1 00:02:07,841 --> 00:02:13,096 BERIKUTAN WABAK VIRUS BERBAHAYA PADA ABAD KE-21, 2 00:02:13,180 --> 00:02:18,352 POPULASI PENDUDUK BUMI TELAH SUSUT SEHINGGA KURANG DARIPADA DUA JUTA. 3 00:02:20,145 --> 00:02:27,152 MANUSIA YANG TERSELAMAT TELAH BUTA. 4 00:02:28,862 --> 00:02:34,159 KINI, BERABAD-ABAD KEMUDIAN, KONSEP PENGLIHATAN HANYA MITOS. 5 00:02:34,243 --> 00:02:39,331 MALAH, BERCAKAP TENTANGNYA SAJA DIANGGAP SEBAGAI MENYELEWENG. 6 00:02:46,755 --> 00:02:48,465 KAMPUNG ALKENNY DI PINGGIR NEGARA PAYAN 7 00:02:48,549 --> 00:02:50,175 Bertenang. 8 00:02:50,259 --> 00:02:53,220 - Paris. - Saya di sini. Dewa Api sedang terbit. 9 00:02:53,303 --> 00:02:55,848 Kelahiran yang diberkati waktu pagi. 10 00:02:55,931 --> 00:02:57,724 Saya dapat rasakan air. Mari. 11 00:02:59,810 --> 00:03:01,311 Ke mana awak pergi? 12 00:03:02,855 --> 00:03:04,523 Saya terlambat. 13 00:03:05,941 --> 00:03:07,234 Ketuban saya dah pecah. 14 00:03:16,118 --> 00:03:20,080 Sekarang saya akan menyanyi untuk membawa bayi awak keluar ke dunia ini. 15 00:03:21,206 --> 00:03:24,626 Carilah jalannya, anak kecil Jalan, anak kecil 16 00:03:24,710 --> 00:03:28,046 Carilah jalannya, anak kecil Jalan ke arahku 17 00:03:28,130 --> 00:03:31,258 Doa si ibu Doa si bapa 18 00:03:31,341 --> 00:03:34,595 Carilah jalannya, anak kecil Jalan ke arahku 19 00:03:34,678 --> 00:03:35,679 Bangkitlah 20 00:03:35,762 --> 00:03:37,764 Kepalanya akan keluar dulu. 21 00:03:38,182 --> 00:03:39,266 Baguslah. 22 00:03:40,767 --> 00:03:43,854 Bangkitlah, anak kecil Bangkit 23 00:03:43,937 --> 00:03:49,067 Maghra, saya dapat rasakan telinga kecil. Ia seperti tunas yang berlendir. 24 00:03:50,694 --> 00:03:53,030 - Okey. Ya. - Sakitnya. 25 00:03:54,740 --> 00:03:58,118 - Keluarlah. Tak... - Ya. 26 00:04:00,287 --> 00:04:01,788 Mana Baba Voss? 27 00:04:01,872 --> 00:04:03,457 Baba Voss sibuk. 28 00:04:03,999 --> 00:04:06,543 Mari. Hirup air. 29 00:04:08,128 --> 00:04:10,047 Kita tak perlukan lelaki bagak. 30 00:04:10,631 --> 00:04:12,591 Ini kerja perempuan. 31 00:04:13,592 --> 00:04:16,135 Saya mahu suami saya menjadi orang pertama yang merasai bayi ini. 32 00:04:16,219 --> 00:04:17,846 Dia akan tiba tak lama lagi. 33 00:04:20,224 --> 00:04:21,517 Itu bunyi apa? 34 00:04:21,933 --> 00:04:26,897 Tak lama lagi awak akan ada seorang bayi di dalam dakapan awak. Bayangkanlah. 35 00:04:26,980 --> 00:04:29,483 Paris, saya boleh dengar bunyi tali pembunuh. 36 00:04:29,566 --> 00:04:31,026 Kenapa mereka keluarkan tali pembunuh? 37 00:04:31,109 --> 00:04:32,486 Adakah kampung kita diserang? 38 00:04:32,569 --> 00:04:36,573 Peninjau kita kesan kumpulan penyerang yang menuruni lembah. 39 00:04:37,032 --> 00:04:41,370 Lelaki dengan kuda dan anjing. Mereka berada di kaki gunung. 40 00:04:41,954 --> 00:04:43,163 Mana suami saya? 41 00:04:43,664 --> 00:04:47,292 Baba? Baba Voss akan mengetuai pasukan pertahanan. 42 00:04:59,763 --> 00:05:03,267 Angkat senjata! Ikut saya! 43 00:05:21,577 --> 00:05:22,828 - Chet! - Chet! 44 00:05:23,662 --> 00:05:24,788 - Chet! - Chet! 45 00:05:25,205 --> 00:05:26,206 - Chet! - Chet! 46 00:05:55,444 --> 00:05:56,445 Mara ke tembok. 47 00:06:40,864 --> 00:06:43,116 Peninjau, tinjau kawasan sekeliling. 48 00:06:45,869 --> 00:06:50,874 Anjing, kuda dan manusia. Meranduk lumpur dan mensiang. 49 00:06:51,750 --> 00:06:53,043 Mereka menyeberangi sungai. 50 00:06:53,126 --> 00:06:56,630 Mereka bakar kayu api Pemburu Ahli Sihir Ratu Kane. 51 00:06:59,091 --> 00:07:01,844 Mungkin mereka menyusuri sungai untuk pergi ke lembah lain. 52 00:07:01,927 --> 00:07:05,389 Matal, berikan ramalan. Apa niat mereka? 53 00:07:06,431 --> 00:07:11,478 Saya dapat rasakan niat jahat yang bakal tiba tak lama lagi. 54 00:07:12,437 --> 00:07:14,940 Ayura, berapa orang? 55 00:07:18,110 --> 00:07:21,405 Berdozen-dozen kuda bersama ramai lelaki yang sedang mara. 56 00:07:21,822 --> 00:07:23,031 Dua ratus orang atau lebih. 57 00:07:23,740 --> 00:07:26,743 Ini bukan pasukan penyerang. Ini seluruh pasukan tentera. 58 00:07:33,667 --> 00:07:37,004 Alkenny. Ini kediaman kita. 59 00:07:38,005 --> 00:07:40,757 Kita bersatu dan kita akan sama-sama berjuang. 60 00:07:42,551 --> 00:07:43,802 Bersedia untuk bertempur. 61 00:08:20,589 --> 00:08:27,095 Saya, Baba Voss, bersumpah untuk menentang... Api Marak Alkenny! 62 00:08:27,179 --> 00:08:28,222 Api yang Indah! 63 00:08:28,305 --> 00:08:30,140 Dibawa pulang kepada Ratu Kane oleh anjing mereka. 64 00:08:30,224 --> 00:08:32,266 Mari, saudara sekalian, mari bertempur... 65 00:08:34,186 --> 00:08:36,145 Ikut saya! 66 00:08:38,774 --> 00:08:40,150 Bangunlah. 67 00:08:40,234 --> 00:08:42,443 - Aduh. - Bangun. 68 00:08:46,365 --> 00:08:47,824 Siapa yang serang kita? 69 00:08:49,284 --> 00:08:53,747 Ia mungkin beberapa orang nomad yang sedang memburu hamba. 70 00:08:53,830 --> 00:08:54,998 Paris... 71 00:08:57,125 --> 00:08:59,086 Jika awak berbohong, saya akan tahu. 72 00:08:59,711 --> 00:09:01,547 Saya boleh kesan segala-galanya. 73 00:09:02,130 --> 00:09:04,591 Daripada suara awak, saya tahu yang awak cuba mengelak. 74 00:09:04,675 --> 00:09:07,219 Sekarang, tugas awak adalah untuk bernafas. 75 00:09:07,302 --> 00:09:08,846 Tarik nafas dan teran. 76 00:09:09,680 --> 00:09:12,850 Saya boleh dengar rahsia. Apa yang awak rahsiakan? 77 00:09:13,517 --> 00:09:15,269 Manalah saya tahu apa-apa. Saya dah tua. 78 00:09:15,352 --> 00:09:19,147 Siapa yang bercakap dengan burung dan mendengar masa depan dalam mimpinya. 79 00:09:21,441 --> 00:09:24,152 Selama tiga malam, seekor pungguk berbunyi. 80 00:09:25,028 --> 00:09:26,113 Apa katanya? 81 00:09:29,700 --> 00:09:32,369 Katanya, "Pemburu Ahli Sihir akan datang." 82 00:09:33,704 --> 00:09:36,790 Pemburu Ahli Sihir? Kenapa mereka datang ke sini? 83 00:09:37,291 --> 00:09:40,794 Saya dapat rasakan yang mereka mencari awak. 84 00:10:19,333 --> 00:10:21,001 Buka ikatan tali ini. 85 00:10:22,419 --> 00:10:25,672 Hei! Buka ikatan tali ini sekarang! 86 00:10:27,549 --> 00:10:29,009 Buka ikatan tali ini! 87 00:10:29,092 --> 00:10:31,637 Seorang budak yang perlu diajar. 88 00:10:34,515 --> 00:10:35,557 Siapa itu? 89 00:10:37,351 --> 00:10:38,560 Saya mahu tahu siapa awak? 90 00:10:40,437 --> 00:10:41,438 Hei! 91 00:10:45,150 --> 00:10:46,276 Siapa awak? 92 00:10:49,071 --> 00:10:50,155 Siapa itu? 93 00:10:50,948 --> 00:10:54,785 Buka ikatan tali ini sekarang! 94 00:11:03,627 --> 00:11:08,298 Saya Tamacti Jun, jeneral Pemburu Ahli Sihir. 95 00:11:09,591 --> 00:11:14,596 Awak harus melutut apabila berada di hadapan saya. 96 00:11:17,391 --> 00:11:20,143 Ampunkan saya, tuan, saya Gether Bax. 97 00:11:20,227 --> 00:11:23,230 Saya yang hantar pesanan supaya tuan datang ke sini. 98 00:11:24,439 --> 00:11:26,525 Jika begitu, sayalah yang patut memohon ampun. 99 00:11:29,319 --> 00:11:34,658 Budak yang mengkhianati puaknya sendiri untuk menjalankan tugas dewa. 100 00:11:38,745 --> 00:11:40,205 Ya, benar. 101 00:11:42,040 --> 00:11:43,417 Awak kata awak ada maklumat 102 00:11:43,500 --> 00:11:45,752 tentang lelaki yang kami cari itu. 103 00:11:45,836 --> 00:11:50,549 Pembidaah yang telah dijatuhi hukuman oleh Ratu Kane. 104 00:11:50,966 --> 00:11:53,218 Syaitan yang telah membunuh adik ratu. 105 00:11:55,512 --> 00:11:58,473 Beritahu saya apa yang awak tahu tentangnya. 106 00:12:03,729 --> 00:12:05,522 Pengumuman awak mengatakan 107 00:12:06,148 --> 00:12:09,776 bahawa ada ganjaran untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya. 108 00:12:10,944 --> 00:12:16,450 Ganjaran awak ialah nyawa awak jika saya rasa maklumat awak berguna. 109 00:12:17,451 --> 00:12:20,120 Untuk bercakap, saya perlukan tekak saya. 110 00:12:21,747 --> 00:12:25,751 Ayura saya boleh mengesan semua penipuan. 111 00:12:25,834 --> 00:12:29,296 Saya janji, tuan. Saya takkan menipu. 112 00:12:30,339 --> 00:12:31,423 Cakap. 113 00:12:40,474 --> 00:12:45,145 Pada penghujung musim sejuk, seorang wanita tiba di kampung kami. 114 00:12:46,438 --> 00:12:48,440 - Kami tidak mengenalinya. - Perlahan-lahan. 115 00:12:49,024 --> 00:12:51,777 Dia ditemui di rumpunan pokok beri kami. 116 00:12:55,864 --> 00:12:58,325 Katanya, dia tersesat semasa ribut salji. 117 00:13:02,788 --> 00:13:07,334 Dia minta perlindungan kerana dia hamil tiga bulan. 118 00:13:08,085 --> 00:13:10,712 Ketua kampung kami kata yang dia akan menjaganya. 119 00:13:11,505 --> 00:13:16,218 Dia tak mampu mendapatkan anak, jadi dia mengahwininya. 120 00:13:16,844 --> 00:13:18,554 Mereka hidup bersama sejak itu. 121 00:13:18,637 --> 00:13:21,515 Beritahu saya sesuatu yang berguna. Cepat. 122 00:13:24,434 --> 00:13:27,729 Dia tak pernah beritahu kami siapa bapa anaknya. 123 00:13:27,813 --> 00:13:29,898 Tapi semasa dia datang ke kampung kami... 124 00:13:31,567 --> 00:13:34,653 dia pakai kalung ini. 125 00:13:35,320 --> 00:13:39,408 Ia tanda cinta. Ada nama yang tertulis padanya. 126 00:13:40,325 --> 00:13:41,326 Bacalah. 127 00:13:43,787 --> 00:13:47,249 Jer, la, ma, rel. 128 00:13:49,710 --> 00:13:50,836 Jerlamarel. 129 00:13:54,006 --> 00:13:58,468 Bukankah itu nama pembidaah yang awak cari itu? 130 00:14:00,512 --> 00:14:04,224 Sekarang, di kampung atas gunung itu, 131 00:14:04,850 --> 00:14:07,895 wanita itu sedang melahirkan anak syaitan itu. 132 00:14:08,896 --> 00:14:10,981 Jika awak serang kampung itu sekarang, 133 00:14:11,064 --> 00:14:14,151 wanita itu dan anak Jerlamarel boleh jadi milik awak. 134 00:14:14,234 --> 00:14:15,319 Gether Bax... 135 00:14:16,945 --> 00:14:18,947 bagaimanakah kaedah pertahanan kampung awak? 136 00:14:20,407 --> 00:14:23,660 Jika saya jumpa seorang wanita yang sedang melahirkan anak, 137 00:14:24,369 --> 00:14:25,704 saya mungkin akan biar awak hidup. 138 00:14:26,747 --> 00:14:30,542 Jika tidak, awak juga akan dibakar. 139 00:14:35,172 --> 00:14:36,423 Lelaki atau perempuan? 140 00:14:37,216 --> 00:14:39,843 Bayi lelaki. 141 00:14:40,969 --> 00:14:44,806 Sepuluh jari kaki. Sepuluh jari tangan. 142 00:14:44,890 --> 00:14:46,433 Dua peparu yang kuat. 143 00:14:48,143 --> 00:14:50,562 Sinjay. Mama. 144 00:15:00,489 --> 00:15:02,699 Helo. Hai. 145 00:15:03,825 --> 00:15:05,202 Helo, bayi. 146 00:15:09,540 --> 00:15:11,625 Ya. Helo. 147 00:15:12,417 --> 00:15:14,086 Syabas, Maghra. 148 00:15:18,090 --> 00:15:19,299 Syabas. 149 00:15:24,763 --> 00:15:25,931 Ada kaki kecil! 150 00:15:26,890 --> 00:15:28,225 - Kaki? - Ada dua kaki. 151 00:15:28,767 --> 00:15:31,228 Kedudukan bayi kedua tak betul. Sinjay, sediakan pisau tajam. 152 00:15:31,770 --> 00:15:34,398 - Maghra, saya perlu keluarkannya cepat. - Baiklah. 153 00:15:35,232 --> 00:15:37,651 Tarik nafas. Hembus nafas. 154 00:15:38,443 --> 00:15:40,404 Tarik nafas. Hembus nafas. 155 00:15:40,904 --> 00:15:42,614 Tarik nafas. Sekarang! 156 00:19:06,944 --> 00:19:09,071 - Chet! - Chet! 157 00:20:06,169 --> 00:20:08,005 - Chet! - Chet! 158 00:20:41,663 --> 00:20:43,040 Baba! 159 00:20:55,677 --> 00:20:56,678 Ilun! 160 00:21:07,105 --> 00:21:08,482 Kosongkan tembok! 161 00:21:09,233 --> 00:21:10,776 Kosongkan tembok! 162 00:21:11,485 --> 00:21:13,195 - Kosongkan tembok! - Kosongkan tembok! 163 00:21:13,278 --> 00:21:14,905 Kosongkan tembok! 164 00:21:18,742 --> 00:21:19,785 Kosongkan tembok! 165 00:21:46,311 --> 00:21:47,312 Berikan ramalan. 166 00:21:49,231 --> 00:21:52,359 Saya dapat rasakan perasaan benci yang meluap-luap. 167 00:21:53,443 --> 00:21:54,653 Tapi senyap. 168 00:22:00,993 --> 00:22:01,994 Ayura? 169 00:22:02,828 --> 00:22:06,164 Kuda berdengus dan menghentak-hentak batu. 170 00:22:06,248 --> 00:22:10,085 Ada banyak kuda yang bersembunyi di sebalik bunyi sungai yang kuat. 171 00:22:10,627 --> 00:22:12,254 Tentera mereka masih ramai. 172 00:22:12,671 --> 00:22:14,923 Mereka hanya korbankan beberapa tentera. 173 00:22:16,091 --> 00:22:17,634 Mereka simpan sebahagian tentera mereka. 174 00:22:18,969 --> 00:22:20,304 Pulang semula ke kampung! 175 00:22:21,638 --> 00:22:24,516 Cenuram ini sajalah jalan untuk menuruni gunung ini, bukan? 176 00:22:24,600 --> 00:22:27,728 Ada gaung dan tebing yang curam di semua sisi kecuali di sini. 177 00:22:28,645 --> 00:22:31,356 Sebab itulah tempat ini dipilih oleh nenek moyang kami. 178 00:22:33,442 --> 00:22:35,527 Kami saja penduduk Alkenny yang masih hidup. 179 00:22:36,695 --> 00:22:38,322 Dan saya akan jadi yang terakhir. 180 00:22:43,702 --> 00:22:47,164 Ya. Ya tuhan. 181 00:22:47,247 --> 00:22:48,874 Kali ini, ia bayi perempuan. 182 00:22:50,876 --> 00:22:51,919 Sinjay, Mama. 183 00:22:55,255 --> 00:22:57,508 Sudahlah. 184 00:23:15,859 --> 00:23:17,736 Saya terdengar bumi bergoncang. 185 00:23:20,030 --> 00:23:21,323 Adakah itu imaginasi saya? 186 00:23:21,406 --> 00:23:24,076 Tidak, itu bukan imaginasi awak. 187 00:23:25,035 --> 00:23:26,745 Sinjay, bawakan air bersih. 188 00:23:37,256 --> 00:23:41,844 Menurut undang-undang Alkenny, nama pertama yang mereka dengar 189 00:23:42,302 --> 00:23:44,388 haruslah nama ayah mereka. 190 00:23:45,889 --> 00:23:49,393 Dengan cara itu, ia akan menjadi sebahagian daripada jiwa mereka. 191 00:23:51,728 --> 00:23:53,438 Jangan kata Baba Voss. 192 00:23:54,273 --> 00:23:58,318 Ia mestilah nama ayah sebenar mereka atau bala akan menimpa. 193 00:24:06,952 --> 00:24:09,454 Ayah awak ialah Jerlamarel. 194 00:24:14,626 --> 00:24:17,421 Ayah awak ialah Jerlamarel. 195 00:24:20,215 --> 00:24:22,384 Awak dah bersedia untuk bercerita tentangnya? 196 00:24:23,051 --> 00:24:24,511 Tentang dirinya? 197 00:24:25,387 --> 00:24:26,597 Saya dah beritahu dulu. 198 00:24:28,599 --> 00:24:29,975 Saya tak kenal dia. 199 00:24:32,269 --> 00:24:35,230 Saya merayau jauh dari kampung saya dan tersesat dalam ribut salji. 200 00:24:35,314 --> 00:24:38,108 Bukan itu yang pungguk katakan kepada saya. 201 00:24:39,484 --> 00:24:40,944 Apa yang ia katakan? 202 00:24:46,241 --> 00:24:47,701 Pahlawan kita sudah kembali. 203 00:24:59,922 --> 00:25:02,508 Baba Voss, awak korbankan tembok? 204 00:25:02,591 --> 00:25:03,800 Kami tiada pilihan lain. 205 00:25:04,301 --> 00:25:06,887 Pemburu Ahli Sihir dan separuh tentera Ratu Kane sudah berada di lembah. 206 00:25:08,597 --> 00:25:09,765 Pemburu Ahli Sihir? 207 00:25:11,350 --> 00:25:13,185 - Di sini tak ada ahli sihir. - Arca. 208 00:25:21,443 --> 00:25:23,612 Saya isytiharkan yang parlimen Alkenny sedang bersidang. 209 00:25:24,780 --> 00:25:27,157 Dengar sini. Tembok kita sudah tiada. 210 00:25:28,825 --> 00:25:31,620 Kami terpaksa. Tapi musuh masih berada di lembah itu. 211 00:25:33,497 --> 00:25:37,209 Hujan turun, jadi mereka takkan berani memanjat cenuram dalam cuaca begini. 212 00:25:37,292 --> 00:25:38,377 Jadi kita ada masa. 213 00:25:38,460 --> 00:25:40,921 Masa untuk apa? Kita terperangkap. 214 00:25:41,797 --> 00:25:44,383 Kita ada orang dan perangkap beruang di sekeliling kawasan ini. 215 00:25:44,800 --> 00:25:46,844 Kita akan gantung tali untuk halang kuda mereka. 216 00:25:48,178 --> 00:25:50,264 Kita perlu melakukannya sebelum ribut berakhir. 217 00:25:55,519 --> 00:25:56,728 Masa singkat. 218 00:25:59,314 --> 00:26:00,315 Bersiap sedia. 219 00:26:15,831 --> 00:26:16,832 Baba Voss? 220 00:26:17,499 --> 00:26:18,709 Tidak, ini beruang. 221 00:26:19,585 --> 00:26:21,420 Maghra, kami dah bertiga? 222 00:26:21,837 --> 00:26:23,463 Awak dah berempat, Baba Voss. 223 00:26:25,382 --> 00:26:28,844 Tengoklah mereka, lelaki besar. Jangan cederakan mereka. 224 00:26:35,100 --> 00:26:36,935 Bayi lelaki dan perempuan. 225 00:26:37,769 --> 00:26:39,062 Saya akan tinggalkan awak. 226 00:26:39,146 --> 00:26:41,190 Jangan, Paris, tunggulah dulu. 227 00:26:42,441 --> 00:26:43,650 Duduklah bersama kami. 228 00:26:45,152 --> 00:26:46,987 Batu berjaya bunuh mereka? 229 00:26:50,324 --> 00:26:52,326 Rahmat berganda. Dewa Api. 230 00:26:54,369 --> 00:26:57,247 Baba, batu berjaya bunuh mereka semua? 231 00:26:59,541 --> 00:27:00,542 Tidak. 232 00:27:04,379 --> 00:27:06,215 Jadi, bagaimana kita akan terus hidup? 233 00:27:09,301 --> 00:27:10,427 Saya tak tahu. 234 00:27:11,762 --> 00:27:13,847 Mereka ada kuda dan anjing. 235 00:27:14,973 --> 00:27:17,976 Apabila ribut sudah berakhir, mereka akan cari kita. 236 00:27:29,112 --> 00:27:32,699 Sepanjang hidup saya, saya mencari ketenangan... 237 00:27:33,992 --> 00:27:38,580 saya ingin bina sebuah rumah, beristeri dan beranak pinak. 238 00:27:40,290 --> 00:27:44,962 Sekarang, pada saat-saat akhir ini, saya dapat dua orang. 239 00:27:46,255 --> 00:27:49,508 Satu, dua. 240 00:27:53,387 --> 00:27:57,724 Saya pasti akan menyayangi mereka 241 00:28:00,853 --> 00:28:02,688 seperti saya mencintai awak, Maghra. 242 00:28:03,313 --> 00:28:05,774 Ya. Dari detik pertama... 243 00:28:05,858 --> 00:28:08,944 Baba Voss, awak perlu datang. Mereka telah mengundi tanpa awak. 244 00:28:58,410 --> 00:29:00,037 Awak dah gantung tali itu? 245 00:29:01,663 --> 00:29:02,915 Tidak, Baba Voss. 246 00:29:03,332 --> 00:29:05,918 Kami teruskan sesi parlimen yang awak isytiharkan tadi. 247 00:29:06,585 --> 00:29:10,297 Setahu kami, Pemburu Ahli Sihir tak akan datang 248 00:29:10,380 --> 00:29:12,341 melainkan mereka percaya ada ahli sihir di sini. 249 00:29:13,342 --> 00:29:15,344 Mereka tak pernah lawat kita sebelum ini... 250 00:29:15,427 --> 00:29:19,223 Sehinggalah perempuan tak guna itu datang dan melahirkan anak-anaknya. 251 00:29:21,767 --> 00:29:23,936 Paris, kita perlu buat sesuatu. 252 00:29:24,019 --> 00:29:26,855 Tunggu di sini. Ia sedang diuruskan. 253 00:29:29,733 --> 00:29:31,276 Masanya telah tiba. 254 00:29:32,319 --> 00:29:33,403 Masa untuk apa? 255 00:29:33,487 --> 00:29:35,989 Pada malam lelaki tak dikenali itu bawa awak kepada kami, 256 00:29:36,990 --> 00:29:38,992 dia tinggalkan pesanan ini di altar saya. 257 00:29:43,622 --> 00:29:44,873 Ia daripada Jerlamarel. 258 00:29:47,459 --> 00:29:50,128 Sediakan bayi-bayi itu untuk perjalanan jauh. 259 00:29:51,380 --> 00:29:53,298 Satu usul mencadangkan yang 260 00:29:54,258 --> 00:29:58,554 mungkin jika kita serahkan wanita itu dan anak-anaknya kepada Pemburu Ahli Sihir, 261 00:29:58,637 --> 00:30:00,097 mereka takkan ganggu kita. 262 00:30:01,223 --> 00:30:03,433 Baba Voss, kita kesuntukan masa. 263 00:30:04,226 --> 00:30:06,478 Lagipun, bayi-bayi itu bukan anak awak. 264 00:30:08,730 --> 00:30:09,857 Baiklah. 265 00:30:11,024 --> 00:30:12,943 Kita perlu mematuhi undi. 266 00:30:13,402 --> 00:30:18,657 Tapi tentu sukar untuk sesiapa saja untuk membawa wanita dan dua bayi 267 00:30:18,740 --> 00:30:21,201 menuruni gunung tanpa tangan dan kakinya. 268 00:30:22,077 --> 00:30:25,122 Baba Voss, awak memang besar, tapi kami ramai. 269 00:30:25,747 --> 00:30:26,790 Awak tak boleh bunuh kami semua. 270 00:30:27,624 --> 00:30:29,918 Betul, tapi saya boleh bunuh enam atau tujuh orang. 271 00:30:30,711 --> 00:30:33,213 Mereka yang ingin menjadi salah seorang daripadanya, 272 00:30:34,047 --> 00:30:35,340 datanglah ke sini. 273 00:30:36,091 --> 00:30:38,093 Bilah saya dah bersedia untuk mengambil nyawa awak. 274 00:30:38,385 --> 00:30:39,386 Arca. 275 00:30:40,721 --> 00:30:42,139 Kuartermaster. 276 00:30:43,724 --> 00:30:45,642 Saya sokong Baba Voss! 277 00:30:45,726 --> 00:30:48,729 Ilun. Ayura. 278 00:30:50,814 --> 00:30:53,775 Tali pembunuh. Saya sokong Baba Voss. 279 00:30:54,943 --> 00:30:56,653 Bow Lion. Penari Maut. 280 00:30:58,822 --> 00:31:00,324 Saya sokong Baba. 281 00:31:00,991 --> 00:31:03,410 Belu. Penari Maut. 282 00:31:05,787 --> 00:31:09,374 Baba Voss... ke tepi. 283 00:31:09,458 --> 00:31:13,629 Turunkan senjata! 284 00:31:14,796 --> 00:31:16,381 Kita semua penduduk Alkenny. 285 00:31:17,883 --> 00:31:19,092 Dengarlah. 286 00:31:20,052 --> 00:31:22,679 Rasakannya. Hujan semakin reda. 287 00:31:23,222 --> 00:31:25,390 Pemburu Ahli Sihir semakin hampir. 288 00:31:25,849 --> 00:31:28,435 Apabila sesebuah kampung dipercayai mengamalkan ilmu sihir, 289 00:31:28,519 --> 00:31:30,979 seluruh kampung itu harus dibakar. 290 00:31:31,063 --> 00:31:32,814 Itu fahaman mereka. 291 00:31:33,232 --> 00:31:36,109 Bayi-bayi itu takkan menghalang mereka. 292 00:31:36,527 --> 00:31:38,278 Apa yang awak syorkan? 293 00:31:38,362 --> 00:31:42,157 Awak fikir kita terperangkap di sini. Itu tidak benar. 294 00:31:42,783 --> 00:31:44,660 Ada jalan lain untuk meninggalkan gunung ini. 295 00:31:44,743 --> 00:31:47,955 - Mungkin jika awak burung. - Tidak! Ada sebuah jambatan. 296 00:31:48,038 --> 00:31:51,291 - Apa? - Yang merentasi gaung. Melepasi loceng. 297 00:31:51,375 --> 00:31:53,835 Penduduk Alkenny sudah lama tinggal di gunung ini. 298 00:31:53,919 --> 00:31:55,087 Jambatan tak pernah wujud. 299 00:31:55,170 --> 00:31:56,839 Sekarang ia sudah wujud, Dreamer. 300 00:31:56,922 --> 00:31:58,173 Siapa yang membinanya? 301 00:31:58,674 --> 00:32:00,300 Ia dibina oleh seorang lelaki. 302 00:32:00,384 --> 00:32:01,802 Manusia tak mampu bina jambatan sepanjang itu. 303 00:32:01,885 --> 00:32:04,555 Memandangkan masa kita singkat, anggaplah dia seorang dewa. 304 00:32:04,638 --> 00:32:07,099 - Bagaimana awak tahu semua ini? - Kita tak sempat membincangkannya. 305 00:32:07,182 --> 00:32:09,184 Dia tahu kerana dia juga ahli sihir. 306 00:32:09,268 --> 00:32:12,271 Jika saya ahli sihir, maka, saya sajalah harapan awak. 307 00:32:12,354 --> 00:32:13,939 Empat ratus degupan jantung dari sini. 308 00:32:14,022 --> 00:32:15,482 Mereka yang kekal di sini akan dibakar. 309 00:32:16,233 --> 00:32:18,777 Wanita dan kanak-kanak akan diperkosa. 310 00:32:19,236 --> 00:32:21,321 Walaupun tanpa jambatan, 311 00:32:21,989 --> 00:32:24,533 mati akibat jatuh gaung pun jauh lebih baik. 312 00:32:25,742 --> 00:32:27,202 Kumpulkan barang-barang awak. 313 00:32:29,580 --> 00:32:31,331 Awak tahu jalan untuk ke jambatan itu? 314 00:32:31,415 --> 00:32:33,709 Ya. Percayalah. 315 00:32:38,130 --> 00:32:40,716 Maghra. Awak boleh berjalan? 316 00:32:42,092 --> 00:32:43,635 - Boleh. - Betul? 317 00:32:44,219 --> 00:32:46,305 - Ya. - Mari, sayang. 318 00:32:46,388 --> 00:32:49,808 Kumpulkan barang-barang awak. Bawa barang yang awak boleh pegang. 319 00:32:51,018 --> 00:32:52,019 Paris. 320 00:32:53,145 --> 00:32:55,981 Bagaimanakah awak akan cari jambatan itu? 321 00:32:56,064 --> 00:32:57,774 Dia tinggalkan arahannya kepada saya. 322 00:32:58,358 --> 00:33:00,861 - Siapa dia? - Bapa kandung bayi-bayi itu. 323 00:33:01,987 --> 00:33:06,366 Baba Voss, kuatkan semangat dan atasi perasaan sedih itu. 324 00:33:23,926 --> 00:33:25,344 Ayuh! Di sini! 325 00:33:28,055 --> 00:33:30,224 Kita tak patut pergi lebih jauh. 326 00:33:30,641 --> 00:33:31,892 Percayalah, Mama. 327 00:33:34,561 --> 00:33:37,272 Teruskan berjalan. Jangan takut. 328 00:33:44,571 --> 00:33:48,242 Laluan ini akan membawa kita ke jambatan itu. 329 00:33:48,909 --> 00:33:50,160 Ini kerja gila. 330 00:33:50,911 --> 00:33:53,330 Tiada manusia mampu bina jambatan merentasi gaung ini. 331 00:33:53,914 --> 00:33:55,958 Ada kuda dua ratus degupan jantung dari sini. 332 00:33:57,668 --> 00:33:58,919 Cepat! 333 00:34:25,320 --> 00:34:28,782 Kita selamat! Jambatan kukuh di ruang yang sepatutnya kosong! 334 00:34:29,950 --> 00:34:31,242 Beratur. 335 00:34:55,017 --> 00:34:56,393 Bawakan saya Gether Bax. 336 00:35:01,148 --> 00:35:04,067 Saya terapung di udara. Ini satu keajaiban. 337 00:35:04,151 --> 00:35:05,986 Saya terapung di udara! 338 00:35:12,951 --> 00:35:13,952 Cepat! 339 00:35:14,453 --> 00:35:15,454 Saya akan pergi. 340 00:35:15,871 --> 00:35:17,748 Papan bersilang dengan tali. 341 00:35:24,671 --> 00:35:26,006 Saya ikut di belakang awak. 342 00:35:28,926 --> 00:35:30,427 Saya akan melengahkan mereka. 343 00:35:35,390 --> 00:35:38,852 Awak kata tiada jalan untuk menuju ke Makam Suria. 344 00:35:38,936 --> 00:35:39,978 Memang tiada. 345 00:35:40,395 --> 00:35:44,316 Hanya ada jurang yang dalam, yang pasti akan membawa maut. 346 00:35:44,399 --> 00:35:46,068 Saya dengar bunyi bayi menangis. 347 00:35:46,693 --> 00:35:49,988 Dua bayi yang baru lahir. Mereka menuju ke Makam Suria. 348 00:36:07,005 --> 00:36:08,131 Ya tuhan! 349 00:36:10,384 --> 00:36:11,635 Maghra! 350 00:36:11,718 --> 00:36:13,053 Saya selamat! 351 00:36:13,804 --> 00:36:15,138 Jambatan itu masih bertahan! 352 00:36:17,933 --> 00:36:20,269 Pergi cepat! Hati-hati. 353 00:36:26,358 --> 00:36:27,401 Ayura! 354 00:36:28,485 --> 00:36:31,697 Hanya bunyi air deras yang sangat hampir. 355 00:36:31,780 --> 00:36:33,282 Lepaskan anjing! 356 00:36:35,909 --> 00:36:36,910 Pergi. 357 00:36:40,956 --> 00:36:43,667 Pejal. Tanah yang kukuh! 358 00:36:43,750 --> 00:36:45,294 Tanah yang kukuh. Mari. 359 00:37:01,727 --> 00:37:04,188 Berjaga-jaga. Ayuh. 360 00:37:04,855 --> 00:37:06,607 Cepat. 361 00:37:25,918 --> 00:37:27,252 Diam. 362 00:37:32,883 --> 00:37:33,926 Okey. 363 00:37:38,847 --> 00:37:40,974 Diam. 364 00:37:44,770 --> 00:37:45,812 Tidak. 365 00:37:52,653 --> 00:37:54,071 Ia sebuah jambatan. 366 00:37:55,739 --> 00:37:57,032 Gether Bax! 367 00:37:59,493 --> 00:38:00,536 Lepaskan dia! 368 00:38:04,915 --> 00:38:07,793 Sudah bertahun-tahun kami tinggal di gunung ini. Jambatan tak pernah ada. 369 00:38:07,876 --> 00:38:09,002 Rasakannya! 370 00:38:12,381 --> 00:38:13,757 Awak pergi dulu. 371 00:38:15,968 --> 00:38:18,679 Tidak. Gaung ini akan membawa maut. 372 00:38:18,762 --> 00:38:22,099 Jika awak tinggal di sini, awak akan mati. Jalan! 373 00:38:43,996 --> 00:38:45,831 Askar, ikut mereka. 374 00:38:54,548 --> 00:38:55,549 Beri laluan! 375 00:39:01,847 --> 00:39:02,848 Tunggu! 376 00:39:04,474 --> 00:39:05,726 Tolong! 377 00:39:07,102 --> 00:39:08,103 Siapa awak? 378 00:39:08,854 --> 00:39:10,772 Saya, Gether Bax! 379 00:39:13,275 --> 00:39:15,652 Awak semua tinggalkan saya! 380 00:39:16,361 --> 00:39:17,529 Gether. 381 00:39:22,409 --> 00:39:23,493 Pegang tangan saya. 382 00:39:44,515 --> 00:39:45,516 Pengumuman. 383 00:39:53,649 --> 00:39:55,234 Pesanan untuk ratu. 384 00:40:34,815 --> 00:40:41,822 EMPANGAN KANZUA ISTANA RATU KANE 385 00:41:44,259 --> 00:41:46,386 Pergi. Beta ingin berdoa. 386 00:42:31,765 --> 00:42:32,891 Dewa... 387 00:42:34,476 --> 00:42:35,936 yang terselindung daripada kami... 388 00:42:37,813 --> 00:42:40,482 dengan kuasa yang kami rasai, namun tak dapat disentuh. 389 00:42:42,609 --> 00:42:44,736 Kehendakmu akan kekal di tempat yang suci ini. 390 00:42:47,990 --> 00:42:50,868 Kurniakan kepada kami kuasa yang diberi oleh Dewa Api 391 00:42:51,577 --> 00:42:54,288 dan diambil dari air sungai yang suci. 392 00:42:56,206 --> 00:42:58,417 Berikanlah panduan dan permudahkanlah jalan kami. 393 00:43:00,043 --> 00:43:02,546 Laknati mereka yang menyalahi kami. 394 00:43:05,257 --> 00:43:07,467 Kurniakanlah api dan asap kepada kami. 395 00:43:09,011 --> 00:43:13,056 Bahawasanya kegelapan, kekuasaan... 396 00:43:14,057 --> 00:43:15,601 dan keagungan adalah milikmu. 397 00:43:21,106 --> 00:43:23,692 Selama-lamanya. 398 00:43:33,410 --> 00:43:34,661 Perkenankanlah. 399 00:43:41,543 --> 00:43:42,544 Ya? 400 00:43:43,503 --> 00:43:46,173 Ada berita dari Makam Suria, tuanku. 401 00:43:48,842 --> 00:43:49,968 Masuk. 402 00:45:44,708 --> 00:45:45,918 Dia telah mendapat anak. 403 00:45:46,001 --> 00:45:50,422 Diam. Rasakan. Beta akan bercakap. 404 00:45:56,136 --> 00:45:58,180 Syaitan yang telah membunuh adik beta... 405 00:45:59,473 --> 00:46:01,683 yang menyebarkan dakwah yang menyeleweng 406 00:46:01,767 --> 00:46:05,562 dan dikurniakan kuasa cahaya, Jerlamarel, 407 00:46:06,063 --> 00:46:07,397 bukan saja hidup. 408 00:46:09,191 --> 00:46:10,984 Dia telah mendapatkan zuriat. 409 00:46:12,903 --> 00:46:15,239 - Doktor? - Ya, tuanku? 410 00:46:15,322 --> 00:46:17,491 Kita pernah berbincang tentang hal ini secara umum. 411 00:46:18,867 --> 00:46:22,287 Jangan bergerak. Ia bukan rahsia. 412 00:46:22,371 --> 00:46:24,122 Beta juga pernah bertanya kepada awak, 413 00:46:25,123 --> 00:46:29,503 "Adakah doktor percaya kuasa cahaya boleh diturunkan kepada zuriat kita?" 414 00:46:31,380 --> 00:46:35,467 Tidak. Saya tak rasa ia boleh diturunkan kepada zuriat kita. 415 00:46:35,551 --> 00:46:36,718 Jangan tipu beta. 416 00:46:38,136 --> 00:46:39,221 Beta mendengarnya. 417 00:46:43,350 --> 00:46:45,936 Ia buang banyak masa. 418 00:46:46,937 --> 00:46:50,023 Sikap berjaga-jaga, perasaan takut. 419 00:46:51,400 --> 00:46:52,943 Berterus teranglah! 420 00:46:54,570 --> 00:46:56,780 Sejujurnya, saya tak tahu. 421 00:46:58,448 --> 00:47:02,744 Tuanku, Jerlamarel ialah seorang lelaki. 422 00:47:02,828 --> 00:47:05,163 Dia hidang makanan kepada kita di kamar ini. 423 00:47:06,081 --> 00:47:10,544 Dia dilahirkan sebagai hamba dan kuasa yang dia ceritakan itu... 424 00:47:11,545 --> 00:47:15,799 mungkin dia hanya budak suruhan yang cuba menawan hati ratunya 425 00:47:15,883 --> 00:47:18,302 dengan kisah yang dia dengar semasa dia kecil. 426 00:47:20,179 --> 00:47:22,389 Kita ada masalah di ibu kota. 427 00:47:24,183 --> 00:47:26,435 Kuasa suci sungai itu semakin lemah. 428 00:47:27,311 --> 00:47:30,147 Orang kata kasih dewa terhadap kita semakin berkurangan. 429 00:47:31,273 --> 00:47:34,860 Mungkin sudah tiba masanya untuk bawa tentera terbaik kita pulang. 430 00:47:37,946 --> 00:47:38,947 Melutut. 431 00:47:48,624 --> 00:47:49,875 Awak lupa... 432 00:47:51,710 --> 00:47:55,047 yang kuasa cahaya yang jahat hampir memusnahkan dunia suatu masa dulu. 433 00:47:56,632 --> 00:48:01,428 Manusia menggunakannya untuk mengawal, memanipulasi dan mengubah matlamat dewa. 434 00:48:01,887 --> 00:48:05,307 Hutan dibakar. Udara tercemar. 435 00:48:08,977 --> 00:48:13,440 Lady Zee, hantar utusan kepada negara Makam Suria. 436 00:48:14,900 --> 00:48:17,861 Misi mereka bukan saja untuk memburu Jerlamarel. 437 00:48:19,571 --> 00:48:22,407 Misi mereka adalah untuk mencari anak-anaknya 438 00:48:24,243 --> 00:48:25,869 dan menyerahkan mereka kepada beta. 439 00:48:45,681 --> 00:48:46,849 Pada hari ini, 440 00:48:48,392 --> 00:48:51,186 kita melangkah ke dunia baru. 441 00:48:54,314 --> 00:48:57,526 Lelaki yang telah membina jambatan untuk kita seberangi 442 00:48:58,151 --> 00:48:59,987 akan menunjukkan haluan kita. 443 00:49:01,530 --> 00:49:03,115 Paris, siapakah lelaki itu? 444 00:49:05,117 --> 00:49:06,869 Namanya Jerlamarel. 445 00:49:13,208 --> 00:49:15,127 Saya pernah rapat dengannya dulu. 446 00:49:19,756 --> 00:49:21,258 Dia seorang pembidaah. 447 00:49:22,176 --> 00:49:27,931 Pemburu Ahli Sihir memburunya kerana dia menyebarkan satu ajaran sesat. 448 00:49:29,266 --> 00:49:34,771 Katanya, dia mempunyai kuasa yang kita akan anggap ajaib atau jahat, 449 00:49:35,856 --> 00:49:40,819 tapi ia sesuatu yang hampir semua manusia pernah miliki suatu masa dahulu. 450 00:49:41,403 --> 00:49:44,948 Katanya juga, tulang dewa yang kita guna sebagai senjata dan alat 451 00:49:45,032 --> 00:49:47,743 bukan ciptaan dewa seperti yang diceritakan kepada kita. 452 00:49:49,536 --> 00:49:52,247 Begitu juga dengan kehalusan abadi yang tak pernah reput. 453 00:49:53,957 --> 00:49:56,376 Atau gunung Payan yang rata dan lurus itu. 454 00:49:56,960 --> 00:49:58,962 Ia semua dibina oleh manusia. 455 00:49:59,713 --> 00:50:05,135 Manusia seperti kita yang ada penglihatan sepertinya. 456 00:50:06,512 --> 00:50:09,097 Jerlamarel tak dapat menerangkannya kepada saya. 457 00:50:10,599 --> 00:50:13,685 Dia cuma kata yang dia boleh melihat. 458 00:50:14,853 --> 00:50:19,149 Jika kita ikut arahannya, kita akan menemui tempat berlindung. 459 00:50:32,704 --> 00:50:34,540 Tiada apa lagi yang tinggal. 460 00:50:37,251 --> 00:50:40,796 Jika ada bantahan, cadangkan jalan ke depan yang lebih baik. 461 00:50:44,299 --> 00:50:45,551 Jika begitu, ia muktamad. 462 00:50:52,099 --> 00:50:54,142 Ada sungai di sana. 463 00:50:57,187 --> 00:50:59,898 Penghidu kita akan meninjaunya. 464 00:51:00,315 --> 00:51:05,320 Kita akan menyusuri denainya selama 30 hari dan 30 malam. 465 00:51:08,991 --> 00:51:12,244 Apabila denai di tepi sungai itu hilang, 466 00:51:12,661 --> 00:51:17,249 kita akan mengharunginya supaya tiada anjing dapat mengekori kita. 467 00:51:18,375 --> 00:51:22,629 Berpandukan bunyi-bunyian yang Jerlamarel tinggalkan. 468 00:51:34,558 --> 00:51:36,268 Tak lama selepas itu, 469 00:51:36,685 --> 00:51:42,441 kita akan mendengar arus air terjun setinggi 20 lelaki. 470 00:51:45,569 --> 00:51:50,032 Dan di sebalik air terjun itu, sebuah tempat berlindung. 471 00:51:51,074 --> 00:51:54,077 Tempat yang tiada siapa berani pergi. 472 00:51:55,370 --> 00:51:58,290 Tempat di mana kita boleh bina semula 473 00:51:59,082 --> 00:52:02,544 dengan aman dan selamat. 474 00:52:28,946 --> 00:52:30,364 Katanya, ada tangga di sini. 475 00:52:31,448 --> 00:52:32,491 Arca. 476 00:52:36,495 --> 00:52:37,788 Saya akan pergi dulu. 477 00:52:38,205 --> 00:52:40,749 Jika ia boleh tahan berat saya, ia boleh tahan apa saja. 478 00:52:40,832 --> 00:52:41,917 Baba, tolonglah. 479 00:53:45,689 --> 00:53:46,857 Ia selamat! 480 00:53:58,118 --> 00:54:01,288 - Ais... - Ais... 481 00:54:05,918 --> 00:54:08,587 Penghidu, apa ada di hadapan kita? 482 00:54:09,713 --> 00:54:11,173 Apa yang dia tinggalkan untuk kita? 483 00:54:13,300 --> 00:54:14,551 Segala-galanya. 484 00:54:39,284 --> 00:54:41,245 Di sinilah kita akan bina kediaman baru kita. 485 00:55:18,532 --> 00:55:20,242 Ia terasa seperti syurga. 486 00:55:24,079 --> 00:55:25,289 Tapi, Baba... 487 00:55:26,498 --> 00:55:27,833 awak perlu tahu 488 00:55:29,543 --> 00:55:32,421 yang awak bakal memimpin puak 489 00:55:32,504 --> 00:55:37,009 yang harus bersembunyi daripada dunia dan Pemburu Ahli Sihir selama-lamanya. 490 00:55:38,343 --> 00:55:39,511 Ketahuilah hakikat ini. 491 00:55:40,304 --> 00:55:42,931 Suatu hari nanti, kita mungkin ditemui. 492 00:55:43,932 --> 00:55:46,310 Kita harus berhati-hati. 493 00:57:21,196 --> 00:57:23,615 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati