1 00:00:22,708 --> 00:00:24,708 Pada mulanya, kejahatan tiada. 2 00:00:24,791 --> 00:00:26,500 Di sini. 3 00:00:29,833 --> 00:00:33,916 Suatu masa dahulu, ketika dunia masih muda 4 00:00:34,041 --> 00:00:37,041 dan suria belum pernah terbit, 5 00:00:37,125 --> 00:00:41,416 cahaya sudah wujud. 6 00:01:02,958 --> 00:01:05,875 Jadi, dah selesai? 7 00:01:17,666 --> 00:01:21,208 Awak pun tentu tak sangka benda buruk itu akan terapung. 8 00:01:22,666 --> 00:01:24,208 Ia tidak akan terapung. 9 00:01:25,958 --> 00:01:29,000 Ia akan belayar. 10 00:01:48,666 --> 00:01:49,750 Berhenti! 11 00:01:50,333 --> 00:01:51,166 Tidak, jangan! 12 00:01:52,500 --> 00:01:54,041 Berhenti, ia boleh rosak! 13 00:01:54,125 --> 00:01:56,083 Berhenti! Jangan! 14 00:01:56,166 --> 00:01:58,500 -Ayuh. -Berhenti, nanti ia rosak! 15 00:02:02,208 --> 00:02:04,000 Saya dah kata ia takkan terapung. 16 00:02:07,708 --> 00:02:09,166 Lepaskan saya! 17 00:02:09,291 --> 00:02:11,541 Kamu terjatuh lagi, ya, Galadriel? 18 00:02:19,625 --> 00:02:21,833 Ia kapal yang bagus, adik. 19 00:02:21,916 --> 00:02:23,833 Saya buat macam yang abang ajar. 20 00:02:25,208 --> 00:02:29,791 Kamu tahukah kenapa kapal terapung dan batu tenggelam? 21 00:02:31,041 --> 00:02:35,416 Ia berlaku kerana batu hanya memandang ke bawah. 22 00:02:36,583 --> 00:02:40,250 Kegelapan air luas dan tarikannya sukar ditepis. 23 00:02:41,708 --> 00:02:43,750 Kapal juga merasakan kuasa kegelapan 24 00:02:43,833 --> 00:02:47,666 yang perlahan-lahan cuba menguasai dan menenggelamkannya. 25 00:02:49,458 --> 00:02:51,750 Tapi kapal itu ada satu rahsia 26 00:02:53,375 --> 00:02:57,291 dan tak seperti batu, ia sentiasa mendongak ke atas. 27 00:02:58,666 --> 00:03:00,875 Memandang tepat ke arah cahaya panduan 28 00:03:01,750 --> 00:03:04,833 yang membisikkan keagungan yang tak diketahui kegelapan. 29 00:03:06,958 --> 00:03:10,500 Tapi kadangkala pantulan cahaya 30 00:03:10,583 --> 00:03:13,250 di air secerah cahaya di langit 31 00:03:13,333 --> 00:03:16,541 hingga sukar kita membezakan arah. 32 00:03:18,333 --> 00:03:20,875 Jadi, arah mana yang saya patut ikut? 33 00:03:33,375 --> 00:03:34,875 Tapi itu macam terlalu mudah. 34 00:03:34,958 --> 00:03:37,166 Kebenaran memang mudah. 35 00:03:38,041 --> 00:03:40,458 Kamu cuma perlu tahu membezakannya. 36 00:03:40,541 --> 00:03:43,375 Abang mungkin takkan sentiasa dapat membimbing kamu. 37 00:03:43,458 --> 00:03:44,875 Yakah? 38 00:03:46,250 --> 00:03:48,750 Mari. Ayah dan ibu sedang menunggu. 39 00:03:59,333 --> 00:04:01,458 Kami tiada perkataan untuk maut 40 00:04:02,583 --> 00:04:05,541 kerana kami sangka kebahagiaan kami kekal abadi. 41 00:04:20,833 --> 00:04:23,833 Kami sangka cahaya kami takkan malap. 42 00:04:28,666 --> 00:04:31,791 Maka, apabila Musuh Durjana, Morgoth, 43 00:04:31,875 --> 00:04:34,916 memusnahkan cahaya tanah air kami… 44 00:04:37,958 --> 00:04:39,791 Kami melawan, 45 00:04:43,583 --> 00:04:47,250 dan kaum Elf berperang. 46 00:04:53,000 --> 00:04:58,708 Kami tinggalkan tanah air kami, Valinor, dan mengembara ke tempat yang jauh. 47 00:04:58,791 --> 00:04:59,833 LAUTAN PEMUTUS 48 00:04:59,916 --> 00:05:05,250 Tempat yang penuh dengan mara bahaya dan makhluk aneh yang tidak terkira. 49 00:05:05,875 --> 00:05:09,375 Sebuah tempat yang dikenali sebagai Dunia Tengah. 50 00:05:32,291 --> 00:05:34,875 Valaron kalanen! 51 00:05:34,958 --> 00:05:35,791 Firuvantë! 52 00:05:44,083 --> 00:05:46,500 Orang kata ia takkan lama berlangsung, 53 00:05:48,041 --> 00:05:52,458 tapi perang itu telah membinasakan Dunia Tengah 54 00:05:55,666 --> 00:05:59,250 hingga berabad-abad lamanya. 55 00:06:20,083 --> 00:06:23,666 Kini, kami tahu banyak perkataan untuk maut. 56 00:06:28,916 --> 00:06:31,875 Akhirnya, Morgoth telah ditewaskan. 57 00:06:32,875 --> 00:06:35,625 Namun, itu pun selepas menimbulkan banyak penderitaan 58 00:06:38,125 --> 00:06:42,833 kerana ramai Orc telah terlepas ke seluruh penjuru Dunia Tengah. 59 00:06:44,125 --> 00:06:46,583 Membiak berlipat ganda 60 00:06:46,666 --> 00:06:50,166 di bawah pimpinan hamba paling setia 61 00:06:50,250 --> 00:06:54,083 dan ahli sihir yang kejam dan licik. 62 00:06:54,166 --> 00:06:57,000 Mereka menggelarnya Sauron. 63 00:06:58,708 --> 00:07:02,291 Abang saya bersumpah untuk mencari dan menghancurkannya, 64 00:07:05,000 --> 00:07:07,208 tapi Sauron menemuinya dulu 65 00:07:09,291 --> 00:07:11,625 dan menandakan badannya dengan simbol 66 00:07:14,416 --> 00:07:17,875 yang tak dapat difahami walaupun oleh mereka yang paling bestari. 67 00:07:22,375 --> 00:07:25,208 Maka, dalam kegelapan itu, 68 00:07:25,875 --> 00:07:29,041 sumpahnya menjadi milik saya 69 00:07:31,083 --> 00:07:33,625 dan dengan itu, kami memburu. 70 00:07:35,875 --> 00:07:38,750 Kami buru Sauron hingga ke hujung dunia. 71 00:07:41,291 --> 00:07:43,833 Namun, jejaknya makin pudar. 72 00:07:46,416 --> 00:07:48,208 Tahun berganti tahun. 73 00:07:48,958 --> 00:07:51,166 Kurun berganti kurun 74 00:07:51,708 --> 00:07:55,375 dan bagi ramai Elf, penderitaan pada zaman itu 75 00:07:55,458 --> 00:07:58,458 telah luput daripada fikiran mereka. 