1 00:00:01,005 --> 00:00:03,091 Trivantian tiada ratu atau raja. 2 00:00:03,175 --> 00:00:04,927 Saya tak boleh berunding dengan ahli politik biasa. 3 00:00:05,010 --> 00:00:06,345 Sudah tentu tidak. 4 00:00:06,428 --> 00:00:08,180 Tapi saya boleh pergi sebagai utusan awak. 5 00:00:08,263 --> 00:00:10,599 Saya perlu boleh lindungi keluarga. 6 00:00:10,682 --> 00:00:13,185 Saya yakin puteri boleh lantik jurulatih yang lebih bagus. 7 00:00:13,268 --> 00:00:14,436 Saya akan suruh dia lantik awak. 8 00:00:14,520 --> 00:00:16,270 Saya Harlan, Lord Pennsa, 9 00:00:16,355 --> 00:00:19,525 dan ini memang kekok, tapi saya dah kahwini isteri awak. 10 00:00:20,859 --> 00:00:23,320 Triangle tawarkan rundingan keamanan kepada Payan. 11 00:00:23,403 --> 00:00:26,448 Rundingan damai akan gagal, dan kita akan pastikan ia gagal. 12 00:00:26,532 --> 00:00:29,117 Jika ada sesuatu yang tak kena, mereka akan salahkan awak. 13 00:00:29,201 --> 00:00:31,245 Sebab itu awak akan pergi bagi pihak saya. 14 00:00:31,328 --> 00:00:33,288 Mungkin ada Tuhan di sisi awak bermaksud 15 00:00:33,372 --> 00:00:36,416 awak menang perang tanpa perlu berperang. 16 00:00:36,500 --> 00:00:39,920 Selagi kakak tuanku memegang takhta, tak mungkin ada keamanan. 17 00:00:40,003 --> 00:00:42,339 Dia melindungi rakyatnya. Bukankah itu tugas ratu? 18 00:00:42,422 --> 00:00:44,967 Kenapa awak pertahankan orang yang buru kita selama ini? 19 00:00:45,050 --> 00:00:47,052 Ia rahsia, Kofun. 20 00:00:47,135 --> 00:00:48,136 Ia rahsia antara kita. 21 00:00:48,220 --> 00:00:51,348 Beg ini tergantung pada pelana dengan mesej untuk awak. 22 00:01:10,324 --> 00:01:12,326 - Paris. - Tolong! Kami dikhianati! 23 00:01:12,410 --> 00:01:14,287 - Paris. - Penceroboh! Bangun! 24 00:01:14,370 --> 00:01:15,371 Paris! 25 00:01:15,872 --> 00:01:17,915 Haniwa. 26 00:01:19,333 --> 00:01:22,170 Ibu kamu, Baba. Mereka tak boleh pergi. 27 00:01:22,253 --> 00:01:24,130 Mereka dah pergi. Apa yang berlaku? 28 00:01:25,131 --> 00:01:26,632 Saya bermimpi tentang pengkhianatan. 29 00:01:29,051 --> 00:01:32,930 Darah dan pengkhianatan, Haniwa. 30 00:01:36,684 --> 00:01:39,103 Okey. Awak tunggu di sini. 31 00:01:44,025 --> 00:01:45,526 Awak tak boleh hantar orang lain? 32 00:01:45,610 --> 00:01:48,571 Siapa yang saya patut hantar? Awak nak saya percaya pemburu ahli sihir? 33 00:01:48,654 --> 00:01:50,198 Awak boleh tunggang kuda? 34 00:01:50,281 --> 00:01:51,866 Kofun boleh tunggang. Adakah ia terlalu sukar? 35 00:01:51,949 --> 00:01:54,619 - Sudahlah. Saya akan ikut awak. - Awak memperlahankan saya. 36 00:01:54,702 --> 00:01:56,621 - Ambilkan saya kuda! - Charlotte! 37 00:01:57,580 --> 00:01:58,873 Tiada masa. 38 00:02:02,376 --> 00:02:05,463 - Janji awak akan selamat. - Saya akan buat yang terbaik. 39 00:02:07,298 --> 00:02:08,299 Saya janji. 40 00:03:52,195 --> 00:03:53,571 Rahsiakannya. 41 00:03:54,489 --> 00:03:56,324 Fokus pada semua yang dikatakan. 42 00:03:58,242 --> 00:04:00,620 Saya tak rasa perjanjian akan dicapai… 43 00:04:01,662 --> 00:04:05,500 tapi jika awak nampak delegasi kita semakin lemah, awak boleh bertindak. 44 00:04:06,876 --> 00:04:07,877 Baik, tuan. 45 00:04:12,131 --> 00:04:13,132 Awak terganggu. 46 00:04:15,968 --> 00:04:18,221 Saya faham ratu mahukan perang, 47 00:04:19,055 --> 00:04:21,933 tapi cubaan berdamai tak buat kita rugi apa-apa. 48 00:04:22,016 --> 00:04:25,520 Setiap hari kita tunggu untuk menyerang akan buat dia tingkatkan kuasanya. 49 00:04:26,395 --> 00:04:28,231 Dah ramai tentera yang terkorban tahun ini. 50 00:04:29,232 --> 00:04:31,025 Awak mewakili saya di persidangan. 51 00:04:32,276 --> 00:04:35,738 Delegasi lain akan hati-hati dengan awak, tapi mereka juga akan dengar cakap awak. 52 00:04:36,239 --> 00:04:37,907 Tiada sesiapa akan dengar cakap leftenan. 53 00:04:41,828 --> 00:04:45,289 Sebab itu saya jadikan awak kapten. 54 00:04:54,340 --> 00:04:56,509 Orang Payan bunuh orang kita. 55 00:04:56,592 --> 00:04:58,469 Berbanding balas dendam untuk kematian mereka, 56 00:04:58,553 --> 00:05:01,556 Triangle nak kita merayu pada musuh. 57 00:05:03,224 --> 00:05:04,225 Wren. 58 00:05:04,976 --> 00:05:08,813 Kadangkala untuk berkhidmat dengan baik pada republik, 59 00:05:08,896 --> 00:05:10,565 awak perlu mengelak daripada kerajaannya. 60 00:05:11,607 --> 00:05:14,569 Rundingan itu perlu gagal. Faham? 61 00:05:15,319 --> 00:05:16,320 Ya, tuan. 62 00:05:18,865 --> 00:05:21,033 Delegasi dah nak beredar. Ambil ini. 63 00:05:22,326 --> 00:05:23,578 Jika awak lapar. 64 00:06:25,598 --> 00:06:26,724 Awak okey? 65 00:06:27,725 --> 00:06:30,937 Kerrigan memang tetap akan terbunuh suatu hari nanti. 66 00:06:33,606 --> 00:06:38,194 Saya gembira dia terbunuh semasa berkhidmat untuk puteri, isteri saya… 67 00:06:39,946 --> 00:06:43,491 bukan semasa menyeberang sempadan dengan membawa bahan terlarang. 68 00:06:48,788 --> 00:06:50,123 Saya nak minum lagi. 69 00:06:51,207 --> 00:06:54,460 Kita boleh minum semasa kita buat ucap selamat dengan delegasi Trivantian. 70 00:06:54,544 --> 00:06:57,338 Awak boleh lakukannya dengan orang tak guna itu. Saya minum untuk adik saya. 71 00:06:57,421 --> 00:06:58,589 - Harlan. Kita... - Maaf. 72 00:06:59,799 --> 00:07:01,968 Awak tak perlu minta maaf. 73 00:07:02,677 --> 00:07:05,805 Tapi banyak yang dipertaruhkan dan jika awak tak boleh bekerjasama… 74 00:07:05,888 --> 00:07:09,058 - Saya tahu pertaruhannya. Ia bandar saya. - …awak perlu beritahu saya. 75 00:07:12,687 --> 00:07:13,688 Saya okey. 76 00:07:15,648 --> 00:07:20,319 Jika gagal, Sibeth akan dapat perangnya, dan Trivantians akan musnahkan kita. 77 00:07:22,238 --> 00:07:25,491 Saya baru dapat keluarga saya. Saya tak nak mereka diancam bahaya. 78 00:07:26,993 --> 00:07:27,994 Saya pun sama. 79 00:07:34,083 --> 00:07:36,419 Sebenarnya, hanya awak ahli keluarga yang saya ada sekarang. 80 00:07:39,046 --> 00:07:40,715 Agak menyedihkan, bukan? 81 00:08:18,753 --> 00:08:20,630 Dah 12 kali awak hilang kepala hari ini. 82 00:08:20,713 --> 00:08:22,131 Saya halang awak dua kali. 83 00:08:23,174 --> 00:08:26,427 Kami akan ikat tali di kubur awak untuk ingat pencapaian hebat itu. 84 00:08:30,097 --> 00:08:31,557 Bagaimana awak lakukannya? 85 00:08:31,641 --> 00:08:34,227 Ia seperti awak tahu apa saya nak buat sebelum saya lakukannya. 86 00:08:34,310 --> 00:08:35,686 Pergerakan adalah bahasa. 87 00:08:37,271 --> 00:08:39,398 Menari, berperang, berasmara. 88 00:08:39,899 --> 00:08:42,318 Ia cuma tubuh yang bercakap dengan satu sama lain. 89 00:08:42,985 --> 00:08:45,488 Saya cuba ajar awak mendengar, 90 00:08:45,988 --> 00:08:48,074 tapi awak asyik pukul pedang saya. 91 00:08:51,536 --> 00:08:52,537 Tutup mata. 92 00:08:55,373 --> 00:08:56,791 Rasanya saya belum bersedia. 93 00:08:56,874 --> 00:08:58,251 Percayalah, awak memang tak sedia. 94 00:08:59,127 --> 00:09:01,003 Tapi nampaknya penglihatan tak membantu awak. 95 00:09:01,754 --> 00:09:04,549 Jadi sama ada ia mencederakan awak atau awak memang tak berguna. 96 00:09:05,341 --> 00:09:07,093 Saya cuma nak tahu mana satu. 97 00:09:07,176 --> 00:09:08,219 Ayuh. 98 00:09:20,481 --> 00:09:21,482 Okey. 99 00:09:31,409 --> 00:09:32,410 Pedang saya terjatuh... 100 00:09:32,493 --> 00:09:33,536 Berhenti! 101 00:09:33,618 --> 00:09:34,619 Apa... 102 00:09:48,050 --> 00:09:49,051 Berita baik. 103 00:09:49,927 --> 00:09:51,220 Awak mungkin bukan tak berguna. 104 00:09:52,388 --> 00:09:54,640 - Tapi latihan kita tamat hari ini. - Tak, saya nak buat lagi. 105 00:09:54,724 --> 00:09:56,934 Lebih baik awak cari orang lain untuk berlawan. 106 00:10:19,999 --> 00:10:21,501 Itu kain rentang Payan. 107 00:11:25,815 --> 00:11:27,066 Komander Watts 108 00:11:27,150 --> 00:11:29,152 dari Empayar Trivantian. 109 00:11:32,488 --> 00:11:34,699 Kapten Gosset dari kerajaan Payan. 110 00:11:36,033 --> 00:11:38,494 Seperti budaya antara kedua-dua bangsa kita, 111 00:11:38,578 --> 00:11:41,789 tentera perlu tempatkan kompeni mereka di luar kem. 112 00:11:42,415 --> 00:11:45,251 Orang lain yang masuk tak boleh bawa senjata. 113 00:11:45,334 --> 00:11:46,335 Setuju. 114 00:11:46,961 --> 00:11:50,131 Tentera kami periksa delegasi awak dan tentera awak periksa delegasi kami. 115 00:11:51,174 --> 00:11:52,175 Setuju. 116 00:11:53,301 --> 00:11:54,844 Mari mulakan. 117 00:12:03,686 --> 00:12:04,771 Selamat. 118 00:12:07,106 --> 00:12:09,400 - Selamat. - Seterusnya. 119 00:12:16,491 --> 00:12:17,492 Selamat. 120 00:12:22,246 --> 00:12:23,331 Selamat. 121 00:12:31,589 --> 00:12:32,590 Selamat. 122 00:12:41,098 --> 00:12:42,433 Selamat. 123 00:12:55,113 --> 00:12:56,114 Selamat. 124 00:12:58,533 --> 00:12:59,534 Selamat. 125 00:12:59,617 --> 00:13:00,618 Awak okey. 126 00:13:00,701 --> 00:13:03,371 - Angkat tangan. Tinggi lagi. - Angkat tangan. 127 00:13:06,958 --> 00:13:09,001 - Apa ini? - Seterusnya. 128 00:13:15,007 --> 00:13:16,008 Chet-chet. 129 00:13:20,304 --> 00:13:22,974 Haniwa? Apa kamu buat di sini? 130 00:13:23,057 --> 00:13:24,725 Saya ada mesej daripada Paris. 131 00:13:25,852 --> 00:13:26,936 Perlahan. Turun ke sini. 132 00:13:27,019 --> 00:13:29,856 - Bila kamu belajar tunggang kuda? - Saya tak belajar. 133 00:13:30,565 --> 00:13:32,692 - Ia sangat menyakitkan. - Apa Paris cakap? 134 00:13:32,775 --> 00:13:36,028 Dia cakap kamu akan dikhianati. Kita patut beredar, sekarang. 135 00:13:36,112 --> 00:13:38,614 Jika beredar daripada persidangan itu, kita akan menjamin perang. 136 00:13:38,698 --> 00:13:39,991 Dia bermimpi tentangnya, mak. 137 00:13:40,074 --> 00:13:41,325 Dia nampak sangat yakin. 138 00:13:41,409 --> 00:13:43,119 Firasat Paris mungkin jadi kenyataan, 139 00:13:43,202 --> 00:13:46,038 tapi jika kita berundur, beribu-ribu orang akan mati. 140 00:13:46,122 --> 00:13:47,248 Itu memang pasti. 141 00:13:49,167 --> 00:13:50,168 Ayah. 142 00:13:52,462 --> 00:13:54,422 Ibu kamu akan uruskan urusan kita. 143 00:13:54,505 --> 00:13:57,550 Kita akan sentiasa dekat untuk bersedia jika pengkhianatan berlaku. 144 00:13:59,177 --> 00:14:00,178 Terima kasih. 145 00:14:04,140 --> 00:14:05,391 Dia pernah silap. 146 00:14:05,892 --> 00:14:07,351 Paris atau ibu? 147 00:14:08,311 --> 00:14:09,312 Kedua-duanya. 148 00:14:10,480 --> 00:14:12,023 Mujurlah kamu datang. 149 00:14:12,106 --> 00:14:13,691 Cari tempat tinggi. Teruskan memerhati. 150 00:14:13,775 --> 00:14:14,776 Okey. 151 00:14:41,427 --> 00:14:43,805 Pengawal saya beritahu awak mulakan latihan menunggang. 152 00:14:45,264 --> 00:14:46,933 Saya gembira mendengarnya. 153 00:14:48,184 --> 00:14:49,393 Dengan penglihatan awak… 154 00:14:51,479 --> 00:14:53,856 pasti awak boleh menunggang dengan cepat. 155 00:14:55,650 --> 00:14:56,859 Mengujakan. 156 00:14:57,985 --> 00:14:58,986 Saya terfikir, 157 00:14:59,821 --> 00:15:01,239 jika awak boleh bawa saya menunggang? 158 00:15:15,670 --> 00:15:17,255 Ia sangat bermakna untuk saya. 159 00:15:22,426 --> 00:15:23,427 Awak okey? 160 00:15:26,764 --> 00:15:28,224 Baguslah. 161 00:16:02,675 --> 00:16:05,553 Dah lama saya tak rasa bebas begini. 162 00:16:07,096 --> 00:16:10,057 Biar betul? Awak ratu. 163 00:16:12,226 --> 00:16:13,978 Jangan salah anggap antara kuasa dengan kebebasan. 164 00:16:17,607 --> 00:16:19,233 Kedudukan ini buat saya terikat dengan rakyat, 165 00:16:19,317 --> 00:16:22,320 tapi ia juga buat saya sentiasa terpinggir. 166 00:16:26,032 --> 00:16:27,200 Bunyinya seperti sangat sunyi. 167 00:16:29,118 --> 00:16:31,245 Semua orang ikut arahan saya… 168 00:16:32,872 --> 00:16:35,082 tapi tiada sesiapa ketawa dengan saya… 169 00:16:37,460 --> 00:16:38,878 bertanya perasaan saya. 170 00:16:38,961 --> 00:16:40,505 Adakah saya gembira? Sedih? 171 00:16:41,255 --> 00:16:44,008 Saya ratu. 172 00:16:46,135 --> 00:16:51,140 Dah lama sejak seseorang layan saya dengan kasih sayang ringkas dan jujur. 173 00:17:02,235 --> 00:17:03,236 Terima kasih. 174 00:17:10,493 --> 00:17:11,661 Kita patut teruskan? 175 00:17:28,052 --> 00:17:31,681 Selama bertahun-tahun konflik berdarah berterusan antara kita. 176 00:17:31,764 --> 00:17:34,517 Tapi untuk sekian lama, keamanan telah dicapai. 177 00:17:34,600 --> 00:17:37,520 Sekarang kami dengar ratu kamu sedang membentuk ahli majlis perang. 178 00:17:38,855 --> 00:17:39,981 Dengar, 179 00:17:40,940 --> 00:17:44,777 ia akan jadi hari malang untuk orang Payan jika kami balas dengan perang. 180 00:17:45,820 --> 00:17:48,781 Tapi kami tak nak berperang. 181 00:17:48,865 --> 00:17:51,200 Mungkin apabila kamu jelaskan kelakuan ratu kamu, 182 00:17:51,284 --> 00:17:53,703 kita boleh mencapai penyelesaian kurang berdarah. 183 00:17:53,786 --> 00:17:57,165 Ratu cuma beri respons kepada sikap agresif Trivantian. 184 00:17:57,748 --> 00:18:00,168 Tentera kamu menceroboh tanah kami, 185 00:18:00,251 --> 00:18:03,463 merampas bandar sempadan dan jadikan rakyat kami hamba. 186 00:18:03,963 --> 00:18:05,923 Jika tuduhan awak benar, 187 00:18:06,006 --> 00:18:08,301 kita boleh berbincang tentang penempatan. 188 00:18:08,384 --> 00:18:13,014 Tapi undang-undang Trivantian melarang pembawa hamba melintasi sempadan timur. 189 00:18:13,848 --> 00:18:16,142 Kami juga tak pernah rampas bandar Payan 190 00:18:16,642 --> 00:18:20,187 melainkan sebagai balasan kepada serangan tentera 191 00:18:20,271 --> 00:18:22,063 dan penyeludupan di sempadan kami. 192 00:18:22,148 --> 00:18:23,649 Sukar untuk bercakap tentang sempadan 193 00:18:23,733 --> 00:18:28,237 apabila kerajaan awak asyik ubah peta peninjau, 194 00:18:28,321 --> 00:18:30,698 mendakwa wilayah Payan sebagai wilayah kamu sendiri. 195 00:18:30,782 --> 00:18:34,118 Cuma nak mengesahkan, ini tuduhan rasmi? 196 00:18:34,202 --> 00:18:35,578 Ia fakta. 197 00:18:36,162 --> 00:18:37,330 Ayah kenal suara itu. 198 00:18:38,664 --> 00:18:40,082 Itu Wren. 199 00:18:40,166 --> 00:18:42,043 Wanita yang selamatkan kita di Trivantes. 200 00:18:45,546 --> 00:18:47,298 Bunyinya seperti kamu gembira bertemu dia. 201 00:18:49,759 --> 00:18:50,760 Betul. 202 00:18:57,391 --> 00:18:59,101 Kamu selalu pilih jalan yang sukar. 203 00:19:06,150 --> 00:19:07,985 Jika ada pertikaian sempadan yang mudah, 204 00:19:08,069 --> 00:19:11,989 mungkin kamu patut periksa semula peta dan setuju dengan wilayah kami. 205 00:19:12,073 --> 00:19:13,658 Ya, tapi… 206 00:19:15,910 --> 00:19:18,704 setiap perdamaian perlu bersama permohonan maaf secara rasmi 207 00:19:18,788 --> 00:19:20,289 untuk serangan di Kanzua. 208 00:19:20,790 --> 00:19:23,376 Permintaan maaf? Tak mungkin. 209 00:19:23,459 --> 00:19:26,087 Kami takkan minta maaf untuk sesuatu yang kami tak buat. 210 00:19:26,170 --> 00:19:29,173 Kamu musnahkan empangan dan cuba bunuh ratu kami. 211 00:19:29,257 --> 00:19:30,591 Kami tak buat begitu! 212 00:19:30,675 --> 00:19:33,094 Sudahlah. Kami terima permohonan maaf biasa. 213 00:19:33,177 --> 00:19:36,514 Kami kuasa tentera paling kuat di benua ini. 214 00:19:36,597 --> 00:19:39,267 Jika kami nak ratu kamu mati, dia pasti dah mati. 215 00:19:39,350 --> 00:19:41,769 Kekuatan itu yang buat kamu satu-satunya negara 216 00:19:41,853 --> 00:19:44,021 yang mampu lakukan serangan itu pada Kanzua. 217 00:19:44,105 --> 00:19:46,691 Ramai rakyat yang benci ratu kamu. 218 00:19:47,525 --> 00:19:49,902 Saya takkan terkejut jika serangan itu 219 00:19:49,986 --> 00:19:51,946 dilakukan orang-orangnya sendiri. 220 00:19:52,029 --> 00:19:56,200 Apa pun, kami takkan bertanggungjawab untuk apa yang kami tak buat, 221 00:19:56,284 --> 00:20:00,079 sama seperti kami bersedia untuk bertindak untuk melindungi negara kami. 222 00:20:00,997 --> 00:20:03,416 Contohnya, Lord Harlan, 223 00:20:03,958 --> 00:20:06,085 kami tak sembunyikan fakta kami penggal kepala adik awak 224 00:20:06,169 --> 00:20:08,838 selepas kami tangkap dia mengintip bandar kami. 225 00:20:09,839 --> 00:20:11,507 Malah, 226 00:20:11,591 --> 00:20:13,968 kami hantar semula kepala dia sebagai tanda penghormatan. 227 00:20:14,969 --> 00:20:17,972 Kami cuba lakukannya dengan cepat, tapi dia tak nak bekerjasama. 228 00:20:21,184 --> 00:20:23,352 - Kapten Gosset! - Saya akan bunuh awak! 229 00:20:23,853 --> 00:20:24,937 Ayuh! 230 00:20:27,106 --> 00:20:28,733 Baiklah. Cukup. 231 00:20:28,816 --> 00:20:29,984 Awak dah gila? 232 00:20:30,067 --> 00:20:31,986 - Tak guna! - Saya nak dia ditangkap sekarang! 233 00:20:32,069 --> 00:20:35,156 Persidangan keamanan ini di tanah tanpa pemilik. Tiada tangkapan boleh dibuat! 234 00:20:35,239 --> 00:20:37,116 - Tak guna! - Maafkan saya. 235 00:20:37,200 --> 00:20:38,618 Jangan minta maaf pada mereka. 236 00:20:38,701 --> 00:20:40,995 Persidangan ini hanya buang masa. Ia dah tamat. 237 00:20:41,078 --> 00:20:43,122 Awak nak beredar? Alamak! 238 00:20:43,998 --> 00:20:45,458 Jumpa lagi. Selamat malam. 239 00:20:45,541 --> 00:20:48,461 Semoga bermimpi indah, tak guna. 240 00:21:15,279 --> 00:21:19,200 - Paris. - Biasanya orang potong kayu api di luar. 241 00:21:21,285 --> 00:21:22,745 Saya berlatih gunakan pedang. 242 00:21:24,080 --> 00:21:28,501 Awak buat gerakan sama berulang kali sehingga ia jadi melulu. 243 00:21:29,377 --> 00:21:32,130 Dalam perang, tiada masa untuk berfikir. 244 00:21:33,923 --> 00:21:36,050 Toad ajar awak begitu? 245 00:21:36,134 --> 00:21:38,052 Tak, ia peraturan asas perang. 246 00:21:44,183 --> 00:21:45,184 Ingat… 247 00:21:46,853 --> 00:21:50,189 ada senjata yang lebih berkuasa daripada pedang. 248 00:21:51,441 --> 00:21:54,402 Belas kasihan, kasih sayang... 249 00:21:54,485 --> 00:21:56,279 Kasih sayang takkan selamatkan rakyat kita. 250 00:22:01,159 --> 00:22:03,119 Saya dapat rasa awak berbeza, Kofun. 251 00:22:05,455 --> 00:22:07,165 Terlalu banyak kemarahan. 252 00:22:07,832 --> 00:22:09,750 Sudah tentu saya marah. 253 00:22:10,626 --> 00:22:12,545 Saya ditipu sepanjang hidup. 254 00:22:20,428 --> 00:22:21,929 Awak habiskan masa dengan ratu. 255 00:22:23,973 --> 00:22:27,894 Hati-hati, sayang. 256 00:22:28,853 --> 00:22:30,021 Ratu ini… 257 00:22:32,857 --> 00:22:34,650 buat sesuatu demi kepentingan dirinya. 258 00:22:36,903 --> 00:22:37,904 Kepentingan dirinya sendiri. 259 00:22:38,571 --> 00:22:41,115 Atau mungkin dia cuma berhati-hati tentang orang yang dia boleh percaya. 260 00:22:47,163 --> 00:22:49,832 Sekurang-kurangnya dia tak berpura-pura jadi orang yang tak sepatutnya. 261 00:22:52,376 --> 00:22:53,377 Saya sibuk, Paris. 262 00:23:04,597 --> 00:23:06,682 Kamu berdua perlu bertenang. 263 00:23:07,183 --> 00:23:08,684 Tiada malapetaka berlaku. 264 00:23:09,310 --> 00:23:10,311 Tiada malapetaka? 265 00:23:11,229 --> 00:23:13,189 Awak hampir mulakan perang. 266 00:23:13,272 --> 00:23:15,733 Saya lalui masa yang teruk, memandangkan... 267 00:23:15,817 --> 00:23:18,611 Masa teruk awak telah menamatkan peluang untuk rundingan damai. 268 00:23:18,694 --> 00:23:21,739 Jika betul, kenapa Trivantian belum beredar? 269 00:23:25,034 --> 00:23:28,162 Maghra, awak tiada pengalaman. 270 00:23:29,247 --> 00:23:30,581 Satu lagi, Boo-Boo, 271 00:23:30,665 --> 00:23:34,043 rasanya awak bukan orang yang berunding untuk elakkan perang. 272 00:23:34,127 --> 00:23:36,587 Jadi kamu perlu percayakan saya apabila saya cakap 273 00:23:36,671 --> 00:23:38,506 kita akan dapat tahu sesuatu yang penting. 274 00:23:38,589 --> 00:23:39,590 Apa? 275 00:23:39,674 --> 00:23:42,802 Trivantian mungkin serius tentang berdamai. 276 00:23:42,885 --> 00:23:44,679 Mereka takkan berunding semula. 277 00:23:44,762 --> 00:23:46,889 Ya, mereka akan berunding semula. 278 00:23:46,973 --> 00:23:48,808 Tapi rundingan itu tak penting. 279 00:23:49,767 --> 00:23:53,688 Paling penting adalah perjanjian sebelum berunding. 280 00:23:55,106 --> 00:23:56,441 Apa maksud awak? 281 00:23:58,651 --> 00:24:00,945 Apa yang awak dah buat tanpa kebenaran saya? 282 00:24:01,028 --> 00:24:02,905 Saya bertindak dengan nama awak 283 00:24:02,989 --> 00:24:06,200 dan kelebihan untuk awak, puteri. 284 00:24:06,284 --> 00:24:08,786 Kita ada pertemuan dengan Duta Scopus malam ini. 285 00:24:08,870 --> 00:24:09,954 Ia pertemuan rahsia, 286 00:24:10,037 --> 00:24:14,876 jauh dari suasana agresif, ancaman dan intipan Torrance. 287 00:24:16,752 --> 00:24:18,421 Kita buat rundingan damai malam ini, 288 00:24:19,630 --> 00:24:23,593 dan pura-pura lakukannya sekali lagi di meja rundingan esok. 289 00:24:26,012 --> 00:24:27,722 Kamu tak boleh pergi ke rundingan itu. 290 00:24:27,805 --> 00:24:29,056 Apa? 291 00:24:29,640 --> 00:24:32,143 Maksud awak pertemuan saya, yang saya aturkan untuk diri sendiri? 292 00:24:32,226 --> 00:24:33,478 Rasanya saya akan teruskan. 293 00:24:33,561 --> 00:24:36,314 Tak. Awak akan berdepan satu lagi masa yang teruk, 294 00:24:36,397 --> 00:24:38,608 awak dan Maghra akan mati di sana. 295 00:24:38,691 --> 00:24:39,692 Saya akan pergi dengan dia. 296 00:24:39,776 --> 00:24:40,943 Oh, ya. 297 00:24:41,027 --> 00:24:44,822 Pengkhianat Trivantian yang dikehendaki kerana membunuh. Apa yang lebih teruk? 298 00:24:44,906 --> 00:24:47,492 Sudahlah. 299 00:24:52,705 --> 00:24:55,249 Lord Harlan, itu kali terakhir 300 00:24:55,333 --> 00:24:58,711 awak berunding apa-apa bagi pihak saya tanpa minta kebenaran saya. 301 00:24:58,795 --> 00:24:59,921 Faham? 302 00:25:01,881 --> 00:25:03,674 - Faham? - Ya. 303 00:25:05,718 --> 00:25:07,011 Sekarang. 304 00:25:09,055 --> 00:25:10,515 Ini cara kita untuk teruskannya. 305 00:25:12,016 --> 00:25:15,019 Harlan, awak akan ikut saya untuk pertemuan itu, begitu juga Baba Voss. 306 00:25:15,103 --> 00:25:16,896 Jika awak cakap perkara tak sepatutnya, 307 00:25:16,979 --> 00:25:20,024 dia akan buat awak tak boleh bercakap lagi dengan cara yang dia suka. 308 00:25:25,363 --> 00:25:27,615 Di mana lokasi pertemuan yang awak dah aturkan? 309 00:26:32,180 --> 00:26:34,682 Awak lupa nak beritahu awak ahli keluarga diraja Payan. 310 00:26:38,019 --> 00:26:41,147 Saya akan beritahu... jika saya tahu. 311 00:26:42,398 --> 00:26:43,399 Awak tak tahu? 312 00:26:44,942 --> 00:26:46,360 Ia kisah yang panjang. 313 00:26:48,321 --> 00:26:50,448 Suatau masa nanti awak perlu beritahu saya. 314 00:26:56,496 --> 00:27:01,083 Setiap kali selepas larikan diri, saya bermimpi bertemu awak semula. 315 00:27:03,085 --> 00:27:04,378 Saya tahu ia sukar. 316 00:27:07,173 --> 00:27:08,841 Negara kita nak berperang. 317 00:27:08,925 --> 00:27:10,927 Ia takkan berlaku jika persidangan ini berjaya. 318 00:27:13,888 --> 00:27:14,889 Ia takkan berjaya. 319 00:27:15,389 --> 00:27:16,599 Awak takkan tahu. 320 00:27:18,810 --> 00:27:19,811 Awak tahu? 321 00:27:20,812 --> 00:27:24,649 Jika rakyat kita berperang… 322 00:27:26,984 --> 00:27:30,029 awak akan berjuang untuk mereka, saya berjuang untuk rakyat saya. 323 00:27:30,113 --> 00:27:32,240 Kita tak boleh biar ia berlaku, Wren. 324 00:27:34,826 --> 00:27:36,577 Saya tahu ibu saya tak nak berperang. 325 00:27:38,079 --> 00:27:41,499 Saya tak pasti jika keamanan boleh dicapai… 326 00:27:43,334 --> 00:27:44,585 antara rakyat kita. 327 00:27:50,174 --> 00:27:53,719 Saya juga tak nak berlawan dengan awak. 328 00:27:55,263 --> 00:27:56,264 Wren. 329 00:28:09,110 --> 00:28:10,695 Saya takkan menentang awak. 330 00:28:34,760 --> 00:28:35,761 Scopus? 331 00:28:37,180 --> 00:28:38,181 Awak ada di sini? 332 00:28:40,349 --> 00:28:41,934 Saya nak ke mana lagi? 333 00:28:45,813 --> 00:28:48,733 Harlan. Siapa yang awak bawa bersama? 334 00:28:48,816 --> 00:28:50,651 Seperti dijanjikan, saya bawa puteri. 335 00:28:50,735 --> 00:28:52,862 - Puteri. - Duta. 336 00:28:52,945 --> 00:28:55,698 Saya nak minta maaf 337 00:28:55,782 --> 00:28:58,159 atas keberangan biadab Lord Harlan. 338 00:28:58,242 --> 00:29:01,996 Awak perbodohkan diri sendiri, Harlan, bersikap seperti kanak-kanak meragam. 339 00:29:02,079 --> 00:29:03,998 Bayangkan jika awak benar-benar cederakan Watts. 340 00:29:04,081 --> 00:29:06,459 Tolonglah. Ia bukan persidangan kecuali seseorang cedera. 341 00:29:08,044 --> 00:29:10,713 Jadi... kita nak teruskan? 342 00:29:10,797 --> 00:29:11,923 Di mana nak mulakan? 343 00:29:12,757 --> 00:29:14,467 Kami tahu kamu tak serang Kanzua. 344 00:29:14,550 --> 00:29:16,260 Puteri, saya hargai sikap berterus terang tuanku. 345 00:29:16,344 --> 00:29:18,513 Perubahan yang baru berbanding awal hari ini, 346 00:29:18,596 --> 00:29:21,516 tapi saya tak perlu datang ke sini untuk dengar perkara yang saya dah tahu. 347 00:29:21,599 --> 00:29:23,559 Jadi beta akan beritahu perkara yang awak tak tahu. 348 00:29:24,227 --> 00:29:27,897 Tak lama lagi, kakak beta takkan jadi ratu lagi. 349 00:29:30,233 --> 00:29:31,317 Saya mendengar. 350 00:29:31,818 --> 00:29:34,737 Ratu tak jadi diri sendiri sejak Kanzua musnah. 351 00:29:34,821 --> 00:29:38,991 Dia menderita dengan teruk dan penilaiannya dipersoalkan. 352 00:29:39,075 --> 00:29:40,535 Penilaian tuanku lebih waras? 353 00:29:40,618 --> 00:29:42,703 Takkan ada pemenang dalam perang antara negara kita. 354 00:29:42,787 --> 00:29:44,789 Saya yakin akan ada pemenangnya. 355 00:29:44,872 --> 00:29:47,917 Tuanku minta kerajaan saya minta maaf atas serangan yang kami tak buat. 356 00:29:48,000 --> 00:29:50,294 Apabila beta jadi ratu, beta akan nafikan permohonan maaf itu 357 00:29:50,378 --> 00:29:51,712 dan pastikan kebenaran didedahkan. 358 00:29:51,796 --> 00:29:53,589 Kenapa saya perlu bersetuju? 359 00:29:53,673 --> 00:29:55,842 Untuk sebab sama awak berada di sini. 360 00:29:55,925 --> 00:29:59,512 Kita semua tahu Triangle tak nak perang kedua berlaku. 361 00:29:59,595 --> 00:30:00,888 Awak khianati Ganite, 362 00:30:00,972 --> 00:30:03,015 dan mereka akan serang tembok kamu dalam masa beberapa minggu. 363 00:30:03,099 --> 00:30:04,684 Orang Ganite adalah lipas 364 00:30:04,767 --> 00:30:07,228 dan kami sentiasa hancurkan mereka setiap hari. 365 00:30:07,311 --> 00:30:09,856 Semua tentera itu digerakkan di barat. 366 00:30:11,107 --> 00:30:14,026 Ia kesilapan besar untuk pandang rendah kemampuan kami. 367 00:30:14,110 --> 00:30:15,361 Ya, saya tahu. 368 00:30:17,196 --> 00:30:19,907 Tapi awak tahu ratu kami mampu buat perkara begitu. 369 00:30:21,951 --> 00:30:23,244 Jadi, setuju? 370 00:30:25,580 --> 00:30:28,708 Jadi, Harlan, awak kahwini bakal ratu. 371 00:30:29,292 --> 00:30:31,377 Risiko berani, walaupun untuk awak. 372 00:30:32,086 --> 00:30:36,549 Kita semua hamba cinta sejati. 373 00:30:45,892 --> 00:30:47,477 Terima kasih kerana makan malam dengan saya. 374 00:30:48,144 --> 00:30:50,354 Begitu sunyi apabila semua orang tiada. 375 00:30:58,821 --> 00:31:02,658 Terima kasih kerana menunggang dengan saya pagi tadi. 376 00:31:04,118 --> 00:31:05,161 Ia biasa saja. 377 00:31:05,661 --> 00:31:06,829 Ia penting. 378 00:31:08,956 --> 00:31:10,291 Saya nak balas jasa awak. 379 00:31:10,374 --> 00:31:12,251 - Harmony? - Tuanku? 380 00:31:12,752 --> 00:31:13,920 Ia dah sedia? 381 00:31:14,420 --> 00:31:16,672 Ya, satu bahagian untuk setiap seorang. 382 00:31:27,433 --> 00:31:29,769 Perkhidmatan awak memang rahmat. 383 00:31:29,852 --> 00:31:30,937 Terima kasih, ratu. 384 00:31:34,941 --> 00:31:36,859 Awak pernah rasa bahan terlarang? 385 00:31:37,693 --> 00:31:39,070 Pengembara? 386 00:31:39,654 --> 00:31:40,863 Ia dilarang. 387 00:31:40,947 --> 00:31:42,281 Saya takkan dedahkan jika awak pun sama. 388 00:31:46,369 --> 00:31:48,079 Saya tak pernah rasa. 389 00:31:49,580 --> 00:31:51,958 Saya berbesar hati merasanya buat kali pertama dengan awak. 390 00:31:55,419 --> 00:31:56,796 Apa kesannya? 391 00:31:57,755 --> 00:32:02,844 Saya tak boleh jelaskan lebih bagus daripada awak boleh jelaskan pandangan. 392 00:32:05,513 --> 00:32:07,265 Saya akan beri jumlah sama yang saya ambil. 393 00:32:07,348 --> 00:32:09,642 Pastikan lelaki seperti awak boleh mengawalnya. 394 00:32:18,484 --> 00:32:19,652 Giliran saya. 395 00:32:45,011 --> 00:32:46,387 Kita tunggu sekarang. 396 00:33:18,544 --> 00:33:19,712 Saya tak rasa apa-apa. 397 00:33:25,218 --> 00:33:27,595 Untuk merasa, awak perlu menyentuh. 398 00:33:29,472 --> 00:33:30,640 Sentuh? 399 00:33:43,861 --> 00:33:45,738 Ya, saya rasa… 400 00:33:46,322 --> 00:33:47,406 Saya rasa… 401 00:33:47,490 --> 00:33:49,242 Bukan begitu, Kofun. 402 00:34:16,310 --> 00:34:18,187 Awak dapat rasa? 403 00:34:19,313 --> 00:34:20,481 Ya. 404 00:34:39,667 --> 00:34:40,960 Saya dapat rasa. 405 00:34:56,476 --> 00:34:57,643 Sibeth. 406 00:34:59,812 --> 00:35:01,063 Sibeth. 407 00:35:05,067 --> 00:35:06,736 Saya patut berhenti? 408 00:35:11,699 --> 00:35:12,699 Jangan. 409 00:36:37,368 --> 00:36:38,786 Jadi, bagaimana? 410 00:36:39,829 --> 00:36:41,831 Scopus akan setuju. Percayalah. 411 00:36:41,914 --> 00:36:44,333 - Saya tak percaya awak, dia. - Hei, Baba. 412 00:36:44,417 --> 00:36:48,379 Tanya suami awak bagaimana dia tahu apa duta Trivantian tertinggi cakap. 413 00:36:48,463 --> 00:36:51,007 Memang betul cakap dia, Harlan. Ia mencurigakan. 414 00:36:51,090 --> 00:36:52,383 Saya bukan pengintip. 415 00:36:53,092 --> 00:36:54,218 Jadi, apa? 416 00:36:56,512 --> 00:36:59,515 Cukai ratu. Ia tinggi dan dungu. 417 00:37:00,349 --> 00:37:04,520 Untuk pastikan kota ini berkubu dan rakyat diberi makanan pada masa sukar, 418 00:37:04,604 --> 00:37:08,316 saya perlu buat perjanjian tak dijangka tanpa kebenaran ratu. 419 00:37:09,150 --> 00:37:10,777 Ia bahan terlarang. Arang. 420 00:37:11,360 --> 00:37:12,612 Jadi, awak langgar undang-undang? 421 00:37:13,154 --> 00:37:16,574 Comel. Ya, saya langgar undang-undang demi rakyat sendiri. 422 00:37:18,618 --> 00:37:20,912 Awak patut ambil bahagian sepatutnya untuk usaha awak. 423 00:37:20,995 --> 00:37:23,706 Yang sepatutnya. Saya ambil risiko. 424 00:37:25,208 --> 00:37:28,377 Kita semua ada masa silam yang dipersoalkan, bukan? 425 00:37:28,878 --> 00:37:30,630 Awak patut bersyukur dengan masa silam saya, 426 00:37:30,713 --> 00:37:33,549 sebab jika tidak kita pasti sedang berperang sekarang. 427 00:37:34,050 --> 00:37:39,388 Jadi, Baba Voss, melainkan awak ada ugutan lain untuk saya, 428 00:37:39,472 --> 00:37:40,765 saya nak tidur. 429 00:37:41,599 --> 00:37:44,602 Kita perlu pura-pura berunding untuk berdamai pagi esok. 430 00:37:46,062 --> 00:37:48,397 Ia hari yang panjang. Kita semua patut tidur. 431 00:37:50,149 --> 00:37:51,818 Kita boleh sambung bergaduh esok. 432 00:37:53,152 --> 00:37:54,237 Maaf. 433 00:37:56,114 --> 00:37:57,406 Jangan halang saya. 434 00:37:58,032 --> 00:37:59,033 Tidak. 435 00:38:00,368 --> 00:38:02,161 Cara kita tidur di tempat tertutup memang berbeza, 436 00:38:02,245 --> 00:38:04,622 tapi Scopus baru buat perjanjian 437 00:38:04,705 --> 00:38:07,750 dengan bakal ratu Maghra dan bakal rajanya, Harlan. 438 00:38:08,417 --> 00:38:10,586 Tak boleh biarkan apa-apa buat kita keliru, bukan? 439 00:38:20,555 --> 00:38:21,764 Jika awak sentuh dia… 440 00:38:25,560 --> 00:38:28,229 Suatu hari nanti, saya akan benarkan awak habiskan ayat itu. 441 00:38:29,313 --> 00:38:30,731 Saya akan tidur di luar dengan awak. 442 00:38:33,818 --> 00:38:34,819 Apa? 443 00:38:41,492 --> 00:38:43,286 Dia tak guna, tapi betul cakap dia. 444 00:38:45,830 --> 00:38:48,082 Saya tak nak jadi sebab awak gagal. 445 00:38:51,419 --> 00:38:53,337 Lagipun terlalu sejuk untuk awak tidur di luar. 446 00:38:54,630 --> 00:38:55,631 Masuklah. 447 00:38:57,967 --> 00:38:59,051 Awak pasti? 448 00:39:00,595 --> 00:39:01,637 Ya. 449 00:40:05,827 --> 00:40:08,454 Kita semua tahu Trivantes tak serang Kanzua. 450 00:40:09,413 --> 00:40:13,835 Tapi kita juga tahu ratu kamu cukup teruja untuk berperang. 451 00:40:14,752 --> 00:40:19,132 Jadi, kita berurusan dengannya seperti berurusan dengan kanak-kanak mengamuk. 452 00:40:19,966 --> 00:40:21,759 Untuk berdamai, 453 00:40:22,385 --> 00:40:24,470 kami akan berikan permohonan maaf yang dia mahukan. 454 00:40:25,471 --> 00:40:27,181 Terima kasih, duta. 455 00:40:27,265 --> 00:40:29,642 Untuk balasan penipuan dia, 456 00:40:29,725 --> 00:40:33,229 kamu akan terima sempadan seperti yang ditetapkan dalam peta kami. 457 00:40:33,729 --> 00:40:34,730 Setuju? 458 00:40:35,398 --> 00:40:38,651 Kami terima cadangan itu dan terima kasih bagi pihak orang Payan. 459 00:40:39,152 --> 00:40:40,153 Bagus. 460 00:40:40,736 --> 00:40:42,905 Kerani kami akan lukis semula peta, 461 00:40:42,989 --> 00:40:45,116 dan kita akan memeriksanya sebelum pulang esok. 462 00:40:46,868 --> 00:40:48,786 Satu lagi sebelum kita tangguhkannya. 463 00:40:49,287 --> 00:40:52,457 Tentang ratu kamu yang terima penglihatan, 464 00:40:53,833 --> 00:40:55,585 ia perlu ditamatkan. 465 00:40:56,878 --> 00:41:00,131 Jika orang boleh melihat dibenarkan berkembang dan makmur di sana, 466 00:41:00,214 --> 00:41:03,885 tiada konsesi sempadan dapat selamatkan kamu daripada kemusnahan. 467 00:41:30,703 --> 00:41:31,913 Helo, Paris. 468 00:41:35,500 --> 00:41:36,501 Helo. 469 00:41:46,135 --> 00:41:48,471 Saya rasa tak ada panggil awak sertai saya. 470 00:41:49,180 --> 00:41:50,973 Saya tak nak awak makan sendirian. 471 00:41:52,099 --> 00:41:54,268 Mungkin saya suka makan sendirian. 472 00:41:54,352 --> 00:41:56,270 Tiada sesiapa suka makan sendirian. 473 00:41:59,774 --> 00:42:05,446 Apabila saya suruh awak jaga Kofun, saya tak bermaksud jadikan dia tentera. 474 00:42:06,989 --> 00:42:08,991 Percayalah, tiada risiko untuknya. 475 00:42:09,075 --> 00:42:12,370 Saya serius. Dia dibawah jagaan awak. 476 00:42:12,870 --> 00:42:16,249 Ia tanggungjawab awak untuk membimbing dia. 477 00:42:16,332 --> 00:42:18,417 Saya ajar dia cara melindungi diri, 478 00:42:18,501 --> 00:42:19,919 - itu saja. - Toad. 479 00:42:20,002 --> 00:42:22,380 Sepanjang hidup, saya diajar untuk bunuh ahli sihir. 480 00:42:22,463 --> 00:42:24,507 Sekarang awak cakap saya perlu melindungi dia. 481 00:42:27,468 --> 00:42:28,845 Jadi, kenapa saya perlu percaya awak? 482 00:42:28,928 --> 00:42:30,847 Awak perlu percaya diri sendiri. 483 00:42:33,141 --> 00:42:36,978 Hanya awak saja bertanggungjawab untuk pilihan yang awak buat. 484 00:42:37,061 --> 00:42:38,312 Bagaimana jika pilihan saya salah? 485 00:42:39,480 --> 00:42:40,690 Awak takkan buat pilihan salah. 486 00:42:40,773 --> 00:42:41,858 Bagaimana awak tahu? 487 00:42:46,571 --> 00:42:47,572 Sebab… 488 00:42:49,615 --> 00:42:53,619 saya tahu awak lelaki yang baik… 489 00:42:57,290 --> 00:42:58,791 dengan nama yang dungu. 490 00:43:05,631 --> 00:43:06,632 Lelaki yang baik. 491 00:43:22,774 --> 00:43:23,775 Selamat pagi. 492 00:43:25,526 --> 00:43:26,527 Hai. 493 00:43:48,508 --> 00:43:50,134 Awak menyesal tentang malam tadi? 494 00:43:53,805 --> 00:43:57,183 Saya cuma tak pernah lakukannya. 495 00:44:03,606 --> 00:44:05,399 Perkara baru sentiasa menakutkan… 496 00:44:06,943 --> 00:44:08,111 tapi juga mengujakan. 497 00:44:13,366 --> 00:44:16,786 Saya tak nak buat apa-apa yang buat awak tak selesa. 498 00:44:20,665 --> 00:44:22,834 Semuanya buat saya tak selesa sekarang. 499 00:44:27,505 --> 00:44:28,756 Awak hadapi kesukaran. 500 00:44:32,009 --> 00:44:33,427 Awak tak tahu nak percaya siapa. 501 00:44:38,724 --> 00:44:40,560 Mari buat pakatan, sekarang. 502 00:44:40,643 --> 00:44:42,353 Saya takkan tipu awak. 503 00:44:45,148 --> 00:44:46,482 Awak takkan tipu saya. 504 00:44:47,692 --> 00:44:51,696 Walaupun perkara yang kita nak beritahu sangat menyakitkan untuk didengari. 505 00:44:54,323 --> 00:44:55,324 Setuju? 506 00:44:57,827 --> 00:44:58,828 Setuju. 507 00:45:06,669 --> 00:45:07,962 Keamanan ini… 508 00:45:09,714 --> 00:45:12,049 dibina dengan banyak penipuan. 509 00:45:15,678 --> 00:45:17,013 Ia takkan bertahan. 510 00:45:18,556 --> 00:45:21,142 Mungkin ada kebenaran yang hebat di sebalik semua penipuan ini. 511 00:45:25,688 --> 00:45:26,939 Apa kebenarannya? 512 00:45:29,233 --> 00:45:30,693 Tiada sesiapa mahukan perang. 513 00:45:35,907 --> 00:45:37,950 Saya harap saya juga berharap seperti awak. 514 00:45:39,577 --> 00:45:40,578 Apa pun... 515 00:45:42,747 --> 00:45:45,458 jika awak sentiasa ada, mungkin ia juga akan berubah. 516 00:49:45,782 --> 00:49:47,992 Penceroboh! Bangun! 517 00:49:49,535 --> 00:49:50,578 Apa yang berlaku? 518 00:50:24,278 --> 00:50:25,363 Komander Watts? 519 00:50:27,281 --> 00:50:28,407 Siapa itu? 520 00:50:35,998 --> 00:50:37,041 Siapa... 521 00:50:50,555 --> 00:50:54,308 Tolong! Pengawal! 522 00:50:54,392 --> 00:50:55,685 Kita dikhianati! 523 00:51:13,119 --> 00:51:14,120 Scopus. 524 00:51:16,622 --> 00:51:17,623 Maafkan saya. 525 00:51:17,707 --> 00:51:19,709 - Tidak. - Wren. 526 00:51:24,213 --> 00:51:25,548 Ayah, jangan dekat! 527 00:51:28,843 --> 00:51:31,429 Awak. Awak yang lakukannya. 528 00:51:31,512 --> 00:51:34,056 Wren. Tidak. 529 00:51:34,140 --> 00:51:35,683 Awak memang dah merancangnya. 530 00:51:35,766 --> 00:51:37,435 Tak, bukan kami. 531 00:51:37,518 --> 00:51:40,146 Awak tahu hanya saya saja yang boleh menghentikannya. 532 00:51:40,229 --> 00:51:42,440 - Wren. - Awak buat saya berada di atas sana. 533 00:51:44,567 --> 00:51:46,068 Awak pergunakan saya. 534 00:51:46,152 --> 00:51:48,613 Tidak. 535 00:51:52,533 --> 00:51:53,534 Wren, tunggu! 536 00:52:19,435 --> 00:52:21,437 Pembunuh itu ada tanda Payan. 537 00:52:25,191 --> 00:52:26,192 Sibeth. 538 00:52:31,614 --> 00:52:32,615 Tak guna! 539 00:52:34,450 --> 00:52:36,160 Dia takkan benarkan rundingan ini. 540 00:52:36,244 --> 00:52:39,997 Persingan ini cuma cara untuk dia mulakan perang yang kita tak boleh hentikan. 541 00:52:44,043 --> 00:52:45,586 Saya hampir kagumi dia, 542 00:52:46,838 --> 00:52:49,423 jika dia bukan nak buat kita terbunuh sebenarnya. 543 00:52:49,507 --> 00:52:50,591 Kita perlu bergerak. 544 00:52:51,300 --> 00:52:54,053 Puak Trivantian akan sampai sebelum matahari terbit. 545 00:53:18,077 --> 00:53:19,078 Kofun? 546 00:53:22,248 --> 00:53:23,249 Kofun? 547 00:53:26,961 --> 00:53:27,962 Sibeth. 548 00:53:32,008 --> 00:53:33,468 Maaf kerana buat awak terjaga. 549 00:53:34,093 --> 00:53:35,470 Tak, kenapa? 550 00:53:35,553 --> 00:53:37,722 Ada sesuatu berlaku. Saya tak selamat di sini. 551 00:53:38,848 --> 00:53:41,392 Apa? Apa yang berlaku? 552 00:53:41,476 --> 00:53:44,937 Ia masih belum berlaku, tapi sesuatu akan berlaku. Saya pasti. 553 00:53:47,648 --> 00:53:49,400 Saya cuma percayakan awak. 554 00:53:57,366 --> 00:53:58,451 Awak boleh bersama saya. 555 00:54:00,787 --> 00:54:01,788 Terima kasih. 556 00:55:28,708 --> 00:55:30,042 Bagaimana perjalanan awak? 557 00:55:49,395 --> 00:55:50,855 Awak tak nampak terkejut. 558 00:55:51,939 --> 00:55:55,860 Ratu Kane nak berperang? Saya memang tak terkejut. 559 00:55:57,028 --> 00:55:58,529 Saya dah cuba beri amaran kepada Triangle. 560 00:56:01,282 --> 00:56:03,034 Semua tentera itu tak patut mati. 561 00:56:03,910 --> 00:56:06,412 Ada satu perkara lagi yang awak patut tahu. 562 00:56:09,415 --> 00:56:10,708 Serangan itu… 563 00:56:11,709 --> 00:56:13,711 Saya percaya ia diketuai Baba Voss. 564 00:56:15,254 --> 00:56:17,715 Jadi Baba dan anaknya berjuang untuk ratu sekarang. 565 00:56:19,675 --> 00:56:23,137 Saya yang bantu dia berjaya lepaskan diri. 566 00:56:24,847 --> 00:56:27,642 Jika ia tersebar, Triangle akan penggal kepala saya. 567 00:56:27,725 --> 00:56:29,310 Saya takkan beritahu mereka. 568 00:56:32,939 --> 00:56:37,068 Hanya awak yang terselamat. Triangle akan soal siasat awak. 569 00:56:39,737 --> 00:56:41,864 Soalan pertama mereka adalah 570 00:56:43,908 --> 00:56:48,121 kenapa hanya kapten saya saja yang terselamat daripada serangan itu? 571 00:56:50,748 --> 00:56:51,999 Awak fikir saya pengkhianat? 572 00:56:53,251 --> 00:56:55,503 Tak. Sudah tentu tidak. 573 00:56:56,838 --> 00:56:58,756 Saya kenal awak sejak awak kecil. 574 00:57:01,384 --> 00:57:04,387 Tapi perubahan sentiasa buat kita berada dalam bahaya. 575 00:57:04,887 --> 00:57:08,141 Jadi saya perlukan jawapan untuk soalan ini, kapten. 576 00:57:11,936 --> 00:57:14,856 Bagaimana hanya awak saja yang berjaya terlepas? 577 00:57:16,399 --> 00:57:19,110 - Saya fikir awak gembira... - Jawab. 578 00:58:06,908 --> 00:58:08,201 Sebab saya boleh melihat. 579 00:59:10,930 --> 00:59:12,932 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid