1 00:00:07,166 --> 00:00:08,875 Pisau itu milik siapa, Galadriel? 2 00:00:08,958 --> 00:00:12,291 Abang saya. Dia dibunuh oleh khadam Sauron. 3 00:00:13,333 --> 00:00:17,500 Selepas Morgoth tewas, makhluk yang kau gelar Sauron 4 00:00:17,625 --> 00:00:22,666 mahu cipta kuasa bukan saja untuk mengarah tapi untuk menguasai minda. 5 00:00:22,750 --> 00:00:25,416 Aku bunuh Sauron. 6 00:00:25,500 --> 00:00:26,541 Aku tak percaya. 7 00:00:26,625 --> 00:00:29,041 Á kuita! 8 00:00:29,583 --> 00:00:30,625 Dilly, mari sini! 9 00:00:35,375 --> 00:00:39,500 Namun, walau apa jua yang kami buat, ia makin cepat merosot. 10 00:00:39,583 --> 00:00:42,125 Mithril ini satu-satunya penyelamat kita. 11 00:00:42,208 --> 00:00:44,625 Tiada apa-apa dapat memudarkan cahayanya. 12 00:00:45,041 --> 00:00:46,541 -Raja Durin... -Cukup! 13 00:00:47,541 --> 00:00:51,791 Ayah tak mahu Bangsa Dwarf mati untuk membantu Elf mengelak maut. 14 00:00:52,916 --> 00:00:54,541 Saya akan pergi ke Buana Tengah. 15 00:00:54,625 --> 00:00:58,250 Hanya kegelapan yang menanti. 16 00:00:59,333 --> 00:01:00,166 Berlindung! 17 00:01:03,875 --> 00:01:04,708 Tidak! 18 00:01:05,125 --> 00:01:06,500 Mana anak saya? 19 00:01:06,583 --> 00:01:08,625 Adar! 20 00:01:08,708 --> 00:01:11,375 Mari kita lupakan kejadian hitam ini. 21 00:01:11,708 --> 00:01:15,458 -Berlawan di samping awak, saya rasa… -Saya juga rasakannya. 22 00:01:17,375 --> 00:01:19,125 Luka ini perlukan ubat Elf. 23 00:01:19,208 --> 00:01:20,791 Hidup raja! 24 00:01:25,375 --> 00:01:26,416 Kamu nak ke mana? 25 00:01:26,500 --> 00:01:28,125 -Nak beri amaran. -Seorang diri? 26 00:01:28,208 --> 00:01:29,875 Dia takkan berseorangan. 27 00:01:47,750 --> 00:01:53,666 ERYN GALEN BELANTARA ZAMRUD 28 00:02:20,916 --> 00:02:22,500 Saya ancaman. 29 00:02:25,291 --> 00:02:26,500 Awak baik. 30 00:03:07,083 --> 00:03:08,083 Nori? 31 00:03:46,625 --> 00:03:52,166 Kami mahu berkhidmat untukmu, Lord Sauron. 32 00:05:55,750 --> 00:05:57,708 Gil-galad akan tiba esok. 33 00:05:57,791 --> 00:06:01,125 Baginda pasti mahu tahu cara untuk menyelamatkan Elf. 34 00:06:02,083 --> 00:06:03,333 Tapi satu cara pun tiada. 35 00:06:04,666 --> 00:06:06,750 Kalaulah ada cara… 36 00:06:08,583 --> 00:06:12,583 lebih mudah untuk hasil lebih besar. 37 00:06:13,708 --> 00:06:18,750 Pada mulanya, Suria pun lebih kecil daripada tapak tangan saya. 38 00:06:18,833 --> 00:06:22,625 Mana mungkin kita menandingi kuasa pencipta Suria. 39 00:06:24,416 --> 00:06:26,541 Kita kesuntukan masa, Tuan Celebrimbor. 40 00:06:30,166 --> 00:06:32,666 Kita perlu maklumkan raja yang kita dah gagal. 41 00:06:34,125 --> 00:06:39,125 Kemudian, Elf perlu bersedia untuk meninggalkan tempat ini. Selama-lamanya. 42 00:06:54,750 --> 00:06:55,583 Galadriel? 43 00:06:56,791 --> 00:06:57,875 Elrond. 44 00:06:58,708 --> 00:06:59,791 Apa yang dah berlaku? 45 00:07:01,583 --> 00:07:04,000 Tombak musuh. Enam hari lepas. 46 00:07:04,791 --> 00:07:06,041 Kami berjalan berterusan. 47 00:07:08,041 --> 00:07:09,458 Awak boleh bantu dia? 48 00:07:10,958 --> 00:07:14,416 Á tulë koivienna... 49 00:07:14,500 --> 00:07:19,125 Raja Benua Selatan? Bagaimana awak menemuinya? 50 00:07:19,875 --> 00:07:21,458 Kenapa awak di sini? 51 00:07:22,583 --> 00:07:24,083 Kenapa awak di sini? 52 00:07:28,791 --> 00:07:31,208 Mari. Kita perlu berbincang. 53 00:07:38,625 --> 00:07:40,750 Saya tak sepatutnya hantar awak ke Valinor. 54 00:07:41,416 --> 00:07:45,416 Saya sepatutnya percaya cakap awak. Kesilapan itu takkan berulang. 55 00:07:52,291 --> 00:07:53,791 Saya terjun dari kapal itu… 56 00:07:56,166 --> 00:07:59,541 Kerana saya tahu saya belum layak mendapat keabadian hakiki. 57 00:08:00,083 --> 00:08:04,083 Saya tahu bahawa tugas saya belum selesai, 58 00:08:05,750 --> 00:08:09,750 dan apabila saya timbul, saya hanya mampu berenang 59 00:08:09,833 --> 00:08:12,041 dan berdoa agar pilihan saya tepat. 60 00:08:16,125 --> 00:08:18,333 Saya tak merentasi lautan dingin itu… 61 00:08:19,708 --> 00:08:21,291 Hanya untuk lemas sekarang. 62 00:08:24,000 --> 00:08:25,583 Saya juga takkan abaikan awak. 63 00:08:33,041 --> 00:08:34,875 Saya rindukan awak. 64 00:08:38,333 --> 00:08:39,750 Apa kita patut buat? 65 00:08:42,750 --> 00:08:44,333 Satu-satunya pilihan yang ada. 66 00:08:46,000 --> 00:08:47,416 Berjuang. 67 00:08:56,958 --> 00:08:58,125 Itu siapa? 68 00:09:04,208 --> 00:09:06,208 Itu siapa? Tunjukkan diri awak. 69 00:09:07,208 --> 00:09:08,875 Galadriel ada di sini? 70 00:09:15,625 --> 00:09:16,833 Tidak. 71 00:09:18,666 --> 00:09:21,166 Bukankah awak sepatutnya berehat? 72 00:09:21,708 --> 00:09:23,208 Tempat apakah ini? 73 00:09:24,416 --> 00:09:28,291 Dulu, ia bengkel Celebrimbor. 74 00:09:28,916 --> 00:09:30,083 Celebrimbor agung itu? 75 00:09:31,666 --> 00:09:33,666 Dia tiada sini, bukan? 76 00:09:33,750 --> 00:09:37,541 Sebenarnya, dia di sini sekarang. 77 00:09:50,583 --> 00:09:52,000 Celebrimbor… 78 00:09:53,166 --> 00:09:54,583 Guru saya 79 00:09:54,666 --> 00:09:57,166 kerap puji akan keajaiban hasil kerja awak. 80 00:09:58,125 --> 00:10:01,750 Saya tak sangka akan berpeluang melihatnya sendiri. 81 00:10:01,833 --> 00:10:03,041 Awak tukang besi? 82 00:10:03,750 --> 00:10:07,083 Ya, tapi saya taklah semahir awak. 83 00:10:09,458 --> 00:10:13,458 Batu permata ini, saya tak pernah lihat batu seperti ini. 84 00:10:14,291 --> 00:10:17,458 Awak nak gunakannya untuk apa? 85 00:10:17,541 --> 00:10:23,541 Begitu mahirnya Feänor hingga dia berjaya mengabadikan inti sari Valinor. 86 00:10:24,208 --> 00:10:26,250 Saya pun mahu buat untuk Buana Tengah. 87 00:10:26,333 --> 00:10:30,541 Peliknya bijih ini. Ia apa? 88 00:10:33,750 --> 00:10:34,833 Tak cukup. 89 00:10:34,916 --> 00:10:36,750 Cukup untuk apa? 90 00:10:40,375 --> 00:10:41,375 Pulangkannya. 91 00:10:41,458 --> 00:10:45,541 Awak dah cuba gabungkan dengan bijih lain? Untuk mendapatkan hasil terbaik? 92 00:10:45,625 --> 00:10:47,958 Bijih ini tak sesuai untuk tujuan itu. 93 00:10:48,041 --> 00:10:50,166 -Kenapa? -Kami perlukan jumlah yang banyak. 94 00:10:50,250 --> 00:10:53,125 Nanti hilanglah kesannya ditenggelami sifat bijih lain. 95 00:10:53,708 --> 00:10:56,708 Maaflah kalau cadangan ini kurang bijak, 96 00:10:56,791 --> 00:10:59,958 tapi tidakkah gabungan yang tepat akan menguatkan sifatnya? 97 00:11:02,708 --> 00:11:03,791 Menguatkan? 98 00:11:03,875 --> 00:11:07,208 Di tempat saya belajar, logam berharga sukar didapati. 99 00:11:07,666 --> 00:11:11,875 Jadi, kami cuba memanfaatkan kekuatannya dan menyembunyikan kekurangannya. 100 00:11:11,958 --> 00:11:17,291 Campuran nikel dan besi boleh menghasilkan pedang yang ringan dan keras. 101 00:11:17,375 --> 00:11:22,375 Mungkinkah ada gabungan yang boleh menguatkan sifat bijih awak? 102 00:11:29,916 --> 00:11:35,333 Menariknya cadangan itu. 103 00:11:38,166 --> 00:11:41,666 Anggaplah ia… satu anugerah. 104 00:11:49,000 --> 00:11:54,458 Kelak, tuanku akan membuat perjalanan yang menamatkan kehidupan. 105 00:11:55,291 --> 00:11:58,041 Bendera hitam akan berkibaran. 106 00:11:59,458 --> 00:12:02,625 Kita bertanggungjawab membina makamnya. 107 00:12:04,791 --> 00:12:10,625 Makam batu lambang keabadian, yang tiada sesiapa, 108 00:12:13,083 --> 00:12:16,333 mahupun raja, mampu miliki dalam hidup ini. 109 00:12:17,708 --> 00:12:23,083 Pelukis dari seluruh Númenor dipanggil untuk menghasilkan lukisan wajahnya 110 00:12:23,166 --> 00:12:25,166 agar rekaan boleh disyorkan. 111 00:12:26,041 --> 00:12:27,875 Antara semua pelatih, 112 00:12:29,041 --> 00:12:31,875 kamu telah dipilih untuk mengesyorkan rekaannya. 113 00:12:34,916 --> 00:12:36,083 Nanti, 114 00:12:36,166 --> 00:12:39,291 setiap seorang akan diberi masa sejam dengan raja. 115 00:12:41,333 --> 00:12:42,541 Gunalah sebaik mungkin. 116 00:13:07,208 --> 00:13:09,833 Ayahanda tahu apa kamu buat pada waktu malam 117 00:13:09,916 --> 00:13:12,666 -ketika kamu fikir semua orang tidur. -Maafkan patik. 118 00:13:12,750 --> 00:13:16,083 Dayang tuanku akan datang sebentar lagi. 119 00:13:16,166 --> 00:13:18,208 Jadi, kita masih ada masa. 120 00:13:23,875 --> 00:13:24,958 Masa untuk apa? 121 00:13:25,041 --> 00:13:27,541 Untuk mengingatkan kamu, Míriel sayang. 122 00:13:27,625 --> 00:13:30,416 -Tuanku silap. Patik bukan… -Belum jadi ratu? Tidak. 123 00:13:30,500 --> 00:13:32,916 Kamu akan jadi ratu, maka, ketahuilah, 124 00:13:33,000 --> 00:13:36,166 bahawa sekiranya tradisi lama tak dikembalikan, 125 00:13:36,250 --> 00:13:37,958 pulau kita akan hancur. 126 00:13:43,166 --> 00:13:44,375 Tolong! 127 00:13:44,958 --> 00:13:47,375 Raja terjaga! Tolong! 128 00:13:58,583 --> 00:14:00,041 Mari. Kamu perlu naik. 129 00:14:00,125 --> 00:14:03,916 Tapi jangan ikut ayahanda. Ayahanda tercari-cari terlalu lama. 130 00:14:04,000 --> 00:14:07,500 Sekarang, ayahanda keliru antara masa kini dan masa silam, 131 00:14:07,583 --> 00:14:09,708 masa silam dan masa depan. 132 00:14:46,333 --> 00:14:50,833 Satu objek. Untuk seluruh Buana Tengah. 133 00:14:50,916 --> 00:14:52,750 Bunyinya memang aneh, tuanku. 134 00:14:52,833 --> 00:14:56,000 Tapi kita memang patut cari semua penyelesaian yang ada. 135 00:14:56,500 --> 00:14:58,875 Ia objek yang bagaimana? 136 00:14:58,958 --> 00:15:01,916 Ia lebih kecil daripada yang kita bayangkan. 137 00:15:02,000 --> 00:15:03,750 Boleh dipegang… 138 00:15:03,833 --> 00:15:04,916 -Cokmar. -Pedang? 139 00:15:05,000 --> 00:15:07,708 Atau mungkin… Mahkota. 140 00:15:10,125 --> 00:15:11,125 Kenapa mahkota? 141 00:15:11,208 --> 00:15:13,750 Bulat ialah bentuk terbaik. 142 00:15:13,833 --> 00:15:17,666 Cahayanya akan melengkung semula ke arahnya tanpa sekatan, 143 00:15:17,750 --> 00:15:21,791 dan menghasilkan kuasa yang tidak terbatas. 144 00:15:22,791 --> 00:15:26,791 Kamu sanggup letakkan kuasa itu atas kepala satu makhluk? 145 00:15:26,875 --> 00:15:29,875 Bukan makhluk sembarangan, tuanku. Tapi tuanku. 146 00:15:33,500 --> 00:15:35,583 Kata-kata itu sangat berbahaya… 147 00:15:35,666 --> 00:15:38,000 Kadangkala, bahaya saja pilihan yang ada. 148 00:15:38,083 --> 00:15:40,041 Jika tidak, patik takkan ada di sini. 149 00:15:40,125 --> 00:15:42,208 Kamu tak patut langsung berada di sini. 150 00:15:43,333 --> 00:15:45,458 Tuanku, berilah kami masa 151 00:15:45,541 --> 00:15:48,375 untuk kami kumpulkan tukang dan cuba teori Celebrimbor… 152 00:15:48,458 --> 00:15:49,791 Kita kesuntukan masa. 153 00:15:49,875 --> 00:15:52,083 -Ya, sebab itulah… -Ia terlalu suntuk. 154 00:15:53,625 --> 00:15:58,125 Sejak gunung itu meletus, banyak daun Pokok Besar yang gugur. 155 00:15:58,750 --> 00:16:00,833 Tak lama lagi, daun terakhir akan gugur. 156 00:16:00,916 --> 00:16:05,333 Melainkan orang kita berpindah, kita juga akan gugur. 157 00:16:08,125 --> 00:16:12,125 Tiada Elf lain yang terdesak mencari jawapannya berbanding beta. 158 00:16:13,083 --> 00:16:18,750 Tapi jika ini boleh menyelamatkan kita, ia sepatutnya dibuat lebih awal. 159 00:16:18,833 --> 00:16:20,916 Memang pun. 160 00:16:21,708 --> 00:16:23,916 Tapi cuma selepas orang Benua Selatan itu… 161 00:16:24,000 --> 00:16:26,416 Lelaki marhaen itu? Ini ideanya? 162 00:16:26,500 --> 00:16:30,000 Cadangannya cuma pencetus yang membuka jalan kepada jawapan. 163 00:16:30,083 --> 00:16:34,750 Kita di ambang penciptaan kuasa baru. 164 00:16:34,833 --> 00:16:37,875 Bukan kuasa kekuatan, tapi semangat. 165 00:16:37,958 --> 00:16:40,458 Bukan untuk mengarah, tapi menguasai minda. 166 00:16:42,166 --> 00:16:43,916 Ini… 167 00:16:44,000 --> 00:16:47,541 Ini kuasa Alam Ghaib. 168 00:16:49,250 --> 00:16:52,500 Maaf, Lord Celebrimbor. 169 00:16:53,250 --> 00:16:56,625 Beta perintahkan kamu agar membubarkan kota 170 00:16:56,708 --> 00:16:59,708 dan pulang ke Lindon serta-merta. 171 00:17:00,458 --> 00:17:01,875 Semuanya sekali. 172 00:17:16,083 --> 00:17:19,833 Perkataan itu, "menguasai minda." 173 00:17:20,791 --> 00:17:22,208 Dari mana awak mendengarnya? 174 00:17:26,041 --> 00:17:29,750 Semasa berbincang dengan tukang, saya… 175 00:17:31,500 --> 00:17:34,666 -Rasanya ia kata-kata saya sendiri. -Halbrand ada ketika itu? 176 00:17:36,666 --> 00:17:39,833 Kenapa awak mahu tahu? Ia dah berakhir. 177 00:17:43,625 --> 00:17:45,125 Tuanku, tunggu! 178 00:17:45,916 --> 00:17:47,916 -Maaf… -Beri patik tiga bulan. 179 00:17:48,458 --> 00:17:50,458 Patik berhak diberikan masa. 180 00:17:50,541 --> 00:17:53,666 Kamu tak berhak dapat apa-apa. 181 00:17:54,416 --> 00:17:56,416 Jika begitu, jangan anggap ia ganjaran. 182 00:17:58,291 --> 00:17:59,875 Anggap ia satu permintaan. 183 00:18:01,291 --> 00:18:04,458 Ia harapan palsu, Elrond. 184 00:18:04,541 --> 00:18:06,583 Palsu semata-mata. Itu hakikatnya. 185 00:18:06,666 --> 00:18:12,083 "Jangan memperlekehkan harapan. walaupun ia sekecil zarah." 186 00:18:13,041 --> 00:18:15,375 Tuanku dah lupa nasihat tuanku sendiri? 187 00:19:09,166 --> 00:19:13,750 Saya mahu salasilah keluarga diraja. Apa-apa saja berkaitan Benua Selatan. 188 00:19:13,833 --> 00:19:16,833 Kita tak simpan banyak rekod kerajaan manusia. 189 00:19:16,916 --> 00:19:19,666 Saya perlu kaji kubur bawah tanah untuk rekodnya. 190 00:19:19,750 --> 00:19:21,791 -Mari. -Tiga minggu. 191 00:19:21,875 --> 00:19:25,125 Tiga minggu untuk kerja yang memakan masa tiga abad. 192 00:19:25,208 --> 00:19:28,208 Kadangkala, keperluan melahirkan ciptaan. 193 00:19:29,375 --> 00:19:32,041 Pergi. Jangan beritahu sesiapa. 194 00:19:36,250 --> 00:19:37,916 Jangan takut. 195 00:19:38,000 --> 00:19:41,083 Celebrimbor akan jumpa jalannya. Saya pasti. 196 00:19:41,583 --> 00:19:44,583 Tiba-tiba saja, kalian berkawan rapat. 197 00:19:44,666 --> 00:19:47,333 Saya cuma beri bantuan setakat yang saya mampu. 198 00:19:49,791 --> 00:19:52,875 Terus terang, saya masih sukar percaya. 199 00:19:53,791 --> 00:19:56,750 Lelaki seperti saya, di sini, 200 00:19:58,041 --> 00:20:00,625 bekerja dengan tukang besi Elf di Eregion. 201 00:20:04,833 --> 00:20:06,250 Terima kasih, Galadriel. 202 00:20:07,541 --> 00:20:08,958 Kerana bawa awak ke sini? 203 00:20:09,916 --> 00:20:11,333 Kerana menyelamatkan saya. 204 00:20:11,416 --> 00:20:15,500 Awak selamatkan saya. Tiada lagi hutang antara kita. 205 00:20:15,583 --> 00:20:16,916 Tidak. 206 00:20:17,000 --> 00:20:19,583 Bantuan awak jauh lebih banyak. 207 00:20:20,875 --> 00:20:22,625 Saya sebenarnya dah putus asa. 208 00:20:22,708 --> 00:20:26,000 Tapi awak percayakan saya. 209 00:20:26,083 --> 00:20:27,958 Awak nampak kekuatan dalam diri saya. 210 00:20:28,041 --> 00:20:31,125 Awak galakkan saya untuk mencapai keupayaan sebenar saya. 211 00:20:32,916 --> 00:20:34,500 Saya takkan melupakannya. 212 00:20:38,625 --> 00:20:41,500 Saya juga akan pastikan orang lain juga tak lupa. 213 00:21:01,583 --> 00:21:03,916 Jangan takut, tuan. 214 00:21:04,458 --> 00:21:10,208 Makin kuasa tuan bangkit, makin terbuka tudungnya. 215 00:21:10,958 --> 00:21:12,041 Kelubung? 216 00:21:12,125 --> 00:21:17,041 Yang menutupi minda tuan dan diletakkan oleh mereka yang menghumban tuan ke sini. 217 00:21:17,125 --> 00:21:21,583 Tapi kami datang untuk menyambut tuan, 218 00:21:22,250 --> 00:21:25,083 dan membawa tuan ke tanah kami. 219 00:21:26,000 --> 00:21:27,083 Tanah kamu? 220 00:21:27,166 --> 00:21:28,791 Tuan tahu tempatnya. 221 00:21:35,375 --> 00:21:37,083 Bintang-bintang itu. 222 00:21:37,166 --> 00:21:40,333 Namanya Topi Pertapa. 223 00:21:41,583 --> 00:21:44,625 Corak yang hanya kelihatan di satu tempat. 224 00:21:45,708 --> 00:21:50,541 Jauh di sebelah timur dengan gugusan bintang tersendiri. 225 00:21:51,375 --> 00:21:54,833 Wilayah Rhûn. 226 00:21:55,958 --> 00:21:57,875 -Rhûn. -Ya. 227 00:21:58,708 --> 00:22:04,541 Di sana tuan akan akhirnya diiktiraf sebagai diri tuan yang sebenar. 228 00:22:04,625 --> 00:22:09,291 Tuan jatuh dari bintang. Namun, bintang pun tak seagung tuan. 229 00:22:09,375 --> 00:22:12,125 Sesungguhnya, api pun akur akan perintah tuan. 230 00:22:12,208 --> 00:22:17,041 Tuan jatuh dalam kalangan hama, namun, hama pun menggeruni tuan. 231 00:22:17,125 --> 00:22:19,541 Menggeletar ketakutan apabila tuan murka. 232 00:22:19,625 --> 00:22:24,291 Angin dan air, panas dan sejuk. 233 00:22:24,375 --> 00:22:28,083 Di Rhûn, tuan akan belajar mengawal semuanya. 234 00:22:28,166 --> 00:22:34,166 Semua makhluk yang berjalan, mahupun merangkak akan menjadi hamba tuan. 235 00:22:35,125 --> 00:22:38,541 -Kerana tuan Lord Sauron. -Kerana tuan Lord Sauron. 236 00:22:58,000 --> 00:22:59,166 Cukup! 237 00:23:08,666 --> 00:23:11,625 Lama-kelamaan, dia akan belajar mengawal kuasanya. 238 00:23:13,000 --> 00:23:14,833 Buat masa ini, ikat dia. 239 00:23:22,125 --> 00:23:23,541 Kenapa? 240 00:23:37,083 --> 00:23:41,583 Dalam banyak-banyak idea, ini idea paling bodoh. 241 00:23:41,666 --> 00:23:43,458 Awak ada idea lebih baik? 242 00:23:49,791 --> 00:23:50,958 Yang ketiga dah tiada. 243 00:23:51,916 --> 00:23:53,500 Ke mana dia pergi? 244 00:23:53,583 --> 00:23:56,416 Lagi sikit, lagi bagus. Sekaranglah peluang kita. 245 00:24:53,625 --> 00:24:54,583 Hei! 246 00:24:55,125 --> 00:24:57,125 Brandyfoot! Lari! 247 00:25:05,583 --> 00:25:06,791 Sadoc! 248 00:25:56,833 --> 00:25:59,666 Tuan, bawa bertenang. 249 00:26:01,708 --> 00:26:03,541 Nori, mari kita pergi! 250 00:26:56,041 --> 00:26:57,375 Ayuh! 251 00:27:21,166 --> 00:27:22,291 Biar dia lihat. 252 00:28:33,500 --> 00:28:34,958 Ambillah. 253 00:28:35,708 --> 00:28:37,541 Kami perlukan awak. Tolonglah ambil. 254 00:28:38,583 --> 00:28:41,875 Tinggalkan saya, kerana saya mungkin… 255 00:28:43,958 --> 00:28:46,666 Saya akan cederakan awak. Lagi. 256 00:28:46,750 --> 00:28:49,833 Apa mereka dah buat kepada awak? 257 00:28:49,916 --> 00:28:53,333 Mereka tunjukkan diri sebenar saya. 258 00:28:55,916 --> 00:28:57,916 Awak saja yang boleh buat begitu. 259 00:28:59,083 --> 00:29:02,000 Kita yang tentukan diri kita. 260 00:29:16,208 --> 00:29:17,625 Awak di sini untuk membantu. 261 00:29:19,666 --> 00:29:20,833 Saya tahu. 262 00:29:38,916 --> 00:29:42,333 Tutuplah mata. Sakitnya hanya seketika. 263 00:29:44,416 --> 00:29:45,291 Tidak! 264 00:30:11,958 --> 00:30:14,291 Kamu datang dari dalam kegelapan. 265 00:30:15,833 --> 00:30:18,041 Kepada kegelapanlah nyah kamu pulang! 266 00:30:18,125 --> 00:30:22,625 -Dia bukan Sauron. -Tapi yang satu lagi. Istar. Dia… 267 00:30:22,708 --> 00:30:24,333 Saya baik. 268 00:31:06,041 --> 00:31:06,875 Nori! 269 00:31:18,291 --> 00:31:19,458 Sadoc? 270 00:31:28,666 --> 00:31:32,166 Jangan bergerak. Kami akan bawa awak balik. 271 00:31:32,791 --> 00:31:34,208 Maaf, kawan. 272 00:31:34,625 --> 00:31:38,375 Rasanya, saya terpaksa melencong. 273 00:31:40,708 --> 00:31:42,083 En. Burrows... 274 00:31:42,166 --> 00:31:44,291 Tak apa, Proudfellow. 275 00:31:46,291 --> 00:31:47,916 Isteri saya dah menunggu. 276 00:31:49,625 --> 00:31:54,458 Kalau boleh, saya nak duduk sebentar, 277 00:31:55,791 --> 00:31:57,208 tengok matahari terbit. 278 00:33:12,458 --> 00:33:16,083 Satu, dua, tiga, 279 00:33:16,166 --> 00:33:20,208 empat, lima, enam, 280 00:33:20,291 --> 00:33:22,666 tujuh, lapan… 281 00:33:25,166 --> 00:33:26,250 Ada sembilan… 282 00:33:27,708 --> 00:33:29,208 Anak tangga ke tiang utama. 283 00:33:38,000 --> 00:33:39,250 Syabas, tuanku. 284 00:33:39,333 --> 00:33:42,750 Jika kamu perkecilkan beta lagi, beta akan turunkan pangkat kamu. 285 00:33:44,875 --> 00:33:46,291 Mari. 286 00:33:48,541 --> 00:33:49,375 Patik bantu. 287 00:33:55,625 --> 00:33:57,291 Tapi siapa bantu kamu? 288 00:34:02,333 --> 00:34:03,833 Kamu juga dah kehilangan, 289 00:34:04,791 --> 00:34:09,541 dan beta faham jika kamu mahu ambil cuti. 290 00:34:13,916 --> 00:34:18,875 Tuanku pernah tanya patik sebab patik selamatkan Galadriel. 291 00:34:20,250 --> 00:34:22,375 Patik kata patik buat kerana terpaksa. 292 00:34:23,875 --> 00:34:26,541 Tapi sebenarnya, patik boleh biarkan saja. 293 00:34:27,166 --> 00:34:29,916 Boleh tolak seruannya untuk ke Buana Tengah. 294 00:34:31,583 --> 00:34:33,583 Atau tak izinkan anak patik pergi. 295 00:34:35,750 --> 00:34:38,916 Namun, patik buat semua pilihan itu kerana… 296 00:34:40,375 --> 00:34:41,791 Kenapa, Elendil? 297 00:34:44,458 --> 00:34:48,416 Kerana "Elendil" bukan saja bermakna "Lelaki yang sukakan cakerawala." 298 00:34:49,750 --> 00:34:52,166 Patik cuma tak sangka semuanya akan jadi begini. 299 00:35:04,083 --> 00:35:09,083 Ayahanda beta pernah kata bahawa Setiawan 300 00:35:09,166 --> 00:35:11,166 sedia berkorban jiwa dan raga… 301 00:35:12,916 --> 00:35:15,333 Walaupun korbannya tak dapat dijangka, 302 00:35:17,583 --> 00:35:20,583 tapi mereka yakin bahawa ganjarannya berbaloi. 303 00:35:25,791 --> 00:35:28,791 Kadangkala, korbannya terlalu besar. 304 00:35:33,000 --> 00:35:34,250 Benar. 305 00:35:36,750 --> 00:35:39,500 Jika begitu, kita terpaksalah terus berkhidmat. 306 00:35:42,250 --> 00:35:47,000 Tapi patik akan pastikan ganjaran setara korbannya. 307 00:35:48,791 --> 00:35:50,208 Walau apa saja yang berlaku? 308 00:35:51,416 --> 00:35:52,833 Walau apa saja yang berlaku. 309 00:36:03,500 --> 00:36:06,666 Kapten. Kami dah nampak Númenor. 310 00:36:12,791 --> 00:36:14,208 Tuanku. 311 00:36:42,041 --> 00:36:45,333 Elendil, kenapa? Apa masalahnya? 312 00:36:50,958 --> 00:36:52,208 Kenapa? 313 00:36:53,708 --> 00:36:54,958 Apa yang kamu nampak? 314 00:37:46,291 --> 00:37:47,541 Apa yang berlaku? 315 00:37:49,583 --> 00:37:51,833 Mithril liat sifatnya. 316 00:37:53,750 --> 00:37:57,750 Ia enggan bergabung dengan bijih yang tak setaraf dengannya. 317 00:37:57,833 --> 00:38:00,500 Menggunakan kuasa Dunia Nyata dan Ghaib 318 00:38:00,583 --> 00:38:03,333 berjaya mengaburkan sempadan antara kedua-duanya. 319 00:38:03,416 --> 00:38:04,583 Ini tak masuk akal. 320 00:38:04,666 --> 00:38:07,375 Kita dah guna banyak tekanan untuk menggabungkannya. 321 00:38:07,458 --> 00:38:10,708 -Ia sepatutnya berpadu kali ini! -Sabar. Ini satu proses. 322 00:38:10,791 --> 00:38:13,666 Bukan setiap langkah membawa kita ke depan. Ia ambil masa. 323 00:38:13,750 --> 00:38:15,625 -Masa? Kita tak ada masa. -Masa… 324 00:38:15,708 --> 00:38:18,000 Cukuplah untuk hari ini. 325 00:38:18,083 --> 00:38:21,041 Mungkin kita terlalu memaksa diri. 326 00:38:21,125 --> 00:38:23,291 "Terlalu memaksa diri." 327 00:38:28,291 --> 00:38:30,041 Mungkin itulah masalahnya. 328 00:38:31,541 --> 00:38:34,291 Mungkin kita guna terlalu banyak tekanan. 329 00:38:34,375 --> 00:38:36,416 Apa maksudnya? 330 00:38:36,500 --> 00:38:39,666 Mungkin logam-logam itu tak patut dipaksa untuk bergabung… 331 00:38:39,750 --> 00:38:43,666 Tapi patut disatukan dan digalakkan berpadu. 332 00:38:43,750 --> 00:38:47,666 Kalau itu benar, cara kita terbalik. 333 00:38:50,041 --> 00:38:53,166 Cepat. Pisahkan semuanya. Kita buat semula. 334 00:38:59,000 --> 00:39:00,208 Cik puan. 335 00:39:27,625 --> 00:39:28,833 Galadriel! 336 00:39:30,958 --> 00:39:32,041 Kami dah jumpa. 337 00:39:32,708 --> 00:39:34,916 Entah kenapa kami tak perasan sebelum ini. 338 00:39:35,416 --> 00:39:37,500 Kuasanya terlalu hebat untuk satu objek. 339 00:39:38,291 --> 00:39:39,625 Kita perlukan dua objek. 340 00:39:40,666 --> 00:39:41,875 Jadi, kami buat dua. 341 00:39:41,958 --> 00:39:44,250 -Dua mahkota? -Bukan mahkota. 342 00:39:44,625 --> 00:39:46,625 Ia perlu… 343 00:39:47,666 --> 00:39:48,875 Lebih kecil. 344 00:39:49,541 --> 00:39:51,208 Mari, tengoklah sendiri. 345 00:39:51,750 --> 00:39:53,833 Sebelum itu, beritahu saya awak siapa. 346 00:39:55,875 --> 00:39:57,458 Awak kenal saya. 347 00:39:57,541 --> 00:39:59,458 Diri awak yang sebenar. 348 00:40:01,541 --> 00:40:03,541 Galadriel, malangnya saya tak… 349 00:40:04,875 --> 00:40:07,291 Raja Benua Selatan tak wujud. 350 00:40:08,000 --> 00:40:09,583 Susur galurnya dah berakhir. 351 00:40:10,500 --> 00:40:14,166 Pembawa terakhir lambang itu mati lebih seribu tahun yang lalu. 352 00:40:15,291 --> 00:40:16,875 Dia tiada waris. 353 00:40:32,000 --> 00:40:34,583 Saya dah kata saya menemuinya pada mayat. 354 00:40:34,666 --> 00:40:35,916 Tidak. 355 00:40:36,583 --> 00:40:38,583 Di atas rakit itu, awak selamatkan saya… 356 00:40:38,666 --> 00:40:40,416 Ketika itu, awak selamatkan saya. 357 00:40:40,500 --> 00:40:43,333 Awak pujuk Míriel agar selamatkan Manusia Buana Tengah. 358 00:40:43,416 --> 00:40:46,458 Awak yang pujuk dia. Saya mahu kekal di Númenor. 359 00:40:46,541 --> 00:40:48,666 Awak berjuang bersama saya. 360 00:40:48,750 --> 00:40:51,916 Untuk menentang musuh awak, dan musuh saya. 361 00:40:56,708 --> 00:40:58,125 Siapakah nama awak? 362 00:41:00,875 --> 00:41:04,708 Saya berjaga sejak sebelum keheningan pertama terpecah. 363 00:41:05,583 --> 00:41:09,083 Pada masa itu, saya ada banyak nama. 364 00:41:34,333 --> 00:41:36,333 Adik terjatuh lagi? 365 00:41:40,791 --> 00:41:42,958 Jatuh sikit saja. 366 00:41:57,000 --> 00:41:58,083 Bangunlah. 367 00:41:58,166 --> 00:42:01,583 Jangan ganggu fikiran saya. 368 00:42:02,166 --> 00:42:03,833 Adik, tolonglah. 369 00:42:06,416 --> 00:42:07,791 Pandang abang. 370 00:42:09,208 --> 00:42:10,625 Galadriel. 371 00:42:22,416 --> 00:42:24,041 Pisau abang. 372 00:42:25,625 --> 00:42:27,791 Kamu simpan selama ini. 373 00:42:30,833 --> 00:42:32,833 Kamu sangat berani. 374 00:42:35,416 --> 00:42:39,416 Kamu berjuang bersungguh-sungguh. Bertahun-tahun lamanya. 375 00:42:40,708 --> 00:42:42,958 Untuk menyempurnakan tugas abang. 376 00:42:45,375 --> 00:42:47,541 Abang ditugaskan memburu Sauron. 377 00:42:49,208 --> 00:42:52,625 Tugas abang adalah untuk mencapai keamanan. 378 00:42:54,916 --> 00:42:59,333 Tapi rupa-rupanya, tugas Sauron pun sama. 379 00:43:00,166 --> 00:43:01,375 Tidak. 380 00:43:03,875 --> 00:43:05,291 Abang dah mati. 381 00:43:06,166 --> 00:43:08,750 Bersama ramai Elf lain kerana angkaranya. 382 00:43:08,833 --> 00:43:10,958 Tidak, Galadriel. 383 00:43:12,750 --> 00:43:17,583 Dia mencari kuasa bukan untuk memusnahkan Buana Tengah, 384 00:43:19,000 --> 00:43:20,166 tapi untuk pulihkan ia. 385 00:43:23,500 --> 00:43:27,625 Seperti yang rakan-rakan Elf kamu cuba buat sekarang. 386 00:43:29,416 --> 00:43:30,916 Kamu tak perlu tipu mereka. 387 00:43:33,375 --> 00:43:35,375 Biarkan saja mereka bekerja. 388 00:43:40,666 --> 00:43:45,291 Kamu ingat bisikan abang di bawah pokok ini? 389 00:43:51,875 --> 00:43:53,875 Sentuh kegelapan sekali lagi. 390 00:44:08,500 --> 00:44:12,500 Abang saya dah mati. Disebabkan awak. 391 00:44:12,583 --> 00:44:16,416 Galadriel. Kenapa kamu kata begitu? 392 00:44:17,208 --> 00:44:19,208 Kenapa kamu kata begitu? 393 00:44:20,250 --> 00:44:21,500 Galadriel. 394 00:44:23,291 --> 00:44:25,750 Galadriel. Pulanglah kepada abang. 395 00:44:25,833 --> 00:44:28,875 Galadriel. Pandang sini! 396 00:44:33,166 --> 00:44:35,000 Galadriel. Pandang sini. 397 00:44:39,875 --> 00:44:41,291 Awak kenal saya. 398 00:44:43,625 --> 00:44:44,708 Saya kawan awak. 399 00:44:44,791 --> 00:44:47,208 Awak rakan Morgoth. 400 00:44:52,500 --> 00:44:54,333 Selepas Morgoth ditewaskan, 401 00:44:56,625 --> 00:45:01,375 saya rasa seolah-olah cengkaman 402 00:45:02,791 --> 00:45:05,041 pada leher saya sudah dilepaskan 403 00:45:06,041 --> 00:45:08,833 dan dalam kebeningan fajar pertama yang menyingsing itu, 404 00:45:09,750 --> 00:45:14,166 akhirnya, saya dapat merasakan cahaya Yang Satu sekali lagi. 405 00:45:16,625 --> 00:45:20,833 Ketika itu, saya sedar, untuk mendapatkan pengampunan… 406 00:45:22,208 --> 00:45:25,708 Saya perlu pulihkan segala yang saya musnahkan. 407 00:45:25,791 --> 00:45:28,458 Kejahatan awak takkan sesekali dapat ditebus. 408 00:45:28,541 --> 00:45:31,750 -Bukan itu yang awak percayai. -Jangan sangkal cakap saya. 409 00:45:31,833 --> 00:45:33,416 Tidak. Awak yang kata sendiri. 410 00:45:33,500 --> 00:45:38,375 Selepas kita menang, awak kata saya boleh bebaskan diri daripada perbuatan lampau. 411 00:45:38,458 --> 00:45:40,833 -Awak tipu saya. -Saya bercakap benar. 412 00:45:40,916 --> 00:45:44,500 Saya dah kata saya jahat, tapi awak tak peduli 413 00:45:44,583 --> 00:45:47,958 kerana awak tahu masa silam tak penting, 414 00:45:48,041 --> 00:45:49,708 berbanding masa depan. 415 00:45:50,625 --> 00:45:52,625 Mengarutlah. 416 00:45:53,916 --> 00:45:55,083 Betulkah? 417 00:46:17,291 --> 00:46:19,291 Semua orang meragui awak. 418 00:46:21,875 --> 00:46:23,875 Saya saja yang nampak kehebatan awak. 419 00:46:28,458 --> 00:46:32,041 Saya saja yang nampak sinar dalam diri awak. 420 00:46:33,500 --> 00:46:35,916 Awak akan jadikan saya penindas. 421 00:46:36,000 --> 00:46:37,625 Saya akan jadikan awak ratu. 422 00:46:39,041 --> 00:46:41,041 Semulia laut dan matahari. 423 00:46:41,875 --> 00:46:44,458 Sekeras teras bumi. 424 00:46:45,250 --> 00:46:47,833 Awak pula. Raja. 425 00:46:49,708 --> 00:46:50,791 Ketua Kejahatan. 426 00:46:50,875 --> 00:46:53,875 Tidak. Saya tak jahat. 427 00:46:54,958 --> 00:46:56,666 Jika awak di samping saya. 428 00:46:57,958 --> 00:47:01,958 Awak pernah kata kita ditemukan untuk tujuan tertentu. 429 00:47:04,291 --> 00:47:05,625 Inilah tujuannya. 430 00:47:06,541 --> 00:47:10,375 Awak satukan saya dengan cahaya. Saya satukan awak dengan kuasa. 431 00:47:12,625 --> 00:47:16,208 Bersama-sama, kita boleh selamatkan Buana Tengah. 432 00:47:18,208 --> 00:47:19,291 Selamatkan? 433 00:47:21,041 --> 00:47:22,541 Atau perintah? 434 00:47:24,666 --> 00:47:26,333 Kedua-duanya sama saja. 435 00:47:29,458 --> 00:47:34,791 Sebab itulah saya takkan berada di samping awak. 436 00:47:39,583 --> 00:47:40,750 Awak tiada pilihan. 437 00:47:41,208 --> 00:47:43,291 Tanpa saya, kaum awak akan lenyap. 438 00:47:43,375 --> 00:47:46,583 Kegelapan akan tersebar dan menyelubungi seluruh dunia. 439 00:47:46,666 --> 00:47:49,250 -Awak perlukan saya. -Saya patut biar awak di laut. 440 00:47:49,333 --> 00:47:51,791 Awak di laut kerana diusir oleh Elf. 441 00:47:51,875 --> 00:47:56,291 Diusir kerana awak merayu agar diberikan beberapa orang askar. 442 00:47:56,375 --> 00:47:59,875 Apa mereka akan buat jika awak kata yang kita bersekutu? 443 00:47:59,958 --> 00:48:04,541 Apabila awak beritahu mereka yang Sauron hidup disebabkan awak? 444 00:48:04,625 --> 00:48:06,375 Awak akan mati disebabkan saya. 445 00:48:42,666 --> 00:48:44,250 Galadriel! 446 00:48:51,166 --> 00:48:52,000 Pendusta! 447 00:48:53,041 --> 00:48:55,375 Galadriel, berhenti! Ini Elrond. 448 00:48:55,458 --> 00:48:56,500 Buktikannya. 449 00:48:58,750 --> 00:49:00,166 Di mana kita berkenalan? 450 00:49:01,708 --> 00:49:03,791 Di tepi laut selepas ibu bapa saya pergi. 451 00:49:04,791 --> 00:49:08,541 Saya berseorangan, budak separa Elf yang tiada kawan atau saudara. 452 00:49:11,625 --> 00:49:13,125 Awak beri saya air. 453 00:49:17,666 --> 00:49:18,916 Elrond. 454 00:49:22,750 --> 00:49:25,166 Á cuith tess ë , Galadriel. 455 00:49:26,291 --> 00:49:29,208 Celebrimbor. Mana dia? 456 00:49:29,291 --> 00:49:32,666 Di bengkel. Kerjanya dah hampir selesai. 457 00:49:32,750 --> 00:49:34,000 Tidak! 458 00:49:34,083 --> 00:49:37,250 Galadriel! Apa yang berlaku? 459 00:49:42,541 --> 00:49:43,625 Galadriel! 460 00:49:49,083 --> 00:49:50,708 Ia dah selesai? 461 00:49:50,791 --> 00:49:53,416 Galadriel. Awak basah kuyup. 462 00:49:53,500 --> 00:49:54,583 Kenapa? 463 00:49:54,666 --> 00:49:57,583 Kerana saya tarik dia keluar dari Sungai Glanduin. 464 00:49:57,666 --> 00:49:59,625 Glanduin? Apa yang berlaku? 465 00:49:59,708 --> 00:50:00,958 Galadriel. 466 00:50:04,250 --> 00:50:05,750 Di mana Halbrand? 467 00:50:08,208 --> 00:50:11,625 Dia dah pergi, dan mungkin takkan kembali. 468 00:50:13,041 --> 00:50:16,083 Tapi jika dia kembali, jangan pedulikan dia. 469 00:50:17,333 --> 00:50:19,416 Apa yang berlaku di sungai itu? 470 00:50:19,500 --> 00:50:21,500 Awak pernah kata awak silap. 471 00:50:22,791 --> 00:50:24,750 Kesilapan yang awak janji takkan ulang. 472 00:50:26,125 --> 00:50:28,750 Awak menyukarkan saya untuk mengotakannya. 473 00:50:28,833 --> 00:50:31,916 Kalau mudah, awak tak perlu percaya. 474 00:50:39,375 --> 00:50:41,291 Jadi, adakah kita akan teruskannya? 475 00:50:41,375 --> 00:50:42,250 Tidak. 476 00:50:44,958 --> 00:50:46,958 Kita perlu buat tiga. 477 00:50:47,041 --> 00:50:48,875 Tiga? Kenapa tiga? 478 00:50:50,791 --> 00:50:54,625 Satu akan memesongkan. Dua akan berbalah. 479 00:50:54,750 --> 00:50:57,583 Tapi dengan tiga cincin, keseimbangan tercapai. 480 00:51:03,375 --> 00:51:08,375 Kuasa yang kita cipta hari ini hanya untuk Elf. 481 00:51:09,416 --> 00:51:11,416 Tak boleh disentuh oleh kaum lain. 482 00:51:12,666 --> 00:51:16,541 Galadriel, saya dapati ketulenan 483 00:51:16,625 --> 00:51:19,708 bijih tambahan dalam gabungan ini sangat penting. 484 00:51:22,250 --> 00:51:25,666 Saya perlukan emas dan perak yang paling bermutu tinggi. 485 00:51:27,791 --> 00:51:29,958 Emas dan perak dari Valinor. 486 00:51:34,458 --> 00:51:38,875 Ciptaan agung perlukan… pengorbanan. 487 00:51:47,083 --> 00:51:49,166 Ada apa-apa lagi yang awak ingat? 488 00:51:50,291 --> 00:51:53,708 Hanya cebisan dan gambaran. 489 00:51:55,333 --> 00:52:00,000 Saya dah makin ingat tapi saya perlu pergi ke Rhûn untuk ingat semula semuanya. 490 00:52:02,625 --> 00:52:04,791 Mereka salah teka nama awak. 491 00:52:04,875 --> 00:52:08,375 Bagaimana kalau mereka juga silap? Atau menipu atau… 492 00:52:08,458 --> 00:52:13,958 Saya tak dapat jelaskan tapi saya yakin cakap mereka benar. 493 00:52:17,291 --> 00:52:18,500 Mereka… 494 00:52:19,333 --> 00:52:22,083 Mereka panggil awak dengan nama lain, "Istar." 495 00:52:23,083 --> 00:52:24,500 Itu kaum awak? 496 00:52:26,541 --> 00:52:27,791 "Istar?" 497 00:52:31,083 --> 00:52:33,333 Dalam bahasa awak, maknanya "yang bijaksana." 498 00:52:34,416 --> 00:52:35,250 Atau… 499 00:52:38,458 --> 00:52:39,791 "Bestari." 500 00:52:51,416 --> 00:52:53,833 Jadi, awak takkan ikut kami lagi? 501 00:52:59,625 --> 00:53:04,083 Kadangkala, haluan hidup kita ditentukan oleh kuasa yang lebih agung. 502 00:53:04,750 --> 00:53:07,625 Pada saat sebegitu, kita wajib menjalankan tugas 503 00:53:07,708 --> 00:53:10,958 walaupun hati kita keberatan. 504 00:53:11,041 --> 00:53:14,000 Walaupun bahaya menanti sepanjang perjalanan. 505 00:53:16,875 --> 00:53:19,500 Bunyinya macam pengembaraan yang menarik. 506 00:53:19,583 --> 00:53:21,250 Ia perjalanan jika bersendirian. 507 00:53:22,583 --> 00:53:26,000 Jika berteman, barulah ia pengembaraan. 508 00:53:32,708 --> 00:53:36,916 Rasanya pengembaraan saya dah cukup banyak bagi seorang Harfoot. 509 00:53:49,750 --> 00:53:53,083 Menurutnya, kalau kita menuju ke utara, 510 00:53:53,166 --> 00:53:56,666 jalan selamat selama 30 hari. 511 00:53:56,791 --> 00:53:58,875 Rumput segar dan tiada trol. 512 00:53:59,958 --> 00:54:04,416 -Hei! Kita akan turun bukit… -Peta itu terbalik. 513 00:54:07,708 --> 00:54:11,500 Maaf. Cuma ada jalan curam dan pokok berduri selama berminggu-minggu. 514 00:54:11,583 --> 00:54:15,000 Kalau kamu pandai sangat, kamu jadilah perintis jalan. 515 00:54:19,083 --> 00:54:22,166 Jaga budak-budak dan kaki mengelamun. 516 00:54:22,250 --> 00:54:24,833 Jangan melencong! 517 00:54:24,916 --> 00:54:27,750 Jangan jalan bersendirian! 518 00:54:27,833 --> 00:54:30,250 Laungan Sadoc jauh lebih baik. 519 00:54:34,125 --> 00:54:36,625 Kalaulah dia masih bersama kita. 520 00:54:36,708 --> 00:54:37,916 Dia ada. 521 00:54:50,416 --> 00:54:51,250 Pergilah. 522 00:54:55,625 --> 00:54:58,083 Kamu ditakdirkan untuk tujuan lebih penting. 523 00:55:00,208 --> 00:55:01,375 Dia perlukan kamu. 524 00:55:02,583 --> 00:55:04,750 Tempat kamu memang di luar sana. 525 00:55:19,416 --> 00:55:20,750 Selamat tinggal, Nori! 526 00:55:20,875 --> 00:55:22,291 -Selamat tinggal… -Hati-hati! 527 00:55:26,625 --> 00:55:27,458 Jaga diri. 528 00:55:37,958 --> 00:55:40,208 -Awak dah ambil lantera? -Mestilah. 529 00:55:40,291 --> 00:55:41,375 Bagus. 530 00:55:42,416 --> 00:55:46,000 Baiklah… Selamat tinggal. 531 00:55:49,875 --> 00:55:50,708 Nori. 532 00:55:53,458 --> 00:55:55,791 Nah. Ada siput untuk orang besar itu. 533 00:55:55,875 --> 00:55:57,750 Kamu pun tahu dia kuat makan. 534 00:55:57,833 --> 00:56:01,333 Ada selimut tambahan kalau kamu kesejukan. 535 00:56:02,750 --> 00:56:03,916 Mari sini. 536 00:56:11,166 --> 00:56:12,333 Ayah bapa tak guna. 537 00:56:13,875 --> 00:56:18,208 Kamu akan menjelajah dunia luar, tapi ayah tak ajar kamu apa-apa pun. 538 00:56:18,291 --> 00:56:20,458 Taklah. Ayah banyak ajar saya. 539 00:56:23,250 --> 00:56:26,375 Genggam bara api, biar sampai jadi arang. 540 00:56:26,458 --> 00:56:30,541 Jangan jadi kacang yang lupakan kulit. 541 00:56:30,625 --> 00:56:35,833 Harfoot yang tak beradab takkan dapat pergi jauh. 542 00:56:35,916 --> 00:56:37,083 Tak pergi jauh. 543 00:56:40,041 --> 00:56:42,541 Saya dengar semua nasihat ayah. 544 00:56:59,250 --> 00:57:03,750 Cari aliran sungai dan tempat burung pipit belajar menyanyi. 545 00:57:07,500 --> 00:57:08,875 Baik, mak. 546 00:57:09,625 --> 00:57:10,833 Saya akan berhati-hati. 547 00:57:15,625 --> 00:57:16,791 Tidak. 548 00:57:22,250 --> 00:57:24,250 Kamu akan berani. 549 00:57:48,416 --> 00:57:51,708 Pergilah. 550 00:57:51,791 --> 00:57:53,250 Sebelum kamu kecut perut. 551 00:57:55,250 --> 00:57:56,875 Atau kita yang kecut perut. 552 00:58:08,250 --> 00:58:11,333 Tunggu! Nori! 553 00:58:11,416 --> 00:58:12,583 Poppy! 554 00:58:24,458 --> 00:58:28,125 Kenapa semua orang yang saya sayang selalu tinggalkan saya? 555 00:58:29,916 --> 00:58:33,958 Saya rasa jika kita tak pergi, kita takkan belajar benda baru. 556 00:58:40,250 --> 00:58:42,833 Awak akan pulang, bukan? Berjanjilah. 557 00:58:44,000 --> 00:58:47,500 -Awak janji akan jaga semua orang? -Mestilah. 558 00:58:50,291 --> 00:58:54,166 Awak kawan saya paling akrab di dunia yang luas ini. 559 00:58:54,958 --> 00:58:56,375 Apa saja untuk awak. 560 00:58:58,375 --> 00:59:02,625 Dunia ini taklah luas sangat, Poppy. Kita saja yang kenit. 561 00:59:08,458 --> 00:59:10,458 Jangan berpisah dengan orang besar itu. 562 00:59:11,000 --> 00:59:13,000 Dia membantu apabila kita kesusahan. 563 00:59:13,083 --> 00:59:14,500 Tapi tak sebaik awak. 564 00:59:45,958 --> 00:59:48,208 -Awak pasti? -Ya. 565 00:59:49,000 --> 00:59:51,000 Mereka melambai kepada awak. 566 00:59:52,791 --> 00:59:56,041 Kalau saya pusing, saya tentu takkan sanggup pergi. 567 00:59:57,416 --> 01:00:01,416 Kalau begitu, lebih baik awak jalan dulu. 568 01:00:05,500 --> 01:00:09,208 Tiba-tiba saja, kaki saya terasa berat. 569 01:00:11,541 --> 01:00:14,833 Saya pun tak tahu arah yang betul. 570 01:00:27,000 --> 01:00:28,416 Itu arahnya. 571 01:00:29,916 --> 01:00:31,541 Awak pasti? 572 01:00:32,208 --> 01:00:33,625 Tak sepenuhnya. 573 01:00:34,541 --> 01:00:37,041 Ada bau yang harum dari arah itu. 574 01:00:40,083 --> 01:00:43,208 Apabila berasa sangsi, Elanor Brandyfoot... 575 01:00:45,625 --> 01:00:47,333 percayakan hidung. 576 01:07:23,125 --> 01:07:27,500 Tiga cincin untuk raja Elf 577 01:07:27,583 --> 01:07:31,916 Di bawah langit 578 01:07:32,000 --> 01:07:35,291 Tujuh untuk pembesar Bangsa Dwarf 579 01:07:35,375 --> 01:07:40,583 Di kerajaan batu 580 01:07:40,666 --> 01:07:45,125 Sembilan untuk Manusia 581 01:07:45,208 --> 01:07:49,458 Yang akan mati 582 01:07:49,541 --> 01:07:52,791 Satu untuk Tuan Kegelapan 583 01:07:52,875 --> 01:07:57,083 Di takhta durjananya 584 01:07:57,166 --> 01:08:03,041 Di Bumi Mordor 585 01:08:03,916 --> 01:08:09,916 Tempat Bayang berkuasa 586 01:08:12,625 --> 01:08:18,625 Tempat Bayang berkuasa 587 01:08:27,333 --> 01:08:32,000 Satu Cincin menguasai semuanya 588 01:08:32,083 --> 01:08:37,000 Satu Cincin untuk mencari semuanya 589 01:08:37,083 --> 01:08:42,166 Satu Cincin untuk mengumpul semuanya 590 01:08:42,250 --> 01:08:48,250 Dan dalam kegelapan yang memberkas mereka 591 01:08:52,250 --> 01:08:58,250 Di Bumi Mordor 592 01:09:01,416 --> 01:09:07,416 Tempat Bayang berkuasa 593 01:09:10,166 --> 01:09:16,166 Tempat Bayang berkuasa 594 01:09:21,833 --> 01:09:23,833 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 595 01:09:23,916 --> 01:09:25,916 Penyelia KreatifBima Gasendo