1 00:00:01,005 --> 00:00:02,674 Kita tiada masa untuk cari mereka. 2 00:00:02,758 --> 00:00:05,636 Keutamaan kita adalah cari Puteri Maghra. 3 00:00:05,719 --> 00:00:06,845 Apa maksud dia? 4 00:00:06,929 --> 00:00:09,932 Jika kata-kata dia boleh dipercayai, ibu kamu adik ratu. 5 00:00:10,015 --> 00:00:11,975 Saya ada di sana semasa Kanzua musnah. 6 00:00:12,059 --> 00:00:14,561 Tapi masalahnya, tiada serangan berlaku. 7 00:00:14,645 --> 00:00:18,190 Jika bukan orang Trivantian, siapa yang bertanggungjawab? 8 00:00:18,273 --> 00:00:19,775 Ratu sendiri lakukannya. 9 00:00:19,858 --> 00:00:22,152 Jika rakyat ragui kenyataan tuanku tentang Kanzua, 10 00:00:22,236 --> 00:00:24,279 mereka akan ragu tentang anak boleh melihat yang tuanku maksudkan, 11 00:00:24,363 --> 00:00:25,781 serta mandat tuanku dari Tuhan. 12 00:00:26,365 --> 00:00:28,575 - Semuanya. - Awak akan pastikan ia takkan berlaku. 13 00:00:28,659 --> 00:00:32,328 Jika ada pengkhianat, saya akan cari mereka. 14 00:00:33,288 --> 00:00:36,083 Jika awak melindungi Edo, kenapa dia sangat bencikan awak? 15 00:00:36,166 --> 00:00:39,878 Keluarga boleh jadi rumit. 16 00:00:39,962 --> 00:00:44,383 Lelaki dengan jawatan Harlan, dia boleh redakan atau burukkan situasi, 17 00:00:44,466 --> 00:00:46,260 bergantung pada apa yang dia sokong. 18 00:00:46,343 --> 00:00:50,180 Sekarang, dia mahukan awak. 19 00:01:01,332 --> 00:01:05,169 Dewa Api pagi akhirnya muncul untuk berikan kita kehangatan, puteri. 20 00:01:12,468 --> 00:01:14,220 Selamat pagi, tuanku. 21 00:01:15,763 --> 00:01:17,765 Ia hari yang indah, Maghra. 22 00:01:17,848 --> 00:01:20,142 Seluruh bandar akan rasa gembira bersama awak. 23 00:01:20,685 --> 00:01:25,064 Malangnya ayah tiada di sini untuk bersama kita meraikan perkahwinan awak. 24 00:01:31,445 --> 00:01:34,073 Semambu, lavender dan madu. 25 00:01:35,449 --> 00:01:37,451 Awak akan jadi pengantin paling cantik. 26 00:01:38,995 --> 00:01:39,996 Jangan tanggalkan. 27 00:01:40,705 --> 00:01:43,541 Tuanku tak boleh pakai apa-apa hiasan untuk upacara perkahwinan. 28 00:01:43,624 --> 00:01:46,669 - Tak. Beta takkan tanggalkannya. - Ia undang-undang di sini. 29 00:01:46,752 --> 00:01:49,130 Pembantu, siapa nama awak? 30 00:01:50,423 --> 00:01:51,966 Harmony, tuanku. 31 00:01:52,049 --> 00:01:54,760 Harmony? Nama yang indah. 32 00:01:56,220 --> 00:01:57,595 Hulurkan tangan awak, Harmony. 33 00:02:03,602 --> 00:02:05,104 Harmony, 34 00:02:05,771 --> 00:02:09,275 awak cuba beritahu puteri apa yang dia boleh dan tak boleh buat? 35 00:02:09,358 --> 00:02:12,737 Mungkin awak boleh beritahu perkara sama kepada ratu juga? 36 00:02:12,820 --> 00:02:14,363 Tak, tuanku. Saya takkan buat begitu. 37 00:02:14,447 --> 00:02:16,115 Jadi, diam dan jangan ganggu puteri. 38 00:02:22,246 --> 00:02:25,666 Puteri dah dilitupi sepenuhnya. Awak boleh beredar, Harmony. 39 00:02:25,750 --> 00:02:26,792 Baik, tuanku. 40 00:02:37,261 --> 00:02:40,848 Orang-orang Pennsa, dan maksudnya mereka semua, 41 00:02:40,931 --> 00:02:45,978 begitu juga hamba yang tak penting perlu percaya kepada penyatuan ini. 42 00:02:46,062 --> 00:02:48,397 Jangan risau. Saya akan mainkan peranan saya. 43 00:02:48,481 --> 00:02:50,191 Awak tak bersendirian. 44 00:02:50,274 --> 00:02:53,903 Saya bersendirian. Bukan awak yang tak setia. 45 00:02:57,948 --> 00:03:00,618 Perkahwinan ini akan beri faedah kepada kita. 46 00:03:01,201 --> 00:03:04,121 Apabila anak awak ditemui dan dibawa bertemu awak di sini, 47 00:03:04,205 --> 00:03:06,749 aturan ini yang akan selamatkan dia. 48 00:03:12,213 --> 00:03:15,383 Ada yang akan rasa terhina dengan adik yang abaikan mereka. 49 00:03:15,466 --> 00:03:17,885 Sibeth, awak tak pernah diam. 50 00:03:17,968 --> 00:03:19,512 Saya memang dah cuba. 51 00:03:28,104 --> 00:03:29,105 Mari sini. 52 00:03:31,649 --> 00:03:36,028 Ingat semasa awak kecil dan saya cuci rambut awak? 53 00:03:58,551 --> 00:03:59,802 Jangan berhenti. 54 00:04:04,223 --> 00:04:05,224 Tolonglah. 55 00:06:01,007 --> 00:06:04,093 Boleh awak ke belakang? 56 00:06:04,176 --> 00:06:06,804 Saya janji, tiada sesiapa akan bunuh saya di laluan ini. 57 00:06:06,887 --> 00:06:08,889 Ya, dengan saya berada di sini, mereka takkan buat begitu. 58 00:06:08,973 --> 00:06:12,184 Haniwa, tunggu ayah. 59 00:06:14,937 --> 00:06:20,901 Dengar, tak rugi ada pahlawan wanita berdedikasi di samping kamu. 60 00:06:20,985 --> 00:06:23,195 Ayah tahu ayah bersyukur ada kamu dan busur kamu. 61 00:06:25,990 --> 00:06:27,450 Ayah boleh dengar kamu berfikir. 62 00:06:31,620 --> 00:06:34,373 Saya berkabung untuk ibu semalam. 63 00:06:35,291 --> 00:06:37,335 Hari ini, dia hidup sebagai puteri, 64 00:06:38,002 --> 00:06:41,672 dan saya mengenang kebali setiap saat semasa saya kecil, 65 00:06:42,465 --> 00:06:45,259 terfikir apa yang betul dan apa yang masih betul. 66 00:06:47,595 --> 00:06:49,347 Kita akan tahu tak lama lagi, sayang. 67 00:06:50,389 --> 00:06:51,766 Ia ambil masa yang lama. 68 00:06:57,813 --> 00:07:00,733 Saya bukan ancaman untuk awak. 69 00:07:03,361 --> 00:07:05,863 Awak salah faham tentang kebencian saya kepada ketakutan. 70 00:07:08,824 --> 00:07:13,621 Beritahu saya, Jeneral Pemburu Ahli Sihir, dah berapa ramai yang awak bunuh? 71 00:07:14,872 --> 00:07:18,125 Cukup untuk roh saya disumpah berkali-kali. 72 00:07:20,044 --> 00:07:23,339 Tapi awak sanggup bunuh ratu yang awak berkhidmat untuknya. 73 00:07:24,882 --> 00:07:27,176 Takkan cukup sumpahan untuk awak. 74 00:07:28,302 --> 00:07:31,347 Tak. Rasanya tak cukup. 75 00:07:39,605 --> 00:07:42,441 - Ayah okey? - Ya, ayah okey. 76 00:07:43,609 --> 00:07:47,279 - Kita patut rehat satu malam lagi. - Tak perlu, ayah okey. 77 00:07:48,364 --> 00:07:51,409 Jika kepala ayah tertanggal, ayah sanggup kutip dan bawa ia ke Pennsa. 78 00:07:52,368 --> 00:07:54,495 Tak, ayah akan buat kamu yang membawanya. 79 00:07:56,122 --> 00:07:57,123 Aduh! 80 00:07:59,458 --> 00:08:01,210 Tentera-tentera yang berani ini mati 81 00:08:01,293 --> 00:08:05,881 semasa cuba menghalang pembunuh, Baba Voss, larikan diri dari Trivantes. 82 00:08:06,549 --> 00:08:09,510 Mereka mati sebagai wira, dan dendam mereka akan dibalas. 83 00:08:11,012 --> 00:08:13,639 Tentera berani republik ini akan diingati selamanya. 84 00:08:14,932 --> 00:08:18,561 Anak suci Trivantes, bersama kita sekarang. 85 00:08:26,986 --> 00:08:29,488 Rendayo. Anak mak. 86 00:08:36,037 --> 00:08:37,163 Pn. Orrie. 87 00:08:38,914 --> 00:08:41,292 Rendayo seorang patriot dan wira. 88 00:08:42,752 --> 00:08:46,630 Saya sangat mengagumi dia seperti dia anak saya sendiri. 89 00:08:49,133 --> 00:08:53,387 Orang yang bertanggungjawab atas kematian dia akan menderita. Percayalah. 90 00:09:26,796 --> 00:09:28,339 Awak ada berita untuk saya? 91 00:09:28,422 --> 00:09:32,218 Ya, Jeneral Voss. Pemburu ahli sihir yang mencari perlindungan. 92 00:09:32,301 --> 00:09:33,469 Pemburu ahli sihir. 93 00:09:33,552 --> 00:09:35,388 Jika memang benar, ini kali pertama 94 00:09:35,470 --> 00:09:37,515 salah seorang tentera Tamacti Jun tinggalkan tenteranya. 95 00:09:39,892 --> 00:09:41,102 Apa pertukarannya? 96 00:09:41,185 --> 00:09:44,021 Dia bertegas hanya mahu bercakap dengan awak. 97 00:09:45,773 --> 00:09:47,775 Nampaknya dia akan menyesal. 98 00:09:48,275 --> 00:09:49,276 Bawa dia masuk. 99 00:09:50,444 --> 00:09:51,445 Ayuh. 100 00:10:00,121 --> 00:10:05,543 Saya Komander Jeneral Edo Voss, dan saya dapat tahu awak nak bercakap dengan saya. 101 00:10:05,626 --> 00:10:06,627 Betul. 102 00:10:06,711 --> 00:10:09,547 Awak pemburu ahli sihir ratu pertama yang saya pernah jumpa 103 00:10:09,630 --> 00:10:13,467 yang masih belum ditusuk dengan hujung pedang saya. 104 00:10:14,093 --> 00:10:16,012 Saya ada maklumat yang awak pasti nak tahu. 105 00:10:17,555 --> 00:10:22,727 Kenapa saya perlu percaya tentera yang mengkhianati kerajaannya sendiri? 106 00:10:22,810 --> 00:10:25,938 Kerajaan saya bukan lagi kerajaan yang saya bersumpah untuk pertahankan. 107 00:10:26,439 --> 00:10:27,565 Kenapa pula? 108 00:10:28,149 --> 00:10:29,984 Saya bersumpah untuk melindungi kerajaan Payan 109 00:10:30,067 --> 00:10:32,153 daripada kejahatan dan ahli sihir dan sebab itu... 110 00:10:32,236 --> 00:10:35,531 Saya biasa dengan pemburu ahli sihir. 111 00:10:35,614 --> 00:10:38,659 Termasuklah mereka yang mungkin ada penglihatan atau nak melihat semula. 112 00:10:39,535 --> 00:10:42,413 Sekarang, dekri ratu awak mengatakan yang orang boleh melihat 113 00:10:42,496 --> 00:10:44,332 bukan ahli sihir. 114 00:10:46,083 --> 00:10:47,960 Betul, tuan. 115 00:10:48,044 --> 00:10:53,299 Malah, ratu juga mendakwa dia mengandungkan anak yang boleh melihat. 116 00:10:54,425 --> 00:10:55,426 Betul, tuan. 117 00:10:55,509 --> 00:11:01,807 Aduhai, awak benar-benar tinggalkan tentera sendiri dan hadapi kematian 118 00:11:01,891 --> 00:11:06,437 untuk datang dan sampaikan maklumat yang perisik saya laporkan berhari-hari lalu? 119 00:11:08,773 --> 00:11:12,193 - Ikat dia dan jual pada pedagang hamba. - Jangan. 120 00:11:12,276 --> 00:11:13,611 - Ayuh. - Tuan. 121 00:11:14,403 --> 00:11:17,073 - Komander Voss, ada orang lain. - Berhenti! 122 00:11:28,292 --> 00:11:29,293 Orang lain? 123 00:11:30,336 --> 00:11:34,131 Anak dia bukan anak pertama yang boleh melihat dalam keluarga diraja Payan. 124 00:11:34,674 --> 00:11:36,676 Ada dua orang, dah dewasa. 125 00:11:40,805 --> 00:11:42,765 Anak-anak yang dah dewasa ini… 126 00:11:44,767 --> 00:11:48,896 salah seorang daripada mereka bernama Haniwa? 127 00:11:50,439 --> 00:11:51,440 Betul. 128 00:12:25,182 --> 00:12:26,559 Jadi, ini Pennsa? 129 00:12:29,311 --> 00:12:30,312 Ya. 130 00:12:39,697 --> 00:12:41,032 Memang selalu sunyi begini? 131 00:12:43,993 --> 00:12:46,203 Tak. Tak pernah begini. 132 00:12:49,707 --> 00:12:50,791 Ada sesuatu yang tak kena. 133 00:13:00,843 --> 00:13:02,303 Ada tentera di depan. 134 00:13:05,890 --> 00:13:07,641 Tunggu di sini dan jangan cakap apa-apa. 135 00:13:08,642 --> 00:13:11,604 - Kita patut risau? - Bukan kita, awak. 136 00:13:36,212 --> 00:13:38,964 - Ini pasti sukar. - Kenapa? Ibu saya tiada? 137 00:13:39,048 --> 00:13:41,467 - Dia ada. - Jadi, apa masalahnya? 138 00:13:42,468 --> 00:13:43,761 Masalahnya, 139 00:13:44,470 --> 00:13:46,389 nampaknya dia akan berkahwin hari ini. 140 00:14:03,322 --> 00:14:04,490 Baba, sayangku… 141 00:14:06,409 --> 00:14:07,451 maafkan saya. 142 00:14:09,495 --> 00:14:10,496 Mak? 143 00:14:12,915 --> 00:14:13,749 Mak! 144 00:14:14,583 --> 00:14:15,584 Kofun? 145 00:14:16,544 --> 00:14:18,838 Mak! 146 00:14:24,677 --> 00:14:25,886 Kamu masih hidup. 147 00:14:25,970 --> 00:14:27,221 Anak mak. 148 00:14:28,931 --> 00:14:33,561 Mak cari kamu setiap hari sejak kita terpisah. 149 00:14:34,437 --> 00:14:36,022 Mak tak pernah putus asa. 150 00:14:37,857 --> 00:14:40,860 Mereka cakap mak akan berkahwin hari ini. 151 00:14:40,943 --> 00:14:42,403 Ia mengarut, bukan? 152 00:14:43,571 --> 00:14:45,031 Mak akan jelaskan semuanya. 153 00:14:47,074 --> 00:14:49,368 Di mana ayah kamu? Haniwa? 154 00:14:50,703 --> 00:14:52,872 Ayah ke Trivantes untuk dapatkan dia semula. 155 00:14:52,955 --> 00:14:53,956 Trivantes? 156 00:14:54,790 --> 00:14:56,125 Puteri Maghra, masa dah tiba. 157 00:14:56,208 --> 00:14:59,754 Sekejap. Kenapa Trivantes? 158 00:14:59,837 --> 00:15:02,423 - Kenapa dengan Jerlamarel? - Bagaimana mak boleh berkahwin hari ini? 159 00:15:02,506 --> 00:15:04,508 Lord Harlan sedang menunggu, dan ratu pula semakin hilang sabar. 160 00:15:04,592 --> 00:15:06,344 - Sekejap. - Siapa Lord Harlan? 161 00:15:06,969 --> 00:15:08,888 Mak akan jelaskan semuanya nanti. Mak perlu pergi, Kofun. 162 00:15:08,971 --> 00:15:12,516 - Mak nak kamu percayakan mak. - Mak? Tak boleh begini. 163 00:15:12,600 --> 00:15:15,102 Mak tak boleh menghentikannya. 164 00:15:15,728 --> 00:15:16,729 Ayah kamu akan faham. 165 00:15:16,812 --> 00:15:20,149 Saya tak rasa dia akan faham sebab isterinya yang dah mati kahwin lain. 166 00:15:20,232 --> 00:15:21,567 - Kofun... - Berhenti sebut nama saya 167 00:15:21,650 --> 00:15:23,152 dan buat sesuatu untuk selesaikannya! 168 00:15:23,235 --> 00:15:26,530 Saya tak tahu apa yang berlaku, mak, tapi mak tak boleh teruskannya. 169 00:15:26,614 --> 00:15:27,782 Diam! 170 00:15:28,616 --> 00:15:32,620 Mak masih ibu yang kamu kenal dan kamu tetap anak mak. 171 00:15:33,579 --> 00:15:35,373 Tapi keadaan dah berubah. 172 00:15:36,916 --> 00:15:39,960 Mak lakukannya untuk kamu dan untuk kita semua. 173 00:15:41,170 --> 00:15:44,298 Jadi, kamu tunggu di sini. Duduk di bilik mak, 174 00:15:44,965 --> 00:15:46,425 dan jangan bercakap dengan sesiapa, 175 00:15:47,677 --> 00:15:51,263 dan kita akan berbincang selepas semua ini berakhir. Mak janji. 176 00:15:53,516 --> 00:15:56,435 - Mak janji. - Jangan lakukannya. 177 00:15:58,312 --> 00:15:59,814 - Jangan lakukannya. - Mak terpaksa. 178 00:16:10,366 --> 00:16:13,452 Saya ada banyak soalan. 179 00:16:22,962 --> 00:16:24,046 Baiklah, sudahlah. 180 00:16:24,130 --> 00:16:26,549 - Ayah perlukan masa. - Paris? 181 00:16:31,971 --> 00:16:32,972 Hei! 182 00:16:33,931 --> 00:16:36,350 Saya rasa demam melalui pakaian awak. 183 00:16:37,184 --> 00:16:40,021 - Ia takkan membunuh saya. - Awak perlukan pawang. 184 00:16:40,521 --> 00:16:41,939 Kita akan cari di Pennsa. 185 00:16:42,023 --> 00:16:44,650 Baba. Awak akan mati apabila kita sampai di sana. 186 00:16:46,360 --> 00:16:49,280 Kita di Lakelands sekarang, dah tak jauh dari Valier. 187 00:16:49,363 --> 00:16:51,699 Mereka akan tawarkan tempat perlindungan dan pawang. 188 00:16:52,575 --> 00:16:53,576 Ayah? 189 00:16:56,829 --> 00:16:57,663 Tolonglah. 190 00:16:59,665 --> 00:17:00,958 Okey, sayang. 191 00:17:01,834 --> 00:17:04,837 Saya tak boleh temankan kamu ke wilayah Valier. 192 00:17:05,379 --> 00:17:07,256 Kita akan ke sana. 193 00:17:07,340 --> 00:17:10,301 Puak yang bersembunyi itu tak selamat daripada saya. 194 00:17:11,177 --> 00:17:13,846 Puak Valier sangat menderita di tangan saya. 195 00:17:22,521 --> 00:17:26,859 Awak berkhemah di kawasan berhampiran. Kami akan cari awak nanti. 196 00:17:31,280 --> 00:17:32,365 Atau tidak. 197 00:18:20,663 --> 00:18:24,041 Tuhan kami, melangkaui apiMu… 198 00:18:26,127 --> 00:18:28,754 biarkan kehendakMu dilaksanakan pada hari istimewa ini 199 00:18:28,838 --> 00:18:31,215 dalam penyatuan yang suci. 200 00:18:33,217 --> 00:18:36,679 Berikan bimbingan, laluan yang jelas, 201 00:18:36,762 --> 00:18:43,060 seksa mereka yang menentang kami dengan kesakitan api dan asapmu. 202 00:18:44,311 --> 00:18:50,484 Sebab kau adalah kegelapan, kuasa dan kemasyhuran. 203 00:18:52,111 --> 00:18:54,030 Selama-lamanya. 204 00:19:16,886 --> 00:19:21,182 Puteri Maghra dan Lord Harlan… 205 00:19:25,811 --> 00:19:28,981 kamu melalui penyatuan ini dengan dihiasi keindahan mewangi. 206 00:19:49,126 --> 00:19:51,962 Kamu berikrar dengan komitmen pada satu sama lain 207 00:19:52,046 --> 00:19:55,174 dengan penyatuan tubuh dan jiwa di depan Tuhan. 208 00:19:56,884 --> 00:20:03,849 Jadi, dengan pentahbisan suci yang diberi kepada beta, kamu sahkan penyatuan ini. 209 00:21:38,027 --> 00:21:39,028 Terima kasih, awak juga. 210 00:21:44,575 --> 00:21:46,535 Puteri Maghra. 211 00:21:48,287 --> 00:21:53,000 - Isteri Harlan ialah kakak saya. - Maghra, awak ingat adik saya. 212 00:21:53,709 --> 00:21:58,089 - Terima kasih. - Kerrigan. Saya tukar lampin awak. 213 00:21:58,673 --> 00:22:01,509 Kita semua bertuah saya ada orang yang uruskannya sekarang. 214 00:22:05,888 --> 00:22:06,931 Terima kasih. 215 00:22:08,724 --> 00:22:09,892 Terima kasih banyak. 216 00:22:10,976 --> 00:22:12,186 Maafkan saya. 217 00:22:14,021 --> 00:22:16,190 Baiklah. Pergi. Lepaskan. Pergi. 218 00:22:29,996 --> 00:22:32,373 - Kita dah dekat? - Ya. 219 00:22:32,456 --> 00:22:34,667 Sebab rasanya Baba dah tak larat, 220 00:22:34,750 --> 00:22:36,377 dan saya rasa kita semua tak mampu bawa dia. 221 00:22:39,797 --> 00:22:40,798 Siapa itu? 222 00:22:41,632 --> 00:22:42,675 Kenalkan diri awak. 223 00:22:42,758 --> 00:22:45,970 Siapa yang masuk wilayah Valier tanpa kenalkan dirinya? 224 00:22:46,595 --> 00:22:50,808 Kawan! Kami tak bawa ancaman. Saya Paris. 225 00:22:50,891 --> 00:22:52,852 Kami orang Alkenny yang terakhir. 226 00:22:52,935 --> 00:22:56,230 Tak. Saya orang Alkenny yang terakhir. 227 00:22:57,565 --> 00:22:59,942 - Chet-chet. - Chet-chet-chet. 228 00:23:00,026 --> 00:23:01,777 Bow! 229 00:23:02,278 --> 00:23:03,362 Lion. 230 00:23:04,447 --> 00:23:05,531 Bow Lion. 231 00:23:08,576 --> 00:23:09,869 Paris. 232 00:23:37,563 --> 00:23:38,564 Kofun? 233 00:23:40,149 --> 00:23:41,150 Itu awak? 234 00:23:43,527 --> 00:23:44,695 Jangan risau. Awak selamat. 235 00:23:45,821 --> 00:23:46,864 Ini Mak Cik Sibeth awak. 236 00:23:50,159 --> 00:23:53,579 Saya teruja apabila dengar akhirnya awak sampai ke sini. 237 00:23:53,663 --> 00:23:56,374 Dah lama kami tunggu awak. 238 00:24:05,716 --> 00:24:06,926 Boleh awak peluk saya? 239 00:24:29,824 --> 00:24:31,575 Awak lebih tinggi daripada ibu bapa awak. 240 00:24:34,578 --> 00:24:38,082 Awak nak sesuatu? Apa-apa untuk diminum? Saya akan arahkan. 241 00:24:38,165 --> 00:24:40,710 Tak nak. Terima kasih. 242 00:24:42,253 --> 00:24:45,464 Sangat tragis kerana kita baru bertemu buat kali pertama. 243 00:24:47,633 --> 00:24:49,468 Awak memburu kami sepanjang hidup awak. 244 00:24:53,556 --> 00:24:55,933 Kalaulah Maghra dedahkan situasi dirinya sejak dahulu, 245 00:24:56,017 --> 00:24:59,186 saya akan lindungi dia, lindungi awak. 246 00:25:00,271 --> 00:25:01,480 Dia pun tahu. 247 00:25:02,690 --> 00:25:05,735 Kami memburu Jerlamarel dan anak-anaknya. 248 00:25:05,818 --> 00:25:07,486 Saya tak tahu kedudukan Maghra. 249 00:25:08,195 --> 00:25:11,949 Saya percaya yang Jerlamarel dah bunuh adik saya. 250 00:25:12,033 --> 00:25:13,326 Saya percaya dia memang syaitan. 251 00:25:13,409 --> 00:25:16,579 Awak tahu itu tak benar. Kenapa ibu saya nak terus bersembunyi? 252 00:25:18,080 --> 00:25:19,623 Tak kira apa pun kesilapan dia, 253 00:25:20,750 --> 00:25:24,170 saya pasti dia buat begitu untuk pastikan awak dan adik awak selamat, 254 00:25:24,795 --> 00:25:26,464 itulah yang saya cuba buat sekarang. 255 00:25:26,547 --> 00:25:29,008 Walaupun dengan dekri awak, 256 00:25:29,091 --> 00:25:31,594 orang di Paya masih percaya ahli sihir perlu dibakar. 257 00:25:31,677 --> 00:25:33,804 Saya dah ubah fikiran beberapa orang. 258 00:25:34,805 --> 00:25:36,682 Ia mungkin ambil masa, 259 00:25:36,766 --> 00:25:42,104 tapi orang Payan akan belajar, seperti saya, 260 00:25:43,898 --> 00:25:47,276 untuk menerima mereka yang boleh melihat sebagai rahmat. 261 00:25:52,782 --> 00:25:54,367 Pasti sukar untuk awak, 262 00:25:55,868 --> 00:25:59,580 untuk mengembara ke sini dan sampai pada hari perkahwinan ibu awak. 263 00:26:00,206 --> 00:26:01,832 Pasti semuanya mengelirukan. 264 00:26:04,001 --> 00:26:05,544 Tapi awak perlu tahu, 265 00:26:06,337 --> 00:26:10,508 tiada sesiapa akan apa-apakan awak, selagi awak ada di kerajaan aya. 266 00:26:11,759 --> 00:26:13,302 Awak percayakan saya? 267 00:26:17,431 --> 00:26:18,432 Entahlah. 268 00:26:19,975 --> 00:26:21,018 Saya nak percayakan awak. 269 00:26:22,978 --> 00:26:24,105 Baiklah. 270 00:26:25,272 --> 00:26:28,734 Kebanyakan perkara yang baik bermula dengan... keinginan. 271 00:26:37,118 --> 00:26:40,329 Saya dah aturkan bilik untuk awak. Kita berbual semula nanti? 272 00:26:58,431 --> 00:27:01,100 Majlis perang Ratu Kane buat para tenteranya bersiap sedia. 273 00:27:01,600 --> 00:27:04,895 Kami dapat tahu daripada pembelot Payan 274 00:27:04,979 --> 00:27:07,106 yang bukan saja Puteri Maghra dah kembali, 275 00:27:07,732 --> 00:27:10,609 tapi dia pulang dengan dua anak yang dah dewasa, Haniwa dan Kofun. 276 00:27:11,902 --> 00:27:13,112 Kedua-duanya boleh melihat. 277 00:27:13,195 --> 00:27:16,282 Fanatik Payan akan bakar mereka. 278 00:27:17,241 --> 00:27:19,035 Mereka akan ikut arahan ratu mereka. 279 00:27:19,118 --> 00:27:22,079 Dengan dua orang anak boleh melihat di usia begitu dalam keluarga diraja, 280 00:27:22,788 --> 00:27:24,457 mereka ancaman yang lebih besar sekarang. 281 00:27:24,540 --> 00:27:26,709 Kita tak tahu niat mereka. 282 00:27:26,792 --> 00:27:27,877 Kita tahu mereka berusaha gigih 283 00:27:27,960 --> 00:27:30,379 untuk bebaskan jeneral pemburu ahli sihir daripada tahanan. 284 00:27:31,172 --> 00:27:33,632 Niat itu dah cukup. Kita perlu serang sekarang. 285 00:27:33,716 --> 00:27:37,595 Ia adalah bunuh diri jika Payan serang kita. 286 00:27:38,846 --> 00:27:42,141 Ratu mungkin gila, tapi dia bukan dungu. 287 00:27:42,224 --> 00:27:45,186 Tapi, ia perkembangan yang menggugat. 288 00:27:46,270 --> 00:27:47,563 Saya boleh kumpulkan tentera... 289 00:27:47,646 --> 00:27:48,939 Tidak, sabar, Edo. 290 00:27:49,857 --> 00:27:53,361 Orang Ganite masih menyusahkan kita di barat. 291 00:27:53,444 --> 00:27:56,447 Awak sendiri ada di sini dan dengar pendirian majlis 292 00:27:56,530 --> 00:27:58,074 tentang kempen timur. 293 00:27:58,157 --> 00:28:01,494 - Awak takkan berjaya yakinkan mereka. - Tak. Awak yang akan lakukannya. 294 00:28:01,577 --> 00:28:03,788 Awak ada jangkaan berlebihan tentang pengaruh saya. 295 00:28:03,871 --> 00:28:06,165 Memang betul, tapi cuma satu pertiga daripada Triangle. 296 00:28:08,042 --> 00:28:09,043 Tapi apa-apa pun, 297 00:28:09,752 --> 00:28:14,215 saya akan yakinkan majlis untuk meminta persidangan diplomatik dengan Payan. 298 00:28:14,298 --> 00:28:17,802 - Trivantias tak nak berdamai! - Kita buat apa yang perlu. 299 00:28:18,594 --> 00:28:21,430 Awak akan ikut arahan. Faham? 300 00:28:24,725 --> 00:28:25,851 Baiklah. 301 00:28:25,935 --> 00:28:29,897 Jika itu saja, ia akan beri kita masa untuk bawa satu atau dua pasukan ke timur, 302 00:28:29,980 --> 00:28:32,358 jika itu yang berlaku. 303 00:28:33,025 --> 00:28:34,318 Baiklah. 304 00:28:37,738 --> 00:28:41,200 Saya akan beritahu keputusan majlis. 305 00:28:56,632 --> 00:29:00,803 Tarik nafas perlahan dan dalam, Baba, kemudian minum ini. 306 00:29:04,598 --> 00:29:05,808 Ia akan beri awak kekuatan. 307 00:29:13,691 --> 00:29:15,443 Bila awak jadi pawang? 308 00:29:16,736 --> 00:29:20,573 Belum lagi, tapi saya dah belajar daripada pawang di sini. 309 00:29:23,367 --> 00:29:26,704 Akar ini akan meresap jangkitan jadi demam akan kebah. 310 00:29:27,955 --> 00:29:31,667 Awak kehilangan banyak benda disebabkan kami. 311 00:29:33,711 --> 00:29:35,046 Tapi awak tetap melindungi kami. 312 00:29:39,508 --> 00:29:41,052 Kita satu puak, ingat? 313 00:29:45,723 --> 00:29:46,974 Ya, saya ingat. 314 00:30:33,562 --> 00:30:34,563 Kofun? 315 00:30:35,523 --> 00:30:37,358 Tak. Bukan Kofun. 316 00:30:39,610 --> 00:30:41,153 Apa awak buat di sini? 317 00:30:41,821 --> 00:30:45,282 Maghra, ia malam perkahwinan kita. Apa lagi saya nak buat? 318 00:30:48,703 --> 00:30:51,372 Ini bukan perkahwinan. Ini perikatan. 319 00:30:51,872 --> 00:30:55,042 Betul, tapi ia boleh jadi kedua-duanya. 320 00:30:59,964 --> 00:31:02,425 Pakai seluar awak, Harlan. Saya perlukan bantuan. 321 00:31:04,260 --> 00:31:05,469 - Sekarang. - Baiklah. 322 00:31:30,036 --> 00:31:32,413 Mereka suruh saya bawakan kuang bayas dan ale untuk awak. 323 00:31:33,122 --> 00:31:35,875 Jangan risau. Saya tak meracunnya, jika itu yang awak fikirkan. 324 00:31:38,085 --> 00:31:39,420 Saya tak fikir begitu. 325 00:31:40,129 --> 00:31:41,964 Saya juga tiada racun. 326 00:31:46,427 --> 00:31:48,721 Saudara Alkenny, 327 00:31:48,804 --> 00:31:51,557 kali terakhir kamu datang, kami menolak. 328 00:31:52,099 --> 00:31:55,811 Kamu sembuhkan Bow Lion kami. Ia lebih daripada yang kami harapkan. 329 00:31:55,895 --> 00:31:59,565 Kamu yang bawakan kami mesej harapan dengan kepulangan kamu. 330 00:32:00,024 --> 00:32:02,485 Kami bimbang kamu akan buat pemburu ahli sihir menemui kami, 331 00:32:02,568 --> 00:32:06,906 sebab mereka cakap orang boleh melihat bersembunyi di kalangan Alkenny. 332 00:32:08,574 --> 00:32:12,495 Mereka bunuh lelaki, wanita, kanak-kanak. 333 00:32:13,746 --> 00:32:15,539 Bilah mereka tak mendiskriminasi, 334 00:32:16,582 --> 00:32:19,877 semuanya sebab pemburu ahli sihir percaya kami tahu tentang ahli sihir itu. 335 00:32:20,878 --> 00:32:23,923 Kami dibiarkan hidup hanya untuk menyebarkan ketakutan. 336 00:32:26,425 --> 00:32:30,429 Tapi kami akan bangkit semula. Kami dah mula lahirkan anak-anak. 337 00:32:31,263 --> 00:32:36,143 Kami akan menghormati memori yang telah hilang pada ramai orang. 338 00:32:39,188 --> 00:32:40,272 Berhenti! 339 00:32:42,942 --> 00:32:47,321 Sekarang ada khabar mengatakan ratu takkan hantar pemburu ahli sihir lagi 340 00:32:47,405 --> 00:32:49,532 sebab dia dah tak memburu ahli sihir sekarang. 341 00:32:51,826 --> 00:32:53,869 Ratu mungkin dah ubah fikiran, 342 00:32:53,953 --> 00:33:00,042 tapi malam ini, kita raikan kejayaan awak bebas dari Trivantes dan nikmati bebas… 343 00:33:00,126 --> 00:33:01,752 [memberi isyarat] Tamacti Jun ada di sini. 344 00:33:01,836 --> 00:33:05,089 …walaupun tak lama, daripada ratu dan pemburu ahli sihirnya. 345 00:33:06,549 --> 00:33:08,884 Ia masa yang tak menentu, 346 00:33:08,968 --> 00:33:10,970 tapi kita hadapinya dengan harapan 347 00:33:11,053 --> 00:33:14,140 untuk masa depan lebih aman daripada masa silam kita. 348 00:33:18,728 --> 00:33:20,271 Awak dah gila? 349 00:33:21,605 --> 00:33:25,317 Puak Valier berhak menghukum. Itu hutang saya pada mereka. 350 00:33:25,401 --> 00:33:26,986 Tak, awak berhutang kepada saya, pemburu ahli sihir. 351 00:33:27,069 --> 00:33:30,698 Awak fikir saya tak nak kelar leher awak setiap kali dengar suara awak? 352 00:33:32,575 --> 00:33:34,285 Awak juga bunuh orang-orang saya. 353 00:33:36,037 --> 00:33:37,621 Tapi awak takkan mati. 354 00:33:38,622 --> 00:33:41,334 Hukuman awak adalah awak akan hidup dengan semua yang awak dah buat. 355 00:33:45,254 --> 00:33:49,050 Kematian perlu diperoleh, pemburu ahli sihir, begitu juga dengan kehidupan. 356 00:34:12,907 --> 00:34:14,492 Ini tempat kegemaran dia. 357 00:34:16,202 --> 00:34:19,872 Serta… kerusi kegemaran dia. 358 00:34:21,165 --> 00:34:22,917 Kerrigan. Ayuh. 359 00:34:23,000 --> 00:34:24,335 Bangun. Ayuh. 360 00:34:27,296 --> 00:34:28,297 Puteri. 361 00:34:30,049 --> 00:34:32,093 Saya masih boleh bau bunga pada awak. 362 00:34:33,052 --> 00:34:36,722 Kamu berdua patut balik, berasmara. 363 00:34:36,806 --> 00:34:37,973 Saya perlu bantuan awak. 364 00:34:38,057 --> 00:34:42,561 - Awak tak mampu lakukannya? - Kami nak awak merentas sempadan. 365 00:34:45,147 --> 00:34:46,565 Apa barangnya? 366 00:34:47,149 --> 00:34:48,651 Anaknya, Haniwa. 367 00:34:50,152 --> 00:34:52,113 Dia ditahan oleh askar Trivantian. 368 00:34:54,031 --> 00:34:54,865 Ya. 369 00:34:55,574 --> 00:34:56,784 Ya, jangan mengarut. 370 00:34:57,451 --> 00:34:58,452 Tolonglah. 371 00:34:58,536 --> 00:35:02,498 Puteri, biasanya dalam urusan saya, 372 00:35:02,581 --> 00:35:05,584 matlamatnya adalah mengelak tentera, bukan mencari mereka. 373 00:35:05,668 --> 00:35:06,919 Kerrigan. 374 00:35:14,050 --> 00:35:18,055 Jika dia memang dalam tahanan tentera, saya takkan dapat bebaskan dia. 375 00:35:18,139 --> 00:35:22,351 Tolonglah. Pengawal penjara boleh dibeli, sama seperti orang lain. 376 00:35:22,434 --> 00:35:23,728 Mungkin. 377 00:35:23,811 --> 00:35:26,354 Tapi ia perlukan banyak duit. 378 00:35:26,439 --> 00:35:27,731 Untuk awak atau mereka? 379 00:35:29,108 --> 00:35:31,818 - Saya tersinggung, puteri. - Dia tak tersinggung. 380 00:35:33,362 --> 00:35:37,325 Tak, rasanya tidak. Tapi, ia perlukan banyak kerja. 381 00:35:37,825 --> 00:35:41,245 Apabila jumpa dia, bagaimana nak bawa dia keluar dari Trivantes dengan selamat? 382 00:35:42,246 --> 00:35:44,248 Keluar dari bandar mudah saja. 383 00:35:44,332 --> 00:35:49,045 Saya seludup bahan terlarang Ganite dari Trivantes ke Pennsa selama bertahun-tahun. 384 00:35:51,756 --> 00:35:57,970 Saya tahu setiap lubang dan terowong masuk dan keluar dari sana. 385 00:35:59,555 --> 00:36:00,556 Jadi, awak akan lakukannya? 386 00:36:05,394 --> 00:36:09,523 Anggaplah ia hadiah perkahwinan. 387 00:36:12,526 --> 00:36:15,154 Saya akan bertolak selepas siang. 388 00:36:16,072 --> 00:36:17,156 Awak akan bertolak sekarang. 389 00:36:18,324 --> 00:36:20,159 Ayuh. Bangunlah. 390 00:36:57,238 --> 00:36:59,532 Jangan. Bukan sekarang masanya. 391 00:37:02,159 --> 00:37:04,662 Paris? Sanggup awak bawa dia ke sini? 392 00:37:04,745 --> 00:37:07,206 Bagaimana awak boleh berkongsi udara yang dia hirup? 393 00:37:07,289 --> 00:37:09,959 Kita perlukan dia. Dia ada tujuan baru. 394 00:37:10,042 --> 00:37:13,254 Tak. Dia akan mati di tangan saya malam ini. 395 00:37:15,589 --> 00:37:16,716 Dia bunuh ibu saya. 396 00:37:16,799 --> 00:37:19,969 Ya. Masanya akan tiba untuk dia terima balasannya. 397 00:37:20,845 --> 00:37:22,471 Saya tak percaya ini awak. 398 00:37:24,223 --> 00:37:25,307 Awak pengkhianat. 399 00:37:25,850 --> 00:37:28,436 Hanya dia saja harapan kami untuk berjumpa Maghra. 400 00:37:28,519 --> 00:37:30,938 Pemburu ahli sihir membunuh puak Valier. 401 00:37:32,565 --> 00:37:34,233 Pasti mereka takkan berpuas hati. 402 00:37:34,316 --> 00:37:38,195 Tolonglah. Awak tak boleh beritahu mereka. Jangan. 403 00:37:40,364 --> 00:37:43,492 - Saya percayakan awak. - Bow Lion. 404 00:37:45,077 --> 00:37:46,078 Awak kenal saya. 405 00:37:47,580 --> 00:37:49,832 Awak tahu hati saya. 406 00:37:52,501 --> 00:37:53,336 Hei. 407 00:37:57,548 --> 00:37:59,300 Pergilah sebelum siang. 408 00:38:02,053 --> 00:38:04,347 Saya takkan simpan rahsia awak selepas itu. 409 00:38:31,332 --> 00:38:32,333 Kofun? 410 00:38:39,715 --> 00:38:41,258 Syukurlah. 411 00:38:43,219 --> 00:38:45,638 - Mak suruh kamu tunggu dalam bilik mak. - Saya tahu. 412 00:38:46,597 --> 00:38:47,598 Saya ada di sini. 413 00:38:51,727 --> 00:38:52,895 Mak minta maaf. 414 00:38:54,980 --> 00:38:59,318 Mak tahu pasti semua ini rasa sangat aneh dan buat kamu marah, 415 00:38:59,402 --> 00:39:01,946 dan mak janji akan jelaskan semuanya, 416 00:39:02,530 --> 00:39:05,324 tapi kamu tak boleh ingkar arahan mak begitu lagi. 417 00:39:05,408 --> 00:39:06,784 Tak selamat di sini. 418 00:39:07,910 --> 00:39:09,870 - Kakak mak orang yang... - Sibeth. 419 00:39:11,831 --> 00:39:13,541 Jangan risau. Kami dah berjumpa. 420 00:39:15,167 --> 00:39:17,253 Dia datang jumpa saya selepas perkahwinan mak. 421 00:39:21,132 --> 00:39:22,174 Kofun. 422 00:39:25,052 --> 00:39:27,263 - Jangan percayakan dia. - Kenapa? 423 00:39:28,431 --> 00:39:30,850 Bukan dia yang menipu saya sepanjang hayat saya. 424 00:39:33,936 --> 00:39:35,438 Ia bukan semudah itu. 425 00:39:36,939 --> 00:39:38,691 Mak khianati suami sendiri malam ini. 426 00:39:39,984 --> 00:39:42,945 Mak khianati kami semua dan ini bukan kali pertama. 427 00:39:44,363 --> 00:39:48,200 Mak boleh dedahkan diri kepada pemburu ahli sihir semasa kami kecil. 428 00:39:48,743 --> 00:39:50,953 Mak boleh selamatkan Alkenny. 429 00:39:51,037 --> 00:39:52,747 Kita tak perlu habiskan sepanjang hidup larikan diri. 430 00:39:52,830 --> 00:39:56,959 Kakak mak takkan terima anak-anak yang boleh melihat yang bukan anaknya sendiri. 431 00:39:58,586 --> 00:40:00,880 Dia akan bunuh kita semua. 432 00:40:00,963 --> 00:40:03,466 Mak cuba melindungi kamu dengan cara terbaik yang mak tahu. 433 00:40:03,549 --> 00:40:05,718 - Dengan menipu kami. - Sudah tentu dengan menipu kamu. 434 00:40:05,801 --> 00:40:07,511 Kebenaran akan buat kamu dibakar. 435 00:40:07,595 --> 00:40:08,596 Tak. 436 00:40:09,597 --> 00:40:14,935 Mak benci kami. Mak benci kami boleh melihat. Mak selalu rasa begitu. 437 00:40:15,936 --> 00:40:18,981 Sebab itu mak sangat marah apabila mak tahu kami belajar membaca. 438 00:40:20,316 --> 00:40:21,317 Betul, bukan? 439 00:40:22,985 --> 00:40:27,114 Mak tak nak bercakap dengan kami. Mak cakap kami takkan kenal diri sendiri. 440 00:40:27,865 --> 00:40:30,326 Mak kenal diri mak sendiri? 441 00:40:32,620 --> 00:40:33,788 Sebab saya tak kenal diri saya. 442 00:40:35,206 --> 00:40:39,669 Kamu dan Haniwa milik dunia yang mak tak faham. 443 00:40:41,379 --> 00:40:44,757 Mak takut suatu hari nanti ia akan rampas kamu daripada mak. 444 00:40:49,095 --> 00:40:50,388 Nampaknya ia dah lakukannya. 445 00:40:56,185 --> 00:40:57,937 Apa mak nak buat tentang Haniwa dan ayah? 446 00:41:01,107 --> 00:41:03,484 Lord Harlan dah hantar seseorang untuk cari mereka. 447 00:41:10,282 --> 00:41:13,619 Baiklah, saya yakin suami baru mak begitu tekad cari suami lama mak. 448 00:41:47,361 --> 00:41:51,699 Awak tanya jika saya ingat berapa kali saya dah membunuh. 449 00:41:55,453 --> 00:41:58,873 Ia seperti saya bertanya berapa kali awak bernafas hari ini. 450 00:42:14,597 --> 00:42:18,559 Semasa ratu tinggalkan saya berdarah hingga mati… 451 00:42:21,228 --> 00:42:23,022 saya sangat kecewa. 452 00:42:25,024 --> 00:42:29,111 Tak mati… tapi bukan lagi bersama orang yang hidup. 453 00:42:33,407 --> 00:42:34,867 Kemudian… 454 00:42:36,744 --> 00:42:37,953 tiba-tiba… 455 00:42:40,748 --> 00:42:42,083 saya melihat sesuatu. 456 00:42:46,504 --> 00:42:47,838 Awak tahu apa yang saya nampak? 457 00:42:54,345 --> 00:42:55,763 Saya nampak banyak wajah. 458 00:42:58,265 --> 00:43:01,560 Saya nampak wajah-wajah… 459 00:43:02,186 --> 00:43:07,900 setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang saya dah bunuh dan seksa. 460 00:43:11,904 --> 00:43:13,447 Saya dengar jeritan mereka. 461 00:43:16,158 --> 00:43:17,910 Saya boleh rasa kesakitan mereka. 462 00:43:23,457 --> 00:43:26,168 Tapi di kalangan semua wajah itu… 463 00:43:28,796 --> 00:43:34,468 saya tak nampak wajah isteri atau anak saya. 464 00:43:39,390 --> 00:43:45,604 Saya tiada di sana semasa Ratu Kane lemaskan mereka di katil. 465 00:43:52,778 --> 00:43:54,030 Tapi… 466 00:43:56,949 --> 00:44:01,537 saya bunuh semua wajah itu. 467 00:44:04,332 --> 00:44:09,211 Selama bertahun-tahun, awak berjuang untuk kejahatan. 468 00:44:12,506 --> 00:44:15,343 Sekarang awak perlu berjuang untuk kebaikan. 469 00:44:19,930 --> 00:44:22,350 Awak tak patut halang gadis itu. 470 00:44:29,940 --> 00:44:34,028 Baiklah. Jangan berhenti lagi. Kita akan berjalan hingga sampai ke Pennsa. 471 00:44:34,987 --> 00:44:35,988 Jangan takut. 472 00:44:37,823 --> 00:44:41,619 Awak akan ada banyak peluang untuk mati. 473 00:44:43,412 --> 00:44:44,622 Kita semua akan ada peluang itu. 474 00:44:47,124 --> 00:44:51,545 Saya selalu terfikir hakikat yang saya dapat melihat dan awak tak 475 00:44:52,338 --> 00:44:54,173 adalah sesuatu yang memisahkan kita. 476 00:44:55,841 --> 00:44:58,052 Saya fikir ada jurang antara kita. 477 00:44:58,678 --> 00:45:02,765 Tapi setiap kali saya rasa tak berdaya, 478 00:45:03,974 --> 00:45:09,188 di Rumah Kesedaran, di Trivantes, ayah akan sentiasa jumpa saya. 479 00:45:12,650 --> 00:45:17,363 Kamu anak perempuan ayah. Kofun anak lelaki ayah, Maghra isteri ayah. 480 00:45:18,239 --> 00:45:22,785 Selagi ayah hidup, tiada apa-apa akan memisahkan kita. Betul. 481 00:45:26,914 --> 00:45:28,499 Saya tahu saya tak jadikannya mudah. 482 00:45:31,419 --> 00:45:32,628 Betul. 483 00:45:34,338 --> 00:45:36,215 Dari sini, perlukan dua hari untuk ke Pennsa. 484 00:45:38,884 --> 00:45:41,387 Ayah rasa bagaimana keadaan di, Pennsa? 485 00:45:43,222 --> 00:45:44,223 Sibuk. 486 00:45:46,475 --> 00:45:48,185 Ayah rasa ibu akan jadi seperti apa? 487 00:45:50,146 --> 00:45:51,981 - Dia akan jadi seperti Maghra. - Betul. 488 00:45:53,899 --> 00:45:55,818 Kita kenal dia? 489 00:47:03,177 --> 00:47:05,179 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid