1 00:01:48,113 --> 00:01:53,410 Haniwa, Kofun, gembiranya saya dapat berjumpa dengan awak berdua. 2 00:01:53,869 --> 00:01:54,870 Adakah awak... 3 00:01:54,953 --> 00:01:57,915 Saya Jerlamarel. Ayah awak. 4 00:02:18,393 --> 00:02:21,522 Selepas mendengar yang ratu dan Pemburu Ahli Sihirnya telah menemui Alkenny, 5 00:02:21,605 --> 00:02:22,898 ayah sangat risau. 6 00:02:25,692 --> 00:02:27,236 Biar ayah tengok awak. 7 00:02:30,155 --> 00:02:32,366 Awak tentu penat selepas perjalanan tadi. 8 00:02:32,950 --> 00:02:35,160 Mari. Ayah tolong awak selesakan diri awak. 9 00:02:38,163 --> 00:02:39,706 Rumah Kesedaran. 10 00:02:40,499 --> 00:02:42,793 Saya tak pernah lihat benda sebegini. 11 00:02:43,752 --> 00:02:45,546 Ayah menemuinya dalam keadaan yang kukuh. 12 00:02:46,630 --> 00:02:49,508 Dulu, ia penjara, sebab itulah ia dibina supaya tahan lama. 13 00:02:50,676 --> 00:02:53,178 Bertahun-tahun ayah mencari bahan untuk membina generator itu 14 00:02:53,262 --> 00:02:58,350 dan kerananya, kita ada tenaga elektrik untuk cahaya, air panas dan haba. 15 00:02:59,643 --> 00:03:01,353 Semua orang tak sabar untuk berjumpa awak. 16 00:03:03,063 --> 00:03:04,231 Semua orang? 17 00:03:09,236 --> 00:03:10,237 Ini saya. 18 00:03:19,079 --> 00:03:20,747 Memperkenalkan adik-beradik awak. 19 00:03:21,832 --> 00:03:24,167 Haniwa, Kofun, awak berjaya sampai. 20 00:03:26,587 --> 00:03:29,631 Saya Oloman, abang awak. 21 00:03:30,215 --> 00:03:31,633 Ini Sheva. 22 00:03:32,718 --> 00:03:36,013 - Itu Nonni, Sammy. - Selamat datang. 23 00:03:36,096 --> 00:03:37,639 Ini Sheena. 24 00:03:39,349 --> 00:03:40,350 Selamat datang. 25 00:03:41,935 --> 00:03:43,020 Selamat berkenalan. 26 00:03:43,103 --> 00:03:47,649 Dan budak-budak nakal ini ialah Hayah dan Hoveh. 27 00:03:50,152 --> 00:03:52,988 Awak tentu lapar. Jom makan. 28 00:04:00,495 --> 00:04:04,041 Untuk makanan ini dan keluarga yang makan bersama kita, 29 00:04:04,124 --> 00:04:07,628 termasuklah adik-beradik terbaru kita, 30 00:04:08,295 --> 00:04:09,963 kami panjatkan kesyukuran. 31 00:04:10,839 --> 00:04:12,007 Makanlah. 32 00:04:32,277 --> 00:04:34,112 Pergilah berehat. 33 00:04:35,656 --> 00:04:39,826 Haniwa, ini bilik awak. 34 00:04:41,161 --> 00:04:42,955 Bilik Kofun ada di sebelah. 35 00:04:43,830 --> 00:04:46,875 Ini barang-barang awak. Ini katil awak. 36 00:04:53,924 --> 00:04:55,926 Ini lukisan Claude Monet. 37 00:04:57,928 --> 00:05:01,348 Ia bukan lukisan sebenar. Ia hasil semula. 38 00:05:03,475 --> 00:05:04,852 Ia cantik, bukan? 39 00:05:09,773 --> 00:05:10,983 Ya. 40 00:05:14,111 --> 00:05:16,238 Benda terakhir yang ayah akan tunjukkan ialah yang terbaik. 41 00:05:19,908 --> 00:05:21,618 Ini pancur awak. 42 00:05:30,502 --> 00:05:33,630 Dan botol ini ialah sabun awak. 43 00:05:35,591 --> 00:05:37,301 Malah, air ini dipanaskan. 44 00:05:38,343 --> 00:05:41,054 Ya. Kami ada baca tentangnya dalam buku. 45 00:05:41,138 --> 00:05:44,057 Ayah rasa ini lebih memuaskan daripada hanya membaca tentangnya. 46 00:05:46,018 --> 00:05:48,353 Mari, Kofun. Ayah akan tunjukkan bilik awak. 47 00:07:19,570 --> 00:07:22,030 Mereka ingat kita suka tidur dalam benda ini? 48 00:07:24,950 --> 00:07:26,118 Mungkin. 49 00:07:27,077 --> 00:07:29,580 Kalau kita sekeluarga, kenapa kita tak tidur bersama? 50 00:07:31,206 --> 00:07:33,208 Saya pun terfikir begitu juga. 51 00:07:37,796 --> 00:07:39,590 Di sini. Marilah. 52 00:07:54,605 --> 00:07:56,940 Hangatnya, tanpa api. 53 00:08:05,407 --> 00:08:06,867 Saya rindukan ayah. 54 00:08:12,539 --> 00:08:13,957 Saya juga merinduinya. 55 00:08:18,420 --> 00:08:20,714 Awak rasa kita akan bersamanya semula? 56 00:08:26,053 --> 00:08:27,137 Entahlah. 57 00:08:33,018 --> 00:08:35,187 Kita tinggalkan dia bersendirian 58 00:08:36,647 --> 00:08:39,149 selepas segala yang menimpa mak. 59 00:08:43,237 --> 00:08:44,947 Entah kenapa kita datang ke sini. 60 00:09:47,634 --> 00:09:49,178 Jangan biar sesiapa bercakap 61 00:09:50,137 --> 00:09:53,432 atau mendekatinya. Kawal dia seolah-olah nyawa awak bergantung padanya. 62 00:09:53,515 --> 00:09:54,558 Yakah? 63 00:09:55,225 --> 00:09:56,268 Ya. 64 00:10:26,089 --> 00:10:27,174 Betul cakap tuanku. 65 00:10:28,133 --> 00:10:30,928 Tuanku kata lambat-laun 66 00:10:31,762 --> 00:10:36,975 saya akan menyesal kerana menyokong pemerintahan kakak tuanku. 67 00:10:43,148 --> 00:10:48,570 Tapi mungkin tuanku pun tak sangka betapa benarnya ramalan tuanku itu. 68 00:10:56,787 --> 00:11:01,959 Semua askar saya kehilangan ibu bapa, anak, adik-beradik, isteri. 69 00:11:05,462 --> 00:11:11,009 Mereka mungkin mengetuai pemberontakan menentangnya... atau kita. 70 00:11:13,220 --> 00:11:16,098 Jika mereka tahu apa yang dia dah buat, 71 00:11:17,474 --> 00:11:19,101 besar kemungkinan ia boleh berlaku. 72 00:11:19,184 --> 00:11:20,227 Jika? 73 00:11:21,728 --> 00:11:23,438 Bagaimanakah ia boleh dihalang? 74 00:11:25,607 --> 00:11:30,821 Orang yang tahu apa yang dah berlaku hanya awak, beta, pemburu awak 75 00:11:30,904 --> 00:11:33,532 dan rakan subahat ratu yang kini sedang dikawal. 76 00:11:33,615 --> 00:11:35,492 Dan ratu. 77 00:11:36,535 --> 00:11:40,038 Lambat-laun, orang-orang awak tentu mahu mendengar titah ratu. 78 00:11:41,206 --> 00:11:43,834 Bagaimana kita boleh menghalang berita ini daripada tersebar? 79 00:11:44,835 --> 00:11:48,338 Dia tak boleh dibenarkan keluar dari bangunan itu sebagai ratu lagi. 80 00:11:48,797 --> 00:11:50,424 Apa maksud awak? 81 00:11:51,008 --> 00:11:54,595 Ia bermakna kita hanya ada dua pilihan. 82 00:11:54,678 --> 00:11:58,557 Sama ada dia turun takhta secara sukarela, 83 00:11:58,974 --> 00:12:03,437 merestui adiknya sebagai penggantinya dan setuju untuk diperintah olehnya 84 00:12:03,896 --> 00:12:08,192 atau dia takkan menonjolkan dirinya langsung. 85 00:12:08,942 --> 00:12:12,237 Dia takkan melepaskan takhtanya, walau apa yang awak kata sekali pun. 86 00:12:12,905 --> 00:12:16,408 Saya takkan berjaya memujuknya. 87 00:12:18,118 --> 00:12:20,120 Jadi tuankulah yang perlu mencuba. 88 00:12:24,833 --> 00:12:26,960 Jadi awak pengawal Puteri Maghra? 89 00:12:29,963 --> 00:12:32,883 Pemburu Ahli Sihir mengharapkan awak untuk mengawal saya. 90 00:12:32,966 --> 00:12:37,346 Jadi, saya rasa awak tentu setia kepada Tamacti Jun atau dia. 91 00:12:37,930 --> 00:12:39,473 Dan saya rasa tentu kepadanya 92 00:12:39,556 --> 00:12:43,185 memandangkan kebencian Tamacti Jun terhadap awak amat ketara sekali. 93 00:12:43,268 --> 00:12:44,937 Diamlah. 94 00:12:45,020 --> 00:12:51,735 Baru semalam, saya dikuasai oleh manusia yang sangat kejam. 95 00:12:53,320 --> 00:12:56,406 Saya akur kepada mereka kerana itulah pilihan terbaik 96 00:12:58,116 --> 00:13:01,203 sehinggalah tiba pilihan lain. 97 00:13:03,497 --> 00:13:06,166 Apa hutang awak kepadanya? 98 00:13:07,501 --> 00:13:09,211 Mungkin kesetiaan awak. 99 00:13:09,294 --> 00:13:11,129 Tapi kepatuhan awak, 100 00:13:11,922 --> 00:13:14,633 masa depan awak, hidup awak? 101 00:13:15,926 --> 00:13:17,553 Mana mungkin? 102 00:13:20,681 --> 00:13:25,352 Ratu telah jelaskan habuan saya jika saya berjaya selesaikan masalah ini. 103 00:13:25,435 --> 00:13:27,521 Biar saya jelaskan kepada awak 104 00:13:27,604 --> 00:13:31,900 habuan awak jika awak bantu saya selesaikan masalah ini. 105 00:13:34,403 --> 00:13:37,447 Memang bagus menjadi leftenan seorang puteri, 106 00:13:38,365 --> 00:13:43,787 tapi lagi bagus jika dapat menjadi leftenan seorang ratu. 107 00:14:27,831 --> 00:14:29,124 Ini apa? 108 00:14:30,375 --> 00:14:31,835 Bacalah. 109 00:14:40,594 --> 00:14:44,264 Suatu masa dahulu, sebelum semua ini, 110 00:14:44,932 --> 00:14:48,018 kakak masih bertimbang rasa. 111 00:14:50,229 --> 00:14:53,273 Saya ingat lagi semasa kakak masih begitu. 112 00:14:54,441 --> 00:14:58,904 Dan saya berharap sifat itu masih ada dalam diri kakak. 113 00:15:00,781 --> 00:15:04,243 Dan kakak menerima hakikat keadaannya 114 00:15:04,743 --> 00:15:07,454 dan mengambil tindakan yang wajar. 115 00:15:12,751 --> 00:15:14,628 "Melepaskan takhta." 116 00:15:16,463 --> 00:15:20,551 Merestui dan menyokongnya. 117 00:15:22,261 --> 00:15:26,139 Titahkannya kepada askar di luar sana, hari ini, sekarang. 118 00:15:27,474 --> 00:15:34,398 Dan rela diperintah oleh saya sebagai ratu. 119 00:15:36,567 --> 00:15:38,944 Ini semua tentu hanya satu khayalan. 120 00:15:39,027 --> 00:15:44,408 Awak datang ke sini dan fikir kakak sanggup buat begitu untuk awak. 121 00:15:46,577 --> 00:15:47,786 Untuk saya? 122 00:15:52,457 --> 00:15:54,793 Buat. Tak buat. 123 00:15:55,377 --> 00:15:59,631 Saya beri pilihan ini demi ayah dan kerana saya kasihankan kakak. 124 00:15:59,715 --> 00:16:02,843 Sama ada kakak mahu menerimanya atau tidak, itu pilihan kakak. 125 00:16:10,517 --> 00:16:12,519 Tapi ini bukan pilihan kakak, Maghra. 126 00:16:14,396 --> 00:16:15,814 Awak pun tahu. 127 00:16:19,985 --> 00:16:22,946 Kita tak boleh tawar-menawar dengan sesuatu seperti ini. 128 00:16:24,072 --> 00:16:28,035 Rundingan yang dibuat secara ugutan demi nyawa kakak 129 00:16:28,493 --> 00:16:31,038 atau menyerahkan impian yang amat bermakna kepada awak. 130 00:16:33,624 --> 00:16:35,751 Hanya dewa-dewa yang menentukan raja dan ratu. 131 00:16:35,834 --> 00:16:38,670 Apabila penentuan itu dibuat, Malaikat Maut akan menjadi saksinya. 132 00:16:39,504 --> 00:16:43,967 Jika tidak, takkan ada pewarisan, tiada raja, tiada keabsahan. 133 00:16:44,051 --> 00:16:47,262 Hanya penipuan remeh yang dipersetujui oleh mereka yang hina. 134 00:16:50,057 --> 00:16:51,683 Jika awak mahukan sifat ketuhanan kakak, 135 00:16:52,935 --> 00:16:55,938 salah seorang daripada awak perlu langkah mayat kakak dulu. 136 00:16:56,021 --> 00:17:00,234 Undang-undang dewa, suara dewa, kata-kata dewa. 137 00:17:01,527 --> 00:17:03,529 Tak sangka bagaimana semua itu selari 138 00:17:03,612 --> 00:17:07,241 dengan apa saja yang kakak mahukan pada bila-bila masa saja. 139 00:17:08,659 --> 00:17:12,955 Jadi memang sesuai sangatlah yang kakak menemui ajal di tempat sebegini, 140 00:17:13,037 --> 00:17:15,415 dengan mengisytiharkan yang dewa akan menemani kakak 141 00:17:15,498 --> 00:17:18,709 tatkala nasib malang melucutkan segala 142 00:17:18,794 --> 00:17:21,921 yang kakak dakwa milik kakak sedikit demi sedikit. 143 00:17:23,507 --> 00:17:25,883 Tawaran untuk melepaskan takhta tidak berubah. 144 00:17:27,302 --> 00:17:30,013 Buat, tak buat. 145 00:17:30,556 --> 00:17:32,599 Ia terpulang pada kakak. 146 00:18:06,884 --> 00:18:08,010 Awak dapat tidur? 147 00:18:09,052 --> 00:18:10,179 Tak juga. 148 00:18:10,596 --> 00:18:11,930 Ayah boleh bayangkan. 149 00:18:12,347 --> 00:18:14,141 Awak tinggalkan kehidupan lampau. 150 00:18:15,017 --> 00:18:17,519 Memang biasalah jika awak terasa seperti hilang arah. 151 00:18:18,270 --> 00:18:21,106 Tapi percayalah, hakikatnya adalah sebaliknya. 152 00:18:23,192 --> 00:18:24,651 Awak bersama keluarga awak sekarang. 153 00:18:26,653 --> 00:18:28,655 Mari. Ayah tunjukkan tempat ini. 154 00:18:29,698 --> 00:18:31,325 Di sinilah kami belajar setiap hari. 155 00:18:31,408 --> 00:18:32,576 Pensel? 156 00:18:33,118 --> 00:18:34,786 Ada banyak yang kita perlu pelajari. 157 00:18:34,870 --> 00:18:35,913 Bukankah begitu? 158 00:18:37,497 --> 00:18:40,626 Dan ini ialah perpustakaan. 159 00:18:43,212 --> 00:18:45,547 Ayah ambil hampir sepuluh tahun untuk memenuhinya. 160 00:18:46,215 --> 00:18:49,968 Sains, matematik, perubatan, 161 00:18:50,719 --> 00:18:56,141 sejarah, geografi, kejuruteraan, kesusasteraan. 162 00:18:57,476 --> 00:19:00,938 Dengan telitinya, nenek moyang kita mendokumenkan 163 00:19:01,021 --> 00:19:03,607 pengetahuan dan kejayaan mereka untuk generasi akan datang. 164 00:19:04,233 --> 00:19:07,069 Seolah-olah mereka tahu yang kita akan memerlukannya. 165 00:19:09,530 --> 00:19:13,075 Ada banyak yang ayah ingin kongsikan berkenaan penglihatan ini dengan awak. 166 00:19:16,453 --> 00:19:20,249 Tapi ia sering terasa seperti satu sumpahan, bukan? 167 00:19:21,250 --> 00:19:24,253 Kerana setiap hari, kita nampak segala potensi yang disia-siakan 168 00:19:24,336 --> 00:19:26,880 di dunia ini dan pada diri kita. 169 00:19:27,339 --> 00:19:28,382 Dan kita rasa keseorangan. 170 00:19:29,675 --> 00:19:30,676 Betulkah? 171 00:19:31,802 --> 00:19:33,512 Abang faham maksud saya. 172 00:19:35,347 --> 00:19:40,853 Kita perlu merahsiakan kebolehan kita daripada semua orang. 173 00:19:41,603 --> 00:19:42,729 Tepat sekali. 174 00:19:43,272 --> 00:19:47,359 Ayah habiskan sebahagian besar hidup ayah dengan mencari orang seperti ayah. 175 00:19:47,442 --> 00:19:50,946 Ayah telah menyeberangi Trivantes hingga ke Tanah Usang Barat. 176 00:19:51,029 --> 00:19:54,908 Dan barat Payan sehingga ke Atlantik. 177 00:19:55,617 --> 00:19:57,452 Tak ada seorang pun yang boleh melihat. 178 00:19:57,536 --> 00:19:58,996 Ayah pernah tengok laut? 179 00:19:59,830 --> 00:20:01,123 Ayah pernah berenang di dalamnya. 180 00:20:02,040 --> 00:20:03,709 Jadi, kenapa ayah kembali? 181 00:20:04,668 --> 00:20:05,919 Untuk bina tempat ini. 182 00:20:06,545 --> 00:20:08,171 Kubu ilmu pengetahuan 183 00:20:08,839 --> 00:20:13,343 dan tempat selamat untuk kita berkumpul dan belajar. 184 00:20:14,136 --> 00:20:19,224 Untuk belajar dan akhirnya mengajar tentang sains nenek moyang kita. 185 00:20:19,308 --> 00:20:22,019 Tapi ayah kata ayah tak pernah jumpa orang yang boleh melihat. 186 00:20:22,811 --> 00:20:26,315 Betul. Jadi, ayah lahirkan awak. 187 00:20:26,398 --> 00:20:27,691 Kami semua anak ayah? 188 00:20:29,568 --> 00:20:32,988 Ya. Awak, Kofun, 189 00:20:33,906 --> 00:20:35,949 Oloman, Sheva. 190 00:20:36,533 --> 00:20:38,493 Semua orang kecuali kedua budak kecil itu. 191 00:20:38,577 --> 00:20:40,162 Mereka anak Oloman. 192 00:20:40,704 --> 00:20:41,955 Dan ibu mereka? 193 00:20:42,915 --> 00:20:45,167 Mereka sayang ibu mereka seperti awak menyayangi ibu awak. 194 00:20:45,584 --> 00:20:47,377 Dan tempat untuknya sentiasa ada di sini. 195 00:20:47,461 --> 00:20:48,754 Ibu kami dah mati. 196 00:20:48,837 --> 00:20:51,507 - Apa? - Dia dibunuh oleh Pemburu Ahli |Sihir. 197 00:20:54,426 --> 00:20:56,386 Ayah amat sedih mendengarnya. 198 00:20:57,930 --> 00:20:59,264 Ayah amat menyayanginya. 199 00:20:59,348 --> 00:21:01,600 Tak mungkin. Awak tinggalkan dia berseorangan. 200 00:21:01,683 --> 00:21:03,477 - Abang. - Hamil dengan anak-anak ayah. 201 00:21:03,894 --> 00:21:06,230 Ayah tinggalkan kami sepanjang hidup kami. 202 00:21:07,314 --> 00:21:09,525 Tak inginkah ayah mengenali kami? 203 00:21:09,608 --> 00:21:12,110 Siapa kami dan bagaimana perangai kami? 204 00:21:13,529 --> 00:21:15,197 Awak memang berhak untuk marah. 205 00:21:16,865 --> 00:21:18,825 Ayah memang kesal 206 00:21:18,909 --> 00:21:20,953 dengan cara ayah menangani isu ini. 207 00:21:21,286 --> 00:21:23,413 Ayah muda pada masa itu. Kurang bijak. 208 00:21:24,206 --> 00:21:26,208 Manusia terpilih tak semestinya sempurna. 209 00:21:27,209 --> 00:21:28,544 Bahkan, ia jauh berbeza. 210 00:21:29,503 --> 00:21:33,215 Tapi ayah memang terpilih, Kofun. Awak harus sedar. 211 00:21:34,341 --> 00:21:36,552 Ayah dilahirkan oleh ibu bapa yang buta. 212 00:21:36,635 --> 00:21:40,097 Ayah dilahirkan untuk menjadi penghubung antara dunia kelam ini 213 00:21:40,180 --> 00:21:41,807 dan dunia lebih cerah di masa hadapan. 214 00:21:42,224 --> 00:21:46,270 Kita ada misi daripada dewa. Dan kita akan diingati. 215 00:21:46,353 --> 00:21:50,440 Nama kita akan disebut sepanjang kewujudan manusia. 216 00:21:57,781 --> 00:21:59,908 Mari. Ayah akan tunjukkan generator. 217 00:22:03,620 --> 00:22:04,788 Apa yang abang buat? 218 00:22:05,497 --> 00:22:07,583 Dia tak peduli langsung yang mak dah tiada. 219 00:22:07,666 --> 00:22:09,501 Sudah tentu dia peduli. 220 00:22:09,585 --> 00:22:12,546 Jelas sekali yang dia kecewa, tapi mak bukan isterinya. 221 00:22:12,629 --> 00:22:14,548 Tidak, dia hanya berguna untuk melahirkan anaknya. 222 00:22:14,631 --> 00:22:18,510 Untuk melahirkan kita, abang. Saya rasa abang tak berlaku adil. 223 00:22:18,594 --> 00:22:23,056 Jadi dia percaya kita dipilih untuk menerangi dunia ini. 224 00:22:23,140 --> 00:22:24,183 Dipilih. 225 00:22:24,766 --> 00:22:25,976 Dilahirkan. 226 00:22:26,643 --> 00:22:31,899 Panggillah apa saja. Yang pasti, selama ini kita hidup dalam ketakutan. 227 00:22:31,982 --> 00:22:34,735 Diburu oleh orang yang sepatutnya takut kepada kita. 228 00:22:36,403 --> 00:22:38,238 Awak mahu ditakuti? 229 00:22:39,740 --> 00:22:42,284 Saya lebih rela ditakuti daripada dibakar sebagai ahli sihir. 230 00:22:43,160 --> 00:22:44,328 Sedia? 231 00:22:53,921 --> 00:22:55,339 Itu arang batu? 232 00:22:55,923 --> 00:22:59,092 Ya, kita ada lombong kita sendiri tak jauh dari pagar. 233 00:22:59,676 --> 00:23:01,512 Kawasan Payan kaya dengan arang batu. 234 00:23:02,054 --> 00:23:03,805 Dengan cara itukah cahaya dihasilkan? 235 00:23:03,889 --> 00:23:05,766 Ya. Ayah akan tunjukkan. 236 00:23:06,642 --> 00:23:07,768 Oloman. 237 00:23:08,644 --> 00:23:09,811 Selamat pagi. 238 00:23:10,938 --> 00:23:14,233 Arang batu yang dibakar di dalam dandang akan menghasilkan tekanan stim. 239 00:23:14,316 --> 00:23:18,695 Tekanan itu disalurkan ke turbin yang berputar untuk menghasilkan elektrik. 240 00:23:20,072 --> 00:23:21,615 Ayah bina semua ini seorang diri? 241 00:23:22,115 --> 00:23:24,535 Ya, ayah bina semula. 242 00:23:24,618 --> 00:23:27,538 Tapi Olomanlah yang belajar cara untuk menggerakkannya. 243 00:23:28,664 --> 00:23:31,333 Saya cuma tambah benda ini. Injap lepas tekanan. 244 00:23:31,750 --> 00:23:33,544 Awak perlu kawal tekanan, 245 00:23:33,627 --> 00:23:35,963 jika tidak, ia mungkin akan hilang atau berlebihan. 246 00:23:36,046 --> 00:23:38,215 Yang pasti, tiada kuasa elektrik. 247 00:23:39,007 --> 00:23:42,845 Bayangkan apa yang kita boleh buat apabila kita semakin ramai. 248 00:23:43,345 --> 00:23:45,389 Kita boleh menerangi seluruh bandar. 249 00:23:45,806 --> 00:23:48,559 Apa gunanya cahaya itu bagi sebuah bandar orang buta? 250 00:23:48,642 --> 00:23:50,394 Bandar itu adalah untuk mereka yang melihat. 251 00:23:50,477 --> 00:23:53,397 Kita cuma sepuluh orang. Bagaimana dengan orang lain? 252 00:23:53,480 --> 00:23:55,232 Ayah mahu meninggalkan mereka semua? 253 00:23:55,315 --> 00:23:57,568 Sudah tentu tidak, Kofun. 254 00:23:58,068 --> 00:24:01,071 Tapi jangan tersilap kerana menurut hukum alam, 255 00:24:01,154 --> 00:24:03,407 orang butalah yang tak normal, bukan kita. 256 00:24:03,949 --> 00:24:05,951 Dan tak lama lagi, mereka akan datang kepada kita 257 00:24:06,034 --> 00:24:08,537 untuk mendapatkan benih anak yang berpenglihatan. 258 00:24:09,037 --> 00:24:11,540 Anak-anak yang perlu diajar di tempat seperti ini. 259 00:24:11,623 --> 00:24:14,001 Dan pada masa depan, tempat-tempat lain seperti ini. 260 00:24:14,877 --> 00:24:18,589 Dewa, alam, panggillah ia apa saja, 261 00:24:18,672 --> 00:24:21,258 telah memilih untuk mengembalikan penglihatan manusia. 262 00:24:21,592 --> 00:24:24,636 Dan tanggungjawab itu telah diberikan kepada kita. 263 00:24:26,555 --> 00:24:28,557 - Terima kasih, Oloman. - Sama-sama, tuan. 264 00:24:32,811 --> 00:24:33,854 Kofun. 265 00:24:39,109 --> 00:24:42,863 Kita perlukan masa untuk membiasakan diri dengan Jerlamarel. 266 00:24:45,407 --> 00:24:48,577 Dia fikir dia dewa? Dan kita semua dewa? 267 00:24:48,660 --> 00:24:53,457 Tidak, bukan dewa, tapi manusia baka baru. 268 00:24:54,124 --> 00:24:57,586 Bangsa manusia yang kembali untuk merealisasikan potensi sebenar kita 269 00:24:57,669 --> 00:25:01,173 selepas tinggal dalam kelam selama 500 tahun seperti haiwan yang ketakutan. 270 00:25:01,924 --> 00:25:04,134 Haiwan yang ketakutan? 271 00:25:06,011 --> 00:25:08,764 Saya harap awak dapat berjumpa ayah sebenar saya suatu hari nanti. 272 00:25:11,225 --> 00:25:12,684 Kofun, saya faham. 273 00:25:12,768 --> 00:25:15,187 Saya juga sukar menerimanya ketika mula-mula tiba di sini. 274 00:25:16,438 --> 00:25:18,690 Tapi walaupun awak boleh melihat, awak tak sedar 275 00:25:18,774 --> 00:25:21,151 yang awak hidup dalam kegelapan sepanjang hidup awak. 276 00:25:22,861 --> 00:25:24,404 Cubalah bersabar. 277 00:25:25,072 --> 00:25:27,908 Jerlamarel tak besarkan kita, tapi dia mendapatkan kita demi satu tujuan. 278 00:25:27,991 --> 00:25:30,702 - Untuk mengembalikan cahaya ke dunia. - Ya. 279 00:25:32,996 --> 00:25:35,123 Awak boleh mulakan dengan mengambil penyodok itu. 280 00:25:48,595 --> 00:25:50,973 Pemburu Ahli Sihir bunuh orang awak. 281 00:25:51,598 --> 00:25:53,225 Kami menangisi kematian mereka. 282 00:25:53,976 --> 00:25:57,020 Di sini, kaum Valeya faham kesedihan jiwa mereka 283 00:25:57,604 --> 00:26:01,191 Tapi kaum saya risau yang awak mungkin membawa Tamacti Jun kembali kepada kami. 284 00:26:02,192 --> 00:26:07,489 Anak ini cedera teruk dan memerlukan pawang. 285 00:26:08,907 --> 00:26:11,243 Dia takkan bertahan walau sehari di dalam hutan. 286 00:26:12,703 --> 00:26:14,538 Sanggup awak menghalaunya? 287 00:26:17,958 --> 00:26:19,418 Awak boleh tinggalkan gadis itu. 288 00:26:21,253 --> 00:26:24,339 Tapi awak berdua harus pergi dari sini. 289 00:26:24,965 --> 00:26:26,383 Baiklah. 290 00:26:27,634 --> 00:26:29,720 Beranikan diri, Bow Lion. 291 00:26:31,722 --> 00:26:33,098 Ke mana awak akan pergi? 292 00:26:33,182 --> 00:26:34,933 Hanya Dewa Api saja yang tahu. 293 00:26:37,144 --> 00:26:40,189 Tapi kaum Valeya akan layan awak dengan baik. 294 00:26:43,567 --> 00:26:45,903 Awak perlu cuba hidup di sini. 295 00:26:47,029 --> 00:26:51,491 Tiada apa yang tinggal untuk awak di luar sana, Bow Lion. 296 00:26:56,371 --> 00:26:59,750 Ibu awak sentiasa bersama awak. 297 00:27:02,085 --> 00:27:07,466 Saya bayangkan umur yang panjang untuk awak, anakku. 298 00:27:07,966 --> 00:27:10,469 Dengan banyak pengembaraan yang sedang menanti. 299 00:27:12,763 --> 00:27:14,681 - Chet-chet. - Chet-chet-chet. 300 00:27:31,031 --> 00:27:32,658 Singa beraniku. 301 00:27:37,788 --> 00:27:39,414 Saya sokong Baba. 302 00:27:53,846 --> 00:27:55,556 Kami takkan melupakan awak, Bow. 303 00:27:59,351 --> 00:28:02,771 Hanya tinggal kita berdua, lelaki bagak. 304 00:28:04,690 --> 00:28:07,192 Dewa mana yang marahkan awak sampai kita dilayan begini? 305 00:28:11,113 --> 00:28:16,743 Ibu saya kata yang hari sedih sama panjangnya seperti hari gembira. 306 00:28:17,744 --> 00:28:19,246 Di juga peramal? 307 00:28:19,955 --> 00:28:23,041 Tidak. Dia suka minum sampai mabuk. 308 00:28:23,959 --> 00:28:26,962 Itu tak bermakna kata-katanya tidak benar. 309 00:28:28,505 --> 00:28:29,840 Hari semakin sejuk. 310 00:28:30,549 --> 00:28:34,052 Kita patut hidupkan api. Saya akan buru sesuatu. 311 00:29:12,466 --> 00:29:14,760 Kolonel. Ini amat mengejutkan. 312 00:29:15,594 --> 00:29:16,762 Benarkah? 313 00:29:17,137 --> 00:29:19,139 Saya ingat awak akan menunggu kedatangan saya 314 00:29:19,223 --> 00:29:21,183 memandangkan anak-anak Baba Voss dah tiba. 315 00:29:21,266 --> 00:29:23,727 Malah, saya risau kerana awak tak menghubungi saya 316 00:29:23,810 --> 00:29:25,729 seperti yang awak janjikan dengan jeneral. 317 00:29:26,355 --> 00:29:28,690 Awak fikir pemanah saya takkan hantar berita? 318 00:29:28,774 --> 00:29:31,777 Saya cuma belum sempat. Keadaan agak sibuk di sini. 319 00:29:31,860 --> 00:29:34,363 Kami dah di sini. Mana tahanan saya? 320 00:29:36,490 --> 00:29:40,911 Kenapa jeneral itu terlalu inginkan anak-anak ini? 321 00:29:40,994 --> 00:29:43,205 Saya bertanggungjawab mematuhi arahan jeneral, 322 00:29:43,288 --> 00:29:45,666 bukan mempersoalkan atau memahaminya. 323 00:29:45,749 --> 00:29:48,460 Awak mungkin patut fikir semula. 324 00:29:48,794 --> 00:29:53,715 Tak seperti awak, saya tak bekerja untuk jeneral itu. Kami setaraf. 325 00:29:54,883 --> 00:29:56,927 Percayalah begitu jika ia membantu. 326 00:30:01,682 --> 00:30:05,894 Awak pasti anak-anak yang diserahkan kepada kami ini anak-anak Baba Voss? 327 00:30:06,311 --> 00:30:10,315 Perjalanan ke Trivantes sangat jauh dan kami tak mahu buat silap. 328 00:30:14,570 --> 00:30:17,072 Awak akan dapat anak perempuannya, Haniwa. 329 00:30:17,614 --> 00:30:19,324 - Dan anak lelakinya? - Tidak. 