1 00:00:22,713 --> 00:00:24,713 Pada mulanya, kejahatan tiada. 2 00:00:24,796 --> 00:00:26,505 Di sini. 3 00:00:29,838 --> 00:00:33,921 Suatu masa dahulu, ketika dunia masih muda 4 00:00:34,046 --> 00:00:37,046 dan suria belum pernah terbit, 5 00:00:37,130 --> 00:00:41,421 cahaya sudah wujud. 6 00:01:02,963 --> 00:01:05,880 Jadi, dah selesai? 7 00:01:17,671 --> 00:01:21,213 Awak pun tentu tak sangka benda buruk itu akan terapung. 8 00:01:22,671 --> 00:01:24,213 Ia tidak akan terapung. 9 00:01:25,963 --> 00:01:29,005 Ia akan belayar. 10 00:01:48,671 --> 00:01:49,755 Berhenti! 11 00:01:50,338 --> 00:01:51,171 Tidak, jangan! 12 00:01:52,505 --> 00:01:54,046 Berhenti, ia boleh rosak! 13 00:01:54,130 --> 00:01:56,088 Berhenti! Jangan! 14 00:01:56,171 --> 00:01:58,505 -Ayuh. -Berhenti, nanti ia rosak! 15 00:02:02,213 --> 00:02:04,005 Saya dah kata ia takkan terapung. 16 00:02:07,713 --> 00:02:09,171 Lepaskan saya! 17 00:02:09,296 --> 00:02:11,546 Kamu terjatuh lagi, ya, Galadriel? 18 00:02:19,630 --> 00:02:21,838 Ia kapal yang bagus, adik. 19 00:02:21,921 --> 00:02:23,838 Saya buat macam yang abang ajar. 20 00:02:25,213 --> 00:02:29,796 Kamu tahukah kenapa kapal terapung dan batu tenggelam? 21 00:02:31,046 --> 00:02:35,421 Ia berlaku kerana batu hanya memandang ke bawah. 22 00:02:36,588 --> 00:02:40,255 Kegelapan air luas dan tarikannya sukar ditepis. 23 00:02:41,713 --> 00:02:43,755 Kapal juga merasakan kuasa kegelapan 24 00:02:43,838 --> 00:02:47,671 yang perlahan-lahan cuba menguasai dan menenggelamkannya. 25 00:02:49,463 --> 00:02:51,755 Tapi kapal itu ada satu rahsia 26 00:02:53,380 --> 00:02:57,296 dan tak seperti batu, ia sentiasa mendongak ke atas. 27 00:02:58,671 --> 00:03:00,880 Memandang tepat ke arah cahaya panduan 28 00:03:01,755 --> 00:03:04,838 yang membisikkan keagungan yang tak diketahui kegelapan. 29 00:03:06,963 --> 00:03:10,505 Tapi kadangkala pantulan cahaya 30 00:03:10,588 --> 00:03:13,255 di air secerah cahaya di langit 31 00:03:13,338 --> 00:03:16,546 hingga sukar kita membezakan arah. 32 00:03:18,338 --> 00:03:20,880 Jadi, arah mana yang saya patut ikut? 33 00:03:33,380 --> 00:03:34,880 Tapi itu macam terlalu mudah. 34 00:03:34,963 --> 00:03:37,171 Kebenaran memang mudah. 35 00:03:38,046 --> 00:03:40,463 Kamu cuma perlu tahu membezakannya. 36 00:03:40,546 --> 00:03:43,380 Abang mungkin takkan sentiasa dapat membimbing kamu. 37 00:03:43,463 --> 00:03:44,880 Yakah? 38 00:03:46,255 --> 00:03:48,755 Mari. Ayah dan ibu sedang menunggu. 39 00:03:59,338 --> 00:04:01,463 Kami tiada perkataan untuk maut 40 00:04:02,588 --> 00:04:05,546 kerana kami sangka kebahagiaan kami kekal abadi. 41 00:04:20,838 --> 00:04:23,838 Kami sangka cahaya kami takkan malap. 42 00:04:28,671 --> 00:04:31,796 Maka, apabila Musuh Durjana, Morgoth, 43 00:04:31,880 --> 00:04:34,921 memusnahkan cahaya tanah air kami… 44 00:04:37,963 --> 00:04:39,796 Kami melawan, 45 00:04:43,588 --> 00:04:47,255 dan kaum Elf berperang. 46 00:04:53,005 --> 00:04:58,713 Kami tinggalkan tanah air kami, Valinor, dan mengembara ke tempat yang jauh. 47 00:04:58,796 --> 00:04:59,838 LAUTAN PEMUTUS 48 00:04:59,921 --> 00:05:05,255 Tempat yang penuh dengan mara bahaya dan makhluk aneh yang tidak terkira. 49 00:05:05,880 --> 00:05:09,380 Sebuah tempat yang dikenali sebagai Dunia Tengah. 50 00:05:32,296 --> 00:05:34,880 Valaron kalanen! 51 00:05:34,963 --> 00:05:35,796 Firuvantë! 52 00:05:44,088 --> 00:05:46,505 Orang kata ia takkan lama berlangsung, 53 00:05:48,046 --> 00:05:52,463 tapi perang itu telah membinasakan Dunia Tengah 54 00:05:55,671 --> 00:05:59,255 hingga berabad-abad lamanya. 55 00:06:20,088 --> 00:06:23,671 Kini, kami tahu banyak perkataan untuk maut. 56 00:06:28,921 --> 00:06:31,880 Akhirnya, Morgoth telah ditewaskan. 57 00:06:32,880 --> 00:06:35,630 Namun, itu pun selepas menimbulkan banyak penderitaan 58 00:06:38,130 --> 00:06:42,838 kerana ramai Orc telah terlepas ke seluruh penjuru Dunia Tengah. 59 00:06:44,130 --> 00:06:46,588 Membiak berlipat ganda 60 00:06:46,671 --> 00:06:50,171 di bawah pimpinan hamba paling setia 61 00:06:50,255 --> 00:06:54,088 dan ahli sihir yang kejam dan licik. 62 00:06:54,171 --> 00:06:57,005 Mereka menggelarnya Sauron. 63 00:06:58,713 --> 00:07:02,296 Abang saya bersumpah untuk mencari dan menghancurkannya, 64 00:07:05,005 --> 00:07:07,213 tapi Sauron menemuinya dulu 65 00:07:09,296 --> 00:07:11,630 dan menandakan badannya dengan simbol 66 00:07:14,421 --> 00:07:17,880 yang tak dapat difahami walaupun oleh mereka yang paling bestari. 67 00:07:22,380 --> 00:07:25,213 Maka, dalam kegelapan itu, 68 00:07:25,880 --> 00:07:29,046 sumpahnya menjadi milik saya 69 00:07:31,088 --> 00:07:33,630 dan dengan itu, kami memburu. 70 00:07:35,880 --> 00:07:38,755 Kami buru Sauron hingga ke hujung dunia. 71 00:07:41,296 --> 00:07:43,838 Namun, jejaknya makin pudar. 72 00:07:46,421 --> 00:07:48,213 Tahun berganti tahun. 73 00:07:48,963 --> 00:07:51,171 Kurun berganti kurun 74 00:07:51,713 --> 00:07:55,380 dan bagi ramai Elf, penderitaan pada zaman itu 75 00:07:55,463 --> 00:07:58,463 telah luput daripada fikiran mereka. 76 00:07:59,505 --> 00:08:02,005 Makin ramai kaum kita 77 00:08:02,088 --> 00:08:05,130 mula percaya bahawa Sauron telah terkubur… 78 00:08:05,213 --> 00:08:06,671 FORODWAITH - Tanah Tandus Utara 79 00:08:06,755 --> 00:08:10,755 …dan ancamannya sudah tiada. 80 00:08:14,005 --> 00:08:16,338 Kalaulah saya juga macam mereka. 81 00:09:13,338 --> 00:09:14,838 Komander Galadriel. 82 00:09:16,921 --> 00:09:20,005 Pasukan kita telah ikut puan hingga ke hujung dunia, 83 00:09:20,088 --> 00:09:22,880 tapi semua yang berani mencari kubu terakhir itu, 84 00:09:22,963 --> 00:09:24,380 tak menjumpai apa-apa. 85 00:09:25,921 --> 00:09:28,921 Sudah bertahun-tahun Orc tidak dikesan. 86 00:09:29,755 --> 00:09:34,255 Mungkin komander-komander lain betul dan musuh kita sudah tiada. 87 00:09:34,338 --> 00:09:35,546 Malam makin menjelma. 88 00:09:36,296 --> 00:09:40,296 Berapa lama makhluk boleh hidup di tempat yang gelap dan gersang ini? 89 00:09:44,921 --> 00:09:47,255 Kita patut berkhemah di sini 90 00:09:48,046 --> 00:09:50,255 dan mulakan perjalanan pulang esok. 91 00:09:54,755 --> 00:09:56,171 Hari makin gelap. 92 00:10:11,005 --> 00:10:12,296 Komander, tunggu! 93 00:10:12,380 --> 00:10:14,880 Tidak. Kita perlu teruskan perjalanan. 94 00:10:14,963 --> 00:10:16,421 Galadriel, berhenti! 95 00:10:39,005 --> 00:10:42,421 Tiada apa-apa di sini. Kita sepatutnya dah sampai. 96 00:10:50,671 --> 00:10:51,880 Kita memang dah sampai. 97 00:11:13,338 --> 00:11:14,755 Inilah tempatnya. 98 00:11:14,838 --> 00:11:18,046 Di sinilah Orc berhimpun selepas kekalahan Morgoth. 99 00:11:19,130 --> 00:11:22,046 Jumlah yang terlepas tentu sangat ramai. 100 00:11:23,005 --> 00:11:25,421 Tangan saya dah kebas. 101 00:11:27,463 --> 00:11:28,546 Tidak. 102 00:11:30,088 --> 00:11:33,505 Kedinginan kejahatan tempat ini takkan dapat dihangatkan obor kita. 103 00:11:34,255 --> 00:11:35,421 Ikut jalan ini. 104 00:11:36,005 --> 00:11:37,505 Kenapa puan begitu yakin? 105 00:11:38,046 --> 00:11:39,671 Laluan lain tak sesejuknya. 106 00:12:09,296 --> 00:12:10,880 Dulu ada pintu di sini. 107 00:12:12,088 --> 00:12:13,088 Pecahkannya. 108 00:12:48,838 --> 00:12:50,630 Sihir apakah ini? 109 00:12:53,380 --> 00:12:56,921 Orc-orc ini cuba guna kuasa Dunia Ghaib. 110 00:12:57,671 --> 00:12:59,588 Dengan sihir purba. 111 00:13:03,838 --> 00:13:05,463 Tapi untuk apa? 112 00:13:06,421 --> 00:13:09,255 Tentu ia dah lenyap ditelan zaman. 113 00:13:09,338 --> 00:13:11,505 Kejadian di sini dah lama berlalu. 114 00:13:19,130 --> 00:13:20,213 Air. 115 00:13:30,296 --> 00:13:32,296 Batu pun tak dapat menyembunyikan kesan 116 00:13:32,380 --> 00:13:34,963 tangan berapi makhluk yang tak pernah puas. 117 00:13:42,713 --> 00:13:43,796 Dia pernah di sini. 118 00:13:44,921 --> 00:13:46,671 Sauron pernah berada di sini. 119 00:13:47,130 --> 00:13:49,463 Suruh ahli lain berehat selagi boleh. 120 00:13:49,546 --> 00:13:52,755 Kita bergerak apabila matahari terbit dan cari di arah utara. 121 00:13:52,838 --> 00:13:53,921 Arah utara? 122 00:13:54,005 --> 00:13:56,921 Laluan ini ditinggalkan untuk Orc. 123 00:13:57,838 --> 00:14:00,338 Saya pernah melihatnya pada badan abang saya. 124 00:14:00,921 --> 00:14:02,046 Ini jalannya. 125 00:14:02,546 --> 00:14:04,588 Tanda ini dah terlalu lama. 126 00:14:04,671 --> 00:14:06,505 Orang yang menandanya dah lama mati. 127 00:14:06,588 --> 00:14:08,463 Atau sedang mengumpulkan askar 128 00:14:08,546 --> 00:14:10,880 dan menyempurnakan ilmu hitamnya. 129 00:14:10,963 --> 00:14:12,963 Kita dah melampaui arahan. 130 00:14:13,046 --> 00:14:17,088 Kita perlu mendapatkan nasihat raja dulu. 131 00:14:17,588 --> 00:14:20,671 Antara kita semua, 132 00:14:21,796 --> 00:14:23,713 sayalah yang paling mahu pulang. 133 00:14:25,796 --> 00:14:28,796 Saya boleh rasa cahaya pokok pada wajah saya. 134 00:14:30,796 --> 00:14:32,213 Saya masih terbayangkannya. 135 00:14:34,213 --> 00:14:36,380 Tapi selagi kita belum pasti 136 00:14:36,880 --> 00:14:40,463 yang setiap jejak musuh kita telah dihapuskan, 137 00:14:42,963 --> 00:14:44,463 saya tak boleh pulang. 138 00:15:17,588 --> 00:15:19,546 Trol salji! 139 00:16:35,838 --> 00:16:37,380 Kita tak sepatutnya datang. 140 00:16:37,463 --> 00:16:38,838 Kita akan bertolak esok. 141 00:16:40,421 --> 00:16:41,880 Ia muktamad. 142 00:16:41,963 --> 00:16:43,463 Sejurus selepas suria terbit. 143 00:16:50,755 --> 00:16:52,505 Puan pergilah seorang. 144 00:17:40,796 --> 00:17:45,088 RHOVANION Alam Liar di Timur Anduin 145 00:17:55,671 --> 00:17:57,880 Ada benda tak kena. Tiada haiwan buruan. 146 00:17:57,963 --> 00:17:59,796 Serigala ada merata-rata. 147 00:18:00,171 --> 00:18:02,546 Awak tak rasa pelikkah? 148 00:18:02,630 --> 00:18:04,380 Dunia ini pelik. 149 00:18:04,713 --> 00:18:06,421 Kalau saya terganggu olehnya, 150 00:18:06,505 --> 00:18:08,796 semua kerja pun takkan siap. 151 00:18:13,255 --> 00:18:14,838 Teruskan berjalan. 152 00:18:14,921 --> 00:18:16,005 Kenapa? 153 00:18:17,755 --> 00:18:20,338 Rupanya macam bejar. Mungkin juga rubah. 154 00:18:20,421 --> 00:18:21,755 Besar kemungkinan Harfoot. 155 00:18:21,838 --> 00:18:23,088 Harfoot? 156 00:18:23,171 --> 00:18:25,005 Saya tak kisah jika jumpa Harfoot, 157 00:18:25,088 --> 00:18:28,130 tapi kalau dah terserempak, hati-hati. 158 00:18:28,213 --> 00:18:30,546 Makhluk itu berbahaya. 159 00:18:31,963 --> 00:18:32,963 Tipulah. 160 00:18:35,255 --> 00:18:37,380 Ayuh. Jalan cepat! 161 00:18:38,088 --> 00:18:41,255 Kita perlu pergi ke tasik sebelum senja. 162 00:19:09,546 --> 00:19:11,213 Selamat. 163 00:19:25,796 --> 00:19:26,796 Nori! 164 00:19:28,296 --> 00:19:29,380 Nori! 165 00:19:30,505 --> 00:19:31,671 Nori! 166 00:19:37,171 --> 00:19:38,338 Nori! 167 00:19:57,796 --> 00:20:00,421 Pengembara? Pada musim ini? 168 00:20:00,505 --> 00:20:03,380 Ini petanda buruk. Percayalah. 169 00:20:03,463 --> 00:20:05,463 -Yang sangat buruk. -Sabar, Malva. 170 00:20:05,546 --> 00:20:08,796 Mereka datang seawal ini cuma semasa Fros Besar. 171 00:20:08,880 --> 00:20:12,255 Mustahil kita boleh lupa betapa dinginnya musim itu. 172 00:20:12,338 --> 00:20:15,838 Mereka mungkin cuma sesat. Tak mungkin ada sebab lain. 173 00:20:15,921 --> 00:20:17,255 Nanti awak tak makan. 174 00:20:17,338 --> 00:20:19,213 Saya dah cari di merata tempat. 175 00:20:19,296 --> 00:20:20,963 Anak-anak masih di luar sana. 176 00:20:21,046 --> 00:20:23,588 Mereka pasti tak apa-apa, Goldie. 177 00:20:23,671 --> 00:20:26,380 Nori bersama mereka. Awak pun kenal Nori. 178 00:20:26,463 --> 00:20:28,296 Ya. Saya kenal sangat. 179 00:20:30,713 --> 00:20:32,296 Boleh kita patah balik? 180 00:20:32,380 --> 00:20:34,880 Ada banyak makhluk berbahaya di luar sini. 181 00:20:34,963 --> 00:20:38,255 Memang banyak kalau termasuk awak yang risau tak pasal-pasal. 182 00:20:38,338 --> 00:20:40,838 Kita tak sepatutnya keluar sejauh ini. 183 00:20:40,921 --> 00:20:43,546 Kalau kita asyik dengar cakap saja, 184 00:20:43,630 --> 00:20:45,255 apa-apa pun kita tak boleh buat. 185 00:20:45,380 --> 00:20:46,213 Saya dulu! 186 00:20:48,546 --> 00:20:50,755 Pergilah. Hati-hati dengan lopak air. 187 00:20:51,880 --> 00:20:53,380 Jaga kepala awak. 188 00:20:55,296 --> 00:20:56,130 Di sini! 189 00:20:56,630 --> 00:20:57,755 Nori! 190 00:20:58,630 --> 00:20:59,921 -Saya di sini. -Berhenti. 191 00:21:00,338 --> 00:21:01,171 Ia… 192 00:21:01,630 --> 00:21:02,713 Nori! 193 00:21:07,921 --> 00:21:09,005 Seronoknya. 194 00:21:11,880 --> 00:21:13,130 Mari. 195 00:21:13,213 --> 00:21:14,963 Boleh kita balik sekarang? 196 00:21:15,046 --> 00:21:17,755 -Tapi awak belum melihatnya. -Lihat apa? 197 00:21:17,838 --> 00:21:20,755 Tempat menarik untuk trol salji sembunyi. 198 00:21:21,921 --> 00:21:23,546 Menakjubkan. 199 00:21:34,088 --> 00:21:35,255 Nori! 200 00:21:55,005 --> 00:21:56,171 Nori! 201 00:21:57,380 --> 00:21:58,546 Saya jumpa sesuatu. 202 00:22:00,005 --> 00:22:01,713 Ada sesuatu di dalam lumpur. 203 00:22:02,588 --> 00:22:03,755 Apa bendanya? 204 00:22:05,838 --> 00:22:07,255 Ia macam kesan tapak kaki. 205 00:22:09,505 --> 00:22:10,546 Tapak kaki anjing. 206 00:22:11,255 --> 00:22:14,171 Anjing memang suka beri. 207 00:22:20,921 --> 00:22:23,005 Anjing itu nak makan beri kita? 208 00:22:23,088 --> 00:22:25,171 Tidak, kalau ia tak nampak kita. 209 00:22:25,921 --> 00:22:29,255 Hei, pegang tangan dan jalan berpasangan. Jom kita balik. 210 00:22:29,338 --> 00:22:31,796 -Kenapa terburu-buru? -Ada serigala. 211 00:22:34,130 --> 00:22:35,880 Kakak dah suruh. Jom balik. 212 00:22:35,963 --> 00:22:37,796 Jom kita balik. Ayuh. 213 00:22:37,880 --> 00:22:40,755 Orang pertama sampai dapat pai semasa Pesta Tuai. 214 00:22:40,838 --> 00:22:43,046 Ayuh. Kita boleh pergi sampai ke pagar. 215 00:22:43,130 --> 00:22:47,338 Ingat, kalau orang tanya, cakap yang kita cuma cari siput babi. 216 00:22:57,130 --> 00:23:01,088 "Barat Jauh… Tanah Abadi… 217 00:23:01,171 --> 00:23:02,921 "Akhirnya, mereka akan… 218 00:23:03,880 --> 00:23:05,088 "Pulang. 219 00:23:07,630 --> 00:23:11,463 "Selama berabad-abad lamanya, mereka mengharungi batuan dan rekahan 220 00:23:11,546 --> 00:23:14,171 "untuk menghapuskan saki-baki musuh kita. 221 00:23:14,755 --> 00:23:17,421 "Seperti titisan air hujan yang menyucikan…" 222 00:23:18,380 --> 00:23:19,463 "Binatang mati." 223 00:23:21,588 --> 00:23:24,921 "Seperti titisan air hujan yang menyucikan…" 224 00:23:26,713 --> 00:23:28,046 Herald Elrond. 225 00:23:30,505 --> 00:23:31,671 Akhirnya. 226 00:23:32,838 --> 00:23:35,671 Ya. Saya seolah-olah tidak mahu ditemui. 227 00:23:35,963 --> 00:23:37,255 Berita apa? 228 00:23:37,338 --> 00:23:39,088 Majlis ingin memaklumkan 229 00:23:39,171 --> 00:23:41,755 yang awak dilarang menghadiri sesi seterusnya. 230 00:23:44,005 --> 00:23:45,380 Lord Elf saja boleh hadir. 231 00:23:48,380 --> 00:23:49,796 Ada lagi berita lain? 232 00:23:49,880 --> 00:23:52,005 Ya. Kawan awak dah tiba. 233 00:23:52,921 --> 00:23:55,338 Betulkah? Kenapa tak cakap awal-awal? 234 00:24:02,255 --> 00:24:03,463 Untuk upacara itu. 235 00:24:05,505 --> 00:24:11,505 LINDON Ibu Kota Elf Bangsawan 236 00:24:21,505 --> 00:24:22,671 Galadriel. 237 00:24:24,671 --> 00:24:25,630 Elrond. 238 00:24:27,046 --> 00:24:29,046 Lindon mengalu-alukan awak. 239 00:24:29,130 --> 00:24:30,796 Saya berbesar hati. 240 00:24:36,296 --> 00:24:40,213 Orang kata kita akan terdengar sebuah lagu apabila kita ke seberang. 241 00:24:40,296 --> 00:24:42,421 Lagu yang membawakan kenangan kita. 242 00:24:43,630 --> 00:24:45,088 Kita disinari cahaya 243 00:24:45,171 --> 00:24:48,880 yang lebih mengkhayalkan daripada mana-mana perasaan di Dunia Tengah. 244 00:24:48,963 --> 00:24:53,213 Perasaan itu sajalah yang saya tahu semasa saya kecil. 245 00:24:53,296 --> 00:24:55,005 Tapi tengoklah awak sekarang. 246 00:24:55,088 --> 00:24:58,088 Komander Tentera Utara. Pahlawan Tanah Tandus. 247 00:24:58,755 --> 00:25:03,046 Saya sangka awak dalam keadaan berlumuran kotoran dan lumpur. 248 00:25:03,130 --> 00:25:06,171 Kali ini, kita diserang luka beku dan berlumuran darah trol 249 00:25:07,171 --> 00:25:08,255 dan tiada tentera. 250 00:25:09,380 --> 00:25:10,796 Ceritakan semuanya. 251 00:25:11,463 --> 00:25:14,796 Tanda itu membuktikan yang Sauron berjaya melarikan diri. 252 00:25:14,880 --> 00:25:16,130 Dia masih di luar sana. 253 00:25:16,546 --> 00:25:18,171 Tapi persoalannya, di mana? 254 00:25:19,255 --> 00:25:22,130 Saya mahu memohon pasukan pahlawan baru daripada raja. 255 00:25:22,213 --> 00:25:25,213 -Kalau dia peruntukkan… -Tapi awak baru saja tiba. 256 00:25:25,296 --> 00:25:27,505 Perlukah awak berangkat serta-merta? 257 00:25:27,588 --> 00:25:29,421 Awak pun tahu saya terpaksa. 258 00:25:30,255 --> 00:25:33,671 Kita ada banyak masa lagi untuk membincangkan isu rasmi. 259 00:25:34,713 --> 00:25:36,296 Ceritalah tentang awak pula. 260 00:25:37,713 --> 00:25:39,296 Pengalaman getir awak. 261 00:25:40,005 --> 00:25:41,088 Aduhai, Elrond. 262 00:25:41,171 --> 00:25:43,296 Awak dah jadi ahli politik sekarang. 263 00:25:43,380 --> 00:25:45,130 Awak cakap macamlah keji sangat. 264 00:25:45,213 --> 00:25:48,546 Saya tak mudah termakan pujian yang tak bermakna. 265 00:25:49,880 --> 00:25:52,296 Saya mahu berjumpa raja sekarang. 266 00:25:54,713 --> 00:25:56,421 Awak dah jelaskan niat awak. 267 00:25:57,755 --> 00:25:59,713 Biar saya jelaskan niat saya pula. 268 00:26:02,755 --> 00:26:05,588 Bukan pahlawan awak yang ingkar arahan awak, 269 00:26:06,088 --> 00:26:08,421 tapi awak yang ingkar perintah raja 270 00:26:09,296 --> 00:26:12,046 dengan melampaui had yang telah ditetapkan. 271 00:26:13,755 --> 00:26:15,338 Namun, atas kemurahan hatinya, 272 00:26:15,421 --> 00:26:18,130 baginda telah berkenan untuk mengiktiraf kejayaan awak 273 00:26:18,963 --> 00:26:21,296 dan mengetepikan kebiadaban awak. 274 00:26:23,755 --> 00:26:25,421 Kalau awak berdegil lagi, 275 00:26:25,505 --> 00:26:28,921 baginda mungkin akan bertindak lebih tegas. 276 00:26:35,421 --> 00:26:38,463 Awak nak aturkan pertemuan kami atau tidak? 277 00:26:40,588 --> 00:26:43,546 Jika awak masih mahu menemuinya selepas upacara itu, 278 00:26:43,630 --> 00:26:45,046 maka, saya akan aturkannya. 279 00:26:57,338 --> 00:26:58,838 Dia sudah pulang. 280 00:26:58,921 --> 00:27:01,505 -Kamu sihat? -Ya, ayah. 281 00:27:01,588 --> 00:27:03,046 Hebat! 282 00:27:03,130 --> 00:27:06,130 Kamu jumpa semua itu di tebing sungai? 283 00:27:06,963 --> 00:27:08,921 Kamu ada dengar tentang pengembara itu? 284 00:27:09,005 --> 00:27:11,421 -Pengembara? -Pemburu. 285 00:27:12,005 --> 00:27:13,338 Ada dua. 286 00:27:13,421 --> 00:27:15,505 Sebesar batu tongkol. 287 00:27:15,588 --> 00:27:17,046 Di atas rabung itu. 288 00:27:17,130 --> 00:27:18,630 Saya tak perasan pula. 289 00:27:18,713 --> 00:27:22,380 Kalau kamu tak keluar jauh, kamu tentu perasan. 290 00:27:31,213 --> 00:27:33,421 Kamu pergi ke ladang lama lagi, 291 00:27:34,130 --> 00:27:35,296 bukan? 292 00:27:36,421 --> 00:27:37,421 Saya berhati-hati. 293 00:27:37,505 --> 00:27:39,421 Tapi adik-adik bukan macam kamu. 294 00:27:39,505 --> 00:27:41,088 Maaflah, saya tak tahu. 295 00:27:41,171 --> 00:27:43,755 Pemburu tak pernah datang sebelum musim menuai. 296 00:27:44,421 --> 00:27:45,630 Serigala pun sama. 297 00:27:48,505 --> 00:27:51,046 Mungkin kawasan selatan bergolak. 298 00:27:51,130 --> 00:27:54,213 Apa kaitannya dengan kamu, Elanor Brandyfoot? 299 00:27:58,671 --> 00:28:00,380 Tak pernahkah mak terfikir… 300 00:28:01,421 --> 00:28:02,921 Apa lagi yang di luar sana? 301 00:28:03,546 --> 00:28:04,880 Ke mana sungai mengalir 302 00:28:04,963 --> 00:28:08,588 atau di mana burung pipit belajar lagu barunya? 303 00:28:09,171 --> 00:28:13,338 Saya pasti ada banyak keajaiban di dunia ini. 304 00:28:13,880 --> 00:28:15,505 Di luar kawasan kita. 305 00:28:16,463 --> 00:28:18,005 Mak dah kata 306 00:28:18,755 --> 00:28:20,588 berkali-kali. 307 00:28:22,505 --> 00:28:24,921 Elf lindungi hutan. 308 00:28:25,005 --> 00:28:28,255 Orang Kerdil lindungi lombong. Manusia lindungi ladang. 309 00:28:29,171 --> 00:28:32,838 Pokok pun perlu melindungi tanah yang dicengkam akarnya. 310 00:28:33,463 --> 00:28:37,296 Tapi kita, bangsa Harfoot bebas daripada masalah dunia. 311 00:28:37,380 --> 00:28:41,130 Kita cuma riak air di sungai panjang yang mengalir. 312 00:28:41,546 --> 00:28:43,963 Haluan kita bergantung pada musim. 313 00:28:44,838 --> 00:28:47,713 Kita tak melencong dan tak jalan bersendirian. 314 00:28:49,713 --> 00:28:52,421 Kita ada satu sama lain. Kita selamat. 315 00:28:53,880 --> 00:28:55,380 Sebab itulah kita masih hidup. 316 00:28:58,755 --> 00:29:00,880 Pergilah tolong ayah kamu. 317 00:29:03,588 --> 00:29:07,005 Itulah masalahnya. Roda sepatutnya bulat. 318 00:29:40,713 --> 00:29:44,671 Pahlawan-pahlawan berani ini 319 00:29:44,755 --> 00:29:49,296 melutut di hadapan kita dengan penuh kemenangan. 320 00:29:50,963 --> 00:29:53,713 Walaupun Morgoth tumpas sezaman yang lalu, 321 00:29:54,421 --> 00:29:58,213 ada antara kita yang khuatir kejahatan baru akan bangkit. 322 00:29:58,296 --> 00:30:00,130 Maka, selama berabad-abad, 323 00:30:00,213 --> 00:30:04,296 pasukan tentera ini mengharungi batuan dan rekahan 324 00:30:04,380 --> 00:30:07,630 untuk menghapuskan saki-baki musuh kita 325 00:30:07,713 --> 00:30:11,421 seperti titisan air hujan yang menyucikan tulang bangkai. 326 00:30:14,130 --> 00:30:15,463 Kini, akhirnya, 327 00:30:16,671 --> 00:30:20,046 mereka kembali membawa kejayaan 328 00:30:20,130 --> 00:30:23,255 kerana mereka telah membuktikan 329 00:30:23,338 --> 00:30:27,463 yang perang sudah benar-benar tamat. 330 00:30:29,796 --> 00:30:30,880 Hari ini… 331 00:30:32,713 --> 00:30:35,546 Kedamaian bermula. 332 00:31:01,546 --> 00:31:04,963 Juga sebagai tanda terima kasih, 333 00:31:06,046 --> 00:31:08,588 wira-wira kita akan diberi penghormatan 334 00:31:08,671 --> 00:31:11,421 yang tiada tandingannya. 335 00:31:11,505 --> 00:31:14,796 Mereka akan dibawa ke Grey Havens 336 00:31:14,880 --> 00:31:19,213 dan diberikan laluan merentasi laut untuk hidup selamanya 337 00:31:20,296 --> 00:31:24,005 di Alam Kudus di Barat Jauh. 338 00:31:24,088 --> 00:31:27,255 Tanah Abadi Valinor. 339 00:31:28,088 --> 00:31:31,921 Akhirnya, mereka akan pulang. 340 00:32:34,046 --> 00:32:37,380 Awak mahu berdiri saja dan mendengus macam Orc? 341 00:32:40,588 --> 00:32:44,005 Orang kata kemenangan sangat manis 342 00:32:44,088 --> 00:32:46,671 bagi mereka yang telah lama terseksa. 343 00:32:47,421 --> 00:32:49,255 Saya tak rasa berjaya pun. 344 00:32:49,338 --> 00:32:52,380 Awak berhak menerima penghormatan ini. 345 00:32:53,255 --> 00:32:54,921 Abang awak tentu rasa bangga. 346 00:33:01,213 --> 00:33:03,963 Saya ingat lagi ketika patung ini diukir. 347 00:33:05,296 --> 00:33:08,713 Wajah mereka yang gugur dikekalkan pada benda hidup. 348 00:33:08,796 --> 00:33:12,546 Agaknya saya juga percaya saya akan disemadikan di sini 349 00:33:12,630 --> 00:33:13,921 bersama mereka. 350 00:33:14,963 --> 00:33:16,880 Sebaliknya, saya perlu pergi. 351 00:33:18,463 --> 00:33:22,463 Ini anugerah raja kepada awak. 352 00:33:26,005 --> 00:33:28,005 Anugerah yang saya terpaksa tolak. 353 00:33:29,130 --> 00:33:30,130 Galadriel, awak… 354 00:33:30,213 --> 00:33:32,921 Abang saya terkorban semasa memburu Sauron. 355 00:33:34,421 --> 00:33:36,421 Kini, saya galas tanggungjawabnya. 356 00:33:39,255 --> 00:33:42,463 Saya mahu pergi mencari musuh yang lari ke utara. 357 00:33:44,088 --> 00:33:46,130 Bersendirian, jika perlu. 358 00:33:48,296 --> 00:33:51,296 Ya. Simbol misteri awak. 359 00:33:51,380 --> 00:33:53,213 Saya dah tunjuk kepada raja. 360 00:33:53,296 --> 00:33:55,088 -Jadi kenapa… -Kewujudan simbol itu 361 00:33:55,171 --> 00:33:57,713 tak bermakna awak hampir menjumpai Sauron. 362 00:33:57,796 --> 00:34:01,171 Ia dah berakhir. Kejahatan sudah tiada. 363 00:34:01,255 --> 00:34:03,630 Jadi kenapa ia masih terasa dalam hati saya? 364 00:34:05,046 --> 00:34:07,046 Setelah segala yang awak lalui, 365 00:34:08,421 --> 00:34:10,671 memang patutlah awak rasa serba salah. 366 00:34:11,671 --> 00:34:13,130 Serba salah? 367 00:34:16,755 --> 00:34:19,671 Syukurlah awak tak kenal kejahatan seperti saya. 368 00:34:20,880 --> 00:34:23,130 Tapi awak tak lihat segala yang saya lihat. 369 00:34:23,213 --> 00:34:24,255 Saya pernah lihat. 370 00:34:24,338 --> 00:34:27,963 Tapi awak tak lihat segala yang saya lihat. 371 00:34:28,796 --> 00:34:30,921 Kejahatan tak pernah tidur, Elrond. 372 00:34:32,255 --> 00:34:33,463 Ia menunggu 373 00:34:34,130 --> 00:34:36,963 dan apabila kita rasa selesa, 374 00:34:37,046 --> 00:34:38,463 ia serang kita. 375 00:34:40,421 --> 00:34:43,046 Katakanlah kebimbangan awak berasas 376 00:34:43,130 --> 00:34:46,463 dan musuh ini menunggu di luar sana. 377 00:34:47,130 --> 00:34:50,296 Yakinkah awak yang pemburuannya akan memuaskan hati awak? 378 00:34:50,380 --> 00:34:54,046 Yang satu lagi Orc di mata pedang awak akan menenangkan hati awak? 379 00:34:54,130 --> 00:34:56,046 -Kalau awak salah… -Saya tak salah. 380 00:34:56,130 --> 00:34:57,588 Kalau awak salah, 381 00:34:58,463 --> 00:35:01,630 adakah ramai lagi Elf akan mati di bumi asing? 382 00:35:03,463 --> 00:35:05,588 Untuk meyakinkan diri awak akan usaha awak, 383 00:35:05,671 --> 00:35:08,505 berapa banyak lagi patung yang awak mahu tambah? 384 00:35:09,338 --> 00:35:11,963 Tiada sesiapa yang pernah menolak seruan. 385 00:35:12,796 --> 00:35:14,880 Jemputan ini takkan berulang. 386 00:35:15,755 --> 00:35:18,755 Awak hanya berlegar-legar di sini, terpulau, 387 00:35:18,838 --> 00:35:21,088 dihantui bisikan dan mimpi ghaib. 388 00:35:21,171 --> 00:35:24,338 Awak pasti nasib saya lebih baik di Barat? 389 00:35:25,463 --> 00:35:28,921 Di tempat lagu yang mempersendakan perang akan terngiang-ngiang? 390 00:35:30,921 --> 00:35:34,838 Awak kata saya telah menumpaskan kejahatan di Dunia Tengah, 391 00:35:36,380 --> 00:35:38,588 tapi awak biar ia kekal 392 00:35:39,671 --> 00:35:41,005 dan terus menghantui saya? 393 00:35:42,005 --> 00:35:45,921 Abadi, malar dan teguh 394 00:35:46,963 --> 00:35:49,338 di dunia yang indah sempurna? 395 00:35:49,421 --> 00:35:51,838 Hanya di Alam Kudus, 396 00:35:51,921 --> 00:35:54,421 kedukaan awak boleh dihapuskan. 397 00:35:55,255 --> 00:35:56,338 Pergilah ke sana, 398 00:35:56,838 --> 00:35:58,630 dan saya berjanji… 399 00:35:59,338 --> 00:36:03,255 Sekiranya ada khabar tentang ancaman yang awak katakan itu, 400 00:36:03,755 --> 00:36:06,130 saya akan menghapuskannya. 401 00:36:08,005 --> 00:36:10,421 Awak sudah lama berjuang, Galadriel. 402 00:36:13,005 --> 00:36:14,546 Gantunglah pedang awak. 403 00:36:15,296 --> 00:36:17,213 Tapi siapalah saya tanpanya? 404 00:36:17,296 --> 00:36:18,921 Diri awak selama ini. 405 00:36:21,880 --> 00:36:23,130 Kawan saya. 406 00:36:42,088 --> 00:36:43,546 TANAH SELATAN Bumi Manusia 407 00:37:20,296 --> 00:37:21,713 Selamat malam. 408 00:37:21,796 --> 00:37:23,338 Caraes dalam tiga langkah. 409 00:37:28,171 --> 00:37:29,630 Dia mungkin diracun. 410 00:37:29,713 --> 00:37:31,630 Diracun oleh siapa? 411 00:37:32,171 --> 00:37:35,255 Entah-entah oleh si pelapornya. 412 00:37:47,380 --> 00:37:48,588 Arondir. 413 00:37:49,921 --> 00:37:52,255 Betulkah dua minggu dah berlalu? 414 00:37:53,463 --> 00:37:54,588 Ya. 415 00:37:56,421 --> 00:38:00,088 Tak banyak yang dapat dilaporkan kali ini. 416 00:38:00,171 --> 00:38:03,588 Ada beberapa pertikaian kecil, pengendalian dadu yang salah 417 00:38:04,171 --> 00:38:06,296 dan… Ya! 418 00:38:06,380 --> 00:38:08,838 Ada kejadian menarik Selasa lepas. 419 00:38:08,921 --> 00:38:10,838 Lelaki bergaduh kerana perempuan. 420 00:38:11,255 --> 00:38:14,671 Tumpuan si laki kurang, si gadis mudah terpikat. Biasalah. 421 00:38:16,880 --> 00:38:19,005 Awak mahu minum? 422 00:38:19,088 --> 00:38:21,296 Telaga saya juga milik awak. 423 00:38:21,380 --> 00:38:22,880 Bagaimana dengan racun itu? 424 00:38:23,380 --> 00:38:24,421 Racun apa? 425 00:38:24,505 --> 00:38:26,296 Yang awak baru sebut tadi. 426 00:38:26,380 --> 00:38:27,505 Tidak. 427 00:38:27,588 --> 00:38:30,630 Tadi dia ceritakan tentang rumput beracun. 428 00:38:32,130 --> 00:38:34,963 Seseorang beritahu saya yang padang ragutnya rosak. 429 00:38:35,046 --> 00:38:37,213 Cuma lalang yang tumbuh. 430 00:38:37,296 --> 00:38:40,005 Orang itu dari mana? 431 00:38:40,505 --> 00:38:42,005 Rasanya dari Timur. 432 00:38:42,755 --> 00:38:44,171 Bilakah dia berada di sini? 433 00:38:44,630 --> 00:38:47,296 Lupakan saja. 434 00:38:48,213 --> 00:38:50,255 Ia cuma rumput. 435 00:38:51,338 --> 00:38:55,630 Golongan yang awak kaitkan dengan kami itu dah lama mati. 436 00:38:55,713 --> 00:38:58,546 Bilalah kamu mahu lupakan kisah silam? 437 00:39:02,421 --> 00:39:05,963 Mahu tak mahu, kisah silam sentiasa bersama kita. 438 00:39:06,838 --> 00:39:10,838 Suatu hari nanti, raja sebenar kami akan kembali 439 00:39:11,963 --> 00:39:16,463 dan membebaskan kami daripada taklukan awak. 440 00:39:16,546 --> 00:39:18,213 Sabar, nak. Bawa bertenang. 441 00:39:31,088 --> 00:39:31,921 Sudahlah tu. 442 00:39:35,213 --> 00:39:37,213 Ada apa-apa lagi? 443 00:40:00,796 --> 00:40:02,213 Hulurkan tangan awak. 444 00:40:20,838 --> 00:40:22,005 Benih alfirin. 445 00:40:25,005 --> 00:40:27,671 Saya hanya pernah melihatnya semasa saya kecil. 446 00:40:28,421 --> 00:40:29,921 Di mana awak jumpa benih ini? 447 00:40:30,588 --> 00:40:34,046 Saya dapat daripada dukun yang lalu di sini. 448 00:40:34,130 --> 00:40:36,255 Kami hancurkan kelopaknya untuk buat salap. 449 00:40:36,338 --> 00:40:37,963 Kamu hancurkannya? 450 00:40:38,046 --> 00:40:39,505 Dengan lemah lembut. 451 00:40:42,963 --> 00:40:44,963 Kaum awak ada dukun? 452 00:40:45,046 --> 00:40:46,421 Ada. 453 00:40:46,505 --> 00:40:48,338 Tapi kami gelar mereka tukang. 454 00:40:49,296 --> 00:40:53,338 Kebanyakan luka di badan kami sembuh sendiri, 455 00:40:53,421 --> 00:40:57,838 jadi mereka perlu berusaha mencantikkan kebenaran 456 00:40:58,796 --> 00:41:01,463 kerana keindahan mampu menyembuhkan jiwa. 457 00:41:03,755 --> 00:41:06,463 Kalau begitu, semoga awak rasa bunga alfirin indah. 458 00:41:13,755 --> 00:41:15,421 Jumpa lagi. 459 00:41:15,505 --> 00:41:16,588 Tentera. 460 00:41:27,296 --> 00:41:28,921 Ada sebarang laporan? 461 00:41:30,213 --> 00:41:31,880 Tiada apa-apa yang luar biasa. 462 00:41:34,463 --> 00:41:35,671 Telaga itu… 463 00:41:37,088 --> 00:41:38,338 Bagaimana keadaannya? 464 00:41:39,880 --> 00:41:41,296 Awak dapat ambil air? 465 00:41:42,213 --> 00:41:43,963 Mereka menunggu kita di Ostirith. 466 00:41:46,088 --> 00:41:48,921 Awak tak terfikirkah hukuman yang saya mungkin terima 467 00:41:49,005 --> 00:41:51,921 jika Pengawas tahu perbuatan awak ini? 468 00:41:52,005 --> 00:41:53,671 Saya tak faham maksud awak. 469 00:41:53,755 --> 00:41:55,255 Bukan mudah untuk jaga mereka 470 00:41:55,338 --> 00:41:57,421 apabila saya juga perlu awasi awak. 471 00:41:57,505 --> 00:41:58,755 Awak fikir saya buta? 472 00:41:58,838 --> 00:42:02,005 Tidak. Saya rasa awak kuat membebel 473 00:42:02,713 --> 00:42:04,630 dan busuk macam daun reput. 474 00:42:04,713 --> 00:42:06,213 Mana ada. 475 00:42:06,296 --> 00:42:07,463 Ada. 476 00:42:15,296 --> 00:42:18,296 Pokoknya, menurut sejarah, hanya dua kali 477 00:42:18,380 --> 00:42:21,505 manusia dan Elf cuba bersatu 478 00:42:21,588 --> 00:42:24,088 dan kedua-duanya berakhir dengan buruk. 479 00:42:24,171 --> 00:42:25,255 Ramai yang mati. 480 00:42:25,338 --> 00:42:27,255 Awak tak perlu ingatkan saya. 481 00:42:28,838 --> 00:42:30,421 Jadi, kenapa awak buat juga? 482 00:42:31,213 --> 00:42:32,921 Beri saya satu sebab. 483 00:42:33,005 --> 00:42:34,838 Arondir! Médhor! 484 00:42:36,296 --> 00:42:39,213 Raja isytiharkan yang perang dah tamat. 485 00:42:40,671 --> 00:42:43,088 Semua kota kara akan ditutup. 486 00:42:44,546 --> 00:42:45,630 Kita boleh pulang. 487 00:43:12,796 --> 00:43:14,380 Awak tengok buat kali terakhir? 488 00:43:16,505 --> 00:43:19,005 Selama 79 tahun saya ditempatkan di sini. 489 00:43:21,130 --> 00:43:23,796 Agaknya saya dah biasa dengannya. 490 00:43:25,463 --> 00:43:29,005 Tak sangka yang tempat ini tandus suatu masa dulu? 491 00:43:29,088 --> 00:43:31,088 Ia dah banyak berubah, Pengawas. 492 00:43:31,963 --> 00:43:34,046 Tapi penghuni di sini masih sama. 493 00:43:34,546 --> 00:43:38,546 Kejahatan masih ada dalam diri mereka yang menyokong Morgoth. 494 00:43:40,963 --> 00:43:42,838 Itu dah lama berlalu, Pengawas. 495 00:43:47,838 --> 00:43:49,546 Apa kerja awak sebelum perang? 496 00:43:50,463 --> 00:43:51,588 Petani. 497 00:43:51,671 --> 00:43:55,338 Maka awak akan bawa pulang banyak kurniaan. 498 00:43:55,421 --> 00:43:58,213 Anugerah, gelaran. 499 00:43:59,505 --> 00:44:01,171 Awak akan mulakan hidup baru. 500 00:44:02,171 --> 00:44:04,213 Tapi ingat, Arondir, 501 00:44:04,838 --> 00:44:08,421 selama 79 tahun awak mengawasi penduduk Tirharad, 502 00:44:08,505 --> 00:44:11,421 bukan kerana apa nenek moyang mereka pernah buat, 503 00:44:12,880 --> 00:44:14,880 tapi kerana diri mereka sekarang. 504 00:44:20,421 --> 00:44:21,630 Bersyukurlah 505 00:44:23,171 --> 00:44:25,338 kerana awak takkan jumpa mereka lagi. 506 00:45:03,963 --> 00:45:07,171 Hati-hati. Itu serbuk akar api. Buat perlahan-lahan. 507 00:45:07,255 --> 00:45:09,338 Terperuklah saya di sini sepanjang hari. 508 00:45:09,421 --> 00:45:11,296 Awak meragam pagi ini. 509 00:45:11,380 --> 00:45:14,005 Saya tak cukup tidur. Tikus sibuk bekerja 510 00:45:14,088 --> 00:45:16,130 -di bawah papan lantai. -Sekali lagi? 511 00:45:16,213 --> 00:45:18,921 Sejak tiga malam lepas. Ia mengais dan mencakar. 512 00:45:22,421 --> 00:45:24,255 Kenapa dia datang? 513 00:45:35,255 --> 00:45:36,755 Dengar kata, awak akan pergi. 514 00:45:37,796 --> 00:45:38,963 Benar. 515 00:45:41,171 --> 00:45:43,171 Mana ahli pasukan yang lain? 516 00:45:44,463 --> 00:45:48,005 Mungkin sedang mencari saya sekarang. 517 00:45:48,713 --> 00:45:50,380 Jadi kenapa awak di rumah saya? 518 00:46:03,755 --> 00:46:05,588 Luahkan saja isi hati awak. 519 00:46:05,671 --> 00:46:07,171 Saya dah luahkannya. 520 00:46:08,046 --> 00:46:11,588 Ratusan kali dalam pelbagai cara, cuma bukan dengan kata-kata. 521 00:46:13,588 --> 00:46:14,713 Mak. 522 00:46:16,255 --> 00:46:17,921 Ada orang nak jumpa. 523 00:46:26,880 --> 00:46:27,963 Mak. 524 00:46:31,296 --> 00:46:33,130 Awak boleh juga rawat haiwan? 525 00:46:35,588 --> 00:46:37,588 Tolonglah periksa haiwan saya. 526 00:46:38,505 --> 00:46:41,546 Ia sakit. 527 00:46:42,296 --> 00:46:43,713 Sakit apa? 528 00:46:51,046 --> 00:46:52,546 Ini bukan demam. 529 00:46:54,546 --> 00:46:57,171 Kudis pun tak ada. 530 00:46:58,380 --> 00:47:00,005 Apa yang ia makan? 531 00:47:00,088 --> 00:47:01,838 Ia ada merayau ke arah timur. 532 00:47:03,130 --> 00:47:04,421 Mungkin ia makan sesuatu? 533 00:47:09,213 --> 00:47:12,046 Apa benda yang keluar itu? 534 00:47:13,338 --> 00:47:14,921 Ia merayau sejauh mana? 535 00:47:15,005 --> 00:47:17,380 Mungkin sampai Hordern. 536 00:47:24,630 --> 00:47:25,838 Awak nak ke mana? 537 00:47:25,921 --> 00:47:29,171 Hordern agak jauh, tapi saya boleh tiba di sana sebelum senja. 538 00:47:29,255 --> 00:47:30,588 Saya nak ikut. 539 00:47:43,088 --> 00:47:44,838 Cepat sikit. 540 00:47:44,921 --> 00:47:47,671 Kalau dia jumpa kita, teruk kita kena pukul nanti. 541 00:47:50,880 --> 00:47:53,005 Saya menemuinya tanpa sengaja. 542 00:47:53,088 --> 00:47:54,380 Saya terpijak papan ini. 543 00:47:56,921 --> 00:47:58,088 Jadi, 544 00:47:59,088 --> 00:48:01,630 betulkah khabar tentang mak awak itu? 545 00:48:02,588 --> 00:48:04,005 Khabar apa? 546 00:48:04,713 --> 00:48:08,505 Katanya Waldreg terjumpa dia dan seorang Elf 547 00:48:08,630 --> 00:48:11,130 bermesra di telaganya tempoh hari. 548 00:48:11,213 --> 00:48:12,338 Siapa yang cerita? 549 00:48:12,421 --> 00:48:13,671 Semua orang. 550 00:48:14,130 --> 00:48:15,296 Mereka tipu. 551 00:48:15,838 --> 00:48:18,380 Mungkin sebab itu ayah awak tinggalkan dia. 552 00:48:18,463 --> 00:48:19,796 Itu tak benar. 553 00:48:19,880 --> 00:48:21,713 Jadi, apa yang terjadi? 554 00:48:21,796 --> 00:48:23,463 Awak pun tak tahu, ya? 555 00:48:27,005 --> 00:48:29,838 Ada ganjaran untuk orang yang menangkapnya. 556 00:48:31,421 --> 00:48:32,921 Inilah namanya ganjaran. 557 00:48:53,130 --> 00:48:54,130 Hati-hatilah sikit! 558 00:48:56,630 --> 00:48:57,713 Ayuh, cepat. 559 00:49:36,546 --> 00:49:38,546 Patik dah tak nampak dia lagi. 560 00:49:39,755 --> 00:49:42,838 Galadriel sangat yakin pencariannya akan diteruskan. 561 00:49:44,088 --> 00:49:47,088 Menurut ramalan kami, kalau dia meneruskannya, 562 00:49:47,171 --> 00:49:52,546 kejahatan yang dia cuba tumpaskan akan terus berkekalan. 563 00:49:54,588 --> 00:49:57,671 Ibarat angin yang cuba memadamkan api, 564 00:49:57,755 --> 00:50:00,171 tapi turut menyebarkannya. 565 00:50:02,005 --> 00:50:03,755 Bayangan yang dia cari… 566 00:50:06,588 --> 00:50:08,171 Tuanku rasa ia wujud? 567 00:50:08,796 --> 00:50:11,421 Cubalah reda dengan keputusan beta. 568 00:50:12,755 --> 00:50:14,963 Kamu dah ambil tindakan yang tepat 569 00:50:15,046 --> 00:50:18,338 untuk Galadriel dan Dunia Tengah. 570 00:50:20,296 --> 00:50:22,296 Patik pun kurang pasti 571 00:50:24,213 --> 00:50:26,421 apabila kawan dan tanggungjawab berbaur. 572 00:50:28,421 --> 00:50:31,088 Itulah beban pemimpin 573 00:50:32,005 --> 00:50:34,213 dan mereka yang ingin memimpin. 574 00:50:35,963 --> 00:50:38,255 Galadriel belayar ke arah matahari terbenam. 575 00:50:38,338 --> 00:50:43,171 Kita perlu tumpukan pada masa depan. 576 00:50:45,296 --> 00:50:46,463 Tapi untuk tujuan itu, 577 00:50:48,046 --> 00:50:51,630 kamu tahu tentang hasil kerja Lord Celebrimbor? 578 00:50:52,671 --> 00:50:55,088 Tukang besi Elf yang terulung. Ya, mestilah. 579 00:50:55,505 --> 00:50:59,171 Saya kagumi hasil kerjanya sejak saya kecil? Kenapa tuanku tanya? 580 00:50:59,255 --> 00:51:04,005 Dia akan memulakan satu projek yang sangat penting 581 00:51:05,088 --> 00:51:08,213 dan kami mahu kamu bekerja dengannya. 582 00:51:11,171 --> 00:51:14,671 Tapi kamu jelaskanlah sendiri, Lord Celebrimbor. 583 00:51:30,255 --> 00:51:33,296 Mula-mula, manusia, sekarang, bintang. 584 00:51:35,005 --> 00:51:37,338 Mata terbuka ketika mereka tidur. 585 00:51:41,296 --> 00:51:42,588 Seolah-olah… 586 00:51:44,213 --> 00:51:46,380 Mereka tercari-cari sesuatu. 587 00:51:46,880 --> 00:51:47,963 Cari apa? 588 00:51:48,880 --> 00:51:51,838 Kamu nak kena marah? Kalau tak nak, jangan menyibuk. 589 00:51:51,921 --> 00:51:53,755 Apa yang awak nampak di atas sana? 590 00:51:53,838 --> 00:51:56,046 Elanor Brandyfoot, kamu sama macam ayah kamu. 591 00:51:56,130 --> 00:51:57,963 Suka betul cari pasal, 592 00:51:58,046 --> 00:52:02,255 semua benda pun kamu nak tahu, tak macam Harfoot lain. 593 00:52:02,338 --> 00:52:05,046 Kamu pasti kamu bukan kacukan tupai? 594 00:52:06,463 --> 00:52:09,213 Sadoc, tolonglah. 595 00:52:10,005 --> 00:52:11,213 Beritahulah saya. 596 00:52:13,963 --> 00:52:16,546 Langit nampak aneh. 597 00:52:20,296 --> 00:52:21,380 Aneh yang bagaimana? 598 00:52:21,463 --> 00:52:23,338 Nori! Mana gris? 599 00:52:23,421 --> 00:52:24,671 Sebentar. 600 00:52:33,421 --> 00:52:35,963 Kamu biasa dengan penduduk pekan Hordern? 601 00:52:36,046 --> 00:52:38,880 Ya, rasanya. Saya lahir di sana. 602 00:52:40,880 --> 00:52:42,046 Kenapa? 603 00:52:42,130 --> 00:52:45,588 Penduduknya terkenal 604 00:52:45,671 --> 00:52:47,338 kerana setia kepada Morgoth. 605 00:52:48,463 --> 00:52:49,880 Apa awak kata? 606 00:52:53,921 --> 00:52:55,171 Kebenaran. 607 00:52:56,421 --> 00:52:58,421 Mereka kawan-kawan saya. 608 00:52:58,505 --> 00:53:01,088 Kami rapat. Saya kenal mereka. Mereka baik. 609 00:53:05,255 --> 00:53:07,046 Sebab itulah saya bersama awak. 610 00:53:09,505 --> 00:53:11,130 Bukan bersama Pengawas. 611 00:53:12,171 --> 00:53:13,421 Bronwyn. 612 00:53:20,130 --> 00:53:24,046 Awak saja yang baik terhadap saya selama saya berada di sini. 613 00:53:40,713 --> 00:53:41,963 Hordern. 614 00:53:47,005 --> 00:53:48,088 TANAH SELATAN 615 00:53:51,088 --> 00:53:52,713 DUNIA TENGAH 616 00:53:52,796 --> 00:53:54,796 LAUTAN PEMUTUS 617 00:56:11,255 --> 00:56:16,921 Kamu tahukah kenapa kapal terapung dan batu tenggelam? 618 00:56:51,963 --> 00:56:53,130 Galadriel. 619 00:57:09,046 --> 00:57:10,463 Hulurkan tangan awak. 620 00:57:23,213 --> 00:57:26,213 Tapi kadangkala pantulan cahaya 621 00:57:26,296 --> 00:57:28,963 di air secerah cahaya di langit. 622 00:57:30,671 --> 00:57:33,088 Jadi, arah mana yang saya patut ikut? 623 00:57:34,755 --> 00:57:36,755 Kadangkala kita takkan tahu 624 00:57:38,505 --> 00:57:40,505 selagi belum merasai kegelapan. 625 00:57:52,130 --> 00:57:53,213 Galadriel! 626 01:02:39,671 --> 01:02:41,671 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 627 01:02:41,755 --> 01:02:43,755 Penyelia Kreatif Bima Gasendo