76 00:07:59,500 --> 00:08:02,000 Makin ramai kaum kita 77 00:08:02,083 --> 00:08:05,125 mula percaya bahawa Sauron telah terkubur… 78 00:08:05,208 --> 00:08:06,666 FORODWAITH - Tanah Tandus Utara 79 00:08:06,750 --> 00:08:10,750 …dan ancamannya sudah tiada. 80 00:08:14,000 --> 00:08:16,333 Kalaulah saya juga macam mereka. 81 00:09:13,333 --> 00:09:14,833 Komander Galadriel. 82 00:09:16,916 --> 00:09:20,000 Pasukan kita telah ikut puan hingga ke hujung dunia, 83 00:09:20,083 --> 00:09:22,875 tapi semua yang berani mencari kubu terakhir itu, 84 00:09:22,958 --> 00:09:24,375 tak menjumpai apa-apa. 85 00:09:25,916 --> 00:09:28,916 Sudah bertahun-tahun Orc tidak dikesan. 86 00:09:29,750 --> 00:09:34,250 Mungkin komander-komander lain betul dan musuh kita sudah tiada. 87 00:09:34,333 --> 00:09:35,541 Malam makin menjelma. 88 00:09:36,291 --> 00:09:40,291 Berapa lama makhluk boleh hidup di tempat yang gelap dan gersang ini? 89 00:09:44,916 --> 00:09:47,250 Kita patut berkhemah di sini 90 00:09:48,041 --> 00:09:50,250 dan mulakan perjalanan pulang esok. 91 00:09:54,750 --> 00:09:56,166 Hari makin gelap. 92 00:10:11,000 --> 00:10:12,291 Komander, tunggu! 93 00:10:12,375 --> 00:10:14,875 Tidak. Kita perlu teruskan perjalanan. 94 00:10:14,958 --> 00:10:16,416 Galadriel, berhenti! 95 00:10:39,000 --> 00:10:42,416 Tiada apa-apa di sini. Kita sepatutnya dah sampai. 96 00:10:50,666 --> 00:10:51,875 Kita memang dah sampai. 97 00:11:13,333 --> 00:11:14,750 Inilah tempatnya. 98 00:11:14,833 --> 00:11:18,041 Di sinilah Orc berhimpun selepas kekalahan Morgoth. 99 00:11:19,125 --> 00:11:22,041 Jumlah yang terlepas tentu sangat ramai. 100 00:11:23,000 --> 00:11:25,416 Tangan saya dah kebas. 101 00:11:27,458 --> 00:11:28,541 Tidak. 102 00:11:30,083 --> 00:11:33,500 Kedinginan kejahatan tempat ini takkan dapat dihangatkan obor kita. 103 00:11:34,250 --> 00:11:35,416 Ikut jalan ini. 104 00:11:36,000 --> 00:11:37,500 Kenapa puan begitu yakin? 105 00:11:38,041 --> 00:11:39,666 Laluan lain tak sesejuknya. 106 00:12:09,291 --> 00:12:10,875 Dulu ada pintu di sini. 107 00:12:12,083 --> 00:12:13,083 Pecahkannya. 108 00:12:48,833 --> 00:12:50,625 Sihir apakah ini? 109 00:12:53,375 --> 00:12:56,916 Orc-orc ini cuba guna kuasa Dunia Ghaib. 110 00:12:57,666 --> 00:12:59,583 Dengan sihir purba. 111 00:13:03,833 --> 00:13:05,458 Tapi untuk apa? 112 00:13:06,416 --> 00:13:09,250 Tentu ia dah lenyap ditelan zaman. 113 00:13:09,333 --> 00:13:11,500 Kejadian di sini dah lama berlalu. 114 00:13:19,125 --> 00:13:20,208 Air. 115 00:13:30,291 --> 00:13:32,291 Batu pun tak dapat menyembunyikan kesan 116 00:13:32,375 --> 00:13:34,958 tangan berapi makhluk yang tak pernah puas. 117 00:13:42,708 --> 00:13:43,791 Dia pernah di sini. 118 00:13:44,916 --> 00:13:46,666 Sauron pernah berada di sini. 119 00:13:47,125 --> 00:13:49,458 Suruh ahli lain berehat selagi boleh. 120 00:13:49,541 --> 00:13:52,750 Kita bergerak apabila matahari terbit dan cari di arah utara. 121 00:13:52,833 --> 00:13:53,916 Arah utara? 122 00:13:54,000 --> 00:13:56,916 Laluan ini ditinggalkan untuk Orc. 123 00:13:57,833 --> 00:14:00,333 Saya pernah melihatnya pada badan abang saya. 124 00:14:00,916 --> 00:14:02,041 Ini jalannya. 125 00:14:02,541 --> 00:14:04,583 Tanda ini dah terlalu lama. 126 00:14:04,666 --> 00:14:06,500 Orang yang menandanya dah lama mati. 127 00:14:06,583 --> 00:14:08,458 Atau sedang mengumpulkan askar 128 00:14:08,541 --> 00:14:10,875 dan menyempurnakan ilmu hitamnya. 129 00:14:10,958 --> 00:14:12,958 Kita dah melampaui arahan. 130 00:14:13,041 --> 00:14:17,083 Kita perlu mendapatkan nasihat raja dulu. 131 00:14:17,583 --> 00:14:20,666 Antara kita semua, 132 00:14:21,791 --> 00:14:23,708 sayalah yang paling mahu pulang. 133 00:14:25,791 --> 00:14:28,791 Saya boleh rasa cahaya pokok pada wajah saya. 134 00:14:30,791 --> 00:14:32,208 Saya masih terbayangkannya. 135 00:14:34,208 --> 00:14:36,375 Tapi selagi kita belum pasti 136 00:14:36,875 --> 00:14:40,458 yang setiap jejak musuh kita telah dihapuskan, 137 00:14:42,958 --> 00:14:44,458 saya tak boleh pulang. 138 00:15:17,583 --> 00:15:19,541 Trol salji! 139 00:16:35,833 --> 00:16:37,375 Kita tak sepatutnya datang. 140 00:16:37,458 --> 00:16:38,833 Kita akan bertolak esok. 141 00:16:40,416 --> 00:16:41,875 Ia muktamad. 142 00:16:41,958 --> 00:16:43,458 Sejurus selepas suria terbit. 143 00:16:50,750 --> 00:16:52,500 Puan pergilah seorang. 144 00:17:40,791 --> 00:17:45,083 RHOVANION Alam Liar di Timur Anduin 145 00:17:55,666 --> 00:17:57,875 Ada benda tak kena. Tiada haiwan buruan. 146 00:17:57,958 --> 00:17:59,791 Serigala ada merata-rata. 147 00:18:00,166 --> 00:18:02,541 Awak tak rasa pelikkah? 148 00:18:02,625 --> 00:18:04,375 Dunia ini pelik. 149 00:18:04,708 --> 00:18:06,416 Kalau saya terganggu olehnya, 150 00:18:06,500 --> 00:18:08,791 semua kerja pun takkan siap. 151 00:18:13,250 --> 00:18:14,833 Teruskan berjalan. 152 00:18:14,916 --> 00:18:16,000 Kenapa? 153 00:18:17,750 --> 00:18:20,333 Rupanya macam bejar. Mungkin juga rubah. 154 00:18:20,416 --> 00:18:21,750 Besar kemungkinan Harfoot. 155 00:18:21,833 --> 00:18:23,083 Harfoot? 