1 00:01:48,108 --> 00:01:53,405 Haniwa, Kofun, gembiranya saya dapat berjumpa dengan awak berdua. 2 00:01:53,864 --> 00:01:54,865 Adakah awak... 3 00:01:54,948 --> 00:01:57,910 Saya Jerlamarel. Ayah awak. 4 00:02:18,388 --> 00:02:21,517 Selepas mendengar yang ratu dan Pemburu Ahli Sihirnya telah menemui Alkenny, 5 00:02:21,600 --> 00:02:22,893 ayah sangat risau. 6 00:02:25,687 --> 00:02:27,231 Biar ayah tengok awak. 7 00:02:30,150 --> 00:02:32,361 Awak tentu penat selepas perjalanan tadi. 8 00:02:32,945 --> 00:02:35,155 Mari. Ayah tolong awak selesakan diri awak. 9 00:02:38,158 --> 00:02:39,701 Rumah Kesedaran. 10 00:02:40,494 --> 00:02:42,788 Saya tak pernah lihat benda sebegini. 11 00:02:43,747 --> 00:02:45,541 Ayah menemuinya dalam keadaan yang kukuh. 12 00:02:46,625 --> 00:02:49,503 Dulu, ia penjara, sebab itulah ia dibina supaya tahan lama. 13 00:02:50,671 --> 00:02:53,173 Bertahun-tahun ayah mencari bahan untuk membina generator itu 14 00:02:53,257 --> 00:02:58,345 dan kerananya, kita ada tenaga elektrik untuk cahaya, air panas dan haba. 15 00:02:59,638 --> 00:03:01,348 Semua orang tak sabar untuk berjumpa awak. 16 00:03:03,058 --> 00:03:04,226 Semua orang? 17 00:03:09,231 --> 00:03:10,232 Ini saya. 18 00:03:19,074 --> 00:03:20,742 Memperkenalkan adik-beradik awak. 19 00:03:21,827 --> 00:03:24,162 Haniwa, Kofun, awak berjaya sampai. 20 00:03:26,582 --> 00:03:29,626 Saya Oloman, abang awak. 21 00:03:30,210 --> 00:03:31,628 Ini Sheva. 22 00:03:32,713 --> 00:03:36,008 - Itu Nonni, Sammy. - Selamat datang. 23 00:03:36,091 --> 00:03:37,634 Ini Sheena. 24 00:03:39,344 --> 00:03:40,345 Selamat datang. 25 00:03:41,930 --> 00:03:43,015 Selamat berkenalan. 26 00:03:43,098 --> 00:03:47,644 Dan budak-budak nakal ini ialah Hayah dan Hoveh. 27 00:03:50,147 --> 00:03:52,983 Awak tentu lapar. Jom makan. 28 00:04:00,490 --> 00:04:04,036 Untuk makanan ini dan keluarga yang makan bersama kita, 29 00:04:04,119 --> 00:04:07,623 termasuklah adik-beradik terbaru kita, 30 00:04:08,290 --> 00:04:09,958 kami panjatkan kesyukuran. 31 00:04:10,834 --> 00:04:12,002 Makanlah. 32 00:04:32,272 --> 00:04:34,107 Pergilah berehat. 33 00:04:35,651 --> 00:04:39,821 Haniwa, ini bilik awak. 34 00:04:41,156 --> 00:04:42,950 Bilik Kofun ada di sebelah. 35 00:04:43,825 --> 00:04:46,870 Ini barang-barang awak. Ini katil awak. 36 00:04:53,919 --> 00:04:55,921 Ini lukisan Claude Monet. 37 00:04:57,923 --> 00:05:01,343 Ia bukan lukisan sebenar. Ia hasil semula. 38 00:05:03,470 --> 00:05:04,847 Ia cantik, bukan? 39 00:05:09,768 --> 00:05:10,978 Ya. 40 00:05:14,106 --> 00:05:16,233 Benda terakhir yang ayah akan tunjukkan ialah yang terbaik. 41 00:05:19,903 --> 00:05:21,613 Ini pancur awak. 42 00:05:30,497 --> 00:05:33,625 Dan botol ini ialah sabun awak. 43 00:05:35,586 --> 00:05:37,296 Malah, air ini dipanaskan. 44 00:05:38,338 --> 00:05:41,049 Ya. Kami ada baca tentangnya dalam buku. 45 00:05:41,133 --> 00:05:44,052 Ayah rasa ini lebih memuaskan daripada hanya membaca tentangnya. 46 00:05:46,013 --> 00:05:48,348 Mari, Kofun. Ayah akan tunjukkan bilik awak. 47 00:07:19,565 --> 00:07:22,025 Mereka ingat kita suka tidur dalam benda ini? 48 00:07:24,945 --> 00:07:26,113 Mungkin. 49 00:07:27,072 --> 00:07:29,575 Kalau kita sekeluarga, kenapa kita tak tidur bersama? 50 00:07:31,201 --> 00:07:33,203 Saya pun terfikir begitu juga. 51 00:07:37,791 --> 00:07:39,585 Di sini. Marilah. 52 00:07:54,600 --> 00:07:56,935 Hangatnya, tanpa api. 53 00:08:05,402 --> 00:08:06,862 Saya rindukan ayah. 54 00:08:12,534 --> 00:08:13,952 Saya juga merinduinya. 55 00:08:18,415 --> 00:08:20,709 Awak rasa kita akan bersamanya semula? 56 00:08:26,048 --> 00:08:27,132 Entahlah. 57 00:08:33,013 --> 00:08:35,182 Kita tinggalkan dia bersendirian 58 00:08:36,642 --> 00:08:39,144 selepas segala yang menimpa mak. 59 00:08:43,232 --> 00:08:44,942 Entah kenapa kita datang ke sini. 60 00:09:47,629 --> 00:09:49,173 Jangan biar sesiapa bercakap 61 00:09:50,132 --> 00:09:53,427 atau mendekatinya. Kawal dia seolah-olah nyawa awak bergantung padanya. 62 00:09:53,510 --> 00:09:54,553 Yakah? 63 00:09:55,220 --> 00:09:56,263 Ya. 64 00:10:26,084 --> 00:10:27,169 Betul cakap tuanku. 65 00:10:28,128 --> 00:10:30,923 Tuanku kata lambat-laun 66 00:10:31,757 --> 00:10:36,970 saya akan menyesal kerana menyokong pemerintahan kakak tuanku. 67 00:10:43,143 --> 00:10:48,565 Tapi mungkin tuanku pun tak sangka betapa benarnya ramalan tuanku itu. 68 00:10:56,782 --> 00:11:01,954 Semua askar saya kehilangan ibu bapa, anak, adik-beradik, isteri. 69 00:11:05,457 --> 00:11:11,004 Mereka mungkin mengetuai pemberontakan menentangnya... atau kita. 70 00:11:13,215 --> 00:11:16,093 Jika mereka tahu apa yang dia dah buat, 71 00:11:17,469 --> 00:11:19,096 besar kemungkinan ia boleh berlaku. 72 00:11:19,179 --> 00:11:20,222 Jika? 73 00:11:21,723 --> 00:11:23,433 Bagaimanakah ia boleh dihalang? 74 00:11:25,602 --> 00:11:30,816 Orang yang tahu apa yang dah berlaku hanya awak, beta, pemburu awak 75 00:11:30,899 --> 00:11:33,527 dan rakan subahat ratu yang kini sedang dikawal. 76 00:11:33,610 --> 00:11:35,487 Dan ratu. 77 00:11:36,530 --> 00:11:40,033 Lambat-laun, orang-orang awak tentu mahu mendengar titah ratu. 78 00:11:41,201 --> 00:11:43,829 Bagaimana kita boleh menghalang berita ini daripada tersebar? 79 00:11:44,830 --> 00:11:48,333 Dia tak boleh dibenarkan keluar dari bangunan itu sebagai ratu lagi. 80 00:11:48,792 --> 00:11:50,419 Apa maksud awak? 81 00:11:51,003 --> 00:11:54,590 Ia bermakna kita hanya ada dua pilihan. 82 00:11:54,673 --> 00:11:58,552 Sama ada dia turun takhta secara sukarela, 83 00:11:58,969 --> 00:12:03,432 merestui adiknya sebagai penggantinya dan setuju untuk diperintah olehnya 84 00:12:03,891 --> 00:12:08,187 atau dia takkan menonjolkan dirinya langsung. 85 00:12:08,937 --> 00:12:12,232 Dia takkan melepaskan takhtanya, walau apa yang awak kata sekali pun. 86 00:12:12,900 --> 00:12:16,403 Saya takkan berjaya memujuknya. 87 00:12:18,113 --> 00:12:20,115 Jadi tuankulah yang perlu mencuba. 88 00:12:24,828 --> 00:12:26,955 Jadi awak pengawal Puteri Maghra? 89 00:12:29,958 --> 00:12:32,878 Pemburu Ahli Sihir mengharapkan awak untuk mengawal saya. 90 00:12:32,961 --> 00:12:37,341 Jadi, saya rasa awak tentu setia kepada Tamacti Jun atau dia. 91 00:12:37,925 --> 00:12:39,468 Dan saya rasa tentu kepadanya 92 00:12:39,551 --> 00:12:43,180 memandangkan kebencian Tamacti Jun terhadap awak amat ketara sekali. 93 00:12:43,263 --> 00:12:44,932 Diamlah. 94 00:12:45,015 --> 00:12:51,730 Baru semalam, saya dikuasai oleh manusia yang sangat kejam. 95 00:12:53,315 --> 00:12:56,401 Saya akur kepada mereka kerana itulah pilihan terbaik 96 00:12:58,111 --> 00:13:01,198 sehinggalah tiba pilihan lain. 97 00:13:03,492 --> 00:13:06,161 Apa hutang awak kepadanya? 98 00:13:07,496 --> 00:13:09,206 Mungkin kesetiaan awak. 99 00:13:09,289 --> 00:13:11,124 Tapi kepatuhan awak, 100 00:13:11,917 --> 00:13:14,628 masa depan awak, hidup awak? 101 00:13:15,921 --> 00:13:17,548 Mana mungkin? 102 00:13:20,676 --> 00:13:25,347 Ratu telah jelaskan habuan saya jika saya berjaya selesaikan masalah ini. 103 00:13:25,430 --> 00:13:27,516 Biar saya jelaskan kepada awak 104 00:13:27,599 --> 00:13:31,895 habuan awak jika awak bantu saya selesaikan masalah ini. 105 00:13:34,398 --> 00:13:37,442 Memang bagus menjadi leftenan seorang puteri, 106 00:13:38,360 --> 00:13:43,782 tapi lagi bagus jika dapat menjadi leftenan seorang ratu. 107 00:14:27,826 --> 00:14:29,119 Ini apa? 108 00:14:30,370 --> 00:14:31,830 Bacalah. 109 00:14:40,589 --> 00:14:44,259 Suatu masa dahulu, sebelum semua ini, 110 00:14:44,927 --> 00:14:48,013 kakak masih bertimbang rasa. 111 00:14:50,224 --> 00:14:53,268 Saya ingat lagi semasa kakak masih begitu. 112 00:14:54,436 --> 00:14:58,899 Dan saya berharap sifat itu masih ada dalam diri kakak. 113 00:15:00,776 --> 00:15:04,238 Dan kakak menerima hakikat keadaannya 114 00:15:04,738 --> 00:15:07,449 dan mengambil tindakan yang wajar. 115 00:15:12,746 --> 00:15:14,623 "Melepaskan takhta." 116 00:15:16,458 --> 00:15:20,546 Merestui dan menyokongnya. 117 00:15:22,256 --> 00:15:26,134 Titahkannya kepada askar di luar sana, hari ini, sekarang. 118 00:15:27,469 --> 00:15:34,393 Dan rela diperintah oleh saya sebagai ratu. 119 00:15:36,562 --> 00:15:38,939 Ini semua tentu hanya satu khayalan. 120 00:15:39,022 --> 00:15:44,403 Awak datang ke sini dan fikir kakak sanggup buat begitu untuk awak. 121 00:15:46,572 --> 00:15:47,781 Untuk saya? 122 00:15:52,452 --> 00:15:54,788 Buat. Tak buat. 123 00:15:55,372 --> 00:15:59,626 Saya beri pilihan ini demi ayah dan kerana saya kasihankan kakak. 124 00:15:59,710 --> 00:16:02,838 Sama ada kakak mahu menerimanya atau tidak, itu pilihan kakak. 125 00:16:10,512 --> 00:16:12,514 Tapi ini bukan pilihan kakak, Maghra. 126 00:16:14,391 --> 00:16:15,809 Awak pun tahu. 127 00:16:19,980 --> 00:16:22,941 Kita tak boleh tawar-menawar dengan sesuatu seperti ini. 128 00:16:24,067 --> 00:16:28,030 Rundingan yang dibuat secara ugutan demi nyawa kakak 129 00:16:28,488 --> 00:16:31,033 atau menyerahkan impian yang amat bermakna kepada awak. 130 00:16:33,619 --> 00:16:35,746 Hanya dewa-dewa yang menentukan raja dan ratu. 131 00:16:35,829 --> 00:16:38,665 Apabila penentuan itu dibuat, Malaikat Maut akan menjadi saksinya. 132 00:16:39,499 --> 00:16:43,962 Jika tidak, takkan ada pewarisan, tiada raja, tiada keabsahan. 