 00:25:56,541 --> 00:25:59,458 Saya akan kembali selepas saya yakin dia selamat. 284 00:25:59,541 --> 00:26:02,250 Tidak. Tak boleh. 285 00:26:04,125 --> 00:26:09,000 Adakalanya kita perlu pilih antara dua pilihan. 286 00:26:10,750 --> 00:26:14,833 Kalau awak pergi, awak takkan dapat kembali ke sini. 287 00:26:15,916 --> 00:26:17,291 Tak adakah cara lain? 288 00:26:18,750 --> 00:26:20,875 Sauron bangkit di sebelah barat. 289 00:26:21,375 --> 00:26:23,291 Sahir Puaka di sebelah timur. 290 00:26:23,375 --> 00:26:25,875 Semua makhluk Buana Tengah dalam bahaya. 291 00:26:26,625 --> 00:26:28,833 Sanggupkah awak mempertaruhkan nyawa mereka? 292 00:26:31,333 --> 00:26:32,791 Dia kawan saya. 293 00:26:34,166 --> 00:26:37,291 Kawan atau takdir awak? 294 00:26:39,791 --> 00:26:41,125 Pilihan di tangan awak. 295 00:27:06,458 --> 00:27:09,291 Ayuh, buatlah sungguh-sungguh. 296 00:27:38,750 --> 00:27:39,750 Tuan. 297 00:28:05,583 --> 00:28:07,166 Ayah nak jumpa saya? 298 00:28:09,375 --> 00:28:10,375 Tak pun. 299 00:28:11,916 --> 00:28:13,000 Dia yang nak jumpa. 300 00:28:16,958 --> 00:28:20,375 Nampaknya Tujuh Cincin itu banyak membantu tuanku. 301 00:28:22,791 --> 00:28:26,375 Beta setuju. Ia memang membantu seseorang. 302 00:28:26,458 --> 00:28:28,166 Keadaan dah berubah. 303 00:28:28,250 --> 00:28:31,541 Beta dapat tahu yang Eregion dalam keadaan bahaya. 304 00:28:32,250 --> 00:28:35,875 Tanpa mithril, Cincin Azmat yang lain takkan dapat disiapkan. 305 00:28:36,708 --> 00:28:38,041 Kami perlukannya lagi, 306 00:28:39,250 --> 00:28:40,791 dan kami perlukannya sekarang. 307 00:28:41,541 --> 00:28:43,125 Berapa banyak yang kamu mahu? 308 00:28:43,208 --> 00:28:44,583 Tiada jumlah yang tuanku... 309 00:28:44,666 --> 00:28:46,750 Berapa banyak apa? 310 00:28:48,125 --> 00:28:51,000 Saya dapat tahu yang tuanku kembangkan operasi perlombongan. 311 00:28:52,583 --> 00:28:55,791 Kami boleh bekalkan kayu 312 00:28:55,875 --> 00:28:59,541 untuk kalian bina pelantar atau lubang lombong. 313 00:29:01,041 --> 00:29:04,208 Atau mungkin, Khazad-dûm mahukan sesuatu... 314 00:29:05,875 --> 00:29:07,333 yang lebih berharga? 315 00:29:10,958 --> 00:29:16,500 Ayah, mungkin kita patut bincang berdua-duan terlebih dulu. 316 00:29:17,291 --> 00:29:18,750 Tiada apa yang perlu dibincangkan. 317 00:29:20,333 --> 00:29:21,958 Ayah dah buat keputusan. 318 00:29:25,291 --> 00:29:26,291 Apa keputusannya? 319 00:29:27,625 --> 00:29:29,000 Jawapannya tidak. 320 00:29:30,875 --> 00:29:34,750 Tolong sampaikan permohonan maaf saya kepada Lord Celebrimbor. 321 00:29:44,250 --> 00:29:45,250 Raja Durin. 322 00:29:46,833 --> 00:29:48,750 Tuan putera. Selamat tinggal. 323 00:30:00,333 --> 00:30:01,541 Syukurlah. 324 00:30:03,416 --> 00:30:07,583 Sebentar tadi, saya fikir ayah akan hilang pertimbangan. 325 00:30:09,000 --> 00:30:10,000 Tidak. 326 00:30:15,833 --> 00:30:17,750 Fikiran ayah tak pernah sejelas ini. 327 00:30:18,416 --> 00:30:20,000 Tapi jangan risau, anakku. 328 00:30:21,875 --> 00:30:22,833 Mereka akan kembali. 329 00:30:23,458 --> 00:30:24,458 Kembali? 330 00:30:26,458 --> 00:30:27,458 Ya, betul. 331 00:30:29,041 --> 00:30:30,791 Perang akan melanda Buana Tengah, 332 00:30:31,958 --> 00:30:37,041 dan tentera dengan senjata dan perisai yang diperbuat daripada mithril 333 00:30:37,125 --> 00:30:39,083 takkan dapat ditewaskan. 334 00:30:39,166 --> 00:30:41,125 Kita boleh tetapkan harga tinggi. 335 00:30:42,375 --> 00:30:43,750 Ayah dah gilakah? 336 00:30:44,833 --> 00:30:47,375 Seluruh dunia dah gila, anakku. 337 00:30:49,833 --> 00:30:53,833 Tapi kita bertanggungjawab mengawalnya. 338 00:30:55,166 --> 00:30:59,750 Suruh Narvi gandakan pekerjanya. Kita akan luaskan kawasan penggalian. 339 00:31:00,583 --> 00:31:01,583 Ayah. 340 00:31:03,833 --> 00:31:05,166 Tanggalkan Cincin itu. 341 00:31:06,166 --> 00:31:07,375 Tidak. 342 00:31:10,208 --> 00:31:11,291 Ia milik ayah. 343 00:31:13,000 --> 00:31:14,125 Ia ayah yang punya. 344 00:31:15,375 --> 00:31:16,375 Tidak. 345 00:31:18,083 --> 00:31:19,916 Awak dah jadi miliknya. 346 00:31:22,125 --> 00:31:26,708 Kalau betul cakap ayah, buktikanlah. 347 00:31:31,416 --> 00:31:32,583 Tanggalkannya. 348 00:31:42,666 --> 00:31:46,291 Ayah tak perlu buktikan apa-apa. 349 00:32:07,291 --> 00:32:09,500 Kalau begitu, kita tiada pilihan lain. 350 00:32:11,000 --> 00:32:14,500 Langkah jasad kita di depan lombong itu kalau mereka nak sangat. 351 00:32:16,125 --> 00:32:18,208 Dia akan suruh askarnya serang kita. 352 00:32:18,708 --> 00:32:20,000 Biarlah! 353 00:32:20,541 --> 00:32:24,333 Jika Cincin itu dah memukaunya sampai dia sanggup serang anak sendiri, 354 00:32:24,416 --> 00:32:28,375 semua Dwarf di Khazad-dûm akan nampak yang dia dah tak layak memerintah. 355 00:32:28,458 --> 00:32:29,625 Mereka akan gulingkan dia. 356 00:32:32,791 --> 00:32:35,083 Sampai hati awak marah dia begini? 357 00:32:36,250 --> 00:32:37,500 Durin. 358 00:32:37,583 --> 00:32:39,833 Awak mahu memalukan dia. 359 00:32:41,208 --> 00:32:42,541 Menjatuhkan dia. 360 00:32:42,625 --> 00:32:46,541 Seperti awak, saya juga sayang dia. 361 00:32:47,125 --> 00:32:50,875 Malah, dia lebih baik terhadap saya daripada ayah saya sendiri. 362 00:32:52,208 --> 00:32:55,333 Tapi Dwarf yang bertakhta itu bukan ayah awak. 363 00:32:55,958 --> 00:33:00,875 Selagi Cincin itu di jarinya, dia takkan dengar nasihat sesiapa. 364 00:33:00,958 --> 00:33:03,666 Akibatnya, semua Dwarf di gunung ini dalam bahaya. 365 00:33:05,125 --> 00:33:06,208 Durin! 366 00:33:08,000 --> 00:33:09,083 Durin? 367 00:33:13,083 --> 00:33:14,833 Durin, awak... 368 00:33:15,333 --> 00:33:17,000 Saya tak mampu buat. 369 00:33:18,791 --> 00:33:20,958 Saya tak mampu, Disa. 370 00:33:24,250 --> 00:33:28,583 Apabila saya memandangnya, di mata saya... 371 00:33:32,583 --> 00:33:34,250 Dia masih ayah saya. 372 00:33:36,833 --> 00:33:40,500 Fikirannya mungkin bukan miliknya, tapi hatinya tetap miliknya. 373 00:33:44,375 --> 00:33:48,250 Awak sentiasa berharap dan tak pernah berputus asa. 374 00:33:49,750 --> 00:33:50,750 Mari. 375 00:33:56,666 --> 00:34:00,916 Jika kita tak bertindak sekarang, harapan mungkin hilang selamanya. 376 00:34:02,708 --> 00:34:06,958 Dia akan musnahkan diri sendiri dan kerajaan ini bersamanya. 377 00:34:24,166 --> 00:34:29,750 Pada waktu subuh, ayah akan dihumban ke laut untuk Ujian Samudera. 378 00:34:32,416 --> 00:34:34,583 Mereka seru ular laut sekarang. 379 00:34:38,583 --> 00:34:39,958 Saya dah tanya Ar-Pharazôn. 380 00:34:40,875 --> 00:34:43,291 Dia tak mahu lagi bermusuhan dengan Setiawan. 381 00:34:44,166 --> 00:34:47,833 Dia akan limpahkan belas kasihan kalau ayah bersumpah... 382 00:34:47,916 --> 00:34:49,583 Sumpah taat setia kepadanya? 383 00:34:53,333 --> 00:34:58,083 Meminta orang mengetepikan integriti itu bukan belas kasihan namanya. 384 00:35:03,166 --> 00:35:06,958 Setelah segala yang kita lalui, saya tak sanggup kehilangan ayah pula. 385 00:35:08,791 --> 00:35:10,250 Ayah, tolonglah. 386 00:35:13,791 --> 00:35:14,958 Tolonglah. 387 00:35:20,750 --> 00:35:22,458 Sudah-sudahlah dengan maruah ayah itu. 388 00:35:24,791 --> 00:35:27,750 Jika kamu fikir ayah buat begini hanya kerana maruah... 389 00:35:33,625 --> 00:35:36,041 Rasanya sia-sia saja perbualan ini. 390 00:35:48,916 --> 00:35:50,541 Raja dah kata ayah akan kata begitu. 391 00:35:52,666 --> 00:35:56,666 Katanya, rasa benci ayah kepadanya akan buat ayah membenci saya 392 00:35:58,083 --> 00:36:00,375 hingga enggan mendengar kata-kata saya. 393 00:36:03,333 --> 00:36:05,875 Jadi, saya melutut di hadapannya 394 00:36:07,666 --> 00:36:08,916 dan merayu, 395 00:36:09,000 --> 00:36:12,083 sambil bersujud agar membenarkan saya berjumpa dengannya. 396 00:36:28,708 --> 00:36:30,208 Saya harap saya tak salah. 397 00:36:31,916 --> 00:36:33,458 Tuanku tak patut berada di sini. 398 00:36:33,541 --> 00:36:34,750 Tunduklah kepada Pharazôn. 399 00:36:36,125 --> 00:36:37,375 Ini titah beta. 400 00:36:38,708 --> 00:36:41,583 Númenor perlukan orang seperti kamu untuk terus bertahan. 401 00:36:42,750 --> 00:36:46,000 Orang yang sanggup memperjuangkan segala yang berharga. Orang yang setia. 402 00:36:47,291 --> 00:36:50,125 Setia tanpa keikhlasan tak ada gunanya. 403 00:36:52,083 --> 00:36:56,666 Dalam hati patik, patik tahu tuanku waris sebenar kerajaan ini. 404 00:36:58,166 --> 00:37:00,000 Patik tak dapat mengendahkannya. 405 00:37:01,291 --> 00:37:04,375 Kalau patik buat juga, patik bukan lagi lelaki yang tuanku harapkan. 406 00:37:04,458 --> 00:37:05,791 Bagaimana jika kamu salah? 407 00:37:07,291 --> 00:37:09,833 Maka, patik lebih rela mati dengan hati yang teguh 408 00:37:09,916 --> 00:37:12,000 daripada hati punah kerana patik pengecut. 409 00:37:15,375 --> 00:37:16,958 Bagaimana dengan hati beta? 410 00:37:24,125 --> 00:37:28,875 Jika Valar telah menetapkan bahawa patik akan selamat, 411 00:37:32,166 --> 00:37:33,583 maka selamatlah patik nanti. 412 00:37:39,125 --> 00:37:40,541 Bagaimana jika kamu terkorban? 413 00:37:50,916 --> 00:37:53,125 "Laut sentiasa benar." 414 00:38:16,583 --> 00:38:17,583 Cepat! 415 00:38:28,166 --> 00:38:29,250 Disa? 416 00:38:37,875 --> 00:38:41,250 Disa, kami datang atas arahan raja. 417 00:38:41,333 --> 00:38:42,541 Tolong jalan, 418 00:38:43,458 --> 00:38:46,625 kalau tidak, saya terpaksa guna kekerasan. 419 00:38:52,833 --> 00:38:53,916 Maafkan saya. 420 00:39:09,916 --> 00:39:12,166 Awak buat jeritan itu untuk takutkan kami? 421 00:39:13,875 --> 00:39:14,875 Tidak. 422 00:39:16,041 --> 00:39:17,125 Ia untuk mereka. 423 00:39:47,666 --> 00:39:49,208 Saya sayang awak. 424 00:39:50,333 --> 00:39:51,625 Sayang saya kemudian. 425 00:39:54,666 --> 00:39:56,166 Ini baru permulaannya. 426 00:39:57,041 --> 00:39:59,916 Mereka akan kembali, dan dalam jumlah lebih besar. 427 00:40:02,333 --> 00:40:03,666 Tak apa. Kita akan bersedia. 428 00:40:35,666 --> 00:40:41,250 Benarkah kamu sanggup ingkar titah raja dan akur kepada hukuman Valar? 429 00:40:46,500 --> 00:40:48,250 Ya, saya sanggup. 430 00:40:50,291 --> 00:40:51,458 Humban dia. 431 00:41:15,125 --> 00:41:16,333 Bebaskan dia! 432 00:41:20,791 --> 00:41:23,375 Jenayahnya dibuat demi beta, 433 00:41:25,333 --> 00:41:28,541 maka betalah yang lebih layak menerima hukuman Valar. 434 00:41:33,500 --> 00:41:36,833 -Dia yang patut dihukum. Hukum dia. -Tidak! 435 00:41:38,125 --> 00:41:39,125 Tuanku? 436 00:41:41,916 --> 00:41:44,750 Benar kata tuanku. Ia dah termaktub. Tuan perlu benarkan. 437 00:41:45,666 --> 00:41:46,750 Benarkah? 438 00:41:48,125 --> 00:41:49,625 Ya, kanun membenarkannya. 439 00:41:51,666 --> 00:41:52,916 Baiklah. 440 00:41:55,083 --> 00:41:56,833 Tidak, humban saya. 441 00:41:57,833 --> 00:41:59,208 Humban saya. 442 00:42:01,000 --> 00:42:02,625 Tuanku, tuanku tak boleh... 443 00:42:02,708 --> 00:42:05,541 Jika kamu masih setia kepada perjuangan Setiawan, 444 00:42:07,375 --> 00:42:09,791 maka biarlah beta memulakan langkah ini. 445 00:43:06,750 --> 00:43:09,416 -Ia dah sampai. Lihatlah! -Di ufuk sana! 446 00:43:09,500 --> 00:43:10,708 Ya, ia dah dekat. 447 00:44:31,875 --> 00:44:34,666 Para Valar telah mengesahkan yang dia... 448 00:44:42,750 --> 00:44:44,250 -Itu dia! -Tak bersalah! 449 00:44:46,208 --> 00:44:47,208 Tuanku. 450 00:44:54,333 --> 00:45:00,083 Daulat Tar-Miriel, Ratu Samudera! 451 00:45:00,166 --> 00:45:05,333 Daulat Ratu Míriel! 452 00:45:05,416 --> 00:45:09,208 Daulat Ratu Míriel! 453 00:45:09,291 --> 00:45:12,666 -Daulat Ratu Míriel. -Daulat Ratu Samudera. 454 00:45:13,625 --> 00:45:15,541 Daulat Ratu Míriel! 455 00:45:52,791 --> 00:45:55,541 Ya, Halbrand ialah Sauron. 456 00:45:55,625 --> 00:45:59,333 Dia sedang bina Cincin yang boleh menguasai bangsa aku di Eregion. 457 00:46:00,208 --> 00:46:02,625 -Termasuklah bangsa kau. -Semua bangsa di Buana Tengah. 458 00:46:02,708 --> 00:46:05,375 Tapi dia takkan cuba lari selagi tugasnya belum selesai. 459 00:46:06,583 --> 00:46:10,458 Jadi, kita ada kelebihan masa. 460 00:46:11,083 --> 00:46:12,000 Kita? 461 00:46:15,250 --> 00:46:16,333 Lepaskan aku. 462 00:46:37,875 --> 00:46:43,458 Pada saat ini, Elrond sedang bergegas dari Lindon bersama sepasukan tentera Elf. 463 00:46:46,083 --> 00:46:49,416 Bersama Cincin aku, Nenya. 464 00:46:51,666 --> 00:46:52,666 Begitu, ya? 465 00:46:53,250 --> 00:46:56,833 Sebaik saja dia di sana, dia akan tutup kota itu, 466 00:46:56,916 --> 00:47:00,333 bebaskan Celebrimbor daripada cengkaman Sauron dan selepas itu, 467 00:47:01,583 --> 00:47:02,500 Uruk, 468 00:47:04,625 --> 00:47:08,083 kita akan hapuskan semua peninggalan Sauron di dunia ini. 469 00:47:09,000 --> 00:47:10,375 Agar dia takkan kembali. 470 00:47:11,083 --> 00:47:12,291 Kemudian, apa akan jadi? 471 00:47:13,083 --> 00:47:15,833 Semua Cincin yang berada bawah pengaruhnya harus dimusnahkan. 472 00:47:16,333 --> 00:47:18,625 Maksud aku, bagaimana dengan Uruk? 473 00:47:20,208 --> 00:47:23,250 Mahukah raja kau benarkan kami pulang tanpa sebarang gangguan? 474 00:47:24,500 --> 00:47:27,500 Atau teruskan rancangannya untuk serang Mordor? 475 00:47:29,375 --> 00:47:33,625 Kegelapan nampaknya sudah mula menyelubungi kau dan seluruh kerajaan Elf. 476 00:47:34,250 --> 00:47:35,250 Akhirnya, 477 00:47:35,333 --> 00:47:39,708 usaha kau untuk membuktikan kemuliaan kau akan menepati rancangan Sauron. 478 00:47:40,875 --> 00:47:42,291 Kau bohong. 479 00:47:43,291 --> 00:47:45,083 Dengan harapan aku akan dedahkan rahsia. 480 00:47:45,750 --> 00:47:47,791 Kau dah dedahkan 481 00:47:47,875 --> 00:47:52,000 lebih daripada yang aku harapkan. 482 00:48:04,208 --> 00:48:05,458 Baiklah. 483 00:48:07,333 --> 00:48:08,750 Masanya dah tiba. 484 00:48:11,333 --> 00:48:14,541 Seluruh Eregion mungkin dah dikuasai Sauron. 485 00:48:16,125 --> 00:48:19,833 Beberapa pasukan anak kau tak mampu menakluknya. 486 00:48:19,916 --> 00:48:23,958 Kau ingat aku berani cabar kekuasaan Sauron 487 00:48:24,041 --> 00:48:25,583 dengan hanya beberapa pasukan? 488 00:48:45,541 --> 00:48:48,708 Memandangkan kau dah mengesahkan identitinya 489 00:48:49,708 --> 00:48:51,708 dan orang yang pegang Cincin kau, 490 00:48:53,416 --> 00:48:55,125 Eregion pasti akan tumbang. 491 00:48:56,250 --> 00:48:57,750 Bersama Sauron sekali. 492 00:48:58,916 --> 00:48:59,916 Tidak. 493 00:49:02,833 --> 00:49:04,583 Tentu ini yang dia mahukan. 494 00:49:07,166 --> 00:49:09,291 Sauron tiada tentera, 495 00:49:10,666 --> 00:49:12,875 sebab itu dia bawa tentera kau ke sini. 496 00:49:14,916 --> 00:49:17,041 Dia mahu kau serang Eregion. 497 00:49:17,125 --> 00:49:19,666 Rantai dia. Dia akan berguna kelak. 498 00:49:20,750 --> 00:49:24,166 -Aku merayu. Jangan jadi bodoh. -Mari sini. 499 00:49:24,250 --> 00:49:26,500 Jangan buat begini. Jangan termakan umpannya. 500 00:49:26,583 --> 00:49:28,166 Aku akan buat dia yang menyesal. 501 00:49:29,000 --> 00:49:30,000 Tidak! 502 00:49:31,041 --> 00:49:34,083 Jangan buat. Dia yang rancang semua ini! 503 00:49:35,083 --> 00:49:36,666 Inilah yang Sauron mahukan! 504 00:49:37,500 --> 00:49:39,000 Inilah kehendaknya! 505 00:49:39,791 --> 00:49:41,416 Di sini. Ayuh. 506 00:50:12,875 --> 00:50:14,875 Tolak! Cepat! 507 00:50:16,416 --> 00:50:17,458 Tolak lagi! 508 00:50:28,875 --> 00:50:30,125 Bunyikan loceng. 509 00:50:31,166 --> 00:50:32,375 Kita diserang! 510 00:50:33,166 --> 00:50:36,000 Tutup pagar! Naikkan jambatan! 511 00:51:18,250 --> 00:51:19,708 Bagaimana perkembangan semuanya? 512 00:51:21,500 --> 00:51:22,833 Awak tak dengarkah bunyi tadi? 513 00:51:23,833 --> 00:51:26,500 Bunyinya macam amaran serangan. 514 00:51:27,291 --> 00:51:30,208 Jangan risau. Semua urusan kota ini terkawal. 515 00:51:31,958 --> 00:51:33,791 Biar saya yang tentukan. 516 00:51:36,333 --> 00:51:37,833 Ini tempat awak, kawan. 517 00:51:39,125 --> 00:51:41,833 Saya dah bosan diarah-arah begini! 518 00:51:51,625 --> 00:51:54,291 Lepaskan saya, kawan. 519 00:52:00,166 --> 00:52:01,958 Kalau awak tinggalkan menara ini sekarang, 520 00:52:02,041 --> 00:52:04,375 apabila semua manusia Buana Tengah tumpas, 521 00:52:04,458 --> 00:52:06,833 semua makhluk di alam ghaib 522 00:52:06,916 --> 00:52:10,166 akan tahu bahawa awaklah punca kematian mereka. 523 00:52:10,250 --> 00:52:12,166 Kita masih perlu tempa sembilan Cincin! 524 00:52:36,666 --> 00:52:37,791 Kuda terbaik saja. 525 00:53:07,708 --> 00:53:10,333 -Baik. -Ia kuda. 526 00:53:13,291 --> 00:53:14,625 Berabad-abad lamanya, 527 00:53:16,125 --> 00:53:18,833 saya cuba cipta benda yang berkuasa. 528 00:53:21,208 --> 00:53:22,166 Tapi saya gagal. 529 00:53:22,791 --> 00:53:24,125 Hakikatnya, 530 00:53:25,208 --> 00:53:28,208 saya datang ke Eregion bukan kerana Valar perlukan awak, 531 00:53:30,541 --> 00:53:31,708 tapi saya perlukan awak. 532 00:53:33,666 --> 00:53:34,666 Saya... 533 00:53:41,750 --> 00:53:44,000 saya tak dapat tempa Cincin lagi. 534 00:53:47,791 --> 00:53:49,583 Kerana tanpa mithril, saya... 535 00:53:52,375 --> 00:53:53,625 Bertenanglah. 536 00:53:55,125 --> 00:53:56,750 Saya dah pergi ke Khazad-dûm. 537 00:54:01,375 --> 00:54:02,791 Bijih mithril. 538 00:54:04,583 --> 00:54:07,125 Yang Narvi dah jadikan serbuk. 539 00:54:09,166 --> 00:54:11,250 Jenis paling tulen yang ada di lombong mereka. 540 00:54:11,333 --> 00:54:13,666 Satu per sembilan untuk satu Cincin. 541 00:54:15,041 --> 00:54:16,375 Itu dah mencukupi. 542 00:54:19,916 --> 00:54:22,291 Sikit lagi, Celebrimbor. 543 00:54:24,166 --> 00:54:26,375 Kita dah hampir sangat berjaya mencapai impian kita. 544 00:54:28,125 --> 00:54:31,500 Percayalah, aku berani bersumpah, 545 00:54:32,250 --> 00:54:35,916 apabila sejarah zaman ini ditulis, Silmarils, 546 00:54:37,458 --> 00:54:38,458 anggap saja... 547 00:54:42,375 --> 00:54:44,750 Namanya dah lekang daripada bibir sekalian makhluk. 548 00:54:47,458 --> 00:54:49,166 Tapi Cincin awak, 549 00:54:51,166 --> 00:54:52,750 Cincin Azmat, 550 00:54:54,791 --> 00:55:00,500 bakal menjadi ciptaan paling berharga di seluruh Buana Tengah. 551 00:55:01,750 --> 00:55:02,958 Ya. 552 00:55:03,041 --> 00:55:07,375 Jangan mengalah sekarang, apatah lagi apabila kejayaan amat hampir digenggam. 553 00:55:12,541 --> 00:55:15,291 Gunakanlah, kawan. 554 00:55:17,416 --> 00:55:18,416 Atasi kehebatan Fëanor. 555 00:55:20,458 --> 00:55:21,458 Buat lebih baik lagi. 556 00:55:26,333 --> 00:55:31,375 Untuk kali terakhir. 557 00:55:59,166 --> 00:56:01,041 Saya dah tulis puisi, tapi kecantikan awak 558 00:56:01,125 --> 00:56:03,958 takkan dapat digambarkan dengan kata-kata. 559 00:56:22,500 --> 00:56:23,583 Mari, anak-anakku! 560 00:57:30,500 --> 00:57:31,750 Ya! 561 00:57:36,166 --> 00:57:40,083 Mari sini. Ayuh! 562 00:57:57,416 --> 00:57:58,416 Lepaskannya! 563 01:00:13,541 --> 01:00:15,541 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 564 01:00:15,625 --> 01:00:17,625 Penyelia Kreatif Bima Gasendo