156 00:18:23,166 --> 00:18:25,000 Saya tak kisah jika jumpa Harfoot, 157 00:18:25,083 --> 00:18:28,125 tapi kalau dah terserempak, hati-hati. 158 00:18:28,208 --> 00:18:30,541 Makhluk itu berbahaya. 159 00:18:31,958 --> 00:18:32,958 Tipulah. 160 00:18:35,250 --> 00:18:37,375 Ayuh. Jalan cepat! 161 00:18:38,083 --> 00:18:41,250 Kita perlu pergi ke tasik sebelum senja. 162 00:19:09,541 --> 00:19:11,208 Selamat. 163 00:19:25,791 --> 00:19:26,791 Nori! 164 00:19:28,291 --> 00:19:29,375 Nori! 165 00:19:30,500 --> 00:19:31,666 Nori! 166 00:19:37,166 --> 00:19:38,333 Nori! 167 00:19:57,791 --> 00:20:00,416 Pengembara? Pada musim ini? 168 00:20:00,500 --> 00:20:03,375 Ini petanda buruk. Percayalah. 169 00:20:03,458 --> 00:20:05,458 -Yang sangat buruk. -Sabar, Malva. 170 00:20:05,541 --> 00:20:08,791 Mereka datang seawal ini cuma semasa Fros Besar. 171 00:20:08,875 --> 00:20:12,250 Mustahil kita boleh lupa betapa dinginnya musim itu. 172 00:20:12,333 --> 00:20:15,833 Mereka mungkin cuma sesat. Tak mungkin ada sebab lain. 173 00:20:15,916 --> 00:20:17,250 Nanti awak tak makan. 174 00:20:17,333 --> 00:20:19,208 Saya dah cari di merata tempat. 175 00:20:19,291 --> 00:20:20,958 Anak-anak masih di luar sana. 176 00:20:21,041 --> 00:20:23,583 Mereka pasti tak apa-apa, Goldie. 177 00:20:23,666 --> 00:20:26,375 Nori bersama mereka. Awak pun kenal Nori. 178 00:20:26,458 --> 00:20:28,291 Ya. Saya kenal sangat. 179 00:20:30,708 --> 00:20:32,291 Boleh kita patah balik? 180 00:20:32,375 --> 00:20:34,875 Ada banyak makhluk berbahaya di luar sini. 181 00:20:34,958 --> 00:20:38,250 Memang banyak kalau termasuk awak yang risau tak pasal-pasal. 182 00:20:38,333 --> 00:20:40,833 Kita tak sepatutnya keluar sejauh ini. 183 00:20:40,916 --> 00:20:43,541 Kalau kita asyik dengar cakap saja, 184 00:20:43,625 --> 00:20:45,250 apa-apa pun kita tak boleh buat. 185 00:20:45,375 --> 00:20:46,208 Saya dulu! 186 00:20:48,541 --> 00:20:50,750 Pergilah. Hati-hati dengan lopak air. 187 00:20:51,875 --> 00:20:53,375 Jaga kepala awak. 188 00:20:55,291 --> 00:20:56,125 Di sini! 189 00:20:56,625 --> 00:20:57,750 Nori! 190 00:20:58,625 --> 00:20:59,916 -Saya di sini. -Berhenti. 191 00:21:00,333 --> 00:21:01,166 Ia… 192 00:21:01,625 --> 00:21:02,708 Nori! 193 00:21:07,916 --> 00:21:09,000 Seronoknya. 194 00:21:11,875 --> 00:21:13,125 Mari. 195 00:21:13,208 --> 00:21:14,958 Boleh kita balik sekarang? 196 00:21:15,041 --> 00:21:17,750 -Tapi awak belum melihatnya. -Lihat apa? 197 00:21:17,833 --> 00:21:20,750 Tempat menarik untuk trol salji sembunyi. 198 00:21:21,916 --> 00:21:23,541 Menakjubkan. 199 00:21:34,083 --> 00:21:35,250 Nori! 200 00:21:55,000 --> 00:21:56,166 Nori! 201 00:21:57,375 --> 00:21:58,541 Saya jumpa sesuatu. 202 00:22:00,000 --> 00:22:01,708 Ada sesuatu di dalam lumpur. 203 00:22:02,583 --> 00:22:03,750 Apa bendanya? 204 00:22:05,833 --> 00:22:07,250 Ia macam kesan tapak kaki. 205 00:22:09,500 --> 00:22:10,541 Tapak kaki anjing. 206 00:22:11,250 --> 00:22:14,166 Anjing memang suka beri. 207 00:22:20,916 --> 00:22:23,000 Anjing itu nak makan beri kita? 208 00:22:23,083 --> 00:22:25,166 Tidak, kalau ia tak nampak kita. 209 00:22:25,916 --> 00:22:29,250 Hei, pegang tangan dan jalan berpasangan. Jom kita balik. 210 00:22:29,333 --> 00:22:31,791 -Kenapa terburu-buru? -Ada serigala. 211 00:22:34,125 --> 00:22:35,875 Kakak dah suruh. Jom balik. 212 00:22:35,958 --> 00:22:37,791 Jom kita balik. Ayuh. 213 00:22:37,875 --> 00:22:40,750 Orang pertama sampai dapat pai semasa Pesta Tuai. 214 00:22:40,833 --> 00:22:43,041 Ayuh. Kita boleh pergi sampai ke pagar. 215 00:22:43,125 --> 00:22:47,333 Ingat, kalau orang tanya, cakap yang kita cuma cari siput babi. 216 00:22:57,125 --> 00:23:01,083 "Barat Jauh… Tanah Abadi… 217 00:23:01,166 --> 00:23:02,916 "Akhirnya, mereka akan… 218 00:23:03,875 --> 00:23:05,083 "Pulang. 219 00:23:07,625 --> 00:23:11,458 "Selama berabad-abad lamanya, mereka mengharungi batuan dan rekahan 220 00:23:11,541 --> 00:23:14,166 "untuk menghapuskan saki-baki musuh kita. 221 00:23:14,750 --> 00:23:17,416 "Seperti titisan air hujan yang menyucikan…" 222 00:23:18,375 --> 00:23:19,458 "Binatang mati." 223 00:23:21,583 --> 00:23:24,916 "Seperti titisan air hujan yang menyucikan…" 224 00:23:26,708 --> 00:23:28,041 Herald Elrond. 225 00:23:30,500 --> 00:23:31,666 Akhirnya. 226 00:23:32,833 --> 00:23:35,666 Ya. Saya seolah-olah tidak mahu ditemui. 227 00:23:35,958 --> 00:23:37,250 Berita apa? 228 00:23:37,333 --> 00:23:39,083 Majlis ingin memaklumkan 229 00:23:39,166 --> 00:23:41,750 yang awak dilarang menghadiri sesi seterusnya. 230 00:23:44,000 --> 00:23:45,375 Lord Elf saja boleh hadir. 231 00:23:48,375 --> 00:23:49,791 Ada lagi berita lain? 232 00:23:49,875 --> 00:23:52,000 Ya. Kawan awak dah tiba. 233 00:23:52,916 --> 00:23:55,333 Betulkah? Kenapa tak cakap awal-awal? 234 00:24:02,250 --> 00:24:03,458 Untuk upacara itu. 235 00:24:05,500 --> 00:24:11,500 LINDON Ibu Kota Elf Bangsawan 236 00:24:21,500 --> 00:24:22,666 Galadriel. 237 00:24:24,666 --> 00:24:25,625 Elrond. 238 00:24:27,041 --> 00:24:29,041 Lindon mengalu-alukan awak. 239 00:24:29,125 --> 00:24:30,791 Saya berbesar hati. 240 00:24:36,291 --> 00:24:40,208 Orang kata kita akan terdengar sebuah lagu apabila kita ke seberang. 241 00:24:40,291 --> 00:24:42,416 Lagu yang membawakan kenangan kita. 242 00:24:43,625 --> 00:24:45,083 Kita disinari cahaya 243 00:24:45,166 --> 00:24:48,875 yang lebih mengkhayalkan daripada mana-mana perasaan di Dunia Tengah. 244 00:24:48,958 --> 00:24:53,208 Perasaan itu sajalah yang saya tahu semasa saya kecil. 245 00:24:53,291 --> 00:24:55,000 Tapi tengoklah awak sekarang. 246 00:24:55,083 --> 00:24:58,083 Komander Tentera Utara. Pahlawan Tanah Tandus. 247 00:24:58,750 --> 00:25:03,041 Saya sangka awak dalam keadaan berlumuran kotoran dan lumpur. 248 00:25:03,125 --> 00:25:06,166 Kali ini, kita diserang luka beku dan berlumuran darah trol 249 00:25:07,166 --> 00:25:08,250 dan tiada tentera. 250 00:25:09,375 --> 00:25:10,791 Ceritakan semuanya. 251 00:25:11,458 --> 00:25:14,791 Tanda itu membuktikan yang Sauron berjaya melarikan diri. 252 00:25:14,875 --> 00:25:16,125 Dia masih di luar sana. 253 00:25:16,541 --> 00:25:18,166 Tapi persoalannya, di mana? 254 00:25:19,250 --> 00:25:22,125 Saya mahu memohon pasukan pahlawan baru daripada raja. 255 00:25:22,208 --> 00:25:25,208 -Kalau dia peruntukkan… -Tapi awak baru saja tiba. 256 00:25:25,291 --> 00:25:27,500 Perlukah awak berangkat serta-merta? 257 00:25:27,583 --> 00:25:29,416 Awak pun tahu saya terpaksa. 258 00:25:30,250 --> 00:25:33,666 Kita ada banyak masa lagi untuk membincangkan isu rasmi. 259 00:25:34,708 --> 00:25:36,291 Ceritalah tentang awak pula. 260 00:25:37,708 --> 00:25:39,291 Pengalaman getir awak. 261 00:25:40,000 --> 00:25:41,083 Aduhai, Elrond. 262 00:25:41,166 --> 00:25:43,291 Awak dah jadi ahli politik sekarang. 263 00:25:43,375 --> 00:25:45,125 Awak cakap macamlah keji sangat. 264 00:25:45,208 --> 00:25:48,541 Saya tak mudah termakan pujian yang tak bermakna. 265 00:25:49,875 --> 00:25:52,291 Saya mahu berjumpa raja sekarang. 266 00:25:54,708 --> 00:25:56,416 Awak dah jelaskan niat awak. 267 00:25:57,750 --> 00:25:59,708 Biar saya jelaskan niat saya pula. 268 00:26:02,750 --> 00:26:05,583 Bukan pahlawan awak yang ingkar arahan awak, 269 00:26:06,083 --> 00:26:08,416 tapi awak yang ingkar perintah raja 270 00:26:09,291 --> 00:26:12,041 dengan melampaui had yang telah ditetapkan. 271 00:26:13,750 --> 00:26:15,333 Namun, atas kemurahan hatinya, 272 00:26:15,416 --> 00:26:18,125 baginda telah berkenan untuk mengiktiraf kejayaan awak 273 00:26:18,958 --> 00:26:21,291 dan mengetepikan kebiadaban awak. 274 00:26:23,750 --> 00:26:25,416 Kalau awak berdegil lagi, 275 00:26:25,500 --> 00:26:28,916 baginda mungkin akan bertindak lebih tegas. 276 00:26:35,416 --> 00:26:38,458 Awak nak aturkan pertemuan kami atau tidak? 277 00:26:40,583 --> 00:26:43,541 Jika awak masih mahu menemuinya selepas upacara itu, 278 00:26:43,625 --> 00:26:45,041 maka, saya akan aturkannya. 279 00:26:57,333 --> 00:26:58,833 Dia sudah pulang. 280 00:26:58,916 --> 00:27:01,500 -Kamu sihat? -Ya, ayah. 281 00:27:01,583 --> 00:27:03,041 Hebat! 282 00:27:03,125 --> 00:27:06,125 Kamu jumpa semua itu di tebing sungai? 283 00:27:06,958 --> 00:27:08,916 Kamu ada dengar tentang pengembara itu? 284 00:27:09,000 --> 00:27:11,416 -Pengembara? -Pemburu. 285 00:27:12,000 --> 00:27:13,333 Ada dua. 286 00:27:13,416 --> 00:27:15,500 Sebesar batu tongkol. 287 00:27:15,583 --> 00:27:17,041 Di atas rabung itu. 288 00:27:17,125 --> 00:27:18,625 Saya tak perasan pula. 289 00:27:18,708 --> 00:27:22,375 Kalau kamu tak keluar jauh, kamu tentu perasan. 290 00:27:31,208 --> 00:27:33,416 Kamu pergi ke ladang lama lagi, 291 00:27:34,125 --> 00:27:35,291 bukan? 292 00:27:36,416 --> 00:27:37,416 Saya berhati-hati. 293 00:27:37,500 --> 00:27:39,416 Tapi adik-adik bukan macam kamu. 294 00:27:39,500 --> 00:27:41,083 Maaflah, saya tak tahu. 295 00:27:41,166 --> 00:27:43,750 Pemburu tak pernah datang sebelum musim menuai. 296 00:27:44,416 --> 00:27:45,625 Serigala pun sama. 297 00:27:48,500 --> 00:27:51,041 Mungkin kawasan selatan bergolak. 298 00:27:51,125 --> 00:27:54,208 Apa kaitannya dengan kamu, Elanor Brandyfoot? 299 00:27:58,666 --> 00:28:00,375 Tak pernahkah mak terfikir… 300 00:28:01,416 --> 00:28:02,916 Apa lagi yang di luar sana? 301 00:28:03,541 --> 00:28:04,875 Ke mana sungai mengalir 302 00:28:04,958 --> 00:28:08,583 atau di mana burung pipit belajar lagu barunya? 303 00:28:09,166 --> 00:28:13,333 Saya pasti ada banyak keajaiban di dunia ini. 304 00:28:13,875 --> 00:28:15,500 Di luar kawasan kita. 305 00:28:16,458 --> 00:28:18,000 Mak dah kata 306 00:28:18,750 --> 00:28:20,583 berkali-kali. 307 00:28:22,500 --> 00:28:24,916 Elf lindungi hutan. 308 00:28:25,000 --> 00:28:28,250 Orang Kerdil lindungi lombong. Manusia lindungi ladang. 309 00:28:29,166 --> 00:28:32,833 Pokok pun perlu melindungi tanah yang dicengkam akarnya. 310 00:28:33,458 --> 00:28:37,291 Tapi kita, bangsa Harfoot bebas daripada masalah dunia. 311 00:28:37,375 --> 00:28:41,125 Kita cuma riak air di sungai panjang yang mengalir. 312 00:28:41,541 --> 00:28:43,958 Haluan kita bergantung pada musim. 313 00:28:44,833 --> 00:28:47,708 Kita tak melencong dan tak jalan bersendirian. 314 00:28:49,708 --> 00:28:52,416 Kita ada satu sama lain. Kita selamat. 315 00:28:53,875 --> 00:28:55,375 Sebab itulah kita masih hidup. 316 00:28:58,750 --> 00:29:00,875 Pergilah tolong ayah kamu. 317 00:29:03,583 --> 00:29:07,000 Itulah masalahnya. Roda sepatutnya bulat. 318 00:29:40,708 --> 00:29:44,666 Pahlawan-pahlawan berani ini 319 00:29:44,750 --> 00:29:49,291 melutut di hadapan kita dengan penuh kemenangan. 320 00:29:50,958 --> 00:29:53,708 Walaupun Morgoth tumpas sezaman yang lalu, 321 00:29:54,416 --> 00:29:58,208 ada antara kita yang khuatir kejahatan baru akan bangkit. 322 00:29:58,291 --> 00:30:00,125 Maka, selama berabad-abad, 323 00:30:00,208 --> 00:30:04,291 pasukan tentera ini mengharungi batuan dan rekahan 324 00:30:04,375 --> 00:30:07,625 untuk menghapuskan saki-baki musuh kita 325 00:30:07,708 --> 00:30:11,416 seperti titisan air hujan yang menyucikan tulang bangkai. 326 00:30:14,125 --> 00:30:15,458 Kini, akhirnya, 327 00:30:16,666 --> 00:30:20,041 mereka kembali membawa kejayaan 328 00:30:20,125 --> 00:30:23,250 kerana mereka telah membuktikan 329 00:30:23,333 --> 00:30:27,458 yang perang sudah benar-benar tamat. 330 00:30:29,791 --> 00:30:30,875 Hari ini… 331 00:30:32,708 --> 00:30:35,541 Kedamaian bermula. 332 00:31:01,541 --> 00:31:04,958 Juga sebagai tanda terima kasih, 333 00:31:06,041 --> 00:31:08,583 wira-wira kita akan diberi penghormatan 334 00:31:08,666 --> 00:31:11,416 yang tiada tandingannya. 335 00:31:11,500 --> 00:31:14,791 Mereka akan dibawa ke Grey Havens 336 00:31:14,875 --> 00:31:19,208 dan diberikan laluan merentasi laut untuk hidup selamanya 337 00:31:20,291 --> 00:31:24,000 di Alam Kudus di Barat Jauh. 338 00:31:24,083 --> 00:31:27,250 Tanah Abadi Valinor. 339 00:31:28,083 --> 00:31:31,916 Akhirnya, mereka akan pulang. 340 00:32:34,041 --> 00:32:37,375 Awak mahu berdiri saja dan mendengus macam Orc? 341 00:32:40,583 --> 00:32:44,000 Orang kata kemenangan sangat manis 342 00:32:44,083 --> 00:32:46,666 bagi mereka yang telah lama terseksa. 343 00:32:47,416 --> 00:32:49,250 Saya tak rasa berjaya pun. 344 00:32:49,333 --> 00:32:52,375 Awak berhak menerima penghormatan ini. 345 00:32:53,250 --> 00:32:54,916 Abang awak tentu rasa bangga. 346 00:33:01,208 --> 00:33:03,958 Saya ingat lagi ketika patung ini diukir. 347 00:33:05,291 --> 00:33:08,708 Wajah mereka yang gugur dikekalkan pada benda hidup. 348 00:33:08,791 --> 00:33:12,541 Agaknya saya juga percaya saya akan disemadikan di sini 349 00:33:12,625 --> 00:33:13,916 bersama mereka. 350 00:33:14,958 --> 00:33:16,875 Sebaliknya, saya perlu pergi. 351 00:33:18,458 --> 00:33:22,458 Ini anugerah raja kepada awak. 352 00:33:26,000 --> 00:33:28,000 Anugerah yang saya terpaksa tolak. 353 00:33:29,125 --> 00:33:30,125 Galadriel, awak… 354 00:33:30,208 --> 00:33:32,916 Abang saya terkorban semasa memburu Sauron. 355 00:33:34,416 --> 00:33:36,416 Kini, saya galas tanggungjawabnya. 356 00:33:39,250 --> 00:33:42,458 Saya mahu pergi mencari musuh yang lari ke utara. 357 00:33:44,083 --> 00:33:46,125 Bersendirian, jika perlu. 358 00:33:48,291 --> 00:33:51,291 Ya. Simbol misteri awak. 359 00:33:51,375 --> 00:33:53,208 Saya dah tunjuk kepada raja. 360 00:33:53,291 --> 00:33:55,083 -Jadi kenapa… -Kewujudan simbol itu 361 00:33:55,166 --> 00:33:57,708 tak bermakna awak hampir menjumpai Sauron. 362 00:33:57,791 --> 00:34:01,166 Ia dah berakhir. Kejahatan sudah tiada. 363 00:34:01,250 --> 00:34:03,625 Jadi kenapa ia masih terasa dalam hati saya? 364 00:34:05,041 --> 00:34:07,041 Setelah segala yang awak lalui, 365 00:34:08,416 --> 00:34:10,666 memang patutlah awak rasa serba salah. 366 00:34:11,666 --> 00:34:13,125 Serba salah? 367 00:34:16,750 --> 00:34:19,666 Syukurlah awak tak kenal kejahatan seperti saya. 368 00:34:20,875 --> 00:34:23,125 Tapi awak tak lihat segala yang saya lihat. 369 00:34:23,208 --> 00:34:24,250 Saya pernah lihat. 370 00:34:24,333 --> 00:34:27,958 Tapi awak tak lihat segala yang saya lihat. 371 00:34:28,791 --> 00:34:30,916 Kejahatan tak pernah tidur, Elrond. 372 00:34:32,250 --> 00:34:33,458 Ia menunggu 373 00:34:34,125 --> 00:34:36,958 dan apabila kita rasa selesa, 374 00:34:37,041 --> 00:34:38,458 ia serang kita. 375 00:34:40,416 --> 00:34:43,041 Katakanlah kebimbangan awak berasas 376 00:34:43,125 --> 00:34:46,458 dan musuh ini menunggu di luar sana. 377 00:34:47,125 --> 00:34:50,291 Yakinkah awak yang pemburuannya akan memuaskan hati awak? 378 00:34:50,375 --> 00:34:54,041 Yang satu lagi Orc di mata pedang awak akan menenangkan hati awak? 379 00:34:54,125 --> 00:34:56,041 -Kalau awak salah… -Saya tak salah. 380 00:34:56,125 --> 00:34:57,583 Kalau awak salah, 381 00:34:58,458 --> 00:35:01,625 adakah ramai lagi Elf akan mati di bumi asing? 382 00:35:03,458 --> 00:35:05,583 Untuk meyakinkan diri awak akan usaha awak, 383 00:35:05,666 --> 00:35:08,500 berapa banyak lagi patung yang awak mahu tambah? 384 00:35:09,333 --> 00:35:11,958 Tiada sesiapa yang pernah menolak seruan. 385 00:35:12,791 --> 00:35:14,875 Jemputan ini takkan berulang. 386 00:35:15,750 --> 00:35:18,750 Awak hanya berlegar-legar di sini, terpulau, 387 00:35:18,833 --> 00:35:21,083 dihantui bisikan dan mimpi ghaib. 388 00:35:21,166 --> 00:35:24,333 Awak pasti nasib saya lebih baik di Barat? 389 00:35:25,458 --> 00:35:28,916 Di tempat lagu yang mempersendakan perang akan terngiang-ngiang? 390 00:35:30,916 --> 00:35:34,833 Awak kata saya telah menumpaskan kejahatan di Dunia Tengah, 391 00:35:36,375 --> 00:35:38,583 tapi awak biar ia kekal 392 00:35:39,666 --> 00:35:41,000 dan terus menghantui saya? 393 00:35:42,000 --> 00:35:45,916 Abadi, malar dan teguh 394 00:35:46,958 --> 00:35:49,333 di dunia yang indah sempurna? 395 00:35:49,416 --> 00:35:51,833 Hanya di Alam Kudus, 396 00:35:51,916 --> 00:35:54,416 kedukaan awak boleh dihapuskan. 397 00:35:55,250 --> 00:35:56,333 Pergilah ke sana, 398 00:35:56,833 --> 00:35:58,625 dan saya berjanji… 399 00:35:59,333 --> 00:36:03,250 Sekiranya ada khabar tentang ancaman yang awak katakan itu, 400 00:36:03,750 --> 00:36:06,125 saya akan menghapuskannya. 401 00:36:08,000 --> 00:36:10,416 Awak sudah lama berjuang, Galadriel. 402 00:36:13,000 --> 00:36:14,541 Gantunglah pedang awak. 403 00:36:15,291 --> 00:36:17,208 Tapi siapalah saya tanpanya? 404 00:36:17,291 --> 00:36:18,916 Diri awak selama ini. 405 00:36:21,875 --> 00:36:23,125 Kawan saya. 406 00:36:42,083 --> 00:36:43,541 TANAH SELATAN Bumi Manusia 407 00:37:20,291 --> 00:37:21,708 Selamat malam. 408 00:37:21,791 --> 00:37:23,333 Caraes dalam tiga langkah. 409 00:37:28,166 --> 00:37:29,625 Dia mungkin diracun. 410 00:37:29,708 --> 00:37:31,625 Diracun oleh siapa? 411 00:37:32,166 --> 00:37:35,250 Entah-entah oleh si pelapornya. 412 00:37:47,375 --> 00:37:48,583 Arondir. 413 00:37:49,916 --> 00:37:52,250 Betulkah dua minggu dah berlalu? 414 00:37:53,458 --> 00:37:54,583 Ya. 415 00:37:56,416 --> 00:38:00,083 Tak banyak yang dapat dilaporkan kali ini. 416 00:38:00,166 --> 00:38:03,583 Ada beberapa pertikaian kecil, pengendalian dadu yang salah 417 00:38:04,166 --> 00:38:06,291 dan… Ya! 418 00:38:06,375 --> 00:38:08,833 Ada kejadian menarik Selasa lepas. 419 00:38:08,916 --> 00:38:10,833 Lelaki bergaduh kerana perempuan. 420 00:38:11,250 --> 00:38:14,666 Tumpuan si laki kurang, si gadis mudah terpikat. Biasalah. 421 00:38:16,875 --> 00:38:19,000 Awak mahu minum? 422 00:38:19,083 --> 00:38:21,291 Telaga saya juga milik awak. 423 00:38:21,375 --> 00:38:22,875 Bagaimana dengan racun itu? 424 00:38:23,375 --> 00:38:24,416 Racun apa? 425 00:38:24,500 --> 00:38:26,291 Yang awak baru sebut tadi. 426 00:38:26,375 --> 00:38:27,500 Tidak. 427 00:38:27,583 --> 00:38:30,625 Tadi dia ceritakan tentang rumput beracun. 428 00:38:32,125 --> 00:38:34,958 Seseorang beritahu saya yang padang ragutnya rosak. 429 00:38:35,041 --> 00:38:37,208 Cuma lalang yang tumbuh. 430 00:38:37,291 --> 00:38:40,000 Orang itu dari mana? 431 00:38:40,500 --> 00:38:42,000 Rasanya dari Timur. 432 00:38:42,750 --> 00:38:44,166 Bilakah dia berada di sini? 433 00:38:44,625 --> 00:38:47,291 Lupakan saja. 434 00:38:48,208 --> 00:38:50,250 Ia cuma rumput. 435 00:38:51,333 --> 00:38:55,625 Golongan yang awak kaitkan dengan kami itu dah lama mati. 436 00:38:55,708 --> 00:38:58,541 Bilalah kamu mahu lupakan kisah silam? 437 00:39:02,416 --> 00:39:05,958 Mahu tak mahu, kisah silam sentiasa bersama kita. 438 00:39:06,833 --> 00:39:10,833 Suatu hari nanti, raja sebenar kami akan kembali 439 00:39:11,958 --> 00:39:16,458 dan membebaskan kami daripada taklukan awak. 440 00:39:16,541 --> 00:39:18,208 Sabar, nak. Bawa bertenang. 441 00:39:31,083 --> 00:39:31,916 Sudahlah tu. 442 00:39:35,208 --> 00:39:37,208 Ada apa-apa lagi? 443 00:40:00,791 --> 00:40:02,208 Hulurkan tangan awak. 444 00:40:20,833 --> 00:40:22,000 Benih alfirin. 445 00:40:25,000 --> 00:40:27,666 Saya hanya pernah melihatnya semasa saya kecil. 446 00:40:28,416 --> 00:40:29,916 Di mana awak jumpa benih ini? 447 00:40:30,583 --> 00:40:34,041 Saya dapat daripada dukun yang lalu di sini. 448 00:40:34,125 --> 00:40:36,250 Kami hancurkan kelopaknya untuk buat salap. 449 00:40:36,333 --> 00:40:37,958 Kamu hancurkannya? 450 00:40:38,041 --> 00:40:39,500 Dengan lemah lembut. 451 00:40:42,958 --> 00:40:44,958 Kaum awak ada dukun? 452 00:40:45,041 --> 00:40:46,416 Ada. 453 00:40:46,500 --> 00:40:48,333 Tapi kami gelar mereka tukang. 454 00:40:49,291 --> 00:40:53,333 Kebanyakan luka di badan kami sembuh sendiri, 455 00:40:53,416 --> 00:40:57,833 jadi mereka perlu berusaha mencantikkan kebenaran 456 00:40:58,791 --> 00:41:01,458 kerana keindahan mampu menyembuhkan jiwa. 457 00:41:03,750 --> 00:41:06,458 Kalau begitu, semoga awak rasa bunga alfirin indah. 458 00:41:13,750 --> 00:41:15,416 Jumpa lagi. 459 00:41:15,500 --> 00:41:16,583 Tentera. 460 00:41:27,291 --> 00:41:28,916 Ada sebarang laporan? 461 00:41:30,208 --> 00:41:31,875 Tiada apa-apa yang luar biasa. 462 00:41:34,458 --> 00:41:35,666 Telaga itu… 463 00:41:37,083 --> 00:41:38,333 Bagaimana keadaannya? 464 00:41:39,875 --> 00:41:41,291 Awak dapat ambil air? 465 00:41:42,208 --> 00:41:43,958 Mereka menunggu kita di Ostirith. 466 00:41:46,083 --> 00:41:48,916 Awak tak terfikirkah hukuman yang saya mungkin terima 467 00:41:49,000 --> 00:41:51,916 jika Pengawas tahu perbuatan awak ini? 468 00:41:52,000 --> 00:41:53,666 Saya tak faham maksud awak. 469 00:41:53,750 --> 00:41:55,250 Bukan mudah untuk jaga mereka 470 00:41:55,333 --> 00:41:57,416 apabila saya juga perlu awasi awak. 471 00:41:57,500 --> 00:41:58,750 Awak fikir saya buta? 472 00:41:58,833 --> 00:42:02,000 Tidak. Saya rasa awak kuat membebel 473 00:42:02,708 --> 00:42:04,625 dan busuk macam daun reput. 474 00:42:04,708 --> 00:42:06,208 Mana ada. 475 00:42:06,291 --> 00:42:07,458 Ada. 476 00:42:15,291 --> 00:42:18,291 Pokoknya, menurut sejarah, hanya dua kali 477 00:42:18,375 --> 00:42:21,500 manusia dan Elf cuba bersatu 478 00:42:21,583 --> 00:42:24,083 dan kedua-duanya berakhir dengan buruk. 479 00:42:24,166 --> 00:42:25,250 Ramai yang mati. 480 00:42:25,333 --> 00:42:27,250 Awak tak perlu ingatkan saya. 481 00:42:28,833 --> 00:42:30,416 Jadi, kenapa awak buat juga? 482 00:42:31,208 --> 00:42:32,916 Beri saya satu sebab. 483 00:42:33,000 --> 00:42:34,833 Arondir! Médhor! 484 00:42:36,291 --> 00:42:39,208 Raja isytiharkan yang perang dah tamat. 485 00:42:40,666 --> 00:42:43,083 Semua kota kara akan ditutup. 486 00:42:44,541 --> 00:42:45,625 Kita boleh pulang. 487 00:43:12,791 --> 00:43:14,375 Awak tengok buat kali terakhir? 488 00:43:16,500 --> 00:43:19,000 Selama 79 tahun saya ditempatkan di sini. 489 00:43:21,125 --> 00:43:23,791 Agaknya saya dah biasa dengannya. 490 00:43:25,458 --> 00:43:29,000 Tak sangka yang tempat ini tandus suatu masa dulu? 491 00:43:29,083 --> 00:43:31,083 Ia dah banyak berubah, Pengawas. 492 00:43:31,958 --> 00:43:34,041 Tapi penghuni di sini masih sama. 493 00:43:34,541 --> 00:43:38,541 Kejahatan masih ada dalam diri mereka yang menyokong Morgoth. 494 00:43:40,958 --> 00:43:42,833 Itu dah lama berlalu, Pengawas. 495 00:43:47,833 --> 00:43:49,541 Apa kerja awak sebelum perang? 496 00:43:50,458 --> 00:43:51,583 Petani. 497 00:43:51,666 --> 00:43:55,333 Maka awak akan bawa pulang banyak kurniaan. 498 00:43:55,416 --> 00:43:58,208 Anugerah, gelaran. 499 00:43:59,500 --> 00:44:01,166 Awak akan mulakan hidup baru. 500 00:44:02,166 --> 00:44:04,208 Tapi ingat, Arondir, 501 00:44:04,833 --> 00:44:08,416 selama 79 tahun awak mengawasi penduduk Tirharad, 502 00:44:08,500 --> 00:44:11,416 bukan kerana apa nenek moyang mereka pernah buat, 503 00:44:12,875 --> 00:44:14,875 tapi kerana diri mereka sekarang. 504 00:44:20,416 --> 00:44:21,625 Bersyukurlah 505 00:44:23,166 --> 00:44:25,333 kerana awak takkan jumpa mereka lagi. 506 00:45:03,958 --> 00:45:07,166 Hati-hati. Itu serbuk akar api. Buat perlahan-lahan. 507 00:45:07,250 --> 00:45:09,333 Terperuklah saya di sini sepanjang hari. 508 00:45:09,416 --> 00:45:11,291 Awak meragam pagi ini. 509 00:45:11,375 --> 00:45:14,000 Saya tak cukup tidur. Tikus sibuk bekerja 510 00:45:14,083 --> 00:45:16,125 -di bawah papan lantai. -Sekali lagi? 511 00:45:16,208 --> 00:45:18,916 Sejak tiga malam lepas. Ia mengais dan mencakar. 512 00:45:22,416 --> 00:45:24,250 Kenapa dia datang? 513 00:45:35,250 --> 00:45:36,750 Dengar kata, awak akan pergi. 514 00:45:37,791 --> 00:45:38,958 Benar. 515 00:45:41,166 --> 00:45:43,166 Mana ahli pasukan yang lain? 516 00:45:44,458 --> 00:45:48,000 Mungkin sedang mencari saya sekarang. 517 00:45:48,708 --> 00:45:50,375 Jadi kenapa awak di rumah saya? 518 00:46:03,750 --> 00:46:05,583 Luahkan saja isi hati awak. 519 00:46:05,666 --> 00:46:07,166 Saya dah luahkannya. 520 00:46:08,041 --> 00:46:11,583 Ratusan kali dalam pelbagai cara, cuma bukan dengan kata-kata. 521 00:46:13,583 --> 00:46:14,708 Mak. 522 00:46:16,250 --> 00:46:17,916 Ada orang nak jumpa. 523 00:46:26,875 --> 00:46:27,958 Mak. 524 00:46:31,291 --> 00:46:33,125 Awak boleh juga rawat haiwan? 525 00:46:35,583 --> 00:46:37,583 Tolonglah periksa haiwan saya. 526 00:46:38,500 --> 00:46:41,541 Ia sakit. 527 00:46:42,291 --> 00:46:43,708 Sakit apa? 528 00:46:51,041 --> 00:46:52,541 Ini bukan demam. 529 00:46:54,541 --> 00:46:57,166 Kudis pun tak ada. 530 00:46:58,375 --> 00:47:00,000 Apa yang ia makan? 531 00:47:00,083 --> 00:47:01,833 Ia ada merayau ke arah timur. 532 00:47:03,125 --> 00:47:04,416 Mungkin ia makan sesuatu? 533 00:47:09,208 --> 00:47:12,041 Apa benda yang keluar itu? 534 00:47:13,333 --> 00:47:14,916 Ia merayau sejauh mana? 535 00:47:15,000 --> 00:47:17,375 Mungkin sampai Hordern. 536 00:47:24,625 --> 00:47:25,833 Awak nak ke mana? 537 00:47:25,916 --> 00:47:29,166 Hordern agak jauh, tapi saya boleh tiba di sana sebelum senja. 538 00:47:29,250 --> 00:47:30,583 Saya nak ikut. 539 00:47:43,083 --> 00:47:44,833 Cepat sikit. 540 00:47:44,916 --> 00:47:47,666 Kalau dia jumpa kita, teruk kita kena pukul nanti. 541 00:47:50,875 --> 00:47:53,000 Saya menemuinya tanpa sengaja. 542 00:47:53,083 --> 00:47:54,375 Saya terpijak papan ini. 543 00:47:56,916 --> 00:47:58,083 Jadi, 544 00:47:59,083 --> 00:48:01,625 betulkah khabar tentang mak awak itu? 545 00:48:02,583 --> 00:48:04,000 Khabar apa? 546 00:48:04,708 --> 00:48:08,500 Katanya Waldreg terjumpa dia dan seorang Elf 547 00:48:08,625 --> 00:48:11,125 bermesra di telaganya tempoh hari. 548 00:48:11,208 --> 00:48:12,333 Siapa yang cerita? 549 00:48:12,416 --> 00:48:13,666 Semua orang. 550 00:48:14,125 --> 00:48:15,291 Mereka tipu. 551 00:48:15,833 --> 00:48:18,375 Mungkin sebab itu ayah awak tinggalkan dia. 552 00:48:18,458 --> 00:48:19,791 Itu tak benar. 553 00:48:19,875 --> 00:48:21,708 Jadi, apa yang terjadi? 554 00:48:21,791 --> 00:48:23,458 Awak pun tak tahu, ya? 555 00:48:27,000 --> 00:48:29,833 Ada ganjaran untuk orang yang menangkapnya. 556 00:48:31,416 --> 00:48:32,916 Inilah namanya ganjaran. 557 00:48:53,125 --> 00:48:54,125 Hati-hatilah sikit! 558 00:48:56,625 --> 00:48:57,708 Ayuh, cepat. 559 00:49:36,541 --> 00:49:38,541 Patik dah tak nampak dia lagi. 560 00:49:39,750 --> 00:49:42,833 Galadriel sangat yakin pencariannya akan diteruskan. 561 00:49:44,083 --> 00:49:47,083 Menurut ramalan kami, kalau dia meneruskannya, 562 00:49:47,166 --> 00:49:52,541 kejahatan yang dia cuba tumpaskan akan terus berkekalan. 563 00:49:54,583 --> 00:49:57,666 Ibarat angin yang cuba memadamkan api, 564 00:49:57,750 --> 00:50:00,166 tapi turut menyebarkannya. 565 00:50:02,000 --> 00:50:03,750 Bayangan yang dia cari… 566 00:50:06,583 --> 00:50:08,166 Tuanku rasa ia wujud? 567 00:50:08,791 --> 00:50:11,416 Cubalah reda dengan keputusan beta. 568 00:50:12,750 --> 00:50:14,958 Kamu dah ambil tindakan yang tepat 569 00:50:15,041 --> 00:50:18,333 untuk Galadriel dan Dunia Tengah. 570 00:50:20,291 --> 00:50:22,291 Patik pun kurang pasti 571 00:50:24,208 --> 00:50:26,416 apabila kawan dan tanggungjawab berbaur. 572 00:50:28,416 --> 00:50:31,083 Itulah beban pemimpin 573 00:50:32,000 --> 00:50:34,208 dan mereka yang ingin memimpin. 574 00:50:35,958 --> 00:50:38,250 Galadriel belayar ke arah matahari terbenam. 575 00:50:38,333 --> 00:50:43,166 Kita perlu tumpukan pada masa depan. 576 00:50:45,291 --> 00:50:46,458 Tapi untuk tujuan itu, 577 00:50:48,041 --> 00:50:51,625 kamu tahu tentang hasil kerja Lord Celebrimbor? 578 00:50:52,666 --> 00:50:55,083 Tukang besi Elf yang terulung. Ya, mestilah. 579 00:50:55,500 --> 00:50:59,166 Saya kagumi hasil kerjanya sejak saya kecil? Kenapa tuanku tanya? 580 00:50:59,250 --> 00:51:04,000 Dia akan memulakan satu projek yang sangat penting 581 00:51:05,083 --> 00:51:08,208 dan kami mahu kamu bekerja dengannya. 582 00:51:11,166 --> 00:51:14,666 Tapi kamu jelaskanlah sendiri, Lord Celebrimbor. 583 00:51:30,250 --> 00:51:33,291 Mula-mula, manusia, sekarang, bintang. 584 00:51:35,000 --> 00:51:37,333 Mata terbuka ketika mereka tidur. 585 00:51:41,291 --> 00:51:42,583 Seolah-olah… 586 00:51:44,208 --> 00:51:46,375 Mereka tercari-cari sesuatu. 587 00:51:46,875 --> 00:51:47,958 Cari apa? 588 00:51:48,875 --> 00:51:51,833 Kamu nak kena marah? Kalau tak nak, jangan menyibuk. 589 00:51:51,916 --> 00:51:53,750 Apa yang awak nampak di atas sana? 590 00:51:53,833 --> 00:51:56,041 Elanor Brandyfoot, kamu sama macam ayah kamu. 591 00:51:56,125 --> 00:51:57,958 Suka betul cari pasal, 592 00:51:58,041 --> 00:52:02,250 semua benda pun kamu nak tahu, tak macam Harfoot lain. 593 00:52:02,333 --> 00:52:05,041 Kamu pasti kamu bukan kacukan tupai? 594 00:52:06,458 --> 00:52:09,208 Sadoc, tolonglah. 595 00:52:10,000 --> 00:52:11,208 Beritahulah saya. 596 00:52:13,958 --> 00:52:16,541 Langit nampak aneh. 597 00:52:20,291 --> 00:52:21,375 Aneh yang bagaimana? 598 00:52:21,458 --> 00:52:23,333 Nori! Mana gris? 599 00:52:23,416 --> 00:52:24,666 Sebentar. 600 00:52:33,416 --> 00:52:35,958 Kamu biasa dengan penduduk pekan Hordern? 601 00:52:36,041 --> 00:52:38,875 Ya, rasanya. Saya lahir di sana. 602 00:52:40,875 --> 00:52:42,041 Kenapa? 603 00:52:42,125 --> 00:52:45,583 Penduduknya terkenal 604 00:52:45,666 --> 00:52:47,333 kerana setia kepada Morgoth. 605 00:52:48,458 --> 00:52:49,875 Apa awak kata? 606 00:52:53,916 --> 00:52:55,166 Kebenaran. 607 00:52:56,416 --> 00:52:58,416 Mereka kawan-kawan saya. 608 00:52:58,500 --> 00:53:01,083 Kami rapat. Saya kenal mereka. Mereka baik. 609 00:53:05,250 --> 00:53:07,041 Sebab itulah saya bersama awak. 610 00:53:09,500 --> 00:53:11,125 Bukan bersama Pengawas. 611 00:53:12,166 --> 00:53:13,416 Bronwyn. 612 00:53:20,125 --> 00:53:24,041 Awak saja yang baik terhadap saya selama saya berada di sini. 613 00:53:40,708 --> 00:53:41,958 Hordern. 614 00:53:47,000 --> 00:53:48,083 TANAH SELATAN 615 00:53:51,083 --> 00:53:52,708 DUNIA TENGAH 616 00:53:52,791 --> 00:53:54,791 LAUTAN PEMUTUS 617 00:56:11,250 --> 00:56:16,916 Kamu tahukah kenapa kapal terapung dan batu tenggelam? 618 00:56:51,958 --> 00:56:53,125 Galadriel. 619 00:57:09,041 --> 00:57:10,458 Hulurkan tangan awak. 620 00:57:23,208 --> 00:57:26,208 Tapi kadangkala pantulan cahaya 621 00:57:26,291 --> 00:57:28,958 di air secerah cahaya di langit. 622 00:57:30,666 --> 00:57:33,083 Jadi, arah mana yang saya patut ikut? 623 00:57:34,750 --> 00:57:36,750 Kadangkala kita takkan tahu 624 00:57:38,500 --> 00:57:40,500 selagi belum merasai kegelapan. 625 00:57:52,125 --> 00:57:53,208 Galadriel! 626 01:02:39,666 --> 01:02:41,666 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 627 01:02:41,750 --> 01:02:43,750 Penyelia Kreatif Bima Gasendo