1 00:00:06,000 --> 00:00:09,000 Abang saya terkorban semasa memburu Sauron. 2 00:00:09,083 --> 00:00:10,833 Kini, saya galas tanggungjawabnya. 3 00:00:12,250 --> 00:00:13,791 Komander Galadriel. 4 00:00:13,916 --> 00:00:17,375 Pasukan kita telah ikut puan hingga ke hujung dunia. 5 00:00:17,500 --> 00:00:20,000 Sudah bertahun-tahun Orc tidak dikesan. 6 00:00:21,125 --> 00:00:24,458 Tanda itu membuktikan yang Sauron berjaya melarikan diri. 7 00:00:24,833 --> 00:00:26,208 Persoalannya, di mana? 8 00:00:26,291 --> 00:00:27,166 Kejahatan tiada. 9 00:00:27,250 --> 00:00:29,708 Jadi kenapa ia masih terasa di hati saya? 10 00:00:29,791 --> 00:00:35,166 Wira-wira ini akan diberikan laluan merentasi laut untuk hidup selamanya. 11 00:00:35,291 --> 00:00:37,416 Awak sudah lama berjuang, Galadriel. 12 00:00:38,625 --> 00:00:39,625 Gantunglah pedang. 13 00:00:39,916 --> 00:00:41,416 Tanpanya, siapalah saya? 14 00:00:45,125 --> 00:00:48,833 Kamu tahu tentang hasil kerja Lord Celebrimbor? 15 00:00:48,916 --> 00:00:51,250 Tukang besi Elf terulung. Ya, mestilah. 16 00:00:52,791 --> 00:00:54,291 Kenapa dia datang? 17 00:00:56,041 --> 00:00:58,041 Ia sakit. 18 00:00:58,166 --> 00:01:01,458 -Apa yang ia makan? -Ia ada merayau ke arah timur. 19 00:01:01,541 --> 00:01:02,375 Sejauh mana? 20 00:01:02,666 --> 00:01:03,500 Hordern... 21 00:01:08,000 --> 00:01:10,791 Tak pernahkah mak terfikir apa ada di luar sana? 22 00:01:10,916 --> 00:01:12,166 Di luar kawasan kita. 23 00:01:12,250 --> 00:01:14,833 Jangan melencong dan jangan jalan bersendirian. 24 00:01:15,791 --> 00:01:18,458 Langit nampak aneh. 25 00:03:56,208 --> 00:03:58,458 -Nori! -Poppy! 26 00:03:58,541 --> 00:04:01,791 Awak dah gila? Jauhkan diri awak! 27 00:04:02,541 --> 00:04:04,666 Awak tak patut sergah orang begitu. 28 00:04:04,750 --> 00:04:06,000 Awak tak patut di sini. 29 00:04:11,958 --> 00:04:13,125 Ia tak panas. 30 00:04:13,208 --> 00:04:14,583 Baiklah. Ia tak panas. 31 00:04:14,666 --> 00:04:17,875 Tapi gergasi itu masih di situ. 32 00:04:18,250 --> 00:04:21,708 Dia buat muka itu. Janganlah buat muka itu, Nori… 33 00:04:23,625 --> 00:04:24,458 Nori! 34 00:04:25,958 --> 00:04:26,791 Nori, jangan! 35 00:04:43,458 --> 00:04:46,458 Nori, jangan! Dia dah mati! Ayuh! 36 00:04:49,583 --> 00:04:52,791 Tidak! Jangan! Tolonglah! 37 00:05:06,583 --> 00:05:07,708 Tidak! 38 00:05:26,083 --> 00:05:27,083 Apa… 39 00:05:37,125 --> 00:05:38,458 Mak awak tentu mengamuk. 40 00:05:40,375 --> 00:05:44,541 Jangan beritahu dia. Saya pun takkan beritahu. Mari. 41 00:05:44,625 --> 00:05:47,041 Kita perlu tolong dia. Serigala akan membahamnya. 42 00:05:47,125 --> 00:05:48,916 -Apa masalahnya? -Kita bukan begitu. 43 00:05:49,000 --> 00:05:50,291 Awak yang bukan begitu. 44 00:05:50,375 --> 00:05:53,625 Saya tak mampu angkat dia seorang. Awak nak tolong tak? 45 00:05:53,708 --> 00:05:54,958 -Tak nak. -Poppy! 46 00:05:55,708 --> 00:05:58,333 Bagaimana kita nak angkat gergasi? 47 00:05:59,916 --> 00:06:01,666 Ia tentu tahi bintang. 48 00:06:03,958 --> 00:06:05,666 Tahi bintang yang sangat besar. 49 00:06:05,750 --> 00:06:08,166 Petanda apa lagi yang awak nak cari? 50 00:06:09,083 --> 00:06:12,250 Saya rasa kita perlu bertolak sekarang. 51 00:06:12,333 --> 00:06:13,541 Festival itu bagaimana? 52 00:06:13,625 --> 00:06:15,833 Jangan terburu-buru. 53 00:06:15,916 --> 00:06:18,916 Mungkin kita lebih selamat di khemah daripada di sini. 54 00:06:19,541 --> 00:06:21,541 Tapi berjaga-jagalah. 55 00:06:21,625 --> 00:06:23,333 -Betul cakap Malva. -Ya. 56 00:06:23,416 --> 00:06:26,125 Ini petanda buruk. 57 00:06:26,208 --> 00:06:28,041 Sekarang, kamu berdua pergilah. 58 00:06:29,333 --> 00:06:32,333 -Baiklah. -Pergi. Cepat. 59 00:06:52,458 --> 00:06:54,458 Tengoklah. Dia dah hilang banyak darah. 60 00:06:54,541 --> 00:06:56,833 -Dia tentu… -Dia bukan trol! 61 00:06:56,916 --> 00:06:59,333 Baiklah budak pandai. Jadi, dia apa? 62 00:07:00,291 --> 00:07:02,166 Mungkin dia orang besar. 63 00:07:02,250 --> 00:07:03,666 Manusia? 64 00:07:03,750 --> 00:07:05,666 Tak mungkin. Manusia tentu berkecai. 65 00:07:05,750 --> 00:07:07,000 Mungkin Elf? 66 00:07:07,500 --> 00:07:10,208 Telinganya berbeza dan dia tak kacak. 67 00:07:11,166 --> 00:07:12,916 Elf pun takkan jatuh dari langit. 68 00:07:13,000 --> 00:07:14,791 Semua makhluk pun sama. 69 00:07:14,875 --> 00:07:15,875 Kecuali dia. 70 00:07:15,958 --> 00:07:18,708 -Awak tarik tak? -Memanglah saya sedang tarik! 71 00:07:18,791 --> 00:07:20,291 Tarik kuat lagi! 72 00:07:21,916 --> 00:07:24,458 Mengarutlah. Dia tak muat dalam kereta sorong. 73 00:07:24,541 --> 00:07:25,958 Ia hanya semalam. 74 00:07:26,041 --> 00:07:29,916 Esok pagi, kita bagi dia makanan dan suruh dia pergi. 