1 00:00:05,005 --> 00:00:07,257 BANDAR OAKLAND 2 00:00:12,346 --> 00:00:15,224 Di mana Trini? Jangan mati, tak guna! 3 00:00:15,307 --> 00:00:17,184 Di mana Trini? Di mana dia? 4 00:00:19,144 --> 00:00:20,521 Di mana anak saya? 5 00:00:21,772 --> 00:00:23,398 Awak okey? 6 00:00:27,486 --> 00:00:29,821 Trey petunjuk terbaik kita untuk jumpa Trini, Pop. 7 00:00:30,781 --> 00:00:34,076 Jadi, tak. Saya memang tak okey sekarang. 8 00:00:34,159 --> 00:00:37,412 Dia mungkin petunjuk terbaik, tapi dia bukan satu-satunya petunjuk kita. 9 00:00:43,418 --> 00:00:44,461 Dengar… 10 00:00:46,046 --> 00:00:50,217 Saya dan Eva fikir Andrew Finney mungkin pedagang manusia 11 00:00:50,300 --> 00:00:53,136 dan dia terlibat dalam kehilangan Trini. 12 00:00:53,637 --> 00:00:55,514 Calon datuk bandar Andrew Finney? 13 00:00:56,014 --> 00:00:58,600 Apa maksud awak? Awak fikir dia culik Trini? 14 00:00:58,684 --> 00:01:00,185 Ya, secara tak langsung. 15 00:01:01,061 --> 00:01:03,021 Ingat rantai dari Gilded Karat? 16 00:01:03,522 --> 00:01:07,276 Ya, dibeli oleh wanita itu. Alicia Rodriguez. Pengurus kempen. 17 00:01:07,359 --> 00:01:09,945 - Ya. Dia membelinya ikut tempahannya. - Ya. 18 00:01:13,782 --> 00:01:14,783 Apa yang dia cakap? 19 00:01:15,409 --> 00:01:17,619 Jika dia terlibat, kita tak boleh biar dia tahu kita mengesyaki dia. 20 00:01:17,703 --> 00:01:18,704 - Poppy… - Ia cuma akan… 21 00:01:18,787 --> 00:01:20,622 Ia akan buat Trini berada dalam bahaya. 22 00:01:20,706 --> 00:01:24,877 - Kita tak boleh diamkan diri. - Bantu kami siasat tentang dia. 23 00:01:26,545 --> 00:01:29,131 Markus, awak nampak sesuatu yang orang lain tak nampak. 24 00:01:33,177 --> 00:01:34,344 Baiklah, saya akan… 25 00:01:35,012 --> 00:01:37,264 Saya akan minta beberapa rakan bantu siasat tentang dia. 26 00:01:37,347 --> 00:01:39,266 - Pengumpanan, kes dipadam. - Baiklah. 27 00:01:39,349 --> 00:01:41,101 Apa-apa saja yang kita boleh hubungkan dengan pemerdagangan orang. 28 00:01:41,185 --> 00:01:44,062 Saya akan terus siasat di kawasan studio rakaman. 29 00:01:44,146 --> 00:01:45,731 Pasti seseorang pernah nampak sesuatu. 30 00:01:45,814 --> 00:01:48,150 Baiklah. Cuma, maklumkan perkembangan kepada saya. 31 00:01:49,109 --> 00:01:50,110 Hei. 32 00:01:53,322 --> 00:01:57,534 - Awak perlu ke sesi itu. - Tak. Cuma nak mimpi ngeri ini berakhir. 33 00:01:59,119 --> 00:02:00,120 Saya akan bercakap dengan awak nanti. 34 00:03:10,858 --> 00:03:12,818 Saya dah minta ayah saya dan Capstones 35 00:03:12,901 --> 00:03:14,862 untuk bantu cari artis 36 00:03:14,945 --> 00:03:16,405 yang pernah gunakan studio itu. 37 00:03:17,030 --> 00:03:19,908 Orang tempatan yang mungkin kenal Trey. 38 00:03:19,992 --> 00:03:23,704 Saya takkan terlalu berharap. Tapi, bagaimana dengan studio itu? 39 00:03:24,997 --> 00:03:26,373 Ingat Rochelle? 40 00:03:26,957 --> 00:03:28,125 Namanya ada dalam pajakan. 41 00:03:28,876 --> 00:03:31,670 Saya akan ke Jabatan Polis Oakland. Cuba bercakap dengan dia semula. 42 00:03:33,213 --> 00:03:35,591 Kemudian, ada simbol ini. 43 00:03:35,674 --> 00:03:37,926 Ia sepadan dengan simbol yang ditemui dalam bilik motel Drea. 44 00:03:58,197 --> 00:04:00,782 Saya takkan kenal ini awak. 45 00:04:01,950 --> 00:04:05,454 Ia tatu Finney. Jenama istimewanya. 46 00:04:05,537 --> 00:04:07,748 Dia hanya akan berikan kepada gadis-gadis yang paling cantik 47 00:04:07,831 --> 00:04:09,333 yang dia akan hantar kepada klien-klien kaya. 48 00:04:10,250 --> 00:04:13,086 Sekejap. Itukah sebabnya Trey berada di Castle Tracks? 49 00:04:13,837 --> 00:04:16,798 Tandakan Trini sebelum serahkan dia kepada kenalan Finney? 50 00:04:17,382 --> 00:04:18,716 Saya harap tidak. 51 00:04:19,676 --> 00:04:20,761 Sekejap. 52 00:04:21,887 --> 00:04:23,430 Sekejap. 53 00:04:24,348 --> 00:04:26,725 Tiada tatu pada Drea. 54 00:04:27,809 --> 00:04:29,561 Jadi, kenapa ada jarum dalam biliknya? 55 00:04:29,645 --> 00:04:33,774 Mungkin Trey cuba buat tatu padanya dan ia tertinggal? 56 00:04:34,691 --> 00:04:39,738 Bagaimana jika dia tahu akibatnya, melawan dan dia membunuhnya? 57 00:04:40,239 --> 00:04:42,574 Kalau saya tahu maksud tatu itu, 58 00:04:42,658 --> 00:04:44,785 saya juga pasti akan melawan. 59 00:04:44,868 --> 00:04:47,371 Klien-klien ini, kekayaan mereka. 60 00:04:48,956 --> 00:04:52,751 Ia jadikan mereka lebih berhak, lebih kejam. 61 00:04:52,835 --> 00:04:55,337 Ya, Finney bukannya ambil kisah. 62 00:04:56,463 --> 00:04:57,923 Dia akan terus hantar saya semula. 63 00:04:58,507 --> 00:05:00,259 Saya tak sempat nak mandi. 64 00:05:00,342 --> 00:05:03,637 Jangan risau. Kita akan tangkap dia. 65 00:05:04,596 --> 00:05:06,849 Saya rancang nak melawat Alicia. 66 00:05:07,850 --> 00:05:10,394 Cuba nak siasat rakan rapat Finney. 67 00:05:10,894 --> 00:05:12,938 Hati-hati. 68 00:05:13,856 --> 00:05:15,858 - Kita tak tahu jika dia boleh dipercayai. - Saya akan uruskannya. 69 00:05:17,067 --> 00:05:18,902 Buat orang percayakan saya adalah kepakaran saya. 70 00:05:48,265 --> 00:05:51,268 - Hei, Rina, dengar. Saya… - Saya mesej semua pengikut Trini. 71 00:05:51,852 --> 00:05:54,605 TikTok, Snapchat… Questeur. 72 00:05:55,814 --> 00:05:56,815 Tiada apa-apa. 73 00:05:57,399 --> 00:05:59,067 - Saya boleh tolong. - Saya boleh uruskan. 74 00:06:11,663 --> 00:06:12,915 ANDREW FINNEY UNTUK DATUK BANDAR OAKLAND 75 00:06:12,998 --> 00:06:13,999 SAYA PEDULI TENTANG ANAK-ANAK ANDA 76 00:06:23,926 --> 00:06:27,513 Hei, Frankie. Apa perkembangan dengan Andrew Finney? 77 00:06:29,097 --> 00:06:31,183 Ya. Selama yang mungkin. 78 00:06:33,435 --> 00:06:34,770 Serta secepat mungkin. 79 00:06:35,354 --> 00:06:39,274 Saya bangga untuk katakan Komuniti Taman Bay of the Bulbs 80 00:06:39,358 --> 00:06:41,443 telah berkembang pesat sejak penubuhannya. 81 00:06:41,944 --> 00:06:45,197 Dengan masa dan asuhan, 82 00:06:46,031 --> 00:06:50,327 benih yang kita tanam di sini akan tumbuh jadi taman yang kukuh dan bersemangat. 83 00:06:50,410 --> 00:06:55,165 Itulah sebabnya transformasi itu adalah simbol yang sempurna… 84 00:06:55,249 --> 00:06:57,167 Sekurang-kurangnya dia kurangkan jejak karbon. 85 00:06:57,960 --> 00:06:59,086 Apa awak buat di sini? 86 00:06:59,169 --> 00:07:00,546 Baiklah, ini dia. 87 00:07:04,383 --> 00:07:06,635 Saya perlu bercakap dengan awak, Alicia. Boleh kita… 88 00:07:07,261 --> 00:07:08,262 Ya. 89 00:07:16,562 --> 00:07:17,563 Kenapa? 90 00:07:19,106 --> 00:07:21,483 Saya bimbang yang Andrew Finney dan rakan sekutunya 91 00:07:21,567 --> 00:07:24,695 buat perkara yang menyalahi undang-undang. 92 00:07:25,529 --> 00:07:28,031 Saya tak nak awak atau sesiapa terperangkap bersama. 93 00:07:28,115 --> 00:07:30,117 Menyalahi undang-undang? Awak bercakap tentang rantai itu lagi? 94 00:07:31,285 --> 00:07:34,162 Lebih kurang. Ia sukar untuk jelaskan. 95 00:07:34,246 --> 00:07:38,083 Dengar, Andrew orang paling baik, rajin dan ikhlas. 96 00:07:41,461 --> 00:07:43,297 Ada sesuatu saya perlu beritahu awak. 97 00:07:45,883 --> 00:07:48,677 Tapi jika beritahu, saya berdepan risiko hilang awak. Bukan itu yang saya nak. 98 00:07:49,344 --> 00:07:52,431 Hei. Saya pun tak nak ia berlaku. 99 00:07:53,265 --> 00:07:55,017 Eva, awak boleh beritahu saya apa saja. 100 00:08:00,147 --> 00:08:02,983 Andrew Finney perdagangkan saya sebagai hamba seks semasa saya 15 tahun. 101 00:08:05,819 --> 00:08:06,820 Apa? 102 00:08:11,533 --> 00:08:14,411 Itu tak mungkin betul. 103 00:08:14,995 --> 00:08:17,915 Kenapa saya nak tipu? Fikirkannya. 104 00:08:17,998 --> 00:08:22,336 Bukankah rantai gaya Cuba agak aneh untuk dijadikan hadiah penyumbang? 105 00:08:22,419 --> 00:08:24,171 Saya tak tahu. Rasanya. 106 00:08:24,254 --> 00:08:26,381 Saya fikir orang berikannya kepada anak-anak mereka. 107 00:08:26,465 --> 00:08:30,260 Mereka berikannya kepada bapa ayam. Bapa ayam yang manipulasi gadis muda. 108 00:08:30,969 --> 00:08:32,261 Ini mengarut. 109 00:08:33,222 --> 00:08:34,222 Ini mengarut. 110 00:08:34,306 --> 00:08:37,976 Jika dia kenal awak dengan cara itu, kenapa ambil risiko muncul depan awak? 111 00:08:38,477 --> 00:08:42,481 Mungkin dia tak cam saya atau tak ingat saya. 112 00:08:42,563 --> 00:08:44,858 Lagipun dah 30 tahun. Saya masih remaja. 113 00:08:44,942 --> 00:08:46,610 Oh Tuhan. Saya rasa nak muntah. 114 00:08:46,693 --> 00:08:48,654 Sayang, tak mengapa. 115 00:08:48,737 --> 00:08:49,738 Semuanya akan okey. 116 00:08:53,575 --> 00:08:54,868 Awak sasarkan saya… 117 00:08:57,120 --> 00:08:59,122 sebab awak tahu saya bekerja untuk Andrew? 118 00:09:02,376 --> 00:09:03,377 Pada mulanya. 119 00:09:04,670 --> 00:09:07,589 Tapi kemudian, saya kenal awak dan semuanya berubah. 120 00:09:07,673 --> 00:09:10,676 Itulah sebabnya saya percayakan awak tentangnya sekarang. 121 00:09:14,471 --> 00:09:15,472 Tolonglah. 122 00:09:20,394 --> 00:09:23,272 Saya tak boleh kerja dengan dia selepas tahu semua ini. Saya akan letak jawatan. 123 00:09:24,106 --> 00:09:25,107 Jangan. 124 00:09:27,276 --> 00:09:29,528 Saya dan Poppy Scoville sedang bina kes terhadap dia. 125 00:09:31,405 --> 00:09:33,657 Tapi kami perlukan seseorang yang bekerja dengannya. 126 00:09:35,117 --> 00:09:36,743 Jika awak terus bekerja, awak boleh bantu kami. 127 00:09:39,580 --> 00:09:40,747 Apa saya perlu buat? 128 00:09:43,125 --> 00:09:45,210 Rekod hartanah, rekod panggilan, 129 00:09:45,294 --> 00:09:46,795 senarai penderma, jadualnya. 130 00:09:46,879 --> 00:09:49,548 Apa-apa saja awak boleh beri kepada kami. 131 00:09:50,340 --> 00:09:53,886 Finney menghantar gadis bawah umur… 132 00:09:55,929 --> 00:09:56,930 ke suatu tempat. 133 00:09:58,056 --> 00:09:59,558 Kami perlu tahu lokasinya. 134 00:10:00,475 --> 00:10:03,312 Baiklah, beri saya beberapa jam. 135 00:10:03,395 --> 00:10:07,733 Terima kasih, sayang. Terima kasih. 136 00:10:07,816 --> 00:10:10,652 Pasti sangat aneh berpura-pura semuanya normal. 137 00:10:10,736 --> 00:10:11,904 Tak, sayang. 138 00:10:13,238 --> 00:10:16,658 Ia mudah saja. Dah bertahun-tahun saya lakukannya. 139 00:10:27,294 --> 00:10:28,962 Alamak! 140 00:10:34,218 --> 00:10:38,180 - Hei. Alicia akan bekerjasama? - Ya. Tapi, kita ada masalah. 141 00:10:38,263 --> 00:10:40,557 Markus baru sampai. Saya rasa dia anak berdepan dengan Finney. 142 00:10:40,641 --> 00:10:42,184 Awak tak boleh benarkan ia berlaku. 143 00:10:42,267 --> 00:10:45,562 Finney mungkin akan takut dan sembunyikan Trini lebih jauh. 144 00:10:45,646 --> 00:10:48,148 - Markus dah dewasa. - Awak perlu halang dia. 145 00:10:49,858 --> 00:10:51,109 Hei. Jangan. 146 00:10:51,193 --> 00:10:53,612 Tak, saya tak boleh tunggu. Saya perlu bercakap dengan dia sekarang. 147 00:10:54,112 --> 00:10:56,198 Kenapa? Awak fikir dia akan dedahkan semuanya kepada awak? 148 00:10:57,199 --> 00:10:58,659 Dengar, saya faham. Saya tahu. 149 00:10:58,742 --> 00:10:59,743 Awak nak buat sesuatu. 150 00:10:59,826 --> 00:11:01,495 Ya, saya nak cari anak saya. 151 00:11:01,578 --> 00:11:05,332 Saya pun rasa Finney bersalah, tapi kita perlu buktikan penglibatannya. 152 00:11:06,500 --> 00:11:08,001 Kenapa awak terlalu tertekan untuk tangkap dia? 153 00:11:09,044 --> 00:11:13,048 Sebab saya rasa dia bertanggungjawab atas pembunuhan Drea dan penculikan Trini. 154 00:11:13,131 --> 00:11:14,216 Bukankah ia cukup? 155 00:11:15,384 --> 00:11:16,802 Saya akan dapatkan jadualnya. 156 00:11:17,719 --> 00:11:18,971 Kita tak boleh biar dia tahu, 157 00:11:20,764 --> 00:11:24,518 supaya kita tak boleh buat apa-apa, atau kita boleh bersiar-siar. 158 00:11:38,240 --> 00:11:39,283 Hei. 159 00:11:39,366 --> 00:11:42,870 Setuju nak bercakap dengan saya di dalam. Pasti hari bertuah saya. 160 00:11:42,953 --> 00:11:44,788 Pasti bukan hari bertuah saya. 161 00:11:45,289 --> 00:11:48,250 Kawan awak cakap dia tak jumpa Rochelle dalam sistem. 162 00:11:53,172 --> 00:11:54,214 REKOD CARIAN ROCHELLE JOHNSON 163 00:11:56,592 --> 00:11:57,718 DIBEBASKAN 164 00:11:57,801 --> 00:11:59,011 Dia dah dibebaskan. 165 00:11:59,094 --> 00:12:00,846 - Apa? - Semua dakwaan digugurkan. 166 00:12:00,929 --> 00:12:02,306 Tak, itu tak mungkin. 167 00:12:02,389 --> 00:12:05,934 Kes Drea dah tutup. Trey dalangnya. Saya dah bercakap dengan Charise. 168 00:12:06,018 --> 00:12:09,229 Saya pun sama. Tapi kenapa itu boleh bebaskan Rochelle? 169 00:12:09,730 --> 00:12:12,316 Dia menipu polis. Dia ada rantai Drea. 170 00:12:12,399 --> 00:12:14,860 Dia juga merekrut gadis. Tiada apa boleh buat awak tahan dia? 171 00:12:14,943 --> 00:12:19,072 Itu item nombor 463 yang saya tak suka tentang Jabatan Polis Oakland. 172 00:12:19,156 --> 00:12:21,950 Sebelum tandas automatik yang mengepam terlalu awal. 173 00:12:24,328 --> 00:12:25,329 Saya kenal rupa itu. 174 00:12:26,747 --> 00:12:28,540 Ada sesiapa saya perlu hubungi dahulu untuk beri amaran? 175 00:12:29,124 --> 00:12:31,877 Rasanya tak cukup masa nak telefon semua yang kerja di kawasan pelacuran. 176 00:12:31,960 --> 00:12:33,337 Aames. 177 00:12:36,924 --> 00:12:38,467 Hati-hati dengan Rochelle. 178 00:12:45,641 --> 00:12:49,186 Saya ada waran awak untuk geledah kabin Victor Ignas. 179 00:12:49,269 --> 00:12:51,104 Bagaimana boleh diluluskan dengan cepat? 180 00:12:51,647 --> 00:12:54,024 - Sudah tentu. - Emily Mills. 181 00:12:56,818 --> 00:12:58,362 Harapnya ada sesuatu di kabin itu 182 00:12:58,445 --> 00:13:00,447 yang jelaskan sebab Victor menipu tentang hubungannya dengan Peter. 183 00:13:00,531 --> 00:13:04,201 Lupakan saja. Mari tutup kes ini. Saya rindu anak-anak saya. 184 00:13:06,203 --> 00:13:07,204 Ya, saya pun sama. 185 00:13:12,584 --> 00:13:14,127 - Terima kasih untuk bantuan awak, Gary. - Aduhai! 186 00:13:14,878 --> 00:13:18,215 Saya bertaruh seratus dolar itu kali pertama dia kutip penyapu. 187 00:13:18,298 --> 00:13:21,468 Yafet lalui situasi yang tak dapat dibayangkan di Eritrea 188 00:13:22,344 --> 00:13:24,471 untuk jalani kehidupan baru di Oakland. 189 00:13:25,097 --> 00:13:26,849 Dia bina tempat ini dengan kerja kerasnya. 190 00:13:26,932 --> 00:13:30,185 Awak juara imigran sekarang? Mengarut. 191 00:13:30,269 --> 00:13:31,854 …penjahat menyerbu kedainya. 192 00:13:31,937 --> 00:13:35,941 Satu lagi contoh dahsyat epidemik jenayah ganas 193 00:13:36,441 --> 00:13:38,151 yang melanda Bay. 194 00:13:38,235 --> 00:13:39,736 Semasa saya jadi ahli majlis bandar raya, 195 00:13:39,820 --> 00:13:42,739 saya ada hubungan yang sangat kuat dengan ketua polis. 196 00:13:43,699 --> 00:13:48,120 Sekarang, saya menyeru dia untuk memulakan inisiatif antigeng serupa 197 00:13:48,203 --> 00:13:51,498 yang Jabatan Polis Oakland gunakan sebelum ini hingga berjaya. 198 00:13:51,582 --> 00:13:53,292 Ya, "berjaya", mengarut. 199 00:13:53,375 --> 00:13:54,877 Saya anggota Jabatan Polis Oakland dahulu. 200 00:13:55,377 --> 00:13:57,921 Hanya ganggu orang kulit hitam untuk berseronok. 201 00:13:59,298 --> 00:14:03,302 Saya tak pernah singgah untuk tanya. Bagaimana awak dan Zarina? 202 00:14:05,012 --> 00:14:07,723 Buat masa sekarang, saya tak tahu jika kami okey. 203 00:14:08,307 --> 00:14:11,643 Sejarah kami rumit. 204 00:14:13,437 --> 00:14:15,522 Saya bersimpati dengan sejarah rumit awak. 205 00:14:15,606 --> 00:14:18,233 Gary, terima kasih kerana membantu di sini hari ini. 206 00:14:19,401 --> 00:14:21,069 Alicia, hebat. Terima kasih. 207 00:14:21,570 --> 00:14:23,280 Ini Alicia. Ini Yafet. 208 00:14:23,363 --> 00:14:25,199 Markus, lihat. Kotak itu. 209 00:14:25,282 --> 00:14:26,909 Berhubunglah dengan Alicia. Terima kasih. 210 00:14:29,578 --> 00:14:33,040 - Apa pendapat awak? Rantai lagi? - Mungkin. Mari lihat. 211 00:14:35,959 --> 00:14:39,254 Tiada lokasi tempat persinggahan seterusnya. Hanya tulis, "masa peribadi." 212 00:14:40,214 --> 00:14:41,507 Baiklah. 213 00:14:41,590 --> 00:14:44,343 Mari habiskan masa peribadi dengan Andrew Finney. 214 00:14:45,969 --> 00:14:50,516 Saya tahu tentang Trini daripada Capstones. 215 00:14:50,599 --> 00:14:53,477 - Saya bersimpati ia berlaku. - Terima kasih. 216 00:14:54,561 --> 00:14:57,648 Saya tak tahu bagaimana awak lakukannya semasa Drea hilang. 217 00:14:57,731 --> 00:14:59,858 Saya juga minta maaf tak jumpa awak semasa makan. 218 00:14:59,942 --> 00:15:02,569 Saya nak tunggu, tapi ada kecemasan di hospital dan… 219 00:15:02,653 --> 00:15:04,821 Tolonglah. Jangan risau. 220 00:15:06,990 --> 00:15:08,075 Bagaimana saya boleh tolong? 221 00:15:08,951 --> 00:15:11,119 Awak nak saya jawab telefon sementara awak berehat? 222 00:15:11,203 --> 00:15:13,580 Perlukan barang runcit? Apa saja. 223 00:15:14,581 --> 00:15:15,707 Sebenarnya, 224 00:15:15,791 --> 00:15:19,294 saya periksa laman sosial Trini dan mesej semua pengikutnya. 225 00:15:24,466 --> 00:15:27,386 Panjangnya. 226 00:15:27,469 --> 00:15:30,556 Saya tandakan sesiapa yang mencurigakan dan mungkin awak kenal seseorang, 227 00:15:30,639 --> 00:15:32,057 dan kita boleh minta bantuan Aames. 228 00:15:32,140 --> 00:15:34,017 Periksa jika mereka ada rekod. 229 00:15:34,560 --> 00:15:35,936 Saya gembira membantu. 230 00:15:36,436 --> 00:15:37,604 Terima kasih. 231 00:15:39,648 --> 00:15:41,567 Saya cuma… saya tak tahu nak buat apa lagi. 232 00:15:45,779 --> 00:15:47,906 Capstones pasti akan jumpa sesuatu. 233 00:15:49,700 --> 00:15:50,701 Saya tahu. 234 00:16:55,098 --> 00:16:58,143 Kami tahu awak terlibat dengan Castle Tracks, Wawa. 235 00:16:59,144 --> 00:17:00,938 Beritahu kami siapa lagi yang bekerja dengan Trey. 236 00:17:01,021 --> 00:17:02,272 Sumpah saya tak tahu apa-apa! 237 00:17:06,484 --> 00:17:07,444 Aduhai! 238 00:17:08,362 --> 00:17:09,863 Tolonglah! 239 00:17:11,990 --> 00:17:15,202 Shreve, Jabatan Polis Oakland tangkap ahli Capstones. 240 00:17:18,038 --> 00:17:19,039 Tak guna! 241 00:17:20,374 --> 00:17:21,375 Ayuh. 242 00:17:29,716 --> 00:17:32,803 Mereka sepatutnya bawa saya ke Dippin' Dots di Raging Waters. 243 00:17:32,886 --> 00:17:35,973 Mungkin kita patut buat upacara memperingati untuk dia. 244 00:17:36,807 --> 00:17:39,017 - Idea hebat. - Diam. 245 00:17:40,018 --> 00:17:44,064 Kerja kamu cari duit. Kamu curi tulang semasa saya tiada. 246 00:17:44,648 --> 00:17:46,859 - Tapi Trey baru mati. - Hei, saya bukan Trey. 247 00:17:46,942 --> 00:17:48,986 Malah, saya akan paksa awak dapatkan lebih ramai klien. 248 00:17:49,653 --> 00:17:51,697 Sebab awak terlalu banyak masa untuk merungut. 249 00:17:52,197 --> 00:17:54,950 Rochelle. 250 00:17:58,912 --> 00:18:03,458 Saya terkejut lihat awak mengarah-arahkan gadis-gadis muda yang baik ini. 251 00:18:04,710 --> 00:18:06,879 Khabar angin mengatakan ada pekerja seks paling senior baru. 252 00:18:08,922 --> 00:18:10,007 Mimi? 253 00:18:11,466 --> 00:18:13,468 Dia kekasih kedua Trey, bukan? 254 00:18:13,552 --> 00:18:14,845 Mimi? 255 00:18:14,928 --> 00:18:17,598 Pekerja seks kulit putih dungu ini tak pandai jaga diri sendiri. 256 00:18:17,681 --> 00:18:19,099 Awak tak tahu apa yang awak cakap. 257 00:18:19,183 --> 00:18:23,145 Jika awak masih yang senior, kenapa tiada bilik sendiri? 258 00:18:23,854 --> 00:18:27,774 Semua orang di kawasan pelacuran cakap awak dapat katil dua tingkat sekarang. 259 00:18:29,193 --> 00:18:32,529 Siapa antara kamu yang sebarkan penipuan semasa bekerja? 260 00:18:33,906 --> 00:18:36,533 Nak dihantar ke parti seks di Claremont Hills? 261 00:18:37,409 --> 00:18:43,290 Berakhir macam Sunshine, dengan penyumbalweng bawa pulang ke Tajikistan? 262 00:18:43,373 --> 00:18:45,042 Hei. 263 00:18:46,126 --> 00:18:47,127 Saya. 264 00:18:48,170 --> 00:18:49,796 Saya yang mulakan khabar angin. 265 00:18:52,090 --> 00:18:54,343 Awak menyusahkan saya, jadi saya pun akan menyusahkan awak. 266 00:18:57,679 --> 00:18:58,680 Hati-hati. 267 00:19:18,408 --> 00:19:19,535 Lihatlah, buang masa saja. 268 00:19:20,160 --> 00:19:22,829 Dia takkan perdagangkan gadis pada waktu siang. 269 00:19:23,914 --> 00:19:25,415 Saya patut ke sana dan bercakap dengan dia. 270 00:19:25,499 --> 00:19:28,168 Jangan, Markus. Awak tahu kita tak boleh buat begitu. 271 00:19:30,838 --> 00:19:32,506 - Hai. Maaf saya lewat. - Hei. 272 00:19:37,469 --> 00:19:39,346 Apa yang awak buat? 273 00:19:40,556 --> 00:19:43,225 Biar betul? 274 00:19:43,308 --> 00:19:47,396 - Selamat hari jadi. - Sayang. 275 00:19:47,479 --> 00:19:50,524 Kita ekori lelaki ini hanya untuk tangkap dia memanjakan isterinya? 276 00:19:51,233 --> 00:19:53,318 - Tak, dia cuma pura-pura. Tidak. - Tolonglah. 277 00:19:53,402 --> 00:19:54,611 Lelaki begitu, 278 00:19:55,112 --> 00:19:58,115 mereka perlu buat semua orang percaya mereka rakyat yang jujur. 279 00:19:59,116 --> 00:20:00,284 Termasuk keluarga mereka. 280 00:20:01,076 --> 00:20:03,287 Beginilah. Lupakan saja. Saya nak beredar. 281 00:20:03,370 --> 00:20:04,371 Awak nak ke mana? 282 00:20:05,122 --> 00:20:06,623 Saya tak boleh terus buang masa. 283 00:20:07,249 --> 00:20:08,917 Baiklah. Saya akan perhatikan dia sendirian. 284 00:20:11,503 --> 00:20:15,132 Apa rancangan awak sebenarnya? Tak, serius. 285 00:20:15,716 --> 00:20:18,302 Tiada pengetua yang terlalu ambil berat tentang pelajarnya. 286 00:20:18,385 --> 00:20:20,053 Kenapa awak sangat taasub dengan dia? 287 00:20:24,433 --> 00:20:27,394 Maaf. Saya nak balik jumpa keluarga saya. 288 00:20:32,316 --> 00:20:36,069 - Lihatlah apa yang saya belikan. - Sayang. Ini yang saya nak. 289 00:20:42,159 --> 00:20:43,869 PENGIKUT 290 00:20:44,786 --> 00:20:46,455 - Ini dia. - Terima kasih. 291 00:20:47,706 --> 00:20:48,749 Lihatlah ini. 292 00:20:52,336 --> 00:20:54,296 Saya tak tahu Drea pengikut Trini. 293 00:20:54,379 --> 00:20:56,882 Saya pun sama. Itu nama penggunanya? 294 00:20:59,259 --> 00:21:01,094 Banyak yang saya tak tahu tentang dia. 295 00:21:01,178 --> 00:21:05,599 Maaf. Saya tahu kes Drea dah ditutup, tapi saya tak patut minta awak buat… 296 00:21:05,682 --> 00:21:07,893 Tak, rasa gembira dapat tolong. 297 00:21:08,644 --> 00:21:13,106 Semua orang cakap saya pasti lega memandangkan pembunuh Drea dah mati, 298 00:21:13,190 --> 00:21:17,152 tapi saya cuma rasa sedih. 299 00:21:17,653 --> 00:21:22,574 Saya risau apabila fikir kami hilang satu-satunya kaitan dengan Trini. 300 00:21:24,493 --> 00:21:27,871 Kemudian saya panik apabila fikir apa yang mungkin berlaku kepadanya sekarang. 301 00:21:27,955 --> 00:21:29,873 Apabila saya tak marah, saya menangis. 302 00:21:33,168 --> 00:21:36,338 Bagaimana awak hadapi sembilan bulan semasa Drea hilang? 303 00:21:36,421 --> 00:21:39,508 Berkali-kali saya hampir gunakan dadah semula. 304 00:21:41,635 --> 00:21:46,098 Tapi saya terus ingatkan diri yang anak saya masih bergantung kepada saya, 305 00:21:46,181 --> 00:21:48,016 dan hanya saya boleh bawa dia pulang. 306 00:21:49,101 --> 00:21:50,727 Saya cuba semuanya sendiri. 307 00:21:51,520 --> 00:21:54,857 Buat panggilan, edarkan risalah, pergi ke semua rumah. 308 00:21:54,940 --> 00:21:56,233 Awak buat semua itu sendiri? 309 00:21:56,316 --> 00:22:00,279 Saya asingkan diri daripada semua orang semasa saya ketagih dadah. 310 00:22:02,364 --> 00:22:05,784 Tapi, semua itu berubah apabila Markus terlibat. 311 00:22:06,827 --> 00:22:11,915 Awak tak tahu apa bezanya apabila tahu ada orang lain yang peduli. 312 00:22:13,125 --> 00:22:17,796 Dengan semua yang dia lalui, dia masih tawarkan untuk hantar saya ke sesi itu. 313 00:22:20,382 --> 00:22:21,425 Awak ada suami yang baik. 314 00:22:27,973 --> 00:22:29,683 Sampaikan salam kepada Finney Fort Knox. 315 00:22:30,434 --> 00:22:32,394 Penyumbang, senarai mel, kalendar. 316 00:22:32,477 --> 00:22:34,688 - Alicia tepati janjinya. - Hebat. 317 00:22:35,355 --> 00:22:38,775 Saya dah jumpa Rochelle. Dia ada sebut tentang parti seks… 318 00:22:38,859 --> 00:22:39,860 NOMBOR GRID PENYUMBANG 319 00:22:39,943 --> 00:22:42,029 …di Claremont Hills. Ingat apa-apa? 320 00:22:42,112 --> 00:22:44,072 Mereka mulakan selepas era saya. 321 00:22:49,203 --> 00:22:50,204 Reconsidered. 322 00:22:50,287 --> 00:22:52,998 Hei, saya perlukan champagne, sepuluh botol. 323 00:22:53,665 --> 00:22:56,502 Tahu berapa banyak saya terima panggilan begini sehari? Awak paling tak kelakar. 324 00:22:56,585 --> 00:23:00,047 Tolonglah. Saya suka arak Oak Creek, T pun sama. 325 00:23:01,715 --> 00:23:04,218 Aubrey? Aubrey, ini Poppy. 326 00:23:04,301 --> 00:23:05,302 Ya. 327 00:23:06,553 --> 00:23:08,514 Trini okey? Awak selamat? 328 00:23:08,597 --> 00:23:10,182 Parti ini jadi tak terkawal. 329 00:23:10,265 --> 00:23:12,684 Orang mungkin akan beredar jika tak dapat champagne mereka. 330 00:23:12,768 --> 00:23:15,562 - Awak di mana? - Saya tak pasti. 331 00:23:16,146 --> 00:23:18,398 Saya perlukan sesuatu, sayang. Apa saja tentang lokasi awak. 332 00:23:18,482 --> 00:23:21,568 Ya. Rumah besar di bukit. Awak takkan terlepas. 333 00:23:21,652 --> 00:23:23,487 Di sudut. Terus ke depan. 334 00:23:23,570 --> 00:23:25,739 - Jangan merayap berhampiran padang golf. - Padang golf? 335 00:23:25,822 --> 00:23:27,449 Betul. Jangan dekat… 336 00:23:27,991 --> 00:23:30,035 Aubrey? 337 00:23:30,118 --> 00:23:31,537 - Tak guna! - Okey. 338 00:23:32,037 --> 00:23:35,415 Rrumah agam di bukit. Ada Montclair, Piedmont… 339 00:23:35,499 --> 00:23:38,794 Claremont Hills, tempat Rochelle cakap ada parti seks. 340 00:23:40,879 --> 00:23:42,130 Roger Errons. 341 00:23:42,214 --> 00:23:46,301 Tinggal di Claremont Hills. Dermakan $300,000 untuk kempen Finney. 342 00:23:48,262 --> 00:23:49,263 Padang golf. 343 00:23:57,479 --> 00:23:59,189 Rasanya awak kenal. 344 00:24:02,109 --> 00:24:03,610 Tak kenal? Saya akan bantu awak ingat 345 00:24:04,111 --> 00:24:05,946 Kami dapat waran untuk geledah kabin awak. 346 00:24:06,029 --> 00:24:07,948 Kami jumpa ini dan berpuluh lagi yang serupa di dalam. 347 00:24:08,532 --> 00:24:10,492 Saya didakwa atau sesuatu? 348 00:24:15,330 --> 00:24:16,582 Aduhai! 349 00:24:18,792 --> 00:24:22,129 Ya, awak akan berbau wangi untuk banduan di San Quentin. 350 00:24:22,212 --> 00:24:24,798 Feloni dadah dan penculikan. 351 00:24:24,882 --> 00:24:27,926 - Syabas untuk pencapaian awak, Victor. - Bukan milik saya. 352 00:24:28,010 --> 00:24:29,595 Awak tipu saya tentang Peter Reynolds. 353 00:24:29,678 --> 00:24:31,555 - Nak tipu saya tentang ini? - Saya tak tipu. 354 00:24:33,473 --> 00:24:35,726 Victor, saya penat. Sangat penat. 355 00:24:35,809 --> 00:24:39,146 Saya juga penat dengan panggilan palsu. 356 00:24:39,229 --> 00:24:41,315 Saya penat bahagian fokus. 357 00:24:41,398 --> 00:24:45,986 Saya bosan rindukan anak saya dan bosan dengan gadis yang hilang dari bandar ini. 358 00:24:46,612 --> 00:24:49,239 - Di mana Emily Mills? - Saya tak tahu. 359 00:24:50,741 --> 00:24:51,909 Tak! Saya sumpah! 360 00:24:52,534 --> 00:24:55,579 Ya, saya menipu. Tapi saya cuma tipu tentang Peter. 361 00:24:56,121 --> 00:24:58,248 Okey? Saya sepatutnya sedar semula. 362 00:24:58,916 --> 00:25:01,627 Dia rakan dadah saya dan dia perlu bantuan, 363 00:25:01,710 --> 00:25:02,961 dan saya… 364 00:25:03,045 --> 00:25:05,506 Dia beri saya nombor pengedar. Cuma sedikit dadah, percuma. 365 00:25:05,589 --> 00:25:07,508 - Bantuan apa? - Perbankan. 366 00:25:07,591 --> 00:25:09,885 Saya pernah menceburi bidang perakaunan sebelum saya beralih kepada pengekodan 367 00:25:09,968 --> 00:25:13,430 dan dia perlukan beberapa akaun rumit untuk dibuka di luar pesisir. 368 00:25:13,972 --> 00:25:17,059 - Cayman, lebih tepat lagi. - Bunyinya tak sah, Victor. 369 00:25:17,142 --> 00:25:20,395 Ia sah! Kebanyakannya, saya rasa. 370 00:25:23,565 --> 00:25:27,778 Nombor akaun. Maklumat penghala. Nama bank. Semuanya. Sekarang. 371 00:25:29,488 --> 00:25:30,489 Simpan ini. 372 00:25:37,204 --> 00:25:38,205 Hei. 373 00:25:38,288 --> 00:25:40,415 Rasanya kami mungkin dan jumpa Trini dan Aubrey. 374 00:25:40,499 --> 00:25:42,334 Biar betul. Di mana? Bagaimana? 375 00:25:42,417 --> 00:25:45,003 Claremont Hills, tapi dia berdepan risiko dipindahkan. 376 00:25:45,087 --> 00:25:46,421 Mungkin ke luar negara. 377 00:25:46,505 --> 00:25:48,715 Baiklah. Hantar semua maklumat yang ada. Saya akan dapatkan waran. 378 00:25:48,799 --> 00:25:51,927 Baiklah, tapi, dengar, hati-hati. 379 00:25:52,010 --> 00:25:55,848 Orang yang mungkin perdagangkan dia ada pengaruh dan berkuasa. 380 00:25:56,431 --> 00:25:58,725 Daripada segi politik, kewangan? 381 00:25:58,809 --> 00:26:00,102 Semuanya. 382 00:26:01,687 --> 00:26:03,480 Andrew Finney mungkin terlibat. 383 00:26:04,064 --> 00:26:05,732 Biar betul? 384 00:26:05,816 --> 00:26:06,817 Saya harap saya bergurau. 385 00:26:07,442 --> 00:26:10,737 Baiklah. Saya akan telefon hakim kegemaran saya. 386 00:26:11,321 --> 00:26:13,198 Saya akan pilih sendiri pasukan yang akan ke sana. 387 00:26:19,830 --> 00:26:20,831 Hei, sayang. 388 00:26:20,914 --> 00:26:21,957 - Semuanya okey? - Ayah. 389 00:26:22,958 --> 00:26:23,959 Kenapa? 390 00:26:24,042 --> 00:26:27,045 Kami mungkin dah jumpa Trini dan Aubrey di Claremont Hills. 391 00:26:27,129 --> 00:26:29,506 Jika saya hantar alamatnya, kelab motosikal boleh menunggang ke sana? 392 00:26:29,590 --> 00:26:30,591 Sudah tentu. 393 00:26:31,717 --> 00:26:33,760 Tapi cuma ayah, Troup dan Leo. 394 00:26:33,844 --> 00:26:35,095 Sekejap? 395 00:26:35,179 --> 00:26:37,514 Jabatan Polis Oakland tangkap orang-orang ayah. 396 00:26:38,015 --> 00:26:41,143 Ada 17, 18 orang ditangkap atas dakwaan mengarut. 397 00:26:41,226 --> 00:26:43,103 Hampir seluruh ahli kelab. 398 00:26:43,187 --> 00:26:44,688 Mungkin Finney bertanggungjawab. 399 00:26:44,771 --> 00:26:49,401 Okey, dengar, Aames akan dapatkan waran, jadi, jangan masuk. Tolonglah. 400 00:26:49,484 --> 00:26:51,862 Ini hanya untuk memerhati. 401 00:26:51,945 --> 00:26:53,155 Gerak hati kamu mengatakan apa? 402 00:26:56,658 --> 00:26:58,160 Saya harap saya boleh melihatnya. 403 00:26:58,785 --> 00:27:02,080 Jadi, ayah akan bantu kamu. Ayah akan ke sana. 404 00:27:02,873 --> 00:27:04,291 Sayang ayah. 405 00:27:11,256 --> 00:27:14,176 Hei, awak nak teh? 406 00:27:15,552 --> 00:27:17,513 - Urutan belakang? - Mari sini. 407 00:27:19,556 --> 00:27:21,808 - Aduhai! - Ya. 408 00:27:21,892 --> 00:27:23,393 Bayi ini bergerak. 409 00:27:23,477 --> 00:27:24,937 Ya, sejak tadi. 410 00:27:25,020 --> 00:27:27,272 Oh Tuhan. 411 00:27:27,356 --> 00:27:31,026 Saya ingat semasa mengandungkan Trini, dan ia pernah menakutkan saya. 412 00:27:32,778 --> 00:27:35,280 Tersembul dan riak pada perut, 413 00:27:36,281 --> 00:27:38,742 buat saya rasa seperti ada makhluk asing dalam perut. Oh Tuhan. 414 00:27:40,494 --> 00:27:41,578 Bagaimana dengan sekarang? 415 00:27:44,998 --> 00:27:45,999 Ia bermaksud kehidupan. 416 00:27:49,336 --> 00:27:50,462 Saya hargainya. 417 00:27:56,134 --> 00:27:57,719 Saya hargai banyak benda. 418 00:28:08,564 --> 00:28:12,234 Saya sayang awak. Tak pernah berhenti. 419 00:28:14,736 --> 00:28:16,029 Saya pun sayang awak. 420 00:28:17,698 --> 00:28:19,449 Kita akan okey. 421 00:28:40,929 --> 00:28:42,139 Tak guna! 422 00:28:42,222 --> 00:28:44,600 Sekejap. Saya fikir awak cakap hakim itu kawan awak. 423 00:28:44,683 --> 00:28:46,351 Maaf, Poppy. 424 00:28:46,435 --> 00:28:49,479 Dia tak nak tandatangan waran itu. Dia cakap kurang bukti. 425 00:28:49,563 --> 00:28:51,940 Kita cuma ada remaja yang berparti. 426 00:28:52,024 --> 00:28:54,943 Saya akan cuba lagi. Jangan buat tindakan dungu. 427 00:28:55,444 --> 00:28:56,528 Tunggu saja. 428 00:28:57,487 --> 00:29:00,073 Hei, ada gadis di parti seks itu mungkin diseludup ke negara lain. 429 00:29:00,157 --> 00:29:02,326 - Jika gagal selamatkan Trini sekarang… - Saya tahu. 430 00:29:02,826 --> 00:29:06,580 Aames buat semua yang termampu dan saya tak boleh suruh ayah masuk. 431 00:29:08,415 --> 00:29:11,210 Jika ada Emily Mills, pasti Polis Oakland dah sampai 432 00:29:11,293 --> 00:29:14,796 dengan FBI dan Seal Team Six. 433 00:29:22,971 --> 00:29:24,765 Bagaimana jika Emily Mills ada di sana? 434 00:29:26,266 --> 00:29:27,726 Atau semua orang fikir dia ada di sana. 435 00:29:35,442 --> 00:29:38,403 Buat Polis Oakland serbu parti seks itu dengan fikir Emily Mills ada di sana? 436 00:29:40,239 --> 00:29:41,406 Cuma idea. 437 00:29:44,117 --> 00:29:45,202 Awak boleh bersiaran langsung. 438 00:29:45,869 --> 00:29:47,663 Apa lagi pilihan yang kita ada, Poppy? 439 00:29:47,746 --> 00:29:50,040 Ayah awak yang dah tua dan dua penunggang motosikal? 440 00:29:50,541 --> 00:29:53,126 Separuh klien kaya itu pasti dah dalam perjalanan ke Maldives. 441 00:29:54,586 --> 00:29:57,130 Tolonglah. Beri saya sebab untuk tak lakukannya. 442 00:29:59,007 --> 00:30:00,050 Reginald Haney. 443 00:30:01,760 --> 00:30:02,761 Siapa? 444 00:30:02,845 --> 00:30:05,264 Penyunting pertama saya di Mercury News. 445 00:30:06,014 --> 00:30:08,350 Saya masih boleh dengar suaranya terngiang-ngiang dalam kepala saya. 446 00:30:08,851 --> 00:30:12,229 "Awak cuma ada kebenaran, Poppy. Jangan rosakkannya." 447 00:30:12,312 --> 00:30:14,273 Tapi bukan kebenaran saja yang awak ada! 448 00:30:15,357 --> 00:30:17,901 Poppy, awak ada kebijaksanaan, ada belas kasihan. 449 00:30:18,902 --> 00:30:22,030 Awak ada kebijaksanaan untuk tahu ada penipuan yang memang berbaloi. 450 00:30:22,114 --> 00:30:25,075 Ia boleh musnahkan seluruh kerjaya saya! 451 00:30:25,158 --> 00:30:30,038 Persahabatan, perkahwinan, semuanya musnah disebabkannya. 452 00:30:36,211 --> 00:30:37,713 Jika Finney jadi datuk bandar… 453 00:30:40,007 --> 00:30:45,637 berapa ramai Drea, Melanie dan Trini akan dieksploitasi? 454 00:30:46,722 --> 00:30:47,723 Saya tahu. 455 00:30:48,432 --> 00:30:49,516 Betulkah? 456 00:30:52,728 --> 00:30:54,605 Awak saja yang Trini ada. 457 00:30:55,272 --> 00:30:56,440 Awak dan audio siar awak. 458 00:31:00,777 --> 00:31:03,030 - Kita tak boleh biar dia terlepas. - Saya tahu. 459 00:31:05,324 --> 00:31:06,325 Tolonglah. 460 00:31:09,077 --> 00:31:10,078 Okey. 461 00:31:14,249 --> 00:31:18,253 Tapi selepas kita lakukannya, saya akan ke rumah itu sendirian. 462 00:31:18,337 --> 00:31:19,546 - Awak tak boleh pergi. - Tidak. 463 00:31:19,630 --> 00:31:22,674 Dengar, awak berada di kutipan dana. 464 00:31:22,758 --> 00:31:26,053 Kita tak boleh ambil risiko dia nampak awak di parti itu juga. 465 00:31:27,012 --> 00:31:30,891 Bagaimana jika dia cam awak dan tahu identiti awak atau awak dedahkan dia? 466 00:31:31,642 --> 00:31:32,643 Ia terlalu berbahaya. 467 00:31:36,104 --> 00:31:37,105 Awak tak boleh pergi. 468 00:31:39,608 --> 00:31:40,609 Betul cakap awak. 469 00:31:41,860 --> 00:31:44,196 Saya akan tunggu di sini bimbang jika Aubrey telefon semula. 470 00:31:47,616 --> 00:31:48,617 Okey, saya… 471 00:31:49,785 --> 00:31:52,412 Saya akan menulis sekejap sebelum kita bersiaran langsung. 472 00:32:08,262 --> 00:32:09,388 SIARAN LANGSUNG - AUDIO SIAR DISTRIMKAN 473 00:32:09,471 --> 00:32:10,472 Selamat malam. 474 00:32:12,015 --> 00:32:17,145 Biasanya saya bersiaran dengan suntingan dan bersedia, 475 00:32:17,229 --> 00:32:21,441 sebab anda layak dapat yang terbaik daripada saya. 476 00:32:22,651 --> 00:32:26,780 Tapi, hari ini, saya bercakap secara langsung kerana terdesak. 477 00:32:28,156 --> 00:32:30,993 Sepanjang musim saya telah laporkan 478 00:32:31,076 --> 00:32:35,122 tentang kehilangan gadis kulit hitam dan berwarna di Oakland, 479 00:32:35,205 --> 00:32:37,249 khususnya berkaitan dengan pemerdagangan orang. 480 00:32:39,501 --> 00:32:41,420 Melalui siasatan teliti, 481 00:32:42,462 --> 00:32:46,383 saya percaya saya dah jumpa lokasi salah seorang daripadanya. 482 00:32:47,801 --> 00:32:49,261 Saya dah lakukan usaha wajar saya 483 00:32:49,344 --> 00:32:53,390 dan berikan semua bukti kepada Jabatan Polis Oakland. 484 00:32:54,141 --> 00:32:55,976 Tapi mereka dakwa ia tak cukup. 485 00:32:56,935 --> 00:33:03,692 Sekarang, gadis itu masih berada dalam bahaya, ditahan secara paksa. 486 00:33:05,944 --> 00:33:08,947 Saya menerima maklumat 487 00:33:10,199 --> 00:33:14,912 yang Emily Mills mungkin berada di lokasi sama. 488 00:33:16,872 --> 00:33:21,168 Jabatan Polis Oakland kerap bercakap di depan kamera 489 00:33:21,835 --> 00:33:23,504 tentang usaha mereka mencari gadis ini. 490 00:33:24,421 --> 00:33:25,631 Adakah mereka cuma berpura-pura? 491 00:33:26,715 --> 00:33:31,470 Janji kosong untuk bersihkan semula reputasi mereka yang dah tercalar? 492 00:33:34,973 --> 00:33:38,852 Kepada anggota Jabatan Polis Oakland, 493 00:33:40,562 --> 00:33:47,152 kamu sanggup buat apa saja untuk cari gadis tak bersalah itu? 494 00:33:48,487 --> 00:33:49,530 Kamu memang sedia? 495 00:33:51,031 --> 00:33:55,911 Nama saya Poppy Scoville dan saya minta kamu pertimbangkannya. 496 00:33:58,830 --> 00:34:01,208 - Hei, sayang. Bangun. - Oh Tuhan. 497 00:34:01,291 --> 00:34:03,043 - Trini. - Apa? 498 00:34:03,126 --> 00:34:06,421 Saya baru bercakap dengan Poppy. Dia fikir dia mungkin tahu lokasi Trini. 499 00:34:06,505 --> 00:34:08,090 Oh Tuhan. Ayuh! 500 00:34:08,172 --> 00:34:11,260 Dengar, saya akan ke sana. Okey? Awak tak patut bangun dari katil. 501 00:34:11,342 --> 00:34:14,263 Bayi ini takkan apa-apa. Ke mana awak pergi, saya akan ikut. 502 00:34:14,346 --> 00:34:16,889 Zarina, kita tak tahu apa yang kita akan jumpa. 503 00:34:16,974 --> 00:34:18,559 Sebab itu kita patut pergi bersama. 504 00:34:18,641 --> 00:34:19,726 Ayuh. 505 00:34:33,699 --> 00:34:34,699 Pedulikan! 506 00:35:59,826 --> 00:36:02,496 - Bawa pasukan masuk. - Terima. 507 00:36:04,081 --> 00:36:05,666 Pasukan empat orang. 508 00:36:05,749 --> 00:36:07,668 Dua di depan, dua di tepi. 509 00:36:07,751 --> 00:36:13,924 - Emily Mills? Emily? - Emily? Emily Mills! 510 00:36:15,425 --> 00:36:16,426 Emily? 511 00:36:16,510 --> 00:36:19,805 - Emily Mills? - Okey. 512 00:36:24,893 --> 00:36:26,937 Emily Mills? 513 00:36:31,400 --> 00:36:34,069 Periksa tingkat atas. Emily Mills, awak di sana? 514 00:36:57,426 --> 00:36:58,927 Awak okey? 515 00:36:59,678 --> 00:37:02,639 - Saya takut. - Saya pun sama. 516 00:37:14,276 --> 00:37:15,319 Trini? 517 00:37:34,129 --> 00:37:35,255 Trini? 518 00:37:36,256 --> 00:37:37,257 Helo? 519 00:37:38,926 --> 00:37:42,513 Sesiapa pun di belakang pintu, saya nak tahu saya takkan cederakan awak. 520 00:37:44,223 --> 00:37:45,849 Nama saya Poppy Scoville. 521 00:37:45,933 --> 00:37:48,519 Saya rakan Trini Killebrew. Mungkin awak kenal dia? 522 00:37:49,269 --> 00:37:52,064 Saya nak awak tahu yang saya di sini untuk lindungi awak. 523 00:37:53,357 --> 00:37:56,193 Awak selamat. Saya takkan apa-apakan awak. Keluarlah. 524 00:38:05,619 --> 00:38:06,703 Saya kenal awak. 525 00:38:08,580 --> 00:38:11,583 MELANIE SANCHEZ HILANG: KHAMIS, 9 JULAI 2020 526 00:38:11,667 --> 00:38:12,793 Melanie? 527 00:38:14,253 --> 00:38:15,712 Melanie Sanchez? 528 00:38:17,172 --> 00:38:20,509 Sayang, dah lama kami cari awak. 529 00:38:22,803 --> 00:38:25,055 Pastikan awak hantar seseorang. 530 00:38:27,140 --> 00:38:28,141 Cepat. 531 00:38:54,626 --> 00:38:57,713 - Awak okey? - Saya tak tahu. 532 00:39:59,775 --> 00:40:01,777 - Trini! Itu anak saya! Ke tepi! - Trini! Tidak, ke tepi! 533 00:40:01,860 --> 00:40:03,278 - Apa berlaku? - Sayang! 534 00:40:03,362 --> 00:40:05,322 - Trini, sayang! - Trini! 535 00:40:08,742 --> 00:40:09,952 Tak mengapa. 536 00:40:10,035 --> 00:40:12,204 Tak mengapa, sayang. 537 00:41:03,172 --> 00:41:06,258 - Ayah, saya larang ayah masuk. - Ayah terpaksa. 538 00:41:07,718 --> 00:41:10,179 Ayah okey? Kenapa? 539 00:41:10,262 --> 00:41:11,263 Ayah okey. 540 00:41:13,307 --> 00:41:15,392 Ayah nampak mereka beredar. Ayah tak boleh lihat saja. 541 00:41:16,393 --> 00:41:17,394 Saya tahu. 542 00:41:18,437 --> 00:41:21,857 Semuanya akan okey. Trini akan pulang. 543 00:41:22,357 --> 00:41:23,692 Ayah bangga dengan kamu. 544 00:41:25,152 --> 00:41:27,571 Tak. Tak mungkin! 545 00:41:27,654 --> 00:41:28,864 Mereka bercakap dengan siapa? 546 00:41:32,993 --> 00:41:35,662 - Saya tak tahu. - Berapa lama dia akan ditahan? 547 00:41:35,746 --> 00:41:37,039 Nama saya Peggy. 548 00:41:37,122 --> 00:41:40,334 Dia akan berada dalam Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak hingga dinilai 549 00:41:40,417 --> 00:41:42,669 - dan bersih daripada pengabaian anak. - Apa? 550 00:41:42,753 --> 00:41:44,922 Maaf. Ia untuk keselamatan dia. 551 00:41:46,089 --> 00:41:47,090 Sayang? 552 00:41:49,843 --> 00:41:51,803 - Mak. - Ini… 553 00:41:53,430 --> 00:41:55,015 Semuanya akan okey, sayang. Okey? 554 00:41:56,266 --> 00:41:58,519 Kami akan bawa kamu pulang segera. Okey? 555 00:41:59,102 --> 00:42:01,396 - Jangan takut, sayang. - Okey? 556 00:43:13,218 --> 00:43:15,220 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid 557 00:43:21,310 --> 00:43:22,978 JIKA ANDA ATAU SESEORANG YANG ANDA KENALI PERLUKAN BANTUAN, 558 00:43:23,061 --> 00:43:24,313 LAYARI APPLE.COM/HERETOHELP