1 00:00:06,041 --> 00:00:07,458 {\an8}SEBELUM INI 2 00:00:07,458 --> 00:00:10,875 {\an8}Kau buru saja Harfoot itu. 3 00:00:10,875 --> 00:00:13,583 Biar aku yang cari Istar itu. 4 00:00:13,583 --> 00:00:16,250 Sahir Puaka dah jumpa tongkat saktinya. 5 00:00:16,250 --> 00:00:19,333 Sekarang, masa untuk awak pula menemui tongkat sakti awak. 6 00:00:19,333 --> 00:00:21,833 Melainkan, awak ada rancangan lain. 7 00:00:21,833 --> 00:00:22,916 Nori. 8 00:00:25,208 --> 00:00:27,083 Kalau saya tak cari dia segera, dia akan mati. 9 00:00:27,083 --> 00:00:28,750 Mereka berdua akan mati. 10 00:00:28,750 --> 00:00:30,875 Kawan atau takdir awak? 11 00:00:30,875 --> 00:00:32,291 Pilihan di tangan awak. 12 00:00:33,791 --> 00:00:35,791 Ada sesuatu di bawah lombong. 13 00:00:37,750 --> 00:00:39,416 Satu kuasa jahat. 14 00:00:39,416 --> 00:00:40,916 Jangan gali! 15 00:00:40,916 --> 00:00:46,083 Sikit sangat khazanahnya yang kita ambil. 16 00:00:46,083 --> 00:00:48,916 Ayahanda tuanku serang orang-orang patik. 17 00:00:49,666 --> 00:00:51,708 Kalau tuanku bawa tentera kita ke Eregion, 18 00:00:51,708 --> 00:00:54,541 Khazad-dûm mungkin dah tiada apabila tuanku kembali. 19 00:00:58,041 --> 00:00:59,333 Saya Estrid. 20 00:00:59,333 --> 00:01:01,333 Awak tentu tak perlukan air di pulau awak. 21 00:01:01,333 --> 00:01:03,583 Kebanyakan rumah di Númenor ada air. 22 00:01:03,583 --> 00:01:04,833 Teringinnya saya nak lihat. 23 00:01:04,833 --> 00:01:06,750 Tunang awak tentu teringin juga. 24 00:01:12,333 --> 00:01:15,416 Para Valar telah mengesahkan yang dia... 25 00:01:20,458 --> 00:01:21,916 Tak bersalah! 26 00:01:21,916 --> 00:01:27,208 Daulat Tar-Miriel, Ratu Samudera! 27 00:01:31,583 --> 00:01:34,208 Kalau Penyemu itu berjaya memperoleh kepercayaan mangsanya, 28 00:01:34,208 --> 00:01:37,083 dia berupaya membentuk pemikiran mangsa itu. 29 00:01:37,083 --> 00:01:38,708 Berlawan di samping awak, saya... 30 00:01:38,708 --> 00:01:39,625 Saya rasa... 31 00:01:39,625 --> 00:01:40,958 Saya juga merasainya. 32 00:01:40,958 --> 00:01:43,250 Kamu pernah menjadi mangsanya. 33 00:01:43,250 --> 00:01:44,208 Betul. 34 00:01:44,208 --> 00:01:46,708 Dia baca fikiran patik. Tapi patik juga baca fikirannya. 35 00:01:46,708 --> 00:01:49,083 Sebab itulah patik harus bersemuka dengannya. 36 00:01:49,083 --> 00:01:51,000 Kamu tak boleh buat berseorangan. 37 00:01:51,000 --> 00:01:54,000 Tuanku percaya saya akan terpedaya olehnya. 38 00:01:54,000 --> 00:01:55,625 Kenapa tuanku fikir begitu? 39 00:01:55,625 --> 00:01:56,541 Sudahlah, Elrond. 40 00:01:57,291 --> 00:02:00,500 Sembilan Cincin untuk memperhambakan segenap Manusia. 41 00:02:01,041 --> 00:02:03,583 Seperti dia perhambakan saya. 42 00:02:04,250 --> 00:02:06,791 - Saya mahu Sembilan Cincin itu! - Tidak! 43 00:02:06,791 --> 00:02:09,000 Ia dah berada jauh dari sini sekarang. 44 00:02:09,000 --> 00:02:12,500 Kalau begitu, pergi ambil dan serahkan kepada saya. 45 00:02:12,500 --> 00:02:15,125 Cincin kau dan mahkota ini mampu 46 00:02:15,125 --> 00:02:18,333 menghapuskan Sauron selama-lamanya. 47 00:02:18,833 --> 00:02:20,791 Sauron tiada tentera, 48 00:02:23,583 --> 00:02:25,708 sebab itu dia bawa tentera kau ke sini. 49 00:02:26,833 --> 00:02:28,750 Dia mahu kau serang Eregion. 50 00:02:31,708 --> 00:02:33,166 Dia yang rancang semua ini! 51 00:02:34,333 --> 00:02:36,291 Inilah yang Sauron mahukan! 52 00:03:13,125 --> 00:03:14,125 Ini angkara Cincin itu. 53 00:03:14,916 --> 00:03:18,458 Ia kuasai segenap zahir dan batinnya. 54 00:03:22,125 --> 00:03:23,458 Bawa dia ke kamar rawatan. 55 00:03:23,458 --> 00:03:25,083 Apa awak nak buat? 56 00:03:25,833 --> 00:03:29,875 Walau apa saja yang berlaku, jangan ikut saya turun ke lombong itu. 57 00:03:29,875 --> 00:03:30,958 Durin. 58 00:04:11,166 --> 00:04:12,375 Tanggalkan Cincin itu! 59 00:04:17,125 --> 00:04:18,500 Tanggalkannya! 60 00:04:19,583 --> 00:04:21,375 Sebelum saya kerat tangan ayah! 61 00:04:33,666 --> 00:04:35,833 Kamu memang cukup kuat untuk memegang kapak. 62 00:04:38,500 --> 00:04:42,125 Tapi mampukah kamu menggunakannya untuk menentang ayah? 63 00:04:45,458 --> 00:04:49,291 Tidak, saya tak mampu. 64 00:04:53,708 --> 00:04:55,708 Ayah memang lebih kuat daripada saya. 65 00:05:01,875 --> 00:05:06,375 Ayah ingat tak kita lawan gusti lengan waktu saya kecil dulu? 66 00:05:07,541 --> 00:05:13,541 Ayah biar saya tolak lengan ayah ke atas supaya saya fikir saya boleh menang. 67 00:05:14,791 --> 00:05:17,041 Kemudian, ayah jatuhkan semula lengan saya 68 00:05:17,666 --> 00:05:23,625 dan ketika itu, saya sedar kekuatan ayah tiada tandingannya. 69 00:05:25,375 --> 00:05:27,250 Dapatkanlah semula kekuatan itu, ayah. 70 00:05:28,333 --> 00:05:30,958 Tanggalkannya, saya merayu. 71 00:05:35,000 --> 00:05:39,208 Dwarf... tak patut merayu. 72 00:05:43,458 --> 00:05:44,458 Tidak! 73 00:05:59,041 --> 00:06:00,875 Mari. Lihatlah, anakku! 74 00:06:02,166 --> 00:06:05,458 Lihatlah sendiri kekayaan sebenar gunung kita. 75 00:06:16,250 --> 00:06:17,333 Lihatlah. 76 00:06:21,166 --> 00:06:23,166 Keagungan Dinasti Durin. 77 00:06:44,833 --> 00:06:48,583 Tapi untuk melihat gunung kita dari sudut pandangan ayah, 78 00:06:49,291 --> 00:06:52,583 kamu perlu pakai cincin. 79 00:06:56,625 --> 00:06:59,041 Ia bukan gunung kita. 80 00:07:00,791 --> 00:07:02,625 Ayah yang kata begitu. 81 00:07:03,291 --> 00:07:07,708 Tapi dengan Cincin ini, ia boleh jadi milik kita. 82 00:07:29,416 --> 00:07:30,416 Lari. 83 00:07:31,166 --> 00:07:32,333 Lari, ayah! 84 00:08:12,416 --> 00:08:14,000 Durin. 85 00:08:14,000 --> 00:08:15,833 Durin! 86 00:08:15,833 --> 00:08:17,208 Durin. 87 00:08:42,250 --> 00:08:47,375 Ayah tak bagi kamu angkat tangan kamu. Kamu yang buat sendiri. 88 00:08:48,541 --> 00:08:51,625 Kamu cuma makin kuat. 89 00:09:01,458 --> 00:09:03,000 Maafkan ayah, anakku. 90 00:09:05,083 --> 00:09:06,291 Raja Durin. 91 00:09:19,000 --> 00:09:22,041 Tidak! 92 00:12:18,666 --> 00:12:21,375 Manwë janjikan ketibaan kau. 93 00:12:22,250 --> 00:12:26,000 Ya, tahap kesabaran aku makin tipis, 94 00:12:26,000 --> 00:12:30,958 tapi keyakinan aku terhadap kau, sahabat, masih utuh. 95 00:12:31,458 --> 00:12:32,625 Awak kenal saya? 96 00:12:32,625 --> 00:12:36,125 Kenal? Kita ibarat isi dengan kuku. 97 00:12:36,125 --> 00:12:39,000 Kita berlima dulu. 98 00:12:39,875 --> 00:12:42,333 Tapi kaulah yang pujuk aku 99 00:12:42,333 --> 00:12:45,916 supaya tinggalkan Barat Paling Jauh untuk datang ke dunia ini, 100 00:12:45,916 --> 00:12:49,916 kerana kau tahu kita semua 101 00:12:49,916 --> 00:12:53,666 tak mampu menewaskan Sauron bersendirian. 102 00:12:55,208 --> 00:12:58,125 Tapi saya dimaklumkan yang awak nak berpakat dengan Sauron. 103 00:12:59,791 --> 00:13:04,375 Kau dah mengembara hingga ke Rhûn untuk mendapatkan jawapan. 104 00:13:04,375 --> 00:13:08,291 Ikut aku, kalau kau mahukan jawapannya. 105 00:13:09,083 --> 00:13:12,541 Masa silam kau, nama kau. 106 00:13:12,541 --> 00:13:15,333 Termasuklah tongkat sakti kau. 107 00:13:17,875 --> 00:13:22,583 Saya tak datang seorang. Ada dua halfling yang bantu saya. 108 00:13:22,583 --> 00:13:27,416 Ya. Elanor Brandyfoot dan Poppy Proudfellow. 109 00:13:27,416 --> 00:13:29,291 Jangan risau. 110 00:13:29,291 --> 00:13:33,500 Aku dah uruskan semuanya. Mereka berdua selamat. 111 00:13:33,500 --> 00:13:34,916 Mari! 112 00:13:39,291 --> 00:13:40,333 Poppy! Nori! 113 00:13:40,333 --> 00:13:43,750 Aku dah beri arahan agar mereka tak diapa-apakan. 114 00:13:43,750 --> 00:13:48,791 Tapi hanya jika kau beri kami segala yang telah dijanjikan kepada kami. 115 00:13:50,958 --> 00:13:52,583 Maafkan aku, sahabat. 116 00:13:52,583 --> 00:13:56,041 Aku ingat makhluk nomad ini boleh membantu aku untuk cari kau. 117 00:13:56,041 --> 00:14:02,041 Bodohnya aku kerana mempercayai makhluk hina ini. 118 00:14:02,041 --> 00:14:06,666 Orang-orang aku dulu raja dan ahli sihir. 119 00:14:13,375 --> 00:14:14,750 {\an8}Pergi! 120 00:14:14,750 --> 00:14:15,833 {\an8}Pergi sekarang! 121 00:14:17,291 --> 00:14:18,833 Kami cuba cari awak. 122 00:14:19,500 --> 00:14:21,958 Kawan-kawan. 123 00:14:23,833 --> 00:14:26,375 Diakah yang awak cari selama ini? 124 00:14:29,333 --> 00:14:31,291 Sahir Puaka? 125 00:14:32,625 --> 00:14:36,791 Aku tak suka nama itu. 126 00:14:36,791 --> 00:14:39,750 Nama yang Manusia beri suatu masa dahulu, 127 00:14:39,750 --> 00:14:43,750 hanya kerana mereka jahil dan takut kepada kaum kami. 128 00:14:43,750 --> 00:14:48,833 Aku harap tindakan aku hari ini akan membantu kamu mengenali aku. 129 00:14:52,166 --> 00:14:54,000 Tindakan yang bagaimana? 130 00:14:54,000 --> 00:14:57,166 Kamu kasihankan dia walaupun dia pernah ugut kamu? 131 00:14:57,833 --> 00:14:58,833 Ya. 132 00:15:00,416 --> 00:15:03,958 Rasa kasihan takkan menumpaskan Sauron. 133 00:15:06,666 --> 00:15:10,166 Tapi adakah awak akan berhenti jika awak berjaya menumpaskan Sauron? 134 00:15:11,083 --> 00:15:13,750 Atau awak akan menggantikannya? 