75 00:07:30,000 --> 00:07:32,375 -Pergi ke mana? -Kita fikirkan esok saja. 76 00:07:32,458 --> 00:07:35,166 -Ini bukan pengembaraan. -Apa maksud awak? 77 00:07:35,250 --> 00:07:37,958 -Bukan saya yang mencarinya. -Tapi awak tak lari pun. 78 00:07:38,041 --> 00:07:40,541 -Saya tak sampai hati. -Awak yang tak nak. 79 00:07:40,625 --> 00:07:43,458 Orang asing ini bukan manusia, bukan Elf, 80 00:07:43,541 --> 00:07:45,500 atau anak burung yang patah sayap. 81 00:07:45,583 --> 00:07:48,083 -Saya buat sekali saja. -Dia berbeza! 82 00:07:51,125 --> 00:07:52,791 Dia mungkin berbahaya. 83 00:07:52,875 --> 00:07:55,083 Awak cakap macam Malva dan adik-beradiknya. 84 00:07:55,166 --> 00:07:56,291 Bukan mereka saja. 85 00:07:56,375 --> 00:07:58,833 Kalau sesiapa tahu yang kita bantu orang asing, 86 00:07:58,916 --> 00:08:01,708 maka, segala bencana yang menimpa nanti 87 00:08:01,791 --> 00:08:03,083 berpunca daripada kita. 88 00:08:03,166 --> 00:08:06,458 Yalah, macam kabus yang berpanjangan atau tayar yang tersangkut. 89 00:08:07,291 --> 00:08:09,750 -Alamak! -Cepatlah, sebelum ia berlanggar! 90 00:08:09,833 --> 00:08:11,375 Sekarang, awak risaukan dia? 91 00:08:11,458 --> 00:08:13,958 Bukan! Kereta sorong itu bukan saya punya! 92 00:09:01,208 --> 00:09:02,708 Kenapa awak buat begini, Nori? 93 00:09:03,958 --> 00:09:05,750 Saya rasa dia tanggungjawab saya. 94 00:09:05,833 --> 00:09:08,250 -Awak memang macam itu. -Taklah. 95 00:09:09,125 --> 00:09:10,625 Kali ini berbeza. 96 00:09:15,916 --> 00:09:18,750 Dia boleh jatuh di mana saja, tapi dia jatuh di sini. 97 00:09:21,041 --> 00:09:25,875 Bunyinya mungkin merepek, tapi saya dapat rasakan yang dia penting. 98 00:09:27,333 --> 00:09:29,833 Saya rasa ada sebab di sebaliknya. 99 00:09:29,916 --> 00:09:32,625 Seolah-olah saya ditakdirkan menemuinya. 100 00:09:34,125 --> 00:09:37,625 Saya tak sanggup abaikannya selagi belum pasti dia selamat. 101 00:09:40,541 --> 00:09:41,583 Awak sanggupkah? 102 00:09:44,666 --> 00:09:46,250 Yalah. Saya akan rahsiakannya. 103 00:09:48,625 --> 00:09:49,875 Terima kasih. 104 00:09:53,333 --> 00:09:55,750 Apa yang gergasi makan? 105 00:09:55,833 --> 00:09:57,791 Harapnya bukan Harfoot. 106 00:09:57,875 --> 00:10:00,375 Kecuali mereka yang mulut tempayan. 107 00:10:29,000 --> 00:10:33,166 Tanah merekah, seperti akibat gempa bumi. 108 00:10:35,416 --> 00:10:36,500 Tiada mayat. 109 00:10:39,208 --> 00:10:40,583 Atau mangsa yang cedera. 110 00:10:40,666 --> 00:10:42,083 Mungkin mereka dah lari. 111 00:10:43,083 --> 00:10:44,250 Mungkin. 112 00:10:59,375 --> 00:11:00,791 Dulu, ini kediaman Ciaran. 113 00:11:01,458 --> 00:11:05,500 Dengan Hana. Nama isterinya Hana. 114 00:11:08,958 --> 00:11:12,291 Ini bukan akibat gempa bumi. Ada orang yang gali laluan ini. 115 00:11:12,375 --> 00:11:13,541 Atau sesuatu. 116 00:11:14,333 --> 00:11:15,750 Manusia takkan buat begini. 117 00:11:15,833 --> 00:11:18,208 Beri amaran kepada kaum awak. 118 00:11:18,625 --> 00:11:20,166 Awak tak ikut saya? 119 00:11:20,250 --> 00:11:21,916 Saya perlu menyusuri laluan ini. 120 00:11:22,000 --> 00:11:25,833 -Awak tak tahu apa ada di bawah sana. -Sebab itulah saya perlu turun. 121 00:11:55,625 --> 00:11:59,208 EREGION DUNIA TUKANG BESI ELF 122 00:12:05,625 --> 00:12:06,958 Tukul Fëanor. 123 00:12:08,833 --> 00:12:11,666 Alat yang menempa Silmaril. 124 00:12:13,583 --> 00:12:16,500 Permata yang menampung cahaya Valinor. 125 00:12:17,333 --> 00:12:18,666 Aneh, bukan? 126 00:12:19,500 --> 00:12:23,333 Bagaimana satu objek ini saja mampu menghasilkan begitu banyak keindahan 127 00:12:24,416 --> 00:12:25,666 dan penderitaan. 128 00:12:26,250 --> 00:12:29,375 Ciptaan agung memerlukan pengorbanan. 129 00:12:31,333 --> 00:12:35,750 Orang kata Morgoth terpesona dengan keindahan Silmaril 130 00:12:37,083 --> 00:12:39,083 selepas mencurinya dan berminggu-minggu, 131 00:12:39,166 --> 00:12:41,875 dia terpaku dan hanya mampu merenungnya. 132 00:12:43,125 --> 00:12:46,333 Hanya selepas air matanya menitis ke atas batu permata itu 133 00:12:46,416 --> 00:12:49,291 dan dia berdepan dengan pantulan kejahatannya, 134 00:12:49,375 --> 00:12:51,541 barulah lamunannya terhenti. 135 00:12:53,000 --> 00:12:55,166 Mulai saat itu, dia… 136 00:12:55,250 --> 00:12:57,416 Dia enggan lagi melihat cahayanya. 137 00:13:00,500 --> 00:13:04,666 Ciptaan Fëanor hampir mengubah hati Musuh Durjana itu. 138 00:13:06,791 --> 00:13:08,708 Saya langsung tak setanding dia. 139 00:13:09,625 --> 00:13:12,125 Tuan telah mengubah hati saya. 140 00:13:12,208 --> 00:13:13,791 Hati ramai Elf. 141 00:13:15,000 --> 00:13:17,791 Tapi impian saya bukan setakat itu saja. 142 00:13:18,666 --> 00:13:21,250 Sezaman yang lalu, kaum kita berperang di sini. 143 00:13:21,333 --> 00:13:22,958 Saya nak buat ia indah. 144 00:13:23,041 --> 00:13:27,708 Saya mahu hasilkan sesuatu yang berkuasa dan bukan sekadar permata biasa. 145 00:13:28,333 --> 00:13:30,250 Apa yang tuan mahu hasilkan? 146 00:13:30,333 --> 00:13:33,750 Bukan "apa" masalahnya sekarang. 147 00:13:33,833 --> 00:13:39,250 Tapi awak di Eregion adalah untuk membantu saya mencapainya. 148 00:13:40,333 --> 00:13:41,500 Sebuah menara? 149 00:13:42,250 --> 00:13:47,416 Ya, menara yang mampu menampung tempaan yang maha berkuasa. 150 00:13:47,500 --> 00:13:50,583 Mampu melahirkan api sehangat lidah naga 151 00:13:50,666 --> 00:13:52,166 dan sesuci cakerawala 152 00:13:52,250 --> 00:13:56,083 dan ciptaannya boleh kita guna untuk mengubah Dunia Madya. 153 00:13:56,166 --> 00:13:57,958 Tapi apa masalahnya? 154 00:13:58,916 --> 00:14:00,916 Ia perlu siap sebelum musim bunga. 155 00:14:02,250 --> 00:14:04,250 Tuanku, kita akan memerlukan… 156 00:14:04,333 --> 00:14:06,625 Tenaga kerja yang sangat ramai. 157 00:14:06,708 --> 00:14:09,500 Ya, raja tak dapat menyediakannya. 158 00:14:09,583 --> 00:14:12,000 Sebab itulah dia suruh awak berjumpa saya. 159 00:14:15,625 --> 00:14:19,958 Tuan ada terfikir untuk mencari sekutu yang di luar kawasan kita? 160 00:14:20,666 --> 00:14:22,166 Sekutu dari mana? 161 00:14:22,250 --> 00:14:24,166 EREGION DUNIA TUKANG BESI ELF 162 00:14:26,833 --> 00:14:30,166 KHAZAD-DÛM DUNIA ORANG KERDIL 163 00:14:44,250 --> 00:14:48,500 Kerjasama dengan kaum Orang Kerdil akan menjadi kejayaan terhebat zaman ini. 164 00:14:48,583 --> 00:14:51,583 Saya rapat dan dah lama berkawan dengan putera mereka, Durin. 165 00:14:51,666 --> 00:14:53,166 Kami bagaikan bersaudara. 166 00:14:53,250 --> 00:14:57,333 Dengar kata, Orang Kerdil dah besarkan kota mereka baru-baru ini. 167 00:14:57,666 --> 00:15:01,208 Mereka ukir batu 168 00:15:01,291 --> 00:15:05,333 dengan penuh rasa hormat seperti kita menghormati orang tua kita. 169 00:15:05,416 --> 00:15:08,083 Saya dah lama teringin melihat karya mereka. 170 00:15:08,166 --> 00:15:10,083 Tak sangka tuan amat kagumi mereka. 171 00:15:10,166 --> 00:15:12,791 Saya kagumi mereka yang dapat menelah misteri, 172 00:15:12,875 --> 00:15:15,541 mampu melihat di sebalik kesahajaan, 173 00:15:15,625 --> 00:15:17,416 mengungkai rahsia keindahan… 174 00:15:18,583 --> 00:15:22,000 Bolehkah rakan awak benarkan saya menggunakan bengkelnya? 175 00:15:22,083 --> 00:15:24,625 Bukan setakat bengkel saja. 176 00:15:25,375 --> 00:15:27,375 Durin akan mengalu-alukan ketibaan kita, 177 00:15:27,458 --> 00:15:29,291 dengan tetuang yang ditiup, 178 00:15:29,416 --> 00:15:31,250 meja yang dipenuhi daging khinzir 179 00:15:31,333 --> 00:15:34,000 dan bir malt yang melimpah-ruah. 180 00:15:34,083 --> 00:15:35,291 Apa yang awak nak? 181 00:15:36,500 --> 00:15:38,208 Saya Elrond dari Lindon, 182 00:15:38,291 --> 00:15:40,875 bersama Celebrimbor, Lord Eregion. 183 00:15:41,625 --> 00:15:43,583 Kami ingin berjumpa Putera Durin. 184 00:15:44,958 --> 00:15:45,833 Tak boleh. 185 00:15:51,791 --> 00:15:52,958 Maafkan saya. 186 00:15:54,166 --> 00:15:57,041 Maklumkan Lord Durin yang rakannya, Elrond… 187 00:15:57,125 --> 00:15:59,708 Keputusannya muktamad, Elf. 188 00:16:03,500 --> 00:16:04,791 Tetuang ditiup, ya? 189 00:16:19,041 --> 00:16:20,500 Baiklah, kawan. 190 00:16:27,583 --> 00:16:30,625 Saya memohon Upacara Sigin-tarâg. 191 00:16:30,708 --> 00:16:32,250 Apakah Upacara… 192 00:16:39,208 --> 00:16:40,583 Jumpa lagi di Eregion. 193 00:16:40,666 --> 00:16:44,458 -Awak yakin dengan tindakan awak? -Lord Celebrimbor, percayalah saya. 194 00:16:44,541 --> 00:16:47,333 Tuan pakar kemahiran tuan. 195 00:16:47,416 --> 00:16:50,166 Biarlah saya melaksanakan kepakaran saya pula. 196 00:17:19,750 --> 00:17:21,625 Menakjubkan. 197 00:18:30,666 --> 00:18:34,458 -Khazad! -Dûm! 198 00:18:37,833 --> 00:18:39,541 Gembira saya berjumpa awak… 199 00:18:39,625 --> 00:18:44,833 Elf Elrond memohon Upacara Sigin-tarâg. 200 00:18:46,791 --> 00:18:49,583 Yakni ujian ketahanan Orang Kerdil 201 00:18:49,666 --> 00:18:52,250 yang dicipta sendiri oleh Aulë. 202 00:18:54,375 --> 00:18:57,125 Sebaik saja kita angkat tukul, 203 00:18:58,291 --> 00:19:02,333 kita akan pecahkan batu sehingga salah seorang mengalah. 204 00:19:05,208 --> 00:19:07,291 Jika pihak yang kalah itu Elf, 205 00:19:08,041 --> 00:19:11,291 dia akan diusir dari seluruh bentala kita. 206 00:19:12,958 --> 00:19:14,125 Selama-lamanya! 207 00:19:19,500 --> 00:19:21,916 Adakah awak faham? 208 00:19:24,166 --> 00:19:25,333 Ya, saya faham. 209 00:19:26,291 --> 00:19:29,541 Andai kata Elf ini menang… 210 00:19:32,625 --> 00:19:36,208 Kita akan tunaikan permintaannya, tapi jika dia kalah… 211 00:19:36,291 --> 00:19:39,166 Diusir. Ya, saya faham. 212 00:19:44,208 --> 00:19:45,458 Mula. 213 00:19:49,541 --> 00:19:55,250 Durin! 214 00:20:21,208 --> 00:20:22,791 Mari kita mulakan, Elf. 215 00:21:02,833 --> 00:21:03,833 Helo? 216 00:21:06,750 --> 00:21:09,375 Sabar dulu! Ini saya! 217 00:21:09,833 --> 00:21:11,208 Ini saya! Berhenti! 218 00:21:13,458 --> 00:21:15,250 Nanti dulu! 219 00:21:15,750 --> 00:21:18,750 Saya tolong awak malam tadi. Awak ingat lagi, bukan? 220 00:21:21,083 --> 00:21:22,166 Awak ingat, bukan? 221 00:21:32,291 --> 00:21:33,416 Baiklah. 222 00:21:36,500 --> 00:21:37,833 Macam inilah… 223 00:21:38,375 --> 00:21:39,958 Saya tak sakiti awak. 224 00:21:41,291 --> 00:21:43,916 Jadi, awak jangan sakiti saya. Setuju? 225 00:21:51,708 --> 00:21:53,875 Permulaan yang baik, bukan? 226 00:21:53,958 --> 00:21:56,250 Sekarang, kita berkenalan dulu. Ayah kata, 227 00:21:56,333 --> 00:22:00,750 "Harfoot yang tak beradab takkan dapat pergi jauh." Jadi… 228 00:22:01,833 --> 00:22:03,250 Saya Nori. 229 00:22:08,250 --> 00:22:09,458 Saya Nori. 230 00:22:10,916 --> 00:22:13,333 Saya… 231 00:22:14,416 --> 00:22:15,583 Bukan, saya Nori. 232 00:22:15,666 --> 00:22:17,416 Bukan, saya Nori. 233 00:22:17,500 --> 00:22:20,041 Siapa nama awak? Awak? 234 00:22:23,458 --> 00:22:25,083 Awak tak ingat, ya? 235 00:22:26,875 --> 00:22:28,666 Teruk juga kesan kemalangan itu. 236 00:22:28,750 --> 00:22:30,958 Orang lain tentu tak ingat juga. 237 00:22:31,041 --> 00:22:32,375 Saya pernah jatuh pokok. 238 00:22:32,500 --> 00:22:35,375 Sampai seminggu, saya panggil strawberi "pigberi." 239 00:22:35,458 --> 00:22:37,541 Kelakar, bukan? Pigberi? 240 00:22:40,708 --> 00:22:41,833 Ini makanan. 241 00:22:43,500 --> 00:22:46,041 Orang awak makan juga, bukan? 242 00:22:46,125 --> 00:22:48,625 Mestilah, Nori, mengarutnya soalan awak. 243 00:23:23,833 --> 00:23:25,583 Tidak… Bukan itu cara… 244 00:23:33,125 --> 00:23:35,916 Largo! 245 00:23:36,666 --> 00:23:38,791 Jangan kacau dia, Malva. Kenapa tak bantu?. 246 00:23:39,000 --> 00:23:41,333 Bantulah tapi dengan meminta bantuannya. 247 00:23:42,083 --> 00:23:44,625 Janganlah duduk saja. Mari tolong kami. 248 00:23:44,708 --> 00:23:48,166 Rasanya Nori yang nak sangat tolong awak buat kerja itu. 249 00:23:48,250 --> 00:23:50,916 Nori? 250 00:23:55,625 --> 00:23:57,583 Awak dari mana? 251 00:23:57,666 --> 00:24:00,125 Mana tempat asal awak? Kaum awak di mana? 252 00:24:00,208 --> 00:24:02,041 Kaum awak? Yang rupanya macam awak? 253 00:24:04,750 --> 00:24:06,166 Ada lagi makhluk macam awak? 254 00:24:22,333 --> 00:24:25,375 Tolak ia ke atas… 255 00:24:26,041 --> 00:24:27,166 Ayuh. 256 00:24:30,250 --> 00:24:31,916 Buatlah bersungguh-sungguh! 257 00:24:39,541 --> 00:24:40,541 Itu apa? 258 00:24:41,625 --> 00:24:42,708 Apa… 259 00:24:43,500 --> 00:24:44,916 Ia peta? 260 00:24:45,250 --> 00:24:46,375 Ayuh, anak-anak! 261 00:24:49,125 --> 00:24:50,500 Ada ruang. 262 00:24:51,708 --> 00:24:52,875 Apa… 263 00:24:55,333 --> 00:24:56,166 Hangat… 264 00:25:09,041 --> 00:25:11,916 Apa… 265 00:25:12,000 --> 00:25:15,125 Hangat… 266 00:25:18,541 --> 00:25:20,750 Rupanya macam titik dan bulatan saja. 267 00:25:21,666 --> 00:25:23,000 Saya tak faham. 268 00:25:23,083 --> 00:25:23,916 Apa! 269 00:25:24,041 --> 00:25:26,333 Saya nak tolong awak, tapi saya… 270 00:25:26,458 --> 00:25:27,916 Hangat! 271 00:25:28,125 --> 00:25:29,541 Saya cuma Harfoot! 272 00:25:32,500 --> 00:25:33,541 Nori! 273 00:25:38,041 --> 00:25:39,666 Kawan! 274 00:25:40,666 --> 00:25:43,333 Dia kawan saya. 275 00:25:43,916 --> 00:25:45,000 Nori. 276 00:25:46,291 --> 00:25:47,708 Ayah awak. 277 00:25:52,208 --> 00:25:53,833 Lebam teruk. 278 00:25:57,416 --> 00:25:59,291 Nori, ayah tak apa-apa. 279 00:25:59,375 --> 00:26:01,958 Ayah terjatuh atas rumput basah dan cuma terkehel. 280 00:26:02,041 --> 00:26:04,333 Jangan risau… 281 00:26:04,416 --> 00:26:05,958 -Mak. -Cukup. 282 00:26:06,041 --> 00:26:07,208 Saya patut ada di sini. 283 00:26:07,291 --> 00:26:08,750 Kamu dah berada di sini. 284 00:26:08,833 --> 00:26:11,833 Sekarang, pergi ambil air sejuk dan sedikit pasir. 285 00:26:24,250 --> 00:26:27,250 Terukkah kecederaannya? Bolehkah dia berhijrah? 286 00:26:30,250 --> 00:26:31,083 Rasanya… 287 00:26:32,666 --> 00:26:33,708 Awak pun nampak. 288 00:26:33,791 --> 00:26:36,166 Daun sentuh kakinya pun dia tak tahan. 289 00:26:36,250 --> 00:26:39,250 -Apatah lagi tarik pedati. -Jangan menyibuklah, Malva. 290 00:27:39,250 --> 00:27:40,291 Di sini! 291 00:27:46,125 --> 00:27:48,250 Mari. Dekat lagi. 292 00:27:48,333 --> 00:27:51,625 -Apa awak buat? -Saya takkan biar dia hanyut. 293 00:27:51,708 --> 00:27:53,958 Awak sanggupkah kongsi makanan dengannya? 294 00:27:54,041 --> 00:27:55,958 Nasib kita tak tentu. 295 00:27:56,041 --> 00:27:57,041 Orang takkan tolong. 296 00:27:57,125 --> 00:27:59,375 Jika awak sabut, timbul, jika batu, tenggelam. 297 00:27:59,458 --> 00:28:02,666 Kalau dia mati, kitalah yang bertanggungjawab. 298 00:28:02,750 --> 00:28:05,791 Tapi awak tak mempertikaikan pula kematian Doble. 299 00:28:05,875 --> 00:28:08,291 Kita berdosa jika berlaku kejam. 300 00:28:09,000 --> 00:28:10,083 Jangan biar dia naik. 301 00:28:10,791 --> 00:28:11,625 Tarik dia naik. 302 00:28:21,416 --> 00:28:22,250 Tak boleh. 303 00:28:23,708 --> 00:28:25,000 Jawab dulu soalan. 304 00:28:29,791 --> 00:28:31,041 Kenapa awak di luar sana? 305 00:28:33,041 --> 00:28:34,875 Saya terpisah daripada kapal saya. 306 00:28:34,958 --> 00:28:36,166 Kalian diserang? 307 00:28:38,833 --> 00:28:40,250 Jadi awak tak nampaklah? 308 00:28:40,666 --> 00:28:41,916 Nampak apa? 309 00:28:46,916 --> 00:28:48,083 Cacing itu. 310 00:28:51,166 --> 00:28:53,166 Dua minggu lepas, kami bertolak… 311 00:28:53,250 --> 00:28:55,708 -Awak nak beritahu dia semuanya? -Apa salahnya? 312 00:28:55,875 --> 00:28:57,500 Dia nampak bahayakah? 313 00:28:57,583 --> 00:28:59,000 Jangan mudah terpedaya. 314 00:29:03,708 --> 00:29:04,875 Dia Elf. 315 00:29:04,958 --> 00:29:06,791 Jangan sentuh saya. 316 00:29:07,583 --> 00:29:08,958 Awak penipu. 317 00:29:09,041 --> 00:29:11,458 -Kita akan selamat. Tengoklah! -Cepat! 318 00:29:11,541 --> 00:29:13,250 Tengoklah! Kami di sini! 319 00:29:13,333 --> 00:29:14,500 Tolong! 320 00:29:14,583 --> 00:29:17,208 Tolong saya buat obor. Cepat! 321 00:29:17,291 --> 00:29:19,250 Tunggu! Tengok dulu layarnya. 322 00:29:19,333 --> 00:29:22,458 Lanun berkeliaran di sini. Kamu mahu mati disembelih? 323 00:29:27,833 --> 00:29:29,666 Itu bukan kapal lanun. 324 00:29:29,750 --> 00:29:32,041 Itu kapal kita. 325 00:29:38,208 --> 00:29:39,208 Cacing. 326 00:29:43,458 --> 00:29:44,583 Jangan bergerak. 327 00:30:04,916 --> 00:30:06,333 Ia ikut Elf itu ke sini. 328 00:30:26,750 --> 00:30:27,583 Ia makin hampir! 329 00:30:34,083 --> 00:30:35,083 Tolong! 330 00:32:01,125 --> 00:32:02,125 Siapa nama awak? 331 00:32:10,166 --> 00:32:11,250 Galadriel. 332 00:32:13,166 --> 00:32:14,333 Saya Halbrand. 333 00:32:15,250 --> 00:32:16,458 Ke mana kita akan pergi? 334 00:33:31,375 --> 00:33:32,583 Ya! 335 00:33:45,416 --> 00:33:47,208 Awak mungkin mahu memeluk gunung. 336 00:33:49,083 --> 00:33:50,875 Apakan daya, tangan tak sampai. 337 00:33:52,416 --> 00:33:53,750 Pergi dari sini. 338 00:33:56,000 --> 00:33:59,666 Mungkin awak boleh iringi saya keluar. 339 00:34:01,958 --> 00:34:03,125 Dengan senang hati. 340 00:34:15,083 --> 00:34:18,958 Mengagumkan. Saya tak sangka kota awak boleh berubah sehebat ini. 341 00:34:20,250 --> 00:34:22,041 Itulah hasil usaha 20 tahun. 342 00:34:22,125 --> 00:34:23,625 Dua puluh tahun saja? 343 00:34:26,208 --> 00:34:28,458 Apa rahsia awak? 344 00:34:30,791 --> 00:34:32,375 Rahsia kami milik kami. 345 00:34:33,041 --> 00:34:34,125 Saya ada buat silap? 346 00:34:34,208 --> 00:34:36,250 Panjang ceritanya. 347 00:34:36,333 --> 00:34:39,125 Ya, awak berhak halau saya tanpa penjelasan. 348 00:34:39,208 --> 00:34:41,041 Memang pun. 349 00:34:41,125 --> 00:34:43,333 Tapi sebelum awak lepaskan peluang terbaik 350 00:34:43,416 --> 00:34:45,500 yang putera Orang Kerdil lain tak dapat, 351 00:34:45,583 --> 00:34:47,833 dengarlah dulu cadangan saya. 352 00:34:47,916 --> 00:34:48,875 Itu dia. 353 00:34:48,958 --> 00:34:51,541 Tujuan lawatan awak. Awak mahukan sesuatu. 354 00:34:51,625 --> 00:34:53,750 Saya cuma mahu bertemu rakan yang dirindui. 355 00:34:53,833 --> 00:34:56,916 Rindu? Awak tiada semasa saya kahwin. 356 00:34:57,000 --> 00:34:59,375 Juga ketika kedua-dua anak saya lahir. 357 00:35:01,250 --> 00:35:05,583 Tiba-tiba, awak datang ke sini dan harap saya alu-alukan kedatangan awak. 358 00:35:06,083 --> 00:35:08,916 Jangan cuba tuntut sesuatu yang awak singkirkan. 359 00:35:09,000 --> 00:35:10,291 Singkirkan? Durin, saya… 360 00:35:10,375 --> 00:35:13,458 Dua puluh tahun berlalu sekelip mata bagi Elf. 361 00:35:14,333 --> 00:35:16,833 Tapi itu separuh kehidupan saya. 362 00:35:18,875 --> 00:35:20,375 Kehidupan yang awak abaikan. 363 00:35:33,208 --> 00:35:35,458 Sekarang, apa jawapan awak… 364 00:35:37,500 --> 00:35:38,625 "Kawan?" 365 00:35:44,208 --> 00:35:45,416 Tahniah. 366 00:35:47,541 --> 00:35:50,333 Kerana telah beristeri dan beranak-pinak. 367 00:35:52,666 --> 00:35:54,666 Saya harap awak dapat memaafkan saya. 368 00:35:57,041 --> 00:36:01,083 Saya juga harap saya dapat memohon maaf kepada keluarga awak. 369 00:36:06,458 --> 00:36:08,583 Minta Disa maafkan awak. Kemudian, pergi. 370 00:36:08,666 --> 00:36:10,666 Jangan cuba beramah mesra. 371 00:36:10,750 --> 00:36:15,458 Jangan cuba kenang masa silam dan jangan makan malam di sini. 372 00:36:15,541 --> 00:36:17,000 Baik. 373 00:36:17,083 --> 00:36:19,500 Saya sungguh tak sangka! 374 00:36:19,583 --> 00:36:21,375 Tak mungkin awak Elrond. 375 00:36:21,458 --> 00:36:24,708 Ya, saya Elrond. 376 00:36:31,333 --> 00:36:33,583 Durin tak cakap pula yang awak datang. 377 00:36:33,666 --> 00:36:34,958 Saya tak tahu. 378 00:36:35,041 --> 00:36:38,291 Saya sepatutnya datang lebih awal. 379 00:36:38,375 --> 00:36:41,666 Saya terlepas pandang. Oleh sebab itu, tolong maafkan saya. 380 00:36:41,750 --> 00:36:44,041 -Makanlah dulu di sini. -Dia perlu balik. 381 00:36:44,125 --> 00:36:45,708 -Makan dulu. -Balik! 382 00:36:45,791 --> 00:36:46,708 Makan dulu. 383 00:36:49,333 --> 00:36:53,500 Hei! Ayah dah kata jangan main dengan patung ayah! 384 00:36:53,583 --> 00:36:57,125 Ibu dah suruh kamu masuk tidur. 385 00:36:57,250 --> 00:36:58,291 Ayuh! 386 00:36:58,375 --> 00:37:01,458 Gerda! Gamli! Mari, cepatlah. 387 00:37:02,500 --> 00:37:04,791 Buatlah macam rumah sendiri. 388 00:37:05,541 --> 00:37:07,000 Tapi jangan terlalu selesa. 389 00:37:08,041 --> 00:37:09,208 Gamli, tolonglah! 390 00:37:09,291 --> 00:37:12,083 Ayah humban kalian berdua dalam gua nanti! 391 00:37:12,166 --> 00:37:15,166 Ada banyak trol dan lelabah menanti! 392 00:37:25,333 --> 00:37:27,666 Bagaimana kalian berkenalan? 393 00:37:28,166 --> 00:37:31,250 Saya menggema ruang yang baru dibuka 394 00:37:31,333 --> 00:37:34,625 kerana yakin akan menemui banyak ketulan perak… 395 00:37:34,708 --> 00:37:37,208 "Menggema?" Apa maksudnya? 396 00:37:37,291 --> 00:37:39,291 Kami menyanyi kepada batu. 397 00:37:39,375 --> 00:37:41,708 Gunung sebenarnya sama macam manusia. 398 00:37:41,791 --> 00:37:46,208 Kisah hidupnya lama dan berubah-ubah dan terdiri daripada banyak cebisan kecil. 399 00:37:46,291 --> 00:37:48,958 Tanah dan bijih, udara dan air. 400 00:37:49,041 --> 00:37:53,750 Dengan nyanyian yang tepat, setiap satu akan membalas dengan nyanyian 401 00:37:53,833 --> 00:37:57,166 yang mungkin mendedahkan kisah yang tersembunyi, 402 00:37:57,250 --> 00:37:59,708 seperti tempat untuk melombong, bina terowong dan… 403 00:37:59,791 --> 00:38:02,333 Tempat yang tak patut disentuh. 404 00:38:02,416 --> 00:38:04,250 Ia tradisi yang indah. 405 00:38:07,916 --> 00:38:12,375 Ketika itu, kami baru keluarkan peralatan dan tiba-tiba saja kami terdiam. 406 00:38:12,458 --> 00:38:14,750 Rupa-rupanya, putera kami muncul. 407 00:38:14,833 --> 00:38:16,666 Dia nak lihat kami bekerja. 408 00:38:16,750 --> 00:38:18,791 Padahal itu tugas orang bawahan. 409 00:38:19,250 --> 00:38:21,083 Saya ingat dia cuma ingin tahu. 410 00:38:21,500 --> 00:38:24,916 Tapi dia muncul lagi semasa tinjauan kami yang seterusnya, 411 00:38:25,000 --> 00:38:29,458 dan tinjauan-tinjauan kami yang seterusnya. 412 00:38:29,541 --> 00:38:31,500 Dia memang pandai menghendap. 413 00:38:31,583 --> 00:38:34,875 Dia ambil masa berminggu-minggu sebelum berani memikat saya. 414 00:38:34,958 --> 00:38:36,833 Dua minggu saja. 415 00:38:36,916 --> 00:38:39,041 -Lima minggulah. -Awak bohong. 416 00:38:39,125 --> 00:38:40,333 Dia bohong. 417 00:38:40,416 --> 00:38:42,625 Sekarang, dia beranilah berdalih, 418 00:38:42,708 --> 00:38:46,583 padahal waktu kami bertemu, dialah yang mabuk kepayang. 419 00:38:50,500 --> 00:38:52,583 Kalian memang pasangan bahagia. 420 00:38:52,666 --> 00:38:54,458 Awak sepatutnya lihat kami kahwin. 421 00:38:55,000 --> 00:38:56,166 Sudahlah. 422 00:38:57,625 --> 00:38:59,250 Kawan awak dah datang. 423 00:39:00,041 --> 00:39:02,041 Tak bolehkah kita meraikannya? 424 00:39:02,125 --> 00:39:03,541 Dia tak datang kerana kita. 425 00:39:03,625 --> 00:39:06,125 Rajanya yang suruh untuk rampas hak kita. 426 00:39:06,208 --> 00:39:09,041 Sebenarnya, saya yang cadangkan lawatan ke Khazad-dûm. 427 00:39:09,125 --> 00:39:11,250 Saya juga cuma minta perhatian awak. 428 00:39:11,333 --> 00:39:13,166 Begitulah semuanya bermula. 429 00:39:13,250 --> 00:39:16,250 Sedar-sedar saja, kitalah yang menyesal. 430 00:39:16,333 --> 00:39:19,166 -Elf mengutamakan Elf. -Begitukah sikap saya selama ini? 431 00:39:19,250 --> 00:39:21,875 -Mana saya tahu! Agaknya! -Tolonglah! 432 00:39:24,333 --> 00:39:26,458 Tak bolehkah kalian berbaik-baik? 433 00:39:33,875 --> 00:39:35,708 Awak dah tanam anak pokok itu. 434 00:39:36,625 --> 00:39:39,083 Saya tanam dan besarkannya. 435 00:39:39,625 --> 00:39:42,416 Jaga macam anak sendiri. 436 00:39:43,250 --> 00:39:45,250 Ia pokok apa? 437 00:39:46,041 --> 00:39:49,500 Ia benih daripada Pokok Besar kami di Lindon. 438 00:39:50,000 --> 00:39:52,875 Lambang kekuatan dan ketahanan kaum kami. 439 00:39:53,208 --> 00:39:54,916 Sesetengah orang kata dia bodoh 440 00:39:55,583 --> 00:39:58,583 kerana percaya yang ia akan tumbuh dalam gelap. 441 00:39:58,666 --> 00:40:01,000 Jika adanya cinta, cahaya pasti ada. 442 00:40:02,041 --> 00:40:05,000 Mana mungkin ia tak tumbuh di istana sebahagia ini? 443 00:40:14,166 --> 00:40:15,916 Awak dah nak balik? 444 00:40:16,000 --> 00:40:18,500 Saya dah terlalu lama di sini. 445 00:40:18,583 --> 00:40:21,208 Terima kasih, Disa, atas layanan baik awak. 446 00:40:23,125 --> 00:40:24,375 Durin. 447 00:40:32,000 --> 00:40:33,458 Sudahlah, duduk. 448 00:40:34,625 --> 00:40:37,416 -Saya tak mahu menyusahkan awak. -Duduk. 449 00:40:37,500 --> 00:40:38,583 Awak pasti? 450 00:40:38,666 --> 00:40:42,416 Tidak. Saya masih marah, tapi terangkan cadangan raja awak 451 00:40:42,500 --> 00:40:45,291 supaya saya boleh pilih untuk beritahu ayah saya 452 00:40:45,375 --> 00:40:47,708 atau membakulsampahkannya. 453 00:41:12,625 --> 00:41:14,250 Awak tak perlu menjauhi saya. 454 00:41:17,083 --> 00:41:20,333 Saya cuma terfikir lelaki jenis apakah 455 00:41:20,416 --> 00:41:23,708 yang sanggup membiarkan rakan-rakannya mati. 456 00:41:23,791 --> 00:41:25,875 Lelaki yang tahu berikhtiar untuk hidup. 457 00:41:26,625 --> 00:41:28,583 Kumpulan besar selalu jadi sasaran. 458 00:41:28,666 --> 00:41:30,166 Awak masih menjadi sasaran. 459 00:41:31,500 --> 00:41:34,500 Kita tak selamat selagi belum menemui daratan. 460 00:41:34,583 --> 00:41:37,000 Tentu sukar untuk mencari tempat selamat. 461 00:41:37,416 --> 00:41:39,291 Setidak-tidaknya bagi awak. 462 00:41:40,458 --> 00:41:42,375 "Terpisah" daripada kapal. 463 00:41:43,791 --> 00:41:44,833 Betulkah? 464 00:41:46,166 --> 00:41:48,708 -Awak pembolos, bukan? -Rupa saya macam pembolos? 465 00:41:48,791 --> 00:41:52,791 Kejadian yang hanya kebetulan tak berlaku kepada orang seperti awak. 466 00:41:53,208 --> 00:41:55,083 Bermakna awak melarikan diri. 467 00:41:55,166 --> 00:41:58,458 Untuk elak atau ke arah sesuatu, itu saya belum pasti. 468 00:41:58,541 --> 00:42:00,875 Saya perlu pulang ke Dunia Madya. 469 00:42:02,083 --> 00:42:04,375 Itu saja yang awak perlu tahu. 470 00:42:04,458 --> 00:42:08,250 -Tentu untuk urusan penting kalian. -Apa salah kami terhadap awak? 471 00:42:08,333 --> 00:42:10,583 Awak salahkan kami kerana terkandas di sini? 472 00:42:10,666 --> 00:42:13,875 Bukan Elf yang usir saya dari tanah air kami. 473 00:42:15,375 --> 00:42:16,541 Orc yang usir kami. 474 00:42:25,458 --> 00:42:28,500 Tanah air awak. Ia di mana? 475 00:42:30,208 --> 00:42:31,708 Kenapa awak nak tahu? 476 00:42:32,791 --> 00:42:33,833 Ia cuma tinggal abu. 477 00:42:37,208 --> 00:42:39,541 Saya faham penderitaan awak. 478 00:42:41,208 --> 00:42:42,291 Saya bersimpati. 479 00:42:47,125 --> 00:42:48,541 Atas kehilangan awak. 480 00:42:55,125 --> 00:42:56,500 Di leher awak. 481 00:42:58,250 --> 00:43:00,250 Adakah itu lambang raja orang awak? 482 00:43:00,333 --> 00:43:01,500 Kami tiada raja. 483 00:43:01,625 --> 00:43:05,000 -Kalau ada, di mana kedudukannya? -Awak mahu tahu untuk apa? 484 00:43:05,083 --> 00:43:08,083 Kami mungkin boleh merampasnya semula. 485 00:43:08,458 --> 00:43:10,083 Nampaknya awak tiada tentera. 486 00:43:10,166 --> 00:43:11,750 Kenapa awak elak soalan saya? 487 00:43:11,833 --> 00:43:13,208 Kenapa awak hanyut di laut? 488 00:43:13,291 --> 00:43:15,666 Daripada bersenang-lenang, saya mahu mencari 489 00:43:15,750 --> 00:43:18,125 musuh yang menjadi punca penderitaan awak. 490 00:43:18,208 --> 00:43:21,583 Elf, awak tak buat saya derita dan tak mampu bantu saya. 491 00:43:21,666 --> 00:43:25,083 Walau betapa tinggi kesungguhan, atau ego awak. 492 00:43:26,791 --> 00:43:28,166 Lupakan saja. 493 00:43:28,625 --> 00:43:32,833 Saya mula memburu musuh ini sebelum cahaya suria menerangi langit. 494 00:43:33,416 --> 00:43:36,083 Sampai awak mati pun 495 00:43:36,166 --> 00:43:39,500 awak takkan sempat sebut nama orang saya yang mereka bunuh. 496 00:43:40,166 --> 00:43:43,416 Jadi, saya enggan melupakannya. 497 00:43:46,125 --> 00:43:49,791 Akhirnya, awak berterus terang. 498 00:43:49,875 --> 00:43:53,125 Kalau awak mahu bunuh Orc untuk balas dendam, buatlah. 499 00:43:53,208 --> 00:43:54,875 Jangan pula berlagak macam wira. 500 00:43:54,958 --> 00:43:57,291 Awak akan dedahkan lokasi musuh atau tidak? 501 00:43:57,375 --> 00:43:58,541 Tanah Selatan. 502 00:44:02,041 --> 00:44:04,208 Saya perlu tahu jumlah musuh, 503 00:44:04,291 --> 00:44:06,000 panji-panji naungan mereka 504 00:44:06,083 --> 00:44:09,875 dan awak perlu bawa saya ke tempat terakhir mereka berada. 505 00:44:10,916 --> 00:44:12,541 Saya ada rancangan sendiri. 506 00:44:22,375 --> 00:44:23,458 Bersiap sedia. 507 00:44:45,500 --> 00:44:47,791 -Hati-hati! -Perlahan-lahan, sayang. 508 00:44:51,583 --> 00:44:53,375 Apa maksud, "tiada mayat?" 509 00:44:53,458 --> 00:44:55,375 Seluruh perkampungan itu kosong. 510 00:44:55,458 --> 00:44:59,000 Seolah-olah bumi telah menelan penduduk Hordern. 511 00:44:59,083 --> 00:45:01,458 Tanah di sini sensitif sejak dulu lagi. 512 00:45:01,541 --> 00:45:04,833 Tasik Crookfinger selalu membebaskan wap. 513 00:45:04,916 --> 00:45:06,000 Saya nampak terowong. 514 00:45:06,083 --> 00:45:07,541 Ia dalam dan rapi. 515 00:45:07,625 --> 00:45:10,791 Entah siapa penggalinya, tapi ia menuju ke arah kita. 516 00:45:10,875 --> 00:45:13,250 Percayalah, nyawa kita dalam bahaya. 517 00:45:13,333 --> 00:45:14,750 Kita perlu hebahkannya. 518 00:45:14,833 --> 00:45:17,500 Tidak! Saya tak mahu orang cemas, Bronwyn. 519 00:45:17,583 --> 00:45:20,958 Bencana alam pun tak berbahaya seperti lidah bercabang 520 00:45:21,041 --> 00:45:24,625 dan tanpa sebarang bukti kukuh, ia khabar angin semata-mata. 521 00:45:24,708 --> 00:45:27,125 Waldreg, kita bersendirian. 522 00:45:27,208 --> 00:45:29,750 Ostirith kosong. Menara pengawal dah terbiar. 523 00:45:29,833 --> 00:45:31,791 Saya tahu dan saya takkan panggil Elf 524 00:45:31,875 --> 00:45:33,708 hanya kerana tanah mendap. 525 00:45:33,791 --> 00:45:37,791 Syukurlah mereka dah tiada, bagi kebanyakan daripada kita. 526 00:46:00,791 --> 00:46:02,041 Tikus tak guna. 527 00:46:06,708 --> 00:46:09,833 Bodoh, tikus celaka! 528 00:49:16,208 --> 00:49:17,291 Theo? 529 00:49:19,875 --> 00:49:21,083 Theo? 530 00:49:35,541 --> 00:49:37,541 Theo, kenapa? Apa yang berlaku? 531 00:49:37,625 --> 00:49:39,250 Dapatkan bantuan. Cepat. 532 00:51:29,541 --> 00:51:31,416 Theo, lari! 533 00:51:35,583 --> 00:51:36,666 Hei! 534 00:51:44,416 --> 00:51:45,333 Berhenti! 535 00:52:26,958 --> 00:52:29,625 Jika ada antara kalian yang mahu terus hidup, 536 00:52:29,708 --> 00:52:32,208 kita akan bertolak ke menara Elf subuh pagi esok. 537 00:52:50,166 --> 00:52:53,375 Ikat kapal! Ia semakin terburai! 538 00:52:53,458 --> 00:52:54,708 Angin terlalu kuat. 539 00:52:54,791 --> 00:52:56,125 Tarik tali! 540 00:53:19,708 --> 00:53:22,416 Ayuh! Hulurkan tangan awak! 541 00:53:24,958 --> 00:53:26,625 Ikat diri awak pada saya! 542 00:53:26,708 --> 00:53:28,750 Ayuh! Hulurkan tangan awak! 543 00:55:27,041 --> 00:55:29,958 Helo? Ini saya, Nori. 544 00:55:40,500 --> 00:55:45,041 Kami akan berhijrah tak lama lagi dan semuanya dah musnah… 545 00:55:45,833 --> 00:55:47,500 Semuanya dah tak tentu hala. 546 00:55:50,541 --> 00:55:52,125 Saya nak tolong awak. 547 00:55:53,875 --> 00:55:55,875 Tapi saya tak mampu. Maafkan saya. 548 00:56:08,958 --> 00:56:11,958 Ia lantera. Kami guna kelip-kelip. 549 00:56:59,666 --> 00:57:01,333 Apa katanya? 550 00:57:03,625 --> 00:57:05,333 Saya tak tahu bahasa kelip-kelip. 551 00:57:35,458 --> 00:57:37,125 Ia umpama bintang. 552 00:57:38,166 --> 00:57:41,125 Sejenis buruj. 553 00:57:42,041 --> 00:57:45,583 Yakah? Ia bintang? Apa maknanya? 554 00:57:45,666 --> 00:57:47,083 Ini cara kita bantu dia. 555 00:57:47,166 --> 00:57:50,041 Dia nak kita bantu dia cari bintang itu. 556 00:57:51,875 --> 00:57:53,291 Itu bintangnya, bukan? 557 00:57:54,208 --> 00:57:55,416 Bukan? 558 00:58:05,791 --> 00:58:07,583 Saya tak pernah lihat bintang itu. 559 00:58:09,333 --> 00:58:12,333 Tapi rasanya saya boleh mencarinya. 560 00:58:25,458 --> 00:58:26,625 Nori? 561 00:58:41,958 --> 00:58:44,875 Saya pasti. Dia tak tahu. 562 00:58:49,666 --> 00:58:50,833 Mungkin. 563 00:58:52,666 --> 00:58:53,833 Mungkin tidak. 564 00:58:57,416 --> 00:58:59,625 Kamu memang mudah berlembut 565 00:58:59,708 --> 00:59:01,708 kalau ia melibatkan Elf. 566 00:59:01,791 --> 00:59:04,125 Bukankah ini satu kebetulan 567 00:59:04,208 --> 00:59:07,375 yang Elf tiba-tiba datang? Sekarang? 568 00:59:07,458 --> 00:59:10,375 Ayah, dah lebih separuh abad saya mengenali Elrond. 569 00:59:10,458 --> 00:59:12,750 Saya akan tahu jika dia merahsiakan sesuatu. 570 00:59:12,875 --> 00:59:16,500 Mungkin dia yang tahu kamu berahsia dengannya. 571 00:59:16,583 --> 00:59:18,875 Ayah terlalu mencurigai mereka. 572 00:59:18,958 --> 00:59:22,166 Kelebihan berpihak kepada kita sekarang. 573 00:59:22,250 --> 00:59:24,541 Ya. Sekarang. 574 00:59:28,791 --> 00:59:30,750 Elrond kawan saya. Saya percayakan dia. 575 00:59:30,833 --> 00:59:33,500 Kepercayaan takkan wujud antara tukul dan batu. 576 00:59:34,166 --> 00:59:38,041 Salah satu akan pecah akhirnya. 577 01:00:54,125 --> 01:00:55,083 Theo! 578 01:00:59,500 --> 01:01:00,500 Kamu dah bersedia? 579 01:01:00,916 --> 01:01:03,250 Ya, mak. Saya dah bersedia. 580 01:04:01,750 --> 01:04:03,750 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 581 01:04:03,833 --> 01:04:05,833 Penyelia Kreatif Bima Gasendo