330 00:30:23,412 --> 00:30:25,539 Adakah kita akan bergaduh? 331 00:30:27,708 --> 00:30:31,336 Tidak. Selagi anak lelakinya kekal di sini. 332 00:30:32,880 --> 00:30:38,260 Saya ingin ingatkan yang keluarga saya bersenjata dan kami lebih ramai. 333 00:30:39,720 --> 00:30:43,765 Jika begitu, saya terpaksa berpuas hati dengan gadis itu saja. 334 00:30:46,059 --> 00:30:47,144 Kofun? 335 00:30:48,687 --> 00:30:49,938 Awak tak perlu terhendap-hendap. 336 00:30:50,022 --> 00:30:52,816 Mereka bercakap tentang kami. Kenapa? 337 00:30:52,900 --> 00:30:53,942 Apa? 338 00:31:27,100 --> 00:31:28,268 Haniwa! 339 00:31:29,603 --> 00:31:30,646 Kofun! 340 00:31:30,729 --> 00:31:31,897 Baba! 341 00:32:18,861 --> 00:32:20,153 Buka pintu! 342 00:32:20,988 --> 00:32:22,197 Tolong! 343 00:32:24,241 --> 00:32:25,576 Buka pintu! 344 00:32:26,368 --> 00:32:27,703 Bebaskan saya! 345 00:32:31,874 --> 00:32:33,166 Bebaskan saya! 346 00:32:37,254 --> 00:32:41,300 Haniwa! Tidak! 347 00:32:41,383 --> 00:32:44,344 Buka pintu! 348 00:32:49,183 --> 00:32:50,184 Jalan. 349 00:32:50,267 --> 00:32:51,351 Cepat. 350 00:32:54,396 --> 00:32:55,439 Cepat. 351 00:32:58,567 --> 00:32:59,651 Awak tak apa-apa? 352 00:33:00,736 --> 00:33:03,906 Dia anak ayah dan adik awak. 353 00:33:05,073 --> 00:33:07,910 Ayah tiada pilihan lain. 354 00:33:07,993 --> 00:33:11,163 Sayang sekali. Dia sangat berpotensi. 355 00:33:13,624 --> 00:33:14,917 Bagaimana dengan Kofun? 356 00:33:16,376 --> 00:33:17,502 Apa yang dia nampak? 357 00:33:18,503 --> 00:33:19,504 Cukup banyak. 358 00:33:25,010 --> 00:33:26,887 Sudah lama ayah menantikan mereka berdua. 359 00:33:27,971 --> 00:33:29,389 Sayang sekali. 360 00:33:38,857 --> 00:33:40,317 Tuanku dah berusaha. 361 00:33:42,319 --> 00:33:43,445 Ia tak mencukupi. 362 00:33:45,322 --> 00:33:48,909 Lebih daripada yang dia sanggup buat untuk tuanku jika tuanku di tempatnya. 363 00:33:50,827 --> 00:33:52,496 Awak pasti? 364 00:33:52,579 --> 00:33:54,623 Ya. Sangat pasti. 365 00:33:55,749 --> 00:33:59,002 Dan walaupun tuanku tidak begitu pada saat ini, 366 00:33:59,086 --> 00:34:02,047 tuanku mampu juga berbuat begitu. 367 00:34:05,717 --> 00:34:07,678 Tuanku tak bersalah. 368 00:34:09,972 --> 00:34:12,057 Jika bapa tuanku di sini, dia tentu setuju juga. 369 00:34:16,894 --> 00:34:18,188 Saya akan lakukannya dengan pantas. 370 00:34:40,335 --> 00:34:41,711 Pemburu Ahli Sihir? 371 00:34:42,880 --> 00:34:49,094 Awak telah lama wujud dalam hidup beta. 372 00:34:49,927 --> 00:34:53,557 Beta tak dapatkan bayangkan hidup tanpa nasihat awak 373 00:34:53,640 --> 00:34:56,101 pada masa depan beta. 374 00:35:01,773 --> 00:35:03,609 Beta ada pesanan tambahan. 375 00:35:04,443 --> 00:35:06,987 Jika adik beta setuju, 376 00:35:07,070 --> 00:35:09,656 beta akan bacakannya kepada tentera untuk memulakan peralihan itu. 377 00:35:15,204 --> 00:35:18,081 Pelepasan takhta beta. 378 00:35:24,213 --> 00:35:26,465 Berhenti! Apa yang awak buat? 379 00:35:28,217 --> 00:35:29,468 Lepaskan dia! 380 00:35:35,057 --> 00:35:36,225 Tamacti Jun. 381 00:35:38,852 --> 00:35:40,103 Apa yang awak dah buat? 382 00:35:41,688 --> 00:35:42,856 Apa yang awak dah buat? 383 00:35:57,120 --> 00:35:58,914 Terima kasih atas perkhidmatan awak. 384 00:36:05,963 --> 00:36:07,589 Kakak, tidak. 385 00:36:08,590 --> 00:36:09,633 Apa yang kakak dah buat? 386 00:36:09,716 --> 00:36:11,510 Maghra, sekali anjing itu menggigit, 387 00:36:11,593 --> 00:36:13,804 walaupun anjing itu amat setia 388 00:36:13,887 --> 00:36:16,557 dan awak amat menyayanginya, ia harus dibunuh. 389 00:36:16,640 --> 00:36:18,517 - Kakak akan menyebabkan kita berdua mati. - Tidak. 390 00:36:18,600 --> 00:36:20,769 Tenteranya ada di luar dan apabila mereka tahu... 391 00:36:20,853 --> 00:36:22,938 Tidak. Mereka bukan miliknya. 392 00:36:23,021 --> 00:36:24,606 Dia hanya meminjamnya. 393 00:36:24,982 --> 00:36:26,692 Apabila mereka dengar perkara sebenar, 394 00:36:27,234 --> 00:36:31,738 yang dia terlalu kesal dengan kecederaan yang kakak alami. 395 00:36:32,197 --> 00:36:35,951 Dia pun membunuh dirinya menurut Cara Lama, 396 00:36:37,327 --> 00:36:39,246 Dia setia sehingga ke hujung hayatnya. 397 00:36:40,873 --> 00:36:43,792 Tapi jika cerita kita bercanggah, 398 00:36:43,876 --> 00:36:45,335 ia akan mengaburi kebenaran itu. 399 00:36:45,419 --> 00:36:48,505 Mereka akan keliru, kekecohan bermula dan kita berdua mungkin akan mati. 400 00:36:48,922 --> 00:36:52,759 Atau kita keluar dari sini bersama-sama 401 00:36:52,843 --> 00:36:55,262 dan kakak akan sampaikan pesanan 402 00:36:55,345 --> 00:36:59,808 yang pada saat genting ini, kakak akan mengetuai askar sambil ditemani oleh awak. 403 00:37:00,475 --> 00:37:03,520 Inilah kali pertama kakak memerintah dengan dia sebagai penasihat. 404 00:37:08,442 --> 00:37:09,943 Jangan takut. 405 00:37:11,111 --> 00:37:12,404 Kakak di sini. 406 00:37:13,280 --> 00:37:14,907 Kakak betul-betul di sini. 407 00:37:18,785 --> 00:37:20,621 Banyak perkara bakal berubah. 408 00:37:38,680 --> 00:37:41,266 Lepaskan saya! 409 00:37:42,184 --> 00:37:43,352 Bertenang, Kofun. 410 00:37:43,977 --> 00:37:45,395 Apa ayah dah buat kepada adik saya? 411 00:37:45,479 --> 00:37:46,647 Adik awak selamat. 412 00:37:46,730 --> 00:37:48,440 Ayah serahkan dia kepada kaum Trivantian. 413 00:37:48,524 --> 00:37:51,276 Trivantian bukan sejahat seperti yang dimaklumkan kepada awak. 414 00:37:51,360 --> 00:37:53,278 Jika bukan kerana kerjasama ayah dengan mereka, 415 00:37:53,362 --> 00:37:57,282 tempat ini dan keluarga ayah tentu telah lama dibunuh oleh ratu. 416 00:37:58,492 --> 00:38:01,286 Dengan penglihatan kita dan tentera Trivantian, 417 00:38:01,370 --> 00:38:04,540 kita boleh kuasai ratu. 418 00:38:04,623 --> 00:38:06,416 Itu akan mengambil masa bertahun-tahun, 419 00:38:06,833 --> 00:38:10,754 tapi kita akan dapat menguasai angkatan tentera paling kuat di benua ini. 420 00:38:11,505 --> 00:38:15,008 Kita tidak lagi diburu seperti anjing, tapi diangkat sebagai dewa. 421 00:38:16,009 --> 00:38:17,845 Tapi itu memerlukan pengorbanan. 422 00:38:23,475 --> 00:38:26,019 Kofun, anakku. Ayah... 423 00:38:26,895 --> 00:38:29,731 Saya bukan anak ayah, orang gila! 424 00:38:30,357 --> 00:38:32,150 Diam. 425 00:38:33,569 --> 00:38:36,029 Awak tak layak menerima anugerah penglihatan ini. 426 00:38:52,921 --> 00:38:57,217 Bawa dia keluar ikut jalan belakang, Ayah tak mahu budak-budak lain nampak. 427 00:39:03,348 --> 00:39:04,766 Maafkan ayah. 428 00:39:04,850 --> 00:39:08,020 Awak akan dibawa ke pinggir bangunan ini, kemudian awak boleh pergi. 429 00:39:10,564 --> 00:39:11,982 Bagaimana dengan adik saya? 430 00:39:13,942 --> 00:39:15,527 Bagaimana dengan adik saya? 431 00:39:15,611 --> 00:39:19,573 Bagaimana dengan adik saya? 432 00:39:20,532 --> 00:39:22,951 Bawa semua orang ke bawah dan kemas almari makanan. 433 00:39:23,368 --> 00:39:24,912 Tunggu panggilan ayah. 434 00:39:24,995 --> 00:39:27,289 Ayah tak mahu anak-anak lain mendengarnya. 435 00:40:17,548 --> 00:40:19,633 - Hei! - Hei! 436 00:40:20,050 --> 00:40:21,969 Ayah, di sebelah kanan ayah. 437 00:40:23,136 --> 00:40:24,137 Di sebelah kiri! 438 00:40:24,847 --> 00:40:25,848 Dinding! 439 00:40:30,310 --> 00:40:32,771 - Kita dah sampai? - Ya. 440 00:41:04,052 --> 00:41:05,846 Jerlamarel! 441 00:41:10,142 --> 00:41:12,019 Jerlamarel! 442 00:41:12,644 --> 00:41:14,396 Awak di mana? 443 00:41:19,985 --> 00:41:21,987 Awak tak bersembunyi daripada saya, bukan? 444 00:41:26,241 --> 00:41:27,576 Awak nampak saya? 445 00:41:31,121 --> 00:41:32,539 Kerana saya boleh hidu bau awak. 446 00:41:33,749 --> 00:41:38,128 Bersembunyi dalam kekotoran seperti tikus. 447 00:41:43,050 --> 00:41:45,177 Inikah Rumah Kesedaran? 448 00:41:47,137 --> 00:41:48,555 Tak ada pokok. 449 00:41:50,849 --> 00:41:52,059 Tiada udara. 450 00:41:53,936 --> 00:41:58,023 Hanya bau busuk benda yang mereput. 451 00:42:01,109 --> 00:42:06,865 Penglihatan dan ilmu awak ialah penyakit yang menghapuskan manusia seperti awak. 452 00:42:07,282 --> 00:42:08,784 Tapi awak tak rasa apa-apa. 453 00:42:09,243 --> 00:42:11,161 Awak bodoh dan tak tahu apa-apa. 454 00:42:15,958 --> 00:42:19,211 Keluarlah dan berlawan seperti lelaki, pengecut. 455 00:42:20,045 --> 00:42:23,423 Baba Voss. Ia tak perlu begini. 456 00:42:28,053 --> 00:42:33,225 Awak serahkan anak saya kepada kaum Trivantian. 457 00:42:33,308 --> 00:42:35,519 Itu bukan salah saya. Ia salah awak. 458 00:42:35,602 --> 00:42:38,856 Jeneral itu hanya mahukan dia kerana dia fikir Haniwa anak awak. 459 00:42:42,025 --> 00:42:43,193 Jeneral apa? 460 00:42:47,948 --> 00:42:49,116 Edo Voss. 461 00:42:53,120 --> 00:42:54,121 Edo. 462 00:42:54,538 --> 00:42:55,664 Abang awak. 463 00:42:57,624 --> 00:42:59,334 Awak serahkan dia begitu saja? 464 00:42:59,418 --> 00:43:01,086 Saya terpaksa. 465 00:43:01,169 --> 00:43:06,008 Lelaki apa yang tunggu 17 tahun untuk bertemu anaknya hanya untuk membelotnya? 466 00:43:06,091 --> 00:43:10,596 Saya berjuang demi seluruh umat manusia! Pengorbanan perlu dibuat! 467 00:43:12,181 --> 00:43:13,974 Mereka anak-anak saya. Awak sakiti mereka. 468 00:43:14,057 --> 00:43:15,893 Mereka bukan anak-anak awak. 469 00:43:16,768 --> 00:43:20,647 Mereka wujud untuk takdir yang awak tak mungkin faham. 470 00:43:20,731 --> 00:43:21,940 Begitu, ya? 471 00:43:44,129 --> 00:43:46,089 Saya akan penggal kepala awak! 472 00:43:47,341 --> 00:43:48,717 Tidak. Jangan harap. 473 00:43:54,765 --> 00:43:56,642 Gila. 474 00:44:00,812 --> 00:44:03,440 Tak mungkin awak fikir awak boleh mengalahkan saya. 475 00:44:03,524 --> 00:44:06,401 Saya memang bodoh. 476 00:44:25,921 --> 00:44:27,840 Awak di mana? Pengecut. 