1 00:00:03,091 --> 00:00:04,676 Mari buat pakatan sekarang. 2 00:00:04,760 --> 00:00:06,428 Saya takkan tipu awak. 3 00:00:06,512 --> 00:00:08,180 Awak takkan tipu saya. 4 00:00:08,263 --> 00:00:09,598 Setuju. 5 00:00:09,681 --> 00:00:13,143 Lord Harlan, kami tak sembunyikan fakta kami penggal kepala adik awak. 6 00:00:13,227 --> 00:00:15,479 Kami hantar semula kepala dia sebagai tanda penghormatan. 7 00:00:19,983 --> 00:00:22,319 - Duta, saya nak minta maaf. - Persidangan ini hanya buang masa. 8 00:00:22,402 --> 00:00:23,946 Ia dah tamat. 9 00:00:28,492 --> 00:00:29,993 Tolong! Kita dikhianati! 10 00:00:33,330 --> 00:00:34,540 Awak yang lakukannya. 11 00:00:34,623 --> 00:00:37,167 Wren. Tidak. 12 00:00:37,251 --> 00:00:39,002 Awak pergunakan saya. 13 00:00:39,086 --> 00:00:40,963 Pembunuh itu ada tanda Payan. 14 00:00:41,630 --> 00:00:42,673 Sibeth. 15 00:00:42,756 --> 00:00:46,426 Persingan ini cuma cara untuk dia mulakan perang yang kita tak boleh hentikan. 16 00:00:47,219 --> 00:00:48,720 Serangan itu… 17 00:00:48,804 --> 00:00:50,389 Saya percaya ia diketuai Baba Voss. 18 00:00:51,682 --> 00:00:56,019 Ratu Kane nak berperang? Saya memang tak terkejut. 19 00:00:56,812 --> 00:00:58,313 Dalam masa sangat singkat… 20 00:00:58,397 --> 00:00:59,356 Bagaimana perjalanan awak? 21 00:01:01,525 --> 00:01:03,527 …kakak beta takkan jadi ratu lagi. 22 00:01:13,161 --> 00:01:17,498 Rundingan damai dah berakhir sekarang. 23 00:01:20,168 --> 00:01:23,129 Selepas kegagalan delegasi di persidangan keamanan, 24 00:01:23,213 --> 00:01:26,174 kita cuma ada satu pilihan. 25 00:01:27,300 --> 00:01:28,301 Perang. 26 00:01:30,345 --> 00:01:32,639 Ingat saat ini. 27 00:01:32,722 --> 00:01:35,683 Nama kamu akan diingati dalam sejarah Payan 28 00:01:35,767 --> 00:01:39,062 sebagai wanita dan lelaki yang berjuang bersama ratu mereka 29 00:01:39,145 --> 00:01:42,982 untuk membawa Paya ke era baru dan dirahmati. 30 00:01:43,066 --> 00:01:45,902 Dia menipu. Seseorang perlu menghalangnya. 31 00:01:47,237 --> 00:01:48,238 Bukan sekarang. 32 00:01:48,321 --> 00:01:51,241 Lord Harlan, semua wakil dah tandatangan? 33 00:01:54,619 --> 00:01:55,620 Ya. 34 00:01:56,287 --> 00:01:59,249 Tali semua wakil dah ditambah. 35 00:02:00,166 --> 00:02:03,253 Jadi, semua rakyat beta, 36 00:02:03,336 --> 00:02:05,380 kita sedang berperang sekarang. 37 00:02:05,880 --> 00:02:08,007 Pastikan kapten kamu lapor diri kepada jeneral pemburu ahli sihir beta 38 00:02:08,091 --> 00:02:09,217 untuk diberikan tugas segera. 39 00:02:09,300 --> 00:02:12,428 Ada satu lagi isu perlu dibangkitkan kepada semua ahli majlis. 40 00:02:13,805 --> 00:02:17,976 Puteri Maghra, awak sentiasa nak cakap sesuatu, bukan? Apa pula sekarang? 41 00:02:18,059 --> 00:02:19,519 Tentang pemburu ahli sihir. 42 00:02:20,812 --> 00:02:21,980 Kenapa dengan mereka? 43 00:02:23,022 --> 00:02:24,941 Mereka takkan berjuang untuk awak. 44 00:02:27,443 --> 00:02:31,489 Pemburu ahli sihir saya ikut arahan saya, seperti sepanjang pemerintahan sebelumnya. 45 00:02:31,573 --> 00:02:33,533 Mereka tentera saya. 46 00:02:33,616 --> 00:02:34,742 Tidak. 47 00:02:44,294 --> 00:02:46,754 Mereka tentera saya. 48 00:02:48,339 --> 00:02:49,549 Tamacti Jun? 49 00:02:50,133 --> 00:02:52,635 Saya gembira tuanku masih ingat saya. 50 00:02:52,719 --> 00:02:56,014 Awak masih hidup! Syukurlah, Dewa Api. 51 00:02:56,097 --> 00:02:58,141 Awak tak tahu apa beta hadapi. 52 00:02:59,017 --> 00:03:03,521 Jika tuanku nak menipu, pastikan kebenaran ditanam bersama si mati. 53 00:03:03,605 --> 00:03:08,151 - Penipuan? - Tuanku yang musnahkan Kanzua. 54 00:03:10,570 --> 00:03:11,696 Dia tipu! 55 00:03:12,780 --> 00:03:14,072 Tangkap lelaki itu. 56 00:03:15,825 --> 00:03:17,827 Beta cakap tangkap dia! 57 00:03:17,911 --> 00:03:20,872 Mereka tak berkhidmat untuk tuanku lagi. 58 00:03:22,165 --> 00:03:24,250 - Tak! - Tak! 59 00:03:24,334 --> 00:03:26,127 Tak! 60 00:03:26,211 --> 00:03:30,506 Tak! 61 00:03:30,590 --> 00:03:35,178 Tuanku yang bunuh rakyat sendiri… 62 00:03:36,804 --> 00:03:39,098 bunuh keluarga mereka. 63 00:03:41,309 --> 00:03:43,519 Keluarga saya. 64 00:03:48,983 --> 00:03:54,572 Tuanku yang cuba bunuh saya. 65 00:03:57,283 --> 00:03:59,786 Ia tuduhan yang serius, jeneral. 66 00:03:59,869 --> 00:04:02,497 Ia bukan tuduhan. Ia kebenaran. 67 00:04:04,040 --> 00:04:05,708 Sama seperti awak, Kapten Gosset, 68 00:04:06,543 --> 00:04:09,254 saya juga setia kepada keluarga diraja sepanjang hayat saya. 69 00:04:10,129 --> 00:04:11,339 Tapi ratu ini… 70 00:04:12,715 --> 00:04:13,883 wanita ini… 71 00:04:15,134 --> 00:04:17,679 benda ini 72 00:04:17,762 --> 00:04:19,222 sememangnya keji. 73 00:04:19,305 --> 00:04:20,890 Dia asyik menipu! 74 00:04:20,974 --> 00:04:23,434 Maghra, beritahu mereka yang dia menipu. 75 00:04:24,310 --> 00:04:25,728 Dia bercakap benar. 76 00:04:26,896 --> 00:04:29,190 Awak khianati orang sendiri buat kali terakhir. 77 00:04:30,567 --> 00:04:33,403 Ahli majlis ini perlu buat keputusan. 78 00:04:34,487 --> 00:04:36,906 Perang tak boleh dielakkan sekarang. 79 00:04:38,408 --> 00:04:42,328 Tapi adakah kita akan dipimpin pembunuh penipu ini… 80 00:04:43,454 --> 00:04:49,168 atau kita berjuang untuk ratu sebenar… 81 00:04:50,169 --> 00:04:51,588 Maghra? 82 00:04:54,716 --> 00:04:57,302 Jadi ini rampasan kuasa? 83 00:04:57,844 --> 00:04:59,262 Beta faham. 84 00:05:00,096 --> 00:05:02,223 Ketika bangsa kita hadapi saat genting, 85 00:05:02,307 --> 00:05:06,853 adik saya memilih berdusta dan menipu untuk merebut takhta. 86 00:05:06,936 --> 00:05:12,942 Tapi dia lupa tentera beta lebih ramai berbanding beberapa pemburu ahli sihir. 87 00:05:13,776 --> 00:05:17,071 Kapten Gosset, tangkap pengkhianat. 88 00:05:18,072 --> 00:05:19,282 Ya… 89 00:05:20,783 --> 00:05:21,784 Tidak. 90 00:05:23,702 --> 00:05:27,498 Tentera Pennsa menyokong Ratu Maghra. 91 00:05:27,582 --> 00:05:30,460 Dia bukan ratu kamu! 92 00:05:30,543 --> 00:05:32,712 Mari bersetuju untuk tak sependapat, okey? 93 00:05:33,880 --> 00:05:37,258 Saya boleh mengesahkan dakwaan dibuat oleh Tamacti Jun adalah benar. 94 00:05:37,342 --> 00:05:39,844 Saya ada saksi dari Kanzua yang akan beritahu kamu 95 00:05:39,928 --> 00:05:42,972 punca kemusnahkan bandar itu adalah disebabkan ratu. 96 00:05:44,891 --> 00:05:46,434 Ratu atau bukan, 97 00:05:46,517 --> 00:05:49,687 pengkhianatan dan pembunuhan akan dihukum dengan kematian. 98 00:05:49,771 --> 00:05:53,775 Sekejap. Beta layak dibicarakan. 99 00:05:54,359 --> 00:05:58,988 Tuanku sendiri isytiharkan perang yang tuanku terdesak mahukan. 100 00:06:00,573 --> 00:06:05,161 Dengan membuat tali deklarasi perang, 101 00:06:06,246 --> 00:06:10,041 tuanku memindahkan kuasa daripada ahli majlis… 102 00:06:12,001 --> 00:06:13,253 kepada para jeneral. 103 00:06:16,965 --> 00:06:18,466 Awak dah fikirkannya dengan teliti. 104 00:06:20,009 --> 00:06:21,427 Saya luangkan masa berfikir tentangnya. 105 00:06:24,556 --> 00:06:26,808 Terima kasih atas khidmat tuanku. 106 00:06:29,060 --> 00:06:30,186 Tunggu! 107 00:06:31,104 --> 00:06:32,730 Dia hamil. 108 00:06:36,484 --> 00:06:41,030 Sibeth gugur selepas kami tiba di Pennsa. 109 00:06:41,656 --> 00:06:43,032 Ini kandungan baru. 110 00:06:43,992 --> 00:06:45,451 Masih membentuk. 111 00:06:46,536 --> 00:06:48,913 Saya dapat rasa kehadirannya. 112 00:06:49,789 --> 00:06:53,585 Anak itu tak patut dibunuh disebabkan dosa ibunya. 113 00:06:55,670 --> 00:06:57,714 Kematiannya boleh ditangguhkan. Toad. 114 00:06:57,797 --> 00:07:00,258 Dah dua kali kamu gagal bunuh beta, Tamacti Jun. 115 00:07:00,341 --> 00:07:02,760 - Bawa dia keluar dari sini. - Ramalannya kekal sama! 116 00:07:02,844 --> 00:07:05,305 Dewa Api masih bersama beta. 117 00:07:05,388 --> 00:07:08,558 Anak ini tiba tepat pada masanya untuk selamatkan ibunya. 118 00:07:09,142 --> 00:07:12,103 Setialah kepada ratu, semua! 119 00:07:12,186 --> 00:07:15,315 Sentiasa peka sehingga ratu kamu kembali memegang takhta. 120 00:07:15,398 --> 00:07:17,859 Semua pengkhianat akan diseksa hidup-hidup. 121 00:07:17,942 --> 00:07:20,069 Kurung dia di kamar dengan kawalan pengawal. 122 00:07:21,154 --> 00:07:23,281 Biarkan dia dalam istana adalah tak bijak. 123 00:07:23,364 --> 00:07:26,117 Ia bangunan paling berkubu dalam seluruh kawasan Pennsa. 124 00:07:28,870 --> 00:07:29,871 Diam. 125 00:07:32,790 --> 00:07:34,000 Kamu dengar? 126 00:07:39,964 --> 00:07:41,507 Woodvale dah kalah. 127 00:07:49,349 --> 00:07:53,061 Kita kalahkan Woodvale tanpa kematian melibatkan Trivantian. 128 00:07:54,312 --> 00:07:57,482 Disebabkan penglihatan awak, kita sampai beberapa hari awal dari jangkaan mereka. 129 00:07:57,565 --> 00:08:00,318 Masih berjaya menghantar isyarat. 130 00:08:00,401 --> 00:08:02,529 Pennsa tahu kita dalam perjalanan. 131 00:08:02,612 --> 00:08:05,365 Ia takkan buat mereka bersedia sepenuhnya untuk berdepan batalion ini. 132 00:08:06,866 --> 00:08:09,077 Apabila ahli majlis dengar kemenangan pantas kita… 133 00:08:10,245 --> 00:08:12,330 akhirnya mereka akan meratifikasikan strategi saya. 134 00:08:13,414 --> 00:08:16,084 Maksud awak gunakan tentera yang boleh melihat? 135 00:08:21,047 --> 00:08:25,969 Jeneral, tolonglah, ahli majlis tak boleh tahu tentang saya. 136 00:08:27,428 --> 00:08:29,556 Saya takkan dedahkan tentang awak sehingga semuanya selamat. 137 00:08:30,473 --> 00:08:33,768 Wren, awak seperti anak saya. 138 00:08:34,686 --> 00:08:37,063 Saya akan melindungi awak. Saya janji. 139 00:10:07,195 --> 00:10:09,781 Tentera Trivantian sampai ke Woodvale lebih pantas daripada dijangka. 140 00:10:09,864 --> 00:10:14,118 Dalam keadaan sekarang, mereka akan sampai di Pennsa dalam lima atau enam hari. 141 00:10:14,202 --> 00:10:16,913 Bagaimana tentera mereka boleh bergerak pantas? 142 00:10:16,996 --> 00:10:19,332 Mereka ada tentera yang boleh melihat membimbing tentera mereka. 143 00:10:19,415 --> 00:10:22,502 Tentera Trivantian takkan biarkan orang yang boleh melihat selamat. 144 00:10:22,585 --> 00:10:26,047 Komander jeneral merekrut dan melatih mereka secara rahsia. 145 00:10:26,130 --> 00:10:28,758 Jika tentera Trivantian sampai ke Pennsa, kita akan kalah. 146 00:10:28,841 --> 00:10:34,055 Setuju. Greenhill Gap. Kubu itu masih aktif? 147 00:10:34,138 --> 00:10:36,057 Sudah tentu. Perkubuan lengkap, 20 tentera. 148 00:10:36,140 --> 00:10:37,475 Kita akan tingkatkan pertahanan di sini. 149 00:10:37,559 --> 00:10:40,979 Tidak. Greenhill Gap tak jauh dari Pennsa. Ia terlalu dekat. 150 00:10:41,062 --> 00:10:43,648 Ia satu-satunya tempat kita boleh menguasai tanah tinggi. 151 00:10:43,731 --> 00:10:45,275 Beri kita peluang. 152 00:10:45,358 --> 00:10:47,485 Ada apa-apa maklumat tentang jumlah mereka? 153 00:10:47,569 --> 00:10:49,654 Mereka sangat komited di barat. 154 00:10:49,737 --> 00:10:53,992 Pengintip kita jangkakan 250 orang. Tentera kecil dengan standard Trivantian. 155 00:10:54,075 --> 00:10:55,201 Lebih ramai daripada tentera kita. 156 00:10:55,952 --> 00:10:58,788 Beta nak semua tentera yang ada dan bekalkan senjata pada Paya 157 00:10:58,872 --> 00:11:01,457 di Greenhill Gap dalam masa dua hari. 158 00:11:02,125 --> 00:11:03,668 Kapten Gosset, sediakan tentera awak. 159 00:11:03,751 --> 00:11:05,920 Kita bertolak esok apabila Dewa Api muncul. 160 00:11:06,004 --> 00:11:08,047 Tak. Fikir, Maghra. 161 00:11:08,131 --> 00:11:11,175 Jika mereka memang ada tentera yang boleh melihat, kita lebih bermasalah. 162 00:11:11,259 --> 00:11:13,136 Kamu juga akan ada tentera yang boleh melihat. 163 00:11:14,053 --> 00:11:15,513 - Tidak. - Kami akan sertai. 164 00:11:16,514 --> 00:11:17,891 Kamu bukan tentera. 165 00:11:18,516 --> 00:11:21,227 Tak, kami anak-anak ratu. Ini juga peperangan kami. 166 00:11:21,311 --> 00:11:24,355 Betul cakap ayah kamu. Kamu dan adik kamu tak terlatih. 167 00:11:24,439 --> 00:11:27,233 Kamu tak boleh jangkakan kamu boleh berlawan hanya sebab boleh melihat. 168 00:11:28,026 --> 00:11:31,279 - Saya tak nak masuk campur keluarga... - Jadi jangan masuk campur. 169 00:11:31,362 --> 00:11:35,950 Tapi seperti awak asyik cakap, kita berdepan tentera lebih berkuasa. 170 00:11:38,119 --> 00:11:40,914 Kita perlukan setiap kelebihan yang kita boleh dapat dalam peperangan ini. 171 00:11:40,997 --> 00:11:43,499 Penglihatan tak beri kelebihan di medan membunuh. 172 00:11:44,042 --> 00:11:45,752 Seperti yang saya belajar daripada pengalaman dengan anak-anak sendiri, 173 00:11:45,835 --> 00:11:47,754 selalunya penglihatan mereka mengkhianati mereka. 174 00:11:47,837 --> 00:11:52,634 Tentera yang boleh melihat ini akan beri keyakinan palsu pada tentera Edo. 175 00:11:52,717 --> 00:11:54,302 Kita tak nak perkara sama berlaku kepada tentera kita. 176 00:11:54,385 --> 00:11:57,013 Edo telah membentuk sistem untuk menggunakan mereka. 177 00:11:57,096 --> 00:11:58,765 Saya dah melihatnya sendiri. 178 00:12:00,016 --> 00:12:01,809 Ayah memang pahlawan hebat… 179 00:12:03,269 --> 00:12:06,064 tapi kebenarannya ada perkara yang kami boleh buat tapi ayah tak boleh buat. 180 00:12:06,147 --> 00:12:10,026 Ia perkara sama Jerlamarel cakap sebelum ayah buat dia jadi buta. 181 00:12:11,236 --> 00:12:13,238 Ayah tak boleh melindungi kami daripada perjuangan ini. 182 00:12:13,321 --> 00:12:14,614 Ia bukan perjuangan. 183 00:12:14,697 --> 00:12:17,575 Ini pembunuhan, dan anak-anak ayah tak boleh terlibat! 184 00:12:17,659 --> 00:12:19,327 - Saya akan terlibat. - Saya akan terlibat. 185 00:12:21,162 --> 00:12:22,163 Maghra. 186 00:12:24,666 --> 00:12:27,919 - Tak boleh hantar mereka berperang. - Saya tak boleh halang mereka. 187 00:12:28,002 --> 00:12:30,588 Awak cakap awak jadi ratu untuk melindungi mereka. Ini yang awak buat? 188 00:12:30,672 --> 00:12:33,216 Awak rasa mudah untuk saya lepaskan mereka? 189 00:12:33,299 --> 00:12:36,052 Percayalah, saya hanya nak kurung mereka. 190 00:12:36,135 --> 00:12:39,222 Kurunglah mereka. Kita akan paksa mereka tak libatkan diri. 191 00:12:39,305 --> 00:12:42,100 Haniwa dan Kofun dah dewasa. 192 00:12:42,183 --> 00:12:45,853 Mereka orang dewasa yang ada pendapat dan idea sendiri. 193 00:12:51,359 --> 00:12:53,111 Sebelum ini 194 00:12:53,194 --> 00:12:57,615 seluruh dunia kita hanya ada kita berempat. 195 00:12:57,699 --> 00:12:59,742 Kita tak pernah perlukan semua ini. 196 00:13:00,618 --> 00:13:02,245 Semasa kita semua terpisah, 197 00:13:03,037 --> 00:13:05,248 awak pasti terfikir yang awak takkan dapat keluarga awak semula. 198 00:13:05,999 --> 00:13:07,417 Awak dah dapat mereka semula sekarang. 199 00:13:09,127 --> 00:13:10,795 Mari bawa anak-anak kita. 200 00:13:10,879 --> 00:13:13,590 Mari jadi keluarga semula. Ini bukan perjuangan kita. 201 00:13:13,673 --> 00:13:15,842 Tolong jangan cakap begitu. 202 00:13:15,925 --> 00:13:17,886 Ia perang yang dimulakan kakak awak! 203 00:13:17,969 --> 00:13:20,555 Tak. Kita semua dah buat pilihan yang membawa kita kepada hari ini. 204 00:13:20,638 --> 00:13:24,058 Perang sedang menanti kita dan kita perlu menghadapinya. 205 00:13:28,563 --> 00:13:31,816 Awak bercakap tentang perang seperti pernah terlibat dengannya. 206 00:13:31,900 --> 00:13:34,986 Awak tak tahu awak hantar anak-anak kita untuk apa. 207 00:13:35,069 --> 00:13:37,906 - Saya tak hantar mereka... - Awak bertanggungjawab! 208 00:13:58,218 --> 00:14:03,014 Saya buat apa saja yang boleh untuk mengelak daripada perang ini. 209 00:14:04,849 --> 00:14:08,102 Tapi sekarang saya tiada pilihan selain daripada menanginya. 210 00:14:32,126 --> 00:14:33,336 Awak tak boleh menang. 211 00:14:40,385 --> 00:14:41,594 Awak nak ke mana? 212 00:14:46,808 --> 00:14:50,436 Saya nak berperang. Dengan seluruh ahli keluarga awak. 213 00:15:00,572 --> 00:15:01,614 Awak nak kira? 214 00:15:02,240 --> 00:15:03,992 Awak tak pernah bayar kurang sebelum ini. 215 00:15:05,285 --> 00:15:07,287 Awak pula tak pernah mengecewakan. 216 00:15:09,205 --> 00:15:12,041 Selepas saya terima bayaran, kontrak dipersetuju. 217 00:15:12,125 --> 00:15:13,376 Cakaplah awak faham. 218 00:15:14,335 --> 00:15:16,546 Kita memang sentiasa perlu buat begini? 219 00:15:17,255 --> 00:15:18,673 Cakaplah awak faham. 220 00:15:18,756 --> 00:15:20,174 Saya faham. 221 00:15:20,258 --> 00:15:24,053 Kontrak tak boleh dibatalkan. Cakap awak faham. 222 00:15:25,555 --> 00:15:27,098 Saya setuju. 223 00:15:27,181 --> 00:15:28,808 Selesaikannya. 224 00:15:38,318 --> 00:15:40,570 Daripada terhendap-hendap, apa kata awak sertai saya? 225 00:15:44,782 --> 00:15:48,828 Siapa lelaki yang baru beredar? 226 00:15:51,706 --> 00:15:53,499 Berdoalah yang awak takkan pernah tahu. 227 00:16:33,873 --> 00:16:34,916 Baba? 228 00:17:37,312 --> 00:17:38,897 Saya tahu kamu ada di sana. 229 00:17:41,107 --> 00:17:46,029 Awak dah berasmara dengan saya, Kofun. Saya cam bau awak dalam tidur saya. 230 00:17:49,157 --> 00:17:50,783 Kenapa awak nampak gembira? 231 00:17:51,701 --> 00:17:53,244 Kenapa pula saya tak boleh gembira? 232 00:17:54,370 --> 00:17:57,165 Keyakinan saya dikembalikan semula. 233 00:17:57,248 --> 00:17:59,417 Ramalan kekal boleh dipercayai. 234 00:18:00,501 --> 00:18:03,671 Awak faham? Awak alat suci Dewa Api. 235 00:18:07,926 --> 00:18:08,927 Anak itu… 236 00:18:11,053 --> 00:18:12,263 anak saya? 237 00:18:16,976 --> 00:18:18,101 Beginilah… 238 00:18:23,566 --> 00:18:26,277 - Cara setiap ayah tahu. - Tak. Awak pergunakan saya. 239 00:18:26,985 --> 00:18:29,364 Saya tak ingat awak merungut. 240 00:18:30,822 --> 00:18:32,700 Tak. Berhenti! 241 00:18:50,343 --> 00:18:51,469 Apa yang awak buat? 242 00:18:53,846 --> 00:18:54,889 Apa ini? 243 00:19:00,144 --> 00:19:01,396 Hentikannya sekarang. 244 00:19:02,814 --> 00:19:03,982 Jika awak nak. 245 00:19:09,195 --> 00:19:10,780 Awak boleh tamatkan mimpi ngeri awak. 246 00:20:00,622 --> 00:20:02,749 Saya dah janji takkan tipu awak, Kofun. 247 00:20:03,708 --> 00:20:05,210 Jadi saya akan berterus terang. 248 00:20:07,795 --> 00:20:10,340 Awak masih anggap diri awak seperti kanak-kanak... 249 00:20:12,008 --> 00:20:13,843 itu yang jadikan awak lelaki lemah. 250 00:20:16,095 --> 00:20:17,931 Masanya dah sampai untuk awak jadi kuat. 251 00:20:19,474 --> 00:20:22,936 Anak ini anak awak dan awak perlu isytiharkannya. 252 00:20:24,604 --> 00:20:27,899 Tak kira sama ada awak rasa malu dan tak matang untuk lakukannya, 253 00:20:27,982 --> 00:20:30,777 bukan sebab dia anak awak, tapi sebab dia anak saya. 254 00:20:33,321 --> 00:20:37,367 Anak ini penting untuk masa depan Paya. 255 00:20:37,450 --> 00:20:40,203 - Apa maksud awak? - Saya cuba jelaskan kepada Jerlamarel, 256 00:20:40,286 --> 00:20:43,665 tapi dia fikir penglihatannya bermaksud dia tak perlukan orang lain. 257 00:20:43,748 --> 00:20:46,501 Dia boleh lari, mulakan dunia sendiri. 258 00:20:48,586 --> 00:20:51,005 Dunia ini masih milik mereka yang tak boleh melihat. 259 00:20:52,882 --> 00:20:57,470 Hanya saya, ratu yang ditahbiskan Tuhan, boleh memusnahkan kesukaran 260 00:20:57,554 --> 00:20:59,806 kepada masa depan baru yang dibimbing orang berpenglihatan. 261 00:20:59,889 --> 00:21:01,140 Awak bukan lagi ratu. 262 00:21:02,016 --> 00:21:03,601 Sudah tentu saya masih ratu. 263 00:21:03,685 --> 00:21:06,145 Semuanya akan diselesaikan. Ia kehendak Tuhan. 264 00:21:06,729 --> 00:21:09,524 Ia kehendak Tuhan supaya awak bunuh semua rakyat Kanzua? 265 00:21:10,108 --> 00:21:12,652 Memusnahkan Kanzua membawa saya ke sini. 266 00:21:12,735 --> 00:21:14,696 Kepada awak. Kepada anak kita. 267 00:21:17,073 --> 00:21:19,784 Mereka akan bunuh awak selepas anak itu lahir. 268 00:21:20,952 --> 00:21:23,204 Anak awak akan jadi anak yatim. 269 00:21:24,455 --> 00:21:27,292 Tak. Dia anak putera. 270 00:21:29,335 --> 00:21:30,795 Saya bukan ayah sesiapa. 271 00:21:34,048 --> 00:21:36,885 Jika awak abaikan dia, awak sama saja seperti Jerlamarel. 272 00:21:38,636 --> 00:21:40,388 Berterus terang kepada mereka, Kofun. 273 00:21:41,347 --> 00:21:42,557 Dia darah daging awak. 274 00:21:43,683 --> 00:21:46,269 Jika awak mati dalam perang, kebenaran akan mati bersama awak. 275 00:21:47,604 --> 00:21:48,605 Beritahu mereka! 276 00:21:49,731 --> 00:21:52,108 Jadilah berani! 277 00:21:53,234 --> 00:21:54,694 Tuanku. 278 00:21:56,196 --> 00:21:59,908 Saya dengar khabar angin yang ratu bersedia untuk berperang. 279 00:22:00,867 --> 00:22:02,785 Awak rasa awak patut halang beta? 280 00:22:02,869 --> 00:22:04,954 Saya langsung tak fikir tentang tuanku. 281 00:22:05,038 --> 00:22:08,124 Saya terfikir tentang tentera yang akan mati semasa cuba melindungi tuanku. 282 00:22:08,791 --> 00:22:10,501 Tak perlu lindungi beta. 283 00:22:10,585 --> 00:22:14,005 Ada tujuan ratu muncul jika dia tak umumkan kemunculannya. 284 00:22:14,088 --> 00:22:17,300 Apabila ia diketahui, tenteranya akan jadi lebih fokus 285 00:22:17,383 --> 00:22:19,052 tentang keselamatannya berbanding kejayaannya. 286 00:22:19,135 --> 00:22:20,720 Dia akan jadi liabiliti. 287 00:22:21,930 --> 00:22:23,806 Kamu faham apa yang kamu minta daripada beta? 288 00:22:23,890 --> 00:22:25,350 Saya bukan minta. 289 00:22:26,643 --> 00:22:28,436 Beta bukan kakak beta. 290 00:22:28,519 --> 00:22:31,189 Beta takkan hantar rakyat, keluarga, berperang 291 00:22:31,272 --> 00:22:34,025 sementara beta duduk di rumah, minum teh. 292 00:22:34,108 --> 00:22:37,111 Itu reaksi seorang ibu, bukan ratu. 293 00:22:38,029 --> 00:22:41,157 Sentimental. Tak praktikal. 294 00:22:43,993 --> 00:22:46,204 Tugas saya adalah untuk menang perang ini. 295 00:22:46,287 --> 00:22:49,082 Saya tak nak rancangan perang saya dirosakkan. 296 00:22:49,165 --> 00:22:50,583 Walaupun oleh tuanku sendiri. 297 00:22:51,501 --> 00:22:52,710 Sentimental? 298 00:22:54,462 --> 00:22:56,548 Jadi apa fungsi beta? 299 00:22:58,091 --> 00:22:59,300 Tuanku akan buat… 300 00:23:00,426 --> 00:23:02,470 sesuatu yang semua pemimpin hebat perlu buat. 301 00:23:04,472 --> 00:23:07,225 Rahmati dan beri inspirasi kepada tentera tuanku. 302 00:23:08,518 --> 00:23:11,229 Cuba jadikan situasi lebih bagus apabila kami kembali nanti. 303 00:23:13,147 --> 00:23:14,274 Awak serius. 304 00:23:15,358 --> 00:23:17,360 Tuanku pernah lihat saya tak serius? 305 00:24:19,464 --> 00:24:21,883 Saya dapat tahu awak akan sertai kami. 306 00:24:34,270 --> 00:24:38,274 Bunyinya tak seperti tulang dewa biasa, Boleh saya sentuh? 307 00:24:44,531 --> 00:24:45,532 Berat. 308 00:24:46,449 --> 00:24:47,700 Besar. 309 00:24:49,577 --> 00:24:51,246 Untuk tangan kecil, memang besar. 310 00:24:56,292 --> 00:24:58,002 Set sekutu yang hebat. 311 00:24:59,087 --> 00:25:03,550 Awak berjuang bersama musuh lama. menentang kampung halaman sendiri. 312 00:25:04,342 --> 00:25:07,095 Saya berjuang untuk keluarga, bukan keluarga diraja. 313 00:25:07,178 --> 00:25:10,723 Isteri awak keluarga diraja. Jadi, ada beza? 314 00:25:13,977 --> 00:25:15,186 Saya faham. 315 00:25:17,647 --> 00:25:21,192 Saya pernah jadi suami. 316 00:25:22,151 --> 00:25:23,278 Serta seorang ayah. 317 00:25:27,657 --> 00:25:28,658 Kanzua. 318 00:25:29,659 --> 00:25:32,078 Ya. Kanzua. 319 00:25:38,209 --> 00:25:39,627 Saya bersimpati atas kehilangan awak. 320 00:25:41,296 --> 00:25:44,757 Awak habiskan bertahun-tahun berjuang demi keluarga awak. 321 00:25:46,593 --> 00:25:49,721 Saya pula hilang keluarga semasa berkhidmat untuk perjuangan itu. 322 00:25:53,182 --> 00:25:55,393 Saya harap perjuangan awak lebih bagus daripada saya. 323 00:26:00,356 --> 00:26:03,234 Adik saya adalah penghalang antara kita dan kemenangan. 324 00:26:04,861 --> 00:26:07,739 Tak kira apa pun keputusannya, saya akan kalah. 325 00:26:09,866 --> 00:26:12,285 Jika ada definisi perang yang lebih bagus… 326 00:26:13,828 --> 00:26:15,538 saya masih belum pernah mendengarnya. 327 00:26:16,581 --> 00:26:17,916 Awak tahu kita tak boleh menang. 328 00:26:19,417 --> 00:26:22,295 Mereka lebih terlatih. Lebih lengkap bersenjata. 329 00:26:25,131 --> 00:26:26,966 Sekurang-kurangnya kita tak ramai. 330 00:26:34,933 --> 00:26:36,726 Awak dan saya tentera. 331 00:26:37,852 --> 00:26:40,396 Kita berjuang walaupun kita tahu kita akan kalah. 332 00:26:42,774 --> 00:26:44,859 Itu yang jadikan kita berbeza daripada yang lain. 333 00:26:44,943 --> 00:26:46,152 Saya bukan tentera. 334 00:26:48,029 --> 00:26:49,239 Saya datang untuk menang. 335 00:27:14,472 --> 00:27:16,140 - Tuanku. - Kapten. 336 00:27:16,224 --> 00:27:17,892 Utusan sedia untuk mengisyitiharkan kehadiran tuanku. 337 00:27:17,976 --> 00:27:19,143 Terima kasih. 338 00:27:21,980 --> 00:27:24,315 Bagaimana saya nak hantar orang berperang ke perang yang saya tak mulakan? 339 00:27:25,984 --> 00:27:28,486 - Awak minta nasihat saya? - Ya. 340 00:27:28,570 --> 00:27:29,988 Bagus. 341 00:27:30,071 --> 00:27:32,198 Saya tiada nasihat untuk diberikan, tapi terima kasih kerana bertanya. 342 00:27:36,035 --> 00:27:37,453 Dengar cakap saya. 343 00:27:38,913 --> 00:27:40,999 Awak dilahirkan untuk tugas ini. 344 00:27:42,667 --> 00:27:45,169 Saya tak pernah ragu awak akan temui kata-kata yang sesuai. 345 00:27:47,589 --> 00:27:49,299 - Harlan. - Ratu dah sedia. 346 00:27:50,174 --> 00:27:51,384 Ya. 347 00:28:04,939 --> 00:28:06,482 Tuanku ratu. 348 00:28:17,076 --> 00:28:18,077 Charlotte. 349 00:28:19,787 --> 00:28:22,040 Awak fikir saya akan benarkan awak menyelinap lagi, bukan? 350 00:28:22,123 --> 00:28:24,584 Saya fikir Kompas tak nak terlibat dengan perang dan politik. 351 00:28:24,667 --> 00:28:25,710 Betul. 352 00:28:25,793 --> 00:28:28,087 Saya cuma bertanggungjawab bawa awak balik dengan selamat. 353 00:28:28,171 --> 00:28:31,174 Jika ia bermaksud bunuh semua tentera Trivantian, itu yang saya akan buat. 354 00:28:31,257 --> 00:28:32,800 - Hei, Kofun. - Haniwa. 355 00:29:09,379 --> 00:29:11,047 Penduduk Paya. 356 00:29:17,679 --> 00:29:21,140 Kakak beta letakkan negara kita dalam bahaya yang teruk. 357 00:29:23,017 --> 00:29:25,979 Disebabkan manipulasi dan penipuannya 358 00:29:26,688 --> 00:29:30,984 kita perlu berdepan tentera Trivantian yang menghampiri kita. 359 00:29:32,902 --> 00:29:34,404 Beta takkan nafikannya. 360 00:29:35,405 --> 00:29:36,906 Dah cukuplah kamu ditipu. 361 00:29:38,408 --> 00:29:41,119 Kamu hanya akan mendengar kebenaran daripada ratu ini. 362 00:29:44,998 --> 00:29:46,457 Kebenarannya adalah… 363 00:29:48,167 --> 00:29:51,170 kita akan berdepan musuh yang lebih berkuasa. 364 00:29:52,380 --> 00:29:53,798 Tentera mereka lebih ramai. 365 00:29:54,549 --> 00:29:57,051 Mereka lebih lengkap bersenjata dan lebih terlatih. 366 00:29:58,469 --> 00:30:00,221 Jadi jika kamu takut… 367 00:30:01,681 --> 00:30:03,474 ketahuilah yang kamu tak bersendirian. 368 00:30:06,686 --> 00:30:09,772 Tak seperti kakak beta, beta ialah ibu dan isteri. 369 00:30:11,649 --> 00:30:13,276 Beta takut. 370 00:30:15,653 --> 00:30:19,324 Selama bertahun-tahun, beta jadikan gunung dan orang Alkenny sebagai rumah, 371 00:30:19,407 --> 00:30:23,912 di sana, kami cuma hargai keluarga dan komuniti, 372 00:30:23,995 --> 00:30:26,497 dan setiap nyawa berharga. 373 00:30:28,208 --> 00:30:31,085 Beta berucap di hadapan kamu sekarang, bukan sebagai seorang ratu, 374 00:30:31,669 --> 00:30:35,048 tapi sebagai ibu dan isteri. 375 00:30:36,341 --> 00:30:39,344 Beta anggap kamu bukan sebagai pahlawan, 376 00:30:39,427 --> 00:30:43,723 tapi sebagai suami dan isteri, anak lelaki dan anak perempuan. 377 00:30:43,806 --> 00:30:45,600 Kita semua takut. 378 00:30:46,267 --> 00:30:48,603 Kita juga boleh hilang banyak perkara. 379 00:30:50,355 --> 00:30:52,023 Jadi, sekarang… 380 00:30:53,441 --> 00:30:55,276 beta tawarkan ketenangan ini. 381 00:30:57,487 --> 00:31:00,657 Dalam setiap generasi yang Paya perjuangkan 382 00:31:00,740 --> 00:31:02,700 untuk terselamat daripada sikap agresif Trivantian… 383 00:31:04,369 --> 00:31:06,329 kita tak pernah dikuasai. 384 00:31:06,871 --> 00:31:12,293 Tapi Trivantian tak pernah pijak tanah ini dan mereka takkan memijaknya! 385 00:31:16,339 --> 00:31:20,426 Tiada tulang dewa atau api yang akan cukup 386 00:31:20,510 --> 00:31:22,679 untuk memisahkan kita daripada tanah ini, 387 00:31:22,762 --> 00:31:26,975 tanah keluarga dan nenek moyang kita! 388 00:31:33,106 --> 00:31:37,402 Saya percaya masa depan berbanding masa silam kita. 389 00:31:37,485 --> 00:31:41,406 Masa depan yang kita dan keluarga akan berkembang maju dan makmur 390 00:31:41,489 --> 00:31:45,660 di tanah yang selamat daripada kebencian dan ketaksuban, 391 00:31:45,743 --> 00:31:48,413 dan selamat daripada tentera yang menyerang. 392 00:31:48,496 --> 00:31:52,125 Kita berjuang untuk masa depan itu sekarang. 393 00:31:54,168 --> 00:31:55,837 Jadi, semua rakyat Payan… 394 00:31:57,171 --> 00:32:01,134 anak-anak lelaki dan perempuan Paya yang berani… 395 00:32:02,886 --> 00:32:04,137 jadilah lincah. 396 00:32:05,346 --> 00:32:06,848 Jadi kuat. 397 00:32:07,807 --> 00:32:09,475 Biar musuh tahu 398 00:32:09,559 --> 00:32:12,979 darah mereka akan tumpah di tanah kita, 399 00:32:13,062 --> 00:32:17,317 tapi ia akan kekal, sekarang dan selamanya, 400 00:32:17,400 --> 00:32:20,111 jadi tanah Payan! 401 00:32:40,673 --> 00:32:42,675 - Tak! - Tak! 402 00:32:48,514 --> 00:32:49,515 Paris. 403 00:32:49,599 --> 00:32:52,602 Di sini, Baba Voss, di sisi awak. 404 00:32:54,604 --> 00:32:56,773 Awak akan berdepan Edo lagi. 405 00:32:58,733 --> 00:33:00,443 Saya tak boleh bunuh adik sendiri. 406 00:33:00,526 --> 00:33:02,820 Jadi dia akan bunuh awak. 407 00:33:02,904 --> 00:33:04,405 Mungkin. 408 00:33:04,489 --> 00:33:06,407 Awak fikir awak akan dibebaskan? 409 00:33:07,075 --> 00:33:08,993 Guna otak awak, Si Besar. 410 00:33:10,119 --> 00:33:13,498 Fikirkan anak-anak awak. Siapa akan lindungi mereka daripada dia? 411 00:33:14,749 --> 00:33:17,252 - Awak. - Jangan jadi dungu, Baba. 412 00:33:19,420 --> 00:33:21,005 Saya tak pernah berterima kasih kepada awak. 413 00:33:21,089 --> 00:33:22,090 Untuk apa? 414 00:33:23,883 --> 00:33:25,385 Semuanya. 415 00:33:25,885 --> 00:33:26,886 Semua sekali. 416 00:33:27,929 --> 00:33:31,432 Awak bawa anak-anak pulang kepada saya dalam keadaan selamat, itu dah cukup. 417 00:33:33,726 --> 00:33:34,727 Ya. 418 00:33:37,188 --> 00:33:39,065 Tapi saya nak awak buat sesuatu untuk saya. 419 00:33:51,703 --> 00:33:52,787 Mak. 420 00:33:54,622 --> 00:33:55,623 Anak-anak mak. 421 00:33:59,586 --> 00:34:02,046 Mak harap mak boleh yakinkan kamu supaya jangan pergi. 422 00:34:03,006 --> 00:34:06,509 Puteri dan putera apa yang bersembunyi daripada perang? 423 00:34:07,427 --> 00:34:09,178 Mak yang pilih, bukan kamu. 424 00:34:09,262 --> 00:34:10,471 Kami memilihnya sekarang. 425 00:34:20,315 --> 00:34:21,774 Jaga satu sama lain. 426 00:34:23,318 --> 00:34:24,611 - Baiklah. - Baiklah. 427 00:34:24,694 --> 00:34:25,862 Kami janji. 428 00:34:26,905 --> 00:34:27,906 Pergilah. 429 00:34:32,493 --> 00:34:33,494 Maghra. 430 00:34:36,039 --> 00:34:37,123 Baba. 431 00:34:40,043 --> 00:34:41,419 Pulang kepada saya. 432 00:34:42,503 --> 00:34:43,796 Bersama keluarga kita. 433 00:34:49,636 --> 00:34:50,678 Baiklah. 434 00:35:37,392 --> 00:35:38,642 Toad! 435 00:35:38,726 --> 00:35:39,936 Di sini, Paris. 436 00:35:43,606 --> 00:35:45,191 Saya dengar mereka tugaskan awak untuk pertahanan. 437 00:35:46,859 --> 00:35:49,946 Tentera dengan kedudukan dan kemahiran saya membina pengadang. 438 00:35:50,028 --> 00:35:51,488 Saya sepatutnya jadi barisan hadapan. 439 00:35:51,573 --> 00:35:53,783 Jika saya tahu awak berkecil hati, 440 00:35:53,867 --> 00:35:56,494 saya akan fikir dua kali sebelum minta ratu aturkannya. 441 00:35:58,912 --> 00:36:00,164 Apa maksud awak? 442 00:36:00,248 --> 00:36:03,751 Saya perlu mengembara. Saya fikir awak mungkin nak ikut saya. 443 00:36:05,461 --> 00:36:06,546 Kita nak ke mana? 444 00:36:06,629 --> 00:36:08,548 Saya akan jelaskan dalam perjalanan. 445 00:36:08,631 --> 00:36:10,341 Sediakan kuda untuk saya. 446 00:36:10,425 --> 00:36:12,302 Kuda yang bagus. Kuda awak! 447 00:36:12,969 --> 00:36:14,262 Kita akan bertolak segera. 448 00:36:39,078 --> 00:36:40,288 Ia pesawat. 449 00:36:41,581 --> 00:36:42,582 Ya. 450 00:36:44,584 --> 00:36:48,213 Pasti sangat menakutkan, jatuh dari langit dalam tiub logam. 451 00:36:49,923 --> 00:36:53,009 Mereka seperti tiada tujuan berlegar-legar di atas sana. 452 00:37:09,943 --> 00:37:12,695 Pelana ini keras. 453 00:37:13,196 --> 00:37:14,989 Pernah dengar sapu minyak pada pelana? 454 00:37:16,366 --> 00:37:20,203 Kadangkala awak cuma perlu cakap "terima kasih." 455 00:37:22,205 --> 00:37:23,748 Awak perengus. 456 00:37:24,916 --> 00:37:28,044 Saya pernah bergerak ke arah perang, bukan lari daripadanya. 457 00:37:29,045 --> 00:37:33,216 Perang ini akan jadi lebih besar daripada sebelumnya. 458 00:37:33,299 --> 00:37:34,801 Tidak jika kita kalah. 459 00:37:35,426 --> 00:37:37,804 Perang ini bukan tentang Trivantes dan Paya. 460 00:37:39,681 --> 00:37:42,225 Dunia ini akan berubah, Toad. 461 00:37:42,308 --> 00:37:43,893 Penglihatan akan kembali. 462 00:37:45,019 --> 00:37:46,646 Itulah tujuan perang ini, 463 00:37:47,689 --> 00:37:50,316 malah mereka yang berperang sendiri tak sedar. 464 00:37:51,025 --> 00:37:53,361 Saya cuma tahu yang ratu baru kita 465 00:37:53,444 --> 00:37:56,072 minta kita bukan hanya lupakan kepercayaan, 466 00:37:56,948 --> 00:37:58,575 tapi untuk memeranginya. 467 00:37:58,658 --> 00:38:01,119 Maghra lebih bagus berbanding Kane. 468 00:38:01,870 --> 00:38:06,875 Dia ibu Haniwa dan Kofun. Mereka mengawal masa depan. 469 00:38:07,959 --> 00:38:09,794 Awak pernah bermimpi tentang masa depan? 470 00:38:10,712 --> 00:38:12,422 Saya mimpikan beberapa masa depan. 471 00:38:16,718 --> 00:38:18,428 Ia bergantung pada apa? 472 00:38:19,470 --> 00:38:24,142 Ia bergantung pada perkara kecil seperti perjalanan kita ini selamat. 473 00:38:27,645 --> 00:38:29,355 Ia tak masuk akal. 474 00:38:30,940 --> 00:38:32,191 Jadi kenapa awak ikut? 475 00:38:35,486 --> 00:38:36,779 Sebab awak suruh saya ikut. 476 00:38:40,408 --> 00:38:42,035 Kita berkhemah di sini malam ini. 477 00:38:43,036 --> 00:38:45,205 Dewa Api masih kuat. Kita patut teruskan perjalanan. 478 00:38:45,288 --> 00:38:47,207 Tidak. Saya ada sebab sendiri. 479 00:38:48,041 --> 00:38:49,667 Ini tempatnya. 480 00:39:11,522 --> 00:39:13,274 Awak patut tidur di sini dengan saya. 481 00:39:24,786 --> 00:39:26,079 Apa? 482 00:39:29,499 --> 00:39:31,709 Kita akan lebih hangat jika tidur bersama. 483 00:39:41,511 --> 00:39:43,304 Faham, tentera. 484 00:39:51,145 --> 00:39:52,814 Saya jadi lelaki budiman. 485 00:39:56,401 --> 00:40:00,989 Jika saya fikir ia begitu, saya takkan datang ke sini. 486 00:40:14,252 --> 00:40:15,628 Ada seseorang di luar. 487 00:40:33,313 --> 00:40:34,939 Apa yang mengganggu fikiran awak, Kofun? 488 00:40:37,692 --> 00:40:41,279 Selain berperang dengan tentera paling kuat di benua itu? 489 00:40:41,821 --> 00:40:43,323 Ya, selain daripada itu. 490 00:40:46,367 --> 00:40:47,493 Tiada apa-apa. Saya okey. 491 00:40:47,577 --> 00:40:51,623 Tolonglah. Awak tak banyak bercakap sejak saya pulang dari persidangan keamanan. 492 00:40:54,167 --> 00:40:55,793 Keadaan sangat sibuk sekarang. 493 00:40:56,961 --> 00:40:58,463 Ibu kita ratu. 494 00:40:59,297 --> 00:41:02,342 Awak putera. Saya puteri… 495 00:41:04,052 --> 00:41:06,471 Kita akan berperang, dan awak tak nak cakap apa-apa? 496 00:41:10,808 --> 00:41:11,976 Apa yang awak baca? 497 00:41:15,104 --> 00:41:17,815 Ia buku puisi. Saya temuinya di kawasan Trivantes. 498 00:41:19,150 --> 00:41:20,652 Ada buku di kawasan Trivantes? 499 00:41:21,319 --> 00:41:23,404 Ada banyak kejutan di kawasan Trivantes. 500 00:41:26,991 --> 00:41:28,743 Boleh bacakan sesuatu untuk saya? 501 00:41:28,826 --> 00:41:30,036 Baca sendiri. 502 00:41:31,287 --> 00:41:32,413 Tolonglah. 503 00:41:38,962 --> 00:41:45,593 "Terbang berkeliaran dengan gir melebar, helang tak endahkan panggilan pemiliknya; 504 00:41:47,720 --> 00:41:52,225 Keadaan bermasalah dan asas mereka mula goyah; 505 00:41:54,143 --> 00:41:57,021 Kemusnahan dan huru-hara tersebar di seluruh dunia, 506 00:41:58,940 --> 00:42:01,693 Arus darah menggelapkan dunia… 507 00:42:03,653 --> 00:42:04,988 dan di semua tempat 508 00:42:05,071 --> 00:42:07,824 Orang yang tak bersalah menjadi mangsa; 509 00:42:10,243 --> 00:42:14,122 Orang terbaik tak bermotivasi untuk bertindan, sedangkan yang lemah 510 00:42:14,205 --> 00:42:16,833 penuh semangat dan keterujaan. 511 00:42:20,253 --> 00:42:23,006 Ada pendedahan akan berlaku; 512 00:42:23,923 --> 00:42:26,968 Sememangnya Kedatangan Kedua itu menghampiri. 513 00:42:27,802 --> 00:42:29,137 Kedatangan Kedua! 514 00:42:31,514 --> 00:42:33,349 Tapi sama seperti dikatakan penutur 515 00:42:33,433 --> 00:42:37,604 penglihatan datang kepada penurut daripada ketidaksedaran kolektif dunia: 516 00:42:39,272 --> 00:42:41,941 penutur melihat tanah gurun tandus 517 00:42:42,025 --> 00:42:45,320 dengan makhluk berkepala manusia dan berbadan singa wujud, 518 00:42:46,196 --> 00:42:49,699 Ekspresinya seperti matahari, kosong dan tanpa simpati 519 00:42:49,782 --> 00:42:53,369 Kakinya bergerak perlahan, sementara di sekelilingnya 520 00:42:53,453 --> 00:42:56,080 ada bayang-bayang burung gurun yang mengganggu. 521 00:42:57,874 --> 00:43:01,294 Keadaan jadi gelap semula, tapi penurut tahu 522 00:43:01,377 --> 00:43:04,547 ketenangan selama 20 abad 523 00:43:04,631 --> 00:43:08,551 terganggu oleh buaian, 524 00:43:11,930 --> 00:43:14,265 Penutur bertanya haiwan apa, 525 00:43:14,349 --> 00:43:16,267 apabila waktunya tiba, 526 00:43:16,893 --> 00:43:20,563 menyeret dirinya ke Bethlehem untuk dilahirkan?" 527 00:45:03,958 --> 00:45:05,460 - Maghra, lari! - Harlan! 528 00:45:09,672 --> 00:45:10,673 Harlan! 529 00:45:17,972 --> 00:45:19,515 Puak Trivantian tak guna! 530 00:46:05,770 --> 00:46:07,146 Harlan? 531 00:46:07,230 --> 00:46:08,314 Maghra. 532 00:46:10,483 --> 00:46:12,735 Saya gembira saya tak sertai mereka untuk melindungi awak. 533 00:46:12,819 --> 00:46:14,362 Awak cedera di mana? 534 00:46:14,445 --> 00:46:16,239 Di seluruh badan. 535 00:46:16,322 --> 00:46:18,616 - Ada ramai lagi? - Rasanya tiada. 536 00:46:18,700 --> 00:46:19,784 Pengawal! 537 00:46:20,869 --> 00:46:22,412 Tidak, bertahan. 538 00:46:24,372 --> 00:46:25,874 Saya fikir awak takkan cakap begitu. 539 00:46:47,520 --> 00:46:51,065 Kita berjaya sampai sebelum tentera Trivantian. Buat kubu! 540 00:47:01,367 --> 00:47:03,620 Kita ada 160 tentera sekarang. 541 00:47:03,703 --> 00:47:06,456 Kita bawa sepuluh rekrut baru dari bandar yang kita lalu. 542 00:47:08,124 --> 00:47:10,919 Jika tentera Trivantian memang ada 250 kekuatan. 543 00:47:11,794 --> 00:47:14,964 Kubu ini dibina untuk menyingkirkan kelebihan jumlah. 544 00:47:15,048 --> 00:47:18,343 Parit sempit akan menyekat tentera Trivantian 545 00:47:18,426 --> 00:47:20,011 dan menyamakan medan perang. 546 00:47:21,262 --> 00:47:23,014 Awak pernah berperang di sini? 547 00:47:24,557 --> 00:47:25,558 Tak pernah. 548 00:47:43,785 --> 00:47:44,869 Mereka dah sampai. 549 00:47:45,870 --> 00:47:47,038 Ayah. 550 00:48:30,164 --> 00:48:31,583 Mereka terlalu ramai. 551 00:48:32,625 --> 00:48:33,835 Ayura. 552 00:48:41,009 --> 00:48:43,511 Saya kira jumlah mereka hampir 350 orang, tuan. 553 00:48:47,807 --> 00:48:50,226 Pengintip Gosset silap. 554 00:49:13,041 --> 00:49:14,125 Mereka dah sampai. 555 00:49:15,627 --> 00:49:17,253 Lebih awal daripada kita jangkakan. 556 00:49:17,921 --> 00:49:20,673 Tak penting. Siapa yang awak nampak? 557 00:49:22,300 --> 00:49:24,219 Sekitar seratus tentera di depan pagar. 558 00:49:24,302 --> 00:49:26,095 Pasti ada lebih ramai dalam kubu. 559 00:49:26,179 --> 00:49:27,180 Kapten… 560 00:49:28,348 --> 00:49:30,099 Saya tak tanya apa awak nampak. 561 00:49:30,183 --> 00:49:33,436 Saya tanya siapa yang awak nampak? 562 00:49:39,359 --> 00:49:40,735 Saya nampak Baba Voss. 563 00:49:41,694 --> 00:49:42,695 Bagus. 564 00:49:44,155 --> 00:49:45,740 Kita lawan mereka dalam parit. 565 00:49:45,823 --> 00:49:47,242 Kita akan dapat kelebihan di situ. 566 00:49:47,325 --> 00:49:48,660 Pengetuk dram! 567 00:49:50,453 --> 00:49:51,746 Adakah ia cukup? 568 00:49:51,829 --> 00:49:52,872 Tak. 569 00:49:52,956 --> 00:49:56,084 Tapi sekurang-kurangnya kita akan bunuh lebih ramai sebelum kita kekurangan orang. 570 00:49:59,295 --> 00:50:01,130 - Tidak. - Apa yang awak buat? 571 00:50:01,214 --> 00:50:02,423 Charlotte. 572 00:50:02,507 --> 00:50:03,675 Seseorang perlu menamatkannya. 573 00:50:04,300 --> 00:50:07,512 - Apa maksud awak? - Saya ada kawan di sana. 574 00:50:07,595 --> 00:50:10,056 Jika saya boleh jumpa mereka dan cakap ratu dan digulingkan... 575 00:50:10,139 --> 00:50:13,059 - Haniwa, mereka akan bunuh awak. - Awak perlu percayakan saya. 576 00:50:18,398 --> 00:50:19,399 Ayah. 577 00:50:26,114 --> 00:50:27,240 Biar dia pergi. 578 00:50:27,323 --> 00:50:28,366 Apa? 579 00:50:29,659 --> 00:50:31,286 Kita tiada pilihan. 580 00:50:32,745 --> 00:50:33,830 Biar dia cuba. 581 00:51:02,317 --> 00:51:04,903 - Awak tak patut ada di sini. - Kita tak patut ada di sini. 582 00:51:07,989 --> 00:51:10,658 Apa yang awak buat semasa persidangan keamanan… 583 00:51:10,742 --> 00:51:12,660 Ratu Kane yang serang orang awak. 584 00:51:13,244 --> 00:51:17,665 Dia sanggup buat apa saja untuk berperang. Awak patut tahu bukan kami yang buat. 585 00:51:18,958 --> 00:51:21,711 Wren, saya sanggup mati sebelum apa-apakan awak. Awak patut percaya. 586 00:51:27,300 --> 00:51:28,676 Saya memang percayakan awak. 587 00:51:31,596 --> 00:51:33,681 Ratu dah tak berkuasa. 588 00:51:33,765 --> 00:51:35,767 Ibu saya ambil alih takhta selepas kami pulang. 589 00:51:36,601 --> 00:51:37,727 Maghra jadi ratu sekarang? 590 00:51:37,810 --> 00:51:40,271 Ya. Dia juga tak nak peperangan ini. 591 00:51:40,355 --> 00:51:42,065 Awak patut bercakap dengan Edo. 592 00:51:44,108 --> 00:51:45,610 Tak, dia takkan dengar cakap saya. 593 00:51:45,693 --> 00:51:47,362 Awak perlu cuba. 594 00:51:48,947 --> 00:51:51,616 Beratus-ratus orang Trivantian dan Payan akan mati disebabkan penipuan 595 00:51:51,699 --> 00:51:54,118 jika kita tak hentikannya sekarang. 596 00:51:57,080 --> 00:51:59,874 Dah terlambat. Awak patut berundur. 597 00:51:59,958 --> 00:52:01,042 Apa? 598 00:52:04,128 --> 00:52:06,005 - Wren. - Pemanah! 599 00:52:08,174 --> 00:52:09,175 Lari. 600 00:52:09,926 --> 00:52:11,344 Sediakan anak panah! 601 00:52:12,762 --> 00:52:13,930 Panah! 602 00:53:24,042 --> 00:53:26,044 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid