1 00:00:07,171 --> 00:00:08,880 Pisau itu milik siapa, Galadriel? 2 00:00:08,963 --> 00:00:12,296 Abang saya. Dia dibunuh oleh khadam Sauron. 3 00:00:13,338 --> 00:00:17,505 Selepas Morgoth tewas, makhluk yang kau gelar Sauron 4 00:00:17,630 --> 00:00:22,671 mahu cipta kuasa bukan saja untuk mengarah tapi untuk menguasai minda. 5 00:00:22,755 --> 00:00:25,421 Aku bunuh Sauron. 6 00:00:25,505 --> 00:00:26,546 Aku tak percaya. 7 00:00:26,630 --> 00:00:29,046 Á kuita! 8 00:00:29,588 --> 00:00:30,630 Dilly, mari sini! 9 00:00:35,380 --> 00:00:39,505 Namun, walau apa jua yang kami buat, ia makin cepat merosot. 10 00:00:39,588 --> 00:00:42,130 Mithril ini satu-satunya penyelamat kita. 11 00:00:42,213 --> 00:00:44,630 Tiada apa-apa dapat memudarkan cahayanya. 12 00:00:45,046 --> 00:00:46,546 -Raja Durin... -Cukup! 13 00:00:47,546 --> 00:00:51,796 Ayah tak mahu Bangsa Dwarf mati untuk membantu Elf mengelak maut. 14 00:00:52,921 --> 00:00:54,546 Saya akan pergi ke Buana Tengah. 15 00:00:54,630 --> 00:00:58,255 Hanya kegelapan yang menanti. 16 00:00:59,338 --> 00:01:00,171 Berlindung! 17 00:01:03,880 --> 00:01:04,713 Tidak! 18 00:01:05,130 --> 00:01:06,505 Mana anak saya? 19 00:01:06,588 --> 00:01:08,630 Adar! 20 00:01:08,713 --> 00:01:11,380 Mari kita lupakan kejadian hitam ini. 21 00:01:11,713 --> 00:01:15,463 -Berlawan di samping awak, saya rasa… -Saya juga rasakannya. 22 00:01:17,380 --> 00:01:19,130 Luka ini perlukan ubat Elf. 23 00:01:19,213 --> 00:01:20,796 Hidup raja! 24 00:01:25,380 --> 00:01:26,421 Kamu nak ke mana? 25 00:01:26,505 --> 00:01:28,130 -Nak beri amaran. -Seorang diri? 26 00:01:28,213 --> 00:01:29,880 Dia takkan berseorangan. 27 00:01:47,755 --> 00:01:53,671 ERYN GALEN BELANTARA ZAMRUD 28 00:02:20,921 --> 00:02:22,505 Saya ancaman. 29 00:02:25,296 --> 00:02:26,505 Awak baik. 30 00:03:07,088 --> 00:03:08,088 Nori? 31 00:03:46,630 --> 00:03:52,171 Kami mahu berkhidmat untukmu, Lord Sauron. 32 00:05:55,755 --> 00:05:57,713 Gil-galad akan tiba esok. 33 00:05:57,796 --> 00:06:01,130 Baginda pasti mahu tahu cara untuk menyelamatkan Elf. 34 00:06:02,088 --> 00:06:03,338 Tapi satu cara pun tiada. 35 00:06:04,671 --> 00:06:06,755 Kalaulah ada cara… 36 00:06:08,588 --> 00:06:12,588 lebih mudah untuk hasil lebih besar. 37 00:06:13,713 --> 00:06:18,755 Pada mulanya, Suria pun lebih kecil daripada tapak tangan saya. 38 00:06:18,838 --> 00:06:22,630 Mana mungkin kita menandingi kuasa pencipta Suria. 39 00:06:24,421 --> 00:06:26,546 Kita kesuntukan masa, Tuan Celebrimbor. 40 00:06:30,171 --> 00:06:32,671 Kita perlu maklumkan raja yang kita dah gagal. 41 00:06:34,130 --> 00:06:39,130 Kemudian, Elf perlu bersedia untuk meninggalkan tempat ini. Selama-lamanya. 42 00:06:54,755 --> 00:06:55,588 Galadriel? 43 00:06:56,796 --> 00:06:57,880 Elrond. 44 00:06:58,713 --> 00:06:59,796 Apa yang dah berlaku? 45 00:07:01,588 --> 00:07:04,005 Tombak musuh. Enam hari lepas. 46 00:07:04,796 --> 00:07:06,046 Kami berjalan berterusan. 47 00:07:08,046 --> 00:07:09,463 Awak boleh bantu dia? 48 00:07:10,963 --> 00:07:14,421 Á tulë koivienna... 49 00:07:14,505 --> 00:07:19,130 Raja Benua Selatan? Bagaimana awak menemuinya? 50 00:07:19,880 --> 00:07:21,463 Kenapa awak di sini? 51 00:07:22,588 --> 00:07:24,088 Kenapa awak di sini? 52 00:07:28,796 --> 00:07:31,213 Mari. Kita perlu berbincang. 53 00:07:38,630 --> 00:07:40,755 Saya tak sepatutnya hantar awak ke Valinor. 54 00:07:41,421 --> 00:07:45,421 Saya sepatutnya percaya cakap awak. Kesilapan itu takkan berulang. 55 00:07:52,296 --> 00:07:53,796 Saya terjun dari kapal itu… 56 00:07:56,171 --> 00:07:59,546 Kerana saya tahu saya belum layak mendapat keabadian hakiki. 57 00:08:00,088 --> 00:08:04,088 Saya tahu bahawa tugas saya belum selesai, 58 00:08:05,755 --> 00:08:09,755 dan apabila saya timbul, saya hanya mampu berenang 59 00:08:09,838 --> 00:08:12,046 dan berdoa agar pilihan saya tepat. 60 00:08:16,130 --> 00:08:18,338 Saya tak merentasi lautan dingin itu… 61 00:08:19,713 --> 00:08:21,296 Hanya untuk lemas sekarang. 62 00:08:24,005 --> 00:08:25,588 Saya juga takkan abaikan awak. 63 00:08:33,046 --> 00:08:34,880 Saya rindukan awak. 64 00:08:38,338 --> 00:08:39,755 Apa kita patut buat? 65 00:08:42,755 --> 00:08:44,338 Satu-satunya pilihan yang ada. 66 00:08:46,005 --> 00:08:47,421 Berjuang. 67 00:08:56,963 --> 00:08:58,130 Itu siapa? 68 00:09:04,213 --> 00:09:06,213 Itu siapa? Tunjukkan diri awak. 69 00:09:07,213 --> 00:09:08,880 Galadriel ada di sini? 70 00:09:15,630 --> 00:09:16,838 Tidak. 71 00:09:18,671 --> 00:09:21,171 Bukankah awak sepatutnya berehat? 72 00:09:21,713 --> 00:09:23,213 Tempat apakah ini? 73 00:09:24,421 --> 00:09:28,296 Dulu, ia bengkel Celebrimbor. 74 00:09:28,921 --> 00:09:30,088 Celebrimbor agung itu? 75 00:09:31,671 --> 00:09:33,671 Dia tiada sini, bukan? 76 00:09:33,755 --> 00:09:37,546 Sebenarnya, dia di sini sekarang. 77 00:09:50,588 --> 00:09:52,005 Celebrimbor… 78 00:09:53,171 --> 00:09:54,588 Guru saya 79 00:09:54,671 --> 00:09:57,171 kerap puji akan keajaiban hasil kerja awak. 80 00:09:58,130 --> 00:10:01,755 Saya tak sangka akan berpeluang melihatnya sendiri. 81 00:10:01,838 --> 00:10:03,046 Awak tukang besi? 82 00:10:03,755 --> 00:10:07,088 Ya, tapi saya taklah semahir awak. 83 00:10:09,463 --> 00:10:13,463 Batu permata ini, saya tak pernah lihat batu seperti ini. 84 00:10:14,296 --> 00:10:17,463 Awak nak gunakannya untuk apa? 85 00:10:17,546 --> 00:10:23,546 Begitu mahirnya Feänor hingga dia berjaya mengabadikan inti sari Valinor. 86 00:10:24,213 --> 00:10:26,255 Saya pun mahu buat untuk Buana Tengah. 87 00:10:26,338 --> 00:10:30,546 Peliknya bijih ini. Ia apa? 88 00:10:33,755 --> 00:10:34,838 Tak cukup. 89 00:10:34,921 --> 00:10:36,755 Cukup untuk apa? 90 00:10:40,380 --> 00:10:41,380 Pulangkannya. 91 00:10:41,463 --> 00:10:45,546 Awak dah cuba gabungkan dengan bijih lain? Untuk mendapatkan hasil terbaik? 92 00:10:45,630 --> 00:10:47,963 Bijih ini tak sesuai untuk tujuan itu. 93 00:10:48,046 --> 00:10:50,171 -Kenapa? -Kami perlukan jumlah yang banyak. 94 00:10:50,255 --> 00:10:53,130 Nanti hilanglah kesannya ditenggelami sifat bijih lain. 95 00:10:53,713 --> 00:10:56,713 Maaflah kalau cadangan ini kurang bijak, 96 00:10:56,796 --> 00:10:59,963 tapi tidakkah gabungan yang tepat akan menguatkan sifatnya? 97 00:11:02,713 --> 00:11:03,796 Menguatkan? 98 00:11:03,880 --> 00:11:07,213 Di tempat saya belajar, logam berharga sukar didapati. 99 00:11:07,671 --> 00:11:11,880 Jadi, kami cuba memanfaatkan kekuatannya dan menyembunyikan kekurangannya. 100 00:11:11,963 --> 00:11:17,296 Campuran nikel dan besi boleh menghasilkan pedang yang ringan dan keras. 101 00:11:17,380 --> 00:11:22,380 Mungkinkah ada gabungan yang boleh menguatkan sifat bijih awak? 102 00:11:29,921 --> 00:11:35,338 Menariknya cadangan itu. 103 00:11:38,171 --> 00:11:41,671 Anggaplah ia… satu anugerah. 104 00:11:49,005 --> 00:11:54,463 Kelak, tuanku akan membuat perjalanan yang menamatkan kehidupan. 105 00:11:55,296 --> 00:11:58,046 Bendera hitam akan berkibaran. 106 00:11:59,463 --> 00:12:02,630 Kita bertanggungjawab membina makamnya. 107 00:12:04,796 --> 00:12:10,630 Makam batu lambang keabadian, yang tiada sesiapa, 108 00:12:13,088 --> 00:12:16,338 mahupun raja, mampu miliki dalam hidup ini. 109 00:12:17,713 --> 00:12:23,088 Pelukis dari seluruh Númenor dipanggil untuk menghasilkan lukisan wajahnya 110 00:12:23,171 --> 00:12:25,171 agar rekaan boleh disyorkan. 111 00:12:26,046 --> 00:12:27,880 Antara semua pelatih, 112 00:12:29,046 --> 00:12:31,880 kamu telah dipilih untuk mengesyorkan rekaannya. 113 00:12:34,921 --> 00:12:36,088 Nanti, 114 00:12:36,171 --> 00:12:39,296 setiap seorang akan diberi masa sejam dengan raja. 115 00:12:41,338 --> 00:12:42,546 Gunalah sebaik mungkin. 116 00:13:07,213 --> 00:13:09,838 Ayahanda tahu apa kamu buat pada waktu malam 117 00:13:09,921 --> 00:13:12,671 -ketika kamu fikir semua orang tidur. -Maafkan patik. 118 00:13:12,755 --> 00:13:16,088 Dayang tuanku akan datang sebentar lagi. 119 00:13:16,171 --> 00:13:18,213 Jadi, kita masih ada masa. 120 00:13:23,880 --> 00:13:24,963 Masa untuk apa? 121 00:13:25,046 --> 00:13:27,546 Untuk mengingatkan kamu, Míriel sayang. 122 00:13:27,630 --> 00:13:30,421 -Tuanku silap. Patik bukan… -Belum jadi ratu? Tidak. 123 00:13:30,505 --> 00:13:32,921 Kamu akan jadi ratu, maka, ketahuilah, 124 00:13:33,005 --> 00:13:36,171 bahawa sekiranya tradisi lama tak dikembalikan, 125 00:13:36,255 --> 00:13:37,963 pulau kita akan hancur. 126 00:13:43,171 --> 00:13:44,380 Tolong! 127 00:13:44,963 --> 00:13:47,380 Raja terjaga! Tolong! 128 00:13:58,588 --> 00:14:00,046 Mari. Kamu perlu naik. 129 00:14:00,130 --> 00:14:03,921 Tapi jangan ikut ayahanda. Ayahanda tercari-cari terlalu lama. 130 00:14:04,005 --> 00:14:07,505 Sekarang, ayahanda keliru antara masa kini dan masa silam, 131 00:14:07,588 --> 00:14:09,713 masa silam dan masa depan. 132 00:14:46,338 --> 00:14:50,838 Satu objek. Untuk seluruh Buana Tengah. 133 00:14:50,921 --> 00:14:52,755 Bunyinya memang aneh, tuanku. 134 00:14:52,838 --> 00:14:56,005 Tapi kita memang patut cari semua penyelesaian yang ada. 135 00:14:56,505 --> 00:14:58,880 Ia objek yang bagaimana? 136 00:14:58,963 --> 00:15:01,921 Ia lebih kecil daripada yang kita bayangkan. 137 00:15:02,005 --> 00:15:03,755 Boleh dipegang… 138 00:15:03,838 --> 00:15:04,921 -Cokmar. -Pedang? 139 00:15:05,005 --> 00:15:07,713 Atau mungkin… Mahkota. 140 00:15:10,130 --> 00:15:11,130 Kenapa mahkota? 141 00:15:11,213 --> 00:15:13,755 Bulat ialah bentuk terbaik. 142 00:15:13,838 --> 00:15:17,671 Cahayanya akan melengkung semula ke arahnya tanpa sekatan, 143 00:15:17,755 --> 00:15:21,796 dan menghasilkan kuasa yang tidak terbatas. 144 00:15:22,796 --> 00:15:26,796 Kamu sanggup letakkan kuasa itu atas kepala satu makhluk? 145 00:15:26,880 --> 00:15:29,880 Bukan makhluk sembarangan, tuanku. Tapi tuanku. 146 00:15:33,505 --> 00:15:35,588 Kata-kata itu sangat berbahaya… 147 00:15:35,671 --> 00:15:38,005 Kadangkala, bahaya saja pilihan yang ada. 148 00:15:38,088 --> 00:15:40,046 Jika tidak, patik takkan ada di sini. 149 00:15:40,130 --> 00:15:42,213 Kamu tak patut langsung berada di sini. 150 00:15:43,338 --> 00:15:45,463 Tuanku, berilah kami masa 151 00:15:45,546 --> 00:15:48,380 untuk kami kumpulkan tukang dan cuba teori Celebrimbor… 152 00:15:48,463 --> 00:15:49,796 Kita kesuntukan masa. 153 00:15:49,880 --> 00:15:52,088 -Ya, sebab itulah… -Ia terlalu suntuk. 154 00:15:53,630 --> 00:15:58,130 Sejak gunung itu meletus, banyak daun Pokok Besar yang gugur. 155 00:15:58,755 --> 00:16:00,838 Tak lama lagi, daun terakhir akan gugur. 156 00:16:00,921 --> 00:16:05,338 Melainkan orang kita berpindah, kita juga akan gugur. 157 00:16:08,130 --> 00:16:12,130 Tiada Elf lain yang terdesak mencari jawapannya berbanding beta. 158 00:16:13,088 --> 00:16:18,755 Tapi jika ini boleh menyelamatkan kita, ia sepatutnya dibuat lebih awal. 159 00:16:18,838 --> 00:16:20,921 Memang pun. 160 00:16:21,713 --> 00:16:23,921 Tapi cuma selepas orang Benua Selatan itu… 161 00:16:24,005 --> 00:16:26,421 Lelaki marhaen itu? Ini ideanya? 162 00:16:26,505 --> 00:16:30,005 Cadangannya cuma pencetus yang membuka jalan kepada jawapan. 163 00:16:30,088 --> 00:16:34,755 Kita di ambang penciptaan kuasa baru. 164 00:16:34,838 --> 00:16:37,880 Bukan kuasa kekuatan, tapi semangat. 165 00:16:37,963 --> 00:16:40,463 Bukan untuk mengarah, tapi menguasai minda. 166 00:16:42,171 --> 00:16:43,921 Ini… 167 00:16:44,005 --> 00:16:47,546 Ini kuasa Alam Ghaib. 168 00:16:49,255 --> 00:16:52,505 Maaf, Lord Celebrimbor. 169 00:16:53,255 --> 00:16:56,630 Beta perintahkan kamu agar membubarkan kota 170 00:16:56,713 --> 00:16:59,713 dan pulang ke Lindon serta-merta. 171 00:17:00,463 --> 00:17:01,880 Semuanya sekali. 172 00:17:16,088 --> 00:17:19,838 Perkataan itu, "menguasai minda." 173 00:17:20,796 --> 00:17:22,213 Dari mana awak mendengarnya? 174 00:17:26,046 --> 00:17:29,755 Semasa berbincang dengan tukang, saya… 175 00:17:31,505 --> 00:17:34,671 -Rasanya ia kata-kata saya sendiri. -Halbrand ada ketika itu? 176 00:17:36,671 --> 00:17:39,838 Kenapa awak mahu tahu? Ia dah berakhir. 177 00:17:43,630 --> 00:17:45,130 Tuanku, tunggu! 178 00:17:45,921 --> 00:17:47,921 -Maaf… -Beri patik tiga bulan. 179 00:17:48,463 --> 00:17:50,463 Patik berhak diberikan masa. 180 00:17:50,546 --> 00:17:53,671 Kamu tak berhak dapat apa-apa. 181 00:17:54,421 --> 00:17:56,421 Jika begitu, jangan anggap ia ganjaran. 182 00:17:58,296 --> 00:17:59,880 Anggap ia satu permintaan. 183 00:18:01,296 --> 00:18:04,463 Ia harapan palsu, Elrond. 184 00:18:04,546 --> 00:18:06,588 Palsu semata-mata. Itu hakikatnya. 185 00:18:06,671 --> 00:18:12,088 "Jangan memperlekehkan harapan. walaupun ia sekecil zarah." 186 00:18:13,046 --> 00:18:15,380 Tuanku dah lupa nasihat tuanku sendiri? 187 00:19:09,171 --> 00:19:13,755 Saya mahu salasilah keluarga diraja. Apa-apa saja berkaitan Benua Selatan. 188 00:19:13,838 --> 00:19:16,838 Kita tak simpan banyak rekod kerajaan manusia. 189 00:19:16,921 --> 00:19:19,671 Saya perlu kaji kubur bawah tanah untuk rekodnya. 190 00:19:19,755 --> 00:19:21,796 -Mari. -Tiga minggu. 191 00:19:21,880 --> 00:19:25,130 Tiga minggu untuk kerja yang memakan masa tiga abad. 192 00:19:25,213 --> 00:19:28,213 Kadangkala, keperluan melahirkan ciptaan. 193 00:19:29,380 --> 00:19:32,046 Pergi. Jangan beritahu sesiapa. 194 00:19:36,255 --> 00:19:37,921 Jangan takut. 195 00:19:38,005 --> 00:19:41,088 Celebrimbor akan jumpa jalannya. Saya pasti. 196 00:19:41,588 --> 00:19:44,588 Tiba-tiba saja, kalian berkawan rapat. 197 00:19:44,671 --> 00:19:47,338 Saya cuma beri bantuan setakat yang saya mampu. 198 00:19:49,796 --> 00:19:52,880 Terus terang, saya masih sukar percaya. 199 00:19:53,796 --> 00:19:56,755 Lelaki seperti saya, di sini, 200 00:19:58,046 --> 00:20:00,630 bekerja dengan tukang besi Elf di Eregion. 201 00:20:04,838 --> 00:20:06,255 Terima kasih, Galadriel. 202 00:20:07,546 --> 00:20:08,963 Kerana bawa awak ke sini? 203 00:20:09,921 --> 00:20:11,338 Kerana menyelamatkan saya. 204 00:20:11,421 --> 00:20:15,505 Awak selamatkan saya. Tiada lagi hutang antara kita. 205 00:20:15,588 --> 00:20:16,921 Tidak. 206 00:20:17,005 --> 00:20:19,588 Bantuan awak jauh lebih banyak. 207 00:20:20,880 --> 00:20:22,630 Saya sebenarnya dah putus asa. 208 00:20:22,713 --> 00:20:26,005 Tapi awak percayakan saya. 209 00:20:26,088 --> 00:20:27,963 Awak nampak kekuatan dalam diri saya. 210 00:20:28,046 --> 00:20:31,130 Awak galakkan saya untuk mencapai keupayaan sebenar saya. 211 00:20:32,921 --> 00:20:34,505 Saya takkan melupakannya. 212 00:20:38,630 --> 00:20:41,505 Saya juga akan pastikan orang lain juga tak lupa. 213 00:21:01,588 --> 00:21:03,921 Jangan takut, tuan. 214 00:21:04,463 --> 00:21:10,213 Makin kuasa tuan bangkit, makin terbuka tudungnya. 215 00:21:10,963 --> 00:21:12,046 Kelubung? 216 00:21:12,130 --> 00:21:17,046 Yang menutupi minda tuan dan diletakkan oleh mereka yang menghumban tuan ke sini. 217 00:21:17,130 --> 00:21:21,588 Tapi kami datang untuk menyambut tuan, 218 00:21:22,255 --> 00:21:25,088 dan membawa tuan ke tanah kami. 219 00:21:26,005 --> 00:21:27,088 Tanah kamu? 220 00:21:27,171 --> 00:21:28,796 Tuan tahu tempatnya. 221 00:21:35,380 --> 00:21:37,088 Bintang-bintang itu. 222 00:21:37,171 --> 00:21:40,338 Namanya Topi Pertapa. 223 00:21:41,588 --> 00:21:44,630 Corak yang hanya kelihatan di satu tempat. 224 00:21:45,713 --> 00:21:50,546 Jauh di sebelah timur dengan gugusan bintang tersendiri. 225 00:21:51,380 --> 00:21:54,838 Wilayah Rhûn. 226 00:21:55,963 --> 00:21:57,880 -Rhûn. -Ya. 227 00:21:58,713 --> 00:22:04,546 Di sana tuan akan akhirnya diiktiraf sebagai diri tuan yang sebenar. 228 00:22:04,630 --> 00:22:09,296 Tuan jatuh dari bintang. Namun, bintang pun tak seagung tuan. 229 00:22:09,380 --> 00:22:12,130 Sesungguhnya, api pun akur akan perintah tuan. 230 00:22:12,213 --> 00:22:17,046 Tuan jatuh dalam kalangan hama, namun, hama pun menggeruni tuan. 231 00:22:17,130 --> 00:22:19,546 Menggeletar ketakutan apabila tuan murka. 232 00:22:19,630 --> 00:22:24,296 Angin dan air, panas dan sejuk. 233 00:22:24,380 --> 00:22:28,088 Di Rhûn, tuan akan belajar mengawal semuanya. 234 00:22:28,171 --> 00:22:34,171 Semua makhluk yang berjalan, mahupun merangkak akan menjadi hamba tuan. 235 00:22:35,130 --> 00:22:38,546 -Kerana tuan Lord Sauron. -Kerana tuan Lord Sauron. 236 00:22:58,005 --> 00:22:59,171 Cukup! 237 00:23:08,671 --> 00:23:11,630 Lama-kelamaan, dia akan belajar mengawal kuasanya. 238 00:23:13,005 --> 00:23:14,838 Buat masa ini, ikat dia. 239 00:23:22,130 --> 00:23:23,546 Kenapa? 240 00:23:37,088 --> 00:23:41,588 Dalam banyak-banyak idea, ini idea paling bodoh. 241 00:23:41,671 --> 00:23:43,463 Awak ada idea lebih baik? 242 00:23:49,796 --> 00:23:50,963 Yang ketiga dah tiada. 243 00:23:51,921 --> 00:23:53,505 Ke mana dia pergi? 244 00:23:53,588 --> 00:23:56,421 Lagi sikit, lagi bagus. Sekaranglah peluang kita. 245 00:24:53,630 --> 00:24:54,588 Hei! 246 00:24:55,130 --> 00:24:57,130 Brandyfoot! Lari! 247 00:25:05,588 --> 00:25:06,796 Sadoc! 248 00:25:56,838 --> 00:25:59,671 Tuan, bawa bertenang. 249 00:26:01,713 --> 00:26:03,546 Nori, mari kita pergi! 250 00:26:56,046 --> 00:26:57,380 Ayuh! 251 00:27:21,171 --> 00:27:22,296 Biar dia lihat. 252 00:28:33,505 --> 00:28:34,963 Ambillah. 253 00:28:35,713 --> 00:28:37,546 Kami perlukan awak. Tolonglah ambil. 254 00:28:38,588 --> 00:28:41,880 Tinggalkan saya, kerana saya mungkin… 255 00:28:43,963 --> 00:28:46,671 Saya akan cederakan awak. Lagi. 256 00:28:46,755 --> 00:28:49,838 Apa mereka dah buat kepada awak? 257 00:28:49,921 --> 00:28:53,338 Mereka tunjukkan diri sebenar saya. 258 00:28:55,921 --> 00:28:57,921 Awak saja yang boleh buat begitu. 259 00:28:59,088 --> 00:29:02,005 Kita yang tentukan diri kita. 260 00:29:16,213 --> 00:29:17,630 Awak di sini untuk membantu. 261 00:29:19,671 --> 00:29:20,838 Saya tahu. 262 00:29:38,921 --> 00:29:42,338 Tutuplah mata. Sakitnya hanya seketika. 263 00:29:44,421 --> 00:29:45,296 Tidak! 264 00:30:11,963 --> 00:30:14,296 Kamu datang dari dalam kegelapan. 265 00:30:15,838 --> 00:30:18,046 Kepada kegelapanlah nyah kamu pulang! 266 00:30:18,130 --> 00:30:22,630 -Dia bukan Sauron. -Tapi yang satu lagi. Istar. Dia… 267 00:30:22,713 --> 00:30:24,338 Saya baik. 268 00:31:06,046 --> 00:31:06,880 Nori! 269 00:31:18,296 --> 00:31:19,463 Sadoc? 270 00:31:28,671 --> 00:31:32,171 Jangan bergerak. Kami akan bawa awak balik. 271 00:31:32,796 --> 00:31:34,213 Maaf, kawan. 272 00:31:34,630 --> 00:31:38,380 Rasanya, saya terpaksa melencong. 273 00:31:40,713 --> 00:31:42,088 En. Burrows... 274 00:31:42,171 --> 00:31:44,296 Tak apa, Proudfellow. 275 00:31:46,296 --> 00:31:47,921 Isteri saya dah menunggu. 276 00:31:49,630 --> 00:31:54,463 Kalau boleh, saya nak duduk sebentar, 277 00:31:55,796 --> 00:31:57,213 tengok matahari terbit. 278 00:33:12,463 --> 00:33:16,088 Satu, dua, tiga, 279 00:33:16,171 --> 00:33:20,213 empat, lima, enam, 280 00:33:20,296 --> 00:33:22,671 tujuh, lapan… 281 00:33:25,171 --> 00:33:26,255 Ada sembilan… 282 00:33:27,713 --> 00:33:29,213 Anak tangga ke tiang utama. 283 00:33:38,005 --> 00:33:39,255 Syabas, tuanku. 284 00:33:39,338 --> 00:33:42,755 Jika kamu perkecilkan beta lagi, beta akan turunkan pangkat kamu. 285 00:33:44,880 --> 00:33:46,296 Mari. 286 00:33:48,546 --> 00:33:49,380 Patik bantu. 287 00:33:55,630 --> 00:33:57,296 Tapi siapa bantu kamu? 288 00:34:02,338 --> 00:34:03,838 Kamu juga dah kehilangan, 289 00:34:04,796 --> 00:34:09,546 dan beta faham jika kamu mahu ambil cuti. 290 00:34:13,921 --> 00:34:18,880 Tuanku pernah tanya patik sebab patik selamatkan Galadriel. 291 00:34:20,255 --> 00:34:22,380 Patik kata patik buat kerana terpaksa. 292 00:34:23,880 --> 00:34:26,546 Tapi sebenarnya, patik boleh biarkan saja. 293 00:34:27,171 --> 00:34:29,921 Boleh tolak seruannya untuk ke Buana Tengah. 294 00:34:31,588 --> 00:34:33,588 Atau tak izinkan anak patik pergi. 295 00:34:35,755 --> 00:34:38,921 Namun, patik buat semua pilihan itu kerana… 296 00:34:40,380 --> 00:34:41,796 Kenapa, Elendil? 297 00:34:44,463 --> 00:34:48,421 Kerana "Elendil" bukan saja bermakna "Lelaki yang sukakan cakerawala." 298 00:34:49,755 --> 00:34:52,171 Patik cuma tak sangka semuanya akan jadi begini. 299 00:35:04,088 --> 00:35:09,088 Ayahanda beta pernah kata bahawa Setiawan 300 00:35:09,171 --> 00:35:11,171 sedia berkorban jiwa dan raga… 301 00:35:12,921 --> 00:35:15,338 Walaupun korbannya tak dapat dijangka, 302 00:35:17,588 --> 00:35:20,588 tapi mereka yakin bahawa ganjarannya berbaloi. 303 00:35:25,796 --> 00:35:28,796 Kadangkala, korbannya terlalu besar. 304 00:35:33,005 --> 00:35:34,255 Benar. 305 00:35:36,755 --> 00:35:39,505 Jika begitu, kita terpaksalah terus berkhidmat. 306 00:35:42,255 --> 00:35:47,005 Tapi patik akan pastikan ganjaran setara korbannya. 307 00:35:48,796 --> 00:35:50,213 Walau apa saja yang berlaku? 308 00:35:51,421 --> 00:35:52,838 Walau apa saja yang berlaku. 309 00:36:03,505 --> 00:36:06,671 Kapten. Kami dah nampak Númenor. 310 00:36:12,796 --> 00:36:14,213 Tuanku. 311 00:36:42,046 --> 00:36:45,338 Elendil, kenapa? Apa masalahnya? 312 00:36:50,963 --> 00:36:52,213 Kenapa? 313 00:36:53,713 --> 00:36:54,963 Apa yang kamu nampak? 314 00:37:46,296 --> 00:37:47,546 Apa yang berlaku? 315 00:37:49,588 --> 00:37:51,838 Mithril liat sifatnya. 316 00:37:53,755 --> 00:37:57,755 Ia enggan bergabung dengan bijih yang tak setaraf dengannya. 317 00:37:57,838 --> 00:38:00,505 Menggunakan kuasa Dunia Nyata dan Ghaib 318 00:38:00,588 --> 00:38:03,338 berjaya mengaburkan sempadan antara kedua-duanya. 319 00:38:03,421 --> 00:38:04,588 Ini tak masuk akal. 320 00:38:04,671 --> 00:38:07,380 Kita dah guna banyak tekanan untuk menggabungkannya. 321 00:38:07,463 --> 00:38:10,713 -Ia sepatutnya berpadu kali ini! -Sabar. Ini satu proses. 322 00:38:10,796 --> 00:38:13,671 Bukan setiap langkah membawa kita ke depan. Ia ambil masa. 323 00:38:13,755 --> 00:38:15,630 -Masa? Kita tak ada masa. -Masa… 324 00:38:15,713 --> 00:38:18,005 Cukuplah untuk hari ini. 325 00:38:18,088 --> 00:38:21,046 Mungkin kita terlalu memaksa diri. 326 00:38:21,130 --> 00:38:23,296 "Terlalu memaksa diri." 327 00:38:28,296 --> 00:38:30,046 Mungkin itulah masalahnya. 328 00:38:31,546 --> 00:38:34,296 Mungkin kita guna terlalu banyak tekanan. 329 00:38:34,380 --> 00:38:36,421 Apa maksudnya? 330 00:38:36,505 --> 00:38:39,671 Mungkin logam-logam itu tak patut dipaksa untuk bergabung… 331 00:38:39,755 --> 00:38:43,671 Tapi patut disatukan dan digalakkan berpadu. 332 00:38:43,755 --> 00:38:47,671 Kalau itu benar, cara kita terbalik. 333 00:38:50,046 --> 00:38:53,171 Cepat. Pisahkan semuanya. Kita buat semula. 334 00:38:59,005 --> 00:39:00,213 Cik puan. 335 00:39:27,630 --> 00:39:28,838 Galadriel! 336 00:39:30,963 --> 00:39:32,046 Kami dah jumpa. 337 00:39:32,713 --> 00:39:34,921 Entah kenapa kami tak perasan sebelum ini. 338 00:39:35,421 --> 00:39:37,505 Kuasanya terlalu hebat untuk satu objek. 339 00:39:38,296 --> 00:39:39,630 Kita perlukan dua objek. 340 00:39:40,671 --> 00:39:41,880 Jadi, kami buat dua. 341 00:39:41,963 --> 00:39:44,255 -Dua mahkota? -Bukan mahkota. 342 00:39:44,630 --> 00:39:46,630 Ia perlu… 343 00:39:47,671 --> 00:39:48,880 Lebih kecil. 344 00:39:49,546 --> 00:39:51,213 Mari, tengoklah sendiri. 345 00:39:51,755 --> 00:39:53,838 Sebelum itu, beritahu saya awak siapa. 346 00:39:55,880 --> 00:39:57,463 Awak kenal saya. 347 00:39:57,546 --> 00:39:59,463 Diri awak yang sebenar. 348 00:40:01,546 --> 00:40:03,546 Galadriel, malangnya saya tak… 349 00:40:04,880 --> 00:40:07,296 Raja Benua Selatan tak wujud. 350 00:40:08,005 --> 00:40:09,588 Susur galurnya dah berakhir. 351 00:40:10,505 --> 00:40:14,171 Pembawa terakhir lambang itu mati lebih seribu tahun yang lalu. 352 00:40:15,296 --> 00:40:16,880 Dia tiada waris. 353 00:40:32,005 --> 00:40:34,588 Saya dah kata saya menemuinya pada mayat. 354 00:40:34,671 --> 00:40:35,921 Tidak. 355 00:40:36,588 --> 00:40:38,588 Di atas rakit itu, awak selamatkan saya… 356 00:40:38,671 --> 00:40:40,421 Ketika itu, awak selamatkan saya. 357 00:40:40,505 --> 00:40:43,338 Awak pujuk Míriel agar selamatkan Manusia Buana Tengah. 358 00:40:43,421 --> 00:40:46,463 Awak yang pujuk dia. Saya mahu kekal di Númenor. 359 00:40:46,546 --> 00:40:48,671 Awak berjuang bersama saya. 360 00:40:48,755 --> 00:40:51,921 Untuk menentang musuh awak, dan musuh saya. 361 00:40:56,713 --> 00:40:58,130 Siapakah nama awak? 362 00:41:00,880 --> 00:41:04,713 Saya berjaga sejak sebelum keheningan pertama terpecah. 363 00:41:05,588 --> 00:41:09,088 Pada masa itu, saya ada banyak nama. 364 00:41:34,338 --> 00:41:36,338 Adik terjatuh lagi? 365 00:41:40,796 --> 00:41:42,963 Jatuh sikit saja. 366 00:41:57,005 --> 00:41:58,088 Bangunlah. 367 00:41:58,171 --> 00:42:01,588 Jangan ganggu fikiran saya. 368 00:42:02,171 --> 00:42:03,838 Adik, tolonglah. 369 00:42:06,421 --> 00:42:07,796 Pandang abang. 370 00:42:09,213 --> 00:42:10,630 Galadriel. 371 00:42:22,421 --> 00:42:24,046 Pisau abang. 372 00:42:25,630 --> 00:42:27,796 Kamu simpan selama ini. 373 00:42:30,838 --> 00:42:32,838 Kamu sangat berani. 374 00:42:35,421 --> 00:42:39,421 Kamu berjuang bersungguh-sungguh. Bertahun-tahun lamanya. 375 00:42:40,713 --> 00:42:42,963 Untuk menyempurnakan tugas abang. 376 00:42:45,380 --> 00:42:47,546 Abang ditugaskan memburu Sauron. 377 00:42:49,213 --> 00:42:52,630 Tugas abang adalah untuk mencapai keamanan. 378 00:42:54,921 --> 00:42:59,338 Tapi rupa-rupanya, tugas Sauron pun sama. 379 00:43:00,171 --> 00:43:01,380 Tidak. 380 00:43:03,880 --> 00:43:05,296 Abang dah mati. 381 00:43:06,171 --> 00:43:08,755 Bersama ramai Elf lain kerana angkaranya. 382 00:43:08,838 --> 00:43:10,963 Tidak, Galadriel. 383 00:43:12,755 --> 00:43:17,588 Dia mencari kuasa bukan untuk memusnahkan Buana Tengah, 384 00:43:19,005 --> 00:43:20,171 tapi untuk pulihkan ia. 385 00:43:23,505 --> 00:43:27,630 Seperti yang rakan-rakan Elf kamu cuba buat sekarang. 386 00:43:29,421 --> 00:43:30,921 Kamu tak perlu tipu mereka. 387 00:43:33,380 --> 00:43:35,380 Biarkan saja mereka bekerja. 388 00:43:40,671 --> 00:43:45,296 Kamu ingat bisikan abang di bawah pokok ini? 389 00:43:51,880 --> 00:43:53,880 Sentuh kegelapan sekali lagi. 390 00:44:08,505 --> 00:44:12,505 Abang saya dah mati. Disebabkan awak. 391 00:44:12,588 --> 00:44:16,421 Galadriel. Kenapa kamu kata begitu? 392 00:44:17,213 --> 00:44:19,213 Kenapa kamu kata begitu? 393 00:44:20,255 --> 00:44:21,505 Galadriel. 394 00:44:23,296 --> 00:44:25,755 Galadriel. Pulanglah kepada abang. 395 00:44:25,838 --> 00:44:28,880 Galadriel. Pandang sini! 396 00:44:33,171 --> 00:44:35,005 Galadriel. Pandang sini. 397 00:44:39,880 --> 00:44:41,296 Awak kenal saya. 398 00:44:43,630 --> 00:44:44,713 Saya kawan awak. 399 00:44:44,796 --> 00:44:47,213 Awak rakan Morgoth. 400 00:44:52,505 --> 00:44:54,338 Selepas Morgoth ditewaskan, 401 00:44:56,630 --> 00:45:01,380 saya rasa seolah-olah cengkaman 402 00:45:02,796 --> 00:45:05,046 pada leher saya sudah dilepaskan 403 00:45:06,046 --> 00:45:08,838 dan dalam kebeningan fajar pertama yang menyingsing itu, 404 00:45:09,755 --> 00:45:14,171 akhirnya, saya dapat merasakan cahaya Yang Satu sekali lagi. 405 00:45:16,630 --> 00:45:20,838 Ketika itu, saya sedar, untuk mendapatkan pengampunan… 406 00:45:22,213 --> 00:45:25,713 Saya perlu pulihkan segala yang saya musnahkan. 407 00:45:25,796 --> 00:45:28,463 Kejahatan awak takkan sesekali dapat ditebus. 408 00:45:28,546 --> 00:45:31,755 -Bukan itu yang awak percayai. -Jangan sangkal cakap saya. 409 00:45:31,838 --> 00:45:33,421 Tidak. Awak yang kata sendiri. 410 00:45:33,505 --> 00:45:38,380 Selepas kita menang, awak kata saya boleh bebaskan diri daripada perbuatan lampau. 411 00:45:38,463 --> 00:45:40,838 -Awak tipu saya. -Saya bercakap benar. 412 00:45:40,921 --> 00:45:44,505 Saya dah kata saya jahat, tapi awak tak peduli 413 00:45:44,588 --> 00:45:47,963 kerana awak tahu masa silam tak penting, 414 00:45:48,046 --> 00:45:49,713 berbanding masa depan. 415 00:45:50,630 --> 00:45:52,630 Mengarutlah. 416 00:45:53,921 --> 00:45:55,088 Betulkah? 417 00:46:17,296 --> 00:46:19,296 Semua orang meragui awak. 418 00:46:21,880 --> 00:46:23,880 Saya saja yang nampak kehebatan awak. 419 00:46:28,463 --> 00:46:32,046 Saya saja yang nampak sinar dalam diri awak. 420 00:46:33,505 --> 00:46:35,921 Awak akan jadikan saya penindas. 421 00:46:36,005 --> 00:46:37,630 Saya akan jadikan awak ratu. 422 00:46:39,046 --> 00:46:41,046 Semulia laut dan matahari. 423 00:46:41,880 --> 00:46:44,463 Sekeras teras bumi. 424 00:46:45,255 --> 00:46:47,838 Awak pula. Raja. 425 00:46:49,713 --> 00:46:50,796 Ketua Kejahatan. 426 00:46:50,880 --> 00:46:53,880 Tidak. Saya tak jahat. 427 00:46:54,963 --> 00:46:56,671 Jika awak di samping saya. 428 00:46:57,963 --> 00:47:01,963 Awak pernah kata kita ditemukan untuk tujuan tertentu. 429 00:47:04,296 --> 00:47:05,630 Inilah tujuannya. 430 00:47:06,546 --> 00:47:10,380 Awak satukan saya dengan cahaya. Saya satukan awak dengan kuasa. 431 00:47:12,630 --> 00:47:16,213 Bersama-sama, kita boleh selamatkan Buana Tengah. 432 00:47:18,213 --> 00:47:19,296 Selamatkan? 433 00:47:21,046 --> 00:47:22,546 Atau perintah? 434 00:47:24,671 --> 00:47:26,338 Kedua-duanya sama saja. 435 00:47:29,463 --> 00:47:34,796 Sebab itulah saya takkan berada di samping awak. 436 00:47:39,588 --> 00:47:40,755 Awak tiada pilihan. 437 00:47:41,213 --> 00:47:43,296 Tanpa saya, kaum awak akan lenyap. 438 00:47:43,380 --> 00:47:46,588 Kegelapan akan tersebar dan menyelubungi seluruh dunia. 439 00:47:46,671 --> 00:47:49,255 -Awak perlukan saya. -Saya patut biar awak di laut. 440 00:47:49,338 --> 00:47:51,796 Awak di laut kerana diusir oleh Elf. 441 00:47:51,880 --> 00:47:56,296 Diusir kerana awak merayu agar diberikan beberapa orang askar. 442 00:47:56,380 --> 00:47:59,880 Apa mereka akan buat jika awak kata yang kita bersekutu? 443 00:47:59,963 --> 00:48:04,546 Apabila awak beritahu mereka yang Sauron hidup disebabkan awak? 444 00:48:04,630 --> 00:48:06,380 Awak akan mati disebabkan saya. 445 00:48:42,671 --> 00:48:44,255 Galadriel! 446 00:48:51,171 --> 00:48:52,005 Pendusta! 447 00:48:53,046 --> 00:48:55,380 Galadriel, berhenti! Ini Elrond. 448 00:48:55,463 --> 00:48:56,505 Buktikannya. 449 00:48:58,755 --> 00:49:00,171 Di mana kita berkenalan? 450 00:49:01,713 --> 00:49:03,796 Di tepi laut selepas ibu bapa saya pergi. 451 00:49:04,796 --> 00:49:08,546 Saya berseorangan, budak separa Elf yang tiada kawan atau saudara. 452 00:49:11,630 --> 00:49:13,130 Awak beri saya air. 453 00:49:17,671 --> 00:49:18,921 Elrond. 454 00:49:22,755 --> 00:49:25,171 Á cuith tessë, Galadriel. 455 00:49:26,296 --> 00:49:29,213 Celebrimbor. Mana dia? 456 00:49:29,296 --> 00:49:32,671 Di bengkel. Kerjanya dah hampir selesai. 457 00:49:32,755 --> 00:49:34,005 Tidak! 458 00:49:34,088 --> 00:49:37,255 Galadriel! Apa yang berlaku? 459 00:49:42,546 --> 00:49:43,630 Galadriel! 460 00:49:49,088 --> 00:49:50,713 Ia dah selesai? 461 00:49:50,796 --> 00:49:53,421 Galadriel. Awak basah kuyup. 462 00:49:53,505 --> 00:49:54,588 Kenapa? 463 00:49:54,671 --> 00:49:57,588 Kerana saya tarik dia keluar dari Sungai Glanduin. 464 00:49:57,671 --> 00:49:59,630 Glanduin? Apa yang berlaku? 465 00:49:59,713 --> 00:50:00,963 Galadriel. 466 00:50:04,255 --> 00:50:05,755 Di mana Halbrand? 467 00:50:08,213 --> 00:50:11,630 Dia dah pergi, dan mungkin takkan kembali. 468 00:50:13,046 --> 00:50:16,088 Tapi jika dia kembali, jangan pedulikan dia. 469 00:50:17,338 --> 00:50:19,421 Apa yang berlaku di sungai itu? 470 00:50:19,505 --> 00:50:21,505 Awak pernah kata awak silap. 471 00:50:22,796 --> 00:50:24,755 Kesilapan yang awak janji takkan ulang. 472 00:50:26,130 --> 00:50:28,755 Awak menyukarkan saya untuk mengotakannya. 473 00:50:28,838 --> 00:50:31,921 Kalau mudah, awak tak perlu percaya. 474 00:50:39,380 --> 00:50:41,296 Jadi, adakah kita akan teruskannya? 475 00:50:41,380 --> 00:50:42,255 Tidak. 476 00:50:44,963 --> 00:50:46,963 Kita perlu buat tiga. 477 00:50:47,046 --> 00:50:48,880 Tiga? Kenapa tiga? 478 00:50:50,796 --> 00:50:54,630 Satu akan memesongkan. Dua akan berbalah. 479 00:50:54,755 --> 00:50:57,588 Tapi dengan tiga cincin, keseimbangan tercapai. 480 00:51:03,380 --> 00:51:08,380 Kuasa yang kita cipta hari ini hanya untuk Elf. 481 00:51:09,421 --> 00:51:11,421 Tak boleh disentuh oleh kaum lain. 482 00:51:12,671 --> 00:51:16,546 Galadriel, saya dapati ketulenan 483 00:51:16,630 --> 00:51:19,713 bijih tambahan dalam gabungan ini sangat penting. 484 00:51:22,255 --> 00:51:25,671 Saya perlukan emas dan perak yang paling bermutu tinggi. 485 00:51:27,796 --> 00:51:29,963 Emas dan perak dari Valinor. 486 00:51:34,463 --> 00:51:38,880 Ciptaan agung perlukan… pengorbanan. 487 00:51:47,088 --> 00:51:49,171 Ada apa-apa lagi yang awak ingat? 488 00:51:50,296 --> 00:51:53,713 Hanya cebisan dan gambaran. 489 00:51:55,338 --> 00:52:00,005 Saya dah makin ingat tapi saya perlu pergi ke Rhûn untuk ingat semula semuanya. 490 00:52:02,630 --> 00:52:04,796 Mereka salah teka nama awak. 491 00:52:04,880 --> 00:52:08,380 Bagaimana kalau mereka juga silap? Atau menipu atau… 492 00:52:08,463 --> 00:52:13,963 Saya tak dapat jelaskan tapi saya yakin cakap mereka benar. 493 00:52:17,296 --> 00:52:18,505 Mereka… 494 00:52:19,338 --> 00:52:22,088 Mereka panggil awak dengan nama lain, "Istar." 495 00:52:23,088 --> 00:52:24,505 Itu kaum awak? 496 00:52:26,546 --> 00:52:27,796 "Istar?" 497 00:52:31,088 --> 00:52:33,338 Dalam bahasa awak, maknanya "yang bijaksana." 498 00:52:34,421 --> 00:52:35,255 Atau… 499 00:52:38,463 --> 00:52:39,796 "Bestari." 500 00:52:51,421 --> 00:52:53,838 Jadi, awak takkan ikut kami lagi? 501 00:52:59,630 --> 00:53:04,088 Kadangkala, haluan hidup kita ditentukan oleh kuasa yang lebih agung. 502 00:53:04,755 --> 00:53:07,630 Pada saat sebegitu, kita wajib menjalankan tugas 503 00:53:07,713 --> 00:53:10,963 walaupun hati kita keberatan. 504 00:53:11,046 --> 00:53:14,005 Walaupun bahaya menanti sepanjang perjalanan. 505 00:53:16,880 --> 00:53:19,505 Bunyinya macam pengembaraan yang menarik. 506 00:53:19,588 --> 00:53:21,255 Ia perjalanan jika bersendirian. 507 00:53:22,588 --> 00:53:26,005 Jika berteman, barulah ia pengembaraan. 508 00:53:32,713 --> 00:53:36,921 Rasanya pengembaraan saya dah cukup banyak bagi seorang Harfoot. 509 00:53:49,755 --> 00:53:53,088 Menurutnya, kalau kita menuju ke utara, 510 00:53:53,171 --> 00:53:56,671 jalan selamat selama 30 hari. 511 00:53:56,796 --> 00:53:58,880 Rumput segar dan tiada trol. 512 00:53:59,963 --> 00:54:04,421 -Hei! Kita akan turun bukit… -Peta itu terbalik. 513 00:54:07,713 --> 00:54:11,505 Maaf. Cuma ada jalan curam dan pokok berduri selama berminggu-minggu. 514 00:54:11,588 --> 00:54:15,005 Kalau kamu pandai sangat, kamu jadilah perintis jalan. 515 00:54:19,088 --> 00:54:22,171 Jaga budak-budak dan kaki mengelamun. 516 00:54:22,255 --> 00:54:24,838 Jangan melencong! 517 00:54:24,921 --> 00:54:27,755 Jangan jalan bersendirian! 518 00:54:27,838 --> 00:54:30,255 Laungan Sadoc jauh lebih baik. 519 00:54:34,130 --> 00:54:36,630 Kalaulah dia masih bersama kita. 520 00:54:36,713 --> 00:54:37,921 Dia ada. 521 00:54:50,421 --> 00:54:51,255 Pergilah. 522 00:54:55,630 --> 00:54:58,088 Kamu ditakdirkan untuk tujuan lebih penting. 523 00:55:00,213 --> 00:55:01,380 Dia perlukan kamu. 524 00:55:02,588 --> 00:55:04,755 Tempat kamu memang di luar sana. 525 00:55:19,421 --> 00:55:20,755 Selamat tinggal, Nori! 526 00:55:20,880 --> 00:55:22,296 -Selamat tinggal… -Hati-hati! 527 00:55:26,630 --> 00:55:27,463 Jaga diri. 528 00:55:37,963 --> 00:55:40,213 -Awak dah ambil lantera? -Mestilah. 529 00:55:40,296 --> 00:55:41,380 Bagus. 530 00:55:42,421 --> 00:55:46,005 Baiklah… Selamat tinggal. 531 00:55:49,880 --> 00:55:50,713 Nori. 532 00:55:53,463 --> 00:55:55,796 Nah. Ada siput untuk orang besar itu. 533 00:55:55,880 --> 00:55:57,755 Kamu pun tahu dia kuat makan. 534 00:55:57,838 --> 00:56:01,338 Ada selimut tambahan kalau kamu kesejukan. 535 00:56:02,755 --> 00:56:03,921 Mari sini. 536 00:56:11,171 --> 00:56:12,338 Ayah bapa tak guna. 537 00:56:13,880 --> 00:56:18,213 Kamu akan menjelajah dunia luar, tapi ayah tak ajar kamu apa-apa pun. 538 00:56:18,296 --> 00:56:20,463 Taklah. Ayah banyak ajar saya. 539 00:56:23,255 --> 00:56:26,380 Genggam bara api, biar sampai jadi arang. 540 00:56:26,463 --> 00:56:30,546 Jangan jadi kacang yang lupakan kulit. 541 00:56:30,630 --> 00:56:35,838 Harfoot yang tak beradab takkan dapat pergi jauh. 542 00:56:35,921 --> 00:56:37,088 Tak pergi jauh. 543 00:56:40,046 --> 00:56:42,546 Saya dengar semua nasihat ayah. 544 00:56:59,255 --> 00:57:03,755 Cari aliran sungai dan tempat burung pipit belajar menyanyi. 545 00:57:07,505 --> 00:57:08,880 Baik, mak. 546 00:57:09,630 --> 00:57:10,838 Saya akan berhati-hati. 547 00:57:15,630 --> 00:57:16,796 Tidak. 548 00:57:22,255 --> 00:57:24,255 Kamu akan berani. 549 00:57:48,421 --> 00:57:51,713 Pergilah. 550 00:57:51,796 --> 00:57:53,255 Sebelum kamu kecut perut. 551 00:57:55,255 --> 00:57:56,880 Atau kita yang kecut perut. 552 00:58:08,255 --> 00:58:11,338 Tunggu! Nori! 553 00:58:11,421 --> 00:58:12,588 Poppy! 554 00:58:24,463 --> 00:58:28,130 Kenapa semua orang yang saya sayang selalu tinggalkan saya? 555 00:58:29,921 --> 00:58:33,963 Saya rasa jika kita tak pergi, kita takkan belajar benda baru. 556 00:58:40,255 --> 00:58:42,838 Awak akan pulang, bukan? Berjanjilah. 557 00:58:44,005 --> 00:58:47,505 -Awak janji akan jaga semua orang? -Mestilah. 558 00:58:50,296 --> 00:58:54,171 Awak kawan saya paling akrab di dunia yang luas ini. 559 00:58:54,963 --> 00:58:56,380 Apa saja untuk awak. 560 00:58:58,380 --> 00:59:02,630 Dunia ini taklah luas sangat, Poppy. Kita saja yang kenit. 561 00:59:08,463 --> 00:59:10,463 Jangan berpisah dengan orang besar itu. 562 00:59:11,005 --> 00:59:13,005 Dia membantu apabila kita kesusahan. 563 00:59:13,088 --> 00:59:14,505 Tapi tak sebaik awak. 564 00:59:45,963 --> 00:59:48,213 -Awak pasti? -Ya. 565 00:59:49,005 --> 00:59:51,005 Mereka melambai kepada awak. 566 00:59:52,796 --> 00:59:56,046 Kalau saya pusing, saya tentu takkan sanggup pergi. 567 00:59:57,421 --> 01:00:01,421 Kalau begitu, lebih baik awak jalan dulu. 568 01:00:05,505 --> 01:00:09,213 Tiba-tiba saja, kaki saya terasa berat. 569 01:00:11,546 --> 01:00:14,838 Saya pun tak tahu arah yang betul. 570 01:00:27,005 --> 01:00:28,421 Itu arahnya. 571 01:00:29,921 --> 01:00:31,546 Awak pasti? 572 01:00:32,213 --> 01:00:33,630 Tak sepenuhnya. 573 01:00:34,546 --> 01:00:37,046 Ada bau yang harum dari arah itu. 574 01:00:40,088 --> 01:00:43,213 Apabila berasa sangsi, Elanor Brandyfoot... 575 01:00:45,630 --> 01:00:47,338 percayakan hidung. 576 01:07:23,130 --> 01:07:27,505 Tiga cincin untuk raja Elf 577 01:07:27,588 --> 01:07:31,921 Di bawah langit 578 01:07:32,005 --> 01:07:35,296 Tujuh untuk pembesar Bangsa Dwarf 579 01:07:35,380 --> 01:07:40,588 Di kerajaan batu 580 01:07:40,671 --> 01:07:45,130 Sembilan untuk Manusia 581 01:07:45,213 --> 01:07:49,463 Yang akan mati 582 01:07:49,546 --> 01:07:52,796 Satu untuk Tuan Kegelapan 583 01:07:52,880 --> 01:07:57,088 Di takhta durjananya 584 01:07:57,171 --> 01:08:03,046 Di Bumi Mordor 585 01:08:03,921 --> 01:08:09,921 Tempat Bayang berkuasa 586 01:08:12,630 --> 01:08:18,630 Tempat Bayang berkuasa 587 01:08:27,338 --> 01:08:32,005 Satu Cincin menguasai semuanya 588 01:08:32,088 --> 01:08:37,005 Satu Cincin untuk mencari semuanya 589 01:08:37,088 --> 01:08:42,171 Satu Cincin untuk mengumpul semuanya 590 01:08:42,255 --> 01:08:48,255 Dan dalam kegelapan yang memberkas mereka 591 01:08:52,255 --> 01:08:58,255 Di Bumi Mordor 592 01:09:01,421 --> 01:09:07,421 Tempat Bayang berkuasa 593 01:09:10,171 --> 01:09:16,171 Tempat Bayang berkuasa 594 01:09:21,838 --> 01:09:23,838 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati 595 01:09:23,921 --> 01:09:25,921 Penyelia KreatifBima Gasendo