135 00:15:14,583 --> 00:15:20,125 Sertailah aku dan lambat-laun, kita akan jadi penggantinya. 136 00:15:27,791 --> 00:15:30,333 Saya lebih rela merayau-rayau di gurun ini selama-lamanya, 137 00:15:30,333 --> 00:15:32,250 dilupakan dan tanpa dipedulikan. 138 00:15:36,416 --> 00:15:38,750 Kalau begitu, aku tiada pilihan lain. 139 00:15:48,875 --> 00:15:50,333 Semua orang, keluar! 140 00:15:52,916 --> 00:15:55,833 Aku harap kematian orang yang kau sayang 141 00:15:55,833 --> 00:16:01,166 akan mengajar kau akan penderitaan yang Buana Tengah bakal alami 142 00:16:01,166 --> 00:16:03,791 sekiranya matlamat Sauron tercapai. 143 00:16:04,500 --> 00:16:05,541 Tidak! 144 00:16:07,250 --> 00:16:12,541 Aku akan tunggu kau fikir guna akal. 145 00:16:28,416 --> 00:16:30,250 Nori! 146 00:17:01,166 --> 00:17:05,000 Kami mahukan jawapan. Apa erti semua ini? 147 00:17:05,125 --> 00:17:07,375 Saya diarahkan untuk menghimpunkan kalian di sini. 148 00:17:07,375 --> 00:17:09,083 Saya tak tahu apa-apa. 149 00:17:20,541 --> 00:17:21,916 Para pemimpin Setiawan. 150 00:17:26,083 --> 00:17:28,916 Terima kasih kerana datang lewat malam begini. 151 00:17:28,916 --> 00:17:30,083 Kenapa kita berjumpa? 152 00:17:31,041 --> 00:17:34,875 Míriel telah menggunakan sihir ke atas laut. 153 00:17:34,875 --> 00:17:38,541 Nampaknya dia bersekutu dengan seseorang yang ada kuasa licik. 154 00:17:38,541 --> 00:17:42,208 Seseorang yang pernah menyakiti Númenor 155 00:17:42,208 --> 00:17:46,125 dan kini sedang mengumpulkan kekuatan untuk menghancurkan kita. 156 00:17:46,708 --> 00:17:48,000 Mengarutlah. 157 00:17:48,541 --> 00:17:54,291 Ratu Samudera tiada rakan subahat selain Valar yang mengabsahkan statusnya. 158 00:18:08,916 --> 00:18:10,333 Sauron? 159 00:18:10,333 --> 00:18:14,500 Semua Setiawan diisytiharkan 160 00:18:15,416 --> 00:18:18,208 pengkhianat Westernesse! 161 00:18:23,708 --> 00:18:29,000 Mulai sekarang, warga Númenor yang setia diseru untuk memerangi ancaman ini. 162 00:18:36,000 --> 00:18:37,083 Jalan cepat. 163 00:18:38,833 --> 00:18:39,833 Pengkhianat! 164 00:18:40,791 --> 00:18:41,791 Tangkap mereka. 165 00:18:43,375 --> 00:18:45,583 Pharazôn, perbuatan ini salah! 166 00:18:48,416 --> 00:18:49,416 Ayuh, pengkhianat. 167 00:19:24,916 --> 00:19:25,916 Ayah! 168 00:19:26,833 --> 00:19:28,000 Ayah, tolonglah. 169 00:19:30,208 --> 00:19:32,000 Saya tak sempat jelaskan. 170 00:19:33,875 --> 00:19:35,125 Mereka akan tangkap ayah. 171 00:19:39,625 --> 00:19:41,750 Cari mereka di sana. Tangkap kalau ada. 172 00:19:47,375 --> 00:19:49,333 Ada Setiawan di sini? 173 00:19:49,333 --> 00:19:50,666 Tiada. Cari di tempat lain. 174 00:19:53,208 --> 00:19:55,541 Kau mahu aku laporkan kebiadaban kau kepada Ar-Pharazôn? 175 00:19:55,541 --> 00:19:58,333 Jangan lawan. Jalan! 176 00:20:01,416 --> 00:20:03,041 Cari di tempat lain. 177 00:20:06,666 --> 00:20:10,875 Baik. Semuanya. Di situ sekali. Semuanya sekali. 178 00:20:19,500 --> 00:20:22,958 Kita perlu pergi ke sebelah Barat. Ada Setiawan di sana. 179 00:20:22,958 --> 00:20:24,708 Antaranya, anak patik, Anárion. 180 00:20:24,708 --> 00:20:27,333 Ada penambang yang sanggup bawa kita ke luar kota. 181 00:20:29,166 --> 00:20:30,833 Kamu patut pergi pada waktu malam. 182 00:20:30,833 --> 00:20:33,583 Bintang akan menemani kamu dan memastikan kamu selamat. 183 00:20:36,625 --> 00:20:37,833 Tuanku bagaimana? 184 00:20:40,541 --> 00:20:42,666 Kita tak perlukan mata untuk melihat dalam gelap. 185 00:20:48,916 --> 00:20:51,208 Sampai hati tuanku fikir 186 00:20:51,208 --> 00:20:53,958 patik sanggup selamatkan diri sendiri 187 00:20:53,958 --> 00:20:55,583 dan biar nyawa tuanku terancam. 188 00:20:56,166 --> 00:20:59,666 Ini tempat beta. Kamu pun tahu. 189 00:21:00,708 --> 00:21:05,125 Jadi, di manakah tempat patik, kalau bukan bersama tuanku? 190 00:21:07,416 --> 00:21:09,666 Namanya Narsil. 191 00:21:27,333 --> 00:21:28,583 Api putih. 192 00:21:33,708 --> 00:21:35,708 Tuntutlah kebangsawanan kamu, 193 00:21:35,708 --> 00:21:39,416 dan dengan pedang ini, takdir kamu. 194 00:22:53,958 --> 00:22:54,958 Pergi! 195 00:22:59,166 --> 00:23:00,875 Kau terperangkap, Elf. 196 00:23:01,750 --> 00:23:03,416 Kau boleh lari, tapi kau tak... 197 00:23:04,458 --> 00:23:05,750 Di sini. 198 00:23:05,750 --> 00:23:06,833 Ibu. 199 00:23:37,875 --> 00:23:39,666 Akulah yang Bapa Kudus kamu cari. 200 00:23:40,625 --> 00:23:43,666 Kalau kamu bebaskan mereka, aku akan pergi dengan rela hati. 201 00:23:44,291 --> 00:23:46,458 Beri aku satu sebab, Elf. 202 00:23:49,166 --> 00:23:50,708 Aku boleh beri Sembilan. 203 00:24:33,833 --> 00:24:36,166 Tengoklah kesan perbuatan awak. 204 00:24:48,833 --> 00:24:50,500 Mereka akan tiba bila-bila masa. 205 00:24:51,375 --> 00:24:53,875 Pernahkah awak lihat Orc bertempur? 206 00:24:54,416 --> 00:24:56,041 Mereka menggila. 207 00:24:57,250 --> 00:24:58,666 Mereka dahagakan darah. 208 00:24:59,625 --> 00:25:05,125 Semasa Gondolin tumbang, rakyatnya menderita. 209 00:25:08,166 --> 00:25:09,583 Hingga berminggu-minggu. 210 00:25:10,166 --> 00:25:14,583 Di manakah Cincin itu? Saya boleh tamatkan penderitaan awak sekarang. 211 00:25:17,000 --> 00:25:19,291 Matahari tentu dah tinggi. 212 00:25:20,916 --> 00:25:25,541 Dulu, kita boleh dengar burung pekaka terbang ke sungai. 213 00:25:28,083 --> 00:25:32,625 Tapi kerana awak, bunyi itu sudah tiada. 214 00:25:34,083 --> 00:25:36,125 Semua yang saya buat hanya untuk awak. 215 00:25:36,125 --> 00:25:40,125 Awak pencipta keajaiban terunggul zaman ini. 216 00:25:40,125 --> 00:25:43,416 Saya cuma mahu berkongsi keajaiban itu dengan dunia. 217 00:25:46,416 --> 00:25:47,625 Tolonglah. 218 00:25:49,750 --> 00:25:50,833 Biar saya bantu. 219 00:25:52,791 --> 00:25:54,791 Tapi Cincin di luar jangkauan awak. 220 00:25:55,583 --> 00:25:57,958 Seperti saya, tidak lama lagi. 221 00:25:58,958 --> 00:26:02,083 Kerana esok, saya sudah berada di pesisir pantai, 222 00:26:04,458 --> 00:26:09,208 untuk belayar sambil ditiup bayu yang awak takkan dapat kejar! 223 00:26:30,291 --> 00:26:32,291 Saya ada cara untuk memanjangkan nyawa awak. 224 00:26:33,875 --> 00:26:35,083 {\an8}Kawan. 225 00:26:37,250 --> 00:26:40,416 Awak mahu lihat kebolehan saya itu? 226 00:26:41,458 --> 00:26:42,666 Kebolehan. 227 00:26:45,125 --> 00:26:47,291 Awak cuma pandai mengkhianat. 228 00:26:47,291 --> 00:26:52,166 Terlalu pandai, kelak awak sendiri yang akan jadi mangsanya. 229 00:26:52,833 --> 00:26:55,708 Kata-kata awak tiada maknanya. 230 00:26:55,708 --> 00:26:57,041 Tidak. 231 00:26:58,208 --> 00:27:01,125 Tidak, dengar sini! 232 00:27:03,500 --> 00:27:05,541 Khadam Morgoth. 233 00:27:07,083 --> 00:27:10,125 Dengarlah kata-kata terakhir Celebrimbor. 234 00:27:11,833 --> 00:27:16,166 Cincin Azmat akan memusnahkan awak, 235 00:27:17,250 --> 00:27:21,291 dan akhirnya, aku meramalkan, 236 00:27:21,291 --> 00:27:26,041 satu saja sudah cukup untuk menghancurkan kau! 237 00:27:33,625 --> 00:27:36,333 Kau silap. Aku penciptanya. 238 00:27:38,375 --> 00:27:39,791 Aku berkuasa ke atasnya. 239 00:27:41,416 --> 00:27:42,416 Tidak. 240 00:27:44,750 --> 00:27:48,583 Kau... hambanya. 241 00:27:49,750 --> 00:27:53,500 Sauron, Adiraja... 242 00:27:56,666 --> 00:27:58,333 ...Cincin. 243 00:28:35,875 --> 00:28:39,000 Kaukah orangnya? Kaukah Sauron? 244 00:28:41,791 --> 00:28:43,583 Aku ada banyak nama. 245 00:28:55,250 --> 00:28:59,333 Siapa nama kau, Uruk? 246 00:29:31,625 --> 00:29:34,958 Orang kata, pisau dalam beg akan bawa sial. 247 00:29:36,708 --> 00:29:38,500 Kononnya ia akan menyingkatkan perjalanan. 248 00:29:40,416 --> 00:29:42,208 Saya dah ditikam olehnya. 249 00:29:44,375 --> 00:29:46,041 Rasanya sial itu dah tiada sekarang. 250 00:29:54,791 --> 00:29:56,041 Bagaimana awak menghadapinya? 251 00:29:57,333 --> 00:29:58,958 Seorang dukun cekap rawat saya. 252 00:30:03,458 --> 00:30:05,666 Saya maksudkan ibu awak. 253 00:30:08,625 --> 00:30:09,875 Saya dengar cakap awak. 254 00:30:10,708 --> 00:30:12,583 Awak kata ia salah awak. 255 00:30:14,125 --> 00:30:15,958 Bagaimana awak hidup dengan perasaan itu? 256 00:30:19,791 --> 00:30:20,875 Dengan teruk. 257 00:30:23,291 --> 00:30:24,916 Dengan rasa bersalah yang mendalam. 258 00:30:24,916 --> 00:30:27,083 Saya hanya sedar apabila saya di sini. 259 00:30:27,083 --> 00:30:28,416 Kenapa? 260 00:30:29,333 --> 00:30:31,750 Sesetengah perkara di sini amat berharga. 261 00:30:33,250 --> 00:30:35,583 Ia menyedarkan dan menundukkan keangkuhan saya. 262 00:30:37,125 --> 00:30:38,125 Tolong! 263 00:30:42,625 --> 00:30:44,875 Saya patut tolong mereka punggah barang. 264 00:30:44,875 --> 00:30:46,500 Awak tak mahu ikut saya? 265 00:30:48,666 --> 00:30:50,666 Saya lebih suka jadi rakyat marhaen. 266 00:30:53,083 --> 00:30:54,375 Saya suka juga. 267 00:31:33,833 --> 00:31:35,375 Awak tukar fikiran? 268 00:31:39,708 --> 00:31:41,458 Untuk ganti yang Theo pinjamkan itu. 269 00:31:43,041 --> 00:31:45,833 Letaklah di situ. 270 00:31:58,625 --> 00:32:00,166 Dengar kata awak nak bina rumah. 271 00:32:02,791 --> 00:32:05,833 Hagen mula bina tapaknya beberapa hari lepas. 272 00:32:07,666 --> 00:32:09,583 Semasa dia pasang batu asasnya... 273 00:32:11,541 --> 00:32:16,166 dia berdoa akan cinta kami terus kukuh selama rumah itu masih berdiri. 274 00:32:17,833 --> 00:32:19,250 Saya tumpang gembira. 275 00:32:21,708 --> 00:32:24,791 Saya ingat kebaikan hatinya itulah erti cinta sebenar. 276 00:32:28,125 --> 00:32:29,916 Tapi saya rasa mual apabila mendengarnya. 277 00:32:31,750 --> 00:32:33,000 Saya rasa... 278 00:32:39,166 --> 00:32:40,541 Kenapa awak cakap begini? 279 00:32:44,750 --> 00:32:45,833 Saya... 280 00:33:07,041 --> 00:33:08,458 Ikutlah saya. 281 00:33:10,833 --> 00:33:12,250 Ikutlah saya ke Númenor. 282 00:33:20,541 --> 00:33:23,458 Rakyat jelata Pelargir. Salam. 283 00:33:23,458 --> 00:33:25,916 Saya Theo, anak Bronwyn. 284 00:33:25,916 --> 00:33:27,666 Bawa alat juruukur. 285 00:33:27,666 --> 00:33:29,041 Mungkin awak tak perasan. 286 00:33:29,875 --> 00:33:33,166 Dia Theo. Ibunya Bronwyn. 287 00:33:33,166 --> 00:33:35,583 Baiklah. Awak siapa pula? 288 00:33:36,208 --> 00:33:37,958 Dia ketua separuh tanah jajahan ini. 289 00:33:37,958 --> 00:33:40,583 Kami mahu tuntut syarat perjanjian kami dengan ratu awak. 290 00:33:40,583 --> 00:33:42,125 Perjanjian dah berubah. 291 00:33:42,958 --> 00:33:45,083 Kami akan bina menara pengawal berdekatan sungai. 292 00:33:45,083 --> 00:33:46,916 Runtuhkan beberapa rumah kalau perlu. 293 00:33:47,833 --> 00:33:49,791 Buruk betul keadaan tempat ini. 294 00:33:50,500 --> 00:33:51,750 Itu Kemen? 295 00:33:55,416 --> 00:33:56,625 Isildur? 296 00:33:59,500 --> 00:34:02,791 Adik awak tentu gembira apabila dia tahu kami dah jumpa awak. 297 00:34:06,708 --> 00:34:11,250 Saya yakin awak masih hidup walaupun mereka kata semua dah terkorban. 298 00:34:11,916 --> 00:34:14,583 Saya selamat pun kerana Berek. 299 00:34:19,166 --> 00:34:20,583 Ada ruang lagi dalam kapal? 300 00:34:20,583 --> 00:34:22,000 Ada banyak. 301 00:34:22,000 --> 00:34:23,750 Bagus, bolehlah kita bawa seorang lagi. 302 00:34:38,458 --> 00:34:40,208 Tapi bukan untuk rakyat marhaen. 303 00:34:42,458 --> 00:34:45,875 Saya harungi letupan gunung berapi. Adik saya ahli persatuan. 304 00:34:45,875 --> 00:34:48,500 Ayah saya laksamana Ratu Míriel. 305 00:34:50,333 --> 00:34:51,791 Saya tentu boleh dikecualikan. 306 00:34:51,791 --> 00:34:53,500 Maaf, tapi awak silap. 307 00:34:53,500 --> 00:34:55,291 Sekarang, ayah saya raja. 308 00:34:55,291 --> 00:34:58,916 Ayah awak pula diburu kerana menderhaka. 309 00:35:01,041 --> 00:35:02,416 Tapi dia bernasib baik. 310 00:35:02,416 --> 00:35:04,958 Kalau saya raja, dia dah lama mati. 311 00:35:06,875 --> 00:35:08,625 Aku selamatnya nyawa kau, bangsat... 312 00:35:08,625 --> 00:35:10,708 Kau nak aku sembelih kuda kau? 313 00:35:11,666 --> 00:35:13,500 Penduduk di sini nampak lapar. 314 00:35:21,625 --> 00:35:25,750 Kalau kau biadab lagi terhadap aku, kau akan terus lenyap. 315 00:35:28,666 --> 00:35:29,916 Perhatian sekarang. 316 00:35:31,000 --> 00:35:36,083 Pelargir bukan lagi tanah jajahan Númenor. Sekarang, ia kubu tentera. 317 00:35:36,083 --> 00:35:37,750 Saya pula panglimanya. 318 00:35:37,750 --> 00:35:40,000 Sesiapa yang mahu tinggal di sini 319 00:35:40,000 --> 00:35:43,583 perlu hantar kayu balak dari hutan berdekatan 320 00:35:43,583 --> 00:35:46,291 untuk pembinaan armada tuanku raja. 321 00:35:46,291 --> 00:35:49,458 Mana bekalan yang awak janjikan? Makanan untuk musim sejuk? 322 00:35:49,458 --> 00:35:51,708 Kalau tiada kayu balak, tiadalah bekalan. 323 00:35:51,708 --> 00:35:56,375 Tapi kamu tentu boleh cari. Lagipun, ia cuma pokok. 324 00:36:27,750 --> 00:36:29,791 Elf itu serah diri. 325 00:36:31,291 --> 00:36:32,625 Tinggalkan kami berdua. 326 00:36:34,583 --> 00:36:35,666 Tinggalkan kami berdua. 327 00:36:41,416 --> 00:36:43,250 Aku terima syarat kau, Uruk. 328 00:36:45,125 --> 00:36:46,791 Aku ada benda yang Sauron cari. 329 00:36:47,750 --> 00:36:51,500 Tamatkan serangan ini dan aku akan ikut cakap kau. 330 00:36:52,125 --> 00:36:54,208 Aku akan tolong kau tumpaskan dia. 331 00:36:54,833 --> 00:36:58,875 Bagaimana kau nak tumpaskan Sauron tanpa Cincin kau? 332 00:37:04,541 --> 00:37:09,125 Kadangkala, luka yang bertahan sekian lama 333 00:37:09,791 --> 00:37:11,875 akan sembuh juga akhirnya. 334 00:37:17,125 --> 00:37:18,375 Adar. 335 00:37:18,375 --> 00:37:22,916 Kali terakhir rupa aku begini, aku punya nama yang berbeza. 336 00:37:23,875 --> 00:37:25,166 Apa nama itu? 337 00:37:26,666 --> 00:37:30,291 Nama yang tak bermakna, yang diberikan kepada aku. 338 00:37:34,625 --> 00:37:37,125 Adar ialah nama yang aku peroleh. 339 00:37:45,916 --> 00:37:47,583 Bantulah aku memilikinya. 340 00:37:57,875 --> 00:37:58,875 Nah, ambillah. 341 00:38:00,208 --> 00:38:02,333 Bantu aku hancurkan Sauron dengannya. 342 00:38:03,708 --> 00:38:09,333 Aku janji aku akan seru anak-anak aku supaya pulang ke Mordor, 343 00:38:09,958 --> 00:38:12,833 dan takkan serang Buana Tengah lagi. 344 00:38:14,125 --> 00:38:19,166 Aku dah bunuh ramai anak-anak kau. 345 00:38:20,041 --> 00:38:22,041 {\an8}Aku maafkan kau. 346 00:38:23,791 --> 00:38:26,958 Tiada lagi api atau kegelapan. 347 00:38:27,708 --> 00:38:30,750 Semoga Cincin ini mendamaikan pertelagahan antara Elf dan Uruk. 348 00:38:34,291 --> 00:38:37,541 Semoga kita mencapai keamanan yang berkekalan di Buana Tengah. 349 00:38:37,541 --> 00:38:39,041 Kini dan selama-lamanya. 350 00:39:09,875 --> 00:39:10,833 Apa yang berlaku? 351 00:39:10,833 --> 00:39:13,500 Kami dah jumpa Sauron, tuan. 352 00:39:13,500 --> 00:39:17,375 Dia cuba paksa Glüg khianati tuan, tapi Glüg lawan. 353 00:39:17,375 --> 00:39:19,291 Semua ini angkara Sauron. 354 00:39:20,208 --> 00:39:22,750 Tentera kita sedang memburunya. 355 00:39:22,750 --> 00:39:24,333 Maafkan aku, anakku. 356 00:39:26,500 --> 00:39:27,833 Sekarang dah terlambat. 357 00:39:28,375 --> 00:39:29,958 Kita takkan pernah terlambat. 358 00:39:31,208 --> 00:39:33,083 Walaupun bagi aku. 359 00:39:33,083 --> 00:39:35,208 Juga bagi kau, anakku. 360 00:39:39,500 --> 00:39:40,916 Sekarang dah terlambat. 361 00:40:16,541 --> 00:40:17,708 Galadriel. 362 00:40:55,291 --> 00:40:58,041 {\an8}Anak-anak... ku... 363 00:40:58,041 --> 00:41:00,125 Mereka bukan lagi anak-anak. 364 00:41:24,083 --> 00:41:27,916 Apa perintah seterusnya, Lord Sauron? 365 00:41:29,291 --> 00:41:30,750 Hancurkan Eregion. 366 00:41:32,333 --> 00:41:34,000 Bunuh semua Elf. 367 00:41:35,416 --> 00:41:37,000 Tapi bawa ketua mereka kepada aku. 368 00:41:38,541 --> 00:41:40,333 {\an8}Hidup Sauron! 369 00:41:40,333 --> 00:41:43,541 {\an8}Hidup Raja Petaka baru! 370 00:41:43,541 --> 00:41:45,000 {\an8}Hidup Lord Sauron! 371 00:41:48,083 --> 00:41:50,916 {\an8}Hidup Lord Sauron! 372 00:41:53,833 --> 00:41:55,125 Semua ini... 373 00:41:57,000 --> 00:41:59,000 kau rancang sejak dulu lagi. 374 00:41:59,666 --> 00:42:04,166 Tolonglah. Aku tak sebijak itu. 375 00:42:06,291 --> 00:42:10,000 Jalannya berliku-liku. 376 00:42:10,500 --> 00:42:13,458 Aku pun tak nampak semua cabang jalannya. 377 00:42:27,291 --> 00:42:30,458 Ia lebih indah daripada yang Celebrimbor gambarkan. 378 00:42:38,541 --> 00:42:39,541 Serahkannya kepada aku. 379 00:42:43,833 --> 00:42:46,750 Serahkan Cincin kau, dan Sembilan Cincin itu. 380 00:42:47,750 --> 00:42:49,666 Aku tak mahu cederakan kau. 381 00:42:49,666 --> 00:42:51,458 Kau nak pulihkan aku? 382 00:42:52,375 --> 00:42:56,500 Aku nak pulihkan seluruh Buana Tengah. 383 00:42:56,500 --> 00:42:58,416 Seperti yang kau buat kepada Eregion? 384 00:43:28,333 --> 00:43:29,625 Musnahkannya. 385 00:43:33,458 --> 00:43:34,958 Tarik! 386 00:43:50,875 --> 00:43:51,916 - Tidak, Uruk! - Tidak! 387 00:43:51,916 --> 00:43:54,625 Itu maklumat semua hasil kerja Celebrimbor. 388 00:43:54,625 --> 00:43:57,000 Ia mengandungi semua ilmu yang ada di sini. 389 00:43:58,166 --> 00:44:01,458 Tiada harta benda atau nyawa yang setanding nilainya. 390 00:44:01,958 --> 00:44:04,875 Bunuhlah kami, tapi jangan sentuh tempat itu. 391 00:44:09,208 --> 00:44:10,875 Pembelot pengecut! 392 00:44:29,000 --> 00:44:30,291 Tunggu! 393 00:44:30,291 --> 00:44:33,291 Lord Sauron mahu pemimpin mereka hidup-hidup. 394 00:45:16,333 --> 00:45:17,375 Galadriel, 395 00:45:18,916 --> 00:45:22,708 dalam ramai-ramai Elf, kau tentu faham 396 00:45:22,708 --> 00:45:27,375 bahawa kita perlu merasai kegelapan untuk mendapatkan cahaya. 397 00:45:30,291 --> 00:45:32,875 Kita tak sama. Kita tak pernah sama. 398 00:45:32,875 --> 00:45:34,958 Ia satu lagi tipu daya kau. 399 00:45:36,375 --> 00:45:37,666 Bukan semuanya. 400 00:46:06,250 --> 00:46:07,583 Apabila berlawan di sisi kau, 401 00:46:08,708 --> 00:46:11,333 aku rasa seolah-olah aku dapat genggam perasaan itu. 402 00:46:26,541 --> 00:46:30,291 Aku dan kejahatan yang aku lawan tidak lagi dapat dibezakan. 403 00:46:47,041 --> 00:46:49,125 Bukankah ini benih yang kamu semai? 404 00:47:16,708 --> 00:47:17,916 Aku kenal kau. 405 00:47:28,416 --> 00:47:29,833 Aku baca fikiran kau. 406 00:47:37,583 --> 00:47:39,041 Pintunya masih terbuka. 407 00:47:42,458 --> 00:47:44,000 Pintunya dah tertutup. 408 00:48:34,708 --> 00:48:37,083 Aku sebenarnya mahu memahkotakan kau sebagai ratu. 409 00:48:38,666 --> 00:48:40,875 Aku takkan berhenti 410 00:48:40,875 --> 00:48:44,166 selagi belum berjaya menundukkan seluruh Buana Tengah, 411 00:48:46,375 --> 00:48:48,833 untuk menyembah kemuliaan ratunya. 412 00:48:54,083 --> 00:48:57,708 Penduduk Buana Tengah 413 00:48:59,166 --> 00:49:03,166 akan tentang kau. 414 00:49:35,250 --> 00:49:36,666 Cincin itu milik aku. 415 00:49:51,708 --> 00:49:52,958 Dwarf. 416 00:50:10,125 --> 00:50:11,291 Cepat. Lepaskan aku. 417 00:50:11,291 --> 00:50:12,500 Durin. 418 00:50:15,000 --> 00:50:16,000 Tidak! 419 00:50:16,833 --> 00:50:19,125 Putera sedang berkabung. 420 00:50:21,250 --> 00:50:22,458 Cepatlah! 421 00:50:25,500 --> 00:50:27,041 Serahkan Cincin kau kepada aku. 422 00:50:43,708 --> 00:50:48,000 Galadriel. Cincin kau. 423 00:51:09,750 --> 00:51:13,250 Kau nak pulihkan Buana Tengah? 424 00:51:18,083 --> 00:51:19,458 Buatlah sendiri. 425 00:51:50,208 --> 00:51:52,416 Mereka terlalu ramai, Lord Sauron. 426 00:51:52,416 --> 00:51:55,125 Dwarf bantu Elf berundur. 427 00:51:55,125 --> 00:51:57,458 Kalau kita kejar mereka, ramai Uruk... 428 00:52:40,750 --> 00:52:44,166 Semua ini bukan kecederaan luaran. 429 00:52:45,208 --> 00:52:49,791 Rohnya sedang ditarik ke alam kejahatan. 430 00:52:51,958 --> 00:52:57,958 {\an8}Galadriel, dengan nur Raja Tetua, 431 00:52:58,666 --> 00:53:02,375 {\an8}nyahlah segala anasir gelap dari jasad dan jiwa kamu... 432 00:53:14,791 --> 00:53:16,916 {\an8}Dengan nur Raja Tetua, 433 00:53:16,916 --> 00:53:20,291 {\an8}nyahlah segala anasir gelap dari jasad dan jiwa kamu... 434 00:53:23,375 --> 00:53:24,791 Dia makin tenat. 435 00:53:25,458 --> 00:53:28,625 Kuasa jahat ini terlalu kuat. Beta tak dapat selamatkan dia. 436 00:53:35,625 --> 00:53:36,750 Patik boleh. 437 00:53:43,375 --> 00:53:44,541 Kita pasti boleh. 438 00:54:44,083 --> 00:54:45,416 Kita perlu membetulkannya. 439 00:54:50,125 --> 00:54:51,458 Selepas keluarga saya... 440 00:54:57,041 --> 00:54:58,791 En. Burrows jumpa saya. 441 00:55:00,916 --> 00:55:03,000 Dia kata sesetengah benda tak dapat dipulihkan. 442 00:55:05,416 --> 00:55:10,833 Sesetengahnya hilang selama-lamanya. 443 00:55:25,375 --> 00:55:28,208 Tak kira sekuat mana kita dah berusaha. 444 00:55:41,500 --> 00:55:43,333 Seperit mana deritanya... 445 00:55:50,041 --> 00:55:52,666 Atau betapa hati kita mendambakan... 446 00:56:00,708 --> 00:56:02,708 Keindahan kehidupan dulu. 447 00:56:09,250 --> 00:56:12,250 Kerana dunia ini lebih berharga daripada kita semua, 448 00:56:26,208 --> 00:56:29,833 dan kadangkala, kita tak terlawan pancaroba yang melanda. 449 00:56:36,833 --> 00:56:38,916 Pada saat begitu, En. Burrows kata, 450 00:56:42,375 --> 00:56:43,958 kita terpaksa reda. 451 00:56:47,875 --> 00:56:50,625 Segala yang punah takkan pulih. 452 00:56:55,500 --> 00:57:00,916 Maka, kita hanya boleh cuba bina sesuatu yang baru. 453 00:57:18,750 --> 00:57:20,875 Jangan pula buat-buat tak kenal. 454 00:57:25,458 --> 00:57:27,125 Terima kasih, Elf Besar. 455 00:57:31,791 --> 00:57:33,875 Pergilah ambil benda lain. 456 00:57:39,458 --> 00:57:40,791 Selamat tinggal, Elf Besar. 457 00:57:47,458 --> 00:57:48,458 Grandelf? 458 00:57:50,375 --> 00:57:52,083 Mereka tak pernah lihat Elf. 459 00:57:52,916 --> 00:57:54,416 Merantau pun tak pernah. 460 00:57:56,083 --> 00:57:57,750 Saya cuba bantu mereka mengemas, tapi... 461 00:57:58,750 --> 00:58:00,833 ini penghijrahan pertama mereka, 462 00:58:00,833 --> 00:58:03,291 jadi mereka tak tahu barang yang perlu dibawa. 463 00:58:05,833 --> 00:58:07,416 Atau yang patut ditinggalkan. 464 00:58:14,208 --> 00:58:15,791 Kalau diikutkan hati saya... 465 00:58:20,041 --> 00:58:22,000 Saya nak kita terus berkelana. 466 00:58:24,333 --> 00:58:27,791 Makan siput dan kumbang hingga ajal menjemput, 467 00:58:27,791 --> 00:58:33,000 tapi mungkin masanya dah tiba untuk kita ikut haluan masing-masing. 468 00:58:37,291 --> 00:58:39,916 Kita mungkin dua makhluk yang amat berbeza, Nori. 469 00:58:41,416 --> 00:58:42,958 Itulah hakikatnya. 470 00:58:45,375 --> 00:58:47,375 Tapi saya rasa kita sama saja. 471 01:00:35,208 --> 01:00:37,625 Ia cuma satu ujian, bukan? 472 01:00:38,750 --> 01:00:40,333 Satu lagi teka-teki. 473 01:00:41,625 --> 01:00:44,750 Saya diuji untuk pilih antara persahabatan dan kuasa. 474 01:00:46,208 --> 01:00:47,750 Saya ditakdirkan untuk bantu mereka. 475 01:00:48,958 --> 01:00:51,958 Saya ditakdirkan untuk jumpa benda ini. 476 01:00:57,166 --> 01:00:59,291 Sahir tak cari tongkat saktinya. 477 01:01:01,041 --> 01:01:02,791 Tongkat saktinya yang akan cari dia. 478 01:01:07,541 --> 01:01:08,875 Seperti namanya. 479 01:01:22,541 --> 01:01:23,958 Gandalf. 480 01:01:28,083 --> 01:01:30,416 Itulah nama saya sekarang, bukan? 481 01:01:32,333 --> 01:01:34,541 Marilah kita menyanyi. 482 01:01:37,958 --> 01:01:39,583 Beramai-ramai bersama. 483 01:01:41,041 --> 01:01:44,083 Meri dol, deri dol Ring a ding dillo 484 01:01:44,666 --> 01:01:50,041 Langau berterbangan Lebah menghurung 485 01:01:50,041 --> 01:01:54,166 Marilah kita menyanyi Beramai-ramai bersama 486 01:01:54,833 --> 01:02:00,416 Tentang bulan dan matahari Tak kira apa cuaca 487 01:02:00,416 --> 01:02:05,500 Cahaya menyinari putik Embun membasahi sang pekaka 488 01:02:05,500 --> 01:02:10,541 Bayu menghembus dingin Bunga manis bergenta 489 01:02:11,333 --> 01:02:16,375 Oh Tom Bombadil Jejaka yang ceria 490 01:02:16,375 --> 01:02:21,250 Biru warna jubahnya Kuning warna kasutnya 491 01:02:21,958 --> 01:02:27,041 Mensiang di tasik redup Teratai indah terapung 492 01:02:27,666 --> 01:02:32,875 Oh Tom Bombadil Bersama Dewi Air 493 01:03:04,625 --> 01:03:06,041 Eregion sudah tumbang. 494 01:03:07,250 --> 01:03:10,916 Elf yang terselamat dah lari ke lembah yang di Utara dari sini. 495 01:03:12,541 --> 01:03:13,958 Elrond pula bagaimana? 496 01:03:13,958 --> 01:03:15,208 Dia yang ketuai mereka. 497 01:03:18,291 --> 01:03:19,708 Hantar utusan. 498 01:03:20,750 --> 01:03:25,083 Beritahu dia, Khazad-dûm sedia membantu sekali lagi. 499 01:03:25,833 --> 01:03:28,416 Masalah kita pun dah cukup banyak, sayang. 500 01:03:31,083 --> 01:03:34,958 Kerajaan kita goyah selepas kemangkatan ayah awak. 501 01:03:36,416 --> 01:03:40,250 Pembesar Gunung Biru bayar banyak cukai. 502 01:03:41,500 --> 01:03:43,291 Sekarang, mereka tuntut pulangannya. 503 01:03:43,291 --> 01:03:44,958 Bukan itu saja. 504 01:03:44,958 --> 01:03:49,250 Desas-desus mengatakan yang tuanku bukan waris pilihan raja. 505 01:03:49,916 --> 01:03:53,500 Jadi, ada pembesar Dwarf mahu cuba rampas takhta. 506 01:03:54,875 --> 01:03:58,916 Saudara tuanku pula dah mula dapatkan sokongan. 507 01:04:22,291 --> 01:04:23,500 Sayangnya. 508 01:04:24,166 --> 01:04:27,125 Galadriel yang beta kenal tak pernah setenang tadi. 509 01:04:27,125 --> 01:04:30,291 Beta baru saja mahu rasa bersyukur. 510 01:04:36,833 --> 01:04:38,000 Berehatlah. 511 01:04:38,750 --> 01:04:40,541 Kita selamat di sini. 512 01:04:46,958 --> 01:04:50,583 - Kita di mana? - Taman nirmala. 513 01:04:51,333 --> 01:04:56,291 Yang dilindungi oleh Cincin Elf. 514 01:05:21,875 --> 01:05:22,958 Panglima. 515 01:05:23,708 --> 01:05:24,791 Arondir. 516 01:05:29,416 --> 01:05:32,708 Patik dah kumpulkan tentera dan mereka menunggu perintah tuanku. 517 01:05:37,125 --> 01:05:40,583 Tentera Sauron berleluasa di seluruh Eriador. 518 01:05:41,791 --> 01:05:45,166 Seluruh Buana Tengah dalam jangkauannya, termasuklah Lindon. 519 01:05:46,250 --> 01:05:50,791 Kita perlu pilih sama ada untuk menyerangnya... 520 01:05:51,666 --> 01:05:54,583 atau berundur dan mengukuhkan barisan pertahanan kita. 521 01:05:57,250 --> 01:05:58,750 Pedang atau perisai. 522 01:06:01,125 --> 01:06:03,541 Ramai pahlawan Eregion dah tumbang. 523 01:06:03,541 --> 01:06:06,916 Mereka yang terselamat sudah lemah zahir dan batin. 524 01:06:06,916 --> 01:06:09,708 Mereka tiada kudrat untuk terus berjuang. 525 01:06:10,250 --> 01:06:12,125 Kudrat untuk lari pun hampir tiada. 526 01:06:14,583 --> 01:06:17,208 Apa yang puan mahu kami buat? 527 01:06:29,833 --> 01:06:31,750 Saya teringat nasihat 528 01:06:33,041 --> 01:06:37,125 rakan baik kita, Celebrimbor, 529 01:06:38,833 --> 01:06:41,083 yang juga Jauhari Elf Teragung. 530 01:06:45,583 --> 01:06:47,333 Ingatkan orang-orang kita... 531 01:06:49,000 --> 01:06:53,375 bahawa kuasa gelap takkan dapat ditewaskan dengan kekuatan, 532 01:06:53,375 --> 01:06:54,750 tapi dengan cahaya. 533 01:07:07,666 --> 01:07:10,083 Lihatlah, matahari masih bersinar. 534 01:10:32,333 --> 01:10:34,333 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 535 01:10:34,333 --> 01:10:36,416 Supervisor Kreasi Bima Gasendo