477 00:44:56,034 --> 00:44:57,661 Ia senjata purba. 478 00:44:58,871 --> 00:45:01,707 Jauh lebih cekap daripada anak panah dan pedang. 479 00:45:04,918 --> 00:45:06,336 Saya tahu tentang pistol. 480 00:45:07,337 --> 00:45:09,840 Ia senjata bagi mereka yang pengecut. 481 00:45:38,202 --> 00:45:40,120 Awak takkan menang, Baba Voss. 482 00:45:40,537 --> 00:45:42,831 Awak tinggal di dunia yang sentiasa gelap. 483 00:45:43,332 --> 00:45:48,629 Saya wujud untuk masa depan dan ketika itu manusia seperti awak akan ketinggalan. 484 00:45:57,137 --> 00:46:00,557 Tidak. Sekarang, awak berada dalam dunia saya. 485 00:46:07,564 --> 00:46:08,565 Awak di mana? 486 00:46:12,277 --> 00:46:13,362 Di merata tempat. 487 00:46:23,288 --> 00:46:25,040 Jangan ke mana-mana sehingga saya kembali. 488 00:46:25,874 --> 00:46:27,876 Saya boleh hidu bau darah awak, Jerlamarel. 489 00:46:29,086 --> 00:46:30,128 Ya? 490 00:46:31,088 --> 00:46:32,214 Dan perasaan takut awak. 491 00:46:35,217 --> 00:46:36,844 Boleh awak menghidunya? 492 00:46:36,927 --> 00:46:40,264 Saya akan biar awak kehilangan darah sedikit demi sedikit. 493 00:46:43,392 --> 00:46:47,062 Supaya awak dapat rasa nyawa awak meninggalkan awak. 494 00:46:52,901 --> 00:46:54,069 Kematian seorang pengecut. 495 00:46:55,779 --> 00:46:56,947 Perlahan dan lembap. 496 00:47:43,702 --> 00:47:44,703 Chet-chet. 497 00:47:47,080 --> 00:47:49,750 Tengok sini. 498 00:47:51,001 --> 00:47:52,169 Ini salah awak. 499 00:47:52,544 --> 00:47:54,046 Tunggu. 500 00:47:54,129 --> 00:47:55,756 Tolonglah. Tolonglah jangan! 501 00:48:15,400 --> 00:48:16,443 Kofun? 502 00:48:18,695 --> 00:48:19,696 Ya. 503 00:48:22,407 --> 00:48:23,408 Ayah tak apa-apa. 504 00:48:24,660 --> 00:48:25,702 Tidak. 505 00:48:41,510 --> 00:48:43,136 Pemburu Ahli Sihir itu dah mati! 506 00:48:44,388 --> 00:48:46,056 Dialah pemburu yang terakhir. 507 00:48:48,016 --> 00:48:52,479 Dia askar bermaruah yang sedar 508 00:48:53,981 --> 00:48:57,526 bahawa kegagalan menjalankan tanggungjawab terhadap ratunya, negaranya, 509 00:48:58,151 --> 00:49:01,071 dewanya dan dirinya sendiri 510 00:49:03,198 --> 00:49:08,245 bermakna dia terpaksa menamatkan hayatnya, 511 00:49:08,829 --> 00:49:12,833 menurut cara tradisional. 512 00:49:17,254 --> 00:49:18,964 Seorang wira hingga ke hujung hayat. 513 00:49:24,136 --> 00:49:28,265 Yang meninggalkan kita dengan tanggungjawab 514 00:49:29,141 --> 00:49:31,393 untuk menjadikan pengorbanannya berbaloi. 515 00:49:34,855 --> 00:49:36,398 Jadi kita akan meneruskan usaha. 516 00:49:38,734 --> 00:49:41,111 Kita akan bina dunia baru untuk diri kita. 517 00:49:42,946 --> 00:49:45,574 Dunia tanpa kesukaran. 518 00:49:48,118 --> 00:49:49,828 Dunia tanpa kekurangan. 519 00:49:51,413 --> 00:49:53,457 - Dunia tanpa... - Dunia tanpa perasaan takut. 520 00:49:54,249 --> 00:49:56,251 Dunia tanpa kebencian. 521 00:49:57,002 --> 00:49:59,421 Dunia tanpa kepercayaan karut. 522 00:50:00,672 --> 00:50:04,843 Haluan baru yang berbeza daripada segala yang kita pernah lalui. 523 00:50:07,137 --> 00:50:12,351 Di dunia baru yang hanya boleh wujud dengan pengorbanan Tamacti Jun ini, 524 00:50:14,561 --> 00:50:20,234 kita mungkin takkan memerlukan Pemburu Ahli Sihir lagi. 525 00:50:27,533 --> 00:50:31,578 Sarjan, kita akan pergi ke Jalan Lavender. 526 00:50:48,178 --> 00:50:49,471 Menariknya. 527 00:50:52,850 --> 00:50:56,395 Dunia tanpa Pemburu Ahli Sihir bermakna tiada lagi ahli sihir. 528 00:50:56,478 --> 00:50:58,230 Kita akan cari keluarga saya. 529 00:50:58,897 --> 00:51:00,649 Keputusan itu muktamad. 530 00:51:01,483 --> 00:51:06,655 Apabila mereka ditemui, mereka tak boleh dicap sebagai pelarian oleh askar kita. 531 00:51:08,282 --> 00:51:09,575 Askar "kita"? 532 00:51:10,534 --> 00:51:11,660 Bukankah begitu? 533 00:51:14,955 --> 00:51:17,416 Kita akan menuju ke kerajaan yang berpenglihatan. 534 00:51:18,333 --> 00:51:21,378 Bermakna, kakak akan memerlukan raja yang boleh melihat 535 00:51:21,461 --> 00:51:24,548 supaya dapat melahirkan anak yang boleh melihat. 536 00:51:26,884 --> 00:51:29,469 Jerlamarel pernah meninggalkan kakak, 537 00:51:29,553 --> 00:51:32,097 awak tentu faham jika kakak tak mahu mendekatinya lagi. 538 00:51:38,103 --> 00:51:39,688 Apa maksud kakak? 539 00:51:41,607 --> 00:51:43,233 Ceritakan tentang anak lelaki awak. 540 00:52:01,335 --> 00:52:02,336 Chet-chet. 541 00:53:56,742 --> 00:53:57,993 Apa yang awak nampak, nak? 542 00:53:59,786 --> 00:54:01,788 Menara Tulang Dewa. 543 00:54:02,748 --> 00:54:04,875 Dalam jumlah yang amat banyak. 544 00:54:06,126 --> 00:54:07,461 Ada asap. 545 00:54:11,131 --> 00:54:12,132 Paris. 546 00:54:13,008 --> 00:54:14,343 Dia di sini. 547 00:54:23,727 --> 00:54:25,354 Mari kita selamatkan adik awak. 548 00:55:24,329 --> 00:55:26,331 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin