1 00:00:01,005 --> 00:00:02,049 Baba, sayangku… 2 00:00:02,132 --> 00:00:03,133 maafkan saya. 3 00:00:03,217 --> 00:00:05,385 Saya berkabung untuk ibu semalam. 4 00:00:05,469 --> 00:00:07,513 Hari ini, dia hidup sebagai puteri. 5 00:00:07,596 --> 00:00:09,806 Perkahwinan ini akan beri faedah kepada kita. 6 00:00:10,307 --> 00:00:12,643 Ini Pennsa? Memang selalu sunyi begini? 7 00:00:12,726 --> 00:00:13,727 Tak pernah begini. 8 00:00:13,810 --> 00:00:14,978 Saya orang Alkenny yang terakhir. 9 00:00:15,062 --> 00:00:16,438 Bow! 10 00:00:17,231 --> 00:00:18,273 Mak! 11 00:00:19,024 --> 00:00:21,652 - Bagaimana mak boleh berkahwin hari ini? - Mak tak boleh menghentikannya. 12 00:00:21,735 --> 00:00:24,363 Puteri Maghra dan Lord Harlan, 13 00:00:24,446 --> 00:00:26,657 kamu sahkan penyatuan ini. 14 00:00:26,740 --> 00:00:30,994 Saya akan yakinkan majlis untuk meminta persidangan diplomatik dengan Payan. 15 00:00:31,078 --> 00:00:32,663 Trivantian tak nak berdamai! 16 00:00:32,746 --> 00:00:35,082 ia akan beri kita masa untuk bawa satu atau dua pasukan ke timur. 17 00:00:35,165 --> 00:00:36,583 Kami nak awak merentas sempadan. 18 00:00:36,667 --> 00:00:38,210 - Apa barangnya? - Anaknya. 19 00:00:38,293 --> 00:00:40,087 Anggaplah ia hadiah perkahwinan. 20 00:00:40,170 --> 00:00:42,673 Kebanyakan perkara yang baik bermula dengan keinginan. 21 00:00:42,756 --> 00:00:44,383 - Jangan percayakan dia. - Kenapa? 22 00:00:44,466 --> 00:00:46,802 Bukan dia yang menipu saya sepanjang hayat saya. 23 00:00:46,885 --> 00:00:48,929 Dari sini, perlukan dua hari untuk ke Pennsa. 24 00:00:49,012 --> 00:00:50,639 Ayah rasa ibu akan jadi seperti apa? 25 00:00:50,722 --> 00:00:51,890 Dia akan jadi seperti Maghra. 26 00:00:51,974 --> 00:00:53,392 Kita kenal dia? 27 00:01:02,359 --> 00:01:04,403 Terima kasih datang jumpa beta. 28 00:01:04,486 --> 00:01:08,240 Tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih janjikan sokongan. 29 00:01:08,323 --> 00:01:10,409 Kapten Gosset, bagaimana dengan kiraan? 30 00:01:11,243 --> 00:01:14,913 Kota kara kita di Hareburr dan Currlye berjanji beri 25 tentera. 31 00:01:14,997 --> 00:01:17,457 Lebnin berjanji beri 30 tentera lagi. 32 00:01:17,541 --> 00:01:22,296 Lebnin anggap ia penghormatan, bukan hanya tugas, tuanku. 33 00:01:22,796 --> 00:01:26,675 Saya menyokong tuanku, seperti ayah saya sokong ayahanda tuanku. 34 00:01:28,260 --> 00:01:30,512 Apabila kita gabungkannya dengan tentera Pennsa... 35 00:01:33,432 --> 00:01:37,519 Altoona tak beri apa-apa? Bolehkah begitu? 36 00:01:38,228 --> 00:01:39,730 Lord Diego, bukan? 37 00:01:40,397 --> 00:01:44,610 Tuanku, Altoona bersedia dengan 20 tentera. 38 00:01:45,402 --> 00:01:47,362 Kurang sepuluh daripada Lebnin. 39 00:01:48,614 --> 00:01:50,657 Populasi bandar awak dua kali ganda lebih ramai. 40 00:01:50,741 --> 00:01:53,076 Musim menanam hampir tiba. 41 00:01:53,160 --> 00:01:56,330 Majlis perbandaran rasa pekerja ladang perlu terus menanam, 42 00:01:56,413 --> 00:01:58,040 atau kami akan berdepan kekurangan bekalan. 43 00:01:58,540 --> 00:02:03,378 Lord Diego, awak tahu apa berlaku di Kanzua? 44 00:02:03,879 --> 00:02:06,131 Kami dengar kisah tentang penderitaan tuanku. 45 00:02:07,132 --> 00:02:11,303 Beritahu beta, jika beta musnahkan rumah awak di depan awak, 46 00:02:12,429 --> 00:02:16,850 lemaskan semua orang yang awak kenal dan sayang, bunuh isteri dan anak-anak awak, 47 00:02:17,476 --> 00:02:19,102 adakah awak akan bimbang tentang tanaman? 48 00:02:20,979 --> 00:02:22,648 Ampun, tuanku. 49 00:02:22,731 --> 00:02:26,318 Mungkin kita patut ke Altoona dan siasat. 50 00:02:29,738 --> 00:02:31,740 [memberi isyarat] Puak Trivantian berhubung. Mereka nak jumpa. 51 00:02:31,823 --> 00:02:34,618 Lord Diego, beta tanya sekali lagi. Berapa tentera kamu beri? 52 00:02:37,579 --> 00:02:39,248 Tiga puluh orang, tuanku. 53 00:02:42,251 --> 00:02:43,252 Baiklah. 54 00:02:46,880 --> 00:02:48,298 Kapten Gosset? 55 00:02:48,382 --> 00:02:51,134 Kiraan bersambung dengan parlimen di Monroe. 56 00:02:53,136 --> 00:02:55,973 Pernah bayangkan api bercakap dengan awak? 57 00:02:57,474 --> 00:03:01,228 Apabila saya sendirian selepas ayahanda mangkat dan awak hilang, 58 00:03:02,062 --> 00:03:04,438 saya sumpah ia beritahu saya rahsia. 59 00:03:06,650 --> 00:03:09,945 Kenapa tak beritahu saya Trivantes mahukan persidangan diplomatk? 60 00:03:10,028 --> 00:03:11,405 Sebab ia tak penting. 61 00:03:12,990 --> 00:03:14,741 Bayangkan reaksi ayahanda. 62 00:03:15,617 --> 00:03:20,122 Triangle yang berkuasa takut pada saya. Merayu berdamai dengan saya. 63 00:03:20,205 --> 00:03:22,749 - Kita perlu pertimbangkannya. - Kenapa? 64 00:03:23,876 --> 00:03:27,504 Kebenaran di pihak kita. Tuhan yang memimpin perubahan. 65 00:03:27,588 --> 00:03:32,843 Ya, tapi di medan perang, semua orang perlu percaya. 66 00:03:32,926 --> 00:03:35,012 - Pada Tuhan? - Pada awak. 67 00:03:36,471 --> 00:03:40,642 Mereka perlu percaya ratu buat segalanya untuk melindungi mereka. 68 00:03:42,603 --> 00:03:44,438 Orang-orang saya akan ikut arahan. 69 00:03:45,606 --> 00:03:46,607 Sibeth. 70 00:03:48,567 --> 00:03:52,321 Tentera perlu percaya kepada tujuan, percaya kepada ratunya, 71 00:03:52,404 --> 00:03:55,866 perlu sayangkan dia hingga sanggup mati untuknya. 72 00:03:58,744 --> 00:04:04,666 Bayangkan awak boleh halang Trivantes daripada masuk ke tanah kita 73 00:04:04,750 --> 00:04:07,920 tanpa korbankan walau seorang pun tentera. 74 00:04:09,129 --> 00:04:11,298 Awak dah ada ketaatan mereka, 75 00:04:11,381 --> 00:04:14,801 tapi jika awak berjaya lakukannya, awak akan dapat kasaih sayang mereka. 76 00:04:17,971 --> 00:04:19,348 Ia tak pernah dilakukan. 77 00:04:20,432 --> 00:04:23,727 Bila kali terakhir Trivantian minta berunding? 78 00:04:24,811 --> 00:04:26,897 - Tak pernah. - Betul. 79 00:04:29,316 --> 00:04:31,985 Mungkin ada Tuhan di sisi awak bermaksud… 80 00:04:33,195 --> 00:04:37,032 awak menang perang tanpa perlu berperang. 81 00:04:48,752 --> 00:04:51,046 Trivantian tiada ratu atau raja. 82 00:04:51,129 --> 00:04:53,590 Saya tak boleh berunding dengan ahli politik biasa. 83 00:04:53,674 --> 00:04:55,259 Sudah tentu tidak. 84 00:04:56,426 --> 00:04:59,346 Tapi saya boleh pergi sebagai utusan awak. 85 00:04:59,846 --> 00:05:03,100 Sebagai ratu dan adik awak, saya boleh bercakap untuk awak. 86 00:05:10,315 --> 00:05:11,316 Baiklah. 87 00:05:18,115 --> 00:05:20,075 Terima kasih, Sibeth. 88 00:05:23,370 --> 00:05:27,082 Sudah tentu, semua perjanjian perlukan permohonan maaf formal 89 00:05:27,583 --> 00:05:30,711 dan pampasan atas serangan di Kanzua. 90 00:05:31,295 --> 00:05:35,299 Apa? Awak tahu ia mustahil. 91 00:05:37,217 --> 00:05:42,055 Kita akan menang perang tanpa berperang, bukan? 92 00:05:43,015 --> 00:05:45,267 Saya akan cakap semuanya tak mustahil. 93 00:07:13,438 --> 00:07:16,233 Awak fikir isteri awak dah mati, tapi dia masih hidup, 94 00:07:16,316 --> 00:07:18,277 dan kamu akan bersama semula sekarang. 95 00:07:18,360 --> 00:07:22,281 Awak pasti teruja. Saya teruja dan tak pernah jumpa dia. 96 00:07:22,364 --> 00:07:25,033 Sudah tentu ia rumit sekarang sebab dia puteri. 97 00:07:25,117 --> 00:07:26,451 Aneh, bukan? 98 00:07:26,535 --> 00:07:29,246 Dia tak pernah terfikir nak beritahu yang dia seorang puteri. 99 00:07:30,163 --> 00:07:33,292 Sukar untuk tak fikir kesilapan begitu sebagai penipuan. 100 00:07:33,375 --> 00:07:37,004 Jika saya jadi awak, saya akan fikir seluruh hubungan itu penipuan. 101 00:07:37,087 --> 00:07:38,797 Tapi kamu besarkan dua anak bersama-sama. 102 00:07:38,881 --> 00:07:41,425 Sukar untuk menipu sepanjang tempoh itu. 103 00:07:41,508 --> 00:07:44,970 Saya bayangkan jika jadi awak, saya pasti sangat marah. 104 00:07:45,053 --> 00:07:49,516 Saya juga keliru dan gementar. Tapi sangat gembira dia masih hidup. 105 00:07:50,017 --> 00:07:52,352 Rasanya saya tak tahu perasaan saya. 106 00:07:52,436 --> 00:07:54,938 Apa yang saya tahu? Saya tak pernah dilamun cinta. 107 00:07:55,772 --> 00:07:57,524 Mungkin sebab awak banyak bercakap. 108 00:08:20,839 --> 00:08:22,466 Rasanya dia dah mati. 109 00:08:28,472 --> 00:08:30,432 Saya boleh berlatih dengan awak. 110 00:08:31,850 --> 00:08:33,977 Lihat cara awak dengan sesuatu yang masih hidup. 111 00:08:38,190 --> 00:08:39,650 Saya hanya berlawan dengan tentera. 112 00:08:40,609 --> 00:08:42,653 Dengan ramai tentera, nampaknya. 113 00:08:43,320 --> 00:08:45,489 Marilah. Ia pasti seronok. Kita... 114 00:08:49,576 --> 00:08:50,577 Betul cakap awak. 115 00:08:51,286 --> 00:08:54,164 Ia menggembirakan. Terima kasih. 116 00:09:08,136 --> 00:09:10,180 Saya takkan ambil risiko dengan kemarahan puteri 117 00:09:10,264 --> 00:09:12,391 dengan cederakan dia. 118 00:09:14,977 --> 00:09:17,938 Pergilah. 119 00:09:24,570 --> 00:09:25,571 Toad! 120 00:09:31,201 --> 00:09:32,828 Saya gagal selamatkan adik saya. 121 00:09:35,247 --> 00:09:36,747 Saya gagal bantu ayah saya. 122 00:09:39,084 --> 00:09:41,545 Saya perlu boleh lindungi keluarga. 123 00:09:43,088 --> 00:09:45,340 Saya dah terlalu biasa orang lain lakukannya untuk saya. 124 00:09:48,176 --> 00:09:51,138 Saya yakin puteri boleh lantik jurulatih yang lebih bagus. 125 00:09:52,306 --> 00:09:54,975 Betul cakap awak. Saya akan suruh dia lantik awak. 126 00:10:04,735 --> 00:10:06,111 Kenapa saya? 127 00:10:07,279 --> 00:10:09,031 Sebab kita sangat serasi. 128 00:10:11,366 --> 00:10:13,160 Latihan saya hari ini dah berakhir. 129 00:10:27,299 --> 00:10:30,886 - Jeneral. - Leftenan, mari sini. 130 00:10:43,148 --> 00:10:45,484 - Ia tajam. - Ya. 131 00:10:46,944 --> 00:10:49,738 Besi asli. Melalui proses tempaan baru. 132 00:10:50,948 --> 00:10:54,326 Dikendalikan dengan betul, ia tak boleh dihentikan. 133 00:10:55,160 --> 00:10:57,329 Saya lengkapkan semula seluruh batalion. 134 00:10:59,957 --> 00:11:00,958 Ambil ini. 135 00:11:03,001 --> 00:11:04,419 Ini awak punya. 136 00:11:06,672 --> 00:11:07,673 Saya tak faham. 137 00:11:07,756 --> 00:11:11,385 Bukankah Triangle tawarkan rundingan keamanan kepada Payan? 138 00:11:13,845 --> 00:11:15,931 Ratu takkan tuduh negara lain secara salah 139 00:11:16,014 --> 00:11:18,183 melainkan dia nak mulakan perang. 140 00:11:18,267 --> 00:11:21,436 Rundingan damai akan gagal, dan kita akan pastikan ia gagal. 141 00:11:21,520 --> 00:11:24,982 Awak sangat lantang dengan Triangle. 142 00:11:25,691 --> 00:11:28,527 Jika ada sesuatu yang tak kena, mereka akan salahkan awak. 143 00:11:28,610 --> 00:11:30,863 Sebab itu awak akan pergi bagi pihak saya. 144 00:11:33,615 --> 00:11:38,912 Jika ada peluang untuk berdamai dengan Paya, bukankah kita patut cuba? 145 00:11:39,705 --> 00:11:42,749 Sekarang kita terlalu komited untuk tentera barat menentang Ganite. 146 00:11:42,833 --> 00:11:43,834 Wren. 147 00:11:47,671 --> 00:11:48,672 Wren. 148 00:11:49,673 --> 00:11:54,094 Ratu Payan dah semakin berani. Dia dah lupa siapa kita. 149 00:11:55,512 --> 00:12:01,518 Ia demi kebaikan republik untuk kita ingatkan dia. 150 00:12:20,078 --> 00:12:22,122 Baiklah. Arah sini. Pastikan sentiasa dekat. 151 00:12:46,522 --> 00:12:48,065 Itu Tamacti Jun. 152 00:12:52,986 --> 00:12:53,987 Tunggu di sini. 153 00:13:01,370 --> 00:13:02,371 Pergi. 154 00:13:05,332 --> 00:13:07,501 Saya dah suruh kamu tunggu hingga saya kumpulkan maklumat. 155 00:13:07,584 --> 00:13:08,877 Dia ada di sini atau tidak? 156 00:13:08,961 --> 00:13:12,798 Puteri Maghra ada di sini dan selamat buat masa sekarang. 157 00:13:13,590 --> 00:13:15,175 Ada sesuatu awak tak beritahu kami. 158 00:13:16,301 --> 00:13:19,429 Dia bersama ratu. Itu saja yang saya yakin sekarang. 159 00:13:20,138 --> 00:13:21,223 Kofun pula? 160 00:13:21,306 --> 00:13:23,058 Saya tak dengar apa-apa khabar. 161 00:13:23,141 --> 00:13:26,520 Pengiring pemburu ahli sihirnya mengembara tanpa peta kompas. 162 00:13:26,603 --> 00:13:28,730 Mungkin kita sampai dulu. 163 00:13:28,814 --> 00:13:29,898 Mari cari dia. 164 00:13:29,982 --> 00:13:31,567 Cari rumah paling tinggi. 165 00:13:31,650 --> 00:13:33,527 Ratu akan buat kubu di sana. 166 00:13:33,610 --> 00:13:34,695 Awak tak nak ikut? 167 00:13:35,195 --> 00:13:38,323 Ratu fikir saya dah mati, dan saya nak kekal begitu sekarang. 168 00:13:38,407 --> 00:13:40,742 Saya perlu berhubung dengan pemburu ahli sihir yang setia pada saya 169 00:13:40,826 --> 00:13:43,078 dan yakinkan khidmat mereka yang berterusan. 170 00:13:43,161 --> 00:13:46,039 Kita perlukan sokongan mereka jika nak berdepan dengan ratu. 171 00:13:47,457 --> 00:13:50,586 - Bagaimana kami nak cari awak? - Saya cari kamu apabila tiba masanya. 172 00:13:52,254 --> 00:13:54,214 Dekati ratu dengan berhati-hati. 173 00:13:54,298 --> 00:13:58,427 Dia bukan seperti orang yang awak pernah kenal dan awak di kerajaan dia sekarang. 174 00:13:59,303 --> 00:14:00,554 Saya boleh jaga diri sendiri. 175 00:14:00,637 --> 00:14:03,557 Ya, tapi kurang bagus tanpa kepala. 176 00:14:07,644 --> 00:14:09,313 Saya masih tak percayakan dia. 177 00:14:10,731 --> 00:14:14,860 Ayah pun sama. Tapi dia belum buat apa-apa yang mencurigakan. 178 00:14:16,445 --> 00:14:18,238 Kita tak boleh mengembara dalam kumpulan besar. 179 00:14:18,322 --> 00:14:20,449 Paris, awak tunggu di sini dengan Charlotte. 180 00:14:20,532 --> 00:14:24,203 - Kami akan cari awak selepas jumpa dia. - Saya perlu ada untuk keselamatan Haniwa. 181 00:14:24,912 --> 00:14:27,748 Siapa yang pastikan Haniwa selamat selama 17 tahun? 182 00:14:28,248 --> 00:14:29,374 Ambil ini. 183 00:14:30,125 --> 00:14:31,460 Pastikan ia selamat. 184 00:14:33,795 --> 00:14:34,838 Hati-hati, Baba. 185 00:14:45,390 --> 00:14:46,892 Pasti itu tempatnya. 186 00:14:59,446 --> 00:15:01,657 Dia pasti gembira kita ada di sini. 187 00:15:04,034 --> 00:15:06,954 - Dia puteri sekarang. - Dia masih ibu. 188 00:15:08,539 --> 00:15:12,751 Bagaimana jika tidak lagi? Bagaimana jika berada di sini mengubah dia? 189 00:15:15,504 --> 00:15:17,047 Kita akan selamatkan dia. 190 00:15:29,560 --> 00:15:32,813 Dua pengawal. Enam langkah. 191 00:15:33,313 --> 00:15:35,023 Pengarah, enam langkah. 192 00:15:42,281 --> 00:15:43,615 Kenalkan diri. 193 00:15:44,575 --> 00:15:46,076 Saya datang nak jumpa Puteri Maghra. 194 00:15:46,159 --> 00:15:48,287 Puteri tak terima tetamu di istana. 195 00:15:48,370 --> 00:15:49,371 Pergi. 196 00:15:49,997 --> 00:15:52,124 - Dia akan jumpa saya. - Saya cakap, pergi! 197 00:15:58,046 --> 00:15:59,548 Haniwa! 198 00:16:02,009 --> 00:16:03,552 - Maghra! - Mak! 199 00:16:04,761 --> 00:16:05,762 Berhenti! 200 00:16:08,265 --> 00:16:09,433 Ayah! 201 00:16:11,810 --> 00:16:12,895 Berhenti! 202 00:16:14,271 --> 00:16:15,480 Berundur. 203 00:16:23,238 --> 00:16:24,239 Baba? 204 00:16:25,032 --> 00:16:27,284 Bukan. Beruang. 205 00:16:29,995 --> 00:16:31,163 Saya jumpa awak. 206 00:16:31,246 --> 00:16:32,372 Saya tahu awak akan jumpa saya. 207 00:16:40,297 --> 00:16:42,382 - Mak. - Haniwa. 208 00:16:43,425 --> 00:16:45,052 Anak mak. 209 00:16:48,263 --> 00:16:52,309 - Saya fikir mak dah mati. - Tak mengapa. Kamu selamat sekarang. 210 00:16:52,392 --> 00:16:55,145 Saya jumpa awak. 211 00:16:55,229 --> 00:16:56,230 Maghra. 212 00:16:57,314 --> 00:16:59,816 Awak tak beritahu saya kita ada tetamu. 213 00:17:03,028 --> 00:17:04,029 Baba. 214 00:17:06,156 --> 00:17:08,951 Ini Lord Harlan. 215 00:17:09,785 --> 00:17:13,747 - Ini rumah dia. - Sayang, tolonglah. Rumah kita. 216 00:17:14,998 --> 00:17:18,460 - Apa? - Baba. Dengar. 217 00:17:18,544 --> 00:17:21,922 Baba? Awak Baba Voss? 218 00:17:22,005 --> 00:17:23,006 Betul. 219 00:17:24,841 --> 00:17:27,553 Saya Harlan, Lord Pennsa, 220 00:17:28,929 --> 00:17:31,932 dan ini memang kekok, tapi saya dah kahwini isteri awak. 221 00:17:32,516 --> 00:17:34,685 Baba. Mari naik. 222 00:17:34,768 --> 00:17:38,313 - Apa dia maksudkan? - Naiklah, dan saya akan jelaskan. 223 00:17:39,356 --> 00:17:40,357 Ayuh. 224 00:17:40,440 --> 00:17:43,026 Ya, mari naik, semua. Minum teh panas. 225 00:17:43,110 --> 00:17:46,154 Awak perlu berhenti bercakap. 226 00:17:46,738 --> 00:17:49,032 - Malangnya tidak. - Melainkan saya kelar leher awak. 227 00:17:49,700 --> 00:17:51,118 Jadikan isteri kita balu? 228 00:17:51,201 --> 00:17:54,288 Jadi, ini Baba Voss? 229 00:17:55,372 --> 00:17:56,373 Siapa itu? 230 00:17:57,416 --> 00:18:00,960 "Siapa itu?" Ratu awak. 231 00:18:02,461 --> 00:18:04,965 Selamat datang, Baba Voss. 232 00:18:06,800 --> 00:18:09,052 Beta dengar adik beta sebut nama Haniwa? 233 00:18:12,014 --> 00:18:13,931 [memberi isyarat] Tolonglah. 234 00:18:14,932 --> 00:18:15,976 Saya Haniwa. 235 00:18:31,575 --> 00:18:33,452 Doa beta dah terjawab. 236 00:18:35,204 --> 00:18:38,040 Keluarga adik beta kembali kepadanya tanpa kecederaan. 237 00:18:41,001 --> 00:18:42,252 Kesayangan beta. 238 00:18:44,213 --> 00:18:48,050 Kamu perlu sertai beta untuk makan malam. Kita perlu raikan kepulangan kamu. 239 00:18:56,016 --> 00:18:57,517 Awak rasa maksudnya sekarang? 240 00:19:01,355 --> 00:19:02,981 Baba Voss yang hebat. 241 00:19:05,776 --> 00:19:08,612 Legenda awak mendahului, dan awak tak mengecewakan. 242 00:19:09,112 --> 00:19:12,199 Awak berdepan pengawal saya seperti mereka cuma lalang tinggi. 243 00:19:12,741 --> 00:19:14,243 Mereka tak nampak begitu kuat. 244 00:19:16,703 --> 00:19:18,622 Antara tentera terbaik dunia. 245 00:19:19,289 --> 00:19:22,167 Tuanku hantar mereka buru kanak-kanak. Patutlah mereka tak boleh lawan lelaki. 246 00:19:22,251 --> 00:19:23,252 Baba. 247 00:19:25,587 --> 00:19:26,922 Tak mengapa, Maghra. 248 00:19:28,090 --> 00:19:30,217 Dia tak perlu bersopan sebab saya. 249 00:19:30,300 --> 00:19:32,594 Lagipun, kita keluarga, bukan? 250 00:19:32,678 --> 00:19:34,096 Betul. 251 00:19:35,681 --> 00:19:40,561 Lagipun, sebagai bekas tentera Trivantian dan pedagang hamba, 252 00:19:40,644 --> 00:19:43,564 memang adab di meja begini dah dapat diagak. 253 00:19:43,647 --> 00:19:44,898 Sibeth, tolonglah. 254 00:19:44,982 --> 00:19:47,860 Sekejap, awak pedagang hamba? 255 00:19:48,861 --> 00:19:51,822 Biar betul? 256 00:19:52,573 --> 00:19:54,658 Saya bukan nak menilai, tapi... 257 00:19:55,534 --> 00:19:58,287 - Tak. Saya menilai. Sangat. - Diamlah. 258 00:19:58,370 --> 00:20:00,289 Ya, Harlan. 259 00:20:00,956 --> 00:20:04,126 Diamlah. Seperti tikus. 260 00:20:04,209 --> 00:20:05,794 Saya cuma rasa ia sangat ironi 261 00:20:05,878 --> 00:20:10,716 putera Payan kahwini pedagang hamba daripada orang lain. 262 00:20:10,799 --> 00:20:12,718 Walaupun saya rasa Jerlamarel tak tinggalkan awak 263 00:20:12,801 --> 00:20:15,178 dengan banyak pilihan, bukan, Maghra? 264 00:20:15,262 --> 00:20:16,513 Abaikan awak begitu saja? 265 00:20:17,180 --> 00:20:19,182 Maaf, Lord Harlan, 266 00:20:19,266 --> 00:20:21,727 kerana berbincang tentang bekas kekasih isteri awak di depan awak. 267 00:20:21,810 --> 00:20:25,564 Tak mengapa. Kita semua ada masa silam, bukan? 268 00:20:26,481 --> 00:20:29,693 Contohnya, ia pernah jadi rumah saya. Sekarang ia rumah awak. 269 00:20:30,194 --> 00:20:32,571 Tarian hebat juga bersambung. 270 00:20:32,654 --> 00:20:34,740 Betul juga cakap awak. 271 00:20:35,866 --> 00:20:38,744 Sebab hak kelahiran saya menentukan masa silam saya dari usia muda, 272 00:20:38,827 --> 00:20:42,080 saya tiada masa silam penuh skandal yang mengujakan untuk diperkatakan. 273 00:20:42,164 --> 00:20:47,002 Rasanya saya cemburu pada Maghra. 274 00:20:48,337 --> 00:20:49,463 Kebebasan, 275 00:20:50,047 --> 00:20:52,966 walaupun ia pentingkan diri, untuk pilih laluan sendiri 276 00:20:53,050 --> 00:20:56,970 tanpa pedulikan orang lain, tak bertanggungjawab untuk sesiapa... 277 00:20:57,054 --> 00:21:01,391 Tuanku, Maghra tumpukan hidupnya 278 00:21:01,475 --> 00:21:05,354 untuk mencintai suaminya, besarkan anak-anaknya, 279 00:21:05,437 --> 00:21:07,731 dan berkhidmat untuk orang Alkenny. 280 00:21:07,814 --> 00:21:10,442 Apa pun, wanita gunung… 281 00:21:11,985 --> 00:21:15,656 sebab adik sayalah orang Alkenny mengkhianati takhta. 282 00:21:15,739 --> 00:21:17,616 Orang Alkenny tak mengkhianati takhta. 283 00:21:17,699 --> 00:21:19,284 Orang Alkenny dah pupus. 284 00:21:19,368 --> 00:21:21,912 Jika puak tersembunyi hilang, bagaimana kita nak tahu? 285 00:21:21,995 --> 00:21:23,121 Sudahlah. 286 00:21:27,125 --> 00:21:28,710 Ayahanda kita larang perbincangan 287 00:21:28,794 --> 00:21:32,506 politik di meja untuk sebab yang bagus. 288 00:21:32,589 --> 00:21:34,007 Betul. 289 00:21:34,508 --> 00:21:38,095 - Siapa nak wain lagi? - Saya. 290 00:21:39,096 --> 00:21:40,097 Kelakar. 291 00:21:40,806 --> 00:21:44,518 Semasa kita kecil, saya yang romantik. 292 00:21:45,936 --> 00:21:48,939 Maghra selalu sumpah dia takkan berkahwin, dan ini dia. 293 00:21:49,648 --> 00:21:52,734 Saya andartu, dan dia ada dua suami di meja ini. 294 00:21:55,988 --> 00:21:58,031 Beta tak bermaksud menyinggung, Baba Voss. 295 00:21:58,115 --> 00:22:02,578 Beta sangat sayang adik beta, walaupun dia tipu dan khianati beta. 296 00:22:02,661 --> 00:22:04,288 [memberi isyarat] Awak suami saya. Saya hanya cinta awak. 297 00:22:04,371 --> 00:22:06,623 Beta masih akan mati atau membunuh untuk dia. 298 00:22:07,332 --> 00:22:09,293 Beta rasa awak pun sama. 299 00:22:10,294 --> 00:22:12,087 Awak, sudah tentu, Lord Harlan. 300 00:22:12,921 --> 00:22:15,799 Saya berbesar hati ada teman yang hebat. 301 00:23:21,740 --> 00:23:24,243 Kenal suara saya? 302 00:23:38,298 --> 00:23:41,385 Mungkin tak sebab awak dah mati. 303 00:23:42,761 --> 00:23:44,179 Hanya di dalam. 304 00:23:49,142 --> 00:23:51,228 Ratu cakap awak bunuh diri. 305 00:23:53,021 --> 00:23:58,026 Ratu selalu ada masalah dengan menerima kebenaran, 306 00:23:58,110 --> 00:23:59,444 bukan? 307 00:24:02,281 --> 00:24:03,532 Jangan sebut dengan kuat. 308 00:24:10,581 --> 00:24:15,586 Jadi… apa berlaku sekarang? 309 00:24:19,131 --> 00:24:20,382 Apa? 310 00:24:30,142 --> 00:24:31,894 Kofun, Haniwa, 311 00:24:32,811 --> 00:24:36,523 kamu perlu tahu ibu kamu tak pernah berhenti cari kamu. 312 00:24:36,607 --> 00:24:40,402 Sejak saat kamu berpisah, dia hanya fikir tentang kamu. 313 00:24:41,737 --> 00:24:45,324 Malangnya dia perlu mengembara sedangkan kamu baru sampai. 314 00:24:45,407 --> 00:24:47,367 - Beta harap ia tak berlaku. - Mengembara? 315 00:24:47,451 --> 00:24:48,452 Mengembara apa? 316 00:24:48,535 --> 00:24:51,455 - Apa maksud dia? - Saya tak sempat beritahu... 317 00:24:51,538 --> 00:24:53,707 Ia misi paling penting. 318 00:24:55,042 --> 00:24:56,919 Maghra akan jadi utusan beta 319 00:24:57,002 --> 00:24:59,630 untuk terima delegasi keamanan daripada Trivantes. 320 00:24:59,713 --> 00:25:01,632 Mak akan pergi sekarang? 321 00:25:01,715 --> 00:25:05,219 Cuma beberapa hari. Mak perlu pergi. 322 00:25:05,302 --> 00:25:06,678 - Saya nak ikut. - Saya pun sama. 323 00:25:06,762 --> 00:25:08,555 - Tak boleh. - Jangan. 324 00:25:09,473 --> 00:25:11,600 Kamu ahli keluarga diraja. 325 00:25:12,142 --> 00:25:14,978 Hadiah terlalu berharga untuk Trivantian lepaskan. 326 00:25:16,146 --> 00:25:17,940 Mereka takkan tahu kami ada di sana. 327 00:25:19,149 --> 00:25:23,570 Kamu masa depan kerajaan ini dan mungkin dunia ini. 328 00:25:23,654 --> 00:25:25,781 Kami tak boleh risikokan bahaya kepada kamu. 329 00:25:25,864 --> 00:25:28,075 Betul cakap dia. Kamu tunggu di sini. 330 00:25:28,158 --> 00:25:30,494 Mak baru dapat kamu semula. Mak tak nak hilang kamu lagi. 331 00:25:30,577 --> 00:25:33,914 - Mak. - Haniwa. Dengar cakap ibu kamu. 332 00:25:33,997 --> 00:25:37,626 Maghra, Trivantian takkan hantar delegasi keamanan. 333 00:25:37,709 --> 00:25:39,336 Mereka takkan berunding. 334 00:25:39,419 --> 00:25:43,590 Beta takkan gelarkannya berunding. Mereka akan menyembah. 335 00:25:43,674 --> 00:25:46,426 Trivantian tak pernah menyembah dan mereka takkan menyembah. 336 00:25:47,302 --> 00:25:49,555 Mereka tak pernah ada musuh sebenar. 337 00:25:50,389 --> 00:25:52,516 - Tuanku? - Tuhan. 338 00:25:54,184 --> 00:25:57,312 Tentera mereka akan kelar leher Tuhan kamu dan minum darahnya. 339 00:25:57,396 --> 00:26:00,065 Tapi orang Trivantian yang berusaha untuk keamanan. 340 00:26:00,148 --> 00:26:01,692 Ia helah atau perangkap. 341 00:26:01,775 --> 00:26:04,820 Baba, kita perlu cuba. Jika ada peluang... 342 00:26:04,903 --> 00:26:06,071 Takkan ada. 343 00:26:06,154 --> 00:26:07,990 Jadi kita akan kalahkan mereka di medan perang. 344 00:26:08,073 --> 00:26:10,909 - Takkan ada peluang. - Jadi apa kami nak buat? 345 00:26:10,993 --> 00:26:14,705 Trivantian sibuk berperang dengan Ganite di barat. 346 00:26:14,788 --> 00:26:16,582 Jangan buat apa-apa untuk tarik perhatian mereka di timur. 347 00:26:16,665 --> 00:26:18,709 - Bagaimana jika dah terlambat? - Menyerah. 348 00:26:18,792 --> 00:26:20,377 Bercakap seperti Trivantian sebenar. 349 00:26:39,521 --> 00:26:41,732 Awak perlu faham. 350 00:26:41,815 --> 00:26:44,776 Saya perlukan dia untuk pastikan kita selamat. 351 00:26:44,860 --> 00:26:46,862 Cacing kecil itu tak fikir begitu. 352 00:26:47,571 --> 00:26:49,072 Ia cuma adabnya. 353 00:26:50,324 --> 00:26:54,161 Baba. Awak sentiasa percayakan saya. 354 00:26:57,164 --> 00:26:59,124 Awak pula tipu saya selama ini. 355 00:26:59,625 --> 00:27:03,086 Awak yang paling tahu kesakitan masa lalu patut dilupakan. 356 00:27:04,630 --> 00:27:06,715 Awak gembira untuk ingat semula, puteri. 357 00:27:08,175 --> 00:27:10,719 Puteri yang lari dari Paya dah mati 358 00:27:10,802 --> 00:27:13,889 pada hari saya berikrar jadi isteri awak. 359 00:27:13,972 --> 00:27:15,515 Jadi mari tinggalkan tempat ini. 360 00:27:16,892 --> 00:27:19,186 Mari bawa anak-anak kita dan kembali ke gunung. 361 00:27:19,269 --> 00:27:21,855 Kita pernah gembira di sana. Kita boleh gembira lagi. 362 00:27:21,939 --> 00:27:24,900 - Kalaulah ia semudah itu. - Ia memang mudah. 363 00:27:24,983 --> 00:27:28,612 Awak isteri saya, mereka anak-anak kita dan ini masa depan yang awak nak lupakan. 364 00:27:28,695 --> 00:27:30,697 Mereka orang-orang ayahanda saya. 365 00:27:33,492 --> 00:27:39,206 Semasa nazak dia merayu kepada saya untuk lindungi mereka daripada kakak, 366 00:27:39,289 --> 00:27:40,749 dan saya mengecewakan dia. 367 00:27:42,376 --> 00:27:46,672 Saya abaikan Paya dan ramai yang mati di tangan Sibeth. 368 00:27:50,968 --> 00:27:55,305 Hanya saya yang boleh cabar takhta dia 369 00:27:55,389 --> 00:27:57,057 dan selamatkan kerajaan. 370 00:27:59,476 --> 00:28:01,645 Jadi puteri masih tak cukup. 371 00:28:02,896 --> 00:28:04,690 Awak nak jadi ratu sekarang? 372 00:28:04,773 --> 00:28:07,651 Sehingga saya yakin keamanan berpanjangan, 373 00:28:07,734 --> 00:28:10,112 dan saya akan serahkan kuasa kepada Harlan. 374 00:28:10,195 --> 00:28:13,657 Maghra, Harlan jadikan awak alat. 375 00:28:14,241 --> 00:28:17,870 Tak. Saya yang jadikan dia alat. 376 00:28:19,621 --> 00:28:22,249 Awak dah lupa perkara yang paling penting untuk awak. 377 00:28:22,332 --> 00:28:25,711 Awak, saya, Haniwa, Kofun, kita yang paling penting. 378 00:28:25,794 --> 00:28:27,504 Saya sanggup mati untuk anak-anak. 379 00:28:27,588 --> 00:28:30,757 Saya bukan suruh awak mati untuk mereka. Saya nak awak hidup untuk mereka. 380 00:28:30,841 --> 00:28:31,842 Jika saya lari... 381 00:28:32,634 --> 00:28:35,387 Jika saya lari, jika saya buat kakak saya menentang saya lagi, 382 00:28:35,470 --> 00:28:39,266 Haniwa dan Kofun takkan selamat di mana-mana sekali pun. 383 00:28:40,851 --> 00:28:44,980 Sudah 18 tahun saya pastikan kita selamat. Saya boleh lindungi kita semua. 384 00:28:45,063 --> 00:28:47,649 - Saya tak boleh buat begitu di sini. - Saya tahu, tapi saya boleh. 385 00:28:48,192 --> 00:28:51,195 Saya boleh lindungi mereka dan awak. 386 00:28:51,278 --> 00:28:54,072 Baguslah kamu berdua di sini. 387 00:28:54,156 --> 00:28:57,659 Mari berbincang tentang aturan tempat tidur. 388 00:28:58,285 --> 00:29:01,163 Jelas sekali biasanya, 389 00:29:01,246 --> 00:29:03,332 saya tak kisah dengan aktiviti berkumpulan. 390 00:29:03,415 --> 00:29:05,667 - Harlan. - Awak rasa kenapa katil saya besar? 391 00:29:05,751 --> 00:29:07,044 Sudahlah. 392 00:29:08,712 --> 00:29:10,172 Maafkan saya. 393 00:29:10,255 --> 00:29:14,968 Hanya cuba buat keputusan terbaik daripada situasi yang rumit. 394 00:29:17,262 --> 00:29:20,724 Awak beritahu dia ini rumah saya? Ia rumah saya. 395 00:29:22,476 --> 00:29:23,560 Tiada sesiapa peduli. 396 00:29:24,353 --> 00:29:25,687 Awak mabuk. 397 00:29:26,772 --> 00:29:27,898 Ya. 398 00:29:29,024 --> 00:29:31,193 Saya rasa untuk sebab yang bagus. 399 00:29:32,110 --> 00:29:34,446 Dengar, Baba... Bab... Voss, 400 00:29:34,530 --> 00:29:38,242 Saya tak peduli apa awak buat di sini dengan isteri saya... Isteri kita. 401 00:29:38,784 --> 00:29:40,244 Tak penting. 402 00:29:40,327 --> 00:29:45,832 Tapi ia jadi masalah untuk kita jika orang tahu. 403 00:29:47,042 --> 00:29:50,379 Sekutu rahsia hanya berjalan lancar jika ia kekal rahsia. 404 00:29:50,462 --> 00:29:53,382 Jika dia tak diam, saya akan kelar leher dia. 405 00:29:53,465 --> 00:29:55,342 Dia memang begini dengan semua orang? 406 00:29:55,425 --> 00:29:57,594 Tolong tinggalkan kami. 407 00:30:00,764 --> 00:30:01,765 Baiklah. 408 00:30:04,184 --> 00:30:05,936 Akhirnya nanti, Baba Voss, 409 00:30:06,019 --> 00:30:08,522 awak akan sedar saya bukan musuh awak, 410 00:30:09,314 --> 00:30:12,109 tapi ia takkan jadikan saya kurang berbahaya. 411 00:30:14,528 --> 00:30:17,865 Saya mungkin hilang rumah, tapi ini tetap bandar saya. 412 00:30:17,948 --> 00:30:20,993 Awak perlu hati-hati dengan cara awak bercakap dengan saya. 413 00:30:36,049 --> 00:30:39,678 Saya perlukan awak. Lebih daripada sebelum ini. 414 00:30:48,020 --> 00:30:49,021 Baba? 415 00:30:53,066 --> 00:30:54,651 Apa mereka buat pada awak? 416 00:30:56,612 --> 00:30:58,113 Saya perlu dapatkan dia semula. 417 00:31:10,834 --> 00:31:13,212 Sebenarnya saya tak tahu apa yang ratu fikirkan. 418 00:31:13,712 --> 00:31:15,589 Ahli sihir dalam keluarga diraja? 419 00:31:15,672 --> 00:31:19,176 Dia fikir rakyat boleh terima? Mereka akan mogok di pagar... 420 00:31:19,259 --> 00:31:21,845 Perlahankan suara atau ratu akan kerat lidah awak. 421 00:31:30,062 --> 00:31:31,063 Peramal. 422 00:31:32,022 --> 00:31:33,398 Itu awak? 423 00:31:38,028 --> 00:31:39,821 Nama saya Paris. 424 00:31:41,365 --> 00:31:42,533 Paris. 425 00:31:44,451 --> 00:31:46,662 Saya ada mesej penting untuk puteri. 426 00:31:56,880 --> 00:31:59,550 Awak tentera yang bawa Kofun ke Pennsa. 427 00:32:00,634 --> 00:32:01,635 Ya. 428 00:32:02,636 --> 00:32:05,055 Dia beritahu saya yang lain kurang cenderung. 429 00:32:07,224 --> 00:32:09,309 Kami terima arahan. Saya cuma mematuhinya. 430 00:32:10,143 --> 00:32:13,272 Sekarang awak ikut arahan siapa? 431 00:32:14,106 --> 00:32:18,193 Selama 20 tahun, saya sumpah setia pada jeneral pemburu ahli sihir. 432 00:32:19,528 --> 00:32:21,154 Bukan tabiat mudah untuk dilupakan. 433 00:32:24,116 --> 00:32:27,035 Saya akan pastikan Mag... Puteri tahu tentangnya. 434 00:32:30,080 --> 00:32:32,207 Tempoh hari, di hutan. 435 00:32:33,876 --> 00:32:35,252 Awak sentuh saya. 436 00:32:37,671 --> 00:32:40,132 Saya terfikir apa rasanya 437 00:32:40,215 --> 00:32:43,385 tahu sesuatu perkara akan berlaku seelum ia berlaku. 438 00:32:46,722 --> 00:32:51,310 Khususnya sebab saya selalu bimbang. 439 00:32:56,398 --> 00:32:57,941 Tak pernah terfikir begitu. 440 00:32:59,067 --> 00:33:01,153 Bercakap tentang bimbang… 441 00:33:06,283 --> 00:33:10,412 Awak lindungi Kofun sebelum ini. Buat perkara sama sekarang. 442 00:33:11,496 --> 00:33:15,584 Sentiasa dekat dengan dia dan jauhkan dia daripada masalah. 443 00:33:17,753 --> 00:33:22,216 Saya yang sambut kelahirannya. Dia dah tak nak dengar cakap saya. 444 00:33:27,262 --> 00:33:28,764 Saya akan lakukannya. 445 00:33:29,890 --> 00:33:32,684 Bagus. Terima kasih. 446 00:33:32,768 --> 00:33:33,769 Tapi… 447 00:33:35,395 --> 00:33:38,148 hanya sebab awak yang minta. 448 00:33:44,988 --> 00:33:46,740 Nama awak Toad? 449 00:33:46,823 --> 00:33:48,116 Ya. 450 00:33:48,200 --> 00:33:49,993 Nama yang dungu. 451 00:33:50,953 --> 00:33:53,580 Imaginasi yang gagal daripada ibu bapa saya. 452 00:33:58,001 --> 00:33:59,002 Tunggu di sini. 453 00:34:41,712 --> 00:34:43,130 Puteri Maghra. 454 00:34:47,342 --> 00:34:49,261 Beta dengar orang mati bercakap. 455 00:34:54,016 --> 00:34:55,726 Jadi dengar betul-betul. 456 00:34:59,104 --> 00:35:00,397 Memang awak? 457 00:35:04,276 --> 00:35:05,402 Tamacti. 458 00:35:06,569 --> 00:35:10,324 Saya dengar ucapan tahniah. Ada perkahwinan berlangsung? 459 00:35:12,283 --> 00:35:15,953 Ya. Semasa awak mati, beta cuba perbetulkan keadaan. 460 00:35:16,038 --> 00:35:17,497 Dengan kahwini lord? 461 00:35:17,580 --> 00:35:22,877 Tentera Pennsa setiap kepada Harlan dan kemudian ratu. 462 00:35:24,629 --> 00:35:25,631 Baguslah. 463 00:35:26,798 --> 00:35:30,135 Kita perlukan tenaga tentera yang banyak jika nak menentang kakak tuanku. 464 00:35:30,219 --> 00:35:33,138 Kita semua bersetuju. Harlan aset yang bernilai. 465 00:35:33,222 --> 00:35:35,432 - Bila kita nak bertindak? - Saya bekerja sepantas mungkin. 466 00:35:35,515 --> 00:35:37,350 Terangkan sebab saya tak mati apabila saya bunuh diri sendiri 467 00:35:37,433 --> 00:35:39,310 semasa berkhidmat untuk ratu terbukti rumit. 468 00:35:39,394 --> 00:35:41,395 - Berapa lama lagi? - Lebih daripada sepatutnya. 469 00:35:41,480 --> 00:35:45,859 Daripada yang saya dengar, kakak tuanku hampir buat Paya berperang. 470 00:35:46,359 --> 00:35:47,653 Mungkin tidak. 471 00:35:47,736 --> 00:35:51,114 Beta yakinkan dia benarkan beta aturkan rundingan diplomatik dengan Trivantes. 472 00:35:51,198 --> 00:35:52,950 Kenapa Trivantian nak berbincang tentang berdamai 473 00:35:53,033 --> 00:35:54,868 sedangkan mereka tak pernah isytiharkan perang? 474 00:35:54,952 --> 00:35:56,078 Ia untuk berlengah, 475 00:35:56,161 --> 00:35:58,622 Untuk biarkan tentera bergerak dari kawasan barat. 476 00:35:58,705 --> 00:36:03,043 Awak cakap sendiri Trivantian sibuk di kawasan barat. 477 00:36:03,126 --> 00:36:05,671 Tak mungkin mereka berperang di barat. 478 00:36:06,672 --> 00:36:11,260 Mungkin ada peluang untuk keamanan jika mereka ada motif tersembunyi. 479 00:36:11,343 --> 00:36:15,514 Selagi kakak tuanku memegang takhta, tak mungkin ada keamanan. 480 00:36:17,766 --> 00:36:23,814 Tapi, bunuh ratu atau gulingkannya bukan sesuatu yang mudah. 481 00:36:24,773 --> 00:36:29,152 Ada banyak undang-undang yang direka untuk melindungi monarki. 482 00:36:29,236 --> 00:36:31,572 - Awak tahu undang-undang itu? - Tidak. 483 00:36:31,655 --> 00:36:32,698 Beta tahu. 484 00:36:33,782 --> 00:36:37,077 Kumpulkan ahli sihir dan biar beta yang risau tentang undang-undang. 485 00:36:37,160 --> 00:36:38,412 Tuanku ada rancangan? 486 00:36:39,872 --> 00:36:40,873 Lebih daripada satu. 487 00:36:44,167 --> 00:36:46,211 Sangat berbeza daripada tempat kita membesar. 488 00:36:46,295 --> 00:36:50,007 Awak patut lihat Trivantes. Ia buat Pennsa nampak kecil. 489 00:36:50,090 --> 00:36:52,009 Ia tempat hebat. 490 00:36:53,886 --> 00:36:57,389 Melainkan pedagang hamba dan cara mereka culik awak. 491 00:36:58,849 --> 00:37:00,559 Bukan semua Trivantian teruk. 492 00:37:05,898 --> 00:37:09,651 Saya jumpa seseorang di sana. Seseorang seperti kita. 493 00:37:12,279 --> 00:37:14,573 - Biar betul? - Ya. 494 00:37:16,241 --> 00:37:19,786 Tiada kaitan dengan Jerlamarel. Ibu bapanya buta. 495 00:37:21,705 --> 00:37:23,790 Jadi bukan hanya keturunan Jerlamarel. 496 00:37:25,709 --> 00:37:27,169 Penglihatan memang dah kembali. 497 00:37:27,878 --> 00:37:29,379 Awak seperti tak gembira. 498 00:37:29,463 --> 00:37:31,340 Lihatlah apa ia buat pada dunia. 499 00:37:32,132 --> 00:37:33,300 Lihatlah apa ia buat pada kita. 500 00:37:33,383 --> 00:37:35,469 Penglihatan memusnahkan dunia. 501 00:37:36,929 --> 00:37:38,222 Manusia. 502 00:37:40,098 --> 00:37:41,892 Mereka boleh lakukannya dengan atau tanpa penglihatan. 503 00:37:42,517 --> 00:37:44,728 Lihatlah ratu yang cuba berperang dengan Trivantes. 504 00:37:44,811 --> 00:37:48,649 Dia melindungi rakyatnya. Bukankah itu tugas ratu? 505 00:37:48,732 --> 00:37:51,443 Kenapa awak pertahankan orang yang buru kita selama ini? 506 00:37:51,527 --> 00:37:53,362 Dia tak tahu kita keluarga. 507 00:37:54,530 --> 00:37:56,990 Jika ibu bersuara, mungkin kita tak perlu bersembunyi. 508 00:37:57,074 --> 00:37:58,408 Ibu melindungi kita. 509 00:38:00,786 --> 00:38:01,787 Mungkin. 510 00:38:03,789 --> 00:38:05,457 Mungkin dia lindungi diri sendiri. 511 00:38:06,458 --> 00:38:08,710 Saya akan percaya ibu kita lebih daripada ratu. 512 00:38:09,670 --> 00:38:11,255 Bagaimana dengan Jerlamarel? 513 00:38:11,755 --> 00:38:15,509 Awak percayakan dia. Awak juga percayakan Boots. 514 00:38:17,427 --> 00:38:20,305 Awak memang nak ganggu saya sedangkan bilah ada di kepala awak? 515 00:38:21,932 --> 00:38:23,141 Maaf. 516 00:38:28,230 --> 00:38:29,273 Saya pun minta maaf. 517 00:38:32,150 --> 00:38:33,277 Untuk segalanya. 518 00:38:39,199 --> 00:38:42,119 Baiklah. Awak pasti? 519 00:38:43,120 --> 00:38:44,162 Buatlah. 520 00:38:59,761 --> 00:39:02,306 - Paris? - Ya. Di sini. Ayuh. 521 00:39:03,849 --> 00:39:04,850 Duduk. 522 00:39:06,643 --> 00:39:08,020 Duduk dengan saya. 523 00:39:11,106 --> 00:39:14,776 Perubahan pada dunia. 524 00:39:15,777 --> 00:39:17,029 Ya. 525 00:39:22,868 --> 00:39:24,119 Maafkan saya. 526 00:39:27,247 --> 00:39:29,958 Maaf saya tak beritahu tentangnya. 527 00:39:31,668 --> 00:39:33,295 Tentang identiti sebenar saya. 528 00:39:34,671 --> 00:39:39,259 Maghra, saya tahu siapa awak sebenarnya. 529 00:39:42,971 --> 00:39:47,643 Tentang ini, saya gembira awak tak beritahu saya. 530 00:39:48,560 --> 00:39:51,104 Saya takkan rahsiakannya daripada Baba. 531 00:39:51,980 --> 00:39:53,607 Dia sangat marah. 532 00:39:54,858 --> 00:39:56,777 Awak nak dia rasa apa? 533 00:39:57,778 --> 00:40:01,532 Selepas tahu isterinya kahwini orang lain? 534 00:40:02,658 --> 00:40:04,201 Saya dah jelaskan. 535 00:40:05,911 --> 00:40:10,832 Awak dah jelaskan sebab awak rahsiakan 536 00:40:10,916 --> 00:40:13,377 awak anak perempuan Kane? 537 00:40:15,546 --> 00:40:17,381 Dia tak nak dengar. 538 00:40:18,924 --> 00:40:23,387 Saya tak boleh lari daripadanya. Saya perlu terus berada di sini. 539 00:40:24,513 --> 00:40:26,265 Untuk Haniwa dan Kofun. 540 00:40:28,016 --> 00:40:30,519 Awak bertahan untuk Haniwa dan Kofun? 541 00:40:31,019 --> 00:40:32,354 Siapa lagi? 542 00:40:36,275 --> 00:40:38,151 Awak memang layak menaiki takhta. 543 00:40:41,071 --> 00:40:43,323 Ia tanggungjawab besar. 544 00:40:52,416 --> 00:40:53,417 Awak tahu… 545 00:40:57,087 --> 00:40:59,590 awak yang mulakan pengembaraan ini. 546 00:41:02,134 --> 00:41:06,013 Awak ajar Haniwa dan Kofun membaca. 547 00:41:07,848 --> 00:41:11,518 Ceritakan kepada mereka legenda hebat Jerlamarel. 548 00:41:14,271 --> 00:41:15,439 Ayah mereka. 549 00:41:19,109 --> 00:41:21,195 Saya takkan tinggalkan gunung. 550 00:41:27,117 --> 00:41:29,203 Ia cuma tunggu masa. 551 00:41:30,704 --> 00:41:33,540 Gunung takkan dapat tahan awak. 552 00:41:40,923 --> 00:41:42,341 Saya rindu awak. 553 00:42:14,831 --> 00:42:15,958 Kofun. 554 00:42:16,750 --> 00:42:18,001 Apa ayah buat di sini? 555 00:42:19,920 --> 00:42:21,255 Mendengar bunyi dunia. 556 00:42:22,798 --> 00:42:24,091 Apa yang ayah dengar? 557 00:42:26,301 --> 00:42:28,136 Semuanya. Mari sini. 558 00:42:31,598 --> 00:42:33,433 Tutup mata kamu. 559 00:42:36,019 --> 00:42:37,729 Biar bunyi memenuhi minda kamu. 560 00:42:42,693 --> 00:42:45,612 Apa yang kamu dengar? 561 00:42:48,991 --> 00:42:50,367 Tak dengar apa-apa. 562 00:42:50,868 --> 00:42:52,619 Tiada apa-apa tak pernah tiada apa-apa. 563 00:42:53,245 --> 00:42:55,247 Ketiadaan juga adalah bunyi untuk memberitahu. 564 00:43:01,378 --> 00:43:02,379 Ayah. 565 00:43:03,839 --> 00:43:06,300 Diam, ayah tahu. Ayah dengar ia datang. 566 00:43:07,301 --> 00:43:08,677 Tenang. 567 00:43:10,387 --> 00:43:12,639 Ia bernafas perlahan. Ia bukan nak memburu. 568 00:43:16,059 --> 00:43:19,980 Lihatlah. Ia menyertai yang lain. 569 00:43:27,070 --> 00:43:28,447 Ayah marah ibu? 570 00:43:34,786 --> 00:43:37,372 Apa yang ibu kamu buat, dia buat untuk kamu dan adik kamu. 571 00:43:40,626 --> 00:43:42,044 Bagaimana pula untuk ayah? 572 00:43:49,134 --> 00:43:51,720 Ayah yakin kamu nak campak Harlan dari bumbung semasa kamu sampai. 573 00:43:54,014 --> 00:43:55,265 Saya ada fikirkannya. 574 00:44:00,062 --> 00:44:01,647 Ayah tak boleh biar Harlan menang. 575 00:44:04,691 --> 00:44:06,026 Harlan tak penting. 576 00:44:07,486 --> 00:44:09,112 Tempat ini tak penting. 577 00:44:10,364 --> 00:44:11,740 Kita bersama semula. 578 00:44:14,409 --> 00:44:16,870 Ayah cuma perlu fikir cara untuk pergi dari sini. 579 00:44:17,955 --> 00:44:19,373 Kembali ke tempat asal kita. 580 00:44:22,292 --> 00:44:24,753 Ayah tak boleh fikirkan tempat untuk kita lagi. 581 00:44:41,645 --> 00:44:42,938 Sekejap, saya dengar. 582 00:44:44,940 --> 00:44:45,941 Beritahu ayah. 583 00:44:58,453 --> 00:44:59,454 Ya? 584 00:44:59,538 --> 00:45:02,165 Lord Harlan, kuda adik awak ditemui di kebun. 585 00:45:02,249 --> 00:45:04,001 Berpelana dan tiada penunggang. 586 00:45:05,335 --> 00:45:07,129 Dia dah biasa buat begitu. 587 00:45:07,963 --> 00:45:11,758 Kerrigan ada tabiat ambil kuda paling dekat apabila nak cepat. 588 00:45:13,093 --> 00:45:16,305 Dengar, letak ia di kandang saya. Dia akan ambil apabila pulang nanti. 589 00:45:16,805 --> 00:45:21,852 Tuan, beg ini tergantung pada pelana dengan mesej untuk awak. 590 00:45:46,960 --> 00:45:48,212 Tidak. 591 00:45:50,672 --> 00:45:51,673 Tidak. 592 00:46:29,253 --> 00:46:30,295 Apa yang berlaku? 593 00:46:41,473 --> 00:46:43,600 Kenapa? Apa yang berlaku? 594 00:46:45,602 --> 00:46:46,854 Kerri. 595 00:46:48,355 --> 00:46:49,606 Kerrigan. 596 00:46:51,358 --> 00:46:52,651 Saya minta maaf. 597 00:47:10,335 --> 00:47:11,336 Kofun? 598 00:47:13,547 --> 00:47:14,798 Awak dah selesakan diri? 599 00:47:16,008 --> 00:47:17,259 Ya, terima kasih. 600 00:47:25,350 --> 00:47:26,560 Awak nak sedikit? 601 00:47:29,730 --> 00:47:30,731 Baiklah. 602 00:47:48,665 --> 00:47:52,336 Ibu awak. Rumah ini. 603 00:47:53,587 --> 00:47:55,380 Pasti banyak perlu diterima. 604 00:47:58,675 --> 00:47:59,676 Betul. 605 00:48:15,984 --> 00:48:17,402 Ada yang mengganggu awak? 606 00:48:19,863 --> 00:48:21,740 Saya terlupa yang awak boleh melihat. 607 00:48:24,493 --> 00:48:27,913 Rasanya awak boleh nampak kesakitan saya? 608 00:48:29,414 --> 00:48:30,415 Ya. 609 00:48:32,209 --> 00:48:33,919 Ia anugerah yang hebat. 610 00:48:38,674 --> 00:48:40,884 Maksudnya saya tiada pilihan kecuali percaya awak. 611 00:48:43,178 --> 00:48:44,805 Sebab ia rahsia. 612 00:48:45,889 --> 00:48:46,890 Kofun. 613 00:48:48,684 --> 00:48:50,102 Ia rahsia antara kita. 614 00:48:51,019 --> 00:48:53,230 Sudah tentu. Baiklah. 615 00:49:05,158 --> 00:49:06,702 Saya keguguran. 616 00:49:13,917 --> 00:49:15,502 Dia telah dirampas daripada saya. 617 00:49:17,880 --> 00:49:19,214 Saya bersimpati. 618 00:49:28,265 --> 00:49:29,766 Apabila orang dapat tahu... 619 00:49:29,850 --> 00:49:33,645 Di kampung kami, ia selalu berlaku. Semua orang faham. 620 00:49:35,439 --> 00:49:36,940 Ini bukan kampung awak. 621 00:49:38,192 --> 00:49:40,152 Saya juga bukan ibu Alkenny. 622 00:49:40,235 --> 00:49:43,197 Saya berdiri depan penduduk bandar dan isytiharkan anak ini. 623 00:49:43,280 --> 00:49:45,824 Anak yang boleh melihat yang takkan dilahirkan. 624 00:49:48,202 --> 00:49:51,622 Mereka akan fikir saya... Saya bukan lagi orang terpilih. 625 00:49:52,956 --> 00:49:54,791 Saya bukan lagi ratu Tuhan. 626 00:49:56,084 --> 00:49:57,252 Terus-terang saja. 627 00:49:59,338 --> 00:50:03,467 Mereka akan faham. Mereka akan simpati, seperti saya. 628 00:50:03,550 --> 00:50:05,010 Maafkan saya. 629 00:50:05,093 --> 00:50:06,178 Terima kasih. 630 00:50:09,014 --> 00:50:10,349 Terima kasih, Kofun. 631 00:50:14,728 --> 00:50:19,191 Saya akan mengaku. Saya di sini sebab nak buka hati pada seseorang. 632 00:50:21,652 --> 00:50:24,780 Saya dapat rasa yang saya memang boleh percayakan awak. 633 00:50:26,114 --> 00:50:27,699 Saya dapat rasainya sejak kita bertemu. 634 00:50:28,784 --> 00:50:30,869 Awak rasa boleh percaya saya? 635 00:50:36,500 --> 00:50:37,501 Entahlah. 636 00:50:40,796 --> 00:50:43,549 Sebab pemburu ahli sihir bunuh orang-orang awak? 637 00:50:43,632 --> 00:50:44,633 Ya. 638 00:50:49,054 --> 00:50:51,557 Saya harap boleh bantu awak faham 639 00:50:51,640 --> 00:50:56,270 jika saya tahu ia Maghra dan anak-anaknya, 640 00:50:56,895 --> 00:50:57,896 saya... 641 00:50:59,314 --> 00:51:01,817 - Saya tak nak awak benci saya, Kofun. - Saya tak kenal awak. 642 00:51:01,900 --> 00:51:04,653 Tapi saya nak awak kenal saya! 643 00:51:05,946 --> 00:51:07,948 Jadi ratu sangat sunyi. 644 00:51:11,368 --> 00:51:15,247 Dah lama saya sendirian, saya takut hilang kemampuan untuk ada hubungan. 645 00:51:16,874 --> 00:51:19,042 Tapi saya dah rasa terhubung dengan awak. 646 00:51:19,626 --> 00:51:23,714 Ada sesuatu tentang awak yang buat saya tenang. 647 00:51:24,506 --> 00:51:26,258 Ia memenuhi saya dengan harapan. 648 00:51:28,677 --> 00:51:29,678 Harapan untuk apa? 649 00:51:30,470 --> 00:51:31,972 Masa depan Paya. 650 00:51:32,806 --> 00:51:34,474 Saya takkan hidup selamanya. 651 00:51:34,558 --> 00:51:39,897 Suatu hari nanti kerajaan mungkin akan jadi tanggungjawab awak. 652 00:51:40,522 --> 00:51:43,483 Ia beban yang terlalu berat untuk wanita atau lelaki biasa. 653 00:51:44,026 --> 00:51:49,114 Saya cuma bertahan sebab selama saya memegang takhta, 654 00:51:49,198 --> 00:51:54,119 sentiasa ada orang di sisi saya, di dalam diri saya… 655 00:51:56,705 --> 00:51:58,957 yang membimbing setiap pergerakan saya. 656 00:51:59,791 --> 00:52:02,586 - Awak bercakap tentang Tuhan? - Ya, Kofun. 657 00:52:03,253 --> 00:52:05,088 Tanpa Tuhan, kita bukan sesiapa. 658 00:52:07,132 --> 00:52:09,801 Saya akan tunjuk pada awak 659 00:52:09,885 --> 00:52:12,387 - cara cari bimbingan Tuhan… - Sibeth. 660 00:52:12,471 --> 00:52:14,598 …supaya awak kenal suaranya apabila awak perlukannya, 661 00:52:14,681 --> 00:52:16,433 dan dia akan kenal suara awak. 662 00:52:18,977 --> 00:52:23,190 Dengar. Untuk mendengarnya, awak perlu merasainya dulu. 663 00:52:30,197 --> 00:52:33,367 Biar habanya menghangatkan awak, seperti Dewa Api menghangatkan bumi. 664 00:52:33,450 --> 00:52:34,952 Oh, ya. Rasai dia. 665 00:52:39,248 --> 00:52:40,249 Ya. 666 00:52:41,708 --> 00:52:43,168 Rasai saya, Kofun. 667 00:52:45,087 --> 00:52:49,174 Berasmara dengan saya dan awak akan temui Tuhan. 668 00:52:50,259 --> 00:52:52,678 Ya. Rasai saya. 669 00:52:53,637 --> 00:52:54,846 Rasai saya. 670 00:54:06,877 --> 00:54:08,879 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid