1 00:03:48,942 --> 00:03:51,111 Tolonglah menangis. Tolonglah jangan mati. 2 00:04:21,767 --> 00:04:22,935 Hei! Jangan! 3 00:04:23,393 --> 00:04:25,854 Hei, tengok sini! 4 00:04:25,938 --> 00:04:28,524 Hei, tengok saya! 5 00:04:30,526 --> 00:04:31,568 Tengok... 6 00:04:33,779 --> 00:04:36,740 Hei, tengok sini! 7 00:04:37,699 --> 00:04:38,825 Tengok sini! 8 00:05:22,327 --> 00:05:25,122 Siapa di sana? Jawab soalan saya. Siapa awak? 9 00:05:25,539 --> 00:05:27,374 Nampaknya anak-anak saya dijaga dengan baik. 10 00:05:29,751 --> 00:05:30,752 Jerlamarel... 11 00:05:32,713 --> 00:05:33,714 itu awak? 12 00:05:40,971 --> 00:05:42,097 Ya. 13 00:05:46,685 --> 00:05:48,145 Awak mahu mengambil mereka? 14 00:05:48,228 --> 00:05:50,564 Tidak. Saya seorang pelarian. 15 00:05:50,981 --> 00:05:52,566 Saya ada tugas di tempat lain. 16 00:05:52,983 --> 00:05:54,818 Mereka lebih selamat jika membesar dengan awak. 17 00:05:57,654 --> 00:06:01,742 Saya mengekori awak untuk memastikan awak menemui tempat berlindung itu. 18 00:06:03,535 --> 00:06:05,329 Dan untuk membunuh beruang di lembah ini. 19 00:06:06,330 --> 00:06:08,040 Rasanya itu beruang yang terakhir. 20 00:06:18,467 --> 00:06:19,801 Anak-anak ini ialah satu anugerah. 21 00:06:20,427 --> 00:06:22,304 Jaga mereka selama mereka membesar. 22 00:06:25,432 --> 00:06:26,475 Boleh hulurkan tangan? 23 00:06:32,898 --> 00:06:35,067 Apa ini? 24 00:06:35,984 --> 00:06:39,071 Di tempat berlindung itu, ada gua kecil di sebelah air terjun. 25 00:06:39,404 --> 00:06:41,740 Panjat gua itu. Ada sebuah kotak di sana. 26 00:06:42,115 --> 00:06:44,201 Saya dah berikan kuncinya kepada awak. 27 00:06:45,410 --> 00:06:46,662 Bincanglah dengan Paris. 28 00:06:47,079 --> 00:06:49,957 Beritahu dia yang kandungannya adalah untuk anak-anak saya. 29 00:06:51,083 --> 00:06:53,168 Buka ia apabila mereka berusia 12 musim panas. 30 00:06:53,252 --> 00:06:55,254 Cukup tua untuk memahami kandungannya. 31 00:06:55,337 --> 00:06:56,463 Apa kandungannya? 32 00:06:59,132 --> 00:07:00,133 Ilmu pengetahuan. 33 00:07:01,301 --> 00:07:03,220 Ilmu yang akan memulakan dunia baru. 34 00:07:04,429 --> 00:07:06,223 Yang lebih baik daripada dunia nenek moyang kita. 35 00:07:14,064 --> 00:07:17,276 Satu hari nanti, kita akan bersatu. 36 00:07:31,915 --> 00:07:33,542 Namakan mereka Haniwa dan Kofun. 37 00:07:34,042 --> 00:07:35,961 Bolehlah saya kenal mereka apabila kami bertemu. 38 00:07:38,005 --> 00:07:39,381 Bilakah mereka akan mencari awak? 39 00:07:39,464 --> 00:07:41,049 Jawapannya ada di dalam kotak itu. 40 00:07:41,133 --> 00:07:43,468 Tunggu. Jerlamarel. 41 00:07:46,889 --> 00:07:48,098 Jerlamarel! 42 00:07:51,810 --> 00:07:52,853 Jerlamarel. 43 00:07:58,025 --> 00:07:59,026 Jerlamarel! 44 00:08:21,840 --> 00:08:26,303 Saya terdengar Baba Voss memanggil nama ahli sihir itu. 45 00:08:33,352 --> 00:08:35,102 Awak tak rasa bimbang? 46 00:08:36,188 --> 00:08:40,484 - Tak adakah undang-undang di sini? - Undang-undang tiada di sini. 47 00:08:42,027 --> 00:08:44,321 Baba Voss berkuasa sekarang. Kita tak berani menyakiti hatinya. 48 00:08:44,404 --> 00:08:46,156 Undang-undang bukan di tangan Baba Voss. 49 00:08:47,282 --> 00:08:49,117 Ia di tangan dewa. 50 00:08:49,201 --> 00:08:51,453 Mungkin dewa juga tiada di sini. 51 00:08:51,537 --> 00:08:56,583 Baba Voss dan Parislah yang hukum ibu saya, 52 00:08:57,709 --> 00:09:02,047 yang juga kakak awak supaya dibakar. 53 00:09:02,130 --> 00:09:03,340 Kerana apa? 54 00:09:03,799 --> 00:09:08,136 Kerana dia mempersoalkan langkah membiarkan lelaki sepertinya, 55 00:09:08,220 --> 00:09:11,974 yang merahsiakan masa silamnya, untuk menjadi ketua kampung kita? 56 00:09:13,851 --> 00:09:18,981 Mereka bakar kerana mereka takut dengan kebenaran kata-katanya. 57 00:09:20,357 --> 00:09:24,653 Dewa tak lupa semua itu. 58 00:09:26,822 --> 00:09:28,657 Dan kalau dia lupa sekali pun, 59 00:09:30,951 --> 00:09:32,494 saya takkan lupa. 60 00:09:41,378 --> 00:09:42,546 Ke mana awak pergi? 61 00:09:45,591 --> 00:09:46,717 Baba Voss? 62 00:09:50,679 --> 00:09:51,680 Apa yang berlaku? 63 00:09:53,640 --> 00:09:54,975 Berterus teranglah. 64 00:09:57,019 --> 00:09:58,312 Duduk, sayang. 65 00:09:58,729 --> 00:09:59,771 Kenapa? 66 00:10:01,315 --> 00:10:04,568 Jerlamarel... muncul. 67 00:11:35,450 --> 00:11:38,120 Menurutnya, dia ada di hujung batang pokok yang tumbang ini. 68 00:11:51,675 --> 00:11:53,385 Saya hanya pernah dengar tentangnya. 69 00:11:54,303 --> 00:11:57,222 Saya tak tahu Lembaga hidup dalam kalangan kita di kampung itu. 70 00:11:57,306 --> 00:12:00,184 Sebab itulah mereka digelar Lembaga. Tiada siapa tahu mereka siapa. 71 00:12:00,267 --> 00:12:02,394 Tapi Alkenny memang ada Lembaga selama ini. 72 00:12:03,353 --> 00:12:06,815 Saya pernah tinggalkan nota di altarnya dan apabila saya kembali, ia tiada. 73 00:12:07,274 --> 00:12:08,567 Ia akan ada di sini. 74 00:12:08,984 --> 00:12:11,111 Bagaimana kita akan tahu bila ia tiba? 75 00:12:11,695 --> 00:12:14,281 Entahlah. Saya belum pernah buat begini. 76 00:12:14,740 --> 00:12:18,076 Saya agak saja yang wanita itu akan menjelma di hadapan kita. 77 00:12:19,119 --> 00:12:20,829 Kenapa awak kata "wanita itu"? 78 00:12:20,913 --> 00:12:24,249 Kerana mereka biasanya wanita. Lelaki terlalu cemerkap. 79 00:12:24,333 --> 00:12:26,168 Jadi, awak rasa dia siapa? 80 00:12:26,919 --> 00:12:29,171 Tempat untuk kita mengadu setiap hari. 81 00:12:30,589 --> 00:12:32,799 Seseorang yang boleh menyembunyikan tubuhnya. 82 00:12:33,217 --> 00:12:36,303 Tiada siapa yang boleh wujud dan tak wujud serentak. 83 00:12:37,596 --> 00:12:39,556 Dia bergerak apabila orang lain bergerak. 84 00:12:39,640 --> 00:12:41,433 Ayura pun tak boleh mendengarnya. 85 00:12:41,975 --> 00:12:45,812 Dia langsung tak berfikir. Malah, dia tak boleh diramal. 86 00:12:45,896 --> 00:12:49,441 Dia berada di alam lain dan tak dapat dikesan. 87 00:12:50,400 --> 00:12:52,736 Anjing pun fikir mereka batu. 88 00:12:58,283 --> 00:12:59,284 Dia ada di sini. 89 00:13:02,454 --> 00:13:03,664 Lembaga... 90 00:13:04,957 --> 00:13:06,166 terimalah salamku. 91 00:13:12,589 --> 00:13:17,386 Lembaga, tolong intip seseorang di kampung kami 92 00:13:17,469 --> 00:13:19,179 dan laporkan semua yang awak dengar. 93 00:13:22,683 --> 00:13:24,893 Dia takkan beri jawapan jika awak tak menyerah kepadanya. 94 00:13:26,478 --> 00:13:27,646 Jangan bergerak! 95 00:13:33,026 --> 00:13:35,737 Lembaga, boleh awak tunaikan permintaan saya? 96 00:13:41,034 --> 00:13:42,035 Adakah itu bermakna ya? 97 00:13:43,495 --> 00:13:45,873 Dua untuk "ya", satu untuk "tidak"? Betul? 98 00:13:49,835 --> 00:13:53,422 Lembaga, orangnya ialah Paris. 99 00:13:54,006 --> 00:13:56,675 Kami percaya dia seorang ahli sihir dan kami perlukan bukti. 100 00:13:56,758 --> 00:13:58,343 Boleh awak intip seorang ahli sihir? 101 00:14:06,185 --> 00:14:08,270 Lembaga, boleh awak intip seorang ahli sihir? 102 00:14:20,657 --> 00:14:22,201 Apa yang awak mahukan sebagai balasan? 103 00:14:26,330 --> 00:14:27,539 Lembaga? 104 00:14:39,718 --> 00:14:41,136 Dia kata, "dunia baru"? 105 00:14:44,014 --> 00:14:47,059 Mungkin ketika terbinanya dunia baru, dunia lama akan musnah. 106 00:14:48,810 --> 00:14:50,270 Ia cuma kotak, sayang. 107 00:15:03,367 --> 00:15:04,576 Apa dia? 108 00:15:06,078 --> 00:15:09,164 Ia untuk anak-anak awak. Ia mungkin mainan. 109 00:15:10,249 --> 00:15:12,960 Tidak. Ia tentu ada makna tertentu. 110 00:15:13,418 --> 00:15:15,379 Semua perbuatannya ada makna. 111 00:15:16,797 --> 00:15:19,007 Makna yang saya takkan faham. 112 00:15:19,550 --> 00:15:21,802 Saya pandai menjaga, tapi kurang memahami. 113 00:15:21,885 --> 00:15:25,389 Baba Voss, saya akan sentiasa memilih lelaki yang boleh menjaga saya 114 00:15:25,472 --> 00:15:27,766 dan bukannya lelaki yang memahami saya. 115 00:15:30,853 --> 00:15:32,104 Paris? 116 00:15:32,187 --> 00:15:33,313 Ya. 117 00:15:34,565 --> 00:15:35,774 Suami awak jemput saya. 118 00:15:35,858 --> 00:15:38,694 Jerlamarel suruh kita berunding dengannya. 119 00:15:41,113 --> 00:15:42,114 Duduk. 120 00:15:48,787 --> 00:15:50,247 Apa lagi kandungan kotak itu? 121 00:16:02,301 --> 00:16:06,847 Menurut pesanan ini, kekalkan benda yang di atas 122 00:16:07,306 --> 00:16:10,142 dan benda yang di bawah di tempatnya. 123 00:16:23,405 --> 00:16:25,407 Bagaimana kita boleh bina dunia baru dengan kulit kayu? 124 00:16:28,202 --> 00:16:30,120 Bau pun tak memberikan penglihatan. 125 00:16:31,038 --> 00:16:32,581 Banyak lagi benda yang sama. 126 00:16:33,832 --> 00:16:34,833 Paris. 127 00:16:38,212 --> 00:16:40,380 Apa? Awak tahu ia apa? 128 00:16:42,090 --> 00:16:43,091 Ya. 129 00:16:45,177 --> 00:16:48,931 Ia buku. 130 00:16:50,807 --> 00:16:52,017 Buku itu apa? 131 00:16:52,100 --> 00:16:57,356 Nenek saya beritahu kisah yang nenek kepada neneknya ceritakan. 132 00:16:59,024 --> 00:17:00,776 Saya bermimpi tentang buku bersamanya. 133 00:17:04,112 --> 00:17:07,574 Buku wujud dalam bentuk yang suci. 134 00:17:08,867 --> 00:17:14,915 Ia senyap, namun ia berbicara terus dengan imaginasi. 135 00:17:15,873 --> 00:17:20,504 Kita boleh membakarnya, tapi ia lebih berkuasa daripada api. 136 00:17:21,170 --> 00:17:25,467 Semua ilmu pengetahuan zaman purba ada di dalamnya. 137 00:17:25,801 --> 00:17:29,680 Rahsia zaman penglihatan. 138 00:17:30,889 --> 00:17:35,435 Nenek kepada nenek saya pun ada bukunya sendiri. 139 00:17:36,103 --> 00:17:38,272 Tapi Pemburu Ahli Sihir dah bakar semuanya. 140 00:17:39,273 --> 00:17:43,652 Saya ingat semua buku dah dibakar. 141 00:17:44,194 --> 00:17:46,405 Jerlamarel suruh kita tunggu 12 musim panas 142 00:17:46,488 --> 00:17:47,823 sebelum memberikannya kepada mereka. 143 00:17:47,906 --> 00:17:52,536 Dia tentu fikir mereka mewarisi penglihatannya. 144 00:17:52,619 --> 00:17:55,330 Dia boleh fikir begitu, tapi itu tak bermakna ia benar. 145 00:17:55,414 --> 00:17:57,624 Anak-anak saya mungkin tak disumpah. 146 00:17:57,708 --> 00:17:58,876 Disumpah? 147 00:17:58,959 --> 00:18:04,131 Kita hidup terasing di sini selama-lamanya di kampung yang percayakan benda tahayul. 148 00:18:04,882 --> 00:18:07,384 Mungkin mereka takkan tinggal di sini selama-lamanya. 149 00:18:08,302 --> 00:18:09,595 Apa maksud awak? 150 00:18:10,262 --> 00:18:11,513 Apa maksud awak, Paris? 151 00:18:11,597 --> 00:18:14,600 Selagi kita belum pasti yang mereka ada kebolehan itu, 152 00:18:15,392 --> 00:18:17,436 kita harus sama-sama bersetuju. 153 00:18:17,519 --> 00:18:21,023 Kita harus menanamnya seperti benih yang berharga. 154 00:18:21,690 --> 00:18:24,985 Kerana ia hadiah daripada Jerlamarel. 155 00:18:25,986 --> 00:18:28,363 Dan hadiah daripada Jerlamarel selalunya bagus. 156 00:18:28,447 --> 00:18:30,490 Awak rasa itu tak benar, Maghra? 157 00:18:33,410 --> 00:18:34,620 Baba Voss, 158 00:18:36,538 --> 00:18:38,916 tanam buku-buku itu di sebelah pokok lembayung. 159 00:18:40,250 --> 00:18:44,379 Selama 12 musim panas, kita takkan sebut langsung tentangnya. 160 00:18:53,847 --> 00:18:57,392 Kita tak bersendirian. 161 00:19:22,918 --> 00:19:23,961 Lembaga? 162 00:19:31,802 --> 00:19:33,011 Lembaga. 163 00:19:36,640 --> 00:19:38,100 Saya terima pesanan awak. 164 00:19:44,690 --> 00:19:45,899 Saya di sini. 165 00:19:56,243 --> 00:19:57,452 Awak di situ? 166 00:20:02,291 --> 00:20:03,500 Lembaga? 167 00:20:16,722 --> 00:20:17,723 Dia takkan bercakap. 168 00:20:19,516 --> 00:20:20,893 Dia ikat apa yang dia dengar. 169 00:20:21,310 --> 00:20:25,647 Ada tiga orang, Baba Voss, Paris dan Maghra. 170 00:20:26,148 --> 00:20:27,733 Mereka bercakap tentang bayi-bayi itu. 171 00:20:27,816 --> 00:20:29,026 Apa yang mereka kata? 172 00:20:29,109 --> 00:20:30,110 Bayi-bayi itu. 173 00:20:30,527 --> 00:20:34,072 Mereka meraung, makan, mengeluarkan bunyi, itu saja. 174 00:20:34,156 --> 00:20:35,490 Itulah yang dia kata. 175 00:20:38,368 --> 00:20:39,661 Lembaga itu tipu! 176 00:20:39,745 --> 00:20:41,371 Awak mungkin betul. 177 00:20:42,039 --> 00:20:43,957 Dia mungkin tak menjawab soalan saya. 178 00:20:46,376 --> 00:20:48,420 Tapi saya akan hantar berita tentang kehadiran ahli sihir. 179 00:20:49,087 --> 00:20:50,797 Dan Pemburu Ahli Sihir itu boleh tanya... 180 00:20:50,881 --> 00:20:52,674 Berita? Bagaimana awak nak hantar? 181 00:20:59,014 --> 00:21:00,098 Dengan pesanan. 182 00:21:01,767 --> 00:21:05,145 Ia akan dihanyutkan ke hilir melalui lembah-lembah yang berbeza. 183 00:21:08,190 --> 00:21:09,691 Entah siapa yang akan menemuinya. 184 00:21:09,775 --> 00:21:11,401 Mungkin seekor memerang. 185 00:21:11,485 --> 00:21:13,362 Tapi saya akan buat dua kali sehari. 186 00:21:13,445 --> 00:21:15,531 Tiga kali sehari. 187 00:21:15,614 --> 00:21:19,618 Dan satu hari, doa kita akan ditunaikan. 188 00:21:19,701 --> 00:21:22,913 Ada banyak lembah dan sungai. Ia akan memakan masa bertahun-tahun. 189 00:21:22,996 --> 00:21:24,206 Mungkin. 190 00:21:31,296 --> 00:21:33,090 Tapi kita akan terus berharap. 191 00:22:07,374 --> 00:22:08,584 Tahan! 192 00:22:21,263 --> 00:22:22,472 Kawanku. 193 00:22:23,724 --> 00:22:26,852 Saya dah agak awak bersendirian di sini. 194 00:22:37,613 --> 00:22:38,989 Apa khabar? 195 00:22:41,158 --> 00:22:42,409 Baik. 196 00:22:42,492 --> 00:22:43,493 Bagus. 197 00:22:45,287 --> 00:22:46,496 Awak pula? 198 00:22:47,289 --> 00:22:49,374 Semuanya baik? 199 00:22:52,211 --> 00:22:53,629 Awak betul-betul ingin tahu? 200 00:22:54,171 --> 00:22:55,380 Sudah tentu. 201 00:23:00,427 --> 00:23:03,514 Semuanya kurang baik. 202 00:23:04,890 --> 00:23:07,267 Saya sukar tidur. 203 00:23:09,228 --> 00:23:10,395 Saya bersimpati. 204 00:23:10,479 --> 00:23:14,274 Saya dengar banyak benda pada waktu siang yang menyukarkan saya untuk tidur. 205 00:23:15,651 --> 00:23:17,569 Benda yang bagaimana? 206 00:23:17,653 --> 00:23:19,821 Saya rasa kecurigaan di sekeliling saya. 207 00:23:20,739 --> 00:23:24,660 Mungkin seseorang telah bersusah payah 208 00:23:24,743 --> 00:23:29,706 untuk mengintip dan mereka yang rapat dengan saya di rumah saya sendiri. 209 00:23:32,918 --> 00:23:34,628 Tak mungkin. 210 00:23:36,088 --> 00:23:40,551 Semua orang tahu yang awak dan mak cik awak membenci saya dan keluarga saya. 211 00:23:40,634 --> 00:23:44,930 Jika ada orang yang ingin membangkitkan kemarahan saya, 212 00:23:46,014 --> 00:23:48,100 awak tentu tahu siapa orangnya. 213 00:23:50,727 --> 00:23:53,605 Tapi awak tentu tak tahu, bukan? 214 00:23:58,527 --> 00:24:00,779 Saya tak tahu. 215 00:24:03,574 --> 00:24:05,868 Baguslah begitu. 216 00:24:08,036 --> 00:24:11,540 Saya mahu awak tahu, undang-undang di tangan saya. 217 00:24:12,541 --> 00:24:17,129 Sesiapa saja boleh datang dan berterus terang dengan saya. 218 00:24:17,212 --> 00:24:20,174 Jika mereka bercakap sendiri dengan saya, 219 00:24:20,257 --> 00:24:24,052 mereka akan dapati bahawa saya seorang yang adil dan saksama. 220 00:24:24,469 --> 00:24:26,013 Itulah diri saya sekarang. 221 00:24:27,014 --> 00:24:30,392 Tapi jika saya dengar khabar angin 222 00:24:31,226 --> 00:24:34,146 dan saya bertemu dengan penyebar itu sendiri, 223 00:24:34,646 --> 00:24:39,318 maka, dia akan bertemu diri saya yang dulu. 224 00:24:40,068 --> 00:24:46,325 Lelaki yang suka membunuh dan mengganas. 225 00:24:53,707 --> 00:24:57,628 Jika ada sesiapa yang mahu beritahu saya sesuatu, Gether Bax, tolonglah, 226 00:24:57,711 --> 00:25:00,464 suruh mereka cari dan beritahu saya... 227 00:25:03,133 --> 00:25:04,718 sebelum saya cari mereka dulu. 228 00:25:34,456 --> 00:25:35,666 Dengar sini! 229 00:25:37,334 --> 00:25:42,381 Awak gagal memberikan maklumat yang saya minta. 230 00:25:45,050 --> 00:25:46,844 Awak juga sudah kehilangan kediaman awak. 231 00:25:47,928 --> 00:25:51,890 Beritahu saya sekarang supaya awak juga tak kehilangan nyawa awak. 232 00:25:53,642 --> 00:25:59,481 Beritahu saya apa yang awak tahu tentang pembidaah dan syaitan bernama Jerlamarel. 233 00:26:00,148 --> 00:26:03,861 Beritahu saya apa yang awak tahu tentang anak-anaknya. 234 00:26:04,361 --> 00:26:06,196 Kami tak dengar apa-apa pun. 235 00:26:06,738 --> 00:26:08,699 Saya merayu, tolonglah jangan ganggu kami. 236 00:26:15,080 --> 00:26:20,419 Jika awak tak dengar apa-apa, maka, telinga awak tak berguna bagi saya. 237 00:26:41,899 --> 00:26:43,108 Utusan! 238 00:26:46,945 --> 00:26:48,280 Beri laporan kepada ratu. 239 00:27:01,627 --> 00:27:05,714 "Sudah berbulan-bulan kami mencari di pergunungan Makam Suria." 240 00:27:06,548 --> 00:27:08,800 Kami mohon bimbingan dewa, 241 00:27:08,884 --> 00:27:13,180 tapi kami tak dapat sebarang berita, kesan bau, tanda atau harapan. 242 00:27:14,556 --> 00:27:17,267 Tapi kampung-kampung di dunia Makam Suria berselerak. 243 00:27:17,351 --> 00:27:19,895 Ada banyak gunung dan dataran yang terpencil. 244 00:27:20,354 --> 00:27:25,484 Penduduknya takut akan beruang dan singa, dan takkan meninggalkan kawasan mereka. 245 00:27:27,069 --> 00:27:33,033 Oleh itu, dengan berat hati, saya mohon arahan seterusnya. 246 00:27:33,951 --> 00:27:35,035 Adakah misi saya sudah tamat? 247 00:27:36,328 --> 00:27:38,205 Saya percaya ia tak ada gunanya. 248 00:27:38,956 --> 00:27:42,334 Dengan rendah diri, saya minta izin supaya kami dibenarkan pulang ke Payan. 249 00:27:43,627 --> 00:27:47,339 Saya, hamba tuanku yang setia, Tamacti Jun." 250 00:27:50,759 --> 00:27:52,261 Boleh beta baca sendiri pesanan itu? 251 00:27:52,344 --> 00:27:54,596 - Saya dah baca semuanya. - Berikannya kepada beta. 252 00:27:55,264 --> 00:27:58,475 Jari beta sensitif. Awak mungkin tertinggal sesuatu. 253 00:28:21,707 --> 00:28:24,042 Tali sepanjang lengan pertama memang daripada Tamacti Jun. 254 00:28:25,919 --> 00:28:27,629 Tapi bukan tali sepanjang lengan kedua. 255 00:28:28,463 --> 00:28:31,258 Tamacti Jun tak pernah merendah diri dan dia bukan hamba. 256 00:28:31,842 --> 00:28:33,927 Dan secara rahsia, kami telah bersetuju 257 00:28:34,011 --> 00:28:36,847 untuk membuat simpul hati setiap sepuluh simpul untuk mengelak pemalsuan 258 00:28:36,930 --> 00:28:40,767 dan ini, wahai Holy Lord Sak, ialah pesanan palsu. 259 00:28:40,851 --> 00:28:42,978 Orang lain yang tulis. Awak telah diarahkan. Melutut. 260 00:28:43,562 --> 00:28:45,480 - Tuanku... - Melutut! 261 00:28:51,361 --> 00:28:55,741 Tamacti Jun ialah pengutip cukai dan Pemburu Ahli Sihir diraja. 262 00:28:56,450 --> 00:29:00,037 Dia ditugaskan untuk berkhidmat selama 20 musim panas dan dia akan menunaikannya. 263 00:29:00,704 --> 00:29:06,251 Setiap hari sepanjang perkhidmatannya, dia akan memburu Jerlamarel. 264 00:29:06,668 --> 00:29:13,467 Kerana sesungguhnya kebencian dan dendam ialah pendorongnya. 265 00:29:14,843 --> 00:29:16,637 Siapa yang suruh awak tipu beta? 266 00:29:18,055 --> 00:29:20,599 Mereka yang bimbang. 267 00:29:21,225 --> 00:29:22,476 Siapa mereka? 268 00:29:23,519 --> 00:29:26,396 Mereka yang mahu tuanku berfikir secara wajar. 269 00:29:27,981 --> 00:29:30,192 Tuanku, pembidaah bernama Jerlamarel itu dah tiada. 270 00:29:30,275 --> 00:29:31,610 Kita ada masalah di sini. 271 00:29:32,027 --> 00:29:33,612 Kuasa suci semakin lemah. 272 00:29:34,112 --> 00:29:36,490 Air mengalir masuk melalui rekahan di tembok abadi 273 00:29:36,949 --> 00:29:38,367 dan parasnya semakin tinggi. 274 00:29:39,576 --> 00:29:42,663 Para dewa hanya menyanyi dengan dua suara. 275 00:29:44,081 --> 00:29:46,833 Rakyat mempersoalkan kuasa tuanku. 276 00:29:48,043 --> 00:29:50,504 Tuanku perlukan tentera tuanku di sini. 277 00:29:55,509 --> 00:29:57,553 Siapa yang buat simpul palsu itu? 278 00:30:00,430 --> 00:30:01,640 Lord Carne. 279 00:30:02,558 --> 00:30:03,767 Lady Zee. 280 00:30:05,602 --> 00:30:06,812 Siapa lagi? 281 00:30:08,230 --> 00:30:09,439 Itu saja. 282 00:30:17,531 --> 00:30:19,157 Mati kerana penipuan awak sendiri. 283 00:30:43,223 --> 00:30:44,516 Beta mahu berdoa. 284 00:31:16,465 --> 00:31:21,261 Jerlamarel, satu-satunya cinta sejatiku. 285 00:31:24,056 --> 00:31:26,016 Dulu, kita berdoa begini. 286 00:31:29,645 --> 00:31:32,105 Dulu, kita berbual tanpa kata-kata, 287 00:31:34,274 --> 00:31:36,485 tapi awak tidak lagi bercakap dengan beta. 288 00:31:37,694 --> 00:31:39,696 Jadi, beta akan bercakap kepadamu dalam doa beta. 289 00:31:44,785 --> 00:31:49,039 Jerlamarel, pulanglah dengan selamat... 290 00:31:50,332 --> 00:31:52,501 sebelum pemburu awak menemui awak. 291 00:31:52,918 --> 00:31:54,419 Beta akan ampunkan dosamu. 292 00:31:57,005 --> 00:32:00,801 Pulanglah dan berikan beta anak-anak yang memiliki kuasamu. 293 00:32:02,135 --> 00:32:04,429 Beta akan isytiharkan Penglihatan satu bidaah yang sesat. 294 00:32:06,265 --> 00:32:07,933 Beta akan tolak para dewa. 295 00:32:11,019 --> 00:32:12,980 Kerana anak-anak kita akan menjadi dewa. 296 00:32:13,063 --> 00:32:16,525 Dan beta akan menjadi dewa yang awak tolak dulu. 297 00:32:19,945 --> 00:32:21,488 Selama-lamanya. 298 00:32:25,409 --> 00:32:26,577 Saksikanlah... 299 00:32:28,328 --> 00:32:31,790 Lord Carne dan Lady Zee... 300 00:32:33,375 --> 00:32:35,419 yang beta sangka setia kepada beta. 301 00:32:35,878 --> 00:32:37,504 Tolonglah, tuanku! 302 00:32:37,588 --> 00:32:40,924 Mereka didapati bersalah kerana menderhaka dan membuat pemalsuan. 303 00:32:41,008 --> 00:32:43,093 Kami hanya menyampaikan kebenaran. 304 00:32:43,677 --> 00:32:45,470 Kebenaran yang awak semua tahu. 305 00:32:45,929 --> 00:32:50,058 Baginda hanya fikirkan tentang Jerlamarel, sedangkan kita di tempat tinggal kita ini, 306 00:32:50,142 --> 00:32:52,394 enjin mula rosak, paras air semakin tinggi. 307 00:32:52,477 --> 00:32:54,438 Baginda bukan de... 308 00:33:03,614 --> 00:33:04,823 Itu memang benar. 309 00:33:08,118 --> 00:33:10,329 Perjuangan beta untuk menyelamatkan nyawa kamu 310 00:33:11,872 --> 00:33:15,334 dan kota suci Payan memanglah amat sukar. 311 00:33:15,959 --> 00:33:20,172 Tapi beta teruskan juga kerana itu tanggungjawab beta. 312 00:33:22,716 --> 00:33:28,138 Atas arahan dewa, beta juga dewa seperti yang dia perkenankan. 313 00:33:29,097 --> 00:33:32,518 Sebagai wakilnya di bumi, beta halang bumi daripada musnah, 314 00:33:33,435 --> 00:33:38,232 memanaskan musim sejuk, menyamankan musim panas, menambahkan kuasa pada pagar kita 315 00:33:38,315 --> 00:33:43,070 untuk menghalang singa dan beruang yang akan membunuh anak-anak kamu, 316 00:33:44,446 --> 00:33:46,073 walaupun ketika ia kenyang. 317 00:33:51,119 --> 00:33:55,499 Tapi perjuangan beta yang lebih besar adalah untuk menentang cahaya... 318 00:33:56,833 --> 00:34:00,254 kuasa yang menjadikan manusia lebih hebat daripada dewa, 319 00:34:01,630 --> 00:34:03,173 kuasa yang sekali lagi, akan 320 00:34:03,257 --> 00:34:06,176 mentadbir dunia yang telah dipulihkan. 321 00:34:06,760 --> 00:34:11,222 Tentera kita bertarung dengan syaitan-syaitan cahaya ini di luar sana. 322 00:34:12,558 --> 00:34:14,017 Kita harus menghormati mereka. 323 00:34:15,853 --> 00:34:17,980 Bukan berbisik tentang penderhakaan di belakang mereka. 324 00:34:23,610 --> 00:34:25,112 Menentang beta... 325 00:34:28,198 --> 00:34:31,492 akan mencepatkan kepulangan cahaya dan kemusnahan. 326 00:34:32,035 --> 00:34:33,579 Ia tak boleh dimaafkan. 327 00:34:37,749 --> 00:34:41,670 Dengan penuh rasa kesal, wahai rakan-rakan lama beta... 328 00:34:44,213 --> 00:34:45,215 pergilah. 329 00:35:01,023 --> 00:35:02,524 Kita warga Payan 330 00:35:04,484 --> 00:35:07,738 Kita makhluk suci 331 00:35:08,655 --> 00:35:12,784 Kita manusia terpilih 332 00:35:13,202 --> 00:35:18,957 - Benar - Benar 333 00:35:19,374 --> 00:35:21,043 Kita warga Payan 334 00:35:22,002 --> 00:35:24,421 Kita makhluk suci 335 00:35:25,339 --> 00:35:28,258 Kita manusia terpilih 336 00:35:28,800 --> 00:35:33,430 - Benar - Benar 337 00:35:39,478 --> 00:35:44,441 TIGA TAHUN KEMUDIAN 338 00:36:05,546 --> 00:36:09,550 Saya bawa buah mawar untuk anak-anak awak. 339 00:36:17,683 --> 00:36:18,684 Maghra... 340 00:36:20,894 --> 00:36:22,437 - saya rasakan udara... - Ya. 341 00:36:23,689 --> 00:36:24,690 Ya, benar. 342 00:36:25,816 --> 00:36:32,197 Awak rasakan perasaan sedih dan gembira, tapi kebanyakannya perasaan sedih. 343 00:36:35,450 --> 00:36:36,451 Ambillah. 344 00:36:38,036 --> 00:36:39,121 Permainan kesukaan mereka. 345 00:36:40,539 --> 00:36:45,502 Letaklah di mana saja secara senyap-senyap. 346 00:37:00,851 --> 00:37:05,063 Haniwa, Kofun, mana mainan awak? 347 00:37:05,564 --> 00:37:06,940 Pergi cari mainan awak. 348 00:37:10,319 --> 00:37:11,528 Awak dah jumpa? 349 00:37:13,572 --> 00:37:14,740 Bagus. 350 00:37:15,157 --> 00:37:16,700 Berikannya kepada Mak Cik Paris. 351 00:37:20,662 --> 00:37:21,663 Pergi main. 352 00:37:24,708 --> 00:37:28,462 Jika saya tutup mata mereka, mereka tak boleh cari. 353 00:37:33,383 --> 00:37:35,677 Saya dah lama tahu, dan saya cu... 354 00:37:36,595 --> 00:37:38,555 Saya cuma berpura-pura tak tahu. 355 00:37:39,306 --> 00:37:40,682 Sekarang, ia sudah pasti. 356 00:37:42,267 --> 00:37:43,560 Bagi siapa? 357 00:37:43,644 --> 00:37:44,937 Baba! 358 00:37:45,020 --> 00:37:46,772 Mari sini, sayang. 359 00:37:46,855 --> 00:37:48,815 Pergi main di luar. 360 00:37:48,899 --> 00:37:50,234 Ayah akan keluar sebentar lagi. 361 00:38:09,169 --> 00:38:12,631 Saya tahu sejak Haniwa tarik tangan saya 362 00:38:13,298 --> 00:38:17,094 dan berkata bahawa matahari ada adik yang keluar bermain pada waktu malam. 363 00:38:18,679 --> 00:38:19,680 Saya tahu. 364 00:38:21,390 --> 00:38:27,020 Apa yang Jerlamarel beritahu awak itu benar, Baba Voss. 365 00:38:27,104 --> 00:38:31,400 Kembar ini ialah permulaan dunia baru. 366 00:38:32,442 --> 00:38:34,361 Saya cadangkan kita umumkan perkara sebenar. 367 00:38:34,444 --> 00:38:36,446 Mereka anak-anak saya. 368 00:38:37,364 --> 00:38:41,201 Souter Bax dan Gether Bax dah anggap kita ahli sihir. 369 00:38:41,285 --> 00:38:43,787 Mereka ada ramai kawan. 370 00:38:43,871 --> 00:38:47,165 Saya cadangkan kita rahsiakan perkara sebenar. 371 00:38:52,963 --> 00:38:55,007 Jerlamarel kata 12 musim panas. 372 00:38:58,051 --> 00:38:59,386 Kita rahsiakannya sehingga itu. 373 00:39:02,639 --> 00:39:06,727 Sehingga itu, mereka akan hidup dengan mata yang tertutup. 374 00:39:17,988 --> 00:39:19,239 Suatu masa dahulu, 375 00:39:19,865 --> 00:39:25,245 ada empat orang adik-beradik yang hidup bahagia di sebuah kampung, 376 00:39:25,621 --> 00:39:26,872 seperti kampung kita. 377 00:39:28,290 --> 00:39:30,584 Mereka kerja bersama setiap hari. 378 00:39:31,001 --> 00:39:34,421 Seorang hasilkan pewangi yang amat harum. 379 00:39:35,255 --> 00:39:38,550 Seorang lagi bakar kek yang amat manis. 380 00:39:39,676 --> 00:39:42,554 Seorang lagi pandai bermain muzik yang sangat indah. 381 00:39:43,096 --> 00:39:48,268 Dan adik yang keempat tenun sutera untuk cadar dan baju 382 00:39:48,352 --> 00:39:51,396 yang terasa seperti salji yang hangat. 383 00:39:53,524 --> 00:39:56,151 Mereka semua bekerja dengan gembira bersama-sama setiap hari 384 00:39:56,735 --> 00:39:58,403 dan tak pernah bertengkar. 385 00:40:00,489 --> 00:40:01,907 Tapi pada satu hari, 386 00:40:02,324 --> 00:40:06,161 seorang budak datang dan mengaku sebagai abang mereka yang sudah lama terpisah. 387 00:40:08,038 --> 00:40:11,375 Apabila adik-beradik itu tanya dia apa tugasnya... 388 00:40:12,626 --> 00:40:16,171 dia kata dia menceritakan kebenaran. 389 00:40:18,298 --> 00:40:20,259 "Kebenaran apa?" tanya mereka. 390 00:40:21,301 --> 00:40:23,470 "Begini," jawabnya... 391 00:40:24,763 --> 00:40:29,309 "Saya boleh kata yang salah seorang daripada awak sangat kacak, 392 00:40:30,936 --> 00:40:34,481 seorang agak cantik, seorang biasa saja 393 00:40:35,691 --> 00:40:37,401 dan seorang lagi sangat hodoh." 394 00:40:39,653 --> 00:40:42,239 Keluarga itu bingung dengan kata-katanya 395 00:40:43,240 --> 00:40:49,246 kerana, jika kamu masih belum boleh agak, nama adik-beradik itu 396 00:40:49,997 --> 00:40:53,083 ialah Bau, Rasa, 397 00:40:54,001 --> 00:40:57,337 Bunyi dan Sentuhan. 398 00:40:57,880 --> 00:41:02,467 Dalam dunia mereka, perkataan "hodoh" dan "cantik" tak wujud. 399 00:41:03,385 --> 00:41:08,473 "Tapi yang mana satu yang awak maksudkan?" tanya mereka kepada abang mereka. 400 00:41:10,392 --> 00:41:16,148 "Oleh sebab awak takkan tahu, awak tak perlulah peduli," jawabnya. 401 00:41:16,648 --> 00:41:18,984 Dan dia pergi sejurus selepas itu. 402 00:41:20,068 --> 00:41:25,449 "Tunggu! Siapa nama awak?" tanya mereka. 403 00:41:27,409 --> 00:41:31,121 "Nama saya Penglihatan," jawabnya. 404 00:41:33,123 --> 00:41:38,128 Selepas itu, dia meninggalkan mereka untuk memikirkan kata-katanya. 405 00:41:40,297 --> 00:41:46,220 Tak lama kemudian, mereka mula bergaduh tentang siapa yang cantik 406 00:41:46,303 --> 00:41:47,930 dan siapa yang hodoh. 407 00:41:49,848 --> 00:41:54,269 Mereka terlalu asyik memikirkan kata-kata Penglihatan sehingga 408 00:41:55,354 --> 00:41:57,231 pewangi hilang keharumannya, 409 00:41:58,315 --> 00:42:00,567 kek hilang rasanya, 410 00:42:01,276 --> 00:42:03,987 muzik hilang harmoninya 411 00:42:04,655 --> 00:42:08,200 dan bulu sutera tercabut-cabut dan terkoyak. 412 00:42:10,577 --> 00:42:16,041 Sehinggalah pada suatu hari, mereka kembali bersatu 413 00:42:17,292 --> 00:42:20,212 dan memutuskan untuk melupakan kata-kata Penglihatan. 414 00:42:21,380 --> 00:42:26,051 Kerana sebelum kedatangannya, segala-galanya sempurna. 415 00:42:27,803 --> 00:42:31,598 Dan tak lama kemudian, mereka gembira semula... 416 00:42:33,267 --> 00:42:39,940 kerana mereka merasakan yang empat berempat sudah mencukupi. 417 00:42:42,150 --> 00:42:44,736 Dan mereka hidup bahagia selama-lamanya. 418 00:42:59,710 --> 00:43:00,752 Hai. 419 00:43:02,170 --> 00:43:03,213 Hai. 420 00:43:05,465 --> 00:43:09,928 Saya bawa hadiah untuk kembar itu kongsi 421 00:43:11,138 --> 00:43:13,140 untuk hari jadi mereka esok. 422 00:43:15,142 --> 00:43:17,728 Sejak sungai itu cair, awak tak sebut langsung tentangnya. 423 00:43:18,145 --> 00:43:19,229 Tentang apa? 424 00:43:19,646 --> 00:43:21,857 Sudah lama kita menantikan hari ini. 425 00:43:22,733 --> 00:43:24,943 Dua belas tahun, Maghra. 426 00:43:26,945 --> 00:43:30,032 Memanglah awak bebas untuk membuat pilihan awak sendiri. 427 00:43:30,699 --> 00:43:32,534 Awak memang baik, Paris. 428 00:43:37,039 --> 00:43:41,585 Jika awak fikir mereka masih terlalu muda, berapa lama lagi awak akan tunggu? 429 00:43:44,713 --> 00:43:46,924 Saya dan Baba Voss dah buat keputusan. 430 00:43:49,551 --> 00:43:53,805 Apa yang telah ditanam akan kekal begitu selama-lamanya. 431 00:43:57,976 --> 00:43:59,353 Itu keputusan awak? 432 00:43:59,436 --> 00:44:00,979 Itu keputusan kami berdua. 433 00:44:01,063 --> 00:44:03,398 Awak pun takkan menghalang kami. 434 00:44:03,482 --> 00:44:06,735 Jadi dengan mata yang tertutup, mereka akan membesar, 435 00:44:07,653 --> 00:44:09,029 hidup dan mati di sini. 436 00:44:09,112 --> 00:44:10,697 - Dan hanya di sini... - Untuk hidup! 437 00:44:10,781 --> 00:44:12,950 Itulah matlamatnya. Bukankah begitu, Paris? 438 00:44:13,033 --> 00:44:15,327 Saya mahu mereka terus hidup. 439 00:44:15,744 --> 00:44:17,412 Jika rahsia mereka pecah, 440 00:44:17,496 --> 00:44:19,414 jika kandungan kotak itu membongkar rahsia mereka, 441 00:44:19,498 --> 00:44:23,502 jika sesuatu berlaku kepada mereka atau beribu-ribu kemungkinan lain, 442 00:44:23,585 --> 00:44:24,670 mereka akan dibakar. 443 00:44:25,379 --> 00:44:28,340 Jika buku di dalam kotak itu mahu mereka meninggalkan kampung ini 444 00:44:28,423 --> 00:44:30,843 dan mereka dibaham singa dan beruang, 445 00:44:31,635 --> 00:44:32,886 mereka akan mati. 446 00:44:33,887 --> 00:44:36,515 Jika awak mati, mata awak akan tertutup selama-lamanya. 447 00:44:38,934 --> 00:44:42,271 Satu hari nanti, seseorang akan menemui kita dan juga mereka. 448 00:44:42,354 --> 00:44:44,231 Maghra, mereka perlu bersedia. 449 00:44:44,314 --> 00:44:46,358 - Cukup! - Tidak, ini tak cukup! 450 00:44:47,568 --> 00:44:49,403 Hidup ini tak mencukupi. 451 00:44:49,862 --> 00:44:51,655 Alasan awak tak mencukupi. 452 00:44:51,738 --> 00:44:54,575 Saya tak perlu beri awak sebarang alasan. 453 00:44:57,452 --> 00:44:58,495 Bagaimana dengan Jerlamarel? 454 00:44:58,579 --> 00:45:01,707 Bukan Jerlamarel yang membesarkan anak-anak ini. 455 00:45:01,790 --> 00:45:03,125 Dia tak kebahkan demam mereka. 456 00:45:03,208 --> 00:45:07,087 Dia tak sayang dan tidurkan mereka kerana dia berkelana. 457 00:45:08,922 --> 00:45:09,923 Suara awak. 458 00:45:11,341 --> 00:45:12,551 Awak bencikan dia. 459 00:45:14,761 --> 00:45:15,762 Kenapa? 460 00:45:17,181 --> 00:45:18,223 Maghra? 461 00:45:21,643 --> 00:45:24,396 Kenapa awak melepaskan kebencian awak terhadap mereka? 462 00:45:24,479 --> 00:45:25,689 Mak! 463 00:45:28,942 --> 00:45:30,444 Pergi, Paris. 464 00:45:31,195 --> 00:45:32,821 Saya mahu bersama anak-anak saya. 465 00:45:54,885 --> 00:45:55,969 Paris. 466 00:45:56,053 --> 00:45:59,014 Hei, masuk. Duduklah. 467 00:45:59,431 --> 00:46:01,642 Oh, anak-anakku. 468 00:46:02,059 --> 00:46:06,271 Oh, kamu dah besar, selamat hari jadi. 469 00:46:08,190 --> 00:46:10,859 Kamu berusia 12 tahun hari ini. 470 00:46:13,487 --> 00:46:14,488 Aduhai. 471 00:46:15,197 --> 00:46:19,576 Selama 12 tahun, kamu menyimpan sebuah rahsia. 472 00:46:19,660 --> 00:46:22,162 Kamu simpan dengan sangat baik sekali. 473 00:46:23,580 --> 00:46:26,750 Bolehkah kamu simpan satu lagi rahsia? 474 00:46:27,834 --> 00:46:29,002 Rahsia apa? 475 00:46:29,419 --> 00:46:34,591 Ia hanya untuk kamu berdua. 476 00:46:35,717 --> 00:46:40,013 Ia hadiah hari jadi terhebat sepanjang zaman. 477 00:46:41,723 --> 00:46:42,808 Ini apa? 478 00:46:42,891 --> 00:46:44,351 Itu buku. 479 00:46:44,434 --> 00:46:45,936 Kami rasa ia buku. 480 00:46:46,603 --> 00:46:51,316 Ambillah. Ini arahan untuk kamu mendengar kandungan buku itu. 481 00:46:52,109 --> 00:46:53,527 Arahan daripada siapa? 482 00:46:53,610 --> 00:46:54,862 Daripada ayah kamu. 483 00:46:55,529 --> 00:46:57,281 Apa yang ayah tahu tentangnya. 484 00:46:57,364 --> 00:46:58,365 Tidak. 485 00:46:59,825 --> 00:47:02,077 Ia daripada ayah kandung kamu. 486 00:47:03,745 --> 00:47:04,746 Apa? 487 00:47:05,455 --> 00:47:07,541 Mak cik cuma tahu apa yang mak awak beritahu. 488 00:47:07,958 --> 00:47:09,710 Mak cik berharap yang dia akan ceritakannya sendiri. 489 00:47:09,793 --> 00:47:11,628 Kami dah ada ayah. 490 00:47:11,712 --> 00:47:16,300 Ya, ayah yang amat menyayangi awak, Kofun. 491 00:47:17,384 --> 00:47:18,552 Haniwa, 492 00:47:19,553 --> 00:47:22,556 seorang lelaki 493 00:47:24,183 --> 00:47:27,477 telah menyelamatkan ibu awak dalam ribut salji. 494 00:47:28,353 --> 00:47:30,105 Itulah kisah yang dia ceritakan. 495 00:47:30,689 --> 00:47:34,568 Ibu awak tersesat dan dia selamatkan ibu awak. 496 00:47:35,194 --> 00:47:37,404 Dan dia menemani ibu awak. 497 00:47:39,072 --> 00:47:41,325 Apabila ibu awak datang ke kampung kami, 498 00:47:42,159 --> 00:47:46,246 dia telah hamil dengan kamu berdua. 499 00:47:46,872 --> 00:47:49,833 - Namanya Jerlamarel. - Tidak. 500 00:47:49,917 --> 00:47:51,710 - Tunggu, Haniwa. - Kofun. 501 00:47:51,793 --> 00:47:54,171 Haniwa. Dia harus merahsiakannya. 502 00:47:54,254 --> 00:47:56,715 Ambil pesanan ini dan bacalah. 503 00:47:57,341 --> 00:47:59,259 Awak budak yang berani. Pergi. 504 00:48:26,745 --> 00:48:28,038 Mungkin kita ahli sihir. 505 00:48:29,456 --> 00:48:31,959 Mungkin kisah tentang penglihatan itu benar. 506 00:48:32,042 --> 00:48:33,043 Tidak. 507 00:48:35,295 --> 00:48:37,256 Kebenaran ada di tangan saya. 508 00:48:37,840 --> 00:48:39,967 Tak lama lagi, saya akan tahu, tapi abang takkan tahu. 509 00:48:44,805 --> 00:48:45,806 Bacalah. 510 00:48:51,603 --> 00:48:52,980 "Suatu masa dahulu, 511 00:48:53,480 --> 00:48:56,483 hampir semua manusia memiliki kuasa yang kamu miliki. 512 00:48:57,609 --> 00:49:01,530 Manusia menggunakan kuasa ini dan kuasa minda mereka 513 00:49:02,281 --> 00:49:03,574 untuk menakluk dunia. 514 00:49:05,075 --> 00:49:07,035 Mereka bina mesin yang boleh terbang, 515 00:49:07,661 --> 00:49:10,497 mesin yang boleh bercakap merentasi beribu-ribu batu. 516 00:49:11,123 --> 00:49:14,626 Malah, mereka meninggalkan bumi dengan kapal gergasi. 517 00:49:15,961 --> 00:49:21,466 Kuasa mereka begitu hebat hingga mengatasi dan akhirnya memusnahkan bumi. 518 00:49:22,759 --> 00:49:27,973 Sesetengah orang kata dewa menjadikan mereka buta supaya planet ini tak musnah. 519 00:49:30,100 --> 00:49:33,979 Tapi selepas bertahun-tahun, anugerah cahaya dikembalikan 520 00:49:34,813 --> 00:49:41,028 hanya kepada mereka yang terpilih berserta arahan untuk membina dunia ini semula. 521 00:49:42,446 --> 00:49:43,780 Saya bapa kamu. 522 00:49:44,656 --> 00:49:46,950 Dan ayah mewariskan anugerah ini kepada kamu. 523 00:49:48,493 --> 00:49:50,787 Kamu bertanggungjawab untuk menggunakannya. 524 00:49:51,747 --> 00:49:53,832 Belajar daripada buku yang ayah tinggalkan. 525 00:49:53,916 --> 00:49:55,918 Ayah pilih buku-buku ini dengan cermat. 526 00:49:57,002 --> 00:49:59,713 Ayah juga telah meninggalkan arahan untuk destinasi kamu 527 00:50:00,506 --> 00:50:03,634 apabila kamu cukup berani untuk meninggalkan kampung kamu. 528 00:50:04,134 --> 00:50:06,720 Apabila kamu datang, ayah akan menunggu. 529 00:50:07,721 --> 00:50:10,474 Bersama-sama, kita akan bina dunia baru. 530 00:50:12,935 --> 00:50:16,271 Salam sayang, bapamu yang mengasihimu, 531 00:50:18,148 --> 00:50:19,358 Jerlamarel." 532 00:50:25,239 --> 00:50:26,281 Apa yang kita patut buat? 533 00:50:43,382 --> 00:50:44,675 Awak buka kotak itu. 534 00:50:45,926 --> 00:50:47,135 Betul, Baba Voss. 535 00:50:47,219 --> 00:50:48,470 Tanpa kebenaran. 536 00:50:50,848 --> 00:50:55,727 Jerlamarel selamatkan mereka dan awak daripada beruang. 537 00:50:56,728 --> 00:50:58,730 Dia bina sebuah jambatan. 538 00:50:59,147 --> 00:51:02,317 Dan beri kita panduan untuk ke tempat yang selamat. 539 00:51:03,610 --> 00:51:05,529 Dia cuma minta awak buat satu benda, 540 00:51:07,030 --> 00:51:09,366 "Biar mereka belajar." 541 00:51:10,784 --> 00:51:14,621 Biar mereka mengetahui perkara sebenar. 542 00:51:16,164 --> 00:51:19,084 Kemudian, biar mereka buat pilihan. 543 00:51:23,630 --> 00:51:25,132 Maghra akan bakar buku-buku itu. 544 00:51:25,507 --> 00:51:27,676 - Jangan beritahu dia. - Awak mahu saya tipu? 545 00:51:27,759 --> 00:51:33,849 Kerana terlalu baik, bertahun-tahun awak mengaku awak ayah mereka, 546 00:51:35,350 --> 00:51:38,478 Sekarang, berbuat baiklah kepada Maghra. 547 00:51:43,108 --> 00:51:45,194 Berdiam diri bukan satu penipuan. 548 00:51:55,787 --> 00:51:57,456 Mereka bercakap tentang meninggalkan tempat ini. 549 00:51:57,539 --> 00:51:59,666 Awak pun tahu mereka perlu pergi satu hari nanti. 550 00:52:02,169 --> 00:52:03,587 - Apabila mereka pergi... - Tidak. 551 00:52:04,171 --> 00:52:10,010 Apabila mereka pergi, buku itu akan memberikan mereka ilmu pengetahuan. 552 00:52:12,137 --> 00:52:14,973 Baba Voss, awak seorang lelaki yang baik. 553 00:52:17,726 --> 00:52:20,145 - Tapi awak bukan selalu begini. - Cukup. 554 00:52:20,229 --> 00:52:24,233 Hanya kerana kita bersembunyi di sini tak bererti dunia telah berubah. 555 00:52:25,067 --> 00:52:29,363 Tapi kembar itu mungkin membawa perubahan. 556 00:52:31,615 --> 00:52:33,116 Mereka membawa harapan, Baba. 557 00:52:35,327 --> 00:52:37,287 Fikirkan tentang segala yang awak dah lihat. 558 00:52:37,371 --> 00:52:39,373 Fikir tentang perbuatan-perbuatan awak. 559 00:52:42,251 --> 00:52:44,002 Tebus hutang awak kepada dunia, Baba. 560 00:52:49,174 --> 00:52:51,218 Berdiam diri bukan satu penipuan. 561 00:53:13,156 --> 00:53:14,366 Baba? 562 00:53:20,622 --> 00:53:23,834 Jangan bazirkan kayu api. Saya akan panaskan badan awak. 563 00:53:52,988 --> 00:53:53,989 Awak tak apa-apa? 564 00:53:55,157 --> 00:53:58,660 Ya. Semuanya baik. 565 00:54:13,300 --> 00:54:14,510 Mari kita tidur. 566 00:55:03,725 --> 00:55:04,977 Apa yang abang dapat? 567 00:55:07,020 --> 00:55:08,021 Awak pula? 568 00:56:49,790 --> 00:56:51,792 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati