1 00:00:06,005 --> 00:00:07,380 SEBELUM INI 2 00:00:07,463 --> 00:00:08,755 Dia dah mati! Mari! 3 00:00:11,921 --> 00:00:12,963 Apa… 4 00:00:13,213 --> 00:00:15,046 Tolak ia ke atas… 5 00:00:15,130 --> 00:00:16,880 Awak dari mana? 6 00:00:23,296 --> 00:00:25,921 Dia nak kita bantu dia cari bintang itu. 7 00:00:28,213 --> 00:00:29,463 Nori? 8 00:00:33,005 --> 00:00:35,005 Saya perlu pulang ke Dunia Tengah. 9 00:00:35,046 --> 00:00:38,630 Bukan Elf yang usir kami dari tanah air kami, tapi Orc. 10 00:00:38,713 --> 00:00:40,838 Adakah itu lambang raja orang awak? 11 00:00:40,921 --> 00:00:42,296 Kami tiada raja. 12 00:00:51,921 --> 00:00:54,463 Semua kota kara akan ditutup. 13 00:00:54,546 --> 00:00:56,005 Tengok buat kali terakhir? 14 00:00:56,088 --> 00:00:57,796 Ia dah banyak berubah, Pengawas. 15 00:00:57,880 --> 00:00:59,880 Tapi penghuni di sini masih sama. 16 00:00:59,963 --> 00:01:03,838 Kejahatan masih ada dalam diri mereka yang menyokong Morgoth. 17 00:01:03,921 --> 00:01:07,505 -Ada orang gali laluan ini. -Atau sesuatu. Ini bukan kerja manusia. 18 00:03:27,046 --> 00:03:28,130 Teruskannya. 19 00:03:33,463 --> 00:03:36,088 Kamu! Tambat dia. 20 00:03:36,671 --> 00:03:38,296 Humban dia dengan yang lain. 21 00:03:38,380 --> 00:03:41,963 Kau buatlah. Aku dah berjemur semasa bekerja semalam. 22 00:03:42,046 --> 00:03:46,921 Kalau Adar dah takdirkan kau berjemur sampai hitam, kau kenalah buat. 23 00:03:47,005 --> 00:03:50,338 Baiklah, kerana Adar, bukan kerana kau! 24 00:03:56,505 --> 00:03:58,921 Demi Adar! 25 00:04:09,463 --> 00:04:11,338 Masa rehat dah tamat, pemalas. 26 00:04:11,421 --> 00:04:12,671 Sekarang, gali. 27 00:05:04,588 --> 00:05:05,630 Dia masih hidup. 28 00:05:15,838 --> 00:05:19,546 Pemilik kapal ini, penyelamat atau penawan? 29 00:05:20,171 --> 00:05:22,671 Ia tak beracun, jika itu yang awak bimbangkan. 30 00:05:25,755 --> 00:05:27,171 Tak beracun bagi manusia. 31 00:06:23,421 --> 00:06:26,838 Eldar berada di atas kapal saya? 32 00:06:30,005 --> 00:06:31,546 Pelik sekali. 33 00:06:31,630 --> 00:06:32,963 Kapal apakah ini? 34 00:06:33,046 --> 00:06:36,546 Bertenang. Saya harus menyerahkan awak kepada orang atasan saya. 35 00:06:36,630 --> 00:06:38,963 Mereka akan jawab semua soalan awak. 36 00:06:39,046 --> 00:06:40,671 Kita menuju ke mana? 37 00:06:41,546 --> 00:06:44,380 Tengoklah sendiri. Kita dah hampir tiba. 38 00:06:45,130 --> 00:06:46,296 Hampir ke mana? 39 00:06:51,130 --> 00:06:52,213 Tanah air. 40 00:07:46,046 --> 00:07:47,463 Tempat apakah ini? 41 00:07:48,921 --> 00:07:51,171 Tak lain dan tak bukan, 42 00:07:51,255 --> 00:07:52,921 Dunia Bintang. 43 00:07:54,005 --> 00:07:56,463 Dunia manusia paling barat. 44 00:07:58,130 --> 00:08:02,296 Kerajaan Pulau Númenor. 45 00:08:03,755 --> 00:08:05,005 Perlahankan kapal! 46 00:08:57,921 --> 00:09:00,046 -Itu Elfkah? -Tak nampak apa-apa… 47 00:09:01,838 --> 00:09:05,046 Sejak bila Manusia macam saya pandai bina kerajaan sebegini? 48 00:09:07,130 --> 00:09:08,963 Manusia ini bukan macam awak. 49 00:09:11,088 --> 00:09:14,796 Semasa Perang Besar, nenek moyang awak sokong Morgoth. 50 00:09:15,755 --> 00:09:17,630 Mereka sokong Elf. 51 00:09:18,171 --> 00:09:21,046 Sebagai ganjaran, Valar anugerahi mereka pulau ini, 52 00:09:21,130 --> 00:09:23,130 yang kini telah banyak berubah. 53 00:09:23,213 --> 00:09:25,505 Bunyinya macam awak iri hati. 54 00:09:26,421 --> 00:09:27,838 Tidak, bukan iri hati. 55 00:09:28,421 --> 00:09:29,546 Dukacita. 56 00:09:30,463 --> 00:09:33,463 Dulu, Elf bebas datang dan pergi dari sini. 57 00:09:33,546 --> 00:09:35,296 Kami bagaikan bersaudara. 58 00:09:36,088 --> 00:09:39,005 Bertukar-tukar hadiah dan ilmu. 59 00:09:39,088 --> 00:09:40,713 Apa yang berlaku? 60 00:09:40,796 --> 00:09:42,755 Númenor halau kapal kami. 61 00:09:42,838 --> 00:09:44,880 Akhirnya, mereka putuskan hubungan. 62 00:09:44,963 --> 00:09:46,046 Kenapa? 63 00:09:47,671 --> 00:09:49,380 Nanti kita tahulah. 64 00:09:49,463 --> 00:09:50,630 Jangan berhenti. 65 00:09:52,630 --> 00:09:55,338 Kamu tentu tak mahu sesat di sini tanpa pengiring. 66 00:09:57,505 --> 00:09:59,046 Letak dengan yang lain. 67 00:09:59,671 --> 00:10:00,505 Terlalu panas. 68 00:10:32,296 --> 00:10:34,380 Bawa bersabar. 69 00:10:34,921 --> 00:10:36,921 Kita warga Númenor. 70 00:10:37,005 --> 00:10:41,505 Mari kita ketepikan sejarah buat masa ini dan jaga adab kita. 71 00:10:42,296 --> 00:10:45,005 Jangan cuba cari gaduh dengan mereka. 72 00:10:45,088 --> 00:10:47,421 Kapten. Ratu sedang sibuk. 73 00:10:47,505 --> 00:10:50,046 Begitu juga Canselor Pharazôn. Lebih baik tuan… 74 00:11:19,421 --> 00:11:20,421 Melutut. 75 00:11:20,796 --> 00:11:22,296 Kami tak melutut di Númenor. 76 00:11:25,171 --> 00:11:26,171 Maaf. 77 00:11:28,713 --> 00:11:30,088 Cakap, Elf. 78 00:11:31,838 --> 00:11:33,005 Siapa nama kamu? 79 00:11:37,713 --> 00:11:39,838 Galadriel daripada suku Noldor. 80 00:11:40,838 --> 00:11:44,380 Anak Wangsa Finarfin. 81 00:11:44,463 --> 00:11:48,505 Komander Tentera Utara Raja Gil-galad. 82 00:11:53,630 --> 00:11:54,838 Halbrand. 83 00:11:55,671 --> 00:11:57,546 Dari Tanah Selatan. 84 00:11:58,130 --> 00:12:00,421 Manusia dan Elf, bersama? 85 00:12:01,005 --> 00:12:02,213 Takdir yang menentukan. 86 00:12:02,296 --> 00:12:05,421 Kami bersama tanpa sengaja dan bertemu di laut terbuka. 87 00:12:06,255 --> 00:12:09,255 Kapten tuan telah menyelamatkan kami daripada maut. 88 00:12:10,130 --> 00:12:14,171 Kami cuma berharap Númenor terus mengasihani kami 89 00:12:14,255 --> 00:12:16,796 dan beri kami kapal untuk ke Dunia Tengah. 90 00:12:20,213 --> 00:12:22,421 Sudah lama kapal Númenor 91 00:12:22,505 --> 00:12:25,380 tak dibenarkan pergi ke sana bagi pihak Elf. 92 00:12:25,463 --> 00:12:28,880 Kerana Elflah pulau ini dikurniakan kepada tuan. 93 00:12:28,963 --> 00:12:31,713 Takkanlah tuan tak boleh beri kami sebuah kapal. 94 00:12:35,130 --> 00:12:37,963 Nenek moyang kami tak dikurniakan apa-apa. 95 00:12:39,671 --> 00:12:43,130 Mereka tumpahkan darah demi pulau ini. 96 00:12:43,213 --> 00:12:44,463 Maksud Elf ini… 97 00:12:44,546 --> 00:12:47,630 Jika darah perlu tumpah, saya rela. 98 00:12:48,546 --> 00:12:50,505 Tapi yang pasti, saya akan ke sana. 99 00:12:51,421 --> 00:12:52,921 Beta alu-alukan cubaan kamu. 100 00:12:53,463 --> 00:12:55,296 Saya tak perlu dialu-alukan. 101 00:12:56,088 --> 00:12:58,796 Kehadiran kamu pun makin tak dialu-alukan. 102 00:12:58,880 --> 00:13:00,546 -Pengawal! -Kawan-kawan. 103 00:13:02,088 --> 00:13:06,213 Nampaknya niat kami untuk berangkat menimbulkan beberapa masalah. 104 00:13:07,005 --> 00:13:09,338 Mungkin lebih baik jika kami tinggal… 105 00:13:09,421 --> 00:13:13,130 -Tinggal? -Cukup lama, wahai ratu yang mulia, 106 00:13:13,213 --> 00:13:17,505 untuk tuanku dan penasihat tuanku mempertimbangkan permintaan kami. 107 00:13:19,463 --> 00:13:21,130 Mungkin selama beberapa hari? 108 00:13:26,005 --> 00:13:30,005 Tiga hari, dan Elf itu dilarang meninggalkan kawasan istana. 109 00:13:30,088 --> 00:13:31,630 Saya enggan dikurung. 110 00:13:31,713 --> 00:13:33,421 Saya lebih sanggup seksa kuda 111 00:13:33,505 --> 00:13:37,338 daripada mengurung komander Tentera Utara yang gagah perkasa. 112 00:13:38,963 --> 00:13:41,380 Maka, kamu tetamu Númenor. 113 00:13:48,671 --> 00:13:49,921 Kapten. 114 00:13:52,380 --> 00:13:53,380 Terima kasih. 115 00:14:02,421 --> 00:14:03,796 "Ratu yang mulia?" 116 00:14:04,838 --> 00:14:07,338 Tanah Selatan takkan ke mana-mana. 117 00:14:07,421 --> 00:14:08,588 Penduduknya bagaimana? 118 00:14:08,671 --> 00:14:10,713 Tengoklah. Tempat ini bagaikan syurga. 119 00:14:10,796 --> 00:14:12,213 Kaya dengan jutaan peluang. 120 00:14:12,838 --> 00:14:15,505 Awak ingat saya suka menempah maut bersama awak? 121 00:14:15,588 --> 00:14:17,838 Awak terjun laut demi seorang. 122 00:14:17,921 --> 00:14:19,255 Saya utamakan ramai orang. 123 00:14:19,338 --> 00:14:22,380 Saya sudah lama mencari ketenangan jiwa. 124 00:14:23,171 --> 00:14:26,588 Tolonglah, demi kebaikan kita, biarlah saya merasainya. 125 00:14:31,588 --> 00:14:33,838 Mungkin awak juga perlukannya. 126 00:14:45,338 --> 00:14:46,838 Tapi setidak-tidaknya, 127 00:14:48,463 --> 00:14:50,671 janganlah cari musuh baru. 128 00:15:01,046 --> 00:15:03,421 Masalah ini perlu diselesaikan segera. 129 00:15:03,505 --> 00:15:04,671 Dia cuma seorang. 130 00:15:04,755 --> 00:15:07,005 Kerana seorang, dunia boleh huru-hara. 131 00:15:07,755 --> 00:15:10,838 Jangan sampai kita berperang seperti zaman mantan raja. 132 00:15:12,963 --> 00:15:14,546 Ceritalah tentang kapten itu. 133 00:15:14,630 --> 00:15:16,588 Namanya Elendil. 134 00:15:17,130 --> 00:15:21,171 Berketurunan bangsawan, kini dia Pengawal Laut dan anak lelakinya, 135 00:15:21,255 --> 00:15:24,630 kalau tak silap, akan menuruti jejak langkahnya. 136 00:15:26,088 --> 00:15:27,213 Tarik! 137 00:15:28,171 --> 00:15:30,630 Beramai-ramai! 138 00:15:40,505 --> 00:15:41,880 Tarik! 139 00:15:43,588 --> 00:15:47,421 Tarik tali lagi laju kalau kamu mahu sertai pasukan saya! 140 00:15:48,796 --> 00:15:51,463 Ayuh, kadet! 141 00:15:52,213 --> 00:15:54,171 Beramai-ramai! 142 00:16:02,880 --> 00:16:05,005 Isildur... 143 00:16:05,088 --> 00:16:06,255 Isildur! 144 00:16:07,005 --> 00:16:08,088 Isildur! 145 00:16:08,755 --> 00:16:13,421 Kadet yang layak menyertai angkatan Pengawal Laut 146 00:16:13,505 --> 00:16:17,005 bukan sekadar menjadi pelindung Númenor. 147 00:16:17,088 --> 00:16:18,171 Bukan yang itu! 148 00:16:21,630 --> 00:16:22,755 Imrahil! 149 00:16:22,838 --> 00:16:26,213 Kiri! Bawa ke sebelah kiri! 150 00:16:27,130 --> 00:16:29,213 Valandil! Ontamo! 151 00:16:32,130 --> 00:16:32,963 Tolong! Tarik! 152 00:16:36,880 --> 00:16:39,880 Kerjasama, kadet! Sambung semula! 153 00:16:50,171 --> 00:16:53,713 Tiada panduan lain setegas laut. 154 00:17:33,088 --> 00:17:35,505 Laut sentiasa benar! 155 00:17:36,130 --> 00:17:38,130 Laut sentiasa benar! 156 00:17:42,338 --> 00:17:43,671 Kasihan Imrahil. 157 00:17:44,421 --> 00:17:47,421 Ayahnya mungkin akan halau dia keluar rumah. 158 00:17:48,130 --> 00:17:49,963 Isil pun sama saja. 159 00:17:51,005 --> 00:17:51,838 Saya? 160 00:17:51,921 --> 00:17:55,171 Awak mengelamun sepanjang hari. Apa masalahnya? 161 00:17:55,255 --> 00:17:57,463 Saya tak sabar keluar belayar. Itu saja. 162 00:17:58,838 --> 00:18:00,838 Sembilan hari lagi! 163 00:18:00,921 --> 00:18:03,921 Kalau lulus Ujian Laut, dalam empat tahun, kita jadi pegawai. 164 00:18:04,005 --> 00:18:05,921 Selepas 10 tahun, kita jadi nakhoda. 165 00:18:06,005 --> 00:18:07,963 -Lagi lapan tahun. -Rasanya18 tahun. 166 00:18:08,046 --> 00:18:10,171 Isildur! Adik awak datang. 167 00:18:15,713 --> 00:18:16,880 Kamu sampai pun. 168 00:18:17,838 --> 00:18:19,505 Berek, sayang. 169 00:18:19,588 --> 00:18:21,755 Tengoklah, dia tak melukis kali ini. 170 00:18:21,838 --> 00:18:24,505 Kamu tak perlu datang dari jauh untuk jumpa abang. 171 00:18:24,588 --> 00:18:26,963 -Isil, nak minum? -Pergilah dulu. 172 00:18:27,046 --> 00:18:29,546 Nanti sertailah kami. Jangan ikut abang awak. 173 00:18:29,630 --> 00:18:31,588 Nanti awak jadi anak dara tua pula. 174 00:18:31,671 --> 00:18:32,671 Atau anak dara muda. 175 00:18:33,838 --> 00:18:36,921 Kenapa kamu datang? Mana ayah? 176 00:18:43,546 --> 00:18:47,630 Setiawan percaya kelopak Pohon Putih yang gugur 177 00:18:47,713 --> 00:18:49,380 bukan perkara remeh, 178 00:18:51,088 --> 00:18:54,005 tapi ia titisan air mata Valar. 179 00:18:55,671 --> 00:18:59,338 Satu peringatan bahawasanya mereka sentiasa memerhati 180 00:19:00,838 --> 00:19:04,713 dan menilai setiap tindak-tanduk kita. 181 00:19:10,505 --> 00:19:12,421 Kamu percayakah kata-kata itu? 182 00:19:12,505 --> 00:19:15,046 Menurut pengalaman patik, kita tak patut hidup 183 00:19:15,130 --> 00:19:17,921 berdasarkan ramalan dan petanda. 184 00:19:21,755 --> 00:19:25,171 "Elendil." Peliknya nama itu. 185 00:19:26,880 --> 00:19:28,921 Dari pantai barat, bukan? 186 00:19:30,213 --> 00:19:31,421 Ia berasal dari sana. 187 00:19:31,505 --> 00:19:33,213 Apa maknanya? 188 00:19:34,546 --> 00:19:36,130 Lelaki yang sukakan cakerawala. 189 00:19:37,213 --> 00:19:39,630 Bukan itu saja maknanya, bukan? 190 00:19:43,046 --> 00:19:45,255 Dalam bahasa purba Eldar, 191 00:19:45,963 --> 00:19:47,796 ia juga bermakna "rakan Elf." 192 00:19:47,880 --> 00:19:51,130 Ia benarkah? Kamu rakan Elf? 193 00:19:54,671 --> 00:19:57,088 Patik hamba Númenor yang setia. 194 00:19:57,171 --> 00:20:00,880 Namun, walaupun Elf tak dialu-alukan di pulau kita 195 00:20:00,963 --> 00:20:03,921 sejak pemerintahan nenek moyang beta, 196 00:20:04,005 --> 00:20:07,338 kamu tetap ingkar. Kenapa, ya? 197 00:20:08,171 --> 00:20:10,505 Laut yang membawanya kepada saya, 198 00:20:12,338 --> 00:20:14,005 dan laut sentiasa benar. 199 00:20:15,046 --> 00:20:16,921 Laut tak boleh menderhaka. 200 00:20:22,838 --> 00:20:24,213 Ampun tuanku, 201 00:20:24,880 --> 00:20:28,546 tapi patik cuma ambil tindakan yang paling wajar ketika itu. 202 00:20:29,005 --> 00:20:33,296 Elendil, jika itulah hajat kamu, 203 00:20:35,546 --> 00:20:39,255 maka beta mahu kamu buat sesuatu. 204 00:21:02,921 --> 00:21:04,463 LAUTAN PEMUTUS 205 00:21:08,255 --> 00:21:10,630 TANAH SELATAN 206 00:21:42,171 --> 00:21:44,755 Laluan ini menuju ke Hordern. 207 00:21:46,338 --> 00:21:47,505 Malah, lebih jauh lagi. 208 00:21:48,588 --> 00:21:51,088 Mereka tentu ikut laluan ini agar tidak dikesan 209 00:21:51,171 --> 00:21:53,588 dan dapat berlindung daripada cahaya suria. 210 00:21:57,505 --> 00:21:59,421 Mereka mencari sesuatu. 211 00:22:00,796 --> 00:22:02,630 Mungkin sejenis senjata? 212 00:22:02,713 --> 00:22:04,005 Saya tak tahu. 213 00:22:04,713 --> 00:22:07,046 Tapi mereka geledah semua kampung, 214 00:22:07,755 --> 00:22:10,380 setiap malam untuk mencarinya buat ketua mereka. 215 00:22:10,755 --> 00:22:13,505 Salah seorang Orc sebut tentang tuan 216 00:22:13,588 --> 00:22:17,046 yang mereka sembah, itu pun kalau Orc tahu menyembah. 217 00:22:17,546 --> 00:22:20,046 Nampaknya Morgoth ada pengganti. 218 00:22:20,880 --> 00:22:21,880 "Adar." 219 00:22:24,338 --> 00:22:27,546 Kenapa Orc guna perkataan Elf untuk ketua mereka? 220 00:22:27,630 --> 00:22:30,588 Orang kata, Sauron ada banyak nama. 221 00:22:30,671 --> 00:22:32,338 Mungkin ini juga namanya. 222 00:22:32,421 --> 00:22:35,046 Nampaknya ada muslihat yang kita tak sedari. 223 00:22:36,088 --> 00:22:38,171 Jika ada peluang, 224 00:22:38,255 --> 00:22:40,755 cuba lihat kawasan di atas parit ini. 225 00:22:40,838 --> 00:22:42,463 Cari sempadan hutan terdekat. 226 00:22:42,546 --> 00:22:45,463 Apabila matahari terik, kita akan lari dari sini. 227 00:22:45,546 --> 00:22:47,630 Kalau ada antara kita berjaya pulang, 228 00:22:47,713 --> 00:22:49,463 kita boleh bawa bala tentera 229 00:22:49,546 --> 00:22:53,046 dan hapuskan musuh dari muka bumi ini. 230 00:22:54,046 --> 00:22:57,796 Tutup mulut dan gali, Elf! 231 00:22:58,380 --> 00:23:01,005 -Akar ini menghalang laluan. -Cabut sajalah. 232 00:23:01,755 --> 00:23:05,838 Cabut terus pokok itu! 233 00:23:05,921 --> 00:23:09,671 Tapi ia akan melambatkan kerja kami. Kami akan melencong sedikit. 234 00:23:09,755 --> 00:23:13,338 Cubalah, nanti aku kelar belakang badan kamu. 235 00:23:17,171 --> 00:23:20,838 Pokok ini tumbuh jauh lebih lama sebelum kamu muncul 236 00:23:20,921 --> 00:23:22,921 dari tempat terkutuk yang entah di mana. 237 00:23:23,005 --> 00:23:25,296 Ia berhak kekal di tempatnya. 238 00:23:31,755 --> 00:23:32,921 Bagus, Elf. 239 00:23:33,755 --> 00:23:34,963 Bagus sangat. 240 00:23:39,588 --> 00:23:41,463 Kau tunjukkan kekuatan. 241 00:23:42,380 --> 00:23:46,755 Kau dan kawan-kawan kau layak dapat air lebih. 242 00:23:49,921 --> 00:23:51,088 Jangan takut. 243 00:23:52,296 --> 00:23:53,671 Kau tentu dahaga. 244 00:24:26,255 --> 00:24:27,463 Bagus… 245 00:25:29,255 --> 00:25:30,921 Pokok. 246 00:25:31,046 --> 00:25:33,880 Húna hravan! 247 00:25:35,255 --> 00:25:36,546 Saya akan tebang. 248 00:25:38,046 --> 00:25:39,380 Saya akan menebangnya! 249 00:26:14,630 --> 00:26:16,755 Ánin apsene... 250 00:26:33,380 --> 00:26:35,630 Laporkan kepada Pharazôn yang dia dah lari. 251 00:26:35,713 --> 00:26:36,963 Dulu, saya yang lapor. 252 00:26:37,046 --> 00:26:38,296 Dulu, anjing yang lari. 253 00:27:00,713 --> 00:27:02,796 Tak guna awak curi perahu itu. 254 00:27:04,380 --> 00:27:06,880 Awak takkan pergi jauh dengannya. 255 00:27:06,963 --> 00:27:10,546 Yang pasti, ia lebih bagus daripada kapal saya sebelum ini. 256 00:27:10,630 --> 00:27:12,505 Saya tetap takkan biar awak curi. 257 00:27:13,171 --> 00:27:14,630 Ratu telah mengarahkan saya 258 00:27:14,713 --> 00:27:18,213 supaya memastikan yang awak tak buat kacau. 259 00:27:18,296 --> 00:27:20,171 Baginya, ia satu hukuman. 260 00:27:20,255 --> 00:27:23,088 Kami ada persamaan rupanya. 261 00:27:23,171 --> 00:27:25,338 Kami harap awak tak bawa saya ke sini. 262 00:27:26,838 --> 00:27:29,005 Saya akan cuba curi kapal itu. 263 00:27:29,546 --> 00:27:33,338 Nampaknya, terpaksalah saya panggil pengawal. 264 00:27:34,130 --> 00:27:37,088 Mungkin panggilan itu takkan berjaya dibuat. 265 00:27:38,796 --> 00:27:40,880 Tapi kalau berjaya, 266 00:27:40,963 --> 00:27:44,921 awak akan dirantai di istana dan destinasi awak hanya tinggal mimpi. 267 00:27:45,005 --> 00:27:50,671 Awak siapa? Berani bercakap seolah-olah awak kenal saya siapa. 268 00:27:52,421 --> 00:27:57,130 Anak perempuan saya pintar dan anak lelaki saya gopoh. 269 00:27:58,963 --> 00:28:01,630 Mata awak mencerminkan kedua-dua sifat mereka itu. 270 00:28:01,713 --> 00:28:05,088 Ke mana dan bagaimana saya pergi bukan urusan awak. 271 00:28:05,171 --> 00:28:08,921 Mana-mana saja lebih baik daripada tempat saya dibenci ini. 272 00:28:10,088 --> 00:28:13,380 Jadi, serulah pengawal, jika tidak, jangan ganggu saya. 273 00:28:14,421 --> 00:28:18,546 Tak semua orang benci awak. 274 00:28:20,296 --> 00:28:22,880 Awak tahu bahasa Elf? 275 00:28:22,963 --> 00:28:25,046 Ramai yang tahu di tempat asal saya. 276 00:28:26,046 --> 00:28:28,380 Ia masih diajar di Khanah Ilmu. 277 00:28:28,463 --> 00:28:31,963 Masih terukir pada arca di seluruh kota itu, kalau awak perasan. 278 00:28:32,046 --> 00:28:34,338 Jauhkah Khanah Ilmu dari sini? 279 00:28:34,421 --> 00:28:35,963 Suku hari dengan kuda. 280 00:28:37,088 --> 00:28:38,338 Apakah yang awak cari? 281 00:28:40,046 --> 00:28:41,296 Awak kata "dengan kuda"? 282 00:29:50,796 --> 00:29:54,880 Tiada orang lain di pulau ini yang semahir saya dengan kerja ini. 283 00:29:54,963 --> 00:29:58,671 Saya akan sodok arang, belah kayu, 284 00:29:58,755 --> 00:30:01,255 tempa sauh kapal untuk awak, secara percuma, 285 00:30:01,338 --> 00:30:04,088 lebih kukuh daripada mana-mana sauh. Jadi, bagaimana? 286 00:30:06,838 --> 00:30:08,505 Saya mahu mulakan hidup baru. 287 00:30:10,296 --> 00:30:12,463 Tolonglah beri saya peluang. 288 00:30:14,046 --> 00:30:15,463 Saya takkan melupakannya. 289 00:30:16,213 --> 00:30:17,838 Azam awak memang tinggi. 290 00:30:19,171 --> 00:30:23,546 Tapi selagi awak belum diiktiraf, awak tak boleh menempa besi di Númenor. 291 00:30:29,880 --> 00:30:31,130 Itu dia, bukan? 292 00:30:32,171 --> 00:30:34,421 Lelaki yang belayar dengan Elf itu? 293 00:30:35,796 --> 00:30:37,046 Awak orangnya, bukan? 294 00:30:37,671 --> 00:30:39,630 Nampaknya begitulah. 295 00:30:40,171 --> 00:30:42,380 -Siapa nama awak? -Bergantung. 296 00:30:43,921 --> 00:30:45,171 Bergantung pada apa? 297 00:30:46,546 --> 00:30:47,963 Serapat mana hubungan kita. 298 00:30:56,088 --> 00:30:58,671 Serapat mana awak dengan Elf itu? 299 00:31:02,296 --> 00:31:04,296 Awak memang bertuah. 300 00:31:04,963 --> 00:31:07,755 Dibawa ke pulau kami, makan makanan kami, 301 00:31:07,838 --> 00:31:09,380 minum arak kami… 302 00:31:10,296 --> 00:31:11,963 Apa lagi awak mahu rampas? 303 00:31:12,588 --> 00:31:14,963 Tanah kami? Hasil dagangan kami? 304 00:31:15,046 --> 00:31:16,671 Jangan lupa kaum wanita awak. 305 00:31:19,671 --> 00:31:21,380 Beraninya dia berbicara. 306 00:31:24,421 --> 00:31:27,838 Mungkin dia dan Elf itu tak rapat langsung. 307 00:31:29,255 --> 00:31:33,671 Elf itu tentu lebih suka keturunan yang lebih mulia. 308 00:31:37,380 --> 00:31:39,963 Betul cakap kamu. 309 00:31:41,338 --> 00:31:42,796 Ya, benar. 310 00:31:42,880 --> 00:31:44,546 Saya tetamu di pulau kamu, 311 00:31:44,630 --> 00:31:47,755 tapi saya langsung tak bersyukur. 312 00:31:48,713 --> 00:31:50,255 Beginilah. 313 00:31:51,505 --> 00:31:53,296 Saya belanja kamu minum! 314 00:32:01,046 --> 00:32:03,046 Awak boleh tahan. 315 00:32:04,546 --> 00:32:06,630 Baiklah, saya minta diri dulu 316 00:32:06,713 --> 00:32:09,546 sementara kamu masih bersangka baik terhadap saya. 317 00:32:09,630 --> 00:32:13,213 Tuan-tuan dan puan-puan, selamat tinggal! 318 00:32:34,130 --> 00:32:35,296 Hei, bangsat. 319 00:32:40,588 --> 00:32:42,671 Awak ingat saya takkan perasan? 320 00:32:45,338 --> 00:32:47,963 Tak rugi pun kalau saya cuba. 321 00:32:49,380 --> 00:32:50,796 Ambillah. 322 00:32:51,963 --> 00:32:53,213 Saya tak mahu cari pasal. 323 00:32:55,421 --> 00:32:57,171 Ia dah agak terlambat bukan? 324 00:32:57,796 --> 00:32:59,213 Ya. 325 00:33:17,005 --> 00:33:20,005 Tolonglah jangan buat begini. 326 00:33:23,046 --> 00:33:24,963 Apa salahnya? 327 00:33:45,380 --> 00:33:46,380 Lari. 328 00:33:52,338 --> 00:33:53,796 Nama saya Halbrand. 329 00:33:57,713 --> 00:33:58,921 Di sini. 330 00:34:21,671 --> 00:34:24,588 Kami mencari sebarang maklumat yang awak mungkin ada. 331 00:34:24,671 --> 00:34:26,338 Saya akan cuba cari. 332 00:34:41,630 --> 00:34:45,463 Awak tak kata yang Khanah Ilmu dibina sendiri oleh Elros. 333 00:34:47,671 --> 00:34:48,880 Ia mengagumkan. 334 00:34:49,755 --> 00:34:50,921 Sudah tentu. 335 00:34:53,380 --> 00:34:54,630 Awak kenal Elros. 336 00:34:54,713 --> 00:34:56,255 Dia seorang yang luar biasa. 337 00:34:56,796 --> 00:34:59,213 Tapi saya lebih rapat dengan saudara kembarnya. 338 00:35:02,005 --> 00:35:03,255 Tak sangka. 339 00:35:04,005 --> 00:35:05,838 Terima kasih sebab bawa saya datang. 340 00:35:06,755 --> 00:35:08,088 Ini usaha mantan raja. 341 00:35:09,046 --> 00:35:12,921 Kerana dialah, tempat ini masih kekal berdiri. 342 00:35:13,880 --> 00:35:15,546 Dia pernah setia kepada Elf? 343 00:35:18,713 --> 00:35:20,255 Masih setia. 344 00:35:20,338 --> 00:35:22,588 Dia digulingkan kerananya. 345 00:35:23,421 --> 00:35:26,046 Orang kata sekarang, dia berkurung di menara. 346 00:35:26,921 --> 00:35:28,838 Terbuang di kerajaannya sendiri. 347 00:35:36,005 --> 00:35:36,838 Ini dia. 348 00:35:42,130 --> 00:35:43,546 Ini apa? 349 00:35:44,171 --> 00:35:48,755 Keterangan pengintip manusia yang diperoleh di tempat kurungan musuh. 350 00:35:50,505 --> 00:35:53,380 Dia tulis benda yang menandakan lokasi menara itu. 351 00:35:57,213 --> 00:35:59,880 Nanti dulu. Saya tersilap. 352 00:36:01,755 --> 00:36:02,838 Ini bukan simbol. 353 00:36:10,796 --> 00:36:12,963 Ini peta Tanah Selatan. 354 00:36:14,296 --> 00:36:15,921 Seperti yang Halbrand katakan. 355 00:36:16,005 --> 00:36:17,296 Tulisan itu pula? 356 00:36:19,088 --> 00:36:20,546 Itu Kaul Hitam. 357 00:36:23,921 --> 00:36:27,130 Ia bukan tentang tempat, tapi tentang sebuah rancangan. 358 00:36:28,255 --> 00:36:32,421 Rancangan untuk mencipta dunia 359 00:36:33,505 --> 00:36:38,338 untuk kejahatan bukan saja wujud, tapi berleluasa. 360 00:36:39,255 --> 00:36:42,505 Rancangan yang harus dilaksanakan sekiranya Morgoth tewas… 361 00:36:46,005 --> 00:36:47,171 Oleh penggantinya. 362 00:36:47,671 --> 00:36:48,796 Galadriel. 363 00:36:48,880 --> 00:36:50,880 Ia lebih teruk daripada sangkaan saya. 364 00:36:57,713 --> 00:37:00,380 Ini bermakna Tanah Selatan dalam bahaya. 365 00:37:00,463 --> 00:37:03,255 Jika Sauron sudah kembali, 366 00:37:04,671 --> 00:37:08,588 Tanah Selatan hanya permulaannya. 367 00:38:06,671 --> 00:38:08,338 Jangan melencong. 368 00:38:08,421 --> 00:38:09,963 Jangan jalan bersendirian. 369 00:38:10,046 --> 00:38:11,046 Ya, betul. 370 00:38:11,130 --> 00:38:12,630 Jangan melencong. 371 00:38:12,963 --> 00:38:14,963 Jangan jalan bersendirian. 372 00:38:15,505 --> 00:38:16,963 Jangan melencong. 373 00:38:17,046 --> 00:38:19,838 -Ayuh. -Jangan jalan bersendirian. 374 00:38:19,921 --> 00:38:21,838 Jangan melencong. 375 00:38:21,921 --> 00:38:23,796 Jangan jalan bersendirian. 376 00:38:24,380 --> 00:38:25,963 Jangan melencong. 377 00:38:26,046 --> 00:38:28,088 Jangan jalan bersendirian. 378 00:38:28,755 --> 00:38:30,713 Jangan melencong. 379 00:38:30,796 --> 00:38:32,255 Jangan jalan bersendirian. 380 00:38:33,255 --> 00:38:34,630 Jangan melencong. 381 00:38:34,713 --> 00:38:37,463 -Ia masih belum sembuh. -Jangan jalan bersendirian. 382 00:38:37,546 --> 00:38:39,630 Jangan melencong. 383 00:38:39,713 --> 00:38:41,380 Jangan jalan bersendirian. 384 00:38:41,463 --> 00:38:42,713 Jangan melencong. 385 00:38:43,130 --> 00:38:45,755 Kami tak mampu tarik pedati tanpa awak. 386 00:38:47,796 --> 00:38:50,005 Kami akan ketinggalan. 387 00:38:50,088 --> 00:38:52,838 Belum pernah ada Brandyfoot yang ketinggalan. 388 00:39:01,963 --> 00:39:03,880 Sebenarnya, selepas Rose tiada, 389 00:39:06,171 --> 00:39:11,005 hidup saya seolah-olah tidak lagi bermakna. 390 00:39:14,671 --> 00:39:17,630 Tiba-tiba saya nampak awak di padang itu. 391 00:39:18,463 --> 00:39:19,880 Betul-betul di cerang ini. 392 00:39:22,046 --> 00:39:24,671 Awak sangat cantik pada hari itu, 393 00:39:26,088 --> 00:39:27,838 dan saya terus tahu, 394 00:39:28,380 --> 00:39:32,880 saya mahu menghabiskan sisa hidup saya bersama awak, Marigold. 395 00:39:40,088 --> 00:39:41,796 Kita akan pergi ke Dusun. 396 00:39:43,463 --> 00:39:44,713 Kita semua? 397 00:39:46,130 --> 00:39:47,421 Ya. 398 00:39:47,505 --> 00:39:48,796 Bagaimana? 399 00:39:50,255 --> 00:39:52,671 Saya akan mengetuai kumpulan kita. 400 00:39:54,005 --> 00:39:55,671 Lagipun, kita ada Nori. 401 00:39:55,755 --> 00:39:59,963 Tidak! Kalau dia tekad mahu melakukan sesuatu, 402 00:40:01,963 --> 00:40:03,380 dia takkan dapat dihalang. 403 00:40:19,421 --> 00:40:20,963 Kalau awak sentuh buku itu, 404 00:40:21,046 --> 00:40:23,713 habislah awak kena sembelih dengan Sadoc. 405 00:40:23,796 --> 00:40:26,380 Awak ada idea lain? Kita akan berhijrah esok. 406 00:40:26,463 --> 00:40:28,546 Kalau awak nak bantu dia cari bintang, 407 00:40:28,630 --> 00:40:30,171 buku itu sajalah harapan kita. 408 00:40:30,255 --> 00:40:31,880 Saya tak nak bantu dia. 409 00:40:33,588 --> 00:40:37,338 Dia gergasi panas baran yang kadangkala bunuh kelip-kelip. 410 00:40:37,421 --> 00:40:38,255 Tanpa sengaja. 411 00:40:38,338 --> 00:40:41,005 Saya cadangkan kita beri dia makanan, 412 00:40:41,088 --> 00:40:44,255 tunjukkan kampung manusia terdekat dan ucap selamat tinggal. 413 00:40:44,338 --> 00:40:46,630 -Itu bukan tempat asalnya. -Dia dari mana? 414 00:40:46,713 --> 00:40:50,338 -Itulah yang saya cuba siasat. -Kenapa awak yang nak siasat? 415 00:40:51,713 --> 00:40:54,921 Awak dah menyusahkan diri untuknya, kenapa nak buat lagi? 416 00:40:55,005 --> 00:40:56,880 Fikiran dan belas kasihan tak sama. 417 00:40:56,963 --> 00:40:58,796 Guna akal budi, jangan membuta tuli. 418 00:40:58,880 --> 00:41:01,755 Kalau awak dah hilang akal, saya boleh tolong. 419 00:41:01,838 --> 00:41:04,338 Saya nak ambil peta bintang daripada buku itu. 420 00:41:04,421 --> 00:41:07,630 Awak perlu tolong saya. Jika tidak, saya akan beritahu Malva 421 00:41:07,713 --> 00:41:09,963 awak yang rosakkan krim kakinya. 422 00:41:11,880 --> 00:41:13,296 Saya akan berkawal. 423 00:41:15,005 --> 00:41:16,338 Pergi. 424 00:41:35,255 --> 00:41:38,088 Bukankah En. Burrows sepatutnya beri ucapan sekarang? 425 00:41:38,171 --> 00:41:40,171 Ya. Saya nak ambil notanya di pedati. 426 00:41:40,255 --> 00:41:42,921 Baguslah. Silakan. Ambil dari pedati! 427 00:41:54,046 --> 00:41:56,755 "Senang-lenang dan pedati penuh?" 428 00:41:57,338 --> 00:41:58,921 Tidak… 429 00:42:00,296 --> 00:42:02,755 Tidak… 430 00:42:15,630 --> 00:42:18,505 "Pedati penuh dan perut gendut." 431 00:42:29,130 --> 00:42:30,338 En. Burrows! 432 00:42:30,421 --> 00:42:31,588 Ada apa? 433 00:42:31,671 --> 00:42:34,671 Semua orang dah menunggu. 434 00:42:35,921 --> 00:42:37,505 Encik tak apa-apa? 435 00:42:38,296 --> 00:42:40,296 Ya. Sikit saja lagi. 436 00:42:41,546 --> 00:42:43,338 Berapa banyak lagi? 437 00:42:44,713 --> 00:42:45,671 Sedikit saja lagi? 438 00:42:46,255 --> 00:42:48,338 Beritahu mereka yang saya hampir selesai. 439 00:42:48,421 --> 00:42:51,463 Kanan. Tidak! Maksud saya, kiri. Ya. Tidak, saya… 440 00:42:51,546 --> 00:42:53,796 Saya akan beritahu sekarang. 441 00:42:56,171 --> 00:42:58,963 Bertenang dan pergi makan pai. 442 00:43:00,505 --> 00:43:01,921 Peliknya budak itu. 443 00:43:21,130 --> 00:43:25,755 Wahai Harfoot yang mulia dan baik hati. 444 00:43:31,671 --> 00:43:34,005 Satu musim lagi sudah berlalu di cerang ini, 445 00:43:34,796 --> 00:43:38,005 sekarang, pedati kita penuh dan perut kita gendut. 446 00:43:38,588 --> 00:43:41,713 Sesetengahnya lebih gendut daripada yang lain. 447 00:43:43,546 --> 00:43:44,671 Bukan itu saja… 448 00:43:44,755 --> 00:43:46,255 Bulan mengambang, 449 00:43:46,338 --> 00:43:49,838 jadi, berhati-hatilah apabila kalian bercengkerama. 450 00:43:49,921 --> 00:43:53,630 Semua orang boleh nampak. Kalian tentu tak mahu itu berlaku, bukan? 451 00:43:55,046 --> 00:43:56,671 Saya bergurau saja. 452 00:43:56,755 --> 00:44:00,338 Baiklah, sebelum kita mulakan perjalanan, 453 00:44:01,671 --> 00:44:04,838 ingatlah rakan-rakan yang berhijrah dengan kita dulu, 454 00:44:06,796 --> 00:44:08,755 -rakan-rakan yang tertinggal. -Ya. 455 00:44:08,838 --> 00:44:12,588 Seandainya ada Harfoot yang tertinggal semasa penghijrahan ini, 456 00:44:13,296 --> 00:44:16,088 mereka juga akan kita akan bawa bersama 457 00:44:16,171 --> 00:44:19,005 dalam hati dan ingatan kita. 458 00:44:24,588 --> 00:44:27,671 Dalam kehidupan, kita terpaksa meninggalkan mereka. 459 00:44:29,630 --> 00:44:34,630 Tapi di sini dan pada saat ini, selamat pulang ke pangkuan kami… 460 00:44:43,546 --> 00:44:45,005 Miles Brightapple. 461 00:44:48,088 --> 00:44:50,588 Terperangkap dalam salji di genting gunung. 462 00:44:50,671 --> 00:44:52,171 Kami tunggu ketibaanmu. 463 00:44:56,755 --> 00:44:58,171 Chance Proudfellow. 464 00:45:00,755 --> 00:45:02,296 Yarrow Proudfellow. 465 00:45:04,171 --> 00:45:07,463 Strap, Dewis, 466 00:45:09,338 --> 00:45:11,046 Linseed Proudfellow. 467 00:45:12,880 --> 00:45:15,546 Terkorban dalam tanah runtuh ketika hari hujan. 468 00:45:16,130 --> 00:45:17,838 Kami tunggu ketibaanmu. 469 00:45:28,171 --> 00:45:29,713 Daffodil Burrows. 470 00:45:31,755 --> 00:45:32,838 Serigala. 471 00:45:33,338 --> 00:45:35,338 Kami tunggu ketibaanmu. 472 00:45:38,046 --> 00:45:41,713 Druda Bumbelly. Dia makan beri kuning cerah. 473 00:46:10,713 --> 00:46:12,296 Blovo Bolgerbuck. 474 00:46:13,005 --> 00:46:14,088 Lebah. 475 00:46:17,255 --> 00:46:19,588 Kita semua sayang dia, tapi dia bengap. 476 00:46:20,588 --> 00:46:21,963 Kami tunggu ketibaanmu. 477 00:46:24,796 --> 00:46:28,505 Ma Hambley, semasa dia mengukir… 478 00:46:41,713 --> 00:46:43,296 Kami tunggu ketibaanmu. 479 00:47:31,963 --> 00:47:33,171 Nori? 480 00:47:54,630 --> 00:47:57,213 Awak tipu, curi, 481 00:47:57,296 --> 00:47:59,921 lindungi orang asing dalam kalangan kita. 482 00:48:00,005 --> 00:48:01,130 Dia tipu. 483 00:48:01,213 --> 00:48:03,380 -Dia dah kata tadi. -Dia memang tipu. 484 00:48:03,463 --> 00:48:06,088 Tidak, dia sesat dan cedera. 485 00:48:06,171 --> 00:48:08,755 Apa lagi yang saya patut buat? Biarkan saja? 486 00:48:08,838 --> 00:48:12,963 Hakikatnya, Sadoc, ini sesuatu yang luar biasa. 487 00:48:13,046 --> 00:48:16,130 Awak tahukah mana-mana makhluk yang jatuh dari langit? 488 00:48:16,921 --> 00:48:19,796 Saya pernah dengar kisah makhluk yang menjadi bintang. 489 00:48:19,880 --> 00:48:21,463 Tak ada pula yang sebaliknya. 490 00:48:22,505 --> 00:48:23,713 Ini amat membimbangkan. 491 00:48:23,796 --> 00:48:25,671 Apa cerita bintang pada halaman itu? 492 00:48:25,755 --> 00:48:27,130 Apa katanya? 493 00:48:27,255 --> 00:48:31,338 Tak ada apa-apa. Halaman ini dah terbakar. Kenapa awak tak baca? 494 00:48:31,421 --> 00:48:33,130 Kami ingat nak baca kemudian. 495 00:48:33,213 --> 00:48:34,546 Siapa "kami"? 496 00:48:36,838 --> 00:48:40,088 Cuma saya. Dia kawan saya. 497 00:48:40,171 --> 00:48:42,046 Kita tak perlukan kawan. 498 00:48:42,838 --> 00:48:44,171 Kita perlu hidup. 499 00:48:44,255 --> 00:48:47,046 Tanpa kawan, apa gunanya hidup ini? 500 00:48:47,130 --> 00:48:50,421 "Harfoot yang patuh ikut jalan yang betul, elak bahaya," 501 00:48:50,505 --> 00:48:53,005 celakalah kita kalau kita teroka benda baru! 502 00:48:53,088 --> 00:48:54,796 Elanor Kellamark Brandyfoot! 503 00:48:55,838 --> 00:48:58,338 Kerana resam kitalah kaum kita masih wujud. 504 00:48:59,630 --> 00:49:01,713 Peraturan kita jelas. 505 00:49:01,796 --> 00:49:07,546 Mana-mana Harfoot yang melanggarnya akan diusir. 506 00:49:12,380 --> 00:49:16,755 Benar, peraturan kita jelas. Tapi… 507 00:49:22,463 --> 00:49:24,088 Cik Brandyfoot masih muda. 508 00:49:24,713 --> 00:49:28,421 Masih banyak lagi yang dia perlu pelajari. 509 00:49:29,338 --> 00:49:31,588 Esok, kita bertolak seperti yang dirancang, 510 00:49:34,505 --> 00:49:36,713 dan pedati Brandyfoot akan turut serta. 511 00:49:39,171 --> 00:49:40,838 Di bahagian belakang. 512 00:49:40,921 --> 00:49:42,713 -Di bahagian belakang? -Ya. 513 00:49:42,796 --> 00:49:45,296 Nanti dulu, Sadoc. 514 00:49:45,421 --> 00:49:47,296 Mari kita bincang dulu. 515 00:49:47,380 --> 00:49:51,588 Maksud awak, paling belakang atau di tengah kumpulan belakang? 516 00:49:51,671 --> 00:49:53,421 Bahagian paling belakang. 517 00:49:55,380 --> 00:49:59,463 Kamu dah pastikan keluarga kita ketinggalan. 518 00:50:02,421 --> 00:50:04,338 Ada sebab dia muncul di sini. 519 00:50:05,296 --> 00:50:06,546 Tolonglah, Nori. 520 00:50:08,088 --> 00:50:09,880 Kamu fikir ada hikmah tersembunyi? 521 00:50:12,005 --> 00:50:15,630 Kamu fikir dewa dari langit mengurniai kamu sentuhan keramatnya? 522 00:50:15,713 --> 00:50:18,630 Kamu ingat kamu istimewa? Kamu masih mentah. 523 00:50:20,463 --> 00:50:22,796 Saya tahu saya tak istimewa. 524 00:50:23,755 --> 00:50:27,630 Saya tahu saya cuma Harfoot kerdil di dunia yang maha luas. 525 00:50:28,213 --> 00:50:29,880 Tapi dia istimewa. 526 00:50:31,630 --> 00:50:33,130 Saya dapat rasakannya. 527 00:50:36,046 --> 00:50:37,630 Sayang. 528 00:50:39,338 --> 00:50:41,880 Kamu memang penyayang seperti ayah kamu. 529 00:50:43,046 --> 00:50:46,255 Tapi ranting tertinggilah yang biasanya akan dicantas. 530 00:50:48,130 --> 00:50:49,546 Pergi kemas sekarang. 531 00:51:05,963 --> 00:51:06,796 Tidak! 532 00:51:08,380 --> 00:51:10,171 -Matilah tuanku! -Tidak! 533 00:51:10,255 --> 00:51:13,005 -Oh, tidak! Galadriel! -Siaplah kamu! 534 00:51:13,088 --> 00:51:14,171 Tidak! 535 00:51:15,130 --> 00:51:16,338 Rasakan! 536 00:51:16,421 --> 00:51:17,630 Galadriel? 537 00:51:18,255 --> 00:51:20,338 Galadriel? Pembasmi Orc itu? 538 00:51:20,421 --> 00:51:23,630 Tak kisahlah apa yang dia basmi. Kenapa dia di Númenor? 539 00:51:25,421 --> 00:51:27,588 Dia tunggu kapal untuk ke Dunia Tengah. 540 00:51:28,796 --> 00:51:33,130 Ratu lantik ayah sebagai Kapten Kanan dan ayah disuruh mengawasinya. 541 00:51:33,213 --> 00:51:35,505 Ayah bawa pulang Elf, kemudian naik pangkat? 542 00:51:35,588 --> 00:51:37,463 Siapa yang akan hantar dia pulang? 543 00:51:37,546 --> 00:51:39,546 Kamu juga nak dinaikkan pangkat? 544 00:51:40,505 --> 00:51:42,046 Ujian Laut lagi sembilan hari. 545 00:51:42,130 --> 00:51:43,296 -Cakaplah. -Kamu sedia? 546 00:51:43,921 --> 00:51:46,838 Malangnya, saudara-mara kita dari utara 547 00:51:46,921 --> 00:51:49,838 akan datang untuk meraikan pemergian kamu. 548 00:51:49,921 --> 00:51:53,130 -Semuanya baik? -Saya nak menangguhkannya. 549 00:51:55,463 --> 00:51:57,921 -Tangguh? -Hanya untuk satu musim. 550 00:52:00,380 --> 00:52:01,963 Kamu tahu tentang hal ini? 551 00:52:02,046 --> 00:52:06,088 Saya dengar kata-katanya, jadi, saya memang dah agak. 552 00:52:06,171 --> 00:52:07,796 Tapi kamu tak beritahu ayah? 553 00:52:07,880 --> 00:52:10,380 -Itu rancangan saja. -Ayah bercakap dengan Eärien. 554 00:52:10,463 --> 00:52:12,963 Saya ada banyak masalah kebelakangan ini. 555 00:52:13,046 --> 00:52:15,921 Ia teruk sangatkah? Anárion kata ayah tangguh dua kali… 556 00:52:16,005 --> 00:52:18,255 Apa kaitannya dengan adik kamu? 557 00:52:18,338 --> 00:52:20,755 -Tak ada apa-apa. -Mestilah ada kaitan. 558 00:52:21,921 --> 00:52:23,171 Terima kasih. 559 00:52:26,463 --> 00:52:27,713 Aduhai. 560 00:52:31,671 --> 00:52:33,171 Ayah akan jelaskan semuanya. 561 00:52:34,796 --> 00:52:37,630 Tiada apa-apa lagi yang tinggal di tempat asal kita. 562 00:52:38,838 --> 00:52:40,671 Masa silam dah berlalu. 563 00:52:41,505 --> 00:52:44,088 Kita perlu meninggalkannya atau terkubur dengannya. 564 00:52:47,005 --> 00:52:50,921 Kamu fikir mudah untuk yakinkan nakhoda yang kamu mampu pikul tugas itu? 565 00:52:51,005 --> 00:52:51,921 Saya tak suruhlah. 566 00:52:52,005 --> 00:52:54,755 Kamu suruh, semasa kamu bergaduh dengan pengawal ratu. 567 00:52:54,838 --> 00:52:57,296 -Mereka mulakannya! -Dibuang kelas latihan kuda. 568 00:52:57,380 --> 00:52:58,463 Itu bukan salah saya! 569 00:52:58,546 --> 00:53:01,963 -Betul, itu bukan… -Ayah bukan bercakap dengan kamu! 570 00:53:04,630 --> 00:53:06,588 -Maaf, kapten? -Apa? 571 00:53:07,005 --> 00:53:09,171 Ada pesanan untuk anak tuan, Eärien. 572 00:53:21,921 --> 00:53:23,546 Ayah tahu kamu ragu-ragu. 573 00:53:26,296 --> 00:53:30,546 Tapi sesungguhnya ayah hanya mahu yang terbaik untuk kamu. 574 00:53:32,630 --> 00:53:37,338 Laut mampu menyembuhkan walau luka yang terpedih. 575 00:53:38,463 --> 00:53:40,046 Seperti ia sembuhkan luka ayah? 576 00:53:46,171 --> 00:53:50,255 Dalam sembilan hari, Ujian Laut bermula dan kapal itu akan bertolak, 577 00:53:50,338 --> 00:53:51,838 kamu akan menaikinya. 578 00:53:52,755 --> 00:53:54,880 -Ayah? -Ya? 579 00:53:56,171 --> 00:53:57,380 Saya dapat jadi pelatih. 580 00:53:57,963 --> 00:54:00,463 Persatuan Pembina terima permohonan saya. 581 00:54:00,546 --> 00:54:03,671 Bagaimana? Bukankah mereka takkan mempertimbangkannya semula? 582 00:54:03,755 --> 00:54:05,921 Abang Isildur suruh saya mohon semula. 583 00:54:07,796 --> 00:54:09,421 Isildur yang suruh? 584 00:54:25,755 --> 00:54:27,880 Bagaimana misi mencari ketenangan awak? 585 00:54:29,130 --> 00:54:30,921 Lebih baik daripada jangkaan saya. 586 00:54:31,005 --> 00:54:32,296 Apa yang berlaku? 587 00:54:33,380 --> 00:54:34,838 Bergaduh tentang wanita. 588 00:54:35,463 --> 00:54:36,755 Halbrand. 589 00:54:36,838 --> 00:54:38,046 Sudahlah. 590 00:54:38,171 --> 00:54:40,171 Awak tak patut berada di pulau ini. 591 00:54:40,255 --> 00:54:44,088 Antara kita berdua, awak yang tak patut berada di sini, Elf. 592 00:54:44,213 --> 00:54:46,171 Saya kurang pasti tentang dakwaan itu. 593 00:54:46,838 --> 00:54:48,838 Tapi saya pasti tentang satu perkara. 594 00:54:50,588 --> 00:54:52,671 Awak bukan seperti yang awak kata. 595 00:54:52,755 --> 00:54:54,838 Saya jumpa benda ini di Khanah Ilmu. 596 00:55:09,421 --> 00:55:12,963 Kelakarnya. Saya jumpa simbol ini pada mayat. 597 00:55:13,671 --> 00:55:15,505 Coraknya sesuai dengan saya. 598 00:55:18,505 --> 00:55:19,880 Suatu masa dahulu, 599 00:55:20,796 --> 00:55:22,963 seorang lelaki dengan simbol itu 600 00:55:23,046 --> 00:55:26,755 menyatukan puak-puak Tanah Selatan bawah panji-panji yang sama. 601 00:55:28,046 --> 00:55:30,963 Panji-panji itu mungkin dapat menyatukan mereka hari ini. 602 00:55:31,046 --> 00:55:34,463 Dalam menentang kejahatan yang cuba menguasai tanah mereka. 603 00:55:37,130 --> 00:55:38,546 Tanah awak, Halbrand. 604 00:55:40,671 --> 00:55:45,171 Orang awak tiada raja, kerana awaklah raja mereka. 605 00:55:48,630 --> 00:55:51,338 Mengarutlah kerana raja tak mungkin dipenjara. 606 00:55:51,421 --> 00:55:55,671 Dipenjara kerana awak tak biasa diperlekeh oleh rakyat biasa, 607 00:55:56,338 --> 00:55:59,713 dan perisai yang sepatutnya terpasang pada bahu awak 608 00:55:59,796 --> 00:56:01,213 membebankan jiwa. 609 00:56:16,713 --> 00:56:17,963 Hati-hati, Elf. 610 00:56:19,546 --> 00:56:22,880 Bukan darah bangsawan saja yang waris simbol ini warisi. 611 00:56:26,296 --> 00:56:29,880 Kerana nenek moyang dialah yang bersumpah setia kepada Morgoth. 612 00:56:31,963 --> 00:56:33,880 Saya bukan wira yang awak cari, 613 00:56:36,588 --> 00:56:40,255 kerana keluarga sayalah yang tewas dalam perang itu. 614 00:56:40,338 --> 00:56:42,213 Perang yang keluarga saya mulakan. 615 00:56:43,171 --> 00:56:44,796 Pertemuan kita bukan kebetulan. 616 00:56:45,338 --> 00:56:47,338 Ia bukan takdir, bukan ketentuan, 617 00:56:48,088 --> 00:56:50,421 atau perkataan manusia lain untuk kuasa 618 00:56:50,505 --> 00:56:52,505 yang manusia enggan percaya. 619 00:56:53,463 --> 00:56:55,796 Tapi ia aturan sesuatu yang lebih agung. 620 00:56:57,088 --> 00:56:58,338 Awak tentu tahu. 621 00:56:58,421 --> 00:57:01,171 Saya cuma tahu yang Elf ini enggan gantung pedangnya. 622 00:57:01,630 --> 00:57:03,463 Ikutlah saya ke Dunia Tengah. 623 00:57:04,588 --> 00:57:07,421 Kita boleh tebus kesilapan nenek moyang kita. 624 00:57:08,296 --> 00:57:09,380 Bagaimana? 625 00:57:10,463 --> 00:57:12,130 Awak terperangkap di pulau ini. 626 00:57:13,338 --> 00:57:15,005 Awak juga tiada bala tentera. 627 00:57:16,755 --> 00:57:18,630 Semua ini akan berubah. 628 00:57:56,255 --> 00:57:57,588 Ayahanda, inilah saatnya. 629 00:58:00,046 --> 00:58:01,630 Saat yang kita takuti. 630 00:58:04,546 --> 00:58:06,130 Elf itu sudah tiba. 631 00:58:16,796 --> 00:58:18,380 Ayuh! Tolak! 632 00:58:44,130 --> 00:58:46,130 Pergilah, Poppy, nanti awak ketinggalan. 633 00:58:47,213 --> 00:58:50,046 Bagilah saya peluang untuk bernafas sebentar. 634 00:58:54,213 --> 00:58:55,046 Berundur! 635 00:58:57,588 --> 00:58:58,421 Hei. 636 00:59:14,796 --> 00:59:15,630 Hei. 637 00:59:20,838 --> 00:59:22,005 Kawan. 638 00:59:30,755 --> 00:59:31,880 Inilah dia. 639 00:59:33,171 --> 00:59:36,088 Inilah cara untuk kita semua kejar ahli yang lain. 640 00:59:37,755 --> 00:59:40,505 Dia bantu kita dan kita bantu dia. 641 00:59:42,338 --> 00:59:45,130 Mak, bolehkah kita bawa dia bersama? 642 01:01:30,088 --> 01:01:32,338 Lepaskan warg! 643 01:02:30,838 --> 01:02:31,838 Bebaskan diri kamu! 644 01:02:40,838 --> 01:02:41,921 Arondir! 645 01:03:33,588 --> 01:03:35,171 Háno! 646 01:03:35,255 --> 01:03:36,338 Tidak! 647 01:03:47,921 --> 01:03:49,005 Tunggu! 648 01:03:50,713 --> 01:03:53,213 Bawa dia berjumpa Adar. 649 01:04:22,338 --> 01:04:25,380 Adar! 650 01:06:20,296 --> 01:06:22,296 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 651 01:06:22,380 --> 01:06:24,380 Penyelia Kreatif Bima Gasendo