133 00:16:44,046 --> 00:16:47,257 Hanya penipuan remeh yang dipersetujui oleh mereka yang hina. 134 00:16:50,052 --> 00:16:51,678 Jika awak mahukan sifat ketuhanan kakak, 135 00:16:52,930 --> 00:16:55,933 salah seorang daripada awak perlu langkah mayat kakak dulu. 136 00:16:56,016 --> 00:17:00,229 Undang-undang dewa, suara dewa, kata-kata dewa. 137 00:17:01,522 --> 00:17:03,524 Tak sangka bagaimana semua itu selari 138 00:17:03,607 --> 00:17:07,236 dengan apa saja yang kakak mahukan pada bila-bila masa saja. 139 00:17:08,654 --> 00:17:12,950 Jadi memang sesuai sangatlah yang kakak menemui ajal di tempat sebegini, 140 00:17:13,031 --> 00:17:15,410 dengan mengisytiharkan yang dewa akan menemani kakak 141 00:17:15,492 --> 00:17:18,704 tatkala nasib malang melucutkan segala 142 00:17:18,789 --> 00:17:21,915 yang kakak dakwa milik kakak sedikit demi sedikit. 143 00:17:23,502 --> 00:17:25,877 Tawaran untuk melepaskan takhta tidak berubah. 144 00:17:27,297 --> 00:17:30,008 Buat, tak buat. 145 00:17:30,551 --> 00:17:32,594 Ia terpulang pada kakak. 146 00:18:06,879 --> 00:18:08,005 Awak dapat tidur? 147 00:18:09,047 --> 00:18:10,174 Tak juga. 148 00:18:10,591 --> 00:18:11,925 Ayah boleh bayangkan. 149 00:18:12,342 --> 00:18:14,136 Awak tinggalkan kehidupan lampau. 150 00:18:15,012 --> 00:18:17,514 Memang biasalah jika awak terasa seperti hilang arah. 151 00:18:18,265 --> 00:18:21,101 Tapi percayalah, hakikatnya adalah sebaliknya. 152 00:18:23,187 --> 00:18:24,646 Awak bersama keluarga awak sekarang. 153 00:18:26,648 --> 00:18:28,650 Mari. Ayah tunjukkan tempat ini. 154 00:18:29,693 --> 00:18:31,320 Di sinilah kami belajar setiap hari. 155 00:18:31,403 --> 00:18:32,571 Pensel? 156 00:18:33,113 --> 00:18:34,781 Ada banyak yang kita perlu pelajari. 157 00:18:34,865 --> 00:18:35,908 Bukankah begitu? 158 00:18:37,492 --> 00:18:40,621 Dan ini ialah perpustakaan. 159 00:18:43,207 --> 00:18:45,542 Ayah ambil hampir sepuluh tahun untuk memenuhinya. 160 00:18:46,210 --> 00:18:49,963 Sains, matematik, perubatan, 161 00:18:50,714 --> 00:18:56,136 sejarah, geografi, kejuruteraan, kesusasteraan. 162 00:18:57,471 --> 00:19:00,933 Dengan telitinya, nenek moyang kita mendokumenkan 163 00:19:01,016 --> 00:19:03,602 pengetahuan dan kejayaan mereka untuk generasi akan datang. 164 00:19:04,228 --> 00:19:07,064 Seolah-olah mereka tahu yang kita akan memerlukannya. 165 00:19:09,525 --> 00:19:13,070 Ada banyak yang ayah ingin kongsikan berkenaan penglihatan ini dengan awak. 166 00:19:16,448 --> 00:19:20,244 Tapi ia sering terasa seperti satu sumpahan, bukan? 167 00:19:21,245 --> 00:19:24,248 Kerana setiap hari, kita nampak segala potensi yang disia-siakan 168 00:19:24,331 --> 00:19:26,875 di dunia ini dan pada diri kita. 169 00:19:27,334 --> 00:19:28,377 Dan kita rasa keseorangan. 170 00:19:29,670 --> 00:19:30,671 Betulkah? 171 00:19:31,797 --> 00:19:33,507 Abang faham maksud saya. 172 00:19:35,342 --> 00:19:40,848 Kita perlu merahsiakan kebolehan kita daripada semua orang. 173 00:19:41,598 --> 00:19:42,724 Tepat sekali. 174 00:19:43,267 --> 00:19:47,354 Ayah habiskan sebahagian besar hidup ayah dengan mencari orang seperti ayah. 175 00:19:47,437 --> 00:19:50,941 Ayah telah menyeberangi Trivantes hingga ke Tanah Usang Barat. 176 00:19:51,024 --> 00:19:54,903 Dan barat Payan sehingga ke Atlantik. 177 00:19:55,612 --> 00:19:57,447 Tak ada seorang pun yang boleh melihat. 178 00:19:57,531 --> 00:19:58,991 Ayah pernah tengok laut? 179 00:19:59,825 --> 00:20:01,118 Ayah pernah berenang di dalamnya. 180 00:20:02,035 --> 00:20:03,704 Jadi, kenapa ayah kembali? 181 00:20:04,663 --> 00:20:05,914 Untuk bina tempat ini. 182 00:20:06,540 --> 00:20:08,166 Kubu ilmu pengetahuan 183 00:20:08,834 --> 00:20:13,338 dan tempat selamat untuk kita berkumpul dan belajar. 184 00:20:14,131 --> 00:20:19,219 Untuk belajar dan akhirnya mengajar tentang sains nenek moyang kita. 185 00:20:19,303 --> 00:20:22,014 Tapi ayah kata ayah tak pernah jumpa orang yang boleh melihat. 186 00:20:22,806 --> 00:20:26,310 Betul. Jadi, ayah lahirkan awak. 187 00:20:26,393 --> 00:20:27,686 Kami semua anak ayah? 188 00:20:29,563 --> 00:20:32,983 Ya. Awak, Kofun, 189 00:20:33,901 --> 00:20:35,944 Oloman, Sheva. 190 00:20:36,528 --> 00:20:38,488 Semua orang kecuali kedua budak kecil itu. 191 00:20:38,572 --> 00:20:40,157 Mereka anak Oloman. 192 00:20:40,699 --> 00:20:41,950 Dan ibu mereka? 193 00:20:42,910 --> 00:20:45,162 Mereka sayang ibu mereka seperti awak menyayangi ibu awak. 194 00:20:45,579 --> 00:20:47,372 Dan tempat untuknya sentiasa ada di sini. 195 00:20:47,456 --> 00:20:48,749 Ibu kami dah mati. 196 00:20:48,832 --> 00:20:51,502 - Apa? - Dia dibunuh oleh Pemburu Ahli |Sihir. 197 00:20:54,421 --> 00:20:56,381 Ayah amat sedih mendengarnya. 198 00:20:57,925 --> 00:20:59,259 Ayah amat menyayanginya. 199 00:20:59,343 --> 00:21:01,595 Tak mungkin. Awak tinggalkan dia berseorangan. 200 00:21:01,678 --> 00:21:03,472 - Abang. - Hamil dengan anak-anak ayah. 201 00:21:03,889 --> 00:21:06,225 Ayah tinggalkan kami sepanjang hidup kami. 202 00:21:07,309 --> 00:21:09,520 Tak inginkah ayah mengenali kami? 203 00:21:09,603 --> 00:21:12,105 Siapa kami dan bagaimana perangai kami? 204 00:21:13,524 --> 00:21:15,192 Awak memang berhak untuk marah. 205 00:21:16,860 --> 00:21:18,820 Ayah memang kesal 206 00:21:18,904 --> 00:21:20,948 dengan cara ayah menangani isu ini. 207 00:21:21,281 --> 00:21:23,408 Ayah muda pada masa itu. Kurang bijak. 208 00:21:24,201 --> 00:21:26,203 Manusia terpilih tak semestinya sempurna. 209 00:21:27,204 --> 00:21:28,539 Bahkan, ia jauh berbeza. 210 00:21:29,498 --> 00:21:33,210 Tapi ayah memang terpilih, Kofun. Awak harus sedar. 211 00:21:34,336 --> 00:21:36,547 Ayah dilahirkan oleh ibu bapa yang buta. 212 00:21:36,630 --> 00:21:40,092 Ayah dilahirkan untuk menjadi penghubung antara dunia kelam ini 213 00:21:40,175 --> 00:21:41,802 dan dunia lebih cerah di masa hadapan. 214 00:21:42,219 --> 00:21:46,265 Kita ada misi daripada dewa. Dan kita akan diingati. 215 00:21:46,348 --> 00:21:50,435 Nama kita akan disebut sepanjang kewujudan manusia. 216 00:21:57,776 --> 00:21:59,903 Mari. Ayah akan tunjukkan generator. 217 00:22:03,615 --> 00:22:04,783 Apa yang abang buat? 218 00:22:05,492 --> 00:22:07,578 Dia tak peduli langsung yang mak dah tiada. 219 00:22:07,661 --> 00:22:09,496 Sudah tentu dia peduli. 220 00:22:09,580 --> 00:22:12,541 Jelas sekali yang dia kecewa, tapi mak bukan isterinya. 221 00:22:12,624 --> 00:22:14,543 Tidak, dia hanya berguna untuk melahirkan anaknya. 222 00:22:14,626 --> 00:22:18,505 Untuk melahirkan kita, abang. Saya rasa abang tak berlaku adil. 223 00:22:18,589 --> 00:22:23,051 Jadi dia percaya kita dipilih untuk menerangi dunia ini. 224 00:22:23,135 --> 00:22:24,178 Dipilih. 225 00:22:24,761 --> 00:22:25,971 Dilahirkan. 226 00:22:26,638 --> 00:22:31,894 Panggillah apa saja. Yang pasti, selama ini kita hidup dalam ketakutan. 227 00:22:31,977 --> 00:22:34,730 Diburu oleh orang yang sepatutnya takut kepada kita. 228 00:22:36,398 --> 00:22:38,233 Awak mahu ditakuti? 229 00:22:39,735 --> 00:22:42,279 Saya lebih rela ditakuti daripada dibakar sebagai ahli sihir. 230 00:22:43,155 --> 00:22:44,323 Sedia? 231 00:22:53,916 --> 00:22:55,334 Itu arang batu? 232 00:22:55,918 --> 00:22:59,087 Ya, kita ada lombong kita sendiri tak jauh dari pagar. 233 00:22:59,671 --> 00:23:01,507 Kawasan Payan kaya dengan arang batu. 234 00:23:02,049 --> 00:23:03,800 Dengan cara itukah cahaya dihasilkan? 235 00:23:03,884 --> 00:23:05,761 Ya. Ayah akan tunjukkan. 236 00:23:06,637 --> 00:23:07,763 Oloman. 237 00:23:08,639 --> 00:23:09,806 Selamat pagi. 238 00:23:10,933 --> 00:23:14,228 Arang batu yang dibakar di dalam dandang akan menghasilkan tekanan stim. 239 00:23:14,311 --> 00:23:18,690 Tekanan itu disalurkan ke turbin yang berputar untuk menghasilkan elektrik. 240 00:23:20,067 --> 00:23:21,610 Ayah bina semua ini seorang diri? 241 00:23:22,110 --> 00:23:24,530 Ya, ayah bina semula. 242 00:23:24,613 --> 00:23:27,533 Tapi Olomanlah yang belajar cara untuk menggerakkannya. 243 00:23:28,659 --> 00:23:31,328 Saya cuma tambah benda ini. Injap lepas tekanan. 244 00:23:31,745 --> 00:23:33,539 Awak perlu kawal tekanan, 245 00:23:33,622 --> 00:23:35,958 jika tidak, ia mungkin akan hilang atau berlebihan. 246 00:23:36,041 --> 00:23:38,210 Yang pasti, tiada kuasa elektrik. 247 00:23:39,002 --> 00:23:42,840 Bayangkan apa yang kita boleh buat apabila kita semakin ramai. 248 00:23:43,340 --> 00:23:45,384 Kita boleh menerangi seluruh bandar. 249 00:23:45,801 --> 00:23:48,554 Apa gunanya cahaya itu bagi sebuah bandar orang buta? 250 00:23:48,637 --> 00:23:50,389 Bandar itu adalah untuk mereka yang melihat. 251 00:23:50,472 --> 00:23:53,392 Kita cuma sepuluh orang. Bagaimana dengan orang lain? 252 00:23:53,475 --> 00:23:55,227 Ayah mahu meninggalkan mereka semua? 253 00:23:55,310 --> 00:23:57,563 Sudah tentu tidak, Kofun. 254 00:23:58,063 --> 00:24:01,066 Tapi jangan tersilap kerana menurut hukum alam, 255 00:24:01,149 --> 00:24:03,402 orang butalah yang tak normal, bukan kita. 256 00:24:03,944 --> 00:24:05,946 Dan tak lama lagi, mereka akan datang kepada kita 257 00:24:06,029 --> 00:24:08,532 untuk mendapatkan benih anak yang berpenglihatan. 258 00:24:09,032 --> 00:24:11,535 Anak-anak yang perlu diajar di tempat seperti ini. 259 00:24:11,618 --> 00:24:13,996 Dan pada masa depan, tempat-tempat lain seperti ini. 260 00:24:14,872 --> 00:24:18,584 Dewa, alam, panggillah ia apa saja, 261 00:24:18,667 --> 00:24:21,253 telah memilih untuk mengembalikan penglihatan manusia. 262 00:24:21,587 --> 00:24:24,631 Dan tanggungjawab itu telah diberikan kepada kita. 263 00:24:26,550 --> 00:24:28,552 - Terima kasih, Oloman. - Sama-sama, tuan. 264 00:24:32,806 --> 00:24:33,849 Kofun. 265 00:24:39,104 --> 00:24:42,858 Kita perlukan masa untuk membiasakan diri dengan Jerlamarel. 266 00:24:45,402 --> 00:24:48,572 Dia fikir dia dewa? Dan kita semua dewa? 267 00:24:48,655 --> 00:24:53,452 Tidak, bukan dewa, tapi manusia baka baru. 268 00:24:54,119 --> 00:24:57,581 Bangsa manusia yang kembali untuk merealisasikan potensi sebenar kita 269 00:24:57,664 --> 00:25:01,168 selepas tinggal dalam kelam selama 500 tahun seperti haiwan yang ketakutan. 270 00:25:01,919 --> 00:25:04,129 Haiwan yang ketakutan? 271 00:25:06,006 --> 00:25:08,759 Saya harap awak dapat berjumpa ayah sebenar saya suatu hari nanti. 272 00:25:11,220 --> 00:25:12,679 Kofun, saya faham. 273 00:25:12,763 --> 00:25:15,182 Saya juga sukar menerimanya ketika mula-mula tiba di sini. 274 00:25:16,433 --> 00:25:18,685 Tapi walaupun awak boleh melihat, awak tak sedar 275 00:25:18,769 --> 00:25:21,146 yang awak hidup dalam kegelapan sepanjang hidup awak. 276 00:25:22,856 --> 00:25:24,399 Cubalah bersabar. 277 00:25:25,067 --> 00:25:27,903 Jerlamarel tak besarkan kita, tapi dia mendapatkan kita demi satu tujuan. 278 00:25:27,986 --> 00:25:30,697 - Untuk mengembalikan cahaya ke dunia. - Ya. 279 00:25:32,991 --> 00:25:35,118 Awak boleh mulakan dengan mengambil penyodok itu. 280 00:25:48,590 --> 00:25:50,968 Pemburu Ahli Sihir bunuh orang awak. 281 00:25:51,593 --> 00:25:53,220 Kami menangisi kematian mereka. 282 00:25:53,971 --> 00:25:57,015 Di sini, kaum Valeya faham kesedihan jiwa mereka 283 00:25:57,599 --> 00:26:01,186 Tapi kaum saya risau yang awak mungkin membawa Tamacti Jun kembali kepada kami. 284 00:26:02,187 --> 00:26:07,484 Anak ini cedera teruk dan memerlukan pawang. 285 00:26:08,902 --> 00:26:11,238 Dia takkan bertahan walau sehari di dalam hutan. 286 00:26:12,698 --> 00:26:14,533 Sanggup awak menghalaunya? 287 00:26:17,953 --> 00:26:19,413 Awak boleh tinggalkan gadis itu. 288 00:26:21,248 --> 00:26:24,334 Tapi awak berdua harus pergi dari sini. 289 00:26:24,960 --> 00:26:26,378 Baiklah. 290 00:26:27,629 --> 00:26:29,715 Beranikan diri, Bow Lion. 291 00:26:31,717 --> 00:26:33,093 Ke mana awak akan pergi? 292 00:26:33,177 --> 00:26:34,928 Hanya Dewa Api saja yang tahu. 293 00:26:37,139 --> 00:26:40,184 Tapi kaum Valeya akan layan awak dengan baik. 294 00:26:43,562 --> 00:26:45,898 Awak perlu cuba hidup di sini. 295 00:26:47,024 --> 00:26:51,486 Tiada apa yang tinggal untuk awak di luar sana, Bow Lion. 296 00:26:56,366 --> 00:26:59,745 Ibu awak sentiasa bersama awak. 297 00:27:02,080 --> 00:27:07,461 Saya bayangkan umur yang panjang untuk awak, anakku. 298 00:27:07,961 --> 00:27:10,464 Dengan banyak pengembaraan yang sedang menanti. 299 00:27:12,758 --> 00:27:14,676 - Chet-chet. - Chet-chet-chet. 300 00:27:31,026 --> 00:27:32,653 Singa beraniku. 301 00:27:37,783 --> 00:27:39,409 Saya sokong Baba. 302 00:27:53,841 --> 00:27:55,551 Kami takkan melupakan awak, Bow. 303 00:27:59,346 --> 00:28:02,766 Hanya tinggal kita berdua, lelaki bagak. 304 00:28:04,685 --> 00:28:07,187 Dewa mana yang marahkan awak sampai kita dilayan begini? 305 00:28:11,108 --> 00:28:16,738 Ibu saya kata yang hari sedih sama panjangnya seperti hari gembira. 306 00:28:17,739 --> 00:28:19,241 Di juga peramal? 307 00:28:19,950 --> 00:28:23,036 Tidak. Dia suka minum sampai mabuk. 308 00:28:23,954 --> 00:28:26,957 Itu tak bermakna kata-katanya tidak benar. 309 00:28:28,500 --> 00:28:29,835 Hari semakin sejuk. 310 00:28:30,544 --> 00:28:34,047 Kita patut hidupkan api. Saya akan buru sesuatu. 311 00:29:12,461 --> 00:29:14,755 Kolonel. Ini amat mengejutkan. 312 00:29:15,589 --> 00:29:16,757 Benarkah? 313 00:29:17,132 --> 00:29:19,134 Saya ingat awak akan menunggu kedatangan saya 314 00:29:19,218 --> 00:29:21,178 memandangkan anak-anak Baba Voss dah tiba. 315 00:29:21,261 --> 00:29:23,722 Malah, saya risau kerana awak tak menghubungi saya 316 00:29:23,805 --> 00:29:25,724 seperti yang awak janjikan dengan jeneral. 317 00:29:26,350 --> 00:29:28,685 Awak fikir pemanah saya takkan hantar berita? 318 00:29:28,769 --> 00:29:31,772 Saya cuma belum sempat. Keadaan agak sibuk di sini. 319 00:29:31,855 --> 00:29:34,358 Kami dah di sini. Mana tahanan saya? 320 00:29:36,485 --> 00:29:40,906 Kenapa jeneral itu terlalu inginkan anak-anak ini? 321 00:29:40,989 --> 00:29:43,200 Saya bertanggungjawab mematuhi arahan jeneral, 322 00:29:43,283 --> 00:29:45,661 bukan mempersoalkan atau memahaminya. 323 00:29:45,744 --> 00:29:48,455 Awak mungkin patut fikir semula. 324 00:29:48,789 --> 00:29:53,710 Tak seperti awak, saya tak bekerja untuk jeneral itu. Kami setaraf. 325 00:29:54,878 --> 00:29:56,922 Percayalah begitu jika ia membantu. 326 00:30:01,677 --> 00:30:05,889 Awak pasti anak-anak yang diserahkan kepada kami ini anak-anak Baba Voss? 327 00:30:06,306 --> 00:30:10,310 Perjalanan ke Trivantes sangat jauh dan kami tak mahu buat silap. 328 00:30:14,565 --> 00:30:17,067 Awak akan dapat anak perempuannya, Haniwa. 329 00:30:17,609 --> 00:30:19,319 - Dan anak lelakinya? - Tidak. 330 00:30:23,407 --> 00:30:25,534 Adakah kita akan bergaduh? 331 00:30:27,703 --> 00:30:31,331 Tidak. Selagi anak lelakinya kekal di sini. 332 00:30:32,875 --> 00:30:38,255 Saya ingin ingatkan yang keluarga saya bersenjata dan kami lebih ramai. 333 00:30:39,715 --> 00:30:43,760 Jika begitu, saya terpaksa berpuas hati dengan gadis itu saja. 334 00:30:46,054 --> 00:30:47,139 Kofun? 335 00:30:48,682 --> 00:30:49,933 Awak tak perlu terhendap-hendap. 336 00:30:50,017 --> 00:30:52,811 Mereka bercakap tentang kami. Kenapa? 337 00:30:52,895 --> 00:30:53,937 Apa? 338 00:31:27,095 --> 00:31:28,263 Haniwa! 339 00:31:29,598 --> 00:31:30,641 Kofun! 340 00:31:30,724 --> 00:31:31,892 Baba! 341 00:32:18,856 --> 00:32:20,148 Buka pintu! 342 00:32:20,983 --> 00:32:22,192 Tolong! 343 00:32:24,236 --> 00:32:25,571 Buka pintu! 344 00:32:26,363 --> 00:32:27,698 Bebaskan saya! 345 00:32:31,869 --> 00:32:33,161 Bebaskan saya! 346 00:32:37,249 --> 00:32:41,295 Haniwa! Tidak! 347 00:32:41,378 --> 00:32:44,339 Buka pintu! 348 00:32:49,178 --> 00:32:50,179 Jalan. 349 00:32:50,262 --> 00:32:51,346 Cepat. 350 00:32:54,391 --> 00:32:55,434 Cepat. 351 00:32:58,562 --> 00:32:59,646 Awak tak apa-apa? 352 00:33:00,731 --> 00:33:03,901 Dia anak ayah dan adik awak. 353 00:33:05,068 --> 00:33:07,905 Ayah tiada pilihan lain. 354 00:33:07,988 --> 00:33:11,158 Sayang sekali. Dia sangat berpotensi. 355 00:33:13,619 --> 00:33:14,912 Bagaimana dengan Kofun? 356 00:33:16,371 --> 00:33:17,497 Apa yang dia nampak? 357 00:33:18,498 --> 00:33:19,499 Cukup banyak. 358 00:33:25,005 --> 00:33:26,882 Sudah lama ayah menantikan mereka berdua. 359 00:33:27,966 --> 00:33:29,384 Sayang sekali. 360 00:33:38,852 --> 00:33:40,312 Tuanku dah berusaha. 361 00:33:42,314 --> 00:33:43,440 Ia tak mencukupi. 362 00:33:45,317 --> 00:33:48,904 Lebih daripada yang dia sanggup buat untuk tuanku jika tuanku di tempatnya. 363 00:33:50,822 --> 00:33:52,491 Awak pasti? 364 00:33:52,574 --> 00:33:54,618 Ya. Sangat pasti. 365 00:33:55,744 --> 00:33:58,997 Dan walaupun tuanku tidak begitu pada saat ini, 366 00:33:59,081 --> 00:34:02,042 tuanku mampu juga berbuat begitu. 367 00:34:05,712 --> 00:34:07,673 Tuanku tak bersalah. 368 00:34:09,967 --> 00:34:12,052 Jika bapa tuanku di sini, dia tentu setuju juga. 369 00:34:16,889 --> 00:34:18,183 Saya akan lakukannya dengan pantas. 370 00:34:40,330 --> 00:34:41,706 Pemburu Ahli Sihir? 371 00:34:42,875 --> 00:34:49,089 Awak telah lama wujud dalam hidup beta. 372 00:34:49,922 --> 00:34:53,552 Beta tak dapatkan bayangkan hidup tanpa nasihat awak 373 00:34:53,635 --> 00:34:56,096 pada masa depan beta. 374 00:35:01,768 --> 00:35:03,604 Beta ada pesanan tambahan. 375 00:35:04,438 --> 00:35:06,982 Jika adik beta setuju, 376 00:35:07,065 --> 00:35:09,651 beta akan bacakannya kepada tentera untuk memulakan peralihan itu. 377 00:35:15,199 --> 00:35:18,076 Pelepasan takhta beta. 378 00:35:24,208 --> 00:35:26,460 Berhenti! Apa yang awak buat? 379 00:35:28,212 --> 00:35:29,463 Lepaskan dia! 380 00:35:35,052 --> 00:35:36,220 Tamacti Jun. 381 00:35:38,847 --> 00:35:40,098 Apa yang awak dah buat? 382 00:35:41,683 --> 00:35:42,851 Apa yang awak dah buat? 383 00:35:57,115 --> 00:35:58,909 Terima kasih atas perkhidmatan awak. 384 00:36:05,958 --> 00:36:07,584 Kakak, tidak. 385 00:36:08,585 --> 00:36:09,628 Apa yang kakak dah buat? 386 00:36:09,711 --> 00:36:11,505 Maghra, sekali anjing itu menggigit, 387 00:36:11,588 --> 00:36:13,799 walaupun anjing itu amat setia 388 00:36:13,882 --> 00:36:16,552 dan awak amat menyayanginya, ia harus dibunuh. 389 00:36:16,635 --> 00:36:18,512 - Kakak akan menyebabkan kita berdua mati. - Tidak. 390 00:36:18,595 --> 00:36:20,764 Tenteranya ada di luar dan apabila mereka tahu... 391 00:36:20,848 --> 00:36:22,933 Tidak. Mereka bukan miliknya. 392 00:36:23,016 --> 00:36:24,601 Dia hanya meminjamnya. 393 00:36:24,977 --> 00:36:26,687 Apabila mereka dengar perkara sebenar, 394 00:36:27,229 --> 00:36:31,733 yang dia terlalu kesal dengan kecederaan yang kakak alami. 395 00:36:32,192 --> 00:36:35,946 Dia pun membunuh dirinya menurut Cara Lama, 396 00:36:37,322 --> 00:36:39,241 Dia setia sehingga ke hujung hayatnya. 397 00:36:40,868 --> 00:36:43,787 Tapi jika cerita kita bercanggah, 398 00:36:43,871 --> 00:36:45,330 ia akan mengaburi kebenaran itu. 399 00:36:45,414 --> 00:36:48,500 Mereka akan keliru, kekecohan bermula dan kita berdua mungkin akan mati. 400 00:36:48,917 --> 00:36:52,754 Atau kita keluar dari sini bersama-sama 401 00:36:52,838 --> 00:36:55,257 dan kakak akan sampaikan pesanan 402 00:36:55,340 --> 00:36:59,803 yang pada saat genting ini, kakak akan mengetuai askar sambil ditemani oleh awak. 403 00:37:00,470 --> 00:37:03,515 Inilah kali pertama kakak memerintah dengan dia sebagai penasihat. 404 00:37:08,437 --> 00:37:09,938 Jangan takut. 405 00:37:11,106 --> 00:37:12,399 Kakak di sini. 406 00:37:13,275 --> 00:37:14,902 Kakak betul-betul di sini. 407 00:37:18,780 --> 00:37:20,616 Banyak perkara bakal berubah. 408 00:37:38,675 --> 00:37:41,261 Lepaskan saya! 409 00:37:42,179 --> 00:37:43,347 Bertenang, Kofun. 410 00:37:43,972 --> 00:37:45,390 Apa ayah dah buat kepada adik saya? 411 00:37:45,474 --> 00:37:46,642 Adik awak selamat. 412 00:37:46,725 --> 00:37:48,435 Ayah serahkan dia kepada kaum Trivantian. 413 00:37:48,519 --> 00:37:51,271 Trivantian bukan sejahat seperti yang dimaklumkan kepada awak. 414 00:37:51,355 --> 00:37:53,273 Jika bukan kerana kerjasama ayah dengan mereka, 415 00:37:53,357 --> 00:37:57,277 tempat ini dan keluarga ayah tentu telah lama dibunuh oleh ratu. 416 00:37:58,487 --> 00:38:01,281 Dengan penglihatan kita dan tentera Trivantian, 417 00:38:01,365 --> 00:38:04,535 kita boleh kuasai ratu. 418 00:38:04,618 --> 00:38:06,411 Itu akan mengambil masa bertahun-tahun, 419 00:38:06,828 --> 00:38:10,749 tapi kita akan dapat menguasai angkatan tentera paling kuat di benua ini. 420 00:38:11,500 --> 00:38:15,003 Kita tidak lagi diburu seperti anjing, tapi diangkat sebagai dewa. 421 00:38:16,004 --> 00:38:17,840 Tapi itu memerlukan pengorbanan. 422 00:38:23,470 --> 00:38:26,014 Kofun, anakku. Ayah... 423 00:38:26,890 --> 00:38:29,726 Saya bukan anak ayah, orang gila! 424 00:38:30,352 --> 00:38:32,145 Diam. 425 00:38:33,564 --> 00:38:36,024 Awak tak layak menerima anugerah penglihatan ini. 426 00:38:52,916 --> 00:38:57,212 Bawa dia keluar ikut jalan belakang, Ayah tak mahu budak-budak lain nampak. 427 00:39:03,343 --> 00:39:04,761 Maafkan ayah. 428 00:39:04,845 --> 00:39:08,015 Awak akan dibawa ke pinggir bangunan ini, kemudian awak boleh pergi. 429 00:39:10,559 --> 00:39:11,977 Bagaimana dengan adik saya? 430 00:39:13,937 --> 00:39:15,522 Bagaimana dengan adik saya? 431 00:39:15,606 --> 00:39:19,568 Bagaimana dengan adik saya? 432 00:39:20,527 --> 00:39:22,946 Bawa semua orang ke bawah dan kemas almari makanan. 433 00:39:23,363 --> 00:39:24,907 Tunggu panggilan ayah. 434 00:39:24,990 --> 00:39:27,284 Ayah tak mahu anak-anak lain mendengarnya. 435 00:40:17,543 --> 00:40:19,628 - Hei! - Hei! 436 00:40:20,045 --> 00:40:21,964 Ayah, di sebelah kanan ayah. 437 00:40:23,131 --> 00:40:24,132 Di sebelah kiri! 438 00:40:24,842 --> 00:40:25,843 Dinding! 439 00:40:30,305 --> 00:40:32,766 - Kita dah sampai? - Ya. 440 00:41:04,047 --> 00:41:05,841 Jerlamarel! 441 00:41:10,137 --> 00:41:12,014 Jerlamarel! 442 00:41:12,639 --> 00:41:14,391 Awak di mana? 443 00:41:19,980 --> 00:41:21,982 Awak tak bersembunyi daripada saya, bukan? 444 00:41:26,236 --> 00:41:27,571 Awak nampak saya? 445 00:41:31,116 --> 00:41:32,534 Kerana saya boleh hidu bau awak. 446 00:41:33,744 --> 00:41:38,123 Bersembunyi dalam kekotoran seperti tikus. 447 00:41:43,045 --> 00:41:45,172 Inikah Rumah Kesedaran? 448 00:41:47,132 --> 00:41:48,550 Tak ada pokok. 449 00:41:50,844 --> 00:41:52,054 Tiada udara. 450 00:41:53,931 --> 00:41:58,018 Hanya bau busuk benda yang mereput. 451 00:42:01,104 --> 00:42:06,860 Penglihatan dan ilmu awak ialah penyakit yang menghapuskan manusia seperti awak. 452 00:42:07,277 --> 00:42:08,779 Tapi awak tak rasa apa-apa. 453 00:42:09,238 --> 00:42:11,156 Awak bodoh dan tak tahu apa-apa. 454 00:42:15,953 --> 00:42:19,206 Keluarlah dan berlawan seperti lelaki, pengecut. 455 00:42:20,040 --> 00:42:23,418 Baba Voss. Ia tak perlu begini. 456 00:42:28,048 --> 00:42:33,220 Awak serahkan anak saya kepada kaum Trivantian. 457 00:42:33,303 --> 00:42:35,514 Itu bukan salah saya. Ia salah awak. 458 00:42:35,597 --> 00:42:38,851 Jeneral itu hanya mahukan dia kerana dia fikir Haniwa anak awak. 459 00:42:42,020 --> 00:42:43,188 Jeneral apa? 460 00:42:47,943 --> 00:42:49,111 Edo Voss. 461 00:42:53,115 --> 00:42:54,116 Edo. 462 00:42:54,533 --> 00:42:55,659 Abang awak. 463 00:42:57,619 --> 00:42:59,329 Awak serahkan dia begitu saja? 464 00:42:59,413 --> 00:43:01,081 Saya terpaksa. 465 00:43:01,164 --> 00:43:06,003 Lelaki apa yang tunggu 17 tahun untuk bertemu anaknya hanya untuk membelotnya? 466 00:43:06,086 --> 00:43:10,591 Saya berjuang demi seluruh umat manusia! Pengorbanan perlu dibuat! 467 00:43:12,176 --> 00:43:13,969 Mereka anak-anak saya. Awak sakiti mereka. 468 00:43:14,052 --> 00:43:15,888 Mereka bukan anak-anak awak. 469 00:43:16,763 --> 00:43:20,642 Mereka wujud untuk takdir yang awak tak mungkin faham. 470 00:43:20,726 --> 00:43:21,935 Begitu, ya? 471 00:43:44,124 --> 00:43:46,084 Saya akan penggal kepala awak! 472 00:43:47,336 --> 00:43:48,712 Tidak. Jangan harap. 473 00:43:54,760 --> 00:43:56,637 Gila. 474 00:44:00,807 --> 00:44:03,435 Tak mungkin awak fikir awak boleh mengalahkan saya. 475 00:44:03,519 --> 00:44:06,396 Saya memang bodoh. 476 00:44:25,916 --> 00:44:27,835 Awak di mana? Pengecut. 477 00:44:56,029 --> 00:44:57,656 Ia senjata purba. 478 00:44:58,866 --> 00:45:01,702 Jauh lebih cekap daripada anak panah dan pedang. 479 00:45:04,913 --> 00:45:06,331 Saya tahu tentang pistol. 480 00:45:07,332 --> 00:45:09,835 Ia senjata bagi mereka yang pengecut. 481 00:45:38,197 --> 00:45:40,115 Awak takkan menang, Baba Voss. 482 00:45:40,532 --> 00:45:42,826 Awak tinggal di dunia yang sentiasa gelap. 483 00:45:43,327 --> 00:45:48,624 Saya wujud untuk masa depan dan ketika itu manusia seperti awak akan ketinggalan. 484 00:45:57,132 --> 00:46:00,552 Tidak. Sekarang, awak berada dalam dunia saya. 485 00:46:07,559 --> 00:46:08,560 Awak di mana? 486 00:46:12,272 --> 00:46:13,357 Di merata tempat. 487 00:46:23,283 --> 00:46:25,035 Jangan ke mana-mana sehingga saya kembali. 488 00:46:25,869 --> 00:46:27,871 Saya boleh hidu bau darah awak, Jerlamarel. 489 00:46:29,081 --> 00:46:30,123 Ya? 490 00:46:31,083 --> 00:46:32,209 Dan perasaan takut awak. 491 00:46:35,212 --> 00:46:36,839 Boleh awak menghidunya? 492 00:46:36,922 --> 00:46:40,259 Saya akan biar awak kehilangan darah sedikit demi sedikit. 493 00:46:43,387 --> 00:46:47,057 Supaya awak dapat rasa nyawa awak meninggalkan awak. 494 00:46:52,896 --> 00:46:54,064 Kematian seorang pengecut. 495 00:46:55,774 --> 00:46:56,942 Perlahan dan lembap. 496 00:47:43,697 --> 00:47:44,698 Chet-chet. 497 00:47:47,075 --> 00:47:49,745 Tengok sini. 498 00:47:50,996 --> 00:47:52,164 Ini salah awak. 499 00:47:52,539 --> 00:47:54,041 Tunggu. 500 00:47:54,124 --> 00:47:55,751 Tolonglah. Tolonglah jangan! 501 00:48:15,395 --> 00:48:16,438 Kofun? 502 00:48:18,690 --> 00:48:19,691 Ya. 503 00:48:22,402 --> 00:48:23,403 Ayah tak apa-apa. 504 00:48:24,655 --> 00:48:25,697 Tidak. 505 00:48:41,505 --> 00:48:43,131 Pemburu Ahli Sihir itu dah mati! 506 00:48:44,383 --> 00:48:46,051 Dialah pemburu yang terakhir. 507 00:48:48,011 --> 00:48:52,474 Dia askar bermaruah yang sedar 508 00:48:53,976 --> 00:48:57,521 bahawa kegagalan menjalankan tanggungjawab terhadap ratunya, negaranya, 509 00:48:58,146 --> 00:49:01,066 dewanya dan dirinya sendiri 510 00:49:03,193 --> 00:49:08,240 bermakna dia terpaksa menamatkan hayatnya, 511 00:49:08,824 --> 00:49:12,828 menurut cara tradisional. 512 00:49:17,249 --> 00:49:18,959 Seorang wira hingga ke hujung hayat. 513 00:49:24,131 --> 00:49:28,260 Yang meninggalkan kita dengan tanggungjawab 514 00:49:29,136 --> 00:49:31,388 untuk menjadikan pengorbanannya berbaloi. 515 00:49:34,850 --> 00:49:36,393 Jadi kita akan meneruskan usaha. 516 00:49:38,729 --> 00:49:41,106 Kita akan bina dunia baru untuk diri kita. 517 00:49:42,941 --> 00:49:45,569 Dunia tanpa kesukaran. 518 00:49:48,113 --> 00:49:49,823 Dunia tanpa kekurangan. 519 00:49:51,408 --> 00:49:53,452 - Dunia tanpa... - Dunia tanpa perasaan takut. 520 00:49:54,244 --> 00:49:56,246 Dunia tanpa kebencian. 521 00:49:56,997 --> 00:49:59,416 Dunia tanpa kepercayaan karut. 522 00:50:00,667 --> 00:50:04,838 Haluan baru yang berbeza daripada segala yang kita pernah lalui. 523 00:50:07,132 --> 00:50:12,346 Di dunia baru yang hanya boleh wujud dengan pengorbanan Tamacti Jun ini, 524 00:50:14,556 --> 00:50:20,229 kita mungkin takkan memerlukan Pemburu Ahli Sihir lagi. 525 00:50:27,528 --> 00:50:31,573 Sarjan, kita akan pergi ke Jalan Lavender. 526 00:50:48,173 --> 00:50:49,466 Menariknya. 527 00:50:52,845 --> 00:50:56,390 Dunia tanpa Pemburu Ahli Sihir bermakna tiada lagi ahli sihir. 528 00:50:56,473 --> 00:50:58,225 Kita akan cari keluarga saya. 529 00:50:58,892 --> 00:51:00,644 Keputusan itu muktamad. 530 00:51:01,478 --> 00:51:06,650 Apabila mereka ditemui, mereka tak boleh dicap sebagai pelarian oleh askar kita. 531 00:51:08,277 --> 00:51:09,570 Askar "kita"? 532 00:51:10,529 --> 00:51:11,655 Bukankah begitu? 533 00:51:14,950 --> 00:51:17,411 Kita akan menuju ke kerajaan yang berpenglihatan. 534 00:51:18,328 --> 00:51:21,373 Bermakna, kakak akan memerlukan raja yang boleh melihat 535 00:51:21,456 --> 00:51:24,543 supaya dapat melahirkan anak yang boleh melihat. 536 00:51:26,879 --> 00:51:29,464 Jerlamarel pernah meninggalkan kakak, 537 00:51:29,548 --> 00:51:32,092 awak tentu faham jika kakak tak mahu mendekatinya lagi. 538 00:51:38,098 --> 00:51:39,683 Apa maksud kakak? 539 00:51:41,602 --> 00:51:43,228 Ceritakan tentang anak lelaki awak. 540 00:52:01,330 --> 00:52:02,331 Chet-chet. 541 00:53:56,737 --> 00:53:57,988 Apa yang awak nampak, nak? 542 00:53:59,781 --> 00:54:01,783 Menara Tulang Dewa. 543 00:54:02,743 --> 00:54:04,870 Dalam jumlah yang amat banyak. 544 00:54:06,121 --> 00:54:07,456 Ada asap. 545 00:54:11,126 --> 00:54:12,127 Paris. 546 00:54:13,003 --> 00:54:14,338 Dia di sini. 547 00:54:23,722 --> 00:54:25,349 Mari kita selamatkan adik awak. 548 00:55:24,324 --> 00:55:26,326 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin