1 00:00:06,666 --> 00:00:08,083 Awak perlu bersumpah. 2 00:00:08,875 --> 00:00:11,750 Ia bijih baru. 3 00:00:12,458 --> 00:00:15,166 Elrond pandai meyakinkan kita 4 00:00:15,250 --> 00:00:18,125 yang Gil-galad tiada niat jahat ketika hantar dia ke sini. 5 00:00:18,208 --> 00:00:19,875 Ada niat yang tersembunyi. 6 00:00:19,958 --> 00:00:20,875 Pergi ke Lindon. 7 00:00:20,958 --> 00:00:21,791 Siasat niatnya. 8 00:00:23,458 --> 00:00:25,666 Jawatan kamu dilucutkan! Kamu bertiga! 9 00:00:25,750 --> 00:00:26,583 Cukup! 10 00:00:26,666 --> 00:00:29,833 Abang musnahkan hidup kawan abang dan malukan keluarga. 11 00:00:30,166 --> 00:00:34,166 Berjumpalah Manusia yang berlindung di menara jam lama itu. 12 00:00:34,291 --> 00:00:35,875 Sampaikan pesanan. 13 00:00:35,916 --> 00:00:39,583 Orang awak boleh hidup jika kalian lepaskan hak ke atas bumi ini 14 00:00:39,666 --> 00:00:41,083 dan taat setia kepadanya. 15 00:00:42,500 --> 00:00:44,916 Raja sebenar kami akan kembali. 16 00:00:45,291 --> 00:00:47,500 Saya percaya tahanan tuanku itu 17 00:00:47,583 --> 00:00:51,458 ialah pewaris takhta Benua Selatan yang dalam buangan. 18 00:00:51,833 --> 00:00:53,500 Berjuanglah dengan saya… 19 00:00:53,583 --> 00:00:55,083 -Saya nak berkhidmat! -Samalah! 20 00:00:55,166 --> 00:00:57,666 Sebelum Sauron jadikan tanah mereka miliknya. 21 00:01:01,125 --> 00:01:02,083 Awak tipu, 22 00:01:02,166 --> 00:01:04,625 lindungi orang asing dalam kalangan kita. 23 00:01:07,458 --> 00:01:10,000 Kita akan ketinggalan. 24 00:01:10,083 --> 00:01:12,041 Ini cara kita kejar ahli lain. 25 00:01:12,125 --> 00:01:14,416 Dia bantu kita dan kita bantu dia. 26 00:03:01,375 --> 00:03:04,333 Jari cerah. 27 00:03:04,416 --> 00:03:06,250 Bukan, Ber… Berhijrah. 28 00:03:06,333 --> 00:03:08,833 Ber-hij-rah. 29 00:03:10,750 --> 00:03:14,041 Maksudnya berpindah. Itu cara hidup Harfoot. 30 00:03:14,125 --> 00:03:17,125 Kami habiskan musim sejuk di Hutan Lama 31 00:03:17,208 --> 00:03:21,208 dan pada musim panas, kami pergi ke Lembah Norfield untuk tangkap siput. 32 00:03:21,333 --> 00:03:23,250 -"Siput"? -Siput, ya. 33 00:03:23,333 --> 00:03:26,916 Sebaik saja daun oak bertukar warna, kami pun berhijrah ke Dusun. 34 00:03:27,000 --> 00:03:28,625 Ia kebun luas 35 00:03:28,708 --> 00:03:33,708 yang dipenuhi epal, plum, aprikot, lobak merah, awak tentu suka. 36 00:03:36,416 --> 00:03:41,041 Masalahnya, ada banyak ancaman di sepanjang perjalanan ke sana. 37 00:03:43,666 --> 00:03:44,750 "Ancaman"? 38 00:03:45,375 --> 00:03:46,958 Macam bahaya. 39 00:03:47,041 --> 00:03:51,208 Contohnya, orang besar, serigala, kabus, hujan, 40 00:03:51,291 --> 00:03:55,750 trol bukit, trol gua, apa-apa saja yang nak bunuh kita. 41 00:03:57,750 --> 00:03:58,833 "Bunuh"? 42 00:04:00,333 --> 00:04:02,958 Maknanya buat sesuatu mati. 43 00:04:16,125 --> 00:04:17,958 Saya ancaman. 44 00:04:20,125 --> 00:04:21,750 Tidak, awak bukan ancaman. 45 00:04:21,833 --> 00:04:24,000 -Awak… -Tidak. Kelip-kellip. 46 00:04:24,583 --> 00:04:26,708 Kejadian itu tak disengajakan. 47 00:04:27,791 --> 00:04:29,333 Awak bukan ancaman. 48 00:04:30,291 --> 00:04:31,541 Awak baik. 49 00:04:33,166 --> 00:04:35,125 Saya baik? 50 00:04:36,041 --> 00:04:40,208 Awak baik, kerana awak bantu kami. 51 00:04:44,458 --> 00:04:45,833 Nori! 52 00:04:45,916 --> 00:04:48,333 Bagus. Yang lain tentu dah bersedia. 53 00:04:49,708 --> 00:04:50,958 Ayuh! 54 00:04:51,958 --> 00:04:54,541 Mari kita pergi. Marilah. 55 00:04:58,000 --> 00:04:59,458 Saya… 56 00:05:00,375 --> 00:05:01,791 Saya baik. 57 00:05:04,916 --> 00:05:06,541 Kalau awak cucuk saya lagi, 58 00:05:06,625 --> 00:05:09,041 saya akan tarik bulu awak semasa awak tidur. 59 00:05:09,125 --> 00:05:11,333 Tariklah telinga saya sekali. 60 00:05:11,416 --> 00:05:13,375 Taklah saya dengar lagi dengkuran awak. 61 00:05:13,458 --> 00:05:14,791 Saya tak berdengkurlah. 62 00:05:14,875 --> 00:05:16,458 -Awak berdengkur. -Betul. 63 00:05:18,125 --> 00:05:21,000 Ayuh. Dusun takkan datang kepada kita. 64 00:05:21,083 --> 00:05:25,083 Mungkin kita jalan lebih laju kalau awak nyanyikan lagu mak awak. 65 00:05:25,166 --> 00:05:27,708 Ya, nyanyilah, Pops, buat suara bergetar. 66 00:05:27,791 --> 00:05:29,875 Nyanyilah, ia pasti membantu. 67 00:05:33,041 --> 00:05:36,375 Mentari terbenam 68 00:05:36,458 --> 00:05:39,166 Di sebalik batu 69 00:05:39,875 --> 00:05:42,916 Sinar di menara 70 00:05:43,000 --> 00:05:46,041 Semakin halus 71 00:05:46,125 --> 00:05:49,416 Api tinggal bara 72 00:05:49,500 --> 00:05:52,666 Malam bulan purnama 73 00:05:52,750 --> 00:05:54,916 Kutinggalkan semuanya 74 00:05:55,000 --> 00:05:59,916 Untuk entah ke mana 75 00:06:00,000 --> 00:06:02,625 Serulah aku Dunia nun di sana 76 00:06:02,708 --> 00:06:04,833 Bukit-bukau Rhovanion - Weedbrook 77 00:06:05,875 --> 00:06:08,375 Tibalah hari aku berkelana 78 00:06:08,458 --> 00:06:10,958 Cenuram Bawah - Paya Kelabu 79 00:06:11,625 --> 00:06:14,625 Mengembara, bertualang 80 00:06:14,708 --> 00:06:17,333 Berkelana 81 00:06:19,166 --> 00:06:21,833 Tabung air kian kering 82 00:06:21,916 --> 00:06:25,125 Makanan kian tiada 83 00:06:25,208 --> 00:06:30,083 Kudratku menipis Langkah kugesa 84 00:06:30,166 --> 00:06:31,416 Liku Trout 85 00:06:31,500 --> 00:06:36,916 Kontotnya kakiku Perjalanan jauh 86 00:06:37,000 --> 00:06:39,791 Di kiriku, penat lesu 87 00:06:39,875 --> 00:06:43,333 Di kananku, lagu 88 00:06:43,458 --> 00:06:45,791 Thistledell - Siratan Lembah 89 00:06:45,875 --> 00:06:50,916 Menyanyilah kepadaku Dunia di sana 90 00:06:51,000 --> 00:06:56,875 Ayuh, pimpinlah aku Berkelana 91 00:06:56,958 --> 00:07:00,166 Carilah aku 92 00:07:00,250 --> 00:07:03,833 Yang sedang berkelana 93 00:07:04,833 --> 00:07:08,041 Kuterima jawapannya 94 00:07:08,125 --> 00:07:11,083 Dari langit berawan 95 00:07:11,166 --> 00:07:17,166 Tak semua yang berkelana Terpesong haluan 96 00:07:17,250 --> 00:07:20,166 Walau betapa peritnya 97 00:07:20,250 --> 00:07:23,291 Yang perlu kukorban 98 00:07:23,375 --> 00:07:29,375 Tak semua pengembara Terpesong haluan 99 00:08:37,166 --> 00:08:40,208 Terowong itu dah siap, tuan. 100 00:08:44,708 --> 00:08:48,208 Lengan kamu. Aku nak tengok. 101 00:08:57,583 --> 00:08:58,916 Bagaimana rasanya? 102 00:08:59,000 --> 00:09:01,333 Pedih macam terbakar, Bapa Kudus. 103 00:09:03,333 --> 00:09:07,000 Kalaulah kau boleh rasa seperti yang aku rasa, 104 00:09:09,458 --> 00:09:11,000 kerana kelak, ia akan hilang. 105 00:09:13,541 --> 00:09:17,916 Lalu membawa bersamanya, cebisan diri aku yang kenal kehangatan. 106 00:09:21,958 --> 00:09:23,125 Aku pasti merinduinya. 107 00:09:26,583 --> 00:09:29,583 Seru bala tentera. Masanya dah tiba. 108 00:10:02,708 --> 00:10:04,708 Musuh kita bersumpah akan menyerang. 109 00:10:05,625 --> 00:10:07,791 Demi pengampunan mereka, 110 00:10:07,875 --> 00:10:10,583 kita disuruh meninggalkan menara ini 111 00:10:10,666 --> 00:10:12,833 dan bersumpah akan taat kepadanya. 112 00:10:15,375 --> 00:10:17,875 Saya memang bukan raja yang kalian tunggu-tunggu. 113 00:10:17,958 --> 00:10:20,958 Tapi jika kalian setuju untuk berjuang dengan saya, 114 00:10:21,041 --> 00:10:24,458 menara ini takkan lagi mengingatkan kita kepada kelemahan kita, 115 00:10:24,541 --> 00:10:26,791 tapi ia akan menjadi simbol kekuatan kita. 116 00:10:31,041 --> 00:10:32,625 Siapa sanggup sertai saya? 117 00:10:33,416 --> 00:10:36,666 Siapakah yang sanggup bangkit dan berjuang? 118 00:10:45,791 --> 00:10:47,208 -Mari kita berjuang. -Ya. 119 00:10:48,291 --> 00:10:49,916 Bangkit dan berjuang? 120 00:10:52,583 --> 00:10:54,166 Bangkit dan berjuang? 121 00:10:54,875 --> 00:10:56,125 Kamu akan mati. 122 00:10:57,500 --> 00:11:01,000 Lebih baik kita ambil saja risikonya 123 00:11:01,083 --> 00:11:04,000 dan tunduk kepada musuh. 124 00:11:04,083 --> 00:11:06,250 Saya dah bertentang mata dengannya. 125 00:11:06,958 --> 00:11:08,750 Dia bukan penyelamat kalian. 126 00:11:08,833 --> 00:11:10,541 Jadi, awak penyelamat kami? 127 00:11:11,458 --> 00:11:12,791 Elf? 128 00:11:14,041 --> 00:11:16,458 Bagi pihak nenek moyang kita, dengarkanlah. 129 00:11:18,000 --> 00:11:19,500 Mereka hidup! 130 00:11:23,791 --> 00:11:26,125 Bersama-sama, kita boleh menghadapinya. 131 00:11:27,000 --> 00:11:31,041 Sertai saya dan bersama-sama, kita akan selamat! 132 00:11:32,791 --> 00:11:35,916 Ayuh, sertailah saya! 133 00:11:37,750 --> 00:11:39,000 Ayuh! 134 00:11:39,083 --> 00:11:39,916 Ikut saya! 135 00:11:44,166 --> 00:11:45,250 Theo! 136 00:11:46,083 --> 00:11:49,250 Ini peluang kita. Ini masanya. Mari. 137 00:11:49,333 --> 00:11:52,375 Mari sini, budak. Ikut saya. 138 00:12:06,333 --> 00:12:07,583 Boleh tolong saya? 139 00:12:07,666 --> 00:12:09,166 Tinggi lagi… 140 00:12:16,875 --> 00:12:18,333 Cukuplah, nak. 141 00:12:23,458 --> 00:12:24,666 Bawa ia ke seberang. 142 00:12:31,083 --> 00:12:33,166 -Ayah. -Isildur. 143 00:12:33,250 --> 00:12:34,583 Boleh kita berbincang? 144 00:12:37,375 --> 00:12:39,625 Kenapa saya tak dipilih untuk ekspedisi itu? 145 00:12:39,708 --> 00:12:42,333 -Bukankah kamu nak ke barat? -Tidak. 146 00:12:42,416 --> 00:12:45,250 Selagi saya belum berbakti kepada Númenor. 147 00:12:45,958 --> 00:12:48,791 Bakti apa? Jelaskannya. 148 00:12:49,500 --> 00:12:51,083 Saya tak dapat jelaskannya. 149 00:12:52,500 --> 00:12:54,916 Sebab itulah saya cuba mencarinya 150 00:12:55,416 --> 00:12:57,125 dengan meminta bantuan ayah. 151 00:12:58,208 --> 00:12:59,625 Ayah nak tolong, 152 00:12:59,708 --> 00:13:03,708 malangnya, sukarelawan kami lebih ramai daripada yang diperlukan. 153 00:13:03,791 --> 00:13:06,291 Separuh penduduk kota ini mahu pergi. 154 00:13:08,958 --> 00:13:10,958 Dahulukanlah nama saya. 155 00:13:14,250 --> 00:13:15,750 Apa kelayakan kamu? 156 00:13:15,833 --> 00:13:18,333 -"Kelayakan"? -Adakah kamu Pengawal Laut? 157 00:13:18,416 --> 00:13:22,583 -Ayah pun tahu saya cekap belayar… -Adakah kamu Pengawal Laut? 158 00:13:22,666 --> 00:13:24,416 Pengawal Ratu? Saudagar? 159 00:13:24,500 --> 00:13:26,666 -Ini soal kerja. -Tentera Berkuda? 160 00:13:26,750 --> 00:13:27,750 Ayah cakap merepek. 161 00:13:27,833 --> 00:13:30,750 Kamu cuma berlagak kononnya patuh kepada tradisi pulau ini, 162 00:13:30,833 --> 00:13:33,875 tapi semua orang itu menjiwainya. 163 00:13:35,291 --> 00:13:38,125 Mereka berusaha untuk menyumbang dan berkhidmat. 164 00:13:39,458 --> 00:13:42,125 Bukan seperti kamu yang tak pedulikan semua itu. 165 00:13:44,500 --> 00:13:47,541 Saya peduli dan sedia berkhidmat. 166 00:13:48,916 --> 00:13:50,750 Ayah bangga mendengarnya. 167 00:13:51,833 --> 00:13:53,291 Tapi kamu dah dapat peluang 168 00:13:55,250 --> 00:13:56,750 dan kamu dah buat pilihan. 169 00:14:02,708 --> 00:14:04,750 Mempertaruhkan nyawa warga Númenor 170 00:14:04,833 --> 00:14:07,875 demi orang Benua Selatan comot dan Elf penghasut perang itu? 171 00:14:07,958 --> 00:14:11,666 Tanya Pharazôn! Kenapa tuan mahu saudara kita mati? 172 00:14:13,583 --> 00:14:14,666 Pharazôn! 173 00:14:17,416 --> 00:14:18,958 -Pharazôn! -Ikut saya. 174 00:14:19,041 --> 00:14:21,833 Maaf kerana tiada khabar berita. Minggu ini memenatkan. 175 00:14:21,916 --> 00:14:23,333 Kenapa dia tak cuba halang? 176 00:14:23,416 --> 00:14:26,125 -Dia setia kepada ratu ketika betul atau… -Salah. 177 00:14:26,791 --> 00:14:29,791 Ramai orang tak setuju, tapi jumlahnya kecil, tapi… 178 00:14:29,875 --> 00:14:33,000 Jadi, awak perlu nasihatkan dia. Dia pasti dengar. 179 00:14:34,541 --> 00:14:37,500 Apabila saya bercakap, dia pekakkan telinga. 180 00:14:41,625 --> 00:14:43,625 Kalau begitu, cakaplah lebih kuat. 181 00:15:25,291 --> 00:15:27,041 Orang Benua Selatan. 182 00:15:27,916 --> 00:15:29,375 Awak ada tetamu. 183 00:15:40,416 --> 00:15:42,333 Ke mana musuh akan pergi selepas ini? 184 00:15:42,416 --> 00:15:46,125 Rasanya ke selatan. Ke arah menara pengawal Ostirith. 185 00:15:48,083 --> 00:15:49,833 Patik akan maklumkan Pengawal Laut. 186 00:15:55,458 --> 00:15:57,708 Terima kasih, Lord Halbrand. 187 00:15:57,791 --> 00:16:02,458 Pasti talian persaudaraan kamu berguna apabila kita mendarat kelak. 188 00:16:03,166 --> 00:16:04,333 Mendarat? 189 00:16:04,916 --> 00:16:08,791 Galadriel beritahu kami bahawa kamu mahu menyatukan rakyat. 190 00:16:10,083 --> 00:16:11,250 Betulkah? 191 00:16:11,333 --> 00:16:14,250 Beta harap dia tak terlajak kata. 192 00:16:15,083 --> 00:16:16,958 Sebenarnya, saya… 193 00:16:17,041 --> 00:16:20,500 Teman saya cuma rasa terbeban dengan tanggungjawabnya. 194 00:16:20,583 --> 00:16:24,958 Apabila tiba masanya, saya pasti dia akan memikul tugasnya. 195 00:16:27,250 --> 00:16:30,583 Harapnya begitulah memandangkan beta dah pertaruhkan nama beta. 196 00:16:31,625 --> 00:16:35,625 Tuanku, ayahanda tuanku mahu berjumpa. 197 00:16:44,916 --> 00:16:46,416 "Galadriel beritahu kami." 198 00:16:46,500 --> 00:16:50,041 Pandai ratu pilih masa untuk tinggalkan saya demi ayahandanya. 199 00:16:50,125 --> 00:16:53,083 Awak tergamak biar saya ditangkap kerana mahu kerja di sini. 200 00:16:53,166 --> 00:16:56,291 Awak gunakan saya walaupun saya enggan terlibat. 201 00:16:56,375 --> 00:17:00,458 Saya dah yakinkan Númenor supaya hantar lima kapal 202 00:17:00,541 --> 00:17:03,375 dan 500 orang untuk membantu rakyat awak 203 00:17:03,958 --> 00:17:05,958 dan mengiktiraf awak sebagai raja. 204 00:17:07,000 --> 00:17:10,333 Orang lain akan ingat awak yang pergunakan saya. 205 00:17:17,416 --> 00:17:19,083 Cari raja lain. 206 00:17:32,000 --> 00:17:33,375 Saya tak suka tempat ini. 207 00:17:33,458 --> 00:17:36,125 Jangan bimbang, Dil. Ia cuma pokok. 208 00:17:36,208 --> 00:17:39,083 Kenapalah mereka ikut jalan ini? 209 00:17:41,000 --> 00:17:43,833 Genting Rockfoot tentu tersekat. 210 00:17:43,916 --> 00:17:47,333 Keadaan takkan lebih mudah pada waktu malam. Jangan berhenti. 211 00:17:51,416 --> 00:17:53,166 "Lebih mudah pada waktu malam." 212 00:18:13,125 --> 00:18:14,333 Serigala. 213 00:18:15,916 --> 00:18:19,000 Beritahulah saya segala yang berlaku. 214 00:18:19,083 --> 00:18:23,625 Hutan ini tak pernah sekosong ini. 215 00:18:23,708 --> 00:18:25,416 Ia jelas sekali. 216 00:18:25,500 --> 00:18:28,000 Dia puncanya, bukan? Lelaki besar itu. 217 00:18:28,083 --> 00:18:30,083 Apa awak nak saya buat? 218 00:18:30,166 --> 00:18:32,291 Perkara yang sepatutnya semasa di kem. 219 00:18:32,375 --> 00:18:34,750 Cabut roda pedati mereka dan tinggalkan mereka! 220 00:18:35,708 --> 00:18:37,750 Bila awak nak sedar? 221 00:18:37,833 --> 00:18:40,000 Apabila wanita kematian suami? 222 00:18:40,083 --> 00:18:41,500 Atau anak kematian ibu bapa? 223 00:18:44,208 --> 00:18:45,791 Orang dah mula lapar. 224 00:18:51,583 --> 00:18:53,000 Jangan pergi jauh. 225 00:19:03,333 --> 00:19:05,416 Peliknya… 226 00:19:05,625 --> 00:19:09,666 Aneh betul… 227 00:19:22,000 --> 00:19:24,375 -Kamu buat saya terperanjat! -Malva. 228 00:19:24,500 --> 00:19:26,083 -Ada kesan kaki. -Dalam lumpur. 229 00:19:26,166 --> 00:19:28,125 Cakap seorang demi seorang, tolonglah! 230 00:19:38,291 --> 00:19:39,416 Lari! 231 00:19:43,791 --> 00:19:44,625 Ayuh, lari! 232 00:20:02,125 --> 00:20:03,291 Nori! 233 00:20:08,541 --> 00:20:10,708 Nori! 234 00:20:10,791 --> 00:20:12,458 Nori, larilah dari situ! 235 00:20:14,291 --> 00:20:16,541 Nori! 236 00:20:16,625 --> 00:20:17,625 Awak boleh mati! 237 00:21:12,500 --> 00:21:14,416 Bertahan, Ontamo. 238 00:21:14,916 --> 00:21:16,458 Banggakan ayah kamu. 239 00:21:17,000 --> 00:21:20,333 Ayunan mereka kuat tapi cemerkap. 240 00:21:20,875 --> 00:21:22,166 Namun? 241 00:21:24,875 --> 00:21:28,625 Mereka belum pernah lawan musuh ini. 242 00:21:29,833 --> 00:21:33,958 Mungkin Elf boleh beri tunjuk ajar? 243 00:21:42,416 --> 00:21:44,500 Ada banyak cara untuk bunuh Orc. 244 00:21:45,166 --> 00:21:48,125 Tapi saya nasihatkan cara yang berkesan dan mudah. 245 00:21:48,875 --> 00:21:51,458 Tikam, putar, ragut isi perut. 246 00:21:54,208 --> 00:21:55,416 Cuba serang saya. 247 00:21:56,083 --> 00:21:58,625 Kita tengok siapa yang boleh menang. 248 00:21:58,708 --> 00:22:02,541 Sesiapa yang dapat kalahkan dia akan diberikan pangkat… 249 00:22:06,125 --> 00:22:07,541 Leftenan. 250 00:22:50,166 --> 00:22:53,250 Seni menggunakan pedang perlukan keseimbangan, bukan kekuatan. 251 00:22:53,333 --> 00:22:56,166 Lawan dengan kaki, bukan dengan lengan. 252 00:23:15,166 --> 00:23:17,708 Elf lawan askar di dataran. 253 00:23:40,333 --> 00:23:41,416 Jangan pegun. 254 00:23:42,583 --> 00:23:43,833 Bergerak sentiasa. 255 00:24:06,458 --> 00:24:08,958 Jangan harapkan kekerasan untuk menewaskan Orc. 256 00:24:12,708 --> 00:24:16,125 Mudah saja untuk mengalahkan mereka. 257 00:24:20,708 --> 00:24:22,875 Syabas, leftenan. 258 00:24:48,500 --> 00:24:51,125 Tak sangka pembantu tukang besi boleh buat begitu. 259 00:24:55,166 --> 00:24:56,791 Ayah masih boleh menghalangnya. 260 00:24:57,750 --> 00:25:00,666 Sepupu ayah memang bertakhta, tapi rakyat ikut cakap ayah. 261 00:25:00,750 --> 00:25:03,166 -Dengan bantuan mereka, ayah boleh… -Boleh apa? 262 00:25:04,583 --> 00:25:06,333 Guna pengaruh ayah. 263 00:25:06,416 --> 00:25:09,708 Kadangkala, kebodohan remaja buat lelaki dewasa berduka. 264 00:25:15,958 --> 00:25:18,375 Bodohkah kalau kita cuba menghalang perang? 265 00:25:19,333 --> 00:25:21,750 Memang bodoh kalau kita cuba melawan arus. 266 00:25:23,333 --> 00:25:25,916 Anakku, air pasang boleh melemaskan orang 267 00:25:26,000 --> 00:25:28,833 dan air surut boleh menghanyutkan dia ke laut. 268 00:25:28,916 --> 00:25:32,875 Untuk bermain arus, kita perlu tahu meramal arahnya. 269 00:25:32,958 --> 00:25:35,333 Ayah sendiri halang mantan raja 270 00:25:35,416 --> 00:25:37,166 daripada mengembalikan tradisi. 271 00:25:37,250 --> 00:25:39,833 Mustahil ayah tak mampu mempengaruhi ratu. 272 00:25:39,916 --> 00:25:42,583 Kenapa kamu fikir ayah dan ratu tak sehaluan? 273 00:25:42,666 --> 00:25:46,333 Kerana ayah lebih rela mati daripada menerima perintah Elf. 274 00:26:06,083 --> 00:26:07,708 "Perintah Elf"? 275 00:26:16,875 --> 00:26:21,291 Apabila semua ini berakhir, Elf yang akan patuh kepada perintah kita. 276 00:26:22,625 --> 00:26:26,291 Biarlah sepupu ayah berperang bersama Galadriel jika itu kehendaknya. 277 00:26:26,375 --> 00:26:28,208 Ayah berperang demi Númenor. 278 00:26:28,291 --> 00:26:30,916 Mana mungkin ini untuk Númenor. 279 00:26:32,333 --> 00:26:33,916 Kamu tak faham-faham lagikah? 280 00:26:35,500 --> 00:26:38,291 Kelak, kita akan selamatkan warga Benua Tengah, 281 00:26:38,375 --> 00:26:41,791 bantu mereka dan persembahkan raja yang mereka tunggu-tunggu. 282 00:26:41,875 --> 00:26:44,208 Raja yang terhutang budi kepada kita. 283 00:26:45,250 --> 00:26:48,875 Sekarang, cuba fikir, apa pulangan yang kita akan dapat? 284 00:26:51,041 --> 00:26:54,541 Bijih, hutan, perdagangan, ufti… 285 00:26:55,000 --> 00:26:58,416 Ayah takkan menghalang perang demi apa-apa sekalipun. 286 00:26:59,125 --> 00:27:00,875 Kamu pun tak patut juga. 287 00:27:10,875 --> 00:27:12,208 Kerajaan ini! 288 00:27:12,291 --> 00:27:16,291 -Kerajaan kita dalam bahaya. Ayahanda… -Bahaya sudah tiada. 289 00:27:17,125 --> 00:27:20,541 Sekarang, kami akan ikut kehendak ayahanda. 290 00:27:21,708 --> 00:27:24,375 Kami memulihkan hubungan dengan Elf. 291 00:27:26,291 --> 00:27:28,291 Saya akan pergi ke Benua Tengah. 292 00:27:39,958 --> 00:27:40,958 Míriel? 293 00:27:42,083 --> 00:27:44,083 Ya, ayahanda. 294 00:27:45,916 --> 00:27:47,000 Ini saya. 295 00:27:50,041 --> 00:27:53,791 Jangan pergi ke Benua Tengah. 296 00:27:57,000 --> 00:27:59,125 Di sana, hanya ada… 297 00:28:01,833 --> 00:28:03,833 Apa? Apa yang ada? 298 00:28:05,208 --> 00:28:06,625 Kegelapan. 299 00:28:13,541 --> 00:28:14,750 Hebat, bukan? 300 00:28:16,250 --> 00:28:18,500 Semua orang heboh tentang keberanian awak. 301 00:28:22,125 --> 00:28:25,625 Mereka tak pernah puji orang luar macam ini. 302 00:28:29,375 --> 00:28:31,250 Saya bawa lilin lebah. 303 00:28:31,333 --> 00:28:34,750 Lumurkan pada tangan. Ia boleh melegakan rasa sakit. 304 00:28:59,000 --> 00:29:00,250 Hei. 305 00:29:08,875 --> 00:29:11,041 Berhenti. Tolonglah. 306 00:30:15,083 --> 00:30:18,458 Demi penyatuan dua kerajaan mulia yang berkekalan, 307 00:30:18,541 --> 00:30:20,458 Khazâd dan Noldor. 308 00:30:20,541 --> 00:30:22,666 -Demi penyatuan kita. -Demi penyatuan kita. 309 00:30:23,291 --> 00:30:25,708 Sebelum kita mabuk dek arak ini, 310 00:30:26,166 --> 00:30:29,083 Lord Durin, awak mengagumkan saya. 311 00:30:29,708 --> 00:30:33,791 Khazad-dûm kerajaan Bangsa Dwarf yang paling tak menonjol, 312 00:30:33,916 --> 00:30:37,041 tapi kebelakangan ini, katanya, relau awak giat membakar 313 00:30:37,125 --> 00:30:40,583 semarak pancaran mata Aulë. 314 00:30:40,666 --> 00:30:42,875 Lombong awak makin dalam. 315 00:30:43,583 --> 00:30:47,708 Kenapa awak tiba-tiba begitu bersemangat? 316 00:30:49,625 --> 00:30:51,625 Saya patut tanya awak soalan sama. 317 00:30:53,208 --> 00:30:57,208 Kerah pahlawan keluar, meluaskan kota. 318 00:30:58,416 --> 00:31:00,291 Agak mendadak bagi kaum Elf, bukan? 319 00:31:02,583 --> 00:31:05,333 Biasanya awak ambil berminggu-minggu untuk buang… 320 00:31:05,416 --> 00:31:06,791 Izinkan saya mencelah. 321 00:31:08,250 --> 00:31:11,083 Masa berlalu amat perlahan bagi kaum Elf. 322 00:31:11,166 --> 00:31:15,250 Kita kerap sangka usaha bertahun-tahun berlaku sekelip mata. 323 00:31:15,333 --> 00:31:18,166 Oleh itu, patik harap tetamu kita tak kecil hati. 324 00:31:18,250 --> 00:31:21,500 Beta tak rasa kawan Bangsa Dwarf kita ini 325 00:31:21,583 --> 00:31:24,416 akan tersinggung dengan soalan ikhlas beta. 326 00:31:25,833 --> 00:31:28,541 Saya juga ada soalan ikhlas untuk awak. 327 00:31:31,166 --> 00:31:34,250 Dari mana awak dapat meja ini? 328 00:31:35,500 --> 00:31:36,916 Kenapa awak tanya? 329 00:31:38,000 --> 00:31:41,583 Batu ini hanya terbentuk pada kedalaman tertentu. 330 00:31:42,000 --> 00:31:45,750 Penggema kami jarang kesan kewujudannya. 331 00:31:45,833 --> 00:31:48,625 Jadi, kami anggap ia amat berharga. 332 00:31:50,583 --> 00:31:55,833 Kami menggunakan hanya untuk tujuan suci. 333 00:31:57,291 --> 00:32:00,291 Seperti monumen atau makam, 334 00:32:01,541 --> 00:32:03,541 untuk memperingati orang yang dah tiada. 335 00:32:13,083 --> 00:32:15,916 Maafkan kekhilafan kami, Lord Durin. 336 00:32:17,041 --> 00:32:22,458 Kami akan hantar ia ke tempat asal awak untuk digunakan sewajarnya. 337 00:32:26,833 --> 00:32:30,625 Syukurlah masih ada Elf yang berhati mulia. 338 00:32:32,166 --> 00:32:33,250 Yang Mulia. 339 00:32:33,708 --> 00:32:37,166 Kalau begitu, mari ucap selamat demi penyatuan dua kerajaan kita. 340 00:32:37,250 --> 00:32:38,416 Demi penyatuan kita. 341 00:32:47,958 --> 00:32:51,375 Kesetiaan awak kepada Bangsa Dwarf amat mengagumkan. 342 00:32:52,416 --> 00:32:55,166 Kita memang patut setia kepada kawan. 343 00:32:55,250 --> 00:32:56,958 Tak kira kaum atau bangsa. 344 00:32:57,041 --> 00:33:00,250 Walaupun ia bermakna menipu raja? 345 00:33:00,333 --> 00:33:04,333 Raja Agung, patik terfikir, mungkin patik yang telah ditipu. 346 00:33:08,750 --> 00:33:12,583 Patik pergi ke Khazad-dûm untuk menjalinkan talian persahabatan, 347 00:33:12,666 --> 00:33:15,666 tapi rupa-rupanya, tuanku mahukan sesuatu yang lebih nyata. 348 00:33:15,750 --> 00:33:19,666 Kamu tahu Syair Asal Usul Hithaeglir? 349 00:33:19,750 --> 00:33:21,833 Tolong ceritakan kepada beta. 350 00:33:23,500 --> 00:33:26,833 Ia cuma legenda yang kesahihannya diragui. 351 00:33:26,916 --> 00:33:30,166 Ceritakanlah, Elrond Peredhel. 352 00:33:33,958 --> 00:33:35,958 Ia mengisahkan satu pertempuran, 353 00:33:36,833 --> 00:33:39,416 yang berlaku di atas Pergunungan Halimun. 354 00:33:40,291 --> 00:33:43,750 Bukan demi maruah atau tanggungjawab, tapi kerana sebatang pokok 355 00:33:43,833 --> 00:33:47,666 yang kononnya didakwa menyimpan Silmaril terakhir yang telah hilang. 356 00:34:00,583 --> 00:34:04,208 Pertempuran antara pahlawan Elf 357 00:34:04,291 --> 00:34:06,250 dengan hati sesuci Manwë, 358 00:34:06,333 --> 00:34:09,750 yang mencurahkan cahayanya ke dalam pokok itu untuk melindunginya, 359 00:34:09,791 --> 00:34:12,375 dengan khadam Morgoth, Balrog, 360 00:34:12,416 --> 00:34:15,916 yang menjuruskan kebenciannya terhadap pokok itu agar ia hancur. 361 00:34:16,583 --> 00:34:20,875 Tatkala mereka bertempur, kilat menyambar pokok itu. 362 00:34:24,125 --> 00:34:28,041 Menyatukan perbalahan mereka, kuasa yang tercipta… 363 00:34:28,708 --> 00:34:32,875 Kuasa yang sesuci dan seindah kebaikan. 364 00:34:32,958 --> 00:34:35,958 Tapi sekuat dan setegar kejahatan. 365 00:34:36,958 --> 00:34:39,958 Orang kata ia meresapi akarnya hingga ke kedalaman gunung 366 00:34:40,041 --> 00:34:44,125 dan menunggu berabad-abad lamanya. 367 00:34:45,416 --> 00:34:46,583 Betul cakap Durin. 368 00:34:46,666 --> 00:34:49,000 Jadi, betullah Bangsa Dwarf dah menemuinya. 369 00:34:49,083 --> 00:34:52,166 Bijih yang mengandungi cahaya Silmaril yang telah hilang. 370 00:34:52,250 --> 00:34:54,083 Ini saja yang patik akan kata. 371 00:34:54,166 --> 00:34:57,041 Patik dah berjanji untuk menyimpan rahsia kaum Durin. 372 00:34:58,041 --> 00:35:01,583 Bagaimana jika rahsia kamu dengan kaumnya 373 00:35:01,666 --> 00:35:04,500 menjahanamkan kaum kamu sendiri? 374 00:35:38,583 --> 00:35:42,875 Kami mula menyedarinya sejurus sebelum kepulangan Galadriel. 375 00:35:42,958 --> 00:35:44,750 Kami harap dengan pemergiannya, 376 00:35:44,833 --> 00:35:48,541 lenyaplah segala saki-baki perang 377 00:35:48,625 --> 00:35:50,833 dan pereputannya akan terhenti. 378 00:35:51,916 --> 00:35:54,750 Namun, walau apa jua yang kami buat, 379 00:35:54,833 --> 00:35:57,750 ia makin cepat merosot. 380 00:35:58,750 --> 00:36:01,958 Kerosakan pada luarannya 381 00:36:02,041 --> 00:36:03,583 mencerminkan hakikat sebenar. 382 00:36:04,416 --> 00:36:06,583 Hakikat yang cahaya Eldar, 383 00:36:06,666 --> 00:36:10,083 yakni cahaya kita, makin malap. 384 00:36:12,875 --> 00:36:14,458 Siapa lagi yang tahu hal ini? 385 00:36:15,041 --> 00:36:16,458 Beberapa orang saja. 386 00:36:19,625 --> 00:36:22,750 Jadi, beta mahu tanya, buat kali terakhir, 387 00:36:24,500 --> 00:36:27,750 berjayakah Bangsa Dwarf menemui bijih itu? 388 00:36:32,333 --> 00:36:35,500 Patik dah berjanji dengan Durin. 389 00:36:38,166 --> 00:36:42,166 Bagi sesetengah orang, ia mungkin tak bermakna. 390 00:36:45,541 --> 00:36:47,125 Tapi bagi patik, 391 00:36:48,000 --> 00:36:51,708 perkara sebegitulah yang menggambarkan integriti kita. 392 00:36:52,500 --> 00:36:56,833 Patik enggan membiarkan ia tercemar demi harapan semata-mata. 393 00:36:58,333 --> 00:37:02,500 Jangan memperlekehkan harapan, Elrond… 394 00:37:03,666 --> 00:37:05,500 walaupun ia sekecil zarah. 395 00:37:06,666 --> 00:37:09,041 Kerana ketika deria lain terlena, 396 00:37:09,125 --> 00:37:13,416 harapanlah deria pertama yang terjaga dan yang terakhir beradu. 397 00:37:15,541 --> 00:37:19,708 Jika Elf tinggalkan Benua Tengah sekarang, 398 00:37:19,791 --> 00:37:24,458 tentera kegelapan akan menakluk bumi. 399 00:37:24,541 --> 00:37:25,791 Binasalah semuanya, 400 00:37:25,875 --> 00:37:30,000 bukan saja kaum kita, tapi semua kaum. 401 00:37:31,583 --> 00:37:34,583 Jika kemungkinan menghalang semua itu masih belum cukup kuat 402 00:37:34,666 --> 00:37:37,125 untuk kamu memungkiri janji, 403 00:37:38,125 --> 00:37:40,125 maka, beta syorkan kamu cari yang lain. 404 00:38:07,416 --> 00:38:10,666 Apakah nama dunia abadi 405 00:38:10,750 --> 00:38:14,000 Yang timbul dari dalam Lautan Pemutus? 406 00:38:14,083 --> 00:38:17,416 Pulau bertuah, seindah bintang 407 00:38:17,500 --> 00:38:20,916 Untuk bersinar selamanya. 408 00:38:21,000 --> 00:38:24,458 Ia Númenor Númenor indah 409 00:38:24,541 --> 00:38:27,875 Pulau berseri yang istimewa… 410 00:38:29,250 --> 00:38:32,083 Saya tak rasa ia berbahaya. 411 00:38:32,166 --> 00:38:35,041 Ia tentu dah tamat sebelum saya sempat turun kapal. 412 00:38:35,125 --> 00:38:36,500 Tapi jangan beritahu ayah. 413 00:38:36,583 --> 00:38:40,500 Dia kecoh beritahu semua orang yang bakal menantunya wira perang. 414 00:38:41,166 --> 00:38:43,166 Ayuh, menyanyilah. 415 00:38:43,250 --> 00:38:44,958 Kamu ingat seni katanya, bukan? 416 00:38:45,041 --> 00:38:49,000 Awak dah melalak sepanjang malam, mustahil saya boleh lupa. 417 00:38:49,083 --> 00:38:52,541 Mungkin Isildur mahu menyanyi dengan awak. 418 00:38:55,166 --> 00:38:56,791 Ini tentu menarik. 419 00:38:56,875 --> 00:39:02,125 Kekalkan dunia kami Pasukan kami penakluk gagah 420 00:39:02,208 --> 00:39:05,083 -Tidak. -Saya belum pun kata apa-apa. 421 00:39:05,166 --> 00:39:06,375 Dah 15 tahun kita kawan. 422 00:39:06,458 --> 00:39:08,833 Awak ingat saya tak boleh agak? 423 00:39:08,916 --> 00:39:11,208 -Sebenarnya, 16 tahun, tapi… -Ontamo. 424 00:39:11,291 --> 00:39:13,750 Baik, tapi awak rasa apa saya nak kata? 425 00:39:13,833 --> 00:39:16,458 Ucapan maaf meleret-leret yang Ontamo 426 00:39:16,541 --> 00:39:19,000 akan terima serta-merta, tapi saya akan tolak. 427 00:39:19,083 --> 00:39:20,583 Awak tahu kenapa? 428 00:39:21,500 --> 00:39:25,583 Awak nak minta maaf kerana awak fikir saya dah jadi leftenan, 429 00:39:25,666 --> 00:39:27,541 jadi bolehlah awak sertai ekspedisi. 430 00:39:31,958 --> 00:39:33,416 -Bolehkah? -Saya dah agak. 431 00:39:35,125 --> 00:39:38,166 Untuk makluman, saya takkan terima serta-merta. 432 00:39:38,250 --> 00:39:40,166 -Tapi mujur awak minta maaf. -Mana ada. 433 00:39:40,250 --> 00:39:41,541 Saya dah ucap! 434 00:39:41,625 --> 00:39:45,083 Tapi saya sanggup ucap sekali lagi. Maaf kerana mulakan pergaduhan. 435 00:39:46,708 --> 00:39:48,458 Sekarang, bawalah saya bersama. 436 00:39:49,625 --> 00:39:50,833 Tidak. 437 00:39:53,541 --> 00:39:55,625 Apa lagi yang awak nak? 438 00:39:56,375 --> 00:39:57,875 Baiklah, tumbuklah saya. 439 00:39:58,666 --> 00:40:01,375 Rahang, perut, ikut suka awak. Satu tumbukan. 440 00:40:04,250 --> 00:40:05,250 Tiga. 441 00:40:06,208 --> 00:40:07,291 Dua. 442 00:40:07,875 --> 00:40:08,875 Sebenarnya… 443 00:40:13,916 --> 00:40:15,250 Rasanya itu tiga kali. 444 00:40:20,916 --> 00:40:23,250 Jadi, boleh saya ikut awak? 445 00:40:24,208 --> 00:40:27,208 Isildur, awak kawan saya yang paling lama. 446 00:40:28,958 --> 00:40:32,000 Malah awak masih kawan saya yang paling akrab, tapi… 447 00:40:32,083 --> 00:40:34,083 -Apa? -Ontamo, tolonglah. 448 00:40:34,666 --> 00:40:37,083 Tapi saya tak boleh pertaruhkan reputasi saya 449 00:40:37,166 --> 00:40:40,166 kerana awak pasti akan meninggalkan tugas awak. 450 00:40:40,250 --> 00:40:42,375 Kali ini berbeza. 451 00:40:44,208 --> 00:40:45,875 Moga begitulah satu hari nanti. 452 00:40:47,625 --> 00:40:50,333 Moga satu hari nanti, awak jumpa sesuatu 453 00:40:50,416 --> 00:40:53,416 yang buat awak berkorban segalanya dengan rela hati. 454 00:40:55,833 --> 00:40:58,333 Saya akan jaga Berek untuk awak, saya janji. 455 00:40:58,750 --> 00:41:00,083 Berek pun akan pergi? 456 00:41:01,000 --> 00:41:02,833 Ketua kuda mahukan Berek. 457 00:41:04,333 --> 00:41:07,750 Maaf, Isil. Laut sentiasa benar. 458 00:41:57,166 --> 00:42:00,000 Awak curi-curi naik kapal? 459 00:42:08,250 --> 00:42:09,875 Awak nak bakar kapal? 460 00:42:09,958 --> 00:42:13,666 Pergi dari sini. Saya takkan beritahu orang yang saya nampak awak. 461 00:42:13,750 --> 00:42:16,208 -Serahkan lantera itu. -Jangan. 462 00:42:17,500 --> 00:42:18,333 Serahkannya! 463 00:42:51,416 --> 00:42:53,416 Panggil semua orang. Cepat! 464 00:42:54,500 --> 00:42:56,541 Tarik mereka keluar. Cepat! 465 00:42:57,625 --> 00:42:59,625 Tarik mereka keluar! Isildur? 466 00:43:08,333 --> 00:43:09,500 Isildur? 467 00:43:11,625 --> 00:43:12,708 Apa yang berlaku? 468 00:43:13,416 --> 00:43:16,583 Dia di dalam bot memancing. Tentu tong arak yang meletup. 469 00:43:16,666 --> 00:43:17,833 Tong arak? 470 00:43:19,916 --> 00:43:21,291 Dia selamatnya nyawa saya. 471 00:43:22,000 --> 00:43:24,583 Dia boleh saja pergi, tapi dia selamatkan saya. 472 00:43:24,666 --> 00:43:25,916 Kapten! 473 00:43:42,500 --> 00:43:45,333 Besar kemungkinan ia angkara perompak, 474 00:43:45,416 --> 00:43:47,333 tapi kami belum dapat mengesannya. 475 00:43:47,416 --> 00:43:51,000 Mujurlah kapal itu tak musnah sepenuhnya. 476 00:43:51,083 --> 00:43:54,833 Jelas sekali ada orang cuba buat tuanku rasa sangsi sekali lagi. 477 00:43:54,916 --> 00:43:58,208 -Jangan terpedaya olehnya. -Patik tak setuju dengan Elf itu. 478 00:43:58,291 --> 00:44:00,708 Kita mungkin bertindak terburu-buru. 479 00:44:00,791 --> 00:44:03,250 Kerajaan perlu dipimpin, bukan diheret. 480 00:44:03,333 --> 00:44:05,125 Kita patut tangguhkan pelayaran ini 481 00:44:05,208 --> 00:44:07,916 sehinggalah lebih ramai rakyat setuju dengannya. 482 00:44:08,000 --> 00:44:12,000 Musuh kita makin kuat setiap hari. Malah, mungkin setiap jam. 483 00:44:12,083 --> 00:44:15,375 Ingat tujuan tuanku pilih jalan ini dan pegangan tuanku. 484 00:44:15,458 --> 00:44:17,583 Kamu fikir beta dah lupa? 485 00:44:18,083 --> 00:44:22,541 Kita masih ada tiga kapal dan restu ayahanda tuanku. 486 00:44:26,375 --> 00:44:27,958 Bagaimana dengan Lord Halbrand? 487 00:44:28,791 --> 00:44:30,291 Dia tunggu keberangkatan kita. 488 00:44:30,375 --> 00:44:31,791 Sudah tentu. 489 00:44:36,375 --> 00:44:38,791 Tuanku mahu saya suruh Pengawal Laut bertenang? 490 00:44:44,416 --> 00:44:48,458 Majlis ini akan berkumpul subuh pagi esok untuk membuat keputusan. 491 00:44:50,500 --> 00:44:52,833 Suruh Lord Halbrand menghadirinya. 492 00:45:01,666 --> 00:45:03,875 Apa yang tuan berjaya sahkan? 493 00:45:04,583 --> 00:45:06,000 Elrond, maafkan saya. 494 00:45:06,625 --> 00:45:07,875 Maafkan tuan? 495 00:45:07,958 --> 00:45:10,000 Kerana tak beritahu lebih awal. 496 00:45:14,250 --> 00:45:15,458 Tuan tahu. 497 00:45:16,250 --> 00:45:19,833 Saya dah merayu supaya kongsi rancangan ini dengan awak, 498 00:45:19,916 --> 00:45:21,750 tapi Raja Agung tak setuju. 499 00:45:24,708 --> 00:45:27,125 Jadi, mithril ini… 500 00:45:29,291 --> 00:45:31,000 Satu-satunya penyelamat kita? 501 00:45:31,083 --> 00:45:35,125 Elrond, saya dah mengujinya dalam semua keadaan. 502 00:45:36,291 --> 00:45:39,000 Tiada apa-apa dapat memudarkan cahayanya. 503 00:45:39,958 --> 00:45:44,458 Kami percaya jika kita dapat memperolehnya dengan banyak secepat mungkin, 504 00:45:44,541 --> 00:45:49,958 cukup cepat untuk menyinari semua Elf dengan cahaya Valar sekali lagi… 505 00:45:52,625 --> 00:45:53,958 Maka, ya. 506 00:45:55,500 --> 00:45:58,250 Ya. Ia mungkin dapat menyelamatkan kita. 507 00:46:08,166 --> 00:46:09,500 Saya kesal. 508 00:46:11,500 --> 00:46:13,333 Kerana Raja Agung tipu saya? 509 00:46:15,250 --> 00:46:18,750 Atau kerana kaum kita akan hancur melainkan saya mungkin janji? 510 00:46:20,541 --> 00:46:21,958 Juga mengkhianati kawan? 511 00:46:23,833 --> 00:46:29,250 Saya ada, Elrond, pada malam ayah awak belayar. 512 00:46:32,458 --> 00:46:37,291 Makhluk fana yang yakin dia boleh memujuk para dewa 513 00:46:39,041 --> 00:46:40,916 agar membantu kami berperang. 514 00:46:42,916 --> 00:46:46,208 Ibu awak memujuknya supaya tidak pergi, 515 00:46:46,291 --> 00:46:50,125 memohon, merayu bertanyakan kenapa. Kenapa dia yang harus pergi? 516 00:46:52,375 --> 00:46:54,125 Awak tahu apa jawapannya? 517 00:46:59,541 --> 00:47:02,125 Kerana dia saja yang mampu. 518 00:47:23,541 --> 00:47:25,791 Saya bersalah kerana mempergunakan awak. 519 00:47:26,875 --> 00:47:28,291 Maafkan saya. 520 00:47:30,583 --> 00:47:33,541 Esok, ratu mahu berjumpa dengan awak. 521 00:47:33,625 --> 00:47:38,291 Jawapan awak menentukan sama ada misi ini disambung atau dibatalkan. 522 00:47:39,041 --> 00:47:42,041 -Tolonglah saya. -Rasanya saya dah banyak membantu. 523 00:47:43,500 --> 00:47:45,083 Jadi, bantulah diri awak. 524 00:47:45,833 --> 00:47:48,750 Jangan lawan saya, tapi kita lawan mereka bersama. 525 00:47:49,416 --> 00:47:53,750 Tak lama dahulu, orang seperti saya memihak kepada mereka. 526 00:47:53,833 --> 00:47:55,500 Orang seperti awak, bukan awak. 527 00:48:02,000 --> 00:48:03,166 Awak silap. 528 00:48:07,333 --> 00:48:11,750 Awak tak tahu apa saya dah buat sebelum berakhir di atas rakit itu. 529 00:48:16,583 --> 00:48:18,416 Awak tak tahu cara saya untuk hidup. 530 00:48:27,375 --> 00:48:28,875 Atau cara kami untuk hidup. 531 00:48:35,625 --> 00:48:38,958 Apabila semua orang ini tahu, mereka akan usir saya. 532 00:48:40,458 --> 00:48:41,666 Termasuklah awak. 533 00:48:44,041 --> 00:48:48,666 Kadangkala, untuk mendapatkan cahaya, kita perlu merasai kegelapan. 534 00:48:52,458 --> 00:48:54,208 Apa awak tahu tentang kegelapan? 535 00:48:58,250 --> 00:49:00,083 Pisau itu milik siapa, Galadriel? 536 00:49:01,083 --> 00:49:02,583 Awak kehilangan siapa? 537 00:49:03,833 --> 00:49:04,833 Abang saya. 538 00:49:05,500 --> 00:49:06,750 Apa yang menimpanya? 539 00:49:06,833 --> 00:49:08,458 Dia terbunuh. 540 00:49:08,541 --> 00:49:10,791 Di tempat yang gelap dan penuh kedukaan. 541 00:49:10,875 --> 00:49:13,583 Oleh khadam Sauron. Puas hati? 542 00:49:13,666 --> 00:49:15,166 Jadi, awak nak balas dendam? 543 00:49:15,250 --> 00:49:17,625 Rasa dahaga tak dapat dipuaskan dengan air laut. 544 00:49:17,708 --> 00:49:20,250 Jadi, kenapa? Kenapa awak terus berjuang? 545 00:49:21,166 --> 00:49:25,250 Awak nak saya pergi ke satu-satunya tempat yang saya enggan pergi. 546 00:49:25,333 --> 00:49:27,625 Setidak-tidaknya, beritahulah saya sebabnya. 547 00:49:29,375 --> 00:49:31,166 Kenapa awak terus berjuang? 548 00:49:31,250 --> 00:49:33,000 Kerana saya tak mampu berhenti. 549 00:49:47,083 --> 00:49:49,375 Pasukan yang saya pimpin memberontak. 550 00:49:51,750 --> 00:49:55,958 Rakan karib saya bersekongkol dengan raja untuk menyingkirkan saya. 551 00:49:56,500 --> 00:50:00,375 Mereka semua pun sama… 552 00:50:03,916 --> 00:50:07,166 Saya rasa mereka jadi begitu kerana tak dapat membezakan saya… 553 00:50:08,208 --> 00:50:10,208 Dengan kejahatan yang saya lawan. 554 00:50:16,166 --> 00:50:17,416 Saya bersimpati. 555 00:50:20,916 --> 00:50:22,250 Atas kematian abang awak. 556 00:50:23,458 --> 00:50:24,708 Atas semuanya. 557 00:50:25,750 --> 00:50:27,000 Saya amat bersimpati. 558 00:50:28,333 --> 00:50:30,875 Simpati awak tak dapat mengubati hati saya. 559 00:50:32,666 --> 00:50:35,166 Alat bertukang pun tak dapat mengubati hati awak. 560 00:50:36,625 --> 00:50:39,416 Awak takkan hidup tenang di sini. 561 00:50:39,500 --> 00:50:41,000 Begitu juga dengan saya. 562 00:50:41,125 --> 00:50:43,500 Tiada ketenangan yang berkekalan 563 00:50:43,583 --> 00:50:45,916 kecuali yang seberang sana. 564 00:50:47,583 --> 00:50:50,583 Saya sudah lama berjuang untuk mencapai ketenangan. 565 00:50:52,375 --> 00:50:54,083 Ini cara untuk awak mencapainya. 566 00:51:14,333 --> 00:51:16,333 Sudah lama saya menantikan hari ini. 567 00:51:17,666 --> 00:51:20,500 Hari bangsa tuan akhirnya kembali, 568 00:51:21,458 --> 00:51:26,000 untuk mengangkat kedudukan kami yang kotor dan keji, 569 00:51:27,041 --> 00:51:30,958 untuk berada di sisi tuan seperti yang sepatutnya. 570 00:51:33,041 --> 00:51:36,666 Saya sedia berkhidmat untuk tuan sampai mati. 571 00:51:39,625 --> 00:51:43,250 Saya bersumpah untuk taat setia kepada Sauron. 572 00:52:03,958 --> 00:52:05,958 Tuan Sauron, bukan? 573 00:52:16,791 --> 00:52:18,583 Hei… Tunggu dulu… 574 00:52:22,041 --> 00:52:24,833 Saya sedia berkhidmat, tak kisahlah tuan siapa. 575 00:52:37,625 --> 00:52:40,041 Hanya darah boleh membuktikan kesetiaan. 576 00:52:48,708 --> 00:52:49,875 Waldreg? 577 00:52:58,333 --> 00:52:59,583 Waldreg... 578 00:53:02,208 --> 00:53:03,541 Waldreg, tidak. 579 00:53:05,125 --> 00:53:06,416 Tidak… 580 00:53:07,791 --> 00:53:08,875 Tidak… 581 00:53:13,083 --> 00:53:14,166 Tidak… 582 00:53:15,083 --> 00:53:16,166 Tidak! 583 00:53:19,708 --> 00:53:21,291 Lain kali, tinggikan bidikan. 584 00:53:24,375 --> 00:53:26,583 Jangan takut kepada tali busur. 585 00:53:27,250 --> 00:53:29,083 Kenapa awak ajar saya? 586 00:53:30,958 --> 00:53:33,666 Kerana saya ambil masa lebih 200 tahun 587 00:53:33,750 --> 00:53:37,416 untuk rasa cukup berani agar mampu berdiri di sini malam ini. 588 00:53:38,791 --> 00:53:40,666 Kamu dah berani pada usia 14 tahun. 589 00:53:41,791 --> 00:53:43,583 Kita memang perlukan sifat itu. 590 00:53:43,666 --> 00:53:46,041 Selama saya hidup, kaum awak mengawasi kami. 591 00:53:46,125 --> 00:53:47,875 Menghitung setiap bisikan. 592 00:53:48,666 --> 00:53:50,833 Gusar yang pisau dapur kami terlalu tajam. 593 00:53:52,166 --> 00:53:54,666 Kita semua akan mati ditimbus menara ini. 594 00:53:54,750 --> 00:53:56,541 Kenapa awak nak mati dengan kami? 595 00:53:58,416 --> 00:54:01,250 Kerana semasa saya mengawasi kalian, 596 00:54:01,333 --> 00:54:04,958 saya mula mengenali kalian dengan lebih dekat. 597 00:54:06,250 --> 00:54:07,750 Separuh orang kami dah pergi. 598 00:54:08,833 --> 00:54:10,666 Tapi separuh lagi masih di sini. 599 00:54:12,125 --> 00:54:13,208 Termasuklah kamu. 600 00:54:19,833 --> 00:54:21,333 Jadi, tinggikan bidikan kamu. 601 00:54:39,083 --> 00:54:41,083 Ada sesuatu yang awak tak tahu. 602 00:54:49,416 --> 00:54:50,916 Saya pernah lihat benda ini. 603 00:55:39,041 --> 00:55:40,250 Ia kunci. 604 00:55:42,375 --> 00:55:46,875 Dihasilkan oleh ilmu purba musuh untuk menundukkan nenek moyang kamu. 605 00:55:46,958 --> 00:55:48,500 Kunci apa? 606 00:55:51,875 --> 00:55:53,291 Saya tak tahu. 607 00:55:53,375 --> 00:55:56,166 Ketua musuh itu kata yang dia mahu jadi dewa, 608 00:55:56,250 --> 00:55:58,916 dan menjadikan tanah ini milik Orc. 609 00:55:59,916 --> 00:56:02,583 Saya tak faham maksudnya, tapi yang pasti, 610 00:56:05,083 --> 00:56:08,291 dia tahu anak awak simpan benda yang menjanjikan impiannya. 611 00:56:14,458 --> 00:56:15,666 Berapa lama lagi? 612 00:56:17,208 --> 00:56:18,375 Beberapa hari. 613 00:56:21,041 --> 00:56:22,458 Mungkin beberapa jam. 614 00:56:27,416 --> 00:56:29,125 Kita boleh mengharunginya. 615 00:56:29,791 --> 00:56:31,208 Tentu ada caranya. 616 00:56:32,791 --> 00:56:33,958 Saya pasti. 617 00:56:37,666 --> 00:56:39,083 Memang ada. 618 00:56:40,333 --> 00:56:44,041 Tidak! Jika awak tunduk kepada musuh, awak rampas segalanya, 619 00:56:45,625 --> 00:56:47,625 daripada anak awak dan cucu-cicit awak. 620 00:56:49,333 --> 00:56:53,333 Kaum awak berusaha sepanjang Zaman untuk kembali ke jalan yang lurus. 621 00:56:54,041 --> 00:56:57,166 Sanggup awak sesat semula hanya kerana dilanda kesedihan? 622 00:57:00,083 --> 00:57:02,083 Tentu ada cara lain. 623 00:57:02,166 --> 00:57:04,666 Cara apa? Beritahulah saya. 624 00:57:10,166 --> 00:57:11,208 Tengoklah. 625 00:57:12,708 --> 00:57:14,708 Kami memang patut diawasi, 626 00:57:16,041 --> 00:57:18,458 kerana kami ditakdirkan diselubungi kegelapan. 627 00:57:20,208 --> 00:57:21,666 Itu ikhtiar kami untuk hidup. 628 00:57:24,833 --> 00:57:26,416 Mungkin hati kami memang gelap. 629 00:57:28,333 --> 00:57:29,833 Selama-lamanya. 630 00:57:30,750 --> 00:57:35,375 Bukan hanya nyawa kita saja yang terancam. 631 00:57:36,750 --> 00:57:40,666 Semasa Morgoth berperang, seluruh benua tenggelam. 632 00:57:40,750 --> 00:57:43,416 Entah malapetaka apa akan berlaku 633 00:57:43,500 --> 00:57:45,166 jika ia jatuh ke tangan musuh? 634 00:57:45,250 --> 00:57:47,250 Mampukah kita menghalangnya? 635 00:57:47,875 --> 00:57:49,791 Tengoklah. Ia dah berakhir. 636 00:57:49,875 --> 00:57:51,666 -Belum lagi. -Tak lama lagi. 637 00:57:53,416 --> 00:57:55,958 Apabila mereka menyerang, menara ini akan tumbang. 638 00:58:13,875 --> 00:58:14,916 Nampat! 639 00:58:59,916 --> 00:59:02,000 Awak reka cerita itu, ya? 640 00:59:02,083 --> 00:59:04,916 Disa dah lama minta meja baru, jadi… 641 00:59:12,375 --> 00:59:14,125 Bolehlah, ia tak berat sangat pun. 642 00:59:14,208 --> 00:59:17,208 Bukan berat meja itu yang membebankan saya. 643 00:59:18,041 --> 00:59:19,666 Kongsilah beban itu dengan saya. 644 00:59:19,750 --> 00:59:22,625 Jika dikongsi, beratnya mungkin berkurang atau berganda. 645 00:59:22,708 --> 00:59:24,875 Bergantung pada si pendengar. 646 00:59:24,958 --> 00:59:28,750 Aduhai! Janganlah berdolak-dalih lagi. 647 00:59:28,833 --> 00:59:31,833 Beritahu saja perkara sebenar. 648 00:59:37,583 --> 00:59:40,000 Saya tak berterus terang dengan awak, Durin. 649 00:59:41,958 --> 00:59:45,375 Saya tak datang atas nama persahabatan, tapi satu harapan. 650 00:59:46,333 --> 00:59:47,750 Tapi saya tak sedar. 651 00:59:50,291 --> 00:59:51,916 Tapi saya datang kerana mithril. 652 00:59:58,041 --> 00:59:59,291 Kenapa? 653 01:00:01,000 --> 01:00:02,416 Tanpanya, 654 01:00:03,500 --> 01:00:07,916 kaum saya perlu berpindah sebelum musim panas jika enggan lenyap. 655 01:00:09,791 --> 01:00:11,041 Lenyap? 656 01:00:12,500 --> 01:00:14,166 Apa maksudnya? 657 01:00:16,166 --> 01:00:21,833 Roh kami yang abadi akan menyusut 658 01:00:23,541 --> 01:00:25,166 makin lama makin menghilang 659 01:00:26,166 --> 01:00:27,833 sehingga yang tinggal cuma bayang 660 01:00:29,208 --> 01:00:31,916 yang terhapus ditelan zaman. 661 01:00:33,750 --> 01:00:35,000 Selama-lamanya. 662 01:00:48,958 --> 01:00:54,708 Jadi, nasib kaum Elf terletak di tangan saya? 663 01:00:55,708 --> 01:00:57,416 Nampaknya begitulah. 664 01:01:03,625 --> 01:01:05,041 Ulang sekali lagi. 665 01:01:05,500 --> 01:01:11,333 Nasib kaum Elf terletak di tangan awak. 666 01:01:20,041 --> 01:01:21,458 Tangan siapa? 667 01:01:23,750 --> 01:01:25,166 Tangan awak. 668 01:01:40,416 --> 01:01:43,541 Tunggu apa lagi? Mari kita pergi. 669 01:01:43,625 --> 01:01:46,000 -Durin… -Jangan berterima kasih dulu. 670 01:01:46,083 --> 01:01:48,833 Ucaplah selepas kita berjaya pujuk ayah saya. 671 01:01:48,916 --> 01:01:51,125 Ayuh, mari kita pergi sekarang. 672 01:01:51,208 --> 01:01:53,041 Perjalanannya bukan dekat. 673 01:01:53,125 --> 01:01:56,625 Cahaya matahari ini buat saya senak perut. 674 01:01:56,708 --> 01:02:00,291 Dengan satu syarat. Beritahu Disa saya yang hadiahkan meja ini. 675 01:02:00,375 --> 01:02:02,125 Jangan melebih-lebih pula. 676 01:02:22,833 --> 01:02:25,666 Lord Halbrand, Raja Agung mahu jumpa tuan. 677 01:04:35,250 --> 01:04:38,250 Tengoklah, ayah dia tolong dia dapatkan kerja, sekali lagi. 678 01:04:40,333 --> 01:04:42,208 Saya dapatkannya sendiri. Macam awak. 679 01:04:42,291 --> 01:04:43,500 Askar. 680 01:04:46,750 --> 01:04:48,333 Lapor diri kepada ketua kuda. 681 01:04:49,708 --> 01:04:51,208 Saya ahli pasukan berkuda? 682 01:04:51,291 --> 01:04:52,625 Benar. 683 01:04:55,958 --> 01:04:57,208 Tukang cuci kandang. 684 01:05:16,791 --> 01:05:17,625 Askar! 685 01:06:06,708 --> 01:06:08,000 Buka ikatan! 686 01:06:08,666 --> 01:06:10,166 Tebarkan layar! 687 01:06:10,583 --> 01:06:12,250 Kita menuju ke arah timur laut. 688 01:06:13,958 --> 01:06:15,208 Untuk ke Benua Tengah. 689 01:06:16,791 --> 01:06:18,000 Ya! 690 01:07:10,458 --> 01:07:13,750 Mentari terbenam 691 01:07:13,833 --> 01:07:17,208 Di sebalik batu 692 01:07:17,291 --> 01:07:20,250 Sinar di menara 693 01:07:20,333 --> 01:07:23,375 Semakin halus 694 01:07:23,458 --> 01:07:26,166 Api tinggal bara 695 01:07:26,250 --> 01:07:29,500 Malam bulan purnama 696 01:07:29,583 --> 01:07:31,916 Kutinggalkan semuanya 697 01:07:32,000 --> 01:07:36,708 Untuk entah ke mana 698 01:07:36,791 --> 01:07:42,041 Serulah aku Dunia nun di sana 699 01:07:42,125 --> 01:07:47,833 Tibalah hari aku berkelana 700 01:07:47,916 --> 01:07:50,500 Mengembara, bertualang 701 01:07:50,583 --> 01:07:55,166 Berkelana 702 01:07:55,250 --> 01:07:57,750 Tabung air kian kering 703 01:07:57,833 --> 01:08:00,875 Makanan kian tiada 704 01:08:00,958 --> 01:08:06,333 Kudratku menipis Langkah kugesa 705 01:08:06,416 --> 01:08:12,375 Kontotnya kakiku Perjalanan jauh 706 01:08:12,458 --> 01:08:15,375 Di kiriku, penat lesu 707 01:08:15,458 --> 01:08:20,250 Di kananku, lagu 708 01:08:20,333 --> 01:08:25,708 Menyanyilah kepadaku Dunia di sana 709 01:08:25,791 --> 01:08:31,250 Ayuh, pimpinlah aku Berkelana 710 01:08:31,333 --> 01:08:34,208 Carilah aku 711 01:08:34,291 --> 01:08:39,041 Yang sedang berkelana 712 01:08:39,125 --> 01:08:41,916 Kuterima jawapannya 713 01:08:42,000 --> 01:08:44,958 Dari langit berawan 714 01:08:45,041 --> 01:08:50,750 Tak semua yang berkelana Terpesong haluan 715 01:08:50,833 --> 01:08:53,625 Walau betapa peritnya 716 01:08:53,708 --> 01:08:56,708 Yang perlu kukorban 717 01:08:56,791 --> 01:09:02,791 Tak semua yang berkelana Terpesong haluan 718 01:09:05,375 --> 01:09:07,375 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 719 01:09:07,458 --> 01:09:09,458 Penyelia Kreatif Bima Gasendo